Wednesday, August 06, 2008

Bahaya Umno Hadapi Ledakan Dalaman

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT. Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KALAU pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu Umno cedera parah akibat “dibom” oleh pengundi, kini parti peneraju itu sedang menderita pengeboman dari dalam.

Meminjam istilah kimia, Umno kini sedang mengalami “implosion” iaitu ledakan dari dalam. Ledakan jenis inilah yang digunakan untuk meruntuhkan bangunan lama.

Proses ini bermula pada PRU ke-12 apabila ahli dan penyokong Umno yang tidak yakin kepada Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi sama ada tidak keluar mengundi, merosakkan undi atau mengundi pembangkang.

Penentangan mereka menjadi semakin jelas dan keras apabila Abdullah tidak mempedulikan protes mereka.

Sebaliknya Abdullah dan konco-konco beliau terus berdegil dan dengan sombong mengatakan mereka menang besar dan tidak perlu mengundurkan diri.

Percubaan mengubati luka ahli akar umbi ditamatkan apabila rombongan yang dikepalai oleh Timbalan Presiden, Mohd Najib Abdul Razak ke Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor menghadapi reaksi sangat negatif. Di banyak tempat mereka menuntut agar Abdullah mengundurkan diri.

Abdullah mengambil alih pengendalian pertemuan seterusnya. Pada mulanya ia diatur oleh Ibu Pejabat Umno tetapi kemudiannya oleh Jabatan Penerangan Khas (Jasa) kerana khuatir dituduh menggunakan Ibu Pejabat untuk tujuan peribadi.

Malangnya, pertemuan Abdullah dengan kepemimpinan cawangan dan bahagian yang diatur oleh Jasa itu juga berbau politik peribadi dan didakwa mengandungi unsur-unsur penyalahgunaan kuasa, rasuah, sogokan dan ancaman.

Ini menjadi ketara apabila Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (Bersara) Zahar Hashim, menulis surat kepada Setiausaha Agung Umno (Tengku Adnan Tengku Mansor) menuntut agar Abdullah dan Mohd Najib dikenakan tindakan disiplin kerana menyalahgunakan kuasa.

Zahar menuduh Presiden dan Timbalan Presiden itu menggunakan Jasa sebagai tapak untuk kempen merebut jawatan.

“Abdullah bertemu dengan pemimpin Umno melalui Jasa di Kuala Lumpur dan memberi mereka wang dan kain pelekat atau batik dan menyediakan mereka penginapan hotel empat bintang serta hiburan,” kata Zahar di dalam suratnya.

Dia mendakwa surat Ibu Pejabat Umno bertarikh 8 Julai menjemput semua ketua bahagian, cawangan, Puteri, Putera dan Wanita dari seluruh negara untuk menghadiri taklimat tertutup di Ibu Pejabat pada 10 Julai.

Zahar menuduh dalam taklimat itu Abdullah dan Najib secara terang-terang berkempen untuk mempertahankan jawatan nombor satu dan dua parti Disember ini.

Menurut Zahar, mengadakan pertemuan dan memberi “wang kocek” kepada ahli parti adalah bertentangan dengan garis panduan parti dan menambah bahawa Presiden dan Timbalan Presiden tidak terkecuali daripada arahan itu.

Katanya Abdullah dan Mohd Najib melanggar garis panduan yang mereka sendiri buat.

“Adakah ini yang mereka maksudkan dengan kepimpinan melalui teladan,” tanya Zahar.

Dia membidas pelan peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Mohd Najib (pada 2010) sebagai “rasuah politik yang paling besar.”

Kalau ledakan dalaman oleh bekas pegawai tentera itu sudah cukup mengaibkan, bayangkan pula laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dikemukakan oleh veteran Umno Mazlan Harun semalam (5 Ogos).

Mazlan yang pernah menjadi ahli exco Pemuda Umno menuduh Abdullah dan Mohd Najib menyalahgunakan kuasa kerana “menggunakan jentera kerajaan untuk mendapatkan sokongan bagi mengekalkan kedudukan dalam parti pada pemilihan akan datang.”

Soalan yang muncul di fikiran saya adalah – apakah Umno akan meledak dari dalam dan runtuh menjadi timbunan batu-batan sejarah politik Malaysia?

Atau apakah Umno akan menjadi seperti burung mitos phoenix yang membakar dirinya untuk hidup semula sebagai unggas yang lebih perkasa?

Apa sekali pun, perkembangan terbaru ini tidak membantu menaikkan imej Umno di saat-saat ia diragui oleh parti-parti rakannya di dalam Barisan Nasional dan diasak oleh parti-parti lawan.

Sekalipun ketua de facto Parti Keadilan Rakyat dan bakal calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, Anwar Ibrahim, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, imej kepemimpinan Abdullah yang koyak-rabak tidak membantu usaha BN menawan semula kerusi itu.

64 comments:

Raduan said...

Seperti anai-anai memakan kayu rumah, akhirnya rumah runtuh...anai-anai pun mati bersepah.

Anonymous said...

Datuk,

Satu analisis yang padat, tepat dan tajam.

Saya melihatnya begini Datuk:

Bahawasanya segala perbuatan yang disebut dan dilaporkan itu tidak banyak berbeza daripada masa-masa lalu. Demikianlah politik. Cuma pemimpin masa lalu bijak mengawal keadaan.

Pembesar sekarang kononnya cuba bersikap terbuka (atas nasihat orang muda yang tidak tahu apa-apa) tapi nah, tindakan itu menelanjangkan dirinya sendiri.

Pembesar sekarang kononnya cuba bersikap adil kepada semua kaum (atas nasihat orang muda yang tidak tahu apa-apa) tapi nah, tindakan itu memakan dirinya sendiri.

Kalau Anwar menang di Permatang Pauh, ianya bukan kerana pengundi mahu beliau menjadi Perdana Menteri tetapi pengundi hanya mahu memastikan Abdullah sedar diri dan lebih parah lagi, Umno mati!

Orang Melayu mengharapkan Umno untuk membela nasib mereka, tapi kalau pembesar Umno sendiri asyik gila kuasa demi mempertahankan hak keluarga, terbela kah orang kita?

Puteri Gunung Ledang

donmny said...

TUAN

...tak terbayang dan sangat sukar diramal situasi politik negara sekarang.

...umno sekarang rasanya tidak boleh dibaiki lagi. Ibarat rumah yang dimakan anai-anai, makin dibaiki makin rosak jadinya.

...harap sangat PKR menang di permatang pauh dengan pukulan KO. tak kiralah siapa calonnya. bukannya apa, dengannya barulah umno dan bn akan 'realise' bahawa mereka sudah 'padam' dihati rakyat.

...PKR pun bukanlah ok sesangat. apatah lagi 'perkahwinan' mereka masih diperingkat berbulan madu.
Tapi apakan daya hanya itu yang ada buat rakyat bergantung. tak ada rotan akar pun jadilah.

Langkapian said...

Kekalahan drastik UMNO dalam PRU 08 baru-baru ini sepatutnya mengundang perubahan yang drastik juga dalam barisan kepimpinan mereka. Tetapi setelah 5 bulan berlalu dan berdasarkan perkembangan akhir-akhir ini seolah olah tidak ada apa apa musibah yang yang melanda parti mereka. Kelihatan nya Barisan tertinggi mahu mengekalkan kedudukan barisan yang ada. Oleh itu jika berlaku ledakan dalamam tidaklah menghairankan saya.

Khairul-Dean Mohamed said...

Scribe,

The Pertified Forest
(ketuk sekali - lerai semua)

Ledakan dari dalam UMNO tidak mungkin. UMNO sedang mengalami crisis saperti "a good forest undergoing a very tedious process of petrification" yang akhirnya Scribe pun tahu.


Buktinya:

Aishah Ghani Perplexed By Leadership Transition Plan In Wanita Umno

REMBAU, Aug 6 (Bernama) -- Umno veteran, Tan Sri Aishah Ghani said she found the leadership transition plan for the wing as announced by its head Tan Sri Rafidah Aziz on Monday as rather perplexing.

She said it was inappropriate for a leadership transition to occur after a person is given a mandate to lead Wanita Umno for three years.

"This has never happened before in the history of Wanita Umno.

By right the choosing of the leader of Wanita Umno should be done during party elections and by the delegates, as it is their right to decide on who they want as their leader," she told reporters after participating in a visit by a delegation of Koperasi Jaya Murni Wanita Bhd Kuala Lumpur to Rembau today.

Rafidah in making the announcement proposed that the top two posts of the wing not be contested in the party's elections this year and that she would voluntarily hand over the mantle to Wanita Umno vice president, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, at the latest by June next year.

Aishah said the formula proposed by Rafidah, purportedly in the interest of party unity, "did not hold any water" and added that democracy should be allowed to flourish in Wanita Umno.

She said she was not against Rafidah resorting to such an action but hoped the latter would reconsider her decision as the transition plan would also create a leadership vacuum for the number two post.

"This might lead to more problems as a suitable candidate has to be found to fill Shahrizat's place," she said.

Aishah, 84, who has been an Umno member for 44 years since 1960, helmed Wanita Umno for 12 years from 1972. She was also the second woman in Malaysia's history to hold a Cabinet post when she was appointed Welfare Minister in 1973.
-- BERNAMA


Nota:

nak samakan sharizat dengan najib itu citarasa sihat YBhg Tan Sri - syabas.

Pokoknya, kalau seorang wanita UMNO saperti Tan Sri Aishah Ghani pun boleh 'perplex' selepas bertahun-tahun merencana-jayakan 'tupperware party' apatah yang lainnya. Ahli yang baru-baru mana nak faham budaya emas lama Tan Sri - faham perlembagaan pun lintang pukang bak tupai sakit tuan.

Ahh, surat sampai - mesyuarat cawangan 9hb: "Bagaimana agaknya bila cadang-cadangan yang bernas dari blog-blog di suarakan nanti di mesyuarat nanti untuk dijadikan usul?

Adakah yang akan berani menyokong memandangkan ketua cawangan pro-ketua Bahagian yang pro-Abdullah tetapi ketua cawangan juga pro-TunM dan 'kempen manager' cekap raih undi?

Mama mia!

Selamat bermesyuarat bagi cawangan saya. Ameen! (jangan ada kerusi meja terbang atau helicopter kayu golf and bola golf terbang; apapun baseball bat aluminium simpan dekat-dekat kita sambil bersiul 'speak softly love so no one else can hear')

You are right Tan Sri Aishah - This has never happened before in the history of Wanita Umno...

A KADIR JASIN said...

Sdr Raduan,

Alam semula jadi lebih sempurna. Anai-anai tidak mati. Bila makanan habis atau sarang terlalu sesak, mereka akan tumbuh sayap jadi kekatu dan terbang ke tempat lain.

Umno bukan anai-anai, apatah lagi kekatu.

Cuba lihat, bila kekatu jatuh ke bumi, sayapnya akan gugur dengan sendirinya dan mereka segara cari pasangan untuk membiak.

Terima kasih.

Abdrahim said...

Datuk,

Kerana sudah terlalu terbiasa dengan rasuah dan salah guna kuasa, mereka sudah tidak dapat membezakan lagi sesuatu perbuatan itu salah ataupun tidak.

Berburu tanpa lesen adalah satu kesalahan di Malaysia. Tetapi cuba tanya orang-orang Asli itu, adakah mereka berasa bersalah bila menjerat pelanduk atau rusa.

Tentulah mereka merasakan tidak, kerana itu adalah perkerjaan harian mereka sejak berzaman.

Begitu jugalah dengan Abdullah dan Najib. Apalah sangat dengan wang saku sepuluh dua puluh ringgit atau sehelai dua kain batik, kalau mahu dibandingkan dengan ratusan juta wang negara yang hilang.

Soal salahguna kuasa, tak tahu nak cakaplah. Kalau macam kita yang menulis di blog ini pun, kalau dia orang hendak "kenakan", bila-bila masa pun boleh.

Anwar Ibrahim yang pernah menjadi orang nombor dua di Malaysia dan sekarang ini sedang diperhatikan oleh masyarakat dunia, itupun dia orang "kenakan" dengan dakwaan meliwat melalui kuasa yang ada pada mereka.

Sebagai rakyat malaysia yang cinta negara ini, pilihan terletak di tangan kita. Kalau kita setuju dengan apa yang Abdullah lakukan sekarang, duduklah berdiam diri. Kalau tidak setuju lakukan sesuatu yang terdaya.

Dato' Zahar dan Dato' Mazlan Haron telah melakukan tugasnya sebagai rakyat dan ahli UMNO.

bat8 said...

puteri gunung ledang

Tidak tepat mengatakan orang melayu mengharapkan Umno untuk membela nasib mereka.

Puteri kena membezakan dulu antara 2 UMNO: Umno Asal yang telah dimatikan Dan UMNO(Baru).

Hakikatnya, UMNO(baru) tidak pernah serius untuk membela orang melayu. Sebaliknya mereka menggunakan slogan "ketuanan melayu" untuk mengambil hak-hak orang melayu dan memindahkan kepada diri dan kroni-kroni mereka.

Kalaulah mereka serius untuk memajukan orang melayu, dah lama orang melayu maju dan kehadapan.

Yang paling menyedihkan, masih banyak orang melayu yang digula-gulakan dan ditipu dengan alasan perjuangan memartabatkan orang melayu tetapi hakikatnya mereka ini diguna untuk mengekal dan mengukuhkan kedudukan pemimpin-pemimpin UMNO sahaja.

Kesian saya tengok ulasan-ulasan ahli-ahli UMNO yang membuat komen dipelbagai blog. Niat mereka ikhlas untuk mempertahankan parti UMNO tapi sebenarnya mereka hanya dijadikan bidak untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam hiraki parti.

Keadaan UMNO sekarang amat parah. Tak pernah berlaku dalam sejarah UMNO(Baru) berlaku pergaduhan semasa mesyuarat cawangan. Mesyuarat bahagian nanti tak tahulah.

jadi, walaupun niat puteri baik tetapi puteri tersilap mentafsir kenyataan puteri. Sebenarnya itulah persepsi yang pemimpin-pemimpin UMNO(baru) mahu akar umbi ada. Jika akar umbi mempunyai pesepsi begitu, senanglah mereka untuk membuat manipulasi agar tidak terancam kedudukan mereka.


bat8

Berita dari gunung said...

Dato dan rakan,

Pandangan Dato sangat menarik. Saya suka analogi "bom", "anai-anai" dan "petrified forest" dalam entri dan komen.

Bukanlah saya nak mengungkit, tapi saja mengajak semua ingat semula insiden Team A dan Team B.

Hari ini UMNO diterajui oleh wakil Team B. Ada Rais, ada Shahrir, ada Radzi,ada Abdullah, ada Razaleigh dan ada Musa Hitam (di belakang tabir). Dulu Team B kalah. Sekarang Team B macam juara. Tenguk saja komen santai Musa bahawa Tun bak duri terkeluar.

Masa zaman sekolah dulu, cikgu kerap berpesan tentang sukan dan semangat kesukanan. Selepas berhempas pulas, terima saja keputusan. Baik menang, baik kalah. Yang menang jangan sombong, yang kalah jangan berdendam.

Hari ini Malaysia dipimpin oleh wakil pasukan yang kalah. Yang kalah bila diangkat jadi juara, tidak mahir bawa diri. Dulu mereka kalah sebab tidak faham selok belok.

Dengan kemelut dalam UMNO dan negara, saya percaya ia ada kaitan dengan masalah mengangkat yang kalah jadi Juara. Mereka sememangnya bukan juara dulu dan kini. Team B adalah "bad loser" yang penuh dendam kesumat.

Ada persepsi yang nampak usaha Team B memadam legasi Tun. Dalam usaha itu mereka tidak peduli bahawa usaha Tun, legasi Tun adalah usaha dan legasi juara.

Kemelut kini adalah hasil tangan orang yang kalah, tiada pertimbangan, tiada fokus, tiada companywide view, tidak faham tentang rentetan peristiwa, tidak mampu membina keyakinan.

Patutlah Tun Mahathir berkali-kali menyebut silap beliau memilih pengganti.

Terima kasih.

uton51 said...

Dato,

Saya teringat perdebatan saya dengan seorang Datin dan disaksikan 3 rakan sekerja saya yang lain di pejabat saya sehari selepas Tun Dr.M menyerahkan jawatan PM kepada Paklah dan dalam perdebatan (tiada pengerusi)itu saya menyatakan kepada Datin berkenaan bahawa Paklah akan
menghadapi tentangan dari dalam UMNO itu sendiri selain daripada tentangan daripada parti lawan;

2. Pada tahun 1997 saya pernah menyatakan kepada sekumpulan guru bahawa Tun Dr.M mempunyai masalah dengan DSAI dan hasilnya DSAI disingkirkan pada 1998;
3. Sekarang saya meramalkan bahawa:

3.1 Peralihan kuasa Paklah dengan Najib mungkin tak menjadi kenyataan kerana dalam tempoh 2 tahun bermacam2 perkara boleh berlaku;

3.2 Terengganu akan jatuh ke tangan Pas pada PRU-13 jika Pas tidak bergabung dengan UMNO;

3.3 Kedah akan jatuh kembali ke tangan UMNO jika Pas bergabung dengan UMNO;

3.4 Selagi UMNO menekan kepimpinan kerajaan yang diperintah PR selagi itu sukar bagi UMNO merampas kembali negeri2 yang diperintah PR;

3.5 Jika Putera dan Puteri tidak dimansuhkan lagi banyak masalah yang akan dihadapi oleh UMNO;

3.6 Pas akan menjadi Parti Pemerintah jika UMNO ada niat untuk menghianati muqabalah UMNO dan Pas dan Pas tidak mudah digula2kan oleh UMNO;

3.7 Untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO, ia harus meminda peraturan pemilihan MT dengan memansuhkan sistem kouta;


3.8 Suara Dr. Rais Yatim perlu juga
didengar walaupun beliau dikenali sebagai seorang yang retorik;

3.9 Jangan aniayah DSAI sekalipun benar dia meliwat sebab rakyat tetap kata bahawa apapun keadaannya DSAI tidak dapat meliwat MohdSaiful Bukhari Azlan jika MSBA melawan. Jika kita dikejar serigala sekali pun kita tetap melawan atau sekurang2-nya kita lari supaya kita gigit serigala itu; dan

3.10 Terima kasih Dato, kerana blog Dato ini saya dapat meluahkan rasa hati saya. Sebab banyak perkara ditentukan oleh hati.

a. rasa hati
b. ada hati
c..makan hati
d. senang hati
e. susah hati
f. jatuh hati
g. busuk hati
h.jantung hati
i. buah hati
j. separuh hati
k. sakit hati
l.buta hati
m.patah hati
n.cendera hati
o.ambil hati
p.satu hati
q.jaga hati
r.berat hati
s.suka hati
t.susah hati
u.gerak hati
v.ikut hati dan sebab itu kita perlu berhati-hati.

Mr. Smith said...

This posting comes with a real punch, which I did not see in your previous commentaries.
Perhaps it is a reflection of your disgust with the present leadership - utterly rudderless and lacking in integrity. And worst - no sense of shame.
Don't you see elements of insanity in Abdullah's recent actions? He is totally deaf and oblivious to criticisms. He is in a world of his own.
He is the Malaysian version of Nero!

LensaPR said...

Mungkin setengah abad sudah cukup bagi Umno berkuasa di negara tercinta ini. Darah Melayu yang mencintai bahasa, yang mementingkan bangsa, yang mencintai rakyat miskin terbanyak sudah terhakis dari penggerak umno sehingga memualkan rakyat agaknya. Penyakitnya telah parah dari atas ke bawah. Maka kali ini kanser dalaman memakan dan mamatikan Umno.

abangbard@gmail.com said...

Datuk,

Saya fikir BPR tidak akan mendakwa perbuatan mereka. Begitu Pejabat Peguam Negara. Semuanya pengecut. Kita harap pembangkang terus mengasak dan mendesak agar mereka di siasat.

Kapt (b) Haris Jamaludin said...

Datuk,

UMNO mesti di bersihkan.Pemimpin yang rasuah, bukan saja makan rasuah malah beri rasuah juga. Penyakit rasuah ini merebak hingga ke mesyuarat cawangan UMNO. Selain rasuah budaya samseng pukul memukul, baling kerusi, maki memaki dan berbagai perbuatan keji lagi dilakukan oleh UMNO. Tetapi semua ini disepikan oleh media tempatan.
Sebab itulah UMNO ini mesti dicuci..caranya hanya satu seperti diduga oleh Datuk..jadikan UMNO itu debu..

tajudin said...

Dato'

Saya kekadang tertanya-tanya sendiri, apa yang payah sangat Pak Lah untuk turun lepaskan jawatannya.

Serah kuasa. Cukuplah.

Bung Karno said...

Datuk AKJ,

Ngeri memikirkan apa yang akan terjadi.

Dolah masih tak mau undur & akhirnya UMNO tumbang.

Anwar, HINDRAF , DAP/kuasa asing berkuasa.

Malapetaka.

Anonymous said...

Datuk,

Apa yg saya lihat, 'pemimpin' kita tiada sifat2 kepimpinan langsung malah diragui dan dipertikaikan oleh semua pihak. Malang sungguh mereka masih mampu 'memekakkan' telinga dan terus bersandiwara dengan menjadikan rakyat sebagai tunggangan. Sampai bila ini semua harus diteruskan? 50 tahun UMNO gagah namun kini hanya tinggal lemah terkulai.

Jason Bourne

anak tanjung said...

Mana mungkin Bapa Integriti terlibat dgn perkara demikian, biarlah mereka siasat dulu.
Sampai hari ni pun saya tak faham apa benda integriti & modal insan seperti yg disebut oleh Bapa Integriti...???

Ilusi Dalang said...

begitulah nampaknya. UMNO memang akan berpecah dari dalam dengan sendirinya. Ini lah masalah bila kita mempunyai kepimpinan yang bodoh sombong.

Ilusi Dalang

Anonymous said...

Datuk,
Seorang chef yang bistari tahu bagaimana mengeluarkan rambut didalam tepung.
tetapi, Paklah bukan chef, kepada orang melayu bahahan seperti saya, saya melihat Pak lah seperti penjaga tandas yang berkeras mahu mengeluarkan rambut dalam najis.
kerja tak da faedah, tangan pula terna tahi.Berbau tahi.
-makangaji.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Yang membuat bising, menuntut perubahan dalam UMNO, umumnya adalah akar umbi. Akar umbi pula bisingnya tanpa suara.

Ini jelas apabila beberapa Ketua Perhubungan UMNO negeri mengumumkan sokongan kepada Pak Lah. Dan kemudiannya muncul pula beberapa cawangan yang membawa nada berbeza, mencalonkan selain Pak Lah sebagai Presiden.

Keadaan yang sama juga berlaku pada Bahagian dan Cawangan-cawangan di bawah naungannya.

Ini belum lagi mengambil kira aduan UMNO PJ yang di panjangkan ke BPR oleh seorang veteren UMNO sendiri.

Sehingga kini, saya tidak menemui apa-apa artikel atau reaksi dari Ketua Perhubungan UMNO Selangor berkaitan isu ini.

Keputusan di Perhimpunan UMNO pada Disember nanti akan ditentukan oleh perwakilan. Jika trend semasa di ambil kira, perwakilan itu nanti tidak akan membawa mesej akar umbi.

Maka tidak akan berlakulah "implosion" seperti pendapat Dato'.

Saya jangka apa yang akan berlaku kepada UMNO adalah apa yang sudah berlaku kepada MIC.

MIC berilusi yang masyarakat India menyokong mereka dan mendabik dada dengan statistik keahlian mereka. Tanpa mereka sedari, masyarakat India, tanpa menarik diri dari keahlian MIC, telah mengabadikan undi mereka ke tempat lain.

Jika hajat Anwar tidak kesampaian pada 16 September nanti, tidak ada "implosion" yang akan berlaku pada Disember 2008.

Jika hajat Anwar tidak kesampaian, UMNO akan kembali gagah kerana perwakilan benar-benar mewakili akar umbi.

Jika hajat Anwar tidak kesampaian, perwakilan lebih gemar mewakili diri sendiri akan menyebabkan terkorbannya UMNO pada PRU13.

Dan tentunya, jika Anwar memperolehi hajatnya, watak-watak utama UMNO sekarang ini sudah dilupakan menjelang Disember 2008 kelak.

Alias Mohd Yusof said...

Datuk,
Parti yang berasaskan kaum sepatutnya tidak digalakkan lagi dalam era negara kita telah lebih 50 tahun merdeka ini.

Sudah sampai masanya kita berjuang untuk bangsa dan rakyat Malaysia secara keseluruhan bukan lagi perjuangan kaum-kaum.

Kalau sudah 50 tahun, ini bermakna boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat negara ini adalah lahir di negara ini, negara inilah tanah air mereka.

Sudah sampai masanya parti-parti yang berasaskan kaum dilenyapkan dan dihapuskan secara perlahan-lahan.

Sekarang terlalu jarang negara yang berbilang kaum mempunyai parti politik yang berasaskan kaum. Rasanya di negara ASEAN pun kita saja yang masih mengamalkan parti politik yang demikian.

kluangman said...

Jika anai anai itu adalah anai anai yang kita tahu semulajadi seperti Dato' kata itu memang betul, Anai-anai tidak mati. Bila makanan habis atau sarang terlalu sesak, mereka akan tumbuh sayap jadi kekatu dan terbang ke tempat lain.

Cuba lihat, bila kekatu jatuh ke bumi, sayapnya akan gugur dengan sendirinya dan mereka segara cari pasangan untuk membiak.

Tetapi krisis dalaman UMNO berlaku kerana Majlis Tertinggi dan kepimpinan yang ada berperanan sebagai 'anai anai'. Merekalah ini yang merosakkan kerangka UMNO yang sudah teguh ketika Tun lepaskan.

Jika UMNO ini runtuh, adakah mereka akan survive, mereka tidak sempat menyembunyikan diri atau menunggu sayap tumbuh menjadi kekatu, mereka musnah disembur racun serangga. Musuh Islam dan Melayu sudah hampir dengan kita samada kita ahli UMNO ataupun tidak tetap akan menjadi 'mangsa'. Mereka sudah sediakan perangkap sebaik sahaja kita melangkah walau setapak.

Suka atau tidak, kita harus cuba menyelamatkan UMNO, sekurang kurangnya sementara dan seketika sebelum kita betul betul ada wadah lain yang boleh mengambil peranan UMNO, Anwar bukanlah pilihan yang tepat kerana dia terlalu bermasalah dan banyak 'terhutang budi' kepada musuh Islam.

Di atas kertas kita terlalu terdesak dan terhimpit atau dalam lain perkataan 'sentiasa rugi' sedikit demi sedikit dalam persaingan dan perkongsian kuasa.

Dalam hal ini, saya meminjam kata kata Anwar: I hold Abdullah Badawi responsible.

tok janggut said...

Salam,
Betul UMNO menuju ke arah perpecahan sekarang. Perpecahan dalam UMNO bermula pada zaman Mahahthir. Bermula dari situ, sedikit demi sedikit darah dalam tubuh UMNO telah dicemari virus yang sangat berbahaya yang tak dapat diubatinya lagi. Perlahan-lahan virus tersebut merebak ke seluruh badan dan akhirnya badan tersebut akan mati.

Namun Najib tak perlu bimbang, beliau sempat menjadi PM, mungkin untuk jangka masa yang paling pendek dalam sejarah UMNO iaitu 2 tahun.

Selepas itu, jangan ada pemimpin UMNO yang bercita-cita nak jadi PM, kerana pada masa itu UMNO sudah tidak ada lagi.

Teori RAHMAN mungkin ada benarnya...

lebih percaya ular said...

Dato,

Saya tidak fikir umno adalah satu parti yang kita kenali satu masa dulu.

Najib, Muhyiddin, Rais Yatim dan yang lain-lain semua nya tidak berani mencabar pak lah.

Ini bukan soal kesetiaan atau menderhaka tapi lebih pada tanggungjawab anda pada agama dan bangsa.

puncanya mereka hanya ingin menjaga tembolok masing-masing sahaja.

Nak kata kaya dah kaya dah, tidak ada rasa `sense of responsibility' terhadap agama dan bangsa mereka.

Mereka ini adalah golongan opportunist.

dan umno akan hancur, sedih saya apabila mengenangkan arwah ayah saya mula dulu naik basikal, kemudian ekonomi baik sikit naik motor yang begitu setia pergi mengundi tiap kali pilihanraya.

dan dia begitu bangga dengan Dr. M.

burhanlong said...

Umno is reaping what they have sowed. They do not practise what they preached. The economic sanctions imposed by umno on fellow malay Terenganuwians and Kelantanese to the extend of landing the Kekwa gas in Vietnam instead of Tumpat, unilaterally suspending the royalty agreement with Terengganu, unnecessarily extending detention order for a couple of muslims including son of MB of Kelantan (under order of washington, presumably), allowing KB to be flooded almost annually by cancelling Kelantan Flood Mitigation project in 1990, etc. has hurt deeply the feelings of affected malays.

These affected malays do not have the power to effect change, neither do they have the voice to cause change. All they have is the disgust in their heart. And it is their collective disgust that is pulling down umno. That is if you believe in karmaic justice.

The very party that touts itself to fight for the betterment of malays decided to ignore the welfare of the region (the east coast) most densely populated by malays. And not to mention how every leader is backed by non-malay "business partners". There is nothing immoral about having non-malay business partners provided you do not badmouth their clan in front of your clan. A prime example is Tun M, the malay fighter who regularly relaxes in Bukit Tinggi Berjaya resort being ferried there by Vincent Tan in his chopper. Going by what he does in his non-political arena, the only logical and unhypocritical extension was for him to open up umno to all and turn it into united malaysian national organisation.

And now comes the sodomee allegation against umno's most unwelcomed ex-member. Any 23 yr old lady can easily fend herself against any 61 yr dirty old man. Ini kan pula seorang pria gagah. The rakyat is not stupid.

Umno is imploding. You used the right term, Datuk.

kpasu guy said...

Salam Datuk,

Sesungguhnya budaya sekampit beras dan sekilo gula ini yang menyebabkan UMNO menuju kepupusan kerana melahirkan pemimpin yang tiada akhlak dan tiada kualiti. Yang menjadi mangsa adalah generasi kita yang rosak oleh budaya tersebut.

Jika dahulu kita sering melihat negara-negara luar mengalami krisis politik tetapi sekarang perkara ini telah terjadi kepada kita. Barulah kita semua sedar dan merasai apa yang rakyat di negara lain rasa.

Manusia akan matang setelah mengalami peristiwa suka duka dan dalam hal ini rakyat Malaysia telah matang dan tidak kepada pemimpin. Pemimpin tidak akan dapat menahan arus kebangkitan rakyat. Kita tunggu dan lihat seterusnya

kluangman said...

Di masa yang lain, jika berkesempatan, saya berharap Dato' dapat menyentuh sedikit tentang AUKU: Pelajar dibenar berpolitik yang sedang diusahakan oleh Kaled Nordin.

Tentulah di dalam sesuatu ada pro dan kontranya, tetapi ketika tiada 'sebab', kenapa tetiba ingin perubahan, apakah semata mata Khaled Nordin cuba mencetuskan sesuatu atau mahu merintis jalan mencari gelombang penyokong baru.

Pada saya, tiada desakan DAN KEPERLUAN secara ketara berlaku untuk mengubah AUKU dan dalam keadaan sekarang kita bernasib baik kerana masalah politik semasa tidak dibawa masuk ke kampus, jika dibenarkan, bolehkah Dato' bayangkan betapa 'huru haranya' kelak.... dan yang rugi, yang kena tindakan, yang tidak lulus, siapa ???? M.E.L.A.Y.U

A KADIR JASIN said...

Sdr Makangaji,

Seorang penjaga tandas yang tekun, datang kerja ikut waktu dan teliti adalah lebih berintegriti -- memnjam ungkapam Sdr Anak Tangung -- daripada seorang pembesar yang selalu LEWAT, selalu kata "saya tak tahu", "I was not told" dan macam-macam tipu-helah lagi.

Waktu di Sekolah Menengah Saint Michael di Alor Star pada tahun 1960an, saya pernah dihukum cuci tandas kerana tak lulus Ilmu Hisab.

Sehingga hari ini saya tak suka tandas kotor dan busuk.

Malangnya tandas awam dan tandas kedai kopi di Malaysia hari banyak yang ini semakin kotor kerana rakyat Malaysia semakin pengotor dan pencuci tandas tidak profesional.

Terima kasih.

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

Yg Bhg Datuk,

Atau...

Mitos Hominudon, yang dikorbankan oleh bapanya, berubah jadi Unduk Ngadau.

Apapun orang kata kecemerlangan sesuatu tamadun terletak pada kecemerlangan akhlak, tingkah laku dan kebijaksanaa wanitanya.

Pemikir Rasional said...

Bung Karno (10:00 pm) merujuk kepada DAP sebagai tidak beza dari kuasa asing.

Tanggapan ini berleluasa, bahawa DAP ialah anti-Melayu, anti-Islam dan boneka kuasa asing.

Apa buktinya dan bagaimana munculnya persepsi ini? Tanpa bukti, tanpa meneliti sebenar-benarnya sesebuah parti atau seseorang itu, kita lekas memberi label atau melemparkan tuduhan yang bermacam-macam. Juga, jangan pula terikut-ikut hasutan golongan tertentu yang menuduh dengan tidak munasabah hanya kerana mereka ingin mengekalkan kepentingan mereka sendiri atau terus berkuasa.

Contoh paling baik bagi ini ialah kes jenayah yang dilemparkan pada Anwar Ibrahim.

Walaupun belum dituduh di mahkamah, walaupun tiada lagi bukti yang jelas, ada di kalangan kita sudah membuat keputusan bahawa Anwar Ibrahim bersalah.

Ini sikap apa?

Kenapa rakyat kita mudah terpesong begini?

Kenapa rakyat kita enggan memerhati dan menggunakan akal kurniaan Allah SWT sebaik-baiknya untuk membuat penilaian yang sebaik-baiknya dan yang setepat mungkin?

Ini tidak. DAP itu dituduh tali barut dan anti-Melayu padahal tidak sesekali mereka menentang orang Melayu sendiri ataupun menentang Islam. Apa yang mereka kemukakan adalah satu Malaysia yang sama rata tidak mengira bangsa atau agama. Bukankah ini selaras dengan Islam juga, di mana semua manusia adalah sama tidak kira darjat atau bangsa? Visi sekular itu pun tidak menentang dengan agama. Sekular itu bermaksud agama tidak dicampurkan dalam politik dan pentadbiran (iaitu pentadbiran itu bersikap sama adil kepada semua golongan rakyat). Dalam masyarakat sekular, setiap orang bebas untuk memeluk dan menganut agama mereka sendiri tanpa sebarang halangan. Agama itu sesuatu yang peribadi, hubungan suci seorang manusia dengan Penciptanya. Cuma kita tidak mendakwah atau mempromosi agama kita terhadap orang lain. Hal agama itu kita tinggalkan kepada seorang individu, jangan ada paksaan atau penghalangan. Ini pun selaras dengan Islam.

Maka mana pula jahatnya DAP yang prinsip perjuangannya itu adalah keadilan dan kesamarataan/kesetaraan antara manusia)? DAP ini boleh dikatakan sama juga dengan PAS kalau kita banding prinsipnya untuk menegakkan pentadbiran yang amanah, bersih, tanpa rasuah. Bezanya PAS itu menggunakan landasan satu agama dalam satu masyarakat yang pelbagai agama.

Maka fikirlah sedikit sebelum membuat keputusan terhadap mana-mana pihak. Bangkit, fikir sebaik-baiknya dan kikiskanlah sikap prejudis.

Pada pendapat saya, tidak ada parti politik pembangkang yang akan 'menjual' negara kita kepada orang asing.

Ini satu fantasi atau khayalan yang telah diprogramkan ke dalam otak kita oleh... siapa lagi, faham-faham sahaja lah.

Quick Draw Botak said...

Sdr. A Kadir Jasin & para pengomen,

"Implosion" bolih terjadi tapi mungkin berlainan sikit dari analogi meruntuhkan bangunan lama. Bila implosion digunakan untuk meruntuhkan bangunan, maka segala batu-bata, papan dsb akan pecah, patah dan ranap menjadi timbunan.

Yang tidak diuar-uarkan dimedia adalah masalah keluar UMNO. Setakat ini tidak pernah terlintas lagi dimana-mana media pun tentang ahli keluar UMNO kecuali bila TDM dan beberapa kerat ahli lain keluar.

Beberapa hari sebelum sebelum PRU-12, UMNO Segambut menghadapi masalah keluar parti. Lebih-kurang 2000 ahli hendak keluar parti secara "terbuka" dan "bising" tetapi dapat ditenteramkan olih bekas "office-bearer" kawasan tersebut.

Ahli-ahli UMNO Segambut teramat terkilan kerana usaha mereka berkempen "was not appreciated".

Malah bajet untuk berkempen pun dipotong sehingga 50%. Supply poster serta kelengkapan lain pun lambat tiba dan amat berkurangan.

Ini membuat akar-umbi begitu sedih diperlakukan demikian. Segala usaha mereka tidak diendahkan olih ibupejabat.

Saya pasti masaalah ini bukan terjadi di UMNO Segambut sahaja.

Tanpa akar-umbi, UMNO ada apa? Jika pemilihan sekarang tidak membawa perubahan yang diinginkan olih akar-umbi, tidak mustahil ramai ahli akan keluar UMNO. Jadi mungkinkah implosion ini dimaksudkan olih Sdr. Kadir?

Sdr./Sdri. Uton51,
Dalam Hadith ada menyebut "Dalam manusia ada segumpal daging. Jika baik daging itu maka baiklah manusia itu tetapi jika burok daging itu, maka buroklah manusia itu. Daging itu adalah "hati".

Saya tidak ingat siapa yang meriwayatkan Hadith tersebut.

Sekian.

Gagak di Rimba said...

Pada masa yang selalu kita selalu menganggap bahawa kalau UMNO hancur atau runtuh, tidak ada parti lain yang boleh diterima oleh majoriti orang Melayu sebagai pengganti UMNO.

Dengan perkataan lain, banyak di antara kita yang beranggapan bahawa kita tidak ada wadah perjuangan lain yang lebih baik dan berkesan selain daripada UMNO.

Akan tetapi, pada masa ini saya ingin bersikap optimis. Kalau UMNO yang ada sekarang hancur atau runtuh, dan kita tidak boleh menerima PAS dan PKR sebagai parti alternaif, apakah tidak mungkin satu parti "UMNO Baru" akan tertubuh di atas runtuhan "UMNO Lama" (UMNO yang ada sekarang)?

Dunia tidak akan kiamat kerana UMNO runtuh. Dan perjuangan orang Melayu tentu perlu diteruskan.

Nostradamus said...

Permatang Pauh Voters decide for Nation? - Appeal by Nostradamus.
Pengundi Permatang Pauh tentukan untuk Negara? – Rayuan oleh Nostradamus.

1. Voters of Permatang Pauh will vote come 26 August 2008. Who to vote for and What to vote for?
Pengundi-pengundi Permatang Pauh akan undi menjelang 26 Ogos 2008. Mengundi Siapa and mengundi untuk Apa?

2. 50 Questions to test your Conscience at www.patek1472.wordpress.com
50 Soalan untuk menguji Suara Hati anda di www.patek1472.wordpress.com

Anonymous said...

Datuk,
Ledakan dalaman seorang Melayu kampong:

Setelah para cukong berkomplot dengan para Politikus
setelah hak bangsa di tanah sendiri ditekan demi kejayaan Malaysia,
bagaimanakah wajah manusia Melayu sekarang?
Di pinggir jalan orang disihir dengan iklan pembangunan
sedang rumah tangga tegang, marah dan berdusta.
kerana pendapatan semakin kecut

Impian mengganti Wawasan.
Pepecahan mengganti Persekutuan.

UMNO dulu
adalah nadi
dari jantung Melayu maju.
Nadi yang kini mengidap barah
yang akan membunuh daya hidup bangsa didesa-desa
dan akhirnya, tanpa bisa dikuasai lagi, hilang identiti bangsa
dan kerananya ada yang menjadi jahat, hina dan berbahaya.
Tanpa hak memilih
tak ada kepastian dalam menentukan.

bangsa hanya bisa digerakkan perlahan-lahan
tapi sudah kehilangan daya rekacipta sendiri.
Ia kini hanyalah ternakan
yang bising terhadap makanannya sendiri.

Ahli menjadi bodoh tanpa suara
Di bilik darjah dan kuliah murid diajar menghafal
berdengung seperti lalat menghurung tahi
lalu akhirnya menjadi robot tanpa bateri.

Di surau dan masjid para lebai menghafal nikmat
Di balai dan dewan para politikus mengajar sodomi
dan di desa dan kota anak bangsa belajar menjadi pencuri.

yang terlibat membunuh dan mengebom
Para senior politik hilang tak kembali
Bangsa yang muda sibuk menghafal dan melayari internet pornogfafi

di blog orang orang bertanya :
Apakah tiada pembangunan tanpa DEB?
Kenapa kekayaan satu bangsa
membuahkan kemiskinan pula untuk saudaranya?

Sejarah dan peradaban tak bisa dipertahankan Perdana Menteri
Pandanglah keliling: penuh dengan minus dan negativiti!
Apa maknanya kekuasaan
bila hidup penuh tompokan kotoran
dan takut diburu kawan?
Apa ertinya Hadhari
bila bau busuk rasuah
menerobos lobang penghawa dingin opismu sendiri?

Kelemahan hanya menghasilkan penolakan
tanpa kemenangan
Hai, bangsaku, Kehinaan orang lain adalah kehinaanmu juga.
-nakangaji

berasiam said...

Salam Dato' AKJ

Apabila kepala sudah sewel, semua tindak balas dalam tubuh akan turut terganggu. Homeostasis sudah berubah keseimbangannya. Akibatnya adalah seribu satu kemungkinan yang menjurus kepada pemusnahan diri sendiri.

Umno sedang mengalami proses pemusnahan diri sendiri akibat kepada yang sudah sewel, mungkin kerana terlebih lena. Setiap anggota bertindak sendiri dengan anggapan untuk memelihara tubuh, namun tiada koordinasi. Organ dalaman dan luaran semakin berautonomi menurut masa.

Jantung pam darah pada kadar yang tinggi, pankreas tidak hasilkan cukup insulin untuk rendahkan glukosa, hati tidak neutralkan racun-racun yang masuk, buah pinggang tidak lepaskan air ke pundi kencing dan sebagainya.

Datang Disember dan kepala masih tidak dapat membetulkan fungsinya, maka tubuh Umno akan bertukar menjadi zombi, seluruh organ dalaman sudah tidak berfungsi tetapi masih kelihatan seperti badan yang sempurna. Pengumuman TSM salah satu petunjuk utama bahawa kepala Umno semakin sukar dikembalikan kepada normal.

encik MIE said...

http://dewawang.blogspot.com

saudara. dalam dunia nie mana ada yang kekal. kekal di atas atau terus kekal di bawah.

dalam politik pun sama. kita sering berhadapan dengan gelagat manusia, jadi sesuatu itu perlu pembaharuan sekiranya tidak, kita akan ketinggalan dalam semua aspek.

perkara ini juga berlaku kepada UMNO.

Hartini Omar said...

salam datuk

maaf saya katakan, pak lah hanya mampu memimpin disebabkan 'position'nya sbg pemimpin. atau lebih parah lagi, walaupun sudah jadi pemimpin, beliau masih tidak tahu memimpin

kita memerlukan pemimpin yg bukan hanya boleh memimpin disebabkan 'jawatan' yg diberikan. kita perlu pemimpin yg walaupun tidak jadi pemimpin, ia akan terus hidup dengan sikap, jiwa dan semangat kepimpinan

umno sudah mati. kepimpinan ulung sudah mati. dibunuh oleh tangan2 pemimpin sendiri...

two-face said...

Datuk

This Zahar guy is writing a tale of kettles and pots.

I wonder as Kepten bersara, how on earth did he managed to get his wealth. Because he is a good businessman? Yeah? Really?

A KADIR JASIN said...

NOTIS PENTING,

Sila ambil maklum. Oleh sebab tuduhan liwat ke atas Anwar sudah masuk mahkamah, ulasan mengenai kes ini tidak akan disiarkan lagi kerana takut menghina mahkamah dan sub judice.

Terima kasih.

Perunding said...

two face

Zahar's wealth is not an issue coz we all know every UMNO leaders are rich, some are super rich. We all know how they obtain their wealth.

The issue raise here is UMNO is in dire strait. The ripples which is weakening UMNO comes from within too as well as outside.

Look at the chair throwings, fist fights, accusation of money politic are not isolated cases anymore. To make it worse it is happening at cawangan level.

bat8

Azman said...

Kepada Sdr Anonymous (nakan gaji??).

Saya tidak tahu apa hendak istilahkan mengenai tulisan Sdr -- sajakkah, gurindamkah?

Tetapi itu semua tidak penting kerana bagi saya kandungan tulisan Sdr "meledak" daripada pemikiran yang sungguh baik.

Syabas dan terima kasih.

Azman Mohd Isa
Shah Alam

Anonymous said...

Datuk,

Aduan BPR yg dibuat oleh Mazlan Harun terhadap 2 "kesalahan" Pak Lah/Najib (melanggar garis panduan parti dan menggunakan dana pembayar cukai utk kerja parti)merupakan tindakan berani yg perlu ada di kalangan ahli UMNO pada setiap masa dan bukan bermusim. Ianya tidak berlaku di bawah pimpinan lama walau pun lebih banyak "kesalahan" lebih teruk dilakukan. Saya harap "budaya" baru ini berterusan supaya pimpinan tertinggi sentiasa berwaspada dlm tindak tanduk mereka. Baru lah ada kelas UMNO ni...

dpd: kelas sikit atas

Perunding said...

gagak rimba

Jika saudara sarankan penubuhan UMNO(baru) sebagai ganti UMNO(baru) yang ada sekarang tak betul.

Jelas saudara tidak tau sejarah UMNO. UMNO yang ada sekarang, mengikut nama yang diluluskan oleh pendaftar pertubuhan ialah " PERTUBUHAN MELAYU BERSATU ( BARU)" ATAU " UMNO (BARU)".

Mengikut syarat pendaftaran, perkataan " (BARU)" mesti digunakan setiap kali bagi membezakan dengan sebuah lagi pertubuhan yang bernama "UMNO", walaupun pertubuhan itu telah dibatalkan pendaftarannya.UMNO(baru) dan UMNO, pada rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan adalah dua pertubuhan yang berasingan.

Atas sebab-sebab muslihat politik, pemimpin - pemimpin UMNO(baru) sengaja tak sebut, bukan tak tahu....sengaja tak sebut. Mengapa?- itu isu lainlah.

Jika sdra nak buat UMNO satu lagi, saudara tak boleh namakan UMNO(Baru) sebab nama pertubuhan itu sudah didaftarkan. Mungkin saudara boleh cadangkan " UMNO ( BARU 2 )". Jadinya......
1.UMNO-----> 1946 - 1978 ( dah mati)
2.UMNO(Baru)--> 1978-2008? ( yg skrg)
3. UMNO(Baru 2) --> yg sdra nak tubuhkan.

Jangan keliru!

bat8

amoker said...

UMNO lagi.

How can such an organisation with unshakable image of corruption and nepotism be allowed to continue rulling? Certaintly God is against such practices and evil behaviours.

morkymoqq said...

Salams Datuk AKJ

Mungkin perjuangan UMNO telah sampai ke penghujungnya apabila pembesar2 UMNO sudah di tahap lemah dan tersepit atas perlakuan mereka sendiri.

Menyedihkan apabila rakyat khususnya orang Melayu (re: Melayu UMNO) terpaksa menelan pahit bahawa UMNO yang dibanggakan dahulu sebagai wadah perjuangan kemerdekaan kini di ambang kejatuhan yang amat dasyhat.

Lebih menyedihkan apabila dalam keadaan genting sebegini masih ada pembesar2 UMNO yang berkira2 menyelamatkan batang tubuh masing2 (terjemahan: savings his own ass) daripada melihat implikasi buruk yang akan berlaku akibat kedegilan pembesar2 ini untuk turun dan memberi ruang pada ahli2 UMNO memperbetulkan keadaaan.

Saya berdoa, ada hikmah dari dugaan yang menimpa UMNO masakini dan semoga generasi pimpinan UMNO akan datang mengambil iktibar dan memperbetulkan perjuangan untuk rakyat bukan hanya untuk kepentingan individu atau keluarga semata2.

Sudah tiba masanya ahli2 UMNO menerima bahawa perjuangan UMNO sudah terkeluar dari landasan dan UMNO perlu 'diketepikan' buat sementara bagi memperbetul keadaan, jika itu adalah pilihan terbaik bagi membawa kembali semangat dan perjuangan dalam UMNO..

Puyot said...

Sejak bila UMNO jadi pejuang bangsa Melayu? Setau saya, UMNO 'nampak' sebagai pejuang bangsa Melayu sebab Inggeris takmau berurusan dengan parti/pihak lain. Dalam erti kata lain, UMNO itu 'direstui' oleh penjajah.

Ramai buat-buat lupa pasal sejarah ni. Cuba baca, kaji dan teliti balik kisah sepuluh tahun sebelum merdeka. Kisah 'hartal', gabungan MPAJA-PUTERA dan sebagainya. Takkan fakta dulu-dulu dah terbuang dalam kolong najis?

UMNO itu sendiri adalah opportunis. Dan tidak hairanlah sekiranya keanggotaannya terdiri daripada ramai di kalangan opportunis.

Nak marahkan Pak Lah? Adoila. Pak Lah tu 'scapegoat' yang hobinya tidur dan suka menjawab 'tak tahu' saja. Tun M 'serah' UMNO kepada Pak Lah dalam keadaan tenat. Tenat akibat mengidap penyakit KORO. Sapa dulu berani bantah Tun M masa dia memerintah? Sama saja dengan dunia UMNO hari ni.

Ni la legasi perjuangan UMNO baru ciptaan Tun M. Sekarang, Tun M sendiri mendapat bahana. Saya kata padan muka. Moga Tun M bertaubat dan diterima taubatnya oleh Allah SWT. Tan sri Aisha Ghani kata 'perplexed' dengan power transition in Wanita? Aik?! Yang Tun M bagi UMNO kepada Pak Lah dulu, sapa yang bunyi 'perplexed' masa tu? NIL! ZERO! Semua ahli UMNO setuju menggelupur dan berkata: 'Samek na wa Ato' na'. Sebab Tun M punya
keputusan tak boleh disangkal-sangkal. Macam wahyu.
UMNO itu sendiri chauvinist dan menganuti fahaman ultra yang tidak menguntungkan bangsanya, tapi sekadar melampiaskan nafsu serakah beberapa kerat kroni yang ada di dalamnya sahaja. Jangan mengata DAP, paku dulang paku serpih. Dan saya menentang sebarang gerakan yang hendak mensekularkan politik. Kalau tak, buat apa Rasulullah penat2 berdakwah? Buat apa ditegakkan daulah Islam Madinah? Kenapa Muhammad SAW tak jadi macam Gautama Buddha? Suruh jangan bunuh binatang dan serangga. Buat baik pada manusia, alam dan haiwan. Sekadar itukah agama? Tidak sesekali!

Ka gumana?

nadzri said...

Ahli-ahli UMNO terutamanya sesetengah pemimpin yang banyak meroskkan UMNO.

Banyak yang mengejar kuasa, harta untuk kepuasan nafsu.

Sampai satu tahap, kesusahan rakyat pun tidak ambil kisah. Jika peduli pun, hanya lakonan sandiwara untuk meraih sokongan.

Mungkin, kurang dari 10 tahun UMNO akan karam.

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

uton51 said...

Y. Bhg. Dato AKJ,

SALAM PAKLAH SALAM PALIT

Saya telah pernah tiga kali dengan PakLah tetapi semua salam yang diberikan salam palit.
Pertama semasa beliau melawat Papar;
Kedua di UPM; dan
Ketiga di bangunan MCA.


2. Apa itu salam palit?
Salam palit ialah salam yang tidak ikhlas iaitu tangan hanya dipalitkan ke tangan rakan atau bukan salam persaudaraan.Salam asal ada.

Ibrahim bin Said said...

Datuk,
Saya tak berhak komen tentang UM NO sebab saya bukan ahlinya. Tapi nak "rintih" sikit kepada pemerintah. PRU telah lama berlalu, kerajaan telah terbentuk tapi kerjabuat sekarang ni hanya tertumpu kepada membela diri dan kumpulan sahaja, Mana agenda yang katanya mahu membela nasib rakyat.
Tulisan Datuk cukup releven, tahniah.

donmny said...

TUAN

seorang 'blogger' kena tahan, kita dah rasa nak demam, bayangkan kita di tempat DSAI. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Anonymous said...

Salam Datuk,
Bayangkan kesayuan akar umbi UMNO yang tidak mengundi atau buat undi protes lagi sekali dihalang dari memberi suara untuk memberi pendapat atau memilih pemimpin-pemimpin.

UMNO is lost.

Bila Tun Mahathir buat penyerahan kuasa, UMNO adalah gagah dan dipimpin oleh seorang yang berwibawa.
Tapi dalam keadaan UMNO tenat dan berkepimpinan lemah, penyerahan kuasa adalah satu kezaliman.

BenarkanAhliMemilih.

Nik said...

An ancient Chinese proverb states that a fish rots from the head down. The lesson is clear. If an organization fails, one need only look to those at the top to find the root cause for that failure.

You mean to say the Fish is gonna get Blown Up?!!

Samdol said...

Saya hairan, Apakah pemimpin dan ahli UMNO tidak sedar bahawa ia sedang mempertahankan kekuasaan AAB sedangkan UMNO sekarang sedang menuju kehancuran.

Atau mereka bersikap Luncai terjun dengan labunya "biarkan, biarkan".

galadriel said...

Astute observation Pak Kadir.

You are right in saying Umno was bombed at the polls and now at risk of implosion.

This kain pelekat, cash and hotel stays "incentives" are clear examples of bribery, but one that is seen as okay bye the practitioners cos "hey, we've always done it this way"

That is the malaise. That everything can be bought mentality. That they will do ANYTHING to keep the hold on power.

Umno is being revealed to me as a putrefying dead body that is exploding in different parts, with each explosion bringing forth maggots uglier and fatter than the last.

The only cleansing possible is to torch the dead body, with its attendant maggots.

But the breaking down of the dead body is just a natural cycle of all organic matter on this earth, each process part of evolution and ultimately beneficial.

In the case of Umno, maybe it needed to fall this way, cos the folks populating its leadership are no longer benefiting the party or the nation.

Maybe in the ashes of its demise will rise another purer form, just like the phoenix u mentioned.

However, in the interim period, there will be a lot of suffering, by those denied their customary pound of corrupt flesh, as well as the righteous ones who lament the loss of an ideal because of "mereka yang mengutamakan kepentingan sendiri."

Sad, but not without parallels in history.

Zainal Ariffin Ashari said...

Datuk,
Sila komen, bagaimana kerajaan boleh menurunkan harga minyak sedangkan rebet $625 telah dikeluarkan. Adakah kuantumnya akan dikurangkan? Betulkah minyak akan hanya diturunkan selepas April 2009? Kerajaan mungkin terlepas pandang harga minyak yang turun naik. Datuk dah tuntut ke rebet tersebut?
Salam

Da Real Deal said...

Jika Jawatankuasa Disiplin memutuskan untuk menggantung Presiden dan Timbalan Presiden UMNO di atas kelanggaran tataetika yang saya bayangkan Ray Charles pun boleh nampak terang-terang jika beliau masih hidup, ianya akan memulih kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan UMNO itu sendiri. UMNO tidak ketandusan pemimpin.

Perlu di ingat, barisan komponen lain bukannya yakin terhadap Pak Lah atau pun Najib sekalipun. tetapi mereka yakin keatas parti UMNO itu untuk menerajui BN.

Kita selalu lupa bahawa bukan pemimpin itu yang penting tetapi parti UMNO itu yang terutama. Oleh kerana kita bersifat beginilah maka ramai yang seolah-olah terpukau dan menerima peralihan kuasa dari Pak Lah ke Najib seoolah-olah parti itu harta pusaka keluarga yang boleh turun dari seorang keseorang.

Sekali lagi saya ingin ingatkan. Parti UMNO adalah parti demokratic dan seharusnya pemimpinnya itu di pilih secara demokratik mengikut tataetika yang telah di sediakan oleh jawatankuasa perlembagaan.

Semua ahli dari Presiden ke kebawah tertakluk bawah naungannya. There should be no two sides or double standards.

The implosion you are suggesting in UMNO is an exageration. Look at it as an attempt to cleanse the party from hypocrites who can look straight in your eyes and tell you a open lie.

uhang kincai said...

UMNO...The road up and the road down is one and the same.

uton51 said...

Dato,

Sebelum harga petrol dinaikkan sebanyak 40.625% saya menggunakan 400RM sebulan dan selepas dinaikkan saya menggunakan petrol sebanyak 560RM sebulan. Saya mengguna 6720RM sebulan selepas kenaikan petrol tolak 4800RM-625R tambah 20RM kos perjalanan ke Pejabat Pos untuk menuntut rebat berkenaan. Ini bermakna saya terpaksa berbelanja untuk petrol 1315RM setahun @ 120RM+ sebulan. Tanda RM diletakkan belakang sebab orang kita suka main belakang dan tikam dari belakang.


2. Dato AKJ, teruskan perjuangan, kerana idea Dato diperlukan oleh generasi baru.

uton51 said...

Dato,

Pembetulan saya berbelanja 1315RM setahun sepatutnya berbelanja tambahan 1315RM setahun

malay delima said...

Datuk, kita jangan lupa usia UMNO sudah 62 tahun.penyakitnya memang semakin kronik.kalau dibanding dengan umur manusia,kubur dah kata mari..

kumhor said...

datuk kadir, check out the latest minister to blog: http://www.ongteekeat.net/gogo_en/

Anonymous said...

Perkembangan UMNO sekarang amat menyedih dan memalukan. Hanya seorang saja pada pendapat saya mampu mengubahnya. Iaitu Presidennya Abdullah Ahmad Badawi. Caranya ialah dengan tidak bertanding dalam pilihanraya UMNO akan datang. Malangnya Presiden UMNO lebih pentingkan diri & keluarga dari parti & negara.

Siapa sangka seorang yang awalnya dianggap alim & bersih, rupa-rupanya gila kuasa & harta. Juga bermuka tebal dan masih merasakan dirinya diingini & dihormati oleh rakyat.

Malang sungguh nasib Malaysia.

Lanomeila

Anonymous said...

Saya sangat setuju dengan Berita Dari Gunung. Persoalannya sekarang Anwar team apa? Kalau benarlah yang dia akan menjadi PM tanggal 16 September.

Saya rasa Anwar adalah salah satu dari loser team. Juga penuh dengan dendam kesumat.

Bertambah malanglah nasib Malaysia..

Lanomeila

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).