Thursday, August 31, 2006

Image and video hosting by TinyPic


Khazanah Terpaksa Selamatkan Aset Nasional

A Kadir Jasin


[Renungan Hari Kebangsaan. “Biar saya ulang bahawa negara ini telah diterima oleh semua bangsa yang tinggal di sini sebagai negara (yang pada asalnya) negara Melayu, dan ini akan kekal melainkan orang Melayu sendiri bertindak mengubahnya, dengan itu menyebabkan masalah besar bagi kita semua.” – Tunku Abdul Rahman Putra dalam bukunya 13 Mei , Sebelum dan Selepas. Merdeka, Merdeka, Merdeka!]

PADA 28 Ogos, empat hari sebelum kita memperingati hari kemerdekaan dan 15 hari selepas Perdana Menteri mengaku bahawa Pantai Holdings Berhad telah jatuh ke tangan pihak asing, Khazanah Nasional Berhad mengumumkan rancangan untuk menguasai semula syarikat pengendali hospital swasta itu.

Sesetengah media massa arus perdana, khasnya yang berbahasa Malaysia, menggambarkannya sebagai satu kejayaan, manakala ada penganalisis dan pemerhati yang melihatnya sebagai langkah menyelamatkan imej pemerintah.

Untuk memahami isu di sebalik operasi ini, elok kita menyusuri semula rentetan sejarah yang membawa kepada tindakan ini.

1. Parkway Holdings Ltd, sebuah syarikat penjagaan kesihatan (healthcare) yang berpangkalan di Singapura telah membeli 31 peratus saham Pantai Holdings Berhad pada 13 September, 2005 dengan bayaran RM312 juta.
Serentak itu ia menguasai Lembaga Pengarah dan Pengurusan Pantai Holdings;

2. Dalam temu ramah dengan TV3 pada 7 Ogos Perdana Menteri menafikan ada syarikat Malaysia dikuasai oleh pihak asing;

3. Pada 13 Ogos, di Kepala Batas Perdana Menteri mengakui Pantai Holdings sudah jatuh ke tangan pihak asing dan mengumumkan yang Perbendaharaan telah diarahkan untuk “menyelesaikan” masalah yang timbul akibat kawalan oleh syarikat Singapura itu;

4. Masalah yang dimaksudkan Perdana Menteri ialah kedudukan dua khidmat awam yang diswastakan yang dimiliki Pantai Holdings iaitu agensi pemeriksaan dan pemantauan kesihatan pekerja asing (Fomema Sdn Bhd) dan khidmat penyelenggaraan hospital kerajaan (Pantai Medivest Sdn Bhd); dan

5. Beberapa orang Menteri telah dilaporkan sebagai berkata bahawa mereka tidak tahu menahu mengenai penjualan Pantai Holdings kepada Parkway walaupun pelbagai kelulusan rasmi diperlukan daripada Kerajaan;

Pada 28 Ogos Khazanah/Parkway mengumumkan usaha sama untuk memiliki Pantai Holdings melalui penubuhan “special purpose vehicle” bernama Pantai Irama Ventures Sdn Bhd.
Jika diluluskan pihak berkuasa, Khazanah akan memiliki 51 peratus dan Parkway 49 peratus saham dalam SPV itu.

Khazanah juga mengumumkan yang ia telah membeli di pasaran 6.6 peratus saham Pantai Holdings dengan membayar RM72 juta.

Urus niaga ini akan membabitkan tawaran awam mandatori (mandatory general offer) ke atas semua saham-saham Pantai Holdings yang belum dimiliki oleh Pantai Irama.

Beberapa tanda tanya timbul ekoran daripada pengumuman oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Azman Mokhtar, itu. Misalnya, pemilikan asing dalam syarikat induk Pantai Holdings, iaitu Pantai Irama, adalah 49 peratus berbanding 31 peratus yang dimiliki terus oleh Parkway di dalam Pantai Holdings sebelum ini.

Soalnya, apakah ini tidak bercanggah dengan dasar pemilikan saham iaitu 30 peratus Bumiputera, 40 peratus Bukan Bumiputera dan 30 peratus orang asing?
Pantai Irama membeli saham-saham Pantai yang dimiliki oleh Parkway pada harga RM2.65 sesaham dengan itu menilai pegangan Parkway sebanyak RM394.9 juta.

Pada kadar harga dan bayaran ini, Parkway telah mencatatkan keuntungan modal – capital gains – sebanyak RM83 juta, satu keuntungan yang besar memandangkan ia baru mengusai Pantai Holdings selama lebih kurang 11 bulan.

Dakwaan Khazanah bahawa harga RM2.65 sen yang “dipersetujui” itu adalah berpatutan pasti akan dianalisis dan mungkin juga dipertikaikan memandangkan Parkway membeli Pantai Holdings 11 bulan lalu pada kadar harga yang jauh lebih rendah.

Demikian juga dengan dakwaan bahawa Khazanah sudah sekian lama meninjau peluang dalam industri penjagaan kesihatan. Jika benar Khazanah berminat dalam bidang itu, mengapa ia tidak berusaha membeli Pantai Holdings 11 bulan lalu apabila blok sahamnya ditawarkan untuk jualan pada kadar harga yang lebih rendah?

Yang lebih merunsingkan ialah mengapa Kementerian Kewangan dan agensi-agensi penguatkuasaan dan pengawalan industri sekuriti seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, Bursa Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi gagal mengesan implikasi dan komplikasi penjualan kawalan Pantai Holdings kepada Parkway 11 bulan lalu?

Akhir sekali, apakah wajar wang awam digunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul kerana pihak berkuasa gagal mendalami penjualan Pantai Holdings kepada Parkway 11 bulan lalu?

Dakwaan bahawa urus niaga ini adalah digerakkan oleh pasaran (market driven) pasti akan dipertikaikan kerana ia berlaku 15 hari selepas Perdana Menteri dipetik oleh Bernama (pada 13 Ogos) sebagai berkata bahawa Kerajaan sedang mengkaji tindakan yang sesuai berkaitan penjualan saham Pantai Holdings kepada Parkway. Beliau menambah perkara itu sedang diteliti oleh Perbendaharaan.

Walaupun tindakan ini dilakukan di pasaran, tetapi ia adalah keputusan politik yang terpaksa diambil setelah Kerajaan dikritik oleh banyak pihak kerana meluluskan urus niaga itu 11 bulan lalu.

(Nota Kaki. Beberapa orang pembahas telah memaklumkan kepada saya masalah yang mereka alami ketika mengunjungi blog ini. Ada yang membuat andaian ia berlaku sebaik sahaja Kerajaan memberi amaran akan mengawal dan mengambil tindakan terhadap blog dan pengandalinya.

Saya mengambil kesempatan mengemukakan kemusykilan ini kepada TM Net. Berikut adalah penjelasan DR FADHULLAH SUHAIMI ABDUL MALEK , Pengurus Besar, Strategi Korporat dan Perkhidmatan TM Net Sdn Bhd:

We have taken notice on some of the comments made on the Government trying to control the blogs and its implications on the delivery of connectivity service by TM Net.

Our response is as follows:-

  • Control of Blogs:-
    • Under the MSC Bill of Guarantee, no Internet content is censored.
    • However, all content residing/hosted in Malaysia is subject to CMA (Communications & Multimedia Act) ’98 (Section 211)
      • Delivery of content over the connectivity service by TM Net is subject to the following:-
    1. Domestic network/bandwidth capacity
    • Capacity in domestic network – in Malaysia, it is sufficient
    • Connectivity via international links - TM Net does not have control over international hosts’ performance or over the volume of incoming traffic that is going through.
    • Increase in peer-to-peer networking activities for content outside Malaysia further impacts the international links
    1. Wrongful behaviors
    • Increase in spamming activities, which increases load on network
    • Spamming can only be resolved at the source
    • Low netizen accountability
    • Low usage of anti-spam software
    1. Hardware & connectivity equipment
    • Hosted capacity, which maybe below minimum specifications for high traffic volume
    • Connectivity to the hosted content may not be designed to support traffic.)

Monday, August 28, 2006

Image and video hosting by TinyPic


Dr Mahathir Sebagai Perwakilan Biasa

A Kadir Jasin

[Ulasan menggunakan “anonymous” tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau pilih nama samaran yang sesuai.]

PEPATAH Melayu berkata, hanya jauhari juga mengenal manikam. Hanya orang yang bijaksana dan berkepakaran boleh menghargai keistimewaan orang lain.

Jadi tidak hairanlah kalau begitu banyak Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dilantik sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak mengenali orang yang menjadi ketua mereka selama 22 tahun dan kini telah bersara.

Silapnya pun silap Dr Mahathir juga. Selama lebih dua dekad memimpin Umno dan Negara, beliau mempelopori segala dasar dan program, dan memikul segala tanggungjawab terhadap apa yang berlaku, tidak kira buruk atau baik, sehingga banyak dalam Umno dan Kerajaan berasa mereka tidak perlu buat apa-apa.

Kalau mereka jauhari, mereka tentu sudah lama mengenali siapa manusia bernama Mahathir bin Mohamad itu. Jadi tidak perlulah mereka tertanya-tanya seperti sekarang apabila berdepan dengan persoalan-persoalan yang beliau bangkitkan.

Sekiranya mereka kenal Dr Mahathir mereka tentulah tidak menggunakan istilah-istilah seperti “unusual” (luar biasa) dan “inappropriate” (tidak sesuai/tidak kena) apabila mengulas keputusan beliau menawarkan diri menjadi perwakilan biasa ke Perhimpunan Agung Tahunan Umno November ini.

Saya mengasaskan tulisan ini kepada laporan akhbar The Sunday Star (27 Ogos) kerana akhbar milik MCA itu lebih berkecuali dalam laporannya mengenai Dr Mahathir berbanding akhbar-akhbar milik Umno.

The Sunday Star berkata: “Unusual and inappropriate ....these were among the views of several Umno leaders of Tun Dr Mahathir Mohamad’s intention to offer himself as a delegate to the party’s general assembly in November.”

Bagaimanapun, mengikut laporan akhbar itu, Umno tidak akan menghalang bekas presidennya daripada berbuat demikian. Pada 25 Ogos Majlis tertinggi Umno membuat keputusan tidak menghalang Dr Mahathir bertanding sebagai perwakilan bahagian.

Ia bukanlah keputusan luar biasa kerana Umno tidak berhak menyekat mana-mana ahli daripada bertanding untuk menjadi perwakilan asalkan menepati syarat.

The Sunday Star memetik Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, sebagai berkata: “It has never happened in the history of Umno that former prime ministers and former Umno presidents would contest to be among the seven division delegates.”

Mungkin benar kata anak kepada Singa Umno, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar itu, bahawa tidak pernah berlaku seorang bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno bertanding untuk menjadi perwakilan biasa.

Tetapi siapakah beliau untuk menasihatkan Dr Mahathir memikirkan semula keputusannya?

Kenyataan Syed Hamid itu mengingatkan saya kepada perbuatan berapi beliau tidak berapa lama dulu sewaktu beliau menjemput saya makan tengah hari dengannya di Putrajaya. Itu sebelum projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

YB, did I not ask you what has happened to the fire in your belly that used to be your trademark when you were the simple Umno Divisional head for Kuala Lumpur Bandar (Bukit Bintang)?

Mungkin kerana pada waktu itu Tuan masih muda, masih dibakar oleh semangat bapa Tuan dan Tuan tiada apa-apa jawatan selain Ketua Bahagian. Tetapi kini Tuan orang besar dalam pemerintahan!

Dan apabila bercakap mengenai Syed Hamid, saya tidak dapat melupakan ilmu mengenai orang Melayu, semangat kebangsaan, Umno dan negara yang diberikan oleh Allahyarham Syed Jaafar Albar di Lobi Parlimen pada tahun 1976.

Ketika itu, beliau bersumpah akan mengembalikan kuasa ke atas parti kepada ahli biasa Umno dan menebus maruah “old guards” yang katanya telah dicemarkan oleh anggota kitchen cabinet Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Dan apabila bercakap mengenai Syed Jaafar Albar, teringat saya kepada apa yang saya baca dalam surat khabar dan buku mengenai hari-hari awal Dr Mahathir sebagai Ahli Parlimen.

Syed Jaafar Albar dan Dr Mahathir adalah antara segelintir suara lantang dalam Parlimen Malaysia yang dilabelkan “ultra” (pelampau) oleh Ketua Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew.

Syed Jaafar Albar dan Mahathir sering bertikam lidah dengan Almarhum Devan Nair, Ahli Parlimen PAP kawasan Bangsar, untuk menolak sekeras-kerasnya gagasan Malaysian Malaysia dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.

Syed Jaafar Albar berkata kepada sekumpulan wartawan muda bahawa jika mengembalikan hak kepada ahli biasa Umno dan menebus maruah pejuang-pejuang veteran Umno bererti dia bertanding Ketua Pemuda pada usia yang lanjut, dia akan melakukannya.

Dan dia menepati cakapnya. Pada usia 63 tahun dia bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno dan menang. Sedihnya, beliau meninggal dunia enam bulan selepas memegang jawatan itu. Perjuangan tidak mengenal usia.

Mengenai reaksi MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamed Ali Rustam yang mempertikaikan motif Dr Mahathir dan menyifatkan tindakannya sebagai tidak kena, saya rasa tidak payahlah saya mengulas lanjut. Umum tahu siapa dua watak ini.

Bercakap mengenai kehebatan zaman Syed Jaafar Albar, zaman Allahyarhan Tan Sri Syed Nasir Ismail dan pejuang-pejuang silam Umno pada masa ini, mungkin tidak lebih daripada nostalgia.

Mungkin sejarah tidak penting lagi kepada Umno walaupun keris, pedang, kapak, lembing, tombak dan panah sering dihunus dan diisytiharkan sebagai simbol perjuangan bangsa.

Dalam suasana yang serba mendatar dan superfisial ini, tindakan Dr Mahathir menawarkan diri sebagai perwakilan biasa ke persidangan agung pastinya mencetuskan keributan kerana tiada jauhari yang tahu menilai manikam.

Bagi Dr Mahathir, ia tidak lebih daripada setapak lagi di dalam perjuangannya yang belum selesai. Sama ada beliau ditakhtakan sebagai “mahaguru” oleh penyokongnya atau ditendang terajang sebagai “kucing kurap” oleh penentangnya, saya rasa itu tidak menjadi masalah bagi beliau.

Tiada siapa memberi laluan mudah kepada beliau sejak dahulu lagi. Apabila Tun Abdul Razak mencadangkan pelantikannya sebagai Senator pada tahun 1972, Pemuda Umno Kedah membantahnya.

Banyak langkah beliau dihalang dan direntang kerana, dari dahulu hingga sekarang banyak penentang beliau yang tidak cukup jauhari untuk mendalami dan memahami tindak-tanduknya.

Setelah lebih dua dekad di atas pentas sebagai presiden parti dan Perdana Menteri, dan melihat ke bawah, seronok juga kita melihat Dr Mahathir duduk bersama-sama perwakilan di bawah dan melihat ke atas. Ia pasti menjadi tarikan kepada Persidangan Agung Tahunan kali ini.

Wednesday, August 23, 2006

Bukan Semua Blogger Penembak Curi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan “anonymous” tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sendiri atau nama samaran yang sesuai. Saya dapati pelayaran menggunakan Internet Explorer dan Mozilla Firefox kadang kala tersangkut (hang). Sila tekan butang “refresh” dari semasa ke semasa untuk “up-date” halaman.]

PENGENDALI laman blog ibarat penembak curi dan laman web ibarat “wild wild West”. Demikian dakwa Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, di Dewan Negara semalam.

Katanya: “Kalau dulu kita ada wild wild West, tetapi kini kita ada wild wild Web. Kalau mereka ini gentleman dan bertanggungjawab, tampil ke hadapan dan berhujah secara bersemuka,” katanya seperti dilaporkan oleh Berita Harian.

Mengambil maklum hujahnya, saya, sebagai orang yang lebih tua daripada Datuk Shaziman, dengan ini menjemput beliau berbahas dengan kita di dalam blog ini -- blog yang bernama dan tidak tembak curi.

Sebagai orang muda dan Timbalan Menteri di Kementerian yang bertanggungjawab terus terhadap teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT), saya sangat-sangat berharap beliau tidak hanya bercakap mengenai aspek-aspek negatif ICT tanpa mengakui dan memanfaatkan aspek-aspek positifnya.

Saya rasa orang muda seperti Shaziman wajib menjadi penggerak kepada peralihan minda dan tidak terperangkap di dalam penjara politik yang sempit sehingga takutkan bayang-bayang.

Lagipun, tidak semua pengendali blog dan para pembahas adalah penembak curi dan bukan semua laman di ruang siber umpama “wild wild Web”.

Saya, sebagai blogger tua yang menggunakan nama sendiri, mengalu-alukan pemimpin muda seperti Shaziman yang saya yakin celik IT menyertai perbahasan kita agar suara Umno dan Kerajaan tidak terpinggir di dalam dunia siber.

Setelah berjaya menguasai, mengawal dan mengatur agenda media massa arus perdana, saya yakin Umno dan Kerajaan akan menjadi lebih gah jika pemimpin generasi IT seperti Shaziman menyusup masuk ke dalam dunia Internet.

Adalah sangat merugikan bagi Umno dan Kerajaan jika, setelah berjaya mempelopori agenda dan program ICT yang mantap seperti Koridor Raya Multimedia, Cyberjaya dan pendidikan IT yang meluas, tiba-tiba menjadi mangsa kerana gagal menggunakan saluran komunikasi moden ini.

Sunday, August 20, 2006

Umno, Unshakable And United?

A Kadir Jasin

IT is interesting that when almost all English and bahasa Malaysia weekend newspapers have decided to go “light”, The Sunday Star opted for the defence of Umno.

It highlighted Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak’s assessment of the party. Under the headline “Umno United”, the MCA-controlled paper quoted the Deputy Prime Minister as saying that the party is unshakeable and its members are still united.

Speaking at an Umno function in Baling, Kedah, Najib said this was proven as various attempts to form political parties by disgruntled former Umno leaders had failed.

He said Umno was not just a party, but also a political institution, which could foster the unity of the Malays and Muslims, and serve as the backbone of the Government.

Najib said the Malays were smart enough to evaluate the need to support the current leadership for the sake of party unity.

“It is proven that Umno has flourished under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, where during the previous general election in Kedah alone, Umno and Barisan Nasional had won all the parliamentary seats in the state, making it impossible for PAS to gain a foothold in Kedah,” he added.

He said the Malays had to depend on Umno to survive.

“So it is of utmost importance for the political institution to be protected and the current leadership given undivided support for the party’s survival.”

He also said Abdullah should not be solely blamed for calling off the scenic bridge project in Johor, as the decision was collectively made by the Cabinet.

I have to agree with Najib on some of those historical points he made. I was there on two of those occasions – the 1988 split that gave birth to the now defunct Parti Melayu Semangat 46 and 1998 sacking of Datuk Seri Anwar Ibrahim that led to the formation of Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

The Malay politics will remain, for along time to come, the tussle between Umno and Pas, as much as the Chinese politics is the seesaw between the MCA and the DAP.

In recent years, we have seen Pas moving closer to the Umno-type agenda and structure. It is aggressively embracing contemporary issues and is moving away from dependency on the traditional ulama-led leadership.

Given this heightening battle between Umno and Pas for the Malay minds and votes, the chances of a third Malay party making an impact are limited.

So Najib’s assessment is largely correct, although somewhat simplistic. For a start, the Malays are today less rooted in politics as they once were and their sense of party loyalty is less stringent.

The question is where do we go from here? By we, I mean, all Malaysians because, whereas, the rivalry is between Umno and Pas, its impact touches all Malaysians.

While the Umno-led Barisan Nasional coalition traces its origin to the 1953 Kuala Lumpur Municipal election, the Oppositions’ Barisan Alternatif (Alternative Front) is yet to find its firm footing. The success of the latter hinges on Pas although Keadilan has been trying to present itself as the catalyst.

The Mingguan Malaysia headline “Scomi dapat secara adil” (Scomi obtains (contracts) in fair manner) should dispel some of the misconceptions created in recent weeks about the company.

The explanation by its President and CEO, Shah Hakim Zain is timely given the various erroneous statements made about the company, including that claim that it did not do business in Malaysia.

According to the Utusan report, the Prime Minister’s son, Kamaruddin Abdullah, owns 17.3 per cent of Scomi’s shares. But Shah Hakim claimed that from the financial aspect, Kamaluddin is only an investor.

Peringatan!

Memandangkan perkembangan yang berlaku pada akhir-akhir ini, saya memohon izin untuk memberi ingatan kepada semua pembahas dan merayu agar saudara dan saudari lebih berhati-hati apabila mengemukakan pandangan.

Saya dapati masih ada yang menulis menggunakan “anonymous”, membuat tuduhan dan mengemukakan pandangan yang keterlaluan. Masih ada yang menggunakan bahasa yang kasar, kesat dan lucah.

Saya sedar ada risiko yang perlu saya hadapi sendiri apabila saya memulakan blog ini atas nama saya sendiri dan membenarkan pelawat membuat ulasan.

Untuk memungkinkan dan memudahkan saya meneruskan blog ini, saya memohon persefahaman dan kerjasama anda semua. Marilah kita berbahas dengan tertib, sopan dan berhemah.

Kalau ada komen anda yang tidak saya tampalkan, saya harap anda faham dan fikirkan mengapa saya menolaknya .

Terima Kasih.

Saturday, August 19, 2006

Manifestasi Dilema Seorang TPM

A Kadir Jasin

[Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai untuk Komen. Ulasan menggunakan “anonymous” tidak akan dilayan.]

KENYATAAN “tegas” Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bahawa isu jambatan bengkok sudah selesai dan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berhenti mengungkitnya boleh dimengerti dan dianalisis daripada beberapa sudut.

Pertama, ia sememangnya sudah selesai. “Sudah ada finality,” kata Najib. Pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan melaksanakan semula projek itu biar sehebat mana pun ditekan;

Kedua, ia berupa mesej terakhir dan muktamad kepada bekas Perdana Menteri serta pihak-pihak yang sependapat dengan beliau supaya memberhentikan kempen mereka;

Ketiga, ia sebagai bukti paling jelas bahawa Najib berdiri kukuh di belakang Abdullah menentang gerakan Dr Mahathir; dan

Keempat, menggabungkan semua kesimpulan-kesimpulan di atas dengan apa jua prasyarat yang boleh kita fikirkan untuk meyakinkan umum bahawa Kerajaan adalah sekata dalam isu ini.

Tetapi (saya ulangi penggunaan istilah “tetapi”), ia juga boleh dilihat sebagai manifestasi dilema seorang Timbalan Perdana Menteri yang tersepit antara dua watak yang sama penting dalam kerjaya politiknya.

Meniti perjalanan kerjaya politik Najib sejak dia menang tanpa bertanding kerusi Parlimen Pekan pada tahun 1976 ketika berusia 23 tahun hingga ke saat ini, dua watak yang saya maksudkan itu adalah Dr Mahathir dan Abdullah.

Dalam suasana berlainan, Dr Mahathir, Abdullah dan Najib berupa pakatan paling unggul bagi orang Melayu, Umno dan Malaysia. Ia menggabungkan pemimpin veteran (Dr Mahathir) dengan pemimpin semasa (Abdullah) dan pemimpin akan datang (Najib).

Abdullah, Najib Matang Pada Era Mahathir

Buat permulaan, tiada siapa boleh menafikan bahawa kerjaya politik Abdullah dan Najib mekar di bawah pimpinan Dr Mahathir selama 22 tahun walaupun laluan yang mereka lalui berbeza.

Di sini jugalah bermulanya dilema politik Najib. Manakala dia dididik dan dilindungi oleh Dr Mahathir dan kesetiaannya sentiasa bersama mentornya, namun takdir menentukan bahawa dia tidak dipilih sebagai pengganti Mahathir.

Sebaliknya, Abdullah yang diberi muka dan kepercayaan oleh Dr Mahathir tetapi belot dan menentang Dr Mahathir pada tahun 1987 dipilih sebagai pewaris.

Saya katakan begitu kerana Abdullah adalah antara pemimpin muda yang terawal yang mendapat pengiktirafan Dr Mahathir. Tetapi kerana Melayu cepat lupa dan membelakangkan sejarah, maka mungkin banyak orang sudah lupa atau tidak pun tahu bahawa Dr Mahathirlah yang sebenarnya mentor Abdullah.

Pertimbangkan fakta ini -- dua hari selepas menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, melalui rombakan kecil kabinet, Dr Mahathir menaikkan pangkat Abdullah menjadi menteri penuh dan diletakkan di bawah sayapnya di Jabatan Perdana Menteri.

Tidak sampai tiga tahun kemudian – pada 1984 -- Dr Mahathir memberikan satu lagi anjakan kerjaya yang penting kepada Abdullah dengan melantiknya Menteri Pelajaran, satu jawatan kritikal kepada seorang Menteri Umno.

Manakala Abdullah berupa watak politik dalam percaturan siasah Dr Mahathir, Najib pula menduduki tempat yang berbeza dan istimewa kerana dia menghuni hati Dr Mahathir.

Dr Mahathir berasa perlu mendidik Najib sebagai anak politiknya – the political son -- kerana rasa terhutang budi dan penghormatan tinggi beliau terhadap bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussain.

Abdullah Ikon Islam Ganti Anwar

Tetapi krisis politik tahun 1998/99 yang berkesudahan dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Umno dan Kerajaan, mengubah segala-galanya.

Dr Mahathir memerlukan ikon Islam yang baru bagi menggantikan Anwar dan dengan sekelip mata, bintang Abdullah kembali bersinar.

Dr Mahathir melantik Abdullah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan “memaksa” Umno “menerima” beliau sebagai pemangku Timbalan Pengerusi dan bakal Presiden Umno.

Antara emosi, iaitu sayangkan Najib, dengan realiti politik semasa, iaitu kepemimpinan yang berperisa Islam – Islamic flavour – Dr Mahathir memilih untuk berdepan dengan realiti. Beliau melantik Abdullah sebagai penggantinya.

Pada awalnya, ternampak jelas beliau telah membuat pilihan yang tepat apabila pada tahun 2004, Abdullah memimpin Umno dan Barisan Nasional untuk mendapat kemenangan cemerlang dalam pilihan raya umum.

Serentak itu bermulalah dilema Najib. Seperti yang sudah dilihat, Dr Mahathir seolah-olah terpaksa “memaksa” Abdullah membuat komitmen yang dia akan melantik Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Abdullah dari awal lagi cuba menepis dan menangkis tekanan Dr Mahathir dengan mengatakan dia akan membuat pelantikan itu apabila sah menjadi Perdana Menteri. Beliau menepati janjinya dan jadilah Najib Timbalan Perdana Menteri.

Hampir tiga tahun telah berlalu. Air jernih yang mengalir di bawah jambatan yang menghubungkan era Mahathir dengan era Abdullah sudah bertukar menjadi keruh. Para oportunis dan penasihat jalanan hebat menangguk. Dr Mahathir sudah tersingkir daripada politik arus perdana dan media massa arus perdana dikerah “merobohkan” mitos beliau.

Abdullah menang besar dalam pilihan raya dan berulang kali berkata: “Saya Perdana Menteri. Saya lakukan apa yang baik untuk rakyat jelata dan negara.”

Kalau inilah prinsip ada ubi ada batas Abdullah bagi menebus maruah Team B yang kecundang tahun 1987 dan memutlakkan kedudukannya sebagai “I am the Prime Minister”, di manakah letaknya politik Najib?

TMP Kerusi Paling Hangat

Tanpa Dr Mahathir sebagai mentor dan pelindung adakah mampu Najib mempertahankan kedudukannya di dalam arus politik Umno dan nasional yang amat cair sekarang?

Apakah politik main selamat yang sinonim dengan beliau masih boleh menjadi penjamin dan pemangkin kepada kemaraan kerjaya politiknya?

Dalam catatan sejarah politik semasa Malaysia, tidak ada jawatan yang lebih panas dan paling tidak terjamin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Abdullah pasti berasa begitu lega dan bangga kerana berjaya menyelamatkan diri daripada jerangkap samar politik yang telah mematikan karier politik Tun Musa Hitam, Tun Abdul Ghafar Baba dan Anwar.

Kini giliran Najib menyelidik siapa yang sedang memasangnya dan di mana dan seterusnya mengatur langkah untuk menyeberangi zon berbahaya itu tanpa kecederaan teruk atau kematian kariernya.

Kalau dengan turut memusnahkan setiap cebisan mimpi jambatan bengkok dan projek-projek lain era Mahathir yang dibatalkan oleh Abdullah boleh menjadi jambatan menuju ke Pejabat Perdana Menteri Malaysia, siapakah kita untuk memberitahu Najib untuk tidak menyusuri jalan itu?

Dalam politik, garis yang memisahkan antara kawan dan lawan tipis dan kabur. Siapa tahu dalam kekaburan itu, Najib mampu membezakan antara kawan dan lawan.

Siapa tahu?

Monday, August 14, 2006

PM Says Singapore Controls Pantai Hospitals

A Kadir Jasin

A WEEK after denying in a TV3 interview that no Malaysian company is being controlled by a foreign company, the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, was forced to acknowledge that private hospital operator, Pantai Holdings Bhd is now controlled by Singapore-based Parkway Holdings Ltd.

The admission came amidst reports in The Star, the Internet newspapers and blogs that Pantai Holdings, together with its two privatized components – Fomema and Pantai Medivest – had effectively fallen into Parkway’s hand.

Bernama, on Aug. 13 quoted the Prime Minister as saying in Kepala Batas that the government was studying the necessary action to be taken pertaining to the disposal of a 31-per cent stake in the company to Parkway.

He said the matter was being looked into by the Treasury after realising that it had become a problem as it was related to the concession for the supply of hospital requirements.

(The Bernama report did not mention the PM saying anything about foreign workers' medical examination and monitoring privatised to Fomema).

"The share sale has become a problem, as it involves several matters related to the concession given to Pantai Holdings, that is a contract to supply hospital requirements," he told reporters.

Having overlooked the problem when approving the sale just over half a year ago, is the Treasury a competent authority to look into the matter now?

How could the Treasury, together with its agencies and affiliates like Securities Commission, Bursa Malaysia, Foreign Issue Committee (FIC) and, possibly, Bank Negara overlook the problem in the very first place?

Even during the interview (conducted by the non-journalist Bernama chairman, Datuk Annuar Zaini, who is a close associate of the PM), Abdullah was not cautioned on the Pantai Holdings issue, resulting in him declaring that “there is no Malaysian company that is controlled by a foreign company.”

This latest development will not help convince the people that the Government is on top of things, especially after so many sweeping statements Abdullah made during the Aug. 7 interview are proving to be inaccurate.

Thursday, August 10, 2006

PM’s TV Interview: A Review

A Kadir Jasin

[Anonymous comments will not be entertained. Please use own identity or a suitable pseudonym. Please be reminded that we’re being monitored. I will respond from time to time in the comment column. Thank you.]

ALTHOUGH the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s interview with TV3 on Aug. 7 was conducted in Bahasa Malaysia, the English summary in The Star is probably the easiest to understand.

So, I am taking the liberty to comment on his highly publicised TV appearance based on paper’s rendition with occasional reference to Utusan Malaysia.

The Star page one highlights, classified the PM’s response into the following sub-heads: accusation of corruption against him, Khairy’s influence and political activities, Kamaluddin (business activities), on Dr Mahahtir, Singapore’s companies in Malaysia, Proton and the economy.

The mainstream newspapers headlined the following day that the PM had answered all the questions raised. Did he? Whether he did or did not, Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, said (Utusan Aug. 10), that the PM would continue explaining.

Accusations of corruption against him

The PM described them as lies and challenged his accusers to provide proof.

Were there allegations of corruption against the PM? Not that I heard of. What was said was corruption was more prevalent and happened more openly under the current administration.

But the former Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad, said in an interview published by the Malaysiakini Internet newspaper on Aug. 7 that he had information about government corruption, which if he revealed would land him in jail.

“I will continue asking for answers from the current government, because if I reveal information, I would be charged with revealing state secrets under the Official Secrets Acts,” he said.

Under the Malaysian law, abusing one’s power is an act of corruption. So, if someone powerful is proven to have used his position to influence a decision that has bearing on the public or for his own benefit, that act can constitute corruption. Even not carrying out duties and responsibilities as dictated by law can be interpreted as abusing one’s power.

Take for instance Khairy’s highly controversial purchase of ECM Libra shares and the subsequent merger of that company with the government-owned Avenue Capital Resources Berhad.

Whether on the issue of insider trading or the controversial valuation of Avenue Capital vis-à-vis ECM Libra, the final authority was that of the Minister of Finance who happens to be the PM.

(I had anticipated something like this to happen. So, early in Abdullah’s administration I wrote in the Malaysian Business magazine that the PM should not hold the Finance Ministry post for too long).

As had been widely discussed, Khairy’s ECM Libra purchase could have breached the insider-trading rule because at the point of the purchase he was a key official of the company and he bought the shares at the time when their prices were low.

Soon after that the ECM Libra-Avenue Capital deal was announced, share prices of both counters went up. Share prices of these counters had seen been adjusted to reflect their enlarged capital.

But it was widely reported that Abdullah denied any involvement in the merger exercise, which, at least technically is wrong, because the deal could not have gone through without the approval of the Finance Ministry.

So who made the final decision? Was the PM as Finance Minister not informed? Or could it be that the PM forgot that he approved the deal?

Khairy’s influence

The PM denied that Khairy had any influence over him or that the son-in-law had hijacked any government project.

It’s a question of semantics. To agree with the PM that Khairy has no influence on him whatsoever is to conclude the extreme – that their long relationship has been nothing but a dismal failure.

But this could not have been the case. Otherwise how do we explain the PM’s continued sensitivity about Khairy? How do we explain Khairy’s wooing of his daughter and their subsequent marriage?

How do we explain Khairy’s meteoric rise in politics and business? How do we explain Khairy’s “clear and present” influence on Government-Linked Companies, Government-controlled media organizations and Umno-owned newspapers and TV stations?

In the latter case, look at how reporters, photographers, cameramen and editors recorded, commented and praised Khairy’s every move for the front pages of their newspapers and prime time TV news?

And for the record, Khairy and his wife moved into Sri Perdana soon after the death of his mother-in-law to keep the PM company.

I think this Khairy specter will be less taxing on all of us, especially the PM, if we recognise that he’s not a bad at what he’s doing.

The problem started when the weaker beings, including those in Umno and the Umno-controlled media, started to treat him as special because he is an Oxford graduate, former Special Officer to Abdullah and most intriguingly as the Prime Minister’s son-in-law.

My sin is I hang around this God forsaken job a bit too long. In that space of time I saw many young, ambitious and highly qualified pedigreed people came into the political scene like thunder and disappeared like tumbleweed in the desert wind.

These are people who thought political ascendancy as being the product of birth, marriages and contacts in high places.

I have always maintained that those who won uncontested cannot claim full legitimacy to their posts, and, sooner or latter, will have to fight out in the open.

Way back in 1999, I allowed to be published in the New Sunday Times an article by commentator Askiah Adam, that described the Umno Supreme Council’s decision to disallow contest for the post of President and Deputy President as dereliction of duty.

Well, it was one of those more costly “publish and be damned” decisions that I had made. I paid the price.

On Khairy’s political activities

The PM said it was Umno Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein who insisted that Khairy contest the deputy chief post.

Does the PM want us to believe that Khairy is such a foolish and impressionable young man that he took on a very tough assignment because Hishammuddin insisted that he should do so?

Well, the PM may not be involved in charting the career path of his son-in-law, but when you are the son-in-law of the PM and were formally his Special Officer, and your political ambition is written all over, a lot of people want to help you along.

One such person is Hishammuddin. So he gave Khairy a nudge and a helping hand despite the fact that there were other more senior and more capable Umno Youth leaders like Mukhriz Mahathir (Tun Dr Mahathir’s son) and Azimi Daim (no relation to Tun Daim Zainuddin) that he could have backed.

I will not ask whether Hishammuddin approached the PM or not to inform him of his plan to put up Khairy as candidate for the post of deputy youth chief.

But Hishammuddin’s role was obviously known to the PM otherwise how could he tell his TV audience that “it was Hishammuddin who insisted that Khairy contest the deputy youth post.”

Given Khairy’s meteoric rise and the amount of respect (some say fear) he commands among the prostrating politicos, industry captains, civil servants and newspaper editors, it is difficult for the PM to make us believe that his son-in-law has no influence whatsoever on him, Umno, the mass media and Government.

Others are saying quiet the contrary. There are those ardent Khairy admirers and loyal followers who spoke of admiringly of his charisma and the commanding role he played in selecting Umno and BN candidates in the 2004 general elections.

Even Umno veterans and the PM’s old friends who called on him soon after the hugely successful 2004 general elections believed that Khairy was influential. They said PM spoke highly of his son-in-law’s role in that general elections.

On Kamaluddin

His son had to do business overseas because he could not make a living in Malaysia.

This is contentious to say the least. While it may be true that Scomi Berhad’s has substantial business involvement abroad, the company’s domestically generated revenue is not, however, unsubstantial.

It would have spared us a great deal of unpleasantness had the moderator, Datuk Annuar Zaini, who is a long time Abdullah friend, reminded the PM that he was not totally correct on that point.

As has been pointed by many readers of this and other blogs, Scomi is the beneficiary of large government-related contracts like RM1.5-billion drilling fluid contract from Petronas and its contractor and the three-year, RM49.12- million-a-year contract from TNB to transport coal. Even its foreign contracts are generally related to Petronas.

The Star today (Aug. 10) quoted Scomi’s CEOShag Hakim Zain as confirming Scomi’s involvement in the RM1.2-billion Penang monorail project.

On Dr Mahathir

The PM said he kept quiet because he did not want to quarrel with his predecessor in the newspapers.

That may be quite true. The PM may still maintain some elements of what Tun Musa Hitam called “elegant silence” over Dr Mahathir’s queries and allegations, but his Ministers and Menteris Besar had gone to the newspapers and everywhere else to call his predecessor and the man who put him where he is today all kinds of names – anything from senile to grandfather and destroyer of the party.

But the Utusan Malaysia, in its front-page excerpt, has this rather intriguing quotation from the PM: “Saya tak tahu … kalau dia tuduh saya korup, polis ada, beritahu sahaja. Tapi mengapa? Ertinya dia tidak ikhlas. Mungkin saya boleh kata dia jahat.”

(Datuk Khalid Mohamad [Utusan Melayu Group Editor-in-Chief] could Saudara please enlighten me on this!)

On Singapore companies in Malaysia

The PM said it shows that they have confidence in the Malaysian economy, and no local company has been taken over by them.

Again, it would have been hugely helpful had the moderator cautioned the PM that when a shareholder controls 30 per cent or more of a company, he technically owns that company.

Parkway owns more than 30 per cent of Pantai Holdings Berhad’s shares and has management control of the company. Two key assets of Pantai are the privatised Fomema and Pandai Medivest hospital services are now in Singapore’s hand.

I agree with the PM that Singapore companies have confidence in our economy. But Singapore companies are buying strategic blocks in GLCs and large local corporations not because of confidence alone. The sad fact is the prices of shares on Bursa Malaysia are very cheap these days. So it’s foolish for Singapore investors not to buy.

That’s also the reason why unit trust investors, including those who bought using their EPF savings, are suffering big losses. Bursa Malaysia is under performing compared to other regional bourses.

On Proton

The PM will not allow Proton to fail, as it is a national company.

The core issue is not so much whether the Government will allow Proton to fail or not. The issue is the 1-Euro sale of MV Agusta and, the huge losses it caused and the bidding process or the absece of it.

On the economy

The PM said the national deficit had been reduced, and at the same time, the economy was still growing.

That’s fine. The policy of progressively reducing budget deficit was adopted during Dr Mahathir’s time. What Abdullah did was to accelerate its pace.

But try to explain that to the ordinary voters and taxpayers who have to pay more for petrol, diesel, cooking gas, electricity, water, local government rates and more.

Yes, the economy might “still” be growing. But for how long, at what pace and who are benefiting from it? The rakyat may not understand this, but they are feeling its negative effects.

Monday, August 07, 2006

Tersepit Antara Abdullah Dan Mahathir

A Kadir Jasin

[Komen menggunkan "anonymous" tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama pena yang sesuai.]

UCAPAN Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tuaran, Sabah pada 6 Ogos boleh dianggap sebagai analisis terbaik dan paling terbuka mengenai kesan pergeseran antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Kerajaan sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa tindakan bekas Perdana Menteri mengkritik kepimpinan negara dalam siri jelajahnya ke seluruh negara boleh menggugat UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau tidak menolak kemungkinan Umno dan BN terpaksa berdepan dengan suasana yang hampir serupa dengan pada pilihan raya umum 1999 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada parti dan Kerajaan.

Menurutnya, kegiatan Dr Mahathir itu bukan sahaja telah diambil kesempatan oleh parti pembangkang dengan menghadiri setiap ceramah beliau, malah ia juga mengelirukan ahli-ahli UMNO.

Apa yang tidak Radzi katakan atau jikalau beliau berkata tetapi tidak dilaporkan oleh Utusan adalah hakikat bahawa majoriti yang menghadiri ceramah Dr Mahathir setakat ini adalah ahli Umno dan penyokong Kerajaan.

Malah kesemua atau sebahagian besar daripada penganjur ceramah beliau sehingga kini adalah ahli dan pemimpin Umno. Inilah yang sebenarnya menakutkan pemimpin veteran Umno seperti Radzi yang pernah menjadi mangsa serang balas Dr Mahathir.

Radzi, sebagai anak Allahyarham Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim, cukup kenal siapa Dr Mahathir kerana bapa beliau adalah antara pemimpin era Tunku Abdul Rahman Putera yang cukup dihormati oleh Dr Mahathir.

Malah kalangan politik menganggap penerimaan semula Radzi ke dalam Umno ada kena mengena dengan rasa terhutang budi Dr Mahathir kepada Sheikh Ahmad.

Di sini juga terletak dilema pemimpin-pemimpin Umno yang berdaya intelek seperti Radzi iaitu mereka tahu kemampuan Dr Mahathir mengatur langkah perang dan mempengaruhi pendapat umum.

Jelas bahawa Radzi telah belajar daripada sejarah. Pada tahun 1987, apabila beliau dan kenamaan Umno yang lain memihak kepada pakatan Tengku Razaleigh-Musa Hitam mereka begitu yakin bahawa kedudukan Dr Mahathir telah dilemahkan oleh krisis ekonomi 1985/86.

Tetapi apabila Dr Mahathir menyerang balas, hatta Tengku Razaleigh dan Musa kecundang. Radzi dan ramai yang lain meninggalkan Umno untuk menyertai Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Tetapi berbeza dengan tahun 1987/88 dan 1998 ketika mana Dr Mahathir berupa pelakon utama, kini beliau sekadar pelakon tambahan. Paling-paling hebat pun sekadar kemunculan “cameo” sahaja.

Kalau beliau masih ada peminat, ia bukanlah kerana beliau menguasai pentas dan boleh menjanjikan sesuatu kepada yang menyokong pendapatnya, tetapi kerana beliau diiktiraf sebagai seorang pelakon luar biasa, ibarat kemunculan “cameo” mendiang Marlon Brando dalam filem Superman pada tahun 1978.

Sebagai ahli politik yang berprinsip dan intelektual, Radzi memikul tanggungjawab yang sangat sukar. Sebagai seorang yang liberal dan demokratik, beliau tentunya keberatan menafikan hak seorang yang berkaliber seperti Dr Mahathir untuk bersuara.

Tetapi sebagai Setiausaha Agung Umno beliau berkewajipan menjalankan perintah parti, justeru itu beliau baru-baru ini mengingatkan cawangan dan bahagian Umno agar tidak menjemput Dr Mahathir merasmikan persidangan agung tahunan mereka.

Manakala cawangan dan bahagian yang tidak berpendirian dan penakut telah membatalkan jemputan kepada Dr Mahathir, tetapi sebuah bahagian, iaitu Padang Besar, meneruskan jemputan kepada beliau tetapi mengubahkannya menjadi majlis ceramah.

Secara peribadi dan dengan memohon maaf saya terpaksa membuat kesimpulan yang lebih muram dan suram berbanding yang dikemukakan oleh Radzi.

Kesimpulan saya adalah ceramah Mahathir lawan ceramah Perdana Menteri/Kerajaan/Umno dan BN bukan akan sekadar melemahkan BN pada pilihan raya akan datang malah sudah mula melemahkan negara.

Dengan media massa arus perdana semakin tersekat kebebasannya dan media baru yang berteraskan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) semakin rancak, penyelesaian masalah ini melalui proses intelektual nampaknya semakin pudar.

Saya mengulangi sentimen iaitu harapan menyelesaikan kekusutan sekarang adalah lebih cerah jika muncul di kalangan pemimpin Umno dan Kerajaan mereka yang bersedia menzahirkan apa yang terpendam di dada dan bersemuka dengan Dr Mahathir.

Mereka tidak boleh merasakan sesuatu di lubuk hati mereka dan berbisik-bisik antara satu sama lain tetapi melakukan sesuatu yang lain kerana takut menanggung akibat. Setidak-tidaknya mereka wajib “menunjuk hormat” kepada Dr Mahathir sebagai bekas pemimpin dan orang tua.

Daripada apa yang saya dengar, “syarat-syarat” yang dinyatakan oleh Dr Mahathir bukanlah “syarat-syarat Puteri Gunung Ledang” yang tidak boleh dirundingkan atau tidak mampu dipenuhi.

Projek yang dibatalkan boleh “dijelmakan” semula dalam bentuk yang memenuhi tuntutan semua pihak dan punca-punca kekeruhan boleh ditapis agar keruh menjadi jernih.

Saya meminjam pakai ungkapan yang digunakan oleh Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin iaitu “there are many ways of skinning the cat.” (Ada banyak cara melapah kucing).

Dan saya menokok tambah --- dalam apa-apa pun keadaan, ada lembu suci dan anak biri-biri korban (the sacred cows and sacrificial lambs). Tetapi dalam politik, anak biri-biri korban pasti dikorbankan dan lembu suci kadang kala terpaksa disembelih.

Mematikan suara Dr Mahathir dengan memutar skru media massa arus perdana dan menggambarkan beliau sebagai pemusnah perpaduan Umno tidak akan membantu, malah menjadikan suaranya lebih dinanti-nantikan.

Dilemanya adalah antara berceramah untuk menegakkan hujah masing-masing atau berunding untuk mengendurkan yang genting.

Dan yang tidak kurang penting dikaji dan dianalisis oleh Radzi dan Umno adalah kemungkinan wujudnya pertalian antara sokongan kepada hujah-hujah Dr Mahathir dengan ketidakpuasan rakyat terhadap apa yang sedang berlaku sekarang.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).