Thursday, May 05, 2016

Faktor “Folk Hero” Dalam PRN Sarawak


A Kadir Jasin



MUTAKHIR, 7 Mei – Sehingga jam 4 petang, sejam sebelum pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tamat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata 52 peratus sahaja pemilih keluar mengundi.


Ini jauh menyimpang daripada jangkaan 80 peratus oleh SPR dan merudum daripada nisbah 70% dalam PRN 2011.

Jelas berlaku tindakan memulau (boycott) oleh pemilih dan tamparan hebat kepada Adenan yang mengharapkan sokongan lebih besar daripada Tun Abdul Taib pada tahun 2011.

Penganalisis politik anak Sarawak, Dr Jeniri Amir dipetik oleh portal Free Malaysia Today sebagai berkata, sentimen anti-kerajaan "yang rendah" dan “delima Cina” dipercayai penyebab utama peratus mengundi yang rendah.

POSTING ASAL
 


SAYA tidak menyentuh mengenai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang sedang berjalan sekarang kerana dua sebab pokok.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Pertama, saya tidak pakar dalam hal politik negeri itu dan kedua, saya mahu berkecuali.

Namun untuk rekod, izinkan saya membuat sedikit pemerhatian rambang jarak jauh berdasarkan apa yang saya baca, dengar dan bincang dengan kawan-kawan yang lebih arif mengenai politik Sarawak.

1. Ada keistimewaan kepada PRN ini kerana ia adalah PRN pertama selepas era Tun Abdul Taib Mahmud selama 33 tahun.

2. Rakyat Sarawak, khususnya yang cergas dan faham politik, sudah letih (fatigue) di bawah pentadbiran Abdul Taib dan mahukan perubahan.

3. Sejak mengambil alih jawatan ketua menteri pada 1 Mac tahun lalu, (Tan Sri) Adenan Satem yang pada awalnya dianggap sebagai pengganti sementara berjaya membawa kelainan dan pada pandangan mata kasar, menjadi begitu popular dalam jangka masa yang singkat.

4. Dia telah diangkat oleh media massa ke tahap wira rakyat (folk hero) dan berkemungkinan menterjemahkan kedudukannya menjadi undi.

Adenan: modal besar status "folk hero"
5. Walaupun Sarawak tersentuh teruk oleh masalah ekonomi, khususnya akibat kejatuhan harga petroleum mentah dan hasil pertanian desa, ia lebih terlindung daripada angkara politik nasional.

6. Kemelut politik yang dicetuskan oleh skandal 1MDB, SRC International Sdn Bh dan “derma” RM2.6 bilion (atau lebih) dalam akaun peribadi Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak rasanya tidak mempengaruhi politik Sarawak seteruk ia mempengaruhi politik negeri-negeri lain.

7. Ini adalah kerana politik Sarawak terlindung daripasa politik nasional sebab ia diperintah oleh Barisan Nasional negeri yang tiada kaitan dengan parti-parti BN pusat.

8. BN Sarawak terdiri daripada parti-parti anak negeri dan dengan itu pengaruh BN pusat ke atas politik Sarawak adalah terhad.

9. Namun begitu, cara Adenan dan BN Sarawak menjalin dan mempamerkan perhubungan dengan Kerajaan Pusat, khususnya dengan Perdana Menteri, boleh memberi kesan negatif kepada keunikan Adenan dan peluang BN Sarawak menang besar.

10. Mohd Najib tetap beracun kepada sebilangan pengundi Sarawak, khususnya di bandar-bandar dan di kalangan pemilih yang berpendidikan tinggi

11. Parti-parti pembangkang, khususnya DAP, mempunyai harapan yang berpatutan untuk terus mengekalkan pengaruh di kawasan bandar di mana ramai pemilih Cina.

12. Kegagalan parti-parti Pakatan Harapan, khususnya DAP dan PKR, menyetujui pembahagian beberapa buah kerusi mungkin memberi gambaran negatif kepada pemilih dan menjejaskan harapan mereka untuk terus mara seperti yang mereka lakukan pada PRN 2011.

13. Ada persamaan di antara kedudukan Adenan sekarang dengan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dalam Pilihan Raya Umum 2004. Abdullah menang besar selepas mengambil alih teraju pentadbiran daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang mentadbir selama 22 tahun. Pengundi Sarawak mungkin memberi sokongan yang serupa kepada Adenan kerana mengharapkan perubahan dan kelainan.

14. Cuma imej Adenan sebagai “folk hero” tercemar apabila beliau “merestui” tindakan menghalang beberapa orang pemimpin politik Semenanjung daripada memasuki Sarawak. Nampak seolah-olah beliau tidak demokratik dan takut cabaran.

Wallahuaklam.

27 comments:

wankamarul701 said...

Bagi saya, Sarawak masih dianggap FD untuk BN.

BN masih boleh menang selesa.

Zalman A said...


"14. Cuma imej Adenan sebagai “folk hero” tercemar apabila beliau “merestui” tindakan menghalang beberapa orang pemimpin politik Semenanjung daripada memasuki Sarawak. Nampak seolah-olah beliau tidak demokratik dan takut cabaran."

Datuk,

I lost respect for Adenan completely because of this.

It is against the law.

Our country does not have the rule of law any more.

I guess Adenan has the same baggage as his bosses (white hair and no-hair), although of course he may not have US$1 billion in his personal account.

I think they are smarter then that in Sarawak.

Or better at hiding their cash.

Unknown said...

Dato,
Saya rasa BN sarawak mungkin menang diPRU ini ,tapi pada pendapat saya sekiranaya pembangkang boleh mengurangkan majoriti undi BN kali ini dengan mendapat 25 kerusi keatas ini sudah cukup memberi isyarat yang PRU 14 BN dalam bahaya dan kedudukan najib sebagai PM semakin tergugat,sekiranya pembangkang boleh mengurangkan undi majoriti BN diPRU ini bermakna akan datang akan banyak la kerusi parlimen akan beralih kepada pembangkang walaupun tidak semua ini bermakna kalau disarawak pun dah kurang undi (deposit utama BN) apa lagi dengan disemenanjung.Najib wajib pening dan pengampu najib jangan gembira dan sombong.

Pun begitu sekiranya BN sarawak menang dengan momentum sama iaitu dengan majoriti lebih dua par tiga bermakna rakyat sarawak masih berpegang dengan pemikiran yang lama iaitu:

1. Masih ada semangat kenegerian yang hanya parti dari sarawak memerintah sarawak tak kira lah terbukti anak bekas KM dari paeti PBB mengistiharkan harta milik lebih RM 1Billion di makamah syariah KL hasil dari sumber asli sarawak iaitu kayu hutan sarawak.

2.Penduduk Dayak dan orang ulu disarawak dimana kawasan majoriti kerusi DUN masih boleh di manipulasi oleh tuai rumah(ketua Kampong),penghulu BN ,kakitangan Awam BN dan aktiviti pemberian dedak diaktif pada peringkat maksima.

3.Ketua ketua pemimpin pembangkang negeri yang tiada kaliber dan bermasalah terutama dari parti PKR memberi contoh tidak menyakinkan kepada pengundi setempat.Disini kita ingin melihat kelibat parti AMANAH dalam debutnya kali ini terutama dikawasan melayu dan bumiputra ,kawasan cina kita tahu DAP sungguh menonjol dengan kerja kuat serta calon calon berwibawa dimata kaum cina sarawak.Cuma dikawasan bumiputra dan melayu PBB BN masih kuat sukar dicabar oleh parti melayu lain yang kurang karisma pemimpin peringkat negeri.

hihwag said...


These are some of the reasons why all Sarawakians should be wary of the Adenan Fever.

His arrogance showed when he usurped the right of the Election Commission (EC) to decide on polling day by announcing that it would be April 30. In the end, the EC set it as May 7. Adenan also boasted that he has successfully told the EC to create the Murum and Mulu seats for the Kenyah and Kelabit people. In his eagerness to show what a big man he is, he has no qualms in shaming the EC, which is suppose to conduct the election and carry out the re-delineation exercise independently.

He disregarded Section 67 of the Immigration Act that states clearly that the State Authority cannot stop anyone from entering to engage in legitimate political activities. Adenan banned scores of opposition politicians and activists from West Malaysia coming to help in the election. What is he afraid of, if he is so popular? Or does Adenan just want to show that he has the power and is not afraid to use it? This is called abuse of power and in this case, he is breaking the law.

He again disregarded the law by violating Section 10 of the Election Offences Act on bribery by using state funds to make allocations to constituents during campaigning. Hundreds of millions of ringgit have so far been “allocated” to constituencies throughout Sarawak, by both the federal and state governments. There have been reported instances where such allocations are conditional that the BN’s candidate wins in that constituency. Such blatant violation of the Election Offences Act goes on and Adenan is party to all these violations.

He is not above using the race card to win votes when he urged the bumiputera to unite so that they can win the three state seats in Miri. He again played to the Bidayuh crowd at Serian when he lied that the Opposition was against them (the Bidayuh) having more seats by opposing the re-delineation exercise. The Judicial Review taken by PKR’s See Chee How was against the Notice given by the EC to the affected voters, that it was insufficient, not against the seat increase, much less against the Bidayuh seats. So Adenan is not above blatantly lying and playing the race card. With such behaviour, Umno doesn't need to come in to Sarawak, for PBB itself is doing a pretty good job of racial politics.

Adenan does not separate big businesses from politics by appointing tycoons as BN direct candidates. No prize for guessing what would be their priority when it comes to making money for themselves or serving the people. Cronyism is legitimised. Sarawak has suffered enough through decades of such partnerships between politicians and big business, and it can ill afford another round of plunder and pillage by these people.

Adenan’s arrogance showed again when he had the audacity to ask fellow his fellow chief ministers, Mohamed Azmin Ali and Lim Guan Eng, to apply for permission to extend their stay beyond the May 2 and May 5 dates that they were restricted to. Such blatant disrespect for their office is a sign that public institutions mean little to him. Did he really expect these men, who represent the Selangor and Penang governments, to go crawling to him on all fours?


Joeharry said...

Salam datok,
Saya bersetuju dengan pandangan datok mengenai sokongan pengundi pada adnan dari parti pbb.
Isu yang diperkatakan seluruh malaysia dan dunia sekarang melibatkan pemimpin tertinggi umno merangkap pemimpin tertinggi bn sebab umno mempunyai wakil yang teramai dalam bn yang memerintah.
Sebagai parti komponen, pbb tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa presiden umno dan mewakili bn menjadi pm. Kecuali ada desakan bersama dari komponen bn yang lain seperti mic, mca, gerakan dan lain2.
Seperti kes yang berlaku keatas presiden mca dimana tersebar video bersama amoi, kita sebagai pengundi bn tidak terkesan dengan isu itu. Walaupun dikawasan yang nak diundi adalah calon dari mca. Sebabnya apa yang terlintas difikiran, bila menang bukan mca yang nak berkuasa tapi bn yang dikuasai oleh umno.
Begitu juga disarawak, bertanding atas tiket bn, tetapi semua calon dari pbb bukan umno. Bila menang kepimpinan pbb yang akan mencorakkan sarawak dan bukan umno.
Bagi pengundi yang berpendidikan tinggi dan tinggal dibandar, mungkin menghukum pbb sebagai protes terhadap najib.

RD. said...

"10. Mohd Najib tetap beracun kepada sebilangan pengundi Sarawak,....."

Saya setuju, tapi saya tidak bersikap berkecuali seperti Dato. Saya masih mahu BN menang di Sarawak. Walaupun begitu saya tidak mahu Adenan Satem menang cemerlang seperti Pak Lah pada PRU2004. Nanti....Najib besar kepala pula.

Oleh kerana Najib beracun atau toxic dan kalau saya jadi Adenan, saya akan menasihati Najib dan Timbalannya supaya pulang ke Semenanjung, 3 @ 4 hari sebelum hari mengundi. Kalau nak datang pun, tunggu sehingga pungutan undi sudah ditutup.
Saya sudah tentu akan bantah keputusan Najib untuk mengadakan Mesyuarat Mingguan Kabinet di Kuching.

Sepatutnya, selaku Menteri Kewangan, Najib harus pergi ke Frankfurt untuk "49th Annual Meeting of the Board of Governors of the Asian Development Bank (ADB) and the 19th ASEAN+3 Finance Ministers and Central Bank Governors’ Meeting."
Sebaliknya Datuk Johari Abdul Ghani yang pergi.

Ini satu perkembangan yang baru. Kebiasaan, Najib dan isteri tidak akan lepas peluang sebegini. Sambil menyelam, boleh minum air....shopping dan meginap di hotel mewah. Kali ini mungkin mereka takut terserempak dengan wartawan-asing atau di soal-siasat oleh AG Switzerland dam Luxembourg.

Mali Bin Muyung said...

Dato, its a foregone conclusion that Swak is for BN to keep. Muslims are minority but they hv a KM.
DAP n PKR pula asyik bercakaran.
Sapa nak percaya? Saya org PKR pun rimas dgn situasi ni.
Perhaps its best if BN win.
Tq

Abang Sador said...

Benar Datuk. I don't think soal hak keistimewaan autonomi imigresen Sarawak yang menjadi isunya disini. It has been there for almost half a century. Since 1960s. Samada ianya perlu dimansuhkan atau sebaliknya tidak menjadi isu. It is a matter of application of this special power. Like any type of power, it is prone to be abused for any authoritarian leaders.
Sabah pun being accorded the same power and privillege but why it hasn't evoked strong reaction as much as Sarawak? Hatta sebelum ini pun, sejak Sarawak mula-mula menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963 sehinggalah kepada zaman CM Taib Mahmud, soal autonomi imigresen Sarawak tidak pernah menjadi isu.
Apabila bertukar pucuk pimpinan di Sarawak tiba-tiba ianya menjadi isu yang besar.
Sekatan demi sekatan, halangan demi halangan dikenakan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Seolah-olah KM Sarawak yang selama dicanang-canangkan sebagai sangat popular dikalangan penduduk Sarawak seolah-olah begitu takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Pemimpin-pemimpin utama parti pembangkang yang masuk bertanding di Sarawak seperti presiden, timbalan presiden dan naib presiden dihalang daripada memasuki Sarawak untuk berkempen.
Adakan Adnan Satem begitu resah akan kebijaksanaan dan keintilektualan hujah Rafizi Ramli yang mampu mempengaruhi dan mengubah persepsi masyarakat setempat di Sarawak? Adakah Adnan begitu risau akan aura dan karisma Tony Pua yang mampu memikat hati masyarakat Tionghua Sarawak maka beliau dilarang daripada menjejakkan kaki di Sarawak? Adakah Adnan Satem begitu iri hati dengan kecantikan dan keayuan Nurul Izzah Anwar yang mampu menggoncangkan hati para pemuda Sarawak? Adakah Adnan Satem gusar dengan kepetahan pidato Mohamad Sabu dan jika beliau dibenarkan berada di bumi kenyalang rakyat Sarawak akan berpusu-pusu datang mendengar ceramah beliau?
Demokrasi jenis apakah yang dipraktikkan oleh KM Sarawak ini? Adakah ini sesuatu yang adil? Yang tinggal hanya local leaders yang bertaraf ikan bilis yang too lighweight berhadapan dengan jentera besar BN yang menabur wang dan projek-projek bernilai jutaan ringgit. Adakah ini amalan demokrasi yang sihat?. Everything according to his whim and fancy.

aku said...

Kadiag, salaam.

Baguihlaa kalu ada sentimen jaguh kampong atau 'folk hero' ni....
Kalu hang dengag lagu2 lama, antara senikatanya:

Sayang serawak sungainya sempit (2X)
Berbuahlah rengas (2x) lambung-lambungan (2X)
Hendakku bawa perahuku sempit (2X)
Tinggal lah emas (2x) tinggal junjungan (2X)

Bidukku kayuh ke tengah laut (2X)
Hendak menuju (2x) ke tanah deli (2X)
Hatiku ini sudah terpaut (2X)
Kenapa cik adik (2x) tak ambil peduli (2X)

Memangla, lirik lagu2 lama jauh dari realiti politik, tapi dia tonjoikan sedikit sentimen kontradiksi yg laani macam dah jadi teraih politik tanah ayag, bukan saja di Serawak.

Usaha gigih dah diusahakan, rakyat bulih tengok macam mana depa tabog duit, merata rata, dikala dekat pilihan raya dan rakyat patut tau, duit tu, bukan parti depa punya...
dan wakil2 parti pembangkang di sekat ke Serawak, padahai lain sekali untuk parti BN, hingga mesyuarat 'kabinet' ka benatang apa ka di ada di bumi 'kenyalang' tu... Lantaran tu, serahlah kepada Allah s.w.t. untuk bukak hati perut rakyat Serawak untuk buat pilihan yg tepat.

Dan jangan macam senikata lagu ...'kenapa che' adik... tak ambik peduli...'

Aku

kusufian write said...

Keputusannya 65BN 16 lain lain parti

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Ya teruskanlah sokong parti Bangkai Najib (BN) tu...kita tunggu dan lihat kebijaksanaan org Sarawak...serah kpd awak...

Life is short for all of us said...

Datuk, whether Adenan is a folk hero or not we couldn't care less.
What all Sarawak voters must realize is that he is not in the pink of health.
As long as he's around, he may be able to stop BN from entering Sarawak, once he is no longer there, Sarawak is ripe for BN to pluck from head to toe.
So, do not place your trust in Adenan, he is only a temporary substitute.
Vote for the opposition to ensure Sarawak will not turn out to be a Sabah.
Nowadays so many dunggus coming out from there.

The dedak beggar said...

Najib cuba menumpang populariti Adenan dalam keadaan dia tersepit dengan isu 1mdb.
Dengan harapan keputusan cemerlang BN di sarawak, Najib boleh mengaburi mata rakyat Malaysia di Semenanjung dan Sabah.

Unknown said...

Bn pasti menang besar di kpg2. Kerana kebykan tuai rumah dah di beri dedak.kasihan tengok org kpg di perkudakan oleh org politik.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Kalau di Eropah, orang Peranchis boleh pergi negara Jerman, Finland dan lain-lain negara lain dengan tak perlu passport.

Ada persefahaman antara negara-negara dalam kesatuan Eropah (European Union).

Kalau di Malaysia, ada pula syarat-syarat anggota pembangkang tak boleh masuk negeri Sarawak. Walaupun Sarawak adalah sebahagian negara Malaysia.

Baru-baru ini mengikut media, di Singapura, rakyat Singapura yang terlibat dengan 1MDB telah dikenakan tuduhan, mula-mula satu, kemudian tambah 2, sekarang ini, tambah 3.

Kesemuanya berjumlah 6 tuduhan di Singapura.

Nampaknya Singapura negera yang serius dalam menegakkan undang-undang, dan tidak ada tolak ansur dalam undang-undang dalam negara mereka walaupun mereka bukan negara Islam.

NordinabilaH said...

Dato politik di sarawak ini sebenarnya takut pada parti dari semenanjung mereka seolah2 macam katak bawah tempurung pemimpinnya kuku besi dan menekan pengundinya yg duduk dihutan dan pendalaman itulah cara politiknya

sukasamasuka said...

Datuk.

1. Kejayaan BN Negeri Sarawak pada Plilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak TIDAK ADA KENA MENGENA dengan Perdana Menteri sejak dari Tunku dulu lagi...jauh sekali lah si Najib. Najib hanya menumpang saja. Tiada Perdana Menteri berkempen pun, BN Negeri dibawah pengaruh PBB akan tetap menang juga....sebab bagi pegundi di Sarawak, PRN bukan pasal popularity Perdana Menteri Malaysia. Kalau Perdana Menteri Malaysia macam seekor monyet pun, PBB akan tetap menang...apatah lagi kalau Perdana Menetri macam monyet!!! Jadi monyet pun bolih. Memang pun macam monyet dapat bunga!!!

2. BN Negeri Sarawak yang diketuai olih PBB TIDAK PERNAH menyinggung perasaan pribumi Sarawak...maka PBB akan menang besar...sebab isu pribumi Sarawak bukan isu 1MDB, "derma Arab" dsbnya...ITU ISU UMNO di Semananjung dan di Sabah! ITU ISU MELAYU! ISU ORANG MELAYU ISLAM!

Makanya, kalau UMNO tiada di Sabah, the issue can be localised, but, it's too late now, because UMNO is already in Sabah too!

3. Persoalan imigresen Sarawak/Sabah adalah persoalan "pride" orang Sarawak/Sabah...terutama sekali pribumi...jangan disentuh sentuh soalan ini kalau kita tidak tahu tentang sejarah....atau sebelum mengambil kira "perasaan" orang pribumi Sarawak/Sabah...jangan sekali kali...terutama sekali orang muda politik yang masih berhingus dari parti pembangkang dari semanjung...belajar dulu...jangan jadi rusa masuk kampung.

Sarawak dan Sabah BUKAN nya masuk kedalam Malaysia. Tanpa Sarawak dan Sabah TIADA la Malaysia!

Sarawak dan Sabah adalah dua buah NEGARA, bukan nya NEGERI, sebelum kita tubuhkan Malaysia.

Sebagai sebuah NEGARA, Sarawak atau Sabah ada hak menentukan beberapa perkara...salah satu nya ia-lah siapa bolih masuk kedalam NEGARA tersebut. Maka itu Sarawak dan Sabah, bolih dengan sesuka hati nya menghalang dan menghalau sesiapa yang dia tidak suka masuk kedalam "rumah" nya. JANGAN DISENTUH PERKARA INI. Hak ini hak mutlak....yang dipersetujui olih Tunku dan pemimpin pemimpin Sarawak dan Sabah SEBELUM lahir sebuah negara baru yang dipanggil MALAYSIA. Hak ini tidak menyalahi undang undang perlembagaan kerajaan Sarawak dan Sabah. Tidak menyalahi undang undang persekutuan Malaysia...atau undang undang Commonwealth...atau undang undang hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

4. Hak hak negera Sarawak dan Sabah, walaupun sudah dipersetujui sebelum penubuhan Malaysia, kebanyakan nya sudah di "federalised"kan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia...seperti pertahanan, pelajaran dan agama...dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Yang tinggal hanya lah hak imigresen sahaja. Kalau pembangkang DAP/PKR/Amanah dapat kuasa kerajaan negeri seperti di Penang dan Kelantan sekali pun, mungkin sukar untuk mereka menukar system imigresen yang satu ini, bukan tidak bolih.

Jadi, kerajaan BN Negeri Sarawak/Sabah menggunakan hak imigresen untuk memperlihatkan bahawa mereka ini tidak tunduk kepada kerajaan federal, bukan untuk menyusahkan pembangkang masuk ke negara mereka atau pun "tidak demokratik dan takut cabaran.". Pengundi pribumi Sarawak/Sabah memang suka kerajaan yang begini.

5. Ini latar belakang secara kasar dari "man on the street" seperti saya yang kurang pelajaran...walaupun ada sikit perbezaan diantara politik pribumi Sarawak dan Sabah.

Kesimpulan nya:

a. PBB yang menarajui BN Negeri Sarawak akan menang sebab PBB bukan UMNO. Pegundi Sarawak tidak kesah pasal Perdana Menteri seperti Najib sebab ini hanya PRN, bukan PRU. PRU nanti, dynamiknya akan bertukar sekelip mata terutama sekali di Sabah sebab UMNO ada di Sabah.

b. "Fixed Deposit" di Sarawak/Sabah yang selalu dilaung laungkan olih Najib BUKAN pasal PRN di Sarawak/Sabah.

ITU PASAL PRU...kerusi Parlimen BN nanti.

Najib tumpang sekaki saja di PRN Sarawak...kemenangan BN Negeri tidak ada kena mengena dengan dia langsung...tetapi perangainya macam monyet kena belacan bila disini.

Kita akan jumpa monyet monyet begini di tunggu PRU14 nanti.

Selamat mengundi orang Sarawak!

zainal abidin awang kechik said...

allahukhabar

Unknown said...

Salam Datuk,

The Whites bought the Red Indians with whisky and cigarettes. Once they become drunk, they handed all their precious assets to the Whites.

The Whites then moved in and placed the Rwd Indians in Reserve lands.

When the Red Indians finally become sober and realised the mistakes they made. But it was too late.

They tried to fight the Whites with bows and arrows against live bullets.

Today only the name Red Indian remains

Sarawak no difference except its not the Whites but the Melanaus assisted by BN

PutraKraken said...

Salam Datuk

Hari ini hari mengundi PRN Sarawak. Nampaknya pengomen blok ini banyak yang mempertikaikan kuasa otonomi imigresen Sarawak. Seharusnya perlu diingat bahwa kuasa otonomi negeri Sarawak bukan saja Imigresen malahan banyak lagi otonomi yang termaktub dalam perjanjian "Malaysia 1963". Ini adalah asas perjanjian tersebut dan hanya dapat dimansuh atau diubah melalui DUN Sarawak dan bukan Parlimen Malaysia. Ianya adalah hak mutlak Negeri Sarawak. Kalau kita, terutama yang bukan rakyat Sarawak mempertikaikan klausa klausa dalam perjanjian tersebut...tiada apa yang dapat kita lakukan. Kita terima ajelah. Kalau ada yang tak senang..bayangkan anda dipihak sebelah sana...apa tindakan anda?...Saya pasti tak ada bezanya.

Rakyat Malaysia terutama dari Semenanjung harus memahami asas rakyat Sarawak dari segi sosio ekonomi dan juga politik sebelum mengeluarkan pandangan dari sudut mereka sahaja. KEHARMONIAN adalah asas kepada kehidupan seharian rakyat Sarawak dan itulah keutamaan Kerajaan Negeri Sarawak. Dalam diversiti etnik rakyat Sarawak tiada satu satu kaum yang mejadi majoriti dengan sendirinya. Sebab itulah KEHARMONIAN amat penting. Unsur unsur yang menganggu gugat keharmonian semestinya dibendung...Karekter seperti Ibrahim Ali, Jamal Yusof, Rithuan Tee dan yang sepertinya memang seharusnya dihalang memasuki Sarawak...mereka tergolong individu ultra.

Keharmonian kaum dan juga agama yang diamalkan rakyat Sarawak adalah amat berharga dan perlu bukan setakat di pupuk malah dipertahankan dengan apa jua cara. Kalau anda dari semenanjung datang ke Sarawak...saya syorkan...jelajahlah Sarawak...kalau tak mampu pergi ke pendalaman...pergilah ke bandar bandar utama...dan saya akan cabar anda untuk mengenali suku kaum rakyat Sarawak. Dapatkah anda bezakan antara melayu, iban, bidayuh, melanau, kenyah, kelabit, cina, orang ulu dll? Pasti anda fikir yang berbahasa melayu itu orang melayu. Rakyat Sarawak berbilang kaum juga berbilang bahasa dan bahasa melayu lokal merupakan bahasa perantaraan majoriti rakyat Sarawak. Kalau anda ke Sri Aman bahasa perantaraan di bandar itu ialah Iban, Kalau di Serian...Bidayuh, kalau di Mukah...melanau, kalau di Kuching...melayu Sarawak...dan banyak lagi tempat tempat yang berbeza...namun majoritinya faham dan boleh bertutur bahasa melayu Sarawak. Perbezaan raut muka susah nak dibandingkan...tidak seperti di Semenanjung...majoriti melayu, cina dan india...jelas dapat dikenali. Rakyat Sarawak yang berada di semenanjung selalu jadi mangsa terutama dibulan Ramadan...dicekup kerana tak puasa...ini cerita benar dari pengalaman rakan.

Politik....politik Sarawak agak unik...kerana tiada komponen parti dari Semenanjung yang bertapak kukuh di Sarawak...kecuali DAP yang memang mudah bertapak dipusat bandar dimana kaum cina bertumpu. PAS walau pun cuba menyusup ke persisiran dan kawasan melayu...mereka gagal...begitu juga PKR. Kerajaan Negeri adalah 100% parti lokal...Jadi mereka kebal dari sentimen parti semenanjung. Namun tidak dinafikan pimpinan pusat dibawah Najib memberi impak negatif terutama dibandar dan kepada pengundi yang celik dengan dunia global alam maya internet. KM Adenan tidak dapat menolak pucuk pimpinan BN Pusat untuk berkempen...apatah lagi dengan gaya Najib Cash is King...walaupun kedatangan mereka umpama hidung tak mancung pipi tersorong sorong.

Kemampuan KM Adenan sudah cukup...bukan setakat penyapu baru...malah banyak langkah dan tindakannya berjaya menambat hati rakyat Sarawak. Gerakan Sarawak for Sarawakian yang menjadi gelombang yang mengugat diPRN yang lepas berjaya dilumpuhkan. Hakikatnya rakyat Sarawak selesa dengan kerajaan sekarang dan sekiranya ada anasir anasir yang cuba menganggu gugat masyarakat majmuk yang hidup penuh HARMONI dan KESEFAHAMAN antara kaum...pastinya akan ditolak.

Saranan saya...kepada mereka yang perasan...hidung tak mancung pipi tersorong sorong tu...berpada pada lah....

Kami rakyat Sarawak terkenal dengan santun dan kemesraan melayani tetamu...namun ada batasnya.

Tuan Punahsihat said...

Tahniah kpd DS Najib dan BN SARAWAK diatas prestasi cemerlang dlm PRN2016.
Kapada pemimpin2 parti pembangkang diucapkan selamat meneruskan perbalahan dan cantas mencantas dalam usaha merebut "dedak".

Sebenarnya rakyat semakin muak dgn akhlaq/cara berpolitik pemimpin2 parti pembangkang.

Joeharry said...

Salam datok,
Pbb telah memenangi 72 kerusi, ada peningkatan kerusi untuk pbb.
Keputusan ini akan membuatkan najib tersenyum seketika sambil menyatakan beliau masih mendapat sokongan rakyat, walau pun hakikatnya sokongan itu untuk adnan dan bukan untuk najib. Sapi punya susu, lembu yang dapat nama.
Saya katakan seketika kerana najib terpaksa melalui 2 lagi prk dikuala kangsar dan sungai besar.
Kedua-dua prk ini ada "padang" sebenar untuk najib tunjukkan populariti beliau. Mampukah umno mempertahan kerusi ini setelah menang dengan majoriti kecil dalam pru13. Segalanya terletak pada persafahaman antara pembangkang.
Pada saya umno/bn akan mendapat kekurangan undi numun jika ada pertandingan 3penjuru, bn akan menang dengan kurang jumlah undi dari pru13.

Unknown said...

The kingmaker in the Swak election are actually the Timber tycoons. They want Adenan to rule the state just like Taib Mahmud before

This way they can exploit the natural resources without having to worry about the state government

Name of the game said...

Datuk,
success for Adenan was handed to him through his moves to bar the opposition to enter Sarawak, the cash for king strategy dispensing so much $$$$, promises, promises and promises and of course the incredibly stupid PKR to vie for seats with DAP even though they had an agreement. The 3 incredibly stupid As, Anwar, Azmin and Azizah bear 99% of the blame. DAP lost in the urban areas in Sarawak, but in the peninsula it will be a totally different game because 1MDB and GST and money politics and a host of other issues are fully understood here.
Sarawak was led thru its nose when Adenan said 1MDB had nothing to do with them (how about this, becos of 1MDB the govt will raise its GST sooner than later to pay for 1MDB defaults, the poor sarawkians will have to cope with this).
DAP and its team Amanah (who cares about PKR now that they have shown its true colors) can work together and with a well laid out campaign on selection of candidates, seats, vision, will do much much better.

Two telling factors stand out:
Adenan and team won becos of his public personae and "folkish" way in seeming to stand for the sarawkians and barring umno into sarawak.
Question: What if Adenan is no longer around?

Najib and his putrajayians were all costume accessories, unnecessary and without them Adenan would have won just as easily. Adenan knows this, Mahmud Taib knows this.
It's becoming crystal clear to UMNO that Najib and his key men are the biggest stumbling blocks to GE14.
Time now to move ahead without them.
Question: What if UMNO drops Najib and get someone without 1MDB/AG/IGP links?
The road will be clear for BN.

Unknown said...

Good write out.vrry smart indeed

Unknown said...

Fuyoo cantin

Unknown said...

Agreed

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).