About Me

My Photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).

Wednesday, August 20, 2008

UiTM dan Permatang Pauh Uji Kematangan Politik

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT.

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

RAMAI pembahas yang meminta pendapat saya mengenai isu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pilihan raya kecil (PRC) Parlimen Permatang Pauh.

Pandangan saya lebih kurang begini. Saya setuju orang Melayu dan Bumiputera menuntut dan mempertahankan hak mereka dan saya tidak menentang orang bukan Bumiputera menuntut dan mempertahankan hak mereka.

Cadangan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim agar UiTM membuka pintu kepada lebih ramai pelajar bukan Bumiputera adalah contoh kecil proses tuntutan dan pertahanan hak ini. Ia tidak sepatutnya membuatkan kita terlalu emosional.

Tidak kira apa yang dituntut dan dipertahankan oleh kaum-kaum di Malaysia, ia wajiblah berasaskan Perlembagaan, undang-undang dan konvensyen yang telah dipersetujui lebih setengah abad lalu.

Biar semarah atau sehangat mana sekali pun perasaan kita, kita wajib mengakui bahawa Malaysia adalah antara sebilangan yang amat kecil negara berbilang kaum dan agama yang masih kekal dan selamat.

Negara pelbagai kaum dan agama seperti Yugoslavia dan beberapa buah negara Caucasia sama ada telah hilang dari peta dunia atau sedang dilanda pertumpahan darah seperti India, Sri Lanka, Kenya dan Filipina.

Hatta negara-negara satu agama seperti Iraq, Iran, Afghanistan, Pakistan dan Turki pun terus dilanda keganasan dan kacau bilau.

Janganlah kita mengambil kesempatan daripada persekitaran politik yang kononnya lebih terbuka kini atau daripada tanggapan bahawa kerajaan sekarang lemah dan kucar-kacir untuk membuat tuntutan yang melampau, khasnya yang berbau perkauman.

Kita boleh merayakan demokrasi. Kita boleh berpesta dengan kebebasan dan keterbukaan. Tetapi kita hendaklah jangan lupa kepada segala bentuk sensitiviti yang berkaitan dengan masyarakat majmuk kita.

Sebagai seorang yang lahir sebelum merdeka (yang tali pusatnya dipotong dengan sembilu oleh bidan kampung) dan mendapat pendidikan pada tahun-tahun peralihan daripada bahasa perantaraan Inggeris kepada bahasa Melayu, pandangan saya banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan persekitaran waktu itu.

Kampung saya kampung majoriti Melayu. Penduduknya bercucuk tanam. Tanaman utama sampai hari ini ialah padi. Tetapi perniagaan dari awal-awal lagi dimonopoli oleh orang Cina.

Pergaulan mereka begitu mesra sehingga orang Melayu tidak berasa apa-apa membenarkan babi jiran Cina mereka berkeliaran. Allahyarhamah nenek saya memberikan keladi dan daun ubi kayu kepada jiran Cinanya sebagai makanan babi. Sebagai ganti dia mendapat kopi, gula dan tembakau.

Pengayuh basikal yang diupah oleh ayah saya untuk menghantar dan mengambil saya balik dari Sekolah Melayu Pendang, kira-kira lima kilometer dari rumah saya, adalah seorang bujang Cina bernama Ah Hin.

(Dia kemudian masuk Islam dan berkahwin dengan seorang perempuan Melayu. Tetapi khabarnya setelah bercerai dengan isterinya, dia kembali kepada amalan asalnya tanpa sesiapa pun buat ribut.)

Selepas lima tahun di sekolah Melayu, saya masuk Special Malay Class (Kelas Khas Melayu) di Saint Michael Primary School di Alor Star pada tahun 1959. Dari saat itu mulalah saya bergaul dengan budak-budak Cina, India dan Thai.

Oleh kerana Saint Michael adalah sekolah mubaligh Kristian mazhab Roman Katolik, bapa saudara saya seorang tok guru pondok di Pendang memprotes kepada ayah saya. Dia amat yakin sekiranya saya tidak dikeluarkan daripada sekolah itu saya akan jadi kafir.

Ayah saya tidak mempedulikan protes itu. Sebaliknya di Saint Michaellah saya belajar agama Islam dan sewaktu sekolah menengah menyertai kawan-kawan Muslim yang lain menubuhkan Persatuan Pelajar-Pelajar Islam.

Kami mewajibkan pelajar Islam tingkatan tiga ke atas berbaris ke Masjid Zahir pada setiap Jumaat lengkap dengan pakaian baju Melayu warna sekolah.

Tidak menyertai perbarisan ke masjid tiga kali berturut-turut tanpa alasan dikenakan tindakan disiplin oleh sekolah. Guru besar kami namanya Charles Alexander Westwood (yang kami pinda kepada Salleh Iskandar Kayubarat ketika Bulan Bahasa Kebangsaan tahun 1965) dan ketua agama (Brother Superviser) bernama Brother Brendan.

Persekitaran pelbagai kaum dan agama berterusan sehinggalah saya ke Maktab Sultan Abdul Hamid dan kemudian di Bernama dan New Straits Times Berhad.

Namun dari dahulu sehingga sekarang saya berpegang kepada falsafah bahawa Malaysia, sebagai negara berbilang kaum dan agama, tidak akan selamat dan makmur sekiranya kekangan ekonomi antara kaum dan di kalangan kaum yang sama, dibiarkan berlarutan atas nama ekonomi bebas, globalisasi, persaingan, meritokrasi dan keterbukaan.

Peminggiran kaum majoriti akan mengundang ketidakstabilan dan peminggiran kaum minoriti akan mencacat prinsip keadilan dan kesamarataan.

Dalam konteks semasa, kaum majoriti semakin jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi manakala kemiskinan berlaku dalam semua kaum.

Justeru itu, manakala Khalid Ibrahim boleh mencadangkan agar UiTM dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain membuka pintu lebih luas kepada pelajar bukan Bumiputera, dia juga wajib memastikan yang kuota atau bilangan pelajar Bumiputera di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditingkatkan.

Saya yakin UiTM dan pelajarnya akan lebih cergas, cerdas dan berdaya saing jika berlaku interaksi dan percambahan pemikiran yang melepasi garis dan sempadan kaum.

Mengenai PRC Permatang Pauh pula, saya terus berpegang kepada pendapat bahawa ketua de facto pembangkang, Anwar Ibrahim akan kembali mewakili kawasan itu selepas 26 Ogos ini.

Namun ciri-ciri berikut mungkin berlaku:

1. Kelebihan undi Anwar mungkin lebih kecil daripada yang diperoleh isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya umum 8 Mac lalu;

2. Adalah kebiasaan bagi Barisan Nasional memenangi PRC dengan kelebihan undi yang lebih besar. Dalam beberapa PRC, BN berjaya merampas balik kerusi daripada parti lawan;

3. Penyokong setia Anwar akan tetap mengundi beliau biar apa sekalipun dakwaan, tuduhan dan hukuman ke atas beliau;

4. Ramai akan mengundi beliau kerana percaya beliau adalah mangsa konspirasi tidak kira bahawa penuduh beliau sudah bersumpah dengan nama Allah mengatakan dia telah diliwat oleh Anwar;

5. Pasti ada sebahagian pemilih yang akan mengundi Anwar kerana mereka benci kepada BN, khasnya kepemimpinan Umno yang ada sekarang;

6. Pasti ada yang akan merosakkan undi atau tidak keluar mengundi sebagai tanda protes terhadap kepemimpinan BN dan Umno;

7. BN dan Pakatan Rakyat pasti menggunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada pada mereka untuk saling jatuh menjatuhkan;

8. Permatang Pauh akan menjadi medan perjuangan menentukan hala tuju politik negara dan masa depan watak-watak utama seperti Anwar, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak;

9. Keputusan PRC Permatang Pauh akan menguji kewibawaan dan penerimaan ke atas pasangan setia Abdullah-Mohd Najib dalam proses pemilihan kepemimpinan Umno yang sedang berlangsung sekarang; dan

10. Ia akan menjadi pentas untuk menguji keakraban dan iltizam pendukung Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan BN biar apa sekalipun yang akan terjadi kepada Anwar.

100 comments:

Ad said...

saya kurang setuju ttg pandangan dato ttg Uitm dibuka kepada calon bukan bumiputera. pada saya,apa salahnya hak istimewa itu dikekalkan.pendapat saya, hak tetap hak (hak itu tidak lagi dinamakan HAK apabia dicabuli), dan hak iu tidaklah sama sekali mengugat talian kemesraan berbilang bangsa di Malaysia.tetapi bila isu ini ditimbulkan, barula ramai bukan bumiputera berusaha menyokong dan xsalah rasanya bumiputera mempertahankan. idea pembukaan Uitm kepada bukan bumiputera mgkn adalah baik tapi bukan pada masa terdekat ini.

sukj said...

Datuk,

1. Sek Men Keat Hwa di A.Star dan Sek Men Sin Min di Sungai Petani. Ramai pelajar-pelajar Melayu menuntut disitu.

2. Malah pelajar-pelajar Melayu yang belajar dikedua-dua sekolah Cina tersebut, keputusan peperiksaan mereka lebih baik kerana persaingan dengan pelajar Cina.

3. Sekarang ini kita jangan fikir boleh atau tak boleh, tetapi kita kena fikir 'BERDOSAKAH' jika pelajar-pelajar bukan bumiputra diterima belajar di UiTM?

4. Manakala di Permatang Pauh pula, jika diadakan piliharaya kecil 3 kali dalam setahun, saya rasa Anwar Ibrahim tetap akan menang 3 kali setahun.

Belakios a.k.a Naz said...

Fuh, panas dan kena sekali. Apa pun berlaku, walaupun Dato Ibrahim membawa kes Tan Sri Khalid ke Mahkamah, tiada apa tindakan boleh diambil. Walaupun betapa ramai sekali pelajar-pelajar uitm mengepung bangunan suk Selangor, tiada apa yang boleh mereka lakukan.

Jika Dato Ibrahim mengatakan Uitm adalah untuk melahirkan lebih ramai professional Melayu, memang betul. Cuma, saya marahkan dia kerana lebih ramai graduan Melayu dalam bidang "general degree" (sekadar menyebut istilah dari JPA) seperti Business Admin, Mass Com, dan sebagainya. Masih kurang graduan bidang arkitek, farmasi dan perubatan. Mujurlah Uitm baru hendak membuka kampus khas untuk Farmasi dan Perubatan. Jika tidak, entah sampai bila.

ringgit said...

Isu ITM,

Seperti mana Sdr.anakbuah, sinbad dan clean memberi pandangan dalam isu ini - mereka senada mengatakan persainagn di UTM agak payah...

Mungkin sdr. anakbuah dah lalui mcm mane `kaw'nya bersaiangan dengan kaum lain...

Kata Sdr.Clean pula, imej Abu Shah sendiri tak mencerminkan tokoh NC...bagi saya apa yg dia cakap selama ini berbaur politik - cakap gaya politik dan Badut UMNO.

Kenapa bila kerajaan buka 10% kouta MRSM kpb bukan melayu tak melatah macam ni...

Wajah2 pelajar yang berdemontrasi seperti mana disiarkan di dlm akhbar wajar dikenakan AUKU..

Hairankan.., kalau pelajar UM dulu membuat demonstrasi mengutuk tindakan bekas ketua polis, rahim noor depan masjid Al-rahman dekat pantai 10 tahun lalu `dikacau' FRU...

Disebab kesan penjajahan Inggeris membuat dasar perintah dahulu..sehingga kini kesan perkauman masih menebal.

Kesannya - wujud Umno, Mca, Mic - sepatut tiga parti ini dah tak relevan untk masa kini.. KIta kena terima negara kita negara pelbagai kaum. Penjajah tak nak kita maju sebab itu mereka buat dasar perintah.

Melayu tinggal di kampung, Cina di pekan dan di bandar , dan India di ladang..

Umno hanya teus memperjuangkan melayu, begitulah MCA dan MIC pejuang kaum masing..

Jika kita lihat di Amerika negara yg maju mana ada parti mewakili kaum , pari mereka: pati buruh, demokrat, liberal.. Di negara mamju mereka mempjuangkan rakyat di dalam negara mereka. Tidak kiralah `negro' sekalipun seperi Obama tetapi di atas ke rasional dikalangan ahli dan rakyat mereka membenarkan dan menyokong sebagai Calon Presiden Amerika...

Tak da buka di negara barat parti untuk kaum kulit putih... parti negro dsb...Inilah dinamakan kemajuan...

Disebabkan pejajah dan pemimpin kita menerima kaum lain sebagai rakyat MALAYSIA, JAdi kita kena belajar menerima hakikat bahawa negara kita bukan lagi Tanah Melayu, tetapi MALAYSIA ada pelbagai kaum.

Jadi adalah adil memberi pelajar asing yg merupakan rakyat MALAYSIA mendapat hak menunut di mana-mana IPTA termasuk ITM..

Kita kena belajar menerima hakikat ini - rasional sebab mereka juga adalah rakyat Malaysia..Kalau dahulu kita boleh menerima kaum asing sebagai rakayat negara ini, kenapa dalam soal kouta asing di ITM kita tidak boleh menerima kemasukan mereka.

Untuk menjadi negara maju kita kita terima hakikat ini untuk hidup di bawah satu rumpun tanpa rasa prejudis - lihatlah bagaimana penyokong orang kulit putih ahli parti menyokong calon untuk jadi Presiden

Rasanya di negara ini masih jauh untuk keterbukaan seperti negara barat...
Bagi saya rumpun bangsa Indonesia disifatkan berjaya kerana rakyatnya pelbagai kaum masih menggunkan bahasa Indonesia - kesan pemerintahan Sukarno.

Mb selangor bari memberi cadangan...`satu kapal ITM' melatah dalam isu pembukaan 10% kouta asing...

- Kita terimalah prinsip Jus Soli. Ia seperti ramuan kuih yang salah...dari awal sudah silap ramuan dan acuan...Kita dah makan banyak kuih yang silap jadi susah nak ubah

Malaysia dah merdeka 51-tahaun kalau orang dah kira warrga emas memang susah nak bentuk...Tapi kalau budak baru 5 tahun senang - macam buloh baru mudah dilentur...

Bung Karno said...

Datuk AKJ,

1. Cadangan Khalid Ibrahim dan sokongan ketuanya, Anwar Ibrahim berhubung UiTM hanya bertujuan untuk menunjukkan kepada kaum bukan Melayu bahawa mereka adalah juara kepada bukan Melayu. Mereka sedia melakukan apa sahaja demi mendapat sokongan kaum bukan Melayu terutama undi mereka dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

2. Keluar dari mulut Anwar ianya adalah suatu kenyataan angkuh kepada Melayu dan bukan Melayu bahawa dia dan PKR sedia mebuat apa sahaja sekiranya berkuasa memerintah.

3. Mengaitkan ketidak sempurnaan UiTM sebagai tidak ada kualiti, katak bawah tempurung, tak berinteraksi, tidak mampu bersaing adalah meludah muka ke langit bangsa sendiri. 350,000 graduan UiTM tidak seburuk itu.

Hanya kerana memancing undi, Anwar dan Khalid menghina Melayu dan graduan UiTM serta institusi yang berkaitan.

4. Nilai sentimen UiTM sama seperti Tanah Rizab Melayu, Regimen Askar Melayu, dan segala yang ada dan masih dipelihara untuk Melayu atau dimaktubkan kepada Melayu.

5. Jika mahu dinilai kemajuan dengan pemberian 10% hak Melayu kepada bukan Melayu dan jika Anwar dan Khalid mahu terus menjadi juara bukan Melayu elok dimulakan dengan memberi 10% tanah rizab Melayu di Selangor kepada bukan Melayu. Khalid boleh juga mengarahkan PKNS memberi 10% tanah kg Baru kepada bukan Melayu. Khalid juga ada kuasa memberi ruang niaga PKNS dan segala yang ada 'Melayu' di Selangor kepada bukan Melayu. Demi persaingan rakyat Selangor.

6. UiTM ditubuhkan khas untuk mengujudkan kelas professional Melayu yang boleh bersaing dengan bangsa lain. Dan mereka upaya bersaing, tanpa perlu memberi 10% tempat belajar mereka kepada bangsa lain.

abe MIE said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Pasal debat
Markah
Dr. Koh- 75 %
Guan Eng-25 %

Boleh dijadikan nilai untuk pilihanraya kecil PP. Silap langkah Anwar kalah atau majorit kecil.

Namun begutu, ada yang tersirat di hati abe Mie ialah orang Melayu menjadi pembangkang di PP dan abe MIE takut perkara ini menjadi realiti dan merebak ke seluruh negara nanti. Pemimpinnya adalah orang Cina dan yang melalak sebagai pembangkang adalah orang Melayu yang majoriti 67% penduduk di Malaysia.

miniclubman said...

Saya ada mendengar pandangan orang yang mengatakan ' Pak Lah to be blamed for giving face too much to DSAI in the process of freeing him'.Moreover supported by Ezam's statement of Wan Azizah 3 requests from Pak Lah. He shall be held resposible for the succession of DSAI back into parliment thru PRC PP44. If BN lost he shall go also soon!!!'. That's what they say.

Anonymous said...

sir,i was there on nomination day...it was awesome...if i m a chinese,i will leave bn.if i m gerakan or mca,so too...cheers..joe,knightsbridge,london.

aku_aku said...

Masalahnya Dato,' sejak dari dulu lagi sudah banyak yang diberi oleh orang Melayu kepada "mereka" ni. Semuanya atas kesedaran seperti yang Dato' katakan, untuk menjaga perpaduan, hak mereka sebagai rakyat dan pelbagai alasan lagi. Tetapi apakah pengorbanan yang diberi itu berbalas. Pengorbanan yang berlaku hanya dari sebelah pihak.

"Mereka ini tidak pernah merasa puas apa yang diterima. Sehinggakan apabila kita bercakap untuk mempertahankan hak kita pula, dikatakan sebagai 'perkauman'

BlueMoon said...

Assm Dato'

Isu kemasukan bukan bumiputra ke UiTM bukan isu politik - ini pendapat saya dari awal-awal lagi. Kecederungan Tan Sri Khalid bersama-sama dengan kaum bukan bumiputera yang kebelakangan ini menuntut itu dan ini atas alasan demokrasi dan metrokrasi amat menyedihkan. Kaum bumiputera paling licik kerana mereka amat berpilih di dalam membuat tuntutan. Mereka menuntut disektor-sektor yang hanya boleh menguntungkan kaum dan agama mereka sahaja. Misalnya pemberian biasiswa, pengisian jawatan-jawatan di JPA, kebebasan beragama, penggunaan pelbagai bahasa, pembinaan kuil dan pemberian kontrak kerajaan. Boleh dikatakan semua tuntutan mereka berkisar dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan sahaja.

Pernahkah mereka menuntut pensataraan di sektor swasta? Pernahkah mereka menunutut supaya jawatan-jawatan penting diswasta juga beri kepada orang-orang Melayu? Pernahkah mereka menuntut supaya syarikat swasta bukan bumiputera menggunakan Bahasa Malaysia selain dari mandarin apabila mengiklankan jawatan-jawatan kosong di syarikat mereka? Pernahkah mereka menuntut supaya syarikat ini menggugurkan syarat bahawa pemohon yang layak mesti fasih berbahasa mandarin? Pernahkah mereka menuntut supaya syarikat Bumiputera juga diberi tender oleh penender-penender swasta? Pernahkah mereka menuntut supaya Bumiputera juga diberi peluang untuk menjadi Canselor atau Timbalan Naib Canselor di UTAR; Pengarah atau Timbalan Pengarah kampus di KTAR? Semuanya tidak kerana tuntutan ini akan merugikan mereka.

Didalam kerakusan memerintah dan penajaan Malaysia Malaysian, kenyataan Tan Sri Khalid mengenai UiTM lebih kepada promosi politik dan berat sebelah.

Namun demikian dan di sudut kecil hati, saya masih berpendapat bahawa UiTM perlu mengeksploitasi komposisi penduduk yang pelbagai kaum di Malaysia untuk kepentingan dan kemajuan mereka. Bagaimana ini boleh dilakukan, saya serahkan kepada kebijaksanaan UiTM.

Anak Malaysia said...

Dear Kadir.


Saya amat tertarek sekali dengan ulasan saudara berhubongan hubongan kaum yang bermula dari sekolah.

Di Malaysia kita ada tiga saloran sekolah yang besar,

Sekolah Menengah aliran Melayu,saperti Sekolah Alam Shah,Sekolah Tun Razak.

Sekolah aliran Cina saperti Chung Ling,Jit Sin dll

Sekolah Majmuk bahasa Ingeris saperti V.Instituon,RMC,Sultan Abd Hamid College,

Waktu saya di University Malaya dan tinggal di koleh Kelima baru saya terasa bagaimana beza nya tingkah laku pelajar yang datang dari aliran masing.

Yang berpekiran liberal,ceria dan mempunyai self confident yang lebeh ia ;ah mereka2 yang datang dari aliran Inggeris.Pelajar dari sekolah aliran Cina dan Melayu mereka ini hanya berkawan sama sendiri,tidak aktiv dalam kegiatan luar dan kurang yakin dengan diri sendiri.

Akhirnya Corak kepinpinan Malaysia juga Memaparka latar belakang mereka.Lim Kit Siang dari sekolah Cina lebeh Chuvanist jika di bandingkan dengan Ling Leong Sik yang lebeh liberal sebab ia datang dari RMC.

Sebab itu di Singapura,Lee Kuan Yew betul melawan Pemimpin Cina yang C.hauvenist yang datang dari Nanyang University

MUHAMMAD AZLI SHUKRI said...

salam, Saya percaya Anwar boleh menang di Pematang Pauh, namun sokongannya akan merosot.

Budakboy said...

Dato',

Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 tidak lama lagi. Saya telah menyertai perbarisan sebanyak 2 kali, kali pertama pada tahun 1974 dan yang kedua tahun lepas. Apa yang menyedihkan saya dalam perbarisan tahun lepas ialah tiadanya penyertaan kumpulan-kumpulan Chingay, Bhagra dan sebagainya. Negara kita kaya dengan semua ini jadi mengapa mesti kita sengaja miskinkan.

Berdasarkan apa yang terjadi semasa India dan Pakistan mencapai kemerdekaan dari Britain, tidak ramai yang yakin bahawa Malaya yang berbilang bangsa, budaya dan ugama akan dapat melalui tahun-tahun awal kemerdekaannya dengan aman. Keadan diburukkan lagi dengan adanya dharurat angkara Parti Komunis Malaya. Bak kata orang putih,"The odds were stacked against us".

Walaupun begitu, tahun demi tahun kita telah menyangkal ramalan "doomsayers" ini. Kita boleh berdebat dan berdiskusi sehingga kucing tumbuh tanduk untuk mencari rahsianya "kejayaan" kita tetapi bagi saya puncanya ialah permuafakatan dan tolak ansur. Perlembagaan kita berjaya menanpung keperluan negera kerana kandungannya adil walau apa pun kayu pengukur yang digunakan.

Di tahun-tahun awal dahulu, rakyat percaya dan memberi sokongan penuh kepada pemimpin. Ahli politik tidak berpolitik semata-mata kerana politik.

Keadaan sekarang jauh berbeza. Kehidupan seharian kita seolah-olah dikuasai sepunuhnya oleh politik hingga memuakkan. Sebagai contoh, dalam papan iklan mempromosi keindahan alam untuk perlancongan, mengapa perlu dimasukkan gambar P.M, T.P.M dan Menteri berkenaan?

Ahad lepas saya telah menghadhiri majlis perkahwinan anak jiran dimana saya bertemu dengan seorang jemputan berbangsa Cina. Dipendekkan cerita, kesimpulan yang kami dapati tentang kemelut yang sedang kita hadapi sekarang berpunca dari ahli politik dan mainnan politik mereka.

Semua kaum berhak menuntut dan mempertahankan tetapi jagalah sensitiviti kaum-kaum lain. Dalam apahal sekalipun, janganlah melakukan sesuatu hanya kerana ianya boleh dilakukan.

Saya bimbang kekacauan yang diramal berlaku semasa kita mencapai kemerdekaan akan berlaku selepas 51 tahun kemudian dan percayalah tiada siapa yang akan menang kecuali musuh-musuh kita yang hanya menanti ianya berlaku.

Kepada Dato' dan teman-teman semua, "Selamat Meyambut Hari Kemerdekaan".

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Nostradamus said...

Predictions on 10 Possibilities In Malaysia.
(Ramalan atas 10 Kemungkinan di Malaysia.)

1. Is it possible that DSAI wins the Permatang Pauh elections and become the next Chief Minister of Penang as a stepping stone to becoming Prime Minister?
(Mungkinkah DSAI memenangi pilihan raya Permatang Pauh dan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum menjadi Perdana Menteri?)

2. Is it possible that DSAB resign as PM of Malaysia after the Permatang Pauh elections and handover to DSNTR earlier than expected?
(Mungkinkah DSAB meletak jawatan sebagai PM Malaysia selepas pilihan raya Permatang Pauh dan menyerahkannya kepada DSNTR lebih awal dari jangkaan?)

3. Is it possible that UMNO and PKR will combine to form a new party?
(Mungkinkah UMNO dan PKR akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?)

4. Is it possible that all other component parties of BN without UMNO will combine with PKR to form a new party?
(Mungkinkah parti-parti komponen BN lain kecuali UMNO akan bergabung dengan PKR untuk membentuk sebuah parti baru?)

5. Is it possible that PKR and PAS will combine to form a new party?
(Mungkinkah PKR dan PAS akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?)

6. Is it possible that PKR, DAP and HINDRAF will combine to form a new party?
(Mungkinkah PKR,DAP dan HINDRAF akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?)

7. Is it possible that TDM and all other Little Napoleons knows of these possibilities and are preparing to migrate?
(Mungkinkah TDM dan semua “Little Napoleons” mengetahui kemungkinan-kemungkinan ini dan sedang bersedia untuk berhijrah?)

8. Is it possible that DSAI is charged and disqualified as Member of Parliament after winning the Permatang Pauh election?
(Mungkinkah DSAI didakwa dan tidak layak sebagai Ahli Parlimen selepas memenangi pilihan raya Permatang Pauh?)

9. Is it possible that there will be another by election in Selangor or Perak?
(Mungkinkah ada pilihan raya kecil semula di Selangor atau Perak?)

10. Is it possible that there will be new religious parties formed besides PAS eg. Christian, Buddhist, Confucianism, Hindu, Bahai, Sikhism, Judaism or other beliefs?
( Mungkinkah akan tertubuhnya parti berugama baru selain PAS seperti Kristian, Buddha, Konfucius, Hindu, Bahai, Sikh, Yahudi atau lain-lain kepercayaan?)

http://patek1472.wordpress.com

Anonymous said...

Datuk yang saya hormati,

Mungkin ada satu ciri dan item yang Datuk mungkin tidak menyebut iaitu,ciri pengundi yang tidak berapa suka cara bekerja PM sekarang dan melepaskan kebenciannya keatas kertas undi PR.
Mungkin pengundi sebegini membandingkan cara bekerja PM yang sebelum ini dengan AAB.
Misalnya, saya sendiri tidak sukakan AAB kerana saya melihat:

1.Tidak menyokong matlamat, nilai,visi dan misi perjuangan orang Melayu secara konsisten dan berani.

2.Keputusan dan polisi yang diambil tidak Memberi faedah kepada orang Melayu peringkat bawahan.

3.Tidak mahu Menyokong tindakan yang dipersetujui era kepimpinan terdahulu dan menghormati perbezaan dan kepelbagaian pendapat.

4.Tidak berupaya mempermudah hal yang kompleks atau maklumat yang tidak benar berkaitan orang Melayu dan kaum-kaum lain.

5.Kurang memungut data terpeinci mengenai pengundi Melayu dan membuat penyelidikan mengenainya

6.Kurang Mengunakan akal, gerak hati serta pengalaman bagi menyokong data dan fakta semasa membuat keputusan penting.

7.Tidak berupaya mengenal pasti perkaitan dan hubungkait data-data mengenai Melayu dan Malaysia

8 Kerja dan cara kerja yang flip-flop

9.Tidak berupaya mengenal pasti permasaalahan Rakyat bawahan bersesuaian dengan masa

10. Kurang Mendapatkan dan menganalisa maklumat dengan mahir.

sudah tentu banyak contoh yang boleh diberikan. tetapi, eloklah kalau cuba berfikir dan cari sendiri contoh-contohnya.
Blog Datuk banyak kali juga membincangkan hal-hal yang saya sebutkan di atas.

-makangaji.

OfficeBoyTingkat4 said...

Cara pemerintahan "pecah dan perintah" yang diamalkan oleh British pada era sebelum merdeka menjadi amalan kepimpinan kerajaan BN sekarang.

Mereka melihat jika ujud kesatuan yang jitu dan mantap dikalangan rakyat berbagai kaum, akan mendatangkan musibah kepada mereka.

Ini telah menjadi kenyataan pada PRU 12 yang lepas dimana semua kaum utama telah menumbangkan BN di lima negeri.Maka sekarang semboyan yang berbau perkauman dengan harapan kaum kaum ini akan terpisah semula ditiup semula.

Ketahuilah, bahawa kita perlukan bangsa Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira kaum jika kita ingin duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain didunia ini.

Kita harus menerima hakikat, bahawa Malaysia pada hari ini adalah Malaysia yang dihuni oleh rakyat yang berbilang bangsa, yang lahir dan akan mati disini.Inilah tanah air kepada seluruh bangsa Malaysia.

Jika kaum Melayu masih berpegang kepada tanah air ini adalah hak Melayu sahaja, saya amat khuatir jika ditakdirkan Malaysia diserang oleh negara India atau China, Malaysia hanya akan dipertahankan oleh orang Melayu sahaja.Jangan biarkan Malaysia hanya dianggap sebagai tempat "mencari makan" sahaja oleh kaum2 lain yang lahir disini sebagai warganegara Malaysia.

Sesiapa sahaja yang memegang teraju pemerintahan wajib memastikan setiap rakyat Malaysia taat kepada tanah air mereka.Saya melihat kerajaan BN telah gagal dalam memastikan ketaatan rakyat Malaysia kepada tanah air mereka, hingga ada orang Melayu sendiri malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysi.Ini adalah hakikat yang sebenarnya yang berlaku.

Anonymous said...

A'kum Datuk,

Latar belakang Datuk hampir menyerupai saya walau pun saya muda sikit. Saya dari satu pekan kecil di Kelantan di mana Melayu dan Cina amat akrab. Spt di mana-manalah perniagaan dibolot org Cina. Setiap org Cina ada nama Melayunya. Kita panggil mereka menggunakan nama Melayu yg diberikan kpd mereka dan kadang2 lupa nama Cina mereka. Malahan sesetengah Cina dapat baca Quran. Ada juga anak2 muda Cina tidak tahu bercakap Cina. Kalau ada org Melayu dari luar kawasan dtg utk menyerang org Cina, kami akan pertahankan mereka. Alangkah baik sekiranya senario ini wujud di seluruh M'sia. Mengenai UITM: Saya sebagai bekas pelajar merasa belum masanya UITM dibuka kpd bukan Bumi. Inilah juga pendapat Dr Mahathir, tapi beliaulah yg buka pintu MRSM kpd bukan bumi tahun 2002 dulu tanpa sebarang bantahan dari mereka yg kununnya pejuang hak Melayu. Khalid baru menyatakan persetujuan beliau dgn cadangan supaya UITM dibuka kpd bukan bumi tapi hampir setiap hari ada demontrasi upahan malahan beliau diancam dgn tindakan undang2. Ada permit ke? Itu budaya kita ke? Saya naik bengung bila agaknya org kita akan matang berpolitik. Mungkin 100 tahun lagi kut?

dpd: beransur mtg

amoker said...

Datuk,
Thanks for sharing your experience in a missionary school. I had mine and it has shaped me.

Regarding the Uitm, those who feel so badly about it can keep the university in its cacoon. My friends and I, and suspectly majority of Malaysians of 'kafir' descents does not want this 10%. Keep it la if it does not trigger another bloodbath. DSAI and Khalid would not win more votes because of this, but UMNO and many "Malay" groups would from their reaction. In fact, I do think that they are helping you folks. Even the Thai universities are now ranked higher than us. Go and continue on your racist agenda and forget about the need of the country.

MTUi said...

datuk,
dlm isu UiTM ni jika 'cadangan' tu datang dari pemimpin UMNO/BN...
1/ tak kan ada pelajar buat demo
2/ VC bakal buat reaksi yg berbeza
3/ media pun tak akan memainkan isu hak Melayu..

kalau tak silap pemimpin UMNO/BN sendiri yg membuka kouta 10% MRSM utk nonbumi....

inilah politik....penuh hiprokasi

rilek la said...

UiTM adalah u awam yg tertakluk bawah kerajaan pusat/Kem Pengajian Tinggi.

TS Khalid hanyalah MB Selangor... tak da kuasa dlm menentukan halatuju UiTM

baru peringkat 'cadangan' pun dah melatah!!!!

Sang Rajuna said...

Salam,

Saya rasa buat masa ini tidak ada tuntutan yang kuat daripada orang bukan Melayu supaya kita membuka UiTM kepada pelajar bukan bumiputera, dan tidak ada keperluan yang mendesak untuk itu.Pada masa yang sama, saya rasa masih ramai orang Melayu yang mahu supaya UiTM itu dikekalkan untuk pelajar bumiputera saja. Jadi buat masa ini saya rasa biarlah kita kekalkan keadaan yang sedia ada.

Oleh kerana UiTM pun saya kira tidak dapat menampung semua pelajar bumiputera yang hendak masuk ke situ, maka memang wajar jika kita berusaha membanyakkan lagi kemasukan pelajar bumipura ke IPTS. Dalam hal ini biasiswa dan pinjaman daripada pihak kerajaan agaknya perlu ditambah lagi.

Mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh, saya turut meramalkan Anwarlah yang akan menang, walaupun majoritinya mungkin akan berkurangan.

Cuma saya harapkan tidak akan berlaku hal-hal yang di luar dugaaan atau tidak dijangka, kerana pertandingan itu agaknya begitu sengit dan juga begitu penting kepada kedua-dua pihak.

PK said...

Encik Jasin,

Sungguh menarik apa yang encik katakan di dalam artikel tersebut. Saya selaku seorang rakyat malaysia yang berpandangan jauh dan telah mendalami bidang politik untuk sekian masa yang lama, saya mendapati isu-isu yang dibahaskan oleh parti pembangkang ini sudah tidak lagi relevan.

Mereka cuba menyemarakkan lagi sentimen perkauman di kalangan anak watan dengan pandangan politik mereka, malah sanggup mempergunakan mereka untuk kepentingan politik mereka sendiri. Malangnnya anak-anak watan kini tidak mendapat maklumat yang cukup dan hanya mendapat info daripada media-media tertentu seperti blog-blog dan surat khabar.

Bagi saya, Universiti Teknologi Mara ini sebenarnya ditubuhkan untuk membantu golongan bumiputera untuk bersaing dengan kaum-kaum yang lain. Maka kiranya objektif ini tidak tercapai, maka adakah relevan penubuhan institusi tersebut di bina?

Pemberian kuota kepada bukan bumiputera ini adalah suatu taktik politik Tan Sri Khalid untuk menarik perhatian golongan bukan melayu, sejurus kemudian menghidupkan isu-isu perkauman di mana mereka terasa kaum-kaum mereka tidak mendapat hak yang sama rata berbanding dengan golongan bumiputera.

Akan tetapi, Beliau tidak berani untuk mengulas dengan lebih lanjut kerana beliau tahu bahawa perkara ini adalah tidak relevan, dan hanyalah suatu cara untuk mendapatkan reaksi bukan melayu terhadap golongan melayu.

Namun demikian saya agak kagum dengan analisis yang dibuat oleh tuan kerana kebanyakan daripada ciri-ciri tersebut kemungkinan besar akan terjadi dalam masa yang terdekat ini, cuma kurang setuju sedikit dengan cadangan tuan berkenaan dengan pembukaan Uitm kepada kaum bukan bumiputera.

ringgit said...

Siapakah calon yang bakal menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh?



Hanafi Mamat 6.2%


Datuk Seri Anwar Ibrahim 80.9%


Datuk Arif Shah Omar Shah 12.9%
sumber: mstar.com.my

Memamng tak sabar nak tengok berakhirnya PRC di P.Pauh - Siapa yang kenal `pukulan K.O'.

Berdasarkan tinjaun dan undian rambang oleh mstar online rata2 pembaca memilih Anwar..

Malah setiap kempen yg dibuat di P.Pauh juga menunjukan bilangan yang hadir mendengar ceramah amat ramai berbanding si Arif Shah - hingga Naib kata, ramai atau tidak itu bukan menjadi ukuran.

Kalau di sana - dikampung Amwar pun ramai yg sokong, di dalam internet pun ramai yg sokong - ia sudah mirip macam penentu negara mana akan menjuarai World Cup.

Atas kertas memang tak dinafikan Anwar sudah menang tetapi ketika mengundi mcm hal boleh jadi mcm bola juga!

Sama undi rosak, undi pihak lawan, atau pun tak menunaikan tanggungjawab..jadi agak sukar juga untuk membuat ramalan di saat akhir.

Itu tidak masuk lagi unsur2 sabotaj atau taktik kotor macam pemain Italy si Materzazi ditanduk oleh Zidane di dadanya.

Kedua2 negara itu nak menang jd saling tuduh menuduh siapa yg mulakan provokai...Begitulah juga di PRC penduduk tempatan dilemparkan pelbagai kata hingga ada yg keliru provokasi mana satu yang betul...

Anwar diibarat pemain pilohan yang ramai penykong tetapi dah lama tak jaringkan GOAL..jadi ramai yang menanti bilakah si Pak Syeh ni dapat jaringkan gol untuk memadan kemarau yg berpanjang...

Si Arif pula baru sahaja menang PRU-13 diperingkat DUN kirama baru menang CUP kecil, jadi dia pun berkobar nak kumpul satu lagi koleksi yg lebih besar...yang dia tahu sukar nak lakukan ibarat MALAYSIA bertemu CHELSEA baru2 ni.

Itu cerita bola, memang nampak mudah. Apapun Anwar diharap dapat kembali ke PARLIMEN!!! Dan memang besar di P.Pauh.

HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA!!! Takbir!

p/s - Arif Shah lebih baik kamu calor rambut jadi perang ke.. kasi nampak muda sikit lorr..

Greenman said...

Datuk,

Perkiraan saya lebih tertumpu kepada situasi semasa yang belum membolehkan bumiputra dilelong atas dasar keuntungan politik atau keterbukaan.
Hanya masa sahaja akan menentukan apabila masyarakat majmuk lebih matang dan taraf hidup mereka telah meningkat.
Sepertimana isu Uitm, ada kritik yang mempertikaikan bilangan kaum lain yang berkhidmat dengan agensi keselamatan seperti Polis dan tentera yang saya percaya sentiasa mengalu-alukan kemasukan kaum bukan bumiputra tetapi hingga kini masih rendah bilangannya.

Percaturan P/Pauh lebih memihak kepada DSAI. Keputusan ini akan menjadi 'turning point' kepada arah tuju politik negara kerana perwatakan DSAI yang bersedia memperjudikan hak orang melayu untuk kepentingan politik beliau.
Apa pun tempiasnya pasti akan dirasai oleh semua orang kerana tanggapan "yang baik itu DSAI, dan yang buruk itu orang lain".

Lefrog said...

Datuk,
Saya menyokong cadangan membenarkan kemasukan bukan bumiputra ke dalam UiTM. Walaubagaimanapun, perkara ini harus diperhalusi termasuk isu kuota yang harus yang diberikan kepada mereka. Pada masa yang sama harus ada mekanisme yang berkesan untuk membantu bumiputra menembusi institusi pendidikan swasta. Berdasarkan pengalaman saya, integrasi Melayu dan kaum lain perlu ada untuk meningkatkan daya saing dan keterbukaan minda. Kita perlu menerima hakikat bahawa bumi Malaysia ini milik semua. Walaubagaimanapun, isu ini tidak perlu dipolitikkan kerana ini adalah isu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat, iaitu pendidikan. Kalau dipolitikkan juga, jadilah pendidikan kita seperti insitusi sukan negara, nak menang satu pingat olimpik pun payah.

chong said...

UiTM issue

VC & the students are too sensitive and behave like monkeys, as it's merely a suggestion. if after studying the suggestion and still feel that it is not appropriate, they can reject it in a polite way. what they have done is a shame to themselve and the university.

perhaps the problem lies to malaysia has no enough public universities after 50 years. there will never be a quota issue if we have more than enough universities. by then, you willbe invited to study in their university instead.

but our dearest government has no intention to built more university and resolve the quota issue. it is how they can rule and they prefer to put the money into their own pocket.

tico said...

YBhg Datuk.

Datuk mempunyai pandangan yang liberal dan sederhana. Pandangan yang sentiasa meletakkan keutamaan pada hak sendiri tanpa menzalimi hak orang lain.. Saya rasa pendapat seperti ini serasi dengan saya.
.
Bagi saya, kerangka kewujudan sesebuah negara adalah perlembangaan. Jika disamakan dengan manusia, ianya dibina dari tulang-tulang utama yang membentuk dan menampakkan sifat zahir seseorang. Jika dibawa pula pada kontek kereta, kerangka tidak boleh diubah secara sewenang-wenang . Jika diubah secara menyeluruh maka hilanglah indenti kereta berkenaan.. Dan yang paling bahaya perubahan pada kerangka akan mengakibatkan ketidakseimbangan pada bahagian-bahagian lain Walau bagaimanapun kita boleh membuat penambahbaikan di sana sini seperti ramainya di antara kita yang menambahkan aksesori di sana sini pada kerangka kereta sama ada untuk tujuan hiasan ataupun untuk meningkatkan prestasi pergerakan..

Cerita zaman persekolahan Datuk sungguh mengimbau. Pada zaman itu tidak ramai orang Melayu yang bersekolah Inggeris. Datuk juga ceritakan bagaimana bapa penakan Datuk memprotes kemasukan Datuk ke sekolah Inggeris.. Beliau cuba mengingatkan ahli keluarganya tentang satu ancaman besar. Ancaman yang boleh melibatkan perubahan besar dalam diri anak penakannya. Yang lebih menggerunkan ialah ancaman untuk menjadi seorang Kristian. Soal agama satu soal yang tidak boleh kompromi. Itu adalah haknya sebabgai ahli keluarga yang pakar dalam bidang keagamaan. Tetapi Datuk tidak menceritakan bagaimanakah hubungan ayah Datuk dengan bapa saudara Datuk setelah enggan menerima nasihatnya. Saya agak hubungan keluarga tetap seperti biasa. Jika tekaan saya betul , inilah yang kita katakana bahawa kita memainkan peranana masing-masing tetapi menghormati hak masing-masing.

Terlanjur kita bersembang tentang zaman kolonial, pada masa kita merayakan bulan kemerdekaan yang ke 51 ini, marilah kita memberi penghormatan kepada Inggeris.. Bisanya dalam bulan kemeredekaan ini kita memalitkan warna-warna kurang ceria ke atas wajah Inggeris walhal pada bulan bulan lain, kita sungguh bersemangat di kedai –kedai mamak menyaksikan persembahan English Premier Leage.

Pada merayakan bulan kemerdekaan yang ke 51 ini marilah kita memberi penghormatan kepada Inggeris. Penghormatan yang kita maksudkan ini ialah pesanan keramat Inggeris supaya kita bersatu padu. Pesanan ini kita ambil secara positif tanpa melihat apakah motif lain Inggeris berkehendakkan kita bersatu padu. Orang Melayu perlu bersatu Bersatu kita teguh, bercerai kita diubah.
.
Bagi saya siapa pandai siapa tidur kurang saya fikirkan. Saya bukan seorang pemuja wira ( Kereta Wira saya baru setahun guna, empat-empat cermin dah tak boleh diturunkan). Saya lebih pentingkan prinsip dan sistem. Prinsip perlu diwujudkan dengan persetujuan ramai. Prinsip perlu ditegakkan oleh sokongan ramai. Siapa juga peneraju sistem perlu diberi sokongan sekiranya peneraju berpegang kepada prinsip yang telah digubal bersama..

Bagi saya cadagan untuk mengambil, katakana 5 peratus bukan bumiputera ke UiTM tidaklah keterlaluan sangat. Inilah masa untuk bukan bumiputera memahami sosiobudaya bumiputera. Begitu juga sebaliknya. Saya boleh terima situasi dominansi tetapi tidak boleh terima situasi monopoli. Jadi Jdi berang apabila perniagaan hardware, alat ganti kereta dan perniagaan besi buruk dimonoploi..

Selamat menyambut bulan kemerdekaan.

Ibrahim bin Said said...

Dato' AKJ,
Tiap kali ada PEKAN baru dibina, hampir semua rumah kedai dimonopoli oleh orang lain. Trend sekarang pula ialah membuka cawangan-cawangan pasaraya besar spt GIANT, TESCO, PACIFIC (sekadar beberapa contoh) yang menjual barangan dari sekecil-kecil jarum hingga ke sebesar-besar tilam dan katil. Semua kedai runcit yang ada terpaksa "pakai pintu otomatik"; tertutup dengan sendiri. Medan untuk bumiputra nak berjualan cuma gerai-gerai tepi jalan, pasar minggu (nat) dan pasar malam sahaja. Yang sedihnya gerai-gerai dalam lengkongan penguatkuasa bandar sering kena hambat dan dirampas. Ada juga kawasan gerai di Alor Star yang cukup kebal dari tindakan pihak berkuasa, sekitar pawagam REX Jalan Putra dan DELUXE Simpang Kuala (sebagai OLD S.A.H.COLLEGIAN saya yakin Dato' tahu tempat-tempat ini) Dalam masa peniaga tepi jalan luar kawasan bandar bertempiaran lari bak diburu geruda, mereka boleh bertapak kukuh walau gerainya usang nak runtuh. Takjub, takjub ..............

anakbuah said...

Dato',

Saya berpandangan dan percaya isu iTM bukan isu politik tetapi dipolitikkan. Kalau pasal bangsa/bahasa, pasal hak, pasal ketuanan Melayu atau sentuh saja pasal Islam sikit dah kata mengamuk tak tentu hala. Sebagai politikus skrg, Khalid bijak hendak mencuba - dia dan kita tahu, cadangannya tidak jadi apa2 kalau bertindak sendiri apalagi kalau pandangan peribadi beliau, w/pun seorang MB. Itu saja org Melayu seperti Sdr Bung Karno dah tak tentu arah, meracau2 atau dah mcm nak berbunuh-bunuhan - malulah Bung! Banyak lagi agenda bangsa/agama yg lebih penting dan utama seperti masalah keruntuhan akhlak, kemiskinan, murtad dll.

Sebenarnya sentimen kita terhadap yg kita katakan hak-hak Melayu ini amat sempit, apatah lagi bila negara diperintah oleh gabungan parti yg mudah sgt mengapikan perkauman. Terpulanglah kalau apa yg saya katakan sebelum ini dikatakan menghina dan kalau saya ludah muka bangsa sendiri puntak apa - itu pun kalaulah ada yg mahu sedar.

Jgn silap, dari kecil saya dibesarkan dgn persekitaran Melayu, bersekolah kebangsaan dan menuntut di bawah payung MARA. Semangat kemelayuan saya masih tebal tetapi saya boleh memilih apa yg boleh disentuh dan mana yg 'haram' disentuh. Selama ini tanah rizab Melayu siapa cuba yg menggadaikannya? Apa yg di cadangkan oleh Mat Isa utk Kg Baru semasa beliau menjadi Menteri Wilayah dahulu? Kalau masyarakat di sana tidak berhati2 dahulu, sudah lama lebur Kg Baru. Dah lupa? Konon nak membantu tapi dlm masa sama nak ambil kesempatan utk kepentingan sendiri. Saya membesar tidak jauh dr Kg Baru, berubat dan makan tengahari pun di sana. Dan dahulu tiap2 tahun saya main bola di Kg Pasir. Rakan-rakan2 pun ramai lagi.

Nak tanya, mempergunakan pelajar berarak sambil melaungkan slogan Melayu dan kononnya mahu mempertahankan iTM tu nampak professional dan ada kelas ke?

Akhirnya, kita hiduplah berharmoni. Tak payahlah kita bakar perasaan perkauman itu. Kalau nak di sebut pasal semangat Melayu ni, berbilah2 keris ada dlm simpanan ibu saya, tinggalan Nasrul Haq arwah bapa. Jgn pula "semangat2" ini meresap semula ke dalam diri saya. Apa kesudahannya negara dan generasi kita?

Anakbuah

p.s.: Sdr sukj, saya tahu Sek (Rendah dan Men.) Keat Hwa tu. Ibu mertua saya baru saja bersara dr sana.

msleepyhead said...

Pelajaran universiti bukannya hak seperti yang dilaung-laungkan. Ianya hak untuk orang-orang yang berkemampuan secara akademik, mereka yang bijak pandai bukannya mereka yang lulus Gred 3 SPM. Kualiti pendidikan harus dibezakan dengan kemasukan semata-mata. Kuota boleh diberikan 100%, tetapi adakah dapat mencari mereka yang layak 100%. Pemberian sekeping kertas bernama sijil sarjana muda berleluasa hanya akan membawa kepada inflasi pendidikan dan akhirnya kembali kepada pengangguran.

Juga, perancangan tenaga pekerja haruslah dilihat kepada arah tuju negara di masa depan. Kalau ingin meningkatkan pengeluaran makanan, kita haruslah banyakkan pakar-pakar agrikultur, petani zaman modenlah namanya. Mass comm dan business ad tu akhirnya jadi kuli juga di mnc, yang bezanya kuli kolar putih.

miniclubman said...

Salam dato KJ,
Saya rasa UiTM sepatutnya mengekalkan ITM nya juga macam UTAR yang masih ada ITTAR nya. Mereka ada 2. Ini memberi peluang lebih besar untuk anak bumiputera belajar dari eringkat Institut ke Universiti.

Biarlah UiTM untuk melayu, sebenarnya dasar sekolah kebangsaan harus di ketengahkan. Sekolah yang ada berjenis-jenis ni kita tutup aje. Baru ada sistem pendidikan yang sama untuk semua. Jiwa Malaysia lebih jelas lagi dalam memupuk muhibbah dalam zaman ini berbanding zaman Datuk dulu.

ariapertama said...

buat pertama kalinya, saya secara peribadi bersetuju dengan hujjah-hujjah anda.

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,


Orang berpendapat UITM biarkan saja untuk Orang Melayu...Saya nak tanya: kenapa tak tanya UMNO tentang kuota 10% non bumi di MRSM dan kuota biasiswa JPA (45-55)?

Anwar pasti menang besar jika tiada penyelewengan dan penipuan. Tapi menang tetap menang.

Sampai bila kita nak mempertahankan hak Melayu elit, sedangkan kita bertungkus lumus siang malam mencari rezeki? Sampai bila kita nak pertahankan poket yang berisi bilion ringgit sedangkan kita hanya mendapat RM1K dan RM2k sebulan? Sampai bila kita nak memperbodohkan diri kerana nak mempertahankan pemimpin Melayu yang korup, hidup penuh dengan maksiat, dan menjual maruah bangsa dan jajahan negara atas nama Melayu dan hak Melayu?

Sampai bila kita nak memperbodohkan diri sendiri?

A KADIR JASIN said...

Sdr Tico,

Ayah saya dan bapa saudara saya tidak bergaduh.

Dasar ayah saya ialah "aku jaga anak aku, hang jaga anak hang."

Ayah saya pun bukan koman sangat pengetahuan agama.

Dia pun belajar lama juga di sekolah pondok.

Setelah beberapa tahun saya tidak juga jadi kafir maka bapa saudara saya itu dengan segala suka hati menjemput saya menumpang di rumahnya pada musim hujan supaya saya mudah ke sekolah.

Hendak ke sekolah waktu itu memang susah. Saya terpaksa mengayuh basikal sejauh 5 kilometer ke stesen bas Pendang dan naik bas UTC ke Alor Setar sejauh 20 kilometer.

Pada musim hujan, jalan ke kampung saya ditenggelami banjir dan pada musim kemarau pula berdebu kerana jalannya hanyalah jalan tanah merah.

Terima kasih.

R@duan said...

Syahdu apabila membayangkan cerita Datuk di zaman dahulu kala.

Sempena bulan kemerdekaan ini saya ingin membetulkan bendera Malaysia yang diterbalikkan oleh beberapa Blogger kita. Sila lihat:

http://suteramalaya.blogspot.com/

awangsulungmerahmenyala said...

salam sejahtera,
dato,sekolah st michael dah ditukar nama tidak lagi dipakai nama st michael.

LensaPR said...

Datuk memang jiwa malaysia.

OfficeBoyTingkat4 said...

Datuk,

Entah la apa nak jadi dengan kualiti produk UITM.Ada kualiti ka produk UITM? Jangan jadi kualiti 'Malaysian Book of Record" laku kat Malaysia jer...kat Myanmar pun tak der saper peduli rekod2 "TER" tu.

Pernah tengok budak budak UITM berhujah dalam mana2 forum kat internet ni? Macam hampass....

Bandingkan dengan kualiti hujah forum supernatural kaskus Indonesia pun tewas dah.Orang Indon yang membincangkan kaedah kaedah supernatural pun mampu berhujah dengan penuh ilmiah.Tak percaya masuk kat sini:
http://kaskus.us/forumdisplay.php?f=23

Nak tengok budak budak UITM, kat MIRC melambak la...kalau kena interview dengan TV3, maka banyak sengeh dari cakap...

Lagi satu nak tanya kat mana mana produk UITM, laku ka sijil hangpa kat seberang laut?Tak payah jauh2...hangpa pi bawak sijil hangpa ke Siam pun boleh try, laku ker tak...

Kalau universiti yang terbaik di Malaysia pun dok kat tangga 200 lebih dalam senarai universiti terbaik dunia, UITM nombot berapa...entah la...

Anonymous said...

Terima kasih DKJ,pendapat yang bernas dan tidak emosional.
1.Dalam isu Uitm,saya berpendapat NC Uitm mempunyai agenda peribadi,sebabnya sebagai NC tidak mungkin dia tidak tahu bahawa kerajaan BN telah membuka kemasukkan bukan bumi belajar di Uitm,kalau tak silah tahun 90an(Betulkan jika salah).Waktu itu tidak ada pihak termasuk YH Abu Shah membantah. NC gunakan kesempatan 'terbaik' isu Uitm kerana datangnya dari PR MB Selangor.Nak jadi wira agaknya.
2. Jika benar dia memperjuangkan hak Bumiputra mengapa dia NC mengabaikan tindakan kerajaan memberi biasiswa JPA dari 10% kepada 45% kepada bukan bumi.Tidak ada bantahan dan demonstrasi?
afja.

Wandy said...

Salam Datuk,

Hayatilah puisi/lagu dibawah. Kemudian fikir sama ada perlu tak UITM dibuka kpd bangsa lain.

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara.

P/S Saya rasa cadangan Tan Sri Khalid tu sebenarnya adalah cadangan DAP.

Anonymous said...

Datuk,

Saya berpendapat ramai orang sudah kabur dengan matlamat penubuhan UiTM ini sebenarnya. Kekaburan ini berlaku bukan hanya dikalangan orang ramai dan rakyat jelata tetapi turut berlaku pada pengurusan UiTM itu sendiri.

Bagi saya, UiTM ini ditubuhkan untuk menjadi penyelamat bagi golongan orang2 Melayu/Bumiputera luar bandar yang miskin dan sederhana. Dan telah diakui oleh konvensyen antarabangsa, antara kaedah paling berkesan untuk mengubah nasib golongan2 miskin ini adalah dengan memberi pendidikan dan kemahiran. Dengan adanya kelulusan pendidikan dan sedikit kemahiran ini adalah diharap golongan2 miskin dan sederhana ini akan mendapat lebih peluang pekerjaan dan tidak terus tercicir dalam kehidupan.

Nampak sekarang UiTM lebih tertumpu untuk menjadi institusi pengajian tinggi yang cemerlang untuk menyaingi institusi2 pengajian tinggi yang lain. Kemasukan pelajar2 nya juga terhad kepada pelajar2 yang cemerlang semasa SPM/STPM. Tiada tempat bagi pelajar2 SPM gred 3 malah SPM gred 2 pun tak tentu dapat masuk UiTM lagi.

Tapi sedarkah kita, keputusan SPM gred 2 di sekolah2 pendalaman dan luar bandar yang serba kekurangan itu adalah menyamai malah lebih cemerlang jika dibandingkan dengan SPM gred 1 di sekolah2 di Damansara, Bangsar, Sri Hartamas, Georgetown, Johor Bahru, Ipoh, Alor Setar dan seantaranya.

Kita sepatutnya bertanya, berapa ratus ribu orang lagikah pelajar2 Melayu di kawasan luar bandar yang perlu diselamatkan lagi dari keciciran ini. Berapa ratus ribu orang lagikah pelajar2 Bumiputera Sabah dan Serawak yang perlu diselamatkan dan diberi peluang pendidikan tinggi.

Setiap tahun, beratus-ratus ribu pelajar dari golongan ini yang tercicir kerana tidak layak masuk UiTM dan tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi swasta kerana tidak terdaya menanggung kos pengajian yang tinggi.

Tidak terlintaskah difikiran kita, siapa yang perlu kita beri keutamaan? Adakah wajar meletakkan "kecemerlangan" sebagai matlamat utama walhal beratus-ratus ribu lagi pelajar langsung tidak berpeluang menghidu bau pendidikan tinggi?

Datuk,

Matlamat dan perjuangan UiTM dengan universiti2 lain tidak sama. Biarlah pelajar universiti2 lain bermegah dan mendabik dada kononnya universiti mereka lebih hebat, kursus pengajian mereka lebih "tough", kepakaran mereka lebih jitu, nilai ijazah mereka lebih tinggi.

Saya lebih berbangga bila UiTM berjaya merubah pelajar gred 3 yang serba kekurangan menjadi pengurus syarikat2 biasa (tidak perlu pun menjadi tokoh korporat, hartawan ternama atau CEO2 GLC). Saya lebih berbangga bila UiTM menyediakan peluang kedua kepada pelajar2 yang drop-out dari universiti2 hebat seperti UTM, USM, UM dan seantaranya.

Biarlah UiTM ini dipandang sebagai universiti kampung, universiti celah gigi atau universiti kelas 3 tapi yang penting UiTM tidak lupa matlamat asalnya sebagai penyelamat bagi pelajar2 yang serba kekurangan. UiTM akan jadi lebih bermakna bila ia berjaya melahirkan insan yang tidak lupa diri. Tidak guna lahirkan pelajar yang cemerlang, hebat dan bijak seperti dari Oxford tetapi penuh muslihat dan menjadi dalang menjual bangsa sendiri. Tidak guna juga melahirkan pelajar yang hebat bergaul dengan bangsa2 lain tetapi penuh hasad dengki dan iri hati pada kejayaan rakan bangsa sendiri. (sakit hati bila pelajar2 UiTM lebih senang dapat kerja konon2 CGPA mereka lebih tinggi ... hehe)

Kolej Tunku Abdul Rahman tidak bermegah-megah untuk mengejar kecemerlangan kerana ia sedar tanggungjawab sebenar penubuhannya ialah untuk menyediakan peluang pengajian tinggi kepada pelajar2 terutama kepada bukan Melayu yang gagal mendapat tempat di universiti2 awam. Tumpuan mereka lebih kepada menyediakan pelajar mereka kepada keperluan industri. Yang penting pelajar mereka mudah dapat pekerjaan dan cari makan untuk hidup. Kita tidak anggap kolej ini "racist" kerana dipenuhi pelajar2 Cina. Kita juga tidak pertikaikan kualiti pendidikannya. Kita "acknowledge" sumbangan kolej berkenaan kepada matlamat dan survival kaum Cina di Malaysia.


Datuk,

Arwah Tok saya pernah berpesan. "Jangan lupa diri". "Kalau kita susah, kita mesti ingat, ada orang lain yang lebih susah dari kita".

Berpandukan pada pesanan ini, walaupun saya sedar yang saya secara peribadi sudah mampu bersaing secara terbuka dengan bangsa2 lain tetapi menyedari bahawa beratus2 ribu lagi anak bangsa yang masih tercicir dalam pendidikan tinggi ini, saya mohon pemberian 10% kuota kemasukan ke UiTM kepada bukan Melayu/Bumiputera ditangguhkan dulu dan pengurusan UiTM memberi lebih keutamaan dan lebih fokus terhadap usaha menyelamat pelajar2 tercicir daripada ghairah mengejar ego kecemerlangan.


-sinbad-

bat8 said...

Bung Karno

Khalid Ibrahim mencadangkan dibuka 10% kuota untuk BEBERAPA KRUSUS sahaja. Itu cadangan.

Bagaimana pula tindakan kerajaan menhapuskan pemberian biasiswa secara otomatik kepada penuntut-penuntut melayu di institut pengajian tinggi. Sekarang ini biasiswa tersebut telah lama dihapuskan.

Yang terbaharu dasar pembahagian biasiswa JPA adalah pada kadar 55%(bumiputra): 45 % ( bukan bumiputra). 55% tersebut bukan untuk melayu sahaja tetapi kena berkongsi dengan kaum-kaun bumiputra lain.

Mengapa kerajaan yang di dokong oleh UMNO bersetuju dengan tuntutan bukan melayu dalam pembahagian biasiswa. Yang paling malang, tindakan kerajaan menhapuskan biasiswa secara otomatik kepada orang melayu merupakan satu konsesi yang tak patut berlaku.

Konsesi terbesar UMNO dalam sektor pendidikan dibuat oleh najib semasa menjadi menteri pendidikan. Konsesi tersebut ialah membenarkan penubuhan-penubuhan kolej-kolej swasta.

Dahulu semasa era tun razak, UMNo telah menentang permintaan kaum cina untuk menubuhkan universiti merdeka. tapi dizaman TDM, berpuluh-puluh universiti merdeka telah ditubuhkan.

Sepatutnya semasa meluluskan kolej-kolej swasta, kerasjaan menetapkan syarat kuota tertentu untuk orang melayu dan yuran yang kenakan hendaklah lebih rendah dari yang dibayar oleh bukan melayu.Ini kerana tidak ramai orang melayu mampu membiayai penjajian anak mereka di kolej swasta.

Dengan tertubuhnya kolej-kolej swasta ini, kaum bukan melayu mempunyai peluang yang lebih luas untuk mendapatkan peluang pendidikan tinggi berbanding dengan orang melayu sekarang.

Tau kah bung karno, dengan meningkatnya kemajuan negara, peratusan anak-anak melayu yang mendapat keputusan yang baik makin ramai.

Kuota yang diperuntukkan bagi orang melayu untuk memasuki institusi pengajian awam tidak mampu menampung jumlah ini. Untuk masuk ke IPTS, kebanyakannya tidak mampu. Jadi ramai akan tercicir.

Berbalik kepada kaum bukan melayu. Mereka juga mempunyai kuota untuk memasuki IPTA. Yang tidak dapat masuk IPTA, mereka mempunyai kolej-kolej swasta untuk meneruskan pendidikan mereka.

what l am saying, sikap taksub sdra kepada UMNO menyebabkan sdra buta kepada beberapa tindakan UMNO yang merugikan orang melayu dari segi peluang pendidikan.

bat8

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Artikel Dato' menggamit memori saya.

Saya bersekolah rendah di Kota Bharu. Di sana sememangnya majoriti melayu.

Dalam ramai-ramai kawan yang sekelas, ada 3 orang bukan melayu.

Seorang bangsa jerman, Alex namanya. Bapanya expatriat dan merupakan pengarah sebuah syarikat antarabangsa. Kami panggil dia Elek dan gelar dia kepala bujur.

Seorang lagi berbangsa cina bernama Yap Kian Yau. Ayahnya memiliki kedai menjual peralatan sukan kalau tak silap saya dan ibu bapanya memang dibesarkan di Kelantan. Dia suka mengalah dalam permainan ping-pong kerana tidak mahu dikatakan berlagak.

Yang ketiga berbangsa sikh bernama John Dass. Pernah beliau mengajak saya menjaja burger di Stadium Sultan Muhammad IV semasa berlangsungnya perlawanan Piala Malaysia.

Untuk makluman Dato', sepanjang saya mengenali mereka, mereka tidak pernah menggunakan bahasa ibunda mereka di sekolah.

Seperti rakan-rakan lain yang berbahasa melayu, mereka menggunakan sepenuhnya LOGHAT KELANTAN, walaupun dalam kelas Bahasa Malaysia.

Malah yang saya ingat, di dalam kelas Bahasa Inggeris, ucapan Alex adalah sama pekat loghat kelantannya macam kami yang lain.

Semasa saya bersekolah di MRSM (1982-1986), telah dibuat percubaan untuk menerima pelajar bukan melayu. Dari 150 kemasukan pelajar, 1 atau 2 pelajar bukan melayu diterima masuk.

Amat jelas sekali, mereka yang berpendidikan sekolah rendah kebangsaan tidak mempunyai masalah untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pelajar melayu yang lain. Manakala yang berpendidikan sekolah rendah kebangsaan pula menjadi kera sumbang sepanjang 5 tahun mereka disana.

Namun, tidak pula terdapat apa-apa bantahan dari sesiapapun.

Semasa di ITM, saya ke Alor Setar membuat kutipan sumabangan bagi aktiviti mendaki Gunung Kinabalu.

Kebetulan, sekumpulan dengan saya ada seorang rakan yang mempunyai ibu berbangsa cina. Beliau rapat dengan keluarga melayu sebelah bapanya dan juga sebelah ibunya. Oleh itu beliau fasih berbahasa cina (saya tak pasti kantonis atau mandarin atau mungkin hokkien).

Kami masuk ke sebuah kedai singseh di tengah bandar meminta sumbangan. Suami-isteri cina tuan punya kedai tersebut berbincang dan kemudiannya menolak untuk memberi sumbangan.

Setelah kami keluar dari sana, rakan saya itu berbisik, memberitahu kesah perbualan suami-isteri tadi.

Rupa-rupanya mereka tidak berminat membuat sumbangan kerana di ITM tiada seorangpun berbangsa cina.

Sungguh senang menjadi kanak-kanak yang tidak prejudis.

Dan sungguh memenatkan apabila dewasa dan memiliki ideologi dan pandangan sempit.

UiTM pernah dibuka kepada 200 pelajar bukan melayu sebelum ini. TAR college juga pernah dibuka kepada 200 orang melayu. Dalam kedua-dua kes, tiada sambutan.

Dan tiada pula bantahan.

Bagi saya, adalah janggal jika UiTM menolak bukan melayu sebagai pelajarnya sedangkan UiTM mempunyai tenaga kerja (termasuk pensyarah) dari bukan melayu.

Bukankah kita dahulu pernah bising apabila banyak syarikat milik kaum cina yang mewajibkan kebolehan berbahasa mandarin pada iklan kerja kosong mereka. Malah kita tuduh mereka ini sebagai tidak patriotik.

Bagi mereka, tidak ada bezanya sikap mereka dengan sikap kita.

"Siapa lagi nak tolong melayu kalau bukan melayu". Ungkapan ini dah biasa sangat kita dengar.

"Siapa lagi nak tolong cina kalau bukan cina". Kalau kita ada terdengar ungkapan begini, terbakar hati kita, betul tak?

Kita menuntut hak kita sebagai melayu. Mereka menuntut hak mereka sebagai warganegara. Jika tiada tolak ansur, sampai kemana kita?

Saya setuju sangat bila ada yang berpendapat sistem politik mengikut ras sudah lapuk.

ringgit said...

PRC Permatang Pauh,


``Yang lawan kita lawan.. sampai menang..... tidak minggu ini minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini tahun depan, LAWAN tetap lawan..

``Saya bukan nak lawan dengan cicak mengkarung...Saya nak lawan dgn panglima...saya harap dikalangan rakyat, baik Pas Umno dan ramai yang tak da parti kita sekarang bersama dalam barisan untuk keadilan

``Kita bersiap sedia ...bersiap sedia untuk .berjuang sampai ketika dan waktunya..kita bagi arahan kita berjuang... insyaAllah Ta'ala..." - Datuk Seri Anwar Ibrahim, 1998 - Bekas Timbalan Perdana Menteri.


Dtk,

Kata2 Anwar 10 tahun lalu benar2 tidak mematahan semangatnya biarpun kiri kanan rakan2nya meninggalkan Parti Keadilan termasuk; Ezam, Chandra Muzafar, Roslan Kasim yg pernah mahu reformasi pentadbiran negara...

Tetapi Anwar benar2 kental meneruskan pejuangannya sehingga kembali pertanding dalam PRC...

Kata2 Anwar:
``Yang lawan kita lawan.. sampai menang..... tidak minggu ini minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini tahun depan, LAWAN tetap lawan..

Tentunya masih segar dalam ingatan penyokong kuat Anwar biar sudah 10 tahun berjuang - berpuluh ribu berarak di masjid negara, dataran merdeka dan tetap setia biarpun berdepan FRU...

Malah, kata `LAWAN TETAP LAWAN' yg sinonim dengan Anwar turut dipinjam oleh Khairy Jamaludian, Ezam - inilah kesan daripada Anwar yg ada di dalam jiwa org Umno..

Kesan itu juga membuatkan rakyat terjebak dengan pengaruh demonstrasi - seperti mana yg dilaku pelajar ITM baru-baru... , Inilah kesan Anwar dalam menuntut pembaharuan dan diikuti oleh rakyat secara tidak lansung.

Memang tidak dinafikan..Anwar cukup berpengaruh yang jarang-jarang sekali dalam kepimpinan negara ada individu seperti Anwar...



Selamat bertanding... semoga Anwar menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos 2008..

Rocky's Bru said...

Tok Scribe,

Tok Khalid, sebagai bekas kepala korporat besar di tanahair, tidak bodoh. Sudah tentu wawasan dia bab 10 peratus bukan Melayu di UiTM tu ada alasnya. Macam Tok Scribe kata, saya rasa Tok Khalid pun berpikir begitu dan memang bertujuan mau meminta supaya institusi lain yang tak cukup pembabitan Melayu-Bumi lebih ramah dengan intake anak2 Melayu dan Bumiputera. Malah saya yakin Tok Khalid jugak maukan badan2 korporat milik bukan Bumi-Melayu lebih mesra dengan bab pengambilan pekerja Melayu-Bumi, bukan sebagai peon atau pegawai rendahan saja tapi buat mengisi kerusi yang lebih empuk lagi.

Lagi bab UiTM ni, orang Melayu dan Bumi tok sah takut. 10 peratus tu OK. Macam Tok Scribe kata, pembabitan anak2 Cina dan India dan lain2 bukan Bumi boleh merangsang anak2 Melayu dan Bumi. Tapi mesti kita pastikan yang 10 peratus tu adalah yang terbaik antara bukan Melayu dan Bumi. Bagus jugak, boleh kita bukak mata mereka kepada budaya anak bumi.

Dan lagipun, dah pun ada lebih kurang 500 pelajar asing (dari luarnegara) yang kini menuntut di UiTM. Kalau rakyat negara lain kita boleh bagi peluang menuntut ilmu di UiTM, tak salah kalau kita bukak sedikit untuk rakyat negara sendiri yang bukan Bumi dan Melayu.

Silapnya, mungkin Tok Khalid bukak mulut tanpa berbincang dulu dengan pemimpin di UiTM.

Adat orang Melayu ni banyak beradab, tak gitu Tok Scribe?

kluangman said...

Pergaulan mereka begitu mesra sehingga orang Melayu tidak berasa apa-apa membenarkan babi jiran Cina mereka berkeliaran. Allahyarhamah nenek saya memberikan keladi dan daun ubi kayu kepada jiran Cinanya sebagai makanan babi. Sebagai ganti dia mendapat kopi, gula dan tembakau.
...................................

Nasib baik Dato' bukan seorang ahli politik semasa yang merebut jawatan atau berpotensi mendapat jawatan, jika tidak, isu di atas akan menjadi 'persaolan' samada pertukaran tersebut sah atau tidak di sisi Islam.

Isu ini sama juga dengan pelbagai pendapat berhubung sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful, begitu banyak pendapat sehingga mengelirukan.

Permatang Pauh sudah menjadi rojak, di atas kertas, Anwar boleh memang tetapi jika 'sumpah laknat' Saiful berkesan, Anwar mungkin tenggelam. Saya lebih tertarik untuk mengetahui 'alasan alasan' yang diberikan oleh pihak yang memang dan kalah selepas 26hb Ogos, adakah mereka masih 'sedar' atau tidak hakikat sebenar.

Apakah jika Anwar kalah, alasannya ialah ada penipuan dari BN, dan jika Arif Shah kalah, adakah Dolah akan berkata, ada ahli UMNO 'sabotaj'. Inilah lawak2 antarabangsa yang ingin kita tonton...

Berhubung isu Melayu dan bukan Melayu, hak dan sebagainya, kita sudah telalu selalu memperkatakan, memperdebatkan, sehingga tiada penghujung sedangkan semuanya sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Perjuangan secara perkauman sudah bertapak sejak merdeka dan lewat kebelakangan ini menunjukkan sudah tidak relevan dan makin goyah dalam era pemerintahan Dolah, perkauman sudah menjadi terlalu ekstrim seperti Hindraf.

Dalam ertikata lain, perjuangan memenangkan kaum sendiri dan merasakan hak kaum masing masing diganggugugat oleh kaum lain sebenarnya sudah sampai ke penghujung, GAGAL. Lantas jika diteruskan juga dengan acuan yang sama, kelak kita akan bertemu satu lagi 13Mei yang lebih dasyat..kerana pergeseran dan percaturan bukan sahaja fizikal, tetapi akan dirancang oleh minda dan teknologi terkini yang sukar dipadam api perkaumannya...

Ugama boleh menyatukan semua dan mnenyelesaikan masalah berasaskan perkauman. Di malaysia, tidak akan ada pergeseran ugama yang serius jika ia tidak dibakar dengan api 'perkauman'.

Saolan saya, jika anda seorang Melayu Islam, apakah anda mempunyai prasangka yang buruk terhadap seorang India Islam seperti mana prasangka anda hari ini jika dia seorang India Hindu..jawablah dengan ikhlas.

Seseorang yang dilahirkan mengikut kaumnya tidak boleh menukar status tersebut sampai bila bila, tetapi dari segi Ugama, mereka mampu berbuat demikian untuk berugama Islam..Dengan cara ini Islam akan lebih berkembang bukan berdasarkan posisi kaum tetapi kepada 'kebenaran' dan dakwah yang bijaksana..

(Saya hadkan penulisan untuk ke tahap ini dan bersambung di masa akan datang)

ringgit said...

Imam diarah hadir sumpah Saiful
Jimadie Shah Othman | Aug 21, 08 6:10pm
Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian.

Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.

Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emel yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

'Memang ahli Umno'

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Ramlang juga mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu".

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

"Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Tiada kaitan

Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005.

Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: "Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)".

Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.

Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam.

sumber: malaysia kini.

p/s: Kalau imam pun ahli Umno nak kata apa.. Dan dia pula mengaku diarah.

So fikir2lah sendiri... rakyat bijak tentu pandai menilai sama yang bermain sandiwara sebenarnya...

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Berkaitan PRK Permatang Pauh, saya tak mahulah buat ramaln siapa yang akan menang. Dah terlalu banyak ramalan.

Walau bagaimanapun, memandangkan isu sumpah laknat Saiful menjadi antara isu utama di sana, saya nak tarik perhatian Dato' dan rakan-rakan pembaca sekelian kepada artikel berikut yang disiarkan oleh lamanweb Malaysiakini (artikel bertarikh 21 Ogos 2008) dengan tajuk "IMAM DIARAH HADIR SUMPAH SAIFUL".

Saya sekadar memetik perenggan yang menarik perhatian saya.

Berikut adalah petikannya :

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

"Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: "Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)".

Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.

Artikel penuh berkenaan boleh dibaca pada http://www.malaysiakini.com/news/88281

Walau bagaimanapun secara jelas Utusan Online memaparkan perkara berikut pada 16hb Ogos 2008 :

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi.

Artikel penuh boleh di baca pada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Jika Ramlang kebetulan berada di situ, siapa pula saksi sebenar yang mewakili pihak masjid?

Jika ada wakil yang lain dari pihak masjid sebagai saksi bagi sumpah laknat berkenaan, kenapa bukan beliau yang menegur salah sebutan Saiful, kenapa Ramlang pula yang menegur?

Kepada pihak Utusan, kalau dah salah tu, kenapa tidak dibetulkan dalam ruangan ralat?

anakbuah said...

Dato'

Ada berita "menarik" dr blog politica : PESTA HANTU DI PERMATANG PAUH"

Tak heran Dato', Umno/BN boleh buat apa saja....dah terkenal pun - all out! Kalau yg kat atas tu kepala mcm hantu, memanglah bersepah hantu-hantu kat Ptg. Pauh nanti.

Nak tengok, ada tak bomoh yg boleh tangkap hantu.

Anakbuah

Indigo said...

Scribe,

Kematangan Politika
(kari ikan nasi tambah)

Sebusuk-busuk graduan UiTM
jangan kita menyusahkan negara
tanya Hishamudin Rais kalau
tak percaya.

Yang menghancurkan negara
perhatikan graduan UM yang
sungguh pintar yang tidak berjiwa walaupun rakyat dengar Abdullah dan Anwar masih tak percaya

Begitu handalnya orang Melayu
usahlah bertanya kaum yang lain yang rakyat kelas bawahan - keistimewaan berdarjat beraja melayu

Petah ketua menteri dan buah sukun jaguh fasih berbahasa hampas juara
- orang Melayu Pulau Pinang
dan tanah pusaka jangan percaya
tak percaya datanglah melancong
sungai melaka kita cemburukan
obor-obor pun ramah bukan bermusim
di Pulau Mutiara Yang Hilang

Bubarkan parti-parti komponen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perjuangan mereka
kecil-kecil si awang kenit
bertunjangkan kaum dan agama
cuma Abdullah dan Azizah
berdarah cina percuma

Biar aku dan mamak ku prejudis
matang politika kami lepas-lepasan
batuk di tangga dan ruji kian mahal
rezeki di tangan siapa?

Awang Maya said...

ISU UiTM

Kita bercakap tentang isu ini di awang-awangan (on the surface) dan bukan melihat pada alam nyata semata-mata cuba meraih populariti demi kepentingan politik masing-masing.

Cuba lah kita tengok pada realitinya yang sebenar. Saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Prof. Khoo Kay Kim. Ini bukan merupakan suatu isu yang perlu ditimbulkan oleh si Khalid Ibrahim. Kerana pembukaan kuota kepada bukan Melayu di UiTM (walaupun ditarik balik) telah dibuat pada suatu waktu dahulu. Dan hasilnya, berapa kerat sangatkah orang bukan Melayu (bumi) yang SUDI untuk belajar di UiTM. Kalau ada pun meeka yang mempunyai result SPM/STPM yang teruk.

Orang bukan Melayu pada hakikatnya TIDAK HINGIN pun untuk menjejaki UiTM kecuali kalau tiada pilihan lain (result yg teruk dan tidak berkemampuan).

Jadi, yang kita dok berdemonstrasi bagai nak rak dengan cara memaksa student turut terlibat tu buat apa? Ini semua gara-gara demi kepentingan politik. Selain daripada Khalid, ABu Shah pun turut cuba menayangkan belang politiknya.

Ni yang sedihnya, bila lantikan NC diberi kepada mereka yang ada kepentingan politik seperti Abu Shah dan Nordin Kardi. Yang jadi mangsa ialah pelajar kita. Wallahualam.

-Awang Maya- bekas student UiTM

Ir. Rizal Shafee said...

Rocky's Bru, antara lain, berkata: "Silapnya, mungkin Tok Khalid bukak mulut tanpa berbincang dulu dengan pemimpin di UiTM."

Ni pendapat MB Khalid Ibrahim apabila disoal dalam temuduganya.

Takkan nak bagi pendapat pun kena tanya kebenaran timbalan chanselor UiTM? Kalau saya nak beri pendapat mengenai UTM misalnya, bahawa "kita harus mengambil lebih lagi pensyarah terbaik dari merata dunia ", takkan saya atau pemimpin mana-mana kena minta kebenaran dari pihak UTM dulu sebelum memberi cadangan seperti itu?

Logik awak logik apa Rocky?

tok janggut said...

Salam Datuk,
Cerita Datuk dalam artikel ini mengenai hubungan antar kaum memang menarik. Perkara ini masih lagi berlaku di kelantan. Ayah saya selalu menerima limau, kuih bulan dan sebagainya dari kawan2 Cina, manakala kawan2 Cina ayah selalu menerima beras baru dan sebagainya daripada ayah. Dan kami memanggil mereka dengan panggilan melayu. Kalau nama Ah San, kami panggil Hassan, kalau nama Eh Lee, kita panggil Ali. Hubungan antara kami memang akrab sampai kini, tak tahu kenapa, mungkin keadaan negeri kami yang sebegini kot.

Berbalik kepada PKPP, saya menganggap kalau ada tindakan orang UMNO mengundi Anwar kerana benci kepada pimpinan Pak Lah, saya rasa itu satu tindakan yang boleh memakan diri sendiri. Ibarat kata pepatah saya, keluar mulut biawak masuk mulut buaya.

Sekian datuk

Pulut said...

UiTM UNTUK 'BUMIPUTRA'

1. Objektif penubuhan UiTM jika kita singkap adalah untuk melahirkan pelajar bumiputera cemerlang dan membantu pelajar bumiputera yang kurang mampu dari keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Tapi, jika kita lihat hari ini ini rata-rata pelajar UiTM terdiri dari keluarga yang berada dan berpengaruh ini menjadikan golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di UiTM sebagai golongan minoriti terutama di cawangan kampus Shah Alam.


2. Dengan kos yuran pengajian yang senantiasa meningkat setiap semester menjadikan golongan ini sebagai sasaran kesempitan kos sara hidup yang tinggi. Sebagai contoh semasa saya belajar di UiTM yuran pengajian naik daripada RM 220 hingga kepada RM 450 ini berlaku selama tiga semester berturut-turut. Mungkin kos ini amatlah kecil berbanding dengan IPTA yang lain tapi sedia maklum kos sara hidup di Shah Alam amatlah tinggi. Jika ditambah kos sewa rumah sekitar shah alam rata-rata RM600 untuk flat di sek 7 dan RM 1200 di apartment. Mungkin ada yang membandingkan yuran pengajian UiTM dan yuran IPTA yang lain yang mana lebih murah berbanding UiTM tapi harus kita ingat ini adalah hak Bumiputera untuk mendapatkan yuran yang rendah. Harga makanan di shah alam (Sek 2, dataran cendiakiawan,UiTM) yang harganya amat tinggi akibat kerakusan bangsa kita sendiri iaitu MELAYU. (majori penduduk shah alam adalah melayu. Pelajar membayar yuran murah+kos hidup yang tinggi= Pelajar IPTA Lain-lain (yuran tinggi tapi kos hidup rendah sebagai contoh harga makanan dikampus UTM,skudai lebih murah berbanding UiTM SA). Walaupun PTPTN adalah alternatif mengurangkan beban perbelanjaan, para pelajar kita telah diterapkan dengan budaya berhutang sebelum bekerja menjadikan bangsa melayu adalah golongan tertinggi dalam penggunaan kad kredit dengan bayaran minimum satu budaya yang memudaratkan bangsa MELAYU kini.

3. UiTM juga telah menarik perkhidmatan bas kepada pelajar untuk kemudahan sekitar kampus dan memberi hak yang istimewa kepada RAPID KL untuk mengambil alih perkhidmatan bas sekitar kampus dan pelajar 'kononnya'diberi harga istimewa sebanyak RM1 untuk satu hari perjalanan yang mana telah diketahui umum itu adalah harga tambang tetap RAPID KL kepada semua pengguna untuk
perjalanan tempatan. Persoalannya kenapa ditarik balik perkhidmatan bas? Dengan kemasukan RAPID KL di kampus UiTM isu keselamatan telah dicerobohi. Sesiapa pun mempunyai akses untuk masuk ke kampus UiTM Shah Alam dan kejadian kecurian motor,rogol dan sebagainya mempunyai kemungkinan yang tinggi boleh berlaku.

4. Dahulu pelajar UiTM yang tinggal di kolej mendapat kemudahan makanan tiga kali sehari manakala pelajar senior yang tinggal diluar kampus (NR) juga mendapat kemudahan tersebut. Diakhir semester pengajian saya kemudahan makanan kepada pelajar kolej diberi subsidi RM5 seingat saya manakala bagi NR terus dihapuskan. Ketika itu saya merupakan atlet universiti dan seperti yg dicanangkan oleh Pusat Sukan kami mendapat kelebihan tetapi ia ternyata meleset. Apa yang sebenarnya yang terjadi?

5. Dengan segala kemudahan dan kelebihan yang telah di kecapi oleh bekas-bekas pelajar sebelum ini adalah tidak adil ditarik kemudahan ini kepada generasi kini! Segala penarikan kemudahan ini terus di hantui dengan secara tiba-tiba NC UiTM melaksanakan projek gajah putih yg terkenal 'air pancut bertingkat' dan tasik kononnya sebagai ikon dan imej UiTM. Kos pembinaannya menjadi buah mulut para pelajar dan pekerja UiTM sendiri. Bagi saya tidak perlu itu semua, UM pernah menjadi Universiti taraf dunia tanpa air terjun dan tasik jutaan ringgit sebagai ikon dan imej. Pelik tetapi benar..

6. Dasar penubuhan UiTM adalah untuk bumiputra dan hanya BUMIPUTERA yang layak!! dan kenyataan ini meleset dengan kebanjiran pelajar-pelajar dari negara TIMUR TENGAH dan beberapa negara lain. INI ADALAH SESUATU YANG TIDAK DAPAT SAYA TERIMA SAMA SEKALI!! Objektif penubuhan UiTM sama sekali tidak sejajar dengan penerimaan pelajar-pelajar ini. Baru-baru ini saya kembali ke kampus UiTM Shah Alam dan saya lihat peningkatan pelajar-pelajar ini semakin meningkat. Alasan UiTM menerima para pelajar ini adalah untuk mendapat status Universiti bertaraf dunia yang saya rasa mustahil dengan dasar UiTM itu sendiri sebagai universiti untuk bumiputera!! Persoalannya kenapa tidak diambil pelajar-pelajar cina dan india warganegara Malaysia sendiri kerana pelajar cina dan inda juga mempunyai hak sekiranya UiTM mengambil pelajar luar negara. Mereka juga berasal dari CHINA dan INDIA. Luar negara juga bukan? Alasan UiTM adalah, pelajar-pelajar dari timur tengah beragama islam, adakah semua pelajar bumiputra UiTM sekarang semuanya beragama ISLAM? Dari segi moral pula, kebanyakan pelajar-pelajar timur tengah ini amat menyakitkan mata dari segi pergaulan dan pakaian. Pihak KESELAMATAN UiTM hanya memejam mata dan sikap pilih kasih jelas kelihatan mungkin bagi mereka ('PAK GUARD') kebolehan berbahasa INGGERIS terbatas membuatkan mereka bersikap pejam mata terhadap pelajar-pelajar timur tengah ini. Akan tetapi sekiranya pelajar bumiputera, tindakan pantas akan diambil. Yang paling menarik, pelajar UiTM semester 1 tidak dibenarkan membawa kereta akan tetapi pelajar-pelajar timur tengah ini dikecualikan. Bagi saya ini adalah ' DOUBLE STANDARD'!!

7. Isu terkini MB Selangor mencadangkan kuota 10% diberikan kepada bukan bumiputra dan pelajar asing telah ditentang habis-habisan oleh UiTM dan golongan-golongan berkepentingan peribadi. Yang amat menyedihkan saya pelajar-pelajar UiTM ibarat 'lembu ditarik hidung' mengadakan bantahan kepada MB Selangor sedangkan hak mereka sebagai pelajar bumiputra mereka ditarik dan dinafikan secara terang-terangan oleh UiTM. UiTM terlebih dahulu melaksanakan cadangan kuota 10% kepada bukan bumiputra dan segala perasaan bersalah UiTM dijanakan kepada MB Selangor. Pelajar kita rata-rata melayu ternyata 'Buta' dan naif dengan propaganda UiTM sendiri. Mereka sepatutnya berarak ke bangunan canselori UiTM bukan SUK Selangor!

8. Pelajar UiTM sepatutnya celik dengan pembelian satu bangunan apartment KRISTAL di Sek 7 Shah Alam khusus untuk pelajar 'timur tengah mereka dan persatuan pelajar ini menolak usul UiTM untuk HEP mengurus apartment tersebut sebaliknya diuruskan pelajar 'timur tengah'. Sedia maklum apartment terbabit dibeli daripada Worldwide Holding dan amat selesa berbanding kemudahan pelajar-pelajar kita. Adakah ini dikatakan UiTM untuk bumiputra? Kenapa ada pilih kasih dalam soal ini? Mungkin pihak UiTM akan menjawab pelajar 'timur tengah' ini membayar yuran yang tinggi. Bagi saya hak bumiputera adalah yuran yang rendah dan sekiranya pelajar bukan bumiputera kos yuran pengajian harusnya bukan menjadi persoalan. Dari segi kemudahan kolej harusnya tiada pilih kasih! Ibarat "kera di hutan disusukan anak dirumah ditinggalkan".

9. Saya bukannya menyokong kenyataan MB Selangor malahan saya amat menentang tetapi yang lebih menyakitkan hati pihak UiTM sendiri telah lama melaksanakan pengambilan pelajar bukan bumiputera sejak 3 tahun dulu. Saya menyeru kepada pelajar UiTM agak lebih peka dengan keadaan sekeliling dan memperjuangkan hak kita sebagai pelajar bumiputra dan bukan sebagai pak turut. Orang melayu sering dimanipulasikan dengan membangkitkan sentimen melayu dan pada hakikatnya orang melayu sendiri yang memijak kepala bangsa kita kerana dek kerana 'kepala bertengkolok'.

Dan sekiranya UiTM tetap meneruskan program pelajar bukan bumiputra mereka bagi saya tidak salah cadangan MB Selangor untuk meneruskan program yang telah pun dilaksanakan. Cuba anda renungkan..

anakbuah said...

Dato' & Sdr/i,

Saranan Sdr sinbad bagi saya adil asalkan pentadbiran iTM kembali ke landasan asal penubuhannya - lihat falsafah MARA.

Dlm masa yg sama, buat apa mahukan status "U" kalau tidak sama2 bersaing dgn uni. lain? Elok kekalkan saja "i" kalau tak mahu sama2 menghormati AUKU. Jgn ada 'double standard' pula, mentang2 Umno dan kerajaan sentiasa mempertahankannya. 'Double standard' inilah yg membuatkan kaum lain sentiasa mempertikaikannya.

iTM bukan tidak bagus. Pensyarah2 rekabentuk UTM sendiri adalah bekas graduan iTM dahulu. Tetapi bila org seperti NC sekarang, yg cenderung sgt kepada "tuan-tuan" parti pemerintah, kita nampak ada agenda-agenda lain disebalik tindakan dan arah tuju iTM sekarang - atau apa juga uni.2 lain. Org akademik yg bijak pandai sepatutnya bebas drp politik. Org seperti Khalid tentulah, dia naik jadi MB atas tiket politik PKR. Dahlah org agama seperti mufti negeri pun kena pekup mulut dan org professional di jabatan2 kerajaan pun kerja mcm 'puppet' (mengikut shj). Dan 'trend' skrg, org2 intelek pula mengikut mcm lembu cucuk hidung. Kata nak jadi negara maju? Nak jadi negara berasaskan ilmu dan teknologi?

Kalau diikut2kan org politik ni, hancur negara! Mentang2 ada kuasa, musnah bangsa dgn "cita-cita" mereka. Dah tu pulak nampak $$$ shj dlm bijik mata. Yg murah jadi mahal - lepas tu separuh masuk kocek sendiri. Anak bangsa terbiar ketagihan dadah, hilang harga diri, merempat, cicir pendidikan, kerja ala kadar, murtad dll. Ini yg dibanggakan jadi pemimpin skrg!?

Berbalik kpd saranan Sdr sinbad, saya setuju kalau iTM balik ke pangkal jalan - dah tersesat. Kalau kita rasional dan tidak dipengaruhi oleh politik, sebenarnya cadangan Khalid itu ada baiknya. Maksud saya, kita terlalu menjaga 10% itu tetapi seperti yg Sdr sinbad kata, mungkin 90% pelajar bumiputra luar bandar keciciran - apa untungnya? Kita punyalah berkira mengeluarkan RM100K utk fakir miskin tapi senang saja meluluskan koridor2 bernilai berbilion! Punyalah pertahankan rizab Melayu (kononnya atas nama Melayu) yg seciput tu, tapi buka WPI seluas-luasnya utk org luar?

Seperti juga MRSM di zaman Mahathir, siapa sebenarnya dalang semua ini? Mahathir pandai...beliau tahu (seperti juga British) Melayu mudah sangat lupa. Itu sebenarnya kelemahan Melayu - bangsa yg "tak apa, biarlah"!

Anakbuah

p.s.: Utk org Ptg. Pauh, elok berikan kuasa kepada yg layak - fikir, "hantu" layak ke jadi pemimpin? By-election ini adalah 'turning point' terutamanya utk negara - begitulah pentingnya. Jadilah pengundi yg bijak - selamat mengundi.

Anonymous said...

Saya tidak setuju dengan pendapat Datuk mengenai UiTM.

Dari sebuah institut, kepada Universiti, Uitm telah membuktikan kemampuannya mendidik anak bumiputera.

Saya tidak fikir warna kulit adalah faktor competitive untuk pelajar. Disekolah asrama penuh yang seratus peratus melayu, pelajar melayu telah menunjukkan keputusan amat cemerlang.

Yang menentukan prestasi pelajar ialah tahap pendidikan yang disediakan, komitmen dan inisiatif dari pelajar sendiri.

Oxford dan Cambridge tidak memerlukan persaingan kaum sebagai faktor pencapaian mereka sejak berzaman.

Kemasukan kaum bukan bumiputera hanya mewujudkan keadaan muhibah. Dan ini memang sudah terdapat disemua universiti lain di negara ini, samaada awam atau swasta. Bilangannya pun lebih banyak. UM, USM, UTM, UKM, UPM, UUM, UPSI, UTP, UNITEN, MMU, UMSabah, UMSarawak dan banyak lagi.

Jadi apa perlu untuk Uitm membuka kepada kaum bukan bumiputera.

Ianya ditubuhkan khas untuk mendidik pelajar bumiputera yang tidak mendapat peluang ke universiti, atas sebab latarbelakang yang tidak membantu mereka mendapat keputusan cemerlang SPM. Mereka ini diberi peluang kedua diterima masuk ke INSTITUT ini yang kini telah naik taraf sebagai universiti. Banyak yang telah berjaya di bidang mereka.

Datuk,
Yang menyedihkan saya nanti ialah faktor 10%.

Ini bermakna, lebih 10,000 anak bumiputera terlepas peluang ke menara gading.

Kemanakah mereka akan pergi?

Jadi saya faham kenapa pelajar Uitm jadi emosional. Angka 10,000 dah boleh membentuk satu Universiti.

Dipandang secara menyeluruh, pelajar diMalaysia banyak pilihan dari senarai yang dinyatakan diatas. Mengapa Uitm? mengapa tidak dulu semasa institute. Adakan kerana kejayaan Uitm?

Sedarkah Tan Sri Khalid yang dia telah menghiris hati beratus ribu pelajar, bekas pelajar dan ibubapa pelajar dengan menyatakan pelajar uitm tidak bagus? Jika uitm tidak bagus, mahukah pelajar bukan bumiputera, yang dianggap kompetitif, mahiu memohon masuk ke uitm yang kononnya tidak kompetitif?

Biarlah Uitm meneruskan agendanya yang sememangnya telah menunjukkan keputusan yang membanggakan.

Kita orang melayu tidak pernah menyoal agenda kaum lain, seperti cubaan menjual kuota rumah bumiputera kepada bukan bumiputera.

MM

kluangman said...

Saudara, ringgit dan sawit futures trader...
...................................

Kita janganlah jadi 'bangkai hidup' untuk menambahjadi batu api, api dalam sekam, duri dalam daging berhubung isu sumpah laknat Saiful. Janganlah bersubahat dan suka sangat menghebahkan cerita kotor strategi yahudi yang cuba mmpertikaikan sumpah tersebut dan meringan ringankan sumpahan yang dibuat dengan nama Allah.

Janganlah disensasikan siapa Imam tersebut, arahan siapa, mesjid mana, Quran dibeli dimana, kenapa sekarang atau pelbagai lagi remeh temeh...

Serahkan urusan itu kepada Allah, kita yang hidup hanya mengambil pengawasan yang tidak baik untuk jadi sempadan dan yang baik jadikan tauladan. Kita tidak layak untuk terlalu jauh berhujah atas apa yang kita tidak tahu..

abdrahim kassim said...

Datuk,

Politik adu domba antara kaum bagi meraih simpati dan sokongan, rasanya sudah agak ketinggalan zaman.

Sekiranya UMNO dan BN masih mahu memakai isu-isu seperti ini, tidak mustahil UMNO dan BN akan menjadi tidak relevan lagi dalam masa terdekat ini.

Untuk UMNO terus boleh diterima dalam arus permodenan masyarakat, bukan sahaja Abdullah yang perlu diganti tetapi juga cara berfikir ahli-ahli UMNO harus berubah.

thegreatteadrinkerdownsouth said...

Salaam, Datuk

It's been a long time, yah?

The whole UiTM imbroglio has been percolating for a long time.

With a whole lot of hyprocritical attitudes permeating the blogosphere.

The salient fact is that UiTM (together with all the other public-funded universities in Malaysia) are merely "also rans" in the great game of university rankings.

I have been looking at the THES-QS World University Rankings for 2007 and the Shanghai Jiao Tong University's Academic Ranking of World Universities for 2008. The universities in Malaysia (both public-funded and private-funded) are conspicuous for their absence from these well-regarded rankings.

Of course, the Vice-Chancellor of UiTM is silent on this matter. He would have to be, because in international rankings, he doesn't have a leg to stand on. Or to justify his stewardship.

But then, hard facts about international rankings, reputation and the quality of graduates cannot be allowed to distract Malaysians from racially-tinged hyperbole.

It is reasonable to assume that a government-funded (i.e. from public funds) university in Malaysia would have to provide education to ALL qualified Malaysians. Or are public funds the exclusive preserve of certain groups in the country?

If UiTM wants to maintain it's 100% bumiputra/Malay student body, then the powers-that-be should decree that it should be a private university that would seek it's own funding and not rely on public funds.

The red herrings of inequality and the inability of certain groups to compete on a level playing field has been raised time and again.

It is surely opportune to ask that, 50 years after Independence, and with vast sums of money spent on education, whether inequality or inability to compete on a level playing field has been achieved or not?

If not, what happened to the public funds spent on education since August 31, 1957?

And surely the V-C of UiTM should be able to enlighten us on the following:

- on the average, how many job offers did a UiTM student get before graduation or after graduation?

- what percentage of each UiTM cohort was still unemployed 1 year after they graduated?

- what is the average salary of UiTM graduates on starting work and 5 years after that?

- what percentage of UiTM graduates are employed by the public sector (i.e. the federal and state governments) and by government-linked companies?

- what is the number, to date, of UiTM graduates who have gone on to complete post-graduate education in, say, the top 50 universities in the world (as per the THES-QS rankings)?

If the V-C of UiTM can't answer these "bread and butter" questions, then the question should be asked as to exactly what he is doing. And what the public funds spent over the years to support UiTM have achieved?

Umar said...

Salam Dato'
Saya memang meminati The Scribe kerana komen dan ulasan Dato' tidak pernah berdasarkan emosi dan tidak pernah terburu untuk mengulas sesuatu isu. Syabas Dato'. You are a true Journalist indeed.
Well, nostalgia Dato' tu lebih kurang samalah dengan saya. Sampai masanya kita berfikir 1 tahap lagi ke atas. Ini zaman persaingan, may the best "man" win. Tertarik dengan pandangan Prof Khoo Khay Kim di TV1 semalam, selagi isu kaum ini menguntungkan ahli politik, selagi itu isu ini akan terus dimainkan. Fikir2kanlah.

abikhsan said...

Saya pun terkejut dengan statement Tan Sri Khalid.

Dalam kita marah pada TKI, let we think on the previous decision by our lovely government, regardless zaman Che Det atau Pak Lah;

a. MRSM dah ada quota 10% untuk NB

b. Sek. Asrama penuh juga ada quota untuk NB.

c. Biasiswa JPA dinaikkan kepada 45% untuk NB. Dulu hanya 10%.

d. IKM - sebelum PRU12 dah ada cadangan untuk diberi peluang kepada NB

e. Suria KLCC halau peniaga bumiputera dan sekarang suria KLCC ada 100% penyewa NB. Siapakah pemilik Suria KLCC? Vincent Tan atau Ananda Krishnan...?? Tidak, ia milik Petronas.

Pada saya, TKI hanya mencadangkan. Dan sebagai tindak balas, jawab saja cadangan itu dengan ilmiah dan bijak dan bukan nya berdemonstrasi jalanan. Ini menunjukkan sikap double standard pemerintah sekarang. Lain lah TKI hentak meja dan kata kena bagi kat NB dan ia mempunyai kuasa utk melaksanakan. Jadi ke NC UiTM nak bawa TKI ke mahkamah...???

Tiada pula bantahan atau demonstrasi dari DPPM atau MARA untuk perkara 'e' di atas, walaupun peniaga bumiputera dihalau dari Suria KLCC.

Regards

EX-UTM 91-96 - Skudai


** Keterangan di atas adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh unsur parti politik.

clean said...

Datuk..

Perasan atau tidak..

Berita pasal DSAI yang paling banyak terpapar dlm media sekarang nie (tak kira pro atau lawan).

dan DSAI belum menang lagi, harga minyak dh turun...

hebat kan DSAI?

Anonymous said...

Salam Dato,

Pelajar UITM berdemonstrasi atas arahan (tak bertulis tentunya) dari NC nya sendiri. Ini plitik UMNO campur politik kampuslah. Kat UITM tu pun ramai pelajar luar negara belajar disitu. Apa sumbangan ibubapa mereka kpd ekonomi Malaysia? Bukankah org2 bkn Melayu yg menguasai ekonomi Malaysia membayar cukai yg dijadikan bajet UITM? Anak2 mereka lebih berhak dpd pelajar2 antarabangsa tu. Kalau disiasat, berjuta RM negara ini digunakan untuk membiayai pelajar antarabangsa dari Sudan, Indonesia, Nigeria buat masters dan PhD di IPTA. Apa jadahnya sampai jadi macam ini? Kenapa tak berdemonstarsi minta hapuskan amalan "beri susu kpd kera dihutan anak sendiri mati kehausan", atau persatuan pelajar IPTA sekarang ni tak sedar. Awak kena bayar PTPTN tapi org2 luar dapat percuma duit yuran dan elaun setiap bulan. Siasatlah perkara ini dengan RMC kat IPTA masing-masing. Siasatlah juga dengan MOSTE yg keluarkan bajet R&D untuk IPTA.

Pak HJ JB

donmny said...

TUAN

saya setuju dengan pandangan tuan. lambat laun perkara ini akan berlaku juga, kalau kita mahu membina satu negara bangsa.

sebenarnya itulah pilihan yang kita mesti buat untuk bergerak kedepan.

saya percaya kalau kita boleh membuka UITM ini (dengan % yang terkawal), isu-isu lain seperti sekolah wawasan, sekolah cina dan sebagainya lebih mudah difahami.

kita kena berani menghadapi realiti ini. hanya manusia yang 'miskin' sahaja takut haknya diambil.tak percaya tengok sekeliling kita.

saya peniaga kecil yang mempunyai beberapa rangkaian. boleh dikatakan 100% pembekal adalah orang cina. berdasarkan pengalaman saya, faktor bangsa tidak memainkan peranan langsung dalam perniagaan. yang penting kejujuran dan amanah.

kenapa apabila JPA memberi biasiswa sehingga 40% (kalau tak silap), kepada bukan bumi, tak ada demonstrasi pun. saya melihat isu ini hanya isu politik.

anakbuah said...

Dato' & Sdr/i semua,

"....selagi isu kaum ini menguntungkan ahli politik, selagi itu isu ini akan terus dimainkan.

# Kata2 Prof Khoo Khay Kim ini seperti yg dipetik olek Sdr Umar amat tepat sekali - memang takkan sudah! Bangsa, agama, pendidikan, bahasa dll - semuanya mainan politikus (dipolitikkan). Kita patut tanya diri sendiri, siapa yg rugi skrg? Bangsa, agama, pendidikan, bahasa dll semuanya rugi. Siapa yg buat rugi? - politikus!

# Tapi kita selalu lupa, siapa yg memilih dan menyokong politikus begini? - kita!!!

Anakbuah

Anak Arshad Ayob said...

Dear Kadir.

Cuba kita lihat satelah ITM beroperasi hampir lebeh 30 tahun,mari kita graduan2 nya yang telah graduate dari ITM,ada kah mereka layak memasoki Division one mengikut takrif Lee Kuan Yew atau Div Three.

Kebanyakan graduate2 ITM yang saya kenal baik yang aktive dalam politik,atau business,tidak ada satu pun yang layak memasoki Division One.

Kalau dalam politik ianya sampai tingkat tertinggi sabagai Timbalan Menteri dan jikalau dalam perniagaan mereka hanya lah sekadar menjadi Lembaga Pengarah yang dormant.

Mungkin saya silap,jika tidak betul mungkin dapat di betulkan.

eddy said...

Salam Dato'. Your post on two subjects namely UITM and the Permatang Pauh Byelection apparently invited a variety of positive and negative but interesting responses. There was one commentator from Down south who even wanted statistical breakdown of employment of UITM graduates.

Dato', I am a practising Engineer(Civil)for the last 20 years, and throughout the years I have had the privelege to interview and recruit many graduate Engineers from overseas and local Universities. For the record, from my experience, I must say that UITM Civil Engineering graduates are as capable as their counterparts who graduated from the UK or USA.

However being a graduate from a UK university many many years ago, actually I think UITM Board should at least give the idea about inviting non bumis to study in UITM a thought and not reject it outright and being too emotional about it. Exposure to other races and different culture will foster good understanding between the various ethnic races and can only positively broaden the individual's mind. After all when UITM undergraduates does graduate and join the real world, they will have to interact with people of varied ethnic background anyway. People skill are important also in one's professional career. Oklah I think the politicians should not score points and impose a figure to how many non bumis should join but rather leave it to the UITM Board to decide the timing and the percentage that they are comfortable with later in the future.

About the Permatang Pauh byelection, I think its an absolute no brainer that Anwar will win, the only question is by how big a margin. What matters is whether his promise to form a new Government come 16 September 2008 would actually materialise. I pray for the sake of stability, it does not.

Bung Karno said...

bat8,

Unfortunately for non-UMNO supporters, the credit for creating UiTM (previously ITM) belong to UMNO leaders and the ruling govt.

Tetapi SEMUA pelajar Melayu tanpa mengira sokongan atau fahaman politik mereka diberi peluang belajar di UiTM.

Kita mempertahankan hak Mealyu UiTM bukan kerana UMNO tetapi kerana kita orang MELAYU yang hanya ada satu IPTA yang diberi segala kemudahan sepenuhnya oleh kerajaan untuk melahirkan Melayu professional.

Ini terlalu istimewa.

Segala apa yang berlaku yang dinyatakan oleh saudara berlaku kerana kemajuan,perubahan masa dan bertambahnya permintaan.

Begitu juga pemberian biasiswa dan pembukaan lebih banyak IPTA tidak menghakis hak Melayu atau mengkhianati apa yang telah termaktub untuk Melayu. Perkara tersebut melibatkan nisbah, bukan prinsip atau pembatalan hak.

Malah, kerajaan perlu berlaku adil dan melihat dari sudut perpaduan dan kesaksamaan.

Prinsip ini bukan milik DAP dan PKR sahaja dan apabila kerajaan melakukannya saudara tidak perlu rasa iri hati, sebaliknya menerima bahawa kerajaan juga berhakmelakukannya tanpa menunggu ujudnya kerajaan PR.

Indigo said...

Scribe,

I was reading this:

Somali pirates seize more ships

(The waters off Somalia is a hotspot, with 24 attacks reported between April and June [AFP])

Three ships - German, Iranian and Japanese - were hijacked by pirates off the Somali coast in an unprecedented series of attacks, a maritime watchdog said.

The Kuala Lumpur-based International Maritime Bureau's (IMB) Piracy Reporting Centre said on Thursday that two other ships, one Iranian and the other Japanese, had been hijacked by pirates in the same area...


when the next logical question as part of a progression with regard to Sdr Thegreatteadrinker tap on the knee preponderence is where would UiTM be with private funds?

The thought of UiTM short of philanthropists or well wishers is more of the bread and butter question.

(melayu dengan dongeng-dongengnya, with respect to the Constitution of Malaysia, bercucukan MARA)

Anonymous said...

Datuk,

Adakah siswazah2 lulusan dari universiti2 hebat seperti di dalam senarai "THES-QS World University Rankings" ini boleh secara otomatik dikelasifikasi sebagai satu kejayaan dan bukan kegagalan?

Menantu Perdana Menteri adalah produk dari universiti Oxford. Bolehkah kita klasifikasikan beliau sebagai satu kejayaan? Kalau "ya", mengapa dalam 10 rakyat Malaysia yang saya tanya, 11 orang sangat benci pada dia?

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar seorang lulusan Cambridge. Kalau beliau ini satu cerita kejayaan, mengapa GLC-GLC dan koridor2 semakin menjadi kontroversi? Isu2 ECM Libra-Avenue Asset, Pantai Holdings, Proton, TNB, Telekom dan lain2 semakin menampakkan kegagalan beliau. Komitmen GLC-GLC negara untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum juga nampak lemah dan tak bermaya. Lihat sahajalah gaya Azman Mokhtar ini semasa membentangkan kertas kerja di majlis anjuran GABEM bulan lepas. Baca teks pembentangan pun macam budak tak bersunat baru nak belajar mengaji muqaddam. Macam nak tak nak saja.

Apakah lulusan2 sebegini yang kita mahu bangga2kan?

Seperti yang saya cakap dahulu. Tak guna kita hantar rakyat2 kita menuntut di universiti2 hebat di dunia jikalau mereka ini hanya akan jadi lupa diri dan bongkak di kemudian hari. Tidak guna kita berbelanja dan berhabisan duit menghantar pelajar2 kita menuntut di universiti2 hebat ini andai agenda wang ringgit dan haloba materialistik yang menjadi keutamaan diri mereka di kemudian hari.

Saya lebih rela andai GLC-GLC negara dipimpin oleh budak lulusan universiti "kampung" yang jujur dan tekun berusaha.

Datuk,

Saya ingin mengajak rakan2 pembahas di blog ini agar menilai semula pandangan kita terhadap definasi kejayaan bagi seseorang siswazah.

Bukan dari universiti mana dia lahir. Bukan setinggi mana gaji yang diperolehi tetapi budi dan jasa yang dikembalikan kepada masyarakat, bangsa dan negara yang akan menilai samada seseorang siswazah itu benar2 berjaya atau tidak.

Elakkan lah dari perasaan hasad dengki dan iri hati terutama terhadap bangsa sendiri. Tidak guna kita mempunyai kelulusan tinggi tapi hati penuh dengan hasad dengki, tak boleh lihat anak bangsa sendiri mendapat lebih dari kita.

Lihatlah sendiri sesetengah2 komen dari dalam blog ini. Yang menghina, yang mengutuk, yang memperlekeh UiTM ini bukannya dari bangsa lain tetapi dari bangsa sendiri. Mengapa? Kita ingat kita sudah hebat sangat? Kalau kita ingat kita ini sudah hebat, apakah kita sudah lupa tentang ramai lagi anak bangsa kita yang masih lemah dan serba serbi kekurangan?

Sebenarnya perasaan dengki sesama sendiri ini lah yang membantutkan usaha bangsa kita untuk bersaing dengan bangsa lain.

Renung2 dan fikir2kanlah.


-sinbad-

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Sedih saya bila Kluangman kata saya ni cuba nak jadi batu api. Batu api ni selalunya boleh disamakan dengan tukang buat fitnah.

Mungkin Kluangman tak perasan yang saya telah berusaha dengan menyatakan bahawa "itu-ini" adalah petikan dari lamanweb "sana-sini".

Bahan dari buah fikiran saya hanyalah beberapa perenggan sahaja. Itupun berkenaan PERSOALAN TENTANG MAKLUMAT YANG BERCANGGAH DALAM SATU SUMBER BERITA BERBANDING SUMBER BERITA YANG LAIN!

Ironinya Kluangman bijak pula berkata-kata yang kita jangan bercakap tentang benda yang kita tak tahu.

Memandangkan tiada penjelesan lanjut kenapa kedua-dua laporan berbeza, ITU YANG SAYA MINTA PIHAK YANG MELAPOR SUPAYA LEBIH MEMENTINGKAN KREDIBILITI.

Ayatnya dalam komen saya yang terdahulu tentunya tidak sama, tapi jika Kluangman betul-betul baca dan fahami komen tersebut, maksudnya sama dengan komen saya yang ini.

Kluangman yang bijak pandai tentu tahu, dalam Islam, sangka buruk ni apa hukumnya....

Bila dua sumber bercanggah berita, maknanya salah satu dari mereka yang mensensasikan bahan penerbitan mereka. BUKAN SAYA!

Jika dua berita menerbitkan dua perkara yang bertentangan bagi satu peristiwa yang sama, mana mungkin kita orang kebanyakan nak tentukan betul dan salah.

DALAM KEKELIRUAN SEBEGINI, MANA MUNGKIN KITA MAMPU UNTUK "hidup hanya mengambil pengawasan yang tidak baik untuk jadi sempadan dan yang baik jadikan tauladan." BAK KATA-KATA HIKMAH KLUANGMAN ITU.

Dato' AKJ, sebagai orang lama dalam industri penerbitan, tentu setuju yang kredibiliti berita itu TERAMAT PENTING.

anakbuah said...

Dato' & Sdr/i,

Lihat poster yg dtgnya drp pihak yg desperate.

Ada tak yg berfikiran waras mengatakan poster ini datangnya dr kem Anwar dan dibiaya oleh konspirator Yahudi atau pihak luar?

Ada pihak yg nampaknya lebih hina dr binatang itu - jijik lagi menjijikkan!

Anakbuah

p.s.: Babi itu haram dimakan atau disentuh oleh umat Islam, tapi tidak hina. Manusialah sebenarnya, bila hilang akal, tarafnya lebih rendah drp binatang.

Anonymous said...

Dolah flip flop lagi. Bagi Dolah menguruskan ekonomi negara seperti menguruskan kedai runcik anak menantunya, ikut suka hati bila nak turun dan naik harga barang. Penasihatnya ialah seorang perasan pandai dari jb yang rata rata ahli UMNO sudah nampak siapa Sharir selepas jadi Menteri, yang sombong, ego dan lebih turut dari pak turut pada Dolah, kuat ampu sebenarnya..

Dolah menjanjikan 1hb Sep bagi menyeelaraskan harga minyak tetapi akhirnya mengumumkan 24hb Ogos sebagai tarikh penurunan harga minyak dengan alasan takut kalau kalau harga minyak naik lagi seingga 30hb Sep dan rakyat tidak dapat menikmati penurunan harga minyak.

Tentulah kita gembira harga minyak turun, bukanlah kita mahu menyalah semua perkara Dolah atas dasar 'kebencian' tetapi apa yang dipertikaikan ialah ketidakmantapan janji dan kaedah berubah yang digunakan (flip flop). Ini cukup merbahaya bagi dasar kepimpinan yang berubah tiba tiba atas satu perkara kecil.

Jangan bohong kalau semua itu bukan kerana Permatang Pauh. Tetapi jangan terperangkap apabila Anwar menjanjikan penurunan harga yang lebih rendah jika dia menang PP dan menjadi PM (walaupun itu janji kosong).

Lewat kebelakangan Dolah hilang teraju, lemah dan tidak berdaya memimpin negara, dia hanya dapat menjenguk di landasan ketapi laju dan mengumumkan penurunan harga minyak untuk kelihatan popular. Lakonan ini gagal kErana sesungguhnya rakyat sudah TIDAK MEMPERCAYAINYA LAGI.

Tindakan Dolah menjejaskan harapan kemenangan di PP, baginya Anwar menang, Najib tercoreng, Anwa kalah, dia tetap kekal tidak ditandingi - kluangman

A KADIR JASIN said...

Mohon persefahaman,

Komen-komen mungking tidak dapat dilayan buat tempoh masa 12 atau 13 jam akan datang.

Terima kasih.

Rashid Ahmad said...

saya setuju!

kpasu guy said...

Salam Dato'

Isu pokok disini adalah perkauman. Saya tetap percaya selagi masalah perkauman menjadi satu isu yang tidak dapat diselesaikan, bangsa kita tidak akan maju. Dalam kontek perkahwinan, kenapa Islam tidak menggalakan perkahwinan sepupu?

Kita sepatutnya mesti menerima keyataan bahawa kaum lain adalah juga rakyat Malaysia. Sebarang isu yang ditimbulkan akan memecah belah kita semua. Ini yang patut disedari tetapi oleh kerana isu kecil ini dari pembangkang dan cuma cadangan saja, ianya telah disensasikan oleh media dan kerajaan hingga habis satu Malaysia macam sesuatu perkara yang tidak dapat diselesaikan.

Dato'
Apakah perasaan kita jika kita bukan Melayu dan hidup di Malaysia?

Indigo said...

Scribe,

Dalam kita mahu berbincang dengan menguji kematangan politik saya paparkan sebuah laporan akhbar berusia hampir satu dekad:

Charges Against Anwar Altered by Government
By Thomas FullerPublished: THURSDAY, JANUARY 14, 1999
KUALA LUMPUR: CORRECTION PUBLISHED IN THE INTERNATIONAL HERALD TRIBUNE FRIDAY, JANUARY 15, 1999:

Because of an editing error, an article Thursday on the trial of Anwar Ibrahim incorrectly cited local media in Malaysia as the source of a comment from Prime Minister Mahathir bin Mohamad. He was quoted in Japan's Mainichi newspaper.

__________________________________________________________________

The government on Wednesday rewrote its corruption charges against Anwar Ibrahim, the former deputy prime minister of Malaysia, effectively eliminating the need to prove allegations of sodomy and sexual impropriety.

The prosecution will now focus more closely on charges that Mr. Anwar directed police to obtain denials from two people who had accused him of sodomy.


Today on IHT.com
China gives 6 American protesters 10-day detentionsShiite-led government in Iraq driving out Sunnis helping U.S.Among the Madrid crash survivors, courage and sheer luckThe government's sudden changes, which were accepted by Judge Augustine Paul, could, by limiting the scope of the trial, significantly shorten it.

That could prove beneficial to the government, which is considering calling general elections soon, and would probably see the trial as a distraction.

Mr. Anwar, whose arrest, beating and trial have rocked the political establishment, was infuriated.

"They have already stripped me naked," he said to reporters in the courtroom. "Now they are amending the charges."

The past 11 weeks of the trial have been filled with evidence designed to prove his homosexuality: a semen-stained mattress, DNA tests and a witness who said he was Mr. Anwar's "sex slave."The trial proceedings are reported almost verbatim in newspapers here.

"Having smeared his reputation, it is now unjust and highly prejudicial to the accused if the charges were allowed to be amended as proposed," said Raja Aziz Addruse, Mr. Anwar's lead counsel.

Mr. Anwar was more terse: "They cannot prove, they change."

In his ruling on the matter, the judge said: "I'm of the view that it's no real substantive change. The accused isn't prejudiced by these amended charges."

In the new charges, prosecutors changed the words "sodomy committed by him" to "allegations of sodomy."Where the charges had read that Mr. Anwar acted "in order to protect himself from criminal action or proceedings" the prosecution substituted: "to save himself from embarrassment."

Mr. Anwar's wife, Azizah Ismail, said the government's move showed the weakness of the original charges.

"The prosecution set out to prove to the world that Anwar Ibrahim is a sodomist and guilty of sexual misconduct," she said."These allegations collapsed. Anwar will be vindicated with the grace of God."

Mr. Anwar is also charged with separate counts of sodomy, but it is unclear what the latest development means for those charges, which were scheduled to be heard once the current trial is over.

With the prosecution's case nearly over, lawyers say the defense could start calling witnesses as early as next week.

Defense lawyers said Wednesday that they intended to call to the stand Mr. Anwar, Prime Minister Mahathir bin Mohamad, who fired Mr. Anwar in September, and Finance Minister Daim Zainuddin.

The trial is widely perceived to have tarnished some key Malaysian institutions, most notably, perhaps, the police. Police officers have testified during the trial that they intimidated witnesses in all-night interrogation sessions in order to get them to change their statements.

Police also beat Mr. Anwar when he was in custody in September, leaving him badlybruised. His arrest followed a protracted political battle between Mr. Anwar and Mr. Mahathir, his former mentor...


Nota:

Saya fikir Najib pun tidak berani mencabar kematangan politik Presiden UMNO. Apatah lagi Badan Pencegah Rasuah(BPR)sedang gigih melaksanakan tanggung jawab mereka kepada Kerajaan.

Anonymous said...

Dato'
Saya bersetuju dengan pendapat Bung Karno dan Bluemoon. Kalau bercerita tentang keterbukaan dan keadilan apalah sangat 10% yang dicadangkan oleh Tan Sri Khalid berkaitan UiTM. Tetapi kenapa ada MELAYU yang menentang dan ada pula MELAYU lain yang setuju. Ini kerana agenda "POLITIK" masing-masing.

Dato',
Banyak lagi boleh dicadangkan kalau untuk keterbukaan dan keadilan, antaranya Pinjaman TEKUN, AMANAH IKHTIAR, SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA, Ruang Kedai MARA, Tanah Rizab Melayu, Projek Kecil untuk Kontraktor "F" dan sebagainya boleh dicadangkan diberikan kepada Bukan Bumi. Tapi kenapa perkara ini tidak pernah difikirkan oleh pemerintah sendiri?. Kalau nak bagi kepada bukan bumiputera bagilah yang sepatutnya saja... tak kan asal ada saja rancangan yang kerajaan buat untuk bumiputera mesti diperuntukan sedikit kepada bukan bumi.
Dato' saya nak tanya dengan ikhlas, agak-agak Dato' kalau bukan bumiputera memerintah Malaysia ini adakah mereka akan beri atau fikirkan sama seperti pemerintah MELAYU lakukan sekarang?
Untuk pengetahuan Dato', pengalaman saya pernah menghantar servis kereta disebuah buah syarikat, kebanyakan pekerjanya adalah bukan bumi, yang ada 2 orang melayu yang bekerja sebagai jurutaip dan pembantu am rendah(itu pun agaknya kerana syarat yang ditetapkan oleh kerajaan mesti ada pekerja bumiputera)Kebetulan ketika itu ada iklan pengambilan pekerja sebagai apperentis, syarat yang sukar untuk diisi "keutamaan boleh berbahasa Mandarin". Itu baru satu contoh sebagai kebetulan sahaja.
Dato' saya rasa MELAYU Malaysia ni amat baik. Banyak toleransinya dan 'amat baik hati'. Di Indonesia, orang Cina namanya pun 'nama' Indonesia begitu juga di Thailand. Punya baik hatinya orang Melayu ni tidak disangkal lagi terutamanya pada orang 'dagang' seperti "KERA DI HUTAN DISUSUKAN , ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN".
Walaupun begitu, saya juga mempunyai ramai kawan dikalangan kaum bukan bumi.
T/kasih - Terang

Indigo said...

Scribe!

13 Branches For Sdr A-K!?
(panas di cawangs dan bahagians)

The comments get better and better!

Are you okay with Anwar winning with a good clear majority? Is Tun? odds - 6000vote there about

I am ok if you are ok.

(amboih! raya sakan lah orang kedah...tak pa, malam rabu i joget!)

L -U P-A apa dia

what is there anymore? najib(didhenotjustmadeareabtedare?) fixed to succeed. muhyiddin hemmed in by hishamuddin. mukhriz? la itu sebab saya tidak boleh komen sangat tentang kematangan politik - i always forget one. the disinterest in P44.

i am ok. jatuh bangun balik
sampai tak boleh bangun lagi

that is the TunM's way.
(matang politiknya
have it your way, Tun
we got fishing for marlin
as a writer loves to do, Tun)

warmest salaams

ringgit said...

``sawit futures trader said...
Salam Dato',

Sedih saya bila Kluangman kata saya ni cuba nak jadi batu api. Batu api ni selalunya boleh disamakan dengan tukang buat fitnah.

Mungkin Kluangman tak perasan yang saya telah berusaha dengan menyatakan bahawa "itu-ini" adalah petikan dari lamanweb "sana-sini".'' - sawit futures trader said..

Salam bro sawit futures trasder....
Kluangman buat tuduhan melulu cakap tuduh kita `batu api' walhal itu petikan dalam media onlie sumber pun MSTAR...

Ini ruang datuk kadir - ketengahkan isu Uitm dan Anwar... so petikan media itu ada kaitan dan pembaca bloger pickup terpulang untuk pembaca lain menilainya...

Kluangman masih pakai cara pemikiran tamandun lama yang sungguh purba suka buat tuduahan melulu, mengata BATU API...

Dia ingat blog ni dia punya pe gi DAHHHH!!!!

jiwakita said...

cuba lah pikir....

BETAPA BANYAK PROJEK HARTANAH YANG DIMILIKI OLEH BUKAN BUMI KAT MALAYSIA NIE...BAIK RUMAH,BANGUNAN,KILANG DAN PUSAT PERNIAGAAN MEGA DAN MINI,TINGGI ATAU RENDAH...!!!ITU BELUM LAGI TANAH
KOSONG,TANAH TOL,TANAH LAPANG,TANAH
PAJAK,TANAH LELONG,TANAH HARAM,KEBUN
BARU,KG.BARU,PEKAN BARU,PEKAN COWBOY,
BANDAR BESAR,BANDAR KECIL,PUSAT BANDAR....CUBA HITUNG CUBA KIRA...

HAK BUMIPUTRA?? CIPUT....HAK SAMARATA YANG MACAM-MANA NAK DIPERJUANGKAN....

ADAKAH HAK INI KONGSI RATA...
25% MELAYU,25%CINA,25%INDIA,
25%LAIN-LAIN BANGSA..?JADI 100%
KONGSI SAMARATA...SEDAP KEK KAT KEDAI KEK JEPUN JER...

TOLONG JAWAP SEIKHLASNYA DATO'...

rocky said...

minority of Malays are totally insecure be it about religion or education and more so on competing on equal footing.They have been indoctrinated by the UMNO politicians who keep saying Malays are weak and need help...off course UMNO's help. Loose the battle even before the war has started!!

This world the fittest and toughest survive in the jungle and sooner or later you will need to go into the jungle so be prepared and do not get culture shock cos in the real jungle there is no help.

UiTM can allow foreign students but not other Malaysians. Funny right. But that is to meet international rating standards so that UiTM will be rated higher. But what is the rating of UiTM and how is UiTM rated among other universities? and how marketable is UiTM students and how many are unemployed? Hell no point churning out graduate students who are unemployed but some like sinbad think that quantity is more important than quality. Does the VC look into this? UiTM perception on standard is low. Do something about it!!! but then that will be too much work. so better to protest and sue and waste tax payers money.

BTW once we can't live in harmony, we will all loose, some more than the others then all these will not matter but the rich will not worry cos they have the stash overseas and that includes Malays as well..well the UMNOputras. Funny is more Malays are selling off Malaysia then non Malays like selling sand to Singapore and giving away island(s) on silver plate and saying it is win win. and the very Malay is bad mouthing Proton etc etc. jangan la meludah ke langit...ini pun dah ramai tertawakan pemimpin Melayu kita yang syok sendiri dan berslogan ketuanan Melayu tetapi mengadaikan negara.

M.H. PUTEH said...

mungkin ada bagus nya uitm dibuka dan saya pasti lambat laun ia akan dibuka. cuma masanya belum tiba untuk kita menyerahkan hak keistimewaan ini untuk dikongsi bersama.

www.mencandat.blogspot.com

ringgit said...

(Dikemas kini) PERMATANG PAUH: Dilihat sebagai satu lagi kejutan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, Ustaz Ramlang Porigi muncul pada majlis solat di Masjid Perda di sini bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.

Di masjid itu, Ramlang menegaskan bahawa beliau telah diarahkan supaya menjadi saksi upacara bersumpah itu.

Selain di Masjid Perda, beliau juga menjelaskan pendiriannya di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan diakhiri dengan ceramah di Padang Ibu, Penanti.

Dalam kenyataan di hadapan kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat Ustaz Ramlang berkata, " pada hari itu saya... saya diarahkan oleh orang atasan saya untuk menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari, saya antara empat orang imam yang diarahkan untuk menjadi saksi."

"Sumpah itu bukan saya yang aturkan, teksnya disediakan oleh peguamnya atau mungkin ada orang lain yang buat itu," katanya dalam kenyataan kira-kira enam minit.

Selepas kenyataan itu dibawa keluar. Anwar dan imam itu akan mengadakan sidang media bersama dalam setengah jam lagi.

Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak pukul 4 petang tadi.

Beliau dijadualkan akan mengaku serta membuat pendedahan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya di pentas ceramah PKR.

Dalam ceramahnya di masjid Perda sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.

Jelasnya, beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut.

Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu.

Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.

Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."

Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.

Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh.

"Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh," katanya.

Sumber: mstar online (The Star)www.mstar.com.my

- ends -
-----------------------------------

Datuk, berita yg disiarkan dr mstar itu pasti akan menarik perhatian umum menjelang saat2 akhir hari mengundi di Permatang Pauh..

Terbuka buka pinta hati imam itu untuk memberitahu kepada UMUM kebenaran yang sebenar yang dialaminya.

Ini pengakuan terbaru lagi BERANI. Malah imam ini insaf tidak mahu bersekonggol dengan Umno walaupun ahli Umno biasa, sebaliknya BERKEMPEN UNTUK SDR. ANWAR!!

IsyaALLAH, tuhan akan mengerakkan hati2 mereka yang dalam dalam mencari kebenaran.

TAKBIRRRRR!!! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Semoga Sdr. Anwar beroleh kejayaan!

Anonymous said...

YBhg Dato,
Asalamualaikum, bagi saya UITM boleh dibuka pada bangsa lain selain Bumiputera apabila masyarakat China dan India memasuhkan sekolah China dan India dan hanya menggunakan satu sekolah kebangsaan. Itulah cara yang terbaik pada saya. Selagi terdapat sekolah yang demikian maka hasrat dan cita-cita Malaysia untuk menyatukan rakyat agak sukar. Bangsa China dan India perlu lebih bertolak ansur dengan bangsa Melayu dan saya pasti dengan tindakan ini bangsa melayu akan buka UITM dan bangsa lain juga perlu buka semua universiti pada bangsa lain juga.
YBhg Dato', sekarang ni trend sumpah....teringat saya masa kecil-kecil dulu kalau tak salah berani bersumpah..pada DSAI kalau tak "lewat", sumpah saja la dan kalau berani lagi angkat sumpah depan Kaabah.....baru gentlemen....
Salam pada keluarga YBhg Dato'.
Helang79

pak tam said...

salam

dah 5thn jadi PM , barulah nak jengok kepayahan rakyat menaiki komuter utk ke tempat kerja, kononnya bersama2 sesak n berdiri untuk merasai kesusahan......... Tahukah kita smua public transport malaysia, adalah amat menduka citakan dari segi keselesaan, ketepatan masa dan kecekapannya....boleh dikata bawah dari public transport India....

clean said...

Semalam saya kat permatang pauh.

Rata-rata saya dapati Modal UMNO hanyalah bergantung kepada Sumpah Saiful. Semua pos hangat UMNO tertera banner Saiful tgh angkat sumpah...dengan persoalan Anwar bila lagi..

(tp seblm nie PM, DPM dan semua dlm UMNO ckp sumpah saipul tu tak dak kena mengena dengan piliharaya kecil P Pauh.)

Sekatan jalanraya (road blok) dari Perak (bottleneck 3 lane jadi 1 lane). Nak keluar dari Ipoh (kat Jln K. Kangsar) dah ada road blok..'jam' jgn cakap lah.

dan saya tertarik dengan kenyataan Sdr. Mahfuz Omar (PAS):

talian hayat UMNO = punggong saiful

Anonymous said...

Datuk,
Saya amat yakin lambat laun Malaysia ni sepenuhnya akan jatuh juga ke tangan kaum lain kalau org melayu terus berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri.

Anwar hanya mempercepatkan proses jatuhnya kuasa pemerintahan Malaysia ke tangan kaum lain...

Jadi kita semua WAJIB berganding bahu menyokong Anwar, walaupun memang terbukti banyak kesalahan yang dia buat terutama sekali semasa menjadi TPM dulu.

TQ

From ME

kluangman said...

Ringgit .. kenapa rupabentuk sumpah masih dipertikaikan, sebagai petugas awam, imam - suruhan pihak atasan adalah perkara biasa sebagai pekerja bawahan, kenapa perlu dihairankan sangat. Kalau sumpah saiful disedari tidak betul pada masa itu, kenapa tidak BERANI membetulkannya pada masa itu, kenapa BERANI di atas pentas, berapa HABUAN dapat, BERANI ATAS APA ???? apakah kita lebih mempercayai kata kata yang dihamburkan di atas pentas politik daripada kata kata yang dilafazkan di dalam mesjid dengan nama Allah, kenapa berfikiran taksub ???

langit biru said...

Di Permatang Pauh, saya menyaksikan sendiri apa yang sedang berlaku.....

NAjib melawat pasar seberang jaya di pagi hari di boo dengan panggillan Altantuya dari penduduk setempat

tiba masanya......selamat tinggal UMNO.....

-WADAH- said...

Johan Jaafar pernah menulis sebuah artikel hari minggu bahawa orang Melayu tidak racial atau bersifat perkauman. Dengan menghujahkan kalaupun sesuatu kawasan itu mempunyai sebuah kedai runcit Cina dan Melayu, pastilah kedai runcit Cina itulah yang lebih maju berbanding kedai melayu.
Kalau dilihat dari satu sudut, ada logiknya kerana memang hal inilah yang berlaku. Bukankah orang sudah sedia maklum, walaupun seseorang kontraktor itu Melayu dan dia mendapat sesuatu projek, dia akan men-subkan projek tersebut kepada orang yang ada sumber (baca:cina).
Sama ada setuju atau tidak saya kira itu bukan isunya. Yang menjadi isu ialah, apa hal cadangan Khalid Ibrahim di Selangor sampai mendapat perhatian di Permatang Pauh. Sampaikan Anwar Ibrahim yang saya selam ini kagum dengan hujah-hujahnya turut bermain isu yang sama kerana dek nak mempertahankan orang kanannya. Andaian bahawa andai Anwar menang dan nak jadi KM Pulau Pinang adalah dangkal sebab kalau Anwar nak jadi KM, buat apa tanding kat P Pinang ? Baik tanding kat Selangor je.... Suruh sahaja Khalid Ibrahim letak jawatan untuk beri peluang dia bertanding di Selangor, jadilah dia MB.
Pilihan raya Permatang Pauh BUKAN menjadi penghakiman kepada apa-apa kes pun. Politikus (baca: BN atau PR) menjadikan pilihan raya itu sebagai medan mencari kuasa dan kedudukan. Hal ini amat menyedihkan kerana akhirnya, rakyat yang ketinggalan. Wallau'Alam.

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri sekalian,

Saya terlihat/terbaca dalam akhbar Sin Chew Daily keluaran 16 Ogos mengenai sumpah Saiful Bukahari pada hari sebelumnya (15 Ogos).

Akhbar Cina itu mencetak surat sumpah Saiful. Tapi kalau tak silap saya, surat itu bertarikh 14 Ogos.

Sesiapa yang boleh baca Mandarin tolong periksa dan maklumkan kepada saya.

Terima kasih.

Anonymous said...

A'kum Datuk,

Bila KM P. Pinang umumkan hari pengundian sebagai cuti am negeri, reaksi Najib dan tokoh2 BN lain ialah "unprecedented" dan pembaziran waktu kerja. Agaknya BN tidak menjangka ianya boleh berlaku, seolah2 BN saja yg boleh membuat unprecedented decisions. Sejak bila pula BN jadi perihatin terhadap pembaziran. Rasa geli akulah.

dpd: pengundi hantu

sawit futures trader said...

Salam Dato'

Setelah TERmasuk dalam hujah antara saya, Ringgit dan Kluangman, barulah saya terfikirkan sesuatu perkara.

Merujuk kepada perkataan "Kematangan" dalam tajuk artikel Dato' kali ini. Terlintas di fikiran saya tadi, kematangan berpolitik perlu merujuk dua aspek.

Pertama, aspek kematangan rakyat dalam isu politik.

Dan kedua, kematangan ahli politik itu sendiri dalam berpolitik.

Tiada tolak ansur dalam politik, itu realiti kematangan politik rakyat kita. Malah kadang-kadang isu politik ini begitu diutamakan, sehingga ianya diletakkan ditengah-tengah dua saudara islam, memisahkan kedua-duanya.

Kerana Permatang Pauh, kita lupa Hari Kemerdekaan dan kita juga lupa bulan Ramadhan yang akan menjelang.

Saya tidak mahu komen tentang kematangan ahli politik berpolitik. Cukup sekadar menyatakan sedih kerana tidak dapat memperlihatkan kecantikan islam kepada yang bukan islam.

Kawan-kawan bukan melayu bukan main petah berbicara tentang sumpah laknat kerana mereka tidak ada sempadan. Logik akal mereka hanya terhad kepada daya imaginasi mereka semata. Saya yang terkial-kial menjawab kerana kurang fakta yang tepat.

Badr said...

Kata abe mie:
..." Namun begutu, ada yang tersirat di hati abe Mie ialah orang Melayu menjadi pembangkang di PP dan abe MIE takut perkara ini menjadi realiti dan merebak ke seluruh negara nanti. Pemimpinnya adalah orang Cina dan yang melalak sebagai pembangkang adalah orang Melayu yang majoriti 67% penduduk di Malaysia"..

Kenapa baru sekarang abe mie mula sedar? Selama ini abe mie tidoq ka? Dah berapa puloh tahun orang melayu penang dok jadi tukang sorak dan penyanyi boria dalam kerajaan gerakan? KM selama ini dari gerakan tu, melayu ka?? ish ish ish........ tidoq rupanya selama ni!!

Datuk AKJ,

Soal membuka pintu uitm kepada pelajar bukan melayu sepatutnya tidak dianggap terlalu sensitif. itu hanya lontaran idea dari TS Khalid. nawaitu nya untuk kebaikan pelajar2 melayu sendiri. bagaimanapun, oleh kerana didikan dan cara fikir yang telah dimoulded mengikut kehendak umno, maka orang melayu menjadi taboo apabila mendengar perkataan persaingan/perlawanan/perlumbaan dengan kaum lain. selama mana melayu nak jadi kaum yang terkurung dan terkepung? selama mana melayu nak dan mampu kekalkan status seperti red indian? semuanya pakai reserve/rizab segala?

saya bersetuju kalau uitm dibuka kepada kaum lain tetapi biarlah dihadkan setakat max 10% sahaja. ini akan menyuntik elemen persaingan, elemen kompetitiveness, elemen global, mengaplikasikan teori glokal najib, teori blue ocean dan macam2 lagi yang kerajaan bn sendiri pernah promosi sebelum ini. kenapa bila perkara yang serupa tetapi bila diutarakan oleh tokoh luar bn, tiba2 saja menjadi begitu sensitif dan "dosa besar"? Bukankah lebih elok kalau pelajar2 melayu di uitm itu dididik bergaul/ didedahkan dengan environment yang lebih mencabar dengan kehadiran pelajar2 yang berlainan background, pemikiran, fahaman ugama dan nilai2 hidup?

Soal kemasukan pelajar bukan melayu ke uitm akan mengurangkan peluang pelajar melayu, itu boleh diatasi. Tambahkan saja tempat di uitm, katakan dari 100,000 kepada 120,000 tempat. 10% dari 120,000 baru 12,000; baki sebanyak 108,000 masih diisi dengan pelajar melayu. Nah, dekat mana berkurangnya peluang belajar pelajar melayu di uitm???

clean said...

kluangman said
"apakah kita lebih mempercayai kata kata yang dihamburkan di atas pentas politik daripada kata kata yang dilafazkan di dalam mesjid dengan nama Allah, kenapa berfikiran taksub ???"

Kluangman..sekarang kat M'sia ni ada 2 golongan. Satu golongan for sumpah dan satu lagi against sumpah. Sekarang bukan persoalan sumpah di dalam masjid tu sah atau tidak, upacara sumpah itu sendiri sah atau tidak? Kesucian sesuatu tempat (masjid, balai polis) itu boleh diaibkan dengan perbuatan manusia pentingkan nafsu dan diri sendiri.

Di Malaysia, dalam Balai Polis pon boleh terjadi kes rogol budak sekolah bawah umur.

Di negara luar, ada paderi melakukan salah laku seks didalam gereja.

Adakah Malaysia pon nak ikut sama?

Kluangman..tak payah la kita pikir susah-susah sumpah saipul itu sah atau tidak..

Adakah upacara sumpah sebegini pernah dibuat dizaman Rasulullah?

Saif Al-Hafsham said...

Pada hemah saya pembukaan 10% kuota kepada non-bumiputera bukanlah sesuatu yang akan merugikan org melayu.

Kita cuma ambil mudah: dalam 100 orang melayu kita cuma ambil 10 orang bangsa lain.Banyak sangat kah?Saya berharap supaya semua orang melayu berfikir dengan lebih matang dan memandang dalam konteks yang lebih luas.

Saya harap orang melayu tidak membohongi diri sendiri lagi.Semua orang bercakap yang budak2 lulusan Uitm tidak ada kelas.Dan biasanya untuk memohon jawatan kosong resume graduan Uitm diletakkan di aras bawah sekali.Itu fakta yang perit.

Kita perlu lari dari keselesaan. Anak2 melayu mesti di ajar bersaing.Cukup2 la keselesaan yang kekadang membuatkan kita lupa dan lalai..

abikhsan said...

Tahniah pada Ustaz Ramlang atas pengakuan berani mati. Sila pastikan haiwan peliharaan ustaz (kalau ada) cukup makan kerana selepas ini mungkin ustaz terpaksa menghilangkan diri macam Mr Bala dan Dr Osman (PUSRAWI)

Abu Sayyaf said...

orang arab jahiliyah tak tahu bersumpahkah?

ttlebon said...

Raykat mahu hidup senang dari terhimpit. Harga petrol naik menyebabkan Rakyat marah. Buat masa ini mereka tidak kisah samada pembangkang atau BN memerintah. Sesiapa yang akan membawa kepada kemajuan ekonomi Rakyat akan sokong. Rakyat mahukan pembangunan bukan caci mencaci atau tuduh menuduh antara para politik. Rakyat sudah muak dan jelak dengan perbalahan politik.