Monday, August 07, 2006

Tersepit Antara Abdullah Dan Mahathir

A Kadir Jasin

[Komen menggunkan "anonymous" tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama pena yang sesuai.]

UCAPAN Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tuaran, Sabah pada 6 Ogos boleh dianggap sebagai analisis terbaik dan paling terbuka mengenai kesan pergeseran antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Kerajaan sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa tindakan bekas Perdana Menteri mengkritik kepimpinan negara dalam siri jelajahnya ke seluruh negara boleh menggugat UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau tidak menolak kemungkinan Umno dan BN terpaksa berdepan dengan suasana yang hampir serupa dengan pada pilihan raya umum 1999 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada parti dan Kerajaan.

Menurutnya, kegiatan Dr Mahathir itu bukan sahaja telah diambil kesempatan oleh parti pembangkang dengan menghadiri setiap ceramah beliau, malah ia juga mengelirukan ahli-ahli UMNO.

Apa yang tidak Radzi katakan atau jikalau beliau berkata tetapi tidak dilaporkan oleh Utusan adalah hakikat bahawa majoriti yang menghadiri ceramah Dr Mahathir setakat ini adalah ahli Umno dan penyokong Kerajaan.

Malah kesemua atau sebahagian besar daripada penganjur ceramah beliau sehingga kini adalah ahli dan pemimpin Umno. Inilah yang sebenarnya menakutkan pemimpin veteran Umno seperti Radzi yang pernah menjadi mangsa serang balas Dr Mahathir.

Radzi, sebagai anak Allahyarham Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim, cukup kenal siapa Dr Mahathir kerana bapa beliau adalah antara pemimpin era Tunku Abdul Rahman Putera yang cukup dihormati oleh Dr Mahathir.

Malah kalangan politik menganggap penerimaan semula Radzi ke dalam Umno ada kena mengena dengan rasa terhutang budi Dr Mahathir kepada Sheikh Ahmad.

Di sini juga terletak dilema pemimpin-pemimpin Umno yang berdaya intelek seperti Radzi iaitu mereka tahu kemampuan Dr Mahathir mengatur langkah perang dan mempengaruhi pendapat umum.

Jelas bahawa Radzi telah belajar daripada sejarah. Pada tahun 1987, apabila beliau dan kenamaan Umno yang lain memihak kepada pakatan Tengku Razaleigh-Musa Hitam mereka begitu yakin bahawa kedudukan Dr Mahathir telah dilemahkan oleh krisis ekonomi 1985/86.

Tetapi apabila Dr Mahathir menyerang balas, hatta Tengku Razaleigh dan Musa kecundang. Radzi dan ramai yang lain meninggalkan Umno untuk menyertai Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Tetapi berbeza dengan tahun 1987/88 dan 1998 ketika mana Dr Mahathir berupa pelakon utama, kini beliau sekadar pelakon tambahan. Paling-paling hebat pun sekadar kemunculan “cameo” sahaja.

Kalau beliau masih ada peminat, ia bukanlah kerana beliau menguasai pentas dan boleh menjanjikan sesuatu kepada yang menyokong pendapatnya, tetapi kerana beliau diiktiraf sebagai seorang pelakon luar biasa, ibarat kemunculan “cameo” mendiang Marlon Brando dalam filem Superman pada tahun 1978.

Sebagai ahli politik yang berprinsip dan intelektual, Radzi memikul tanggungjawab yang sangat sukar. Sebagai seorang yang liberal dan demokratik, beliau tentunya keberatan menafikan hak seorang yang berkaliber seperti Dr Mahathir untuk bersuara.

Tetapi sebagai Setiausaha Agung Umno beliau berkewajipan menjalankan perintah parti, justeru itu beliau baru-baru ini mengingatkan cawangan dan bahagian Umno agar tidak menjemput Dr Mahathir merasmikan persidangan agung tahunan mereka.

Manakala cawangan dan bahagian yang tidak berpendirian dan penakut telah membatalkan jemputan kepada Dr Mahathir, tetapi sebuah bahagian, iaitu Padang Besar, meneruskan jemputan kepada beliau tetapi mengubahkannya menjadi majlis ceramah.

Secara peribadi dan dengan memohon maaf saya terpaksa membuat kesimpulan yang lebih muram dan suram berbanding yang dikemukakan oleh Radzi.

Kesimpulan saya adalah ceramah Mahathir lawan ceramah Perdana Menteri/Kerajaan/Umno dan BN bukan akan sekadar melemahkan BN pada pilihan raya akan datang malah sudah mula melemahkan negara.

Dengan media massa arus perdana semakin tersekat kebebasannya dan media baru yang berteraskan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) semakin rancak, penyelesaian masalah ini melalui proses intelektual nampaknya semakin pudar.

Saya mengulangi sentimen iaitu harapan menyelesaikan kekusutan sekarang adalah lebih cerah jika muncul di kalangan pemimpin Umno dan Kerajaan mereka yang bersedia menzahirkan apa yang terpendam di dada dan bersemuka dengan Dr Mahathir.

Mereka tidak boleh merasakan sesuatu di lubuk hati mereka dan berbisik-bisik antara satu sama lain tetapi melakukan sesuatu yang lain kerana takut menanggung akibat. Setidak-tidaknya mereka wajib “menunjuk hormat” kepada Dr Mahathir sebagai bekas pemimpin dan orang tua.

Daripada apa yang saya dengar, “syarat-syarat” yang dinyatakan oleh Dr Mahathir bukanlah “syarat-syarat Puteri Gunung Ledang” yang tidak boleh dirundingkan atau tidak mampu dipenuhi.

Projek yang dibatalkan boleh “dijelmakan” semula dalam bentuk yang memenuhi tuntutan semua pihak dan punca-punca kekeruhan boleh ditapis agar keruh menjadi jernih.

Saya meminjam pakai ungkapan yang digunakan oleh Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin iaitu “there are many ways of skinning the cat.” (Ada banyak cara melapah kucing).

Dan saya menokok tambah --- dalam apa-apa pun keadaan, ada lembu suci dan anak biri-biri korban (the sacred cows and sacrificial lambs). Tetapi dalam politik, anak biri-biri korban pasti dikorbankan dan lembu suci kadang kala terpaksa disembelih.

Mematikan suara Dr Mahathir dengan memutar skru media massa arus perdana dan menggambarkan beliau sebagai pemusnah perpaduan Umno tidak akan membantu, malah menjadikan suaranya lebih dinanti-nantikan.

Dilemanya adalah antara berceramah untuk menegakkan hujah masing-masing atau berunding untuk mengendurkan yang genting.

Dan yang tidak kurang penting dikaji dan dianalisis oleh Radzi dan Umno adalah kemungkinan wujudnya pertalian antara sokongan kepada hujah-hujah Dr Mahathir dengan ketidakpuasan rakyat terhadap apa yang sedang berlaku sekarang.

Thursday, August 03, 2006

Datuk Kena Lagi

A Kadir Jasin

APABILA media massa arus perdana menguar-uarkan sesuatu isu, seperti mereka kini menguar-uarkan amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, terhadap akhbar Internet and weblog, beberapa kesimpulan boleh dibuat.

1. Tindakan keras mungkin akan berlaku dalam masa yang singkat;

2. Mempengaruhi pendapat umum (public opinion) bahawa akhbar Internet dan Blog adalah berbahaya;

3. Memberi amaran kepada yang berani agar jangan berani sangat dan menakut-nakutkan yang lemah semangat agar tutup blog mereka;

4. Dan apabila akhbar arus perdana yang sensasi seperti Harian Metro turut terbabit, maka terbuktilah bahawa akhbar Internet dan blog kini benar-benar menjadi ancaman kepada daya maju – commercial viability – media arus perdana;

5. Satu lagi legasi era Mahathir iaitu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan mengalami proses dekonstruksi; dan

6. Secara peribadi saya “terhutang budi” kepada Harian Metro kerana secara sengaja (deliberate) menghebahkan tentang wujudnya blog yang dikendalikan oleh mereka yang bergelaran Datuk. Untuk makluman Harian Metro, ada beberapa blog yang moderatornya Datuk.

Keratan akhbar Harian Metro


Untuk menyokong dan memperjelaskan hujah di atas, saya ulang siar sepenuhnya laporan muka 20, Harian Metro hari ini, 3 Ogos, 2006.

Dakwa penulis blog berunsur fitnah

PUTRAJAYA : Penulis blog laman web, termasuk individu bergelar Datuk menghadapi kemungkinan di dakwa ke mahkamah jika artikel atau komentar mereka berunsur hasutan, fitnah dan bercanggah dengan undang-undang negara.

Ini kerana, mesyuarat Kabinet semalam memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mengawasi, memantau dan bertindak terhadap kelompok itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata kerajaan tidak akan menyekat atau menapis kandungan internet seperti dijanjikan oleh bil jaminan ketika penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC), namun tindakan masih boleh dikenakan mengikut pelbagai akta lain.

“Mana-mana penulis blog, sama ada mereka bergelar Datuk atau tiada Datuk, akan diheret ke makamah dan didakwa jika melanggar undang-undang negara sama ada undang-undang jenayah, akta hasutan atau apa saja, kita boleh ambil tindakan.

“Tetapi jika penulis blog itu di luar negara, ia sukar untuk kita ambil tindakan tetapi bukan penulis blog tempatan. Kita boleh (bertindak) jika mereka melanggar undang-undang negara,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Kabinet di sini semalam.

Kelmarin, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata laporan tidak tepat pelbagai isu yang disebar menerusi SMS dan Internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab akan memberi kesan kepada usaha pembangunan negara.

Lim berkata, pada mesyuarat Kabinet itu, Perdana Menteri bersetuju supaya tiada penapisan terhadap kandungan internet tetapi percaya ada jalan lain untuk bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang negara.

“Anda perlu pertahan undang-undang negara. Kandungan (blog), jika berunsur hasutan, maka mereka boleh didakwa. Mereka perlu kawal kandungan. Saya menjelaskan kepada Kabinet dan Perdana Menteri menyerahkan kepada saya, yang mengetuai kementerian ini untuk menangani isu itu.

Mengenai penyebaran khabar angin atau yang berbentuk hasutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), beliau berkata tindakan akan mula diambil sebaik usaha mendaftarkan semua kad prabayar siap akhir tahun.

Wednesday, August 02, 2006

Utusan Malaysia Rabu, 2 Ogos, 2006

Kerajaan pantau laman web, SMS

KUALA TERENGGANU 1 Ogos – Kerajaan akan memantau dengan dekat laman-laman web, blog dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyebarkan perkara tidak benar sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak boleh membiarkan Internet menjadi alat menyebarkan perkara tidak betul berhubung sesuatu perkara atau menjadi medan untuk membuat tuduhan melulu kepada mana-mana pihak.

‘‘Kita tidak boleh membiarkan penyebaran berita tidak betul ini kerana ia mampu menimbulkan keadaan kacau bilau, kehilangan pekerjaan dalam bidang ekonomi misalnya dan menyebarkan khabar angin,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat dan melawat tapak projek Tamadun Islam, di Pulau Wan Man, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr.Jamaluddin Jarjis berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap laman web dan blog yang didapati boleh mengancam perkembangan ekonomi, perpaduan, kesejahteraan dan keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, jika seseorang itu didapati menggunakan Internet atau SMS untuk menyebarkan perkara yang tidak betul pihak berkuasa berhak menahannya untuk disoal siasat bagi mengetahui kenapa ia dilakukan.

‘‘Kita tidak boleh menjadikan (kemudahan) Internet atau SMS sebagai satu peluang untuk menyebarkan apa-apa (termasuklah) mengatakan kat orang, tuduh kat orang.

‘‘Kita tidak boleh membiarkan perbuatan ini sebagai satu kebebasan yang di luar kebebasan yang diberikan kepada media di negara ini,’’ katanya.

Perdana Menteri menegaskan, tidak ada negara yang membenarkan sesuatu kebebasan itu diberikan secara mutlak sehingga membolehkan mana-mana pihak mengatakan apa sahaja yang mereka suka.

Ditanya adakah beliau sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri akan meminta polis menjalankan siasatan ke atas laman-laman web yang terlibat, Abdullah berkata, ‘‘Terserah kepada pihak yang boleh menyiasat.’’

PM: Those who spread untruths on the Net will be detained

By IAN MCINTYRE

ianm@thestar.com.my

KUALA TERENGGANU: The Prime Minister has issued a warning – those who spread untruths and slander on the Internet will face the law.

If information in blogs, websites and online portals were incorrect, bordered on slander, caused disturbance or compelled the public to lose faith in the nation’s economic policies, their authors would be detained for investigation, said Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“We cannot allow such matters to flow through uncontrolled,” he told newsmen after attending a briefing on the proposed Islamic Civilisation Park in Pulau Wan Man here.

“They say all kinds of things, make all kinds of dubious claims. We cannot allow them to abuse the freedom earned under the media. If left alone, they can say or pass on all kinds of things.”

Abdullah also said that those who sent out such information via short message system (SMS) would also be held accountable.

“If they abuse the freedom – more than the present freedom given without any restriction – we cannot allow it,” he declared.

“Where in the world is there such a freedom, where one can freely spread incorrect information and slander without having to own up to it?”

Asked if he was calling for a control mechanism, Abdullah said he would leave it to the police to investigate first.

It was reported recently that the Internal Security Ministry was investigating several online sites following a string of misreporting that caused tension and confusion among Internet users.

Earlier, the Prime Minister was briefed on the proposed park’s facilities. It will have 21 replicas of historical monuments that feature Islamic architecture, including the National Mosque (Malaysia), the Grand Mosque (Mecca), the Dome of Rock (Jerusalem) and the Taj Mahal (India).

The centrepiece of the RM250-million park, which will be completed in June next year, will be a crystal mosque which can accommodate 800 people.

Abdullah also opened a nipah (mangrove palm) sap collection and processing centre in Kelulut, Marang, here.

He said the palm had long existed in the country but only its sap had been tapped so far to produce a drink while its parts had not been commercially exploited.

“The drink has now been bottled and marketed to as far as West Asia,” he said.

Abdullah said nipah, abundant along rivers in Terengganu, should be further exploited to produce more products such as brown sugar, vinegar and flavour for ice cream.

My thoughts:

I have lived long enough; going 59 in a few days.

I have been a journalist long enough; 37 years in all.

I have “collaborated” with the authorities long enough.

I have seen threats to civil liberty and press freedom often enough.

I have heard of promises of liberty, freedom and openness often enough.

I have seen press freedom being lost and rarely recovered often enough.

I have seen the ups and downs of the country often enough.

I have to cope with law and order issues everyday of my working life.

I have been named in libel suits countless times, questioned by the SB and interviewed by the ACA and Securities Commission.

I have seen four Prime Ministers came and gone.

I have seen countless young upstarts came like thunder and disappeared like tumbleweed in the desert wind.

I have seen the roads leading away from the ballot boxes littered with broken promises.

I have seen so many things that make me cry.

I have seen as many things that make me laugh.

I have and will always cry for this beloved country of ours.

Tuesday, August 01, 2006

Serangan Terhadap Dr M – Antara Fakta dan Mitos

A Kadir Jasin

[UPDATE, 5 Ogos ] – Utusan Malaysia, 4 Ogos melaporkan yang Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Padang Besar menasihatkan ahli mereka agar tidak menghadiri ceramah Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan di Beseri pada 26 Ogos ini.

Kita harus mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pergerakan itu kerana bersikap telus dengan menghebahkan keputusan mereka secara terbuka. Mereka bebas memberikan nasihat dan ahli-ahli bebas mendengar atau tidak mendengarnya. Inilah erti ketelusan, kebertanggungjawaban dan keterbukaan.

Sekali gus, pendirian tiga sayap parti itu mencabar dan menguji keteguhan pendirian Ketua Bahagian, Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang mahu memberi pentas kepada Tun Dr Mahathir.

Bagi saya mudah saja. Bila kita dalam dilema, hilang punca dan gundah gulana, kita kembali ke pangkal jalan dan rujuk kepada kebijaksanaan nenek moyang kita. Mereka berkata: Hanya jauhari mengenal manikam. Pantun lama yang mereka tinggalkan yang menjadi petunjuk kepada saya berbunyi:

Pergi memburu di padang datar

Dapat rusa belang kaki

Kalau berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi.

[Update, Aug. 2] THE Padang Besar Umno division has withdrawn its invitation to Tun Dr Mahathir Mohamad to open its annual general meeting, but is going ahead with the ceramah. Dr Mahathir has been invited to speak Taman Beseri Indah at 10.00am, Aug 26.

Division chief Datuk Zahidi Zainul Abidin said when the invitation was made, the division was under the impression that “any respectable leader” could be invited to open divisional annual general meeting.

Zahidi was reported by The Star as stating that Prime Minister and Umno President Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi would now be invited to open the division’s AGM on Aug 27.

Posting Asal

LAMA juga saya berfikir, justeru itu tidak mengulas apa-apa, kerana apa yang berlaku kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di Kota Bharu pada 28 Julail lalu itu hampir-hampir tidak masuk akal.

Ini mengembalikan ingatan saya kepada hari-hari awal sebagai wartawan pada tahun 1969 apabila antara tugas harian saya adalah menghadiri sidang akhbar polis di Jalan Bandar.

Soalan-soalan yang ditanya apabila menghadiri sidang akhbar polis mudah sahaja:

Apakah jenayah yang dilaporkan berlaku hari ini?

Siapakah yang melakukan jenayah itu atau disyaki melakukannya?

Siapakah mangsanya?

Apakah senjata atau alat yang digunakannya?

Apakah tangkapan sudah dilakukan?

Putar-lajukan jam dari waktu itu kepada hari ini, atau lebih tepat, kepada 28 Julai, 2006, jawapannya lebih kurang begini:

Menyembur bahan pemedih mata.

Seorang lelaki yang dipercayai dari satu kumpulan.

Antara mangsanya adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bahan pemedih mata seperti yang digunakan untuk mengawal tunjuk perasaan.

Ya, beberapa tangkapan telah dilakukan.

Soalan-soalan lanjutan:

Siapa penganjur atau penganjur-penganjur majlis itu?

Siapakah penganjur asal atau penganjur utamanya?

Adakah penganjuran itu dibatalkan?

Kalau dibatalkan, siapa yang mengarahkannya?

Siapa yang mengambil alih penganjuran majlis itu?

Bagaimanakah anggota tentera yang tidak berpakaian seragam boleh berada di situ?

Apakah jenis bahan pemedih mata yang digunakan?

Bolehlah bahan itu dibeli di kedai di Kota Baharu atau di Golok?

Kalau tidak, siapakah yang lazimnya dibekalkan bahan itu?

Apakah betul bahan ini hanya dibekalkan kepada anggota polis dan tentera sahaja?

Kepastian yang diperlukan:

Adakah ini percubaan terancang untuk menggagalkan program penerangan Dr Mahathir kepada ahli Umno dan orang ramai?

Adakah ia kejadian terpencil akibat perebutan kuasa antara dua pihak yang bersaingan?

Apakah pemimpin-pemimpin Umno Kelantan dan pusat berperanan di dalam peristiwa ini?

Adakah benar dakwaan bahawa seorang pemimpin kanan Umno Kelantan yang kontroversial telah membuat kenyataan keras mengenai Dr Mahathir pada mesyuarat Biro Penerangan Umno pusat sebelum serangan itu?

Tidakkah mungkin peristiwa ini meningkatkan lagi profil program penerangan Dr Mahathir sehingga menyebabkannya menjadi semakin diminati?

Ke manakah arah dan di manakah kesudahan peristiwa ini?

Kita tunggu jawapan daripada siasatan polis. Sambil itu kita fikir-fikirkan apa yang mungkin dan tidak mungkin dan apa yang masuk akal dan tidak masuk akal.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).