Monday, April 09, 2018

Peristiwa Yang Akan Mengubah Sejarah


A Kadir Jasin

سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

BEBERAPA perkembangan penting telah berlaku dalam masa beberapa hari lalu yang berkemungkinan mengubah sejarah negara kita.

ROS Surayati tersenyum lebar "membubarkan" PPBM
Pada 5 April, Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah “membubarkan” Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.] 

Pada 6 April parti-parti Pakatan Harapan (PH), iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah) dan PPBM telah mengumumkan secara rasmi penggunaan simbol PKR sebagai lambang tunggal PH untuk pilihan raya umum ke-14.

Pada hari yang sama Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 7 April.

Dengan itu kerajaan Barisan Nasional (BN) hilang mandat dan wujud sebagai kerajaan sementara atau “caretaker government” sahaja.

Pada 8 April, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan peribadi yang sekali gus mencampakkan beliau ke dalam gelanggang politik.

Menurut laporan yang tular di Internet, beliau telah membuat “kenyataan politik” yang antara lain ditujukan kepada Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad. Boleh baca lanjut DI SINI.

Keputusan ROS, Surayati binti Ibrahim, dicabar oleh kepemimpinan PPBM dan peguam-peguam mereka. Mereka mengambil pendirian arahan ROS tidak jelas dan tidak sah.

Justeru itu PPBM akan terus berfungsi seperti biasa sambil menunggu hasil rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zabid Hamidi, dan keputusan Semakan Perlembagaan (Constitutional Review) yang mereka failkan di mahkamah.

Perintah ROS berbunyi: “Dengan ini diperintahkan bagi sementara supaya pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut di atas dibubarkan mulai dari tarikh perintah ini."

Ikut kefahaman PPBM dan panel peguamnya, perintah itu adalah sementara. Dalam bahasa Inggeris “temporary order”. Perintah sementara itu pula merujuk kepada pendaftaran PPBM.

Mengikut pengertian umum atau semantik, pendaftaran sesebuah pertubuhan hanya boleh digantung atau dibatalkan. Tetapi dalam surat ROS itu pendaftaran PPBM “dibubarkan”.

Berkorban Demi Rakyat

Dalam perhimpunan raksasa PH di Pasir Gudang, Johor pada Jumaat malam, Dr Mahathir mengumumkan logo PKR sebagai lambang tunggal PH untuk PRU ke-14 ini.

Logo PKR menjadi lambang PRU PH
Pengorbanan besar dan langkah berani oleh parti-parti PH menyetujui satu lambang bersama adalah bukti konkrit iltizam mereka menyelamatkan negara dan rakyat jelata daripada kerajaan kleptokrasi Umno/BN.

Yang menakjubkan adalah parti-parti PH secara pantas dan satu hati mengetepikan egoisme dan keindividuan dengan menawarkan hanya satu lambang kepada pengundi.

Pastinya satu badai emosi yang hebat telah berlaku kepada sebuah parti lama seperti DAP dalam mengambil keputusan untuk tidak menggunakan simbol roket di Semenanjung. Lambang itu telah mereka gunakan sejak PRU 1969.

Namun begitu kepemimpinan PH tidak menolak kemungkinan pelbagai alasan dan sekatan akan dibuat oleh tali barut, aparatus dan “apparatchik” kerajaan bagi menyukarkan penggunaan simbol tunggal itu.

Mereka tahu logo tunggal akan memudahkan pengundi membuat pilihan dan dengan itu memperkukuhkan peluang PH meraih sokongan rakyat jelata.

Dari Istana Ke Arena

Tindakan TMJ meredah masuk ke arena politik telah menjadi tular (viral) dan mencetuskan reaksi massa di kalangan penggiat media sosial.

Saya rasa saya tidak perlu mengulas lanjut hal ini selain mengatakan bahawa garis yang memisahkan raja dan rakyat jelata sebenarnya amat tipis kerana raja juga adalah manusia.

Mitos raja dari kayangan tidak lagi dihayati oleh generasi muda khasnya dan rakyat jelata amnya. Bagi mereka cerita Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun adalah cerita penglipur lara semata-mata.

Sesiapa sahaja, sama ada anak raja atau si papa, kalau dia meredah masuk ke gelanggang politik maka dia mestilah bersedia ditendang terajang.

Dalam dunia digital, sukar bagi sesiapa pun – termasuk raja dalam istana – berlindung di sebalik tembok undang-undang dan adat resam jika mereka memilih untuk terjun ke gelanggang politik.

Rakyat jelata tidak sebodoh yang dianggap oleh para pembesar Umno/BN dan kesetiaan mereka kepada raja bukan emosi menggila tetapi berlandaskan perlembagaan negara.

Wallahuaklam.

46 comments:

saksama said...

Turun ke gelanggang terbuka pastinya menghadapi tendang terajang dunia persilatan...guru silat juga boleh disepak terajang untuk diuji kehandalan diri...

Hud Hud said...

Kita sedang menyaksikan satu gelombang rakyat terhadap kerajaan yang mungkin tidak pernah kita saksikan sebelum ini. Gelombang yang melibatkan semua bangsa dan kaum.

Gelombang ini sudah sampai ke tahap ianya tak bolih ditangkis lagi. Tsunami biasanya mengecil apabila ia mula berjalan dari tempat kejadian kerana ianya kehilangan energy. Tsunami politik ini mempunyai sifat sebaliknya. Ia lebeh menyerupai avalanche (salji runtuh) yang semakin lama semakin membesar. Setiap langkah yang diambil umno bn untuk menyekat tsunami ini bukan saje gagal tetapi ia mendapat kesan sebaliknya. Ia bagaikan diberi suntikan demi suntikan untuk menjadi lebeh besar dan dahsyat.

Kenyataan TMJ tu mendapat sambutan yang cukup negatif, termasuk dari orang2 johor dan penyokong2 beliau sendiri, sehinggakan beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan susulan yang lebeh bersifat damage control.

Salah satu sebabnya ialah orang ramai dengan mudah dapat melihat perbezaan yang amat ketara. Di satu pihak kita ada pemimpin2 berjiwa besar yang dapat menepikan segala permusuhan, perbezaan pendapat, perasan dendam, untuk bersatu menyelamatkan negara ini . Di pihak yang lain pula, kita melihat dengan jelas adanya unsur2 dendam kesumat yang bersifat pribadi, yang masih tak padam2.

Ini merupakan satu perkembangan yang amat baik didalam meningkatkan kematangan demokrasi kita. Rakyat makin bijak menilai sesuatu. Tidak lagi hanya melihat aspek luaran saje, raja ke, ulama ke, karyawan ke, tetapi juga menilai apa yang dia buat dan lakukan.

sukasamasuka said...

Datuk,

"Saya rasa (Datuk AKJ) saya tidak perlu mengulas lanjut hal ini (TMJ membuat kenyataan peribadi...dalam gelanggang politik) selain mengatakan bahawa garis yang memisahkan raja dan rakyat jelata sebenarnya amat tipis kerana raja juga adalah manusia."

1. Aku orang Sabah, tidak ada raja...tidak ada sultan atau orang2 yang sewaktu dengannya.

2. Tetapi kami masih ingat ada satu agong yang kurang ajar bila datang ke Sabah...dia fikir ini tanah bapa dia...dia suka2 buat perangai biadap.

3. Kenapa la kalau dia agong dan sultan...kami di Sabah mana takut...ini Sabah ba bosku.

4. Jangan datang kesini buat kurang ajar walaupun masa itu Sabah di bawah perintah Kerajaan Kristian PBS.

5. Aku bukan pernah sokong PBS sebab aku penyokong USNO (sebelum UMNO masuk Sabah), tetapi aku tidak suka tengok sultan beragama Islam kurang ajar masuk ke Sabah.

6. Kalau atuknya kurang ajar, macam mana pula dengan cucunya????

7. Kamu saja la di Malaya taksub dengan sultan2 kamu sebab kamu Melayu2 feudal...masih feudal...ada pelajaran, simpan di lutut...ada agama hebat, buang pigi laut.

8. Sedar la Melayu2 feudal bahawa "Mitos raja dari kayangan tidak lagi dihayati..."...it's all over now...finito!

9. Kami orang Sabah tidak mau pandang itu TMJ ba...ba kamu2 saja la ba kalau mau picaya sakap dia.

10. I am with Tun....no two way about it, Datuk.

rahman jpc said...

sabar!

insya'allah,
kotak Pandora (Pandora's box) akan terkucil (prised open ) juga n rakyat marhein bolih melihat sendiri kemungkaran yg d laku kan olih 'crooks' dlm kerajaan.

d 'comedies of errors' sdg d pertutunkan kpd umum. semua apa yg d rancang semcm mkn tuan.

teringat saya satu tragedy seorang pencuri yg terperangkap dlm kedai yg dia curi masuk secara paksa.

melalui cctv, kita bolih melihat gelagat nya utk mencari jln keluar drpd kedai olih kerana semua 'exit' tlh terkunci secara otomatik - lucu!.

saya tidak hairan jika 'panic button' sudah pun d tekan.

hi hi !!!

ini lah agak nya situasi genting yg sdg d lalui olih rosmah/najib n gang2 'penyamun tarbus' yg lain.

sukasamasuka said...

Datuk,

"Rakyat jelata tidak sebodoh yang dianggap oleh para pembesar Umno/BN dan kesetiaan mereka kepada raja bukan emosi menggila tetapi berlandaskan perlembagaan negara."

1. Datuk, ada ke dalam Perlembagaan Malaysia yang PM bolih main curi curi duit rakyat?

2. Kalau ada, buang saja raja dalam laut.

3. Kalau tiada, buang itu raja dalam sungai.

4. Buat apa ada raja yang buta hati yang tidak nampak bendahara sendiri makan duit?

5. Kalau rintihan satu juta rakyat raja tak kisah pun, aku mau peduli apa sama dia.

6. Bukan raja yang kasi aku makan.

7. Aku yang kasi makan raja.

8. Aku jual mee goreng kasi makan raja.

9. Mana ada raja di Sabah.

10. Tidak penting sama ada raja atau tidak ada raja...yang penting, ada Tun...dan moga2an dia selalu sihat...I am with Tun, all the way.

RD. said...

Saya tahu mengenai Sultan Iskandar terajang Pegawai Memerintah Kapal KD Ganas, kalau tak silap, pada 1983/4. Baginda tengah main luncur-layar (Windsurfing) di Selat Tebrau. Kapal Navy lalu untuk balik ke Jetty Woodland, disebelah Singapura. Agak laju, menyebabkan ombak yang dihasilkan, menjatuhkan Sultan dari surfboard Baginda.

Diperintahnya bot Marin Polis untuk menjemput CO (Commanding Officer) kapal Navy, seorang Leftenan, dua balak. (Setaraf Kapten dalam Tentera Darat). Pada mulanya, CO itu enggan dan mahu bawa kapal sendiri.
Akhirnya, setuju untuk 'tumpang' bot Polis marin.

Apabila hampir tiba jetty, Baginda menjerit supaya CO itu terjun laut dan berenang kearah Baginda. Lepas terjun, topi hilang. Baginda suruh cari sampai jumpa. Bila dah jumpa dan berenang kejetty, sambil tercungap-cungap pegang papan lantai, Baginda menerajang muka CO, sampai lebam, pecah muka dan hampir lemas. Tak tahu lah saya, saya Baginda berkasut atau tidak.

Keesokkannya, CO itu belayar balik ke Lumut, TANPA Sailing-Order. Dalam Navy, adalah menjadi kesalahan besar jika belayar tanpa 'Perintah Pelayaran'.

Saya tahu kerana, ketika itu saya berada di MSE (Malaysian Shipyard Engineering) Pasir Gudang. Kapal saya, KD Baung masuk dock/naik slip.
Kejadian berlaku hari Ahad. Pada esoknya Isnin, seperti biasa, kami anak-anak kapal akan fall-in (berbaris), setiap pagi. CO kami dengan muka tak cukup tidur dan nada marah, berkata: 'Hari ini, kami tak peduli apa yang kamu semua nak buat. Kamu nak pergi mana pun, kamu punya pasal. Baris bersurai'.

Kami terus turun, tukar baju dan keluar ke Masai. Ada yang sambung tidur.

Hari itu, secara technicalnya, Navy di Singapura mogok. (Pengkalan di Lumut, baru dibuka pada 1982). Pegawai-Pegawai semua bersembang, mahu menghala semua meriam-kapal kearah Istana. Maklumlah, mereka marah dan tidak berpuas-hati, kawan mereka dipukul oleh Sultan. Sudah lah, 'Tentera Laut Di Raja', Raja pula yang terajang rakan mereka, sampai pecah-muka.

Pegawai yang kena penerajang itu, kemudiannya dijemput ke Istana, tapi beliau enggan pergi. Akhirnya beliau dinaikkan pangkat ke Leftenan Commander (Setaraf Major dalam Tentera Darat).

Sultan Iskandar juga diketahui ada helicopter-hijau. Diguna untuk 'membenteras' penyeludup di Selat Tebrau. Baginda akan kejar & tembak bot penyeludup, jika cuba lari.

Mungkin ada baiknya kekebalan Raja-Raja dihapuskan oleh Kerajaan ketika itu. Kalau tidak... Rakyat mungkin sudah lama mereka jadi seperti, di India, China atau Indonesia.

GENG NAJIB said...

Kalau kita melapangkan masa mendengar manifesto BN yang baru dilancarkan oleh DSNR baru2 ni, tentulah kita semua dapat menilai betapa BN betul2 ikhlas untuk membela dan mensejahterakan kehidupan rakyat segenap lapisan. Tidak ada satu pun golongan yang tertinggal..semuanya mendapat hak yang sama rata, tanpa sebarang diskriminasi. yang paling beruntung ialah suri rumah dan Penjawat awam. Kadang2 jeles pulak bila mendengar bermacam2 jenis insentif yang telah, sedang dan bakal dinikmati mereka dari kerajaan. Tapi takpe lah..mereka memang berhak untuk menikmatinya, selaras dengan pengorbanan yang telah dicurahkan tanp sebarang rasa jemu selama ini.
Berbanding dengan manifseto yang dijanjikan oleh PH, memang tampak ketara perbezaannya..umpama langit dengan bumi. Manifesto PH ternyata hanyalah dikitar semula dan diceduk dari manifseo BN. Rakyat beranggapan bahawa apa yang dijanjikan oleh PH tu amat2 mustahil untuk direalisasikan ..cthnya penghapusan GST dan Tol. Madey sendiri mengakui jaji2 tersebut sukar dilaksanakan memandangkan kedua2 kutipan tersebut adalah penyumbang utama kepada hasil negara. Mana mungkin dihapuskan serta merta, kelak akan menyebabkan defisit dalam hasil negara dan berkemungkinan negara akan bangkrap, seperti yg berlaku di Greece.
Walaupun BRIM dituduh sebaagi2 gula2 untuk rakyat B40, tetapi lain pulak tanggapan golongan ini. Apatah lagi, dengan janji DSNR yang menegaskan pemberian BRIM akkan ditingkatkan sekali ganda, sudah tentu ini merupakan ole2 yang cukup bererti kpd rakyat yg layak untuk membantu menampung kehidupan mereka sehari2an. PH tidak memahami kesusahan dan keperitan hidup rakyat dewasa ini...mereka hanya sibuk untuk mendapatkan kuasa meremerintah negara demi mencapai hajat dan cita2 mantan PM yg tua renta tu. Hinggakan TMJ terpaksa campur tangan bagi menyedarkan rakyat yg sudah jauh terpesong akibat dari terus menerus dihasut dan dibrain wash pemikiran mereka oleh Madey dan PH. Jadi , memang benarlah PRU14 ini adalah diibaratkan seperti The mother of all Elections..pertembungan di antara yang hak, yang diperjuangkan oleh DSNR dan BN menentang kebathilan, yang menjadi tunjang dan prinsip Madey dan PH...dan sejarah berzaman telah membuktikan, yang hak sentiasa mengatasi yang bathil !!!!!!!

SENTIASA PANAS said...

Semoga Allah memberikan kemenangan BESAR untuk Tun Mahathir. In Sha' Allah.

saksama said...

Turun ke gelanggang terbuka pastinya menghadapi tendang terajang dunia persilatan...guru silat juga boleh disepak terajang untuk diuji kehandalan diri...

Ismail Muda said...

Moga Tun M dipelihara kesihatan yg baik utk memimpin barisan pakatan.

Kesuma Jiwa said...

Memilih pemimpin melalui peti-peti undi adalah HAK RAKYAT kerana negara ini mengamalkan demokrasi berparlimen. Tiada siapa yang berhak untuk mengarah dan memaksa rakyat untuk membuat pilihan. Itu adalah hak mutlak rakyat sesudah Parlimen dibubarkan dan berlakunya proses pemilihan Kerajaan melalui pilihan raya.

Hak ini dijamin utuh oleh Perlembagaan Persekutuan. Ianya tidak boleh dinafikan sama sekali.

Apa yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak lain, yang berkepentingan adalah BERKEMPEN untuk meraih sokongan dan meraih undi. Bukan memaksa, mengugut dan memberi suapan. Seperti yang selalu terjadi kepada kakitangan Kerajaan yang sentiasa cuba dibeli, digertak dan diugut.

Dan ada juga pihak yang dikehendaki supaya ‘berkecuali’ dalam soal ini sepertimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini bagi membolehkan supaya sesuatu insitusi itu kekal terpelihara, tidak dicemari dan senantiasa kekal berkecuali.

Jika sesebuah institusi yang berkecuali ingin turut serta bergelumang dengan rakyat jelata, menjalani kehidupan seperti rakyat jelata seperti berjuang dalam arena politik, ianya dibenarkan dan dialu-alukan tetapi hendaklah melalui saluran yang betul.

Baginda hendaklah turun dari takhta dan masuk gelanggang rakyat. Bertanding, berkempen seperti rakyat biasa yang lain. Terdedah kepada kecaman, kritikan dan serangan peribadi. Inilah ‘dunia’ yang rakyat harungi saban hari. Inilah realiti kehidupan kami di bawah ini.

Ini bukan sesuatu perkara yang aneh dan luar biasa. Ianya pernah berlaku sebelum ini. Raja turun takhta dan masuk gelanggang rakyat. Tunku Abdul Rahman, PM Malaysia yang pertama adalah ‘a member of Royal family’. Hailed from Kedah. YM Datuk Raja Kamarul Bahrin, bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Beliau adalah kerabat Diraja Negeri Terengganu. Bakal MB Terengganu jika beliau masuk bertanding dan menang nanti. Insya Allah..

Ini adalah contoh-contoh Raja berjiwa rakyat yang sanggup lepaskan takhta demi untuk bersama rakyat. Merasa susah dan senang bersama rakyat. Berjuang untuk rakyat, demi rakyat dan bersama rakyat. Jika rakyat lapar, baginda juga berasa lapar. Jika rakyat rasa tertekan, baginda juga turut rasa tertekan.

Seperti mana yang umum tahu, bermula 7 April 2018, rakyat jelata adalah manusia yang PALING BERKUASA di negara ini. Lebih berkuasa dari pegawai-pegawai tinggi kerajaan, lebih berkuasa dari Menteri malah lebih berkuasa dari Perdana Menteri.

Kuasa kini berada di TANGAN rakyat setelah Parlimen dibubarkan. Kuasa ini tergenggam erat dan kemas dalam penumbuk rakyat dan sedang menunggu masa untuk dilepaskan. Akan kami lepaskan kuasa dalam genggaman ini melalui peti-peti undi seluruh negara sedikit masa lagi.

Jangan main-main dengan kami!!...

Zed-85 said...

Sallam Dato’
Sebenarnya dahulu, awal-awal lagi Tun M lancarkan deklarasi Rakyat untuk disampaikan kepada Raja-Raja.

Namun, tidak ada RCI untuk 1MDB walaupun perkara ini tersebar di merata dunia dengan berita berkait wang dan harta-harta mewah yang dirampas.

Deklarasi Rakyat itulah sebenarnya dibuat untuk menukar nakhoda kapal atau kapten kapal.

Sebaliknya RCI untuk Forex, hal yang berlangsung berapa dekad dikorek dan dibangkitkan.

Saya rasa tak perlu TMJ membuat komen di Facebook tentang politik, kerana mengikut kaedah sistem Facebook, rakyat boleh menjawap balik. Saya tengok dalam Youtube ada yang menjawap menggunakan bahasa Mat Rempit seperti “Lu toksahlah campur hal-hal politik”, iaitu bukan menggunakan bahasa istana. Golongan yang menggunakan Facebook bukan semua yang arif tentang bahasa istana.

Dalam Facebook pun tak ada peruntukkan untuk bahasa istana.

Sepertimana Tun M kata dalam ucapannya, kita amalkan sistem demokrasi di Malaysia ini. Dalam sistem demokrasi rakyat “pilih” kerajaan.

Biarkanlah rakyat pilih kerajaan yang terbaik baik untuk masa depan Negara.

A KADIR JASIN said...

Saudara RD dan para pembahas sekalian,

1. Pindaan Perlembagaan 1993 bertitik-tolak daripada kekasaran ke atas seorang jurulatih hoki Johor berketurusan India. Dia dikasari kerana tidak menurunkan seorang putera raja Johor dalam pertandingan di luar Johor.

2. Pemberita saya di JB, Yusof Taib, dapat berita itu berserta gambar bengkak lebam jurulatih itu dan pengesahan hospital mengenai punca kecederaannya.

3. Saya menyiarkan berita itu dalam akhbar saya New Straits Times. Seperti kami jangkakan, pihak hospital menafikan laporan kami. Tetapi kami terus membuat follow-up dan menyiarkan hasil siasatan kami.

4. Yusof diancam dan diganggu oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili istana, termasuk yang berpakaian seragam. Saya menarik Yusof keluar daripada Johor dan meminta Berita Harian menjaga kepentingan kami.

5. Tidak lama selepas itu Parlimen meninda Perlembagaan menghadkan kekebalan (immunity) Raja-Raja kepada tugas-tugas rasmi sahaja. Pendek kata Raja-Raja boleh dibicarakan dan dihukum oleh mahkamah khas jika melakukan kesalahan jenayah.

6. Sejak itu seorang Sultan telah dikenakan saman malu oleh seorang ahli perniagaan wanita dari Singapura dan dibicarakan di Mahkamah Khas tetapi dibatalkan atas alasan orang asing tidak boleh menyaman Raja-Raja Malaysia. Boleh baca di https://en.wikipedia.org/wiki/Faridah_Begum_bte_Abdullah_v_Ahmad_Shah

7. Sebelum itu pada awal 1980an Perlembagaan dipinda bagi membolehkan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen berkuatkuasa tanpa perkenan Raja-Raja setelah tamat tempoh memanti. Namun pindanaan ini tidak pernah digunakan sehinggalah Akta Majlis Keselamatan Negara pada tahun 2015. Akta itu berkuatkuasa tanpa diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terima kasih.

sukasamasuka said...

Datuk,

"Dr M apologises for 'keling' remark.

Pakatan Harapan chairperson Dr Mahathir Mohamad has apologised for using the term "keling" to refer to Indians.

"I did not mean to insult anybody. When I was a small boy I used that word, but now it is considered derogatory. (1)

1. Tun, kami di Sabah masih pakai perkataan "Keling".

2. Aku pun dari kecil guna perkataan yang sama.

3. Pisang Keling sejenis pisang yang sangat mahal dan manis di Sabah. Dimakan semasa majlis2 keramaian sebab mahal, wangi dan sedap.

4. Kedai Keling pula kedai makan Indian Muslim.

5. Tiba2 orang Malaya kata tidak bolih pakai perkataan "Keling"...tidak kami tau pasal apa.

6. Orang Pakistan yang jual karpet bukan dipanggil orang Keling kalau di Sabah.

7. Dulu2 masa aku skolah, tiada orang Keling jadi murid atau guru...kebanyakan guru2 dari Ceylon...durang bukan orang Keling.

8. Ok la kalau orang India sudah tidak mau di panggil Keling, macam mana mau tukar nama "pisang Keling"?...macam pisang Sabah, kedua2 species ini tidak ada di Malaya.

9. Bolih tolong suruh si Said Keruak atau si Rahman Dahalan cari nama baru pisang Keling...mungkin pisang Bajau ke?


(1) https://www.malaysiakini.com/news/419187

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Pada 1974 saya ambik LCE di KGV Seremban. Tiap jumaat aku nampak segerombolan polis iring Raja N9 berjumaat.. yang Polis duduk luar tak berjumaat. Tak sekor Ustaz pon berani tegur.

Sejak itu perasaan menyampah terhadap Raja bermula.. ditambah bila peristiwa revolusi Peranchis aku baca dan faham sebab ia dalam silibus form dua masa tu dan aku dapat A.

Pilihanraya 1974.. aku buat parti politik olok-olok dirumah .. nama partinye "republik sosialis"? Ngapa sosialis sebab aku tertarik dgn perjuangan ala Rolling Stone Pak Sako? Aku kagum dgn cita-cita Pak Sako nak tubuhkan benua kecil "Melayu Raya".

Pabila Chedet bersilat untuk letak Raja dibawah undang-undang, yg sememang manusia perlu dikawal oleh undang-undang.. tak seperti binatang. Saya lah orang paling gumbira.

Memang ada juga sosok Melayu yang tak suka dgn Chedet itu.. katanye habis lah ugama kita.. dah tentu Cina Naik tocang. Saya pun tanya pada mereka "tak de Raja tak raye lah kita.. sape nak nengok anak bulan?"

Sememangnye pada 1992/93, Chedet dan media perdana telah membogelkan gelagat Raja yang sebenarnye.. cerita-cerita membuli dan nyeksa rakyat bukan lah mitos rupa nye benar belaka.

Aku terasa malang ..sedang Peranchis hanya ngadap 1 Raja.. di Tanah Melayu ada 10.. itu tak masuk lagi "undang yg ompek" seperti terdapat ditempat aku. Terasa aku betapa bangangnye Melayu.. kerbau pun diikat oleh satu tali hingga reput.

Jadi apa akan jadi pada generasi akan datang. Chedet mungkin boleh berjuang terus. Sebab zaman dulu memang ada nabi atau pemimpin masih memimpin walau pun berusia beratus tahun. TN50 Haji Najib pun tulis purata usia org kita pada 2050 ada lah 100 tahun.

Aku risau sememang Raja Melayu akan lupus.. maksud aku Raja keturunan Melayu.. faham tak.. atau nak suruh aku sambung lagi?



Waghih said...

AsSalam Datuk n sumo.

Den pun arif tontang ceghito ni.
Bukan fake yo ...

So ... den amek setuju dongan pengubalan undang2 yg menarik balik kekebalan rajo2 ni .

Banyak ceghito2 yg tak enak berlaku .

So .. demi menjago intigriti dan kemurnian institusi berajo kito memang cantik ado undang2 khas menjago institusi tersebut.

Waghih.

Othaman Ahmad said...

Raja payung rakyat jelata
Raja berhemah belahan jiwa
Tanpa rakyat tak ada raja
Tanpa raja negara masih ada

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Saya faham mengenai Pindaan Perlembagaan berkait Raja-Raja, pada 1983 (Menjadi Undang-undang tanpa perkenan YDPA, selepas 30 hari) & sekali lagi pada 1993 (Mansuh kekebalan Raja-Raja).

Sudah tentu Pindaan pada 1993, bukanlah hanya disebabkan 'kes pukul jurulatih hoki' saja. Ada 23 lagi rentehan kes sebelum itu yang menyebabkan kekebalan dimansuhkan, demi menjaga kemuliaan Institusi itu sendiri, lebih-lebih lagi Baginda-Baginda Sekalian adalah Ketua-Agama Islam Negeri dan YDPA di lain-lain Negeri dalam Persekutuan. Sikap panas-baran sehingga mendatangkan kecederaan/kematian Rakyat, akan nmenyebabkan kemuliaan Institusi itu terhakis dan Agama Islam dipandang serong, dihina dan dicemoh Rakyat, termasuk Bangsa-Asing diluar Negara.

Namun, kejadian yang saya ceritakan pada 1:04 PM diatas, adalah kisah-benar dan tidak pernah dilaporkan oleh mana-mana media dan saya amat yakin ia diketahui oleh Dr.M dan Panglima-Panglima Tertinggi TLDM/ATM ketika itu.
Cuma nama kapal TLDM itu, samada KD Ganas atau KD Ganyang, tapi jenis PC(Patrol Craft) dan bukan FSC(Fast Strike Craft). Saya kurang pasti kerana terlupa. Nama CO saya di KD Baung pun, saya terlupa, termasuk CO yang kena terajang itu. Hanya muka mereka, saya masih ingat. CO yang kena terajang itu berkulit-cerah seperti Cina, berumur awal 30an, ketika itu.

Oleh yang demikian, saya berdiri teguh dengan kisah yang saya ketahui benar. Bekas anggota TLDM yang pernah berkhidmat di KD Malaya, Woodland sekitar 1983, mesti tahu mengenainya kerana rasa terhina dam marah apabila bila seorang Pegawai mereka diperlakukan sedemikian oleh Raja.

Begitu juga dengan kisah seorang POGI (Petty Officer Gunnery Instructor) atau Jurulatih Kawat setaraf Sarjan dalam Tentera Darat, yang meliwat 6 rekrut, sekitar 1977/78, di Pusat Latihan Rekrut & Cadet KD Pelandok, Bah Soon Pah Road, Sembawang, Singapura. Saya tahu kerana saya berada disitu dari 1 Okt. 1977 ~ Aug. 1978.

Nota: Pada 1982, KD Pelandok telah berpindah ke Lumut.

Kata Dato...

"7. Sebelum itu pada awal 1980an Perlembagaan dipinda bagi membolehkan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen berkuatkuasa tanpa perkenan Raja-Raja setelah tamat tempoh menanti. Namun pindaan ini tidak pernah digunakan sehinggalah Akta Majlis Keselamatan Negara pada tahun 2015. Akta itu berkuatkuasa tanpa diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong."

Maka jelas sekali, siapa sebenarnya yang gila-kuasa dan orang itu sudah tentu bukan Tun Dr.Mahathir. Dan jika Tun hanya mementingkan diri dan anak-anak beliau, sudah tentu beliau tidak letak jawatan secara sukarela pada 2003.

Hakikatnya, Tun hanya mahu menyelamatkan Negara.

Mungkin posting dari Finance Twitter ini boleh memberi pencerahan, mengapa TMJ lebih rela Kleptocrat terus menjadi PM.

http://www.financetwitter.com/2018/04/choose-shit-grabber-najib-over-forked-tongue-mahathir-money-talks-eh-johor-crown-prince.html

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Pakatan Harapan, walaupun dengan berbagai halangan dan rintangan, berjaya untuk bersatu untuk memberikan pilihan yang lebih baik kepada rakyat.

Strategi penggunaan satu logo memang tepat sekali.

Nampaknya sambutan sangat baik walaupun di permulaan kempen.

Agak menarik juga sambutan orang di Sabah. Begitu meriah dan bersemangat sekali.

Saya amat tertarik dengan ucapan Shafie Apdal, mengatakan bukan BN yang menentukan kerajaan sabah tetapi orang Kudat, orang Sandakan, orang Murut dan lain-lain, saya pun tak teringat kerana banyak sekali suku kaum di Sabah.

Begitulah juga di Semenanjung Malaysia, yang menentukan kerajaan Malaysia bukan TMJ, bukan Najib, bukan BN tapi rakyat Malaysia yang “berkuasa” untuk “memilih” kerajaan negara yang kita cintai ini.

Dalam negara demokrasi kita, rakyat berkuasa.

Masa hari pilihanraya, rakyat akan zahirkan kuasa di peti undi nanti.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ,
Terima kasih banyak2.
ataih 'coretan' hang kali ni pasai "peristiwa-yang-akan-mengubah-sejarah.", terutama
bila hang boh kata2 " tersenyum lebar " dlm kapsyen ('caption')
"ROS Surayati tersenyum lebar "membubarkan" PPBM"
Senyum lebag memang tepat Kadiag, tapi makan dalam dan munkin dlm basa Pak Ali
hak lambat bayag sewa tu "ada... magna tuu."

Jenuh jugak hang rungkai isyu2 yg menjadi aliran atau 'trending'
dan yg mahainya dlm basa mudah dan 'lucid',
terutama pasai sikap sisa2 'feudal' yg tarik balik tutop lemned depa dan 'kesipuan' tak cukop kerosi...
tapi laa ni, bukak teruih daun terup depa....
Tapi aku rasa hang tak ulaih kepala peguam di sambong jawatan dan kepala tentera jugak
dedah daun terup dia.
Yg terakiag ni agak merulaih perut ialah pasai Rafidah Aziz dilapog besunggoh kata semoa tanah tentera
dah telepaih pada pihak lain semasa MOI jadi 'mentri' petahanan. Kem aku dolu dan kem transit depan kem aku
memang dah lama tukag tangan, sebelom breder @ cherok tok kun, rafizi dan hampa dok pong pang pong pang
pasai tanah lapangan terbang tentera di Sg. Besi telepaih kad IMDB ka apa ka....

Lagi satu Kadiag, ni 'pemerhati' PRU, yg SPR jemput dari Cambridge ni sapadia no.... Nama macam besa saja.
Maghap telebih tekorang no.
Aku

Ishak Dasuki said...

BERKEMUNGKINAN BESARKAH......UMNO YANG LAHIR DI ISTANA JOHOR ITU....AKAN BERKUBUR DI ISTANA JOHOR JUGA....DAN TMJ MENJADI "CATALYST"NYA?

antitsar said...

Nampak gayanya orang Melayu sendiri dah naik muak dengan Tsar yang tak sedar diri ini.Akan sampai masanya institusi ini dihapuskan.Makan tanggung,.....duduk diam-diam boleh tak?Ini semua salah Tun.Kalau Tun tak pinda Perlembagaan pada 1993 tu,mungkin sekarang depa dah tak wujud.

fadzi dam said...

Si miskin,makanan si kaya,
Si bodoh makanan si cerdik
Si lurus makanan si khianat

Aku Melayu said...

Gst 44 b...klau bagi sejuta sorang ada 44 ribu org. Maknanya setahun negata bole lahirkan 44 ribu millionaire....duit ni smua pergi mana..logik ker pendapatan lebih tapi hutang dh sampai trillion.gak...makna cara pengurusan kewangan negara tidak diurus dengan baik..mcamna plak hasil penjualan tanah..hasil keuntungan buat aper? Ueelah takyat bodo senang kena klepat..tapi sampai bila ?

RD. said...

Mungkin darah mereka sudah banyak bercampur dengan darah bangsa-penjajah yang sangat tamakkan harta-kekayaan dunia. Sebab itu, kurang beringat akan nasib masa-depan anak-cucu Rakyat, yang terdiri dari berbagai Bangsa dan Agama, lebih-lebih lagi kepada Bangsa sendiri, Melayu-Islam.

Dari sejarah kita tahu bahawa Bangsa penjajah sangat tamak. Mereka taklok benua dan 'Pulau-Pulau' kecil kaum-asli yang lemah dan kaut sumber-aslinya demi kesejahteraan dan kekuasaan Bangsa-Negara mereka.
Lihat saja Sukan 'CommonWealth' yang sedang berlangsung di Australia. Semua Negara yang bertanding adalah 'empire' dan bekas-tanah jajahan Colonial British dari seluruh dunia.

Dr.M pernah berkata; walaupun pada namanya CommonWealth, tetapi 'Wealth is not common' diantara semua tanah bekas jajahan British.

Dengar selanjutnya di URL berikut:-

https://commonwealthoralhistories.org/2015/interview-with-mahathir-bin-mohamad/

Berbalik kepada penjualan Tanah pusaka Rakyat; Jika terjual secara kekal atau freehold, memang la Warga atau syarikat Negara-Asing tidak boleh bawa balik tanah itu ke Negara-asal mereka, tetapi ia sudah menjadi milik-asing dan sedikit sebanyak, mereka berhak buat apa yang mereka suka dengan tanah tu.

Dimasa hadapan, tanah itu sudah tentu akan berlipat-kali ganda nilainya dan jika kita hendak beli-balik, ia akan memakan jumlah yang sangat tinggi dari harga yang kita jual dahulu. Itu pun, jika mereka mahu menjualnya kembali kepada kita.

Takkan kita nak rampas-balik secara paksa?
Ingat... Kita berurusan dengan bangsa-asing yang Negara-asal mereka sekarang, kuasa-besar Dunia. Amerika pun dah tak berapa berani bila berdepan dengan mereka.

Hakimi Abdul Jabar said...

PANACEA FOR THE MAHATHIR & PH LED FEDERAL ADMINISTRATION

Debt Service Charges of RM6.4 billion in 1997 (9.8% of revenue) have risen to RM12.9 billion in 2007 (9.2% of revenue) and RM28.87 billion in 2017 (12.8% of revenue). IN 2018, which is this year, debt service charges are projected to reach RM30.88 billion, or 13% of government revenue — that’s RM2.57 billion every month. The RM30.88 billion debt service charge is also about 78% of this year’s fiscal deficit.

What can the HARAPAN Federal Government provide if it reduces our debt service charges of RM2.57 BILLION MONTHLY?

ASK YOURSELF!

sirimuda said...

To stop entirely debt is likely invetible devalue the currency so as save by cutting cost

Ronin said...

Sokong pandangan tuan. Institusi raja yg kita perlu jg ttp bersyarat demi keteruswujudan institusi berkenaan. Kuasa raja dan sultan ada had. Kalau kuasa sendiri pun tak blh dipertahankan maka apatah lagi hak rakyat. Jd jgn menyibuk hal2 politik. Ini hak rakyat. Raja atau sultan kena terima apa saja yang rakyat pilih dan kehendaki. Baca perlembagaan dahulu. Kalau tidak atau kurang faham sila rujuk kpd Datuk Seri Utama Tan Sri Dr. Rais bin Yatim.
Institusi raja jgn memusnahkan sendiri institusi tersebut dgn tindakan² yg tidak berpelambagaan. Tolongla diri dan institusi sendiri.

Ronin said...

Bagus Datuk. Semoga anak raja sedar diri. Jgn dengar sebelah pihak. Sangat tidak bijaksana bakal raja berkomunikasi dlm media sosial dan memalukan diri sendiri. Jgn hanya berani berselindung disebalik kekebalan institusi. Buat nothing to hide jika benar menjaga rakyat.

Jidin said...

Harap-Harap gitulah hendakknya...dan terciptalah sejarah...syabas saudara Ishak Dasuki.

Ronin said...

Aku pun sependapat dgn hang. Dok diam². Buat tugas ikut perlembagaan. Sendiri dedah dan mengundang cemuhan rakyat buat apa. Pepatah dah ada kata raja adil raja disembah.........
Nabi pun tak zalimi org sbg ketua agama broooo. Rakyat sedia tanggung segala peebelanjaan institusi, jd jgn la dok memandai.

Taosuo said...

Re: " PANACEA FOR THE MAHATHIR & PH LED FEDERAL ADMINISTRATION " by En Hakimi 12.16 PM.
Methinks it can be a walk in the park for a PH government to reduce the interest repayment (or debt service charges)
to RM2.57b monthly by way of :
1. Plugging the haemorrhaging financial system thru chrony capitalism, corruption, pork barrels politics etc.
2. Get back our assets from seizures by the DOJ, Switzerland, Singapore and elsewhere. Hotels, real estates etc in London, Hollywood,
Melbourne etc liquidated to repay/retire debts.
3. Cancel or postpone ECRL and similar tricky projects.
4. Put prudent financial administration as on an emergency footing.
5. Cut the no. of ministries, ministers and other bureaucratic setups, consultants,
including foreign missions, junkets, 'purses', director fees, salaries, allowances, etc.
6. Any surpluses by state owned outfits such as PETRONAS, TNB etc go straight into loan repayments/retirement.
I can go on and on but 'nuff said, but one thing for sure, it can be done.

Taosuo said...

(Continued...)
And negotiate to place all if not the majority of debts outstanding in Japanese banks where negative interest have been in place for years.

Shukor said...

Salam,

Kelab Macinta di Johor Bharu sekitar tahun 1990an itu siapa yang punya ya..siap ada Tiger Show atas stage seperti di Thailand dan pelacur yang terdiri daripada pelbagai bangsa..

Siapa punya ya..

you me said...

Dengan British dulu mereka takut, lepas rakyat membela mereka dan kekalkan mereka lain pulak jadinya. Mereka berani terhadap rakyat Msia hingga ketahap buas. Tentang kepincangan salah takbir negara; selama ini mereka seperti sudah seperti kena angin akhmar bisu dan buta. Tup tup menyeru agar pemerintah sekarang dikekalkan. Mereka ada atau takde tak mendatangkan faedah. Habiskan boreh tak datangkan hasil. Tak tahu mengenang budi rakyat mengekalkan sistem beraja di Msia. Saya rasa insiden anak raja berpolitik ada hikmah nya. Ini mengingati mereka agar jangan terlalu yakin bahawa rakyat Msia suka dan hormat kepada mereka.

fauziasmara said...



Salam Datuk,

ADAKAH SEMUA BAKAL PENGUNDI TAHU BAHAWA HARAPAN SEPAKAT MENGGUNAKAN LOGO PKR?

1. Saya ingin menyuarakan sesuatu yang mungkin agak remeh namun amat merisaukan....

2. Saya amat risau selepas berbual dengan beberapa bakal pengundi semalam. Apa yang merisaukan saya ialah mereka masih tidak faham bahawa untuk mengundi Pakatan Harapan mereka perlu memangkah simbol PKR.

3. Sebenarnya ramai pengundi yang sesetengahnya tidak berapa peduli dengan pilihanraya masih tidak memahami logo tunggal kita walaupun telah diterangkan.

4. Apabila saya berbual dengan penjawat awam dan mereka masih tidak memahami, maka ini amat mengejutkan. Adakah pak cik dan mak cik kita dikampung tahu tentang persepakatan simbol ini. Bagaimana dengan pengundi Felda? Kita perlukan undi mereka untuk menang.

5. Adakah kita hanya perlu undi dari golongan bandar dan terpelajar sahaja? Ataupun yang ada ekses kepada media sosial sahaja? Ataupun yang berminat tentang politik sahaja?

6. Untuk mengurangkan masalah ini saya ingin mencadangkan agar semua penceramah dan petugas parti dari semua parti dalam Pakatan Harapan memakai baju T yang tertera TANDA X (pangkah) dan LOGO PKR serta BERWARNA HITAM DAN PUTIH seperti yang akan dicetak pada kertas undi.

"Dalam pada itu, Mohd Hashim berkata, penggunaan bagi kertas undi hanya menggunakan cetakan warna hitam dan putih sahaja dan tiada cetakan warna yang diguna pakai bagi simbol parti seperti dalam laman sesawang SPR"

7. JANGAN LAGI MENGGUNAKAN BAJU MENGIKUT PARTI........INI MENGELIRUKAN PENGUNDI.......

8. Amat penting sekali untuk TUN M memakai baju ini pada setiap kali menyampaikan ceramah malahan pada setiap masa, supaya penyokong beliau memahami bahawa untuk menyokong Tun dan PH, perlu memangkah logo PKR pada kertas undi.

9. Mungkin kereta TUN M juga perlu diletakkan TANDA X dan LOGO PKR.....

10. Cetak TANDA X dan LOGO PKR besar-besar dibahagian depan dan belakang baju.

11. Setiap penceramah perlu sentiasa menerangkan pada orang ramai tentang logo ini, jangan ambil mudah.........

12. Terangkan bahawa pastikan memangkah lambang 2 BULAN SABIT YANG BERTAUT......kalau suka pangkah....kalau tak suka pun pangkah.....

13. Adakah kita perlu ada maskot yang seluruh pakaiannya berwarna HITAM DAN PUTIH dan ada TANDA X dan LOGO PKR? Mungkin perlu..........supaya ia menarik perhatian pengundi....dan mudah masuk dalam ingatan pengundi.......belon udara juga mungkin boleh memberi kesan.....

Ingat......bukan semua pengundi cerdik dan bijak seperti kita yang hari-hari memikirkan tentang politik...........

Jangan ambil mudah!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jangan ambil mudah!!!!!!!!!!!!!!!!!



Jojo said...

Saya amat berharap Malaysia akan kembali ke zaman kegemilangannya. Zaman ini telah berlaku pada era Mahathir sebagai PM.

Saya kasihankan Dr Mahathir kerana beliau terpaksa korbankan hampir keseluruhan hidupnya untuk negara ini. Bagi yang tidak membaca mereka akan mengutuk Dr Mahathir. Tapi bagi yang berilmu akan sangat menghargai beliau.

Ada parti yang diketuai oleh penyamun dan kuncu2nya. Mereka ini dalam majlis tertinggi parti sepatutnya boleh buang saja penyamun tapi memilih untuk menyokong penyamun maka mereka ini sama saja sifatnya dengan penyamun. Menyokong parti ini bermakna menyokong penyamun.

Ada parti yang memperkudakan agama dalam setiap aktiviti mereka tanpa rasa berdosa. Parti ini juga menyokong penyamun dan dikatakan menerima dana daripada penyamun. Menyokong parti ini juga bermakna menyokong penyamun.

Ayuh rakyat Malaysia kita buang penyamun dan penyokong2nya.

sukasamasuka said...

Datuk,

Di Sabah, adat resam suku2 kaum masih kuat terutama sekali dimasa perayaan seperti kawin.

Syukur la sudah selesai majlis pernikahan dan kawin anak buah kami.

Kami ingin berterima kasih pada semua kaum keluarga dan kerabat2 Suluk/Simonol yang sanggup datang dari jauh dari kepuluan Sulu dan Mindanao.

Tidak ketinggalan juga ingin berterima kasih kepada keluarga kerabat2 Pangeran2 Datuk2 Datin2 dari Brunei Darus Salam.

Aku rasa ini la pertama kali begitu ramai sanak saudara dari dua kelompok keluarga, iaitu Suluk dan Brunei, dapat duduk dan makan bersama...bukan senang, tetapi bolih.

Tidak ada cakap2 politik PRU kecuali dibelakang tabir demi untuk menjaga keharmonian berkeluarga.

Tetapi, dari bisik2 kecil disana dan disini, nampak2nya Sabah akan berubah.

Kamu di Malaya macam mana Datuk?

Waghih said...

AsSalam Datuk ..

Quote :
" Peristiwa yg akan mengubah sejarah "

Tsunami melayu pado PRU 14 !!??

Sekironyo bonar2 bangso melayu melakukan tsunami ...

Dikirolah .. satongah wakil parlimen UMNO sekarang ditimpo tsunami ..dari 88 turun ko 44 yg mano 44 tu beralih pado PKR .
MP BN akan jadi 89 oghang dan MP PH akan jadi 112 oghang . Pas pulo kek 21 ohang .

Makno ehh PH dapek simple majoriti dan bolih jadi gomen lah ...
So .. Turn M dapek jadi PM semulo dan SiKipas jadi Timb PM lah ...
TAPI ... ini sumo mesti dapek APPROVAL dari DAP lah kan ...
DAN DAP takkan approve klu dio tak dapek habuan kan ...
Habuan DAP lak ..Mentori Kewangan , Mentori Pendidikan , Mentori Perdagangan dan Mentori Pertahanan .

Turn M dan Sikipas kono setujulah ..klu tak tak dapeklah jawatan idaman PM dan Timb PM tu ...dgn ofis kek Putrajaya.

Yooo ... memang boto Datuk ...
Peristiwo Tsunami Melayu memang mengubah sejarah ...

The Chinaman menjadi Tuan ateh Melayuland .

Waghih.



fauziasmara said...


Salam Datuk,

Saya mengucapkan tahniah pada INVOKE dan terutamanya Rafizi kerana telah merekrut dan melatih ramai sukarelawan untuk menjadi ejen kira undi (PACA) untuk menghentikan penipuan pilihanraya.


Saya ingin mencadangkan agar SUKARELAWAN INVOKE ini juga membantu PH untuk memperkenalkan LOGO PKR sebagai logo untuk PH terutama pada pengundi luar bandar.


Sukarelawan tersebut boleh bergerak dan menjelajah disetiap kawasan, kampung, pasar malam, pasar harian dan tempat tumpuan awam.


Mungkin juga perlu membuat sample kertas undi yang tercetak LOGO PARTI bertanding berwarna HITAM PUTIH. Jelaskan pada pengundi tentang logo PKR pada kertas undi dan bagaimana untuk memangkah.

fauziasmara said...



Salam Datuk,

PENGGUNAAN SATU LOGO TUNGGAL HARAPAN MUNGKIN AKAN SEDAYA UPAYA DIHALANG OLEH LAWAN

Saya masih lagi ingin menyarankan agar setiap bakal calon dari semua parti dalam Pakatan Harapan MENDAFTAR SEBAGAI AHLI PKR.

Ini untuk mengelakkan agar PENAMAAN CALON DITOLAK disebabkan bukan ahli parti tersebut.

Adakah undang-undang yang menghalang seseorang menganggotai lebih dari satu parti politik????????

Walaupun selama ini BUKAN AHLI sesuatu parti boleh mengGUNAKAN LOGO PARTI LAIN untuk menjadi calon, tetapi dalam keadaan sekarang kita tidak lagi boleh bergantung pada kisah lalu.....SEKARANG ZAMAN KLEPTOKRASI......

Sekiranya pencalonan di tolak maka kita mungkin boleh membawa kes ke mahkamah, serta memakan masa bertahun untuk diselesaikan. Kalau menang kes pun PRU 14 dah berakhir. Tiada guna....

Calon dari BERSATU memang terpaksa mendaftar sebagai AHLI PKR. Sekiranya tidak, terpaksalah menjadi calon BEBAS.....

Calon dari DAP dan AMANAH juga perlu mendaftar sebagai AHLI PKR kerana:

1) Kita boleh mengatakan bahawa sekiranya ada masalah tentang penggunaan LOGO PKR semasa pendaftaran, maka DAP dan AMANAH boleh menggunakan logo mereka masing-masing.

2) Tetapi apa akan jadi...........

3) KIta telah berkempen dan menunjukkan pada pengundi selama ini kalau memilih PKR, BERSATU, DAP atau AMANAH, maka PANGKAH LOGO PKR.

4) Sekiranya DAP dan AMANAH menggunakan logo sendiri, adakah kita ada cukup masa untuk menerangkan pada pengundi semula?

"Ooo pak cik mengundi kawasan ni pangkah MATA"

" Mak cik nanti pangkah ROKET"

" Tauke sini BERSATU lawan, nanti pangkah BASIKAL"

5) Sekiranya maklumat tidak sempat sampai kepada pengundi mereka akan terkial-kial mencari logo PKR pada kertas undi, tapi tiada, maka dacinglah yang dipangkahnya.

6) Ingat! Bukan semua pengundi bijak dan nak ambil tahu, kebanyakkan hanya mengambil mudah semua perkara.......kita lainlah, tidur pun mimpi politik......


Saya risau tentang penolakan SPR untuk bertemu PH dengan alasan sibuk dengan kes mahkamah. Adakah ini helah untuk mengenakan HARAPAN?

Sepertimana BERSATU dibubarkan pada saat akhir sebelum pembubaran parlimen, maka:

"ADAKAH HALANGAN PENGGUNAAN LOGO PKR INI JUGA AKAN DIMAKLUMKAN PADA SAAT AKHIR ATAU MALAM HARI SEBELUM PENAMAAN CALON??????"

Pada malam tersebut dikeluarkan berbagai akta menyokong hujah bahawa tidak boleh sewenangnya mengguna logo parti lain, dan adakah kita sempat untuk bertindak-balas?

MAKA CALON BERSATU TERPAKSALAH MENJADI CALON BEBAS DAN MENGGUNAKAN LOGO KUNCI atau BASIKAL atau KAPAL LAYAR atau CINCIN BERLIAN..........

KITA PERLU BERFIKIR CARA JAHAT BILA BERURUSAN DENGAN ORANG JAHAT......

LU TIPU, GUA PUN TIPU...

LU PUSING, GUA PUTAR SAMA LUUU........

TAPI GUA TAK KALAH PUNYA........


fauziasmara said...


Salam Datuk,


************************************************************
Maklumat terbaru dari SPR:
Mohd Hashim berkata bagi parti politik yang bersetuju untuk membenarkan mana-mana bakal calon bertanding mewakili parti berkenaan, mereka diminta membawa SURAT KEBENARAN BERTULIS.

Tambahnya kebenaran bertulis itu mestilah DITANDATANGANI OLEH PEGAWAI PARTI YANG BERTANGGUNGJAWAB membenarkan calon itu menggunakan simbol parti tersebut selaras dengan Peraturan 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Mohd Hashim berkata mana-mana calon yang tidak mendapat kebenaran secara bertulis daripada parti yang ingin diwakilinya, sekiranya layak untuk bertanding, pegawai pengurus akan memperuntukkan kepadanya SATU SIMBOL YANG SEDIA ADA YANG TELAH DI TETAPKAN sebagai ganti.

*******************************************************

Untuk mengelakkan "MASALAH TEKNIKALLLLL........." hingga menyebabkan pencalonan di tolak.............

Perkara yang perlu PH dapatkan penjelasan dari SPR ialah:

1) SURAT KEBENARAN BERTULIS yang bagaimana - dan dapatkan contoh surat tersebut....

2) Siapakah pegawai parti yang dimaksudkan sebagai bertanggungjawab - dapatkan penjelasan. Bagaimana SPR akan memastikan bahawa surat tersebut ditandatangani oleh pegawai parti yang bertanggungjawab.

Kita mesti pastikan kerana tiba hari penamaan, permohonan di tolak kerana surat tak ikut aturan (procedure).

Pegawai yang tandatangan pula tidak diiktiraf oleh SPR, mesti setiausaha parti atau/dan pengerusi parti atau tah apa-apa lagi......

Dan pastikan apa lagi dokumen yang perlu dibawa untuk menYAKINKAN PIHAK SPR bahawa SURAT TERSEBUT benar dari PKR dan pegawai yang menandatangani juga adalah sah.

Saya juga bimbang ada pihak tertentu akan buat kacau pada hari penamaan tersebut dan membawa surat palsu dari PKR. Kemudian mengaku mewakili PKR (HARAPAN). Kekecohan berlaku sehingga tamat masa pencalonan.........senyumlah BN....

So saman SPR kat mahkamah, selesai saman, PRU pun dah selesai.......HEHE....

Jangan sampai kena belit woooo......




abdul majid said...

Salam Datuk Kadir...

"Jika BN diberi mandat"
"Jika BN diberi mandat"
"Jika BN diberi mandat"...

Rasanya dalam setiap ucapan rasmi any majlis then PM & TPM akan kerap kata sebegitu. Kenapa yea?

Saya setuju dengan pandangan Jojo itu. MT gagal menasihatkan presiden, gagal menyatakan kebenaran & kebaikkan.

Saya dan kalangan 'atas pagar' ini bertanyakan/menyatakan begini:-
-Ok. Kami akan undi BN tetapi dengan syarat PM mesti berundur dengan hormatnya selepas PRU-14 ini.
-Tak perlu kekalkan umpama 'tikus baiki labu'. Walaupun beliau berjanji/meminta peluang untuk baiki segala kesilapan.

Persoalan disini. Adakah BN akan tunaikan permintaan kami 'atas pagar' ini...?

Dalam swasta, telah lakukan kesilapan then kita akan diminta lepaskan saja jawatan. Tak perlu kekal untuk baiki kesilapan itu cos akan berlaku kesilapan yang lebih major lagi. Rugi sedikit tidak apa daripada rugi besar & berterusan.

fauziasmara said...



SALAM DATUK,


HARAMKAN PARTI UMNO SEKIRANYA PH BERKUASA MEMBENTUK KERAJAAN......

fauziasmara said...



SELEPAS TU SEKIRANYA MEREKA INGIN TUBUHKAN SEMULA, KETUA PENGARAH ROS YANG BARU AKAN TOLAK PERMOHONAN MEREKA......





KITA BUKAN SAJA MENGALAHKAN UMNO TETAPI MENGHAPUSKAN UMNO PADA PRU INI.....



MARI BERSAMA-SAMA PH MENCIPTA SEJARAH.....



Pompuan said...

Hi DAKJ
Salam sejahtera Missed u. Was rather busy campaigning for BN in a small way in my neighbourhood. Also among my relatives and friends in my hometown which is a strong UMNO bastion. Wanna be the constituency with the highest majority for BN in Selangor.
Datuk dear. Just one question. Are you contesting in the coming polls for Parti Bunga in your home-state of Kedah? Contest please as you.are a popular figure. Not many Bunga candidates are known like you. You are more respected and liked than that novice Syed Saddiq who will lose his deposit in Muar. Poor boy.
At least if you contest in Kedah, you.can help in contributing to at least 3 or 4 Bunga winners in Tin's home-state.
I am.sceptical of Tun winning there. Old horse offering out-moded policies for 2023. Just relying on his services as MO there and when he was PM
Langkawi had progressed further than Tun. All the best in his dream to oust Najib.CAN'T BE DONE.Not doable.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).