Sunday, June 29, 2008

Aduan Liwat Keruhkan Lagi Suasana Politik

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[TERBARU]

1. ANWAR berlindung di Kedutaan Turki setelah menerima ancaman ke atas nyawanya, kata PKR.

2. Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, memberitahu sidang media percubaan membabitkan Anwar dengan tuduhan liwat adalah permulaan kepada percubaan oleh sesetengah pihak untuk melenyapkan suaranya buat selama-lamanya.

3. PKR presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara, Musa Hassan, dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail, atas dakwaan salah laku (misconduct) ketika perbicaraan Anwar pada tahun 1998-1999.

[POSTING ASAL]

ADUAN liwat terhadap ketua de fakto Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim, oleh seorang lelaki yang disebut sebagai “pembantu” beliau akan mengeruh dan mengelirukan lagi suasana politik Malaysia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Muhammad Sabtu Osman, mengesahkan kewujudan laporan itu.

Anwar, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada jam 1.40 pagi tadi, mengatakan bahawa tuduhan itu adalah rekaan semata-mata.

“Saya yakin kita sedang menyaksikan ulangan kepada kaedah-kaedah yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat di bawah tekanan.”

(I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress," he said – Malaysiakini.)

“Ini jelas berupa satu percubaan habis ikhtiar oleh Barisan Nasional untuk menyekat pergerakan rakyat Malaysia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan,” katanya.

("This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice.")

Pada jam 1.15 malam tadi, PKR menghantar pesanan ringkas (SMS) mengatakan polis telah menahan pembantu khas Anwar bernama Saiful Bahari dan memaksanya membuat aduan liwat terhadap Anwar.

SMS PKR itu menjangka polis akan menangkap Anwar tidak berapa lama lagi.

Laporan terhadap Anwar itu berlaku di saat-saat bekas Timbalan Perdana Menteri itu heboh mendakwa yang ramai Ahli Parlimen BN akan berpaling tadah bagi menyertai atau menyebelahi Pakatan Rakyat.

Ini pastinya akan menyebabkan rakyat jelata menjadi semakin keliru setelah dikejutkan oleh Surat Akuan Bersumpah ketua laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, beberapa hari lalu.

Dalam dokumen bersumpahnya Raja Petra mendakwa kehadiran isteri Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, Rosmah Mansor dan dua orang pegawai tentera suami isteri -- Lt. Kol. Abdul Aziz Bin Buyong and Lt. Kol. Norhayati Hassan -- ketika mayat Altantuya Shaariibuu diletupkan.

Dia juga membabitkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin yang didakwanya mempunyai maklumat mengenai hal itu.

Pada bulan September 2006 Anwar dibebaskan daripada penjara setelah tuduhan liwat terhadapnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan dengan keputusan dua lawan satu.

The full text of Anwar’s Press statement

The Police report lodged against me earlier today is a complete fabrication. I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress.

This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice.

The report has been organized by interested parties to attack me in retaliation for evidence I have recently obtained implicating IGP Musa Hassan and the AG Gani Patail in misconduct including fabrication of evidence in the cases launched against me in 1998-1999. This vile attack will not prevent me from releasing this dossier to the public.

I urge the Malaysian people to stand against the repressive forces that will be unleashed by the government in the coming days and weeks. We expect the media, the judiciary and the police force to all come under the direct and unchecked control of the executive.

My fellow Malaysians – we took a bold step forward on March 8th towards a new dawn for freedom and justice for all our citizens. This people’s movement for change must go on with all of our strength and conviction.

ANWAR IBRAHIM

100 comments:

Jed Yoong said...

Datuk,

1. The sodomy conviction was overturned on a technicality and the court stated that they believed that the deed occured but could not be proved beyond a reasonable doubt due to contradictory dates.

2. In his press statement, Anwar only called the police report a "complete fabrication" but did not deny engaging in sexual relations with men.

3. Sadly, whatever the truth may be, this move will probably backfire on Barisan Nasional. I hope the BN or whoever has a tape of Anwar in the act, like Chua Soi Lek.

4. I have no problems having a bisexual prime minister. What I am concerned about is his plans for the country besides "magically" lowering fuel prices.

5. I hope we get a new PM soon so that all of us can get on with life.

Salam/Shalom/Peace Be With You/Etc.

pokpet said...

POKPET terkedu baca berita tu pagi ni. Beberapa orang kawan hantar SMS, POKPET hanya baca selepas sembahyang Subuh. POKPET garu kepala yang belum beruban ni. Mula-mula cerita RPK dan Najib (isteri Najib, kira macam Najib ler tu). Kini cerita Anwar pula. Who is next? Selepas ni kita akan lihat semua ahli politik kita berjalan telanjang depan KLCC!

http://pokpet.blogspot.com

Letting the time pass me by said...

Salam Datuk..

Kalau ini macam punya perkembangan kat Malaysia, siapa yang berminat nak melabur kat sini?

Negara kita dah jadi haru-biru, jangankan pelabur asing, saya sendiri pun tak yakin dengan kerajaan sekarang...

Pada saya, keadaan ekonomi dunia dan situasi ekonomi memang ade naik turun, tetapi yang lebih penting ialah kecekapan kerajaan untuk membawa perubahan positif setiap kali negara dilanda masalah ekonomi..

Tetapi dalam keadaan sekarang, metalitinya adalah win-lose mentaliti... Pemimpin yang menang dan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana sudah pasti akan menderita...

mekyam said...

Dear Tok Scribe,

Looks like we, as a nation, has totally lost the plot.

God help our beloved Malaysia!

Din said...

Teringin sangat saya nak dengar apa komen Ezam berkenaan lagi tindakan nakal terhadap DSAI...

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Orang Melayu memang cerdik berpolitik.

2. Selagi bayang-bayang 'duit dan harta' berlegar dikepala, selagi itulah mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-cita mereka tercapai.

3. Soal agama dan maruah sudah tidak penting lagi. Janji duit, harta dan kuasa mesti diperolehi.

http://sukj.blogspot.com

A KADIR JASIN said...

Pembahas Mekyam, I share our sentiments. There's no longer the plot.

Terima kasih kepada Sdr/Sdr pembahas sekalian.

Izinkan saya menyiarkan ulasa ringkas saya kapada Rocky's Bru.

"Sdr Rocky's Bru,

1. All these are not good for Malaysia;

2. Our leaders spend too much time defending themselves than defending the people;

3. Our international image is being systematically undermined;

4. At the end of the day there'll be no "leaders" -- good, bag or indifferent -- left standing;

5. Tell me Bru, where are we heading?

6. Is this "constructive distruction" that Schumpeter wrote about and was famously quoted by Bro. Anwar during the 1997/98 financial crisis?"

Thank you.

kluangman said...

Dato'

Secara spontan saya terfikir, apakah ini semua ini 'game' untuk menunjukkan Dolah masih relevan dan lebih bersih dari calon yang lain, Anwar dan Najib.

Anwar dengan kes liwat dan Najib dengan hanturaya.

RPK dan Pembantu Khas Anwar tentu kenal KJ ???!!!#$^&^%$#

ali allah ditta said...

Datuk,

Gomen Pat Lah ini dah mati akai & lost their plot.

Tunggu nak merudum saja.

cheers.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan pembahas-pembahas sekelian,

Saya mengucap panjang bila membaca perihal isu terbaru ini. Bukan pasal soal sympathy atau tidak kepada Anwar Ibrahim, tetapi pasal memikirkan implikasi buruk yang akan berlaku terhadap negara.

Senario politik sudah menjadi seakan “spaghetti bowl deals”. They are all in a complete mess!

Bagaimana negara kita hendak berhadapan dan menangani cabaran ekonomi global semasa sedangkan kesemua parti politik mengalami masalah dalaman masing-masing? Kesemuanya pula kelihatan tidak berupaya menyelesaikan masalah mereka. Apa akan terjadi kepada negara? Apa akan terjadi kepada rakyat jelata?

Di dalam pada itu bermacam-macam “political plot” yang kedengaran di sana-sini. Each plot is getting thickens by day but nothing seems to reach the end. Ada sahaja “plot” baru yang timbul sedangkan “plot” yang lama belum selesai lagi.

Akhirnya, rakyat akan “sesat” di dalam ke semua “complex intertwines” ini. Kita tidak akan tahu yang mana benar, yang mana salah; yang mana menang dan yang mana kalah…..

Azman Mohd Isa
Shah Alam

Anonymous said...

Sdra Scribe,

Kalau inilah permainan politik yang boleh kita paparkan ke dunia luar, saya tidak nampak jalan keluar dari kegelapan sekeliling kita. Dalam satu temubual saya dengan arwah Menteri Besar Selangor Dato Harun Idris dalam awal tahun '70an, saya bertanya kepada beliau: "Mengapa politik kotor dan tidak nampak ada keikhlasan dalam perjuangan?" Dia menjawab dengan tenang: "Politik tidak kotor Mat. Orang politik yang kotor." Saya semakin percaya dengan kata-kata arwah. Alfatihah untuknya.

PAHIT MANIS

James Bond 008. said...

Dear Kadir.

Saya tangguh comment saya sampai saya dapat lihat actual police report.Saya mungkin dapat meyelesai kan the political jigsaw yang sdr bangkitkan.Unfortunately I am imvolved in this case.

fudzail said...

Datuk
Here in Dubai, all non-Malaysians that I know have dismissed this allegation as another ploy.
A prominent local businessman SMSed me last nite, "Sad & LOW, an act of desperation."
We have to live another day, another year of living dangerously!

penyokong PR Cina said...

asalamualaikum Datuk,

bukankah peliknya seorang muda
yang berumur 23 tidak berkemampuan
menghalang atau mengelakkan
diri daripada di liwat oleh
seseorang yang jauh lebih tua darinya.

bolehkah kerajaan mempamirkan
segala gambar kecederaan bahagian
yang di liwat kepada rakyat
untuk membuat keputusan ?

asampedas said...

I am not surprised if this is just another political ploy mastermind by none other DSAI. Harap-harap tidaklah begitu. Tapi dalam politik, apapun berkemungkinan. Tunggu dan lihat. Alahai...3 pemimpin Melayu sedang memperjudikan nasib bangsa. Mereka bagai durian, kita rakyat biasa bagai mentimun. Digelek atau menggelek... sama saja. Orang Melayu sibuk berbalah. Yang lain senyap2 dapat tanah 999 tahun.

~asampedas.wordpress.com

eddy said...

Salam Dato'. I think Saudara Jed Yoong brought up a very pertinent point in that Anwar's Sodomy conviction was overturned by the Federal Court on a 2 (for) against 1 (dissenting) decision based on technicality in that the exact date of the crime could not be ascertained BUT ALL three judges however agreed that sodomy did occur. From my observation in the last few years Not many of our younger generation are aware of the contents of the Federal Court decision.

The latest police report will start a new round of police investigation and the person allegedly sodomised will have to be examined in depth(no pun intended) since this is a very high profile case I hope the police would invite forensic experts from the UK Scotland Yard or America's FBI to help with the examination, their observations and reports would ensure no allegation of biasness against Anwar.Until the examination and investigation has been completed I think we all should keep calm and no need to accuse Anwar or the Government of anything ulterior.The truth will always prevail.

By the way, saudara Jed, we Muslims does have a BIG problem with anybody who is bisexual, having a Malaysian PM who is bisexual is in fact going to be a HUGE problem for us. TQ

demimu malaysia said...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

no najib...
no anwar...
no khairy...
learn how to behave la..dah besar panjang..u all shud lead the way..shud protect ur people..shud serve ur country..we need no more scandal..no more killing, no more liwat, no more gila kuasa!!

minyak,beras,ikan,lauk pauk,tambang semua naik harga..work on these!!banyak sangat masa buang utk protect diri..kalau taktau behave,tak payahla nak jadi leader..nyakitkan ati je..

malaysia oh malaysia

The Way I See It said...

Politik Malaysia sekarang dah haru biru.. imej negara dah terhakis.. rakyat melara...

Bila semua ini akan terhenti.. harap2 selepas pemilihan UMNO kita akan boleh selesaikan semua poltiking ini.

Saya dah letih dah ni datuk...

pemerhati said...

Datuk,

Saya berpendapat strategi kotor ini mungkin akan back fire. Kes ini, seperti dahulu, akan mengeratkan dan menguatkan lagi pakatan rakyat. Saya pasti lebih ramai lagi MP BN yang jelik dengan keadaan semasa dan akan jump. Mungkinkah next weekend berita Kak Wan menjadi PM pula menghiasi muka depan MSM?

sawit futures trader said...

Bosan! Bosan! Bosan!

Yang menjadi fokus beberapa minggu ini, bukan cerita kesan kenaikan harga minyak.

Tiada laporan tentang usaha memantau harga barang.

Tiada laporan tentang kajian impak terhadap tahap NPL (None Performing Loan) termasuk aspek kad kredit.

Tiada laporan tentang pasaran harga rumah kediaman terutamanya kos rendah dan sederhana.

Tiada laporan tentang usaha mengetengahkan alternatif bagi mengurangkan penggunaan minyak tempatan.

Tiada laporan tentang kenaikan harga barang basah termasuk di pasar malam.

Tiada laporan tentang kesan kenaikan harga minyak terhadap golongan miskin tegar, miskin, golongan berpendapatan rendah dan sederhana!

Tiada laporan tentang kesan kenaikan harga minyak terhadap dunia perniagaan mengikut sektor dan industri (termasuk peluang pekerjaan)!

Yang ada hanya cerita tuduh menuduh dan janji tanpa susulan. Termasuklah di parlimen. Saya tidak maksudkan pemerintah. Saya tidak maksudkan pembangkang. Saya maksudkan kedua-duanya.

Please remind me again, if there is such thing as a benefit to casting my vote.

Sometimes I wonder, perlu ke ada kerajaan (persekutuan dan negeri)? Bila sukar menyara hidup keluarga begini, kita kena pandai-pandai sendiri kerana tiada pihak yang ikhlas nak tolong!

Ha!Ha!Ha! Lepas ni akan ada yang tuduh saya hidup bertongkatkan subsidi.

Itu terpulang. Bagi mereka yang ada pendapat begini, saya nak tanya terlebih dahulu. Apakah tujuan sebenarnya kita melantik kerajaan dalam pilihanraya?

Bagi saya, tentunya untuk kehidupan dan masa depan yang lebih baik.

pengembara kerdil said...

Salam Datuk..

Apa nak jadi dengan tanah air kita? Kian lama, kian huru-hara! Harga minyak naik, harga beras pun naik! Pendek kata, semuanya naik! Keadaan politik yang tak stabil ini telah menakutkan pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara kita! Atau, patut saya katakan yang pelabur-pelabur ini telah melabelkan Malaysia sebagai salah satu negara yang mempunyai risiko politik yang tinggi (high politic risk), sebagaimana label itu pernah terlekat di Malaysia kerana penculikan di Pulau Sipadan.. Dan, keadaan ini semakin keruh dan menyebabkan matawang Malaysia jatuh! Duit Malaysia yang dulunya hanya dalam lingkungan RM4, kini telah naik ke RM5.14 untuk membeli 1 Euro...

Apa nak jadi dengan Malaysia? Kenapa cerita yang sumbang-sumbang dahulu (kisah orang besar mengambil rasuah dan sebagainya)baru keluar sekarang? Ini bagaikan satu pakatan atau komplot untuk mengacau-bilaukan negara kita!

Kepada sesiapa (terutama yang berpangkat tinggi) yang terlibat dalam hal ini (mengacau-bilaukan negara), tolonglah hentikan segala propraganda ini..Jika benar anda yang salah, silalah mengaku salah dan jangan lagi membuat 'scheme' atau rancangan untuk menyembunyikan kesalahan anda...Jangan lagi menyalahkan orang lain atau mengorbankan 'kambing' bagi pihak anda! Sesungguhnya, kalau anda melakukan perkara-perkara tersebut hanya untuk mempertahankan pangkat tinggi anda sekarang ini, nescaya, Allah akan melaknat anda! Ingatlah! better prepare yourself for akhirat than seeking positions in this world which will not last at the end!

Saya minta maaf sekiranya menyinggung perasaan bloggers/readers yang lain...Cuma kasihan melihat adik-beradik kawan saya yang study di luar negara. Mereka tidak mendapat tajaan daripada MARA/JPA...Dengan pinjaman bank, mereka ke sana untuk melanjutkan pelajaran mereka. Tapi, disebabkan politik (dan mungkin sebab-sebab yang lain), matawang Malaysia telah jatuh dan menyusahkan ibu bapa kawan saya untuk menghantar wang kepada mereka...

Anyway, may the truth and justice will prevail, someday!

Anonymous said...

23 year old aide? isn't he's too young? What does his actual job description? Why would anwar employ this young engineering background fellow.? One need experience to become a political aide. Or at least he must be a political science graduate.

There's a saying that this guy is "planted", but this still will not provide the real truth.

Although Anwar was released of the sodomy charges, the judges still believe the event took place.

A mere denial / press statement / media campaign by anwar is not going to clear his name.

He needs to tackle the allegations in proper channel/legislature, all in clear hard manner / evidence / proof.

His police report in '98 somehow backfired. Anwar will probably not take this to court, but will use whatever political vehicle to deny this allegations. Reformasi was his way of retaliation.

Allegations against Anwar are not just limited to sexual charges. There other political allegations against anwar which are still left unanswered by anwar himself; his foreign affairs, money politics during his UMNO years etc.

We have seen how TDM answered most allegations by his opponents in great detail and retaliate with questions left unanswered by his critics.

Anwar should do the same, factual manner.

So far, not much effort from Anwar to clear his name on these matters, other than using his rhetoric to attack his opponents.

Good luck to you anwar...

MM

ps.

on jed yoong comments...

Having a bisexual prime minister will be a BIG problem. This is not just about religious matters.
It's about his loyalty to his/her partner.
He will be subjected to blackmail and sexual favours (corruption).
Unless we live in a country where husbands can freely and legally have extra-marital affairs,
and wives can freely engaged sexually with other men,
and adultery is a word/ act no longer exist,
and same sex marriages are allowed,
then a bisexual, or homosexual prime minister can be accepted and able to perform his/her duties without having any wrong doings to cover up.

mat_terab said...

Di sini ada satu kerja kosong bagi sapa yang berminat, kerjanya mudah saja dan upah lumayan kerjanya adalah sebagai pengusong tilam untuk di bawa ke makamah......jawatan adalah terhad dan keutamaan di beri kepadai pencacai umno yang menpunyai kemahiran mengusong tilam.
keterangan lanjut boleh hubungi cawangan-cawangan umno berdekatan....

A KADIR JASIN said...

SDR MM dan para pembahas sekalian,

Mohon kerjasama. Tolong berhati-hati apabila merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan mengenai pembuangan kes liwat Anwar.

Ingatlah, kalau berlaku sesuatu, sayalah yang akan memikul bebannya.

Jadi tolonglah saya supaya saya boleh terus membuka ruang ini kepada semua untuk perbincangan yang sihat.

Tak payahlah maki-hamun, mencarut, menuduh dan sebagainya. TOLONG! Saya memang tidak mahu buang komen sesiapa. Tetapi tolonglah berhati-hati.

Sdr Pengembara Kerdil, saya faham dan simpati dengan sentimen Saudara.

Hari ini, dengan berat hati, ketika minum pagi, saya memberi izin secara rasmi kepada anak-anak saya berhijrah untuk menyambung pelajaran dan bekerja. Seorang daripada anak saya sudah pun menetap di luar negara.

Malangnya bukan semua ibu bapa boleh mengatakan begitu. Bukan semua orang muda Malaysia, khasnya Melayu, yang mampu berhijrah untuk bekerja di luar negara.

Sdr Sawit Futures Trader, saya setuju dengan saudara. Para pembesar kita nampaknya lebih sibuk mempertahankan diri mereka daripada membela rakyat jelata.

Ini petanda buruk buat kita.

Saya berada di kampung melawat ibu dan ayah.

Orang kampung mengeluh. Anak-anak sudah jarang balik dan hantaran wang ke kampung berkurangan kerana harga minyak dan kos sara hidup naik.

Mungkin para pembesar kena berani melawat kampung bercakap (bukan berucap) dengan rakyat jelata untuk mengetahui penderitaan mereka.

Terima kasih.

Cucu Adam said...

Datuk

It is most unfortunate for Malaysia to be governed by bunch of leaders who will resort to anything just to remain in power. It is plain obvious they could not accept defeat, thus they will ploy all forms of actions to finish off their enemies = their so called 1st Class World Mentality. By their benchmarks 1st Class World Mentality must conform to their so called cultures.

Has Anwar Ibrahim been punished enough to the extent that he may have to go thru the same punishment all over again. Can the judges that will hear his cases be expected to give him a fair trial.

Let us just hope that BN/UMNO MPs and State Assemblymen will come to their sense, and cross over to Pakatan Rakyat to bring an end to BN/UMNO rule in this country. What a disgrace and shame that it will bring to this beloved nation, Malaysia.

slyderrose said...

Ya Allah, ya Rabbi. Apa nak jadi dengan Malaysia?. Iguan 1998 datang balik. Setip kali Anwar menghampiri menjadi PM, beliau dilanyak lagi. Ini konspirasi terancang untuk menidakkn Anwar sebagai PM. Ramai yg takut bila beliau memegang teraju agaknya.

Minta2 kali ini tarikh kunun perlakuan tidak dialih-alih macam 1998 dulu. Tilam tidak dibawa kehulu-kehilir. Samples DNA tidak dibuang for second opinion (the first in the world). Hakim tidak kata 'tidak relevant' setiap pihak pembela mengemukan bukti baru.

Inilah dia 'ketuanan melayu'. si crooks always got upperhands.

Heical said...

Aduuuuuuh ,kecoh lagi .Dah lah harga barang semua naik,Harga Minyak naik lagi.Sekarang pun rakyat Malaysia dah susah.Hendak susahkan lagi dengan Politik Macam ini.
Ini cerita betul atau fitnah politik?
Pehak polis kena siasat kesahihan, bawa kemuka pengadilan secepat mungkin .

Bung Karno said...

Datuk,

Pakatan nak jatuhkan musuh politik adalah biasa.

Tetapi kegemaran liwat ni sendiri punya rasa, tak ada orang pakat suruh buat.

Baru buat repot polis Anwar dah lari ke kedutaan Turki ? Polis belum nak tanya pun.

Kalau tak salah kenapa takut ? Kalau ada pun, budak 23 tahun tu yang mungkin kena ancaman sebab menuduh Anwar.

Berapa lama nak minta tolong dengan kerajaan sekular Turki ?

Esok lusa akan ada demonstrasi jalanan menyokong Anwar, melaung reformasi. Akan ada usaha menyembunyikan Anwar daripada disoal polis.

Ini macam ulangan drama 1998/99.

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin & rakan pengomen,

(1) Jed, I do have a problem having a bisexual as PM, whoever he/she maybe.

(2) Currently I am having problems with most of, if not ALL, our elected reps especially the ruling coalition. Takde kerja lain, asyik gaduh je. Kalau tak gaduh, they are probably overseas having a good holiday at our expense!

(3) Sdr. Kadir, never have I ever imagined that a day would come when I actually broach the subject of migrating to my other minang half and I have given full permission to our children to work overseas.

(4) I am getting really sick and tired with all these non-stop bickerings among our elected reps, Rembau not excluded! We are at a crossroad that could set us, as a nation, a decade or so back. All energy should be focused on solving these problems but what we see, day in day out, is a continous series of non-stop bickerings. Where would this lead the country? Forward? Dont think so. Whatever is left with our competitiveness is being eroded by the day!

GOD HELP THE COUNTRY AND US, THE RAKYAT!

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

PROFESSIONAL MALAY said...

Kepada semua umat melayu disegenap lapisan di malaysia.....
Nampaknya kita terpenjara oleh politik bodoh melayu samada Dolah Badawi (KJ),Najib dan juga DSAI. Kenapa our destiny ditentukan oleh orang2 ni??? Kan kita masih ada ramai pemimpin2 yang professional dan berwibawa untuk diketengahkan.....Kita harus melakukan revolusi untuk keluar dari kongkongan bodoh ni dan this stupid dirtiest political shit.....dengan menegakkan bahawa suara rakyat yang rasional dan beretika untuk memajukan ekonomi negara adalah lebih berkuasa dari mangkuk2 ni......Ahli2 UMNO,cabaran adalah di tangan anda....Otherwise the situation is getting so sickening to all malaysians......until we are so embarassed to be malaysians!!!!

pakcik MMA said...

Assalamualaikum Dato'

Pening saya biler pk hal ni. Yg merana? Sudah tentu rakyat. Inilah masalah org Melayu dlm politik. Saya ckp semua ahli politik melayu tak kirer UMNO, Pas & PKR. Sumer amat lemah berpolitik. Yg untung skang? Paham2 je la.

Come on, dah 2008. Our mentality perlu ubah. Kalau tuduhan ni realiti, mengucap panjang la org2 yg selama ni anggap Anwar maksum. Ingat ANwar ni manusia biasa and pasti ada melakukan kesalahan.

Kalau ia suatu konspirasi, ia juga ada sbb. Sebab kerana anwar terlalu giler kuasa melebihi kuasa rakyat dlm memerintah Malaysia especially dlm menarik MP BN melompat ke PR. btw, cara kerajaan BN melakukan konspirasi ini juga tidak wajar kerana ia adalah satu fitnah dan boleh huru harakan negara.

So, kepada pemimpin Melayu, ubahlah persepsi kita. Saya tak mahu kita dok sibuk protes lepas semayang jumaat mcm tahun 1998/1999 tapi bangsa lain terus maju dlm hidup mereka.

Peace:
Pakcik MMA @ Faiz Nordin

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Minta pihak polis dapatkan bantuan dari pihak ke-3 yg lebih berkecuali seperti Scotland Yard dan FBI. Barulah kredibiliti siasatan jadi lebih kuat dan tak mampu dinafikan lagi.

Dahulu zaman Mahathir, kerajaan Malaysia tak "ngam" dgn US mahupun Britain. Tetapi zaman Pak Lah skrg ni, Malaysia dianggap sbg "best friend" kedua2 kuasa besar ini. Boleh la kot dia org bagi bantuan atau "kautim" serba sedikit.

Habis la Anwar kali ni.

Dan ... Habis la juga kita kalau kepimpinan negara ditentukan oleh orang2 Virginia.


-sinbad-

Anonymous said...

malaysia diserahkan kepada abdullah ahmad, dalam keadaan yang BAIK. SIhat EKONOMINYA, AMAN DAMAI rakyatnya.

4 tahun berlalu:

ekonominya merudum

rakyatnya tertekan

politiknya caca merba

kehormatan terhadap Malaysia tiada lagi.

jika dahulu kita lihat bagaimana dr mahathir di datangi oleh Putin dari Rusia, Chirac dari Perancis, Schroeder darI German, dan tak terkira Pak-Pak Arab yang mendapatkan pandangan dan buah fikiran Tun, kini Malaysia hanya didatangi oleh Bambang....lagi lagi Bambang ..lagi lagi Bambang....

hatta Sultan Brunei yg suatu masa dahulu kerap ke Malaysia sudah semakin jauh dgn Malaysia.

Indah betul hidup sebagai anak Malaysia di zaman Mahahir...kerajaan dan rakyat sama sama senang dan sama sama susah.

mcmana teruk krisi 1997-1998, rakyat hatta pembangkang sekalipun terpaksa akui cara mahathir atasi masalah EKONOMI memang HEBAT.

drmuzi

Mak Kecik said...

Salam Datuk,

Saya boleh jadi lady of leisure tapi saya memilih untuk menyibukkan diri. Saya ada ijazah tetapi saya tidak memilih utk dicalonkan menjadi ahli majlis PBT tetapi menawarkan diri utk jadi ahli JKKK, semata-mata kerana bekerja di akar umbi lebih memberikan kepuasan. Saya dibesarkan dgn susu pekat manis Blue Cross. Saya belum melihat sendiri tetapi telah mula mendengar kisah bayi-bayi yang diberi air gula dan yes, air susu pekat manis. Rakyat sedang susah sekarang. Kerajaan perlu bertindak secara tersusun dan bukannya fire-fighting. Tup tup dengar kes liwat part 2. Berhamburan air mata saya, Datuk! Simpati saya adalah kepada rakyat. Perlukah semua ini?

Sekiranya perkara ini sampai ke mahkamah, harapan saya ianya dibicarakan di mahkamah syariah. Jika Datuk cek penghakiman bertulis Wahab Patail dlm kes DSAI dgn Sukma, kes itu tidak didakwa di mahkamah syariah kerana pihak polis dan pendakwaan TIDAK TAHU yang Sukma itu seorang muslim kerana namanya tidak membayangkan ugamanya.

Saya juga telah melihat pengakuan Norlaila di youtube dan mendengar rakaman perbualan 'Norlaila-DSAI'. Memang sebiji macam suara DSAI tetapi ramai orang utara yang boleh bercakap macam DSAI cakap. Saya belum diyakinkan kerana saya rasa DSAI mempunyai sebutan B.Inggeris yang lebih baik berbanding dgn pengucap dlm rakaman.

Semoga Allah kasihan dan menyelamatkan rakyat Malaysia. Amin

rocky said...

there is very little credibility in the eyes of many of the BN govt, the police, the judiciary and the AG. so even if they find DNA or any kind of evidence, there is going to be a very few people who will believe that Anwar did it. so no mater what the govt is screwed.

and totally agree the BN govt has lost the plot and they are too busy looking after their own self interest. They are unable to adopt to the new game and accept the peoples verdict from 8th March,08 no matter how many retreats they have. a govt or leader that can't adopt and change, will go down. I just hoe they don't take the country down with them.

penganggurpaksa said...

HARIJADI ADIK

“Papa…adik tak nak makan yang ni!” teriak sang anak kepada bapanya.

“Papa tahu dik….sekarang ni kita tengah susah..sabar ye?” pujuk bapanya.

“Papa….adik tak nak…Papa cakap harijadi adik Papa janji nak belikan KFC!!” jeritnya anaknya lagi.

“Gaji Papa dah abis, baru semalam dapat... dah kena bayar kredit kad, bayar rumah, kereta, beli lampin untuk adik….adik kena paham okay…makan aje lah apa yang ada nie…” pujuk bapanya lagi.

“Hari2 ikan kering…nasi dgn kicap…!!!Harijadi Adik pun letak lilin atas nasi je? Adik tak nak!!! Napa masa dulu boleh aje Papa belikan KFC lah McD lah…hadiah banyak2!!.kenapa sekarang tak boleh?” Tanya anaknya yang baru masuk umur 5 tahun.

“Dulu duit gaji Papa ada lebih, bolehlah beli semua tu….sekarang ni Papa dah tak ada duit lebih…tak ada orang boleh tolong Papa…semua orang tengah susah dik…” keluh bapanya.

“Kenapa dulu lebih sekarang tak lebih?” Tanya anaknya lagi… “Mana pergi duit lebih...Papa?” sambung anaknya lagi.

"Apa harus aku jawab?" bisik Papa dalam hati.....

Anonymous said...

Tok,

Minta masuk selagu. Dok baca blog Tok ni dah lama. Tapi tak masuk tumpang sekaki pasai tak berana pandai karang.

Tapi pasai liwat ni pelik. Saya dulu besar dalam pondok, benda macam ni pun dah ada. Kalau budak tu jambu atau ponen, mesti kena hambat punya. Maklumlah lebai-lebai muda yang baru baligh. Dia tengok kambin pun dia naik sheh. Nak tengok atau nap anak dara, tok guru tibai.

Tapi lebai-lebai jambu, ponen dan kambin pun cabut bila bila dia tahu ada bahaya.

Jadi saya heran la sikit bila orang muda, studen leader dan hensem boleh dok tunggu bila ada orang nak buat macam tu. Rasa macam tak masuk akai. Akai kambin la katakan.

Tapi kalu dah buat tu, buatlah juga. Cuma buat paksa atau buat suka sama suka. Nak kata orang muda umor 23 kena paksa dengan orang tua susdahlah sikit.
Tak masuk akai.

Macam saya ni, kambin terajang pun dah masuk parit. Kalu saya jadi orang muda studen leader, saya bagi terajang sekali seloplah sapa pun yang nak serang saya. Yang dok tunggu tu buat apa?

Ih, pelik sungguh dunia kita ni Tok no? Macam-macam benda tak masuk akai dok jadi. Kalot sungguh. Dunia akhir zaman kot? Tuhan turun bala pasai kita dok main agama.

Lebai Pondok

anak parit said...

Salam Datuk AKJ,

Mengucap panjang saya setelah mendapat SMS yang dihantar kepada saya pada pagi Sabtu, saya "delete" sms tersebut dan tak mahu menyebarkan fitnah tersebut.
Seperti komen saya sebelum ini, plot telenovela politik Malaysia berubah sekali lagi dengan ceritera terbaru DSAI, amatlah malang kisah hidup DSAI sekiranya perkara tersebut merupakan "teori konspirasi" lagi. Dan kali ini kita tertanya siapakah "tok dalang" kepada plot tersebut?
"Fitnah yang sentiasa di ulang-ulang akan menyebabkan orang percaya fitnah tersebut".
Orang melayu lupa bahawa empayar Kesultanan Melayu Melaka musnah kerana fitnah pada 1511 dan baru mengecap 50 tahun kemerdekaan , kita akan di jajah lagi oleh pihak-pihak luar yang sentiasa menunggu masa menjajah semula kita di sebabkan kebodohan kita sendiri.
Nafsu untuk terus berkuasa oleh segelintir pemimpin walaupun kepimpinan beliau telah ditolak menyebabkan berbagai plot cerita direka atau di fabrikasi untuk menyelamatkan karier politik pemimpin bernafsu buas tersebut.
Pemimpin melayu yang ada, berbuat berbagai perkara tanpa mengenal dosa dan pahala seolah kehidupan mereka abadi dan tak takut kepada kehidupan selepas mati. Berbanyakkanlah mendengar talkin supaya kita insaf.
Kita akan terus di hidangkan cerita merepek dan pelik sekiranya pemimpin bernafsu buas berada di tampok pemerintahan kita. Singkirkan kesemua pemimpin tersebut dan lantik alim ulama memimpin kita dan nescaya keamanan, keadilan dan kesejahteraan akan muncul.

Anak-Parit

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Sebagai rakyat biasa, masalah terbesar kini adalah kenaikan kos sara hidup. Orang politik kita (melayu) tidak habis-habis dengan perang dan skandal mereka.

Saya sudah menyampah, hilang hormat dan keyakinan kepada mereka.

Alangkah indahnya hidup ini dan negara ini TANPA mereka SEMUA!

http://c-bok.blogspot.com

pemerhati said...

Slm Dato'

lama saya tak menulis, asyik membaca je. Entahlah, emosi saya macam bergolak...aura dalaman saya macam membuak2...saya rasa ramai rakyat malaysia pun sama. Sebab apa? selepas mendengar dan membaca berita tentang tuduhan baru tu. Amat menyedihkan!

Saya setuju dengan sdr asampedas, mentimun2 (rakyat) akan jadi mangsa.. pelabur semakin tak ingin nak datang Malaysia, jadi tunggulah akibatnya...

unimportant person said...

ini hanyalah salah satu daripada plan Anwar untuk menarik perhatian rakyat daripada kegagalannya untuk menarik ahli MP BN ke PR.

kenapa agaknya dia minta suaka politik di Turky Embassy, bukan US embassy.

Alasan nyawanya terancam adalah satu alasan yg cukup basi dan mmuakkan. ingat tak dulu dia mendakwa dirinya diracun dgn arsenik, dia tidak diberi rawatan yg sewajarnya, tapi bila dibenarkan ke luar negara, terus boleh menunggang kuda.hairannn...

Kami dah cukup bosan..hidup kami bukannya bertambah senang. banyak lagi masalah lain yg perlu diselesaikan!

Cak Kun Cak said...

Dear Datuk,

The DSAB Government is like a helicopter spinning to doom due to its tail broken, the pilot is sleeping, his SIL is messing with the controls gleefully thinking he is the pilot,the co-pilot is spilling coffee all over the instruments while his wife is one the phone, the crew are all morons,missiles locked in from the
grounds and The Pilot? he is still sleeping!...

God help us all...

jojo51 said...

Anwar has been claiming that his life is under threat for the last 10 years. Even to the extent that he is being poisoned in jail. And he has been freely moving around the country as well as in and out of the country. If what he claims is true he would not be around today. Yet when a sodomy report was made against him by his aide he immediately seeked refuge at the Turkish embassy, again claiming there is a government conspiracy to terminate him.

If he fears for his life why stay around. To DSAI everything negative about him is government conspiracy. As if he is an angel. Better for him to leave the country. This is not Turkey. As we know Turkey was infamous for the massacre of millions of Armenians, thousands of Kurds, political persecution of opposition parties, a military that is more powerful than the government and breaches of human rights. Imagine a country where a female student wearing a scarf in a university in Turkey will have to go to prison. What a pity DSAI has srong faith in such a country compared to his motherland.

Anonymous said...

jed yoong said : "4. I have no problems having a bisexual prime minister. What I am concerned about is his plans for the country besides "magically" lowering fuel prices."

you are sick too jed yoong.

jamal pak tongko said...

anwar tak kena tangkap lagi laa.. dia yang buat wayang lari ke kedutaan turki... tunggu saja siasatan polis.. jangan duk buat tohmahan dan spekulasi..

kalau anwar betul kenapa dia sendiri tak buat press conference denied the allegation dan jawab segala persoalan mengenai tuduhan tue??

dalam banyak-banyak tuduhan kenapa tuduhan meliwat nie yang keluar?? old habits die hard my fren... aku simpati kepada peminat-peminat anwar nie.. tunggu sahaja keputusan mahkamah.. tak payah nak buat wayang bodoh..

azizah kata dia buat laporan polis mengenai musa dengan ghani patail dalam kes tahun 1998.. kenapa tak buat laporan tue dua tiga bulan lepas?? aku kesian kat azizah nie.. dapat suami macam anwar..

orang bodoh je yang taknak tgk bukti jelas nie.. dah tau saiful tu pernah sokong gomen.. kenapa amik mudah2 budak tu kerja dengan PKR???

tunggu saja bukti dna dan bukti laporan kesihatan.. apa payah sangat...??? kata pemimpin berkaliber.. tapi kes sendiri kena tuduh meliwat suruh orang lain jawab persoalan kat press conference..


angin tak ada.. ribut takda.. terus buat tuduhan konspirasi politik dan tetiba lari ke kedutaan turki atas dakwaan orang nak bunuh dia.. apa nie?? apsal tak bgtau dua minggu atau seminggu lepas orang nak bunuh dia?? saja buat wayang... Allah bagi kurniaan istimewa kat anwar nie.. dia pandai buat wayang... tapi salah guna..

tunggu sahaja siasatan polis.. dah ramai kena dakwa liwat.. ada cikgu liwat pelajar.. ada penganggur liwat kanak-kanak.. kenapa kes ini perlu dapat perhatian berbeza?? jenayah tetap jenayah.. kalau anwar bersalah.. dia mesti dihukum..

dakwaan azizah saiful tue kerja dengan DPM berdasarkan gambar kat dalam henpon tue.. orang bodoh je percaya dakwaan murahan tu... semua orang amik gambar masa berjalan ke mana-mana.. budak 23 tahun tu lagi laa.. dia dah laa muda.. mesti dia nak show off tunjuk kat kawan2 amik gambar kat pejabat TPM.. dah laa amik gambar kat reception.. sapa2 pun amik gambar kat reception.. mat sabu pun pernah orang amik gambar kat reception spr.. tapi takde pulak orang nak tuduh dia ejen BN..

desperate betul orang PKR nak selamatkan pemimpin ulung yang depa sangka sebagai suci tahap nabi.. dan KJ antara yang menangis..

tak perlu buat spekulasi.. tunggu sahaja laporan siasatan. anwar tak kena tangkap lagi... kalau kena tangkap pun mesti ada bukti implicate dia...

fuyooh said...

dato,

it is actually a desparate attempt to block Najib from making an announcement to fight for the Umno President post?

The announcement suppose to be made at Mindef Award dinner for media on monday ( tonight ) at a 5 star hotel.

Anonymous said...

1. Beranikah Anuar menegak keadilan yang diciptanya sendiri ?

2. Majoriti rakyat sudah bosan dengan kerenah si Anuar melakonkan watak 'Jangan Main Belakang', sama ada betul atau tidak.

3. Kalau cerita ini palsu, Anuar lah puncanya. Jika betul-betul belaku si Anuar juga lah puncanya. Marilah kita rakyat Malaysia meletakkan beban kesulitan negara kepada si Anuar yang telah membuat honar, huru-hara, tauke demonstrasi, semseng dll.

4. Bersatulah rakyat Malaysia diatas tiket Pakatan Malaysia (PM). Kini sudah tiba masanya Malaysia menjadi negara pesaing dengan negara maju. Bukan asyik melihat kemampuan anu sendiri dan menceritakan rahsia-rahsia dalam kelambu sahaja. Banyak kerja perlu dilakukan untuk kepentingan negara.

5. Apakah reaksi masyarakat dunia kepada Malaysia ?. Malulah kita, Dunia Islam pun tidak lagi menghormati pandangan Malaysia. Apa kan lagi kuasa-kuasa besar dunia.

6. Zaman Pak Lah terkenal dengan masalah dalam negara :
Wujud masalah ekonomi yang menakutkan rakyat, gejala sosial semakin menjadi-jadi, maruah negara digadai kepada Singapura, politik dijadikan medan merebut kuasa tanpa menghiraukan suara ramai, kawan dijadikan lawan dan beratus lagi kelemahan yang sudahpun diketahui oleh rakyat.

ADAM AMIN

Puyot said...

Too much politics will kill ya.

Ni semua nak alih perhatian dan kemarahan rakyat sebab harga barang-barang naik. Peniaga2 sempatlah ambil kesempatan sebab media dok sibuk buat coverage pasal politik buntut dan suntut dan bukannya pasal kos kehidupan serta barang2 naik.

Satu lagi nak alih perhatian kes akuan berkanun si Raja Petra tuh. Jangan dok melatah dan ambil pot sangat la. Skang ni fokus beb!! FOKUS!!

Kata Mumfasa pada anaknya:
"Remember Simba, remember!".

Zainal A. Kasim said...

Kepimpinan politik negara kita daripada PM, TPM, Menteri, MB, KM, Exco baik dari parti Kerajaan mahupun pembangkang dan macai-macai mereka kini sedang sibuk. Sibuk mempertahankan diri mereka masing-masing daripada segala macam masalah dan tragedi politik.

Sedangkan mereka sepatutnya mempertahan dan memperjuangkan nasib rakyat ketika kita sedang berhadapan dengan masalah-masalah berbangkit akibat daripada kenaikan harga minyak.

Saya tidak puas hati. Mereka tidak melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Wakil rakyat kita makan gaji buta!!

Tidak sedar diri dan memalukan negara.

http://c-bok.blogspot.com

kluangman said...

Boleh tak kita ramai ramai menjunjung DYMM Yang di Pertuan Agong untuk melantik semula TDM sebagai PM dalam kerajaan sementara untuk tempoh setahun sebelum mengadakan semula pemilihan PM yang bermajoriti secara terhormat.

Kalau masih ada yang beremosi, teruskanlah emosi dan fanatik tuan tuan tersebut. tetapi dalam masa yang sama jangan komplain jika harga barang terus naik dan maruah negara makin tercalar dan kstabilan dalam negara makin huru hara di bawah PM sekarang yang tidak normal

Abdrahim said...

Datuk,

Bila soal kepentingan peribadi, harta kekayaan, wang ringgit telah menguasai hidup manusia dan mengenepikan soal maruah diri, kedamaian dan sesejahteraan masyarakat sudah tidak ada jaminannya lagi.

"Penyakit" tersebut rasanya telah mula memerangkap masyarakat kita.(inilah akibatnya apabila kebendaan dijadikan tunggak kehidupan)

Kalau pemimpin tidak lagi mengendahkan kehidupan rakyat, penjaga keamanan tidak lagi dipercayai dan keadilan telah diragukan, apakah jaminan rakyat untuk meneruskan hidup di bumi tercinta ini.

Langkah Datuk meminta anak-anak berhijrah, sudah cukup membayangkan betapa tidak terjaminnya keamanan di negara ini.

Saya berharap satu-satunya anak saya Amir, yang baru berusia 12 tahun, dapat mengembalikan kesejahteraan di tanah air tercinta ini, satu hari nanti.

Nostradamus said...

Nostradamus Quatrains on “Wag the Dog”

In the month named of a Roman King
The year of great games played by Greeks
Malaysie, a land where politikus battle
“Wag the Dog” the game is played

A man defamed twice over
Seeking restitution with Ottoman Kings
A plot being hatched as night awaits
Watch in trepidation by the man defamed

People in Malaysie cry in vain
Great turbulence and strife engulf
Lost is the fable of Mongolian assasins
Forgotten is the hatred of black oil curse

Men in power rule with joy
For winners, gold and lust awaits
Lost are the tales of greed and arrogance
Forgotten are the tales of men in chains

Little Napoleon kings jump in joy
For keeping the turf and rule once more
But alas, such is the game being played
The time to repent is so in vain

Stomach empty, spirit rise in men
Seeking justice for those in pain
A man of honor they seek within
To play a game of which to gain

Across the land, the people rose
Silence and patience is the game being played
Within the halls and corridors of fame
Man of honor win the game

From: Patek1472.wordpress.com

demimu malaysia said...

assalamualaikum dan salam sejahtera..

anwar dituduh sekali lagi meliwat dan dia melarikan diri ke kedutaan turki.persepsi yang mugkin wujud:

1. politik malaysia hina dan jijik.tuduh-menuduh biasa.konspirasi saling menjatuhkan biasa.tambah2 dengan kes altantuya sekarang.

2.malaysia tak selamat sampai kena lari sembunyik kat kedutaan orang lain.

3. kerajaan malaysia, pdrm, pihak berkaitan gagal mempertahankan keselamatan rakyat malaysia terutama sedara anwar.

4. ahli politik malaysia jahat2.bunuh orang,rasuah,racist,liwat orang dan macam2.macam ni hangpa nak dunia tau?

dan macam2 lagi.persepsi saya:

1. selama ni anwar pi merata,ceruk sana,ceruk sini ceramah,jumpa org tu,jumpa org ni...awat tetiba takut death threats?

2. anwar menyusahkan kerajaan malaysia dan turki.tak mustahil akan wujud rasa tak 'sedap' di antara malayisa dan turki sekarang.

3. kalau ini plot konspirasi,awat pakai kes sodom lagi?takkan taktau dah basi..mesti ada lebih dari konspirasi..tanya encik DSAI

4. anwar harus hati2.bukan sebab death threat tapi sebab silap langkah, jerat makan tuan.

wassalam

loyar buruk said...

Dato,

1. Wan Azizah kata DSAI menyorok sebab terima ugutan bunuh beberapa minggu lalu. Tetatpi DSAI bebas membuat roadshow sekeliling Malaysia kebelakangan ini.

Kenapa bila laporan polis di buat DSAI menyorok atas alsan diatas.

Kenapa dia sendiri tak membuat PC atau ceramah seperti selalu. DSAi kan suka bila penonton menyorak nyorak sewaktu ucapan nya.

Pada saya waktu tahun 1998 dahulu,
Mahathir bukannya Tuhan ( yang boleh menentukan segalanya ), manakala Anwar bukannya malaikat
( yang dia bersih dari segalanya )

biarlah Allah yang menentukannya.

Melayuku Melayu Layu said...

salam datuk,
Kalau saya dituduh liwat oleh pembantu saya - drebar saya ka, setiausaha sulit jantan saya ka, tujang kebun saya ka MAKA saya kan gelak besar dan terus ke kadai kopi berdekatan dengan senyum simpul sesimpulnya atau terus membeli tiket wayang dan menonton sambil makan popcorn atau terus ke pejabat dan memanggil mesyuarat bagi meningkatkan produtiviti syarikat saya.
Mengapa saya tak lari balik kampung atau keluar negara atau ke kedutaan asing? Mengapa?
SEBAB saya bukan bersalah pun....Cerita dengan anak bini pun depa pasti gelak besar. Cerita kat sanak saudara pun depa berdekah ketawa. Cerita dengan orang kampung pun depa diam tak percaya.
Ni Anwar ni apa cerita? Lari menyorok satu hal, tuduh sana sini satu hal. Duli bukan main lagi buat perhimpunan besar-nafi bagai nak rak. Maklumlah kesnya berlaku bebrapa tahun lepas baru report polis. Ni- jadi semalam,hari ni report. Pehhh- ketaq lutut woiii! Jadi seperti kata Nabil-untuk seluruh rakyat Malaysia...LU PIKIRLAH SENDIRI!

Limanov said...

Dato,

Siapalah agaknya yang boleh diharap untuk mengembalikan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia ni?

Kehidupan harian nampaknya semakin perit.. barang-barang keperluan semakin mahal. Pemimpin pula asyik bergolak dan tuduh-menuduh tak sudah-sudah. Parahlah kalau macam ni.

jamal pak tongko said...

kesian pulak aku tgk azizah... haru biru dan desperate guna macam-macam alasan tak munasabah nak selamatkan rumah tangga dia.

anwar ni lepas keluar jel dia pi merata dunia, keluar masuk bercakap pasal politik malaysia kat seantero dunia. dia pernah kena bambu dengan stephen sackur dalam BBC hardtalk. jumpa balik member baik dia wolfowitz. siap wolfowitz lobi dia jadi 100 person of the year dalam time magazine.

masa PRU lepas ke hulu ke hilir, sampai zainuddin maidin jeles tgk dia menari kat program PKR. tetiba tanpa angin dan tanpa ribut kata orang nak bunuh dia.. akai ada ka?? ke takut kena jel sekali lagi brader?

jamal pak tongko

p/s: yang simpati

Anonymous said...

Datuk,

Kerabat politik negara sibuk menjaga kedudukan masing-masing. Sibuk mencari jalan membunuh pesaing mereka. Apa yang mereka nampak ialah bagaimana untuk memenuhkan tembolok mereka untuk selama mungkin.Manakan punya ruang untuk memikirkan masalah rakyat.

Duhai rakyat semua, fikirkanlah sendiri bagaimana mahu terus hidup.


Buat Sdri Jed Yoong, bisexual itu luar biasa. Binatang yang tak berakal pun tahu membezakan. Ayam jantan takkan terliur dengan ayam jantan lain walaupun dikurung sesama mereka.


Budak Kampung

Anonymous said...

Salam Dato'

ni la yang org serampang 2 mata...
sedas tika kena dua...
bila isu ni timbul...karier politi kredibiliti anwar kemungkinan terjejas...dan secara tidak langsung...isu amoi monggolia akan dilupakan...memang pandai org yang "timbulkan" isu ni...tapi awas...
dalam politik...kalau silap percaturan...boleh makan diri...

-scofield84-

Anonymous said...

Datuk,

Nak kata Konspirasi dari pihak musuh anwar agar sukar diterima ketika ini.

Biasanya, kalau ada skandal dan sebagainya di malaya ni, kita akan mendengar khabar angin dulu, surat layang, video, sms etc.

Yang ada sekarang ini adalah sekeping lapuran polis oleh seorang budak 23 thn. At this stage, this is something too feeble to be part of a political conspiracy. there's nothing else, as expected, to supplement this if this is a conspiracy.

Sekiranya ini dirancang, pihak yang merancang sudah tentu mengeluarkan berbagai fakta, cerita, dalil, lapuran polis yang lain, pelakon-pelakon, untuk menyokong lapuran polis tersebut.

BN/UMNO sedang mengalami krisis dalaman paling runcing dan berhadapan dengan berbagai masalah negara/rakyat, disamping untuk mengekalkan kuasa. Ini bukan fokus UMNO.

Risiko BN untuk mempermainkan (orchestrate) isu seperti ini akan merugikan BN dengan risiko public outrage. BN tidak mampu lagi berbuat demikian dengan ketiadaan sokongan dalaman yang kuat untuk menanggung risiko seperti krisis '98

Dan tindakan Anwar berlindung atas sebab ancaman bunuh amat mencurigakan dari segi timing.

Sekiranya ada pihak yang hendak mengancam Anwar, ini sudah tentu akan memberi kemenangan kepada pembangkang jika ianya berlaku.

Rakyat akan memberontak, kerajaan dikecam dan akan dijatuhkan, (seperti di filipina) dan Wan Azizah jadi perdana menteri.

MM

clean said...

Datuk...todays statement by DPM:

"Najib said a picture of Anwar's former aide with his (Najib's) official Khairil Annas Jusoh at the deputy prime minister's office, which was featured in numerous blogs, was taken three months ago when the aide went to his office to seek a government scholarship."


wah...baru saya tahu yang selain dari mohon biasiswa dengan JPA, MARA, PTPN, NST ada jugak 'cara' lain untuk apply goverment scholarship..

Awey Kelate said...

Datuk;
As a Muslim, it is sinful and punishable according to Islamic law to accuse others involving in adulteries or sodomies without adequate credible witnesses. The accuser can be canned 80 times. This punishment shows how Islam cares about dignity of other fellow Muslims.
Nowadays, most of our politicians have gone astray. If they follow all the Islamic teachings, this kind of allegations wont arise and we as people of Malaysia would be harmonious.
The main motives - money, power. Power to rob more of people's money, so that these politicians' generations wont be worried of poverty.
Most of current top political leaders were born in rich families - born as sons of previous prime ministers, ministers, chief ministers etc. These are the leaders who just bother about their pockets. They dont know the meaning of difficulties faced by poor and ordinary people.
Most of them dont realize that they are responsible to answer all these before The Almighty Judge - Allah SWT.
Leaders - come back to real Islamic values then your visions to achieve excellence for the nation can be realized. Dont jeopardize the fate of future generations.
Thank you

Roti Planta said...

Dato,

Dalam kita samada pihak kerajaan, pembangkang atau rakyat diatas pagar dok berbincang pasal Anwar,...tot, tot, tot esok Current naik, tak ada siapa nak ulas...... Ini konspirasi juga ke?

Zainal Ariffin Ashari said...

Datuk,

Betul ke 'lightning doesn't strike twice at the same place' dan sex adalah 'one of the strongest motivating factors' kepada seseorang?

White ribbon for a month anyone?

Salam

pokpet said...

POKPET cuma nak kongsi komen yang ditinggalkan di blog POKPET. Sama-samalah kita fikirkan:

We live in an era where conspiracy theory thrives. So this is my take: this could also be Anwar's strategy to create a sense of deep and terrible crisis in the country. yes, he is not a sodomite and I don't believe he is either and he knew that people do not believe it either. So create one so he could play victim.

He is caught in the middle. he does not actually have the 'numbers' to form the government and no way he could face the public and have an honest and serious debate with Shabery Cheek on the fuel price. so rather than having to face questions from the public when the time comes to deliver on his promise which would surely undermine his credibility, create a crisis now and make himself the victim: that he is no longer safe and he needs the safe sanctuary of a foreign embassy.

Give me a break! As Bill Clinton once angrily said about Obama's campaign: this is the biggest fairy tale I have ever heard. Badawi, despite his weakness, is not Mugabe. In fact, we are witnessing unprecedented level of freedom and openness in the country. This is probably just Anwar's way to maintain public distrust towards the government. Try to paint Malaysia as another Zimbabwe where politicians get assasination threat and hoorah - all the public and international attention will be on him.

I believe no member of the government would want to repeat 1998. In fact, i don't think anybody in the current government believe that he was a sodomite when he had to face the allegation in 1998. 1998 was someone else's doing.

The government knows that this kind of allegation will not stand in the court of public opinion. They know that the public will hate them more if they do this. Yes, Anwar is a political threat to them, but not threatening enough for them to lose power on 16 September. At the time when the public is beginning to question the capability and on the promise of the PR in the 5 state governments, this kind of crisis is the last thing a BN government would want.

Anwar has endured worse treatment in 1998 and he can afford to create such sense of treatment - something which the public will find it impossible to believe - today. It is partly the sense of bad treatment that earns him public admiration and pity. So I won't rule out the possibility that this is Anwar's own doing.

Don't be naive and take everything at face value. What Anwar needs is continuous attention. You have seen how he plays it well. Withholding evidence, tapes, pictures just so that he could release at the right time so that this country is in perpetual crisis. Anwar is a master politician who knows how to play his card well!

http://pokpet.blogspot.com

IskandarW said...

Assalamualaikum Dato'

1. Persoalannya, mengapakah DSAI perlu melarikan diri ke kedutaan Turki jika dia tidak bersalah? Tidak ada logik langsung mengenai tuduhan percubaan membahayakan nyawanya...??

2) Biarlah mahkamah yang menentukan samada DSAI bersalah atau tidak. Selain keterangan saksi, bukti DNA tidak boleh dipalsukan...saya tidak fikir semua orang...UMNO, Polis, Mangsa, Pendakwaraya, Hakim, Pakar DNA/Forensik semuanya berkomplot untuk jatuhkan DSAI...

3) Teringat pesanan bahawa kita boleh taksub terhadap apa yang diperjuangkan oleh pemimpin tapi tidak boleh taksub terhadap pemimpin!

4) Sungguh seronok senario politik negara kita sekarang...krisis harga minyak, kes Altantuya dan sekarang yang terbaru ini..Malaysia boleh!!

siamangagap said...

ANWAR THE GREAT BOLLYWOOD ACTOR!

One interesting outcome from this latest 'bontot' event is the cleverness of Anwar in diverting the criminal case against him. Anwar is known for his dramatisation of events, if he wants something or trying to get out of the mud.

Remember the Baling case during his student days? Or the last trial - remember his arsenic poisoning? Remember his complaint about his back pain? Remember his dog collar always stuck on his neck when he went to courts? Remember he moved about on wheel chair? Now no back pain or neck pain. So fast got cured!

Now the truth has come out, he went to the Turkish Embassy uninvited said the Turkish Ambassador. He just deposited himself there to get international attention. He got many friends outside Malaysia, who will believe him and will raise their concerns. That's what Anwar wants.

By the way, who wants to kill him? if that is the case, he has been assassinated a long time ago! Even before the opposition could win many state governments in the last elections.

Anwar is best described as the great Hindustani or Bollywood actor. Pity his wife Azizah, she has to defend Anwar because he is her husband although she knows Anwar inside out.

ai said...

Filem SEPIt terbaru akan muncul dipawagam anda dengan barisan pelakon vateran:

1. mat petai
2. mus tilam
3. mok dugong
4. hack kanggaroo
5. lim kong bunchit

tiket percuma dibatalkan

pemuda pelapis said...

Pada pandangan saya, jika betul DS Anwar mahu dibunuh dah lama pun beliau duduk 6 kaki bawah tanah. Bukanlah sekarang masanya pun. Banyak lagi waktu-waktu lain di mana beliau sedang leka ke hulu dan ke hilir. Apakah bodoh sangat pembunuh upahan memberitahu kepada orang yang hendak dibunuhnya? Anwar! Aku nak bunuh kau. Aku dah "hire" pembunuh upahan. Siaplah kau! Baik kau cari tempat perlindungan! Begitu ke bunyinya? Oh ye ke? Sebab itulah agaknya dia menyorok di Kedutaan Turki?

Ini lawak jenaka atau apa? Apa sebenarnya yang cuba didalangi lagi oleh DS Anwar, ahli-ahli keluarganya dan konco-konconya? Rasanya dah tak ada suara garau lagi dah saya nak ketawa terbahak-bahak. Cukup-cukuplah buat lawak bodoh! Semua orang dah bosan... Carilah publisiti secara lebih profesional sikit. Biarlah nampak diri tu lebih mahal. Ini betul-betul "cokiau" punya gaya pemimpin tapi bercita-cita tinggi nak jadi PM. Hentikanlah!

Anonymous said...

Meneliti hujah pokpet - saya rasa adalah bodoh jika DSAI merancang sendiri sebagaimana yang dikatakan oleh pokpet sebab dalam keadaan sekarang kedudukan DSAI dan PR tidak goyah walaupun jika faktor 16september 2008 tidak menjadi.

Yang kelihatan panic dan goyah adah BN atau khususnya UMNO(baru). Segala-galanya nampaknya dibuat dengan terburu-buru misalnya perbentangan bajet 2009 akan dibuat dalam bulan ogos 2008 bukan oktober seperti kebiasaannya.

Then timbul akuan bersumpah RPK. Then kenyataan najib yang beliau masih belum membuat keputusan untuk mencabar paklah dalam bulan disember 2008 akan datang.

Then kita ade kenyataan presiden dan timbalan presiden MCA tidak akan bertanding mempertahankan jawatan dan mungkin diganti oleh tokoh-tokoh yang muda. Tokoh yang dibayangkan mungkin menganti OKT iah Ong Tee keat - dia mempunyai reputasi yang baik dikalangan masyarakat cina. Tindakan OKT dan CKC sedikit sebanyak memberi signal kepada UMNO bahawa akan ade shift dalam hubungan MCA dan UMNO dalam BN.

Then we have unresolved problems dengan ahli-ahli parlimen sabah yang masih belum selesai. Ura-ura MP sabah untuk membentuk blok diluar BN masih lagi kedengaran.

16 September 2008 makin hampir. Jadi panic dan bercelaru serta desperation lebih munasabah berada dipihak UMNO(Baru) berbanding dengan DSAI dan PKR.

Katakan DSAI gagal menrealisasikan janjinya pada 16 september 2008, l dont think rakyat akan penalise beliau berbanding dengan kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN hari ini.

Another senario is it is a power struggle between 2 camps in UMNO to out menouvre one another menjelang pemilihan UMNO(baru) bulan disember ini.

Evidence yang ada hingga hari ini seolah-olahnya datang dari kem najib. Who knows it is actually the work of the other camp to make as it its all the work of najib's camp.

Sama-samalah kita lihat kerana every day passes, a new lead will emerge.

bat8

Allah, Bantulah kami & negara kami... said...

Awey kelate, Budak 23 tahun tu accuse apa nya? Kalau dia kata anwar liwat kawan dia baru betul. Dalam hal ini budak 23 tahun tu is a victim. Dia kata DIA diliwat. Kalau anak ko tetiba mengadu ada lelaki lain liwat dia, apa ko nak buat? Ko nak sebat anak ko 100 kali ke?
Tu la pasal at this stage let the police do their investigations. Let us not jump into any conclusion. Do note make any accusation.

On other note, I wonder why anwar did not lodge a police report when he 1st recived the death treat? Or 2-3 days after that? Why after few weeks??? If there's really a threat, he could have died by now! Again, i hope the police could make an intensive investigation on this.

As a muslim, as much as i pity saiful, i hope that his allegation is not true. It is such a disgrace to islam. And yess... I do have a BIG problem having a gay man as my PM.

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Datuk,

1. Saya risau melihat keadaan kecamuk ini akan menghasilkan keburukan paling hebat kepada bangsa dan negara.

2. Akhirnya generasi akan datang pasti menanggung kesannya.

3. Ketika itu, apa sahaja ratapan tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan.

4. Siapa benar siapa salah tidak lagi memberi makna ketika itu.

5. Yang pasti, akibah ini akan ditanggung selamanya.

Sekadar keluhan peribadi.

Anonymous said...

I agree with Eddy who said that there are not many who read the three judges verdict. All the judges agreed that there is no reasonable doubt that the evidence show the sodomy did occur. So what can I say, many people are too lazy to do their own research.

Ian, Shah Alam

Piggy Singh said...

Salam Dato',
Anwar learnt that from 1998 incidence he gained certain political momentum, so why not try it again?

A KADIR JASIN said...

Sdr Siamangagap and commentators,

Pleas bear in mind there's yet to be a criminal case against Anwar. There was on a police report against him.

Thank you.

Warc said...

So difficult to separate the truth from the sea of fiction. But it would kinda be stupid for any political strategist worth his grain to think of reusing the same ol almost a complete failure trick again. And the high profile Embassy checking in and out really brought the world's attention on us again, and yet again not for a good reason. exactly what we need to destabilize us even more. who has a vested interest in that happening?

Wajasetia said...

Salam Datuk KJ,
Akhirnya, apa yang kita tunggu sejak krisis kenaikan harga minyak baru-baru ini, telah tiba. Kerajaan telah mengotakan janjinya untuk membantu rakyat menangani masalah ini. "Still didn't get it?"
Tuduhan terbaru terhadap DSAI. Ya. Itulah jalan penyelesaian yang diberikan oleh kerajaan. Tuduhan ini akan membuat kita lupa masalah harga minyak. Selepas ini akhbar-akhbar utama akan menjadikan berita ini sebagai tajuk utama selama beberapa minggu. Tumpuan akan diberikan terhadap kehebatan plot dan subplot telenovela terbaru ini. Akhirnya, masalah harga minyak tidak akan menjadi masalah lagi kerana kita akan terbiasa dengan lebihan wang yang akan kita belanjakan untuk minyak dan lain-lain bahan keperluan. Nah! itulah jalan penyelesaiannya. Berbanggalah kerana kerajaan telah menunjukkan jalan untuk keluar dari masalah ini. Dan tuan-tuan yang telah mengundi mereka dalam PRU12 yang lalu juga harus tumpang berbangga di atas kebijaksanaan mereka ini.

ZURICH AL Qaaf said...

tok...

"kita merancang.. Allah yang menentukan.."

kesian kat anwar .. tok..
selalu jadi masa fitnahkan..
ehh ehhh zalam nya munusiakan tok..

Kak Wan Azizah lebih tahu tingkah lagu suami nya..

ALLAH MAHA MENGETAHUI..

BudakJB said...

Flashback 1998.

Saya rasalah Anwar tidak terus di tangkap selepas laporan polis dibuat pada tahun 1998! Anwar ditangkap selepas beliau berpusing satu Malaysia, untuk mengatakan bahawa ianya satu konspirasi Dr. M untuk menjatuhkannya. Anwar ditangkap selepas satu perhimpunan haram besar-besaran di Kuala Lumpur, yang melumpuhkan ekonomi KL pada masa itu, dan meyusahkan jutaan penduduk KL, serta menimbulkan rasa resah rakyat Malaysia keseluruhannya.

Anwar ditangkap selepas dia menyusahkan rakyat dan negara!

pengembara kerdil said...

Salam Datuk,

Terima kasih kerana reply komen saya...dan, saya minta maaf jika komen saya agak kasar dari pandangan datuk..

erm...kawan saya kata, dia check currency exchange di bank...kita kena belanja RM5.21 untuk membeli 1Euro...Makin jatuh duit kita...

Nevertheless, just hoping that everything will be back to normal soon...Am hoping that Malaysia will be a peaceful country, just like it used to be...

mardhiah said...

Yg bhg Datuk, ini cuma perasaan saya aje. Manalah tau Anwar ini ada penyakit macam Nirmala Bonat, mencederakan diri sendiri untuk meraih simpati?

Abdrahim said...

Datuk,

Masa saya kecil-kecil dulu, bila ada tetamu jauh datang ke rumah, kami akan sembelih ayam. Itulah masanya yang kami boleh makan ayam selain pada hari raya.

Kalau tidak, ayam itu akan dijual masa musim-musim hujan untuk beli beras dan ikan tamban kering.

Emak atau ayah akan suruh saya tangkap ayam yang berkeliaran di bawah rumah.

Walaupun ayam-ayam itu nampak jinak, tetapi bukan senang hendak menangkapnya. Kadang-kadang berdarah kepala lutut dibuatnya.

Mohd Saiful Bukhari Azlan ini bukanlah ayam tetapi seorang anak muda berusia 23 tahun, punya susuk tubuh yang gagah. Selain bekas pelajar universiti, beliau juga merupakan bekas pimpinan mahasiswa.

Kalau dilihat dari fizikal dan keupayaan mentalnya, rasanya tidak semudah saya menangkap ayam-ayam tadi, apatah lagi untuk "melondehkan" seluarnya.

Tidak tahulah kalau Mohd Saiful ini terlalu banyak makan ayam daging, kerana kata orang, kalau terlalu banyak makan ayam daging boleh mengubah "naluri keinginan" seseorang lelaki itu.

Bagaimanapun kita tunggulah hasil siasatannya nanti. Semoga badan-badan yang terlibat dalam siasatan ini, dapat bebas dari orang yang berkepentingan.

siti said...

assalamualaikum,
Lama saya tak hantar comment, cuma baca sahaja, sebab para pembahas banyak yang hebat-hebat ideanya, tak setara nak berhujah.
Dalam kemelut DSAI, mengapa tidak digunakan pendekatan mudah untuk membersihkan nama yang tercalar. Pendekkan cerita. Lakukan sumpah secara Islam. Kalau tak berani, jangan angkat diri sebagai pemimpin. Duduk rumah diam-diam . Tiada siapa nak kacau.
wassalam

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Salam Dato' dan sahabat2 sat gi komen.

Cuma nak bagi mesej kepada budakjb tu agar dia menilai dengan padangan praktikal dan terkini, tidak ikut teori "kebenaran" di bumi Malaysia yang telah lama ditelan zaman.

Nilai kebenaran dan autoriti di Malaysia dah lama berubah. Ya jadi tidak, tidak jadi Ya. Benar jadi salah, salah jadi benar. JIKA TIDAK KERANA PERUBAHAN INI TAK KANLAH DUIT PERWAJA HILANG BERJUTA, SAPA PUN TAK SALAH. AKHIRNYA NEGARA MALAYSIA SALAH MENGHILANGKANNYA TANPA SAKSI DAN PEGUAM DAN HAKIM BISTARI UNTUK MENGHUKLUM PENJENAYAH.

Adik, jangan terlalu naif berfikir dalam dunia penuh auta dan putar alam. Yang betul bendul macam kita ni lah yang jadi mangsa...!

TQ Dato', bukan untuk adikjb saja malah untuk semua tetamu Scribe dato' agar kita berfikiran terbuka dan kritis.

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

Anonymous said...

Abdrahim said...

Kalau dilihat dari fizikal dan keupayaan mentalnya, rasanya tidak semudah saya menangkap ayam-ayam tadi, apatah lagi untuk "melondehkan" seluarnya.


-----------------------------------

Ramai yang kurang yakin, bagaimana si muda boleh menyerah kepada si tua. Untuk makluman, di peringkat awal, si muda tergoda dengan longgokaan harta di depannya, ia lemah dan menyerah bukan pada si gayut tua tetapi kepada harta benda, lalu merelakan.

Selepas kejadian, beliau di datangai sekumpulan dajal lalu menawarkan harta yang lebih membukit, beliau sekali lagi tertamak lalu merelakan diri membuat laporan polis.

Bagi beliau, inilah cara yang paling cepat di dunia mengumpul harta, lebih cepat dari skim cepat kaya.

Dalam laporan polis tentulah ditulis 'terpaksa' 'dipaksa' 'tidak rela' sebagai pembelaan diri. Seperti kalau kita langgar kereta orang lain, takkan kita nak mengaku sengaja melanggar atau atas kecuaian kita, tentulah kita repot, kereta itu berhenti mengejut menyebabkan kita tersondol.

agak agaknyalah - kluangman

anakbuah said...

Dato' dan Sdr Pengembara Kerdil,

"Sdr Pengembara Kerdil, saya faham dan simpati dengan sentimen Saudara.

Hari ini, dengan berat hati, ketika minum pagi, saya memberi izin secara rasmi kepada anak-anak saya berhijrah untuk menyambung pelajaran dan bekerja. Seorang daripada anak saya sudah pun menetap di luar negara.

Malangnya bukan semua ibu bapa boleh mengatakan begitu. Bukan semua orang muda Malaysia, khasnya Melayu, yang mampu berhijrah untuk bekerja di luar negara."


# W/pun saya geram tidak dapat mengundi baru2 ini, saya agak beruntung kerana sudah berada hampir setahun menyekolahkan anak2 saya di luar negara. Betul, tidak semua orang berpeluang "melarikan" diri dan keluarga, berhijrah seperti saya dan lain2 - banyak yg perlu kita fikir dan pertimbangkan. Ini pun org tua saya sedih kerana menyangka kami tidak akan pulang selama2nya. Seperti yg pernah saya tulis dahulu, saya bertindak bermastautin di luar negara kerana pertamanya, kecewa dgn sistem pendidikan kebangsaan. Keduanya kerana ingin berhijrah sementara masih bertenaga dan masih berpeluang dgn harapan dapat pulang dgn membawa sesuatu yg baik utk keluarga dan masyarakat nanti.

# Saya juga banyak menerima email drpd rakan2 yg bertanyakan bagaimana hidup di perantauan dan baru2 ini seorang rakan saya mengatakan dia sudah nekat utk berhijrah ke sini kerana terlalu kecewa dgn situasi di M'sia sekarang. Dia nekat utk meninggalkan "hujan batu" di negeri sendiri di kala ini - terlalu menyakitkan. Tak tahulah bagaimana dgn "hujan emas" di negeri orang nanti, lebih kurang begitu katanya.

Anakbuah

p.s.: Saya rasa persoalan Sdr din sudah terjawap hari ini di Utusan dibawah tajuk Ezam: Jangan termakan cerita konspirasi Anwar. Kita nilailah sendiri.

Anonymous said...

apa yang anwar nak takut sangat datuk.bersumpah saja la..

wallahi wabillahi watallahi...saya anwar bin ibrahim dengan ini bersumpah bahawasanya saya tidak pernah melakukan perbuatan liwat ke atas sesiapapun di dunia ini.jika saya berbohong moga Allah melaknat diri saya

tapi setelah 10 tahun anwar masih lagi enggan (takut?) nak bersumpah seperti cara di atas.tak ke pelik namanya tu? berani kerana benar,takut kerana salah

hentikan lah teori konspirasi yang tak masuk akal tu.kalau betul mahathir,najib,pak lah merancang untuk menganiaya anwar pasti tak akan berjaya.hebat mana la sangat perancangan mereka bertiga (jika benar) jika nak dibandingkan dengan perancangan Allah

kenapa anwar tak jadi PM 1998? kerana Allah.kenapa anwar bebas dari penjara? kewrana Allah jugak.semua yang berlaku kerana kehendak Dia

kalau dah ditakdirkan Allah anwar jadi PM malaysia...dia tetap akan jadi.kalau dah memang bukan rezeki dia,usaha macam mana pun anwar tetap tak akan berjaya jadi PM

zakri

Anonymous said...

Kabare Datuk...

Saya selalu menonton filem-filem Tamil dari Madras dan sewaktu dengannya terutamanya yg berbau politik dan kemanusiaan. Maklumlah dari kocik made in estet...

Apa yg boleh saya simpulkan, politik diMalaysia sebijik; diulangi sebijik macam apa yang saya tonton dari segi jalan cerita, plot, saspen, tragis...

Cuma endingnya yg tak sama...

Kalaula saya ada 'Tikag Terbang', 'Bangsi Ajaib' dan 'Teropong Hikmat' kepunyaan Do Re Mi... mau saya lempag org-org politik ni semua kat hutan Amazon... ataupun saya sendiri pi sana.

Kawan dengan Anconda lagi baguih.

Etong adik Ekeng,
Paiya Mat Insun,
PENDANG.

Anonymous said...

Wow, 2008 seems to be an explosive year for political sensationalism, yes?

Well, we Malaysians are NOT amused!

My call to all our politicians, government and opposition, STOP all this NONSENSICAL CIRCUS and get on with your entrusted job! You're not using our money to clown around with our lives...

Obi Wan Kentucky

tonot said...

Salam untuk Dato dan blogger semua.
Ni pertama kali sy menulis dalam blog..timbul dan terfikir beberapa teori sendiri..
1.Mengutip kata dari Tok Guru Nik Aziz,liwat bukan di buat tepi jalan,semua orang boleh nampak.so belum tentu Anwar buat dan belum tentu Anwar Tak buat..
2.Teori konspirasi ni boleh jadi di fabricate sendiri oleh Anwar ATAU juga dari pihak sebelah lagi..
Untuk apa..entahlah..Tapi kemungkinan menjurus kedua dua arah itu memang ada.
3.Jadinya,ada kemungkinan kita menuduh orang yang tak bersalah dan membela orang yang memang bersalah atau sebalik nya.
4.Yang makin tak sedapnya,kita mula mengelarkan orang yang kita anggap musuh kepada kesusahan kita dengan gelaran yang mengaibkan.Masalahnya,teori yang kita pakai tu betul ker sebab teori yang kita pegang pun kebanyakan dari sumber sumber "hear-say".
5.Adakah kesusahan kita hari ini disebabkan oleh mereka atau mungkin dari tangan tangan kita sendiri tanpa kita sedari?
6.Cuma yang nyata dan jelas,kerajaan sekarang memang kerajaan cantas mencantas.yang putus dulu kita ler.
7.Kenapa Anwar tak ke Kedutaan US sedangkan US lebih kuat dan bersimpati dengan Anwar dari Turki.KERANA....US tak masuk EURO 2008,Turki masuk..ada live lagi..hehehe.
Harap blogger semua jangan ler kutuk kutuk aku kerana aku pun tulis ni dari sumber sumber hear say,sama macam blogger semua,tulis ikut nafsu sendiri,so tak guna kita argue..

ISKANDAR said...

Assalamualaikum,

Apa susahnya dengan keadaan sekarang saya rasa paling senang sebagai rakyat MALAYSIA yang berAGAMA ISLAM,Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dengan beraninya tampilkan diri depan Televisyen secara langsung bersama semua Pemimpin Islam PKR dan PAS memegang Kitab Suci Al Quran dan bersumpah dengan nama ALLAH yang ESA bahawa Datuk Seri tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu dan semua ini adalah kerana niat jahat orang yang menuduhnya.

Jika datuk Seri berani berbuat sedemikian maka seluruh rakyat akan berada di belakang Datuk Seri.

KAlau tak berani maknanya ehem ehem faham-faham je la

wassalam

langit biru said...

Jikalau semua orang mengambil Islam sebagai Ad-Din dan satu cara hidup, nescaya perkara seperti ini tidak berlaku.

Islam itu sempurna dan lengkap termasuklah dalam bidang politik sebagaimana firman Allah s.w.t
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu". (Al-Maidah ayat 3)

Apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan pemikiran politik (UMNO dan ADIL)berasaskan kekuatan akal semata-mata tidak berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis. Dan yang lebih membimbangkan adalah jikalau sesetengah menurut ideologi pemikiran Machievelli "matlamat menghalalkan cara" yang begitu sinonim dengan Teori Konspirasi. Jikalau orang beriman masuk Islam secara total dan menyeluruh, semua akan selamat.

2:208 Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah ayat 208)

Apa yang saya nampak, kemelut politik hari ini adalah pertembungan politik Anwar Vs Najib, tidak lebih dari itu!

Yang terbaik, buang kedua-duanya sekali!

langit biru

Haji Mustapha Ong said...

Salam buat Datuk AKJ,

Sudah lama agak kita tak bertemu. Insya-Allah doa' semoga saudara Datuk dan seisi keluarga sihat berlaka.

Raykat dan negara, khusus nya orang-orang bukan Melayu telah bosan dengan wayang kulit mahupun drama yang disebarkan oleh kepimpinan politikus orang-orang Melayu, sama-ada di dalam UMNO mahupun di pihak Pakatan Rakyat.

Isu yang paling panas pada masakini ialah tertempu kepada "kes tuduhan liwat Penasihat PKR Anwar Ibrahim". Bosan nampaknya!

Kita di Malaysia ini telah ketinggalan zaman, semata-mata negara ini berlandasan kepada kepercayaan agama Islam. Negara-negara yang maju dan bertamaddun, tidak kesah sangatlah "main belakang ini atau lebih ditafsirkan sebagai "liwat" atau persetubuhan di antara lelaki sesama lelaki,mahupun "bisexual atau perhubungan gay".

Sebagai seorang beragama Islam, perbuatan ini memanglah haram dari segi fitrah Islam. Sebalik pengharaman ini, negara juga mempunyai undang-undang yang lain,dimana kebanyak kes-kes demikian tidak dapat hukuman yang setimpal mengikut undang-undang yang sedia ada.Pendik-kata, manalah kita nak heret empat(4) orang saksi. Jika kita buat rakaman filem lucah, lainlah ceritanya.

Sebagai andaian sahaja, biarlah Tuhan Mahakuasa (Allah swt)sahaja yang menyaksikan perbuatan yang kutuk ini di antara Anwar Ibrahim dan Saiful.Soalnya bukan sama-ada perbuatan "liwat" benar-benar berlaku atau sebalik nya.Tetapi saya rasa amat hairan dan terkilan apabila mengimbaskan kembali "chronnicle" kelakuan dan tindakan yang diambil oleh Anwar, Saiful dan juga kepimpinan PKR dalam menangani isu yang dibangkitkan secara terkejut kapada seluruh rakyat Malaysia.

Tindakan termasuk sidang media yang diaturkan oleh PKR begitu cepat dan teratur, seperti berpandu kepada "Script drama", dengan bukti gambar-gambar yang menunjukkan Saiful dengan beberapa Menteri (Azalina, Tok Pa dan Shahrir Samad) dan yang paling sensasi sekali ialah dengan seorang pegawai khas pejabat TPM.

Anwar telah membidas pihak Kerajaan piminan Pak Lah,bahawa ada satu konspirasi Kerajaan/UMNO untuk menyekat cita-cita Anwar untuk menumbangkan Kerajaan BN pada bulan September akan datang.Pak Lah, Najib dan Muhyiddin kata "peristiwa ini tidak boleh dikaitkan dengan politik".

Namum demikian, saya amat tertarik kepada komen Sharir Samad yang telah menyatakan ada kemungkinan Anwar sendiri yang merekakan episod "kes liwat" yang dilakukan oleh Anwar dan pembantunya sendiri.Saya yakin bahawa Anwar sendiri telah menimbulkan konspirasi untuk tujuan politik seperti berikut:

i) menyabo (sabotage) proses pengalihan kuasa kepimpinan UMNO yang akan berlaku pada Disember ini;
ii) menyekat peluang Najib untuk mengambilalih kepimpinan UMNO selepas pengunduran Pak Lah;
iii)Melemahkan semangat muafakat komponen parti-parti Barisan Nasional, yang semakin merosot;
iv) menyabo (sabotage) situasi politik dan ekonomi negara;
v) mera'ikan sokongan rakyat angkatan muda selepas peristiwa pemecatan beliau pada September 1998, iaitu sepuluh tahun dahulu;
vi) mera'ikan sokongan terus daripada Amerika Syarikat, agar beliau dapat simpati politik dan dana berbilion-bilion USDollar untuk pergerakan kepimpinan politik beliau dan PKR.

Oleh yang demikian, pada pendapat dan analisa saya, Kerajaan perlu tegas dan janganlah terperangkap dengan drama sensasi Anwar Ibrahim, yang hanya melemahkan UMNO, BN dan menjejaskan kesetabilan politik dan ekonomi negara.

Saya juga setuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir yang menyatakan kes liwat ini hanya dapat diselesaikan olih Kerajaan dan bukan pihak polis mahupun melalui keadilan. Pendik-kata, Kerajaan boleh "menutup kes" tanpa sebarang perbicaraan,dengan alasan tiada bukti yang kukuh.Biarlah Anwar melenteng-lenteng dan sekaligus, beliau tidak dapat membawa isu ini dengan "roadshow" yang diaturkan sekarang untuk mendapat simpati dan sokongan rakyat.

Anwar juga telah menyatakan bahawa "nyawa beliau terancam dan ada kemungkinan akan dibunuh (political assassination). Beliau telah meminta perlindungan keselamatan daripada Kerajaan. Apa susah nya, jika PM atau melalui Jemaah Menteri membuat keputusan untuk meluluskan perlindungan keselamatan peribadi 24jam untuk Anwar,termasuk memperuntukkan pegawai keselamatan UTK. Biarlah Anwar merasai keseronokan menjadi "PM in waiting", samalah status dengan PM atau TPM.

Dengan demikian, Kerajaan dapat memantau pergerakan Anwar, dalam waktu 24jam, siang/malam, semasa di dalam negeri atau di luar negara. Apa tunggu lagi, Pak Lah, Najib dan Syed Hamid....ambillah peluang keemasan in kerana pisang tidak akan berbual dua kali.Jangan biarkan Anwar membelotkan bangsa dan negara yang tercinta ini.

Mohd Radzian said...

Datuk,

1. Politik Malaysia memang sudah jadi haru biru.

2. Anwar Ibrahim menerusi laporan Malaysiakini tidak menyangkal bahawa beliau pernah pergi ke kondo luxury tersebut.

3. Membuktikan, salah satu daripada butir laporan yang dibuat oleh Saiful tepat kena pada sasaran iaitu butir "tempat".

4. Oleh kerana itu sudah menjadi kewajiban untuk Anwar menyatakan sebab-sebab mengapa beliau ke kondo luxury tersebut, supaya "degree of doubt" umum berkenaan kaitan antara Anwar dan kondo dapat diperjelaskan.

5. Persepsi umum setelah butir Malaysiakini tersebut diwartakan sekiranya Anwar tidak memperjelaskannya sebaik-baiknya adalah wujud satu kepercayaan mengenai kebenaran tuduhan liwat tersebut.

6. Antara soalan lain yang perlu di jawab- (a) Siapakah tuan landlord kondo tersebut dan (b) Kondo tersebut digunakan untuk tujuan apa.

Zulkufli said...

Datuk,
Saya bersetuju dengan tulisan Datuk tentang kes sodomi. Walaubagaimana pun saya merasa terkilan apabila saya sudah banyak kali terjumpa dan terbaca 'doa PAS' yang disebarkan kesemua ahli PAS seluruh Malaysia semenjak pilihanraya 2004 untuk diamal selepas sembahyang dan di setiap masjid. Akhirnya saya terus menulis artikel "Maka terkabulah doa PAS" seperti dalam blog saya.

Mungkin ini adalah kenyataan atau juga merupakan atau 'coincidence'semata-mata. Dari perspektif saya, sebagai umat Islam, UMNO harus cepat lihat apa terkandung dalam Doa PAS serta jangan memandang remeh perkara tersebut.

Zulkufli
http://zulkufli.blogspot.com

Haji Mustapha Ong said...

Salam buat Datuk AKJ,

Permainan politik negara pada hari ini yang telah berlandasan kepada sifat gila kuasa melalui korupsi sumber kewangan sehingga berbilion-bilion wang hasil rakyat dan negara semata-mata untuk merebut kuasa pentadbiran negara amatlah merbahaya.

Kritikan saya ini tidak hanya bertempu kepada pihak Anwar Ibrahim mahupun kepada parti-parti yang berkuasa pentadbiran baru di bawah beberapa Kerajaan negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga termasuk kepimpinan kerajaan pusat di bawah naungan komponen parti Barisan Nasional.

Berikutan dengan perkembangan isu politik terbaru yang begitu sensasi dan panas mengikut sumber-sumber berita percetakan media dan letronik dalam dan luar negeri, termasuk kes tuduhan "liwat Anwar Ibrahim dan kes perbicaraan kehakiman atas pembunuhan Altantuya" telah menggugut kesetabilan keselamatan negara dan perpecahan perpaduan rakyat amatlah membimbangkan.

Sokongan politik yang begitu kukuh di antara komponen parti-parti Barisan Nasional semasa kepimpinan negara di bawah bekas perdana menteri Tun Mahthir Mohamed, semakin hari semakin terancam dan besar kemungkinan BN akan berkubur akibat daripada perpecahan perebutan kuasa dalam parti utama UMNO, MCA, Gerakan dan MIC.

Komponen parti-parti yang lain pula yang bersayap di Sabah dan Sarawak terus membuat tuntutan daripada kerajaan pusat, semoga diberikan pertambahan kuasa pentadbiran dan peruntukan kuasa politik, pembangunan ekonomi dan peruntukan kewangan mencecah sehingga beberapa bilion ringgit Malaysia.

Berasaskan kepada faktur-faktur yang tersebut, rakyat amat bimbang dan cemas sekiranya kepimpinan kerajaan Barisan Nasional pada hari ini akan ditumbangkan dengan adanya tekanan politik, ekonomi dan sosial di kalangan parti-parti kompenan Barisan Nasional sendiri dan juga masalah peribadi ahlak Anwar Ibrahim dan parti Pakatan Rakyat.

Tambahan pula Anwar telah bersubahat dengan kuasa asing, ia-itu percampuran tangan khusus nya dari pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat.Tindakan pihak kerajaan kuasa besar ini boleh dianggapkan sebagai ancaman kepada kedaulatan (sovereignty) negara Malaysia.

Berikutan dengan kenaikan harga-harga bahan api, khusus nya minyak petrol, disel dan gas, barangan keperluan makanan, pengangkutan dan barang-barang pembinaan telah menjejaskan keupayaan hidup rakyat terutama tekanan kepada gulungan miskin yang berpendapatan menengah dan rendah, iaitu rakyat yang memakan gaji seperti "kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang".

Pada hari jumaat yang mulia ini, marilah kita semua mengingatkan kebesaran Tuhan dengan mengadakan "solat hajat" secara besar-besaran khusus nya rakyat yang beragama Islam dan juga pada pengganut-pengganut agama yang lain.Kita doa'lah kepada Allah swt semoga keadaan kesulitan dan krisis negara yang berpunca daripada kelemahan kepimpinan negara tidak akan berterusan sehingga keselamatan Malaysia terancam dan rakyat terus menderita, ameen.

Anonymous said...

tuan haji mustapha

Bagaimana dengan teori bahawa pihak ketiga terlibat- bertujuan pertamanya untuk menyekat NTR dari mencabar AAB disember ini. Kedua untuk menyekat inroad DSAI aka 16 september 2008.

Fear kepada tarikh 16 september 2008 adalah real. Kalau tidak masakan budget 2009 dibawa kedepan pada 29 ogos 2008. Kebiasaannya dibentang dalam bulan oktober.


bat8

Mohd Affendi said...

sdr Jed Yoong,

I hope u really ponder the story about the destruction of the city of Sodom (Sadum) as spelt out in Al-Quran and even Bible... even the location are real (called the Dead Sea)

For a mortal like you, homosexual may not be a problem at all....

The problem is that, will God spare us from His wrath?

Will Malaysia eventually become another "dead sea" with this remaining of Sodomites plundering conspiracy?

Haji Mustapha Ong said...

Kepada si anonymous yang berkenaan,

Pada hakikatnya saya enggan menjawab komen yang diposkan secara "anonymous".Namun demikian,saya ucapkan terima kasih atas komen saudara/saudari yang perlu saya jawab mengikut teori-teori yang dikemukakan itu.

Krisis politik yang dipermainkan oleh Anwar dengan beberapa isu-isu peribadi beliau dari segi tindakan kehakiman dan undang-undang negara, tidak boleh dianggap sebagai penyekatan Najib untuk mencabar Pak Lah pada pemilihan UMNO pada disember akan datang.

Sebalik nya konspirasi Anwar dan parti Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menyekat Najib dalam proses peralihan kepimpinan UMNO yang dijanjikan oleh Pak Lah.

Dalam soal kuasa peralihan kepimpinan UMNO untuk merajui jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain jawatan
tinggi MKT adalah mengikut jumlah pencalunan daripada semua bahagian-bahagian UMNO. Kuasa demikian adalah dibawah tangan semua perwakilan-perwakilan UMNO mengikut proses pengundian.

Adalah mustahil Anwar melalui PKR dapat mempengaruhi proses pemilihan jawatan dalam UMNO. Hanya ahli-ahli UMNO sahaja dapat menentukan kepimpinan UMNO dan bukan orang luar.Justeru nya Anwar hanya boleh menyabo atau sabotage Najib dengan berbagai fitnah yang dilemparkan sepertimana yang dilakukan dalam keadaan masakini.

Soal penyekatan atau sebarang konspirasi bagi menyekat Anwar untuk impian beliau dianugerahi sebagai perdana menteri dan seterus nya mengambilalih kuasa kerajaan pusat pada 16 September ini tidak timbul.

Tiada teori mahupun konspirasi, sekiranya Anwar dipilih sebagai perdana menteri baru melalui proses demokrasi amalan di parliamen.Impiam Anwar hanya menjadi kenyataan sekira nya sekurang-kurang 30 ahli-ahli parliamen bersetuju melompat ke arena Pakatan Rakyat dan memperolehi majoriti.

Sebalik nya Anwar harus terus sabar dan menunggu pilihan kehendak rakyat menerusi PRU ke13
yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sekira nya parlimen dibubarkan dengan diperkenankan dibawah SPD YDP Agong.

moloyue said...

Sdra AKJ,
Persoalannya ialah mengapa negara kita sampai jadi begini.

Kepada saya ia adalah disebabkan oleh UMNO telah menjadi sebuah parti bangsat dan didokong oleh pemimpin-pemimpin bangsat.

Bagaimana UMNO telah menjadi sebuah parti bangsat? Terima kasih banyak kepada Tun(?) Mahathir Mohamed, selama 22 tahun telah merosakkan moral pemimpin UMNO di semua peringkat. Maka sejak 1987(?) Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah tidak dipilih tetapi terus memegang jawatan melalui manipulasi.

Selaian drpd UMNO telah menjadi sebuah parti bangsat, sebahagian besar pengundi Melayu yang mengundi UMNO membuta tuli adalah bertanggungjawab terhadap keadaan politik negara sekarang. Pengundi Melayu ini drpd negeri-negeri Pahang, Melaka, NS dan Johor kalau UMNO letakkan beruk-beruk sebagai calon mereka pun akan menang.

Saya tak faham mengapa parti seperti MCA dan Gerakan masih menyokong UMNO. Dengan skandal dan rasuah yang berleluasa di kalangan pemimpin tertinggi UMNO tidak ada moral lagi bagi parti-parti ini berada dlm BN.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).