Monday, December 18, 2017

IMAMS: Cara Cari Untung dan Kutip GST



A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

DENGAN takdir - Insya Allah - Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya umum (PRU) akan datang, ia mempunyai banyak contoh yang tidak boleh diteladani daripada Barisan Nasional, iaitu cara peras dan curi duit rakyat jelata.

Perdana Menteri Tak Setuju Keputusan Kerajaan
Jelaslah sekarang bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah tidak lebih daripada cara mengumpul hasil untuk kerajaan dan bukan untuk kebajikan rakyat jelata.

(Pakatan Harapan (PH) telah berjanji menggantikan GST dengan cukai lain yang tidak terlalu membebankan rakyat jelata dan pengguna.)

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Pentadbiran (I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak telah membuktikan sekali lagi kepada kita bahawa GST bukan sekadar alat fiskal (fiscal tool), tetapi adalah mesin untuk menjana keuntungan.

Maka tidak hairanlah kalau seorang pengarang kanan sebuah akhbar milik Umno begitu kecewa dengan Integrated Manasik Monitoring System (Imams) yang melibatkan GST sehingga menggelarnya “daylight robbery” (rompakan siang hari) dalam tampalan Facebook beliau.

Rompakan siang hari, kata pengarang MAP
Jelas bahawa Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak lagi peduli kepada penderitaan rakyat jelata. Keutamaan beliau adalah memungut sebanyak mungkin hasil (revenue) melalui GST.

Sejak dikuatkuasakan pada April 2015, beliau dianggarkan telah mengutip lebih RM100 bilion.

Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu Umrah (Imams) itu dibatalkan hampir serta-merta setelah mendapat protes besar-besaran daripada warga media sosial.

Di sebalik alasan memantau dan mengelakkan penyelewengan urusan Umrah oleh penganjur swasta, sistem itu adalah untuk membuat keuntungan dan mengutip GST.

Secara langsung ia menyerlahkan dua unsur (element) penting yang mempengaruhi dasar kewangan Najib, iaitu keuntungan untuk swasta dan cukai untuk kerajaan.

Jelas bahawa Najib dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (Datuk Seri) Mohamed Nazri Abdul Aziz, mengakui ada unsur mencurigakan (sinister) dalam pelaksanaan Imams yang tidak dapat dipertahankan dalam perbahasan media sosial.

Jadi cara terbaik adalah membatalkannya sementara seperti yang dilakukan ke atas Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) lalu lintas. Apabila rakyat jelata leka ia dilaksanakan semula. Sementara itu pencadang sistem akan diberi pampasan kerana di belakang tabir mungkin sudah ada kira bicara.

Oleh sebab mereka beranggapan rakyat jelata boleh dibohongi maka mereka pun berbohonglah. Najib kata pembatalan Imams tepat. Nazri kata pegawai salah faham arahan dia. Timbalan Menteri, (Datuk Wira) Mas Ermieyati binti Samsudin, kata dia tak tahu apa-apa.

Mangsa Politik

Yang nampaknya terpaksa jadi pak sanggup dan kambing korban adalah pegawai kerajaan. Mereka sudah pun dituduh tidak faham arahan menteri.

Yang diperbodohkan pula adalah orang penting dalam sistem propaganda kerajaan, iaitu laskar siber dan media arus perdana (MAP) Umno/BN.

Laskar siber dan wartawan MAP yang bermati-matian mempertahankan sistem itu kemudiannya terpaksa menelan ludah mereka sendiri apabila ia dibatalkan.

Kecelakaan yang menimpa laskar siber Umno dan MAP dalam kes Imams ini adalah jawapan mutakhir kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Timbalan Perdana Menteri, (Datuk Seri Dr) Ahmad Zahid Hamidi, mengapa penggiat media sosial pro-PH dan anti-BN lebih berkesan dan diyakini daripada laskar siber Umno/BN.

Penggiat media sosial pro-PH dan anti-BN lebih diyakini bukan kerana mereka mendapat latihan luar negara seperti Zahid dakwa tetapi kerana laskar siber Umno/BN serta MAP ditembak kakinya oleh bapak-bapak kepala Umno dan BN sendiri.

Mereka tembak “messenger” mereka sendiri.

Macam mana laskar siber dan wartawan MAP hendak diyakini kalau sebelah pagi macam ayam jantan baru baligh sokong Imams tetapi sebelah petang macam ayam mabuk ubi gadung sokong pembatalannya?

Seperkara lagi yang membezakan laskar siber Umno/BN daripada penggiat media sosial pembangkang adalah majoriti laskar siber Umno/BN diupah manakala majoriti penggiat media sosial pembangkang adalah sukarelawan.

Tambah parah bagi Umno/BN adalah hakikat bahawa sebahagian laskar sibernya terus berperang satu sama lain walaupun sudah diherdik “bangang” oleh Najib pada Perhimpunan Agung Umno 2014.

Siakap senohong gelama ikan duri.
Cakap bohong lama-lama jadi kleptokrasi.

Wallahuaklam.

33 comments:

ir. miringila said...

Selamat Datuk.

Geli hati la dengan kerajaan Barisan Nasional. Macam-macam perkara pelik telah, sedang dan akan berlaku.
Untuk menghalang penipuan (kes-kes penipuan pekej umrah), maka rakyat harus membayar. Penipuan wang 1MDB rakyat juga yang kena bayar. Apa lagi?
Mengulangi kata-kata kerajaan, mana nak cari perkhidmatan kesihatan dengan bayaran RM 1, hanya kerajaan BN saja yang boleh lakukan, dengan menyembunyikan hakikat bahawa segala fasiliti, perkakasan, ubat-ubatan dan upah kerja dibayar oleh rakyat melalui sistem percukaian.
Dalam keadaan BN semakin bingung dengan kerenah mereka sendiri, akibat terlalu percaya yang rakyat itu bodoh dan boleh diperbodohkan menampakkan mereka pula yang membuat kerja-kerja bodoh.

Alahai BN. Inilah akibatnya apabila menggunapakai sistem dedak yang hanya mampu melahirkan barisan kepimpinan baru yang bebal dan tidak mampu menggunakan otak. Namun bijak dalam hal membodek.

Aku amat berharap yang pilihanraya akan datang bakal memberi pelajaran kepada kepimpinan BN dan UMNO khususnya.

Terima Kasih Datuk, Terima Kasih.

Pakcik said...

Dah terang lagi bersuluh maka:

1. Pergi daftar undi jika belum
2. Pergi mengundi
3. Ajak kwn2 dan keluarga sekali
4. Sebarkan keburukan kerajaan BN
5. Berdiam diri kerana nak jaga jawatan sama mcm bersubahat

wankamarul701 said...

anti-klepek

awang kualaberang said...


Budaya mencekik duit rakyat nampaknya semakin berleluasa sehinggakan dalam urusan ibadat umrah pun nak mencekik duit rakyat yang sememangnya sudah semakin susah nak bernafas sekarang ini akibat tekanan kos rasa hidup yg semakin mencekik .....

Saya sangat hairan kemana perginya wakil wakil rakyat yang dipilih terutamanya yang dipilih atas dasar perjuangan politik agama dan kehebatan ilmu agama mereka sehinggakan perkara sebegini "jahat" terlepas dilontarkan kapada rakyat tanpa kajian yang adil dan saksama kpd rakyat.

Takkanlah kerana slogan "politik matang (natang???) sejahtera" maka segala kemunkaran dipejamkan mata dan dipekakkan telinga. Rajin rajinlah mengkaji kertas belanjawan negara dan dasar dasar kerajaan demi menjaga kepentingan rakyat yang memilih kamu sebagai ahli parlimen dan ADUN. Janganlah datang sidang dewan sekadar nak ambil kedatangan untuk dapat elaun saje.

Bersikap amanah lah kapada rakyat jangan jadi "celaka didunia, neraka diakhirat"

Zaki Ahmad said...

Jap, nak reply kat tweet DS Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil tu lah

mno said...

Ayam babok ubi gadong campoq bijik getah telan ayaq kopi campoq akaq pinang....

Othman Ahmad said...

Tun Mahathir telah berjaya mentadbir negara dgn gemilang meraih 2/3 majoriti berturut-turut dalam 5 pilihanraya umum. Setimpal dgn sokongan rakyat itu, Tun Mahathir telah meletak Malaysia unggul di peta dunia, sebaris dgn Spura & negara2 maju Jepun, Eropah & USA di segi pembangunan infrastruktur, sosial & pemikiran (mindset) sejak 2003.

Setelah itu, bermula dgn Pak Lah, kemudian lebih jahanam bila Najib & Rosmah dgn sekelip mata menghancurkan semua kejayaan gemilang hingga kedaulatan & harga diri negara dihinjak, dirampas & dijajah semula oleh negara asing,

Allenby Guy said...

Mungkin projek persiapan sebelum pencen/dipencenkan.

PutraKraken said...

Salam Datuk

IMAMS...bunyi memang elok "imam"...tapi malang bila imam lebih dari satu (IMAMS) begitulah jadinya. Masyarakat Islam Malaysia bukan tak pernah menghadapi issue lebih dari satu imam ini...Amanat Haji Hadi sudah cukup untuk kita mengambil iktibar.

Memang setuju kalau orang mengatakan IMAMS ini adalah satu rompakan disiang hari (daylight robbery) tapi bagi saya ianya lebih dari itu. IMAMS ini adalah satu langkah bukan saja satu rompakan malah menunjukan kebiadapan dan kerakusan pemerintah untuk memeras rakyat semua. Selain kutipan GST...kepentingan memgisi poket peribadi adalah matlamat perlaksanaan IMAMS ini. Siapakah pemain utama dibelakang tabir?

Rakyat jangan terpedaya dengan apa jua alasan yang diberi. Kita mesti kritikal terhadap sesuatu polisi yang melibatkan kepentingan kita semua.

Satu perkara lagi...berhubung dengan urusan ibadah Umrah/Haji....macamana boleh terjadi penipuan? Sering kita dengar kes sepertinya...Dimanakah letaknya kejujuran dan amanah?
Atau munkin kita benar menghayati "Kepimpinan Melalui Tauladan"? Mana tidaknya...kepimpinan kerajaan dan juga penjawat awam begitu berleluasa melakukan perbuatan menipu, rasuah dan tidak amanah. Ibadah Umrah/Haji adalah ibadah yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang berkemampuan...setiap umat Islam pasti menyimpan cita cita untuk menunaikan ibadah ini...namun bila orang Islam sendiri yang melakukan penipuan terhadap sesama umat Islam...dimanakah MARUAH ISLAM kita letakkan?

Perlakuan umat Islam itu sendiri yang MENGHAKIS KEHORMATAN ISLAM. Jangan salahkan orang lain...Jangan terlalu ghairah dengan issue Palestin atau Rohingya hanya kerana ingin menonjol diri dimata masyarakat antarabangsa...Hakikatnya rumah kita sendiri penuh dengan taik.

How do you expect the world to look up to Islam and the Muslims? The Muslims are the one who acted in the most UnIslamic ways.

Waghih said...

AsSalam Datuk ...

Apo yang bolih dipelajari dari blunder IMAM ni iolah ...

1) Keterbukaan pemimpin tertinggi negaro , DSN , DSZ dan mentori untuk mengaku kesilapan .

2) Keikhlasan kepimpinan DSN , DSZ dan para monteri untuk menjago kepentingan rakyat dalam isu2 semaso.

3) Rakyat bersikap bebas dan bolih bersuaro tanpo halangan .

4) DSN amalkan demokrasi terbuko dongan setiap mentori ado otonomi.

Berbanding dongan zaman Turn M...

1) Pemimpin utamo negaro bersikap kuku bosi.

2) Sumo keputusan takleh dicabar .. kalau dicabar kono hobing ...

3) Sumo keputusan montori mesti dapek kelulusan Turn M dulu ...

4) Rakyat yang bersuaro lantang ...ISA lah rumah dio .

5) Dalam meeting mingguan kabinat ..mentori2 hanyo digitau dalam bentuk ' need to know basis ' sajo .

Camtu lah yang dapek rakyat analisiskan ...

Waghih.

Wjm95 said...

Datuk,
Umno sudah tua, patutnya sudah pencen.

AL GAZEL AVERROES said...

Salam,
Demi Allah, kerajaan di bawah Najib adalah sebuah kerajaan yang caca merba.Menteri2 kabinetnya adalah seumpama anai2 yang merosakkan rumah yang telah siap dibina. Negara Malaysia di umpamakan sebuah rumah yg cantik,teguh yg telah siap dibina oleh kepimpinan yg terdahulu,sedia dan selesa utk dihuni oleh setiap lapisan rakyat.
Malangnya bermula era Abdullah Badawi ia mula membiakkan anai -anai iaitu dgn melantik anak menantu dan menteri2 yang korup sebagai penasihat. Dengan Rahmat Allah rakyat menyedari tentang kerosakan ini dan dapat menyelamatkan rumah yg sudah sedikit rosak.
Dengan harapan tinggi rakyat menyerahkan amanah kepada Najib utk membaik pulih dan meneguhkan kembali rumah itu. Tetapi ujian Allah belum berakhir perlantikan Najib seumpama terlepas dari mulut harimau masuk kemulut buaya. Najib bukan setakat mengkhianati amanah utk menghapuskan anai2, bahkan ia mengekalkan anai2 yg sedia ada dan membiakkan lagi anai2 yg lebih ganas.
Anai2 ganas ini yg tidak dpt lagi di kawal oleh Najib telah mula membaham bukan saja dinding2 dan tingkap rumah malah mula membaham tiang2 seri yg menjadi tunggak dan asas sesebuah rumah. Moral cerita Najib sebenarnya telah hilang kawalan terhadap menteri2 kabinetnya terutama menteri2 yg berkepala SAMSENG spt NAZRI AZIZ.
Nazri menjadi taiko kpd kementeriannya sendiri dan menjadikannya sebagai lubuk untuk menyamun harta negara. Langkah itu juga di ikuti oleh kementerian2 yg lain. Maka jadi lah MALAYSIA spt keadaan sekarang, caca merba, tunggang langgang dan menuju kearah SEBUAH NEGARA GAGAL (FAILURE STATE).


Nenek Ghuffran said...

Salam DAKJ..

Salah seorang laskar siber UMNO/BN yg diherdik 'bangang' oleh Najib ada Kat sini....siapa lagi kalau bukan si Waghih tu..😉

Adion said...

Niat sebelum melaksanakan sesuatu perkara itu yang akan memudahkan kelancaran sesuatu pekerjaan. Di tambah dengan keiklasan, Insyallah membuahkan hasil yang berkat, walaupun sedikit namun semua akan bersyukur dengan nikmat itu.
Wallahualam.

andikbolong said...

wagih jawa ngenchret sm ngn dsz komidi yg kepla otk letak dilutut kot..kamu cybertrooper upahan tanpa data dan fakta melainkan auta...klu tak diprotes akan jadi sapu duit org nsk buat ibadat ... dasar lanun

Naj said...

Waghih,

1) Kalau mengaku kesilapan, bunyinya begini "saya mewakili kerajaan saya mengaku kesilapan kami dan memohon maaf". Kalau bunyinya BEGITU bukan mengaku kesilapan. Namanya cuci tangan, sapu bawah tikar, dsb.

2) Dah kena protes besar2an tiba2 batal sistem. Ini bukan ikhlas. Ini namanya nak mencekik tapi tak lepas.

3) Bersuara ramai2 nak tangkap siapa? Tak muat penjara. Ini bukan kebebasan bersuara, ini namanya terkantoi dan tak mampu nak ambil tindakan, cuma mampu cuci tangan.

4) Bila kepala dah mencekik bilion2 dan tak dikenakan tindakan, yang bawah2 dah tak segan2 nak mencekik. Ini bukan kali pertama cuma ini yang kena terus ke rakyat. Tengok keputusan2 dibuat dalam kementerian lain pun banyak bersifat mencekik cuma tak terasa terus kepada rakyat.

Apa point kau ni sebenarnya? Zaman Tun M, perdana menteri betul2 boleh laksanakan kuasa eksekutif. Zaman sekarang ni, bila rakyat dah bising bising bising baru perdana menteri berani keluarkan tweet gunakan kemarahan rakyat sebagai leverage. Kenapa perdana menteri tak boleh tegur menteri sendiri? Sebab dia sendiri ada jerangkung dalam almari. Apa kejadahnya perdana menteri cuma berani keluarkan tweet? Tweet ni nyanyian/siulan burung. Apa nilainya? Perdana menteri patut boleh bertempik, barulah menteri tak berani buat salah bukan kerja nak mencekik je.

-Naj-

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Perlakuan kelepet, kapor, songlap, pau, makan suap, duit kopi ada lah sama macam merompak atau melanun.

Merompak zaman Haji Najib ini, bukan lagi dilakukan pada siang hari malah dibuat secara terang-terangan, tanpa rasa apa-apa kemaluan. Tanpa malu pada rakyat apa lagi pada tuhan.

Bayangkan dengan guna nama agama ..mereka konon nak tolong kes umrah yang tipu duit orang islam RM4.5 juta setahun. Dalam nak tolong itu mereka pau RM25 juta setahun, dari kaum sendiri ia itu orang islam.

Apa punya cilaka. Lebih cilaka lagi.. mereka pakai Sang Kapir Laknat untuk kapur kaum sendiri.

Bila ditanya ngapa boleh jadi sebegitu sekali. Apa jawab Najib?. Apa jawab Nazri?. Apa jawab Ermawati?. Sapa mereka ini. Sudah tentu mereka orang islam dan entah berapa kali masing-masing ke Mekah.

Mereka ini adalah yang memimpin kita. Kita yang pilih mereka. Dan "the worse part".. mereka tak da hal ..mereka percaya kita akan pilih mereka semula.. mereka percaya kita tak de pilihan. Dari Sang Kapir Laknat yang pimpin, baik lah yang islam walau pun kaki kapor ..yang sentiasa melanun duit bangsa sendiri.

sazali said...

nasib kau lah waghih..... dah lah dilabel bangang, pun masih terhegeh-hegeh nak bagi komen dan debat kat sini. Fakta pun berterabur, kurang kajian... malu rasanya. Kesian Waghih.. tak dapek eden nak nolong eedoh.. Sobar yo lah.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum),
Episod cubaan songlapan melalui projek IMAMS ni sekali lagi pamiagkan kaedah
atau 'modus operandi' yg depa kerap pakai untuk membantai kelompok paling lemah atau
dhoif, kali ni kelompok Melayu yg nak menunai 'ibadat umroh.
Sebelum ni aku dengag depa berenti kutip 'tol' di beberapa tempat,
kenunnya 'perihatin' kepada rakyat
kerana tu depa 'kena' bayag bebilion ringgit
pada syarikat konsesi sebagai 'gantirugi' ka apa ka...
" The government needs to pay highway operator PLUS Malaysia Bhd a total of RM2.2 billion
in compensations for removing toll collections at the Federal Highway and Bukit Kayu Hitam from Jan 1, 2018."
(dari 'The Malaysian Reserve'.)
Sekali lagi depa mangsakan temasok
jugak rakyat yg tak pernah pon pakai kereta... tak pasai2... semua kena,
barang kali lagu GST tu kod.
Hang nulih .." Oleh sebab mereka beranggapan rakyat jelata boleh dibohongi maka mereka pun berbohonglah.
MOI* (pindaan aku, nak elak pakai nama dia) kata pembatalan Imams tepat. Nazri kata pegawai salah faham arahan dia.
Timbalan Menteri, (Datuk Wira) Mas Ermieyati binti Samsudin, kata dia tak tahu apa-apa."
Hanyasanya kalu betoi Timbalan Menteri tu kata dia tak tahu apa-apa, buat aku teringat
satu kisah (munkin dongeng) zaman dolu bila sorang 'brave' (lelaki Red Indian) balik dari penggembaraan betahun2,
tengok2 bini dia (squaw) baru lepaih beranak...
Lalu siBrave tu pon tanya "Many moons I no come... how come baby come ?"
SiSquaw pon jawab "Many moons you no come, but cowboy come."
Mudah saja.
Munkin Mas ni ikut namanya munkin wong tchokwo,
justeru enggak berapa ngerti,
lantaran ngomongnya Embak, "gampang sadjaa...."

Maghap no.
Aku

john doe said...

Kalau nak tengok ciri2 orang taksub buta maka tengoklah kepada arah sokongan mereka yang sehala dan bukan kepada fakta.

Sebab itulah apabila IMAMS diperkenalkan mereka bermati-matian pertahankannya dan di dalam tempoh kurang 24jam apabila IMAMS dibatalkan mereka bersorak pula kononnya itu kemenangan pihak mereka sehingga ia dibatalkan dan kononnya itu tandanya MO1 terbuka kepada pandangan.

MO1 salahkan Menteri, Menteri salahkan penjawat awam, timbalan Menteri sebak kerana tidak tahu menahu dan MO2 pula nafikan ia dipersetujui kabinet. Betul2 kabinet kayu yang lebih teruk dari bangau oh bangau.

Yang sangat betul dalam tulisan DAKJ ialah majoriti kalau bukan semua askar siber PH adalah sukarelawan sedangkan majoriti kalau tidak semua askar siber BN adalah pendedak.

Statement tang sangat betul tapi masih kurang tepat. Utk tepatkan Dato kena tambah perkataan 'overwhelming' sebelum perkataan majoriti.

Itu belum dikira pengakuan MO2 bahawa jumlah penyokong PH di dalam media sosial adalah 94% dan hanya 6% saja menyokong BN.

BN tak punya sebarang harapan pun untuk menang. Mereka hanya bergantung kepada mandat lama yang akan tamat hanya di dalam masa bbrp purnama lagi.

Anonymous said...

Ilmu Amal Islam Imam(s)
BCA(Bersih Cekap Aman(ah)

Waghih said...

Datuk ...

Keikhlasan seseoghang itu datang dari kesangupan untuk mengaku kesilapan apobilo terbukti tersilap ...
Betul tak Datuk ...?

Jadi ...ponah tak Turn M mengaku kesilapan dalam 22 tahun pemerintahan dio ..?
Ado tak Turn M mintak maaf kesilapan dio selamo memerintah tu ..?

Kes BMF ...Rm 1 Bil
Kes Memali ...oghang kampong terbunuh.
Perwaja ...berbillion Rm hangus.
Boli Skyhawk ...berbillion hangus.
MAS ...berbillion hangus untuk bailout.
Dan banyak laiee ...

Apo sabonar ehh Turn M kato tontang tu sumo ...?
Apo sabonar ehh Turn M buek untuk perbetulkan tu sumo ...?

Oh ya... Turn M tak ponah nafikan apo yang Barry Wain tulih dalam buku " Malaysian Maverick" dimano Rm 100 bill hangus .

So ..mano jadi pilihan ...
1) Oghang yg ngaku kesilapan bilo tersilap ...

Atau ..

2) Oghang yg ngaku tak tau bilo tersilap .

Waghih.

Ujang said...

Masa Madey memerintah majoriti rakyat Malaysia tak ponah merano, bahkan tambah makmur dan gumbira.

Cumo segelintir orang politik, macai mereka dan puak Amarika sajo yang terkesima.

Itulah hakikat nyo waghih.

assalamualaikum said...

Datuk ....

Akal si Waghih ni betul ke atau tak?

Curi disamakan dengan rugi.

A KADIR JASIN said...

1. Saudara saudari para pembahas yang saya hormati. Terima kasih kerana terus membaca dan berbahas. Itulah tujuan saya apabila saya memulakan blog ini lebih 11 tahun lalu - tahun 2006 iaitu supaya kita boleh berkongsi maklumat dan maklumat serta berbahas.

2. Sejak itu ramai pembahas yang datang, pergi dan kekal. Saya hargai penyertaan semua pembahas sama ada setuju atau tidak dengan saya. Saya "tolerate" semua bentuk dan jenis pemikiran asalkan sopan dan berpatutan.

3. Saya tahu majoriti pembahas adalah bebas dan sukarela. Tetapi mungkin (saya ulang MUNGKIN) ada segelintir yang terikat dengan pihak-pihak tertentu sama ada atas dasar ideologi atau kerana upahan. Saya faham. Ideologi penting. Cari makan lagi penting.

4. Boleh jadi juga segelintir yang amat kecil pembahas dibayar atau diberi kredit mengikut kekerapan mereka masuk berbahas.

5. Saya tidak tahu sama ada hal yang akan saya sebutkan ini berlaku dalam blog tetapi dalam Facebook (saya juga cergas dalam Facebook) ia berlaku itu penggiat upahan diberikan skrip oleh "ibu pejabat" mereka untuk diselitkan ke dalam sebanyak mungkin laman dan wall.

6. Apa-apa pun saya harap kita boleh terus berbahas dengan sebaik mungkin berdasarkan ilmu dan maklumat dan bukan emosi semata-mata sambil itu kita cuba menerima dan merayakan kepelbagaian pendapat.

Terima kasih.

dt rahman pekan said...

KPD SDR WAGIH,

"2 WRONGS DO NOT MAKE A RIGHT".

Naj said...

Waghih,

Perdana menteri ada kuasa eksekutif, (sepatutnya) mampu buat keputusan dan ambil tindakan. Kalau ada mana2 tokoh terdahulu yang ada salah laku, bukankah perdana menteri mempunyai maklumat dan kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan? Kalau tindakan tidak diambil, maksudnya sama ada salah laku tidak berlaku, atau perdana menteri lemah (atau dilemahkan dek jerangkung dalam almari). Contoh terbaharu perdana menteri cuma mampu tweet walaupun (kononnya) tak bersetuju dengan menteri sendiri berkenaan perkara yang dah dipersetujui kabinet.

Apa lagi cerita ni? Berdebat sepatutnya berlandaskan bukti/fakta atau sekurang-kurangnya hujah perlu logik. Siapa2 pun boleh petik cerita orang tu pembunuh, orang ni pencuri. Menggunakan logik akal saja kita boleh persoalkan "kenapa tindakan tidak diambil sedangkan beliau dah tak berada dalam kerajaan pun?" Kalau forex boleh buat witch hunt, yang lain takkan nak tweet je (atau, nak mengharap "waris" berkepentingan tolong pertahankan)?

-Naj-

TOOLBOX said...

YBhg Dato Kadir Jason

Mohon tulis & kongsi info mengenai isu hak milik tanah Felda di Jalan Semarak

Terima kasih

Toolbox

ulul amri said...

KEPALA HOTAK MAK KAU LA WAGHIH. APA PUNYA BODOH SANGGUP JADI ANJING

PTHOIII...

Quantum Metal Consultant said...

Waghih, berapa dapat per entry?

Unknown said...

"Give me six months. I will settle all issues regarding 1MDB"
"The assets of 1MDB is much higher than its liabilities. So no need to be worried."
Do the above mentioned stupid comments sound familiar to you?
Well, I believe you all know who said them. Sheer stupidity.

Unknown said...

khutbah jumaat pun bunyi mcm kerajaan ni memperjuangkan islam, tetapi sebenarnya untuk menumpulkan daya juang amar maaruf dan nahi mungkar org islam dengan laras bahasanya yg sering memperlekeh intelek para jemaah. siapa yg buat teks khutbah jumaat?

samurai melayu said...

SALAM KASIH SAYANG
Sdr AKJ,

Selamat menyambut Tahun Baru 2018. Semoga sdrku dan keluarga sentiasa dirahmati dgn limpahan Sinaran Zat Sempurna dan Kasih Sayang Allah Swt..

Alfatihah, aamiin

ps. We have a Deranged Useless Mental Blockhead(DUMB) giving comments from his...dot dot dot
A disgrace to my good friend the YAB N9..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).