Monday, October 08, 2007

Peniup Wisel Kenalah Berani

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

JIKALAU laporan akhbar New Straits Times tepat dan cakap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz mewakili pendapat Kerajaan Malaysia, maka kes sensasi rakaman video V.K. Lingam mungkin berakhir dengan “tutup kes”.

Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa penyiasatan kes itu akan menemui jalan buntu jika saksi atau saksi-saksi tidak tampil untuk mengesahkan keaslian rakaman video itu.

“Tanpa kerjasama mereka, bagaimanakah kita memperakukan yang rakaman itu adalah asli?” katanya.

NST, antara lain, melaporkan: The probe into the "Linggam" video clip will come to a dead end if the witnesses who can verify it do not come forward, Datuk Seri said.

“Without their co-operation, how can we attest to the recording’s authenticity?” the Minister in the Prime Minister’s Department said yesterday (Oct. 7).


Nazri yang berupa menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang memberi jaminan bahawa saksi akan diberikan sepenuh perlindungan undang-undang, termasuk mengubah identiti mereka, jika diperlukan.

Perlindungan itu akan diberikan di bawah peruntukan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Witness Protection Bill) yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.

Soalnya, adalah pengesahan oleh peniup wisel (whistleblower) berupa satu-satunya jalan mengesahkan keaslian rakaman video itu?

Harap-harap janganlah alasan ini digunakan untuk menutup buku ke atas kes ini.

Daripada laporan media massa, kita mengetahui yang Lingam sendiri sudah pun membuat kenyataan kepada Badan Pencegah Rasuah.

Begitu juga usahawan Vincent Tan dan Menteri Pelancongan Tengku Adnan Tengku Mansor yang disebut dalam rakaman video itu.

Kita faham bahawa dalam kes yang membabitkan mahkamah, saksi adalah sangat penting dan utama. Tanpa saksi kes tidak boleh dibicarakan.

Tetapi dalam kes rakaman video V. K. Lingam ini, kita masih jauh daripada perbicaraan. Malah besar kemungkinan tidak akan berlaku perbicaraan di mahkamah.

Buat masa ini, yang lebih penting ialah memastikan sama ada berlaku campur tangan oleh V.K. Lingam dan pihak-pihak yang bersangkutan dengan beliau di dalam pemilihan dan pelantikan hakim-hakim dan sama ada integriti kehakiman tercemar kerananya.

Namun begitu peniup wisel dan mana-mana juga pihak yang membuat dakwaan itu perlulah berani bertanggungjawab terhadap tindakan mereka apatah lagi jika tindakan mereka itu untuk berlandaskan kebenaran dan untuk kebaikan ramai.

Menteri dan pegawai tinggi kerajaan kerap berkata mereka tidak akan mengambil tindakan berasaskan laporan media walaupun merekalah yang sepanjang masa menggesa media massa agar memberi maklum balas kepada kerajaan.

Apabila media massa arus perdana memuji mereka, mereka dengan cepat berkata media massa arus perdana berwibawa dan laporannya boleh dipercayai.

Tetapi apabila media massa yang sama melaporkan sesuatu yang negatif mengenai kerajaan, mereka mempertikaikan kewibawaannya dan berkata kerajaan tidak akan bertindak berdasarkan laporan media massa.

Percanggahan seperti ini tidak membantu memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap media massa arus perdana yang rata-rata dianggap prokerajaan.

Dalam pada itu, kita janganlah terlalu taasub dengan kes V.K. Lingam ini.

Kita tidak harus lupa bahawa ada banyak lagi isu yang lebih mendesak yang jawapannya dinanti-nantikan oleh rakyat biasa seperti peningkatan kadar jenayah, kenaikan harga barang dan perkhidmatan, pengangguran dan ancaman penyakit berjangkit.

Janganlah isu elitis seperti ini menyekat atau mengalih perhatian kerajaan daripada menangani masalah dan isu yang lebih mendesak yang membabitka rakyat jelata.

TERBARU (9 Oktober)

PKR president and Member of Parliament for Permatang Pauh Dr Wan Azizah Wan Ismail was quoted by Malaysiakini as saying that there was no evidence of such a crucial bill (Witness Prorection Bill) being tabled in Parliament in the last sitting.

“My office had confirmed this fact with the Legal Division of the Parliament, that no such bill had been tabled for a first reading in the Lower House.

“The only bill which was tabled, debated and passed by the Lower House two sessions ago was the Evidence of Child Witness Bill 2007,” she said in a statement today.

Jadi siapa yang bercakap benar -- ada atau tidak rang undang-undang yang didakwa oleh Nazri itu?

Mungkin akhbar NST perlu membuat pengesahan bagi memastikan kesahihan fakta yang dilaporkannya.

Update, Oct. 9

The Sun quoted Nazri as saying that he agreed that a witness protection act did not exist in Malaysia.

The minister went on to blame the Press. He said he had instructed his press secretary to inform the press to correct his statement on Sunday but it was not done.

Who did not do it-- his press secrtary or the Press?

Itulah bahananya bila pembesar bercakap ikut hati. Pepatah Melayu berkata, ikut hati mati, ikut rasa binasa.

21 comments:

mr_abs said...

salam datuk,

saya tak nak komen tentang isu video tapi tentang pak menteri yang tukang jawab tersebut teringat saya dengan kata-kata Tun Dr Haji Mohd Salleh Abas (Former Lord President of the Federal Court, Malaysia) dalam buku biografi Tun Dr. Ismail

["I will do for the country what I will not do for myself and my family" - Tun Dr. Ismail ]

kata-kata di bawah ini adalah kata-kata Tun Dr Hj Mohd Salleh merujuk kepada kenyataan Tun Dr. Ismail tersebut

"These words demonstrate the conviction and attitude of this great man when it came to making a choice between himself and the country. How greatly this contrast with modern day politicians who shout eloquently at the top of their voice that they serve the people, and yet the truth is otherwise. The people whom they serve are, more often than not, themselves and their close friends" - Tun Dr. Hj Mohd Salleh


tenung-tenungkan kata kata tersebut

Budakboy said...

Dato',

We scream and shout about the need to eradicate corruption but dare not come forward to join the fight. Posting the video on the Internet and then not coming forward to help with the investigation smacks of hypocrisy of the worst kind.

To me the lapse between when the video was shot and when it was "published" shows bad intention in the sense that something of public interest can be delayed until the "right" time.

Do all whistle blowers come forward with clean hands? Are they now blowing the whistle because they did not get what they paid for?

Is blowing the whistle after one has paid a bribe to get off being punished for doing something wrong in the first place, instead of facing the music, genuine whistle blowing?

Take the case of A paying B to secure a contract. A blows the whistle when B did not deliver. B is charged with and convicted of corruption. Should A not be charged for complicity in the act of corruption? Or is he allowed to escape punishment because he blew the whistle?

In the matter of the Lingam video, to say that the outcome of the whole episode hinges on the testimony of the person who posted it does not make much sense because there are other means to verify the authenticity of the video.

Looks like the outcome of the Lingam video will be another embarrassment like the "ketuk ketampi in the police lockup" episode.

Blow d' whistle said...

Dato'

Mengenai isu ini, saya berpendapat biar saja ianya diuruskan oleh satu Suruhanjaya Diraja seperti yang telah disyorkan oleh Parti Gerakan baru2 ini.

Dengan kehadiran Suruhanjaya ini, saksi semestinya tidak akan teragak-agak untuk tampil kerana ianya di bawah naungan YDP Agong.

Jadi isu peniup wisel ini boleh selesai, tanpa risau akan ia identitinya didedahkan kepada masyarakat umum. Tak perlu kita program perlindungan saksi, kerana pihak tertentu ada cara mereka untuk mengetahui siapa yang meniup wisel. Macam dalam cerita 24 tu.

Sekian , selamat berbuka puasa.

ahiruDin aTTan said...

The Scribe!

Menteri Nazri kata peniup wisel dlm kes pita video Lingam akan dilindungi di bawah Witness Protection Bill/Act (Akta Perlindungan Saksi).

Tapi Wan Azizah baru mengeluarkan kenyataan yang Akta atau Bill tersebut tidak wujud!

Camno tu jang?

zorro said...

Datuk, congratulations for hitting a million.

ZURICH said...

tok.. Berdoa saya..kepada al muktakabir semoga tok sekeluarga..di RAHMATI Allat swt.

selamat hari raya

Zainal A. Kasim said...

Dato'

Dengan "banyak bercakap" TANPA FAKTA, Nazri sekarang membuka satu persoalan baru yang tidak kurang sensasinya iaitu kesahihan Akta yang digembar-gemburkan oleh beliau.

Nak katakan beliau tidak bercakap benar (menipu) mungkin agak keras bunyinya. Tetapi bagaimanakah kita hendak menggambarkan cakap-cakap beliau apabila terbukti bahawa akta berkenaan tidak wujud?

Nasihat saya, apabila kita bercakap, kita perlu berhati-hati kerana yang mendengar kadang-kadang lebih bijak daripada kita.

suhaimi hj. khalid said...

Salam Dato',
Adakah Menteri berkenaan sengaja berkata demikian untuk mengelirukan mereka yang kurang arif tentang isu video@keadilan@kehakiman yang diperkatakan? Maksud saya untuk mengelirukan golongan di luar bandar, misalnya orang-orang Melayu di kampung, di Felda, dan sebagainya yang masih menjadi pengikut setia Menteri berkenaan dan UMNO/BN. Yang penting orang kampung akan senada dengan Nazri: "Kalau tidak didedahkan sumber video tersebut, macam mana nak sahkan kebenarannya. Nak takut apa lagi. Berani kerana benar. takut kerana salah".
Penafian tentang akta yang tidak wujud ini tidak akan diambil berat oleh orang kampung kerana mungkin tidak akan disiarkan oleh media arus perdana atau kalau disiarkan pun mungkin berita kecil yang terceruk di sudut.
Maka dari segi ini Nazri telah berjaya. Saya semacam perasan taktik sebegini digunakan bukan oleh seorang tetapi beberapa orang menteri dan orang politik. Asalkan sokongan untuk mereka tidak terjejas.
Terima kasih.

langit biru said...

Assalamualaikum Dato' AKJ.

Peniup wisel perlu berani. Setuju. Tapi berani biarlah bertempat!

Helah Yazid bin Muawwiyah membuatkan Husin Bin Ali r.a yakin keselamatannya terjamin bila tiba di Kufah walaupun penasihatnya berpendapat sedemikian. Natijahnya, Yazid bin Muawwiyah memenggal kepala cucu Nabi s.a.w. dan 70 pengikutnya yang lain dibunuh! Kerana apa? Kerana kuasa, dan mempertahankan kuasa! Abu Muslim, dikenali Panglima Perang paling digeruni dan paling disegani dan paling berjaya di zaman Khalifah Umayyah tidak mati di medan peperangan sebaliknya terperangkap dengan helah pemerintah, mati dibunuh oleh kunco-kunco pemerintah. Itu panglima perang paling setia kepada pemerintah. Kerana gahnya namanya,pemerintah bimbang suatu hari kot kot beliau digulingkan oleh panglimanya. Kerana apa? Kerana kuasa dan mempertahankan kuasa!

Senario kekuasaan di negara kita memperlihatkan Badan Eksekutif (Pemerintah) begitu berkait rapat dan saling lengkap-melengkapi satu sama lain dengan Badan Kehakiman. Hakim yang dituduh, Menteri kabinet tampil bersuara! Apakah ada perlindungan kepada saksi yang berani? Apabila saksi sudah masuk "gelanggang" depa, media akan terus menyokong,melapur dan menyiarkan kata-kata menteri/penguasa yang cuba menyakinkan rakyat, hakikatnya nasib sebenar saksi di gelanggang depa hanya Allah s.w.t saja tahu!

Kalau pemimpin itu sendiri kita ragui, wakil-wakil yang dilantik mereka juga kita ragui. Kalau pemimpin kata Al-Ghazali As-Syafei dicari, Quran Hadis digali, hari ini sejarah Husin Ali r.a dan Abu Muslim juga mungkin boleh terjadi!Helah, demi helah pemerintah. Kerana apa? kerana kuasa,dan mempertahankan kuasa!

Sebab itulah hadis nabi s.a.w menyebut "Jihad yang paling agung adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim".

Dato'

Orang tua-tua kata, nak tengok peribadi seseorang, tengoklah dulu cara dia bercakap. Orang yang berperibadi baik, dia berfikir dulu sebelum bercakap. Orang macam menteri sorang ni, dia bercakap dulu baru berfikir, atau mungkin tidak juga berfikir!

Kpd orang-orang Padang Rengas/Kuala Kangsar,pilihlah calon yang lebih baik dari menteri sorang ni. (Akhir-akhir ni, kerap keluar surat khabar siar gambar menteri ni bagi hadiah raya kpd penduduk di K.K)

Judge of the Day said...

YBhg Dato',

Ada dua jenis peniup wisel:
1. Peniup wisel kebenaran - memang baik untuk menegakkan kebenaran, akan mendapat ganjaran diakhirat juga.

2. Peniup wisel untuk menganiaya orang lain. Sahabat baik saya pernah kena tuduh rasuah, BPR selongkar rumah, gari tangan hanya kerana dia tukar kereta. Yang dia berutang keliling pinggang, orang tak tau. Lepas itu BPR dapati tiada kes, peniup wisel yang bersifat hasad dan dengki ini tidak mendapat apa-apa pembalasan, walaupun sahabat saya dan keluarganya telah dimalukan begitu.

Mana keadilan?

marn said...

Tok,

Tukang hantar video tu tak berani nak tampil sebab isu keselamatan. Mana tidaknya, kalau jawatan Ketua Hakim boleh disusun letak mengikut selera sendiri, apa jaminan dia dan keluarganya akan selamat?

Kalau Ketua Polis Negara dan Timb. Menteri Dalam Negeri sendiri pernah ada tuduhan rasuah, siapa yang benar-benar bersih? Kalau Pak Lah asyik tidur, siapa yang tadbir negara?

Ditambah pula menteri yang bersangkutan perihal undang-undang sendiri tidak begitu arif (separa jahil) tentang akta yang kononnya wujud, rupa-rupanya khayalan dogeng semata?

Sekarang ni isunya perihal jaminan keselamatan. Takkan nak serahkan tubuh badan dan keselamatan keluarga kepada orang yang kononnya boleh memberi jaminan sedangkan beliau boleh ter'khilaf' dalam membuat kenyataan rasmi di dada akhbar. Akta yang tiada dikatakan ada. Bukan tukang kebun yang keluarkan kenyataan. Ni taraf menteri yang punya kenyataan rasmi.

Kenapa perkara yang sama tidak dibuat ke atas gambar mengenai kekecohan di Batu Burok? Kenapa gambar bakar bendera di Batu Burok terus digunapakai oleh pihak polis dan media TV1 dan TV2 tanpa disiasat tentang kesahihannya terlebih dahulu seperti kes Lingam ni?

Sekiranya tiada siapa yang mahu mengaku, pada saya tujuan si penghantar video bukan bermaksud untuk membawa isu ini ke muka pengadilan. Ianya cuma sekadar salah satu 'wake up' call untuk kerajaan yang sedia ada untuk mengatasi masalah yang semakin meruncing dan juga kepada masyarakat umum tentang betapa negara kita ini amat-amat pincang di bawah pentadbiran BN sekarang. Dan juga mempertontonkan sandiwara murahan yang meloyakan lagi jijik oleh pembesar-pembesar yang sedia ada.

What say u?

Kak Teh said...

Salam Datuk,
Selamat hari raya kepada Datuk sekeluarga. Maaf zahir dan batin dari kami di perantauan.

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Kenapa Pemuda UMNO diam membisu ?

2. Mana pi putera mahkota pemuda umno yang dikatakan tersangat bijak lagi cendikia itu? menurut khabarnya dia belajar undang-undang dan ekonomi di universiti terbaik di dunia.

3. Kenapa Majlis Fatwa tak mengeluarkan fatwa dalam masalah ni?

Nizam

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Adakah seperti kata Mat Sabu, lama-lama kalau pencuri pecah masuk rumah kita, kita tak berani nak report? Taku bila polis mai, pencuri dep tak tangkap, kita whistel blower yang kena tangkap!

Salam 'Aidil Fitri kpd Datuk sekeluarga dari bakaq a.k.a. ~penarik beca a.k.a. sang kutu sekeluarga.. من العائدين والفائزين

Hasrul Halid said...

Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan saya bersimpuh-sila,
Menghulur tangan di bulan mulia..
Selamat hari raya Aidilfitri
~Hasrul Halid~

Mohd Affendi said...

Ketempangan sistem demokrasi ciptaan manusia..

sampai bila2 pun tak dapat menandingi sistem kehidupan integritif (ad-din) ciptaan Tuhan ..sistem bersepadu: sosial, ekonomi,sains,politik,perundangan,
kehakiman,diplomasi, moral & akidah-ia adalah satu rahmat yg skrg tinggal igauan buat kita semua yg mimpikan nikmatnya! --(all these extracted from the Book and Prophet teaching and proven to yield successful result (of course,this is not something from a mortal brainchild..)
for at least 13 century before some people tarnishing the system to a total collapse in early 20th century..

Apabila kuasa legislatif, eksekutif dan jurisditif bertindan dan caca-marba oleh tangan2 durjana, maka hancurlah sistem demokrasi.. (malah mana2 sistem pun..--tukar minyak enjin tak tukar filter??)

Ibarat bagi tikus membaiki labu..kehancuran sememangnya boleh diramal dari awal secara lojik..tak perlu 'rocket science' pun.

{Prinsip demokrasi: pengasingan kuasa mutlak??}
Di Malaysia kuasa legislatif & eksekutif dipegang oleh org yg sama (acuan British?)..kuasa tak terbatas menjurus kpd kencenderungan untuk memenuhi tembolok masing2 (natural human instinct for lust & power).

Di USA hanya presiden yg ada kedua-dua kuasa, tak seperti kita yg ada sekampung pak/mak menteri..apabila percampuran berlaku hingga ke kuasa jurisditif (kehakiman), maka hasilnya adalah KEHANCURAN MUTLAK SISTEM...hancur negaraku! :C

peniup wisel?? pemukul canang??
pementasan wayang kulit atau sarkas??

will the real Bozo the Clown please stand up..please stand up..

are we doing audition for the Lord of the Clown or what??

wasting time! too many people clowning around.. (Nazri..dah ler tu..buat onar di bulan Ramadhan kan kena btg hidung sendiri)

Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

-Affendi-
10hb.Oktober 2007
28hb.Ramadhan1428H

rocky(original) said...

who is the clown? who is the goblok?I guess it is very obvious.

Now do we need a panel to see if the video is real?a forensic team will be good enough. But here there is a panel and panel without powers? Does the source of video be there?

Do we get signs the govt want to find out the truth in this case? Not for me.

Want the source to come out? you want the truth. Set up a royal commission. If the govt is one that say Telus, work with me and anti corruption bla bla bla, hey don't talk but follow up with action. Don't promise protection based on cabinet decision. afterall Nazri did say we have to follow the law. So Nazri follow the laws, don't promise protection by a cabinet cos that is not in the law!!!!

abikhsan said...

Bukan Nazri saja, banyak Pak Menteri kita cakap pun tak pakai fakta @ otak. Pantang hulur mikrofon cakap merapu.

Macam tadi sewaktu siaran langsung pelancaran angkasawan pertama Malaysia, Pak Lah sewaktu ditanya adakah Malaysia akan hantar Kapten Faiz sebagai angkasawan kedua. Nak tahu apa jawapan Pak Lah... Dia bangun dan tanya dalam Dewan tu "Dr Faiz, are you here....??? (merujuk dalam dewan tu..." 3 kali dia tanya soalan tu. Nasib baik pengacara telah cover line kata Kapten Faiz ada di stesen pelancar di Kazakhstan..... Malunya aku...

My new nick name - abikhsan to replace AC.

AFRAR YUNUS said...

dato' , salam
Eid Mubarakh untuk dato sekeluarga.
"Taqabbalahhu minna wa minkum"
[“Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu"]
Maaf zahir dan batin.
Afrar (alkerohi) dan sekeluarga.

syed syahrul zarizi said...

Salam aidilfitri semua!

Berita dari gunung said...

Anwar and his friends waited patiently to release the said video. Then suddenly Lingam became the most talk about person, second to Muzaffar i would say.

Anwar needs publicity badly. If this is one of the many in his list as run-up to election, then personally i will not care too much what happen to Lingam and Fairuz.

The release of video lacks sincerity, it is tainted with intended character assasination.

I react angrily with Najib's statement on foreign maids. Now we may have a gurkha maids! They really look at the activity of importing human capitals in the eye of a businessman and yet at the same time they claim they are real statesman. I could be wrong here, i dont know.

I find the latest statement from Najib with Radzi by his side, the most worrying...... Lingam, Fairuz and Anwar can now rest and enjoy their RAYA.

and to everyone. my best wish "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).