Friday, May 04, 2007

Tindak Tanduk Kuok dan Ananda Menjadi Tanda Tanya

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]

APAKAH muslihat di sebalik cadangan Ananda T. Krishnan, orang kedua terkaya di Malaysia, menjadikan syarikat gergasi telekomunikasi, Maxis Communications Bhd, sebagai aset peribadinya?

Menurut laporan akhbar The Star hari ini, Ananda menawarkan harga RM15.60 bagi setiap saham Maxis yang belum dimilikinya berbanding RM13 di Bursa Malaysia. Saham Maxis yang belum dimilikinya kini berjumlah 40 peratus.

Kalau percubaan ini berjaya, Ananda akan membelanjakan RM16.4 bilion membeli saham-saham itu dan selepas itu membatalkan penyenaraian Maxis di Bursa Malaysia.

Walaupun ini tawaran yang sangat menarik dan mungkin diterima oleh pemegang saham minoriti Maxis, namun apakah ia urus niaga yang baik untuk negara?

Mengapakah semakin banyak usahawan Malaysia, khasnya bukan Melayu, mengambil langkah menjadikan milik peribadi syarikat-syarikat yang dulu dikongsi bersama dengan pelabur minoriti?

Adakah mereka tidak lagi yakin kepada ekonomi dan suasana perniagaan di negara ini, khasnya kemampuan menggunakan Bursa Malaysia sebagai tempat menjana modal?

Apakah pihak berkuasa seperti Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti akan membenarkan Ananda menjadikan Maxis harta peribadinya (private asset) sedangkan lesen telekomunikasi Maxis dikeluarkan oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada dasar penswastaan?

Bukankah salah satu syarat utama pemberian lesen yang sangat berharga itu ialah Maxis disenaraikan di Bursa Malaysia agar lebih banyak pelabur boleh menikmati faedahnya?

Mengapakah usahawan seperti Ananda dan Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) kini mirip kepada membatalkan penyenaraian syarikat milik mereka di Bursa Malaysia?

[Kuok baru sahaja memindahkan kawalan dan pemastautin (domicile) asetnya yang ditaksirkan bernilai RM15.5 bilion dari Malaysia ke Singapura dengan menjual kawalannya di dalam PPB Berhad kepada anak saudaranya di Singapura. Berikutan penjualan itu, PPB Berhad dibatalkan penyenaraiannya di Bursa Malaysia.]

Sama seperti Fomema dan Pantai Medivest yang mendapat faedah penswastaan, Maxis juga mendapat habuan daripada dasar yang sama apabila ia dilesenkan untuk membekalkan perkhidmatan telekomunikasi.

Mengapakah di saat-saat pemerintah bercakap lantang mengenai pembahagian kekayaan yang lebih adil dan perkembangan ekonomi yang menggalakkan, langkah membolot kekayaan melalui proses “taking private” berlaku dan direstui?

Apakah atas nama perdagangan bebas, keuntungan modal (capital gain) dan semangat keusahawanan kita menghalakan proses pembolotan harta dan pemusatan kawalan ini?

Apakah ekonomi negara di era pasca-Dasar Ekonomi Baru ini akan menjadi ekonomi monopoli dan oligopoli di mana pemilikan kekayaan tertumpu pada sekumpulan kecil pemodal?

Apakah matlamat, iaitu keuntungan, menghalakan segala bentuk cara dan kaedah?

Apakah usahawan Malaysia seperti Kuok dan Ananda melakukan tindak tanduk korporat ini kerana mereka mengetahui sesuatu yang kita tidak ketahui?

Apakah pakar-pakar penggabungan dan pengambilan alih (merger and takeover) seperti CIMB Berhad dan ECM Libra Avenue hanya melihat aspek-aspek jangka pendek seperti keuntungan modal dan pendapatan yuran sahaja?

Atau apakah pihak-pihak yang mendakwa melindungi kepentingan awam seperti Pemuda Umno tidak lagi mampu bersuara kerana mereka sudah menjadi sebahagian daripada elit ekonomi dan perniagaan?

Lebih buruk jika kita tidak peduli kerana kita tidak mengerti!

47 comments:

fudzail said...

Salam Dato'

Ayat terakhir 'Lebih buruk jika kita tidak peduli kerana kita tidak mengerti!' benar-benar menyambar fikiran.....kepedulian terhadap banyak perkara yang terjadi seperti isu Maxis kekadang tidak membawa banyak tindakan atau susulan kerana sukar untuk memahami kesannya, kerana itu ketidakpedulian menjadi sebahagian dari ramai kita, terutama elit yang sedang menyusun percaturan politik 'if you cannot beat them, join them' asal kantung sentiasa penuh untuk langkah-langkah mendapatkan atau mengekalkan kuasa.

Bagi kami yang 'cant beat them and do not want to join them', baiklah berhijrah selagi ada peluang, kalau tidak tenggelam dan lemas dalam gelombang biru.....dulu, kini dan selamanya.

Fudzail
kerjadubai.blogspot.com

mhdeli said...

marah tetap marah...why not kita unsubscribe maxis now....at least ananda tahu yang kita protes apa yang sedang dia lakukan.

kita marah tapi tetap sayang dgn 012, 017 kita...AFundi dan Jomheboh. semua WANG,SMS ini pergi ke saku ananda. so buat tindakan drastik...anda ada KUASA.

kawan said...

Datuk,

Ananda dan Kuok orang berniaga. Kebanyakan orang berniaga mempunyai taat setia yang lain dari orang yang bukan berniaga. Taat setia mereka ialah kepada akaun bank mereka samada di Switzerland atau di mana2 negara lain yang menjamin 'privacy' tentang simpanan mreka.

Mungkin Ananda dan Kuok berbuat demikian kerana mereka letih berniaga di sini. Berniaga di sini mempunyai 'hidden cost' yang tinggi - perlu jaga ramai orang, perlu lobi kuat dan ini memerlukan banyak sumber kewangan, perlu akur dengan kehendak orang2 tertentu yang dekat pembesar negara, perlu sanggup kow-tow kepada Little Napoleon sama ada dalam parti atau kerajaan!

Ananda dan Kuok mungkin mahu membawa kekayaan mereka ke tempat yang mana mereka boleh menjana lebih banyak laba dan di mana mereka mendapat layanan istimewa. Di negara ini, saya mendengar desas desus yang mengatakan ramai usahawan ditekan sehingga mereka terpaksa menjual sebahagian dari saham mereka kepada orang2 tertentu
terutama yang dekat dengan pembesar2 negara. Ada juga yang diancam dengan tekanan politik. Inipun saya dengar juga. Mungkin Datuk lebih arif dalam hal ini.

Rouge Soufee said...

Obama camp in MySpace row with leading fan

Ewen MacAskill in Washington
Friday May 4, 2007

Guardian

Barack Obama, one of the leading candidates for the Democratic party's 2008 presidential nomination, has ended up in the middle of a cyber-squabble after wresting control of a fan site from an enthusiastic backer.
Joe Anthony, who lives in Los Angeles, set up an Obama page in November 2004 after seeing the politician's speech to the Democratic convention. The site had attracted 30,000 supporters by January this year, but the figure rocketed to more than 150,000 after Mr Obama formally declared that he was a presidential contender.

The Obama team initially worked with Mr Anthony, promoting the site and allowing him to use campaign material. But as it grew in popularity they became concerned about someone outside the campaign controlling content under Mr Obama's name and wrested control of the pages, on the social networking site MySpace, on Wednesday.

The row has turned into a test case for internet campaigning and ownership of a name. Some web-users expressed disappointment that Mr Obama had behaved in what they saw as a heavy-handed manner, while others said he was entitled to control a site bearing his name.

Mr Obama's Democratic opponents watched with pleasure, seeing the row as potentially denting his image as above traditional politics and as a candidate of the young - the main users of the site.

Mr Anthony, on his blogsite, accused the Obama campaign team of "bullying". But Mr Obama telephoned him on Wednesday to minimise the damage. Mr Anthony said: "He expressed his appreciation and we agreed there is something to be learned by everyone involved at this point ... This is a horrible thing that happened and he shouldn't be held responsible. It's his campaign that perhaps mismanaged this."

Having initially said the dispute had soured him against Mr Obama, Mr Anthony said that as a result of the telephone call he was prepared to be open-minded. But he added: "It'll take time for me to work this out and decide if I will personally continue to support Obama."

There was also an apparent dispute about money, with the team saying Mr Anthony wanted $39,000 (£14,500) in payment for his services.

MySpace was called in to settle the dispute and decided that Mr Obama should have the rights to control the page as of Monday night. But it ruled that Mr Anthony had the rights to the 150,000 people who had signed up. He is considering deleting all 150,000 names.

Guardian Unlimited © Guardian News and Media Limited 2007


Nota: Unlike Obama who is Irish, the Binariang and PPB is just technical corrections in the market. Getting your money out of the ringgit into the euro by the dollar. yen carrying is near the finish line.

ahm said...

salam,

i guess the govt. should seriously revisit their 'hubungan akrab' with all the listed super rich individuals.

first step is to stop all 'special assistance' to them, they had enough already

secondly, start develop new responsible entreprenurs and give them what they supposed to get only.

thirdly, pembesar should not have any personal relationships with the concerned tycoon.

problem is even the pm also melancong (cuti cuti luar malaysia)with them, pembesar-pembesar lain apa lagi... sambil menyelam minum air la..habis nak buat macam mana dah termakan budi, tergadailah body.

on my serious thot, these tycoons have betrayed the trust and help that was given to them not only the leaders but also nation at large. we do not need this self-centred individuals in this country. this could be our most expensive lesson, but it's not too late as yet for we have many more young , inspirational and responsible entreprenur who are struggling which the gov. left be behind coz they do not know any pembesar.

A KADIR JASIN said...

Tetapi Sdr Kawan, Kuok dan Ananda adalah antara anak emas korporat Malaysia yang mendapat layanan istimewa Kerajaan.

Apakah tiada lagi erti dan makna terima kasih?

Malangnya banyak orang Melayu sendiri tidak faham atau tidak peduli.

Tidak kurang pulang yang sedia menjadi khadam asalkan ada habuan.

Sdr Fudzail, adakah kita akan menyertai juga mereka sekiranya perbuatan kita itu menjahanamkan negara?

Sdr Mhdeli, Maxis dan Astro adalah antara medium paling berkesan melalaikan orang Melayu yang suka dibuai mimpi dengan khayalan dan fantasi.

Terima kasih.

nobisha said...

Dato, sekiranya benar kenyataan Dato bahawa Ananda dan Kuok adalah anak emas yang mendapat layanan istimewa kerajaan, maka tentulah tidak betul kalau dikatakan hanya orang Melayu yang mendapat keistimewaan di negara ini. Nampaknya orang Melayu hanya mendapat cebisan khazanah, manakala orang lain makmur di bumi ini yang suatu ketika dulu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Salam.

ahm said...

salam dato'
kalaupun tindakan menurut pandangan sdr fudzail akan sedikit merugikan negara, tetapi ibarat kimoterapi, pesakit akan menderita tetapi ianya juga adalah remedi. tidak mengapalah kesusahan sedikit hari ini demi kesenangan masa hadapan. apa pilihan yang kita ada.

sudah masanya kita mula menghukum mereka yang 'melampau' walaupun dengan sekadar memboikot 012 dan yang berkaitan, asalkan ianya memberi pengajaran kepada yang lain. jangan jadikan perbuatan ananda dan yang seangkatan dengannya sebagai precedent.

biarlah maxis tercalar (kerna itulah yang ananda secara tidak sedar mahukan), kita masih boleh ber ict kerana telco lain terutama skali tm (glc)akan terus kukuh dan mendapat manfaat di atas kesombongan ananda.


walaupun ramai orang melayu kelihatan tidak ambil peduli, tetapi mereka tahu apa yang berlaku. masanya sudah tiba kita semua mengorak langkah

kaki abdullah said...

this is getting to be boring kadir jasin!
now kita bantai ananda dan kouk pasal kalah di ijok?
atau kita selidek sedikit sekiranya ada manafaat delisting a listed company in this times with a dream of a KLCI performance and NASDAQ?

fudzail, you still cannot answer mika angelo. now you nak membebel pasal ananda dan kouk? Gambar sheikh tu jangan amabil yang wax figure, babe. Kisah perkerja kena jual di dubai you ada faham kah?

kepada posters yang lain: siapa proksi kerajaan di Maxis dan PPB?

elok saya ke royal belum for the next 10 months, kadir.

kerohi said...

Salam Datuk
kira-kiranya dasar penswastaan negara yang diperkenalkan dahlu banyak membawa masalah dari manafaat. mungkin niat atau falsafah disebalik dasar adalah masyarakat biasa mendapat keuntungan secara bersama. tetapi apabila datang orang-orang seperti yg datuk nyatakan, maka hak milik negara cuba di hak milikkan untuk diri, keluarga atau syarikat kroni. maka dengan suka hati mereka segala kos dinaikkan yang akhirnya kera dihutan disusukan dan anak sendiri kelaparan.

Anti Juta Juta Deal said...

Saya rasa ini adalah kes klasik cara Malaysia buat duit. Mula mula in the name of nation. So Government kasilah si anu bin atau son of anu ni lesen besar tapi bila dapat lesen , mulalah si anu bin anu atau son of anu ni mula fikir in the name of my pocket. Gadai janggan tak gadai!!

Just look around us from the airlines business to telecomunication.

Pada sesiapa yang tak kenal Mr Ananda Krisnan , sila rujuk kat http://jutajutadeal.blogspot.com. Ada ringkasan pasal Ananda. Mana dia sekolah dan nama penuh Ananda.

Meantime to us who is trying to struggle with the Malaysian Business environment, please do not believe any of quick rich scheme. Just because we want to be rich quickly just to survive BUT the best way is go back to basic. Real Business Is Genuine Business and not the so called direct nego political business. They won't go far. ....and duit mereka tak akan berkat. All the best Malaysia!

kedidi said...

Dato dan Bloggers,
Seperti sdr. Fudzail, saya juga tertarik dengan ayat terakhir 'lebih buruk jika kita tidak peduli kerana kita tidak mengerti'...di mana ada sesetengah dari kita buat-buat tidak mendengar kerana mereka tidak faham, buat-buat tidak melihat kerana mereka tidak mahu dipersoalkan...walhal mereka tidaklah pekak jauh sekali dari buta.

Maka teringatlah saya kisah Pak Kaduk menang sorak kampung tergadai, malangnya Pak Lebai, cerdiknya si Luncai dan bodohnya si Pandir.

Dalam dunia moden hari ini, siapa kata cerita rakyat itu sudah berkubur??? Dan rupa-rupanya Pak Kaduk, Pak Lebai, Pak Pandir dan Si Luncai rupa-rupanya 'masih hidup', menghiburkan kita dengan 'jenaka-jenaka' mereka.

Berbahaya sekali 'jenaka' itu.

Terima kasih

XMM said...

For me it is clear that their allegiance is elsewhere, cut off all ties and unsubscribe your Maxis, if they really want to go offshore, take back the cellphone licence and give it to a public listed company,

I also suggest that the LHDN go medieval on these jokers and start looking at every cent that they have ever made, owned, and do teh same to the entire family because you know how they like to spread their wealth so it is harder to tax kan....

two campaigns then

ONE
unsubscribe from Maxis

TWO
pressure LHDN to get medieval on these jokers

Sitamaya said...

Dato',
Sayapun tak faham dengan kerajaan kita ni. Sektor yang mengeluarkan barang awam seperti air, tenaga dan komunikasi mahu disawstakan bulat-bulat.Tugas kerajaan adalah menyediakan barangan awam seperti khidmat kesihatan, pengangkutan, air, elektrik dengan cekap dan murah supaya ramai rakyat yg menikmatinya.Jika mahu diswastakan, mesti berbatas supaya ia tidak dimonopoli atau digondol rakus oleh individu atau firma tertentu.Dalam kebanyakn kes, monopoli adalah ketamakan di paras yang paling tertinggi. Pastikan kerajan dan rakyat memiliki suara dalam industri tersebut. Kedua, kerajaan juga harus pegang sedikit hak milik dalam industri ini sebab ia menjanakan hasil lumayan.Hasil kerajaan yang banyak, boleh dipulangkan kepada rakyat balik dalam bentuk kemudahan/infrastruktur yang berkualiti.
Sekarang, banyak industri awam telah digondol oleh individu/firma swasta. Lihat saja Flora n Fauna, PLUS, khidmat kemana, caj saje yang lebih.

Kerajaan harus laksanakan tugas asas/core business nya, iaitu menyediakan kemudahan awam dan melindung rakyat.

Sekarang ini komunikasi adalah satu keperluan asas rakyat jelata. Tanpa kemudahan ini akan meminggirkan mereka daripada kemajuan dan jurang digital akan meluas.

Menarik MAXIS daripada bursa hanya merampas hak orang awam ke atas industri yang berkepentingan kepada semua.Penguasaan besar ke atas MAXIS oleh seseorang individu akan pasti menggalakkan caj/harga yang melebihi dari caj/harga pasaran normal, lantas meraih keuntungan berlebihan yang diperah daripada pengguna. Pengguna miskin akan diperah dalam nisbah yang tinggi dibandingkan dengan pengguna kaya.Semua buku ekonomi dan pengalaman membuktikan kebenaran hujah ini.

Ini isu ekonomi asas.Macam mana boleh tidak disedari/difahami, sayapun heran.Tugas kerajaan adalah untuk menegak kesejahteraan rakyat jelata dan bukan kepada individu atau korporat tertentu.

Salam Dato'

Kaki Putrajaya said...

woow!
inikan kalah lawyer-lawyer
you ada tengok dalam-dalam hati
anandakah? kouk? abdullah? vincent tan? lim goh thong? syed mukhtar?
najib? mahathir - MahaFiruan?

you mahu set up satu killer squad?
you mahu hantam hadi pa
pasal apa?

itu altantoya cerita model
mahu tiru itu macam kah?

bilamasa mereka ini durhaka kepada negara?????
tumpang tanya, kadir?
aku pun mahu tanya hang sama poster lain.

ada orang tua kata-kata
tersilap kata
blog itu penipu punya cerita?

kami cinggay, Tun Mahathir!
apa punya buat cerita, kadir
"dumbing down of the masses"?
macam mana
Datuk Laksamana?

Berita dari gunung said...

Dato dan pembaca.

Dalam chess, ada chess opening yang bermaksud beberapa langkah awal dalam permainan. Ada nama-nama tertentu diberikan pada chess opening seperti Reti Opening, Sicilian Defence, Queen Gambit Declined dan Latvian Gambit.

Saya hafal langkah-langkah awal chess masa zaman belajar dulu. Bila bekerja yang terpesona pulak dengan langkah-langkah awal dalam marketing, selling,bargaining, negotiation dan winning. Ada petua dan formula tertentu yang boleh dipakai dan kesemuanya adalah basic dan common sense.

Saya tertarik dengan rakan pembaca; Kaki Putrajaya dan kaki abdullah. Sebabnya langkah yang beliau ambil ialah menyanggah sambil melontar soalan sebelum bergegas pergi. A simple and crude opening move. Kalau dalam chess, saya rasa yang seiras ialah Baretta Premium Gambit. Dalam opening ini, cirinya ialah surprise attack and pull back.

Kaki Putrajaya bertanya "bilamasa mereka ini durhaka kepada negara?????
tumpang tanya, kadir?
aku pun mahu tanya hang sama poster lain".......

Saya tak berani komen. Durhaka hanya dapat saya baca dalam buku sejarah. Ketika seseorang membuka pintu Kota Melaka, saya tak pasti samada dia itu sedar apakah tindakannya itu adalah satu PENDERHAKAAN! Tapi kita mampu menumpang rasa , ingin memahami dan ingin bersimpati apa yang ada dalam benaknya hingga beliau sanggup berbuat demikian. Dia buat begitu dengan membuka pintu Kota Melaka, supaya dia PUAS. Hatinya PUAS!!

Dalam soal negara tercinta ini, saya tak berani tuduh sesiapa sebagai penderhaka. Jika sesuatu yang berat berlaku kepada negara kita, cerita penderhakaan, kajian dan ulasan tentangnya hanya boleh ditatap oleh generasi lain 50 tahun akan datang, atau mungkin termuat dalam folklore dikir barat.

Tidak salah jika kita menyatakan kebimbangan, kerana negara ini adalah milik kita juga. Cuma saya bimbangkan watak sirambut pendek dan sibaju hitam yang tidak malu-malu mahu bersengketa!! Saya masih merindui KS Walia kerana beliau mampu menghurai.

Dato, terima kasih.

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

DKJ kata:

"Sdr Mhdeli, Maxis dan Astro adalah antara medium paling berkesan melalaikan orang Melayu yang suka dibuai mimpi dengan khayalan dan fantasi".

Harap dalam posting yang lain, Datuk dapat bagi rendang sikit yang ni (rendang macam pokok rendang maksudnya).

Saya tadi dah copy dan nak paste yang ni:

'Lebih buruk jika kita tidak peduli kerana kita tidak mengerti!'

Tapi bila tengok Sdr Fudzail dah ulas saya cuma nak tambah sikit ja:

Yang tak ambik tau rasanya makin kurang kot. Tapi yang memang tak tau apa yang sebenarnya berlaku memang banyak.

Orang seperti Datuklah yang kena celikkan mata kami. Jangan berhenti menyedarkan kami dan jangan biarkan kami buta!!

langit biru said...

Banyak persoalan Dato'!

Kenapa Dato' tak pi tanya Ananda, Kuok?

Kenapa Dato' tak pi tanya Pak Lah,Najib,Ali Rustam,Muhyidin,Isa Samad, Hishamudin dll?

Kenapa Dato' tak pi tanya Tun Dr.M? Dia yang mula-mula dulu dok baik-baik dan berkawan dengan jutajutawan sampai jadi anak emas korporat Malaysia?

Kalau segan sangat, paling kurang pun Dato'boleh pi tanya Zeti Akhtar.

Dato' yang dok banyak tulis pasal bisnes tak pernah terfikir ke dulu masa dok dlm NST?

Terang lagi bersuluh Dasar Penswastaan ni satu cara "halal" untuk pump duit kerajaan kpd syarikat2 kroni. Sebelum penswastaan, JKR telah banyak buat jalanraya, jauh lebih banyak jalanraya yang dibuat oleh pihak swasta sekarang.Tapi sekarang, sesiapa yang nak buka bisnes, bina satu lebuhraya 10-25 kilometer saja dan kutip tol selama 35tahun! Lagi hebat dari skim cepat kaya!! Ini lah kehebatan Dasar Penswastaan, yang akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh individu bukan negara!

A KADIR JASIN said...

Sdr Langit Biru, antara lain, mengulas: "Dato' yang dok banyak tulis pasal bisnes tak pernah terfikir ke dulu masa dok dlm NST?"

Benar saya menulis banyak mengenai penswastaan. Saya yang mula-mula sekali tulis mengenai penswastaan Lebuh Raya Utara-Selatan pada akhir tahun 1980an.

Tapi waktu itu penswastaan dan pelaksanaannya bersyarat. Plus tak dibenarkan menaikkan kadar tol sewenang-wenang. Banyak kali kerajaan bagi pampasan kepada Plus kerana kerajaan sekat kenaikan tol.

Hari ini, kalau tak silap saya, kenaikan kadar tol sudah diautomatikkan. Sampai waktu naiklah.

Kerajaan juga mengambil golden share dalam syarikat yang mendapat penswastaan. Tapi ini menjadi tak bermakna dan tak berharga bila syarikat terbabit muflis akibat krisis ekonomi serantau 1997/98.

Penswastaan baik, tapi pelaksanaan dan kawalan ke atasnya yang pincang. Salah satu syarat dan semangat penswastaan ialah pegangan sahamnya hendaklah dibahagikan seluas yang mungkin melalui IPO dan penyenaraian di Bursa Malaysia.

Banyak pelabur cenderung "taking private" syarikat kawalan mereka kerana muslihat perniagaan.

Bila private, tidak perlu berkongsi dengan sesiapa. Dan boleh buat apa saja.

Semakin banyak akan berbuat begitu kerana mahu menyenaraikan syarikat mereka di Singapura, London atau New York yang di luar kawalan kita. Dengan berbuat begitu mereka sekali lagi mengaut keuntungan modal -- capital gain.

Apatah lagi cadangan mereka diizinkan oleh kerajaan sendiri.

Dalam hal pemindahan PPB Berhad ke Singapura, Bank Negara membebaskan pemegang saham minoritinya daripada keperluan membawa balik hasil pendapatan dari Singapura ke Malaysia!

Bank Negara sendiri yang memberi kelonggaran.

Sdr Langit Biru and others have as much right to ask these people why this is happening.

It does not have to be me all the time. These people are fed up of me meddling and asking questions a very long time ago.

Malaysia bukan negara saya saja. Malaysia negara kita semua.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Langit Biru,

Saya tidak tahu main "chess". I only know that it was a great mind game.

Durhaka atau tidak, terpulanglah kepada penilaian masing-masing.

Kalau Malaysia kucar kacar. Kalau Malaysia hanya utamakan Bumiputera. Kalau Malaysia anak-tirikan bukan Melayu, masakan ada empayar korporat bukan Melayu yang begitu banyak dan besar macam sekarang?

Tapi kalau orang Melayu yang berupa kaum asal dan majoriti yang memegang tampuk kuasa tak peduli, tak bersuara, mengapa Kuok, Ananda, YTL, William Cheng, Vincent Tan dan Jeffrey Cheah perlu sibuk-sibuk.

Saya rasa dulu mereka berhati-hati dan sensitif sebab mereka tahu gerak geri mereka diperhatikan dan sekeli sekala kena soft talk oleh Orang Tua itu.

Sekarang suasana bebas dan terbuka. Itulah mantera yang saya baca dalam media arsus perdana.

Tapi kita tengok jugalah siapa yang mempromosikan Maxis going private? Melayu! Dan bukan alang kepalang Melayu!!!!!!!

Terima kasih.

kedidi said...

Dato dan Bloggers,

Waduh-waduh Kaki Putrajaya, janganlah menjadi amarah begitu kepada kami yang mempunyai suatu sisi pandangan yang lain. Aduhai tuan sisi pandangan ini dibuat secara berhemah secara begitu berhati-hati, agar butir dan bait katanya menusuk ke tulang hitam tanpa setitis darah pun yang keluar. Tuan terasakah? Terasa yang amat? Atau terasa sedikit-sedikit?

Itupun kalau tuan mahu mengerti.

Terima kasih

Rare Sumatran Rhino said...

ada kah kita di persimpangan
chavez-tization atau abdul-no-mics?

ananda, kouk siapa peduli!

yeltsin mati dapat hari
abrahamovic dapat chelsea
dan isteri baru!
sa orang lagi pi siberia
khodorovsky?
billionaire gila babi
hasil kay-gee-biii

mafioso kita terperi-peri
antara bush dan putin dan chavez
saud, osama, ahmedinejiad

singapore believes
bush...to be firm?
"It's critical for US in South -East Asia that america does thst"???

abdul-no-mics between a rock
and a hard place kedarah nasi
mamak hidung ahmad nisfu
sembang-sembang di langkawi

ceritanya nanti
bayan orang melepas
di makam menteri

Rocky's Bru said...

ananda is datuk seri abdullah badawi's fishing buddy. surely the pm can talk to AK and tell him that taking maxis private will deal a blow to the local bourse. with all the feel-good factors the media have been singing to the investing public and foreigners, how do you explain AK's antics here? if the pm can't convince his own fishing buddy to show him face, then the pm must get ready for some real rough patches ahead. storm's coming. when the yacht goes under, i hope the captain will be the last to abandon ship ..

mr_abs said...

salam, dato'

terima kasih di atas post dato yg terbaru. agak menghairankan, "feel-good-sensation" yg sedang diwar-warkan pada masa kini, dan rentak serta aktiviti bisnes di malaysia menyebabkan ramai org awam termasuk saya gelisah. persoalan utama, apa yang mampu kita lakukan? sekadar melihat dan pasrah?

atau memangkah parti lawan, or undi rosak pada pilihanraya seterusnya?

saya amat pasti, ramai yang ragu ragu nak pangkah selain daripada parti dacing. dan jika tukar kepimpinan pun, adakah perkara seperti isu maxis ini akan pasti tidak akan berlaku?

betul, saya marah benar kerana feel-good-sensation tidak selari dgn realiti semasa. ditambah lagi permasalahan seperti isu maxis ini.bingung kita.

permasalahan lain adalah, berapa ramai di luar sana yang peka terhadap permasalahan ini? berapa ramaikan rakyat malaysia yg pegi ke internet dan carik blog blog seperti dato'? saya pasti ramai yang baca, tapi masalahnya, penduduk kampung, orang luar bandar yang masih mempunyai undi tidak ada access kepada internet, malahan ramai yang tidak tahu apa itu blog. itu perkara yang agak saya kesali, kerana kasihan mereka yang berada di luar sana. banyak perkara berlaku, namun lebih ramai yang tidak tahu, tidak peduli, malahan tidak mengerti apa yang berlaku di malaysia ini.


satu lagi persoalan, pada waktu ini, saya boleh marahkan PM kerana pelbagai isu yang berlaku, isu anak beranak, menantu dan sebagainya. namun jika saya sendiri berkuasa, saya kurang pasti, adakah saya akan mampu menjadi pemimpin yg adil. bukan hanya saya, malahan sesiapa pun yang berkuasa, adakah mereka akan menjadi jujur sejujurnya?

saya pasti, saya, mahupun sesiapa saja termasuklah parti pembangkang sekalipun jika berkuasa dan menjadi pemimpin, akan kelabu mata kerana melihat peluang yang sebegitu besar di depan mereka.

tak salah nak amik untung ke apa ke, dah memang itu ada orang berniaga, tapi janganlah sampai gadaikan negara.


satu lagi, pasal kroni-kroni ni, sapa2 mempunyai kroni masing masing, sapa2 jadi PM memang akan mempunyai kroni masing masing. jika A jadi PM, dia ada kroni dia, jika B jadi PM maka dia ada kroni yg lain. bagi saya tak salah jika mempunyai kroni ni, tapi janganlah sampai kekayaan dibolot sama sekali.rezeki tuhan yang beri, share lah dgn rakyat rakyat yang lain.


duit banyak mana pun, takkan ke mana-mana jugak, nak bawak ke kubur pun tak dapat.

itulah nabi dulu selalu berpesan, ingatlah kepada kematian.


saya berdoa semoga usaha dato' dan para bloggers di luar sana yang mempunyai niat murni akan dapat keberkatan olehNYA. Semoga Allah selamatkan negara kita yang tercinta ini.

Setia kepada Raja dan Negara. Tak tersebut pun Setia kepada PM, kerajaan mahupun parti.

Kepada PM,Kerajaan yang memerintah, ingatlah, Setia rakyat kepada Raja dan Negara!

Kuda said...

Patutlah Astro nak naik yuran langganan. Nak cover poket siapa yah!

A KADIR JASIN said...

Sdr Rocky and fellow bloggers,

This is what Maxis says about the importance of shareholders, whom it is proposing to pay off so that Mr AK can take it private (from Maxis official website):

"Listed on Bursa Malaysia on 8 July 2002, our primary focus is to create lasting shareholder value and delivering the best financial performance in the industry - all these while maintaining the highest standards of professionalism and integrity. Important information for shareholders, investors and analysts about our operations and financial results can be found here."

Lasting shareholder value? Which shareholder?

Thank you.

Red84 said...

Datuk A Kadir Jasin
Salaam

Mari kita periksa kenapa CIMB terburu-buru mahu mengadakan 'dealings' ini.

Anda telah menyatakan bahawa PM adalah orang yang sangat kuat kuasanya di negera ini.

Adakan ini caranya Najib mahu mengembangkan sayap politiknya?

Adakah CIMB itu bank dia Orang Kaya Pahang?

Dan tali persaudaraannya yang akrab dengan Ketua Pemuda juga mempermudahkan asset-asset negara
di copek oleh banjingan di kalangan mereka yang sebenarnya maling berbulu pembesar?

Bagaimana kedudukan Synergy Drive?

Adakah ini satu lagi perangkap yang disediakan untuk orang tamak oleh mereka yang tidak sebulu dengan Najib dan kuncu-kuncunya?

Sayang tiada Ketua Bahagian yang mahu menyuara tentangan mereka. Shahidan pun mula mengampu VPnya.

Apakah ini Najib mahu bangun mencabar kewibawaan PM? Silakan saja. Jangan nanti kesan jari orang tua pun ada.

Siapa kata Rosmah tiada terbabait dalam skandal-skandal Najib yang lain?

KerbauGila said...

Very simple, telecomunication company easily sells. You buy at RM12.50 and you sell at USD12.50. Now how much do you make? You definately need a bigger calculator, bro!

cre8tif said...

salam datuk,

I was being told that it is normal for the country's stock exchange to go down especially after the general election

let's just say that the appreciation of the stock market prior to the general election could be very much due to the *feel good factor*

however, since the lower liners are not moving, the only fear is that the downward movement will cause some spiralling effect on the rest of the stocks

even vincent tan is also taking nexnews private

anyone ?

Rogue Soffee said...

Datuk
Salaam


Kedidi dan Kerbaugila dan poster-poster yang lain:

YOU GUYS ARE TERRIBLE!!!

My apologies to Sdr Fudzail for being almost heartless on a hard working dude. Bro, I am coming your way. Take care, the tok arab is selling the panacea minyak dbr unta.

Economics scale tunggang terbalik
apabila si Samiri step on stage.

Again:
Salaam

marn said...

Aslkm tok...

Ni lebih teruk daripada kes swisscash sama abfund ni tok. Muahahahaha...

Kesnya tidak sama tapi hasilnya sama. Mengaut keuntungan sebanyak dan secepat mungkin.

Setia pada negara (dah tak wujud lagi sekarang ni, kalau ada pun tinggai sekelumit cuma). Setia pada yang memberi laba keuntungan (ni yang pasti).

Nak kata keturunan pendatang ni tak setia susah jugak, sebab kadang2 depa tu lebih setia daripada anak jati keturunan asal tanah ni. Sebab, kalau diperhatikan rata-rata yang dok juai balak, tanah rizab, tanah tak rizab semuanya orang keturunan asal tanah ni. Jadi, sapa yang 'durhaka' sebenaqnya?

Tu la, bila pangkah ulaq ayaq jadi pemimpin, lagu ni la jadinya. Semangat melayu konon. PII RAH!! Melayu la yang dok perosak bangsa sendiri. Kalu tak percaya, siapa dia dalang yang dok buat Jom Heboh, Karnival Gempaq sana-sini? Bangsa apa?

Carilah pemimpin yag bertaqwa (takut pada azab Allah). Barulah aman, ni tak.. dok carilah yang stylo-mylo nak jadi pemimpin. Hambik!!! Bini sendiri tak pandai tutup aurat, tak reti nak jaga, macam tu nak jadi pemimpin? Kalau dalam rumahtangga dah gagal, nak harap suruh dia jaga negara? Melingkup la jawabnya. Jadi hamba Allah pun dah gagal (sebab tak ikut suruhanNya), ni kan pulak nak jadi khalifah konon. Malu la kat haiwan2 yang melata.

Dok hingaq pun tak guna. Kalau minor shareholder nak juai share depa sebab laba keuntungan sangat besar, sapa dia yang sanggup pi tahan jangan juai?

Masalahnya, policy maker tu sendiri. Kalau depa jaga betui2, keturunan pendatang ka, keturunan asal ka, bila dah ada policymaker yang mendahulukan kepentingan rakyat tu tegas, sure tak adi macam ni. Ni tak, macam kerbau kena cucuk idung. Susah la macam ni.

Aku takut bila aku mati nanti, anakcucu tak kirim doa kat aku dalam kuboq, tapi maki hamun sebab dok marah kat aku pasai lantik ketua negara yang tak berapa nak cerdik. Abis rosak tanah ayaq sendiri, tapi dok pangkah jugak. Tak reti sungguh la.

What say you?

A KADIR JASIN said...

Sdr Marn,

Minta sdr bagi tau saya sapa yang begitu hebat mempromosikan Ananda taking Maxis private?

Baca The Star. Rasa-rasanya MELAYU. Melayu yang makan gaji, cari upah, cari pendapatan yuran dan komisyen.

Cuba blog nama depa dan saya akan poskan. Ada lagi ka nama Bank Bumiputra? Nama yang Tun nAbdul Razak
cipta!

Salam.

proud to be malay said...

PM Dollah Badawi in his capacity as Finance Minister fails to see the bigger picture of the impact, if any, of removing this large corporate entity from Bursa Malaysia. Then again, he's never been much of an economist to begin with. Adding to which AK is, as some here claim, his fishing buddy or rather his free fishing boat supplier. What's to stop AK from realizing this buy back plan of his? us, the shareholders? don't think so. We're too insignificant to him or to Dollah.

We are insignificant and that's a fact. The only significance we have to them is that we'll be the one's paying the Maxis bill when we make a call and send sms's. We'll be the one's paying the bill when we subscribe to Astro (which has raised it's subscription fees). We'll be the one's who pay tolls when we use badly pot-holed and suspension un-friendly roads. We'll be the one's paying monthly installments buying lousy, unreliable national cars like Proton. You think they care what we think? we're merely meal tickets to them. They even make us pay for basic necessities like sewerage. So stop complaining and do something about it! Either vote accordingly in the next GE or exercise your right as a consumer and stop subscribing to these cut-throat service providers. Maybe then they'll listen. All we do is complain but in the end we still use their services.

When Vincent Tan came up with MiTV, many said the flat fee charged was excessive but now after AK's wiped MiTV into oblivion, he's upped his charges and MiTV's charges don't look so bad now do they? Competition is the key to ensuring a fairly decent playing field in business as well as giving us, consumers, the choice.

This country lacks choice and we have to blame, on top of the government, ourselves as well for allowing this to happen. Sure, many blame Dollah and his not-so-pro-bumiputra policies. But at the end of the day, we put him there and only we can get rid of him. Blaming it entirely on Dollah's government is also incorrect. This rot in corporate Malaya started long before, during the reign of Mahathir who helped all the AK's, Robert Kuok's, Halim Saad's, Tajuddin Ramli's, Taib Mahmud's chlidren etc. make their money by ripping us off. Dollah didn't pioneer it, he merely took over and made it worse for all of us. So, if we need to play the blame game then it is only fair we blame all those concerned, Dollah and ourselves included.

So, do the right thing. Grow up and say no to Dollah and especially no to BN!

marn said...

Terima kasih tok... sudi gak nak sapa saya.. hehehe..

saya dah baca dah the star (online) pasai sapa yang dok promo sakan Ananda ambik Maxis jadi hak dia. Tak lain tak bukan, taukeh besar CIMB, adik kepada TPM la.

Bukannya rasa-rasa melayu tok, memang melayu tuh. Naya la kat orang lama yang dok perjuangkan nasib orang Islam kat msia nih. La ni, dapat kat depa, abih depa kaut/perosak lagi bulih.

Kalau tengok trend la kan, apa yang bapak buat, anak pi pelingkup. Tak kira la, anak didik ka, anak sendiri ka, anak tiri ka, anak buangan ka.

Tapi tok, sapa kita nak tahan minor share holder jangan juai saham-saham tu? Bulih la nak hingaq. Nak bulih pi tara mana? Memang la sedih tengok benda-benda macam ni berlaku. Mungkin lepas ni Ananda 'remote control' Usaha Tegas S/B kepunyaan dia dari India. Abih dia angkut kekayaan dia pi sana. India tengah 'boom' la ni. Pakar IT pun ramai kat sana.

Bila aku tulih macam ni, rasa macam perkauman la pulak. Tapi tu la hakikatnya. Tak mustahil perkara ni berlaku.

Bank Bumiputera memang dah lama berkuboq tok. Sapa yang buat terkuboq? Tu kena tanya orang yang keluaq arahan supaya di'kubur'kan bank tuh. Aku bukan jenih pelupa. Aku tak lupa sapa yang punya angkara.

Kiranya, aku bulih buat satu kesimpulan la tok, tiada lagi bumiputera. Yang tinggal hanyalah.. Kroniputra.

Cuba blog nama depa dan saya akan poskan. - ni aku tak paham tok. Sori tok. Ngaji tak tinggi. Bangunan 2 tingkat ja. Tu pun bilik darjah tingkat bawah.

A KADIR JASIN said...

Sdr Marn and Sdr Proud To Be Malay,

Thank you for responding. CIMB, since dropping it Tun Razak-inspired Bumiputra name, has become nothing more than just a money-making corporate entity.

M&A is a bigh money spinner for any investment bank. So they sell the idea because they make money out of it.

I won't put Ananda and Kuok in the same basket as Halim Saad or Tajuddin. Halim and other post-1997 corporate Bumis have to leave the country because they have lost the favour of the Umno-led government.

But no such thing happens to Kuok, Ananda and other non-Bumi businessmen. They are leaving because they can make more more elsewhere and Malaysia, the old wife, is getting tired and unattractive.

They also know that there's now a new breed of non-Bumi corporate high players with good connections to the top that they have to compete with.

The sad thing is these people, be he Kuok, Ananda, Vincent Tan, William Cheng, Quek Leng Chan or Jeffrey Cheah made their fortunes on account of Malaysia and the official contracts, franchises and permits given to them by the government.

They rip us off -- if that's the appropriate term -- because we allow ourselves to be led up the garden path and treated for suckers.

Thank you.

Street Sense said...

Offer from a white knight?

Basically even when you take a company going private is like - it is a takeover.

For a good example is the ongoing case of the Royal Bank of Scotland(RBS) and ABN, where they tie up evrything by the bid for LaSalle. Good reading and a pointer at tying up M&A.

Outbid Ananda. Is there anyone crazy enough to take on this geezer?

Who won the Kentucky Derby this year, Datuk Abdul Kadir Jasin?

cre8tif said...

dear proud to be malay said...

it's too bad - look at all the buy-elections / i mean bye-elections, guess what ? sounding victory for the ruling coalition

so if we may all kindly keep it to ourselves - if the 3 past bye-elections means anything - it means nothing ...

good night malaysia wherever ur ...

let's look at the Proton debacle till then; u will not be disappointed now and even then because there has been an increased in support of the policies in place

antibelit04 said...

Salam

Kawan tak berapa faham company act. Tapi kata ananda...dia nak labur besar2an luar negara.Maka perbelnajaan akan meningkat dan akan jatuhkan keuntungan Maxis dan akhirnya menyeret nilai KLCI.

Kalau dikeluarkan dari KLCI tak nampaklah buruknya KLCI.

Jika dah jadi syarikat persendirina..nak jual kat sapa pun tak ada masalah atau terpaksa fikir "tanggungjawab sosial" sebab ianya bukan lagi syarikat awam. Bukan syarikat awam maknanya lagi susah nak dapat info mcm scomi dok buat. Buat kerja senyap2 lah makna kata.

Sprt biasa....melayu berapa ramai yg faham. tahu dan ambil pusing atas apa yg berlaku. Yg mereka tahu ada kenaikan gaji..bonus..tu saja. Konsep2 abstract seperti kemerdekaan..kedaulatan..apa nak ambil pusing. Naik gaji 40 % cukuplah...rasa besar terhutang budi dgn paklah serta keluarga sedangkan perjuangan rakyat nak capai gaji minimum RM 1000 seorang saja. Paklah sekeluarga dapat beratus juta dah pun orang melayu terlupa!!!

marn said...

Bukan kita yang benarkan diri kita dirompak, dihina, diperkotak-katikkan dan diperalatkan. Tapi pembesar yang dah diberi mandat untuk menjaga amanah negara dan kuasa yang berbuat demikian. Ini memang salah majoriti rakyat Malaysia la nih.

Wahai rakyat sekalian, inilah hasil janji palsu pilihanraya, duit rm50-200 yang disogok kepada kalian semua semasa pilihanraya.

Padan muka kita dan anak-cucu kita.

Nik Shikin said...

This is the most scary statement in this post:

Apakah usahawan Malaysia seperti Kuok dan Ananda melakukan tindak tanduk korporat ini kerana mereka mengetahui sesuatu yang kita tidak ketahui?

I hope they knew a good thing not the bad one..

Ya Allah, selamatkanlah Malaysia dan rakyat2nya tidak kira agama dan bangsa. Amin..

Truth said...

Asalamualaikum Dato'.

Hendak di cakap pun kadang2 penat.

Lesen perkhidmatan selular yang di anugerahkan kepada orang kita berkhidmat macam hidup segan mati tak mahu. Apabila menelefon talian perkhidmatan pelanggannya, tunggulah sampai besok masih kedengaran recording.

Dari itu, orangramai berpendapat lebih baik bayar mahal sedikit untuk mendapatkan perkhidmatan dunia pertama. Oleh yang demikian, maxis pun mencatat berbillion2 ringgit setiap tahun dan kerana itu, pemegang saham majoritinya pun hendak memperibadikan syarikat ini sekaligus membolot segala keuntungannya sendiri.

Pada hemat saya, dalam 3-4 tahun, beliau boleh bayar balik pelaburannya menggunakan keuntungan dari syarikat itu.

Astro akan mennaikkan yuran bulanannya. Lepas ini Maxis pula dan orangramai terpaksa akur kerana di samping Astro itu suatu monopoli, perkhidmatan seperti Celcom(telekom) pula menyakitkan hati sekaligus membolehkan maxis berlagak seperti entity monopoli.

ahm said...

ever heard about vodafon, don't be suprised that maxis will become vodafon-maxis pte ltd... just wait and see.

the political way what the pembesar is doing now is simple, allow for the civil service salary revision but delay for the quantum. next, meanwhile let ananda fully controll over maxis, dilisting it and sell off to foreign party. if the rakyat make noise announce the quantum of salary revision that will shut civil servant mouths. if non-civil servants make noice offer good parice to the maxis minority shareholders, all angle are covered

all have been pre planned.

A KADIR JASIN said...

Sdr/sdri para pembahas dan pelawat dihormati,

Semalam saya menghadiri taklimat Ulang Tahun ke-50 Kemerdekaan oleh Datuk Dr Rais Yatim.

Banyak program baik-baik diatur. Rakyat jelata diajak menjadikan perayaan ini perayaan mereka. Semestinya pun begitu.

Tetapi saya tanya bapa menteri, rakyat yang mana akan merayakannya?

Yang tinggal di kampung-kampung, di rumah-rumah murah, di pangsapuri-pangsapuri mampu milik?

Saya sudah lama dan banyak kali menulis mengenai betapa mereka yang tinggal di rumah bagaikan istana, yang mendapat habuan terbesar kemerdekaan, yang dijadikan anak emas oleh pemerintah, hendak kibar bendera pun malas atau malu.

Di tahun 50 merdeka ini juga gergasi korporat yang menjadi kaya raya di negara Malaysia merdeka, berlumba-lumba membolot kekayaan korporat dan membawa keluar kawalan syarikat mereka ke luar negara.

Apakah muslihatnya? Dan untuk siapakah faktor feel good yang diuar-uarkan itu?

Harap-harap perayaan ini tidak menjadi sorak sorai yang bergemuruh ketika kampung halaman sedang dipajak dan digadai.

Barang dijauhkan bala ini.

A KADIR JASIN said...

The Parliament is given the assurance that Maxis will not be listed elsewhere after it's taken private by its controlling shareholder, Ananda Krishnan, and is de-listed from Bursa Malaysia.

The following is a Bernama report published by the NST, today May 11.

“Dewan Rakyat in Brief :Maxis ‘will not list on other bourses’
KUALA LUMPUR:Maxis Communications Bhd has no plans to list on another bourse once it delists from Bursa Malaysia and becomes a private company, said Deputy Finance Minister Da-tuk Dr Awang Adek Hussin yesterday.

If it planned to be listed again, it would only do so on Bursa Malaysia, even if it had expanded overseas, he said.

"If Maxis plans to list again, it would be listed in Kuala Lumpur (Bursa Malaysia), and this was disclosed by Maxis itself," he said when wrapping up the debate on the Capital Markets and Services Bill 2007 at Dewan Rakyat.

At parliament lobby, he said the move by the mobile services company would not jeopardise the local stock market.

He said Maxis’ move to privatise was to expand overseas, including to India, and to remove the fears of its minority shareholders over the fluctuation of its share price.

He said Bursa Malaysia would keep an open-door policy and would be receptive to a re-list move by Maxis.

He said its open-door policy was to enable foreign investors to invest in the country and Maxis’ move was not reflective of a dull market. — Bernama

Melayu nusantara said...

A good observation, and the lesson that we learn here is the as immigrants they don't have loyalty. Malays never learn... sigh... always wanting to accomodate and to share. Dulu Persekutuan Tanah Melayu di ubah nama. Takutkan bangsa pendatang gadaikan Singapura......

Melayu nusantara said...

Immigrants by their nature have no loyalty to any one place or to anyone for that matter. In the case of Malaysia's immigrant they are slightly different, they have loyalty to money and to along thae way destroy the Malay fabric. Face the truth Dato'

Melayu nusantara said...

Salam Dato',

CIMB was mentioned here the bank that erased bank bumiputra and later bumiputra commerce. You cant blame the head ( nazir) alone but just look at his key personnel, they are mainly chinese with well observed racist inclination. Malays who did not toe their line would be retrenched - strange that only malays are affected but with a sprinkle of non malays thrown in for order. My advise to him is that he is there as a malay and it is duty too to protect the interest of the malay and not be lulled by his leutenants. Maybe a few malay heads rolled but looking at how thinggs are going he may unwittingly sell even more of malaysia's resources in no time. Ok back to this privatisation deal, in the west this is the method used by the ultra high net worth to park their investments , iunlike the stock market where their names would be disclosed. So, no need to go to switzerland or any of the money laundering centres of the world as it is now well served by privivtely owned maxis. Since this is of national interest and security the government should review maxis licence . The govt will of course not act without strong public pressure

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).