Saturday, May 26, 2018

Banyakkan Bekerja Kurangkan Berkata-kata


A Kadir Jasin

MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.


ALHAMDULILLAH, peralihan kuasa sudah masuk hari ke-17 hari ini dan kita berada dalam keadaan aman dan damai walaupun ada saat-saat cemas dan merunsingkan apabila kita menang pada awal pagi 10 Mei lalu.

Sidang pertama Kabinet Rabu lepas. Pembentukan masih dalam proses.
Dalam tempoh yang singkat itu banyak perkara positif telah berlaku yang memberi harapan bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan mampu memenuhi, kalau tidak semua pun, sebahagian besar daripada harapan rakyat jelata, khususnya yang mengundi PH.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Yang baik tidak perlu dipuji sangat-sangat sebab itulah matlamat PH. Rakyat jelata memberi kita mandat untuk melakukan yang terbaik.

PH jangan sekali-kali termasuk ke dalam jebak yang memerangkap Umno/Barisan Nasional iaitu puji memuji, ampu mengampu dan bangga mendabik dada.

Apa yang lebih utama adalah bagi kerajaan PH belajar daripada kesilapan Umno/BN dan daripada kesilapannya sendiri sejak dua minggu lalu untuk dijadikan teladan dan sempadan.

Kalau saya diizinkan meminjam ungkapan bahasa Inggeris, PH sebenarnya sudah pun merasa “baptism of fire” apabila kerana terlalu ghairah telah melakukan beberapa salah langkah.

Dalam agama Kristian, perasmian seseorang sebagai penganut atau pembersihan rohnya dilakukan dengan memercikkan air suci ke dahi atau menenggelamkannya di dalam air.

Jadi “baptism of fire” atau penyucian dengan api adalah sesuatu yang berat yang dalam maksud figuratifnya bererti pengalaman getir ketika memulakan kerja atau tugas baru.

Dalam hal ini bolehlah saya katakan yang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng aka LGE, telah melalui baptisme api apabila, pada hemat saya, beliau terlanjur “memainkan” isu hutang kerajaan.

Memang benar kerajaan baru telah menemui beberapa perkara besar yang menjurus ke arah membuktikan bahawa kerajaan dulu telah berbohong atau tidak menyatakan kebenaran.

Hutang kerajaan adalah antaranya. Apa yang ditemui adalah tanggungan hutang kerajaan pusat jauh lebih besar daripada yang selama ini dinyatakan oleh bekas Menteri Kewangan (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

Ini kerana Najib dan konco-konconya hanya menyatakan hutang kerajaan pusat. Apa yang tidak dimasukkan adalah hutang agensi-agensi kerajaan yang dijamin oleh kerajaan pusat.

Bila hutang kerajaan dicampurkan dengan hutang agensi-agensi yang dijamin oleh kerajaan pusat, maka tanggungan hutang kerajaan menjadi berganda besarnya.

Kesilapan LGE adalah dalam euforia dan keseronokan luar biasa menemui hal-hal yang membuktikan dakwaan PH selama ini benar, telah terlupa memikirkan semasak-masaknya apakah implikasi buruk pendedahan itu.

Biar saya beri peringatan kepada semua menteri dan pegawai mereka agar lebih berhati-hati membuat kenyataan kepada media massa.

Perbatuan politik (political milage) tidak sama dengan perbatuan ekonomi (economic milage). Yang baik untuk politik tidak semestinya baik untuk ekonomi dan pasaran.

Khusus buat LGE yang saya kenal cukup lama dan mempunyai perhubungan yang cukup sivil walaupun buat sekian lama berbeza ideologi politik, berhati-hatilah dalam membuat kenyataan dan penghebahan.

Kita dalam PH menjanjikan reformasi. Jadi eloklah kita mulakan dengan mereformasi cara kita berfikir dan bertindak.

Kita tidak perlu sensasi atau menjerit di puncak suara lagi. Kita sudah menjadi kerajaan.

Hendak hukum Najib, Rosmah Mansor, Jho Low, Arul Azrul Kanda Kandasamy, Irwan Serigar Abdullah, Mohamad Apandi Ali, bekas IGP, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, bekas Pengerusi SPR, Rizal Mansor, Riza Aziz, Isa Samad, Habibul Rahman Kadir, Abdul Azeez Rahim dan banyak lagi konco-konco era kleptokrasi, boleh malah wajib.

Tapi biarlah kita lakukan melalui proses undang-undang kerana itulah yang terbaik apatah lagi PH sendiri berjanji menjunjung kedaulatan undang-undang.

Lebihkan bekerja demi rakyat jelata daripada berkata-kata dan mencari tajuk berita.

Wallahuaklam.

51 comments:

Hud Hud said...

Dato yg saya ingat bukan LGE yg mula2 kata hutang negara mencecah 1T tapi TDM sendiri didlm ucapan beliau pd anggota JPM. Walau bagaimana pun dlm hal ini saya bersetuju kerajaan berterus terang dari awal lagi tentang keadaan sebenar kewangan negara kerana perbezaan nya terlalu ketara. Kalau ianya bocor kemudian hari dari sumber lain, kepercayaan kpd kerajaan PH akan terjejas.

awang kualaberang said...


salam Dato,

saya juga risau apabila terlalu banyak sidang akhbar dibuat oleh menteri menteri baru, takut takut ada yang tersasul. Begitu juga pasukan penyiasat 1MDB, sebaik baiknya jalankan tugas secara low profile dan adakan sidang akhbar hanya untuk umumkan perkara perkara kritikal yg perlu dimaklumkan kpd rakyat.

elakkan kenyataan kenyataan yg emosional yang boleh memberikan kesan negatif terhadap reputasi kerajaan PH.

fauziasmara said...


Salam Datuk,

Maaf, keluar tajuk perbincangan.

Saya tertarik apabila DS Wan Azizah memaklumkan bahawa program Permata akan diteruskan.

Saya ingin mencadangkan agar peruntukkan untuk Permata ini digunakan untuk anak-anak berusia 5 tahun memasuki darjah satu.

Saya dapati sekarang kanak-kanak berusia 5 tahun sudah bijak, tetapi mereka terpaksa menunggu sehingga berumur 7 tahun untuk memulakan persekolahan. Kita sudah bazirkan 2 tahun masa mereka.

Sekiranya mereka memulakan persekolahan pada umur 5 tahun maka mereka akan mendapat ijazah pada umur 21 tahun. Malah mungkin lebih awal sekiranya ada kelas lompat.

Kaedah pengambilan ini boleh dilakukan secara berperingkat kerana sekiranya dilakukan serentak seluruh negara ia akan menimbulkan banyak masalah terutama bilik darjah dan guru.

Mungkin setiap sekolah mengambil 10 orang dulu dan kanak-kanak ini perlu melalui ujian kecerdasan.

penagih janji said...

Kerajaan sekarang ibarat pembersih hampagas yg tiada kebolehan lain selain keghairahan menyedut kutu dan debu dlm rumah. Harap ini bukan utk selamanya

Mona said...

Re LGE openness, saya masih berbelah bagi. Yes I know the announcement is bad for the stock market & our rating but as a rakyat I applaud him for telling us the truth about the state of our finance. Saya lebih suka tahu keadaan sebenar dari di layan seperti budak kecil yg perlu dilindungi.

Mudah2an bila rakyat tahu keadaan sebenar rakyat tidaklah meminta yg bukan2 e.g Cuepec minta naik gaji kakitangan awam seperti yg Najib janji, abolishment of all tolls, tidak payah bayar PTPTN etc etc

Sekarang ini baru rakyat rasa yg Malaysia ini milik mereka bukan milik pemimpin2 dan kroni2. Mereka mahu kerajaan yg terbuka yg share masalah negara dengan rakyat. Yg share plan2 pembangunan dgn rakyat. Yg dengar masalah rakyat. Bukan kerajaan yg full of secrets and backdoor deals.

sukasamasuka said...

Datuk,

Sejak 10hb Mei ni, aku tak perasaan pula selalu tonton TV1,TV2, TV3 dan BernamaTV... sampai orang rumah pun kehairanan kenapa aku tiba2 seronok tonton filem Hindustan dipetang Sabtu, seorang2 pula tu...Yaadein lakonan Salman Khan...di Panggung Sabtu TV3...hebat pula selepas berbelas tahun tak pandang TV3...in fact lately, I have been trying to capture live Press Conference by Tun at local TV stations.

Seriously, I don't understand what is the message of this posting.

I am 100% supporting LGE as our Finance Minister because Tun appointed him.

Not only that Datuk, I am supporting him 100% on the way he exposed our debts...and the details thereof.

What is Datuk problem with that, actually?

If the Council of Elders does not like the way LGE making the exposure, so be it...they are just appointed...LGE is elected.

I don't care so much about "diplomacy" as far as LGE is concerned.

Please tell LGE to call a spade a spade...no more bullshits and creative accounting like the past Menteri Kewangan..."anakharam jadah".

LGE must expose all the past financial scandals at the Ministry...no ifs and buts.

If it hurts Datuk punya feeling, for whatever reason, my take is Datuk quit the Council.

We want LGE to do his job.

To LGE...you are doing a good job "my son".

sukasamasuka said...

Datuk,

"Dalam hal ini bolehlah saya katakan yang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng aka LGE, telah memalui baptisme api apabila, pada hemat saya, beliau terlanjur “memainkan” isu hutang kerajaan."

1. Apa ni Datuk?

2. LGE went through the Baptism of Fire because he did a good job as a Minister of Finance...what is wrong with that Datuk?

3. If some of Datuk's stocks and shares at Burse took the beating, my advise is to get out quickly as some UMNO-linked shares did perform rather badly.

4. Most of those at KLSE are UMNO-linked in one way or the other, directly and indirectly, after more than 60 years.

5. Do you expect people like me to listen to the paid business commentators, analysts, rating agencies who did the bidding to the bastard ex-PM so he can stay in power?...or the new Finance Minister who talk straight and in the most transparent manner?

6. Why do you think we vote in PH, Datuk?...so as to have a new Finance Minister smell like the same "Melayu"?

7. Short term, the market may react quite differently...as expected, after 60 years of the same.

8. In the long run, once the market get used to our transparency and honest financial management, real investors with good money will come knocking.

9. To Mr. Lim Guan Eng...please clean up the bloody Ministry...do a good job without fear and favour...God will be with you, "my son".

10. Until then, just ignore those who are trying to distract you with "small talks".

Jsman Tori said...

LGE clarify 1 trillion yg DrM umumkan. Oklah tu. Telus. Islamik. Takkan nak ikut cara bn lagi. Soal jual beli saham biasalah. Bila dunia dah yakin dgn kemampuan PH belambaklah pelaburan asing. Kena refomasi minda sikit sbb dah lama dukdlm umno.

rahimtiak@gmail.com said...

Dato Kadir@ Boleh kah mana-mana orang awam untuk menawar diri memberi perkhidmatan percuma kepada mana-mana Menteri Kabinet saperti dua orang kuat DAP membantu Meneteri Kewangan. Kalau diberi peluang ramai lagi orang cerdik pandai yang mahu memberikan perkhidmatan sukarela kepada Kementerian-kementerian yang penting dan sensitif.

Kerajaan PH harus lebih berwaspada supaya watak saperti Jho Low tidak muncul kembali.

Perkhidmatan dengan kerajaan harus melalui tapisan yang ketat dan dipantau oleh agensi keselamatan kerajaan. Walau bagaimana hebat sesaorang perlu melalui tapisan keselamatan supaya tidak ada orang mengambil peluang untuk akses kepada maklumat rahsia kerajaan.

Tempat saperti kementerian kewangan membuka ruang untuk akses kepada maklumat yang sangat sensitif dan bernilai. Maklumat adalah sumber kuasa. Ramai yang sanggup bekerja tanpa bayaran kerana peluang mengumpul maklumat sulit lebih berharga.

Iklas,
Rahim

rahman jpc said...

Dlm sistem politik 'transactional' yg mempunyai keterbatasan, tun m tlh berbuat yg terbaik utk mengisi jawqatan2 menteri dgn kadre2 drpd koalisi.

berbeza dgn pres jokowi yg mempunyai wawenang yg lebih luas utk 'head hunt' anak watan yg paling sesuai utk satu2 jawatan menteri dlm cabinet 'kerja' nya. Malahan tim transisi nya tlh d beri kebebasan utk mendpt masukan drpd netizen bagi semua jawatan utk d pilih olih nya.

saya percaya tim transisi ini masih active utk membantu mencadangkan nama2 baru jika penyandang gagal mencapai 'KPI' yg d tentukan. (jika tak silap cabinet kerja nya tlh d rombak sebanyak 3 kali sejak thn 2014).

kerajaan PH d bawah kepimpinan TUN M bolih juga mencontohi pres jokowi dgn mengujudkan tim transisi nya sendiri.

dlm keadaan keterbatasan, Tun M tlh berjaya membentuk kerajaan dgn melantik menteri2 yg 'enthusiastic' n 'credible'. Saya yakin jawatan menteri yg masih kosong akan d isi olih ahli2 parti yg juga berkaliber. Namun, alang kah elok nya jika menteri drpd 'non parti' d lantik dlm pusingan peringkat kedua ini. (saya percaya ramai yg bijak pandai akan bersedia membantu Tun dlm usaha nya utk meletak Negara tercinta ini d landasan yg betul).

satu 'scenario' yg amat membimbangkan ia lah 'cubaan' Anwar Ibrahim utk turut nampak 'relevant' dgn mengadakan 'road show' nya serta berjumpa dgn pembesar2 yg pd pandangan saya tidak begitu selesa dgn kepimpinan Tun M sekarang.

Banyak pembahas d blog2 lain tlh mempersoal 'tujuan' (motive) Anwar berbuat demikian. Jawatan PM tetap akan ujud selapas TUN M. Jika sudah tersurat, "Tidak akan lari gunung d kejar".

saya juga agak terkejut bila dia sendiri tlh memaklumkan kpd dunia bahawa pengampunan nya merangkumi kesalahan nya sejak tahun 1998. WOW hebat!. Betul ke ?
Mengapa tidak pengampunan d beri sejak dia nya d lahirkan ?

Satu pencerahan wajib d beri olih 'pardon's board' atas kenyataan Anwar ini.

Namun dlm keghairahan kita utk membincang 'phenomena' pemgampunan ini, kita perlu juga 'spare a thought on those 'victims'(non consensual) who claimed (some under oath) that they were sodomised. R they not as important?

wallahu'allam.

Mhanif Mastuki said...

Aslm DAKJ,

Saya sangat setuju denan saranan DAKJ supaya bukan sahaja LGE, tetapi semua ahli kabinet PH mereformasi pemikiran, tindak-tanduk dan percakapan mereka. Mereka adalah Kerajaan sekarang ini yang akan menentukn halatuju negara dan untung nasib 30 juta rakyat Malaysia. Jangan terbawa-bawa dengan persepsi semasa menjadi pembangkang. Jangan juga memandang mudah tanggungjawab sebagai Kerajaan Pusat kerana dinamiknya sama sekali tidak sama dengan memerintah Kerajaan Negeri. Niat untuk melakukan kebaikan sebagai Kerajaan hanyalah pra syarat untuk menjadi Kerajaan yang mampu deliver tetapi belum cukup untuk memastikan mereka akan deliver.

Antara pemerhatian saya tentang langkah kekok LGE atau Kementerian Kewangan adalah memansuhkan GST sebelum melakukan due diligence mengenai kedudukan kewangan Kerajaan. Saya tidak pasti sama ada LGE terlibat atau tidak kerana penghapusan itu diumumkan sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan. Tetapi pointnya adalah Kerajaan tidak boleh menghapuskan sumber pendapatannya tanpa mengetahui sepenuhnya komitmen perbelanjaan Kerajaan. Bergantung kepada hasil minyak semasa harga minyak tinggi adalah sesuatu yang bersifat jangka pendek dan tidak mampan kerana ketidak tentuan harga minyak dunia yang turun naik dalam julat yang ekstrim. Yang lebih membimbangkan lagi adalah penghapsan GST ini tidak pula diganti dengan SST. Risiko lain pula adalah harga barang tidak turun walau GST dihapuskan kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi harga barang di pasaran. Sekiranya GST diganti dengan SST, bagaimana pula SST yang akan dibayar oleh peniaga (kos tambahan) boleh menurunkan harga barang? Seperti yang saya sebut dalam komen post DAKJ sebelum ini, risiko kepada kerajaan PH sekarang adalah kehilangan hasil akibat pemansuhan GST dan harga barang yang tidak turun. Lebih parah lagi, Kerajaan tidak akan dapat memenuhi komitmen perbelanjaan yang akan menjejaskan sistem penyampaian perkhdmatan kerajaan yang sentiasa meningkat kerana strukturnya.

Selain itu, pelantikan yb tony pua dan yb ongkianming sebagai pegawai khas juga menunjukkan ketidakupayaan LGE untuk menggalas tanggung jawab sebagai Menteri Kewangan dan kurang kepercayaan terhadap penjawat awam untuk measihati beliau. Sudah tentulah beliau boleh mempunyai pegawai khas, tetapi bukan dari kalangan ahli parlimen kerana mereka adalah dari cabang legislatif sedangka menteri adalah dari cabang eksekutif, dan kerajaan PH bercakap tentang pemisahan kuasa ketiga-tiga cabang. Ini juga tidak berbeza dengan kerajaan sebelum ini yang melantik ramai penasihat dari luar yang kurang arif tentang selok-belok pentadbiran dan peraturan

Mhanif Mastuki said...

Selain itu, pelantikan yb tony pua dan yb ongkianming sebagai pegawai khas juga menunjukkan ketidakupayaan LGE untuk menggalas tanggung jawab sebagai Menteri Kewangan dan kurang kepercayaan terhadap penjawat awam untuk measihati beliau. Sudah tentulah beliau boleh mempunyai pegawai khas, tetapi bukan dari kalangan ahli parlimen kerana mereka adalah dari cabang legislatif sedangka menteri adalah dari cabang eksekutif, dan kerajaan PH bercakap tentang pemisahan kuasa ketiga-tiga cabang. Ini juga tidak berbeza dengan kerajaan sebelum ini yang melantik ramai penasihat dari luar yang kurang arif tentang selok-belok pentadbiran dan peraturan tetapi terlibat secara terus dalam pentadbiran Kementerian dan urusan kementerian.

LGE juga dilihat belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pengurusan kewangan dan ekonomi secara holistik, termasuk bajet kerajaan yang kebiasaannya dibentang sekitar Oktober. Hutang, liabiliti dan 1MDB adalah satu skop kecil di dalam pengurusan kewangan dan ekonomi. Tumpuan yang seimbang hendaklah diberikan ke atas semua perkara berkaitan selain daripada isu yang disebutkan. Tiada masalah untuk telus, tetapi perlulah terancang dan tidak tergopoh-gapah. Beliau juga perlu konsisten dan lebih cermat dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan prestasi atau kedudukan ekonomi negara dan kewangan kerajaan agar lebih konsisten kerana beliau adalah menteri bukan pembangkang.

Akhir sekali Kerajaan PH perlulah mmbuktikan bahaw mereka lebih terbuka dan bersedia mendengar suara hati dan teguran rakyat terutàmanya sekiranya mereka melakukan kesilapan. Ingat, rakyat menilai mereka menggunakan kerajaan sebelum ini sebagai penanda aras. Ingat juga PH menang PRU14 bukan kerana kekuatan parti politik mereka semata-mata tetapi lebih kepada rakyat ingin menjatuhkan kerajaan BN yang korup dan keyakinan terhadap Tun M sebagai calon PM yang diketengahkan.

Mudah2an kerajaan PH bersikap lapang dada terhadap teguran dan dapat melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab, integrti dan berhikmah untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. In Shaa Allah. KepadaNya saya berserah.

Mohd Sufian said...

Salam Ramadan.
Samalah DSAI over excited. As Tun Daim said Tun Dr Mahathir did it.
PH winnings is back up by many factors. The veteran did their jobs as they were expert in their respective fields then. So are the many government servant past and present. We did not ask a penny neither a thanks for our concentrated efforts.
Power can change hand anytime if PH thought they are too powerful and becomes a bloody fool.
The power hungry and greedy ghosts in PH, beware u r warned. What We did to umno is what we can do to PH.

msh said...

Salam Ramadan Dato dan sahabat2.

Dato menyebut nama2 spt dlm para dibawah...

......"Hendak hukum Najib, Rosmah Mansor, Jho Low, Arul Azrul Kanda Kandasamy, Irwan Serigar Abdullah, Mohamad Apandi Ali, bekas IGP, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Bekas (?) Pengerusi SPR, Rizal Mansor, Riza Aziz, Isa Samad, Habibul Rahman Kadir, Abdul Azeez Rahim dan banyak lagi konco-konco era kleptokrasi boleh malah wajib.".

Saya sekadar menambah seorg sahaja....kot2 terlepas dari tindakan.

Seorg Jawa 'totok'.. ..penuh kontroversi.

Org yg cuba 'cover' Mappadullung dgn berbohong berjumpa berberapa 'Tok Arab' baik hati menderma kpd Mappadung.
Dia seorg 'kaki kencing' bila cuba menipu kunon Tun a/k Kutty dan juga 'menyalah guna kuasa' dgn menghantar surat kpd FBI kerana mahu menyelamat kawan 'gangstar' yg ditangkap.

Selain itu terbabit dgn kes memukul org.

Jojo said...

Datuk Kadir,

1. I agree that LGE is a loose cannon. But, deep down inside I hope that he can deliver the promises to the rakyat.

2. I was going to mention about this one thing but saudara Rahim@4:12PM beats me by a few hours! Why in the world would LGE brings his friends aboard ? This is not a mahjong session where you can simply invite your friends whenever you like! Please tell LGE to syop this nonsense! As the saying goes too many cooks spoil the broth.

3. He can seek advice ftom the council of elders on this. They are the experts not your "kawan-kawan" !

4. Another one is Wan Azizah. Do your work and stop following around your jobless husband! Help Tun Dr Mahathir and the team. Stop being a weak woman. You are the DPM for goodness sake! It's your time to shine now.

jumbeaux said...

Datuk,

Saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk kali ini. Sudah cukup kita meraikan kejayaan kita. Sudah sampai masanya untuk menjalankan tugas.

Sebenarnya rakyat sedang memerhati setiap pergerakan dan percakapan kerajaan. "You are now the one in the fish bowl". Dan orang Melayu,juga bangsa2 lain di Malaysia, sukakan orang yang resminya macam padi. "Diam2 berisi".

Jadi eloklah pak2 Menteri kita kurangkan press conference dan pr event. Banyakkan masa di meja mesyuarat dan di bilik pejabat.

Rakyat sedang menantikan perubahan yang mereka dapat rasakan. Jangan biarkan mereka terus menanti.

sukasamasuka said...

Datuk,

"Kesilapan LGE ialah dalam euforia dan keseronokan luar biasa menemui hal-hal yang membuktikan dakwaan PH selama ini benar, telah terlupa memikirkan semasak-masaknya apakah implikasi buruk pendedahan itu."

1. Implikasi buruk????

2. Apa dia Datuk?

3. Saham Datuk di KLSE jatuh merundum ke?

4. Atau saham Tun Daim pun jatuh merundum juga?

5. Majority orang awam ada lah orang yang macam aku Datuk, duduk at the bottom of a pit.

6. Do you think we can go any lower after the bluuuuudy Bugis bas***d screw the economy left and right?

7. Or you want LGE to be exactly like all the Melayus?

8. Welcome to a new Malaysia...open and transparent.

9. If Datuk and the gang don't like it the way LGE do things, go and teach him how to do his job the Melayu ways.

10. Until then, thumbs up to LGE!...good job "my son".

A quiet word said...

Datuk,
you are the spokesman for the Council of Elders/Eminent Persons, surely just a friendly word to LGE over his enthusiasm in highlighting the deficiencies he found at the MOF would have sufficed, instead of bringing this up here.
Work as a team Datuk.
Remember the pakatan harapan people who now helm the government have been out in the wilderness for so so long, the press were unfriendly to them, they were blackouted by the media, they had to shout to be heard. These people are now doing their best for the country and the rakyat, and they need to get used to the fact that the media hears them well and proper, every whisper is heard loudly. Give them some time and Datuk you can advice them quietly.
Your worry should be with the personality who flew on the govt jet with his family.

Tessa M Sen said...

Good evening Datuk

Yup, true true. I couldn't agree more!

Norsam said...

Datuk, I’m more concerned with recent antics of Anwar.

Could you pls whisper to his ear that PH won in GE14 because Rakyat voted for Tun Dr Mahathir and not him?

I hope that will put him back at the place where he belongs; mantan convicted fellow (I don’t care much about Agong’s pardon as his sins will be dealt with by God properly and fairly later after life).

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Saya rasa rakyat pun hendak tahu juga kedudukan sebenar hutang negara.

Saya teringat dalam kursus Dale Carnegie yang saya ikuti, beliau menyarankan kalau kita hendak menyelesaikan masalah, pertama dan paling penting sekali kita kena tahu dengan jelas apa masalah itu, kemudian kena selidik punca masalah itu dan kemudian mencari cadangan untuk menyelesaikan masalah dan akhirnya pilih cadangan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Ada 4 step.

LGE memberitahu kita, apa dia masalahnya dengan terang. Ada 1 trillion masalah yang kita hadapi. Jumlah hutang yang besar.

Mengikut kata Azmin Ali, kita kena bayar bunga hutang saja, RM30 billion setahun. Itu tak masuk prinsipal lagi.

Punca masalah ini, saya rasa kita sudah sedia maklum.

Saya rasa tidak menjadi masalah LGE membawa masuk Tony Pua dan Ong Kian Meng. Mengikut bacaan saya seorang itu graduan Oxford dan seorang lagi graduan Cambridge. Mereka ini ahli perlimen dan mengikut berita, mereka bantu secara sukarela tanpa gaji. Kalau hendak mengurangkan hutang negara yang begitu besar, bukanlah satu perkara yang mudah.

Begitu juga tindakan Tun M membawa masuk Tun Daim, Prof Jomo dan lain-lain , bukan bermakna Tun tak mampu untuk menyelesaikan masalah tapi "we need to get all the help we can get".

Kalaulah rakyat tahu dengan jelas dan terang tentang status kewangan dan masalah negara, ini memudahkan kerajaan untuk melaksanakan tindakan-tindakan yang selanjutnya.

Kita bernasib baik kerana Tun M dapat menjatuhkan kerajaan dahulu yang bermasalah, tetapi untuk betulkan semula negara kita terutamanya bab hutang dan ekonomi bukanlah mudah.

Banjo said...

Setuju dgn saudara,apa ni?dh rakyat terima dia LGE ni menteri kewangan dia buat kerja then dia laporkn kpd rakyat salah ke? Susah la mcm ni dh buat kerja pun salah klu tak lapor pun salah habis tu yg kami dok melangut tsk tau apa.Sudah2 sy tau tuan kadir pandai klu tuan kat tmpt LGE apa yg tuan akan buat? sembang kat tepi ni tak sama dgn sembsng kat tengah tuan...

Banjo said...

Cakap salah,tak cakap salah.Jadi semuanya serba salah....tah sapa yg betul ntah...

Salleh sayed ketiyax said...

Salam.

I disagree. This all should be laid out. We need to know the true state of the finances of the economy as well. The first step of correcting a problem is to admit the problem.

Is the issue with LGE because it could cause a crisis of confidence on investors? So be it. If we are this open, then they will know we mean business.

If you have a son who is an addict, and the people that can help him and cure him tells you that you have to admit that he has a problem, you wouldn’t? Who cares what your neighbours think. In the short run, they will look at you funny. But of your son is cured, they will call him back don’t worry. The rich always wants a good place to put their money.

Hell i even think all newly minted ministers call in weekly press conferences to highlight the bullshits and blights that former ministers got us in,

Salleh sayed ketiyax

OKJ said...

Salam DAKJ

Saya OKJ, pembahas Dato’ yg dah lama menghilangkan diri. Saya rasa Dato’dah lupa pun. Sekali lagi, izinkan saya aktif semula berbahas di dalam blog Dato’ ni. Saya ada hantar comment pada posting lama tapi tak appoved by Dato’. Tak apa. Saya cuba sekali lagi.

Saya ingin mengucapkan tahniah dengan usaha gigih Dato’ selama ini telah membuahkan hasil. Insyallah akan dapat Dato’ Seri lah tak lama lagi nanti tu.

Berkenaan komen dari YB Lim Guan Eng, macamnilah. Kalau Dato’ diberi satu ubat baru oleh doktor, Dato’ nak tahu tak semua kesannya termasuk tindakannya dan juga kesan sampingnya atau Dato’ nak tahu yang baik-baik je. Macam itu jugalah rakyat2 Malaysia yg telah matang dan lebih terbuka utk menerima positif dan negatifnya.

Keduanya, YB Lim kata nak menyelesaikan masalah kewangan negara dgn cara problem solving ie, melihat symptoms, membuat diagnosis dan seterusnya treatment. Waw !!!! macam Doktor Pakar merawat pesakit. Mungkin sedikit tips dari Tun Dr Mahathir kot. Sekian TQ.

edu.izham said...

Salam DAKJ

Saya salah sorg silent reader blog DAKJ namun malam ni terasa nak komen secara ringkas.

Segalanya sudah dalam keadaan yg terkawal, inshaAllah, walaupun tidak semua.

Cuma sedikit perkongsian mgkin untuk diambil perhatian

Mgkin saja hampir semua kementerian akan mengusulkan peruntukan bajet 'tambahan'. Itu adalah biasa.

Yang menjadi luar biasa adalah, usul bagaimana penjimatan setiap kementerian dpt dilakukan.

Dan bagaimana peranan menteri melaksanakan penjimatan tersebut dengan berjaya.

Itulah yg bakal membezakan kita dan mereka.

Idea penjimatan biasanya hanya dpt dari mereka yg ikhlas, bukan mereka yang berniaga.

Itu pertama.

Kedua. sara hidup, GST dan Subsidi.

Tiada jaminan GST sifar dan subsidi diberi mampu menjamin penurunan harga, kerana sikap peniaga, ada asasnya.

Rakyat jangan dimanja dengan memberi ikan, sebaliknya berilah kail yg lebih berguna.

Kail yang dimaksudkan adalah pendidikan. 7 billion br1m adalah ikan yg mudah hilang sekelip mata.

Beri pendidikan percuma, kerana ia baja yg berguna.

Ketiga, sikap rakyat.

Analogi mudah, anak yg baik adalah anak tidak mendesak memenuhi kehendaknya ketika ayahnya sedang berjuang utk kebaikan bersama apatah lagi dengan masalah menimpa nimpa..

Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian semua!

Terima Kasih DAKJ, Tun M, Members Council of Elders yg lain.. Sy nampak kesungguhan kalian, dan amat berharap mereka yang lain dlm PH turut menanggungni beban kerja.

Wsalam.

pcbahar said...

Assalamualaikum Datuk,
Boleh tak Datuk syurkan kepada kerajaan supaya menawarkan bon kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara yang sangat tinggi?

Orang macam saya tak tahu macam mana nak membantu mengurangkan beban kerajaan. Kalau kerajaan menawarkan bon saya antara orang pertama yang akan membelinya.

Abdul Khair said...

Salam, saranan Datuk adalah wajar@timely. Semoga ianya diambil secara positif oleh semua pihak. Kadang-kadang kita sebagai manusia mudah lupa bahawa hari ini kita sudah tidak memakai topi semalam. Yang lebih penting adalah untuk terus bekerja menunaikan janji yang telah diberikan. Bercakap lah apabila perlu demi untuk memberikan penjelasan supaya rakyat tidak keliru, tetapi diam lah apabila ianya lebih baik.

fendi said...

salam,

i disagree, trust is very important ..... kudos to fm guan eng for choosing to start off on the right foot.

“Honesty is a very expensive gift. Don’t expect it from cheap people.”
--Warren Buffett

Maziah said...

Fully agreed

Jojo said...

1. Saya rasa ramai tak faham maksud Datuk. Mereka kata Datuk mahu jumlah sebenar hutang dirahsiakan daripada umum. Elok Datuk perjelaskan.

2. Pada saya, apbila dah tahu jumlah sebenar hutang. Elok diberitahu dan pada masa yang sama jelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menangani hutang. Bukan umum dan umum dan umum.

3. Jadi menurut saudara Zed-85, kalau ada ijazah dari oxford atau cambridge itu layak untuk buat kerja paling kritikal untuk negara. Kalau macam tu KJ pun boleh ikut serta ;)


Proud Malaysian said...

Salam Datuk. I beg to differ with many of the points in your article. I think this truthfulness and frankness of the present ministers is refreshing and what we the Rakyat want. I am fed up with all the pembohongan, penipuan, pakai jargon teknikal dan perkataan perkataan besar of the old kerajaan to pull the wool over our eyes. Memang the Financial system is in a mess and we only now know about it as the Najib kerajaan is no more in power. We are all outraged at the scope of cheating, deception and thievery of the ex kerajaan. Many of us did not know how bad this penipuan has been going on. I am so shocked at this 1MDB scandal as the facts were not known until now. I find it outrageous and disgusting that Najib Razak has so much to comment about cara Tun M and LGE handling the finances as he is the cause of all these problems. He has no moral authority to say anything. I think Dato should be more supportive of their efforts to manage and to communicate truthfully to the Rakyat rather than to join Najib Razak and his followers to add more fuel to the fire. Thank you

Zed-85 said...

Saudara OKJ,

Saya masih ingat saudara OKJ, pengkomen lama, penyokong kuat UMNO yang selalu bercuti ke Belgium dan Hong Kong tuu..

Teringat juga saudara kata harga barang di Malaysia tak mahal, harga telur di Hong Kong lebih mahal dari harga telur di Malaysia.

Yang agak heran saya, "timing" OKJ timbul semula setelah bermula era Pakatan Harapan.

Apa pun, sallam saya ucapkan.

Saudara masih selalu pergi makan angin luar negara dengan pesawat MAS lagi?

Sa'adun Bin Sulaiman. said...

Sebelum saya memanjangkan coretan ini terlebih dahulu saya mengucap terima kasih keatas teguran Dato kepada PH dan di harap pehak PH menerima nya dengan senang hati.
Sebelum ini Tun M pernah menyatakan bahawa pehak pemangkang sukar menang kerana tiada kerjasama yang utuh. Kini setelah berjaya saya perhatikan ada pula kata kata yang tidak senada yang kedengaran dan ada pula gambar yang di viral kan terhadap DSAI. Contoh nya mengapa kelihatan kelibat Naib Pengerusi Kastaria Muda Pemuda UMNO Malaysia, Eddy Casmady. Saya khuatir fitnah yang pernah menimpa DSAI akan berputik semula.
Sepatut nya Para Menteri yang baru di lantik kurang kan lah dari mengada kan PC. Bukan kesemua para wartawan yang membuat liputan itu ingin kan kebenaran. Sebenar nya mereka mengharapkan jawapan yang "TERKUCIL" dari mulut para menteri, itu lah nanti yang akan mereka sensasikan. Maklum lah kerana baru menekmati jawatan itu maka tidak mungkin mereka yang tidak punyai akal budi akan terlepas cakap.
Kemenangan PH juga merupa kan doa Rakyat Malaysia yang ingin kan perubahan. Dan ALLAH telah mengabul kan permintaan mereka. Dengan itu saya berharap agar PH menjalan kan tugas untuk mehargai harapan Rakyat.Hentikan lah perbuatan merebut jawatan. Umum tahu bahawa DSAI ada lah P.M menanti, tapi jangan lah terburu buru untuk menuduki kerusi itu. Biar kan lah Tun M yang sudah insaf menjalan tugas nya sehingga selesaai. Sepatut nya DSAI bersyukur kerana mendapat pengampunaan tanpa syarat dari D.Y.M.M Agong. Andai kata TPM mengosongkan kerisi nya di Pandan boleh kah sesiapa mengkhabar kan DSAI akan menang!!!

Adam said...

Excellent....

Azlanzk. said...

Datuk,

I agree, there's no need to beat a dead horse as the saying goes. If you follow the US President's news story this is exactly what the administrators fear with Trump making announcement without consultation and often w/o due research and fact checking of policies and igs consequences. The administrators then end up having to claw back his actions or statements making things worse.

CNN in the course of reporting these news story th n calls past White House staffers, Chief of Staffs, policy makers, etc and describes how for instance ex-Pres. Obama or Bush and Clinton makes their decisions, pronouncement guided by all these facts, figures and protocols.

It's a bit long winded and not as direct but not everyone is like Tun Dr. Mahathir in terms of how prepared he and focus he is.

On another note, I'd like to put up a name that may be a good reference to our Gov. servants. In terms of discipline, adherence to the letter of the law and understanding that their role in protectting the US Constitution. Read up Robert Muller and Sally Yates. I think these and even Rod Rosenstein the current Deputy AG of US are model of integrity even in the face of relentless pressur from now President Donald Trump.

Manan Razali said...

Salaam DAKJ.. Saudara tersasar dalam hal ini. Yang pertama sekali membuka cerita ini kepada umum ialah Tun Dr. Mahathir (TDM). LGE hanya mengesahkan berita ini dan memberi pecahan terperincinya pada hari berikut. Jadi saya rasa tidak adil bagi saudara mensasarkan teguran kpd beliau. Sepatutnya teguran tersebut ditujukan kepada TDM kalau ya pun ingin membuat terguran.

Apa pun, saya tidak merasakan ia satu masalah utk TDM atau LGE mengumumkan hal ini kepada rakyat secara terbuka. Biarkan sahaja pasaran saham terkejut dengan berita ini buat sementara. Lambat laun pun mereka akan tahu juga bahawa Najib telah menipu semua pihak selama ini. Insyaa-Allah pasaran saham akan lakukan pembetulan yang wajar pada jangkamasa medium dan long term nanti.

zul jebat said...

Dato,pd hemat saya,tk perlu diMapadulungkn kenyataan LGE itu krn ianya telus,rakyat nkkan kebenaran.walau Daeng dari LGE,segala Mattimung nya trsurat. Andai karaengnya negetif,ianya srmentara saja
Namanya saham,pasti ada turun naiknya.sanrobone stabillh ia
LGE hanya menSultan Abdul Jalilkn apa yg benar.T.Kaseh

fauziasmara said...


Salam Datuk,

Saya rasa ramai yang ingin terlibat dalam proses menyelesaikan hutang negara dan membina semula negara.

Boleh tak di buat satu akaun bank dimana rakyat boleh memasukkan duit untuk pembayaran hutang ni. Mungkin RM5, RM10 atau lebih. Saya juga ingin menyumbang sekadar yang mampu.

Diharap kerajaan dapat memberi peluang untuk kami terlibat sama.........

m hashim said...

salam datuk...
Menteri Kewangan tu tengah bekerja lah tu...bukan duduk saja... dia sedang memaklumkan kepada rakyaat betapa terukmya keadaan Negara sekarang...berkerja tu bermacam-macam cara yg kita lakukan..ni adalah salah satu bidang pekerjaan juga..

Unknown said...

Al Lahuma,
Assalamualaikum Ybhg Dato. Saya lebih curiga dengan kesan dan tidak tanduk DSAI. Kesana kemari . Hanya berkata2. Bukan bekerja.

A KADIR JASIN said...

1. Para pembahas dan pelawat sekalian. Jangan salah sangka. Saya tidak sekali-kali menyekat hak LGE dan mana-mana pemimpin bercakap.

2. Saya tidak pun mengherdik beliau. Saya sekadar mengingatkan beliau dan, by extension, semua pemimpin Pakatan Harapan supaya berhati-hati membuat kenyataan apatah lagi ketika memaklumkan maklumat sensitif yang boleh menjejaskan keyakinan pasaran.

3. Pakatan Harapan menjanjikan ketelusan dan keterbukaan. Saya menyokong idealisme itu. Kita tidak akan sekali-kali melindungi salah laku dan salah tadbir mana-mana pihak apatah lagi salah urus kerajaan kleptokrat Umno/BN yang kita tewaskan.

4. Cuma yang saya maksudkan ialah dalam kita mendedahkan masalah besar yang dicetuskan oleh kerajaan Umno/BN kita hendaklah memaklumkan juga kepada rakyat jelata dan pasaran kewangan negara apakah langkat kita mengatasi masalah itu agar tidak menjejaskan keyakinan pelabur.

5. Hal ini lebih penting kepada GLE kerana dia adalah Menteri Kewangan yang tugas pokoknya memastikan kewangan negara berada dalam keadaan baik dan diyakini oleh semua pihak, khususnya pasaran kewangan.

Sekian, terima kasih.

Adnan Malek said...

Ada telah diwujudkan. Kelas PRA sekolah.

OKJ said...

Salam Sdr Zed

Terima kasih kerana masih ingat saya. Tempat saya bercuti pun sdr ingat. Saya dah tak naik MAS sekarang, biasa guna Saudi Air atau Oman Air. Murah sikit dan semangat patriotic dah hilang dah di zaman kleptokrasi dulu. Betul, saya masih lagi ahli UMNO tetapi pangkah PH PRU 14 baru-baru ni.

Juga betul, saya berhenti komen sekejap dulu. Sedangkan ahli korporat besar seperti Tan Sri Tony Fernandes pun boleh tertunduk dgn tekanan tersebut, inikan pula org-org kecil dan kerdil. Diugut, digertak, dilawati incomtax, dilawati Kastam (GST), pelbagai denda-denda dikenakan, cukai-cukai berganda dikenakan, cukai dikorek beberapa tahun ke belakang yg entah apa-apa, pinjaman bank utk projek baru dibekukan dan pelbagai lagi. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Alhamdulillah, harap-harap segalanya telah selesai. Tun pun menjanjikan “business friendly”. Tun Mahathir pun mengaku bagaimana tekanan dikenakan ke atas bos Air Asia.

Masalahnya, Dato’ Kadir Jasin main bantai je menggelar orang Hipokrit lah, back stabbing lah dan sebagainya. Maaf cakaplah tapi itulah bezanya diantara Tun Mahathir dan DAKJ menilai seseorang. Macam langit dan bumi bezanya.

Sorry panjang pulak. Sekian TQ.

Anwar Ab Rahman said...

Salam hormat,

Artikel tuan di Sinar Harian tak kena gaya. Tak kena cara. Langsung.

Peringatan tentang Wasiat Raja-Raja Melayu yg menyebut;

"Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yg kamu pijak dan langit yg kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu"

Maka menyebut "mereka dibayar gaji oleh rakyat jelata" adalah tak wajar & amat tidak Melayu.

Diingatkan juga sejumlah orang Melayu memilih PBBM sebagai ganti UMNO kerana dasar Melayu dan Islam yang sama. Jadi tak usahlah kita yang bernama Melayu ini berlebihan dalam hal yang tidak pun diminta-minta.

Ada hal yang lebih baik pada status-quo. Ada hikmahnya.

mencari kebenaran said...

Aku pening,sekarang ini siapa PM Malaysia Tun DRM atau LGE?

sukasamasuka said...

Datuk,

"4. Cuma yang saya (DAKJ) maksudkan ialah dalam kita mendedahkan masalah besar yang dicetuskan oleh kerajaan Umno/BN kita hendaklah memaklumkan juga kepada rakyat jelata dan pasaran kewangan negara apakah langkat kita mengatasi masalah itu agar tidak menjejaskan keyakinan pelabur."

1. Datuk, mungkin banyak pelabur yang dibawa masuk olih Mappadulung jahanam itu hanya membawa "hot money"...contohnya ECRL dimana pembayaran project itu di lakukan di China bukan di Malaysia, pelik tetapi benar.

2. Pelabur yang baik atau FDI yang membuka kilang dan memberi pekerjaan sudah lama ada di sini masa Tun jadi PM yang ke 4. Ini la fundamental ekonomi kita masih kuat.

3. Contohnya, Nestle...banyak buka kilang di Malaysia hingga 25% barangnya di eksport keseluruh dunia. Kerana Tun, Nestle jadi syarikat makanan Halal terbesar di dunia guna logo Halal Malaysia. Begitu juga Coca-Cola.

4. Harga saham Nestle/Coca Cola nampak steady, malahan naik selepas PH memerintah. Thank you LGE dan Tun.

5. Begitu juga keyakinan pelabur2 dimasa depan...mereka mau tau keadaan kewangan kita yang jujur dan terbuka.

6. Jadi apa dia definasi "...maklumat sensitif yang boleh menjejaskan keyakinan pasaran."?

7. The line between sensitive financial information and the non sensitive information is so thin that who is to define it, Datuk?

8. Perhaps we all should go back to UMNO era and her Melayu mentality?

9. Selepas May 9, jangan pula kita hanya tukar baju saja tetapi perangai macam UMNO jahanam yang dulu.

10. Let's us embrace a new Malaysia...brave...bold...open and transparent.

We have Crossed the Rubicon with Tun, our leader...there is no turning back.

Moga2an "ayahnda ku" Tun dan "bonda ku" Tun Dr. Siti Hasmah sentiasa sihat walafiat.

Sadar said...

Ya betul..

Qaws Me said...

Tak ada masalah untuk memberitahu perkara sebenar. Bermain politik dan beritahu perkara sebenar adalah berbeza makna dan takrif. Implikasi kepada ekonomi dan perniagaan saham di malaysia hanyalah sementara waktu sahaja. Akan kembali asal selepas pulih dalam masa 100 hari lagi.

Juga tak ada masalah kalau LGE di jadikan PM nanti untuk malaysia, ini merupakan kebaikan negara kerana dia akan bekerja keras melapurkan kecurangan pemimpin melayu yg sebelum ini. Menjadikan LGE sebagai PM bukanlah masalah besar (selepas perlembagaan menghalang orang bukan Islam menjadi PM di ubah). Negara dengan penduduk beragam bangsa patut memberi peluang bangsa lain meneraju negara untuk kebaikan semua penduduk. Semua penduduk mesti terima hakikat ini. Ianya adalah takdir untuk malaysia. Sekiranya melayu merasa nasib melayu terjejas teruk dengan lantikan PM dari bukan Islam, bila-bila masa pun orang melayu berpeluang menukar PM secara demokrasi pada PRU yang akan datang dengan kuasa mengundi yang ada dan bilangan melayu yang masih majoriti di malaysia.

Malaysia mesti melalui perubahan untuk maju demi survival masa hadapan. Yang penting jangan terlalu taksub atau terima secara semborono seperti penerimaan separuh orangramai terhadap apa yang dilakukan dulu oleh pimipinan Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil. Kena selalu kritikal.

Mohon maaf sekirranya komen saya tak sependapat dengan tuan tuan semua. Tulisan diatas hanya lah pendapat saya sahaja.....

Adnan Malek said...

Lebihkan Jalan Tok hingga ke kampung...rasanya rakyat ok je bayar Tok itu...scrap segala usaha Najib...contoh bangkrapkan MRT LRT dandan berikan pada rakan Mahathir yg dulu terpaksa bayar GST utk kembalikan wangnya....

Abdullah Ngah said...

Bukan sahaja Lim Guan Eng yang nampak begitu ghairah, malah Anwar Ibrahim nampak dengan jelas belum ada apa apa dah macam perdana menteri.saya tidak tahu mengapa boleh bertindak sedemikian rupa.

Kerajaaan Baru Malaysia yang diterajui Tun Dr Mahathir semacam tidak ada kerja lain selain kerja hendak menghukum orang orang Najib yang mengambarkan politik dendam kesumat.

Mengutamakan rakyat jelata tidak dijadikan hala tuju kerajaan Hala tuju sebenar ialah menyiasat dan menyiasat yang membuat rakyat jelata jadi bosan dan muak.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).