Sunday, March 18, 2018

Percubaan Sekat PH Perkuat Tsunami Rakyat



A Kadir Jasin

سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

SEMATKAN bunga ini di hatimu
Jangan biar ia hancur menjadi debu
Kerana ada tangan-tangan besi
Yang  mahu meramasnya mati
Jadikan ia bunga hatimu
Agar ia segar sepanjang waktu.

Usaha rasmi mematikan PPBM
UMNO sudah mati. Parti itu bukan Umno lagi. Ia sekadar jelmaan pseudo yang menjadi tunggangan ketua-ketua pemerintahan kleptokrasi.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Jho Low lebih diutamakan daripada ahli, penyokong dan rakyat jelata sehingga Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sanggup menggasak dan menggesa Penasihat Sosiobudaya kerajaan, (Tan Sri) Rais Yatim meletakkan jawatan kerana mengkritik dalang 1MDB itu.

Umno sudah hilang daya tarikan. Sudah tidak ada lagi daya saingan. Hidupnya semata-mata kerana sogokan dan ancaman. Jho Low dipertahankan seolah-olah dia topekong hidup parti itu.

Maka dalam ketakutannya ia menggunakan wang negara dan mempersundalkan kuasa untuk menghalang pencabarnya.

Walaupun Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak dan para pemimpin Umno/Barisan Nasional mempersendakan Pakatan Harapan (PH) di depan khalayak ramai tetapi di belakang tabir mereka amat bimbang dengan tsunami rakyat yang semakin hari semakin kuat.

Dalam suasana itu adalah mudah kita mengandaikan yang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan dibatalkan dan PH tidak akan didaftarkan. Umno/BN tidak mahu pembangkang menggunakan simbol tunggal.

Umno/BN takut kepada lambang ini
Pelbagai halangan dan alasan telah dan sedang dibuat bagi pihak Umno/BN oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk menggagalkan PPBM dan PH.

PPBM dan PH tahu segala usaha bagi mematuhi syarat ROS mungkin sia-sia namun kita terus berusaha sedaya upaya untuk memenuhinya.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim
Di mana campur tangan mahkamah diperlukan dan menawarkan harapan, biar setipis mana sekalipun, kita telah dan akan terus menggunakannya. Kita telah dan akan terus mengemukakan saman sivil.

Namun keutamaan adalah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh ROS dengan harapan jabatan itu akan bertindak secara profesional, bebas dan adil.

Pelan B, C, D...

Pada masa yang sama parti-parti anggota PH tidak berdiam diri. Pelan alternatif sedang dirangka dan beberapa persetujuan dasar telah dicapai.

Yang terpenting adalah biar apa pun terjadi, kita akan cuba menggunakan satu (atau dua) lambang sahaja dalam kertas undi bagi mengelak kekeliruan.

Hal ini telah dinyatakan secara rasmi oleh Pengerusi PH dan calon Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Felda Besout 1 Jumaat lalu.

Felda bukan lagi simpanan tetap Umno/BN
Buat masa ini kita andaikan PPBM akan dibatalkan dan PH tidak didaftarkan. Jadi lambang PPBM dan PH tidak boleh digunakan. Yang ada ialah lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Jadi kita akan memilih salah satu atau, dalam keadaan tertentu, dua daripada tiga logo ini. Untuk itu kita akan merundingkan syarat dan peraturan supaya kita bukan saja memenuhi syarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi juga terus mengukuhkan kerjasama PH.

Walaupun ROS enggan mendaftarkan PH namun namanya boleh diguna berdasarkan pengalaman Pakatan Rakyat dan gabungan-gabungan lain seperti Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah.

Tsunami Rakyat

Untuk mencapai matlamat perubahan dan menyelamatkan negara, tsunami rakyat wajib berlaku pada tahap maksimum.

Bagi mengelak Umno/BN mensabotaj dan melarikan PRU ke-14 ini, pengundi mesti keluar beramai-ramai dan awal bagi memberikan majoriti besar kepada calon-calon PH.

Ini akan menyekat dan mengurangkan kemampuan Umno/BN menggunakan undi pos, undi awal, undi tentera dan undi polis untuk menang kerusi yang mereka sebenarnya telah kalah.

Rakyat jelata, kakitangan kerajaan dan anggota pasukan bersenjata wajib tahu bahawa selepas Parlimen dibubarkan, kerajaan yang ada menjadi sekadar kerajaan sementara (caretaker government) sahaja.

Ini amat penting disedari dan difahami oleh kakitangan awam, khususnya yang terlibat menguruskan pilihan raya. Mereka wajib bertindak secara profesional, adil dan berkecuali.

Pengundi pula wajib tahu bahawa kerahsiaan undi adalah sahih dan terjamin. Hatta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun tidak akan tahu parti atau calon mana yang kita pangkah.

Ejen-ejen pilihan raya PH wajib beri sepenuh tumpuan kepada proses pengundian dan pengiraan undi. Pendek kata mereka tidak boleh membiarkan sehelai pun kertas undi terlepas daripada pandangan mereka.

Ketika pengiraan undi, mereka wajib tegas dan tuntas dalam membuat pengesahan dan bantahan ke atas kertas undi, khususnya undi ragu, dan ketika menandatangani borang pengesahan kiraan undi. Jangan tunduk kepada tekanan wakil Umno/BN.

Kita tidak ada pilihan melainkan berubah. Sekiranya tidak, yang haram akan menjadi halal, yang salah menjadi betul, rasuah menjadi amalan harian, duit curi menjadi duit sendiri, hidup kita dan anak cucu kita akan dibebani hutang dan GST, kedaulatan negara dijual kepada yang berduit dan negara kita akan menjunam turun menjadi “failed state” – negara gagal.

PRU ke-14 adalah penentu hidup mati Malaysia sebagai negara berdaulat dan bermaruah.

Wallahuaklam.

30 comments:

Hud Hud said...

Umno sekarang ini bukan lagi United Malays National Organisation, tetapi sudah jadi United Malaun for Najib Organisation.

Dewa Pujaan (yang mesti dipuja setiap masa) - JLow
Penasihat Umum (yang mesti dituruti setiap masa)- Kak Mah
Presiden - Najib
Tim Presiden - Zahid Hamidi


Pakcik said...

Nak dedak?

Pangkah kertas undi
Amik gambar
Tunjuk dan terima duit

PPBM di hati said...

Dulu bukan main lagi duk perlekeh parti PPBM. Parti cap bunga la, parti orang-orang kecewa la, parti orang tua umur 93 tahun la dan bermacam lagi label yang merendah-rendahkan keupayaan parti PPBM.

Ternyata kata-kata tohmahan telah menjadi pembakar semangat untuk PPBM terus melangkah gagah dari hari ke hari sehingga mampu MENEMBUSI kubu-kubu kuat Umno di Felda-Felda dan kawasan-kawasan pedalaman.

Ribuan datang membanjiri ceramah-ceramah dan program-program yang dianjurkan oleh PPBM. Mereka berkumpul dan berhimpun dalam jumlah yang besar pada setiap ceramah yang dianjurkan oleh PPBM dan Pakatan Harapan.

Malah ribuan lagi yang terdiri daripada penyokong Umno dan Pas turut hadir tapi duduk di DALAM GELAP untuk mengelak dari dikenali. Ada yang memakai topi dan berkaca hitam dan menyorok di celah-celah orang ramai. Ada yang mematikan enjin dan memberhentikan kereta dan motorsikal di tepi-tepi jalan. Betapa besarnya impak parti PPBM ini di persada politik tanah air mutakhir ini!!..

Tapi apabila PPBM semakin hari semakin kuat, makin besar, makin berkembang, makin diterima oleh rakyat, makin menarik perhatian anak-anak muda, tiba-tiba ada yang terasa TERGUGAT. Now they feel the threat from this new party is real. Not longer an imagination. Something need to be done.

Lantas ROS digunakan untuk MENEKAN PPBM. Pelbagai alasan dan helah digunakan untuk menunjukkan PPBM telah melanggar peraturan Akta Pertubuhan. Lantas di cari-cari kesalahan PPBM walau sekelumit dan sekecil kuman lalu diperbesar-besarkan macam nak runtuh langit!!..PPBM diugut-ugut dan digertak untuk dibatalkan pendaftaran!!...

Nyahkan Kleptokrasi said...

Belum pernah dalam sejarah sejak merdeka BERBILION-BILION duit negara ditinggalkan bersepah-sepah dan berselerak di bank-bank serata dunia kerana dirampas dan dibekukan. Dan Kerajaan Malaysia ENGGAN menuntutnya!!..

Zaman Tunku Abdul Rahman pernah ke berlaku benda-benda macam ni? Zaman Tun Razak? Zaman Mahathir? Zaman Pak Lah? Bukankah ini satu KERUGIAN yang amat besar kepada rakyat negara ini? Bilion-bilion tu jumlahnya. Bukan satu angka yang sedikit.

Siapakah gerangan ‘malaun’ yang MENYOROK duit-duit ini secara HARAM sehingga ianya dirampas oleh pihak berkuasa negara-negara berkenaan?

Tatkala rakyat di negara ini bergelut dengan kenaikan kos sara hidup yang meningkat akibat cukai GST dan penghapusan subsidi barangan keperluan asas, harga barang-barang naik dengan mendadak, berbilion-berbilion duit negara pula TERSADAI di luar negeri tidak dituntut kerana kerajaan MALU untuk menuntut harta-harta dan duit negara yang dicuri.

Berbilion-bilion wang negara secara HARAM dilarikan dan disorok di luar negara oleh pemimpin korup dan kleptokrat. Saluran tv MSNBC melaporkan baru-baru ini bahawa 4 billion USD ( bersamaan RM17 bilion) duit negara is stolen in cash!! (dicuri dalam bentuk tunai!!..)

Setelah skandal kewangan itu meletup dan terdedah di serata dunia, beliau hanya membuat muka selamba, muka tembok, muka slenga seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Tidakkah beliau sedar yang beliau telah MENGAIBKAN Malaysia di peringkat dunia?

Berbilion-bilion harta negara itu kalau tidak dirampas sebenarnya boleh dibelanjakan untuk keperluan rakyat negara ini seperti dibelanjakan untuk dalam bentuk subsidi-subsidi keperluan asas, membina infrastruktur-infrastruktur seperti lebuhraya, jalan, hospital, sekolah, klinik kesihatan dan memberi biasiswa kepada pelajar.

Duit-duit dalam jumlah yang besar ini tidak mungkin akan dikembalikan kalau MAMAT tu ada kat situ lagi. Negara telah mengalami kerugian yang amat besar akibat perbuatannya. Sudah tiba masanya PERUBAHAN kepimpinan dilakukan supaya negara dapat DIPULIHKAN seperti sedia kala.

Waghih said...

Quote :

" Percubaan sekat PH perkuat tsunami rakyat ".

Top Dog PH tak tau nak uruskan parti bungo sendiri hinggo kono bubar ... camno nak urus negaro .

Kek tompek den ni .. cawangan parti bungo dah dibubarkan ... hidup setahun je ...

Waghih.

Unknown said...

Setuju benar, Si Mamat dn konco-konconya mesti disingkirkan pada PRU14 nanti agar maruah negara dan rakyat dapat dipulihkan.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

PPBM setahu saya, tak sampai pun setahun, tetapi nampaknya sambuatannya begitu baik sekali.

Baru-baru ini, Dr. Mazlee dan Wan Saiful sudah pun masuk PPBM dan semakin ramai lagi.

Banyak juga kenalan, saudara mara yang dahulunya boleh digelar, UMNO totok pun dah masuk PPBM.

Pakatan Harapan kalau hendak banding setahun dahulu, semakin hari semakin kuat.

Boleh jadi, kerana itulah ada usaha supaya Pakatan Harapan tidak lagi semakin kuat.

Kalau boleh berbincang dan berpakat, saya rasa Pelan B, C sehingga Z pun boleh dapat.

Saya setuju benar, kalau hanya satu logo yang digunakan, kesannya lebih besar.

Zaman sekarang, kebangkitan rakyat tak boleh dikawal atau dihentikan.

Kadangkala, kalau saya baca blog DAKJ dalam talipon ataupun Malaysian Insight, saya tekan "Share" dan hantar atau viralkan guna "Whatsapp"

Zaman sekarang "Whatsapp" ini sungguh hebat, video pun boleh viralkan.

Pompuan said...

Bunga spa Datuk cakap ni? Bunga tahi ayam yang dahpun layu sebelum disunting. Baik lagi bunga kertas. Buat apa ada bunga kononya lawa. Tapi tak boleh pakai. Buat perlembagaan partipun tak senonoh. Jenuh ROS sabar menunggu perlembagaan diperbetulkan.Still giving you all a chance. Tak buat juga. Cakap jelah tak reti. Jangan salahkan kononya ROS sabotaj. Ya tak tak ya cari helah nak bertanding atas lambang parti DAP, Amanah atau Keadilan. Kesiannya. So pathetic. Macam mana nak menerintah negara jika buat perlembagaan partipun tak reti. Baik masuk Tupperware party jelah. Itu I akan undi

Waghih said...

Kek Nismilan ni ..parti bungo hidup sogan .. mati tak mauu ...

Tok Mat takdo jontik pun ... tapi dah tumbang ...

Camno tu ... banyak ofis ehh dah tutup .!!
Pengerusi pun dah maleh jawab telipon ...

Waghih

GENG NAJIB said...

Madey dan Bersatu perlulah menerima hakikat bahawa keccuaian mereka sendirilah yang menyebabkan parti tu bakal diharamkan. Dah tentu dalam perlembagaan parti ada menyatakan dengan jelas bahawa mesyuarta di peringkat cawangan dan bahagian perlu dibuat dalam masa yang ditetapkan..kenapa tak akur kepada perlembagaan sendiri. Jadi selama ni pimpinan2 cawangan , bahgia dan tertinggi parti tu tak dilantik melalui pemilihan ke..dilantik secara tangkap muat aje..semata2 ujud on paper ajelah. bila diminta laporan mesyuarat parti, kan dah mengelabah...dah tentu takde laporan tu. RoS berhak untuk menelitinya..habis kalau dah takde, tentulah kena batal. RoS ni kra berperi kemanusiaan jugak lah..beri masa yang secukupnya untuk menghantar laporan mesyuarat tu..jadi jangan lah marahkan RoS pulak jika Bersatu sendiri gagal untuk memenuhi permintaan RoS tu...marahkan pimpinan parti sendiri kerana kecuaian mereka !!!!!

Anonymous said...

Bila nak pilihanrayanya?

Zed-85 said...

Saudari Pompuan dan Geng Najib,

Mengikut kata Tun M, dah lama dah menunggu jawapan dari ROS.

Macam tunggu bulan jatuh ke riba.

Akhrinya, setelah masuk mahkamah, barulah ada jawapan.

Ini macam orang main bola.

Dah nak sampai padang bola, sebelum tiup wisel, referree kata, baju bunga tak boleh pakai.

Walhal, baju bunga itu dah bagitahu sudah lama dah.

Kenapa tak bagitahu jawapan sampai berapa lama?

Kalau nak tukar corak lain, nak kena pergi kedai, makan masa. Jadi terpaksalah pakai baju kilat atau baju corak mata atau baju oren.

Saya rasa mungkin besar, baju oren atau baju mata.

Dulu pun, masa Datuk kadir Sheik Fadzir buat Parti Perikatan, terpaksa bawa ROS pergi mahkamah berapa lama. Akhirnya, Parti Ikatan dapat didaftarkan.

Berkenaan dengan perlembagaan parti UMNO. Boleh ke kalau orang buat derma, masuk akaun peribadi sampai RM2.6 billion?

Ujang said...

Top Dog PH tak tau nak uruskan parti bungo sendiri hinggo kono bubar ... camno nak urus negaro.

Kiro nak kono urus negaro macam hak bapak dia, baru la botul ya waghih.

RD. said...

Malam tadi, saya terdengar Nightline TV3bahawa Najib mengutuk sekeras-kerasnya serangan guna agen-saraf (nerve-agent) keatas bekas perisik, Sergei Skripal dan anak beliau, Yulia, di Salisbury, Barat-Daya London pada March 4.
Yang peliknya, selepas 17 hari, baru Najib buka-mulut.

Saya bukan apa, cuma risau Negara kita terpedaya dengan agenda Zionist, Barat & Amerika dalam usaha mereka untuk memburuk-buruk atau mempersetankan Russia, dan China di Laut China Selatan. Di syria misalnya, Russia dituduh guna gas-beracun. Dalam trajedi MH17, Russia juga dituduh terlibat.

Sepatutnya, Najib tutup-mulut dan jangan ternampak menyebelahi mana-mana kuasa-besar. Putin baru menang-besar dalam piliharaya. Buatnya dia tempelak Malaysia sebagai Negara Kleptocracy dan menuduh Najib mahu membodek Barat dan Amerika supaya mengugurkan dakwaaan DoJ, malu je.

Dasar-luar Negara Kerajaan hari ini sangat membahayakan masa-depan kita, lebih-lebih apabila Najib sangat bergantung kepada WANG yang dihutang dalam bentuk pelaburan dari China.

Sila dengar bahaya atau ancaman:-

1. akibat menjadi 'vessel-state' kepada China.

2. NGO Cina dan KL Chinese Assembly Hall ada kerjasama politik dengan Party Komunis China.

3. bagaimana pelaburan besar China di Libya musnah dan Muammar Gaddafi mati dibunuh.

mulai minit 17:00, di URL berikut...

https://www.youtube.com/watch?v=JIMU8rzdOFY


Baca juga bagaimana Amerika & Barat sedang mengeliling China dengan 400 pengkalan tentera di dua URL berikut.

https://www.antiwar.com/blog/2013/08/22/the-us-is-encircling-china-with-military-bases/

https://www.thesun.co.uk/news/2331190/us-readies-for-war-with-china-with-400-bases-of-ships-and-nukes-to-create-perfect-noose-around-superpower-rival/


Sebab itu semalam, Presiden China, Xi Jinping memberi amaran-keras; Taiwan ROC akan menerima padah yang dahsyat jika istihar Merdeka. Sudah tentu China tidak mahu Taiwan menjadi tali-barut dan sebuah lagi Pengkalan Tentera Amerika yang paling hampir dengan perairan mereka.

morsimahad said...

bang kadir oi, sayang bona ko dgn najib, tiap tiap kali sebut nama najib, tak lupo dgn pangkat eh. esei nak sebut pun payah. ingat2 la kite semakin tuo, mengato menuduh kalau tak benar kubur pun tak nak timo. ndak jadi mcm tu ke. Makin banyak bang kadir menuduh, makin banyak pahala najib dapat. kalau Allah swt tak menghendaki, maka tak jadi lah Najib pm dan sebaliknya. Buat la amalan semasa masih hidup. Esei dah tengok macam mana tanah kubur menolak mayat org yg suka memfitnah, ngeri.

Jojo said...

Geng penyokong penyamun duit rakyat boleh kata apa saja pada ppbm & tun dr mahathir.

Namun, hakikatnya ketua penyamun mereka amat takut sehingga tercirit sehingga sanggup hendak bubarkan ppbm. Takut yang teramat untuk berhadapan melawan secara adil dengan ppbm dalam pru akan datang.

Jika umno tidak dibubarkan kerana menangguh mesyuarat agung mereka sehingga ke waktu yang tidak ditetapkan kenapa ppbm yang belum sampai setahun kena buat mesyuarat dan dikenakan pelbagai syarat pelik ?

Samun duit tak malu & takut tapi nak berhadapan dengan orang tua 93 tahun pun tercirit.

berasiam said...

salam dakj

kp ros yang luluskan pendaftaran ppbm dulu dah tiada. khabarnya gantinya sekarang ialah seorang bekas ahli puteri umno. tukar ganti macam ni dah jadi kelaziman kerajaan kini. bermula dengan peguam negara a ghani patail. yang dibuang tak berganti pun ada. timbalan presiden umno dan seorang naib presidennya sampai sekarang pergi tanpa pengganti. jawaran timbalan presiden sepatutnya dilucutkan melalui perhimpunan agung. apa yang nyata, beberapa perhimpunan agung telah diadakan. namun kerusi timbalan presiden masih dibiarkan kosong. timbalan presiden tidak boleh dipangku, berbeza dengan presiden. itu peruntukan dalam perlembagaan. sekarang perlembagaan hanyalan longgokan kertas yang tidak bermakna. masakan tidak. perlembagaan cuma beri tempoh maksimum penyandang jawatan selama 54 bulan. kalau nak kekalkan jawatan, buatlah pemilihan semula. ros hanya keluarkan kenyataan meluluskan permohonan umno menangguhkan pemilihan selepas seorang ketua cawangan menulis surat kepada ros. yang ramai komen tentang perlembagaan umno di media sosial itu kebanyakannya bukan pernah membaca apatah memahami perlembagaan berkenaan.

che said...

saya rasa UMNO/BN susah nak menang kecuali MENIPU/MAIN HELAH. kalau main fair election, memang ke parit rasanya...

tapi penipuan dan helau nilah yang saya risaukan.

ada bermacam bentuk penipuan boleh dilakukan. tak luluskan pendaftaran parti ni satu helahlah ni.

soalnya, ada macam2 'trick' lagi bakal keluar ni. kelmarin PH buat sidang media membantah cara baru pengiraan undi. undi awal, undi pos, 'gerrymandering',ni yang saya risau ni, pak.

Pak Mok said...

Salam Datuk.

Saya ingin merujuk kepada petikan diatas:-

“Pengundi pula wajib tahu bahawa kerahsiaan undi adalah sahih dan terjamin. Hatta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun tidak akan tahu parti atau calon mana yang kita pangkah.”

Sepatutnya undi kita adalah rahsia dan tiada siapa pun yang tahu. Tetapi pegawai SPR di stesen-stesen pengundian akan mencatatkan numbor kad pengenalan kita dengan numbor kertas undi yang kita terima. Ini sepatutnya tidak berlaku dan seterusnya membuat undi kita tidak rahsia lagi. Satu lagi helah UMNO/BN untuk menipu rakyat jelata. Saya harap semua perhatikan bila pegawai SPR berikan kertas undi dan menbantah kalau numbor Kad Pengenalan dan numbor kertas undi dicatatkan bersama. Kita berhak untuk meminta tukar kertas undi dan melarang serta membuat bantahan jikalau ini berlaku.

Selamatkan Malaysia

Salam Sejahtera.

Mr.Tai-Pan.Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Fellow³ Sahabat² MY..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Pengkhianat Melayu @Prime Munafiq @Penyangak MY)"

-------

MY 2k18 - Tempus Fugit

-Syukur Alhamdu'Lillah KITA SEMUA terus cekal menentang 'Pemerintahan Rejim Kleptokrat' yg sdg menzalimi Our Beloved Motherland...

-DO NOT LOSE HOPE.. Maintain Our Focus.. Hit Where It Hurts.. AIM FOR MAXIMUM IMPACT!

-Apa yg telah dimahsyurkan dlm "Manifesto Pakatan" masih boleh di "fine-tuned-to-perfection".. KITA SEMUA INSY'ALLAH ADA MASA UNTUK ITU.. We are the 'IN-COMING-GOVERNMENT'.. Sentimen "on-the-ground" dari Rakyat³ Marhaen TIDAK DAPAT meNAFIkan LAGI fakta ini!

-MO1 @Mr.117 @KepitMan @AhJibGO & his "Dedak Goons" have reached the dead end.. It all started with 'GST in MY'.. GST = Grand Systemic Theft.. GST ni sejenis "cukai yg dinamik" & bersifat "chain-reaction" so segalanya di MY terkesan dgn GST!


MY 2k18 - Res Ipsa Loquitur

-Rakyat³ Marhaen² BENGANG & TERLUKA.. Semua 'Childrens² Veterans² OKUs²' dikenakan GST.. PALING MELAMPAU bilamana Urusan Bayi Lahir kena GST & Urusan Khairiat pun kena GST.. SEDARLAH kita sekali lagi bakal sambut "ulangtahun" GST 1 April ni!

-GST ni mmg "terang lagi bersuluh" adalah ZALIM.. X payahlah nak cakap/komen/hujah berkenaan ni lagi.. Seandainya masih ada 'INSAN³ SESAT²' diluar sana yg memilih utk menyokong/berkecuali/berkompromi dgn GST maka amatlah jelas bahwa mereka ini semua tergolong sekali bersama dgn 'Rejim Pemerintah Zalim'.. Mereka ini semuanya PENGKHIANAT MY!

-Rejim Kleptokrat MY ni mmg celaka.. Pengkhianat² ni memandai² pegi buat hutang² kononnya utk buat "Itu³ Ini²" tapi akhirnya KITA SEMUA³ RAKYAT² MARHAEN yg dipaksakan GST supaya mereka boleh gunakan utk bayar hutang.. Hutang² yg mereka ni sendiri buat & seperti "serah-tengkuk" tanpa rasa bersalah walau sekumit pun.. Itu bukan celaka ke nama nya?


MY 2k17 - Non Ducor, Duco

-Di waktu era pentadbiran TDM dulu Our Nation takde pun GST tapi kita masih dpt maju & bangunkan negara.. skrg di era AhJibGO ni mmg pelik.. pendapatan negara meningkat mendadak but AhJibGO masih juga kena laksanakan GST kononnya demi utk kelangsungan pembangunan negara..

-Pembangunan apa kejadahnya? GST tuu utk bayar "bunga hutang" yg diambil & "bunga hutang" ni je Our Beloved Nation kena tanggung utk 30thn! 30thn itu 'bunga' saja.. Itu belum kira bayar 'hutang pokok'.. Adoi! Celaka betul..

-Bila GST dihapuskan nanti INSY'ALLAH takde lagi "kezaliman secara terangan" berlaku di MY.. INSY'ALLAH rahmah dari Allah SWT akan "turun dari langit".. Remember Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

-Moga Allah AWJ kukuhkan semangat Rakyat Semua demi Tanah Pertiwi Kita yg tercinta... Ameeenn!

-------

“To hear courteously, to answer wisely, to consider soberly, and to decide impartially.”
-Socrates

"If you can't just explain it simply,
means you don't understand it well enough."
-Albert Einstein

"A man who stands for nothing will fall for anything."
-Malcolm X

"Do not be fooled by one who recites the Qur'an;
his recitation is nothing but speech,
but look to those who live according to it."
-Umar Ibnu Khattab r.a

"WE are braver than WE believe,
WE are stronger than WE seem,
& WE are smarter than WE think."
-His Excellency Tun Dr Mahathir Mohamad

-------

"Fight The Battle AND ULTIMATELY Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless & protects ALL OF US from Iblis & Dajjal Laknatullah**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion IS Dead"
"Diplomacy IS Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: A New Year.. A New Hope.. A New Beginning.. Viva³ MY² :-)

#Malaysia.Tanah.AirKu

#Tanah.Pusaka

#Bahtera.Merdeka

Hakimi Abdul Jabar said...

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, saya seorang Bumiputera Melayu, akan tetapi, mengapakah tuan tubuh badan yang bernama Jho Low itu dan konco-konco serta para sahabatnya mempunyai jauh lagi banyak keistimewaan berbanding 99% Bumiputera Melayu Malaysia kita? Siapakah barua petualang yang mencuri pelbagai kepentingan dan kekayaan Bumiputera dan Melayu kita yang masih ramai mengemis demi kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang? Siapakah mereka yang banyak meminta sedekah dalam bentuk makanan dari Dapur Jalanan? Bumiputera dan Melayu KITA!


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/03/21/tony-pua-why-is-arul-kanda-protecting-jho-low/

anti penyokong Bugis dan Jawa said...

Salam Dato.

Dulu kita bercakap pasal Pandikar.....seorg 'budak suruhan'.

Kini kita ada seorg lagi 'budak suruhan'.......disuruh duduk.....dia duduk.....dusuruh bangun dia lompat....tanda patuh.

Apakan daya.....inilah 'Alkisah negara dilanda bencana' .....bak cerita purba dulu2 bila raja yg zalim melakukan apa saja terhadap rakyat jelata.

Memang tidak disangka.... seorg ketua Melayu berugama Islam boleh melakukan perkara keji hingga ketahap ini dan masih kekal berkuasa.

Alahai Melayu2 Umno.
Memang SIAL engkau semua....191 Ketua Bahagian serta 20,000 lebih Ketua2 Cawangan kerana sengaja membutakan mata dan hati bila sanggup menatang ketua begini.



Unknown said...

Tak kira lambang apa yg PH akan gunakan, rakyat tetap akan sokong. Dah lemas dengar tipu dan temberang pemerintah klepet.

Tolak BN dan Pas.
Undi PH.
Jom Ubah.

Unknown said...

Tak kira lambang apa yg PH akan gunakan, rakyat tetap akan sokong. Dah lemas dengar tipu dan temberang pemerintah klepet.

Tolak BN dan Pas.
Undi PH.
Jom Ubah.

majid smsp88 said...

Errmmm, betul juga kata Tuan. Marah la bini/anak dara sendiri dulu yang biarkan diri mereka disetubuhi lelaki. Kenapa pula nak cari & belasah lelaki itu? Boleh ke praktik kan ini dulu dalam masyarakat kita?

Contoh...

sukasamasuka said...

Datuk,

"UMNO sudah mati...."

1. Biar la ia mati.

2. Bukan aku sebabnya UMNO mati.

3. UMNO mati kerana UMNO.

4. Bukan aku dan agama aku yang menyebabkan Kesultanan Melaka mati dan pupus dari muka bumi ini.

5. Begitu juga dengan Empayar Rome yang mati dan pupus selepas dua ribu tahun ujud...macam empayar British dan Empayar Islam.

6. Ada apa juga dengan kerajaan UMNO?

7. Cukup la ba...puas juga sudah ba kan aku undi UMNO saja selama ini.

8. Bila aku tidak undi UMNO di PRU14 ini, maka UMNO sudah mati la ba.

9. Melayu berkumpul la semula di Pakatan Harapan dan tubuhkan la kerajaan yang baru.

10. Moga2an Tun masih sihat walafiat untuk memimpin kita berhijrah "Crossing the Rubicon".

bumi-non-malay said...

Dissolve Selangor and Penang NOW ...March 2018.... and have election there before ANY Sham Boundaries take shape....Don't Lead Smart Malaysian into a Stupid Path...Lawan tetap Lawan... Many ways to disrupt UMNO-PAS Evil IS Islam Plans!!. Also ALL Please go and Sign to tangkap CID and IGP Chief and same time Sham the Appointment of Corruption Di Raja Malaysia!! Change We MUST ...ACT NOW!! Don't fear ....!! Sign IT!!

https://www.change.org/p/the-australian-government-austrac-anti-money-laundering-and-counter-terrorism-financing-division-criminal-charges-malaysian-cid-chief-for-alleged-dirty-funds-deposited-in-australia

Alpha_beta said...

Sallam Dato'

Saja nak share info.

Saya terbaca di internet,

Saudia Arabia mendermakan sebanyak US 103 juta kepada negara Palestine pada tahun 2014.

Tapi yang herannya,

Mengikut cerita golongan tertentu, Saudia Arabia derma US 680 juta kepada Malaysia.

Jadi itu,

Apa pasal, Arab Saudi derma lebih banyak kepada Malaysia berbanding dengan Palestin?

https://israelipalestinian.procon.org/view.answers.php?questionID=000592

Beratus ribu orang mati dekat Palestin, tapi Arab Saudi derma kepada Malaysia lebih 6 kali ganda.

Ini yang jadi mushkilah.

Ronin said...

Knp kita sentiasa diselubungi ketakutan. Kata islam. Takut kpd tuhan jika melanggar perintahnya. Spr x ada masa nak semak siapa undi apa. Calon yg menang lupa pengundi, yg kalah menyepi diri.

kashinkoji said...

Kalau ikut logic tuan,kita kena redhalah kalau kita dilahirkan zaman firaun kerana firaun jadi pemerintah pun atas izin Allah AWJ.
Lagi satu kenapa nak sibuk pasal kubur orang.Kita kan tak akan tanggung dosa2 orang lain.Tuan rasa Dato memfitnah sedangkan saya yakin Dato Kadir lebih tahu apa gambaran besar sebenarnya.
Peristiwa tuan tengok tanah tolak mayat penfitnah mungkin satu amaran Allah pada tuan sebab tu tuan yang dapat tengok peristiwa tu agartuan insaf

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).