Monday, October 01, 2007

Sehari di Malaysia Dan New York

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DARI NEW YORK, akhbar The Sunday Star melaporkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata:

“This has been a meaningful year for Malaysia which celebrates its 50th year of independence. It is also the 50th anniversary of our membership in the United Nations.”

Dalam bahasa Melayu/Malaysia ia bermaksud: “Ini adalah tahun yang bermakna bagi Malaysia yang merayakan ulang tahun ke-50 kemerdekaan. Ia juga ulang tahun ke-50 keahlian Bangsa-Bangsa Bersatu.”

Perayaan jubli emas, kata Perdana Menteri yang berada di New York untuk menghadiri perhimpunan agung PBB (UNGA) penuh makna bagi sebuah negara berukuran seperti Malaysia.

“Walaupun kita negara kecil, kita memainkan peranan yang cergas dalam arena antarabangsa,” kata Abdullah sambil menyebut penyertaan dalam pasukan pengaman PBB sebagai contoh.

Berucap kepada rakyat Malaysia di bandar raya perdagangan Amerika itu, Perdana Menteri berkata Wawasan 2020 bukanlah penghujung untuk segala-galanya. Ia sekadar petanda bahawa Malaysia telah mencapai suatu tahap pembangunan yang tertentu.

Tiada siapa yang boleh mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri itu.
Yang perlu diperhatikan adalah sama ada peranan Malaysia di arena antarabangsa masih berkesan, dihargai dan disanjung seperti dahulu.

Tentang Wawasan 2020, pencapaiannya daripada sudut ekonomi dan pendapatan per kapita semata-mata mungkin sukar dicapai memandangkan pertumbuhan yang lembap sejak krisis ekonomi serantau 1997-98.

Apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan wawasan itu pada 28 Februari 1991, beliau mengasaskan pencapaian matlamat itu pada kadar pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya tujuh peratus setahun sehingga tahun 2020.

Tetapi sejak krisis ekonomi 1997-98, purata pertumbuhan ekonomi negara berada di bawah lima peratus.

Bagi mencapai matlamat itu, negara sebenarnya memerlukan kadar pertumbuhan yang jauh lebih tinggi daripada tujuh peratus setahun.

Untuk itu, Malaysia memerlukan kepemimpinan politik dan ekonomi yang jauh lebih dinamik dan serba boleh berbanding dengan era Dr Mahathir.

Di tanah air, pada hari yang sama, akhbar yang sama, antara lain melaporkan:

1. Seorang perempuan Indonesia berusia 23 tahun ditahan berkaitan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Sementara itu, seorang daripada lima yang ditahan sebelum ini dibebaskan;

2. Polis membebaskan dua lelaki Nigeria dan menahan seorang tukang masak tempatan berusia 35 tahun bersabit pembunuhan dua wanita Malaysia keturunan Cina di Kepong;

3. Polis menahan tiga lelaki, termasuk seorang anggota polis, di Muar, Johor kerana disyaki mencolek dan merogol seorang wanita Indonesia awal bulan ini.

4. Di Kulai, Johor, seorang yang disyaki penjual dadah ditembak mati oleh polis;

5. Di Kuantan, tujuh terbunuh apabila sebuah van yang membawa 11 penumpang merempuh lori tangki yang berhenti;

6. Polis berpakaian preman akan membuat pengintipan di semua terminal bas untuk menangkap penjual tiket haram (kutu) dan pemandu yang memandu secara berbahaya;

7. Seramai 120 penuntut Universiti Malaya yang menyokong pasukan pro-mahasiswa (pembangkang) mengadakan tunjuk perasaan menuntut pembatalan 16 calon pilihan raya kampus; dan

8. Supremo propaganda kerajaan, Zainuddin Maidin menyifatkan sebagai sangat tidak profesional langkah 2,000 peguam mengadakan perbarisan tunjuk perasaan di Putrajaya Rabu lalu.

28 comments:

The Eugenist said...

Salam, Datuk..

Ironinya, segalanya indah di luar sana tetapi tidak di sini. Apabila kita telah berjaya "dibuai" dengan mimpi-mimpi dan cerita-cerita indah dari "kayangan" maka segalanya elok.

Tetapi apabila kita tersilap langkah dan terpijak ke atas tanah yang nyata maka nescaya kita akan menggelabah dan mencari jalan keluar bagi mencapai keindahan yang direka itu..

Am I right Datok?

HESMEL FAZNEE FAISAL

www.hesmel.blogspot.com

p.s - Kita pernah berjumpa semasa majlis yang dianjurkan di UiTM dan saya pernah bersolat Jumaat di sebelah Dato' beberapa minggu yang lepas..

Rockybru said...

Datuk,

No 1 hingga No 7 adalah bahan berita yang negatif.

No 8 adalah derita, full stop.

BoxxTomoi said...

Ramai sangatkah perogol di Malaysia ni Dato' .. ada kah all the "kopi Togkat Ali" .. and all related with Tongkat Ali memberi kesan pada rakyat Malaysia !!!

This is not funny Dato' sebab dalam iklan di TV pun kata Tongkat Ali boleh buat kita kuat!!

Selamat hari Raya to you and semua peminat The Scribe. Maaf Zahir & Batin.

Anonymous said...

Salam, Datuk.
Berita 8 tu jadi berita sebab yang berkata tu menteri penerangan. Kalau tidak, tak ada nilai berita pun. Nilai sampah ada la.

Nandre The Legend said...

Datuk,

kita harus bersedia untuk menghadapi segala jenis chabaran yang mendatang dalam membangunkan sesebuah negara. kejayaan yang dikechapi ari ini jangan dijadikan sebagai kejayaan yang ulung, malah kita harus menjadikan ia sebagai landasan untuk terus berjuang untuk membawa negara kita ke satu tahap yang lebeh membanggakan...

aaalee2000 said...

PAK LAH KAT NEW YORK ? malam
kelmarin dalam berita TV3
kerusi banyak kosong masa pak lah
baca teks beza dengan masa Dr. ahmadnejad cakap bahasa parsi wakil
amerika ja yang hilang.
JADI ?????????

Anonymous said...

zam vs nazri, siapa lagi dashyat dalam putar belit propaganda?
i think nazri still wins....

Anonymous said...

Dato',
Mungkin juga Pak Lah berbangga dengan prestasi Malaysia dalam segi jenayah kerana sudah hampir sebesar cerita-cerita jenayah di negara maju.
Dengan suspek perogol bersiri, skandal politik dan jenayah terancang.
Mungkin dalam pilihanraya yang akan datang, salah satu manifesto ialah mengurangkan kadar jenayah seperti yang menjadi tajuk penting di negara maju.

jibeng said...

to me, its not about who's right or wrong at this particular junction to wawasan 2020, its more on who are care enough when all this mischief happening in front of us, knowing about something is not enough unless something is done to correct them.

. said...

Tentulah dalam mana-mana negara ada yang baik, ada yang buruk. Dalam keburukan itu, ada kebaikan. Jadilah orang yang pandai menyaring kebaikan dari keburukan. Salam.

Anonymous said...

salam datuk,

dari cakap-cakap orang serta pembacaan dari bahan berita, newspaper mahupun blog, kerajaan telah/akan berbelanja sehingga RM500 billion utk development! banyak tu, adakah ia sekadar cakap-cakap kosong atau ia kenyataan?

jika benar, projek mega berbillion-billion RM tu dirangka dengan sebegitu hebat, adakah ia mampu membantu rakyat jelata kelak? to ease economic burden?

saya hairan, sewaktu kegawatan ekonomi 1997 dulu, rakyat tidak terlalu berasa kesempitan, rakyat masih boleh dikatakan mewah dan tidak terbeban

sekarang lain, terbalik, tiada gawat, with the feel-good-sensation, rata-rata ramai rakyat mengeluh kerana berasa beban.

jgn hairan jika ada kes pecah amanah, kes rasuah, kecurian etc etc, kenapa ia berlaku? saya berasakan faktor beban ekonomi yang semakin menyempitkan tingkat sarahidup rakyat.

dgn gaji RM2k utk lepasan universiti,mana mampu nak hidup di bandar-bandar besar, tak hairan saya kerana pernah dikhabarkan ada sesetengah eksekutif wanita yg hidup di KL, waktu rehat tgh hari, mereka sanggup menjual maruah diri. jika pergi ke universiti tempatan, adalah perkara biasa untuk pelajar perempuan yg sanggup gadaikan diri semata-mata utk mendapat wang lebih.


kenapa isu ekonomi rakyat kurang dipentingkan sekarang oleh govt hadhari?

Anonymous said...

YBhg Datuk, saya tak setuju dengan Jibeng, saya rasa majoriti kita care, dan sayangkan negara, cuma tak tau apa nak buat.

Senang kalau di UK atau USA, boleh pilih parti lain. Tapi di Malaysia saya tidak akan vote for the opposition kalau yang mereka ada ialah:-
1. data-data dan cerita-cerita seperti dalam blog Raja Petra
2. hudud
3. haram, gantung, tarik itu, ini.

Memanglah senang lagi pratikal dan jimat, semua yang bersalah kita hukum, rejam sampai mati. Dengan batu sahaja boleh selesai banyak masalah.

Tapi itukah Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW?

Pemimpin UMNO sendiri perlu dinamik. Perlukan wajah baru bagi menggantikan wajah yang dah kusam. Kenapa UMNO kusam, lunyai macam pelacur tua tak laku ditepi jalan belakang mati?

Pakailah sunglass bila menilai gaya kepimpinan Tun M yang lepas-lepas agar tak tersilau dengan kilau kemilau kritik kutuknya pada kepimpinan Pak Lah. Pak Lah hanya mewarisi Mathathirism yang ditinggalkan oleh Tun.

Saya rasa UMNO perlu dibantu dalam mencari jalan formula agar pelacur tua itu dapat di"rejuvenatekan" semula. Kalau tak dapat jadi dara muda bergetah pun cukuplah sekadar nenek tua yang bersih, cantik tenang lagi menenangkan.

Anonymous said...

Dato'
terpanggil untuk bersuara selepas membaca nota MARDHIAH.
Saya katakan UMNO tidak akan berwajah baru. Jika UMNO berubah wajah maka ianya bukan UMNO lagi. Ianya tidak akan menjadi menarik lagi dan nescaya popularitinya akan berkurangan.
Saya tidak fikir orang-orang UMNO mahu ianya berubah.
Di dalam UMNO yang paling Islam juga adalah yang terjanggal hidup di dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Lihat lah isu yang diterima pakai oleh umat Islam sebagai isu yang diterima sejagat iaitu isu bertudung, tetapi UMNO sehingga kini masih gagal mewujudkan pemimpin atau pasangan pemimpin yang memenuhi hasrat tersebut. Alasan yang diberikan 'semuanya di hati bukan ditunjuk-tunjuk'.
Jika dikatakan puak pembangkang terlalu keterlaluan dengan definasi agama Islam mereka, UMNO pula terlalu keterlaluan mendefinasikan liberal di dalam Islam.
Saya pernah tampil menyatakan isu-isu ini seperti MARDHIAH, dan telah dilantik bergelumang di dalam politik UMNO. Tersedarnya saya, saya telah menjadi orang UMNO. Dan sedihnya saya tidak lagi seronok seperti sebelumnya.
Saya tidak pernah berdoa atau berkempen agar UMNO hilang di dunia. Kerana saya faham bahawa setiap yang baik itu tidak semestinya kelihatan baik dari pandangan mata saya. Tetapi sebagai seorang manusia, bukan mudah untuk meneguk kenyataan ini.
Secara ringkasnya 'I have given hope especially looking at the next generation of UMNO leaders'.

Anonymous said...

Dato', Mardhiah dan Perayap sekalian,

Ya Mardhiah! Saya tidak setuju dengan pandangan anda di para 6.

Memang benar Pak Lah mengganti Tun, tetapi Pak Lah jauh sekali dari mewarisi sebaliknya Pak Lah mengingkari, mengkhianati dan seperti lupa diri.

Pak Lah tentu berbahagia mewarisi sebuah negara yang hampir sempurna segalanya, tugasnya cuma tinggal sedikit sahaja lagi iaitu memperkemaskan kesempurnaan itu, namun ternyata lah Pak Lah gagal. Jadi berbahagiakah rakyat mempunyai seorang perdana menteri seperti Pak Lah.

Ya Mardhiah, selamat berkongsi perbezaan pandangan.

Anonymous said...

Ybhg Datuk, mohon berespond dengan bersuara:-

saya suggest sdr ke sini http://webspace.ship.edu/cgboer/ dan ke kuliah Personality Theory baca artikel tentang Dr Erich Fromm. Juga mendalami artikel-artikel tentang cybernatic revolution.

If not, awak tidak akan nampak apa yang saya nak sampaikan. Lagi satu In order for you to see my point of view, you have to understand sejarah titik permulaan sekularisme. Saya lihat Melayu sangat takut untuk bermesra dengan text dan hasil tulisan pemikir barat seperti Marx, Darwin, Frued. Tapi mereka tak kisah pula dengan Newton dan Einstain. Itu yang susah saya nak faham tu.

Ahli UMNO kena faham dalam era cybernatik, people who matter (PHM) pemimpin dan pemilik dana sudah kurang rasa keteberikatan lagi untuk "memberi makan" pada People who don't matter (PWDM).

Saya harap sdr dapat nampak apa masalah sebenar UMNO, yang masih degil mau menganut fahaman Mahathirsm. Saya bercakap tentang mental set. Bukan ritual.

Sebagai permulaan cuba baca komen Mr_abs, dia adalah penganut Mahathirism toto". Kalau semua orang Melayu mempunyai mind set macam dia, memang kita sedang menuju kehancuran.

Akhir sekali saya amat menghargai jika sdr sudi menyelami pemikiran Barat dengan membaca tulisan-tulisan mereka dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka.

A KADIR JASIN said...

Sdr Mardhiad,

saya tidak akan siarkan komen sdr yang merujuk kepada orang Budha mencari pengganti kepada Dalai Lama.

Perdandingan yang sdr gunakan mungkin boleh dibaca sebagai menghina atau mempersendakan amalan agama penganut Budha.

Terima kasih.

Anonymous said...

Datuk,
saya berterima kasih di atas penerangan MARDHIAH. Saya akur bahawa bukan mudah untuk masyarakat umum untuk mangarah ke pemikiran yang bukannya 'main stream'.
Jangan dikatakan membaca tulisan ideologi malah untuk membaca Kitab Injil juga ramai yang enggan. Sedangkan di dalam rukun iman kitab Injil adalah salah satu kitab yang harus umat Islam beriman dengan. Bagaimana hendak beriman sekiranya membacanya pun tak pernah.
Yang saya khuathir, apabila mendalami ilmu tanpa berguru, akan membawa pembacanya tersimpang dari hakikat. Saya dari segi praktiknya khuathir untuk berkempen agar umat Islam membaca Injil, khuathir ramai yang akan tersimpang.
Begitulah kekhuathiran saya apabila bercakap tentang penulisan barat, apabila membaca, ramai yang menyimpang. Ada rakan saya yang mengkaji pemikir-pemikir masa kini yang mengaku bahawa 'ultraman' itu tuhan dan gagal dari menduduki peperiksaan akhirnya di universiti.
Inilah bahaya membaca jika tidak ada ruang untuk berdiskusi atau berguru.
Saya adalah penyokong Tun Mahathir. Saya juga tahu Tun adalah seorang manusia.
Untuk orang UMNO, secara jelas semuanya bersifat material. Ini tidak boleh diubah walau mengkaji pelbagai teori dan ideologi. Sebab itu ada satu UMNO sahaja di dunia. Adalah lazim melihat seorang Ketua Bahagian yang di tahap hartawan dan semua orang takut padanya. Ada juga Ketua Bahagian yang sangat berkuasa sehingga semua 'orang kuat' di bahagiannya bekerja dengannya, maksudnya digajikan.
Bagaimana faktor penguasaan politik sebegini boleh diubah dengan mengubah pemikiran? Ketua Bahagian itu akan kekal berkuasa sehingga ada orang yang lebih kaya darinya datang untuk bertanding dengan melaburkan atau menggajikan orang dengan nilai yang lebih diberikan. Ini lah realiti UMNO hari ini. Bagaimana nak berubah?
Walau bagaimanapun, saya akan menurut nasihat MARDHIAH untuk membaca penulisan yang dicadangkan.
Terima kasih Dato' kerana membenarkan pembincangan yang sebegini.

Anonymous said...

sdr mardhiah,

saya tidak anggap Tun M sempurna dan tiada langsung mempunyai kesalahan dalam mentadbir negara. betul saya mengkagumi beliau dan saya berbangga dengan Tun M, malahan waktu saya tinggal di UK, sebut saja malaysia, rata-rata orang islam kat sana sebut nama Tun M, sebut nama KLCC, malah ada yg bukak syarikat teksi (spelling teski pun ikut ejaan BM)

kurang mengerti, apa yg dimaksudkan anda tentang mind-set saya?

tentang ekonomi rakyat biasa, sampai yang ada menjual diri, itu bukan retorik semata-mata, dan ia realiti hidup yg berlaku sekarang.

memang elok kita baca dari sudut pemerhatian orang, tapi tak perlulah mengambil bulat-bulat pemikiran mereka.

kita tengok saja apa tindakan, ucapan,decision kerajaan sekarang, yg more bias towards singapore. bukanlah kita ni takut tak bersebab, tapi jika syarikat2 berkepentingan utk negara pun, syarikat sgpore pun ada kepentingan, nak kata apa lagi?

takda pulak kita lihat msian company yg beli share company diorang, see?

sama ada govt mereka terlalu pandai, atau govt kita yg kurang pandai?


it's not a sin if we do not have the same view bout smthing.

we can agree to disagree dan saya agree dgn pendapat anda, UMNO sendiri patut berubah, berubah mcm mana? kepimpinan baru yg lebih baik?

entahlah labu..

Mr. Smith said...

How come Lingamgate did not make it into your 8 items. Surely it deserves a prominent position in the unending tales of miseries and sorrows.

enrike said...

Senang kalau di UK atau USA, boleh pilih parti lain. Tapi di Malaysia saya tidak akan vote for the opposition kalau yang mereka ada ialah:-
1. data-data dan cerita-cerita seperti dalam blog Raja Petra
2. hudud
3. haram, gantung, tarik itu, ini.

Memanglah senang lagi pratikal dan jimat, semua yang bersalah kita hukum, rejam sampai mati. Dengan batu sahaja boleh selesai banyak masalah.

Tapi itukah Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW?



Mardhiah,

PAS bukanlah Islam dan Islam bukanlah PAS. Dan boleh saya katakan PAS tiada kena mengena langsung dengan Islam. Mereka cuma gunakan Islam untuk kepentingan mereka. Lagipun mereka juga merupakan produk penjajahan barat yang memecah belahkan orang Islam dengan penubuhan pelbagai parti didalam sebuah negara berasaskan topeng demokrasi.

Islam tetap Islam... hukum hudud ... rejam ... sebat dan pemakaian tudung adalah hukum Islam. Saya harap anda membaca tafsir al-Quran dan Kitab2 hadis yang sahih untuk mengetahui ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Sebagai contoh ayat berkenaan hukum sebat kepada penzina...

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. [An-Nur 24:2]


Anda tak akan terjumpa ajaran Nabi Muhammad SAW dengan baca bahan ilmiah dari pakar2 barat. Anda tak akan dapat menyelesaikan masalah UMNO dan orang Melayu kalau merujuk kepada kitab2 barat. Semua permasalahan ini dapat diselesaikan jika semua orang balik kepangkal jalan.... semua orang membaca, mengkaji dan mengamal Al-Quran.... dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajarkankan olah Nabi Muhammad SAW 1428 tahun yang lalu....

jibeng said...

Mardhiah,

we do care, but do we care ENOUGH to do anything - i mean absolutely anything to make this thing right?

If we do not do anything, do you think by being caring is enough?

Anonymous said...

Salam Datuk, saya ingin memberi maklumbalas kepada Sdr Mardhiah.

Terdapat beberapa kesalahan ejaan nama iaitu, Freud bukannya Frued, Einstein bukannya Einstain. Untuk pengetahuan anda, terdapat beribu-ribu penduduk Malaysia lain yang telah juga berkesempatan untuk membaca, memahami, menganalisa dan melapurkan buku-buku Freud, Darwin dll. Walaupun begitu sesuai dengar dasar kebebasan berfikiran dan freedom untuk memilih ugama, sebilangan besar umat Islam yang mengamalkan ajaran ugama termasuklah saya, telah memilih untuk tidak menerima konsep Darwin yang tidak ada asas saintifik yang kukuh, dan bertentangan dengan kefahaman Islam. Diharap anda boleh mengamalkan fikiran terbuka dan bersikap toleransi untuk menhormati pilihan umat Islam ini (we have the right to choose what we beleive). Anda janganlah berfikiran bahwa anda sahajalah yang telah membuat kajian dan orang lain adalah berfikiran sempit.

Walaupun begitu saya bersetuju dengan kedhaifan parti pembangkang yang nampaknya hanya mampu bergerak dengan bersandarkan kepada isu negatif parti BN. Saya juga bersetuju dengan komen seorang pelawat Malaysia Today yang membuat komen bermaksud lebih kurang seperti ini , "the opposition parties lack the selling skill. Their survival relies purely on the weakness of rival products". Adalah diharap parti pembangkang boleh bertindak dengan cara yang lebih berhemah, lebih professional dan dengan fakta. Kebijaksanaan parti pembangkang di luar negara tampak terserlah melalui cara mereka berpidato dan berhujah, unfortunately very few could demonstrate the skill locally.

Hudud adalah undang-undang Islam yang telah diamalkan sejak pemerintahan nabi Muhammad saw dan diteruskan sehinggalah kepada masa pemerintahan para khulafa dan khalifah. The law may appear cruel, unjust or inhuman in the eye of the "non muslims" or "non/partially practicing/beleiving so call muslims". However the true beleivers understand that god created the law to ensure a just, peaceful and progressive society where the right and welfare of every individual is assured. Sekiranya anda ini berugama Islam, tetapi terdapat karat dihati untuk menerima perundangan islam tersebut, cuba ambil peringatan ini. Dunia ini dan akhirat adalah kepunyaan Allah yang anda akan bertemu pada hari kebangkitan. Pada waktu tersebut, taubat tidak akan diterima lagi. Jadi, janganlah diikut dengan bisikan syaitan yang sentiasa mebisikkan perasaan ragu dan was-was, kerana matlamat utama perjuangan golongan syaitan ialah untuk menjadikan manusia durhaka dan menyesatkan manusia dari jalan Allah. Seperkara lagi, janganlah anda sempitkan fikiran anda dengan menganggap undang-undang hudud sama dengan undang-undang ala Taliban, Pakistan atau negara Arab masa kini. Hukum hudud ini bukannya boleh dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi dalam situasi ketidakadilan keadaan (lapar, kemiskinan dll) yang mendorong kepada pesalah untuk melakukan kesalahan. Walaupun begitu dalam hal yang jelas, contohnya berzina, saya tidak teragak untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud.

Janganlah anda sempitkan perjuangan parti PAS kepada hanya hukum hudud sahaja. Walaupun saya bukan ahli parti tersebut, saya faham bahwa mereka menganjurkan pemerintahan cara Islam yang menyeluruh dan ini termasuklah kebajikan dan keadilan untuk setiap rakyat. Unfortunately, PAS leaders have yet to demonstrate the virtue of good leadership to give us the confidence that they would be able to manage the country successfully (i.e. good management, fortitude, intelligence, integrity, compassion, innovation, financial expertise, forward thinking, sophisticated communication capability). Two of the great leader of the Islamic empire, Abu Bakar and Umar were not only religious, but were known to be an accomplished administrator long before their conversion to Islam.

Anonymous said...

ASWT Datuk
Saya ingin menjawab tulisan "bersuara". Islam memang mengajurkan kita belajar dan mengkaji. Mempercayai kitab-kitab adalh salah satu rukun iman, tetapi yang dimaksudkan dengan kitab-kitab adalah kitab asli yang diturunkan kepada para rasul-rasul. Umat Islam menganggap kitab injil atau taurat yang wujud pada hari ini telahpun diubah dan diedit oleh manusia, jadi ia bukanlah kita injil/taurat tulin dan hanyalah sebuah buku yang ditulis beberapa ratus tahun selepas kematian nabi Isa/Musa. Jadi umat Islam tidak boleh perca kepada kitab injil/taurat yang wujud pada hari ini. tetapi kita beriman kepada kitab taurat dan injil yang tulin yang pada hari ini telah tidak wujud secara bertulis lagi.

marn said...

tu la akibatnya banyak sangat baca bahan bacaan 'ilmiah' orang barat.. dok sanjung apanya.. kita punya pemikir ramai yang buat 'derk' ja. Tau banyak mana hasil karya malik bin nabi, yusof qardhawi, hassan albanna, hamka dan banyak lagi?

ya.. kita fasih berbicara tentang teori yang diperkenalkan oleh niccolo machiavelli, freud, einstein, darwin dll. Tapi dalam masa yang sama kenaikah kita pada Ibnu Asakir dan Ibnu Hajar? Berapa banya buku dan idea yang dikeluarkan?

Adilkah kita dalam mencari 'pencarian' yang kita cari?

Anonymous said...

Kita nak buat apa pun di tempat orang, pastikan dulu rumah tangga kita terurus dengan sempurna. Buat orang gelak nanti. Saya ingat Pak Lah ni hidup dalam dunia dia sendiri (dengan Jean of course) terpisah daripada realiti hidup rakyat. Tiada pilihan melainkan pimpinan baru negara dalam PRU ke 12 nanti .......

A KADIR JASIN said...

Sdr Anak Bapa,

Nama isteri PM adalah Puan Seri Jeanne (disebut Jin) bukan Jean.

Kalau tak silap, Jean itu nama lelaki Peranchis yang bersamaan John dalam bahasa Inggeris.

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk..

Saya adalah pengunjung tetap blog Datuk..Meskipun sibuk saya cari jugak ruang melawat blog ni, baca2 semua komen Datuk dan pengunjung yang lain.

Pasal berita2 jenayah ni memang gerun dengar. Bunuh orang dah jadi perkara biasa pulak. Takut nak keluar rumah jalan jauh2. Sana sini jenayah. Selamat ke negara kita ni?

Selamat Hari Raya
Jaga diri dan keluarga
Maaf zahir batin

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).