Friday, February 16, 2018

Malaysia, Israel dan Yahudi: Benteng Sudah Pecah?



A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

NEGARA Yahudi Israel mengaku yang Malaysia adalah “country tough to crack”. Dalam bahasa Melayu, “negara yang  sukar ditundukkan’.

Adakah Malaysia telah akibat tekanan Israel?
Jadi mereka cukup gembira apabila seorang diplomat mereka, David Roet (Daud Roet), dan dua orang yang lain menghadiri persidangan habitat Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Habitat) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Akhbar Israel, The Jerusalem Post, melaporkan pada 13 Februari bahawa Malaysia yang amat kuat dasar anti-Israelnya telah membenarkan penyertaan delegasi Israel hanya setelah negara Yahudi itu mengenakan tekanan diplomatik yang sampai hingga ke pejabat Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Pokok pangkalnya Malaysia tunduk kepada tekanan Israel itu. Satu gol untuk Israel, kosong untuk Malaysia.
Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak), dan para penasihat serta penyokongnya - termasuk Tuan Guru (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang - mungkin gembira menjadi tuan rumah persidangan itu.

Tetapi adakah mereka sedar implikasinya? Mungkin ia dan mungkin tidak.

Pengajarannya ialah persidangan antarabangsa yang berkaitan dengan PBB boleh menjadi laluan untuk Israel/Yahudi menjejakkan kaki di bumi Malaysia.

Roet memberitahu akhbar itu bahawa Israel berjuang mati-matian untuk menghantar wakil ke persidangan itu atas dasar bahawa adalah menjadi tangggungjawab Malaysia  sebagai penganjur membenarkan peserta daripada semua negara anggota PBB menghadirinya.

 
David (Daud) Roet: Persetujuan Malaysia jadi duluan
“Kita menuntut apa yang menjadi hak kita,” kata Roet sambil menambah yang tindakan Israel itu menjadi duluan (precedent) bagi negara-negara lain yang menjadi tuan rumah persidangan yang berkaitan dengan PBB.

Persidangan UN Habitat yang akan datang pada tahun 2020 akan diadakan di Abu Dhabi. Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel tetapi pada tahun 2008 Israel berjaya membuka pejabat perwakilan Pertubuhan Antarabangsa Tenaga Boleh Baharu di Abu Dhabi.

Sejak itu ia menggunakan perwakilan tersebut untuk melakukan lawatan diplomtaik dan memperluaskan hubungan dagang dengan UAE dan negara-negara Arab berdekatan.

Kesimpulannya, benteng pertahanan Malaysia pecah apabila ia menjadi tuan rumah persidangan UN Habitat dan dengan itu terpaksa tunduk kepada tekanan Israel dalam rangka perjanjian PBB.
Menurut The Jerusalem Post lagi, inilah kali pertama dalam masa 53 tahun seorang diplomat Israel berjaya melawat Malaysia. Kali terakhir ialah pada tahun 1965.

Kali ini Israel berjaya memecahkan tembok anti-Israel Malaysia dengan menggunakan pintu belakang.

Jadi eloklah kita lebih berhati-hati dengan kegiatan antarabangsa kita kecualilah kita sengaja membuka pintu belakang untuk menjalin perhubungan dengan negara Yahudi itu.

Wallahuaklam.
                        

48 comments:

Hud Hud said...

Najib dan penasihat nya Haji Hadi mesti diraikan diatas kejayaan yang amat besar ini. Tak ada satupun PM lalu yang bolih tanding dengan dia dalam bab ini. TDM jauh sekali. Saya cadangkan kita adakan majlis khas untuk meraikan kejayaan ini dan patut juga diperingati setiap tahun.

JohorMali said...

DAKJ,
Suprising for a global person like you feels necessary to provoke or test the mindset of the Muslim Malays.
As long as it can embarrassed whoever you need to embarrass, your have done a good job, not withstsnding the nature of realpolitik about the existence of Israel since 1948.

ui said...

Yang berkuasa skrg ni kerajaan umno bn kan? So siapa yg pro israel skrg ni? Umno bn kan? Takkan nak cakap PH pulak kan?

Siapa pulak yg kamcing dgn umno bn? Pas kan? Takkan PPBM pulak kan?

Sehingga hari ni...langsung takde respon pun dari umno dan pas kan?

Jadi...nampak tak betapa munafiknya kedua2 parti itu?

Masih nak percaya kedua2 parti itu? Kalau anda mengaku bangang..silakan..

vin said...

Yahhh!!! Ketuanan Yahudi. Mana hero-hero Ketuanan Melayu-Islam?

Nuar said...

Bila nak PRU14 nie
Bersabar je lah dulu
Sampai bila nak cam nie
Tukar dulu kerajaan baru
Insyallah berubahlah tahun nie

AntiTsar said...

Kuasa besar Amerika Syarikat yang kita sedia maklum mempunyai kuasa veto di PBB,secara sengaja mempengaruhi badan dunia itu untuk mengadakan persidangan di Malaysia.Niat dan maksud tersiratnya sangat jelas.Umpama majlis pecah tanah pihak Israel di Malaysia.Dalam keadaan sekarang,Najib sudah tidak mampu untuk mempertahankan lagi dirinya,...apatah lagi negara Malaysia ini.Di bawah pemerintahan rejim Najib,Malaysia bukan lagi sebuah negara demokrasi.Persaingan geopolitik antara Washington dan Beijing untuk berkuasa di rantau ini sangat nyata.Dari segi ekonomi telah sekian lama Amerika Syarikat ditinggalkan oleh China.Cara rejim Najib menguruskan Malaysia memberi peluang yang sangat luas dan terbuka kepada pihak-pihak berkepentingan untuk mengambil kesempatan.Ramai rakyat China menjadi mangsa dalam tragedi kehilangan pesawat MAS.Kerajaan Najib terpaksa membayar kepada China dengan harga yang sangat mahal.Beijing mengambil peluang yang terhidang ini,dan jadilah Malaysia tapak bagi penguasaan China di rantau ini.Keadaan menjadi agak berat sebelah,bila 'Malaysia Najib' kelihatan berkhiblatkan China.Inilah bahananya bila pemimpin negara mengamalkan dasar rasuah dan berbangga dengan slogan 'Cash is King'.Seperti lembu yang dicucuk hidungnya,sangat mudah pemimpin jenis ini dimanipulasi oleh kuasa luar seperti Amerika Syarikat yang kita ketahui ada dakwaan terhadap MO1 di sana.Untuk kekal selamat,Najib tiada pilihan.Melainkan menurut sahaja apa kehendak mereka.Najib pergi mengadap Trump untuk membantu ekonomi Amerika Syarikat.Manakala Trump pula pergi mengadap Benjamin Netanyahu untuk membantu menjadikan Baitulmuqadis sebagai ibu kota Israel.Amerika Syarikat adalah proksi kepada Israel.Kedua-dua negara ini berjalan seiringan,melengkapi agenda masing-masing.Negara yang sanggup menurut arahan mereka akan mendapat bantuan kewangan.Ini bukan satu rahsia dalam dasar luar Amerika Syarikat.Turki,Pakistan,Afghanistan,dan beberapa negara lagi adalah antara yang pernah atau masih menjadi penerima bantuan ini.Najib memberi bola tanggung kepada China.Kemudian beliau pergi sendiri menghantar bola tanggung itu kepada Presiden Amerika Syarikat pula.Maka,inilah peluang Amerika Syarikat bersama Israel untuk mengimbangi dan mengekang penguasaan China.Apa cara yang ada bagi rejim kleptokrasi ini untuk menjana pendapatan negara?Lubang yang terlalu banyak dikorek sudah tidak terdaya lagi untuk dikambus.Harga diri sudah tiada lagi.Untuk menghadapi PRU14,pendekatan Cash is King sangat memerlukan wang yang teramat banyak.Harga minyak akan diturunkan demi melembutkan hati rakyat yang mudah lupa.Sumbangan duit akan jadi sangat luar biasa.Apatah lagi orang melayu sangat lemah dengan duit.Seolah-olah semua wang yang diterima secara mudah adalah halal, kerana rezeki jangan ditolak.Rejim yang gagal mengawal harga barang, sekarang ini sedang sibuk mengadakan karnival jualan murah di sana sini.Apakah mampu si kleptokrat menolak bantuan derma daripada pihak Israel?Sejarah banyak dicipta sejak Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia.Buat pertama kalinya, kerajaan BN Najib mungkin terpaksa menggunakan talian hayat daripada sahabat baru yang sudi menghulurkan bantuan untuk menghadapi PRU14 nanti.Wang tunai yang boleh didapati dengan cara apa sekali pun adalah HALAL bagi golongan kleptokrat.Najib sangat memerlukan bantuan kuasa dunia ini.Apa yang bakal terjadi kepada Malaysia bukan urusannya lagi.Dia sudah meletakkan dirinya sebagai boneka kuasa besar.Kepada bangsa Melayu,Najib mungkin seorang pemimpin yang lebih sesuai dengan sikap,pegangan,dan citarasa yang ada pada kamu sekelian.Oleh itu,PRU14 nanti akan menjadi medan pungutan suara, samada Tanah Melayu kekal merdeka atau kembali menjadi tanah jajahan.

Mukminin said...

Tajuk berita surat khabar Israel berbunyi “ First Israeli Diplomat To Visit Malaysia in 53 years. Country tough to crack”

Reputasi “tough to crack” zaman PM mana tu agaknya ya?

Dan zaman PM mana yang Yahudi lolos masuk?

Ringgu Det said...

Tanggal 22 Disember 2017 di Perhimpunan Solidariti Mempertahankan Baitul Maqdis di Masjid Putra, bukan main jaguh pemimpin kita terpekik terlolong kononnya memperjuangkan hak rakyat Palestin. Baitul Maqdis adalah hak rakyat Palestin.

Tup tup tak sampai 2 bulan, diplomat Israel berjaya menjejak kaki di bumi Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 53 tahun. Betapa seronoknya diplomat Israel tersebut sehingga bersiri-siri tweet dihantar ke tanah air beliau di Israel. Aku kini di KL katanya.

Gembira bukan alang negara Israel sehingga menjadi tajuk berita-berita utama di negara mereka. Ini merupakan satu kemenangan moral bagi mereka selepas 53 tahun menunggu. Sesungguhnya ianya adalah detik bersejarah buat mereka.

Jangan harap umno/pas lagi said...

Sebab apa?

Sebab najib dan kabinetnya termasuklah kawannya si hj.hadi dah kena cucuk hidung dan takde telo.itu je

Adion said...

Ini menunjukkan kebijaksanaan pihak Israel dan juga sebaliknya di pihak MO1.... ibarat pak kaduk menang sorak tapi...

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum).
Masih baru lagi sepupu MOI kata nak antag tentera ke baitul maqdis (munkin nak hadap tentera Zionis la kod)..::
"10 Dec 2017 · Malaysia is ready to send troops to Jerusalem as violence escalated in the region. ... Defense Minister Hishammuddin Hussein said in a speech on Saturday, according to The Malay Mail Online."
Dua bulan kumudian depa lepaih pegawai2 zionis ni masuk Malaya .... secara terang2, tu yg kita tau...yg kita tak tau atau senbunyi2
apa macam ?
Macam mana pon aku pecaya ni tak lah bahaya sangat...
Macam Zeti Aziz pernah kata lepaih tu Mad Brahim ajok "Don't be qawatir, Malaya (economic) fundamentals stiil strong."
Jugak dlm aspek ketenteraan, yg paling teraih atau "fundamental" ialah pimpinan yg tegaih dan kemaih atau "coherent" dan orang kata bepijak ataih bumi nyata...
ni tidak, sepupu bukan main hero lagi 'macho' tapi... yg bukan sepupu buat lain.

Mintak maghap Kadiag,
Aku

Anak Kuching Jantan said...

The next step will be allowing Malaysian to use their passports to visit Israel.
Then allowing Israel to set up an office in Malaysia for them to assign an Israelis representative here. Najib has put Malaysia at a very high risk. No other PM has done such grave damage.

Non-government servant said...

Hero per nyer...setakat berucap depan penyokong sendiri boleh lah pong pang pong pang,tunjuk hero konon,tup-tup dah sampai pun diplomat dia....kenapa diam dan sekor macai pun tak der protes atau angkat kain rentang...tulurrrrr dah masyukkk ker...kah kah kah

Naj said...

JohorMali,

I feel that DAKJ has been consistent with his writing throughout; he criticizes whatever he feels is a misstep by DS Najib (and by extension, the government). If anything, his writings provoke us to think (and maybe act). That you see this as provoking a particular group and/or their mindset is your opinion/perception.
I wonder if you also feel that you are a global person. If that is the case I suggest you check your spelling and grammar every now and then.

Naj

Jay said...

Bro, I believe he had too much "the duck"!!!

ir.miringila said...

Selamat Datuk.

Kata kata Anti Israel hanya bertujuan politik. Menggunakan kesusahan dan kepayahan rakyat Palestin untuk keuntungan politik memang memalukan. Hari tu guna Rohingya.... la ni Uighur pulak. Alih alih dah tak anti Israel pulak dah!!Dan yang bestnya rakyat dapat melihat siapa sebenarnya BN. Pepat diluar rencong didalam. Sepatutnya Menteri Pertahanan dah bagi kata 2 kat depa ni..
Peristiwa ini melihatkan wajah sebenar BN.
Terima Kasih, Datuk.
Selamat.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Agak menarik juga.....

Baru tak sampai berapa bulan dibuat soladiriti menentang Israel yang inginkan Jerusalem sebagai ibu negera Israel.

Ya ya aja orang kunonnya memperjuangkan Palestin.

Sekarang ini, tak pernah duta Israel masuk Malaysia, boleh pulak masuk Malaysia.

Nampak sangatlah kita ini lemah dan tak berkuasa dalam dunia ini sampai orang pintu masuk kita pun tak boleh kita kawal.

Kalaulah dalam majlis keramaian, kita menjemput orang, tapi musuh kita pun kita kena jemput, apa maknanya.

Setidak-tidaknya, tak boleh ke menteri luar kita letakkan syarat.

Kalau Israel nak masuk Malaysia, boleh, syaratnya, Israel mesti keluar dari tanah Palestin. Sudah berdekad Israel melanggar arahan PBB supaya keluar dari Palestin tapi masih berdegil.

Apasal pulak kita kena jemput Israel.

Ruliros said...

Dato malaysia ini bukan ke negeri kepala bapak dia org jadi dia boleh buat apa bapak dia suka nak ajak yahudi ke kapir harbi ke kepala bapak dia org punya suka la

Ruliros said...

Salam Dato sebenarnya pemimpin kita ni tak ada telor cakap berdegar2 tapi haprak sampaikan yahudi israel pun dpt jijak kaki di malaysia maka samalah parti pak lebai yg seban berjela2 tu cakap pun tak berani itulah DAP itu lebih baik jaga Islam dimalaysia ni harap ulamak sama je mari kita sama2 sokong DAP parti yg menghormati agama islam sebab ini negeri kepala bapak dia orang

Waghih said...

AsSalam Datuk ...

Quote :
" Satu gol untuk Israel , kosong untuk Malaysia " ...?

Atau kemungkinan sebegini :
" Satu gol untuk Israel , Duo gol untuk Malaysia " ...?

David Roet tolah memuji keterbukaan M'sia untuk menerimo kedatangan mereko.

Beliau memuji kecantikan , kemakmoran dan kepelbagaian bangso masyarakat M'sia.

Keterbukaan dan kemakmoran M'sia tolah membuko mato pihak Yahudi itu untuk menilai semulo polisi mereko .
Akhbar mereko tolah menjadikan topik perbincangan yang menarik dan M'sia tolah dikagumi .

Adokah ini SATU BANANA KICK yg tak dapek diselamatkan olih Israel ?

Satu HIKMAH dan permulaan baru dalam penyelesaian masaalah dunio ...?

Wallahuaklam
Waghih.

rakyat marhain said...


sabar, sabar!!!

tuang punasihat MO1 tengah belek kitab biru nak cari dalilll

Azih Zin said...

Dato

Macam Greek Trojan horse... Our diplomat outmaneuvered by Isreal.

RD. said...

Inilah akibatnya apabila kita mempunyai 'banyak tengkorak dalam almari'. Nak kata, pekong didada pun boleh. Pekong itu akan menyebabkan kita rasa tidak senang-duduk atau sentiasa dalam kerisauan, lebih-lebih lagi bila berada diluar Negara. Nak berdepan atau terserempak dengan wartawan, terutamnya yang berkulit-putih, pun takut... takut pekong itu di selak. Mahu tergagap unutk menjawab.
Maka jadi lah seperti kera-sumbang, apabila menghadiri konvensyen diluar-Negara.
Perasaan gementar ini lah yang menyebabkan PM kita mengelak dari menghadiri Konvesyen anti-rasuah yang diadakan diNegara sendiri, sedikit masa lalu.

Sebaliknya, jika Malaysia tidak benarkan 3 diplomat Israel itu masuk, sudah tentu media Israel dan mereka yang bersimpati dengannya, akan bising satu dunia dibuatnya. Setakat bising bab itu saja, tak apa lah juga. Takut nanti bab-bab lain pun mereka turut bising. Faham-faham saja la.

Berita dan laporan mengenai:-
- Perkataan kleptocracy akan kembali bergema satu dunia.
- PM 'reeks of swamp' Malaysia, terkait pengubahan WANG-haram terbesar dunia.
- disebut sebagai MO1 dalam dakwaan DoJ Amerika
- RM2.6 Billion masuk akaun peribadi. Isteri pula, masuk RM2 Juta.
- WANG Rakyat digunakan anak-tiri dan rakan keluarga, Jho Low untuk buat filem lucah.
- beli kondo mewah, jet, lukisan, hartanah di london.
- hadiah Pink-diamond RM138 Juta dari Jho Low.
- Jho Low berparty liar dengan Paris Hilton. Maklumlah duit durian runtuh.
- MLA dari Peguam Negara Switzerland, tidak dibalas oleh AG Malaysia.
- dan lain-lain
... kembali hangat semula dengan laporan muka depan media cetak dan berita TV, satu dunia.

Lebih buruk lagi, jika Israel mengadu dan desak Trump supaya 'mengajar' atau 'teach Malaysia a lession'.
Dalam DoJ pula, sudah tentu ada bangsa Yahudi yang marah atas tindakan Malaysia itu. Jika DoJ mempercepatkan pendakwaan criminal dengan mendedahkan butiran lengkap 'money-trail' terkait dana RM2.6 Billion and RM42 juta, menjelang PRU14... bagaimana?

Kesimpulannya, skandal 1MDB-Jho Low telah berjaya mengubah atau menyebabkan dasar luar-Negara kita menjadi tak tentu hala, kemungkinan terdedah kepada arm-twisting/kilas-tangan atau peras-ugut kuasa besar dunia dan sudah tentu boleh compromise/menjejaskan keselamatan Negara.

Taosuo said...

DAKJ,
The days and nights are rushing by and yet we seem to be in a continuing comatose. One of the latest event celebrated in the mainstream media is the MOI is 'pouring' something like RM 1.3 billion into Langkawi following suggestions that Tun Mahathir contest in that island constituency....to wit it was said would not cause the SPRM to bat not even an eyelid or 'jeling pon dak...' or something to that effect...
" 36 minutes ago · LANGKAWI (BERNAMA) - Malaysia's Prime Minister Najib Razak on Saturday (Feb 17) announced an allocation of RM1.315 billion (S$443 million) to implement five new government projects in the ..."
Elsewhere in the world events are unfolding thick and fast, there's a massacre in a Florida school, a winter Olympic in Korea, Robert Mueller indicting Russians for influencing U.S. presidential elections and Indonesia is again mulling an export ban on maids...but by and by a 'good' piece of news comes around, this time from South Africa where a new president is sworn in a couple of days back ...and he had something to say about "plunder of public resources" and "the tide of corruption in ...public institutions" and "economic malaise" which are awfully and chronically familiar.
(from Timeslive.co)
"Cyril Ramaphosa promised to “turn the tide of corruption” in his first speech as South Africa’s president, saying the nation was entering a “new dawn” following a tumultuous week that culminated in the resignation of former leader Jacob Zuma.
“We should put behind us the era of diminishing trust in public institutions and weakened confidence in our country’s public leaders,” Mr Ramaphosa said on Friday in the annual state of the nation address to parliament. “We should put all the negativity that has dogged our country behind us because a new dawn is upon.”
Mr Ramaphosa, a former union leader and one of the country’s wealthiest black businessmen, was hastily sworn in as president on Thursday after the ruling African National Congress (ANC) forced Mr Zuma to step aside.
Mr Zuma’s nine years in office were marred by allegations of corruption, economic malaise and dipping support ...
“This is the year in which we will turn the tide of corruption in our public institutions,” Mr Ramaphosa said, while attacking the “plunder of public resources”....

Adi said...

Masa zaman Tun Mahathir dulu bukankah pasukan kriket Israel ada datang???

miswan bin idris said...

Sebab tu kita jangan nak menunjuk2 sangat kononnya berani memperjuangkan kepentingan palestin di putrajaya 2 bulan lepas. Menjerit melalak beriya2 macamlah kita ni kuat sangat. Kejadian peristiwa itu telah menarik perhatian media2 israel dan kerajaan mereka. Mereka telah mengugut dan berkata kalau mereka nak hancurkan malaysia tak perlu lama2 cuna berapa minit saja. Tengok sekarang apa yg mereka katakan telah terjadi. Yahudi tak perlu menghantar angkatan aenjata canggeh mereka tapi cukup deligasi mereka saja. Pemimpin umno dan pas jangan nak jadi jagoh kampong. Sekarang apa jadi. Tembok yg dibina oleh pemimpin2 lama roboh disebabkan pemimpin yg ada sekarang terlalu banyak masaalah yg tetpaksa menyembah negara besar termasuk yahudi

panglimo potaseh said...

Waghih.

Tu lah kok nak poey ghayo ghumah cino jgn samsu pun kau sosah ..tak tau lak kek den kok lobai Adi kato samsu dah ok.. Lebai Adi ni kok sonang kek dio, buntot Yahudi pun dio jilat.

Agak2 lah kok bola Malaysia boleh hobin Israel 2-1. Kali terakhir kito jumpo Israel pada Sukan Asia 74 di Iran.

Kito kalah 3-8.. pada den ok sobab kita dapek tembak Yahudi tu tigo kali. Maso tu kito jatuh nombor 3 terkuek diAsia.

Pemain Kito ado Melayu, cino, koling.. bengali pun ado. Tapi sekarang ni Iran dan Israel dah jadi cabaran dunio dalam bola .. Kito .. bola dikaitkan dongan projek dan rasuah .. lawan pasukan pulau nelayan pun bolom tentu monang.

Tak kan kau tak ghoti-ghoti laey Waghih, macam mana Yahudi & Amerika nak hontam musuh eay.

Mulo-mulo kasi jak ..kasi musuhnye stim dongan pujian. Bilo musuhnye dah lelan macam kono samsu ..lopeh tu hobin.. terus longit.. ha ha ha ha.

Macam kau la jang.. suko amek di puji Sang Yahudi.. torlontang guling-guling ..sampai tak soda buntut dan mencirit nak kono cucuk. Jangan sampai terpancot-pancot sudah. Lantak kau lah Waghih.. ha ha ha ha.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Israel dan Yahudi satu nama yang sangat baik untuk dibuat umpan .. umpan untuk kaburkan mata rakyat ..supaya kita di lihat sentiasa syumul.. supaya duit yang kita curi jadi suci.

Umpan makan tuan .. tu yang jadi pada Sang Mappadulong. Baru 2 purnama dulu penyangak ni bagai nak peach halkum seraya lendir mulut berbuih-buih.. memekik untuk hantar pendekar ke Baitulmakadis ..disambut pula oleh Lembu Naik Kondo dengan mengelar Sang Mappadulong sebagai Sultan Salahudin Al-Ayubbi ..naik geli-geman Aku.

Umpan betul-betul makan tuan.. bila Salahuddin kita ni, macam orang salah.. bila Sang Yahudi mai bertandang.

Bila Mappadulong kata nak hantar pendekar. Saya kesihan tengok beribu hadirin yang mengepak-ngepak macam ayam baru nak tumbuh taji. Macam meminta-minta untuk di bangangkan.

Ha.. belum sempat pendekar kita ke Baitulmukadis.. Sang Yahudi dah pun masuk rumah Haji Najib Al-Syumul Ya NaNa.

Tu lah beza nye Yahudi dengan Melayu. Kita guna isu Yahudi supaya dilihat alim. Yahudi tetap Yahudi.

Dalam dunia ..Yahudi hanya 14 juta. Melayu di Malaysia je dah ada 20 juta. Bayangkan dunia tanpa Yahudi? Siapa yang boleh bayangkan dunia tanpa Melayu.. tanpa Sang Mappadulong.

Yahudi boleh dianggap sebagai peneroka terungul dunia. Mana negara yang ada ramai Yahudi.. negara tu maju, aman damai berakhlak Islam. Dan Yahudi tak tipu Yahudi.

Melayu kerje nye tipu Melayu. Usah bermimpi kita nak jadi terunggul di dunia. Di Tanah sendiri yang Raja nye Ada sepuloh, yang Menteri nye hampir semua Melayu, penjawat awam Melayu. Ugama kita Islam.. tapi kita jatuh nombor tiga, di Tanah sendiri.

Kita dah lah bukan peneroka dunia.. tapi tanah peneroka pun kita balun. Tu lah dia.

RD. said...

" Satu gol untuk Israel , Duo gol untuk Malaysia " ...?

Ado ko, tolo... duo bote tu? Dok kopit jo, pocah pulo nanti dipicit Negaro Kuaso Bosar.

Banyak pokong didado... telo nyo boleh dipicit supaya membenarkan 3 diplomat tu masuk ke Negaro kita. Maklumlah Israel adolah sekutu yang paling disayangi Uncle Sam.

Dah baca. apa saya tulih atas tu?

Mengenai-hutang Nogaro 50% sekarang ni... esei tak pasti botol ko tidak. Kalo, hutang 1MDB-Jho Low, hutang KWAP, hutang Ananda Krishnan, hutang dalam bentok pelaburan dari China unutk bina ECRL dan lain... tak tormasok tak dalam 50%, tak aci la.

Esei raso la... cook the book... sajo tu. Maklumlah, PM dio, Montori KoWANGan pun dio.

Mohd Sufian said...

The incompetency of our leaders now is totally absurd. Much tolerances has been given by our leaders abroad. The diplomacy's incapacitated the nation interest and sovereignty. Ashamed of the standard of leaders the country is having now.

A KADIR JASIN said...

1. Para pembahas dan pengunjung sekalian. Saya rasa ini sama ada kes tidak teliti, tidak faham undang-undang dan protokol antarabangsa atau tahu tetapi masih hendak mengabui mata rakyat jelata.

2. Mungkin Najib dan penasihat antarabangsanya menyangka rakyat terlalu bodoh untuk mengetahui atau memahami kehadiran diplomat Israel tersebut.

3. Atau mereka sudah kena pulas anunya oleh Isreal dan sekutu-sekutunya.

4. Ini kita cakap pasal seorang pemimpin Islam yang bila bercakap pasal Palestin dan Baitulmuqadis sampai bersembur air liur. Tapi nak cari jalan keluar pun tak tahu dan tak berani.

5. Tapi pemimpin kafir yang negaranya ada perhubungan diplomatik dengan Israel berani batalkan sidang kemuncak dengan negara Yahudi itu kerana membantah tindakan Israel meranpas tanah milik orang Pelestin. Baca pautan ini; https://www.haaretz.com/israel-news/merkel-cancels-summit-with-israel-in-wake-of-land-grab-law-1.5433743

6. Skandal kebolosan oleh diplomat Israel itu adalah satu lagi contoh bagaimana negara kita sedang kehilangan kedaulatan dan jatidiri sebagai negara yang menentang keganasan. Anihnya keganasan oleh pengganas Islam kita tentang habis-habisan tapi kegenasan oleh negara Israel kita buat ok saja.

Wallahuaklam.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Antara sikap kurang ajar Israel adalah membuat penempatan baru di dalam sempadan Palestin yang ada sekarang.

Penempatan-penempatan baru ini bukanlah dekat sempadan tapi jauh beratus batu ke dalam wilayah Palestin.

Umpamanya atau katakanlah Israel itu di Singapore, penempatan baru bukan di Johor Bahru tapi jauh sampai ke Melaka dan Kuala Lumpur beratus batu jauh dari sempadan.

Penempatan baru ini dibuat semakin hari semakin banyak dan Natangyahu bersikap kurang ajar dan tak peduli dan tak hiraukan bantahan dunia dan juga PBB.

Sampaikan negara bukan Islam, negara kapir pun marah kerana sikap Israel yang kurang ajar.

Tapi kita ini sanggup benarkan masuk duta Israel ke Malaysia.

Mungkin menteri kita berasa gentar dan takut kepada Israel.

Saya rasa apa salahnya kerajaan mintak bantuan daripada Tun Mahathir untuk tolong cakap dengan Israel supaya tak perlulah datang ke Malaysia.

RD. said...

Waghih.

Cuba hang baca ni, Waghih.

https://www.themalaysianinsight.com/s/38389

Nak bayar interest @ bunga saja, dijangka RM31 Billion tahun ini. (Hutang pokok & denda lewat-bayar, belum diambil-kira lagi).

Patut pun Najib pernah berkata 'GST terbukti penyelamat ekonomi Malaysia'. Penyelamat Menteri KeWANGan, kot?

Sudah tentu... apa yang dilapor MI ini, tidak akan dilapor oleh Utusan, BH, RTM & TV3.

Tukaran WANG-Asing pun jarang-jarang disiarkan RTM & TV3. Kalau ada laporan pun, mesti ketika Ringgit sedang mengukuh sedikit berbanding USD. Hmmm...

Yang paling saya pelik, tidak ada langsung bandingan semasa, nilai Ringgit dengan Rupiah, Baht dan SGD, seperti dulu-dulu, dikaca TV.

Padahal, matawang inilah yang paling 'dekat' dengan denyut-nadi Rakyat, terutamanya yang berurus-niaga dan berulang-alik disempadan Utara Semenanjung dengan Thailand dan sepanjang sempadan Sabah/Sarawak dengan Indonesia. Rakyat marhaen, bukannya peduli sangat pun pada USD.

Waghih said...

Janganlah terlalu jumud Panglimo ..
Selamo 22 tahun Turn M jadi hero " Oh i See " ... apokah hasil ehh ..??
Yang nampak negaro islam hancur dan berpocah ...
Jangan lak nak salahkan oghang Arab...sobab menuding jari tu adolah trademark Turn M .
Dio takdo bagi solution .

DSN banyak mewarisi gayo pemikiran ayahanda beliau TAR .
Kejayaan Diplomasi Pingpong yang diamalkan olih Arwah TAR telah membuko mato pewarisnyo DSN untuk TIDAK MENIDAKKAN pandangan diluar kotak .

Say NO to Jumud ..Panglimo.

Waghih

Waghih said...

Quote :
" Cook the Book "
Ini yang dilakukan olih Turn M dalam kes Forex BNM zaman beliau.

Koring negaro dibueknyo ...tapi tak malu lak melutut kek LKY untuk dapekkan pinjaman yang tidak diboghi .

Yang polik ... anak2 ehh jadi billionaire ...lopeh dio bersaro.

Ahli2 parti bungo pun terkojut beruk nengok harto2 anak2 Turn M tu ...

Patut la keluargo Boboi taknak duduk umah MB Kedah maso jadi MB dulu .
Umah MB Kedah tu hanyo suku sajo size umah Boboi di KL ...

Waghih.

Waghih said...

AsSalam Datuk ...

1) Dikhobaran kehadiran diplomat yahudi tu ateh jemputan UN.

2) Negaro takdo buek jemputan pado negaro yahudi tu .

3) Negaro kito masih tak ikhtiraf negaro Israel tu ...

4) Kalau dilihat dari sudut Cause n Effect ... takdo kemudaratan pado negaro kito.
Disebalik itu pulak ... io menbuko satu lembaran baru dalam penyelesaian masaallah dunio...

5) Diplomasi Pingpong zaman Arwah TAR mungkin bolih dijadikan ikutan .

Wallahuaklam.

Waghih.

Guntur said...

Dah

Another Waghih said...



Eden setuju bona ngan pendapek ekau tu Panglimo.
Budak waghih tu tak leh nak harap do.
Ulo sikit gulo-gulo abih ditolannyo bulat-bulat.
Bilo dah tocokik nanti toboliak mato baru padan muko dio.


panglimo potaseh said...

RD.

Apa RD ..bunga jo dah RM31 biliyun .. banyak mana RM31 biliyun tu?

Tapi aku tak risau.. GST 6% jo dah masuk RM45 biliyun.. nanti menang PRU14, up pada 10% dah borapo tu .. RM70 biliyun Najib dapek. Tu tak masuk duit hapus subsidi .. Pandai PM Kito?

panglimo potaseh said...

Sudara Zed.

Saya tertarik dgn ungkapan sudara.."katakanlah Israel itu di Singapura, penempatan baru bukan di Johor Bahru, tapi jauh hingga ke Melaka dan Kuala Lumpur".

Bila cakap tentang penempatan.. satu-satu menteri kewangan yang berjaya membina rumah murah dan mampu milik seperti yang di unjurkan dalam Rancangan Malaysia adalah Sudara Annuar Ibrahim.

Haji Najib sememang nye punya temberang besar untuk membekalkan 1,000,000 bijik rumah mampu milik .. dengan harga mimpi RM250,000 untuk flat saiz 750 kp.

Maka ditubuhkan PRIMA. Maka dibuat pengambilan tanah untuk tujuan kemudahan penempatan rakyat. Antaranye Tanah Lapangan Terbang Sg. Besi. Tanah tu diambil untuk tujuan penempatan perumahan mampu milik. Hanya kemudiannye Tuan Haji Najib tukar pada status komersil. Selepas tu hanya sejarah.. ..

Katanya dari sejuta bijik yang dijanjikan pada PRU13.. hanya seribu-dua bijik je siap.

Begitu juga masalah penempatan di wilayah Islam Arab. Negara Arab senang buat Istana Emas untuk Raja dan Para Bangsawan, rakyatnye dibiarkan tidur bawah kemah?

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Waghih.

Setuju bona den bilo kau ngobar an yang Haji Najib banyak ikut poghangai abah eay Tun Razak.

Yo lah mano tumpah eay kuah kok tak ateh nasik. Anak Haji Najib pun minat dongan artis, macam poghangai oghang tuo dio gak. Lichow ghatuih juta duit 1MDB buek filem untuk tontonan lapan boleh tahun ko ateh .. sonang cakap "pilem lucah".

Waghih said...

Mohon RD buek homework boto2 yo.
Rm 31 billion RD khobar tu tak tersentuh langsung kek negaro ni.
GDP negaro Rm 900 billion ..so kadar hutang tu hanyo 3% je.
Kalau dicampur alpha pun , kalau setakat hinggo 50 % pun takdo masallah kek M'sia .

Perbandingan... hutang S'pore lobih 100 % . Apo cerito ..?

Isu GST tu isu lapok ...
Hampir 80 % negaro dunio dah pakai GST . Lobih telus lah ...
Itu sobab DSN guno pakai sistem ini .
Tahun lopeh gang PH pun dah akui sistem GST lobih telus dan berkesan berbanding sistem SST .

Kalau RD risau sangat tontang matowang ...
Tengok lah statistik jumlah hakmilik kreto .
1) Malaysia ..ranking no 3 didunio paling banyak kreto per family pado kadar 1.9 kreto.

2) Malaysia .. ranking no 1 didunio dongan kreto perbagai model .

So ... RD ... bueklah homework dulu yo .

Waghih.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum).
Aku sekali lagi ni....nak ucap tahni'ah kad hang pasai bejaya uruih blog hang ni dgn baik.
Alhamdulillah banyak2.
Mutu komen2 peminat blog hang ni kebanyakkanya bulih tahan jugak. Dgn rendah hati, kebanyakkan depa pamiagkan kemajuan dlm kesedaran politik, bepikiag dan behujjah.

Singgong pd komen hang '...Anihnya keganasan oleh pengganas Islam kita tentang habis-habisan tapi kegenasan oleh negara Israel kita buat ok saja.'
Aku memang setuju, tapi hang kena tambah sikit "dan sekutu2 dia" supaya dibaca macam ni '...keganasan oleh Israel dan sekutu2 dia kita buat ok saja.'
Baru2 ni Netanyahu di lapog ulang lagi kenunnya musuh nombo satu donia ialah Iran. Tup2 Saudi pulak dilapog kata dia sokong tindakkan ke ataih Iran. Macam mana pon aku harap Allah S.W.T. bukak petunjuk ke pembesag2 Saudi untuk istiqomah bahwa musuh utama tetap zionis israil.

Malaya laa ni nampak dah jadi medantempog kuasa atau hejimoni antara China dan Amerika, dan Amerika bulih picit "bahagian sensitib" Malaya melalui Jabatan Hukum dia atau department of justice (DOJ) dia, antara lain pasai kes 1MDB, munkin pasai depa nampak China dok tempek sakan atau 'bail out' MO1 jadi Malaya dipaksa ambik sikap 'lunak' dgn keganasan zionis dan sekutu2 dia samping marah sakan pd 'pengganas islam' macam hang nulih tu.

Munkin betoi jugak macam 'pengulaih' RD nulih "...Kesimpulannya, skandal 1MDB-Jho Low telah berjaya mengubah atau menyebabkan dasar luar-Negara kita menjadi tak tentu hala, kemungkinan terdedah kepada arm-twisting/kilas-tangan atau peras-ugut kuasa besar dunia dan sudah tentu boleh compromise/menjejaskan keselamatan Negara."(7:30 PM).

Serentak dgn tu, Mo1 yg 'marah' sakan sampai nak temuntah kad Trump pasai iktirap Baitulmaqdis sebagai ibunegara zionis, sudahnya nampak macam kena telan balik kahak dia.

Sekali lagi Malaya tanggung malu tak tehingga. Hang nampak dak politik Amerika zionis ni...?
Munkin mainan politik Amerika zionis jugak kod bulih bukak jalan macam mana nak ajag je ni...
Kawan hang dari Tonkang Yard kod bulih bagi 'idea' lagi...
Hanya Allah saja maha mengetahui.

Akiag sekali, tahniah kad hang dan terima kasih banyak pd yg seangkatan dgn hang temasuk pengulaih En RD. Maghap no.
Aku

1280 K Taman Malik said...

Ni apo gilo moroyan ko waghih? dok cakap ttg israil ko kona naring tontang forex pl? dok x ado idea lo tu ha?

forex ado untung, ado rugi. Tapi derma arab masuk account sendiri manyak untong maa... derma kopalo bapak dio...

1280 K Taman Malik said...

waghih,

1 di jomput un ka atau bn? ni nogaro maysia, klu un ka apa ka tapi doh torang2 kito x ada diplomatic ties dongan israel. jangan bogi masok. ini nogaro kito dan kito ado hok. itu nama kedaulatan waghih oiii..

2. ko tahu tok waghih yg mesia ni dah ado representative el al kepunyaan anok rajo nogori kao?

waghih jgn slalu makan masok lomak cili api banyok sgt.

podeh sgt kopalo sampai ko jadi biul

Abdullah Ngah said...

Dahulu Pas yang marah, sekarang ini bukan dah tak marah lagi, maka bolehlah yang di cogankatakan "malaysia boleh". boleh apa saja, hatta kominis pun.Yang payah nak bawah masuk orang yahdui waktu Tun Dr Mahathir jadi perdana menteri pas yang tentang habis habisan.Hari ini kita kena baik sangka dengan yahudi yang bunuh 2.5 juta umat Islam di palestin. bukan kita yang kena bunuh. yang kena bunuh umat Islam di palestin. jadi yahudi tidak ada halangan lagi untuk masuk. Mungkin boleh adakan kedutaan di Israel pula selepas ini. kerana dah tak ada lagi rakyat jelata Melaysia yang marah dengan yahudi. Pakatan harapan lagi bersetuju atas sebab DAP ada agenda sulit dengan Yahudi.Bayangkan yahudi dah beri dana pilihanraya yang begitu banyak untuk tumbangkan umno/BN pada PRU 13/14 nanti.

RD. said...

Waghih, Waghih.

Kalau berhutang keliling-pinggang, memang la. Korek lobang kambus lobang, nak beli banyak mana kereta pun boleh. Tambah lagi bila anak-anak semua tinggal dengan ibu-bapa, satu rumah 10 kereta pun ada.

Hang suka berbangga tak kena tempat la Waghih.

Contohnya:-

" Malaysia .. ranking no 1 didunio dongan kreto perbagai model ."

Kalau di Jepun, India, Amerika, Russia, dan lain-lain Negara Kapir yang mempunyai industri kereta sendiri, Rakyat mereka akan malu mengagong-agongkan kereta dari luar.

Cuba Waghih tengok movie-Tamil di TV... semua kereta yang digunakan adalah jenis Mahindra kerana Rakyat mereka bangga dengan kereta buatan 'Bangsa' mereka sendiri.

Hanya di Malaysia, Melayu seperti Waghih berbangga dengan kereta buatan Negara Kapir.

Cuba Waghih baca ni:-

http://mole.my/malaysia-is-largest-sukuk-issuer-in-2017/

Quote:

"Malaysia maintained its position as the world’s largest sukuk issuer in 2017, accounting for US$36.5 billion (RM142.7 billion).
It was followed by Saudi Arabia (US$31.7 billion), Indonesia (US$6.9 billion) and Qatar (US$5.6 billion), RAM Rating Services said in a statement today."

'Malaysia maintained' atau mengekal kedudukan... bermakna, Malaysia sudah lama mendahului (juara) dalam mengendali Sukuk... sama seperti pengeluaran Bond. Cumanya, Sukuk guna bahasa Arab. 'Berhutang' dalam bentuk yang lain, nama nya.

Waghih mesti bangga dengan pencapaian 'berhutang' tersohor Malaysia ni. 'The Mole' sangat berbangga, seolah-olah berhutang dapat pahala. Rasa megah bila Malaysia mendahului lain-lain Negara mengendalikan Sukuk atau hutang.

Arab Saudi no.2, selepas Malaysia. Semuanya dalam senarai adalah Negara Islam Sunni. Negara Islam Syiah tak suka pada Sukuk atau berhutang ke Waghih?


Mengenai Matawang tu... apa salahnya Kerajaan, melalui RTM & TV3, menyiarankan kadar nilai Ringgit berbanding Baht & Rupiah. Demi Rakyat juga. Rakyat marhaen yang berurusan disempadan Negara Jiran. Najib yang ilhamkan slogan.... Rakyat di Dahulukan.

Rakyat yang akan pergi keNegara jiran akan mudah tertipu peniaga disana, jika mereka tidak tahu nilai sebenar Ringgit berbanding Baht atau Rupiah.

Ronin said...

Puji d mulut sikit dah seronok bagai nak rak, rakyat palestin depa buat mcm semut pun dah tak peduli. Bunuh ikut suka hati. Umno perjuang agama islam. Mana pi laungan najib dgn hadi ttg nak perjuang hak palestin.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).