Friday, December 15, 2017

Dulu Berhenti Kerana Idiologi, Sekarang Berhenti Kerana Gaji

A Kadir Jasin



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

DENGAN izin sebuah catatan ringkas yang berunsur peribadi mengenai media massa sebagai jawapan kepada komen pembahas Kluangman dalam tampalan bertajuk “Apandi, Sumpah Bohong dan Hipokrasi Orang Islam” tanggal 12 Disember.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.

Beliau berkata (verbatim): “Saya percaa jika zam, johan jaffar dan dato' sendiri kalau masih kekal atau dilantik semula sejak awal sebagai Ketua Pegarang aau ceo media prima akan mengambil pendekatan yang sama seperti sekarang, berpihak kepada najib !!!” (12:53 AM).

Reaksi saya adalah seperti berikut:

1. Saya akui semua pengarang dan wartawan wajib ambil kira siapa yang miliki media tempat mereka bekerja melainkan syarikat itu pengarang, wartawan atau pengurusan sendiri miliki. Itu pun mereka wajib patuhi undang-undang negara dan norma masyarakat.

2. Tapi dalam apa keadaan sekali pun, pengarang dan wartawan wajib ada idealisme dan mengamalkan profesionalisme ke tahap paling tinggi yang mungkin dan terdaya.

3. Saudara (Tan Sri) Zam aka Zainuddin Maidin “dibersarakan” pada awal tahun 1990-an sebagai Ketua Pengarang Utusan kerana tindak-tanduk pemangku beliau mengenai dakwaan kononnya Dr Mahathir mengutamakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu dalam lawatan ke Indonesia. Setelah disiasat didapati dakwaan itu tidak tepat. Zam, yang ketika itu berada di luar negara, mengambil tanggungjawab dan “dibersarakan”.

4. (Tan Sri) Johan Jaaffar (Ketua Pengarang Utusan selepas Zam) letak jawatan secara sukarela pada pertengahan tahun 1998 kerana pergolakan politik dalam Umno dan kerajaan. Ini disusuli oleh (Datuk) Ahmad Nazri Abullah (Pengarang Kumpulan Berita Harian) yang berhenti secara sukarela juga berikutan pemecatan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

5. Kedua-dua mereka rapat dengan Anwar. Johan juga akrab dengan Perdana Menteri (I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak dan dilantik jadi Pengerusi Media Prima apabila Najib naik jadi PM.

6. Saya masuk kumpulan NSTP/Media Prima pada tahun 1976 dari Bernama. Saya letak jawatan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP pada bulan Jun tahun 2000 kerana saya mendapati sukar hendak jalankan tugas secara profesional dan berlaku adil kepada wartawan NSTP/TV3, khususnya yang dicap sebagai simpatisan Anwar. Oleh sebab saya tak bersedia bertindak mengikut apa yang dihasratkan oleh pemilik ultimat maka saya meletakkan jawatan.

6.Ketika Zam, Johan, Ahmad Nazri dan saya jadi pengarang, jualan akhbar dan audiens TV sedang melonjak naik. Edaran surat khabar memuncak pada tahun 2003/04. Tetapi jualan jatuh secara mendadak dan berterusan selepas itu. Perubahan politik, kemajuan teknologi maklumat dan kelembapan ekonomi memainkan peranan.

7. Kira-kira empat tahun lalu saya mengunjungi pengurus atasan Media Prima dan NSTP. Mereka anak buah saya ketika saya di NSTP. Saya kata, saya simpati dengan mereka dan memberi amaran keadaan akan menjadi bertambah buruk bagi mereka akibat ledakan teknologi maklumat, kekangan ekonomi dan dasar editorial yang terlalu partisan.

8. Saya telah banyak kali meramalkan yang media arus perdana, khususnya milik parti-parti Barisan Nasional, akan berubah hanya jika BN kalah. Selepas BN kalah mereka akan menjadi media antikerajaan.

9. Sekarang amat sedikit pengarang dan wartawan yang berhenti kerana isu ideologi dan integriti. Mereka berhenti kerana kompeni mereka tak berdaya lagi bayar gaji.

Wallahuaklam.
  

11 comments:

Marxist said...

KD, lain kali jangan main tulis je komen lagi2 blog ko yang mengarut tu.

Unknown said...

salam datuk,

di Timur ini, budaya kita yang asli adalah berbentuk kolektivis. tidak kira Melayu,Cina, India,Iban,Bidayuh, budaya kolektivis itu sesuatu yang sudah tertanam dalam masyarakat kita sejak zaman berzaman. dalam apa pun tindakan masyarakat/individu, kepentingan ramai/umum sering diberi keutamaan melebihi diri peribadi. kalau tidak, masakan ada pepatah berbunyi;

'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'

roda masa dan pergerakan zaman menyaksikan budaya ini semakin terhakis, diganti dengan budaya acuan moden Barat yang lebih individualis. Barat sangat mementingkan hak,keinginan dan kepentingan individu meski ia bertentangan dengan norma budaya,adat malah agama. perkahwinan sejenis dibenarkan kerana kehendak/kebahagiaan individu dirasakan lebih penting dan perlu dihormati malah diraikan.

bagi memudahkan urusan, sistem sekular diterapkan kerana agama yang didatangkan dengan larangan-larangan tertentu dilihat sebagai batu penghalang pada segala hak, kehendak, dan keinginan individu.

walaupun tidak sepenuhnya, budaya INDIVIDUALIS Barat semakin kuat terserap dalam kehidupan kita di Malaysia. semakin ramai jiran-tetangga tidak mengenali apatah lagi saling memberi perhatian pada yang lain. masyarakat semakin sibuk dan larut dalam penghidupan 'BUIH' masing-masing. kau-kau, aku-aku. kepentingan bangsa, masyarakat dan agama bukan lagi suatu keutamaan sebaliknya kelangsungan dan kepentingan diri peribadi menjadi fokus utama individu.

kerana itu, berkorban demi tujuan yang lebih besar dilihat dan dirasakan makin 'asing'. nasib bangsa dan negara lebih diserahkan kepada semua yang lain kecuali diri sendiri. biarlah orang tua 92 tahun ke sana ke mari memperjuangkan nasib bangsa dan negara, yang penting 'diri' dapat terus bekerja, berselfie, bertwitter dan hujung minggu bersantai melibur diri di luar atau di rumah menonton tv.

hilang wang, pangkat dan kerja demi sebuah 'PERJUANGAN'??? biarlah orang lain saja yang berkorban, asalkan bukan 'diri'...

JohorMali said...

DAKJ,
Ramai pengarang dan pengulas politik semasa Malaysia terdiri dari mereka yang gah gah belaka, boleh beri hujah yang mampu pengaruhi corak pemikiran pembaca.

Namun ramai diantara mereka ini berjalan atas satu landasan sahaja.

Amatan peribadi saya ialah sekarang terdapat dua gajah yang berkudis lagi berpekung.

Tetapi naratif pengulas pengulas tumpu pada saekor gajah sahaja.

Jarang jumpa naratif yang boleh dianggap balance, dan tidak ambil pusing siapa yang jadi antagonis atau protagonis.

Datuk lagi arif betapa ramai audience di sini membaca, meneliti dan mentafsir naratif dari kedua belah pihak.

Wallahuaklam

JB_Mali said...

Kepada JohorMali,

Kalau orang Johor nak dapat berita seimbang, buka TV Singapore.

Berita Channel News Asia tak ada mengampu dan membodek tak sudah-sudah, boleh kata seimbang.

Kalau media perdana tak seimbang, kita nak harapkan blog macam DAKJ seimbang, tak masuk akal namanya.

Pak Pandir said...

Mungkin kena tunggu kejadian Malayan Union II, baru semua orang Melayu dan bumiputera dari golongan Marhaem bawahan hingga lah ke golongan paling atas sedar dan bersatu semula. Wallahualam.

MTBT said...

Sah 2.6 billion masuk akaun penyamun nak balance apa lagi?

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum),
Ni coretan hang pasai dolu berenti pasai idiologi, laa ni berenti pasai gaji...,
Ada banyak lagi sebab orang berenti Kadiag, antaranya sebab disuroh berenti, dan kerapkali ini macam satu trajidi
dan ramai orang tak dapat uruih kejadian ini dgn baik.
Lantaran tu munkin baik jugak kalu rakyat siap siaga mengadap kemungkinan ni...
misalannya dgn bejimat jimat untuk kumpui modai, beniaga secara kecik2, becucuk tanam,
dekat romah aku ada orang tanam tebu sepanjang parit tepi padang sekolah, tanam pokok buah bawah kebel voltan tinggi,
dan sorang pendatang Indonesia tu tanam pisang di tanah rizab sungai... dan sebelum dapat hasel buah,
daunnya bulih dijuai buat bungkuih nasi lemak, bagi makan kambing dll.
Aku pulak besa buat andaian lalang tu satu 'famili' dgn serai...
jadi aku bersihkan kawasan yg penuh lalang dan aku tanam serai dan memang menjadi...
dan aku juai kad tauke satey, yg guna serai masa buat kuah.
Tapi macam mana siap siaga pon, di berenti kerja, biasa nya meropakan satu 'trauma', satu penghinaan...
Almaklumlah, kita pulak biasanya ramai tanggungan... selain untok sara diri sendiri.
Dlm pekara ni, pengelaman aku, paling penting ialah iman yg tuntaih.
Marfhum sebagian ayat 103 dari suroh Aali Imron " “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah..." (dari http://ahlusun.blogspot.my ).
Pengelaman aku, memang sangat betoi ayat ni pasai satu cara nak merawat 'trauma' ni ialah dgn mengukuh hubungan sesama
kita belandaihkan kasih sayang kerana Allah.
Pada yang bekenaan gunalah 'episod' macam ni untok kukohkan hubungan kita dgn Allah S.W.T. dan sesama kita.
Natijah dia sangat baik. Insya'Allah.
Maghap no.
Aku

rakyat marhain said...


Salam Dato,

selepas memberikan kontrak bernilai pulohan billion dolar kpd puak puak yahudi di amerika
di warwarkan bahawa presiden umno dan presiden paspispuss akan berada sepentas hari jumaat depan untuk menyatakan bantahan kpd presiden amerika kerana mengishtiharkan Baitulmaqdis sebagai ibunegara regim zionis israel.

alahai!!! tak sudah sudah main sandiwara politik memperbodohkan rakyat menjelang PRU14....

Waghih said...

Itu dah jadi reality sekarang datuk.

Kalau tak camno nak bagi makan pakai anak bini ...?

Camno lak nak dapek kapal layar bosar ...?

Waghih.

Waghih said...

Jangan lupo ... dah berapo ghamai yang kono saman dan masok jel sobab komen tontang gomen singapura .

Gomen ehh takdo kompromi langsung ...

Sekurang kurang ehh gomen kito ( salopeh dinasti Turn M ) bagi peluang pado sosial media bersuaro ...
Tak perlu takut pado ISA dah ...

Waghih.

Othman Ahmad said...

NAJIB LIDAH BERCABANG & PENGKHIANAT....!!

Najib sebaik saja menjadi PM pada 2009, telah melantik APCO Worldwide sebuah agensi Zionist Yahudi sebagai Penasihat di PutrajAya dan membayar upah beratus-ratus juta.

Atas tunjuk ajar APCO, Najib telah memberi lesen kpd Banker Zionist Yahudi, Goldman Sachs untuk membuka pejabat & beroperasi di negara buat julung2 kali, dgn tujuan untuk mendapatkan hutang riba haram RN42 biluon dgn bunga riba 10%, bunga tertinggi dalam dunia yg dibebankan kpd negara.

Najib berbelanja ratusan juta untuk mengampu presiden Amerika, Obama dalam kempen Perjanjian Syaitan TPPA yg sia-sia, Lawatan Rasmi Obama ke negara & bermain golf di Hawaii.

Najib bertukar tuan pula kpd presiden Donald Trump dan sekali lagi berbelanja ratusan juta untuk meredah masuk tanpa jemputan rasmi ke White House hanya untuk berikrar taat setianya pada Amerika dgn berkata pd Trump...'Your enemy is my enemy'.

Najib jelas terang2 seorang PENGKHIANAT kpd Agama, Bangsa & Tanah Air bila dia bersekutu dgn Amerika & Zionist Yahudi sejak awal2 lagi dia mentadbir negara. Dunia semua tahu Donald Trump sangat membenci & memusuhi Islam. Apa kejadahnya Najib berserah diri & menyembah-nyembah kpd Trump yg terang-terangan memusuhi Islam.

Kini Najib yg bertalam muka dua ada hati nak menganjur perhimpunan besar-besaran mengajak rakyat menentang rejim Israel Yahudi & Amerika, konon.....!!

Najib patut di HUKUM seberat-beratnya di atas PENGKHIANATAN & KEMUNAFIKAN nya kpd Agama, Bangsa & Negara.......!!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).