Friday, October 17, 2008

KJ: Daripada Shooting Star Kepada Underdog

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA 13 Mac, 2005 akhbar The Star meletik Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, sebagai mengandaikan dirinya dan Dr Mohamad Khir Toyo sebagai mengalami sindrom “shooting star” dan “tall poppy”.

Ketika itu Dr Mohamad Khir adalah Menteri Besar Selangor dan sedang mengalami tekanan apabila sebuah anak syarikat PKNS didapati bersalah dan didenda kerana melanggar peraturan pembersihan tapak perumahan di Bukit Cahaya, Shah Alam.

Khairy membela Dr Mohamad Khir dan The Star melaporkannya sebagai berkata:

I am sorry if I seem over-sympathetic but I get the same treatment and I can relate to him.

“It is something similar to the shooting-star syndrome or the tall poppy…..”

Dalam bahasa Melayu ia berbunyi lebih kurang begini:

“Saya minta maaf jika saya nampak terlalu bersimpati dengannya tetapi saya pun mendapat layanan yang serupa dan saya boleh rasakan apa yang dia rasa.

“Ia serupa dengan sindrom shooting star atau tall poppy ….”

Dalam kolum saya, “Other Thots” (Malaysian Business keluaran 1 April 2005), saya berkata tidak ada ungkapan atau istilah shooting star dalam bahasa Melayu.

Dalam bahasa Melayu, fenomena ini dianggap sebagai hantu yang terbang di angkasa pada waktu malam atau tahi bintang.

Tall poppy langsung tidak adalah sebab orang Melayu tidak taman pokok popi yang daripada buahnya diperoleh getah yang diproses menjadi candu atau heroin. Kalau tanam juga, alamat nak tempah maut.

Bila saya merujuk kepada kamus ungkapan Inggeris, rupa-rupa tall poppy bererti “high achiever” atau seorang yang tinggi pencapaiannya.

Menanglah pada waktu Dr Mohamad Khir dan Khairy umpama bintang bergemerlapan. Dr Mohamad Khir baru saja menang dengan undi tertinggi dalam pemilihan ahli biasa Majlis Tertinggi Umno manakala Khairy menang Naib Ketua Umno tanpa bertanding.

Saya tidak salahkan Khairy bila dia guna ungkapan Inggeris yang kita tak faham atau yang tak ada perbandingan dalam bahasa Melayu.

Maklumlah dia pun banyak belajar dan tinggal di luar, dan mengaji di Oxford pula. Tapi nak bagi tahulah sikitlah. Saya pun lulus Cambridge.

Bukan Universiti Cambridge tapi Senior Cambridge (tahun 1966) dan pakai Oxford Geometry Set yang terkenal itu. Itulah Oxford dan Cambridge kita. Tapi, Alhamdulillah, kita ok juga. Bolehlah cari makan.

Semalam (16 Oktober) saya baca dalam Utusan Malaysia Khairy kata dia “underdog” dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda Umno.

Kalau dulu dia kata dia “shooting star” dan “tall poppy”, sekarang dia kata dia “underdog”. Ini pun ungkapan bahasa orang putih juga.

Jadi saya tak marahlah kalau Utusan tidak terjemah jadi “anjing bawah” macam selalu kita tengok dalam sari kata filem.

Utusan memetik Naib Ketua Pemuda dan Ahli Parlimen Rembau itu sebagai menganggap dirinya kini hanya seorang calon underdog atau calon bukan pilihan untuk merebut jawatan itu.

Dalam bahasa Melayu tak ada ungkapan yang serupa dengan “underdog”. Yang ada dan selalu kita dengar adalah anjing gila dan anjing kurap.

Anjing gila ni dalam bahasa Inggeris “rabid dog” iaitu anjing yang bawa penyakit anjing gila atau rabies. Anjing kurap pula dikaitkan dengan orang yang rendah status sosialnya atau orang yang tidak berguna kepada masyarakat.

Inilah politik. Satu masa berada di tempat tinggi sehingga nampak “syurga” dan lupa segala duka nestapa. Pada saat lain pula jatuh berdentum umpama tahi bintang yang tercampak daripada orbit cakerawala dan ditarik graviti bumi.

Siapa menyangka daripada “shooting star” dan “tall poppy” yang begitu dikagumi empat tahun lalu, Khairy kini hanya mampu menarafkan dirinya sebagai “underdog” sahaja.

Atau Khairy berkata begitu untuk menagih simpati agar Pemuda Umno bahagian yang belum bersidang akan memberikannya lebih pencalonan dan undi?

Dia masih muda. Kalau dia mahu belajar, bersabar dan berpijak di bumi nyata, harapannya masih ada. Kita jangan ketawa. Tahi bintang ada harga. Di kampung saya pada “zaman jahiliah” dulu, tahi bintang digunakan untuk menurun nombor ekor atau sebagai campuran minyak pengasih.

Justeru itu, saya tidak akan lakukan apa yang Khairy lakukan. Kalau kita masih ingat, Khairy bersumpah dan berikrar akan menguburkan kerjaya politik Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu.

Anwar tidak terkubur tetapi nasi Khairy jadi bubur. Tetapi lebih baik jadi bubur daripada mentah terus kerana bubur masih boleh dimakan tetapi nasi mentah kalau dimakan boleh buat perut sakit.

(Perut oh perut mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah!)

Saya tidak akan bersumpah agar karier politik Khairy terkubur. Sebaliknya saya mendoakan agar dia belajar daripada sejarah supaya dia tahu tanah tinggi dan rendah dan dunia politik tidak selalu indah.

Malah Mukhriz Mahathir yang mendahului pencalonan dan sudah memperoleh kuota bertanding jawatan Ketua Pemuda pun yakin Khairy dan Dr Mohamad Khir akan mendapat pencalonan yang cukup daripada 130 bahagian lagi belum bermesyuarat.

Ketua Perhubungan Kalah Undur Sajalah

Terlanjur bercakap fasal pemilihan Umno, saya harap yang tidak dicalonkan atau yang kalah pada Mac nanti tidaklah terlalu kecewa kerana dalam keadaan tenatnya sekarang, Umno memerlukan khidmat semua orang untuk melakukan CPR (cardiopulmonary resuscitation/pernafasan mulut ke mulut) ke atasnya.

Seelok-eloknya yang sudah tak ada steam atau yang masuk angin keluar asap tu (meminjam daripada Allahyarham P Ramlee) tak payahlah hemoi-hemoi tawar diri.

Orang macam pengerusi perhubungan negeri-negeri yang kalah seperti Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tak payahlah dipilih balik.

Ikutlah jejak Presiden Umno dan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang akan mengundurkan diri dan tidak bertanding jawatan presiden. Kalau setakat jadi ketua bahagian tu bolehlah kot. Itu pun rasa-rasanya janggal juga.

PS: Saudara/Saudari yang hendak terus berbincang isu ekonomi dan kontroversi Maybank-BII boleh buat dalam posting ini sebab isu ini elok dijadikan sebahagian daripada agenda perhimpunan agung dan pemilihan Umno.

69 comments:

donmny said...

TUAN

1. sebagai pemimpin yang bakal memimpin hendaklah 'bersih' dan juga 'dilihat bersih'.

2. dari segi personaliti dan kebolehan berhujah memanglah khairy jauh meninggalkan pesaingnya.

3. tetapi bukan itu sahaja yang diinginkan ahli umno dalam pemilihan kali ini. ianya telah sedikit sebanyak diterjemahkan dalam pencalonan yang diperolehinya.

4. mungkin inilah budaya orang melayu yang belum dapat difahami khairy sepenuhnya yang hidupnya banyak diluar negara; senyumnya orang melayu belum tentu tandanya suka, angguk belum tentu tandanya terima, 'janji projek' belum tentu tandanya pangkah undi.

5. ataupun sindrom nik aziz telah melanda orang umno; 'bagi kita ambik, undi belum tentu'.

TooLBoX said...

"Bukan Universiti Cambridge tapi Senior Cambridge (tahun 1966) dan pakai Oxford Geometry Set yang terkenal itu. Itulah Oxford dan Cambridge kita"

Buat saya tersenyum :)

Dato kira lebih beruntung sebab zaman saya dah tiada Senior Cambridge, tetapi Alhamdulillah Oxford Geometry Set sempat juga saya guna.

kruel said...

Seorang ahli politik pernah berkata kepada saya "UMNO itu ibarat perut, mana yang baik, dicernakan menjadi sebahagian dari tubuhnya, mana yang tidak baik, akan dibuang". Ini disebut pada 2005 selepas pemilihan UMNO terakhir. Adakah masih betul ungkapan ini?

lodeh said...

tok,

KJ nie sebelum dia jadi MP dia adalah penganggur.. mungkin penganggur yang paling kaya kat malaysia.

IQram Walberg said...

Apa habaq datuk?
lama saya tak post comment since bulan posa..
saya merasakan di kala gemelut politik dan ekonomi sedang berbolak balik,a GOOD GOVERNANCE is now neccessary and vital..pemimpin2 dari dua2 belah pihak terpaksa ketepikan kepentingan masih2.. for the time being, people and coutry interest come first, and personal interest come second or no need to be ever exist~.. ada orang ckap datuk,najib kalau jadi pm dia boleh jadi seorang yang idealist yang tak pikir sangat pasal buat duit sebab dia dah kaya raya,so tak payah nak kalut2 cari harta melalui jawatan PM/Presiden UMNO.so most probably dia hanya focus untuk membantu rakyat dan negara. Sedangkan Ku Li sudah lama tidak berjawatan, maka ada potensi untuk mengumpul kekayaan sedalam-dalam yang mungkin..tetapi hakikatnya, perkara2 seperti ini terletak pada diri sendiri dan tiada manusia yang boleh menjamin perkara2 di atas yang saya sebutkan..

Bloggerooi said...

From a shooting star to an underdog, it is a good time to see whether KJ is truely accepted as a leader by his party members or merely because of his father-in-law.

malayamuda said...

orang yang mengistiharkan negara ini Negara Islam belum tentu akan membela agama Islam di negara ini...

apakah motif sebenar beliau ? kite kena teliti ? mengaut undi/ sokongan dengan mempermainkan isu agama dan kaum ?

Adakah perasaan org melayu dipermainkan oleh ahli politik untuk kepentingan sendiri ?

Senang sangat untuk mempermainkan perasaan org melayu ?

Quick Draw Botak said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Kalau di"suruh" mengundi, saya akan undi artikel ini sebagai antara yang amat pedas dan tajam! Dan amat kelakar cara penyampaian/tulisan nya!

Dulu masa disekolah saya juga guna Oxford Geometry Set dan ada mengambil Cambridge English exam. Markah tak tinggi tapi lulus jugak.

Taklah exam Cambridge yang sepenuhnye sebab masa tu dah diganti dengan MCE (Malaysian Certificate of Examination)!

Setakat ni, Alhamdulillah, bolihlah cari makan. Tak perlu bukak butik jual T-shirt dari RM200 sehelai atau jeans dari RM800 sehelai untuk mid-income earners!

Sekian.

Anonymous said...

Datuk,

Underdog tu pakai ferrari spider warna kuning sekarang.

Hebatnya jadi underdog yang kerjanya hanya sebagai MP.

Spydergurl

My Raison D'etre said...

Datuk,

Dah agak lama saya tak dengar orang guna perkataan "Hemoi". Kalau tak silap saya, di belah Sanglang hemoi bermaksud orang yang suka menempel diri dengan orang tanpa malu dan segan. Betul ke maksud penggunaan ni?

Bila balik Kedah saya cukup suka tengok rumah banglo tengah sawah..

Pasal KJ: Dalam NST, dia cakap dia "vows to work hard(er)".

Oklah tu. Dalam keadaan "Level playing field" (padang permain yang sekata?), yang menang adalah yang terbaik dengan dibantu sedikit faktor nasib.

Wasalam.

Anonymous said...

Dear Dato' AKJ,

Dalam atom terdapat elektron yang bila diberi tenaga akan teruja dan melompat ke aras yang lebih tinggi. Tapi bila dalam keadaan teruja elektron akan tak senang duduk dan berbuat macam-macam untuk melepaskan tenaga yang berlebihan. Ada kalanya elektron melepaskan tenaga berlebihan untuk kembali ke aras yang asal. Tapi jika elektron ini bersabar dan banyak muhabasah diri insyAllah satu percikan tenaga yang sangat besar boleh melanda eletron ini ia akan teruja sehinggakan terlepas daripada tarikan atom!

Saya kira hidup memang begitu kerana kita dipenuhi dengan molekul dan dalam molekul banyak atom dan dalam atom banyak elektron!

Salam hormat,
Dorothy

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Shooting star? Mana ada Dato'. Tak pernah pun.

What comes around, goes around. Ini saya rasa lebih tepat. Dulu dia pakai duit dan kuasa lawan Mukhriz. Sekarang Mukhriz lawan dia pakai grassroot.

amoker said...

Tall poppy is a popular Australian lingo that talks about people who over achieve. The culture in australia then is the 'pull down the tall poppy', meaning that nobody should rise taller than the community. That is why unions there are so strong. Of course, the recent economic growth there has change this culture somewhat.

On KJ, he should note that the 'pariah' of Mukriz is now the beloved in UMNO. the return of Mahathirism cannot be stopped when Najib returns.

Anuar Manshor said...

Sesiapa yang memenangi Ketua Pemuda UMNO, saya tidak ambil kisah sangat. Tapi saya amat mengambil kisah sekiranya Mukhriz menang, kerana dia menyokong PSSMI dalam BI (macam ayahandanya). Saya tetap dengan pendirian, sains dan matematik perlu diajar dalam BAHASA MELAYU.

Sekiranya dia menang dan tetap dengan pendiriannya itu, saya berani jamin dia tidak akan berlari jauh.

Pear said...

salam dan selamat hari raya datuk..

"BERNASNYA" tulisan datuk. Itulah hakikatnya. Hidup ibarat roda.kejap d atas, kejap d bawah. Tapi kes kj ni nampaknya sekejap d atas, lepas ni terus ke bawah tak naik-naik lagi. tengok la nanti...hohohoho

peacelovekindness said...

Ini, bagi saya Datuk AKJ, adalah salah satu daripada penulisan yang klasik dari segi humor dan sindir-sindir kambing yang penuh bermakna.
Ia membuatkan siapa pun sentiasa senyum kambing jugak. LOL :)

Salam Aidil Fitri dari saya peminat setia Datuk.

http://peacelovekindness.wordpress.com

anak Pendang said...

Dato Kadir,

Penilaian Data atas Khairi ada silapnya.Sebab itu saya katakita perlu menjadi ahli UMNO kalau kita nak faham sepak terajang dalam politik UMNO.

Selmalam saya berjumpa dengan orang kuat Khairy yang mengendalikan kempen untok nya.Dia senyum besar apabila saya tanya kapadanya"apo dah jadi.Khari ketingallan."

Dia kata'No worry bro.kita ada 6 bulan untok kempen.Mukriz akan penat.Dia tak ada banyak fulus.My budget rgt$20.000 untok satu delegate.kalau 500 delegates baru $10 juta.what is $10m untok Khairi?"

Saya fikir,susah nak Pukul Khairy.budak ini kepala otaknya pintar.kalau tidak mana boleh pergi OX.Ezam membantunya untok kempen.Saya berani bet Khairy akan menjadi Ketua Pemuda UMNO.Najib yang terhutang budi dengan Pak Lah akan melanteknya menjadi menteri penuh.Rombakan kabinet akan di b uat bulan Jan.Mukriz mungkin hanya Timbalan Menteri.

Salam.

ajipp said...

datuk

kenapa tak cadangkan kes eurocopter dan skandal sms shafee dan najib dalam mesyuarat agung umno nanti

datuk hipokrit yee

Latipah said...

Salam Datuk,

Saya tergelak sendirian membaca pos tentang KJ ini. Ulasan yang sungguh ikhlas dan tidak berunsur dendam. Jarang nak jumpa hamba Allah yang berperibadi seperti Datuk.

KJ harus banyak belajar daripada pepatah Melayu.
Contohnya:-
1. Ikutlah resmi buah padi semakin berisi semakin
tunduk.

2. Jangan jadi seperti anjing rebut tulang.

3. Jangan jadi anjing yang makan muntahnya.

4. Kalau sesat dihujung jalan balik ke pangkal
jalan.

5. Hidup umpama ular menyusur akar.

RAHISAM RAMLI said...

Assalamualaikum Dato'

Mengapa kita tak mau belajar daripada sikap Lehman Brothers, Merril Leynch dll yang sudah bangkrap?

Susah sangat ke menguruskan amanah wang negara hingga sanggup menduga laut yang dalam (penuh dengan jerung ganas)dengan kail yang panjang sejengkal tu?

PNB, KHAZANAH, MAYBANK mereka semua ahli korporat manakal saya hanya rakyat biasa yang sedikit ilmu ekonomi. Janganlah ada wujud krisis ekonomi lagi..

A KADIR JASIN said...

Sdra Iqram Walberg,

Hakikatnya Ku Li dari awal-awal lagi sudah kaya. Dia anak raja.

Dia pun dari jenerasi lama. Dia pun dah tua. Takkanlah dia nak jadi Presiden Umno kerana nak cari harta peribadi.

Terima kasih.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ

Saya mohon izin untuk beri ulasan sikit mengenai komen Sdr Anuar Manshor, berkenaan pengajaran Sains & Matematik di dalam bahasa Inggeris.

Saya menyokong penuh konsep tersebut seperti mana yang disyorkan oleh TDM. Kerajaan mesti meneruskan konsep ini demi untuk meninggikan mutu ilmu bagi anak-anak kita di masa akan datang.

Terlalu banyak perbendaharaan kata di dalam bahasa Inggeris yang tidak terdapat di dalam bahasa Melayu. Terlalu banyak terma-terma tertentu di dalam Sains dan Matematik yang masih lagi kita terkial-kial untuk memahaminya sedangkan masyarakat asing sudah lumrah menggunakannya sebagai bahasa harian mereka.

Jika kita ceduk dan ‘melayu’kan terma-terma tersebut sekalipun, kita masih tidak tahu untuk memberi makna sebenar ke atas terma-terma tersebut. Sebab itulah amat kurang (atau hampir tiada) buku-buku rujukan di peringkat pengajian tinggi, di dalam kedua-dua bidang ini.

Ini memaksa siswa-siswi kita belajar dengan cara menghafal tanpa mengetahui makna apa yang mereka hafalkan itu. Sudah jadi macam ‘kakak tua’ pula. Jika mereka lulus pengajian sekalipun, mutu kelulusan mereka boleh dipertikaikan.

Mujurlah bukan semua siswa-siswi kita sedemikian. Terdapat ramai juga graduan-graduan kita yang mahir di dalam penguasaan bahasa Inggeris mereka. Ramai juga yang berjaya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dan PhD samada di dalam mahupun di luar negeri.

Namun, nisbah di antara mereka-mereka yang membuat Sarjana dan PhD berbanding graduan-graduan yang lulus di peringkat Sarjana Muda amatlah besar jurangnya. Congak-congak saya 1:2000 (mungkin lebih besar lagi jika kita nisbahkan untuk pelajar-pelajar Melayu sahaja).

Salah satu sebab kurangnya graduan-graduan ini menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi adalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris, di samping keputusan mereka di peringkat Sarjana Muda yang tidak mencukupi.

Jika corak ini berterusan, kita akan mengalami kekurangan pakar-pakar di dalam bidang-bidang strategic yang memerlukan kefahaman terhadap Sains dan Matematik yang begitu mendalam.

Mengapa perlu dikembalikan pengajaran kedua-dua bidang ini ke dalam bahasa Melayu pula sedangkan ianya masih di phasa permulaan? Kita mesti mencari penyelesaian terhadap apa jua masalah yang dihadapi di dalam perlaksanaan konsep ini...bukan hapuskanya.

Saya pelik bila saya bandingkan dengan pelajar-pelajar kita yang hendak belajar di Mesir dan/atau Timur Tengah. Mereka-mereka ini sudah mula belajar bahasa Arab di peringkat rendah juga. Tanpa kemahiran terhadap bahasa Arab, saya yakin pelajar-pelajar ini tidak mampu untuk memahami semua kitab-kitab Hadis, Fiqh dsb yang teramat kurang terdapat di dalam bahasa Melayu.

Apabila mereka pulang ke tanahair selepas lulus belajar, tidak pula mereka tergagap-gagap bercakap Melayu. Malah, bertambah hebat juga sebahagian besarnya.

Mengapa kita tidak pula minta Kerajaan tukarkan polisi pengajaran bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu pada anak-anak kita ini?

Azman Mohd Isa
Shah Alam

PKR said...

Dato,

Khairy ni kalau dia bertanding ketua cawangan atas kredibiliti sendiri boleh lah menang, itupun kena banyak pakai wang.

Kalau ketua bahagian, belum tentu lagi lah sebab style ala samseng dia tu. Kalau guna duit pun belum tentu lagi pasal depa dalam Umno ni duit sapu juga tapi undi belum tentu lagi.

Saya cadangkan Khairy mula dari ahli biasa umno dan tengok sejauh mana dia boleh di terima dalam umno.

Kalau tak jalan juga, suruh saja dia join mentor dia - Anwar Ibrahim.

ab said...

Elok KJ rehat dulu 2-3 tahun la kut.

Kalau dia ni bagus, buat macamana
pun bagus juga.

Kalau tak bagus ,tunjuk macamana pun tak ketahuan juga akhirnya.

Ramai orang nampakya tak percaya kat dia ni sejak dia kelentong hal
saham syarikat eclibra dulu tu...

abikhsan said...

Saya tak merasa la belajar kat Oxford. Cuma saya ada beberapa koleksi Okford Dictionary.

Sebagaimana yang banyak diperkatakan dan diperdebatkan, KJ merupakan liability bagi UMNO dan bukannya aset.

Tapi bagaimana pula Khir Toyo (KT) boleh menawarkan diri untuk Ketua Pemuda. Muda lagikah beliau...???? Orang akan tengok past track record yang mana KT mempunyai sejarah pencapaian yang amat buruk dengan jatuhnya Selangor (negeri terkaya di Malaysia) ke tangan PR.

Madam Curi said...

Dear Dato' A Kadir Jasin,

I guess when you are a tall poppy your are all alone up there. Too much poppy seed can make you go heady and loose your sense of reality and direction. You start imagining that you are a shooting star. Alas, all dreams must come to an end and you have to face reality. Good to see how the rakyat is suffering. Good to learn that humility is the most difficult lesson of all. Hopefully wisdom will follow suit. The sun will shine again. The circle of life will be complete.

cucupakkasim said...

Dato'

saya berpendapat,kalau si KJ ni layak dan dapat cukup kuota,dia nanti kayuhhh..tak tau laa,pasai yang saya dok dengaq dia ni sikit punya jemuan.

Samuel Goh Kim Eng said...

Don't disturb and 'let sleeping dog lie'
Especially when it's tired after being a 'running dog'
A dog needs to be reminded about 'not biting the hand that feeds it'
But right now with weather foul it's raining 'cats & dogs!'

(C) Samuel Goh Kim Eng - 171008
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Fri. 17th Oct. 2008.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Anak Pendang kata;
"Dia kata'No worry bro.kita ada 6 bulan untok kempen.Mukriz akan penat.Dia tak ada banyak fulus.My budget rgt$20.000 untok satu delegate.kalau 500 delegates baru $10 juta.what is $10m untok Khairi?"

Saya tidak pasti Anak Pendang dengan sengaja atau dengan tidak sengaja berkongsi cerita ini.

Jika tidak benar maka Anak Pendang atau kawannya cuba nak melawak.

Jika benar, maka andaiannya begini :
1.Banyaknya duit Khairy. Kalau RM10 juta tu "nothing" maka duit dia tentu tidak kurang dari RM100 juta.
2.Walaupun RM10 juta tu bagi saya amat besar nilainya tetapi saya kira murahlah harganya JAWATAN Ketua Pemuda UMNO sebab secara tradisinya Ketua Pemuda UMNO akan jadi Menteri penuh.
3.Dengan RM20 ribu, saya mampu untuk tidak bekerja sekurang-kurangnya selama 6 bulan tanpa membuat simpanan dan makan angin bersama keluarga. Kira murahlah undi para delegasi. Patut biarlah cukup amaunnya supaya mampu tak kerja sehingga next Perhimpunan Agung UMNO.
4.Mukhriz tidak dibantu secara kewangan oleh keluarganya dari segi kewangan.
5.Bukankah itu RASUAH namanya. Ezam pulak berkempen untuk Khairy? RASUAH ni bukan sahaja menyalahi undang-undang negara malah HARAM di dalam islam.
6.Mungkin menguntungkan jika nak jadi ahli UMNO musim-musim gawat poket ni.
7.
8.
9.

Cukuplah. Saya dah malas nak tulis. Marah pun ada jugak!

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Saya sebelum ni pernah komen pasal Maybank terutama sekali sebelum skandal Maybank BII meletup.

Saya sudah beritahu sebelum ni bahawa Datuk CEO Maybank yang dah jadi Menteri bertanggungjawab diatas banyak masalah dalaman Maybank. Sekarang baru nak keluar....

Saya bekas pekerja Maybank yang buat audit dalaman. Semasa masih bertugas dengan Maybank. Saya tak hairan skandal ni keluar. Seperti di Sime Darby juga, kami orang orang bawahan dah nampak tembelang orang korporat diatas yang mengguna kuasa mereka untuk membuli orang bawahan. Bukannya audit dalaman tak jumpa penyelewengan. Bila kami buat lapuran kepada pihak pengurusan semuanya akan diperap...So that the management looks good. Sama jugak kat Sime Darby.

Bila dah tak boleh tutup mulalah cari kambing hitam nak gantung dan buang kerja....Tu sebab saya tak hormat dengan banyak Datuk Datuk CEO yang ada sekarang ni. Kebanyakan dan tidak semua ya....adalah kaki bodek dan survive on political favours and not on competency....

Seperti yang pernah di beri komen kepada saya oleh seorang Datuk yang juga Ahli Lembaga Pengarah PNB, kebanyakan ahli korperat kita "Are not world class"

Keturunan Jebst

Mohd Affendi said...

Dalam zaman PM ke-5 sindrom 'koro' dah memang sinonim..
Tetapi ada lg satu..zaman ini juga harimau pun kena 'kasi'... haiwan jantan kalo kena kasi akan jadi pondan..begitu juga manusia..

Harimau adalah lambang keberanian jata negara..tetapi diera PM ke-5 harimau takdak teloq kena kasi dgn org politik.. sebarang rundingan & persaingan dgn negara singa berbadan ikan, harimau malaysia akan membacul mengundur ikut keadaan yg memihak kpd singa mutasi ini..dari jambatan bengkok, batu putih, IDR dan sebutlah apa saja..

Harimau zaman TDM mengaum gagah dan ditakuti & dibenci musuh..harimau sekarang bukan mengaum..tetapi mengaww... diketawa & jadi bahan lawak saja.

Sekarang bank harimau pun dah kena kasi.. jadi si luncai pula..agaknya tukang kasi suruh terjun bagi si rimau luncai mampus..kat hilir sungai nnt ada org tolong sauk labu2 yg dibawa terjun hanyut oleh rimau luncai(tak lah nampak 'obvious' sgt kan....)mcmlah kita ni bodoh sgt tak boleh baca cerita wayang tak berskrip..

Hakikatnya, harimau tarak teloq bakal dibiar mampus dihanyut arus deras menggila dgn labu2 yang disangka hilang (walhal dah diambil org).. kalau mampu berenang selamat lah kau rimau..

Hai menteri kewangan...semua baik2 belaka saja..apa yang tak baik?
Everything sound so good to be true.. (",)

Only in Malaysia Boleh, Pak Menteri? Are we that damn different from the rest of the world? Tell me...

Dalam kepincangan ekonomi dunia & semua bank2 sibuk nak kurang NPL dan elak ambil risiko pelaburan berbahaya, bank harimau termakan umpan sang singa berbadan ikan yang membuka lubang 'blackhole' bernilai RM8bil++.. kelak kalau harimau ni mampus, pembela harimau (PNB) & ekonomi negara terutama bumiputera turut tersedut dlm 'blackhole'...

Najib..takkan takleh buat apa2 atau taktau nak buat apa? Kalau tak baik draf pelan peralihan kuasa seterusnya.. Pengkhianat negara hukumnya mati ditali gantung..jika benar skandal ini, ia adalah satu bentuk pengkhianatan kepada Raja & Negara.

Shooting star.. tall poppy? Sekarang ni kita memang di fasa era menembak bintang dilangit & menyabit pokok poppy punca org ketagih dadah..apa nak heran taik bintang..taik tu selalunya benda terbuang..

Masuk U terbaik tak semestinya pandai..tengok jugalah ambil jurusan apa..lulus ijazah kelas brp (atau general degree) sebelum kagum ke tahap pluto..

Dato', saya pun dulu guna kamus Oxford, set geometri Oxford & buku sifir Cambridge juga..w/pun tiada Senior Cambridge zaman saya ttp saya lebih sikit je dari Dato sbb ambil A-Level Cambridge.. ttp tak mampu jd penganggur kaya raya mcm si 'underdog', sebab apa? sebab kita hidup dlm dunia normal dibumi..dia hidup di domain glokal angkasaraya.

Hakikatnya wang & kelulusan minimum boleh bawa kita masuk U ternama tetapi bukan membeli kredibiliti & kehormatan ..

org bijak ilmu & bijak putar alam mana sama antara kedua-duanya..jgnlah buta minda.. cukuplah dah buta hati sebab digelapi wang haram wahai ahli2 umno berkenaan.

p/s: kepada semua para pak lawak..dimaklumkan bahawa UMNO bukanlah institusi sarkas..udah2 ler tu terlampau lama sgt syok sendiri..

DIN said...

datuk,

seronok gila baca terjemahan terma dari bahasa inggeris ke bahasa kita.

terbahak-bahak saya ketawa, panas sikit badan mengharung cuaca musim luruh yang makin sejuk kat sini.

din
manchester
http://ceritarassa.blogspot.com/

kluangman said...

Kalau mahu di ambilkira KJ boleh menang Ketua Pemuda kerana 'RM10j is nothing to him' maka apaguna Dolah harus berundur dan meletakkan jawatan kerana berapa J pun tentu ada yang sanggup membayarnya.

Untuk menyedapkan hati sendiri bahawa duit boleh membeli segala galanya adalah 'mungkin benar' tetapi hakikatnya yang belum cukup pencalonan 'otak mampu berpeluh' siang dan malam, penuh dengan teka teki.

Pertandingan Mukhriz, Khir Toyo dan Khairy adalah pertarungan hidup mati kerana mereka tidak beranding lain lain jawatan.

Faktor kewangan pada kali ini bukan lagi faktor utama boleh membeli undi, banyak faktor faktor lain yang perlu di ambilkira dalam mencorakkan pemilihan.

Dari sumber tertentu, dimaklumkan selepas sahaja semua bahagian selesai bermesyuarat dan jika Presiden dan Timbalan Presiden khususnya Najib/Muhyiddin mendapat pencalonan besar atau memang tanpa bertanding maka satu desakan akan dibuat untuk mempercepatkan Perhimpunan Agung UMNO dan peralihan kuasa dari Mac kembali ke asal iaitu Disember 2008.

Masa berkempen yang begitu lama merugikan banyak perkara dan Dolah tidak wajar bertangguh lagi dengan apa juga alasan jika dia benar2 ikhlas dan sayangkan negara. Segerakan kurniaan 'Tun' kepada Dolah supaya dia cepat cepat berundur.

anakbuah said...

Salam Dato',

"....tidak ada ungkapan atau istilah shooting star dalam bahasa Melayu.

Dalam bahasa Melayu, fenomena ini dianggap sebagai hantu yang terbang di angkasa pada waktu malam atau tahi bintang."


# Kalau hantu langsuir yg berapi terbang waktu malam, saya sendiri pernah nampak Dato'. Memang pada mulanya saya sangka tahi bintang atau shooting star tetapi bila tiba2 menghilang, saya dan rakan2 yg sedang minum berpandangan sambil bertanya..."tahu tak apa yg kita nampak tadi? Nampak tak?" Beremang bulu roma....

(Drp Wiki: Langsuir ...would possess the victim and suck blood from the inside, slowly causing a fatal end.)

# Bagi org kampung saya, langsuir ni selalu nampak terbang di tengah2 bendang waktu malam. Org tua kata, petanda tak baik. Entahlah....tapi kalau dikaitkan dgn Khairy, harap2 kita semua dijauhkan drp perkara2 yg tidak baik. Tak mahulah si “high achiever” Khairy ni mendatangkan bala atau petanda tidak baik kepada kita.

p.s.: Kelakarlah Dato - mcm mana istilah "underdog" boleh pergi sampai anjing gila atau anjing kurap? Jangan sampai dihalau mcm anjing sudahlah!

Anonymous said...

Datuk,

Tempoh hari Datuk bagi "nasihat yang tak diminta" pada Najib; kali ni saya pun nak bagi nasihat jugak lah. Tapi nasihat pada KJ.

Saudara Khairy,

Saya tidak ingin memberi nasihat panjang lebar pada saudara kerana saya yakin bahawa seorang lulusan dari universiti terkenal seperti Oxford ini mestilah seorang yg otak bergeliga dan pintar. Nak dibandingkan dgn saya yang hanya mampu belajar pakai kamus Oxford dan Geometry Set Oxford di universiti kampungan dipinggir kota.

Saudara Khairy,

Saya hanya ingin menyatakan perkara ini. Dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan tanahair... perjuangan yang berteraskan SIL (atau son-in-law) amatlah tidak kena pada caranya. Seharusnya SIL mestilah berdasarkan pada konsep S= Sabar dan IL = Ikhlas.

Saudara Khairy hendaklah sentiasa berSABAR dalam berjuang. Jgn terlalu gelojoh dan tamak dalam memiliki jawatan dan pangkat. Perjuangan menegakkan agama, bangsa dan tanahair juga mesti perlu ada keIKHLASAN. Jgn sesekali ada niat jahat dan keji dalam hati saudara.

Ingatlah, hidup di dunia ini hanya sementara.

ikhlas

-sinbad-

zGreat said...

Salam Datuk,

Saya bersetuju dengan azman berkenaan dengan pengajaran subjek tertentu dalam bahasa inggeris.

Saya bukanlah pelajar lepasan IPTA, tetapi mempunyai ramai kenalan dari universiti awam.

Berdasarkan rekod, tidak salah jika saya katakan antara faktor penyebab ramai graduan menganggur adalah disebabkan kurang mahir berbahasa inggeris. Ijazah mungkin menjanjikan kerja yang bagus, hanya jika anda bagus semasa sesi temuduga.

Pengajaran beberapa subjek penting dalam bahasa ingeeris sekurang-kurangnya dapat menukar mentaliti pelajar melayu agar lebih berusaha untuk menguasai bahasa inggeris dengan apa cara sekalipun.

Di zaman sekolah & kolej, saya sering ditertawakan rakan-rakan melayu kerana tidak pernah lekang dengan kamus Oxford saya(dato, Oxford ini sajalah yang tinggal untuk generasi baru macam kami ni.. ^_^)

Ketika tiba musim mencari kerja, dengan hanya berbekalkan diploma, saya yang terawal mendapat kerja di syarikat swasta bertaraf internasional berbanding rakan-rakan yang berijazah. Ini jua ditambah dengan faktor rezeki. Dan saya juga hanyalah budak kampung biasa tanpa sebarang komunikasi English di rumah.

Sekiranya, pengajaran dam bahasa inggeris itu mahu dimansuhkan, harus dicari alternatif untuk mengubah& merangsang minda pelajar-pelajar melayu ini.

Just my 10 cents! ^_^

DNL said...

Tuk,

samekom

nak tanya la sikit kat tok yang kira bernas nie. Kalu la DS Najib naik jadi PM brapa lama la aagaknya dia bole tahan. Ni takdan apa apa dah kena fitnah kiri kanan dah ni.

Betui ka fitnah?

Habaq mai sikit.

Tenkiu aaa....

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri DNL,

Hanya takdir menentukan.

Itulah yang saya tulis apabila Abdullah dilantik jadi PM pada Nov. 2003.

Saya kata, faktor takdir sangat utama dalam karier politik Abdullah.

Dia naik berbau mawar. Tetapi bunga itu akhirnya layu, hilang bau dan hancur menjadi debu. Ditiup angin menjadi jerebu.

Mohd Najib naik (atau mungkin naik) dengan segala rupa masalah dan persepsi.

Mungkin orang tidak mempunyai ekspektasi yang tinggi atau tidak hairan kalau sesuatu yang tidak dijangka terjadi.

Tetapi sekiranya takdir menentukan, dia boleh menjadi PM yang kuat kerana kita akan menilainya daripada aspek prestasi bukan ekspektasi.

Ingat lagi tak Abdullah diuar-uarkan sebagai Mr Nice dan Mr Clean?

Terima kasih.

husnin said...

Kalau kita masih ingat kata-kata Abdullah Ahmad Badawi sebelum pemilihan UMNO yang lepas, "siapalah saya untuk menahan KJ (menantunya) daripada bertanding jika ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi mahu beliau bertanding kerusi Timbalan Ketua Pemuda.

KJ kemudiannya menang tanpa bertanding kerusi Timbalan Ketua Pemuda. Di saat itu 'the shooting star' dilihat seolah-olah tidak akan melalui zaman kegelapan dalam kariernya, malah akan terus naik melonjak ke peringkat tertinggi. Kenyataan Abdullah itu disambut dengan sorakan gempita dari pengampu-pengampunya seperti Azalina Othman Said dan lain-lain pemimpin UMNO.

Siapa yang boleh percaya 5 tahun kemudian, KJ akan berhadapan dengan ranjau dan duri, dan mungkin lenyap dari ingatan pengampu-pengampunya seperti Azalina Othman Said dan lain-lain pemimpin UMNO?

Pepatah Inggeris mengatakan, "When you shake the tree, the monkeys will scatter". Abdullah mungkin sedang melalui saat-saat yang begitu sunyi di dalam kehidupannya sekarang sebab, "the monkeys have shifted tree". YABhg Tun M mungkin telah merasai saat-saat kesunyian ini selepas beliau bersara. Sekarang tiba pula giliran Abdullah Ahmad Badawi untuk melalui pengalaman ini.

Mungkin Abdullah boleh mengakhiri komen beliau di atas dengan mengatakan, "siapalah diri saya untuk menyuruh KJ bertanding jika ahli-ahli UMNO tidak mahu lagi menerima beliau bertanding (Ketua Memuda UMNO)".

Masa 5 bulan terakhir ini akan menjadi saat-saat paling sayu bagi Abdullah bila beliau menoleh ke kiri dan ke kanan, dan didapati orang-orang yang kononya sehidup dan semati dengannya telah pun beramai-ramai berpindah pokok. Mungkin ada di antara mereka itu akan bersorak sakan sambil melaung, "ASTA LAVISTA PAK LAH".

jasnita said...

Assalamualaikum Datuk dan Selamat Menyambut Aidil Fitri,

Kiranya boleh, saya ingin menambahkan satu lagi perumpamaan kepada apa yang telah Datuk senaraikan, "Poppy Cock".

Hj. Kamaruddin Taib said...

Dato',

Pemikiran Dato' mengenai Tengku Razaleigh itu boleh dikatakan "naive" dalam Bahasa Inggeris, atau tidak berapa pandai.

Walaupun Ku Li dah kaya, manusia ni tetap mahu menjadi pembesar kerana inginkan kuasa, prestij, atau meninggalkan kesan ideologi pegangan mereka.

Manusia rakus bukan saja dari segi wang, tapi kuasa, prestij, puji-pujian, dan sebagainya.

Jadi, Ku Li bukan automatik jadi baik sebab dia itu dah kaya. Dato' jangan silap berhujah.

Kalau cam tu, kenapa orang kaya billionaire macam Silvio Berlusconi di Italy bertungkus lumus nak jadi Perdana Menteri? Dia itu banyak kes korupsi dan pengendalian negaranya sangat neo-liberalisma!

Banyak lagi contoh yang boleh diberi. Di dalam negara kita pun dah ada. Khairy dah berjuta-juta wangnya. Kenapa masih mahu mencari jawatan politik?

Maka Dato', sebelum berhujah itu, berfikir-fikirlah dahulu.

Rhetorik bahasa Dato' yang indah kadang-kadang menopengkan kekurangan dalam fikiran atau idea Dato'.

Sekian.

Hj. Kamaruddin Taib said...

Oh satu lagi, jangan lupa: Adik Tengku Razaleigh, iaitu Tengku Robert, adalah orang korporat besar, termasuk dalam industri minyak sawit yang mungkin menjadi kaya seperti industri minyak petroleum sekiranya "biofuel" menjadi bahanapi pilihan ramai. Maka misalnya kalau Tengku Razaleigh jadi perdana menteri, sudah tentu lobi minyak sawit akan mendapat bantuan khas atau dapat lebih menentukan polisi, seperti polisi infrastuktur dan pertanian.

Dato' faham ke tidak sekarang?

A KADIR JASIN said...

Pembahas Jasnita, adakah poppy cock yang anda maksudkan itu poppycock yang diInggeriskan daripada bahasa Belanda "pappekak" yang maksud literalnya "soft dung" seperti seorang yang kena ceret-beret?

Ini merujuk kepada seorang yang cakap merapu atau tidak masuk akal(nonsense).

Pembahas Haji Kamaruddin Taib, terima kasihlah atas tunjuk ajar Tuan Haji.

Saya tidak pernah mengaku diri saya cerdik. Sebab itulah saja jadi pemberita dan blogger supaya saya boleh belajar dan terus belajar.

Dengan berkat tunjuk ajar orang yang pandai macam Tuan Haji Kamaruddin, Insyaallah, saya tidaklah sentiasa “naïve” dan bodoh.

Inilah baiknya kita ada orang cerdik macam Tuan Haji Kamaruddin yang sanggup mengajar orang yang tidak berapa cerdik macam saya.

Sebab itu jugalah saya tidak guna title Haji saya walaupun saya ke Makkah lebih 15 tahun lalu.

Saya takut kalau saya guna gelaran Haji, kedangkalan saya akan menjatuhkan martabat semua orang yang bergelar Haji.

Terima kasih banyak-banyak.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mekyam said...

The Scribe wrote...

Khairy membela Dr Mohamad Khir dan The Star melaporkannya sebagai berkata:

“I am sorry if I seem over-sympathetic but I get the same treatment and I can relate to him.

“It is something similar to the shooting-star syndrome or the tall poppy...”


Perasan!

"Shooting star" ke "shooting upSTARt"?

IbnulMurad said...

Askm Dato,

Walau siapapun menang dalam pemilihan UMNO nanti, diharap jagalah nama UMNO dan lebih-lebih lagi jaga nama ISLAM. Jangan disebabkan tindakan kita yang kurang cerdik membuat orang lain meluat tengak kita dan agama kita. Usaha memantapkan kedudukan ekonomi orang Melayu harus ditingkatkan segera. Harga barangan keperluan perlu dipantau dan dikawal agar masyarakat tidak terbeban. Orang lama jangan diketepikan; pengalaman mereka tidak boleh dibeli di mana-mana kedai runcit. Agenda Melayu yang lebih besar harus difikirkan dan diteruskan perjuangannya. Selamat Berjuang kepada semua bakal calon.

Ajeem said...

Jika merebut jawatan ketua pemuda UMNO dan berusia 32 tahun sudah merayu undi dengan mengatakan beliau calon UNDERDOG,bagaimana nak jadi Perdana Menteri paling muda di Malaysia?

Mana dia cita-cita nakjadi PM sebelum usia 40 tahun atau sekurang-kurang umur 40-an...khairy oh khairy.inilah akibatnya apabila cakap terlalu besar umpama dialah raja segala raja.

Buat Khairy yang sedang beradu nasib: UMNO kata pergi, PR kata mari!(tapi jangan harap jadi perdana menteri).

Haji Mustapha Ong said...

Salam buat Sdra DAKJ,

Biarlah takdir yang akan menentukan nasib perjuangan Khairy Jamaluddin, sama ada beliau akan dipilih untuk memimpin Pemuda UMNO mulai pada bulan Mac tahun 2009.

Sapertimana yang diketahui jumlah pencalunan tidak semesti nya mencerminkan citarasa pemilihan para perwakilan ke PAU 2009 pada bulan Mac tahun hadapan.Khairy masih ada peluang yang cerah untuk menang semasa pengundian pemilihan kelah. Ini tidak mustahil sekiranya Tuhan Maha Esa memihak kepada Khairy dan menetepikan Mukhriz Mahathir.

Memegang kepada prinsip perjuangan saya yakin bahawa "yang menang semesti nya tidak menang semua dan yang kalah tidak mengalah semua nya dan perlu diberi pertimbangan yang adil dan saksama oleh bakal presiden UMNO DS Najib".Kedua-dua pemimpin ini patut ditawarkan jawatan menteri dalam kabinet Najib yang akan dirombakkan mengikut keputusan pemilihan pucuk kepimpinan parti UMNO kelah.

Pada pagi ini saya ingin menyentuh komen Pak Lah yang menyelarkan kenyataan Muhyiddin mengenai adalah baik nya sekiranya proses pemilihan pucuk pimpinan parti UMNO dikembalikan kepada bulan Disember 2008 untuk beberapa sebab yang tertentu. Antara sebab-sebab utama adalah mengurungkan politik wang yang akan ditaburkan kepada para perwakilan-perwakilan semata-mata untuk meraihkan kemenangan oleh segelentir calun-calun yang tidak bermoral dan gila kuasa.Tempoh permainan politik UMNO selama empat bulan oleh menteri-menteri berkempen akan menjejaskan produktiviti mereka yang seharus nya dipergunakan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka atas kepentingan rakyat.

Sapertimana penjelasan Muhyiddin, tarikh proses pemilihan pucuk pimpinan UMNO adalah berbedza dengan tarikh pengalihan kuasa pentadbiran parti dan Kerajaan yang telahpun dipersetujui diantara Pak Lah dan Najib.Perkara ini juga tidak bercanggah dengan peraturan Perlembagaan UMNO dan tidak ada paksaan mahupun tekanan oleh sesiapa agar Pak Lah berundur pada bulan Disember 2008, Mac atau sehingga Jun 2009.

Saya bersetuju dengan pandangan Pak Lah bahawa jangan ada sesiapa pun mempersoalkan tarikh penyerahan kuasa yang sebenar nya, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad selaku bekas perdana menteri yang amat dihormati serta dikasihi.

Saya yakin bahawa sebilangan besar ahli-ahli UMNO dan rakyat jelata (yang bukan ahli UMNO) akan menyokong tarikh pemilihan pucuk kepimpinan UMNO dikembalikan pada bulan disember 2008 untuk mengatasi sebarang gejala politik yang kurang sihat dan kritikan daripada rakyat yang mungkin telah bosan dengan permainan politik UMNO yang berpanjangan ini.

UMNO selaku sabuah parti yang utama dalam Barisan Nasional perlu memberi contoh dan teladan yang baik dan terpuji, sekira nya ingin terus berkuasa dan memimpin parti-parti komponen yang lain.Contoh pemilihan pucuk pimpinan MCA adalah yang terpuji dan saya berharap UMNO juga dapat mengambil iktibar mengenai process pemilihan pucuk pimpinan MCA yang terpuji itu.

pijat said...

Y.Bhg. Dato',

Sebagai org muda dari generasi Wawasan (era TDM) saya kira pengetahuan dan pengalaman saya apa lah sgt berbanding pengetahuan dan pengalaman Dato' yang sudah masak dengan sepak terajang politik dan dunia kewartawanan.

Saya kira saya perlu banyak belajar dari dato' dan pendidikan saya termasuk juga secara informal seperti melalui blog Dato' dan Chedet.com.

Untuk pengetahuan, saya ahli biasa UMNO yang bekerja di sektor awam hampir 5 tahun dalam penggubalan dasar dan berkaitan ekonomi. Saya kira saya bertuah kerana mendapat peluang sedimikan rupa dan mendapat pendedahan tidak ternilai melaui pengalaman kerja ini.

Terlebih dahulu, pada pendapat peribadi saya, sedia maklum Dato' acapkali 'menjemput' atau mengajak berbicara mengenai isu-isu yang berat seperti isu ekonomi tetapi kita jarang mendengar para pengkomen memberi komen daripada sudut ekonomi dan berbicara secara teknikal atau ilmiah. Mungkin kita lebih selesa berbicara sesuatu yg dalam comfort zone kita - politik.

Berkait dengan soal Pemilihan Agung UMNO (PAU), saya kira mungkin pemilihan Presiden AS boleh dijadikan iktibar. Calon Presiden AS, baik Obama atau Cain, sekurangnya2 mampu berdebat dan berbicara berkenaan ekonomi secara teknikal dan dasar2 yang akan dibawa sekiranya mereka menang kelak.

Tetapi hal ini amat jarang kedengaran di negara kita. Kita tidak pernah atau mungkin amat jarang, calon-calon kita memberi buah fikiran yang bernas berkenaan isu ekonomi dunia ini dan meletakkan negara kita seolah-olah terasing atau isolated daripada kegawatan ekonomi AS.

Bagi yang bertanding jawatan Pemuda dan Wanita, saya kira amatlah penting bagi mereka menawarkan manifesto atau pelan tindakan mereka dalam menarik golongan muda (seperti saya) untuk menyokong kembali UMNO dan BN.

Berkenaan isu ekonomi, rata-rata maklum, kegawatan ekonomi kali ini dicetuskan oleh AS, yang mana berpunca daripada krisis sub-prima ekorang kejatuhan sektor hartanah di sana. Untuk penjelasan lebih lanjut, sub-prima disebabkan oleh kegagalan (defaulters) yang terlalu ramai masyarakat AS dalam membayar kembali pinjaman perumahan mereka. Ini kerana sebelum krisis ini berlaku, kebanyakan sektor perbankan di AS telah bertindak memberikan pinjaman secara berleluasa tanpa mengira kelayakan dan kemampuan seseorang itu membayar kembali kerana amat yakin dengan prestasi hertanah ketika itu. Hal ini ditambah lagi dengan beberapa gadaian hutang ini dijadikan sekuriti dan dijual kepada syarikat pelaburan seperti Lehman Brothers, Merry Lynch dsb. Keadaan menjadi lebih buruk apabila berlaku liquidity crunch (keruntuhan kecairan) akibat sekuriti ini tidak dapat ditunakan kerana bank sebelum ini tidak mampu membayar kembali wang yg dilaburkan.

Dalam pada kita mencari alternatif untuk mengurangkan impak kewangan global ini, kita juga mungkin boleh fikirkan ia sebagai satu peluang (opportunity). Mungkin inilah peluang kita, untuk menggunakan dana yang kita ada (PNB dan Khazanah contohnya) untuk membuat pelaburan dalam sektor strategik di AS. Kita mungkin boleh membeli sedikit pegangan dalam Lehman Brothers atau CitiBank umpamanya. Atau mungkin dalam saham GE. Perlu diingat, institusi2 ini tidak akan berkubur begitu sahaja. Apabila krisis berakhir, institusi2 ini akan hidup semula dan beroperasi seperti biasa. Sekiranya kita membeli sedikit pegangan dalam institusi seperti ini, kita akan memperolehi kepakaran, memudahkan joint venture, capacity building dsb. Perlu diingat, bahawa Malaysia masih dalam proses perbincangan menandatangani FTA dan sekiranya kita memperolehi sedikit pegangan dalam beberapa industri di AS, sudah tentu ia sedikit sebanyak memberi kesan positif dan ia juga mungkin boleh membantu industri sokongan di negara kita untuk meraih manfaat daripadanya. Contohnya, syarikat PKS kita dalam sektor pembuatan mungkin boleh membekalkan komponen (walaupun kecil jumlahnya) kepada GE sekiranya Malaysia mempunyai pegangan dalam GE.

The idea is there, tetapi hal ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya dan pihak tertentu perlu mengkaji dengan lebih terperinci berkenaan perkara ini.

Selain itu, kita jarang membicarakan peluang yang kita ada melalui kekayaan yang dikumpul di Timur Tengah (GCC) melalui hasil minyak setakat ini. Kita merupakan Pengerusi OIC dan satu masa dahulu juara isu Timur Tengah dan negara membangun tetapi kini tidak lagi. Kita seharusnya mengambil peluang daripada kekayaan Timur Tengah contohnya melalui Sovereign Wealth Fund yang bernilai berbilion2 ringgit (Abu Dhabi Commercial Bank mempunyai aset (USD875 bilion - 8 kali ganda besar daripada GDP kita). Kenapa tidak ambil peluang ini untuk menyemarakkan pelaburan asing negara terutama growth corridor? Seperkara lagi, kita mempunyai kepakaran sumber manusia dan infrastruktur dan mereka mempunyai dana yang lebih daripada mencukupi. Saya percaya, sekiranya kita terbitkan sukuk untuk membiayai projek koridor kita, nescaya, kita mempunyai cukup modal untuk menggerakkan koridor-koridor ini, tanpa melibatkan pelaburan yang besar daripada Kerajaan.

Begitulah sedikit sebanyak cetusan idea saya, dan saya harap perkara ini boleh diambil perhatian oleh Dato' dan pembaca sekalian.

Iszad

A KADIR JASIN said...

Sdra Anakbuah,

Saya tidak siarkan komen anda kerana:

1. Tidak eloklah kita kasar bahasa dengan orang tua;

2. Dalam Islam, tidak ada sisa dalam usia manusia. Hatta sesaat terakhir itu pun berguna -- untuk mengucap dua kalimah syahadat.

Terima kasih.

Anonymous said...

What comes around, goes around. Ini saya rasa lebih tepat. Dulu dia pakai duit dan kuasa lawan Mukhriz. Sekarang Mukhriz lawan dia pakai grassroot...

i like this...

dari awal2 lagi khairy ni tak patut 'idop' dalam umno.idop pon sbb pak mentua..tapi saya heranla, dalam dunia ni ada jgk yang tak malu samapi lagu ni..dia tau shooting star, tall poppy, underdog...tapi dia tau ka dignity tu apa?

-karim-

MELAYU MUDAH LUPA said...

Assalamualaikum Datuk Haji Abdul Kadir bin Jasin,

Tulisan Datuk yang ini mengenai KJ telah membuat saya tersenyum dan ketawa kuat dalam hati. Bukan pasal KJ sangat tetapi pasal belajar di Oxford dan Cambridge. Saya juga lulusan dari universiti tempatan sahaja. Saya juga selalu membeli dan menggunakan set geometri Oxford semasa di sekolah menengah dulu. Saya juga lulus MCE dan HSC yang diiktiraf Cambridge. Sampai kini pun saya masih menggunakan kamus Oxford untuk rujukan tetapi yang ada sekarang adalah kamus elektronik yang saya beli di London.

Pasal tajuk perbincangan ini pula ingin saya kisahkan pasal KJ ni. Saya tidaklah kenal rapat si KJ ni tetapi adalah berselisih kerana tugas dan sudah pun dengar pelbagai kisah menarik mengenai beliau.

Sebelum bapa mertuanya menjadi PM pada November 2003, saya kebetulan bertemu beliau. Saya telah menasihati beliau supaya menjaga bapa mertuanya agar tidak disalahgunakan orang atau bahasa kasar 'jangan dipijak kepalanya oleh orang' kerana bapa mertuanya sememang baik orangnya. Tetapi setelah melihat perkembangan politik negara dan kempimpinan PM, nyatalah yang mengeksploit dan memijak kepala bapa mertuanya ialah KJ sendiri. Hingga membawa nama buruk kepada kepimpinan mertuanya. Memanglah nasi sudah jadi bubur.

Seperkara lagi yang saya hendak kisahkan ialah komen yang kebetulan saya dengar dari mulut bekas seorang Presiden MCA pada masa mertua KJ masih jadi TPM. Katanya KJ-lah orangnya yang akan menjatuhkan Abdullah Badawi.

Ternyata benar ramalan Presiden MCA ini.

Salam dari saya.

anakbuah said...

Maaf Dato', saya tidak pasti samada Mahathir sedang cuba menebus "dosa-dosa" beliau. Kalau beliau berniat utk memperbaiki kesilapan lepas, beliau patut jangan cuba mengganggu dan menggunakan pengaruh utk, seperti dakwaan PakLah, menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian dlm Umno.

Atau kalau saya tidak berhak berkata apa2, eloklah dibiarkan saja Umno (Baru) ini hancur. Mungkin tidak guna menegur orang tua yg hatinya sudah sekeras batu.

Betul kata Dato...tidak ada sisa dalam usia manusia. Org mcm saya juga mungkin tidak dpt hidup selama Mahathir. Tetapi saya akan rasa bertuah sekiranya teguran saya dapat melembutkan hati beliau. Menurunkan "puaka" legasi seperti yg diamalkan oleh Umno tidak lagi dpt membantu rakyat dan negara ke arah yg lebih harmoni, adil dan maju.

Malaysia memerlukan pentadbiran dan kerajaan yg baru, yg bebas drp regim dan legasi Mahathir.

Anonymous said...

Datuk,

Saya kesian tengok ada orang sampai nak putus urat halkum mengata yang rakyat Malaysia ni tak nak tengok lagi dah regim dan legasi Dr. Mahathir.

Betul ka rakyat Malaysia ramai tak suka Dr. Mahathir ni? Apa buktinya?

Nak kata Dr. Mahathir kalah pilihanraya. Ada la jugak kalah 1,2, negeri tapi tak dak la sampai hilang 6 negeri dan majoriti 2/3 di parlimen.

Lagi apa bukti kata Dr Mahathir ni orang tak suka? Setakat nak dengaq cakap Anwar, Karpal Singh dan Lim Kit Siang dah cukup ka untuk buat kesimpulan? Depa ni pembangkang. Mestilah depa kutuk Dr Mahathir habis2. Kalau depa puji Dr. Mahathir, nanti depa sendiri mati tak boleh cari makan.

Dalam dok kutuk2 tu, kerajaan PAS negeri Kedah pun jemput Dr.Mahathir jadi penasihat. Macam mana pulak ni. Dok kata Dr.Mahathir ni mahazalim, mahafiraun tapi macam mana pulak boleh pi panggil dia jadi penasihat kerajaan? Awat tak panggil Anwar saja?

Rasa tak heran ka?

Yang dok kata orang Malaysia tak suka Dr.Mahathir ni, saya nasihat... jangan syok sendiri la. Kita tak nafi, memang la ada orang yg tak suka Dr.Mahathir tapi nak kata majoriti rakyat Malaysia ni dah benci dan tak suka dengan Dr.Mahathir ni, saya anggap cakap merapu saja.

Pi minum teh tarik lepas tu balik rumah tidoq, jangan dok buat kalut la.


-sinbad-

neutron said...

Assalamualaikum datuk...
MasyaAlllah, kepada datuk dan semua 'surfers' jgn ler nak samakan sesapa pun dengan anjing.. . Walaupun kita benci dengan dia, atau nak melaris laman atau menghangatkan suasana.. tak baik tu..

Agama menegah kita .. bukan ler kita tak pernah mencacamarba bahasa kita dalam perbualan seharian..

Lagi satu.. kita asyik kata dia guna duit .. Lain-lain yang bertanding tu bersih sangat ke? setahu saya le,Tun sekeluarga pun baaaanyakkk..... kaya juga woo..

Yang bertanding tu semua kaya..kaya cakap sama lu..
balik-balik kaum kerabat tu.. jugak

so.. ahli Umno... LU PIKIRLAH SENDIRI..

Indigo said...

Scribe,

sometimes the right medicine is very hard to swallow, isn't it?

And they call diabetes the sweet killer, don't they?

"Though many will revere him - as I do, too - still the question: Is Mahathir leading or being lead to destruction?" asked one who knows but little of the ways of the world.

The times are achanging, Scribe.

anakbuah said...

Sdr sinbad,

Tak usah buat2 kesian dan tak ada sesiapa yg kalut.

Saya ambil saja kata2 Sdr amoker drp posting Dato' Scibe yg terbaru...."TDM may have the last laugh now but his grip on Najib is so obvious and will cast a shadow on his man. He has made the mistake in AAB, he is doing the same to Najib now."

Samada sedar atau tidak, Mahathir tidak kurang juga flip-flopnya. Semasa mula2 menyerang PakLah dulu, beliau kata Najib org pilihannya. Bila Najib dikaitkan dgn pelbagai skandal dan konspirasi, beliau kata ada org lain yg lebih sesuai. Dan skrg, bila PakLah semakin lemah dan terpaksa mewariskan jawatan PM kpd Najib, beliau meninggkatkan semula sokongan terhadap Najib. Apa pun, Mahathir akan tetap menjadi bayang2 Najib dan saka Umno ini bakal diperturunkan kpd Mukhriz pula nanti. Suku sakat manusia yg sama juga menjadi pewaris dlm Umno - apa bezanya dgn pentadbiran PakLah anak beranak yg diselar Mahathir skrg? Meludah ke langit lagi?

Lebih 7 juta org posting ke blog chedet.com, mungkin tak sampai 10 org sahaja yg berpendapat seperti saya terhadap Mahathir. Saya menyebut Mahathir akhir2 ini kerana beliau sebenarnya belum layak dipanggil Tun - samada mahu menerima atau tidak, kesilapan dan dasar kuku besi beliau telah mula mengatasi jasa-jasa beliau semasa menjadi PM dahulu.

Saya tak mahu komen pasal PAS & lain2 sebab saya bukan ahli mana2 parti pembangkang. Ada yg kata nak pinjam otak Mahathir buat kajian - semua itu hak masing2.

Dan saya tidak boleh tidur sebab baru saja pekena kopi. Teh tarik buat saya ngantuk dan lembik!

Anonymous said...

Anakbuah,

Jgn dok pandai kutuk saja. Bagi la cadangan dan pendapat. Ingat keje Perdana Menteri ni macam keje bela ayam ka?

Dok sakit hati lain macam kat Dr.Mahathir ni pasai apa sebenaqnya? Bak mai cerita sikit. Nampak macam ada masalah peribadi saja ni.

Nak kata Dr.Mahathir dan UMNO bela anak beranak naik takhta, rasa2nya tak kena kot. Sebabnya dalam DAP pun ada lagu tu. Lim Guan Eng tu anak sapa? Gorbind Singh tu anak sapa. Wan Azizah menang piliharaya kat Permatang Pauh tu sebab apa? Nurul Izzah tu anak sapa. Menantu Nik Aziz keja apa kat Perb. Kemajuan Negeri Kelantan nun? Anak bekas Presiden PAS, Yusof Rawa skrg pegang jawatan apa dalam PAS tu? Tolong jawab sikit. Jgn konar jawab; sebab bukan ahli mana2 parti, jadi tak boleh ambik contoh parti lain. Tak adil la macam ni? Orang lain pun dok buat, tak kan Dr. Mahathir saja kena kutuk? Nak perjuang keadilan apa lagu ni kalau kepala pening minum kopi?

Ni nak habaq mai kat hang. Nak tau pasai apa anak-beranak orang politik ni senang naik dalam parti ikut mak bapak depa? Sebabnya, ada orang kenang jasa mak bapak depa. Ada juga nak balas budi baik mak bapak depa. Ada yang nak sambung perjuangan mak bapak depa. Ada jugak yang nak bodek mak bapak depa (macam Hishamuddin buat kat Pak Lah bila nak lantik KJ jadi Naib Pemuda dulu). Sebab lain, mungkin depa senang dapat jentera kempen (pakai orang2 Pak dia saja, tak payah susah2 cari orang lain), mungkin depa nak pakai networking pak dia, dan macam2 sebab lain lah. Jadi benda macam ni bukannya semua tak elok. Sebab itu orang politik tak kira dari kerajaan ka pembangkang ka depa tak banyak kalut pasai benda ni. Orang luaq yg tak reti ni saja yg kalut satu macam.

Lagi satu nak habaq mai. Dr.Mahathir tu bukan buat flip-flop. Hang ingat Dr.Mahathir ni macam Pak Lah ka? Jangan jadi bodo oi.

Dr.Mahathir saja main tarik tali. Dia saja acan2 cucuk Tok Najib saja. Tak mau Tok Najib jadi penakut sangat. Ini bahasa orang politik la. Orang yg tak masuk politik depa tak kan faham punya. Nak tahu lebih, pi la tanya Tok Kadir.

Hang benci Dr.Mahathir sebab zalim sangat, sebab kuku besi sangat. Aku lagi benci pada pemimpin yg lembik, lemah dan kuku plastik! Orang ketuk sikit, teruih berterabuq. Apa ni? Buat malu saja.

Dulu zaman Dr.Mahathir, mana ada orang berani nak buat kalut, nak buat kacau bilau sampai orang lain nak cari makan pun tak boleh. Kutu2 yang nak buat kacau, semua kena simpan masuk ISA. Baguih la macam ni. Bagi negara aman tenteram. Takdak gadoh2.

Hang nak liberal, hang nak freedom of expression, hang nak freedom of religion... masa pilihanraya, hang pi la pangkah DAP. Harap2 depa boleh menang dan buat kerajaan dan amalkan hang punya liberalisme tu.

Tapi masalahnya, depa KALAH dan BN/Dr.Mahathir menang. Maknanya orang ramai/majoriti rakyat Malaysia sokong Dr.Mahathir lagi. Ikut doktrin demokrasi, sapa yang menang majoriti, dia la yg perintah. Dia nak perintah ikut gaya apa, itu hak dia la. Dah dia yg menang. Yang hang kalut, nak suruh Dr.Mahathir perintah ikut gaya orang KALAH ni apa pasai?

Hang ni memang pening la.


-sinbad-

Org Kota Bharu said...

Salam Datuk,
Saya nak postkan treat yang harap-harapnya dibaca oleh perwakilan umno untuk ditimbangkan supaya dicadangkan dalam persidangan,saya cadangkan umno kalau nak kekalkan sistem kuota tidak mengapa,tetapi pelaksanaan pemilihan peringkat bahagian perlu dibuat penambahbaikan, antaranya pemilihan dan mesyuarat bahagian dilaksanakan serentak di semua bahagian bagi mengelakkan politik wang,mengelakkan sistem pak turut yg mana melihat dan menyokong sesiapa yang mendapat pencalonan tertinggi dan mengelak pulau memulau di kalangan bahagian2.Mungkin pemimpin atasan kata, cadang senang tapi sapa nak jaga pemilihan supaya telus dan jujur,tapi bagi saya kita kan ada Mubarak,veteran umno yang mana kita boleh berikan peranan menguruskan pemilihan ini,di samping mengenang jasa dan memberi peranan kepada mereka2 ini dalam umno tidaklah hanya bercakap di birai majlis shj.satu lagi berkenaan setiausaha agung umno,sejarah melakarkan bahawa sesiapa yg pegang jawatan ini ia adalah jalan keluar untuk mereka dr politik umno,tunggu mana tempat Tg!jawatan ini mmg berhantu,sebutlah siapa pegang jwtn ini pasti dah jadi frost sabarudin chik,radzi,khalil,mat rahmat ini membuatkan sesiapa takut utk pegang jwtn ini lepas ni.adalah dicadangkan supaya jawatan ini diperbaharui dgn mengemukakan orang muda utk pegang jawatan ini,pemilihan dibuat secara pengundian oleh MT,Wanita,Pemuda dan Puteri bagi memperkasakan peranannya.Kalau tak ada pembaharuan saya rasa org muda dah sedia tempah nesan untuk umno. Satu lagi Dato' pertanyaan saya dulu ttg pendapat Hj Jasin masih belum terjawab?sudahkah dato bertanyakan dia?berkenaan pendapat dia ttg bakal presiden UMNO,setujukah dia pilihan seorg yang bakal pegang PM lahir dari baka bangsawan dan kaya bagi mengelakkan salahguna harta negara seperti yang dikatakan olehnya ttg pemimpin di terengganu yang beli kereta mercedes?tapi bagi saya dalam umno sekarang semuanya sama yang kaya ingin tambah kaya yang miskin ingin merasa.Apa pendapat Dato' kalau minggu depan tulis treat bertajuk "Muhd Ali and Mike Tyson will lost their glove"..

anakbuah said...

Sdr sinbad,

Saya rasa Mahathir dan Umno sudah cukup veteran dan tua utk menerima cadangan atau pendapat. Cukuplah dgn bejuta2 posting dlm chedet.com yg memuji dan memuja beliau. Yg saya tulis akhir2 ini sudah lebih berupa peringatan - tahap bila mana nasihat dan padangan/pendapat sudah tidak lut dan dipekakkan telinga sahaja. Mcm Sdr kata, Mahathir amat bijak berpolitik, bukan mcm PakLah.

Tidak kira siapa, politik warisan sulam menyulam anak beranak ini membuatkan kita tidak ke mana2. Contoh yg paling klasik - pemerintahan Bush anak beranak.

Perkara yg elok, kita akan kenang sampai bila2. Apa yg saya kalutkan ini adalah polisi2 serta jerangkung2 yg terus diwarisi turun-termurun oleh Umno. Ironinya, Umno/BN berasa mcm pihak lain tidak layak memerintah negara. Politik dan kekayaan negara diwarisi dan dihakmilikkan. W/pun caranya menjijikkan, pihak2 berkepentingan dlm Umno/BN berhempas-pulas utk survival. Tak tahulah kalau2 Umno juga mengamalkan Freemason, sama seperti Bapa2 Amerika.

Sesiapa juga boleh terus menyebelahi atau lari drp Mahathirisme. Tidak, saya bukan berfahaman liberalisme dan bg saya tiada kebebasan mutlak dlm apa juga perkara - sebab itu kita ada agama. Naluri semua manusia (bukan Muslim sahaja) menerima apa yg baik dan kita menolak apa yg buruk. Tidak kira fahaman, ideologi dan -ism apa sekalipun, sudah menjadi fitrah manusia.

Mujur saya pandai memilih kopi yg tidak memeningkan.

neutron said...

Aslkm,

Apa nak dikalutkan sangat...
Tun dan pakLah ada kelebihan masing-masing..Korang fikir sebab apa Tun pilih pak Lah ganti dia?

INI TEORI SAYA..

Memang PakLah ni clean guy.. Tun pun tahu yang Pak Lah ni lembik.. Persoalannya kenapa Tun tetap nak pilih PakLah gantikan dia?

Mudah saja... Dalam cerdik dan hebat sangat Tun yang korang sanjung-sanjung tu.. buat silap juga..
Maklum la MELAYU MUDAH LUPA...

Tun sangka dia dah bagi gula-gula maka PakLAh akan ikut apa yang dah dirancangnya... Jambatan bengkok, landasan kembar dsb...

Nampak macam projek-projek tu demi kepentingan negara.. Piiirahh..
Cuba tengok siapa main-con dan sub-con yang dapat projek tu??

Bila si Lembik tak selembik yang disangka.. KIV dulu projek-projek tu.. Apa lagi melenting la 'Master of Puppet' @ Tun..

Kenapa ya? Sebabnya mudah.. Kroni, Macai Tun yang dapat projek tu tarak business.. so.. Komisen pun miss..

So.. Semua yang dok kutuk mengutuk TUN, PAKLAH atau KJ...
....LU PIKAY LA SENDIRII..

Jumpa lagi WASSALAM.

Neutron said...

ASLKM ANAKBUAH...

Hmmm... saya agak setuju dengan buah fikiran tuan hamba..

Saya pun tak memihak mana-mana pihak. Cuma gelihati tengok orang yang beria-ia mem'backing' orang yang mereka puja..

Benda dah terang salah tapi disebabkan ketaksuban.. tutup mata, hati, telinga ajelahh

You are a good guy/gal.. keep it up

Untuk yang lain-lain..

LU PIKAY LA SENDIRI.. Wassalam

Anonymous said...

anakbuah,

Inilah dia, kalau saya kata saudara ni pening, saudara tak mau nak ngaku. Tapi dah memang pening pun...

Kenapa nak terus anggap politik warisan anak beranak ini sudah pasti satu perkara yang salah? Yang nyata salah ialah "salahguna" kuasa, tak kiralah anak beranak, sepupu sepapat, adik beradik atau member2 old boys.

Bila Benazir Bhutto mati kena tembak, kenapa penyokong2 beliau lantik suaminya mengambil alih teraju kepimpinan parti? Kalau ikut kesimpulan saudara..., penyokong2 Benazir ni sudah tentu telah memilih untuk jadi "mandom" atau "tidak kemana-mana". Adakah mereka sengaja pilih untuk menjahanamkan negara sediri?

Ataupun, adakah tindakan mereka memilih suami Benazir untuk menggantikannya itu sebagai satu cara untuk menyambung perjuangan atau mengenang budi beliau atau satu tindakan menyatupadukan parti daripada berpecah-belah? Bagi orang yang sinikal, mereka mungkin akan kata, sebab Benazir dah buat wasiat atau suaminya akan mewarisi harta yang banyak. Terpulang pada persepsi masing2.

Begitu juga halnya dengan politik di Malaysia. Mengapa penyokong Dr.Mahathir menyokong Mukhriz? Mengapa penyokong Anwar menyokong Wan Azizah dan Nurul Izzah. Mengapa penyokong Lim Kit Siang sokong Lim Guan Eng dan Betty Chew. Mengapa penyokong Karpal Singh sokong Gobind Singh?

Kita tidak boleh terus menjatuhkan hukum bahawa tindakan penyokong2 ahli politik ini sebagai satu perkara yang salah dan memudharatkan negara. Yang salah itu "salahguna" kuasa bukan "politik warisan sulam menyulam".

Saudara anggap pemerintahan Bush anak-beranak sebagai merosakkan negara Amerika. Jangan jadi pening.
Walaupun saya tak suka George Bush Jr.ini, tapi kita kena terima hakikat bahawa beliau telah melalui proses pemilihan Presiden Amerika ini dan menang! Bapak dia tak pernah paksa Al-Gore tarik diri dan biar anak dia menang tanpa bertanding. Majoriti rakyat Amerika telah pilih beliau (bukan 1 kali tapi 2 kali!). Atas dasar demokrasi, rakyat Amerika kenalah terima.

Kita kena faham, setiap keputusan yang diambil oleh pemimpin akan ada pro dan kontra. Dr.Mahathir tidak akan terkecuali. Terpulang pada diri kita sendiri untuk menilai dan melihat tindakan pemimpin itu dari sudut yang mana.

Kita ambil contoh, projek landasan keretapi berkembar. Saudara neutron kata projek tu tak da kepentingan nasional sebab ada unsur rasuah. Konon2nya main-con dan sub-con tu kroni Dr.Mahathir. Betul ka? Apa buktinya? Kalau dapat projek saja terus kena cap kroni. Macam ni bagi pada sapa2 pun tak boleh.

Saudara kata projek landasan keretapi berkembar ni takda kepentingan nasional. Tapi saya dan mungkin ramai orang lagi kata ada. Saya kata projek ini penting bagi memantapkan lagi sistem logistik negara. Selain menyediakan alternatif bagi pengangkutan kargo, ia juga dapat meningkatkan mutu pengangkutan awam. Di Jepun, dengan penggunaan keretapi laju, rakyat nya boleh tinggal di Johor dan bekerja di Kuala Lumpur balik hari setiap hari. Begitu juga dengan beberapa negara maju di Eropah. Bayangkan kalau negara kita boleh menyediakan perkhidmatan tersebut. Orang Perak boleh balik kampung duduk kat Tapah buat rumah banglo, tak payah duduk rumah teres sempit di Kuala Lumpur tu lagi.

Saya bukan nak jadi jaguh bagi mana2 pemimpin. Cuma saya ni jelak dengan sikap orang2 idealist yang hanya pandai cakap tapi habuk pun takdak. Asyik2 bising kata itu tak betul, ini tak betul. Tapi bila kita minta dia tunjuk kan apa yang perlu dibuat supaya perkara itu jadi betul, dia akan cabut lari. Ramai orang idealist ni, parti politik mana pun dia bukan ahli konon2nya tak suka dengan sikap "penyamun" orang2 politik. Tapi kalau dah orang yang "suci murni" seperti mereka ini enggan terlibat secara langsung dalam politik, macam mana politik ini akan berubah? Cakap biarlah realistik sikit.

Pilih parti mana yang sesuai. Kalau tak boleh masuk jadi ahli, sila bagitau "model" politik mana yang disokong. Jangan baling batu sembunyi tangan. Kalau kita boleh kutuk orang, kata orang itu, orang ini macam2 tak betul, kita juga harus bersedia menerima kutukan dan kecaman orang lain yang menganggap kita tak betul.

Politik Malaysia ini politik realistik. Cakap memang mudah tapi nak buat cukup payah.


-sinbad-

Neutron said...

Aslkm..

Nama pun Neutron.. jadi saya memang neutral le..

Saudara/i Sinbad,

mungkin fakta saya tentang kepentingan nasioanal tu tak tepat.. Bukan lansung tarak kepentingan, ada jugak..

Tapi yang heran sangat kenapa Tun melenting dan naik hangin betull?? PakLah cakap KIV dulu sebab tak mendesak dan utamakan yang lebih penting dan mendesak dari itu..

NI TEORI SAYA lagi..
Sebab itu bila desas desus kata ada perjanjian antara Tun dan PakLah masa take over dulu mungkin ada benarnya.. Cuma PakLAh is PakLah yang orang kata lembik itu tetap menafikannya... Dia nafikan tu mungkin sebab nak jaga air muka semua orang 'especially 'Tun supaya orang tak mengata walaupun mungkin memang ada perjanjian..

Tapi Tun tetap Tun..

Dia memang tau Pak LAh lembik, tak berani dan sangat berhati-hati buat kenyataan supaya semua orang tak terguris.. sebab itu dia hentam PakLah tak henti-henti

Dah macm jadi satu tabiat bagi Tun pulak.. suka menjatuhkan orang atau air muka orang yang tak disenanginya atas nama demi UMNO atau demi negara

Namun itulah PakLah.. Dia sangat terbuka dan dasar keterbukaannya di salahguna oleh ramai rakyat termasuk Tun... yang selalu melaungkan MELAYU MUDAH LUPA..

PakLah lupa perjanjian, Tun lupa nak menghormati pemimpin dan lupa nak jaga maruah orang dan kita semua pun lupa bahawa pertikaian ini biarlah antara mereka berdua.. kita ni jadi tukang kasi panas pulak..ahak..ahak..


Jadi saudara/i sinbad,

Pandang, dengar dan nilaikan.. sebab tak semua yang kita nampak itu nyata. Jangan telan bulat-bulat


Untuk yang lain..

LU PIKAY LA SENDIRI.. Wassalam

anakbuah said...

Tak sangka tulisan saya "terlalu betul" sampai begini byk posting utk mempertahankannya. Mungkin inilah yg saya kaitkan dgn reposting istidraj yg Dato' Scribe tidak siarkan itu. Sudah lumrah, siapa yg boleh terima jika dikaitkan dgn nasib buruk atau kesudahan yg tidak baik w/pun secara kasar beliau dilihat amat berjaya, bijak, berpengaruh dan berkuasa mencatur apa juga perkara. Kita redha, tentulah semua ini terjadi dgn izin Nya.

Sdr sinbad mungkin ada final words - silakan. Saya ucapkan terima kasih kpd Dato' Scribe kerana mebenarkan saya menyatakan pandangan peribadi saya buat sekian kalinya di ruang ini. Kalau cengkaman politik negara menjadi terlalu peribadi kpd Mahathir dan regim beliau, pendirian saya terhadap tokoh/idola ramai ini juga terlalu peribadi buat saya. Begitu pun, degil saya tidaklah sehebat Mahathir.

Anonymous said...

anakbuah,

Itulah sebab. Kalau nak membelasah orang pun, biarlah ada fakta yg betul dan tepat. Jgn ikut emosi amarah, benci dan sakit hati pada orang tertentu sahaja. Kawal sikit sikap anti pada seseorang itu. Berhujah dgn bernas jangan dengan kepala yang pening.

Sekali lagi saya nak tanya. Mengapa kecam Dr.Mahathir saja bila anaknya Mukhriz mahu terlibat secara aktif dalam politik? Pemimpin2 lain turut buat benda sama tetapi kenapa langsung tidak mahu sentuh mengenai mereka? Kecaman saudara ini "double standard". Mengaku saja lah!

Jangan jadi pengecut cabut lari, beri alasan, oleh sebab saudara ni bukan ahli mana2 parti pembangkang jadi saudara tidak boleh bagi komen mengenai tindakan pemimpin2 parti pembangkang yg anak2 mereka juga terlibat secara aktif dalam politik.

Sekali lagi saya ingin tanya. Apakah salah dan jahat jika anak2 pemimpin politik ini terlibat secara aktif dalam politik kepartian ini? Saya bukan hanya mewakili Dr.Mahathir, tetapi saya juga mewakili Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, George Bush dan lain2. Mereka minta penjelasan dari saudara, apakah salah mereka membiarkan anak2 mereka terlibat secara aktif dalam politik dan menjawat jawatan dalam parti?

Tolong jawab dengan terang. Jangan selindung2 lagi.

Tunjukkan negara mana dalam dunia ini yang ada undang2 yang mengharamkan anak pemimpin2 politik dari terlibat secara langsung dalam politik. Tunjukkan nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang menyatakan perkara yg sama. Tunjukkan konvensyen2 antarabangsa mana yg menghalang anak pemimpin2 politik dari terlibat dalam arena politik ini. Silakan buat sekelian kalinya.

Sudah la anakbuah. Saudara ini bukan saja double-standard dalam membuat kecaman, tetapi alasan yg digunapakai pun turut lemah dan tak betul. Di dalam tulisan saudara, saudara dengan sombong mengguna istilah2 seperti "saka dan puaka", "dasar kuku besi", "orang tua hati batu", "menebus dosa2", "regim dan legasi". Penggunaan istilah2 ini jelas menggambarkan hati saudara yg bongkak yg seolah2 pendapat saudara sahaja yg mutlak betul.

Apabila saya "point-out" yg asas dan alasan saudara itu salah dan saya minta saudara berhujah menegakkan alasan saudara itu, ... saudara buat alasan seolah2 mahu cabut lari. Kenapa?

Kita mengalu-alukan pembahasan dan penghujahan yg bernas dan membina. Tidak kira yg menyokong atau yg membidas kerajaan mahupun yg menyokong atau yg membidas pembangkang. Janganlah hanya pandai mengecam, mengutuk dan melabel seseorang dgn kata2 yg kesat, tapi bila diminta pendapat, habuk pun tarak. Pohhcik.

Pepatah Melayu ada menyebut.

"Macam ayam jantan. Berkokok riuh sekampung tapi tahi penuh di pungkoq!"


-sinbad-

Neutron said...

Aslkm....

SInbad,

Kenapa emosi sangat ni??? Ada apa-apa ke?? Mungkin sdra/i ni kaum keluarga Tun kot?? Atau pernah termakan budi... atau macai-macainya...

Ha..ha itu yang buat sdra/i berhabis sangat mempertahankan Tun dan legasinya..

Untuk semua kawan-kawan.. Tak salah kiranya anak-beranak terlibat berpolitik.. Pepatah melayu.. kemana lagi tumpahnya kuah kari kalau bukan ke nasi kandar..

Itulah politik realistik yang sinbad katakan tu.. Tapi itu jugalah masalahnya kan??

Tak semua pewaris tu bagus atau berkualiti. Masing-masing lihat dan nilaikan.. Sokonglah mereka berdasarkan kredibiliti dan kualiti diri.. Janganlah sebab hanya bawa nama Tun , DSA , LKS.. maka suku sakat dia orang ni semuanya kita cop ada kualiti..

Kalau kita taksub pada bapa atau mak nya.. jangan la sampai anaknya yang tak seberapa baguih.. pulak yang dijulang-julang.. kalau memang terbukti hebat ok ler..

Tapi itu lah realistiknya.. yang plastik dikata porselin atau kristal..

Dalam UMNO saya teringin betul nak berpolitik.. tapi tak senang wo.. masing-masing berlumba-lumba menawarkan diri nak isi jawatan.. Ramai yang pandai bercakap hingga mengelirukan ahli cawangan untuk memilih siapa untuk jawatan mana..

Politik realistik UMNO ialah mesti pandai bercakap.. pandai hulur nombor dua dan pandai kerja nombor tiga.. Jadi itu lah realistiknya.. yang ikhlas dalam berkhidmat dan dapat ke atas .. alahai entah-entah tak sampai 10%..

Sebab itu kalau dilihat kenapa generasi muda sekarang tak seberapa nak sokong kerajaan UMNO.. (Saya sedih ni..)

Perjuangan untuk bangsa dah jadi perjuangan untuk kocek keluarga...

Untuk semua... LU PIKAY LA SENDIRI

Wassalam.




P/s: Anakbuah tu hanya mengutarakan perkara yang realistik sedang berlaku dalam UMNO.. jadi... jgn le kau marah sangat Sinbad ooiii..

Neutron said...

Aslkm,

Saya pun dah melalut..Maaf ye.. Mari kita ke topik asal iaitu KJ..

Ni pendapat saya ler..

Dia ni memang ada karekter.. 'Not many young politician with his caliber...He know how to talk and he know what he is talking... Confidence level very high' malah mengalahkan beberapa pak menteri..

Itu yang kita cari dari pemimpin.. tetapi mulut dia yang celupar itu pulak yang akan menghancurkan karier dia.. Lagi satu dia ni naik mendadak.. gara-gara relation dia dengan Pak Lah.. orang segan dengan Pak Lah waktu tu

Nak bodek PM bagilah jawatan no 2 Pemuda kat dia.. Nawaitu KJ kita tak tau la.. tapi dia memang boleh kerja walau pun bukan pasal Pak mertua dia..

Sesiapa yang rapat dengan dia atau kenal dia .. nasihat dia lah.. jaga mulut, tingkah laku dan paling penting nawaitu betulkan ..

Sayang kalau talent macamni hancus macam tu saja.. Pilihanraya UMNO ni saya ingat KJ akan terkubur sebab mertuanya bukan lagi no 1...

Mungkin balasan tuhan kerana dia nak kuburkan DSA di Permatang Pauh hari tu... Maaf le gurau saja... Macamana pun KJ kau bangkit lah kembali dan bina asas mu dulu.. Masa mu masih panjang( Kalau panjang umur le..)

LU PIKAY LA SENDIRI...Wassalam

seo said...

Very nice article.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).