A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
RAMAI pelawat blog kita ini memberi pandangan yang bernas dan menarik kepada “posting” bertajuk “Perihal Muhyiddin Lebih Layak Dan Dr M "Pengarah Pemilihan" Umno”.
Membaca komen-komen itu sebelum disiarkan, saya terfikir satu hal yang mungkin membuat Perdana Menteri dan Presiden Unmo, Abdullah Ahmad Badawi, begitu marah sehingga tergamak mengherdik bekas bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hal itu, tidak lain tidak bukan, adalah hasrat suci Abdullah hendak memastikan keputusannya memilih Mohd Najib Abdul Razak sebagai penggantinya tidak diganggu gugat oleh sesiapa pun, hatta Dr Mahathir.
Justeru itu, beliau tidak mahu sesiapa menjadi atau berpura-pura menjadi pengarah pemilihan pucuk pimpinan Umno yang sedang berjalan sekarang kerana dia takut harapan Mohd Najib akan terjejas.
Saya berkata begitu kerana Mohd Najib bukan sekadar pengganti Abdullah, tetapi dia adalah “pengganti pilihan” atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “anointed successor”. Abdullah.
Sebelum bahagian-bahagian Umno memilih Mohd Najib sebagai calon Presiden dan bakal Perdana Menteri, Abdullah sudah memilihnya.
Bukan itu saja, pelan peralihan yang kini menjadi agenda Umno dan negara adalah hasil runding empat mata dua hati antara Abdullah dan Mohd Najib. Begitulah akrabnya Abdullah dan Mohd Najib.
Maka sangat wajarlah kalau Abdullah berasa adalah tugas dan tanggungjawab beliau memastikan pengganti pilihannya itu berjaya dengan cemerlang dalam pemilihan yang sedang berjalan sekarang.
Kalau Mohd Najib tidak dicalonkan oleh bahagian atau ditolak oleh perwakilan kemudian nanti, imej Abdullah akan turut tercemar.
Kalau mereka menolak Mohd Najib, kesimpulannya samalah dengan mereka menolak Abdullah. Belum pernah berlaku dalam sejarah Umno dan negara, di mana pengganti pilihan ditolak oleh bahagian dan perwakilan.
Apabila Dr Mahathir menamakan Abdullah sebagai pengganti pilihan pada tahun 2003, keputusan beliau diterima dan disokong walaupun ramai juga orang yang berasa Mohd Najib lebih berhak dan lebih layak.
Dipendekkan cerita, tugas dan tanggungjawab Abdullah yang paling penting dan mencabar daripada sekarang hingga hari pengundian Majlis Tertinggi adalah memastikan pengganti pilihannya dicalonkan oleh bahagian dan diundi oleh perwakilan.
Berpandukan keputusan pencalonan oleh bahagian-bahagian yang sudah bersidang, keputusan Abdullah menamakan Mohd Najib sebagai pengganti pilihan beliau mendapat sokongan total.
Tahniah kepada Abdullah dan Mohd Najib. Kalau trend ini berterusan, besar kemungkinan Mohd Najib tidak akan dicabar.
Selebihnya, serah sahajalah kepada Mohd Najib yang Abdullah sendiri sudah lantik sebagai pengganti pilihannya.
Tidak perlulah Abdullah memeningkan kepala memikirkan siapa yang akan bertanding atau tidak bertanding dan siapa akan menang dan kalah.
Itulah cara terbaik kerana Abdullah sendiri sudah membuat keputusan bijak untuk tidak mempertahankan jawatan parti, kecuali jawatan Ketua Bahagian Kepada Batas.
Bukan tugas dan tanggungjawab beliau lagi mengatur siapa bertanding jawatan mana dan siapa patut menang, siapa patut kalah, siapa yang patut disokong dan siapa yang patut dipancung. Melainkanlah jika beliau sendiri hendak menjadi pengarah pemilihan parti.
Kalau tujuan suci beliau adalah membantu Mohd Najib, maka beliau kenalah berunding dengan Mohd Najib sebelum mengambil sesuatu langkah atau sebaik-baiknya berilah sepenuh kepercayaan kepada Mohd Najib memilih barisannya.
Itulah yang secara tradisinya berlaku sejak dahulu lagi --Perdana Menteri pilih pengganti, pengganti pilih barisannya. Kalau dia hendak tolong juga, dia “endorse” pilihan penggantinya itu macam Allahyarham Tun Hussein Onn “endorse” Musa Hitam dan Dr Mahathir “endorse” Mohd Najib.
Kalau ahli Majlis Tertinggi mahu perhimpunan agung dan pemilihan dikembalikan semula ke tarikh asalnya iaitu Disember ini, keputusan itu perlu dihormati kerana ada kebaikannya.
Lagi lama proses pemilihan ditangguhkan, lagi banyaklah masa dihabiskan untuk berkempen dan dengan itu juga lebih banyaklah peluang dan kemungkinan politik wang dan politik peras ugut berlaku.
Oleh sebab pertandingan MT membabitkan ramai penjawat Kabinet dan Exco Negeri, adalah buruk jika mereka mengabaikan tugas mentadbir negara kerana terpaksa berkempen selama lebih empat bulan.
Katakanlah Abdullah tidak mahu berganjak dan hendak juga terus jadi PM hingga Mac, tak apalah. Berilah dia peluang dan jagalah air mukanya. Tetapi sangat elok dan cukup cantik kalau perhimpunan agung dan pemilihan boleh dibawa kembali ke tarikh asalnya Disember ini.
Ini politik. Ia bukan harta peribadi individu. Jadi Abdullah kenalah berkorban walaupun kita tahu dia seorang bapa, bapa mentua dan kawan yang penyayang yang mahu anak, menantu dan kawan-kawannya berjaya.
Tuesday, October 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
47 comments:
Sdr. A Kadir Jasin,
Saya, seorang yang bukan ahli UMNO, bersetuju agar tarikh dikembalikan ke bulan Disember 2008 ini.
Secara tidak langsung saya sebagai pembayar cukai berhak untuk memperkatakan supaya tarikh perhimpunan dan pemilihan dikembalikan ke Disember 2008.
Ini adalah kerana banyak duit cukai (secara direct maupun indirect) digunakan untuk berkempen.
Gaji-gaji Menteri Kabinet serta wakil-wakil rakyat dibayar olih pembayar cukai.
Maka pembayar cukai berhak untuk menuntut agar kerja-kerja bersangkutpaut dengan pentadbiran negara dilakukan tanpa distraction atau menyimpang kearah lain seperti berkempen untuk pemilihan dalaman sesebuah parti.
Saya juga bersetuju dengan cadangan pembahas (di posting awal) agar kiraan undi di peringkat bahagian diambilkira dalam pemilihan perhimpunan agung UMNO.
Ini memberi peluang untuk akar umbi untuk terlibat terus dengan pemilihan ketua-ketua mereka.
Proses yang sedia ada tidak memberi peluang secara terus kepada akar umbi untuk memilih ketua-ketua mereka kerana para perwakilan tidak semestinya mengikut pilihan akar umbi. Perwakilan bolih "dibeli" dan mereka mendapat habuan dan akar-umbi dapat "tangan kosong"!
Lagi pun, pemilihan terus olih akar umbi bolih menyekat (sedikit sebanyak) gejala rasuah sekarang.
Digressing sikit Sdr. Kadir. - Najib kata ekonomi negara amat teguh dan tidak akan merosot seperti negara-negara lain termasuk jiran kita, Singapura. Mengikut Che Det, kita berkemingkinan kena deman jugak. Tempias mesti kena. Kena mesti kena! Cuma berapa kuat je?
Saya amat keliru dengan statement Najib kerana saya teramat tidak arif dalam perkara demikian. Sdr. Kadir mungkin nak komen sikit tentang perkara ini.
Sekian.
Dari Borneo ke Minang
I don't know how else could such a strong message be delivered without 'menjatuhkan air-muka'.
Kalau tak geti jugak, alamat nak di-malukan kot.
Begitulah kisah politik yang tidak pernah habis ceritanya. Ada juga kisah politik yang disampaikan dalam pelbagai versi. Versi yang betul, versi yang tak betul, versi yang betul tapi sebenarnya tak betul, versi yang tak betul tapi sebanrnya betul dan macam-macam lagi..
Itulah yang memeningkan kepala. Macam kisah Pak Lah dan Najib, ada kata Najib yang yang bersekongkol dengan Muhyiddin supaya Pak Lah segerakan perletakkan jawatan, ada yang kata Najib dan Pak Lah terlalu akrab sehingga Pak Lah memilih Najib untuk di'alih'kan kuasa kepada Najib, ada juga yang kata Pak Lah ada agenda tersembunyi di sebalik kebangkitan semula kisah Eurocopter dan kes Altantuya... Entahlah, mana satu yang betul tak tahulah...
Salam Dato' AKJ,
Interesting piece... ada semacam "sarcasm" sikit2 tentang "wisdom" pak lah dalam menangani keadaan semasa. Pun, nampaknya pak lah cukup tak senang dengan keterbukaan TS Muhyiddin, dan tak dapat nak sembunyikan "displeasure" beliau... yalah itu "hak" dia nak nyatakan isi hatinya... tapi bila dia soal "Siapa dia Tun?", saya rasa ramai pulak yang secara spontan bertanya dalam hati, "SIAPA dia pak lah?", dan jawapannya, sepuluh lima belas tahun dari sekarang dalam buku2 teks sekolah rendah ialah, "PM Malaysia yang dipaksa turun takhta sebab banyak sangat tidur on the job"... nasiblah...
Datuk..
DS Najib sememangnya akan tertabal sebagai presiden nanti selepas semua bahagian selesai bermesyuarat. Ini adalah kerana pengundi di bahagian terikut-ikut dengan rentak bahagian yang lain. Ini diperkuatkan lagi dengan kaedah pengundian yang dijalankan oleh bahagian secara angkat tangan. Senario pasti berbeza jika proses pengundian dijalankan secara tertutup iaitu seperti mana kaedah mengundi seperti pilihanraya umum.(Dr. Agus) Menerusi kaedah ini semua bebas memilih siapakah calun yang disukai. Malah mungkin politik wang akan kurang berkesan kerana penerima bebas memilih siapa yang dikehendaki wlaupun beliau telah disogok.
ngahmi
politik wang dan taktik kotor berlaku bila calon-calon rasa tidak yakin pada diri mereka.jika semua calon dan akarumbi rasa yakin akan pilihan mereka,duit tidak akan menjadi ukuran.yang menjadi ukuran hanya keperibadian dan prestasi kerja.
namun secara jujurnya kita masih belum lagi diperingkat sebegitu.wang masih jadi taruhan.siapa yang banyak wang maka dialah yang akan disokong.sebab itulah ada yang tidak suka bila Abdullah mahu lakukan pembaharuan terhadap BPR kerana takut mereka yang selalu taktik kotor akan diangkut.
saya telah melihat senario ini sebagai sebaliknya,mungkinkah perancanganya hendak mengRENYAK najib agak susah sikit,jadi dia dah pusing cakap,atau apa kah kenyataanya hanya nak bagi najib leka agar tidak mengsyaki dan agar najib tidak dapat membaca langkah yang seterusnya oleh Dollah...
p/s:- kami di port politic bertaruh besar,yang najib akan diRENYAK oleh Dollah.
Saya kurang yakin Paklah hilang kesabaran kerana Tun menganggugugat kepastian pencalonan dan pemilihan Najib sebagai Presiden, sehebat manapun Tun berkempen, ia tidak mampu menggugat keteguhan Najib sebagai calon tunggal, itu juga membuktikan bahawa Tun tidaklah terlalu dominan pengaruhnya walaupun mempunyai sokongan majoriti secara amnya. Faktor ini juga menolak anggapan bahawa Mahathirisims kembali menguasai percaturan negara kecuali kepada yang betul betul gentar dan takut kepada bayangan sendiri.
Cuma secara kebetulannya, atas pengalamannya, apa yang diperkatakan Tun menepati ramalan dan sasarannya, se aras dan satu nada dengan majoriti ahli UMNO dan rakyat.
Paklah lebih gentar akan suara dan pengaruh Tun yang mencaturkan Muhyiddin, Rais Yatim, KuLi, Mukhriz, Razali Ibrahim dan beberapa nama lagi untuk berada di sekeliling Najib kerana itu tanda tidak selamat kepada Najib dan tidak selamat juga untuk diri dan anak menantunya walaupun selepas ia melepaskan jawatan.
Dalam lain perkataan jika Najib terdedah dan dikelilingi oleh mereka ini bererti hayat politik Najib juga akan tidak lama, maut politik sudah berada di pintu hadapan. Duri dan onak sekarang bertukar menjadi gurun sahara untuk Najib lalui dan lepasi. Sebab itulah Paklah lebih suka Najib didampingi Ali, Mat Taib, Zahid dan Khaled Nordin, inilah barisan panglima terhebat yang ada di sebelah Paklah untuk menjaga kepentingan dirinya melalui Najib. Di bawah pula di dokongi Sharizat, KJ, Sabery, Shahrir dan beberapa nama lagi.
Adalah sukar menyingkirkan kroni dan pro bauyangan Paklah ini memandangkan mereka juga mempunyai pengaruh dan sokongan tersendiri. Tetapi kita jangan lupa dalam politik, sehebat manapun mereka, mereka tetap lalang yang akan mengikut angin bertiup. Semuanya akan kembali yes man dan berebut mencium tangan Najib dan selepas itu berebut pula mencium tangan Muhyiddin jika dahan tempat bergantung cepat reput.
Salam Dato’,
Jikalau Dato’ berjumpa DS Najib atau pun boleh sampaikan pesanan teramai rakyat melayu Malaysia, adalah sangat baik dan jika dia sayangkan dirinya, dan nak jadi PM lama (boleh kah dia ni?) elok lah dia tatap cermin diri dia agar dia nampak yang bayang tu ialah seorang melayu.
Kalau dia nak tunjuk kuasa jadi PM dan glamour jalan sana sini,cakap melambung-melangit,shoppping sana-sini anak beranak dan gemukan lagi mem dia…tentu dia boleh bilang jumlah hari dia jadi PM nanti …..
Cabaran utama PM yang akan datang (?1 ?2 orang PM) adalah memperbaiki kedudukan dan pencapaian ekonomi orang melayu Malaysia. Kalau gagasan ini tidak ketara ataupun tidak dijelaskan dan diterangkan dengan jelas kepada masyarakat melayu dinegara ini, saya berpendapat PRU 13 nanti mungkin adalah PRU terakhir yang di ketuai oleh PM dari UMNO.
Dan UMNO mungkin jadi bacaan sejarah dan bahan kajian untuk ramai bakal
pemegang ijazah PhD sahaja nanti.
Tidak ada pilihan untuk kemusnahan UMNO dinegara ini.
Abu Bakar Ab Rahman
Komen Datuk saya rasa sedikit hambar.
Nak tanya Datuk, betul ke Datuk yakin Najib mampu memperbaiki UMNO dan menerajui negara?
At my age now sebaya Najib, I have seen the world and never been a member of any political party but will vote gomen of the day, but... a bit uncomfortable with this guy with unknown reason. The same thing when reading your article lately, I feel there is something missing in the air, mind you Datuk, that dari dulu hingga sekarang at the earliest opportunity of any reading materials,I will scan thru anything of your trademarks. Honestly Datuk, apakah ada udang disebalik eurocopter?
Do you think Pak Lah deserves to be played out the way is happening in UMNO. Disgusted and despicable opportunists all over. Sorry Datuk, I don't thrust the current leaders, gone were the days. dh9753
Dato
walaupun saya adalah salah seorang yang mahu AAB berhenti, tapi saya berpendapat tindakan AAB membidas TDM setelah pelbagai tuduhan dan kenyataan TDM yang bertali arus banyak menimbulkan pelbagai masaalah dan memalukan - amat wajar.
Apapun alasan AAB membidas balik, yang pasti bidasan tersebut mengena tepat kepada sasaran. Sehingga hari ini kita masih menunggu jawapan balik dari empunya diri.
Kudakepang dalam blognya cuba menjawab bagi pihak TDM but to me he fails miserably.
Alasan bahawa TDM adalah orang yang yang memberi jawatan kepoada AAB, TDM bekas presiden parti( tapi adakah UMnO Baru itu milik peribadi tdm?), negarawan ulung - maka AAB wajib ikut cakap dan kemahuan TDM sedangkan TDM bukan ahli parti lagi?
Kalau itu dijadikan logik, maka TDM juga perlu ikut kehendakan Almarhum Tunku Abdul Rahman:-
1. meminta TDM menghidupkan kembali UMNO yang dibiarkan mati oleh TDM.
2.TDM wajib menyokong usaha tengku untuk mendaftarkan UMNO Malaysia sebagai penganti UMNO yaang dibiarkan mati oleh TDM. TDM tidak patut menghalang usaha tentu itu dan tidak menubuhkan UMNO(Baru)!
bat8
dato,
saya bersetuju dgn tulisan dato.
paklah tak perlu bersusah payah utk memberi komen@ sebagainya.
skrg ni paklah sepatutunya habiskan sisa baki masa beliau sbg perdana menteri dgn tugasan yg berfeadah @ belajar menghabiskan masa bersama keluarga.
biar lah dato sri najib tentukan siapa yg layak bersama beliau nanti. Senang... sebab nanti org tak boleh pertikai paklah. Seperti mana paklah mempertikaikan pengilibatan TUN M.
Fikir-fikirkan
HASRI
Najib hampir pasti menjadi Presiden UMNO setelah berjaya mendapat pencalonan yang lebih dari mencukupi dari pemimpin-pemimpin bahagian bermesyuarat. namun apa yang kita risaukan mungkin kerana skandal-skandal najib akan membuatkan rakyat malaysia kurang yakin dengan kes-kesnya melibatkan pembunuhan altantuya dan juga komisen jet sukhoi,kapal selam dan uerocopter. mungkinkah "pengkhianatan" dan "penolakan" rakyat marhaen khususnya ahli UMNO golongan bawahan kepada najib akan terjadi dalam PRU13 seperti PRU12 yang menyebabkan 5 negeri jatuh ketangan pembangkang untuk memprotes pak lah? pak lah kelihatan seperti "terpaksa" untuk memilih najib sebagai pengganti kerana tiada pemimpin lain yang menyokongnya yang dilihat dapat menjadi proksi setelah bersara. semua proksinya masih mentah dan kurang berkelayakan di mata rakyat. najib kelihatan 50-50 kerana lebih bersifat neutral dalam komen-komen melibatkan perselisihan faham antara PM dan mantan PM. namun umum mengetahui najib amat rapat dengan tun mahathir. apakah kesudahannya nasib UMNO?
Pak Lah tidak ada banyak pilihan politik selain dari memilih Najib untuk menggantikannya. Sekalipun Pak Lah tidak suka Najib menjadi PM, adalah janggal kalau Pak Lah menamakan orang lain sebagai penggantinya kerana secara tradisi UMNO, timbalannyalah yang akan menggantikan beliau.
Pak Lah memilih Najib sebagai penggantinya tidak semestinya membawa makna Pak Lah suka kepada Najib. Apa yang lebih penting Pak Lah tidak mahu UMNO berpecah belah. Sekiranya Pak Lah memilih orang lain sudah tentu ini akan membawa perpecahan yang teruk kepada UMNO.
salam DAKJ n Bloggers,
wayang be end sama saja, kalau calun underdog mca boleh menang timbalan presiden, jgn pelik kalau pendahulu calon ketua pemuda akan tersungkur di mesyuarat agung nanti!!! percalonan akar umbi tidak akan sama sekali mempengaruhi undian perwakilan nanti...akan bertaburan wang ringgit di sana sini
p/s : umno dan politik wang mmg tidak boleh dipisahkan, dulu kini dan selamanya....
HAMBA ALLAH
Salam Datuk,
Tepat ulasan Datuk. Saya sgt berharap pemilihan Umno diadakan Disember. Lama sangat untuk menunggu Mac 09, terutama dengan isu ekonomi sekarang. Bila masa mereka yg dalam kabinet nak bekerja, kalau sampai 4 bulan asyik berkempen.
Apa yg YAB Pak Lah nak lagi??
Saya secara peribadi merasakan beliau menipu saya hidup-hidup dengan sajak Al-Ghazali As-Shafeinya. Rupanya banyak cara Allah menguji iman hambaNya.
Terima kasih Datuk
Salam Datuk,
Empat bulan ialah tempoh yang sangat lama untuk berpolitik, sedangkan tempoh empat bulan ini tempoh yang agak genting bagi ekonomi Malaysia dan dunia. Kita berpolitik sejak pilihanraya Mac lepas. Daripada pihak pembangkang dengan percaturan mereka kepada parti komponen BN.
Pada pendapat saya,perkara paling penting ialah ekonomi kita. Walaupun pakej penstabil telah diumumkan, ketidaktentuan yang berlaku dalam tempoh empat bulan akan datang, serta penyusunan semula kabinet yang pasti berlaku sudah tentu akan terus mengekang sentimen pelabur dan peniaga.
Datuk,
Saya kasihan dengan tekanan yang bertimpa-timpa pada Y.A.B Abdullah. Saya dapat rasakan beliau kelemasan dengan asakan bertubi seperti ini.
Cuma saya mushkil selain Tun Mahathir dan bekas ahli parlimen Parit Sulung, Datuk adalah antara yang paling lantang mengkritik Abdullah dalam semua segi.
Apakah Datuk juga adalah sebahagian dari kumpulan yang anti Abdullah? Sehingga semua yang Abdullah buat tidak kena di mata Datuk? Bukankah dalam tradisi Umno sebelum ini kuasa Presiden tidak pernah dipertikaikan sebegitu rupa? Di manakah suara Datuk ketika itu?
Maaf jika saya agak kritis terhadap Datuk. Saya cuma mahukan kepastian dan berbaik sangka pada objektif penulisan Datuk.
Datuk,
Ahli Majlis Tertinggi tidak ada kuasa mutlak untuk buat apa2 jua keputusan berkenaan perlantikan jawatan dalam UMNO, lebih2 lagi bila ia melibatkan jawatan Presiden UMNO itu sendiri. Kuasa melantik terletak pada ahli2 UMNO menerusi undi2 perwakilan di Mesyuarat Agung UMNO. Jadi, macam mana pulak Pak Lah boleh kata, bila ahli MT telah setuju maka semua perkara dianggap muktamad, tidak boleh ungkit2 lagi?
Suara ahli MT ini sepatutnya mewakili suara ahli2 akar umbi. Saya nampak, inilah yang menjadi kesilapan besar pentadbiran Pak Lah bilamana beliau sering mengetepikan kehendak ahli akar umbi. Sejak zaman pemerintahan Pak Lah, banyak keputusan yang dibuat oleh ahli MT tidak selari dan senada dengan kehendak ahli akar umbi. Akibatnya ahli2 protes dan ada yg "sabotaj" parti semasa PRU baru2 ini.
Pak Lah masih tak faham2 lagi ke?
-sinbad-
Salam,
Melihat jumlah pencalonan yang diterima oleh Najib, dan tidak ada pula tokoh lain yang dicalonkan oleh Bahagian UMNO, saya rasa sudah hampir pasti Najib akan dapat mengambilalih jawatan PM dengan mudah, dan Abdullah tidak perlu risau tentang hal itu.
Saya fikir Abdullah lebih risau "orang-orangnya", termasuk menantunya Khairy akan kecundang dalam pemilihan UMNO bulan Mac nanti.
Mungkin hal ini yang menyebabkan Abdullah berang dan membidas Mahathir yang dikatakannya mencampuri proses pemilihan UMNO itu.
WOW!..(iklan sikit)
latest edition of Harakah has got full page picture (centrespread) and coverage for Datuk AKJ...
SYABAS!
Dato’
Abdullah Badawi does not have a choice. The only person in UMNO that is seen as acceptable or otherwise is Najib. Tengku Razaliegh is past his time, and anyway, he has gone into hibernation for too long. Muyhiddin would probably be the only other challenger, but Muyhiddin knows that he will only be announcing his death wish if he opts for the top post.
Which other person in UMNO’s hierarcy would you consider as a possible successor to Pak Lah?
So there is no reason for Abdullah to feel slighted or bitter if Tun Mahathir or anyone else considers Najib as the No. 1 choice. It is not rocket science for Abdullah to think that he has anointed Najib. There is just no one else in the party that is deemed acceptable and the natural progression. So far, nobody has the profound intention of offering him or herself to succeed Pak Lah, except for Ku Li and that is just day dreaming. So what is the fuss all about.
It is UMNO’s legacy of failed leadership that today they are so bereft of capable people. Since Tun Mahathir took over, the cronyism and proxy policies had eroded the core of Malay intellectuals and the party has become a hotbed of opportunists seeking overnight fame and fortune. True politicians seeking to further and uplift Malay participation in equality and progress were stifled. The generation of Mahathir was always reminded that they are a sub culture, lazy and stupid until it stuck in their minds that probably the man was right. So why should they keep drumming their heads against rocks when they can gain financially through subsidies and favors. That kept the elite class sailing on without boundaries so long as they throw us bits and pieces to keep us in line. The result is what we see today.
The theme of UMNO must change and change fast. It is not about who should lead the party and who is not happy with whom. Kerbau can be led by the nose but the world has made a quantum leap (this term is almost ancient). The very existence of UMNO is not to be taken for granted. Do Malays need UMNO? The gel that holds us together is the Malay rulers, not party hotshots. So wake up and do your homework. Time is running out, in fact, it has already run out.
Pak Lah had his moments but they were short on quality. In his heart, he should know that his place in history is uninspiring. It is a wonder that to date nobody has come out with a Bapak this or that for Pak Lah. Sad but true that he could end up with Bapak Korridor.
Dato’, don’t let us waste our time in trying to save face for Pak Lah about the succession issue. There is nobody but Najib on the horizon, for better or for worse.
We talk so much of tradition and showing respect to elders. Yes, that is what we must always uphold. But politics is a dirty game. It is not a vocation where one works hard and is rewarded for results produced. Only a handful of politicians earn the right to be addressed as Yang Berhormat.
Sdr. A Kadir Jasin,
Kenapa Pak Lah hendak memastikan Najib menjadi PM?
Adakah kerana Najib dah bersetuju akan terma-terma serta syarat-syarat Pak Lah?
Apakah terma-terma dan syarat-syarat tersebut?
Adakah ia bersangkutpaut dengan memastikan anak serta menantu (terutama sekali menantu) terus "hidup" atau "survive" dalam pemilihan UMNO yang akan datang?
Adakah ia bersangkutpaut dengan memastikan Maybank terus dengan rancangan membeli BI?
Ada khabar angin yang kian deras mengatakan KJ (a.k.a. SIL) terlibat dengan pembelian BI olih Maybank dari Temasik?
Sekian.
Salam Dato',
Maafkan saya tapi saya masih tidak dapat melihat rasional yang Dato' gunakan untuk melihat yang Abdullah mahu pastikan kemenangan Najib.
Setakat ini pun Najib belum ada pencabar, sekurang-kurangnya dalam bentuk pencalunan.
Saya rujuk semula penulisan TDM dari blog beliau yang mendapat kritikan Pak Lah.
8. Akhirnya beberapa orang ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berani bangkit dan memutuskan cukuplah. Presiden mesti dipaksa meletak jawatan. Selepas melengahkan waktu seberapa lama yang boleh, Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO dan dengan itu hak tradisi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
"9. Ini merupakan langkah pertama yang kritikal. Sekarang ialah masa untuk Presiden dan Perdana Menteri baru. Hanya terdapat dua calon. Tetapi hingga kini hanya Dato Seri Najib Tun Razak yang menerima pencalonan untuk jawatan tersebut. Jelaslah yang beliau merupakan calon unggul. Dan seperti yang dijangka usaha untuk memburukkan imej beliau sudahpun bermula. Bagaimana dia mengurus tohmahan ini akan memperlihatkan mutu kepimpinannya."
"10. Sementara itu pencalonan untuk jawatan-jawatan lain sedang berjalan. Jika Kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta."
Jelas sekali TDM mengkelaskan Najib dan "penyokong Abdullah" sebagai dua entiti berbeza.
Walau bagaimanapun secara peribadi saya melihat, melalui urus-tadbir ekonomi sebagai Menteri Kewangan yang baru, Najib masih memikul biawak hidup, secara sedar ataupun tidak.
Sila rujuk artikel berikut dari utusanmalaysia online hari ini bertajuk : EKONOMI MALAYSIA PUNYAI 3 KEKUATAN.
"Menurut Najib, beliau berasa amat bertuah kerana Perdana Menteri telah menyerahkan portfolio Menteri Kewangan kepadanya ketika ekonomi Malaysia dalam kedudukan yang baik."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
Walaupun mungkin akan dipandang tidak sopan, terus-terang saya katakan saya merasa mual membaca artikel tersebut.
Pilihan saya bagi UMNO masih lagi Ku Li / Muhyiddin. Namun sebab saya bukan ahli UMNO, saya hanya boleh bercakap dan tidak boleh letak tangan.
Salam Dato',
Lama kita tak berjumpa. Saya berpandangan ketetapan untuk mengembalikan Disember 2008 sebagai bulan untuk pemilihan kini bergantung juga kepada selesainya semua mesyuarat Bahagian pada 9hb November.
Sekiranya keputusannya Najib dan Muhyiddin menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden , maka apakah perlu kita menunggu sehingga Mac 2009? Itulah penanda aras yang harus diambil perhatian oleh semua ahli MT untuk bersetuju dan bersepakat dipercepatkan ke Disember 2008.
(seringkas kata, seringkas hidup)
BAPAK, ANAK BAPAK & MENANTU BAPAK
PM ke-5 kenapa tak bersara awal lagi..?
Apa nak runsing2..dirimu dah ada title "BAPAK DEMOKRASI"..
Itu dah jauh lebih mulia bunyinya daripada label "BAPAK MENTUA KHAIRI"
Usahlah memukul canang & gong kerana takut pada bayang2 sendiri..
Mengapa hanyut dikancah kecelaruan minda & kepincangan personaliti?
Dilema siapa bakal sokong & siapa bakal ganti menghantu diri?..
Apakah mereka akan membuangmu kemudian hari jauh melukut sepi?..
Atau menjadi seperti mantanmu ditujah bola2 cercaan madah berapi?
Sudahlah..terlalu ikut hati minda mati..
Luruskan mindamu & cernakan kembali misi asal nurani dihati..
Kembali pada syair hidupmu menongkah arus mencari al-Ghazali & as-Syafie..
Yang dirimu mungkin teralpa,terlalu masyuk tertidur hingga bermimpi disiang hari...
Atau teruskan berpencak ditahap hipokrasi tertinggi..
Masih mahu menongkat anak, menantu & kroni?..
Dikala dirimu kini di ufuk lembayung senja menunggu masa menjemput pergi..
Politik.. kuasa.. keluarga & harta hanyalah fana duniawi..
Yang takkan kekal dikala ajal menjemput kembali...
Pergilah dengan aman dgn jambangan mawar harum mewangi..
Atau memilih revolver untuk memecah kepalamu & mengheret partimu berkubur ke gaung berapi..
Demi masa..sementara ia masih ada disaat ini..
Fikirlah..insaflah..hakikat kejadian dirimu ini..
Kemulian..kehinaan..mana yang dicari..
Apa yang dirimu mahu terpahat dilipatan kronologi?
Yang kelak bakal ditonton generasi kemudian hari..
Oh Bapak Demokrasi..
(",)
Dato,
Kenapa Dato tidak mengulas/menulis ttg sejarah perjuangan Allahyarham Shamsiah Fakeh i.e. ttg perjuangan wanita kemerdekaan yg ulung ini. Walaupun jln yg beliau pilih agak radikal namun semangat dan keikhlasan beliau demi memerdekakan negara dari Penjajah patut diberi penghargaan. Jgn hanya kerana beliau bukan seorg ahli UMNO, beliau telah dipinggirkan spt Allahyarham Dr Buhauddin Helmy, Ahmad Boestaman, Pak Sako dll.
Tolonglah cerita dari sudut pandangan yg ikhlas dari hati Dato bukan dari sudut pandangan pihak yg hanya mahu mengagungkan jasa UMNO. As if only UMNO who fight for the freedom of this beloved nation.
Minta maaf krn lari tajuk..cuma hati ini terkilan krn sejarahwan negara dilupakan sebegitu saja hanya krn mereka bukan org UMNO.
Badrol Zaman Bahri
Cheras,KL
Scribe,
Meneguk Di Air Keruh
(berpecah kita roboh)
Tidak perlulah Abdullah memeningkan kepala memikirkan siapa yang akan bertanding atau tidak bertanding dan siapa akan menang dan kalah.
Apakah itu yang memeningkan kepala Abdullah?
As this posting of yours is a continuation of your “Perihal Muhyiddin Lebih Layak Dan Dr M "Pengarah Pemilihan" Umno”, I read and reread Che Det's PEMILIHAN UMNO.
I had to be fair to myself.
Here is my thought after going through Che Det's UMNO ELECTIONS: Mahathir has grown so sure of himself and of his complete innocence of any wrongdoings while many other UMNO members are betrayers - black hearted dark souls - having their dirty hands deep in the tills and heavy in the purse of the nation. Abdullah was right to act only that was most unfortunate that his reaction was ruled by anger rather than with wisdom. Subhanallah. Nonetheless, a great damage has been done by both parties much to the detriment of UMNO if not to the Malays in general. It is all so very sad that this should happen in a time when economic turmoil and political instability blow strong in the air. I do hope it will not turn into a full blown Malaysian tragedy.
On this very matter, someone said to me that it will work against Tun himself. Now, after having thought it over and over very carefully, I do believe it will and not only against Tun Mahathir. La haula wa quwata illah billah.
Maka maafkan saya seribu kemaafan, Scribe, kerana bertanya tetapi apakah UMNO 'is living in a vacuum'? Dan mohon diperpanjangkan komen saya ini kepada dia yang sangat dihormati YABhg Tun Dr Mahathir.
Terima Kasih.
(versi yang telah diperelokan)
Dato Kadir.
Tulisan saudara menarek.
Semalam saya berjumpa dengan orang Pak Lah.Ia amat rapat kalau tidak masakan ia boleh masok istana Putra jaya.
Saya berkata."How bro.Pak Lah dah nak berhenti bulan Mac ini.Habis lah kontrek2 dan projeck.Dengar kata Mamak Noor Muhamad pun akan berangkat"
Dia jawab dengan selamba"You silap bro.Not sure yet.anything can happen to Najib from today until Mac.Saya puzzle?
Dia juga kata yang Pak Lah kena buat(Cham).dari siapa tak tahu.Ia kata ,dia baru balik dari majelis baca doa di Sri Perdana.Sultan Hamingko buyono menghantar saorang kiai untok mengubati Pak Lah.Kiai itu berkata ada orang dah buat puja puja kapada Pak Lah.Dia kata di dalam dapot Sri Perdana ada onag buboh Tok Kong Hindu.Pak Lah tak Percaya.?.Kiai itu berkata pergi lihat sendiri.Pak Lah terkejut kerana ia dapati ada satu patong potng Hindu yang di buat dari tanah di dapornya.?
Kiai itu berkata patong itu di hantar oleh saorang sami hindu yang amat powerful.?Saya tengok sendiri patong itu dalam gambar camera tel.nya.
Satelah di pulehkan,baru nampak Pak ada semangat sadikit.Buat kali pertama dalam lima tahun ia menjadi PM,Pak Lah beran menyerang Mahathir dengan keras.
Kadir.You boleh verify cerita saya dengan Khairy atau Kamal .
Salam Dato',
"It is UMNO’s legacy of failed leadership that today they are so bereft of capable people. Since Tun Mahathir took over, the cronyism and proxy policies had eroded the core of Malay intellectuals and the party has become a hotbed of opportunists seeking overnight fame and fortune. True politicians seeking to further and uplift Malay participation in equality and progress were stifled. The generation of Mahathir was always reminded that they are a sub culture, lazy and stupid until it stuck in their minds that probably the man was right. So why should they keep drumming their heads against rocks when they can gain financially through subsidies and favors. That kept the elite class sailing on without boundaries so long as they throw us bits and pieces to keep us in line. The result is what we see today." - Sdr laimun
# What else can I say Dato'. Sdr laimun said is so true and I believe she/he's not alone. From very beginning, my perceptions on Najib never change.
# To me, PakLah should resign after GE last March, not March next year. A year in Putrajya is more than enough to create uncertainty and instability to our country. Just see what happen so far. Rakyat's welfare and incoming economic depression should be his top priority but his government is working too slow and failed to address that.
# Many believe, PakLah initially reluctant to pass the baton to Najib, fearing of many things. But after "some agreements" or perhaps "high level promises", PakLah is look like he's no other choices and claim he want to continue the tradition in Umno.
# Bottomline is, after all, we can't expect different result (in our case, better government) if we continue with very same action, same old tradition. World are facing new challenge everyday, but with pre-historic mentality, we're going nowhere. We need new blood in new government. Not only that, actually our country need new soul.
Salam Datuk,
Bagi saya Pak Lah bimbang dengan kewibawaan TS Muhyiddin. Dia bimbang kalau-kalau ada bahagian-bahagian yang calon TS Muhyiddin ke kerusi Presiden walaupun TS Muhyiddin dah kata nak tanding Timbalan Presiden.
Kita semua dah tahu kenapa DS Ali Rustam dan TS Muhamad tawar diri untuk kerusi Timbalan Presiden.
Saya percaya ramai di antara kita yang berbisik dalam hati dan bertanya kenapa TS Muhyiddin taknak masuk jadi calon Presiden lawan DS Najib. Rasanya dia ada peluang cerah. Tun Dr M pun rasa macam itu juga agaknya. DS Rais Yatim pun rasa begitu juga. Tapi ini tak boleh berlaku. Takut nanti parti berpuak-puak. Perebutan kuasa mungkin bertukar jadi lebih teruk.
Jadi, kita tenguklah dulu fenomena 'Bas Charter' yang Datuk sebut hari tu.
Tak terfikirkah sdr/sdri pelayar blog ? Bila Paklah dah tiada (sbg PM) hidup tak akan semeriah ini.
Dah tak ada 'punching bag' no.1 untuk ditibai. Dah tak ada karaktor kartun politik.
Politik akan membosankan, sedikit macam ketika Anwar gagal dengan projek 16 Sep.
Salam Dato AKJ
Nampaknya isu penetapan PAU pada bulan Mac 2009 mendapat sanggahan yang agak kuat. TS Muhyiddin, Zahid Hamidi dan TS Rahim telah menyuarakan pendapat mereka secara terbuka mengenainya. Walau bagaimanapun kita agak sangsi dengan pendirian bahagian-bahagian Umno sendiri mengenainya. Sehingga kini, tidak ada sebuah bahagian Umno pun yang membentangkan usul supaya PAU diadakan lebih awal. Sekiranya benar bahawa majoriti Umno bahagian merasakan bahawa bulan Mac itu terlalu jauh, bukanlah sesuatu yang sukar untuk mereka mengemukakan usul semasa persidangan bahagian mereka supaya PAU dipercepatkan.
Apa yang mungkin tersirat ialah pihak bahagian sendiri tidak bersedia untuk membuat sebarang pendirian bagi mempercepatkan PAU kerana majoritinya memahami bahawa mereka bakal menerima durian runtuh dari calon-calon yang bakal bertanding. Lebih lama tempoh yang ditetapkan, lebih banyak pula durian yang akan menggolek kepada mereka. Ketua, timbalan, naib, setiausaha dan perwakilan bahagian (G7) adalah pihak penerima manfaat langsung dalam perkara ini. Dengan demikian, adalah lebih wajar mereka mengambil sikap mendiamkan diri dari membuat sebarang gesaan dalam bentuk usul mengenai tarikh PAU.
Dari sini pun kita dapat membaca bahawa Umno memang dipenuhi oleh pihak-pihak yang cuma mementingkan diri mereka semata-mata. Sekiranya masih berbaki pihak yang sememangnya mempunyai idealisme tulen dalam Umno, kita berharap dalam dua hujung minggu yang akan datang, setiap persidangan perwakilan bahagian akan dimeriahkan dengan agenda usul menggesa supaya PAU dipercepatkan ke bulan Disember 2008.
Sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Sdr Kiai Melayu,
Saya tidak dapat siarkan komen Sdra yang mendakwa seorang pembesar negara terkena buatan “bomoh Hindu” dan terpaksa diselamatkan oleh “Sultan Hemengko Buwono” yang menghantar seorang “Kiai” untuk mengubatinya.
Sdra kata Sdra dengar cerita itu daripada orang kanan pembesar itu. Anehnya Sdra minta saya sahkan cerita itu dengan menantu dan anak pembesar itu.
Kalau Sdra kenal baik dengan orang kanan pembesar yang kena buatan “bomoh Hindu” itu, Sdra sajalah tanya anak menantu beliau.
Ikhlas cakaplah, saya tidak percaya dengan perbuatan dan amalan syirik ini. Kalau saya percaya bomoh, hantu dan jembalang, saya tak akan keluar dari kampung saya.
Masa bersekolah Inggeris di Alor Star, saya terpaksa berbasikal dari kampung saya ke stesen bas sejauh lima kilometer seawal jam 5 atau 5.30 pagi, waktu segala bentuk hantu dan jembalang berkeliaran.
Kalau saya percaya hantu, jembalang dan bomoh sihir, saya tidak akan berani keluar dari kampung saya.
Jadi, sebagai orang Islam, kita janganlah percaya apatah lagi amalkan perbuatan syirik ini.
Takkanlah di zaman moden ini ada lagi pembesar, bini pembesar, anak pembesar, menantu pembesar, konco-konco pembesar yang saling "bomoh-membomoh" satu sama lain?
Ini cerita karut. Kalau boleh, janganlah bawa cerita karut dan syirik ini ke dalam blog kita ini. TOLONG.
Dato'
Saya bersetuju dengan unkapan Dato' tetapi dengan sebab yang berlainan.
Amat besar kemunkinan Abdullah sudah memetrai janji dengan Najib dari segi masa depan khairi.
Bagi Najib than Hishamuddin, Mukhriz adalah ancaman yang besar terhadap masa depan Dynasty Najib dan Hishamuddin. Dengan memberi sokongan kepada Khairy mereka boleh dengan secara nampak tidak sengaja memberi tekanan terhadap Mukhriz dan melengahkan lagi kemungkinan Mukhriz menuju kekemuncak jawatan Tertinggi UMNO
TUAN
KENAPA PENCALONAN BAHAGIAN TIDAK DIGUNAPAKAI SEBAGAI KEPUTUSAN MUKTAMAD
Sekarang demam pemilihan dalam umno telah hampir 'kebah'. Setiap bahagian umno sibuk dengan pencalonan masing-masing dalam proses mancari pemimpin mereka yang paling 'afdal' yang dirasakan paling sesuai bagi memimpin mereka.
Persoalannya ialah, adakah suara setiap bahagian ini akan selari dan seiring dengan pemilihan bulan Mac yang akan datang. Kenapakah pencalonan bahagian ini tidak digunapakai sebagai keputusan muktamad pemilihan pimpinan umno. Manakala perhimpunan bulan mac ini eloklah hanya sekadar perhimpunan untuk meraikan mereka yang telah dipilih.
Bukankah pencalonan bahagian ini merupakan suara akar umbi yang paling tepat dan merupakan gambaran yang diinginkan akar umbi. Sekiranya ada usaha melobi melalui bahagian tidak kiralah samada melalui politik wang, janji projek dan sebagainya, dirasakan keberkesanannya agak terbatas. Ini kerana skopnya yang besar dan luas meliputi seluruh bahagian diseluruh negeri.
Terdapatnya banyak laporan pencalonan bahagian dimana suara pimpinan bahagian dan ahli-ahlinya tidak selari, tetapi akhirnya suara ahli yang dipilih. Masalahnya ialah apabila pengundian dibuat pada perhimpunan Mac nanti, perwakilan bahagian yang beberapa orang itulah yang akan membuat pengundian semula. Pada peringkat inilah usaha melobi ataupun politik wang oleh calon jika dilakukan akan berjaya dengan cemerlang dan gemilangnya.
Ini kerana perwakilan yang jumlahnya lebih kurang 2500 orang inilah akan menentukan pimpinan parti. Seolah-olahnya pencalonan bahagian tidak berguna. Bukankah pencalonan bahagian adalah sia-sia dan membazir masa jika suara perwakilan pada Mac nanti tidak sama dan selari dengan pencalonan akar umbi.
Satu lagi yang dirasakan perlu diubah ialah jarak masa antara mesyuarat bagi pancalonan setiap bahagian ini tidak boleh terlalu jauh. Paling molek sekiranya dijalankan serentak. Ini bagi mengelakkan keputusan pencalonan satu-satu bahagian digunakan sebagai 'inspirasi' pencalonan bahagian lain. Ini terutamanya pencalonan bahagian presiden dan timbalan presiden yang bakal digunakan oleh bahagian lain atas alasan selari dengan pucuk pimpinan. Kaedah dan caranya boleh diperhalusi kemudian.
Pencalonan oleh bahagian ini menjadi sangat penting apabila sistem kuota mula diperkenalkan sejak peristiwa pemilihan tahun 1987 dulu. Dirasakan sistem ini elok, tetapi haruslah diperkemaskan sebagai pemilihan oleh bahagian tetapi bukannya pencalonan untuk layak bertanding sahaja. Pencalonan oleh bahagian eloklah digunapakai sebagai proses pemilihan yang muktamad.
Lihatlah pada peristiwa tahun 1987 dimana Dr Mahathir menerima pencalonan lebih 2/3 daripada bahagian. Lojiknya tentulah beliau tidak ada aral yang melintang lagi. Tetapi bila pemilihan dibuat seperti yang termaklum Dr Mahathir nyaris-nyaris tewas tersungkur.
Bagi kali ini pemilihan pimpinan ketua pemuda paling sengit terutamanya antara Khairy vs Mukhriz. Gambaran awal menunjukkan Mukhriz ada 'dihati' ahli pemuda. Tapi yakinlah Khairy tidak akan berpeluk tubuh dengan senyuman manja dengan 'signal' yang pemuda bahagian berikan. Tentunya usaha melobi akan dilakukan dengan apa cara sekalipun.
Percayalah kita bahawa sistem yang diamalkan ini sebenarnya menyemarakkan politik wang menjadi lebih membarah dan bernanah. Yang menang pencalonan akan berusaha untuk menterjemahkan pencalonan itu kepada kemenangan sebenar dengan apa cara sekalipun. Yang tewas pencalonan, tapi layak bertanding juga akan berusaha dengan apa cara sekalipun, supaya kemenangan dipihaknya.
Semua dan segalanya ini apa lagi kalau tidak dengan wang. Makanya politik wang akan dapat dihapuskan. Jawapannya tentulah sangat-sangat mustahil, akan hanya merupakan retorik sampai bila-bila.
Eloklah pemilihan dua kali ini yang tidak berapa cerdik ataupun dalam bahasa yang mudahnya 'bodoh' ini dihentikan supaya matlamat perjuangan umno kembali dilandasannya seperti yang difalsafahkan dalam perlembagaan perjuangannya demi kelangsungan umat melayu seperti yang dinyanyikan pimpinan atasan.
Posted by donmny
Dato',
Seseorang pemimpin yang bersara pasti akan dikenang oleh beberapa generasi selepas itu. Begitu juga PM kita daripada Tunku, Tun Razak, Tun Hussain, Tun Mahathir dan selepas ini PakLah (Tun Abdullah). Semua telah diberi'gelaran bapa' termasuklah yang terakhir ini Bapa Demokrasi. Rakayat pasti menilai pencapaian, jasa, kejayaan atau pun kelemahan setiap Mantan PM.
Ada rakyat yang meletakkan 'ranking' berdasarkan jasa-jasa mereka terdahulu. Antara Tun Mahathir dan Tunku rakyat berbelah bagi siapa yang paling berjasa (No1 dan 2). Kemudian ketiga adalah Tun Razak (mungkin sebab masa yang singkat). Ranking terakhir pada masa ini ialah Tun Hussain.... Dimana nak letak ranking PakLah selepas ini? Berdasarkan emosi dan situasi PRU dulu dan beberapa tindakan yang menjunamkan graf imej negara maka hampir pasti PakLah akan mendapat ranking terakhir.
Jadi bagi saya PakLah memilih Najib adalah supaya rakyat dapat membuat perbandingan dan kemudian rakyat berkata... 'kalaulah aku tahu Najib macam ini, baik kekal PakLah sebagai PM'...dengan kata lain supaya beberapa tahun lagi ranking PakLah pada tempat tercorot akan diambil oleh PM ke 6 (Najib)!. Perkara ini tidak mustahil berlaku andainya Najib tidak mendengar nasihat percuma Dato' dan rakyat di dalam Post terdahulu!
Bye/Roti Planta
Datuk Kadir'
Kenapa Dato Tak Percaya kapada Hantu,Jin,Jembalang dan Pelesit.Meraka ini semua nya makluk Allah.Percaya kapada adanyaHantu ,Jin Jembelang tak salah dan bukan sirik.Mereka ini juga maklok Allah.Ynag jadi sirik ini jikalau kita meminta pertolongan dari mereka.
Soal Pembesar kiat yang percaya dan minta pertolongan hantu jembelang ini bukan berita baru.Ini berlaku sampai hari ini.Saya pernah jumpa Menteri Besar dan Menteri pergi cari bomoh untok menolong mereka dalam Politik.
Soal percaya dan berkawan dengan jin dan hantu ini,kapada orang2 Melayu kampong telah merupakan sabahagian kehidupan mereka.Saya terkujut yang Dato yang datang dari Kedah tak mengakui hakikat ini.Kawan saya saorang Pensyarah University ada membuat thesis nya dalam hal ini.Seronok juga jika kita dengar pengelamannya.
Juga pada tahun lepas,mesuem Selangor Negeri Sembilah dan Mesuem Negara ada membuat pameran berhubong dengan hantu jembelang ini.Pelawat2 yang datang amat ramai.Kita sendiri dapat melihat bentok hantu jembalang ini.Kenapa pada waktu itu Dato tidak membuat keritikannya.
Kawan saya,Pensyarah Universiti,berkata hantu dan jembalang itu tak ada otak dan bodoh dan ia nya mengikut arahan Tuannya tampa soal jawab.Yang pandai dan Jahat itu hanyalah syaitan.Oleh kerana ia diciptakan dari api.Ikut hereki pangkat,Syaitan ini Boss besar macam Perdana Menteri dan hantu hantu dan jembelang ini ahli2 kabinernya.
Jadi jikalau ada Menteri2 kita,Menteri Besar dan isteri2 mereka jika percaya hantu dan meminta pertolongan dari hantu ini,mereka ini bukan sahaja Syirik tapi bodoh macam hantu2 ini.
Sekian,saya harap Dato dapat siarkan tulisan saya ini demi untok menjawab tulisan Dato.
Datuk ckp tak boleh siarkan Komen Sdr Kiai Melayu..TAPI..nie dah terpampang....
Tuan Abu Talib Hj Kulub, kalau Tuan baca betul-betul, kenyataan saya berbunyi:
"Ikhlas cakaplah, saya tidak percaya dengan perbuatan dan amalan syirik ini. Kalau saya percaya bomoh, hantu dan jembalang, saya tak akan keluar dari kampung saya."
Saya tak kata pun saya tak bercaya Jin atau makluk lain yang disebut dalam Al Quran. Saya ni jahil, tapi taklah sampai tak tahu apa-apa pun.
Saya kata hantu dan jembalang sebab hantu, jembalang, pontianak, langsuyar dan seumpamanya adalah ciptaan minda Melayu yang penuh perkara karut, sama dengan sembah busut untuk minta nombor ekar atau minta minyak pengasih bila gagal pihak gadis ayu.
Kalau Melayu beri lebih masa untuk mengarang puisi dan prosa indah, tak payah cari bomoh dan tak payah guna minyak pengasih.
Lagi pun bukan semua orang Pendang percaya hantu dan jembalang. Pendang bukanlah ulu dan kuno sangat!
Terima kasih.
Kepada Kiai Melayu dan penyokong2nya janganlah menambah cerita dari cerita cerita fitnah yang tersebar dan tidak terkawal sekarang.
Di zaman trend saman menyaman ni, awaslah, takut disaman dan hantu tak datang tolong.
Salam Dato',
Kalau sokong pembangkang, orang UMNO mencemik. Yang kecil hati pun ada. Yang marah-marah pun ramai.
Jelas sekali dalam komen-komen para pengomen di blog ini yang UMNO tak boleh pakai langsung.
Naik berpeluh bila dibaca yang di dalam UMNO, kuasa adalah duit.
Tiada yang menggunakan perkataan "rasuah" tetapi perkataan "politik wang", "beri duit", "dapat duit", "kena jampi", "mintak duit" dan macama-macam lagi digunakan dengan amat bersahaja, seolah amat sinonim sekali dengan UMNO, sebuah PARTI bangsa MELAYU yang didakwa SUARA TUNGGAL YANG MAMPU MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU.
Perjuangan pula adalah perjuangan peribadi. Tiada perjuangan bangsa seperti yang diwar-warkan didada akhbar dan tv.
Saya percaya majoriti akar umbi UMNO masih ada semangat perjuangan bangsa dan agama. Malangnya mereka diajar supaya menerima apa sahaja keputusan pemimpin, konon untuk tunjuk perpaduan jitu dimata rakyat dan pembangkang.
Bagi orang UMNO yang dah terlanjur "buka pekung didada", anda telah berjaya (lebih berjaya dari blog-blog pembangkang) membuka mata rakyat jelata!
A'kum dan salam sejahtera,
Politik wang, rasuah, peras ugut dan lain-lain perbuatan buruk (walaupun pada permukaannya nampak indah!) itu diklasifikasikan sebagai anasir-anasir subversif.
Saya amat bersetuju dengan pandangan-pandangan Najib, Muhyiddin, Kuli dan Rais Yatim agar segala percaturan politik dalam mana-manapun parti politik melalui kaedah-kaedah kotor yang tersebut di atas dimatikan riwayatnya dengan serta-merta. Manfaat ini akan menyebabkan sistem demokrasi sentiasa tulus dan suci. Ini juga akan memperkasakan segala perjuangan suci-murni demi keutuhan negara dan warganya.
Wassalam. Kepada Yang Maha Esa kita berserah.
Apa boleh buat Sdr Sawit, rasuah begini dah menjadi darah daging Umno - berani BPR nak siasat? Kalau nak buat2 siasat juga, terlalu byk kes dan alamat tak boleh buat kerja lainlah pegawai2 BPR tu. Tg Rithaudin pun dah tak larat nak pantau - drp topdog sampailah yg underdog, semuanya korup! Bulan Syawal ni pula, org Umno pandai ambil kesempatan, mereka sebut dapat "duit raya". Saya dapat tahu, entah bila masa, Umno menerima dwi-keahlian - Umno & PKR (PKR kena siasat kes ni. Umno tak apa, mereka boleh buat terang2). Mereka2 tu pun berkongsi habuan juga rupa2nya! Begitulah byknya duit yg ditabur itu.
Bukti? BPR pun "tak jumpa" buktinya, inikan pula kita. Cuba tanya dgn Pak 'Engku pula, kalau2 boleh jumpa bawah karpet pejabat beliau.
Nak bagi nasihat dan jln penyelesaian? Ah...nanti mcm menghantuk kepala ke tembok pula - tembok tak pecah, kepala yg berdarah. Mereka lagi "bijak2", mengelak dan mengelat. Elok mcm dikata kat budak2...buatlah, buatlah lagi. Teruskanlah bergelumang dgn rasuah tu!
Kesian tengok muka veteran2 pejuang kemerdekaan kita dahulu - dikhianati!
YB Dato'
Perihal membawa kembali tarikh pemilihan ke bulan Disember adalah wajar. Bukanlah kerana ianya idea mana mana pihak. Sebarang idea berkaitan politik atau apa sahaja bukanlah bermula dari seorang individu, barangkali boleh juga dari pelbagai individu yg diwakilkan kepada seorang untuk bersuara, jadi tak wajar TS Muhyidin saja diserang. Memang saya setuju, DS Abdullah tak harus menjadikan UNMO milik peribadi.. setiap kali dan setiap perkara harus lah merujuk kepada pendapat ramai.
As'kum Datuk,
1. Pak Lah sebenarnya bukan mahu sangat DS Najib menang.Ia mungkin lebih suka kalau ada orang2nya (khususnya pemimpin Muda) yang sanggup menentang DS Najib.Kalau orang muda itu menang mungkin dia akan jadikan alasan untuk beliau terus pegang jawatan sebagai PM sebab calon itu masih baru untuk jadi PM.(Kita perlu ingat bahawa Pak Lah masih kemaruk kuasa kerana ia masih memegang jawatan Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Kepala Batas).Tapi kerana ini tak menjadi dan akhirnya ia terpaksa menunjuk kononnya dia menyokong DS Najib dengan harapan DS Najib akan terhutang budi kepadanya dan seterusnya jamin kedudukan dan keselamatannya selepas DS Najib jadi PM.
2. Walau Pak Lah sokong atau tidak DS Najib,beliau terus mendapat sokongan ahli Umno yang mahukan perubahan kepimpinan.Jadi kalau DS Najib dapat lebih dari 70% pencalonan dari Bahagian2 selepas ini maka secara otamatik DS Najib akan menang tanpa tanding jawatan Presiden.Jadi mula saat itu eloklah Pak Lah letak jawatan sebagai PM dan serahkan kepada DS Najib.
3. Bagaimana pun pada peringkat jawatan lain MT pula mereka belum pasti kedudukan mereka.Yang mungkin terselamat ialah TS Mahyidin.Kita berharap TS Mahyidin juga akan menang tanpa bertanding.Jadi musnahlah harapan Pak Lah untuk salah seorang calonnya menjadi Timbalan yang boleh mengacau kedudukan DS Najib.
4. Bagi calon2 jawatan lain khususnya Naib Presiden dan Ketua Pemuda, kedudukan mereka yang pro kepada DS Najib masih belum selamat.Walau pun jumlah pencalonan Bahagian mungkin menyebelahi mereka sekarang,tapi dengan tempoh PAU yang masih lama lagi,maka bermacam2 episod yang mengemparkan mungkin akan dilakukan angkara orang yang pro Pak Lah yang cuba mengurangkan pengaruh DS Najib, TS Mahyidin dan Tun M dalam barisan baru kepimpinan Umno.
5. Bagi pemilihan calon2 untuk jawatan2 peringkat MT oleh Bahagian2 kita nampak ia adalah kehendak akar umbi.Sebab itu kita dapati calon2 seperti Mukhris,Shafie Afdal,Hishamudin dan beberapa lagi yang pro Najib mendapat pencalonan tinggi.Namun oleh kerana tempoh kempen yang agak panjang maka macam boleh berlaku.
6. Di sinilah Rasuah Politik akan lebih hebat berlaku.Disini juga akan menentukan maruah perwakilan.Disini juga akan menentukan sama ada Umno akan berkubur terus angkara rasuah politik atau akan lebih mantab lagi kesan dari kesedaran dan keinsafan perwakilan dan ahli Umno.
7. Kita tidak dapat menjamin sama ada perwakilan2 yang akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih bakal kepimpinan Umno di PAU nanti tidak akan terjebak dalam rasuah politik.Tapi rekod lampau menunjukkan jaminan sukar kita perolehi bagi menunjuk hasrat akar umbi untuk membuat perubahan diterjemahkan oleh pewakilan yang rasuah.
8. Kita belum cukup yakin samaada perwakilan2 mempunyai iman yang cukup kuat untuk menangkis imbuhan2yang datang melipah dari kalangan calon atau wakil calon yang mahu memenangi kedudukan dalam MT at any cost.Inilah yang paling ditakuti sekarang dan merupakan persimpangan samada Umno akan berkubur selepas ini atau akan mantab semula.Jika perwakilan terjebak dengan rasuah politik dan hanya pentingkan perut sendiri tanpa mengambilkira hasrat dan amanah akar umbi dan rakyat keseluruhannya yang mahu perubahan dalam Umno,maka akan hilang Umno selepas.Tiada lagi penyokong.Yang tinggal hanyalah nama dan ahli2 yang tidak bermaruah.
9. Oleh itu kita berharap perwakilan akan sedar betapa beratnya amanah dan tangungjawab mereka kali ini dalam menentu masa depan parti dan negara.Ingatlah pemilihan yang dibuat cara rasuah dan tidak bermaruah akan dilaknati Allah.Bagi mereka yang telah terjebak atau TERAMBIL apa sahaja bentuk imbuhan dari calon yang tidak bermaruh ini,belumlah lagi terlambat untuk mereka bertaubat.Semoga Allah akan mengampumi anda.Yang penting sekarang perwalikan hendaklah fokus dan muhasabah dalam membuat pemilihan anda masa PAU.Ingatlah hasrat dan amanah yang diletakkan oleh ahli akar umbi dan rakyat yang mahukan perubahan Umno sekarang.Selamatkan Umno.Anda mampu mengubahnya.
Saya agak bersetuju jika dikatakan Tengku Razaleigh dan Muhyidinlah yg paling layak dan dapat menyelamatkan UMNO bukan Najib/Muhyidin. Najib dlihat tidak bersih dari awal2 lagi dan ada beberapa "penyakit" seprti Abdullah. Tapi sayangnya pilihan Razaleigh/Muhyidin mustahil berlaku lantaran Ahli2 UMNO/pewakilan masih berada ditahap pemikiran yg berusia 60 tahun usia UMNO (Konon ikut tradisi, tak boleh lawan ketua, ikut adat dan ternyata inilah yg mmbolehkan pmmpin mereka memakan ahli2) dan anjakan paradigma ahli sangat perlu untuk mengubati UMNO yg dilanda sakit tua ini.
Beranikah Najib tubuh suruhanjaya Diraja untuk menyiasat tuduhan2 berat/skandal terhadapnya? Atau adakah justifikasi terhadap tohmahan2 tersebut ?
Antara tanda2 atau petunjuk penyakit tua UMNO ialah:
1" Rasuah dlm parti dan kerajaan.
2" Peralihan kuasa Presiden dgn sokongan penyimpan mohor besar (MT).
3" Laungkan demokrasi tapi eluklah tak payah bertanding jawatan2 penting.
4"...dan banyak lagi.
Saya sangat tak bersetuju jika ada yg menyalahkan Mahathir di atas apa yg berlaku hari ini konon dari kesan dasar2 TDM. Pemmpin sebagai manusia adalah tidak statik dan ia boleh mengubah keadaan dari baik kpd tidak baik dan sebaliknya bergantung kpd kebijaksanaan. Sebagai contoh Mahathir telah melakukan yg terbaik sebagai perdana menteri tetapi penggantinya ? atau wajarkah kita menyalahkan Tun Razak kerana UMNO dibatalkan ?
Post a Comment