Wednesday, May 02, 2018

RABU – Rakyat Akan Buang Umno


A Kadir Jasin


UMNO-Barisan Nasional (BN) walaupun sudah hilang kedudukan sebagai kerajaan bermandat tapi ia terus menggunakan jentera kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk berkempen.

Najib melakukan upacara "pecah amanah" Hospital Pendang. Dah 18 tahun janji.
Ini adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang dan amalan demokrasi.

Tetapi ini tidaklah menghairankan pasal kerajaan Umno-BN di bawah (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) atau Pendekar Bugis, Mohd Najib Abdul Razak adalah kerajaan kleptokrasi – kerajaan yang mencuri.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.] 

Majlis dan pesta yang membabitkan jabatan kerajaan dan GLC serta GLIC terus diadakan dengan dihadiri oleh Najib sendiri.

Perbuatan ini bercanggah dengan semangat Perlembagaan yang memberi kuasa terhad kepada kerajaan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru dipanggil.

Namun kerajaan yang mencuri berbilion duit rakyat dan kemudian membebankan GST ke atas mereka tidaklah boleh diharapkan untuk menghormati semangat Perlembagaan itu.

Kalau mereka boleh melakukan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tanpa berasa malu atau berdosa, apalah sangat menyalahgunakan jabatan dan agensi kerajaan untuk kempen pilihan raya.

Penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran konvensyen ini adalah sambungan kepada berbagai-bagai tindakan songsang kerajaan Umno-BN bagi mempersundalkan demokrasi demi mengekalkan kuasa.

Kita masih ingat bagaimana kerajaan kleptrokrasi menggunakan pelbagai tipu helah untuk tidak mendaftarkan Pakatan Harapan (PH) setelah melihat bagaimana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau parti bunga raya mendapat sambutan luar biasa dan spontan daripada orang Melayu.

Umno-BN amat takut pakatan pembangkang menggunakan simbol tunggal seperti yang dilakukan oleh Umno-BN untuk sekian lama.

Dengan memperalatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kerajaan kleptokrat Umno-BN (ada orang kata singkatan BN itu bermaksud Bini Najib) telah membubarkan PPBM.

Umno-BN melihat PPBM sebagai pemangkin pakatan pembangkang walaupun di hadapan orang Melayu ia berkata PH dipacu oleh DAP.

Alhamdulillah niat buruk Umno-BN itu digagalkan oleh Mahkamah Tinggi yang mengarahkan supaya perintah ROS terhadap PPBM itu dibatalkan.

Umno-BN lagilah kecut perut apabila parti-parti PH bersetuju menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai simbol tunggal mereka.

Pakatan Harapan guna lambang PKR
Umno-BN sekali lagi mencari helah baru untuk menggagalkan usaha PH.

Pada hari penamaan calon 28 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah hilang akal dalam usaha menyulitkan calon-calon PH-PKR mendaftar diri sebagai calon.

Alhamdulillah, sekali lagi niat jahat Umno-BN gagal kerana hanya seorang calon Parlimen PH dan enam calon Dewan Undangan Negeri disekat daripada bertanding atas pelbagai alasan teknikal.

Sabotaj Umno-BN ini akan berterusan sehinggalah selepas pusat-pusat mengundi ditutup pada jam 5 petang 9 Mei ini.

Pelbagai tipu helah dan taktik kotor akan mereka gunakan. Pihak PH telah mendapat maklumat bahawa ada tukang kempen Umno-BN berbohong kepada orang kampung dengan mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad masih menggunakan lambang dacing.

Malah mereka sanggup berdusta kepada orang kampung yang mereka anggap bodoh bahawa jika mereka nampak Tun Dr Mahathir dengan lambang PKR, itu sebenarnya adalah palsu dan berupa sabotaj pembangkang terhadap Dr Mahathir.

Hatta ketika pengundian sekali pun mereka akan cuba menggagalkan hasrat rakyat untuk berubah dengan menggunakan taktik kotor dan ancaman.

Ketika mengira undi, ejen-ejen Umno-BN akan menggunakan pelbagai tipu helah untuk mendapatkan setiap undi bagi calon mereka khususnya dalam kiraan undi ragu.

Dulu ketika mereka kuat, Umno-BN mengatakan bahawa pilihan raya adalah bebas dan undi adalah rahsia. Sekarang bila mereka sedar mereka akan kalah, mereka gertak pengundi bahawa undi mereka boleh dikesan.

Sasaran utama kempen tipu ini adalah orang kampung, peneroka Felda, kakitangan awam, anggota polis dan tentera.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang kini adalah Naib Presiden PPBM berulang kali memberi jaminan bahawa undi adalah rahsia dan SPR tidak akan tahu siapa mengundi parti mana.

Jadi beliau berkata, jangan takut untuk mengundi menjatuhkan BN.

Umno-BN juga akan terus tabur duit. Bukan duit Najib tapi duit kita sendiri yang dikutipnya melalui GST dan macam-macam lagi cukai dan yuran.

Umno-BN bagi kita ambil. Tak cukup minta lagi. Takkanlah harga diri kita hanya dua kilo beras pecah dan satu kilo gula?

Hampir dengan hari mengundi, Umno-BN mungkin hantar lori bawa segala macam peralatan elektrik percuma. Ambil tapi jangan jadi hamba dan pengemis dengan mengundi BN. Ambil habuan kita tapi jangan pangkah dacing.

Akhir sekali kita yang mahukan perubahan untuk menyelamat dan membina semula negara kita yang dicintai ini kenalah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan sekiranya Umno-BN kalah tipis.

Pelbagai tipu helah dan provokasi akan mereka lakukan untuk mensabotaj kehendak rakyat jelata.

Selebihnya kita berserah kepada Allah yang Maha Esa agar niat baik kita diberkati dan kita dijauhi segala musibah.

Ingat Rabu – Rakyat Akan Buang Umno.

Insya Allah.

42 comments:

Waghih said...

AsSalam Datuk ...

Limo kali PRU ...sebagai caretaker PM Turn M pergunokan kroni dan proksi promosikan diri dan kuncu .

Limo kali PRU ... sebagai caretaker PM , Turn M tikam belakang Timbalan dio .

Limo kali PRU ...sebagai caretaker PM , Turn M pastikan sumo lawan masok Kemunting .

Limo kali PRU ...sebagai caretaker PM , Turn M anak tirikan Kelantan , Sabah dan Sarawak .

PRU ke enam ni ... adokah hajat Ultrakiasu DAPiss tertunai dgn sokong Turn M ...Skru Melayu ?

RABU ...
Rakyat Akan Bersamo Umno .

Waghih.

Mohd Azam Mohd Yusof said...

Andai pas masih dalam pakatan kemungkinan menang ada tapi pertandingan tiga penjuru akan memecahkan undi..sukar bagi pakatan kali ini..sg besar dan kuala kangsar menjadi saksi..ada kah akan berulang kali ini..jangan terlalu yakin..semua parti yakin akan menang.

Jidin said...

Tksh Datuk mudah2han singkatan RABU ini akan menjadi kenyataan insyaAllah...

ir. miringila said...

Selamat Datuk.

Yang saya paling seronok jika PH menang, ialah kemenangan tanpa penyertaan Parti Islam SeMalaysia.

Terima Kasih Datuk.

fauziasmara said...


Salam Datuk,

Najib tawarkan ibadat haji percuma dengan menggunakan duit IMDB.

Kita juga boleh tawarkan ibadat haji percuma dan istimewanya perjalanan ke Mekah menggunakan kapal layar IMDB.

Mohd Sufian said...

Talkinkan umno RABU niii

Mat Muar said...

Betul ke RABU ni Rakyat Akan Buang Umno? Setahu saya RABU ni Rakyat Akan Buang Undi je.. he he

Yusop Hj Ahmad said...

Ada kelompok kelompok manusia yang masih dibuai lena, tidak mau berpijak dibumi nyata masih berselubung didalam kepompong kemenangan sejak tahun 1957 sehingga era PRU 13.Kamu kamu adalah kelompok kelompok "sore loosers".Kamu tidak mahu terima apa itu erti kekalahan sehinggakan kamu jahil tak tahu apa itu sebenarnya kekalahan.Kamu mengandaikan rakyat keseluruhannya masih seperti dulu bodoh dan mudah diputarbelitkan.Pada 09/05/18 nanti rakyat akan membuat perhetungan dan insyaAllah kamu kamu semua akan diTERAJANGKAN.Bersedialah kamu kamu untuk menghadapi kekalahan.Sekiranya ditakdirkan kamu menang,biasa ler kami dah pernah mengalami kekalahan dan seterusnya kami akan bangkit selepas itu.Tetapi kalau kamu kalah,tidak sahaja kamu kalah,bahkan kekalahan akan datang bersama sama MUSIBAH.

Ady Unixmoment said...

sudah tiba masanya untuk umngok menjadi pembangkang

Budak jawa said...

Assalamualaikum wbt

Ybhg dato',

Serangan saat akhir berbentuk msg mengenai ancaman terhadap bangsa melayu dan agama islam akan dimainkan untuk menakutkan pengundi melayu islam supaya tidak mengundi ph.

Ph perlu buat faq short and sweet utk counter msg sebegini dan blast segera.

Sekian, terima kasih.

Budak jawa

Kluangman said...

BN boleh ditewaskan..
Tetapi bolehkah tangani TIPU..
Buang undi hanya formaliti..
Keputusan sudahpun ada di tangan

Rimpak Estestika said...

Tak cukup dengan Tun Mahathir dimalukan oleh akhbar arus perdana dengan tulisan besar-besar di muka hadapan akhbar bertajuk “Mahathir Berbohong”, pihak polis pula tiba-tiba membuka kertas siasatan ke atas Tun Mahathir di bawah akta berita palsu.

Dengan strategi untuk memalukan dan memburuk-burukkan imej beliau tidak menjadi, kerajaan BN bertindak untuk menekan dan membuli manusia kebanggaan rakyat yang berusia 93 tahun ini. Apakah kerajaan sudah begitu terdesak?

Kapal terbang yang biasa beliau gunakan ke sana ke mari tiba-tiba rosak menjelang hari penamaan calon. Beliau mendakwa ada kemungkinan disabotaj. Sepatutnya siasat lah dakwaan beliau, bukannya MENYERANG beliau bertubi-tubi.

Dalam kehangat suasana berkempen dalam pilihan raya seperti sekarang, sepatutnya demokrasi diraikan. Bukannya cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat dengan penggunaan sesuatu akta yang diragui niat disebalik penggubalannya. Peraturan-peraturan baru yang tak masuk akal seperti permohonan permit dalam tempoh 10 hari yang bersifat menekan dan menyekat hak dan kebebasan rakyat.

Bila seorang MB dirakam secara terang-terangan menghasut segerombolan anak muda supaya melakukan keganasan ke atas mereka yang memusuhi BN dengan melingkupkan meja-meja di kedai kopi, tiada satu pun kertas siasatan dibuka oleh pihak polis.

Beliau sebenarnya boleh disiasat di bawah atas Akta Hasutan kerana menghasut tetapi tiada apa-apa tindakan dilakukan oleh pihak polis. Begitulah penguatkuasaan undang-undang di Malaysia ini. Kesama-rataan disisi undang-undang hanyalah omong-omongan.

midzilob blog said...

Kalau RABU (Rakyat Akan Buang Umno) maka pada KHAMIS (Kerajaan Harapan Akan Memerintah InSya Allah)

Waghih said...

Datuk ...

Beware ...

You Never say NO to PM ...

Waghih.

sirahak said...

nampak sangat PH ini dah rasa rasa nak kalah terok pilihanraya 14 ni.(terutama calon calon PBBM dan amanah YANG AKAN KALAH dengan keputusan yangb memalukan mereka , PKR pun 50-50 jer, yang pasti menang besar calon nyer ialah dari calon cina DAP sahaja)jadi kena siap sedia alasan alasan konon kalah kerana di sabotaj oleh BN, di sabotaj oleh SPR dan lain lain.Taktik ini memalukan...(taktik budak budak mentah)...cuba terima hakikat yang PH bergantung hanya pada tuduhan liar, dan tujuan self interest parti parti Ph tu..

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Tindakan memotong gambar Tun M ini, tindakan yang bodoh.

Nampaknya mereka ini ketinggalan zaman. Zaman sekarang zaman IT bukan zaman purba.

Gambar Tun hari-hari keluar dalam Youtube, macamana potong gambar Tun M dalam youtube dan whatsapp?

Saya heran kerja-kerja macam ini pun nak buat.

Walaupun macam-macam rintangan, nampaknya sambutan di Johor dan Sabah untuk Pakatan Harapan sangat menggalakkan.

Abdullah Ngah said...

Tidak dinafikan rakyat jelata hendak buang umno/BN pada PRU 14 ini,Macam mana nak buang umno sedangkan pakatan harapan tolong bantu umno dengan pertandingan tiga penjuru seluruh negara. nampak jelas umno masih tidak boleh dibuang oleh rakyat, kerana dibantu oleh Pakatan harapan dengan pertandingan tiga penjuru. Bayangkan undi melayu pecah tiga, manakala undi china solid.

ANUAR CHE MAHMUD said...

PH sebenarnya syok sendiri rasanya. Ab.kader Jasin nama henat dulunya tetapi seikarang lagi hebat namanya kerana pakar dalam m,anipulasi dan menipu maklumat...memang hebat...tapi tengoklah pada dirinya....

sukasamasuka said...

Datuk,

1. Aku tidak nampak apa apa pun pada hari RABU depan ini, Datuk...sama ada di ADUN aku atau pun di Parlimen aku.

2. ADUN dan Parlimen aku adalah antara kerusi yang paling panas di Sabah dan diMalaysia hingga PM Najib beberapa kali sudah datang.

3. Dalam keadaan aku yang masih kurang sihat ini...orang rumah tak benarkan aku drive 6 jam keluar kampung melalui gunung ganang dan sungai untuk buang undi.

4. Aku tidak undi UMNO lagi, tetapi UMNO dan BN tatap menang dikawasan aku.

5. Entah kenapa pula tiba2 saja, selepas penamaan calon, ada 5 buah parti pembangkang bernafsu mau bertanding dalam kawasan aku kali ini...maka perlawanan 6 penjuru la.

6. Aku faham la kalau PAS bertanding...biasa la walaupun tidak pernah menang.

7. Tetapi...persoalannya, ada ke Amanah (ex PAS memeber) pun berharap mau tubuh Kerajaan Negeri dengan hanya 2 calon di seluruh Sabah?

8. Strategi apa ini semua?

9. Beratnya hati aku mau mengundi...padahal mungkin kali ini saja la peluang aku dapat berjalan untuk mengundi bukan UMNO buat pertama kali dalam hidup aku.

10. Aku kecewa.

fauziasmara said...


Salam Datuk,

Ini kata Najib,

“Pembangkang kata kalau dia ada kuasa, ECRL dia nak batalkan. Batalkan ECRL ini syarikat milik penuh China"

“Yang buat (projek ECRL) itu CCCC. CCCC milik 100 peratus kerajaan China. Kalau dibatalkan kerajaan China kata kami takkan hantar pelancong ke Malaysia"

“Apa lagi? Dia pembeli terbesar kelapa sawit kita. Kalau dia kata China takkan beli kelapa sawit kita... Felda pun tersungkur nanti. Tertiarap kita nanti.

“Itulah dia, inilah keadaan sekarang, kalau tidak boleh uruskan dengan dasar-dasar yang jelas, rosaklah (negara) kita,” katanya

ADAKAH KITA DAH KENA PERAS UGUT?

Kita seolah TERPERANGKAP dengan ALONG......

sukasamasuka said...

Datuk,

Apa jadi di Melaka?

Abang ipar aku hardcore UMNO masa kerja jadi cikgu di Sabah.

Sudah pencen balik Melaka, dia jadi hardcore PAS dan selalu melewat Serambi Mekah dengan geng2 orang masjid.

Semalam, my sister called me, mereka sudah gantung bendera PAKATAN dekat pagar rumah.

Wow!

sukasamasuka said...

Datuk,

1. Semalam terjumpa kawan (orang Malaya) masa kupi kupi...orang Kementerian Dalam Negeri (KDN)...dan dia kabar banyak kawasan di Sabah yang sudah mereka (KDN) klasifasikan as "black area"...kawasan dimana pembangkang lagi kuat dari BN...dan KDN jangkakan BN akan jatuh...ini bukan aku yang cakap ok.

2. Suatu ketika dulu...ada tu dalam sejarah...bila BN (Berjaya) kalah di Sabah olih PBS (dulu pembangkang, sekarang ni sudah jadi komponen BN la)...terjadi rusuhan kaum di jalanraya dan banyak bom meletup dalam tong sampah...ini pun bukan aku yang cakap.

3. Kalau baca Watsup dari kawan2 dari Malaya dan Sabah...macam sudah tiada itu UMNO dan BN.

4. Watsup family tidak banyak berpolitik demi jaga keharmonian...sikit2 sindir di sana dan di sini tu memang ada la.

5. Aku sudah stop isap rokok seludup lepas operation jantung...bukan pasal rokok tetapi rehat dulu la selepas hampir 50 tahun isap rokok...lain la kalau UMNO kasi rokok free, mau juga isap balik.

fauziasmara said...


Salam Datuk,

NAJIB TABUR DEDAK LAGI DI LANGKAWI

Menurutnya sebuah SYARIKAT DARI CHINA akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk menghasilkan 40 video promosi tentang Langkawi untuk tontonan kira-kira 980 juta orang di negara itu dan 10 juta orang di Malaysia.

Ini juga kata Najib beberapa hari lepas:

“Yang buat (projek ECRL) itu CCCC. CCCC milik 100 peratus kerajaan China. Kalau dibatalkan kerajaan China kata kami takkan hantar pelancong ke Malaysia. (MAKSUDNYA NANTI KITA AKAN DIUGUT)

“Ada kedai bebas cukai (tetapi ) tak ada orang (datang) dah. Tauke kedai lap saja meja hari-hari. Ini bukan main-main, kawan-kawan,” kata Najib.

**************************

Apa pula yang akan terjadi pada Langkawi:

1) Pelancong China akan mendominasi Langkawi dan pelancong EROPAH dan ARAB akan BERALIH ARAH.

2) China terutamanya CCCC akan demand untuk DIRIKAN HOTEL UNTUK PELANCONG MEREKA termasuklah HOTEL BUDGET, apa akan jadi pada industri hotel tempatan, sanggupkah bersaing terutamanya harga bilik?

3) Pekerja China akan diambil bekerja dan orang tempatan menganggur kerana HOTEL TEMPATAN terpaksa diTUTUP disebabkan tidak mampu bersaing.

4) Industri KERETA SEWA akan dimonopoli oleh pemilik hotel dari China dimana mereka menyediakan kereta dan bilik.

5) Begitu juga kedai cenderamata. Mereka mampu menawarkan pada harga yang lebih murah.

6) Mereka akan monopoli kedai BEBAS CUKAI.

7) Mereka akan sediakan kedai makanan China. Adakah kedai makanan melayu akan bertambah maju?

8) Najib baru-baru ini ada mengatakan tentang Pulau Juju:

Najib kemudian menceritakan bagaimana perbalahan antara Korea Selatan dan China pada tahun lalu menyaksikan Beijing mengharamkan pakej lawatan ke Pulau Jeju.

Pada satu ketika dahulu pelancong China dilaporkan menyumbang sehingga 80 peratus pengunjung ke Jeju. Pulau itu kini dikatakan hampir sunyi akibat perbalahan kedua-dua negara berkenaan.

Maksudnya suatu masa nanti terpaksalah penduduk dan pengusaha di Langkawi serta kerajaan SELAMANYA TUNDUK KEPADA CHINA.

9) Langkawi akan menjadi tempat pelancungan "low class".

10) Aparment dan condo akan dibina dengan banyaknya di tepi laut dan dijual pada rakyat China.

11) Ia akan menjadi FOREST CITY KEDUA selepas di Johor yang akan didiami oleh warga China dan sesetengah kawasan hanya boleh dimasukki oleh warga China sahaja.

12) Orang melayu menjadi penduduk minoriti dan bekerja dengan pengusaha dari negara China.

13) Semasa semua ini terjadi, Tun dah tiada untuk jadi penyelamat.......


Persoalannya:
Sanggupkan orang Langkawi menghadapinya........kalau sanggup maka undilah BN.......

Mr.Tai-pan.Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Fellow³ Sahabat² MY..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Pengkhianat Melayu @Prime Munafiq @Penyangak MY)"

-------

MY 2k18 - A New Dawn Emerging

-Tahniah Datuk Maestro for another wonderful piece.. May Allah SWT bless & protect U always.. Don't stop the momentum dear Sir, do stay sleek & sharp.. :-)

-Juga congrats to all Our Fellow³ Sahabat² disini yg masih terus cekal & teguh berdepan dgn segala 'Anasir Macai Kleptokrat'.. Mereka ini semua ada di kalangan kita dgn tanpa segan silu mempertahankan golongan pengkhianat negara MY.. Sungguh taktau malu mereka semua ini..

-Rakyat Marhaen TANPA MENGIRA 'etnik & warna kulit & fahaman agama' di MY telah tidak sabar lagi utk MENZAHIRKAN penolakan terhadap rejim penyangak yg telah menzalimi Rakyat Marhaen dgn GST... GST = Grand Systematic Theft!

-Tindakan 'Persempadanan Semula' & 'Anti-Fake News Act' sebenarnya telah "membenamkan paku keranda yg terakhir" terhadap AhJibGO & the Gang... CHECKMATE!

-Tindakan tidak saksama 'ROS, SPR & Pihak Berkuasa Beruniform' terhadap Rakyat Marhaen telah menambahkan lagi TEKAD PERUBAHAN RAKYAT... Memang tidak boleh dihalang lagi!

-Segala dolak-dalik & madah-helah utk menerangkan skandal 1MDB sememangnya TAK BERMAKNA LAGI.. KITA SEMUA dah FED-UP!

-Kali ini TSUNAMI RAKYAT MY akan memBENAMkan rejim kleptokrat FOR SURE.. Segala nya JELAS TERANG Rakyat Marhaen menolak GST.. Sistem Cukai Yg Zalim.. Hanya yg BODOH BEBAL BENGAP sahaja yg meNAFIkan HAKIKAT INI!

-KITA SEMUA perlu pulihkan MY.. Its now or never.. This Is It!

-Moga Allah AWJ perkukuhkan semangat & iltizam SELURUH RAKYAT MARHAEN kearah MALAYSIA BARU... Ameeenn!

-------

"...to be is to do."
-Aristotle

"A man who stands for nothing will fall for anything."
-Malcolm X

"To hear courteously, to answer wisely, to consider soberly, and to decide impartially."
-Socrates

-------

"Fight The Battle AND ULTIMATELY Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ guides US ALL MALAYSIANS towards Righteousness**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion IS Dead"
"Diplomacy IS Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: A New Year.. A New Hope.. A New Beginning.. Viva³ MY² :-)

#Malaysia.Tanah.AirKu

#Tanah.Pusaka

#Bahtera.Merdeka

afif Hk said...

As salaam Datuk... sye ada di depan Datuk ni di Baron..hehe

Hakimi Abdul Jabar said...

I've already written an Asia Times article on this grave matter. The Kleptocracy Operating System (KAOS) not only steals your monies, KAOS steals your votes too!
Put An End to KAOS !

Come 9.5.2018, I'm only voting for the Pakatan Harapan candidates & urge my Malaysian readers, fan & clientele, friends & family to do the same!

http://www.thesundaily.my/news/2018/05/07/pelabuhan-klang-has-1029-phantom-voters-says-charles-santiago

http://www.atimes.com/restoration-electoral-integrity-must-top-priority/

Abit Pusher said...

Boleh menang ke PH dato'

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / a'lai / kum.)
Baru2 ni aku ada tebaca satu tulihsan Dr Asri, mufti Perlih, yg aku rasa cukop menarik bertajok :

"MEMILIH PEMIMPIN POLITIK BUKAN SEPERTI MEMILIH IMAM SOLAT"

Dlm tulihsan tu antara lain dia bependapat "...., pandangan sesetengah pihak supaya pilih calon pilihanraya orang yang kelihatan kuat atau ada pengetahuan agama TANPA menilai kemampuan individu itu dalam urustadbir politik merupakan satu kesilapan yang menyanggahi petunjuk Nabi s.a.w dan para sahabah baginda.
9. Namun, jika ada tokoh yang kuat beragama dan tangkas dalam urustadbir politik maka pasti itulah yang terbaik. Inilah sebabnya Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali dipilih. Bukan kerana sekadar kuat beribadah, tetapi kukuh pengetahuan agama dan tangkas dalam bidang politik.
10. Namun, jika sekadar imam dan ustaz semata terus kita lantik tanpa menilaikan kemampuan urustadbir yang baik (good governance) maka itu merupakan satu kesilapan di sudut agama dan juga kebijaksanaan hidup. Maka kenyataan sesetengah pihak yang menyamakan pilihan imam solat dengan pilihan calon pilihanraya merupakan satu kesilapan."

Aku rasa pendapat orang 'alim macam Asri memang payah nak junpa zaman laa ni, di zaman orang barat kata 'pasca kebenaran' (post truth), dimana fitnah dan tipu kering atau 'bare faced lying' jadi lazim, atau satu norma...
Dlm buku "The opposite of hate", oleh Sally Cohn (dari CNN), dia cuba bincang bab ni, di mana pengarang tu
tulih, apabila kita ditipu,
tindak balaih mula biasanya ialah mewajagkannya, kumudian lepaih beberapa waktu baru kita mola nak musykil
dan jadi lebih kritikal. Tapi kalu tipu tu mai banyak2 atau 'betali aruih' kita akan tehakih daya tapih dan munkin
akan terima tipuan tu sebagai sesatu yg seadanya....
Teringat aku pd satu ayat dlm suroh Aali Imrom : " وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Yg maksud lebih korang " dan orang-orang itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu.
Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya/perencana " ( disunting dari tafsirq.com ). ( ayat 54 ).
Balik pd pandangan Asri tadi, munkin ada betoinya, orang yg dibuboh panggilan 'ustaz', misallannya,
tiba2 rasa fakih dlm uruih tadbiag negara dan maknusia.
Maka bulih belaku ketidak 'adilan dan kerosakkan, yagni bila di buboh sesatu pada bukan tempatnya. Wallahu a'lam.
Maghap no.
Aku.

Tia Rosa said...

Kamu nak undi seorang pencuri jadi PM? Allah dah beri otak tu... fikirlah

Mohamed Salleh said...

Ambo setuju dgn singkatan ni..kekalkan momentum. Kebarangkalian kali ini nampak jelas...peluang terbaik..dan peluang ini tidak akan berulang ..fikirkan.

Lee Watt said...

Hello again, friends!
Rakyat
Angkat
Buang
U-all

I am eagerly waiting for election day. It is so obvious the Pakatan Haprak will get rejected. Mahathir is such a great asset for BN. BN only needs to shoot at him, and the rest in Pakatan get hit also. I'm suspecting he is actually a double agent for BN. So effective HAHA!

By the way, if Bersatu wins just 5% of the seats it is contesting, I will run naked at Chow Kit when the results are announced.

mmm said...

Saya doakan tuan cepat sembuh. Saya selalu mengikuti tulisan2 tuan disini.

fauziasmara said...


Salam Datuk,

PH akan menang 2/3. InsyaAllah...


fauziasmara said...

Salam Datuk,

Untuk tubuh kerajaan Kedah, mungkin DS Mukhriz boleh tarik Adun BN istihar sokongan pada PH.

Beliau mungkin lebih rapat dengan mereka.

Terima kasih Datuk.

fauziasmara said...

Salam Datuk,

DS Najib akan membuat sidang media esok.

Boleh ka?

Selama ni Tun tak boleh gunakan tv, maka adakah beliau boleh gunakan sedangkan beliau bukan lagi PM.

Amanat Tun baru baru ni hanya disiarkan di facebook....

RD. said...

Lee Watt.

I'll be waiting for you to run naked in the streets of Chow Kit.

TOOLBOX said...

Tahniah rakyat Malaysia
Terima kasih Datuk Kadir

Toolbox

sukasamasuka said...

Datuk,

Adun aku...Warisan menang, umno hancur
Parlimen...Warisan menang, PBS (BN) hancur

Maka mati la umno di Sabah.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / a'lai / kum.),
Aku sekali lagi ni, mintak nak komen pasai kemenangan 'begaya' geng2 hampa, dan nak tegog sikit,
pasai banyak ulasan aku dok baca sana sini, munkin aku telepaih pandang dan dengag, tapi tak dak lagi
ada yg ucap 'alhamdulillah'. Aku ulang, kalu aku telepaih pandang atau dengag, mintak manghap banyak2 no.
Aku ingat lagi almarhum TGNA, bila menang tahun 1990, tak salah aku dia juga suroh amati suroh al-insyiroh,
yg aku kopipeh dibawah ni, dgn maksod dia secara kasag :
. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ"
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu,
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

Antara lain yg aku paling minat dlm suroh ni, bila dia suroh apabila siap satu2 tugaih, cepat2 buat atau mola tugaih yg lain, besunggoh sunggoh (bejihad).
Munkin kemenangan ni hanya satu pemulaan ('only the beginning').
Dan pegangtongan hanya pada Allah S.W.T.

Dan almarhum Tok Guru jugak kata, tak salah aku, kena cepat2 dan banyak2 istighfar, pasai dlm dok hangat2 kerja2 kempen,
kemunkinan telanjog cakap atau buat salah memang ada.
Jadi 3 pekara Kadiag,
1. Ucap syukog,
2. Amati suroh al-insyiroh, dan
3. Istighfar.
Bejihadlah untok isikan kelapangan yg Allah bagi dan tahni'ah. Dan kalu kesempatan, tulong
kirim salam aku kad geng hang dari tongkang yard tu no.
Mintak maghap no,
Dgn rendah dari,
Aku.

Lee Watt said...

Mister RD,
I am true to my words. Unfortunately, I was prevented by some people against doing that. They say it's against the law. So unfortunate! But I must respect the law.

(Lee Watt: actually a secret long-time supporter of Tun Mahathir and Bersatu)

ymase said...

Alhamdulillah RABU did not let me down.
Tq everyone.

Sadar said...

Pak usop org islam ke tidak? Nape ckp gitu

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).