Wednesday, May 16, 2007


Dr M continues To Show Improvement

UPDATE, 17 MAY.

THE following is Press Statement issued by the National Heart Institute (IJN) at noon today, 17 May.

"YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad spent another uneventful night at the Cardiac Care Unit.

Dr Mahathir underwent routine investigation and treatment and continue to make steady positive progress.

The difficulty of breathing was caused by lung congestion associated with myocardial infarction. In addition, Dr Mahathir has an exacerbation
of underlying basal bronchitis of the lungs.

With the positive response, his medication and treatment is being
gradually tapered down. He is xpected to continue with chest physiotherapy and light exercises.

He is expected to remain at the CCU for continued monitoring and
treatment.

Doctors have also advised Dr Mahathir against receiving any visitors
apart from close family members."

Original Posting (16 May)

"YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad has continued to show improvement to treatment at the IJN. Following admission yesterday, his condition continued to be stable throughout the night.

Dr Mahathir had on Sunday been admitted to the Langkawi Hospital after complaining oif breathing difficulties. He was then transferred to the IJN yesterday afternoon.

Currently, doctors treating Dr Mahathir are happy with the positive response to the treatment. Today he is scheduled to undergo routine investigation and chest physiotherapy.

This morning Dr Mahathir, who is warded at the Cardiac Care Unit, had breakfast with Tun Dr Siti Hasmah. He is expected to be at the CCU for continued monitoring and treatment.

Doctors have also advised Dr Mahathir against receiving any visitor apart from close family members."

19 comments:

Anonymous said...

semoga tun cepat sembuh....dikala orang lain berehat dengan anak cucu...tun sanggup mengenepikan itu semua kerana mengenangkan nasib anak bangsa dia...

semoa tuhan membalas segala jasa baik tun di dunia dan akhirat...

D!Qgital Studio said...

Wishing Tun a speedy recovery and we should not forget about the people at National Heart Institute (IJN)for taking good care of our beloved Tun. Terima kasih IJN.

Anonymous said...

YBhg Dato',

Saya bergegas ke Langkawi sebaik menerima berita YABhg Tun mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital di Langkawi. Ketika tiba, saya mendapati ramai wartawan dan orangramai berkumpul di luar wad ICU hospital tersebut. Sehingga lewat malam hingga ke pagi, saya kecewa, tidak seorangpun anggota kabinet yang kebetulan berada di Langkawi untuk pertemuan YAB Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Singapura dijadualkan berlangsung. Namun, saya sempat berjumpa YB Ahli Parlimen Langkawi datang melawat bersama isteri di hospital.

Esoknya, saya bergegas pula ke KL setelah diberitahu beliau akan dipindahkan ke IJN. Sejurus sebelum ketibaan ambulan yang membawa YABhg Tun tiba, ramai wartawan dan jurugambar sedia menanti di luar wad kecemasan. Ambulan yang membawa YABhg Tun tiba dan telah melalui jalan belakang. Berlurulah para wartawan dan jurugambar. Saya melihat anggota keluarga dan beberapa individu cuma memohon para jurugambar untuk tidak mengambil gambar. Namun, ianya tidak diendahkan. Saya terlihat YABhg Tun Dr Siti Hasmah seperti berada dalam ketakutan melihat situasi bagaimana para jurugambar bertegas cuma mendapatkan ruang untuk mengambil gambar YABhg Tun Dr Mahathir. Saya sedih melihat suasana itu. Walaupun para jurugambar sekadar menjalankan tugas, saya sukar mengerti bagaimana mereka tergamak untuk berkeras mendapatkannya walaupun mendapat permohonan daripada anggota keluarga YABhg Tun. Kesulitan dialami oelh petugas IJN untuk mengeluarkan YABhg Tun dari ambulan. Bukankah pada ketika itu, keselamatan dan keselesaan YABhg Tun seharusnya menjadi keutamaan?

Berkampung pula saya di IJN. Saya perhatikan ramai sahabat yang datang menziarahi keluarga YABhg Tun. Saya baca buku pelawat yang disediakan bagi para pelawat menurunkan kata-kata semangat buat YABhg Tun yang dikasihi. Saya berasa pelik, apabila terbaca, ramai yang selain mendoakan kesihatan yang baik buat YABhg Tun, ramai juga yang mendoakan agar YABhg Tun cepat sembuh bagi meneruskan perjuangan beliau. Dalam keadaan beliau yang sedang sakit, tergamak kita meminta beliau untuk meneruskan kerja beliau. Bukankah setelah puas kita mendengar kata-kata beliau melalui ucapan-ucapannya, kitalah yang seharusnya meneruskan perjuangan yang beliau mulakan?

YBhg Dato',

Bersama-samalah kita meneruskan perjuangan YABhg Tun. Janganlah sampai YABhg Tun tiada lagi bersama kita baru kita sedar peranan-peranan yang boleh kita mainkan demi Negara yang kita cintai ini. Biarlah YABhg Tun berehat bersama keluarganya selepas ini. Masalah Negara, kita fikirkan bersama dan kitalah jurucakap bagi menyatakan kebenaran. Secara bersama, suara kita akan didengari. Saya bermohon agar YBhg Dato' dan rakan sahabat Bloggers yang lain boleh menerajui usaha yang sebelum ini dibuat oleh YABhg Tun. Tibalah masanya untuk kita pula berjuang dan berkhidmat.

Ampun dan maaf YBhg Dato', saya cuma menyatakan perasaan saya.

Salam hormat,
Ahmad

Berita dari gunung said...

Dalam keadaan begini, hati ini jadi teramat sayu dan ingin tahu apakah yang Tun maksudkan janji-janji yang empat mata menjadi saksi, sewaktu obor negara berganti tangan.

Hanya kedua mereka saja yang tahu. Saya pasti janji-janji berkait dengan obor negara tentu tidak sama seperti janji singgah kedai beli mertabak atau nasi beriani tapi akhirnya pulang dengan tangan kosong. Kita masih boleh senyum sambil berkata "terlupa la.."

Janji berkait obor negara melibatkan maruah dan masa depan rakyat sekarang dan akan datang. Janji yang tidak ditunai, amat ditakuti oleh orang Melayu melalui ungkapan termakan sumpah.

Semoga Tun cepat sembuh untuk membisikan makna janji-janji dengan empat mata sebagai saksi. Atau apakah kita yang lain tiada hak untuk tahu. Atau apakah kita yang lain lebih baik tidak tahu.

Daily Nibbler said...

Semoga Tun cepat sembuh dan berehat.

Anonymous said...

Janji-janji dgn TDM tidak penting tetapi janji-janji dgn Singapora yg perlu ditunaikan. Itu polisi pemerintah sekarang

A KADIR JASIN said...

Sdr Pembahas dan pelawat sekalian,

Thank you for your kind words.

I had a chat with Tun Dr Siti Hasmah yesterday. She wanted me to convey her thanks and her gratitude to all wellwishers for their doa and prayers, visits and flowers.

Tun's loyal Press Secretary Sufi Yusuf had just sms me to say that Tun "Dah dok makan maggi tomyam." We excuse him for choosing "fast food". What's import he has the selera to eat.

Sdr Ahmad, I don't blame reporters and pixmen. They have to do their job.

I think these boys and girls care for Tun. I think they are unhappy that their boses are not giving fair hearing to Tun.

Just to digress a bit, I was at the NSTP AGM just now. Both editorial reps on the board were not present.

Hishamuddin is recovering at Pantai after a major coronanry by-pass. He is only 45.

Kalimullah was said to be also at Pantai, but upon checking he was not there. He had a spinal surgery and he's only 49.

So we must thank God that Tun, at 82, is still with us.

Rocky said he would blog about the meeting. I won't say it was a cordial AGM. I pity the rookie chairman.

I asked about the cost of suing Rocky and Jeff Ooi. The AGM was told that the NSTP had so far spent RM70,000 on legal fees for the two cases.

Thank you.

marn said...

Ujian dari Allah buat Tun sekeluarga. Moga cepat sembuh dan dilimpahkan dengan hidayah dan InayahNya. Syafakallah..

sikapitan said...

As a young Malaysian, I would like to wish Tun a speedy recovery, for we will always remember you fondly for all the great things you have done for us.

Jangan menyesal bila sudah tiada.Ambillah hikmah dari kata-katanya.

http://undergrounduate.blogspot.com
wasalam

D!Qgital Studio said...

"The difficulty of breathing was caused by lung congestion associated with myocardial infarction. In addition, Dr Mahathir has an exacerbation
of underlying basal bronchitis of the lungs."

Dato’.. boleh minta somebody to translate/explain this in ‘English’, Melayu or lagi cantik bahasa Kedah!

Terima Kasih.

Anonymous said...

Dato dan Bloggers,
Sehari dua ni saya pi Kedah. Menangis saya bila melihat Dewan Wawasan. Adik yang membawa saya bertanya apa pasal saya jadi macam tu, saya kata saya teringat Tun (Dr. Mahathir) Dia mencemek (macam Mak Dara cemek Kassim Selamat). Jauh-jauh dok jalan tang sini baru nak menangis mengapa tidak di KL. Itulah butir katanya. Lalu saya kata memang di KL pusing kiri pusing kanan bagai ternampak-nampak kelibat Tun tapi kat sini Dewan Wawasan tu membuat saya jadi terlebih pilu dan sayunya. Orang Kedah tak rasa apa-apa kaaa.

Sejahtera buat Tun dan isteri.

salam.

A KADIR JASIN said...

Sdr D!qgital Studio,

Seperti kita semua sudah maklum, Tun mengalami serangan jantung (myocardial infarction) tidak berapa lama lalu.

Jadi, keadaannya sekarang bersangkut paut dengan masalah itu.

Bronchitis is a respiratory disorder (masalah pernafasan) characterized by excess mucus production and swelling of the bronchioles; caused by long-term exposure to irritants such as cigarette smoke and air pollutants.

Sdr Kedidi,antara lain, berkata:

"Sehari dua ni saya pi Kedah. Menangis saya bila melihat Dewan Wawasan."

Itulah bila manusia tidak lagi mengenang budi. Apatah lagi dasar masa kini adalah melenyapkan peninggalan/legacy Mahathir Mohamad.

Hari ini mereka lakukan kepada Tun, esok mereka lakukan kepada pengganti Tun pula.

Inilah resmi kaduk naik junung, talam dua muka, manusia berpura-pura, hipokrit kelas dunia.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam buat semua,

Saya sempat melihat Datuk dirakamkan oleh Berita Perdana RTM tempohari...

Saya cukup TERGURIS dengan media massa kita....

RTM selama 3 hari berturut-turut menjadikan laporan semasa TUN sebagai TAJUK UTAMA dan berita pertama mereka...

TAHNIAH RTM !

TV 3 semakin hari semakin membuatkan saya muak ! Berita keadaan seorang NEGARAWAN ULUNG MALAYSIA MODEN hanya dijadikan berita tempelan yang pendek saja liputannya....

SEDEH juga saya dengan akhbar akhbar Melayu..... Tidak dimuka surat utama... TAHNIAH BUAT THE STAR, berita TUN diletakkan di muka surat utama tempohari.....

DOA SAYA AKAN TETAP SELAMANYA BUAT DR MAHATHIR MOHAMAD, pemimpin AGUNG di hati saya....

Ketika saya dilahirkan, DR M baru 1 tahun 3 bulan menjadi PERDANA MENTERI...... jiwa saya adalah jiwa MAHATHIR !

marakarma said...

BANGKIT BANGSA MELAYU

RAKAN BANGSA KU SEMUA
TERHINAKAH KALAU KITA DIHINA?
RUGI KAH KITA KALAU DI SALAH DUGA ?
MATIKAH KITA KALAU KITA TIDAK DIANGGAP MULIA ?

USAH RAGU DENGAN KEMAMPUAN KITA
USAH GUSAR DENGAN PERSEPSI MEREKA
USAH GENTAR DENGAN SAINGAN YANG ADA
USAH TAKUT DENGAN UGUTAN, MEMORANDUM DAN PERMINTAAN KARUT MEREKA

KITA KUATKAN PARTI UMNO KITA
KITA BINA MARTABAT MELAYU YANG ADA
KITA UBAH MENTALITI KITA
KITA BERSAING TANPA KUOTA

KITA TIDAK MINTA SUBSIDI SEMULA
KITA AJAR DAN TOLONG ANAK BANGSA
KITA KUATKAN PERSATUAN KITA
KITA TINGKATKAN SEMANGAT PERKAUNAM MELAYU KITA

KITA BUAT JARINGAN MELAYU SEDUNIA
KITA TINGKATKAN EKONOMI, TANPA MENIPU SESIAPA
USAH MEMINTA SEDEKAH PADA MEREKA
USAH LEKA BERPOLITIK SAJA

KITA MOTIVASI GENERASI MELAYU MUDA
KITA TINGKAT PENDIDIKAN ANAK DAN SAUDARA
KITA BERI PENDIDIKAN TINGGI ANAK SEMUA ORANG MELAYU YANG ADA
BERATUS RIBU DAH BERJAYA, KITA TAMBAH 10 JUTA

DIDALAM SEMUA BIDANG DALAM DAN LUAR NEGARA
MEREKA DENGKI TAKPA ASAL MATLAMAT KITA BERJAYA
MEREKA USIK TAKPA , KITA JALAN TERUS , WALAUPUN DIKATA
JANGAN TOLEH BELAKANG, KITA KERASKAN HATI KITA

HANYA ITU SENJATA MELAWAN MEREKA
BUKAN DENGAN LENGAN ATAU SENJATA MERBAHAYA
HANYA ITU KITA AKAN DAPAT HARGA DIRI KITA SEMULA
HANYA ITU YANG MENYEMBABKAN MEREKA MALU MEMINTA MINTA
HANYA ITU AKAN MENGUNCI DENDAM KESUMAT MEREKA
HANYA ITU YANG AKAN MEMBUAT MEREKA HORMAT PADA KITA
HANYA ITU SAJA YANG BUAT MEREKA MALU NAK HANTAR MEMORANDUM PADA KITA SEMULA

Anonymous said...

tak semua orang Kedah lupakan jasa Tun. Nak tahu tunggu PRU ke-12 nanti. tahun 1969, Tun pernah dikalahkan oleh pengundi Kota Star selatan, PRU ke-12, legasi Tun dan jasa Tun bakal membenam UMNO di jelapang PAS.Kami ingat pesan Tun, 'hantar mesej yang jelas kepada kerajaan yang ada supaya mereka tidak alpa tentang perjaungan sebenar sebuah bangsa dan negara". 1999 pengundi di KEDAH sudah buktikan.

dinleter said...

jasa ditendang, jasa dibuang
inilah Melayu adab dikenang,
apa dikesah harapan orang,
sudah mati baru ditatang.

Bumi dipijak miliknya orang,
Merdeka tidak bermakna lagi
apa nasib rakyat yang malang
merempat menangis tiada erti.

dinleter said...

hamba bertuan di bumi sendiri
terantuk tergadah menyembah bumi
hilang nan sudah sifat lelaki
tanah diserah tergadai kini

jangan disesal kemudian hari
sudah diingat berulang kali
Tun berkata "merdekakan diri"
Jangan digadai walau seinci

apakan daya Tun berusia
masa hayatnya dicerca nista
Rupa yang dibuat menjaga bangsa
Kini, diratah hilang segala

Anonymous said...

The Fakir Under The Tree
(for Tun Mahathir an Tun Hasmah)

a fakir
covered in dust and grime
approached and sat in the cool shade
of a good tree in a garden of the king

it was desolate
and he was hungry

there he found strewn at its foot
and from the branches hanging low
parchments old and worn
signs of those like him
who had come
before him had left behind
perhaps

picking one from the ground
and he read it

O ye who believe!
ittaquullaha wa aanimubirasuulihi
yukti kum kiflaini min rahmatihi
and he will provide for you
A light
by which you shall walk
and He will forgive you
wallahu Ghafuur-ruur-Rahimm

That the People of the Book
may know that they have no power
whatever over the Grace of Allah
wa innal-fadhla biyadihi
yuktihi my yashaa
For Allah is the Lord
of Grace Abounding

he tore the parchment into
small bits and pieces

then he said bismillah
and put the fragments into
in his mouth
and ate it

for he was hungry

Anonymous said...

May Allah be with this cherished leader of Malaysia...I wish him all the best from the Netherlands Europe. I am a big admirer of Mister Mahathir ever since my first visit to Malaysia in 1995.

esbellari@hotmail.com

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).