Sunday, March 11, 2018

Pembongkaran MSNBC Burukkan Lagi Imej Malaysia



A Kadir Jasin

سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

NAMA Malaysia menjadi semakin busuk (infamous) di persada dunia dengan pendedahan terbaru oleh stesen televisyen kabel dan satelit Amerika MSNBC.


Ia melibatkan perkembangan terbaru siasatan campur tanya Rusia dalam pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika pada tahun 2016 dan peranan Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, sebagai watak penting dalam drama antarabangsa itu.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Walaupun rancangan sepanjang 21 minit itu menceritakan perkembangan lanjut siasatan ke atas campur tangan Rusia, khususnya Presiden Vladimir Putin, bagi memenangkan Trump, namun lebih banyak masa diberikan kepada skandal 1MDB dan “that guy” aka Najib.

Trump dan pasukan kempennya sedang disiasat oleh peguam khas Robert Mueller dari Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) – agensi yang sama yang sedang melakukan siasatan sivil dan jenayah ke atas pengubahan wang haram 1MDB.

Rencana itu bermula dengan sindiran bahawa rakyat Amerika akan mendapat sebuah kapal persiaran mewah berharga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion) hasil rampasan kapal milik Jho Low, Equanimity, di Bali pada 28 Februari lalu.

Kata penyampai program itu,Rachel Maddow dalam nada sinis bahawa sebahagian hasil rampasan kapal itu akan menyumbang kepada kekayaan Amerika.

Dia juga menyenaraikan harta-harta lain yang dibeli di Amerika oleh sahabat akrab Jho Low dan anak Najib, Riza Shahriz Aziz, melalui kegiatan pengalihan wang haram (money laundering) yang dicuri daripada 1MDB serta emas permata milik isteri Perdana Menteri, (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Mansor.

Diceritakan juga bagaimana Jho Low berjanji akan memberi komisen AS$75 juta (RM300 juta) kepada sepasang suami isteri yang menjadi pelobi kepada Trump kalau mereka berjaya membatalkan tindakan DoJ ke atasnya.

Yang menariknya ialah beberapa orang yang terlibat dengan konspirasi campur tangan Rusia yang diharapkan oleh Jho Low untuk menolongnya telah ditangkap dan bersetuju untuk menjadi saksi manakala yang lain pula dipenjarakan kerana pelbagai kesalahan.

Rancangan MSNBC itu mempersoalkan bagaimana seorang pemimpin asing yang sedang disiasat oleh DoJ (Najib) boleh dijemput untuk melawat Rumah Putih.

Najib kunjung Trump September lalu dan janji kukuhkan ekonomi Amerika
Dalam kes 1MDB, DoJ tidak menamakan Najib sebaliknya melabelkan beliau MO1 (Pegawai Nombor Satu Malaysia) dan menyifatkannya sebagai orang paling berkuasa dalam 1MDB.

Hakikat bahawa Najib dan MO1 adalah orang yang sama disahkan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, (Datuk Seri) Abdul Rahman Dahlan, dalam temu ramah dengan Badan Penyiaran Inggeris (BBC) pada tahun 2016.

Harapan Jho Low menyelamatkan dirinya, MO1 dan Riza daripada tindakan DoJ dengan menggunakan pelobi suami isteri itu adalah tipis.

Tidak seperti di kleptokrasi Malaysia di mana kerajaan boleh menjadikan penjawat awam orang suruhan, di Amerika ketua jabatan adalah bebas daripada campur tangan Presiden kerana mereka bertanggungjawab langsung kepada Kongres (Parlimen Amerika).

Natijahnya kalau DoJ bebas menyiasat Trump, apalah sangat Najib, Jho Low dan Riza.

Dalam manifesto Pakatan Harapan yang dilancarkan pada 8 Mac lalu, antara janji utama adalah memberi kuasa kepada Parlimen dalam pelantikan pegawai tinggi kerajaan seperti Peguam Negara, Pengerusi SPR, Ketua Polis Negara, Ketua Turus Angkatan Tentera dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Pakatan harapan juga menjadikan dasarnya untuk menuntut dan membawa balik pendapatan daripada harta curi 1MDB yang kini disita di Amerika, Singapura, Switzerland dan tempat-tempat lain.

Negara-negara terlibat tentulah tidak akan memulangkan hasil atau harta yang mereka rampas itu kepada kita selagi kleptokrat yang mencurinya masih berkuasa.

Di Amerika mereka guna undang-undang khas yang dipanggil “Kleptocracy Asset Recovery Initiative” atau singkatannya KARI. Dalam bahasa Melayu ia bermaksud inisiatif mendapatkan balik harta yang dicuri oleh kerajaan pencuri.

DoJ telah mendapat kelulusan mahkamah untuk merampas melalui tindakan jenayah dan sivil harta bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dipercayai dibeli dengan duit curi 1MDB.

Dengan pendedahan yang begitu luas dan sensasi oleh media antarabangsa maka tidak hairanlah negara kita menjadi bahan ejekan dan jenaka dunia.

Awal bulan ini majalah terkemuka Inggeris, The Economist telah menyiarkan sebuah rencana bertajuk “Stop, thief! Malaysia’s PM is about to steal an election” atau dalam bahasa Melayu “Tangkap pencuri! Perdana Menteri Malaysia sedang berusaha mencuri pilihan raya”.

Tangkap pencuri, kata The Economist
Maksudnya Najib akan menggunakan taktik kotor untuk menafikan hak pengundi membuat pilihan yang sah dan tulen.

Najib dan geng pemakan dedaknya mungkin tidak malu. Terlalu banyak makan dedak menjadikan muka mereka tabal. Tetapi kita rakyat jelata Malaysia malu dan dukacita negara kita dipersendakan.

Kita sudah jadi bahan jenaka dan gelak ketawa.

Wallahuaklam.

39 comments:

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Kalaulah kite renungkan balik zaman dulu, mana ada pernah negara luar menggelarkan kerajaan kita pencuri, zaman Tun M, Tun Hussein On dan Tunku Abdul Rahman.

Ini adalah kali pertama.

Kita beruntung dan bernasib baik kerena negara kita amalkan demokrasi.

Rakyat boleh pilih, tapi kalau pilih yang tidak baik juga, tidak tahulah apa yang hendak dicakapkan.

Sekarang ini PPBM berhadapan dengan banyak dugaan.

Saya tidak khuatir mengenai kebolehan pimpinanan Pakatan Harapan, mereka ada Plan A, Plan B dan Plan C.

Parti PKR, PPBM, DAP dan Amanah banyak ada orang yang pandai-pandai. Kalaulah mereka duduk dan berbincang macam-macam strategy yang dapat dibuat.

Kalaulah logo Pakatan tidak dibenarkan, saya amat setuju logo satu daripada parti boleh digunakan, PKR, Amanah atau Bersatu.

Adakah kerjaan akan saman MSNBC hari selasa depan?

hari said...

Amat memalukan...adakah rakyat Malaysia begitu bebal sekali...satu dunia sedang berbincang mengenai isu -isu ini tetapi langsung tiada sebarang perbicangan di kalangan wakil rakyat kita dari pihak pemerintah..depa ni jelas bukan wakil rakyat tapi wakil diri...salah rakyat sendiri yang bodoh dan bebal kerana pilih wakil seperti ni...kononnya kena pilih mereka kalau tidak nasib agama dan bangsa akan terpijak oleh kaum minoriti...tetapi rakyat tak sedar kalau berterusan seperti ni satu Malaysia akan terpihak...lepas tu salahkan juga kaum minoriti...kononnya si kitol dan sebagainya tetapi tak pernah sedar sendiri haprak pilih pemimpin yang langsung tak ada apa-apa kualiti..

sebelum ini ada kes satu ketua jabatan penguatkuasa ada banyak duit di negara asing...rakyat yang bebal boleh percaya alasan yang sangat-sangat bodoh diberikan...dikatakan beliau adalah naif...kalau naif macam ni boleh jadi ketua satu jabatan yang paling penting kat Malaysia..

kusufian write said...

Kemungkinan Bersatu di bubarkan dan UMNO juga di haramkan kerana melanggar peraturan ROS. Dengan itu UMNO dan PH akan bergaduh sehingga menjadi rusuhan bagi membolehkan MAGERAN mengambil alih pemerintahan dan menangguh PRU 14. Berlaku di zaman Tun Razak dan berulang di zaman PM Najib Razak. Samada ditakdirkan ataupun di usahakan sama samalah kita lihat siapa yang menang.

anuar said...

Tak ada sekelumit rasa malu ker perdana menteri kita apabila gambar ditayang
beberapa kali dan hanya mendiamkan diri seolah2 kenyataan itu fitnah dan tiada bukti seperti
yang kerap dilaung laungkan oleh para2 penasihat perdana menteri yang arif lagi bijaksana.
Kita sebagai rakyat biasa pun berasa begitu malu apabila negara kita ini dicanangkan seaib begitu oleh media antarabangsa sebab media kita sendiri bukan tidak mahu tapi kurang berani
menampilkan berita2 sebegitu

RD. said...

Nampakgayanya, Perdana Menteri Kleptocracy telah mencampak Bangsa, Agama dan Negara kita ke lembah kehinaan dan kebinasaan.

Adion said...

Kesah 1mdb dan MO1 adalah umpama riwayat Pak Kadok menyabung ayam dan ditipu hidup hidup oleh penasihat sultan.
Pakaian kertas kajang sudah koyak rabak tinggal telanjang bulat tetapi masih terkinja kinja merasakan dia sudah menang pertandingan.

Sudah lah kampung halaman tergadai, maruah juga sudah tiada nilai.

Unknown said...

satu satunya pemimpin yang tiada sifat dan perasaan kesipuan

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Rupa-rupanya, bukan saja siaran TV Amerika MSNBC sahaja yang menyiarkan berita Kapal yang ditahan FBI, majalah Indonesia terkenal Tempo juga siarkan berita ini dan disiarkan di muka surat hadapan.

1MDB dan PM Malaysia juga disebut-sebut.

Adakah majalah Tempo akan disaman juga pada hari Selasa hadapan.?

Hashimadnan said...

Rakyat sangat malu atas perbuatan mo1, tapi dia buat bodoh. Apa jenis maknusia mo1 nii.

Hashimadnan said...

Busuknya dari kepala

Sudiram Tinum said...

KERAJAAN AKAN AMBIL TINDAKAN SIAR BERITA PALSU 1MDB

Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terus menyiarkan berita palsu terutamanya berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga menimbulkan fitnah.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Jailani Johari berkata sehubungan itu, kementeriannya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini sedang memantau perkara berkenaan.

"Dalam usaha kerajaan menangani gejala fitnah dan berita palsu dalam negara, kita dapati beberapa isu turut disemarakkan oleh sumber-sumber dari luar negara.

"Terbaru, dalam usaha mencemar dan menjatuhkan kredibiliti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kementerian telah mengenal pasti beberapa portal berita dalam talian yang telah menyemarakkan kembali isu 1MDB, susulan rampasan sebuah kapal layar mewah oleh pihak berkuasa negara tetangga," katanya.

Bernama

- Berita-berita dari MSNBC News, The Wall Street Journal, The New York Times dan The Economist yang disertakan bersekali dengan bukti-bukti dan dokumen-dokumen yang sah dikatakan oleh menteri sebagai ‘fake news’?

Dah tunggang-terbalik Malaysia semua sekarang ni. Caca-merba. Berita yang benar dikatakan ‘fake news’, yang ‘fake news’ pula dikatakan benar.

Jika benar semua itu fake news, Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan keras kepada media-media tersebut. Mereka menuduh PM kita ‘penyamun besar’. Satu tuduhan yang AMAT BERAT. Satu negara menanggung malu. 31 juta rakyat Malaysia merasa aib dan terhina!!..

PakChak said...

Seeloknya lepaskan dahulu jawatan dan tumpukan usha untuk membersihkan namabaik dengan menyaman pihak-pihak yang membuat fitnah.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum).
Alhamdulillah. Isyu utama hang kali ni aku tengok sekitag isyu 'malu', yg aku janka sangat kurang dikalangan 'elit'
Melayu semasa, pada hai perasaan malu sangat dasag dlm banyak masyarakat dan temaddun, terutama dikalangan
orang2 yg mengaku Muslim. Pada watak MOI dan tonggak2, temasok kebanyakkan kepala2 hukum, mata2, kepala2 jabatan
dan kementerian2, ketua2 agama, ketua2 bahagian dan cawangan parti dia dan pimpinan dan pengamal media saloran perdana yg
sokong dia yg tegamak belaku curang, sentimen 'malu' telah lama dibuang... munkin sekali dgn aqidah Islam, jadi "non existent",
atau seakan "persona non grata".
Aku terima kasih kad hang pasai gigih huraikan berulang kali 'simpton'2 atau tanda2 sakit pada tuboh politik malaya, penyakit
teraih menurut orang 'alim (berilmu) seperti Sayyid Qutb (ikut tanggapan aku) punca utama ialah kurangnya pahaman dan 'amalan2 yg diwajibkan.
Namun 'simpton' kurangnya sifat 'malu' yg hang dok tekankan jugak sangat2 perlu diketengahkan. Lebih2 lagi pasai "...akhlak Islam
ialah malu."
Lantaran tu aku 'kopipes' sedikit huraian (dgn sedikit suntingan) mengenai isyu 'malu' dan 'malu yang tercela'
(no. 5) dlm Islam.

"1. Malu adalah salah satu wasiat yang disampaikan oleh para Nabi terdahulu.
2. Sifat malu semuanya terpuji dan senantiasa disyari’atkan oleh para Nabi terdahulu.
3. Hadits menunjukkan bahwa malu itu seluruhnya baik. Barangsiapa banyak rasa malunya, banyak pula kebaikannya dan manfaatnya lebih menyeluruh. Dan barangsiapa yang sedikit rasa malunya, sedikit pula kebaikannya.
4. Malu adalah sifat yang mendorong pemiliknya untuk meninggalkan perbuatan-perbuatan yang buruk.
5. Malu yang mencegah seseorang dari menuntut ilmu dan mencari kebenaran adalah malu yang tercela.
6. Setiap agama memiliki akhlak dan akhlak Islam adalah malu.
7. Buah dari malu adalah ‘iffah (menjaga kehormatan) dan wafa’ (setia).
8. Malu adalah bagian dari iman yang wajib.
9. Orang-orang Jahiliyyah dahulu memiliki rasa malu yang mencegah mereka dari mengerjakan sebagian perbuatan jelek.
10. Allah Azza wa Jalla Maha Pemalu dan menyukai sifat malu serta mencintai hamba-hamba-Nya yang pemalu.
11. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah sosok pribadi yang sangat pemalu.
12. Malaikat mempunyai sifat malu.
13. Lawan dari malu adalah tidak tahu malu (muka tembok), ia adalah perangai yang membawa pemiliknya melakukan keburukan dan tenggelam di dalamnya serta tidak malu melakukan maksiat secara terang-terangan. Padahal Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ أُمَّـتِيْ مُعَافًى إِلاَّ الْـمُجَاهِرِيْنَ.
Yg maksodnya lebih korang:
"Setiap umatku pasti dimaafkan, kecuali orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan."
14. Para orang tua wajib menanamkan rasa malu kepada anak-anak mereka."

Sumber: https://almanhaj.or.id/3441-malu-adalah-akhlak-islam.html
Maghap banyak2,
Aku

Waghih said...

AsSalam Datuk ...

Quote :
" Nama Malaysia menjadi semakin 'infamous' dipersada dunia ..."

# Kan Malaysia ni dah 'infamous' dari dulu laiee .
Dimulokan olih Turn M .
Istilah ...Dictator regime , Crony Administration , Recalcitrant , Maverick PM , Scumbag PM , Mahafiraun , Mahazalim dan perbagai lah ...

Kalau kito rakyat Malaysia dah terimo istilah2 maso tu ... apolah salah kito terimo maso sekarang kan ...
Oghang luar takdo bondo yang baik yang nak dikhobaran tontang kito ...

Yang perlu kito jago adolah dalam negaro kito ni ...
Kito taknak perkaro yang dah berlaku berlaku laiee ...

Kito taknak PM sunglap duit BNM ...lopeh tu khobar kek rakyat ..tak tau ...dah lupo .

Kito taknak PM buek privatisation lopeh tu boghi sumo projek kek kroni2 ...

Kito taknak bilo PM umum nak bersaro ..ado yang nangis teresak2 dlm TV suruh jangan bersaro dan khobar .." we dont know what to do without you ".

Kito taknak bilo PM dah bersaro ..anak2 ehh molotop jadi billionaire .

Ini lah harapan sebonar2 Harapan ...

Waghih.

Zed-85 said...

Sallam Saudara Aku,

Saya setuju dengan saudara berkenaan perihal sifat malu ini.

Ada pepatah orang putih yang mahsyur mengatakan “There is no honor among thief”

Maknanya di kalangan orang pencuri itu tidak ada maruah, apatah lagi sifat malu.

Yang saya sangat-sangat mushkil ini adalah sifat orang PAS.

Kalaulah benar rakaman yang disebarkan sekarang ini Nik Abduh mengaku yang PAS ambil wang dari UMNO.

Kalau dari sudut etika, memang salah. Mana ada parti dalam dunia ini buat macam ini.

Tapi dari sudut ugama macam mana?

Boleh jadi Syaitan dan Iblis bisikkan kepada Ulamak-ulamak PAS seperti Nik Abduh, ambillah duit UMNO tuu, dalam hukum bukannya haram tapi adalah halalan toyyiba.

Persoalannya, sekarang ini sudah tentulah orang PAS menjadi malu dengan rakaman ini, tapi sebelum ada rakaman, adakah orang PAS ini berasa malu?

Dalam Islam, tidak ada sistem parti demokrasi.

Jadi PAS ini, pakai jenis politik apa?

Kalau kita rujuk di negara Philippine, Markos jatuh adalah disebabkan oleh kebangkitan rakyat dan juga sokongan kuat paderi-paderi kristian kepada rakyat. Golongan agamawan paderi menyokong untuk jatuhkan Markos dan bersama pembangkang ketika itu.

Akhirnya Marcos jatuh dari kerajaan Filipina.

Kita ini pulak, golongan agamawan kapalnya belayar tak tahu ke mana?

Bagi saya, kita tak boleh nak salahkan pencuri 100%.

Dalam sistem demokrasi orang kapir ini, kita diberikan pilihan untuk pilih.

Rakyat yang akan lantik kerajaan samada kerajaan itu baik atau tidak baik. Kita bukan negara Kominis.

Tapi kalau ada golongan agamawan, tak ambil peduli dan mengatakan rasuah itu sekarang ada, dulu pun sudah ada pun, dan tidak menunjukkan sikap marah kepada kemungkaran. Ini menjadi satu masalah dan merosakkan pemikiran orang Islam.

Apa pun saya setuju dan terima kasih kepada usaha saudara Aku kerana menyiarkan info berknaan sifat malu dalam Islam.

Maaf banyak2

banggoi petai said...

Poie samak dolu mulut ko waghih oii ...jangan lupo tolan tu klorox kc jornih hatii porut ko skali yo

Zed-85 said...

Waghih,

Ada pernah orang negara luar mengatakan kerajaan negara kita pencuri?

Kleptokracy.

Tak pernah.

Ini kali pertama dari mula merdeka pada 31 ogos 1957.

Tak pernah zaman dahulu harta apartment mewah Penthouse, Intan Berlian, lukisan mahal, Kapal Boat, Kapal terbang dirampas oleh kerajaan Amerika.

Ini kali pertama ya.....

Tak pernah dana yang dimulakan kerajaan disiasat atas kesalahan "money laundering" di Amerika, Switzerland, Singapore, dan lain-lain negara.

Ini kali pertama ya..... Sejak merdeka tahun 1957.

Tak pernah FBI menahan harta yang mengaitkan Tun M atau PM sebelum dia yaa....

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Agak menarik juga,

Banyak berita dari luar negara mengatakan PM kita pencuri dan itu dan ini.

Dalam Perlimen, DAP menawarkan untuk tolong kerajaan saman the majalah Enonomist kerana mengatakan PM kita pencuri.

Ini kerana pembangkan heran kenapa kerajaan diam seribu bahasa dengan media luar negara.

Sampai begitu sekali.

Waghih said...

Quote :
" Di Amerika ketua jabatan adalah bebas dari campurtangan Presiden ..."

Tak boto tu Datuk ...
Sehinggo sekarang dah ado 20 oghang staff yang dah kono hobing atau disuruh honti .
Terkini Setiusoho Negaro Rex Tillerson kono hobing .
Sablum tu Penasihat Ekonomi Gary Cohen kono hobing.
Sablum tu gak Pengarah Komunikasi Hope Hick kono hobing gak ...

List ehh panjang dari perbagai jabatan n jawatan ... sumo sobab tak " sesuai " dongan Presiden ehhh ...

So negaro kito ni masih baik laiee.

So ... cukup cantik kito bersangko baik pado pemimpin yang kito dah pilih dan pado negaro yang kito cintai .

Waghih.

Waghih said...

Quote :
" kita sudah jadi bahan jenaka dan gelak ketawa "

Memang boto tu Datuk ...
Ghamai clown dah keluar dari closet Turn M dahhh ...
'Iron Lady ' dah jadi Mrs Nujum pak belalang dan berjayo track Equanimity tu ...

Turn M dah menyosa buek tuduhan liwatun terhadap DSAI ... dan nuduh polis "pakso" dio .

Bolih masok tanding Lawak Ke Der ni...

Waghih

boy said...

bro Zek,
pencuri pun kalau kena tangkap tutup muka. pencuri pun kalau dipanggil pencuri dia marah. orang yang mencuri masih lagi orang. tapi kalau sebaliknya dia bukan lagi orang la.

Waghih said...

Dah lupo ko Zed ...

Turn M kono "kentut" kek Al-Gore ( Timbalan presiden Amerika) semaso Turn M buek majlis resmi makan malam meraikan lawatan Al-Gore ke Malaysia .

Itu berlaku didopan para jemputan (diplomat asing dunio ) dan jugo stesen TV Amerika dan dunio .
Hebuh siaran dunio menceritokan bagaimano Turn M kono hobing kek Al-Gore .

Turn M ni ado banyak Langsuyar .. hati2 lah yo ..

Waghih.

anna shah said...

Nagaraku.....Apa dah jadi?

Aku said...

Kadiag, izin aku 'coret' sikit mengenai komen2 'pembahas' En Zed-85 (2.50 PM)
sekitag isyu " ...yang sangat2 saya musykil ini adalah sifat (sikap(?)) orang PAS."
Mola2 sekali . وَعَلَيْكُمُ السَّلَامُ .
Ringkaihnya ada dua pekara tunjang:
Satu, dalam kalimah 'Sistemik'
" systemic(Adjective)
Embedded within and spread throughout and affecting a group, system, body, economy, market, or society as a whole.
systemic(Adjective)
Pertaining to an entire organism." (Definition.net)
Kerosakkan dlm sosiopolitik Malaya dah terok sakan, sampai kad sistem perundangan, ekonomi, pendidikkan, dll,
yg dari satu aspek dicetuih olih 'politik wang', kumudian tesebag luaih sehingga pihak pemantau persepsi rasyuah antarabangsa jatuhkan 'ranking' Malaya pd tangga yg semakin tecorot.
Dlm situasi ini kemunkinan parti politik yg kenunnya beteraihkan menegak kalimah Lailahaillallah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله) turut tenoda. Terutama,
... dakwaan Rafizi, Husam dll yg nampaknya tak dijawab secara tuntaih atau menyakinkan. Wallahu a'lam.

Kedua, kalimah 'faqih' :
: a Muslim theologian versed in the religious law(s) of Islam (Merriam Webster).
Namun, munkin kena tambah bahwa seorang faqih a'rif jugak akan keadaan sasaran atau sekitaran hukum yg nak dikuatkuasakan,
misalannya ada riwayat mengatakan qholifah Umar ibnul Khattab menangguhkan pelaksanaan sesatu hukum huddud lantaran
kemarau panjang yg melanda (mintak dipebetoi sekiranya tak tepat). Dizaman tedekat ni munkin rohimullah Tok Guru Nik Abdul A'ziz adalah contohnya.

Sebagai bandingan, jolokkan yg lebih kerap digunakan ialah 'ustaz', yg menimboikan beberapa soalan, munkin sebab penggunaan
yg longgak... dibuboh pada guru (lelaki, biasanya dlm bidang agama), imam, bilal, lebai dan sebagainya yg kadang2 memilikki ilmu yg
paling dasag ( atau 'elementary'). Munkin lantaran tu ada yg bulih hukum kalu mati ditanam di jirat, dan bulih belunak dan bebaik baik dgn yg beperangai seperti perangai MOI.
Tetap Allah saja yg maha tau.
Maghap no.
Aku

anti penyokong Bugis dan Jawa said...

Ha ha Waghih....lagi2 ko cerita pasal Tun M.
Apa pun ko mesti selit Tun M.

Kalau ko boleh jawab soalan2 ini....lebih baik ko tak payah menyampuk dlm blog DAKJ ni lah.
Lebih baik ko pergi main jauh2.

Ko dah habis modal....nak tutup pekong Bugis....tak yah lah ko cerita pasal Tun M.

Modal dah basi lah bro.
Boring....lah.
Nak menyampuk tapi tak ada idea.

Hah sekarang ko jawap soalan mudah ni...kalau tak boleh....ko dok diam2 saja...ok?

Rosmah dpt puluhan juta hadiah dari Jho Low pun salah Tun M ke?
DOJ rampas kapal milik Jho Low pun angkara Tun M juga ke?
Asset2 kepunyaan Redza Aziz dan Jho Low yg nak dirampas DOJ dan segala 1001 bukti bahawa duit yg dibeli disonglap dari 1MDB pun salah Tun M juga ke?

Ha ha....ko ni betul2 lemau.....atau memang kayu buat2 nmpk semua tu.


Kesian.

anti penyokong Bugis dan Jawa said...

Pembetulan pd para terakhir...

Ha ha....ko ni betul2 lemau.........."atau memang kayu buat2 tak* nmpk semua tu."

Zed-85 said...

Saudara Aku,

Satu contoh kerosakkan sistemik adalah di Indonesia. Rasuah berleluasa. Tetapi sekarang ini Indonesia semakin baik dan dikatakan akan menjadi sebuah ekonomic powerhouse dalam 1 atau 2 dekad.

Sebaliknya, kita pula ditertawakan dalam majalah mereka apabila FBI merampas kapal boat.

Saya pernah dengar perkataan “Fagih” atau “Alfagih” bermakna orangnya yang amat tinggi ilmunya.

Orang agamawan selalu memberi contoh iaitu pada zaman khalifah sekian dan sekian.

Pada ketika itu berapa jumlah penduduk di bandar atau negara ketika itu?

Malaysia sekarang ini ada 30 juta orang.

Jumlah manusia semakin ramai kalau hendak dibanding dengan zaman dahulu. Masalahnya juga semakin rumit.

30 juta orang perlu kepada makanan, minuman, rumah kediaman, dan pekerjaan.

Pemimpin yang ada perlu mempunyai kepandaian dalam berbagai bidang yang sesuai, ekonomi, teknologi, perundangan negara dan dunia, pemerintahan yang cekap, dan berbagai lagi.

Kalau jantung Hadi Awang tersumbat, macamana pun terpaksa beliau pergi jumpa orang yang pandai dalam bahagian kedoktoran.

Setakat nak potong tangan saja, merejam batu orang yang berzina tidak boleh menyelesaikan masalah.

Kita mahukan pemimpin yang pandai memimpin negara untuk masa hadapan.

Bukan saya merendahkan golongan yang “fagih” ini, tetapi kita harus sedar bahawa ilmu yang ada sekarang ini lebih meluas.

Ilmu perubatan adalah ilmu tuhan juga kerana manusia dijadikan tuhan.

Ilmu daun dari pokok sahaja boleh dimuatkan satu dewan dalam perpustakaan. Daun itu adalah kejadian tuhan.

Dalam daun, bagaimana dengan bantuan sinar matahari dan proses fotosintesis, dapat menjadi gula dan menjadi makanan manusia.

Ilmu seperti ini , tak dibelajar di sekolah pondok.

Ilmu ini adalah ilmu tuhan juga, bukan ilmu yang dianggap “second class” oleh sebahagian orang.

Oleh itu, orang yang belajar agama sahaja dianggap sebagai “Fagih” , itu saya berapa setuju.

Zed-85 said...

Sallam Saudara "Aku",

Ralat saya tersalah ertikan "Fagih atau Faqih" iaitu sebenarnya orang yang arif dalam ilmu fiqh.

Saya teringat ada ulama yang namanya disertakan gelaran Al-fagih dari benua Arab.


Sengaja saya bangkitkan isu PAS ini kerana PAS ini mengacau saja dan tidak bawa apa manfaat dalam politik negara Malaysia.

Bukan saja PAS akan kalah kerana bertanding 3 penjuru sepertimana yang berkali-kali berlaku dalam pilihanraya dahulu sejak Malaysia merdeka malah PAS akan hanya memecahkan undi saja.

Maaf banyak2 ya....:)

theprofessor said...

Lagi malu rakyat kerana Malaysia ada pembangkang bodoh seperti Pakatan Harapan

theprofessor said...

Orang tua yang paling knena rasa malu ialah Dr Mahathir sebab dia makin tua makin merapu Dan Makin kemaruk kuasa.

1280 K Taman Malik said...

Salam DAKJ dan komentaris sekelian,

Waghih mesti orang minangkabau kan?

Setahu saya orang minangkabau atau krang minang amat perihatin tentang adat. Adat mereka letak status kedua selepas ugama.

Tapi sangat hairan tentang waghih, udah la x da adat, rasa malu yg seperti suruhan Allah SWT pun x ada juga. M enunjukkan waghih sanggup menjadi anjing kpd MO1 menyalak dan persalah org lain, padahal tuan waghih yg terang bersalah. Kalau waghih sanggup jadi anjing jaga tuan, ala kadar la dan jangan letak statua diri rendah sangat...

Clintot said...

Botul tu waghih... al gore lepas berucap terus cabut balik hotel.. takut nak berdepan dgn madey... mcm najib jugak, spesis teloq tersepit.

Ujang said...

Donald trump tak boleh pecat peguam negaro amarika ni waghih... Yg hang cakap tu somo staff yg diyo sendiri lantik... bangang betol si trump ni.

Ujang said...

Macai najib dah macam lawak sarkis of MO1.

Lombu duduk dlm kondo, menteri melancong gaduh anak beranak dlm sosial media, mat maslan best student nasi goreng, etc etc etc... panjang bonar list lawak ke der MO1 ni

Waghih said...

Den oghang melayu minang and VERY PROUD of it .
Den ghaso ... den lah the proudest person in the whole world .

Ado oghang tu yang bergola Turn M dan anak2 malu nak ngaku dari keturunan india kerala .

Lobih paghah ... malu nak ngaku wargo negaro Malaysia.

Lopeh tu lak ado hajat nak jadi pemimpin negaro semulo bersamo anak beranak dongan minto bantuan dari gang Ultrakiasu DAPiss dari dinasti Lim untuk koncingkan oghang melayu .

Oghang nogori golar oghang camni HAMPEH . Elok dijadi makananan ayam dan itik ...

Waghih.

Pompuan said...

Saya setuju.Siaran itu atas hasutan Pakatan. Kita rakyat Malaysia dah jelak dengar propaganda macam rekod pecah.Tak menjadi kudis kepada Najib yang akan menang besar. Biak pilah anjing nenyalak bukit. Bukit tegak mencecah langit. Tun and his pribumi people will face ignominious defeat. Lenyaplah parti semusim tu lepas PRU. Mukhriz dan Muhyiddin akan terhegeh-hegeh masuk UMNO balik. Tak taulah jika Najib nak terima atau tidak. Yang menang dalam Pakatoon ialah DAP. PKRpun banyak kehilangan kerusi. Amanah jangan ceritalah. Bungkus! Hahaha.

Jojo said...

Orang luar kata pm kita penyamun. PM kata mahu saman tapi sampai sekarang tak saman pun.

Orang luar kata pm kita penyamun curi wang rakyat & negara kita dipimpin oleh penyamun tapi pm kita senyum tanpa jawab balik apa2. Tak ada maruahkah pm ni ?

majid smsp88 said...

Lawak kedai kopi 'trh tarik manis' satu...

Semua 'mirigam' ciptaan Allah. Semua manusia asal dari keturunan Adam & Hawa. Or Tuan nak kata begini 'You who born in the animal species' yg percaya manusia berasal dari 'mirigam'.

Unknown said...

Sama sama lah kita lihat siapa sebenarnya yg nk kena bungkuih PRU14 nanti.
Kena ingat pengundi ataih pagar mcm kami ni lebih ramai Dr ahli ahli parti politik mcm hgpa. Sekali kami swing saja parti sebesar mama pun pasti bungkuih..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).