A Kadir Jasin
UMNO-Barisan Nasional (BN) walaupun sudah hilang kedudukan sebagai kerajaan bermandat tapi ia terus
menggunakan jentera kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
untuk berkempen.
![]() |
| Najib melakukan upacara "pecah amanah" Hospital Pendang. Dah 18 tahun janji. |
Ini adalah perbuatan
yang menyalahi undang-undang dan amalan demokrasi.
Tetapi ini tidaklah menghairankan pasal kerajaan Umno-BN di bawah (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng
Sandrobone Sultan Abdul Jalil) atau Pendekar Bugis, Mohd Najib Abdul Razak adalah
kerajaan kleptokrasi – kerajaan yang mencuri.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan.
Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Majlis dan pesta yang
membabitkan jabatan kerajaan dan GLC serta GLIC terus diadakan dengan dihadiri
oleh Najib sendiri.
Perbuatan ini bercanggah
dengan semangat Perlembagaan yang memberi kuasa terhad kepada kerajaan sebaik
sahaja Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru dipanggil.
Namun kerajaan yang mencuri berbilion duit rakyat dan kemudian membebankan GST ke atas mereka tidaklah boleh diharapkan untuk menghormati semangat Perlembagaan itu.
Namun kerajaan yang mencuri berbilion duit rakyat dan kemudian membebankan GST ke atas mereka tidaklah boleh diharapkan untuk menghormati semangat Perlembagaan itu.
Kalau mereka boleh melakukan
rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tanpa berasa malu atau berdosa,
apalah sangat menyalahgunakan jabatan dan agensi kerajaan untuk kempen pilihan raya.
Penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran konvensyen ini adalah sambungan kepada berbagai-bagai tindakan songsang kerajaan Umno-BN bagi mempersundalkan demokrasi demi mengekalkan kuasa.
Kita masih ingat bagaimana kerajaan kleptrokrasi menggunakan pelbagai tipu helah untuk tidak mendaftarkan Pakatan Harapan (PH) setelah melihat bagaimana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau parti bunga raya mendapat sambutan luar biasa dan spontan daripada orang Melayu.
Penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran konvensyen ini adalah sambungan kepada berbagai-bagai tindakan songsang kerajaan Umno-BN bagi mempersundalkan demokrasi demi mengekalkan kuasa.
Kita masih ingat bagaimana kerajaan kleptrokrasi menggunakan pelbagai tipu helah untuk tidak mendaftarkan Pakatan Harapan (PH) setelah melihat bagaimana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau parti bunga raya mendapat sambutan luar biasa dan spontan daripada orang Melayu.
Umno-BN amat takut pakatan pembangkang menggunakan simbol tunggal seperti yang dilakukan oleh
Umno-BN untuk sekian lama.
Dengan memperalatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kerajaan kleptokrat Umno-BN (ada orang kata singkatan BN itu bermaksud Bini Najib) telah membubarkan PPBM.
Dengan memperalatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kerajaan kleptokrat Umno-BN (ada orang kata singkatan BN itu bermaksud Bini Najib) telah membubarkan PPBM.
Umno-BN melihat PPBM
sebagai pemangkin pakatan pembangkang walaupun di hadapan orang Melayu ia
berkata PH dipacu oleh DAP.
Alhamdulillah niat buruk
Umno-BN itu digagalkan oleh Mahkamah Tinggi yang mengarahkan supaya perintah
ROS terhadap PPBM itu dibatalkan.
Umno-BN lagilah kecut
perut apabila parti-parti PH bersetuju menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat
(PKR) sebagai simbol tunggal mereka.
![]() |
| Pakatan Harapan guna lambang PKR |
Umno-BN sekali lagi
mencari helah baru untuk menggagalkan usaha PH.
Pada hari penamaan calon 28 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah hilang akal dalam usaha menyulitkan calon-calon PH-PKR mendaftar diri sebagai calon.
Pada hari penamaan calon 28 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah hilang akal dalam usaha menyulitkan calon-calon PH-PKR mendaftar diri sebagai calon.
Alhamdulillah, sekali
lagi niat jahat Umno-BN gagal kerana hanya seorang calon Parlimen PH dan enam
calon Dewan Undangan Negeri disekat daripada bertanding atas pelbagai alasan
teknikal.
Sabotaj Umno-BN ini akan
berterusan sehinggalah selepas pusat-pusat mengundi ditutup pada jam 5 petang 9
Mei ini.
Pelbagai tipu helah dan
taktik kotor akan mereka gunakan. Pihak PH telah mendapat maklumat bahawa ada tukang kempen Umno-BN berbohong kepada orang kampung dengan mengatakan Tun Dr Mahathir
Mohamad masih menggunakan lambang dacing.
Malah mereka sanggup berdusta
kepada orang kampung yang mereka anggap bodoh bahawa jika mereka nampak Tun Dr
Mahathir dengan lambang PKR, itu sebenarnya adalah palsu dan berupa sabotaj
pembangkang terhadap Dr Mahathir.
Hatta ketika pengundian
sekali pun mereka akan cuba menggagalkan hasrat rakyat untuk berubah dengan
menggunakan taktik kotor dan ancaman.
Ketika mengira undi,
ejen-ejen Umno-BN akan menggunakan pelbagai tipu helah untuk mendapatkan setiap
undi bagi calon mereka khususnya dalam kiraan undi ragu.
Dulu ketika mereka kuat,
Umno-BN mengatakan bahawa pilihan raya adalah bebas dan undi adalah rahsia.
Sekarang bila mereka sedar mereka akan kalah, mereka gertak pengundi bahawa
undi mereka boleh dikesan.
Sasaran utama kempen tipu
ini adalah orang kampung, peneroka Felda, kakitangan awam, anggota polis dan
tentera.
Bekas Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang kini adalah Naib Presiden PPBM berulang kali memberi jaminan bahawa undi adalah rahsia dan SPR
tidak akan tahu siapa mengundi parti mana.
Jadi beliau berkata,
jangan takut untuk mengundi menjatuhkan BN.
Umno-BN juga akan terus
tabur duit. Bukan duit Najib tapi duit kita sendiri yang dikutipnya melalui GST
dan macam-macam lagi cukai dan yuran.
Umno-BN bagi kita ambil. Tak
cukup minta lagi. Takkanlah harga diri kita hanya dua kilo beras pecah dan satu
kilo gula?
Hampir dengan hari
mengundi, Umno-BN mungkin hantar lori bawa segala macam peralatan elektrik percuma.
Ambil tapi jangan jadi hamba dan pengemis dengan mengundi BN. Ambil habuan kita
tapi jangan pangkah dacing.
Akhir sekali kita yang
mahukan perubahan untuk menyelamat dan membina semula negara kita yang dicintai
ini kenalah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan sekiranya
Umno-BN kalah tipis.
Pelbagai tipu helah dan provokasi akan
mereka lakukan untuk mensabotaj kehendak rakyat jelata.
Selebihnya kita berserah
kepada Allah yang Maha Esa agar niat baik kita diberkati dan kita dijauhi
segala musibah.
Ingat Rabu – Rakyat
Akan Buang Umno.
Insya Allah.









