A Kadir Jasin
PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengikut laporan media massa ( versi Utusan Malaysia 28 April) sebak ketika mengakhiri penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Kesembilan di Dewan Rakyat.
Menurut akhbar itu, Perdana Menteri sebak ketika meminta maaf jika berlaku kekurangan dan kesilapan di dalam tindakan beliau selama ini.
Terdahulu, beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan niat ikhlasnya membangunkan negara dan memerangi rasuah.
Beliau mengaku yang dalam usahanya menjayakan pembangunan negara sudah tentu terdapat kesilapan dan kelemahan.
Saya berani mengatakan bahawa tidak banyak orang dan pihak yang mempertikaikan niat ikhlas Perdana Menteri membangunkan negara dan memerangi rasuah.
Hanya manusia yang paling jahat sahaja akan berniat jahat melakukan sesuatu dan hanya manusia yang busuk hati sahaja berfikiran buruk terhadap niat orang lain.

Di sini, saya ingin mendahului dengan meminta ampun dan maaf jika apa yang akan saya kata dan perkatakan seterusnya bersifat personal dan mendedahkan sesuatu yang bukan pengetahuan umum.
Tulisan kali ini juga mungkin lebih panjang tetapi saya berasa perlu mengupas dan memahami rintihan Perdana Menteri secara terperinci.
Harapan Masih Kepada Abdullah
Pertama, saya bukanlah orang yang rapat dengan Perdana Menteri. Namun pada waktu-waktu dan kesempatan tertentu, saya pernah berbincang mengenai banyak isu dan perkara dengan beliau;
Kedua, saya menaruh harapan yang besar terhadap Abdullah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1999 dan seterusnya menamakan beliau bakal Peradana Menteri. Saya menulis beberapa buah rencana dalam bahasa Melayu dan Inggeris menyatakan harapan dan keyakinan saya terhadap beliau;
Ketiga, apabila Abdullah diambil semula oleh Dr Mahathir untuk menganggotai Kabinet pada tahun 1991, saya kebingungan kerana Abdullah adalah antara anggota utama "Team B" yang menentang Dr Mahathir dalam pemilihan Umno tahun 1987.
Apabila saya bertanya Dr Mahathir rasional pelantikan semula Abdullah, beliau menjawab: “Kerana Umno mahukan beliau.” Abdullah menang tempat kedua pemilihan naib presiden Umno tahun 1990;
Keempat, apabila Abdullah menjadi Timbalan Perdana Menteri saya mengunjunginya di Putrajaya. Yang pertama Abdullah tunjukkan kepada saya adalah ayat al-Quran yang disangkutkan berhampiran pintu masuk pejabatnya. Abdullah menterjemahkan maksudnya untuk pengetahuan saya.
Dalam pertemuan itu, saya bertanya Abdullah: “Adakah orang Melayu dan Umno penting kepada Datuk Seri?” Dia menjawab spontan, “Tentu.” Saya membalas; “Then the media is important to you.” (Kalau begitu media massa penting bagi Tuan);
Kelima, pada 30 Disember, 2003, dua bulan selepas Abdullah menjadi Perdana Menteri, saya mengunjunginya di pejabatnya – pejabat yang sebelum itu dihuni oleh Dr Mahathir – dan sekali lagi kita berbincang mengenai media massa, mengenai kawan-kawan yang tidak boleh kita abaikan (kawan dulu yang sama berjuang...) dan mengenai perlunya beliau mempunyai perisikan ekonomi (economic intelligence) yang bertaraf dunia.
Di pertemuan yang sama, kami mendapati bahawa kami memakan ubat yang sama untuk masalah yang sama. Hanya “dosage” Perdana Menteri lebih tinggi. Maklumlah tekanan ke atasnya juga lebih tinggi; dan
Isu Polis Uji Komitmen PM
Keenam, pada hari penamaan calon pilihan raya umum 2004, saya menemui Abdullah di rumah orang tuanya di Bertam, Kepala Batas dan mengiringinya ke pusat penamaan calon.
Di situ saya bertanya Perdana Menteri mengenai kesungguhan beliau mengenai polis kerana tidak lama sebelum itu, pada 4hb Februari, beliau mengumumkan penubuhan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia. Saya adalah antara anggotanya.
Beliau berkata beliau serius. Saya berkata beliau tidak perlu menunggu Suruhanjaya membuat perakuan untuk memulakan proses membaik pulih pasukan polis.
Pada penghujung tahun 2004, di majlis Anugerah Kewartawanan Malaysia oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI), saya sekali lagi bercakap dengan Perdana Menteri mengenai Suruhanjaya. Kali ini saya memaklumkan bahawa Suruhanjaya telah mula menulis laporannya dan apa yang akan didedahkan tidaklah semuanya positif.
Saya berkata imej ahli Suruhanjaya tidak penting. Yang penting adalah imej beliau dan Kerajaan kerana Suruhanjaya itu adalah ilham beliau sendiri. Oleh sebab itu beliaulah yang memikul harapan orang ramai. Respons Perdana Menteri serupa dan tegas: “Saya serius.”
Sentimen yang sama dinyatakan oleh semua ahli Suruhanjaya apabila menyerahkan laporan itu kepada Abdullah di Putrajaya pada bulan Mei 2005. Perdana Menteri mengulangi ikrarnya.
Saya terpaksa bercakap panjang lebar mengenai Suruhanjaya ini kerana inilah antara niat dan janji Abdullah yang saya rasa saya mengetahuinya kerana saya terbabit langsung dengannya sejak awal.
Ia adalah “marker” seperti yang digunakan oleh seorang doktor untuk menguji sama ada seseorang itu mengidap penyakit yang disyaki atau tidak. Suruhanjaya Polis, bagi saya, mengukur niat dan iltizam Perdana Menteri.
Saya tidak berani membuat penilaian dan kesimpulan mengenai apa yang telah terjadi atau tidak terjadi dengan laporan itu. Memadailah saya katakan bahawa masih banyak sungutan dan rungutan orang ramai yang disampaikan kepada Suruhanjaya dua tahun lalu masih kedengaran hari ini.
Yang saya rasa perlu disebutkan dan difahami ialah niat baik Perdana Menteri tidak semestinya mendapat sambutan yang baik juga.
Polis Bantah Niat Baik Abdullah
Cadangan beliau Januari lalu untuk melaksanakan cadangan Suruhanjaya agar Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Pemantauan PDRM (IPCMC) diwujudkan telah ditentang hebat oleh polis dan oleh sesetengah Ahli Parlimen Barisan Nasional, khasnya yang mewakili Umno.
Kesimpulannya, kalau hari ini ada pihak yang mempertikaikan niat ikhlas Perdana Menteri membangunkan negara dan memerangi rasuah, maka yang teratas sekali adalah PDRM dan Ahli Parlimen BN.
Saya rasa ada perbezaan di antara Ahli Parlimen dan wakil rakyat “mengingati kita, memesan kepada kita, tegur kita” (petikan ucapan Abdullah oleh Utusan Malaysia) dengan mereka membantah cadangan menubuhkan IPCMC.
Kalau pasukan berpakaian seragam dan berasaskan disiplin dan taat setia seperti PDRM boleh secara terbuka membantah dan, sekali gus, mempertikaikan “niat ikhlas” Perdana Menteri, tentulah pihak-pihak lain, khasnya yang tidak bergantung pada Kerajaan, boleh mempertikaikan “niat ikhlas” beliau?
Di Parlimen, nampaknya Perdana Menteri, di akhir-akhir ini, lebih banyak mendapat sokongan kuat dan padu daripada Pembangkang mengenai cadangannya menubuhkan IPCMC dan tindakannya membatalkan projek jambatan daripada partinya sendiri. Ini tentulah tidak membantu menguatkan kedudukan beliau.
Niat, dalam konteks Islam, adalah antara peniat atau pembuat niat dengan Allah. Manusia lain tidak mengetahuinya kalau tidak diberitahu oleh peniat. Sebab itulah bila kita berniat dengan nama Allah, kita lafaskan nawaitu kita itu secara diam-diam dalam hati.
Tidak payahlah saya mengajar itik berenang dengan menceritakan kisah Usamah bin Zaid yang membunuh seorang askar musuh walaupun askar musuh itu sudah mengucap dua kalimah syahadat kerana Usamah mencurigai niatnya.
Perdana Menteri lebih maklum dan saya mengakui beliau sebagai cukup arif dalam soal hukum hakam agama. Tetapi Perdana Menteri juga seorang ahli politik. Dalam politik, orang mengukur bukan daripada niat yang dilafazkan sahaja. Orang mengukurnya dengan apa yang tersurat, dengan apa yang mereka dapat lihat dan apa yang mereka dapat rasa.
Abdullah Banyak Contoh Teladan
Saya rasa bertuah kerana sejak menjadi wartawan pada tahun 1969 saya dapat mendampingi dan melihat jatuh bangun pemimpin. Suatu persamaan yang saya lihat dengan banyak pemimpin ialah bukan siapa mereka, tetapi siapa yang mereka dampingi dan bukan kepandaian mereka mentadbir tetapi siapa yang membantu mereka.
Dalam konteks ini, saya telah menulis memohon dan meminta Datuk Seri Abdullah Badawi, memikir dan memenuhi beberapa prasyarat demi memantapkan pentadbiran beliau.
Dalam rencana bertajuk “Abdullah Tiada Kurang Teladan” (Utusan Malaysia, 12 November 2003), saya, antara lain, menulis:
“Pemilihan pasukan peribadi (personal staff) yang tepat, sama ada untuk mengisi jawatan pentadbiran, politik atau media akan memberi bantuan yang besar, manakala pilihan yang silap akan membawa masalah yang rumit.
“Suatu hakikat yang sudah berulang kali berlaku ialah kakitangan peribadi inilah yang menguatkan atau melemahkan bos mereka. Mereka jugalah yang merapatkan barisan dan mereka jugalah yang merenggangkan barisan.
“Mereka boleh menyebabkan pentadbiran seseorang pemimpin menjadi kacau-bilau dan tercetus perselisihan faham antara seorang pemimpin dengan pemimpin lain.”
Maaf cakap, hari ini, antara cakap-cakap yang paling hangat dan paling kerap didengar adalah mengenai kakitangan peribadi dan keluarga Perdana Menteri.
Dalam Politik Persepsi Penting
Sama ada benar atau tidak atau fitnah semata-mata, persepsi yang tercetus daripada cakap-cakap seumpama ini tidak membantu memperkukuhkan keyakinan umum terhadap “niat ikhlas” Perdana Menteri.
Saya mohon maaf kalau apa yang saya katakan ini keterlaluan dan melanggar batas kesopanan dan kebebasan, tetapi saya berasa saya perlu mengatakannya kerana saya sangat tertarik dan terpegun dengan kata-kata hikmat Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim yang pernah dipetik oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra berbunyi:
“Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat yang baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.”
Alhamdulillah, Perdana Menteri terbuka kepada teguran seperti ucapan beliau di Parlimen yang berbunyi: “Saya bukanlah orang yang tidak sukakan kepada teguran, tetapi (teguran) hendaklah dilandaskan (kepada) perkara yang benar.”
Dan Perdana Menteri tidak perlu diingatkan bahawa dalam politik, kebenaran semata-mata belum memberi jaminan. Tidak kurang pentingnya adalah kebenaran itu jelas kepada pandangan umum dan sekali gus meyakinkan mereka.
Ada perbezaan yang besar antara niat, melaksanakan niat dan meyakinkan rakyat jelata bahawa niat sudah ditunaikan. Mereka akan hanya yakin apabila mereka menikmati secara jelas (tangible) niat dan janji itu.
Ungkapan Inggeris ada berkata lebih kurang begini: “Jalan ke neraka dipenuhi oleh hasrat yang baik.”
[UPDATE, MAY 1
Is Dr Mahathir Undermining New Administration?
MALAYSIAKINI, in its today's lead article headlined "Mahathir on Offensive Against Government" says the former Prime Minister's attacks could undermine the administration.
I feel differently. Dr Mahathir's attacks, if we can call them such, will not undermine the current administration if they are effectively countered.
In the final analysis, it boils down to who has a greater control over public opinion. As Malaysiakini rightly points out, the mainstream media has shied away from the bridge issue, which is the object of Dr Mahathir's latest complaint against the government of his hand-picked successor.
The mainstream newspapers and TV stations have either not been publicising Dr Mahathir's statements or have been spinning them out of context. Some had gone to the extent of lining up Dr Mahathir's enemies to attack him.
These people are not necessarily Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's fans. But they came to his aid because the mainstream newspapers gave them the chance to lambaste their real enemy, Dr Mahathir.
Without coverage by the mainstream media, Dr Mahathir is at the disadvantage. The masses, especially the Malays, will not know what he is saying. And Umno is unlikely to go against its President, which is partly the product of Dr Mahathir's own handling of the party when he was the leader.
But that does not mean that the credibility of the administration is not under threat. It is. Sufficiently large number of people, especially the educated ones, are aware of the goings-on.
They get their information from alternative media outlets like Malaysiakini, Harakahdaily, Kmu.net and Malaysia Today.
Dr Mahathir has position himself as the underdog -- shunned by the mainstream media and maligned by the very people he promoted when he was Prime Minister; the likes of Foreign Minister Syed Hamid Albar and Perak Menteri Besar Tajol Rosli, who, in not so many words had suggested that he should stop interfering.
So far Abdullah has left the task of confronting Dr Mahathir to second liners like Syed Hamid and Tajol Rosli. He is unlikely to confront Dr Mahathir head-on even if he is prodded and cajoled by his youthful handlers. That's because Abdullah knows Dr Mahathir better than these upstarts.
The fact that other Ministers, Menteris Besar and Chief Ministers have not joined Syed Hamid and Tajol Rosli in telling Dr Mahathir to lay-off can mean the the Prime Minister is holding them in reserve or he does not want the war of words to escalate.
Syed Hamid has gone back to confronting Dr Mahathir after the lengthy reply by Ambassador-at-Large Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak has failed to silence the former PM. Politically, it was a bad move to get a diplomat to defend what was essentially a political decision. Cancelling the bridge project was a political decision.
Understandably diplomats and legal advisers do want to hear such a thing as bringing our case to the International Court of Justice as suggested by Umno Youth elected Exco Member Mukhriz Mahathir. That will make them responsible for presenting and defending our case. That's not an honour a civil servant wants.
But having decided to reverse the decision, which most Ministers in today's Cabinet were involved in when they served Dr Mahathir, they cannot now expect Dr Mahathir to keep quiet. They were "constructive truestees" of earlier decision to proceed with the half bridge. They cannot now keep silence and pretend that nothing has happened.
They should either continue to commit themselves to the earlier decision or they should be brave enough to confront Dr Mahathir. After all most of them owed their Cabinet appointment to him. They loved him so very dearly that they told him in 2003 that they too would retire when he retires.
Making the likes of Ahmad Fuzi and Azlan Hashim (in the case of Proton) their gladiators to fight Dr Mahathir is ungentleman to say the least.
Apakah KWSP "Menyelamatkan" RHB?
UTUSAN Malaysia (May 1) memetik sumber-sumber sebagai berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan pinjaman RM695 juta kepada Rashid Hussain Berhad yang mengalami masalah kewangan yang genting kerana menaggung hutang sebanyak RM3.5 bilion. The Edge melaporkan beban hutang RHB sebanyak RM3.2 bilion.
KWSP adalah pemegang saham kedua terbesar RHB dengan pemilikan sebanyak 31.7 peratus. Pemegang saham terbesar dan pengawal kumpulan perbankan itu ialah Utama Banking Group yang diterajui oleh Sulaiman Abdul Rahman Taib, anak Ketua Menteri Sarawak. Utama memiliki 32.8 peratus saham RHB. Pemegang saham yang ketiga terbesar adakah Kumpulan Wang Amanah Pencen yang memiliki 11 peratus.
Kalau benar laporan ini, ia kebetulan berlaku pada saat-saat Kerajaan Barisan Nasional Sarawak yang dipimpin oleh Abdul Taib Mahmud sedang menghadapi pilihan raya. Justeru itu, apa pun niat KWSP menawarkan pinjaman yang begitu besar, pandangan umum pasti menjurus ke arah pilihan raya Sarawak yang penting kepada imej Kerjaaan Pusat.
Turut menjadi tanda tanya ialah mengapa KWSP bersedia menawarkan pinjaman begitu banyak walapupun ia tidak berperanan di dalam pengurusan RHB yang dikepalai oleh Sulaiman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Eksekutif RHB.]