Wednesday, February 21, 2018

Orang Langkawi Berhati-hati Dengan Janji



A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

TERIMA kasih (Tun) Dr Mahathir Mohamad, syabas orang langkawi tapi maaflah orang Kedah yang lain.

Najib janji RM1.3 bilion kepada Langkawi
Semata-mata kerana ura-ura Dr Mahathir akan bertanding di Langkawi, Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak), dengan murah hati janji (saya ulang, JANJI) peruntukan RM1,300,000,000 (RM1.3 bilion).

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Begitulah “power”nya Dr Mahathir. Cakap saja kata dia nak tanding di Langkawi, terus peruntukan berbilion dijanjikan.

Kata tak takut. Kata Dr Mahathir orang tua nyanyuk. Kata dia Mahathir Kutty. Kata dia tunduk kepada DAP. Kata parti dia parti serpihan.

Tapi cakap saja dia nak bertanding di Langkawi, Najib pun melawat tak berhenti-henti dan buat macam-macam janji.

Tapi orang Langkawi baik berhati-hati. Janji Najib ni banyak jenis wal hasil balik asal itu pasal tak hasil. Jenis kulit tebal tapi isi nipis.

Kalau tak percaya, kaji baliklah janji pilihan raya umum 2013. Dia janji nak bagi itu dan ini. Nak turunkan harga kereta dan macam-macam lagi. Tapi harga tak turun. Naik ada. Yang jatuh merudum adalah taraf hidup rakyat jelata.

Tanam tebu di tepi bibir: Aku janji, aku mungkiri

Janji Dimungkiri

Tak sampai dua tahun lepas menang tipis, Najib dengan tidak fikir panjang laksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seolah-olah nak hukum rakyat jelata yang tak bagi dia kemenangan dua pertiga.

Kita tahu GST adalah cukai yang Perdana Menteri sebelum Najib tolak tapi Najib dengan bangganya nobatkan sebagai penyelamat negara.

Sepatutnya bila menang kecil, Najib fikirlah cara ambil hati rakyat jelata supaya mereka kembali sokong Barisan Nasional. Sebaliknya dia hukum rakyat jelata, termasuk yang sokong BN, dengan bebankan GST ke atas mereka.

Tapi Najib tak peduli semua itu. Bagi dia, janji boleh dimungkiri. Macam-macam alasan boleh dibagi. Dia kata rakyat didahulukan. Tapi keluh kesah rakyat jelata tidak dipedulikan.

Yang dia dengar adalah cakap para penasihat dan perunding dalam dan luar negara yang kiblatnya kapitalisme dan syahadahnya pasaran terbuka.

Jadi apabila harga minyak mentah jatuh dan hutang negara naik mencanak, jawapan mudahnya adalah mencukai rakyat jelata.

Maka GST pun dimanterakan sebagai cukai paling adil dan paling saksama. Kali ini Najib tak bohong. GST tidak pilih mangsa. Orang kaya, orang senang, orang papa kedana, orang buta, pengemis dan orang yang dapat zakat semuanya kena GST.

Najib kata enam peratus saja. Negara lain lagi tinggi. Tapi dia tak cakap pula pasal kenaikan harga berganda kerana GST dikenakan di setiap peringkat pemprosesan dan pertukaran tangan.

Awas Orang Langkawi

Jadi rakyat Langkawi kena berhati-hati. Manalah tahu, bukan mereka yang Najib sayangi tapi Dr Mahathir yang dia benci dan takuti.

Siapa yang majukan Langkawi kalau bukan Dr Mahathir? Dan tempat manakah yang menjadi tapak berpijak terawal bagi  Dr Mahathir kalau bukan Langkawi? Dia doktor kerajaan terawal di pulau Mahsuri.

Najib hanya peduli Langkawi apabila ia sudah maju dan rakan sekutunya macam Peter Sondakh mula bertapak dengan projek raksasa berbilion ringgit.

Bagi orang Kedah yang lain, maaflah. Pertanian dan luar bandar bukan keutamaan Najib. Luar bandar dan rancangan Felda hanya berguna waktu pilihan raya.

Dalam pertemuan terakhir dengan Najib banyak tahun lalu, saya tanya apa sumbangan dia kepada orang luar bandar menggunakan duit yang dijimatkan daripada pemotongan subsidi minyak?

Saya kata, dia belanja berpuluh bilion bina MRT di Lembah Klang. Pasal apa tak belanja sikit untuk naikkan taraf projek pertanian macam Mada supaya setaraf dengan Sekinchan?

Dia kata “too expensive” (terlalu mahal). Saya tanya berapa? Dia kata RM2.3 bilion. Saya baca berita kata, MRT sudah telan belanja lebih RM32 bilion.

Itu belum kira projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) konsesi China (RM55 bilion), kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura yang dianggarkan berharga RM70 bilion, pelabuhan China Kuantan, pelabuhan China Melaka dan macam-macam lagi projek urbanisasi.

Jadi janji RM1.3 bilion kepada orang Langkawi ini hanyalah tahi gigi. Najib peduli apa. Yang nak bayar balik hutang negara bukan dia tapi kita dan anak cucu kita. Tahun ini bayar bunga hutang saja RM31 bilion.

Sejak dia jadi Perdana Menteri pada tahun 2009 hutang negara naik 10 peratus setiap tahun. Kalau tak disekat, pada tahun 2021 hutang negara akan cecah RM1 trilion (RM1,000,000,000,000).

Apa kesan semua ini kepada rakyat jelata? Kita dibebankan dengan GST, nilai ringgit kita merudum, harga barang pengguna naik mencanak, biasiswa dipotong, hutang pendidikan tinggi dikurangkan, kerja tak ada, lulusan universiti jual nasi  lemak dan bawa kereta sewa, hatta ubat di hospital pun dicatu.

Inilah hasil “17 Aku janji BN kepada rakyat” pada PRU 2013. Aku janji bertukar jadi janji dimungkiri. Jadi orang Langkawi dan rakyat jelata di seluruh negara berjaga-jaga dan berhati-hati.

Najib akan janji bulan, bintang dan matahari asalkan dia terselamat daripada sebuah mimpi yang amat ngeri. 

Wallahuaklam.

34 comments:

Hud Hud said...

Ada sesuatu yang pelik pasal Najib ni yang saya lihat. Saya perhatikan yang Najib ni semasa dia menghentam TDM dalam ucapan-ucapan dia, dia tidak pernah menyebut nama TDM secara direct. Saya mungkin tersilap disini kerana memanglah saya tak pantau semua ucapan ucapan dia. Saya perhatikan yang dia akan gunakan perkataan yang indirect macam PM yang dulu, orang tua tu, PM yang itu dll. Tak seperti menteri menteri dia yang lain macam Nazri atau Salleh Keruak yang menamakan TDM secara terus.

Takut betul dia dengan TDM sehinggakan nak sebut nama pun dia kecut! Agak-agaknya kalau TDM jadi PM dan Najib jadi ketua pembangkang asyik pontenglah dia dari parlimen. Nampak muka TDM aje terkedu lidah!

Benarkah tanggapan saya ni datuk?

Old friend. said...

Seronok lagi baca yg di bawah ini;

http://theunspinners.blogspot.my/2018/02/hari-ke-5-kadir-jasin-lari2-tak-berani.html?m=1

Anonymous said...

Pandai berjanji, belum ikhlas menunaikannya.

kusufian write said...

PM Najib makin hari makin bodoh tindakan dan perbuatannya. Elok Tun Dr Mahathir umum tanding Pekan pulakkk..

Humpty Dumpty said...

The guy is a no natural leader. Even he himself has been followers for much of his political career. Proof of lack of personal ambition. He doesn’t have that big of followers. He’s no Mahathir Mohamad. He’s no Anwar Ibrahim. He’s not the guy who has personal touch and charisma. A small leader like him relies on money, perks, positions and titles to buy influence.

A leader who has no natural persona needs to spend big to buy support. He needs to throw money around to win votes and support. With decreasing popularity over the years, it means more and more money needed to stay afloat. When you have a leader like this one, of course the country’s finance will be in huge trouble.

Eight years into the office, already we’ve seen gomen’s monies been squandered and thrown around like never before. When the money in the treasury fast bleeding and depleting in a very short period of time, you’ll scramble looking at other ways to increase them.

And then you begin selling the country’s precious assets. Selling off good valuable lands. Selling power plants. Selling our industries. Scrambling the taxman. Taxing people left, right and centre. Begin borrowing huge sum of money.

According to Straits Times, Malaysia has used 12.5% of its revenue for interest payment alone. Compared to Singapore which use only 6.1% of its revenue servicing debts.

This year alone, the treasury is expected to pay a whopping RM31 billion in interest payment. More than double the amount paid in 2009 when Najib took over from Pak Lah when the government’s interest burden was less than 9% of its revenue. He has outdid Pak Lah in a very short period of time.

According to Straits Times, this amounts to nearly all the personal income tax the government expects to collect, or more than two-thirds of its takings from the unpopular goods and services tax (GST), which it began collecting in 2015.

Economists had said Malaysia's single-A-rated status, which means it has to borrow at higher rates compared with countries like Singapore, which are triple-A rated, would pose a further challenge to the government in lowering its debt interest payments.

Another concern is undisclosed, or “off-the books”, government payments to help ailing state firms. The government does not record these payments as debt service, but under obscure items, such as "strategic sector payments" and "other repayments". They are not included in the Budget, which means they are not accountable to Parliament.

The Straits Times reported that this year, these items will cost the government RM8 billion, or 3.3% of revenue.

In 2015, the Finance Ministry revealed it will spend between RM4.76 billion and RM11.62 billion annually to fund "off-balance sheet" companies. These outfits have collectively borrowed RM227 billion, which is guaranteed by the government.

Recent media reports revealed that, going by an annual growth rate of 10.7%, Malaysia's debt could reach RM1 trillion by 2021 on excessive spending.

By the same projection, Malaysia's debt could reach RM2 trillion in 2028 and RM3 trillion in 2032.

Read more at: https://www.themalaysianinsight.com/s/38389/

fauziasmara said...



JANGAN SIA-SIAKAN ASET PH

Tun M akan bersama Datin Seri Azizah jelajah seluruh Malaysia.........

Saya ingin mencadangkan agar..........

MUKHRIZ bersama NURUL IZZAH sepentas jelajah seluruh Malaysia......

Ini bertujuan untuk menarik pengundi muda.......

Mungkin FAIZ FADZIL boleh ikut serta.........

MAHYUDDIN, MAT SABU, AZMIN, HUSAM perlu sepentas jelajah kawasan Felda, bandar dan luar bandar.....

Berkumpulan.......Jangan berpecah...........

Dap tumpu pada pengundi cina......

Pemimpin india (terutama dari golongan professional seperti penguam dan doktor) dari Dap dan PKR tumpu pada pengundi india juga estet.....

Juga jangan lupa bantu RAFIZI dalam jelajahnya......

Ini akan memberi gambaran kekuatan serta perpaduan kita dalam PH serta akan membangkitkan keyakinan pada pengundi......

Apa yang BN janji untuk PENGUNDI sekiranya mereka menang ........KITA JUGA AKAN BAGI....BAHKAN KITA TAMBAH LAGI........ITU JANJI PH.......

KALI NI KITA GEMPUR HABIS HABISAN..........

"HARAPAN MASA DEPAN"

-fauziasmara-

Waghih said...

AsSalam Datuk ...

Bilo ado oghang nak boghi ...elok lah kito ucapkan ribuan terimo kasih, syukur Alhamdulillah dan kito doakan semogo dipermudahkan urusan dio dan dimurahkan lagi rezeki dio.
Lagi banyak rezeki dio ...lagi banyak akan diboghi .
Inilah caro oghang islam ... kan !!??
Janganlah dimarahkan oghang tu lak ...
Bondo yang baik ...untuk kesejahteraan rakyat .
Kalau tak dapek sumo pun ...dapek sikit pun Alhamdulillah ...meraso jugo lah .

Bertuah penduduk Langkawi ...
Rm 1.3 bil tu banyak bolih buek...

Kalau nengok trend DSN ...ketepatan tunai janji iolah 90 % . Jadi value tu masih Rm 1 billion tu ...

Den raso untuk bondo yang elok ni eloklah kito terimo dongan hati terbuko dan bersikap positib .
Penduduk Langkawi tu rakyat M'sia gak dan mereko pun berhak untuk dapek kemewahan dan kemakmoran.

Den raso Ainina pun setuju dongan den.

Waghih.


RD. said...

Najib ni... cakap je lebih. Terpekik terlolong, sampai berbuih mulut.

Depan penyokong Klepetocracy, berdegar-degar kutuk 'orang itu, PM 22 tahun', la apa... tapi nak sebut nama Dr.M pun tak berani.
Program Nothing-to-hide, sendiri anjur pun lari.
Bila diajak berdebat tak berani. Jumpa wartawan, juga tak berani.

Sampai tegang-leher mahu mempertahankan Al-Quds, tapi bila 3 diplomat masuk, langsung tak berani buka mulut.

Pe'el sebegini, orang Cina-Malaysia kata... Cakap tak serupa birkin.

China dari Tanah-Besar masuk beramai-ramai untuk bina Bandar Malaysia, kemudian pukul anggota Polis... pun TV3 pun tak berani sebut Warga-Asing dari Negara mana? Ehmmm....

Itulah tabiat Melayu yang punyai terlalu banyak tengkorak dalam almari.

Akibatnya... jadi bangang sehingga memperlekehkan sistem perbankan tanahair sendiri... bank adik Najib pulak tu... dengan 'menderma' RM7 Billion cek palsu kepada PPBM. Ini sudah boleh dikira sebagai menyokong 'Berita Palsu'. Macammana mahu dijadikan undang-undang, jika mereka yang menyebelahi Kerajaan sendiri, kerap menyebarkan 'berita palsu'.

Belum termasuk TPM & Menteri KDN, pernah menyebar maklumat peribadi-palsu mengenai IC-lama Dr.M dengan mengatakan diatas pentas, depan perhimpunan penyokong UMNO-Najib, nama sebenarnya adalah 'Mahathir son-of Kutty'.

Di Metro TV Indonesia pula, berbangga sambil berkata bahawa keluarga beliau berasal dari Kepulauan Jawa. Ponogoro ke apa? Ditanahair sendiri, kata Rakyat sejati Malaysia.

Elok juga, Kerajaan menyiasat latar-belakang dan kesahihan gelaran... Dato, Dr., Prof., Che'gu dan lain-lain, yang digunakan didepan nama semua Rakyat Malaysia. Maklumlah, Dato yang pukul orang pun ada.
'Dr.' palsu yang merawat pesakit di hospital dan klinik swasta pun ada. Selidik bagaimana mereka perolehi gelaran Dr. palsu ini.
Baru menepati sepenuhnya, 'akta mencegah berita palsu'.

RD. said...

Waghih.

Den raso... masa Anina masih menyokong Bersatu dulu... media dan blogger Pro-Najib lah yang mulo menyebarkan berito mengenai scandal sex beliau. Terpancot 4 kali ko, apo? Kalau tak silap, mereka kata ada video ke apa?

Tapi... bilo Anina dah mula sokong kleptocracy UMNO-Najib, baru Waghih raso Ainina pun setuju dongan waghih pulak. Pelik...

Jangan-jangan... Anina dah tecokik dodak, tak?

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Saya masih ingat, guru saya bercerita tentang apek jual terung dan limau. Tiap kali menjual, apek tu akan berteriak, "tolong.. rimau". Sebenarnye apek itu tahu apa yang disebutnye.. ia lebih pada olok-olok atau gimik supaya orang sedar akan kehadirannye.

Pada mulanye gempar juga penduduk kampung ..siapa pulak dikejar harimau? Sehinggalah pada satu pagi, apek tu melolong "tolong.. limau" ..tetiba senyap. Petang itu baru penduduk sedar dengan kesan tapak harimau.. kali ni betul-betul apek tu bercakap yang sebenarnye.. minta tolong sebab di kejar harimau.

Jadi bila Haji Najib PM kita yang dikatakan sangat syumul itu berjanji lagi, ia seakan teriakan apek tadi.. minta rakyat sedar akan kehadiran dan janjinya. Semua orang tahu Haji Najib hanya tunggu masa untuk dibaham rimau.. hanya tunggu berapa bulan je lagi untuk dia terus berjanji mengolok-olokkan rakyat.

Zed-85 said...

Waghih,

Peruntukkan RM1 billion itu bukanlah bermakna Najib akan berikan Rm1 billion kepada rakyat langkawi secara terus.

Cubalah Waghih buka kamus, apa makna peruntukkan.

Dalam bahasa orang putih, peruntukkan bermakna " allocation"

Kalaulah peruntukkannya Rm1 billion, tapi boleh jadi apa yang betul betul diluluskan hanya RM1 ataupun 25 sen sahaja.

Yang kita mahukan bukanlah janji rambang-rambang, seperti "Janji ditepati", tapi apa yang dijanjikan.

Peruntukkan RM1 billion , tapi yang diluluskan bolehjadi hanya Rm 0.25 sen atau pun Rm 0.05 sen saja.

Kalau negara maju dan negara orang pandai, kena bagitahu apa dia yang kerajaan nak bagi.

Adakah sekolah baru?

Adakan stadium baru?

Adakah hospital baru?

Adakah jambatan atau terowong dari Langkawi ke Semanjung?

Atau adakah ada universiti baru yang mana rakyat langkawi boleh dapat kerja.

Kena bagitahu juga bila nak buat, adakah 2 atau 3 tahun atau pun orang langkawi nak dapat kena tunggu 500 ataupun 700 tahun kemudian?

Tapi kalau peruntukkan Rm1 billion lebih , yang lulus hanya 0.25 sen, buat apa.?

Tun M dah banyak majukan Langkawi, macam-macam yang dibuat.

Kalaulah BN nak majukan Langkawi, kena bagitahu apa yang nak dibuat di Langkawi.

Kalau peruntukkan , tak semestinya lulus.

Kalau tak lulus maka tak dapatlah rakyat Langkawi merasa, sudah jadi Janji dicapati.

Memanglah orang politik ini suka bodoh-bodohkan orang. Pilihanraya sudah dekat.

Sekolah dekat Malaysia, kertas pun tak ada peruntukkan, hospital pun sekarang peruntukkan tak cukup peruntukkan.

Sekali lagi saya nak tanya Waghih, RM1.3 billion itu nak buat apa?

RM1.3 billion bukan bermakna, kerajaan akan datang rumah ke rumah bagi duit pada orang Langkawi yaa....

1280 K Taman Malik said...

DAKJ

Tentang Najib, ada perpatah tanam tebu ditepi bibir. Sebab itu lips Najib pinkish, sbb banyak baja urea utk janji manis dia. Bila BN dah menang, GST naik siapa nak bantah? Buat bantahan jalanan rakyat tak puas hati, disuruh polis tangkap. Baru la nak menyesal, dah tak berguna lagi dan kenakena tu lg 5 thn. Janji palsu lagi, rakyat yg pi undi BN bkn sebab UMNO jaga melayu, tapi dpt BR1M saja. Lps tu habis duit BR1M, mula muka monyok sbb ingat duit tu blhbtahan 12 bulan.

Senang mcm ni la. Kita bagi cuba try tengok PH jaga kita 5 tahun. Mesti la akan jaga kita rakyat Malaysia baik2. Tak mcm Panglima Bugis Mentimun, dia bedal cukup2 duit sampai rakyat tersungkur. Last2 tukar investment firm kepala bapak dia kpd glc bawah MoF. Duit rakyat juga jadi korban.

Tun kata Melayu Mudah Luoa, cuba kita imbas kembali duit 1MDB/SRC. Mati2 Bugis sewel sekor ni cakap x kenal jho low. Last2 kluar photo dia dgn puak anak beranak lanun termasuk FLOM yg memberatkan yatch itu. Kantoi baru la mengaku dpt duit tp x guna peribadi. Cehhh..skrg money trail senang, semua ada transaction recods. Mau lari mana Bang Mat Najib Al Siphon?

Ada cerita ttg roots transaction 1MDB) SRC/Tanore dan byk lagi
Tunggu Part 2

Jeng Jeng Jeng

Fairuz said...

Ketepatan janji 90%? Siapa yang keluarkan statistik ni? Tunjuk bukti sikit

Pengundi Pekan said...

Apa yang special sangat nya pengundi langkawi ni?

sirimuda said...

Agak mu lah dah bekenan kat Anina la pula dari situ mu cadang apa projek yang dia tu boleh beri kesian dia di tolak ke tepi ke tengah ni dah dekat pilihanraya

RD. said...

"Lagi banyak rezeki dio ...lagi banyak akan diboghi ."

Waghih, Waghih.

Duit yang dio janji nak boghi tu, bukan keluar dari poket sondiri yo. Jangan lupo tu.

Duit yang dikutip dari Rakyat dalam bentuk... semuo jonih cukai (termasuk GST, orang miskin pun bayar), saman & denda (yang dikutip Polis, JPJ, Kastam dan lain-lain penguatkuasa), pemotongan subsidi dan pengurangan peruntukan jabatan-jabatan Kerajaan. (nak berjimat, bila dah tak cukup duit bayar hutang keliling-pinggang).

Duit nak tabur dan suap dedak untuk menghadapi piliharaya, perlu juga diambil-kira.

Kalau la saya jadi PM, perkara pertama saya lakukan untuk berjimat-cermat:-

1. Potong gaji Menteri dan Ahli Parlimen & ADUN di Negeri-Negeri bawah BN.

2. Tiada lagi pengecualian bayar cukai kepada Kerajaan/Rakyat, termasuk 1MDB. (Taja beribu-ribu Pak Imam naik Haji boleh, mengapa cukai tak boleh bayar?)

3. Arah semua Menteri, Jabatan Kerajaan & GLC: MESTI mematuhi Jihad KPDNKK dalam membenteras peranan 'orang-tengah' demi menjimatkan WANG Rakyat.

4. Berhentikan khidmat semua penasihat & konsultant yang berlambak tu... terutamanya Warga-Asing. Sebaliknya, hanya minta nasihat atau buat konsultasi dengan Professor-Professor yang berlambak di IPTA/IPTS, secara berkala atau bila ada keperluan. (hanya perlu bayar mileage claim & elaun)
Yang paling mustahak, semua keputusan dan tindakan mesti dibuat selepas berbincang dalam kabinet.

1MDB misalnya; penubuhannya, termasuk guna khidmat Jho Low sebagai orang-tengah, langsung tidak dibawa berbincang dalam kabinet. Pasal tu berBillion-Billion WANG Rakyat boleh lesap. Bincang sekeluarga dengan Jho Low je kot... atas Kapal-Mewah Al-Toosh, ke apa... di Lautan Mediterranean.
Waghih, mesti pernah tengok gambar tu kan?

fauziasmara said...

Salam Datuk dan semua,

Najib tak makan nasi, dia makan quinoa.
Katanya nasi makanan kurang sihat.
Nampaknya hasil usaha PESAWAH kita diperkecilkan...

Mereka menghasilkan makanan yang tak sihat....

Najib tak sudi dengan hasil yang mereka usahakan......

Apa kata pesawah kita....masih nak sokong Najib kah?

Sejak Najib jadi PM, kita tahu banyak benda baru....dulunya billion dan kini quinoa....


Minta tolong Datuk tularkan pada PESAWAH...

kusufian write said...

Mantan Presiden Peru, a Japanese Alberto Fujimori(**) dipenjarakan kerana makan quinoa. Sokong Tun Dr Mahathir.
Prophet Muhammad pbuh said at 90 years old Allah swt had forgiven all his servants sin. He is trap a prisoner of My World.

moshamoali said...

Ada kemungkinan ahli2 yg masuk parti Bersatu ini bukan pejuang tulen .... mereka ini diupah untuk masuk Bersatu dan akan keluar beramai2 apabila pilihanraya semakin dgn tujuan utk memecah-belahkan parti

Waghih said...

RD ...

Langkawi tu tompek Ainina kan ..
Bilo cerito Langkawi ..ado lah cerito Ainina ...

Cerito Ainina lak dapek perhatian ramai ...
Iolah cerito Realmild ...30% / 70% share maso zaman Turn M.

30 % tu DAKJ dah cerito dulu..
Yg 70 % ni yg Turn M blum cerito.
Ainina cerito 70 % tu Turn M punyo yang disimpan olih proxi .
Betul ko ..?
Berbillion rm tu ...?

Den harap tak betullah ....

Tapi Turn M konolah buek pengakuan surat khobar sumo bondo ni tak boto .
Baru oghang percayo kan ...

Wallahuakhlam

Waghih.

Waghih said...

Zed ...

Ohhh ... pandai pun ...
Camtu lah oghang yg buek homework kan ..?

Takyah lah nak tanyo2 ...peruntukan ko...cash ko ...?
Yang ponting Janji ditepati .
Kalau dah dikhobar an kek media umum pado rakyat... makno ehhh PM kito tu ambik cabaran yang beliau akan tepati janji .
Lebuhrayo Pan Borneo , di Sabah n Sarawak ,tolah diumumkan olih DSN dan sekarang sodang dilaksanokan .
Caro PM kito tu tunaikan janji cukup terserlah dan beliau akan sentiaso buek lawatan followup .
Jadi takdo sangsilah dongan janji2 PM kito ni .

Tak macam zaman Turn M ...buek janji macam2 ...tapi serahkan pado kroni2 ehhh ...lopeh tu lopeh tangan.
Bilo ado masallah ...dio khobar dah lupo lah .. tak ingek lah ..
Camno ni ..?

Rakyat marhain lobih percayo pado DSN berbanding dongan Turn M .
Bizman pun lobih percayo pado DSN dan amek gerun kalau Turn M jadi PM . Dio oghang khobar lunyai biz kalu Turn M ado ..

Camno pun ...bertuah penduduk Langkawi dapek peruntukan(?) , cash(?) ...apo2lah asalkan untuk kebaikkan.
Betul tak Zed ...?

Waghih.

RD. said...

Waghih.

Jangan nak merapu la Waghih. Kalau boto la, 70% Realmild tu Dr.M "punyo yang disimpan olih proxi", sudah tentu Pak Lah dan Najib boleh korek dan seret dio ke Mahhkamah. Yang poie korek Forex, Memali dan Ops Lalang tu, buek apo? Masa Najib dalam kabinet dulu, dio buek apo? Golintea tolo je ko?

Buek la RCI mengenai 1MDB atau Pembunuhan Altantuya ke apa. Lagi banyak rahsio yang Rakyat belum tahu. Misalnya:-
- Jho Low tu siapo dengan keluarga Najib?
- Mengapo satu keluargo Najib, menginap atas Yacht mewah bersamo Jho Low dan seorang Pak-Arab di Lautan Mediterranean, sebaik sajo jadi PM & Menteri Kewangan.
- Sebaik sajo, jadi PM & Menteri KeWANGan, mengapo TIA botukar jadi 1MDB. Jho low dibawa dari TIA, sebagai orang-tengah dan 1MDB ditubuhkan tanpa berbincang dalam kabinet?
- Mengapa berhutang berBillion-Billion tanpa due-diligence (usaha yang wajar) atau risk assessment (penilaian risiko)?

Dalam kes Altantuya pula:-
- Motif pembunuhan pun Mahkamah tak tahu, sebelum menjatuhkan hukuman.
- Kedua pembunuh adalah anggota UTK Polis ketika itu. Siapa beri arahan bunuh pun, Mahkamah tak tahu.
- Razak Baginda dilepaskan pun, AG Ghani Patail, sebagai Pendakwaraya, tak buek rayuan.
- Dari mana bahan letopan (C4) diperolehi, juga menjadi misteri.

Banyak bondo polek dalam pembelian dua Scorpene nih. Guna Razak Baginda sebagai 'orang-tongah, jelas sekali, membelakangkan Jihad KPDNKK.
Dah lobeh 15 tahun, bahana Altantuya masih menghantui Najib, UMNO dan Kerajaan BN.
Ibu-bapa, keluarga Altantuya dan Rakyat Mongolia pun nak tahu. Bukan Rakyat Negara Islam Malaysia saja, seluruh dunio pun nak tahu.

Ainina juga kono buek sidang, Boto ko, dio ado scandal-sex, seperti cerito pemakan dodak UMNO-Najib di media-sosial tu.
Dulu, Ainina kato.... sayang & taat kek Dr.M. Tibo-tibo, setelah scandal-sex melotup dan emej beliau tercalar atau tercomar dan dipinggir oleh PPBM, toroih tak sayang laie kek Dr.M & PPBM. Dah torcokik dodak, ko apo?

Satu lagi Waghih.

"Wallahuakhlam" bermaksud... Hanya Allah yang Maha tahu.
Bermakna, Waghih tidak pasti atau was-was. Jadinya, tak perlu lah mengandai atau mengada-gadkan sesuatu cerita yang kita tidak pasti.

Dalam kes Ainina, saya tahu. Beliau adalah rakan FB saya sejak penubuhan awal Bersatu lagi, walaupun saya bukan ahli.

Waghih said...

RD ...
Quote :
" Duit yg dio janji nak boghi tu bukan keluar dari poket sendiri yo ... jangan lupo tu "
# Pandai pun ...

Quote :
" Duit yg dikutip dari rakyat dalam bentuk .. semuo jonih cukai ..."
# Bijaksano RD ni ...

Quote :
" Kalau saya la jadi PM , perkara pertama saya lakukan untuk berjimat cermat ..."
# ini macam slogon Bersih , Cekap , Amanah ...zaman Turn M dulu ..!!!
Akhirnyo apo jadi ...
A) Tak Bersih ...
Hutang negaro antaro tertinggi didunio sobab isu BMF dan BNM forex hinggo Turn M terpakso mohon soft loan dari LKY S'pore . Malu Malaysia.
Negaro hampir bankrup maso tu..?
Mentori2 kono paycut maso tu .

B) Tak Cekap .
Banyak isu2 pengurusan dan strategi Turn M tak menjadi hinggo negaro terkantoi . Isu Perwaja , Maminco , Proton , MAS , Memali , PKFTZ dll yang hinggo hari ini jadi ligasi buruk negaro .

C) Tak Amanah .
Projek pengswastaan gomen diboghi pado kroni2 dan proxi Turn M .
# Kes shareholder Realdmild yg 70 % dipunyai olih Turn M (dipogang olih trustee) ..!!??
# Bailing out syarikat perkapalan anak Turn M ..!!??
# Pemberian tender projek fibreoptik seluruh M'sia pado Mukhriz duo minggu sablum bersaro ..!!??
# Cukai toll jalan rayo yg zalimi penguno.

So RD ...den sanjung keikhlasan RD untuk " selamatkan negaro ".

Tapi bilo buek ikut caro Turn M ... den hanyo nampak PUNAH negaro jo ...
Barry Wain dah khobar dalam buku dio Maverick Malaysia ...Turn M hanguskan Rm 100 billion.

Hati2 lah yo ..RD.
Kito taknak lah perkaro yg berlaku zaman Turn M berulang.

Waghih.







RD. said...

Waghih, Waghih..

Bila saya tulis... " Kalau saya la jadi PM , perkara pertama saya lakukan untuk berjimat cermat ...", maksud saya bukan setakat 'Bersih-Cekap-Amanah' saja.

'Bersih-Cekap-Amanah' adalah kewajipan semua manusia, lebih-lebih lagi orang-Islam, apabila diberi mandat untuk mengurus-tadbir WANG & harta-pusaka Rakyat sesebuah Negara. Berjimat-cermat dan tidak membazirkan WANG Rakyat juga amat penting demi menjaga kebajikan dan masa-depan anak-cucu Rakyat yang akan mewarisi tampuk pemerintahan Negara dimasa hadapan.

Contoh Penjimatan WANG Rakyat:

1. Sebaik saja menjadi PM & melantik diri-sendiri sebagai Menteri Kewangan, buat apa beli Pesawat-baru... khas untuk kegunaan PM & Isteri... yang kos pengubah-suaian atau renovation hiasan-dalamannya saja, hampir boleh beli sebiji lagi Pesawat sama. Guna pula untuk bershopping-sakan di Bandaraya tersohor Negara Kapir, menjelang Christmas setiap hujung tahun... secara tak langsung mengalakan mengaliran-keluar Ringgit Malaysia. Tak bolehkah membeli-belah dalam Negara, dalam masa yang sama, membantu perniagaan Rakyat sendiri, terutamanya peniaga-Melayu di Komplek/Medan MARA, Jln. Tunku Abdul Rahman? Di Bukit Bintang juga, banyak barangan exclusive dan berjenama. Jika tidak ada, boleh buat order dari Negara Kapir. Peniaga Rakyat sendiri dapat juga sedikit keuntungan.

Namun, sejak DoJ, WSJ, NY Post & SR membongkar kegiatan 'bershopping-sakan' pasangan Kleptocracy ini di bandaraya Kapir, aktiviti itu terus tidak kedengaran lagi. Alhamdulillah.

Belum termasuk... sambil menyelam, minum air... seperti buat Umrah/Haji ketika kunjungan rasmi/tidak rasmi ke Arab Saudi, guna jet Kerajaan. Bagi orang-Islam... ok la kot, dah rezeki... tetapi apa pula pendapat Rakyat bukan-Islam?

Menaja beribu-ribu Pak-Pak Imam, misalnya: Rakyat bukan-Islam juga boleh menuntut supaya 1MDB menaja juga beribu-ribu Paderi-Paderi dan Sami-Sami mereka untuk beribadat di Vatican, mandi di Sungai Ganges, menyembah atau membakar colok depan Patong Buddha di Pergunungan Bamiyan (Afghanistan), Tibet dan sebagainya.

Saya bukannya apa... takut nanti perbuatan Najib menyalah-guna WANG Rakyat 1Malaysia nampak berat-sebelah dan akan membawa 'kecelakaan' kepada Agama Islam. Misalnya, dalam keadaan scandal 1MDB sedang hangat diperkatakan seluruh dunia, Najib menggunakan dana 1MDB yang dihutang atas nama Rakyat 1Malaysia untuk menaja beribu Pak-Pak Imam naik Haji.
Ini adalah perbuatan yang jelas melanggar perintah Allah... iaitu mencampakkan Islam ke lembah kemusnahan, kehinaan, cercaan dan maki-hamun oleh Rakyat bukan-Islam. Sebabnya... duit Rakyat yang dihutang itu milik semua Rakyat Malaysia yang mesti dibayar-balik dari WANG yang dikutip dari pembayar semua jenis cukai, termasuk GST. Maklumlah, Rakyat bukan-Islam, terutamanya dari kaum-Cina, dikatakan sebagai penyumbang terbesar cukai individu, perniagaan & syarikat.

Lainlah... jika Najib guna WANG dari Baitulmal, TH, Zakat atau Yapiem yang 100% milik Melayu/Islam untuk menaja semua Pak Imam tu.
Untuk mengaburkan lagi pencurian WANG Rakyat melalui 1MDB, diangkut pula kanak-kanak Tahfiz untuk sertai Konsert Ya Na Na Na di Dataran Merdeka. Pesta 'Selawat keatas Rasul'... satu lagi contoh bagaimana Kelptocracy mengakibatkan Agama Islam dipandang serong, kerana duit yang dibelanjakan untuk penganjurannya berasal dari 'poket' Rakyat.

Tak boleh ka... jika atas urusan peribadi diluar-Negara... guna flight Komersial, seperti Presiden Jokowi & Lee Hsien Loong.

Gunalah duit UMNO atau lain-lain badan yang dimiliki Melayu/Islam jika melibatkan aktiviti Agama. Bila Ahli Parlimen Seputeh mohon duit Zakat digunakan untuk semua Rakyat 1Malaysia, Melayu, terutamanya dalam UMNO marah pulak. Tu yang pelik.

(bersambung)

RD. said...

(sambungan)

2. Pengakuan Najib sendiri di Parlimen. Guna RM7.2 Billion untuk membayar Penasihat & Konsultant dalam lima tahun pertama Najib menjadi PM juga amat membazirkan WANG Rakyat. MatSalleh kaki-botol dan gila berparty-liar bersama wanita tempatan pulak tuh. Keturunan bekas-penjajah sebegini pun, Najib percaya untuk berinya nasihat. Lebih baik guna khidmat Cina Warga-sendiri sebagai penasihat... Warga seperti Mathias Chang yang digunakan Dr.M.

Untuk menjimatkan WANG Rakyat, mengapa tak guna nasihat atau consult Professor-Professor yang berlambak di IPTA/IPTS? Hanya perlu bayar mileage claim atau elaun kepada mereka. Jemput datang ke Seri Perdana, pun boleh. Pergi jumpa mereka sendiri diwaktu-kerja, lebih bagus dan menjimatkan lagi WANG Rakyat.


Mengenai buku yang ditulis Barry Wain tu... Waghih lupa agaknya. Meh saya cerita suasana Negara ketika buku mula terjual di Singapura.

Lee Kuan Yew masih hidup ketika itu. Makanya, jika ada buku ditulis MatSalleh mengenai Dr.M sudah pasti dibenarkan penjualannya oleh pemerintah Singapura.

Shipment atau penghantaran cetakan pertama buku beliau dari Australia ke Malaysia, telah ditahan di Pelabuhan Klang pada December 2009. Najib baru beberapa bulan menjadi PM dan Menteri KeWANGan. TIA baru saja menjelma jadi 1MDB dan Jho Low diberi peranan 'penting' didalam kedua-duanya. Khabarnya, BOD atau Lembaga Pengarah pun ikut perintah atau arahan beliau.

Sudah tentu, Dr.M sedang bergembira ketika itu... setelah berjaya menjatuhkan 'Tingkat 4' dan 'meletakkan' anak bekas-PM yang beliau sangat terhutang-budi dan sanjungi, sebagai PM. Pasal Najib lantik diri-sendiri sebagai Menteri KeWANGan, Dr.M tak kata apa la kot. Maklumlah, Pak Lah yang Dr.M mulanya anggap sebagai Mr.Clean yang mulakan dulu kelaku atau tabiat ini.
Majority Rakyat Malaysia juga sangat gembira, kerana anak seorang Negarawan telah mengambil-alih dari Pak Lah dan 'Kabinet Tingkat 4' beliau yang diterajui menantunya.

Semua media & blogger-bloger tersohor pro-UMNO/BN... seperti Bigdog, Rocky Bru, ABTW, OSTB, Gopal Raj Kumar yang beroperasi dari Australia dan Chedet sendiri menpertikaikan kesahihan apa yang ditulis oleh Barry Wain. Malah Dr.M menulis dalam Chedet bahawa Barry Wain sedang mabuk wain ketika menulis buku itu.

Ketika itu juga, Blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) baru saja 'settle-down' di Manchester England.

Maklumlah RPK, pada tahun sebelumnya 2008, telah bersumpah SD (Statutory Declaration) atau Akuan Berkanun, mengatakan isteri Najib, Rosmah berada ditempat kejadian dimana Altantuya diletupkan guna C4, sejenis bahan letopan yang hanya digunakan pasukan keselamatan. Selepas mengadakan persidangan akhbar, terus lari ke England sehingga kehari ini.

Yang peliknya, RPK hari ini adalah blogger yang paling aktif memburuk-burukkan PH dan sudah tentu menyokong UMNO-Najib & PAS.

Kesimpulannya Waghih, jika kita tak percayakan Barry Wain atau RPK sekitar tahun 2009, mengapa kita boleh percayakan mereka hari ini? Takkan taik pun kita sanggup capai demi menyelamatkan Kleptocracy UMNO-Najib dari mati kelemasan?

Waghih said...

Kesimpulanyo ..RD

Turn M dulu percayokan UMNO sobab dio bolih buek sesuko hati sebagai MAHAFIRAUN (ambik istilah dari Mat Sabu yo).
- Negaro dio punyo jadi bolih judikan duit BNM.
- Negaro dio punyo jadi Lebuhrayo dan jalanrayo mesti kono Tol untuk kayokan proxi2 dio.
- Negaro dio punyo jadi Rajo2 sumo mesti tunduk pado dio .
- Negaro dio punyo jadi hakim2 takleh lawan dio.
- Negaro dio punyo jadi sumo pengswastaan mesti dio sign n bagi pado proxi2 n kroni.
- Negaro dio punyo jadi sumo penganti dio sebagai PM mesti ikut arahan dio .
- Negaro dio punyo jadi lesen judi sport toto dio approve 2 bulan sablum bersaro.
- Negaro dio punyo jadi Boboi dapek kontrek fiberoptik satu m'sia 3 minggu sablum Turn M bersaro.
- Negaro dio punyo jadi dio khobar Ultrakiasu DAPig Parti rasis maso dio PM.
- Negaro dio punyo jadi dio khobar Ultrakiasu DAPig parti bukan rasis bilo dah bersaro.
- Negaro dio punyo jadi sanggup jadi macai Ultrakiasu DAPig untuk jayokan " Sokong Melayu Skrew Melayu " bilo dah bersaro.

Turn M sekarang tak percayokan Umno sobab dio dah tak do kuaso sebagai Mahafiraun.

- DSN sobagai PM amalkan pentadbiran yang terbuko dan prihatin pado penduuduk2 marhain.
- DSN sobagai PM fokus pado target grup B40 dongan transformasi pado subsidi dgn program Br1m yang khas untuk mereko yang benar2 memerlukan.
- DSN sobagai PM merialisasikan NO TOL yang bertentangan dongan Turn M yang MUST TOL pado sumo lebuhrayo .
- DSN sobagai PM mentranformasikan sklim latihan SL1M dengan bayaran elaun sebanyak rm 2000 sebulan. Dongan ini pihak swasta terpakso meningkatkan lagi kadar upah untuk nyaingi gomen.
- DSN sobagai PM tolah nyahkan sumo proxi2 dlm pengswastaan dan meningkatkan keupayaan GLC .

So... RD.
Banyak perbezaan antaro those days n these days yo...

Waghih.

RD. said...

Nak tanya Waghih...

1. Semasa RPK bersumpah dengan Akuan Berkanun dulu, mengatakan Rosmah berada di tempat kejadian dimana Atantuya diletopkan guna C4... Waghih percaya tak?

2. Pada 2009, Waghih percaya tak, apa yang ditulis oleh Barry Wain mengenai Dr.M?

Hang memang sah, sama bangang dengan Bapak Kepala Kleptokrat yang hang sokong tu. Tipu-kuat pulak tu.
Ataupun... hang sama seperti dua-tiga kawan dari kampung saya yang masih menyokong UMNO-Najib... kerana terlalu bergantung-hidup dan memprolehi rezeki secara mudah dengan mengampu & membodek geng-penyamun, langsung tidak pedulikan kesan dan akibatnya kepada maruah Bangsa, Agama & Negara. Tanah-pusaka Rakyat pun, hang sanggup gadai atau jual secara KEKAL kepada Negara-Asing, lebih-lebih lagi bila terdesak untuk bayar hutang.
Masa depan anak-cucu dan cicit yang akan mewarisi Negara ini, hang langsung tidak pedulikan.

Mengenai tol Lebuhraya tu, hang jangan jadi tongkoi-kayu Waghih... tak sedar bahawa konsessi 2 tol di Lebuhraya Persekutuan (Batu 3 & Sg. Rasau) sepatut tamat pada 2018, selepas 30 tahun beroperasi.

Malangnya pada 2011, Najib sambung atau lanjutkan 20 tahun lagi, sehingga 2038.
7 tahun kemudian... mungkin sudah dirancang dari awal... boleh ambil kesempatan cari popularity, sokongan untuk menghadapi PR14 dan dilihat sebagai hero dimata Rakyat, kedua tol itu ditutup. Hebat lakonan ini.

Hang ingat, buta-buta tutup begitu saja ka?
Apa lagi, guna duit Rakyat la... bayar RM2.04 billion sebagai pampasan bayar kepada PLUS. Kali ni Najib cerdik sikit. Tak berani salahkan Dr.M pasal 'terpaksa' bayaran pampasan RM2.04 Billion tu.

Cuba hang baca nih...

http://taknakbn.site/archives/904

Jangan-jangan ada udang sebalik-batu atau kickback... sama seperti 1MDB beli IPP yang sangat uzur dan lesen operasi hampir mati, dari kroni-kroni Dr.M.

Cuba hang baca nih...

https://jebatmustdie.wordpress.com/2016/04/06/kenapa-najib-perbaharui-lesen-ipp-untuk-ytl/

Untuk pengetahuan Waghih, sejak tol Bt.3 dimansuhkan, setakat yang saya tahu, sudah 6 orang telah mati terlanggar pondok tol.
6 orang dah mati, baru mula kelam-kabut roboh kedua Plaza tol itu.


Mengenai PAN Borneo... Pandai juga Najib ambil kesempatan menipu atau tidak mengatakan hakikat sebenar kepada Rakyat Sarawak. Bermegah-megah seolah-olah duit bina Lebuhraya tu keluar dari poket sendiri atau Party UMNO. Cari popularity dan untuk menampakkan keperihatinan terhadap Rakyat Sarawak, dengan bangga mengistiharkannya sebagai bebas-tol.

Padahal, volume atau jumlah kenderaan yang akan mengunakan keseluruhan lebuhraya itu tidak memadai atau berbaloi untuk mana-mana Syarikat Konsesei kutip tol, melainkan jika kadar yang dikenakan, jauh lebih tinggi dari di Semenanjung. Itu pun, jika Rakyat Sarawak boleh terima.

(bersambung)

RD. said...

(sambungan)

Kedudukan Lebuhraya Utara-Selatan di Semenanjung, berbeza dari PAN Borneo.

Bodoh la, Dr.M dan Kerajaan BN, jika tidak mengenakan tol sejak dibuka awal 90an. Sudah la Rakyat tidak dapat peluang-pekerjaan dengan PLUS... yang paling beruntung adalah Syarikat-syarikat Bas Persiaran, Lori Kontena/Pengangkut barangan dari Thailand & Singapura. Rakyat kedua-dua Negara jiran kita ini juga akan bertali-arus berulang-alik, terutamanya dihujung-minggu, menjadikan R&R sebagai tempat makan, minum, kencing, berak & Mandi. Maklumlah, banyak tempat 'hiburan' di Siam. Siapa yang tinggal di Sempadan Siam, tahu la.

Memang Waghih sama bangang dengan bapak-kepala kleptocrat.

Hang ingat bagus sangat ka... idea 'Negara Berpendapatan Tinggi' Kepala-bapak hang tu.

Sebab itu saya kata Najib boros membelanja WANG Rakyat. Nak cari popularity & sokongan pun dia guna WANG Rakyat.
Hang kena ingat... bila pendapatan naik, harga barangan harian akan turut naik. Sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, jika ada ura-ura kerajaan akan menaikkan gaji kaki-tangan awam, peniaga akan senyap-senyap naikkan harga barangan.
Sebab itu Najib, sejak menjadi PM dan lantik diri-sendiri sebagai Menteri KeWANGan pada 2009, dia naikkan gaji kakitangan awam secara diam-diam. Dia ingat peniaga-peniaga bangang macam dia, tidak tahu.

Cuba Waghih letakkan diri sebagai majikan yang mengaji ramai perkerja.
Mampukan Wagih membayar gaji lebih tanpa peningkatan productivity?

Di Malaysia, sebagai majikan, terutamanya apabila mengaji ramai orang-Melayu ni, susah sikit Waghih.
Majikan secara paksa-rela... kena sediakan surau. Itu ok lagi. Masalah timbul bila ada pekerja curi-masa untuk bersolat. Lepas makan-tengahari hari, solat zohor... ada yang tertidor atau masuk lewat atas alasan solat. Ada yang mengantuk dan minta izin untuk pergi solat Asar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Lepas tu... punch-card balik pukul 5 ptg terus balik rumah
Bab ponteng selepas dapat gaji, kerap ambil cuti-sakit, datuk/nenek/ibu/ibu-saudara sakit/meninggal... tak payah kira la.

Gaji nak mahal, tapi kerja sambil-lewa dan curi-tulang. Kerja mahu yang senang-senang. Berpeluh sikit, mengeluh. Pantang dihulur, sebat. Orang macam ni je, yang ramai sokong Kleptocracy.

Waghih said...

AsSalam RD ...

Kesimpulan dari warkah RD ni ...
(Sekironyo Turn M terajui putrajaya ..)

1) Sumo lebuhrayo akan dikonokan toll ..termasok Pan Borneo . Yang dah tutup pun akan dibuko semulo .
(Untuk kurangkan perbelanjaan negaro dan elak pemborosan...!!??).

2) Konsep negaro berpendapatan tinggi dimansuhkan . Bermakno sumo penjawat awam dan swasta tak bolih berpendapatan timggi dan yang mano dah tinggi tu akan dipotong .
(Untuk pikat pelabur asing ...!!??)

3) Sumo pejabat awam dan swasta tak dibonarkan ado dewan solat atau surau.
( sumo oghang melayu islam suko curi maso , tidor waktu kojo ...!!??)

4) Sumo majikan di M'sia ni tak dibonarkan mengajikan oghang melayu.
( Oghang melayu tak prodaktib ..!!??)

NAUZUBILLAH.

Waghih.

RD. said...

Waghih.

Betul ke tidak... pada 2011, Najib telah melanjutkan 20 tahun lagi konsessi Lebuhraya Persekutuan sehingga 2038?

Kemudian, pada 2018... yang sepatutnya Konsessi itu tamat-tempoh, Najib mansuhkannya pula demi popularity dan dilihat sebagai wira dimata Rakyat diambang PRU14.

Rakyat tidak sedar bahawa mereka ditipu hidup-hidup... dengan sia-sia, Kerajaan membazirkan WANG mereka untuk membayar pampasan RM2.04 Billion kerana melanjutkan konsessi itu pada 2011.

Yang pasti... ada orang yang dapat keuntungan 'buta' dalam pemansuhan Tol Batu 3 dan Sg.Rasau.

Maka jelas, Melayu UMNO-Najib dan penyokong mereka, bukan saja tidak productive... malah telah kenali sebagai penyamun-tarbus yang terkenal seluruh dunia sebagai Kleptocracy.

Pada masa yang sama, maruah Bangsa, Agama & Negara, turut tercemar dan dipandang serong oleh Bukan-Islam kerana menggunakan WANG hutang 1MDB yang dikelepet untuk menaja beribu-ribu Pak-Pak Imam, menunaikan Haji.

Ronin said...

Betui tu. TPM berani sikit sebut mahathir a/l iskandar. Punya teruk depa ni. Satu tak berani dan satu lagi tak buat kajian. Main hentam keromo saja.

Ronin said...

Bravo RD. Saya akan undi tuan. Byk lagi yg kita blh buat agar negara kita mewah supaya:
A. Pendidikan percuma. PIBG jgn dok sibuk minta apa² bayaran. Tak kira anak orang kaya atau miskin sbb murid² tiada pendapatan;
B. Rawatan kesihatan percuma kepada warganegara;
C. Ahli² suruhanjaya yg dah ada pencen tak perlu dibayar saraan;
D. Pengerusi syarikat atau agensi milik kerajaan yg dah ada pencen tak perlu dibayar elaun;
E. Sediakan pengangkutan dan makanan percuma kepada pelajar sekolah; dan
F. Byk lagi la yg blh dilakukan utk jimat perbelanjaan bagi memakmurkan rakyat.

Ronin said...

Mereka yg keluar Bersatu sbb x dpt jawatan yg diharapkan. Masa dlm umno pun x ada jawatan. Masuk Bersatu tak ikhlas nak perjuangkan kebejatan yg bn lakukan. Org mcm ni x diperlukan. Bagus jg mrk keluar. Bersatu bersih drpd parasit

Ronin said...

RD, jiwa tuan sgt mengkagumkan. Wawasan, pandangan serta hujah menarik dan bernas.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).