Thursday, May 10, 2007

The Taxi Driver, Jane and I

A Kadir Jasin

[Anonymous comments will not be posted. Please use your real name or a suitable pseudonym. Please avoid seditious, defamatory and libellous statements. And, if possible, don’t call anybody bodoh (stupid) ok!]

AS I sat down to enjoy nasi lemak Tangling and teh si kosong on the rainy Wednesday (May 9) morning, a Malay man who introduced himself as a retired civil servant poured his heart out.

He retired as a middle level kakitangan awam some years ago. He is diabetic and his wife suffers high blood pressure. They were on the way to the University of Malaya Medical Centre for treatment.

After his retirement, he started a small contracting business. But after spending as much as RM15,000 a year for several years buying tender documents from government departments and agencies but not getting a single contract, he gave up.

He now drives a taxi. But life gets harder for taxi drivers as the government-owned Rapid KL improves its services and charges affordable fares. Less people use taxis.

So between keeping Malaysia’s image spanking clean during the Visit Malaysia Year 2007 and losing their taxis, some opt for the latter and that, sadly, lead to many of them preying on their rides.

Later that day, while running errant, my supir saw a European woman desperately trying to stop passers-by for help. He did and she started crying.

She gave her name as Jane. She claimed that she teaches English in Bangkok. She went to Penang for a holiday and took an express bus to Kuala Lumpur.

As she alighted at Pasar Rakyat bus terminal, a taxi driver literally caught her by the collar of her shirt and bundled her into his taxi, drove her to Time Square and charged her RM300 or he would drive away with her luggage and her passport. She paid.

My driver gave her a lift and sent her to her hostel, which was around the corner from Time Square.

I am tempted to say, welcome to Malaysia, the home of Islam Hahdari. But I will not. We do not fool around with religion.

If Malaysia is not safe for visitors, it is also not safe for Malaysians. The latest crime statistics speak volume.

The Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who is also Minister of Finance and Minister of Internal Security told Parliament on April 24 that 198,622 cases of crime were reported throughout the country last year, rising by 41,163 cases.

So Deputy Internal Security Minister Datuk Mohd Johari Baharum was proven right when he argued with the police about the prevalence of crime in Kuala Lumpur.

16 comments:

Anonymous said...

Datuk,

A small & medium businessman has to buy tender form to get business. Would the big tycoons be paying the same for their big projects? But then again, if they have to pay, what is several hundreds ringgit to compare with billions ringgit that they get, kan? I am also not surprise if they dont even have to bid for tenders!

Sehubungan dengan itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Maybank kerana berani mengenakan syarat "will only deal with legal firms which have at least 3 bumiputera partners". Buat masa ini tidak banyak lagi syarikat gergasi yang peduli tentang perkara ini Datuk, kerana masing-masing lebih ghairah mengaut untung di bumi bertuah Malaysia untuk akhirnya 'disimpan' di negara lain.

Teringat saya kepada kata-kata seorang pengusaha SME bumiputera: "Kerajaan kita Melayu, Perdana Menteri kita Melayu, penggubal dasar kita Melayu, tetapi orang Melayu sendiri susah hendak berniaga! Pengusaha kecil dan sederhana bumiputera bukan sahaja terpaksa bersaing dengan bukan bumiputera tetapi juga dengan agensi-agensi kerajaan."

Benar, orang Melayu tidak boleh selalu diberi tongkat kelak mereka tidak tahu menghargai kejayaan. Tetapi orang bukan Melayu yang berjaya pada hari ini juga adalah mereka yang diberi tongkat! Saya percaya kalau tongkat itu diberikan kepada orang Melayu pun mereka boleh berjaya seperti orang bukan Melayu. Malangnya setiap orang Melayu yang diberi tongkat pada waktu pemerintahan seorang Perdana Menteri, ditarik semula tongkat itu pada pemerintahan seorang Perdana Menteri yang lain.


Pengurus SME Pelbagai Kaum

Kak Teh said...

datuk, i am no tourist to my own country, but during my last visit back, every time I take a taxi,the driver will ask me which route i want to take and even pretended not to know the way to Angkasapuri. because I am not familiar with the roads anymore, i replied saying 'you are the driver and you should know the way," without revealing that i was lost in my own country. But this happened about three times and once,I swear, on the way to RTm , I saw kampung kerinchi twice!
then, from bangsar to KLCC - i was taken on a long,long route and taxi driver insisted he dropped me off by the roadside - as he badly needed a rest before his next shift! so,what can i say to that?

cre8tif said...

greetings datuk,

i am aghast by such dispicable act of *kidnap* !

ahm said...

kalau taxi driver buat masalah lapor sahaja kepada lembaga perlesenan kenderaan, habis kalau ananda dan kuok buat problem kat mana nak report...

IBU said...

These things still happen at large, and in broad day light too.

Nak bagi anak cycle ke sekolah pun tak berani. Imagine,just one generation ago - I could walk or cycle to school 5 miles away from home carefree without worries (except for fear of the white goose jiran sekampung yg suka kejar budak2 naik basikal).

A KADIR JASIN said...

Kak Teh and Ibu,

I have this theory that we are justifying doing the wrong things and being bad because we think others who are above us, ruling us and lording over us are doing worst things than us.

That's bad and it can only get worse. Put yourself in a taxi driver's shoes.

He sees a lot of bad and wrong things happening around him and to him everyday of his life. He has to pay the taxi company, he has to bride the enforcement officers and his passage is often blocked by those screaming police outriders escorting the VIPs.

They heard and saw the Pembesar, their wives and children abusing their power. Even taxi companies are owned by them or their proxies.

So are they going to care much about you and I and the visiting foreigners?

Malaysia is not what it was 30 or 40 years ago. It's not what it was a few years ago.

I pray that we will not sink to the level of some neighbouring countries. Many educated and independent-minded Malaysians are either leaving the country or are thinking of doing so. Already many are employed abroad and do not come back upon completing their studies.

Thank you.

Anonymous said...

Datuk....
Setuju dengan comments datuk tentang sikap penjenayah dulu dan sekarang,memang berbeza.Dulu punya era merompak..tapi jgn cedera orang,kidnap jgn kasi bunuh tebusan nanti boleh kidnap lagi,Samun trak.. lorry je bawak lari..drebar tinggal tepi jalan,sekarang aduh.Sudah la samun kereta org..sekali dengan bini org dlm kereta dirogolnya,pehhh seram oooo datuk.Ini masuk cerita maybank...gua 100 % setuju dgn pspk...baru betui harimau malaya ,Maybank baru kena syarat.. kabinet half past six dah nak revise...kompeni sepet/kicap yang belambak kat Malaya ni semua 90% langsi dengan bumiputra tak kira pekeja atau executive korang tak nak citer,tak sedar ke untung.Apa yang di comentar oleh pspk memang betul.Gua teringat Ku Li cakap Bahasa melayu ialah lingua franca...

A KADIR JASIN said...

Tahniah dan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana "berani" menyiarkan berita mempertahankan tindakan Malayan Banking Berhad.

Saya rasa semua GLC dan syarikat milik PNB perlu melaksanakan dasar yang menggalakkan perkongsian bijak antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Berikut laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.

"Tindakan Maybank mesti dipertahankan

KUALA LUMPUR 10 Mei – Ahli-ahli ekonomi, peguam dan tokoh politik Melayu hari ini meminta kerajaan mempertahankan tindakan Malayan Banking Bhd. (Maybank) mengenakan syarat pemilikan 50 peratus kepentingan bumiputera dalam firma-firma guaman yang mahu menjadi panel bank tersebut

Mereka berpendapat, langkah Maybank – bank perdagangan terbesar di negara ini – memperkenalkan dasar baru berkaitan firma-firma guaman adalah selari dengan polisi kerajaan untuk mengagihkan secara adil kekayaan negara, khususnya kepada kaum bumiputera yang masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding kaum lain.

Menurut mereka, kerajaan perlu menghargai langkah Maybank kerana apa yang dilakukan itu membuka banyak peluang kepada firma-firma guaman bumiputera untuk terlibat secara langsung dalam pembangunan ekonomi negara.

Seorang ahli ekonomi, Haim Hilman Abdullah berkata, Maybank sebenarnya telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat terhadap kaum bumiputera di negara ini dengan memperkenalkan syarat-syarat baru berkaitan firma-firma guaman.

Katanya, semua pihak harus menyokong langkah berkenaan kerana Maybank bersedia memberi peluang kepada firma-firma bumiputera tanpa disuruh.

“Mengapakah kita tidak sama-sama mempertahankan langkah ini?

“Pada pendapat saya, firma-firma guaman yang tidak memenuhi syarat yang Maybank tetapkan itu mempunyai banyak pilihan untuk membuat urus niaga dengan bank-bank lain yang tidak mengenakan syarat yang Maybank tetapkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang menyebut bahawa Jemaah Menteri telah meminta Maybank supaya memansuhkan syarat pemilikan 50 peratus bumiputera ke atas firma-firma guaman yang ingin menjalankan urus niaga dengan bank itu.

Beberapa buah akhbar memetik sumber peringkat tertinggi sebagai berkata, arahan Kabinet itu dibuat kerana syarat yang dikenakan oleh Maybank itu bukan dasar kerajaan.

Laporan itu juga memetik sumber tersebut sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan juga tidak pernah mengarahkan Maybank untuk melaksanakan peraturan tersebut.

Mengulas lanjut isu itu, Haim Hilman berkata, dasar Maybank berkaitan ekuiti bumiputera dalam firma-firma guaman itu adalah ‘amat pragmatik‘”’ pada masa ini memandangkan orang Melayu memang belum mampu bersaing.

“Jika kita bersungguh-sungguh mempertahankan kepentingan bumiputera dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat, apakah bezanya dalam isu ini?” tanya beliau.

Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Asan Ali Gulam pula berkata, langkah Maybank itu akan membantu usaha kerajaan meningkatkan penglibatan bumiputera sebanyak 30 peratus dalam ekonomi negara serta menjadikan mereka masyarakat ekonomi dan perindustrian.

“Kabinet sepatutnya menggalakkan bank lain mengikuti langkah Maybank dan tidak melihat syarat itu sebagai diskriminasi kepada kaum lain. Maybank syarikat milik kerajaan. Jika orang lain lihat tindakan itu bertentangan dengan dasar kerajaan, saya pula melihat apa yang dilakukan oleh bank itu adalah sebaliknya,” kata beliau.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMKL), Datuk Syed Amin Aljeffri pula mahu tindakan bank itu dilihat dalam ‘wajah’ Malaysia kerana ramai kakitangan yang berkhidmat dalam firma guaman Melayu adalah peguam kaum Cina.

Katanya: “Jika tindakan Maybank dianggap diskriminasi kaum, bagaimana pula tindakan sesetengah syarikat yang siarkan iklan pekerjaan mengutamakan mereka yang fasih berbahasa Mandarin sahaja untuk menghadiri temu duga.”

Pemangku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menegaskan, tindakan mengekalkan kuota 50 peratus ekuiti bumiputera bagi firma guaman yang ingin berurusan dengan Maybank dibuat bukan untuk menguasai ekonomi.

‘‘Kita mahu wujud keseimbangan dalam ekonomi, bukannya hendak menguasai. Dasar itu tidak jejaskan orang lain kerana semua kaum dapat peluang yang sama,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim menjelaskan, setelah berlaku eksais penggabungan bank di negara ini, bantuan kepada bumiputera, termasuk kepada firma guaman, semakin berkurangan.

Dalam konteks ini, beliau menyokong dasar Maybank itu. “Bank itu merasakan penglibatan bumiputera amat diperlukan,” kata Ahli Parlimen Muar itu.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datin Paduka Zaitoon Othman pula mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan isu itu kontroversi.

Beliau berkata, firma guaman bukan bumiputera tidak perlu bimbang dengan perkembangan itu memandangkan kebanyakan bank lain di Malaysia tidak mengenakan syarat-syarat seumpama itu.

‘‘Syarat itu tidak bermaksud firma bukan bumiputera tidak boleh menawarkan khidmat kepada Maybank, cuma mereka perlu memastikan ada 50 peratus ekuiti bumiputera dalam firma mereka,” katanya.

Menurut Zaitoon, selama ini firma guaman bumiputera khususnya yang bersaiz kecil sukar untuk mendapatkan pelanggan yang terdiri daripada badan-badan korporat besar.

Sekurang-kurangnya, kata beliau, langkah yang diambil oleh Maybank itu memberi harapan baru kepada firma guaman bumiputera untuk terus berkembang.

‘‘Tolong jangan perlekeh usaha Maybank ini,’’ katanya.

Sementara itu, kajian semula Maybank ke atas kriteria pelantikan panel guamannya yang berkuat kuasa pada 1 Julai ini tidak membuat sebarang perubahan berhubung syarat pemilikan 50 peratus kepentingan bumiputera dalam firma-firma guaman yang ingin menjadi panel bank tersebut.

Utusan Malaysia juga difahamkan bahawa satu memorandum telah dihantar kepada semua panel peguam Maybank bagi memaklumkan kepada mereka mengenai perubahan kriteria pelantikan panel guaman bank itu.

Memorandum itu juga mengingatkan panel peguam Maybank supaya mematuhi kriteria baru itu dalam permohonan mereka untuk menjadi panel guaman berkuat kuasa 1 Julai ini.

Antara kriteria baru itu ialah firma guaman yang mahu menjadi panel Maybank mesti memiliki minimum tiga rakan kongsi dengan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi bumiputera menguasai 50 peratus ekuiti dalam perkongsian itu dan firma tersebut telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga tahun.

Kegagalan memenuhi kriteria itu akan menyebabkan Maybank boleh mengambil tindakan termasuk menamatkan perkhidmatan firma guaman terbabit."

Anonymous said...

Dato dan Bloggers,
Jika begitu laporan di Utusan Malaysia nampaknya akhbar ini sudah mula kembali kepada teras awalnya. Telah lama saya merasakan Utusan telah kehilangan arah dan punca. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk berehat sementara dari membaca tulisan-tulisan di Utusan seperti mana ketua pengarangnya yang telah lama berehat dari komentar di hari minggu. Tindakan ketua pengarang itu bukan kah protes secara diam? Kerana apa ya?

terima kasih

-thethinker- said...

Sungguh daif pemikiran Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMKL), Datuk Syed Amin Aljeffri , daif lagi pemikiran sesiapa saja yg setuju dgn alasan pengetahuan dalam bahasa mandarin ialah satu bentuk diskriminasi. ( termasuklah Datuk A. Kadir Jasin , jika beliau bersetujulah )..
Itu satu alasan yg tidak kukuh, apakah hanya orang Cina saja yg tahu berbahasa Mandarin, itu hanyalah satu bahasa , malah kini , banyak orang bukan cina yg fasih berbahasa mandarin , termasuk Hokkien ataupun Kantonis.

Apakah patut kita bangga dgn syarat baru Maybank , tentunya tidak sama sekali. Apakah nasib firma guaman yg hanya beroperasi dgn pemilik tunggal atau pun rakan kongsi 2 orang sahaja ?? Alamat bungkuslah mereka . Jangan beri alasan masih ada kerja lain yg boleh dibuat oleh firma kecilan ini , ini spt menggurangkan peluang mereka utk berniaga , sekaligus menidakkan hak mereka mendapat peluang yg seadil-adilnya.

Anonymous said...

Dato

Sekali sekala kita kena sedarkan kaum cina dan india di negara ni asal usul kewujudan mereka di sini. Biar mereka bangun dari mimpi.

Tak perlu risaukan reaksi mereka, sebab niat kita tidak menyimpang. Kita tidak langsung menghumban mereka ke tepi laut. Kenapa mereka mesti rasa takut? Saya agak ketakutan mereka adalah datang dari kerakusan mereka untuk menguasai negara. Mereka lupa hakikat sejarah, tuan tanah yang perlu dihormati haknya.
Sekali2 mereka perlu diingatkan hakikat ini.

Kesultanan dan kedaulatan melayu dan Tanah Melayu perlu dipelihara. Dari hari ke hari, kebiadapan dan kedengkilan generasi baru cina dan india tentang sejarah dan hak bangsa melayu ke atas tanahair sendiri semakin tak terbendung dan berleluasa. Kita patut belajar dari UAE dalam menjaga kepentingan tuan tanah.

Anonymous said...

That's the problem when we have bumiputra rights enshrined in our constitution. When Malays get something, the rest will say it's because we are bumi's. When we fail like our contractor turned cabbie driver friend here, they will say we are generally a bunch of lazy people and survive mainly because of our bumi status and free hand outs. If this guy is any example, bumi status will get you squat, zilch, nothing! Only umnoputras are the real "pribumi's" now. The rest of us bumi's have been demoted down the caste.

When I look at countries like Singapore, for example, I see them getting away with their game of assisting a particular race and marginalizing another. Perhaps having the word bumi in our constitution was not such a bright idea to begin with. We should've opted for the Singapore way of not putting in writing but having everyone know that it's the hidden/assumed rule that need to be follwed. Anyway, too late for that now. These days we have to put up with people like AK and Robert Kuok making their money because the government has to be seen as giving other races a chance, and later having these ungreatfulls take their fortunes elsewhere.

My condolences to our cabbie friend and his predicament. Although I'm quite surprised he chose construction as his post-retirement career. He of all people, being an ex kaitangan kerajaan, should know of the corruption and contract buying involved in securing construction jobs. Or did he think it'll be smooth sailing being an ex kaitangan kerajaan. That we will never know. On the bright side, he should be greatful that as a retired government employee, his medical welfare is taken care of by his former employers and is funded by, indirectly, us the taxpayers. Count your blessings as most of us suffering in this land run by the umnoputras don't have such perks. Be greatfull with what you have.

As for the crime rate, it's a reflection of our lousy economy.
Even the unskilled labour force is learning from our corrupt politicians and their corporate cronies which is to rip people off.
Dollah and Jo initially had different crime statistics figures each even though they work in the same ministry. After which Jo's turned out to be the more accurate one as it was the figure disclosed by Dollah in Parliament. What does it tell you? Dollah doesn't even know the stats concerning his own portfolio! Menteri apa ni?!

Berita dari gunung said...

Pemandu teksi bekerja membawa penumpang. Memang seronok bersembang dengan pemandu teksi. Mereka boleh melihat dan mengupas isu. Betul tidak itu soal lain.

Ada sekali pemandu teksi bercerita tentang ada orang suka masuk toilet di KLIA dan ambil tisu serta toilet paper banyak-banyak. Tambahnya dia orang tu bawak balik rumah, boleh save bujet rumah.

Ada sekali tu, seorang yang lain cerita tentang kawasan putrajaya yang kini tak sekemas dulu lagi. Tambahnya, dulu Tun suka merayau malam-malam dengan kancil, dan esuknya disampaikan pada yang berkenaan tentang rumput panjang, tentang pokok tumbang, tentang sampah belum berkutip dan lain-lain lagi.

Dulu kita ada pemimpin yang suka memantau. Dan orang tak senang duduk.

Orang yang sama cerita kononnya ramai orang kerja dengan kerajaan bawak teksi secara part time. Gaji tak cukup katanya.

Saya melayan dia bercerita, dan dia melayan saya bawak kemana yang saya mahu. Setakat ini saya belum pernah naik teksi dan tak bayar apa-apa.

Pemandu teksi adalah cermin sebuah kehidupan yang gigih. Selagi kegigihan ada pada kita, kejayaan mampu kita miliki.

Pemandu teksi juga memaparkan kehidupan sebenar yang bila keadaan memeritkan, kita mengeluh dan merintih untuk didengari.

Bila rakyat mengeluh, tentulah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk mendengar dan buat sesuatu. Kita harap pemimpin sangat sensitif, dengan telinga asli bukannya telinga kuali.

But some of us are so concerned about travelling, once there, down there or up there, we simply dont know what to do. We may forget what we are supposed to do.

We are not in the taxi all the time. We got to get off, pay and do things.

. said...

Utusan Malaysia berani menyiarkan laporan berita itu. Tetapi pemimpin kita ada yang dayus. Maaf, mereka ini cukup mengecewakan.

Anonymous said...

Datuk,

Apakah kisah teladan yang boleh kita kaitkan dengan Maybank dan Ijok? Saya rasa yang paling tepat adalah Kisah Pak Pandir.Menang sorak tapi kampung tergadai! Orang Melayu, walau ke Oxford sekalipun, masih pandir sebab memang keturunan Pak Pandir!

Hantu Gigi Jarang

Anonymous said...

Datuk
Salaam

Misqued logic seems to be the order of the day as I try to figure out how to solve the exasperating cajoling of my little niece's rubic cube. I must say I have failed to get it right with this old toy since I first got hold of it ages and ages ago. Oh, I am still confident that I will solve the riddle of the little devil someday.

The taxi man here is lucky he did not come to you about him being a late comer to the labu peram ganda wang anda mutual funds that is hotly being swept under the carpet.
Not by the authorities but by the investors themselves.

I do hope that the same taxi driver was not the victim and the culprit of the sad incident that you have wrote down here today. That coupling of events would have made it into Ripley's Blieve it or not any time.

Jane Doe has the scoop of the day and what a horrid tale she has for bangkok to gloat over! Will it be a kiasu siamese style back in BANGKOK?

At the same time, however, and it is varnished with a verneer of stubborn disbelieve, I do hope that Jane Doe would be honest and not say to her pupils back in Bangkok - when she do get back there - that you would not want to mess around with Malaysian taxi drivers; but rather that even if you know the English Language well it is not your passport out of imbecility. However, it is painful to be a prey to a bully anytime day or night. Ask any Iraqi tourist, if you do not believe me.

I have to take my hat off to YB Johari on the exactude of his crime figures but I am tempted to say that it goes to show that it takes one crook to know another. So, I will not say that.

Garbage in, garbage out is not exactly the leit motif here, I gather.

Here I am wearing my heart out in my sleeve, Datuk. It is an art that you do practise with ease these days - a jack fruit for a thought of a posting.

I would get ripped off by taxi-men, too, going from Carrefour Subang Jaya to Sri Pandi in Tai-Pan just for a thosay, if I do not watch it.

Rhombo nandrey, sini waner!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).