Thursday, October 09, 2008

Nasihat Yang Tidak Diminta Buat Mohd Najib

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PAGI tadi, ketika sarapan nasi lemak bungkus daun pisang di Kelana Jaya dengan blogger Pahit Manis, saya kiaskan peralihan kuasa daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak dengan tukar “bas charter” untuk memudahkan pemahaman.

Dalam perjalanan kita ke Gua Musang (contoh saja), bas charter kita mati di Merapoh. Hari dah nak malam dan majlis di Gua Musang lepas Maghrib.

Masa itu kita tak peduli lagi kalau bas ganti yang dihantar itu baru, lama atau lebih teruk daripada bas yang mati. Matlamat kita adalah sampai ke Gua Musang sebelum Magrib.

Bila dah sampai di Gua Musang dan selesai majlis barulah kita fikir fasal bas charter ganti tadi. Kalau teruk atau rosak juga, kita mintalah yang lebih baik, gerenti tak rosak dan selesa.

Nasihat Percuma Buat Mohd Najib

Kepada Mohd Najib, berikut adalah nasihat saya yang tidak beliau minta. Atau boleh jadi juga nasihat yang beliau tidak suka dengar.

Tetapi saya akan bagi juga kerana saya adalah rakyat Malaysia, pengundi dan walaupun dah pencen masih bayar cukai pendapatan.

1. Pengundi memilih (atau tidak memilih) Datuk Seri. Mereka tidak pilih isteri, anak, menantu dan kawan rakan Datuk Seri;

2. Rakyat jelata menuntut hak dan pembelaan daripada Datuk Seri bukan daripada isteri, anak, menantu dan kawan rakan Datuk Seri;

3. Pembayar cukai menampung pembiayaan Datuk Seri selaras dan sejajar dengan kemudahan yang diberikan kepada Datuk Seri oleh Perlembagaan dan atur cara kewangan negara;

4. Tidak payahlah ada “presidential office” ala “4th Floor” (aka budak-budak tingkat 4) atau “spin doctor” yang putar-belitkan maklumat;

5. Seri Perdana pun sudah tersedia indah. Abdullah baru membelanjakan lebih RM12 juta mengubahsuai dan memperbaikinya. Tak perlulah belanja lagi. Ramai lagi rakyat jelata yang tinggal di rumah robek; dan

6. Ambillah iktibar daripada naik dan jatuh pendahulu (predecessor) Datuk Seri --- bagaimana dalam masa kurang lima tahun Abdullah bertukar daripada “Mr Nice” dan “Mr Clean” yang sangat disayangi kepada seorang yang pemergiannya dinanti-nanti.

Saya tidak mengharapkan Mohd Najib ingat segala maklumat dan nasihat yang diberikan kepadanya. Maklumlah dia orang besar. Ramai orang nak beri nasihat.

Tetapi kalau Datuk Seri ingat, saya pernah memberi nasihat yang serupa lama dulu ketika kita berbual satu sama satu di rumah Datuk Seri di Jalan Duta dan dua bulan puasa lalu di kediaman Datuk Seri di Putrajaya.

111 comments:

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Di tempat saya telur gred A harganya RM9 satu papan. Ingatkan lepas raya turun la sikit. Tempat Dato' macam mana?

Tempat kosong memang kena isi. Tapi nak buat jangkaan tentang kebolehan Najib tak perlu tunggu Mac tahun depan. Saya percaya, semua rakyat Malaysia kini sudah mula memerhati apa jenis perubahan yang Najib nak bawa.

Tentunya tumpuan mata-mata yang memerhati ini lebih fokus kepada isu ekonomi. Kebetulan pula Najib adalah Menteri Kewangan.

Saya anggapkan gerak kerja Najib beberapa minggu lepas sebagai Menteri Kewangan sebagai masih dibawah bayang-bayang Pak Lah.

Menjelang hujung bulan ini, harga minyak petrol dan diesel sepatutnya dikaji semula. Dari perubahan harga yang terakhir, light sweet crude telah turun lebih kurang 10USD lagi (dan mungkin turun lagi).

Malam tadi, harga light sweet crude mencecah pada USD86 sebelum stabil pada USD88.

Dato' setuju jika saya katakan ini antara cabaran pertama Najib sebagai bakal PM?

p/s saya ingat lagi, pada Februari 2006, bila harga petrol dinaikkan dari RM1.62 ke RM1.92, harga light sweet crude berada pada paras USD70 (USD70 telah diletakkan awal-awal oleh kerajaan sebagai benchmark untuk menaikkan harga petrol dan diesel).

USD86 dengan USD70, tak jauh dah tu. Jika trend berterusan, bulan depan sampailah USD70 tu.

A Voice said...

Very apropriate analogy, datok.

Anonymous said...

Dato',

Untuk memudahkan pemahaman, saya kiaskan kerajaan sekarang seperti kolah mandi dirumah.

Kolah mandi kita dah lama tak cuci, jadi segala lumut dan kekotoran susah nak hilang.

Soalnya cara mana yg paling senang nak cuci.

Cara1.
Kita cuci dari luar kolah tapi tangan tak sampai.

Cara2.
Kita masuk dalam kolah dan cuci dari dalam. Silap2 kolah tak bersih, kita pulak yg terkena kotor.

Cara3. Buat apa cuci..kita tukar aje dgn kolah baru. Beres.

Jadi dato' boleh beri nasihat pd najib dari dari blog dato'. Mungkin najib tak pernah baca blog.

Dato' boleh masuk kem najib tapi silap2 dato' pun hanyut sebab cuba cuci dari dalam. Kotoran dah tak tercuci lagi.

Apa kata dato' sertai mereka yg nak tukar kolah baru. Pastinya bersih dan tak banyak daki. Boleh pilih kolah mana yg sesuai.

- Bomoh kolah -

Anonymous said...

Salam Datuk,

Izinkan saya mencelah sikit :

1)Janganlah menghabiskan wang beratusan ribu ringgit dengan berbelanja sakan di Harolds, Boston dan sebagainya. Ramai lagi rakyat diluar sana yang hanya mampu memiliki sepasang selipar jepun saja.

2).Jagalah dan nasihatilah akan tingkah laku isteri, anak dan kaum keluarga. Pastikan mereka tingkah laku mereka tidak melepasi batas-batas agama. Kalau tingkah laku mereka buruk, tempiasnya pasti akan terkena pada Datuk Seri Najib juga.

3).Kepada kaum keluarga Datuk Seri Najib, janganlah bersifat bongkak dan angkuh apabila ketua keluarga sudah menjadi Perdana Menteri. Ingatlah, kuasa itu hanya sementara sahaja, setiap yang naik akan turun juga. Cuma caranya saja yang berlainan, samada secara hormat atau hina.

Sekian.

Anak Bayan.

Dina said...

akum dato'

saya berpendapat bahawa Najib akan menjadi PM yang lebih teruk daripada Pak Lah...ini kerana beliau perlu patuh pada arahan dari Rosmah...lepas nie saya yakin lebih ramai pembangkang dan blogger akan ditahan di bawah Akta ISA.....dan yang pasti kuncu-kuncu Najib akan bermaharajalela membuat apa saja yang mereka suka....ini akan mempercepatkan lagi kehancuran BN pada p/raya yang ke-13 nanti

Muhammad Azli Shukri said...

nasihat yang sangat berguna dan moga Najib memahami mesej rakyat dan kehendak ahli UMNO.

Bloggerooi said...

Datuk,

Unrequested advice can be offensive. Hopefuly your paternalistic advice will be taken open-heartedly by the DPM.

ahm said...

nasihat yang sudah sedikit terlambat datuk,

manusia yang sudah biasa hidup senang masakan nak hidup susah. lainlah macam datuk dan saya asalnya memang susah sampai bilapun akan terkenang kesusahan itu.

datuk fikir bakal PM ke-6 beroleh keinsafan hanya kerana ia menduduki kerusi teratas negara?. beliau sendiri mungkin akan insaf tapi isteri, anak-anak dan kerabatnya, boleh ke? how far you think he can make his spouse and family to follow suit?... kalau beliau berdaya dah lama dilakukan, taklah sampai ke tahap ini dikisahkan kelakuan kaum kerabatnya. 'tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata'

Teddy said...

saya setuju sangat tue dato, kalau dia taknak dengar nasihat yang tidak diminta nie.. kita tukar dia dengan orang gua musang yang dah lama nak jadi perdana menteri tue.

p/s: datang gua musang nanti jangan lupa pi mandi di jeram taman rimba.. best dato!

Quick Draw Botak said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Saya sokong akan nasihat-nasihat yang Sdr. utarakan. Cuma saya nak tambah satu/dua disini.

(1) Focus 150% on the country and the challenges ahead.
- There are problems at every bend/corner. US crisis will impact us. The only question is HOW MUCH? So get cracking on the solutions. Have coordinated dessimination of credible information etc.

(2) Jangan biarkan bini, anak serta kawan-kawan (terutama sekali bini) untuk bermahajalera di MOF/Khazanah atau mana-mana kementerian terutama sekali Jabatan Perdana Menteri.
- Whatever your wife is entitle to, she should get. Nothing more nothing less!

Sekian.

the kitties said...

Bagus nasihat-nasihat tu.tapi saya percaya banyak nasihat yang Najib dapat dapat tambah-tambah lagi jalan untuk dia menjadi PM sudah semakin cerah dan kurang berliku.namun ada halangan lagi untuk Najib.

Anwar,kes Atlantuya,cabaran dari Ku Li,skandal kapal selam - itu antara beberapa hal yang saya boleh ingat setakat ini yang kalau tidak diatasi oleh Najib bakal membantutkan peluangnya untuk menjadi PM.

Anonymous said...

Dato Kj,

Mohon tambah satu lagi....

ALLAH akan mengadili kita sebagai hamba dan pemimpin di "sana" nanti.
Jadi buat apa pun hanya kerana ALLAH akhirnya.

Rakyat yang menuntut KEADILAN

Ibrahim bin Said said...

Dato' AKJ,
Nasihat Dato' kepada bakal(?) PM sangat molek terutama tentang cadangan (kalau ada) mengubahsuai kediaman. Saya seorang pesawah padi walaupun tak membayar cukai pendapatan macam Dato' tetapi membayar cukai barangan kegunaan harian secara tak langsung. Tentulah ada juga saham saya dalam perbendaharaan negara.
Saya pernah lalui jalan kecil dari Pekan Tanah Merah, Pendang ke Kampong Guar Kepayang. Jalan masuk ke kampung ini terpaksa lalui jalan kecil antara deretan kedai di pekan tersebut. Kesihan ya Dato', setelah setengah ABAD merdeka ratusan penduduk Melayu di kampung ini dibiarkan dalam kesulitan di tanahair yang kononnya makmur. Daripada membazirkan duit mengubahsuai (kalau ada impian mereka) kediaman elit itu, lebih tersangat baik menaiktarafkan kemudahan untuk perkampungan ini yang indah sebutan namanya; GUAR KEPAYANG!!! Rasa-rasanya duit cukai barangan keguanaan harian yang dibayar oleh penduduk di situ sahaja pun dah memadai untuk tujuan mereka.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Najib anak bapak sejati...

clean said...

Datuk,

So u think that DS Najib wont have his own 'spin doctors' IF he becomes the PM?

Bila kuasa berada ditangan mereka, semua boleh berlaku...

clean said...

owh ya..

Nasihat percuma ini eloklah ditujukan kepada bakal PM yang akan menggantikan Pak Lah.

DS Najib pon kena bertanding jugak kan? Lainlah kalau beliau tidak ada pencabar...

Anak said...

Saya harap DSN akan ingat dan sematkan nasihat Dato' kalau beliau mahu dikenang sebagai PM yang hebat

A KADIR JASIN said...

Sdra Ibrahim,

Kalau menghala ke Guar Kepayang, kedai pertama sebelah kanan (bukan gerai yang ditambah), itulah bekas kedai runcit ayah saya.

Ke dalam sikit, sebelah kiri, salah sebuah kedai itu adalah bekas kedai getah ayah saya.

Sambil tanam padi, dia mula-mula buka kedai runcit. Lepas itu kedai getah. Akhir sekali berniaga daging.

Terima kasih.

Anonymous said...

askm,

nasihat yg hebat ini sepatutnya di laminate dan gantung kat dinding rumah pemimpin atau bakal pemimpin.kirimkan satu kat dia,Datuk.

Datuk ,sebentar tadi saya tengok dan dengar dia bercakap pasal pertubuhan haram,hindraf(dlm berita perdana/bulitin utama tv).cara dia cakap macam dia ketua atau bakal ketua pemuda!.

ah ,jauh lagi nampaknya.

Muhyididn nampak lebih tenang!.


corrigenda.

Anonymous said...

Nasihat Datuk pada Mohd Najib tu amatlah tepat dan berpatutan. Semoga dia sudi sekurang kurang nya membaca tulisan tersebut. Di minta atau di terima tidak menjadi persoalan, malahan nasihat tersebut bukan sahaja khas untuk Mohd Najib malahan sesuai untuk mereka yang ada cita cita nak jadi pemimpin.
The truth is Mohd Najib is only popular among UMNO division leaders who have vested interest. He is not well like by many Malaysians. He is tainted and known to be non committal. After all who cares, nothing special about him except of a free ride being former PM son.
Will he gets the trust of Malaysians and clear his tainted image? Time will tell but the present generation will not want to wait for too long, it is a reality. Will he makes it? Good Luck to Mohd Najib. dh9753

Letting the time pass me by said...

Salam Aidilfitri Dato'...

Dalam keasyikan atau kealpaan kita "kononnya" mendengar berota gembira, adakah kita sebenarnya terlupa...?

1. Pak Lah masih lagi PM Malaysia

2. Pemilihan UMNO belum bermula lagi, calon yg bertanding pun belum muktamad..

3. Ade lebih kurang 3-4 bulan lagi Pak Lah jadi PM and anything can happen....

Jadi, saya memang agak tertanya-tanya kewarasan kita... seoalah-olah mendengar guruh dilangit habis ayer tempayan dicurahkan...

Apapun, saya masih lagi menunggu... didalam politik Malaysia, tiada apa yang mustahil... Betulkah Pak Lah akan benar-benar meletakkan jawatan, atau menunggu peluang dalam mase 3-4 bulan ini?

Apa pun Bersempena dengan kedatangan Bulan Syawal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada Dato' dan semua pembaca-pembaca blog yang budiman jika terdapat sebarang kesalahan atau tersinggung kata. Almaklumlah, kekadang tu bila beri komen tu tak toleh kiri kanan. Diharapkan kedatangan bulan Syawal kali ini akan dipenuhi dengan keberkatan dan keinsafan....

Roti Planta said...

Dato,
Khairy dapat pencalonan pertama dan lebih malang daripada kampung halaman saya. Ini membuktikan tiada tempat didalam Umno bagi mereka yang:
1. Mendokong demokrasi - kerana pemimpin dipilih bukan oleh majoriti ahli tetapi dipilih oleh Orang Besar Bahagian
2. Pejuang rakyat - kerana selepas pilihanraya mereka hanya memikirkan perebutan jawatan dan pembahagian harta projek
3. Pejuangan sosialisme - kerana simiskin terus dibiar miskin dan sikaya terus dikayakan lagi. Jurang pendapatan rakyat terus berkembang
4. Pejuang kebebasan media - kerana media bercakap apa yang dihendaki pemimpin tapi bukannya yang benar w/pun diputar dan dibelit macam 69
5. Berfikiran tinggi dan kreatif - kerana kena ikut ajer apa yang disuruh, ' you ikut straight jer, dont belok-belok' w/pun nak kena terjun longkang

Jadi Umno sekarang hanya sesuai untuk si pengapu, si tamak, si bodek, si lembik, si tuli dan si pekak sahaja

Kalau Najib dan Umno gagal berubah, kita kena fikirkan pula siapa akan menjadi Ketua Pembangkang dikalangan Umno

Roti Planta

Anonymous said...

Salam Dato',

Nampaknya teori RAHMAN ni macam menjadi.

R=Tengku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan
A=Tun Abdul Rajak, Bapa Pembangunan
M=Tun Mahathir, Bapa Permodenan
A=Abdullah Badawi, Bapa Mertua
N=Najib, Bapa anak2 rosmah..agaknya

Saya terbaca pendapat seorang ahli fikir islam agung zaman tabiin. Kata beliau pusingan ketamadunan sesebuah negara berlaku setiap 50 tahun. Bermakna 50 tahun had kemajuan dan 50 tahun seterusnya had kemerosotan.
Apa kaitannya dengan Malaysia? Dari tahun 1957 hingga 2007 ialah zamah kemajuan Malaysia dan tahun lepas genap umur Malaysia 50 tahun. 2008 adalah titik bermulanya zaman kemerosotan Malaysia hinggalah tahun 2057.
Menakutkan bila suasana politik dan ekonomi Malaysia hari ini seakan membenarkan kata2 ahli fikir tersebut.

Adakan Najib akan membawa Malaysia ke arah kemerosotan?

Sama2 lah kita berdoa agar anak cucu kita terselamat dari musibah ini.

- Anthony Russel -

Bonda said...

salam dato',

sekadar renungan dan 'nasi tambah' :

Antara permata dan kaca

Terpulang pada penilainya

Namun satu seni itu

Subjektif pada individu


Kadangkala gersang di jiwa

Tertekan dengan isu propaganda

Ada yang mengaku wira

Tapi sebenarnya GILA

apanama said...

We could just hope and pray that DS Najib learns from the grave mistakes and blunders of Abdullah Ahmad Badawi's circus-like regime.

Apart from keeping his family members in control DS Najib could, for a start, weed out the known foreign spies and sympatisers who have been planted in our media organisations other vitals organs both in and outside the Government.

These moles could create havoc and send is into a tail-spin if DS Najib continues to ignore this Clear&Present danger.

Lastly, I believe DS Najib could be a good Prime Minister if he really wants to.

TQ.

Anonymous said...

Datuk AKJ,
Lupa satu nasihat lagi untuk Najib, jangan duduk terlalu lama,pergi kalau rasa tak mampu,cepat bertindak kalau buat kesilapan dan paling penting jujur pada Allah dan rakyat. Kalau tak dapat jujur 100 peratus pun,cuba sampai ianya menjadi satu tabiat. Salam Syawal
Bob From Kuching

Donosepataharam said...

Dato'

Najib ni anak Bugis. Walaupun muka dia tak garang, dia 'fighter'. Nasihat saya, lupakan tuduhan2 liar yang tak berasas dan bersedia untuk berperang habis-habisan dengan musuh sebenar Umno/BN yaitu Anwar Ibrahim & co.

Wassalam

jojo51 said...

Nasihat saya hanya satu sahaja. Apabila dah jadi Perdana Menteri nanti cepat-cepatlah jumpa Tun Mahathir. Tun seorang pemimpin dunia yang unggul, seorang negarawan serta amat dihormati dan disanjung oleh sebilangan besar negara luar. Sehinggakan Malaysia telah dijadikan negara contoh bagi negara-negara membangun dan negara dunia ketiga.

Najib boleh memperolehi banyak ilmu dan petunjuk dari Tun. Najib perlu melihat kepimpinannya sebagai kesinambungan daripada kepimpinan Mahathir. InsyaAllah Najib akan berada pada landasan yang betul. Jangan ulangi kesilapan Pak Lah yang mana lebih rela memutuskan kesinambungan ini kerana termakan racun dari orang-orang kelilingnya.

MOHD FADZIL said...

Assalamualaikum Dato
Kalau boleh, nak tambah lagi satu nasihat kepada DS Najib dan Bakal Barisan Menteri Menunggunyai

Kalau mereka masih nak teruskan juga cara dan adap pemimpin sekarang, maka saya menawarkan perkhidmatan MENUKAR WANG daripada RM/USD/Pound/EURO dan segala matawang dunia ini kepada WANG NERAKA (Hell Notes) Kadar Yuran perkhidmatan saya ialah 10% daripada nilai semasa Matawang yang ingin ditukarkan. Saya jamin sepunuh punuhnya wang tersebut boley dibawa kedalam kubur dan digunakan untuk melicinkan perjalanan dialam barzakh dan di padang Mahsyar juga demi kesinambungan keselesaan, kemewahan dan kuasa YB dan YAB didunia ini. ((Untuk makluman, komishen tersebut perlu dibayar sekarang CASH)So don’t worry, be happy and continue your business as usual!

Menantu Dato Yaakop said...

Dear Dato Kadir.

Jika saya dapat simpulkan nasehat yang Dato berikan itu,ianya dengan lain lain perkataan dato Nasehatkan supaya Najib mesti lah mengawal ROSMAH daripada mencampori urusan pentabiran Negara.Tak payah lah nak menunjokkan yang kita itu bini no satu.

Saya baru berjumpa dengan saorang menteri yang baru menghaziri majelis Hari Raya di Putra Jaya.Dia kata di majelis itu dia nampak Rosmah dah menunjokkan birangnya,ia tidak menunjokkan sadikit hormat pun kapada isteri Pak Lah Jane.

Kadir,semua orang tahu yang najib itu dibawah kewalan Rosmah.You tanyalah anak2 Najib,anak2 Rosmah dengan suiminya yang lama,You tanya lah keluarga Rosmah dan Keluarga Najib.

Tidak ada siapa yang dapat menukarnya,percayalah.Ini merupakan puncha kejatohan Najib.

Mungkin Mr Ji dari Kerala dapat membantu Najib.

Kita,Orang2 Melayu UMNO,worry.

HUSIN PAKTONGKO said...

Datuk,
Nasihat yang baik tak mesti hasilnya juga baik.Najib ni mana pernah rasa tengik bengik kesusahan rakyat. Tamabahan pula punya orang keliling yang mempunyai nafsu besar, mana nak menjiwai keperitan rakyat banyak merana bergelut berperang dengan rakusnya kenaikan harga yang meratah setiap sen pendapatan rakyat. Kalu Najib perasan dengan nasihat ni dan sedar sebagaimana sedarnya Syaidina Umar Abdul Aziz barulah akan terbina semula tamadun UMNO.

TICO said...

Seingat saya, sejak saya mengikuti dan berinteraksi di blog ini, sudah empat posting Datuk sebut pasal .. kita pilih pemimpin bukan pilih anak bini...

Lepas tu sebut pulak pasal ubahsuai rumah. Kerja cantik cantik rumah ni kerja orang pompuan Datuk nasihat Najib ke nasihat isteri dia ?

Datuk karanglah pulak nasihat kat Tengku Razali. Saya pun nak karang nasihat kat Tengku Razali kerana saya yakin Ku Li akan naik.

Nasihat saya mungkin begini.

Nasihat pertama saya, Tengku janganlah kuburkan UMNO. Biarlah PKR dan pemuda Keadilan perjuangkan prinsip itu. UMNO perlu kekal dengan perjuangan asal.

OK mohon diri. Nak sambung karang surat.

Surat Gabuh.

Anonymous said...

Sempatkah Najib menjadi PM ? kalau sempat kawallah bini, adik-adik, kaum kerabat kawan-kawan dan pengampu-pengampu daripada mencampuri urusan negara.
Melihat kepada situasi semasa banyak halangan untuk sampai ke sana.Dalam UMNO Ku Li dah janji nak rebut jawatan presiden UMNO.Diluar UMNO Anwar Ibrahim mencabar nak rampas kuasa (macam UMNO rampas Terengganu dari PAS selepas PRU tahun 1959 dulu)...

Anonymous said...

Datuk,

Saya harap Najib berani meminda sistem kuota dalam pemilihan UMNO. Nak hapus terus tak boleh sebab ada pulak orang yg mcm Nur Jazlan yg salah guna jadi publicity stunt. Seelok2nya bagi saya hadkan kuota pencalonan sebanyak 5% bagi semua jawatan.

Bilamana jawatan tertinggi ini tidak terlalu kebal untuk ditandingi, barulah pemiliknya lebih berhati2 dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan amanah. Bukan jadi badut dan serah kunci kawalan pada anak bini dan adik beradik.

-sinbad-

Orang Jerlun said...

Datuk
DS Najib dari segi Pengurusan & pentadbiran adalah adalah lebih baik dari DS Abdullah. DS Najib perlu belajar dari kesilapan besar DS Abdullah terutamanya dari segi pengaruh keluarga (salah satu dari banyak faktor)ke atas pentadbiran negara. Rakyat bercakap negatif mengenainya dan tindakan rakyat dapat dilihat melalui keputusan pilihanraya umum yang lalu. Mengenai DS Najib, Rakyat mempunyai persepsi DS Najib takut isteri. Jangan biarkan isteri mencampuri urusan pentadbiran negara. Rakyat bimbang jika DS Najib menjadi Perdana Menteri, isteri beliau menjadi Ketua Perdana Menteri. Sekiranya DS Najib dapat mengubah persepsi rakyat ini, musibah yang dihadapi DS Abdullah dapat dihindarinya. Politik itu adalah berkaitan dengan persepsi.

Satu lagi... sekiranya DS Najib menjadi PM nanti, jangan pula terhutang budi kepada DS Abdullah dgn memberi peluang (macam Hishamuddin bagi Naib Ketua Pemuda) kepada Khairi. DS Najib mungkin suka dia, UMNO mungkin juga, tapi rakyat tak suka. Rata-rata bila bercakap tentang Khairi tak satu pun yang baik terbit tentang dia. Walaupun dia ada buat benda baik, tapi rakyat kata sebaliknya.

Indigo said...

Bukankah ramai yang nak beri nasihat.

Kalau nasihat baik saperti ini pun tak mahu didengarinya apa pula katanasihat orang tua-tua yang lain.

Nasihat saya untuk Najib:

Jaga Ekonomi Negara baik-baik dan berlaku adil kerana kalau ramai periok kurang berasap di rumah, rumah kamu akan berasap.

ahmad kamal said...

A'kum Dato,

Saya bersetuju dengan nasihat Dato tersebut. Pertamanya, adakah nasihat Dato akan dibaca oleh DSNTR? Jika beliau tidak baca pun agar dapatlah pegawai beliau memaklumkan nasihat tersebut.

Saya amat bersetuju agar apa yang berlaku kepada DSAAB tidak berulang lagi.

Saya mengharapkan, selepas Mac 2009 Malaysia seperti dibawah Era DR.M. Insyaallah.. NSNTR akan kearah itu. Kami mendoakan.....

R@duan said...

Abis la..
lepas ni budak-budak universiti yang pointer 1.69 ke bawah pun boleh dapat biasiswa!

mad said...

saya setuju tukar kolah baru hehe

Tun Jeram said...

Salam,

Saya barangkali termasuk dalam golongan yang tidak dapat menghilangkan sedikit sebanyak keraguan, betulkah Najib orang yang paling baik dan paling sesuai untuk "mewarisi" jawatan Presiden UMNO dan PM?

Adakah tidak lebih baik seorang calon lain diberi peluang untuk bertanding dengan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009 ini, supaya UMN0 betul-betul dapat memilih calon yang berintegriti dan berwibawa?

Namun, sudah "adat" orang Melayu agaknya, seperti kata peribahasa,
"Siapa jadi raja, tangan ke dahi juga."

Maka sebaik saja Abdullah menyatakan tidak akan mempertahankan jawatannya dan menamakan Najib sebagai penggantinya, 9 bahagian di Terengganu sudah pun menyatakan ikrar untuk menyokong Najib.

Sementara itu, dalam percaturan politiknya, Muhyiddin yang kedudukan politiknya mungkin agak tercabar, sudah menyatakan rayuan supaya semua pihak menyokong Najib.

Jadi kalau demikian, Najiblah agaknya yang akan mewarisi jawatan Presiden UMN0 dan PM, walaupun dengan itu UMNO akan terlepas peluang untuk memilih pemimpin yang lebih baik dan lebih berwibawa.

Madam Curi said...

Dear Dato AKJ,

Perhaps the wife to Najib should take lessons from YABhg Tun Dr. Siti Hasmah. She is a doctor but she really knew how to play her role as the first lady of Malaysia. She carried herself with grace, honour and integrity.

a malaysian in riyadh said...

Tok Scribe,
Nasihat yang jujur, dan patut diteladani. Jika Najib tidak terlibat dalam kes Altantuya seperti yang dinyatakan dalam sumpahnya, maka tidak ada apa yang beliau perlu khuatiri. Tumpukan kerja bersama ahli-ahli pasukan untuk memenangi kembali sokongan rakyat jelata. Jangan ambil tindakan melulu yang membuat sokongan mereka semakin terhakis. Saya nampak Ku Li dan Rafidah akan diberi peranan besar dalam pasukan yang baru. Wallahualam.
aMiR

Harman said...

Salam, Datuk..

Nasihat Datuk mungkin "premature". Sebab PM Abdullah belum lagi menyerahkan kuasa pada Mohd. Najib. Abdullah hanya akan menyerahkan kuasa pada siapa yang menang pertandingan jadi Presiden UMNO dalam bulan Mac nanti, itu pun kalau kerusi PM masih milik UMNO pada ketika itu dan Anwar Ibrahim tak sempat merebutnya sebelum itu.

Namun begitu, berkenaan nasihat Datuk bahawa pengundi tidak memilih isteri, anak-anak atau kroni.... ke mana pulak nak diletak mereka itu? Bagaimana kita nak pisahkan seseorang pemimpin itu dengan isteri dan anak-anaknya? Pada saya sebagai pengundi dan pembayar cukai juga, saya harus pertimbangkan juga watak dan kelakuan keluarga seseorang pemimpin itu sebelum membuat keputusan memilihnya atau tidak. Pada ketika ini, Mohd Najib dan Rosmah Mansor adalah satu regu. Pick both or none!! Saya percaya juga yang calon-calon Menteri dan Timbalan Menteri juga akan mengambil pandangan isteri masing-masing sama ada sanggup berketuakan Rosmah dalam Bakti nanti...

eddy said...

Salam Dato'. This is indeed one of your boldest advise to an orang besar, but in fact this advise should be taken by ALL current and aspirant Cabinet Ministers/Ministers/MPs and ADUNS.

I do hope that Najib does read this as many responsible citizens who read this advise are going to mark it for future reference in one year's time when Najib's honeymoon as PM is over and the RAKYAT start evaluating his performance in managing this country.

Perception is everything in politics as it influences the way we think and decide about a politician and his performance. Najib though very popular among UMNO warlords and grassroots does have a serious perception issue outside of UMNO. It war reported in one of the mainstream papers that he once said that if wife is happy, husband is happy and I agree with that, but, as Prime Minister of Malaysia he has a sacred duty to make the RAKYAT happy above anything else.

These are critical times for UMNO and BN and they only have about 4 short years to right the overall bad perception that has been plaguing them since before 8 March and Najib does have to get right down to business and Najib has to ensure that there are no distractions.

Your advise Dato' is timely and should be a good guide to Najib and his Cabinet Members as one can be pretty sure that the Anwar led Pakatan Rakyat will do everything possible to actentuate Najib's perception problem thereby distracting him and disrupt the rehabilitation and reform that Najib has to do to UMNO and BN to ensure a good victory and BN's survival in the next general election.

Cak Kun Cak said...

Salam Datuk,

Saya dengan ikhlas berharap Datuk Seri Najib mengambil 'pot' nasihat-nasihat yang Datuk senarai kan dgn ringkas dan jelas.

Cukup lah dgn kesilapan, kesombongan dan sandiwara oleh DS Abdullah selama ni. Janganlah kesilapan ini di ulang lagi.

Dari Borneo ke Minang said...

Sdr. A Kadir Jasin & para pengomen sekalian,

Seperti yang diutarakan olih Sdr. Sawit Futures Trader, harga minyak menunjukkan trend menurun manakala harga barangan lain pula tidak menunjuk apa-apa penurunan.

Najib dan para pembesar lain mengatakan fundamental negara kukuh dan impak krisis Amerika berkemungkinan kecil akan dirasai di Malaysia. [Tolong perbetulkan saya jika saya silap!]

Destinasi ekspot Malaysia masih tertumpu ke arah Amerika.

Jika Amerika gawat, maka ramai mungkin akan kehilangan pekerjaan sekaligus menyebabkan spending menurun.

Jika rakyat Amerika kurang membeli maka para peniaga Amerika juga akan mengurangkan import (termasuk dari Malaysia).

Jika keadaan berterusan, maka para pengekspot Malaysia akan merasai penurunan ini. Keadaan ini bolih/akan menyebabkan akitivity ekonomi di Malaysia menjadi lembab.

Soalan saya yang tidak arif:
(1) Adakah krisis Amerika akan memberi kesan terhadap ekonomi Malaysia?
(2) Jika ada kesan, what is the estimated impact?
(3) Apakah langkah-langkah yang bolih dan akan diambil olih para pembesar (terutama sekali Najib selaku PM-in-waiting cum Finance Minister)?

Sekiranya Najib betul-betul layak memimpin Malaysia, maka beliau patut ada approach yang kredibel untuk menangani kemungkinan (yang pada hemat saya adalah besar)masaalah Amerika dirasai di Malaysia.

Saya setuju dengan nasihat-nasihat Sdr. Kadi dan nasihat tambahan Sdr. Dari Quick Draw Botak serta pengomen lain kepada Najib. Terutama sekali berkenaan 150% focus in running and managing the country.

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

mad said...

kolah baru, minda baru, Malaysia Baru

Awang Maya said...

Pastikan Khairi Jamaludin tidak cukup pencalonan untuk Ketua Pemuda UMNO. Kalau ada yang pilih dia, memang sah masih ada golongan TAMAK, GILA KEKAYAAN, BODOH dan BANGSAT dalam UMNO. UMNO Bahagian Machang telah berada dalam golongan tersebut.

Bahagian-bahagian lain, tolong jangan jadi LUNCAI yang akan TERJUN dengan LABU-LABUnya.

A KADIR JASIN said...

Sdra Awang Maya, antara lain, mengulas: "Bahagian-bahagian lain, tolong jangan jadi LUNCAI yang akan TERJUN dengan LABU-LABUnya."

Malangnya apabila Si Luncai politik terjun ke sungai yang deras atau najis airnya, labu-labu yang dibawa terjun bersamanya itu adalah milik kita semua.

Dimudahkan cakap, jangahlah kita pilih Si Luncai atau serahkan labu-labu kita kepadanya.

Terima kasih.

sekilo garam said...

Salam Tuan Tanah,

Saya Ismail Bangsawan yang menawarkan diri sebagai calon presiden UMNO mohon kerjasama tuan untuk membuat pautan dan sebarluaskan blog saya untuk mendapatkan respon umum tentang penawaran diri saya untuk jawatan tersebut.

thanks!

http://sekilogaram.blogspot.com/

Rocky's Bru said...

Tok Scribe,

Nasihat yang bagus.

Lebih2 lagi kalau dibandingkan dengan nasihat Mr Kali buat Najib dalam artikel (terakhirnya?) dalam NST hari ini.

Terima kasih.

Juraimi Zainal said...

Dato'

Pemilihan dalam UMNO memerlukan duit yang banyak (bukan setakat ada duit jer)...

Ini la perbezaan perjuangan UMNO sekarang dan Parti Pembangkang...

Syeikh Akram said...

Najib? Good PM? geli usus kawe!!

Banyak lagi issue2 yang perlu Najib buktikan ketidaklibatan beliau sebelum beliau layak mnjadi PM yg dihormati.

Dr. Shah Jitra said...

Dato,

Betulkah Dato dahulunya wartawan bodek kepada Mahathir seperti mana Kalimullah itu wartawan bodek kepada Badawi?

Ini komentar menarik oleh Hishamuddin Rais.

Sila rujuk: http://tukartiub.blogspot.com/2008/10/tukar-tiub-tepat-mangsa-pertama.html

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Merujuk kepada artikel dari Malaysiakini;

KHAIRY, MUKKRIZ DAPAT PENCALONAN
(Oct 10, 08 2:23am)

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, mendapat pencalonan pertamanya dari bahagian Machang di Kelantan.

Dalam pengundian yang dijalankan, Khairy mendapat 96 undi dan Mukhriz memperolehi 78 undi manakala ahli perwakilan lain tidak mengundi.

Manakala Mukhriz mendapat pencalonan pertamanya dari bahagian Kimanis di Sabah yang selesai bersidang lewat malam tadi.

Beliau yang juga exco Pemuda Umno itu mendapat 51 undi manakala Khairy 31 undi.

Artikel penuh di http://www.malaysiakini.com/news/90995

Sebagai seorang bukan ahli UMNO, saya nak tanya satu soalan. Apa rasionalnya membuat pengundian untuk pencalonan?

Bukankah lebih baik jika undi di bahagian ini dikumpulkan dengan undi di bahagian lain seluruh Malaysia. Siapa yang terbanyak, dia automatik menang.

Tidakkah cara itu lebih mencerminkan keputusan dan kehendak ahli yang lebih menyeluruh? Bukankah ini juga dapat mengurangkan kadar manipulasi dan politik wang?

p/s SWEET LIGHT CRUDE DAH PUN MENCECAH USD80.

INDEKS KOMPOSIT KL PULA MENCECAH PARAS TERENDAH SETAKAT INI PADA 931.79 mata. (BERDENTUM - EFEK BUNYI).

Saya terfikir, pelabur masih tak yakin ke dengan kata-kata Menteri Kewangan baru yang fundamental Malaysia kukuh manakala impak kejatuhan ekonomi US adalah minima.

melayu prihatin said...

mat taib dah umum, terkini tan sri muhyiddin umum bertanding Timbalan Presiden UMNO.

Mat Taib Timbalan Presiden UMNO?...

Semua orang UMNO apabila berhasrat bertanding sebarang jawatan di dalam parti selalu mengungkapkan alasan demi agama, bangsa dan negara bagi menjustifikasikan niat/tindakan mereka. Hampir tiada yang akan memberikan alasan demi untuk kemajuan karier peribadi. Di dalam perkara ini Tan Sri Mat Taib aka “Mike Tyson” harus dipuji kerana berterus terang seperti katanya ketika mengumumkan keputusan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO iaitu beliau sudah banyak kali beliau mengambil peperiksaan SPM (bertanding Naib Presiden 1993, 1996, 2000, 2004) dan sudah tiba masanya untuk Ketua Penerangan UMNO ini mengambil peperiksaan STPM (bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO).

Namun kewajaran Tan Sri Mat Taib bertanding nombor dua di dalam hierarki UMNO boleh dipertikaikan. Hakikat ini timbul apabila kita mengambil kira kepentingan negara, bangsa dan parti. Ini berpunca kepada fakta bahawa secara tradisinya sesiapa yang memegan jawatan ini akan juga secara tradisi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sememengnya jawatan Timbalan Perdana Menteri bukanlah jawatan yang diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan seperti mana jawatan Perdana Menteri yang tata cara perlantikannya telah dimaktubkan didalam perlembagaan negara yang merupakan undang-undang tertinggi malaysia. Jawatan TPM adalah jawatan yang wujud hasil konvensyen perlembagaan.

Namun sejarah telah menyaksikan jawatan TPM berevolusi menjadi jawatan kedua paling penting selepas PM. Ini kerana mengikut tradisi UMNO individu yang memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO akan juga memegang jawatan TPM dan mengikut tradisinya akan menggantikan Perdana Menteri apabila sesuatu terjadi kepada pemegang jawatan PM atau PM mengundur diri dari jawatan tersebut dan selaku Presiden UMNO.

Tradisi ini telah dimulakan oleh Presiden UMNO kedua dan PM pertama negara iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman apabila beliau telah melantik Timbalan Presiden UMNO Allahyarham Tun Abdul Razak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri setelah beliau (Tunku) dilantik menjadi Perdana Menteri apabila negara merdeka pada tahun 1957. Konvensyen ini kemudiannya telah diterus dan perkukuhkan oleh Tun Razak apabila beliau melantik Allahyarham Tun Dr.Ismail sebagai TPM ketika mengambilalih jawatan PM daripad Tunku apabila Tunku bersara di dalam tahun 1970, Tun Dr.Ismail yang meninggal dunia pada tahun 1973 kemudiannya digantikan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn.

Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia pada tahun 1976 semasa masih memegang jawatan PM beliau digantikan oleh TPM Tun Hussein. Proses pewarisan ini telah berterusan semasa era Tun Dr.Mahathir dan Pak Lah.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 Fasal 2 (a) seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat. seorang ahli Dewan Negara (Senator) berkelayakan dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri tetapi seorang Senator tidak boleh sekali-kali mengikut Perlembagaan dilantik sebagai Perdana Menteri. Jika beliau ingin menjadi PM beliau harus meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara dan bertanding di dalam pilihanraya kecil Parlimen dan memenanginya.

Ditakdirkan Allah SWT YB.Senator Tan Sri Muhammad Taib menang jawatan Timbalan Presiden UMNO di dalam Perhimpunan Agong UMNO Mac 2009 maka beliau akan dilantik sebagai TPM mengikut tradisi UMNO, ini tidak menjadi masalah asalkan parti UMNO/BN masih berkuasa namun komplikasi dan krisis perlembagaan akan timbul jika (mohon dijauhkan Allah SWT) berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada PM. Ketika itu bagaimana Tan Sri mat Taib hendak dilantik oleh yang sri Paduka Baginda Di Pertuan Agong sebagai PM kerana beliau bukan ahli Dewan Rakyat.

Ya beliau boleh bertanding di dalam pilihanraya kecil Parlimen namun ketika ini hanya ada empat kerusi Parlimen yang masih dikuasai UMNO di negeri Selangor iaitu Parlimen Sabak Bernam, Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sepang. Hari ini bagi Parlimen Tanjung Karang dan Sepang keduanya diwakili oleh Anggota Kabinet yang juga adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO manakala bagi ahli parlimen Sungai Besar pula beliau adalah Timbalan Menteri adalah amat merugikan kepada parti jika beliau perlu meletak jawata. Hakikatnya hanya ada satu kerusi Parlimen yang dipegang oleh individu yang tidak memegang jawatan pentadbiran persekutuan iaitu ahli parlimen sabak Bernam.

Namun Tan Sri Mat Taib adalah Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya iaitu kawasan parlimen yang bermaoriti bukan Melayu. Ahli parlimen Kelana Jaya hari ini adalah dari parti pembangkang PKR. Jika diadakan pilihanraya umum untuk beliau bertanding agar membolehkannya dilantik menjadi Perdana Menteri jika sesuatu berlaku kepada PM bukan sahaja proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan dari notis peletakkan jawatan salah seorang ahli parlimen dari UMNO Selangor yang ada (ahli yang meletakkan jawatan juga tidak boleh bertanding selama lima tahun) belum tentua lagi beliau akan menang di dalam iklim politik hari ini.

Pada masa itu negara yang tidak mempunyai ketua kerajaan berkemungkinan akan berada dalam situasi kelam kabut. Alternatifnya adalah untuk melantik salah seorang dari enam Naib Presiden UMNO yang merupakan Ahli Parlimen untuk menjadi PM sementara atau melantik salah seorang pemimpin parti komponen BN yang mana paling kanan bermula dengan Presiden Parti MCA sebagai Perdana Menteri.

Sudah tentu alternatif-alternatif ini kurang sesuai. Cara yang paling baik sebenarnya adalah bagi Tan Sri Mat Taib yang terkenal dengan kesetiaan kepada UMNO (beliau patuh kepada arahan Presiden untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 1997 dan bercuti dari semua jawatan parti ekoran terbabit dengan insiden bawa beg berisi wang akibat ketidakpandaian membaca borang berbahasa Inggeris di Australia, beliau tidak keluar parti dan berjuang di platform pembangkang sebaliknya menerima hukuman yang diberikan parti) meletakkan kepentingan negara serta parti di atas kepentingan peribadi dan mengundur diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden. Eloklah beliau menumpukan tenaganya untuk mengembalikan kekuatan UMNO Selangor dan menjadikannya sebagai kerajaan di negeri Selangor Darul Ehsan pasca PRU-13. Bukan beliau tidak layak untuk jawatan Timbalan Presiden namun keadaan menyebabkan beliau perlu untuk meletakkan prioriti beliau ditempat yang lebih hak iaitu utuk memperkasa UMNO Selangor selaku Pengerusi UMNO dan BN Selangor.

Mohd Affendi said...

Dato AKJ...

Susah nak pilih pasal populasi Luncai dalam UMNO terlalu banyak..
Baik kita acah2 bagi labu kita kepada si luncai..

apabila tiba di sungai/kolam najis kita rampas balik labu2 tu dan terus terajang luncai masuk sungai atau kolam najis..

biar luncai rasa syok sendiri dulu lepas tu kita ganyang hidup2... kita sama2 gelak kpd luncai di dlm sungai/kolam najis..dia ingat dia terlalu mulia ada daulat keramat tak boleh basah kotor yer..

tu dia ubat paling mujarab kpd org politik yg takbur, ego & syok sendiri & anggap org lain sekeling bodoh mcm sesetengah 'lembu' peliharaannya yg byk itu..

itu baru pengalaman hidup yg lebih bermakna dari nasihat utk bagi luncai sedar sikit kalo masih takmau dengar & faham nasihat...
Dah kena sorang luncai baru luncai2 lain terjegil biji mata..

pendekatan kita skrg kena lebih praktikal & 'brutal'.. bukan sebab apa.. kita kan manusia yg Allah anugerah aqal..bukan lembu boleh cucuk hidung..

p/s: nasihat & saranan saya ini hanya 'applicable' kepada manusia yg guna aqal..bukan lembu.

"Kadar pertumbuhan 'manusia' di Malaysia telah berkembang dgn kadar yg optimum & konsisten selepas pasca PRU12 benbanding 'lembu' ditengah2 krisis ekonomi & kewangan dunia. Kekukuhan ini adalah hasil kecairan modal intelek yg distimulasi oleh penyusutan kadar intelek oleh pasaran saham politik yg makin kronik di era Abdullah ahmad Badawi.. Justeru, majoriti rakyat Malaysia bijak selaku penentu pasaran tidak akan terjejas oleh sentimen kelemahan pasaran saham politik dgn indeks yg merudum ke arah kebankrapan institusi2 politik Malaysia..trend ini dijangka akan terus berkembang sehingga PRU13 4 tahun lagi.."

Sekian laporan
(",)

Anonymous said...

Dato'

As much as I totally agree with your nasihat, It seems to be a little too early, as he is not yet PM.

Abdullah is still PM until March next year... As they say in Politics, things can change in 1 day or even 1 week.

With all the scandals held only at abeyance through the court cases(pending new surprising evdences) anything can happen!

Shouldn't you be giving the nasihat to Rosmah instead?

To be or Not to be

LIN LIANI said...

Dato sekadar beri nasihat kepada Najib dalam blog Dato rasanya macam curahkan garam ke dalam laut.

Malahan nasihat Dato barangkali dianggap Najib bagaikan sebutir pasir di tepi pantai - terlalu kecil dan kerdil untuk diterima oleh pembesar (akan lebih besar selepas ini) sepertinya.

Namun bak pepatah Melayu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Manalah tahu daripada cakap-cakap berbentuk nasihat ini, Najib pilih Dato untuk menjadi 'penasihat rasmi'nya jika beliau ditakdirkan menjadi Perdana Menteri.

Ataupun barangkali Dato akan dipilih Najib untuk kembali semula ke pangkuan NST setelah Dato Kali hantar surat perletakan jawatannya.

Dato nasihatkan Najib jangan pilih orang-orang yang suka putar belit maklumat. Oleh itu, untuk elakkan keadaan seperti yang telah berlaku dalam era Pak Lah, saya rasa Najib patut pilih Dato sebagai 'tink-tank'nya apabila menjadi Perdana Menteri kelak. Dato tidak pernah 'putar alam' seperti yang dilakukan Dato Kali dan kuncu-kuncunya.

suparjo said...

11 Januari 1976 tarikh kewafatan Tun Razak, saya dalam darjah enam. Saya mendengar bapa berkata, "Tun Razak orang Kampung, jadi PM pun sangat mendalami dan mengerti kehendak orang kampung. Tapi anak-anaknya semua sekolah luar negeri, bukan di kampung. Besok mereka jadi menteri fahamkah kehendak orang kampung?" Kalau tak silap, waktu Mohd Najib masih belajar di Australia.

orang melaka said...

Dato' tolong nasihatkan Datuk ALi Rustam..
APsal bagi Shah Rukh Khan pingat Datuk..
Malu saya sebagai orang Melaka

Ajeem said...

nasihat yang bagus dan wajar dipatuhi...bagi saya,nasihat ini bukan sahaja harus ditujukan kepada Najib tetapi kepada semua ahli parlimen atau wkil rakyat yang kononnya mewakili rakyat.

Sesuai dengan perkembangan semasa,kepimpinan negara akan mencorakkan hala tuju dimasa hadapan.Kepentingan rakyat mesti diutamakan!terima kasih.

DNL said...

Salam Tuk,

tak buat rumah terbuka ke kita neighbour jeee ni. slalu nampak kat raju sesekali buat rumah terbuka bleh melawat; hhHaaaaa gyrau je.

ds najib kena ingat laa... suroh la menteri menteri yg ada tu kerje baguih sikit. ada yg patut turun turun laa... ada yg kena bagi subsidi bagi la...ada yg kene tukor tukor leee... ada yang kene berambus tu berambus lee...(maap le terkasor lak)

tapi satu lah kalau boleh, yang pakai kete cc lebih 2500 ni pun manusia jugak. kita pun menyumbang jugak. income tax kena. business tax kena. road tax kena berkali ganda dari orang biasa. tapi mai tang rebet seduit pun tak dapat. mana accciiiii....

depa yg tak bayaq byk byk tax dapat pulak duit kita ni yg lama dddaaaaaahhhhtak dapat projek ni yang dok kena sakau dengan kerajaan ni camna....

bukan la nak bangkang tapi ingat la cikit kan. apa punya kapla. ni minyak turun ni rebet kat mat arip mat arip ni camna..... nak bagi lagi kaa??????? dengor dah nak turun seringgit sembilan kupang dah.

komen sikit.

A KADIR JASIN said...

Sdra Orang Melaka,

Nak nasihat apa? Shah Rukh Khan tu kira dah cukup baik.

MAR bagi Datuk kepada semua orang.

Silap-silap Melakalah yang paling banyak Datuk.

A dime a piece, kata orang putih.

Harap-harap jangan tak laku satu sen sudahlah.

Terima kasih.

-WADAH- said...

Kenapa bukan presiden?

Assalamualaikum semua pembahas,

Suasana pemilihan parti kini sedang rancak. Penulis maksudkan bukan sekadar UMNO, tetapi terdapat juga parti-parti lain yang juga mengadakan pemilihan.

Cuma dari sudut liputan, pastilah UMNO yang paling banyak mendapat perhatian dek kerana parti ini merupakan parti dominan dalam BN malah paling dominan kalau nak dibanding dengan parti-parti lain (termasuk daripada Pakatan)

Mungkin ada juga pertandingan peringkat Presiden dengan Ku Li mencadangkan bahawa kalau beliau menang, kerajaan campuran akan dibentuk. Paling nampak perlumbaan untuk dikejar ialah jawatan timbalan presiden; jadi rebutan orang-orang besar UMNO.

Tapi penulis hairan lagi pelik, kalau "betul" nak buat perubahan besar-besaran, mengapa tidak tanding terus jawatan Presiden? Lebih menghairankan, yang menawarkan tanding untuk jawatan timbalan presiden pula jauh lebih berumur berbanding Najib sendiri. Patutnya terus sahajalah bertanding presiden!

Itulah kesukaran politik. Antara legesi, maruah, ego, kemahuan, kehendak dan lain-lain atribut-atribut lain yang boleh dikaitkan menjadi pertaruhan. Tetapi, jauh di dasar hati penulis, penulis tetap yakin bahawa kalau ada pertandingan peringkat Presiden, mungkin huru hara juga pemilihan UMNO kali ini...

Atas nama perubahan, lakukanlah perubahan yang sebenar-benarnya. Penulis yakin andai perubahan yang dicanang-canang itu benar-benar dibuat, Insya Allah sesebuah parti itu mendapat sokongan semula...

Wassalam

Haji Mustapha Ong said...

Sdr Datuk AKJ,

I share your sincere views on the need for DS Najib as the PM designate to listen to the advice of many of our senior party leaders, either UMNO,MCA or Gerakan but not MIC for obvious reasons. I am not quite sure if Najib wants to listen to our views and advice, although we have done so in the past whenever opportunity crops up for a friendly dialogue, either here in Malaysia or overseas.

It was just a few nights ago in KL,when I met up with some senior retired PTD Officers, who are on the bandwagon of anti-establishment due to their unforgetful incidents with certain political masters, including macik Fidah.Some of them had joined PAS and PKR while others enjoyed passing their unsolicited comments as non politicians,who do not see both sides of the coin.Their comments could be hilarious at times or they maybe out off the political tangent.

One of the most interesting points raised by a senior PTD retiree, now a certain Tan Sri, was why our PM and DPM depend so much on the advice of their 4th floor boys! so much so that the senior serving PTD officers,including the inner circle of KSN's confide officers feel themselves threatened.(Simple questions deserve simple answers to the solutions)

However, having said that we do not want family members of the PM and DPM to interfere in the management of the administration and governance.A point of reference is poor Khairy and Pak Lah which had been at the receiving ends of insults,etc.

But do we honestly have a choice when the majority of our serving PTD officers, do not perform well in the eyes of the PM and DPM.Those days are gone, when the PM and DPM only depend on the logistic and management help of their staffers,ie. private secretaries, political and press secretaries and one or two special officers, which sometime are being drawn from their own Ministry.

As a result only our PM or DPM with the right attitude and highly knowledgeable acumen could perform well in their coveted positions.One such dynamic PM is of course Tun Dr Mahathir and to a certain extent the late Tun Razak.The rest of the PMs are camsi camsa. So if we do not want highly educated family members to advise the PM or DPM and neither the 4th floor boys, whom do we want to ensure that PM and DPM perform well with honour and dignity.

As for our current DPM Najib, along with his track political and administrative record,I think Najib will make a good and respectable prime minister when come Mac 2009, insyaAllah.

No matter how intelligent or connected Najib is as the future PM, I think he will engage his role and position as PM with his future 4th Floor boys, which may differ from his normal ministerial aides.These "super class advisers" are internationally well connected in their overseas networking, which normal technocrats do not have as they are only civil servants and take orders from their bosses.

So let us not criticise something out of neccessity and of political norms which remain the prerogative of the PM and DPM.If these boys abused their trusts and positions,let the Anti corruption commission goes after their heals.In the meantime, please to do under estimate their worth to ensure that the nation is in good hand under the PM and DPM respectively. Let the boys or their think-tank do their job and let us not teach the PM or DPM how to manage the country.

A KADIR JASIN said...

Sdra Tuan Haji Mustapha Ong;

We can count ourselves as "orang tua". The Malays say, kita dah banyak makan garam.

Don't you wonder why only in recent years we have problems -- real and perceived -- with wives, children and sons- and daughters-in-law of ministers, including PM and DPM?

We did not have that problem with the Tunku (Tun Sharifah Roziah), Tun Abdul Razak (Tun Rahah), Tun Hussein (Tun Suhaila) and Tun Dr Mahathir (Tun Dr Siti Hasmah).

We were proud to call these women emak, ibu, mother!

I don't think we have problem with Datin Sri Wan Azizah either.

But why is it that we have so much problems (real and perceived) with the spouses of our outgoing PM and (with the will of Allah) the incoming PM?

There must be truth somewhere. They cannot be all lies and fitnah.

I think the kaki ampu are partly to blame. Too many people are "kaki ampu" and "kaki pintu belakang".

These are the people who spoilt the lesser of the VIP wives.

Maka jadilah wanita-wanita ini kaduk naik junjung.

Jadi, kita berhentilah menjadi kaki ampu. Kita berhentilah membina junjung untuk mereka.

Kaduk yang naik junjung sebenarnya tidak ada guna .. nak makan pun tak sedap.

No need the red carpets, the high chairs and the glorious facilitations.

Cukuplah Toh Puan, Datin Seri dan Datin.

Terima kasih.

ain said...

Semoa sejahtera selalu Dato'
" .......... and the tender words U speak to him will be words U spoke to........."
semuanya terungkap di "http://www.youtube.com/watch?v=u-gFduNqVwA
Cubalah try

Anonymous said...

Dato'....
I would like to get your opinion on a slightly different issue...Datukship for Shah Rukh Khan from the state of Malacca!
What do you think? What is Ali Rustam's thinking? Kalaulah ini cara pemikiran seorang calun Timbalan Presiden Umno...umno is doomed! Your comment please....

Chiselstone

kluangman said...

Siapa Dato' nak memberi nasihat kepada Najib? Mungkin agak kasar tetapi begitulah lebih kurangnya dan lebih teruk lagi, siapa kita untuk memberi nasihat kepada Najib..

Ada pendapat di sini mengatakan 'rosmah' sudah tidak boleh diubah lagi dan sudah menunjukkan lagak dengan tidak menghormati isteri paklah ketika majlis raya baru2 ini. Setakat dengan saya Rosmah belum tunjuk apa apa lagi sebab dia pun tak pernah jumpa saya dan saya pun tiada kaitan dengannya (hehehehe..)
Tetapi ramai sangat berpendapat negatif trhadapnya..

Adalah wajar dari kita menasihati najib untuk menjaga anak bininya adalah lebih baik dan lebih berkesan suapaya kita nasihatkan ahli UMNO terutama perwakilan bahagian untuk terus tidak mencalonkan najib atau sekurangnya calonkanlah KuLi atau Muhyiddin sehingga layak bertanding Presiden. Seklaligus kita dapat menasihat Najib 'secara tidak langsung'. Dengan cara itu mungkin baru dia boleh dengar suara kita, kita tidak mahu Najib sama 'pekak' macam paklah untuk menilai suara ahli umno.

Adalah wajar memperlihatkan kepada Najib bahawa dia tidak mendapat sokongan terlalu padu sehingga sombong dan angkuh, memadailah keputusan PRU 2004 menyebabkan BN sudah tidak menghormati rakyat.

alang said...

Salam Dato`.
I like ur answer to Sdr Tuan Haji Mustapha. Teruskan perjuangan Dato` dengan tulisan2 yg penuh dengan isi tersurat dan tersirat.

Unggal said...

Salam Dato'
Ini posting ulung saya di dalam blog Dato'. Izinkan saya tumpang berteduh buat seketika.

Yang sedihnya orang kita masa kini sudah tidak faham dengan 'simple analogy' apatah lagi untuk memahami bahasa kiasan (or is it qias??). Ini semua adalah gejala 'membujur lalu melintah patah' macam skrip filem Bujang Lapok bila Aziz Satar kata asalkan jangan batu atau kayu semua dibahamnya asalkan perutnya kenyang.

Anonymous said...

Datuk Kadir,

Saya tahu kenapa Datuk begitu marahkan Najib. Sebab beliau tidak dapat membantu dalam permintaan Datuk untuk mendapatkan satu "seat" dalam Lembaga Pengarah New Straits Times Press, kan?

Sudahlah, Datuk. Macam gila talak pula. Zaman Datuk sebagai wartawan sudah lama berakhir. Tulisan Datuk pun dah old fashion. Saya cadangkan Datuk duduk masjid saja....qiamullail tiap2 malam lagi bagus dari menabur dosa mengumpat orang.

Bakar Ali dari Langkawi

Pak Rahmat said...

Salam Dato,

Dato kata Toh Puan Siti Hasmah berseh dan tak mencampuri urusan Tun Mahathir dalam mantabir negara.I beg to differ.She give alot of preasure to Mahathir to solve Mirzan financial problem during the economic crisis,Rashid Hussein can comfirm this.

Walaubagaimana pun saya setuju,jika dibandingkan dengan Endon dan Rosmah,Dr Hasmah ada class dan tak sombong.

ZURICH AL Qaaf said...

tok

saya nampak paku dan duri serta bom jangka
yang menanti najib.

derita seorang pemimpin yang bernama NAJIB

salam aidulfitri

Quick Draw Botak said...

Sdr. A Kadir Jasin,

I am digressing from your topic but I fell it is relevant for in-coming PM.

Singapore is in recession... The Straits Time was quoted.

Link:
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/business/10280-singapore-is-in-recession-

Malaysia not in recession... The Straits Time Blog

Link:
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/10336-pay-attention-malaysia

If Najib is honest with himself and the rakyat, he would find his plate full with all economic related issues. He has to put not 150% effort but more like 1500% effort!

If we are heading for a recession, there is no need to quote "fundamental is good", "we are in great shape", etc. etc. Face the facts and dessiminate credible information. In this internet age, there is no point of retreating into self-denial.

During 1997/98 crisis, the region was affected. US was not. Europe was not. So our exports were still good. But now the "rest of the world" is in crisis. Demand would be down. So would our export!

If exports are down, how do we generate economic activities? Local consumption is required to "support" the economy. But people are unlikely to increase spending as inflation has "eaten" into their spending power!

So how is the government going to tackle this spiralling problem? Pump priming? Government investment into mega project?

The government has to think hard to "invest" in projects that have the most multiplier effect? I am quite sure our economists could come up with credible options for Najib & others to consider if and only if they get out of their self-denial mode!

It is advisable for Najib and others to re-focus on the issues at hand instead of focusing on UMNO elections!

Sekian.

MODERATOR indie said...

Assalamualaikum Enche Kadir,

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Aisilfitri buat Dato' dan famili tersayang...

Kalau buat open house tu jemput2 lah kami semua...hehehee

Semoga Dato' terus mengekalkan stamina..dan terus menulis yang pedas-pedas ala-ala sos peri-peri.

Wasalam.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
A KADIR JASIN said...

Sdra Bakar Ali Dari Langkawi,

Saya tidak pernah minta apa-apa untuk diri saya daripada Mohd Najib selepas meninggalkan NSTP pada tahun 2000.

Ada tidak pun,saya minta dia jadi VIP di dua majlis syarikat saya. Dia datang sekali. Kali kedua dia minta maaf. Itu saja.

I have no problem with Mohd Najib -- not personally.

Thank you.

A KADIR JASIN said...

Sdr Buyong dan (Anon) Peminat ShahRukh Khan,

Saya tidak dapat menyiarkan komen Sdra berdua.

Tidak eloklah kita menyentuh atau mempersendakan bentuk badan, stail pakaian dan rambut seseorang.

Kita semua ciptaan Tuhan. Elok atau tidak adalah kepada mata yang memandang.

Lagi pun ada kah bukti (bergambar) si polan mencium pipi si polan di khalayak ramai?

Terima kasih.

SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY said...

SURAT TERBUKA UNTUK DS NAJIB - BAKAL PM M'SIA KE-6
Kepada,
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA

YAB Dato Sri,

SURAT TERBUKA BERBENTUK NASIHAT, TEGURAN DAN SARANAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

1. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas kepercayaan dan ketulusan hati YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyerahkan kepimpinan No. 1 dalam UMNO dan juga negara kepada YAB Dato' Sri. Insya Allah dengan berkat dan rahmat Allah di atas segala jasa-jasa serta amal jariah yang telah dicurahkan oleh Allahyarham Tun Razak, arwah bapa Dato' Sri; negara Malaysia dan rakyat keseluruhannya akan berada dalam keadaan selamat, aman dan makmur seperti nama negeri asal YAB Dato' Sri iaitu Pahang Darul Makmur.

2. Sebagai seorang anak jati negeri Pahang Darul Makmur, saya amat gembira dan turut tumpang bangga kerana tak lama lagi ( kurang lebih 6 bulan dari sekarang ), negeri Pahang akan dapat melahirkan semula seorang tokoh negarawan yang akan memimpin negara sebagaimana yang pernah dilalui oleh arwah bapa YAB Dato' Sri, Tun Abdul Razak Hussein. Negeri Pahang dan juga sebahagian besar kawasan pantai Timur seperti Terengganu dan kelantan akan turut mendapat faedah setelah sekian lama jawatan Perdana Menteri (33 tahun : Sejak 1976 -2009 ) diterajui oleh pemimpin dari pantai Barat sememanjung ( Johor dan Utara ). Kalau dikira sejak kita merdeka pada tahun 1957 hingga tahun 2009 nanti ( 53 tahun ), hanya jangkamasa 6 tahun sahaja pemimpin dari kawasan Pantai Timur Semenanjung menjadi Perdana menteri ( Zaman Tun Razak dari tahun 1970-1976). Selebihnya selama 5 tahun dipimpin oleh pemimpin dari negeri Johor ( selatan Semenanjung ) dan sebahagian besarnya selama lebih 40 tahun negara kita diterajui oleh pemimpin dari kawasan Utara semenanjung.

3. Itulah sebabnya kenapa kawasan Pantai barat semenanjung lebih maju dan membangun berbanding dengan kawasan Pantai Timur ( Pahang, Terengganu dan Kelantan ). Nak dibanding pula dengan Sabah dan Sarawak, lagilah amat jauh ketinggalan berbanding dengan apa yang dikecapi serta dinikmati oleh penduduk di kawasan Pantai Barat Semenanjung.

4. Justeru, surat terbuka yang saya tujukan kepada YAB Dato' Sri ini ingin mengketengahkan beberapa nasihat, teguran dan juga saranan kepada YAB Dato' Sri yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada bulan Mac 2009 nanti ( Insya Allah ), antaranya :

4.1 Sebagai seorang yang bakal dipilih menjadi Presiden UMNO, YAB Dato' Sri perlu memperkasakan semula peranan UMNO di dalam kerajaan, iaitu parti mesti menguasai kerajaan dan bukannya kerajaan ataupun anak beranak serta menantu yang menguasai parti. Sejak kebelakangan ini, iaitu di bawah pentadbiran Pak Lah kita perhatikan UMNO langsung tidak mempunyai peranan di dalam menentukan dasar-dasar kerajaan. Perlembagaan Negara yang digubal sejak merdeka adalah hasil daripada prinsip-prinsip serta asas perjuangan UMNO yang kemudiannya dipersetujui oleh rakan-rakan dalam perikatan iaitu MCA dan MIC. Contohnya meletakkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dalam perlembagaan. Ianya adalah selari dengan asas dan tujuan UMNO ditubuhkan iaitu untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama. Justeru, janganlah pula YAB Dato' Sri nanti menjalankan sesuatu dasar ataupun polisi kerajaan berasaskan kepada kehendak keluarga seperti desakan isteri, anak-anak dan menantu dengan meminggirkan pandangan menteri-menteri kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO.

4.2 Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada terjerumus ke dalam neraka ". Sejak Perdana Menteri pertama hinggalah kepada Perdana Menteri sekarang ( Ke-5 ), kita perhatikan ke semua isteri-isteri Perdana menteri Malaysia dan juga termasuk anak-anak perempuan mereka tidak begitu berminat untuk memakai pakaian yang menutup aurat. Selaku Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO yang memimpin sebuah parti terbesar umat Islam di negara ini sepatutnya isteri serta anak-anaknya menonjolkan imej budaya Islam dari segi pakaian dan juga gaya hidup sebagai seorang muslim yang soleh. Bagaimana kita nak selamatkan ummah dan masyarakat di negara ini daripada keredhaan Allah serta selamat di dunia dan di akhirat kalau ahli keluarga terdekat dengan kita sendiri tidak mampu untuk kita menegur dan mendidiknya supaya berpegang teguh kepada syariat Islam. Jadi, saya menasihatkan YAB Dato' Sri supaya memerintahkan serta mentarbiah anak-anak perempuan serta isteri ( Datin Sri Rosmah Mansor ) agar melaksanakan segera daripada sekarang tentang perintah Allah untuk menutup aurat ( khasnya bertudung kepala dengan sempurna - mengikut syariat Islam ).

4.3 Saidina Umar Ibnu Khatab, Khalifah ke-2 pernah menutupkan api pelita di pejabatnya pada waktu malam ketika mana anaknya datang untuk berbincang mengenai hal keluarga. Ini kerana beliau tidak mahu menyalahgunakan duit baitulmal ( minyak yang menyalakan api pelita berkenaan ) untuk perkara-perkara peribadi. Saya menasihatkan YAB Dato' Sri agar dapat melaksanakan etika dan juga prinsip bersih yang diamalkan oleh Saidina Umar Al-Khattab ini dalam melaksanakan tugas sebagai Perdana menteri nanti. Jangan beri muka dan juga membiarkan anak beranak serta isteri kita menyalahgunakan kemudahan kerajaan serta harta negara untuk kepentingan peribadi dan juga keseronokan duniawi . Inilah satu pengorbanan dan iltizam yang perlu dihayati oleh YAb Dato' Sri selaku Perdana Menteri yang ke-6 nanti. Ini lah nanti yang membezakan YAB Dato' Sri dengan Kelima-lima bekas Perdana Menteri Malaysia yang lalu.

4.4 Selaku Presiden UMNO nanti, YAB Dato' Sri adalah disaran dan digesa agar dapat mengubah semula sistem pemilihan dalam UMNO kepada bentuk yang asal, iaitu sistem pencalonan berasaskan kuota hendaklah dihapuskan. Cukup hanya sekadar dua pencalonan sahaja sebagai syarat asas. Ataupun kita ikut sahaja sistem penamaan calon yang diamalkan oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan ), yang mana sistem pencalonan untuk sesuatu jawatannya adalah amat mudah iaitu hanya mengisi Borang Pengesahan untuk menawarkan diri sebagai calon bagi sesuatu jawatan. Dengan cara ini, seseorang calon itu tidak perlu menjelajah ke seluruh negara, daerah, kampung dan rumah ke rumah bagi mendapatkan pencalonan. Gejala rasuah politik (Politik wang ) dapat dikurang serta dielakkan dan politiking dalam pemilihan UMNO dapat diharmonikan.

4.5 YAB Dato' Sri perlu mengambil tindakan tegas dan radikal ke atas mana-mana sahaja kumpulan agama atau kaum yang bertindak ekstrim dan keterlaluan di negara ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh kumpulan pelampau hindu iaitu Hindraf sejak akhir-akhir ini. Jangan pandang agama ataupun bangsa yang terlibat. Jangan ambil kira soal mereka itu orang Melayu ataupun Islam, India ataupun HIndu, Cina ataupunBuddha, kristian dan sebagainya. Asalkan mereka ini mengancam keselamatan negara dan juga keharmonian kaum serta agama di negara ini maka kita perlu bertindak tegas terhadap mereka. Kalau kita berani bertindak tegas kepada pelampau agama dalam masyarakat Islam seperti Al-Arqam, al-Maunah, Ayah Pin, Nasrul Haq dan banyak lagi, kenapa kita takut untuk bertindak kepada pelampau agama Hindu seperti Hindraf yang tak sedarkan diri tentang bagaimana nasib mereka kalau berada di negara asal mereka di India. Rakyat nak lihat ketegasan YAB Dato' Sri di dalam menangani isu Hindraf ini. Kalau perlu, jangan tunggu sehingga dilantik sebagai Perdana menteri, bertindaklah sekarang sebelum ramai di kalangan orang-orang melayu naik angin dan bertindak sendirian.

4.6 UMNO itu cukup sinonim dengan Melayu dan Islam. Melayu tanpa Islam maka jadilah melayu itu seperti melayu di zaman tok nenek kita dulu yang beragama hindu, yang mana melayu yang beragama Hindu dahulu ( 700 tahun dahulu ) hanyalah sebagai suatu bangsa yang tidak berilmu dan bertamadun. Sebaliknya apabila bangsa melayu itu memilih Islam sebagai agama yang dianuti oleh raja, pemimpin dan masyarakatnya secara total maka umat melayu telah diangkat martabatnya menjadi bangsa yang maju pada zaman kesultanan melayu Melaka. Dengan Islam inilah maka Melaka sebagai negeri Islam pada ketika itu ( abad ke-14-15 ) telah terkenal sebagai pelabuhan perdagangan entrepot antarabangsa antara Timur dan Barat. Inilah hikmahnya apabila Melayu itu menerima Islam dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Justeru, kalau UMNO ingin menjadikan umat Melayu di malaysia ini menjadi lebih maju, maka YAB Dato' Sri perlu memperkasakan penghayatan Islam di kalangan ahli-ahli UMNO itu sendiri. JIka ahli-ahli UMNO masa kini dan akan datang menjadi lemah pegangannya kepada agama Islam, maka itu tandanya bahawa umat melayu akan menuju kepada kehancuran dan kemusnahan. Tegasnya, pemimpin dari kalangan UMNO yang hendak dilantik oleh YAB Dato' Sri nanti dalam kabinet kerajaan perlulah seorang yang kuat berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Tidak semestinya berlatar belakangkan pendidikan agama/arab ataupun seorang yang warak, tetapi cukuplah melihat kepada pemikiran, gaya hidup harian dan juga prinsip perjuangannya selari dengan syariat Islam. Begitu juga dengan semua pegawai Tinggi kerajaan yang hendak dilantik kejawatan penting di semua kementerian, hendaklah memenuhi ciri-ciri ini kerana merekalah yang akan melaksanakan agenda ummah, negara dan Islam dalam pentadbiran negara.

5. Demikianlah nasihat, teguran dan saranan saya dalam surat terbuka ini kepada YAB Dato' Sri. Diharapkan agar YAB Dato' Sri menerimanya sebagai sesuatu yang positif untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Jika ada yang terkasar bahasa serta menyentuh perasaan YAB Dato' Sri, maka saya memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran itu. Saya doakan semoga Allah s.w.t memberi taufiq dan hidayah kepada YAB Dato' Sri.

Sekian, terima kasih. Wassalam

"SELAMAT BERJUANG"



t.t
..............................................
SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY

Tarikh : 10 hb Oktober 2008

( No. Tel : 013-346 4005 )

Sazalli said...


Datuk,

Saya nak tarik perhatian Datuk mengenai cadangan Pak Lah hari ni ketika merasmikan perhimpunan Parti Gerakan. Dia mencadangkan sesiapa yang nak masuk BN boleh masuk direct, tak payah jadi ahli mana-mana parti pun tak pe. Apa yang faham daripada cadangannya, sesiapa yang suka BN, tapi tak suka UMNO, MCA, MIC dan sebagainya boleh jadi ahli BN sahaja.

Saya rasa lah Datuk, orang tua ni dah buang tabiat lah. Dia cakap dia berkhidmat di zaman Tun Razak, faham intipati perjuangan pemimpin terdahulu ke arah kemerdekaan. Tapi, nampaknya dia sendiri dah terlupa kepada asas pembentukan Parti Perikatan itu sendiri yang mempelopori perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Bahawa Parti Perikatan yang kemudiannya menjadi BN itu didokong oleh parti-parti yang diwakili kaum yang memastikan hal-ehwal kebajikan mereka dipelihara oleh BN.

Takkan lah selepas 50 tahun negara di bawah BN, tiba-tiba formula perkongsian kuasa di antara semua kaum ini gagal. Kalaupun BN ditolak oleh rakyat, itupun dalam masa 5 tahun yang lepas. Tengoklah siapa yang menerajui BN ketika itu?

Masalahnya sebab utama rakyat menolak BN semasa pilihanraya lepas adalah kerana pemimpin-pemimpin itu sendiri. Antara mereka ini (walaupun bukan semua) hanya mementingkan pangkat dan kuasa. Perjuangan hanya retorik - tengoklah orang seperti Datuk Ahmad Ismail dan Datuk Zainal Abidin Osman (orang kaya baru terkejut). Mereka ini bercakap pasal hak melayu, merendahkan bangsa lain - tapi apa yang mereka sumbangkan kepada bangsa yang mereka wakili? bila kerajaan dah bagi peluang kepada mereka, lebih banyak yang masuk poket sendiri daripada yang keluar kepada rakyat.

Satu lagi yang saya terasa pelik. Pak Lah cakap nak letak jawatan sebagai Presiden UMNO, tapi tak mau letak jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO. Tak ke pelik? Esok, bila UMNO buat persidangan tahunan, takkan dia nak duduk bawah bersama-sama perwakilan? maklumlah, ahli majlis tertinggi pun bukan.

Itu yang saya terasa amat pelik dengan Pak Lah ni. Saya mengaku, dia memang asalnya orang yang alim. Tapi saya rasa dia ni seperti Gus Dur dari Indonesia. Rakyat Indonesia pun ingat kalau ulamak naik jadi pemimpin negara, maka negara jadi aman-damai. Sebaliknya jadi huru-hara!! Pak Lah memang tak layak jadi pemimpin, dia hanya syok sendiri duduk di kerusi PM tu. Saya rasa Najib tak perlu lah ambil hati Pak Lah, yang perlu diambil hati ialah orang-orang yang di bawah macam kita ni.

Lembaran said...

Tok Scribe,

Persoalan ikhlas dan jujur saya yang tidak disiarkan tidak menjurus kepada sahsiah atau rupabentuk sesiapapun.

Ianya satu soalan ikhlas buat Haji Mustapha Ong.

Wassalam.

slyderrose said...

najib, belum apa-apa lagi sudah suruh rakyat hormati pemimpin. Rakyat yg buta hati saja menghormati pemimpin membabi buta. Pemimpin yg adil saja harus dihormati olih rakyat dan pemimpin yg adil semestinya menghormati rakyat juga. Sendiri kena fikirlah najib. jangan jadi lembu cucuk hidung cukuplah.

Jaafar Sidek said...

Dato Kadir,


Petang tadi saya dijemput olen Dati Sri Rosmah karumahnya untok minum teaSaya beritahu Puan Rosmah atas nasehat yang dato berikan kapada Najib.

Datin Sri dengan selamba menjawab"Hidung tak mancong pipi tersorong2"Dia nampak upset juga dengan Dato.

A KADIR JASIN said...

Sdra SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY,

Terima kasih di atas "manifesto rakyat" yang Sdra tujukan kepada DS Mohd Najib.

Harap-harap beliau atau pegawainya membaca manifesto Sdra yang amat berpatutan itu.

Saya sarankan agar Sdra menghantar salinannya kepada beliau.

Kalau tidak kepada beliau, hantarlah kepada Sdra Haji Sahlan atau Sdra Tengku Sharifuddin di Pejabat TPM.

Sdra Jaafar Sidek,

Sama ada Sdra benar-benar berjumpa Datin Seri Rosmah dan dia kata apa yang Sdra dakwa atau sekadar bergurau dengan saya tidak penting.

Yang penting adalah lebih baiklah hidung kita tak mancung dan pipi tersorong-sorong daripada kita jadi hipokrit dan munafik.

Saya pun dah tua. Apa yang ada rasanya dah ok. Tetapi apa halnya dengan masa depan anak dan cucuk saya dan anak cucu tuan-tuan dan puan-puan?

Kita fikirlah masa depan mereka pula.

Hidup kita boleh dikatakan senang sebab Allah Taala bagi kita pemimpin yang baik. Itu saja.

Kita mahu apa yang kita nikmati, anak, cucu kita juga nikmati.

Nak maki saya, no problem. Tapi jalankanlah amanah rakyat jelata dan Allah Taala.

Terima kasih.

Haji Mustapha Ong said...

Salam sejahtera kepada DAKJ selaku rakan seperjuangan,

As one of your many old friends that had been walking together along the Corridor of Power for a few decades, I totally agreed and respect your views on the roles that the wives of our PM and DPM should play in avoiding public criticisms.

We all know the infamous saying that "behind every successful man,there is a woman". However, on the other extreme end, a woman (wife) can also destroy everything that the man (husband) built as women are known too be more erratic, unpredictable and full of vengeance (hasat dengki).

Having said that, I urge all ladies married to our Yang Berhormats to read, digest and ponder the following sayings expressed by Confucian:

"GIVE A WOMAN AN INCH AND SHE THINKS SHE IS A RULER. A WOMAN IN LOVE NEVER WANTS TO RULE: SHE WANTS TO OBEY.WHEN A WOMAN SEEKS AUTHORITY SHE NEVER FINDS LOVE: THAT'S WHERE THE TROUBLE BEGINS WHEN SHE BECOMES GREATER THAN LIFE".

Like you too, I have befriended many ladies of Yang Berhormats,including those who pull the strings from behind and treat their husbands like puppets. Such ladies of leisure (home makers)like to compare what they have and what they don't have in lives, and in the process become a burden to their husbands.

Many great men (husbands) who are politicians, senior government officials and corporate leaders fell from grace due to the extravagancies and egostic behaviours of their wives, who will call the shots.

Fortunately, you and I are not "Yang Berhormat" so our wives behave differently from those who are in high society.Datuk, kitakan "jantan" dan mengikut fitrah Islam, kita boleh kahwin lebih daripada satu isteri. Many of our friends who had divorced their wife for the wrong or right reasons, lived happily with their new spouses. One distinct example is Datuk Effendi Norwawi and our lovely Tiara. I know Effendi and Faridah very well but only know Tiara from a distance.

Ok, let me digress a bit and give some more advice to DS Najib, the PM designate come March 2009 in reference to Shamsuddin Moner's open letter to Najib.I think both of you made very good points and hopefully this will serve as a wake up call for Najib and Rosmah.

As friends, we should not hide the negative traits and public remarks thrown at Rosmah as Najib as the future PM belongs to the nation and country. I would also advise YAB Rosmah to place her ears close to the ground and not on the fence, so that she that she is fully aware of her shortcomings as the incoming 'First Lady'.

I am not going into details but we cannot run away from facts(not rumours)cos "tiada angin pokok tidak mungkin bergoncang.Tiada api tidak mungkin berasap".

To both our friends, Najib and Rosmah, I take this opportunity to wish both of you well on the road to Seri Perdana early next year, insyaAllah.Don't behave like Anwar but look at the good traits of Datin Seri Wan Azizah to be your role model with humanity and humility. Please take these comments with a pinch of salt.

Brahimnyior said...

Dato' KJ,

Dato' bukan wartawan generasi Rahim Kajai, atau Ishak Hj Mohamad, yang hidup berjuang semasa zaman pemerintahan British.

Dato' agak kritikal sekarang, walaupun tak sekritikal Allahyarham Tan Sri Samad Ismail.

Dulu, rasanya tulisan Dato' lebih menjurus kepada sokongan terhadap parti pemerintah. Sekarang, tidak lagi.Maklumlah, sudah pencen. Lebih terbuka dan berani.

Membaca komen rakan blogger lain juga mencanai minda saya. Terima kasih atas posting-posting yang kritis ini.

orang kota bharu said...

Dato teringin saya membaca ulasan dari ayahanda dato berkenaan pengganti Pak Lah,sudahkah dato bertanyakan tentang hal ini pada dia?Saya teringat tulisan dato dlm blog ini yang boleh saya simpulkan mengatakan Ayahanda Dato berpendapat Umno perlu dipimpin oleh orang yang latarbelakangnya sudah berjaya/kaya dan tidak kepada orang yang baru nak senang khususnya dalam isu pembelian kereta merc oleh mat said di terengganu.Dalam konteks ini Najib dah penuhi kriteria sebagai orang yang lahir dari 'silver spoon',tapi bagi saya 'Qarun tetap ingin kumpulkan harta sehingga hartanya menimpa dia.

Abu Ihsan Elbaritii said...

Assalamualaikum wrt

Dato'
Saya kagum dengan nasihat yang dato' berikan, jika melihat latar kerjaya dato'.

Saya ,kami, pembangkang,walaupun mahu lebih baik drp Najib menjadi PM, tetapi realiti tetap realiti buat masa ini.

Selain isu politik, saya sebagai islamic banker, mengharapkan najib dapat meraih sokongan melalui kesungguhannya membangunkan perbankan islam.

Politician, tentu perlu sokongan dan perlu mencipta wawasan. Sebagai bakal PM, dan kini memegang MOF, tolonglah beri fokus kepada islamic banking and finance di Malaysia. Banyak isu2 berkaitan yang masih pending,tak jelas, tiada political will dll.

bayangkan jika najib mampu lebih baik drp Anwar dan Pak lah dalam islamic banking dan islamic capital market, tarik pelabur midlle east,dan cepat2 lah bentangkan pelan penyelamatan ekonomi dan industri perbankan berasas syariah ketika banyak bank di US collapse, wahhh satu kredit baik untuk Najib.

Dato' tolong sampaikan pada TPM kita. Dia pun bukan jauh drp industri ini. Cuma satu aje, ada orang yang tak senang jika perbankan islam maju di Malaysia. Itu kan cabaran. Jadikan CIMB Islamic as a head, its ok asalkan purity islamic banking and better for industry.

Tq

kluangman said...

Kalau kita dah nasihatkan najib jangan dengaq cakap bini, anak menantu.... yang ada pi gatai tanya rosmah tu pasai apa..

Kita tak perlu tanya dengan sapa untuk kita tegoq pemimpin, depa wajib dengaq, ikut atau tidak, itu belakang kira.

MODERATOR indie said...

Apa yang Dato' Kadir katkan itu ada kebenarannya. Apa yang dia ada sebenarnya dah TERLEBIH-LEBIH CUKUP. Nak apa lagi?

Tapi kenapa Dato' KAdir masih lagi mahu memberi nasihat?

Dato' Kadir telah pun sudi menjawab: "Saya pun dah tua. Apa yang ada rasanya dah ok. Tetapi apa halnya dengan masa depan anak dan cucuk saya dan anak cucu tuan-tuan dan puan-puan?"


Malaysia lebih penting daripada seorang individu.

MAKA SAYA UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA MALAYSIA!

-WADAH- said...

Apabila Dato' melambak lambak

Malaysia adalah negara yang paling banyak monarknya iaitu sebanyak 9 orang. Negeri-negeri lain yang tiada monark mempunyai Yang Dipertua Negeri, sebanyak empat orang. Setiap monark dan Dipertua pula boleh menganugerahkan bintang kebesaran dan pingat bagi negeri masing-masing.. Di peringkat persekutuan, Yang DiPertuan Agong pun boleh menganugerakan pingat dan bintang kebesaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang begitu banyak bintang kebesaran dan pingat.

Malah, untuk setiap bintang kebesaran ada gelaran tertentu pula. Walaupun dari segi kekananan, S.P merupakan pingat tertinggi negara (tapi tak ada gelaran), S.M.N dan S.S.M yang memberikan gelaran Tun lebih tinggi pula statusnya dengan sapaan Yang Amat Berbahagia. Kalau dahulu, gelaran cuma Dato' dan diikuti pangkat (seperti Dato' Amar Diraja), gelaran Dato' sekarang sudah pelbagai dari Dato' Seri, Dato' Panglima, Dato' Seri Utama, Dato' Seri Diraja, Dato' Wira, Dato' Seri Panglima. Sedangkan kalau merujuk buku protokol terbitan DBP, pingat yang membawa gelaran Dato' yang paling kanan ialah S.P.M.J yang yang membawa gelaran Dato'. Titik. Tak ada tambahan “Seri” ke “Diraja” ke, “Panglima” ke...

Setelah daripada itu, timbul pula isu tentang penerima anugerah Dato’. Ada negeri yang banyak sekali penerima Dato’ sehingga mencecah ratus pada satu-satu masa. Ada negeri pula yang tidak ada langsung penerima Dato’. Isu layakkah penerima Dato’ menerima Dato’ juga dibangkitkan apabila ada ahli sukan yang telahpun menerima Dato’ pada usia 20-an sedangkan ada ahli akademik yang memanjang dengan gelaran Dr. (bukan professor) sahajapun sukar sekali menerima Dato’. Situasi terkini, pelakon hindustan pun diberi anugerah Dato’. Begitulah penganugerahan Dato’ di Malaysia.

Soalnya, perlukah anugerah yang begitu berprestij seperti Dato’ ini diberikan dengan banyakknya kepada orang ramai? Penulis kira, kalau kita anologikan gelaran Dato’ ini dengan sistem di British, Dato’ boleh kita samakan dengan gelaran Sir. Namun, kalau dilihat sistem di British, seseorang yang menerima bintang yang membawa gelaran Sir (seperti K.B.E) pun tidak boleh menggunakan gelaran Sir andai beliau bukannya seorang rakyat British. Atau mungkin Malaysia tidak mengikuti cara British dalam penganugerahan bintang berprestij sebab Malaysia ada sistem sendiri dalam pemberian gelaran.

Penulis harap kerajaan persekutuan dan setiap kerajaan negeri mengkaji benar-benar gelaran Dato’ untuk individu. Penulis bukannya tidak menyokong penganugerahan bintang dan pingat ini tetapi biarlah prestijnya dijaga. Biarlah orang yang menerimanya benar-benar layak menerima dan menjadi contoh kepada masyarakat. Penulis akur bahawa hak memberi gelaran Dato’ terletak kepada pemerintah, tetapi sudah tiba masanya gelaran berprestij ini diprestijkan semula agar orang awam benar-benar menghayati kewujudan Dato’ sebagai role model masyarakat.

Dato’ adalah simbol betapa tingginya status dan menjadi inspirasi kepada masyarakat. Dato’ seharusnya dijadikan sebagai satu gelaran yang benar-benar mencapai maksud penganugerahan, dan bukan semata-mata jasa sahaja. Pemilihan calon seharusnya meliputi peribadi, bidang yang diceburi dan jangkamasanya, CSR yang dilaksanakan, dampak positif yang diberikan kepada masyarakat, juga disebabkan pandangan tinggi masyarakat terhadap penerima gelaran. Bukannya Dato’ yang baru berjasa pada satu perkara sudah dapat gelaran atau Dato’ yang melambak-lambak dan buat terbelit lidah hendak membaca pangkatnya.

Mohon ampun kalau terkasar bahasa, wassalam.

anakbuah said...

Salam Dato' dan Sdr Sazalli,

"Takkan lah selepas 50 tahun negara di bawah BN, tiba-tiba formula perkongsian kuasa di antara semua kaum ini gagal. Kalaupun BN ditolak oleh rakyat, itupun dalam masa 5 tahun yang lepas. Tengoklah siapa yang menerajui BN ketika itu?"

# Bagi saya, zaman parti berasaskan perkauman sudah lapuk. Butul juga kata rakan saya, sudah jarang dengar parti pemerintah di negara2 lain seperti parti2 komponen BN di M'sia. Idealogi seperti parti buruh, sosialis, konsevertif, keadilan dll lebih popular.

# Berkenaan Najib, persepsi saya terhadap ketokohan beliau dan keluarga beliau masih belum berubah - ada calon yg lebih layak dan sesuai drp Najib. Berdasarkan reply Dato' kepada Sdr Mustapha Ong berkenaan bakal wanita pertama kita, mungkin juga calon yg lebih baik berada di luar BN.

# Zaman sudah berubah dan generasi akan datang wajar mendapat pembelaan drp kita sekarang. Jika salah pilihan kita sekarang, rosaklah generasi kita nanti. Pilihan di tangan kita dan mewariskan pemimpin secara turun-temurun begini sudah tidak sesuai lagi. Kami generasi kini tidak lagi mahu mengikut pemimpin membabi buta dan seperti lembu cucuk hidung. Yang sudah itu, sudahlah.

p.s.: Ekonomi sedang gawat teruk tapi Najib masih lagi tidak jujur dan self-denial. Sebenarnya siapa yg sedang memperdulikan situasi ini sekarang?

Anonymous said...

Lebih baik hidung tak mancung tapi original dari hidung mancung silikon!

Dorothy

Nik said...

Dato'

Kesian saya melihat komen Bakar Ali dari Langkawi terhadap pandangan Dato'. Komen dari cik Bakar betul betul mengambar cara Pemikiran Orang Melayu.

Kalau kita beri pandangan kata dia mengumpat. Kalau diminta memberi pandangan kata dia tak payah lah ada orang lain yang lebih layak memberi pandangan. Tidak di negara maju dimana semua orang ada pandangan dan tidak segan memberinya kerana itu adalah hak dia.

Padan lah... kalau kita beri pandangan yang amat tidak disukai terus masuk ISA

Brahimnyior said...

Ternanti-nanti posting terbaru,..bila nak tulis ni, Datuk?

kluangman said...

Saranan paklah supaya yang tidak minat dengan mana mana parti komponen BN tetapi berminat dengan BN wajar diberi peluang terus menjadi ahli BN.

Logik ke tidak..masing2 ada tafsiran tetapi bagi saya, jika mereka tidak minat dengan mana2 parti politik komponen BN, wajarlah mereka tidak layak untuk berdamping dengan BN kerana itu adalah polisi dan dasar. Apakah BN terhegeh hegeh dan kemaruk untuk menerima ahli sedemikian yang merasa diri mereka terlalu istimewa atau ideal untuk menjadi ahli mana mana ahli komponen.

Dolah mungkin bercakap tanpa berfikir, di luar minda sedarnya, bercakap mengikut gaya Su Kun yang desprate atau terbuai dengan mimpi Bapa Pembaharuan Demokrasi.

Ibrahim bin Said said...

Salam persaudaraan Islam, Dato'
Saya pernah terbaca; agama adalah berkaitan dengan tegur menegur. Orang yang tak boleh ditegur adalah orang yang berMASALAH dalam agama.
Tahniah dari saya kerana Dato' mahu menegur (dalam blog). Yang saya rasa tersangat pelik apa sebabnya PENYOKONG NAJIB DARI LANGKAWI marah sangat bila Dato' menegur bakal(?) pengganti PM. Inilah yang dikatakan AHLI XXXX PIAAAAAANG. Apa pun, kita ketepikan orang yang berMASALAH macam dia tu, harap Dato' teruskan menulis. Benarlah kata bijak pandai pena lebih tajam dari pedang.

Jaafar Sidek said...

Dato Kadir.


You kata"apa akan jadi kapada anak2 dan cucu kita"

Dato.saya berharap dato tak lah nyanok lagi.Apa yang dato bimbang,cucu dato tinggal di Switzland,aman damai,sabuah negeri yang kaya raya.

Anak cucu kita apa yang nak di bimbang kan.Allah berkata bahawa rezeki2 hamba nya sudah di tetapkan.Syukor negara kita tak ada kemarau panjang,tak ada orang mati kebeluran.Kita tinggal di kampong macam macam ada.Boleh bela ayam,boleh tanan padi,boleh tanam sayor.

Jikalau Dato takun isteri PM,Timbalan PM,menteri dan anak cucu sakat mereka akan mencuri harta negara.Let it be.mati esok dia tahu.Api Neraka akan menjilat badannya.

Sebab itu orang2 PAS tak susah hati.Orang Kelantan hidup dengan aman damai walau pun mereka tidak memndapat ganjaran dari kerajaan pusat'

Saya nasehat kan dato jangan cakap merapu dan saya berharap dato maseh tak nyanok.Kalau nak bagi nasehak dekat Najib,steady lah sikit.

Lembaran said...

Assalamualaikum w.b.h.

Haji Mustapha,

Are you by any chance a Muslim convert?

If so, how come? I mean...what made you convert? Marriage?

A KADIR JASIN said...

Sdra Ibrahim bin Said,

1. Ada orang yang tegur dan terus sokong orang yang ditegurnya itu;

2. Ada orang tak tegur tapi terus pilih orang yang buat salah atau bermasalah untuk memimpin;

3. Tetapi pada PRU 8 Mac lalu, ramai yang tegur dan tak tegur yang pangkah pembangkang.

4. Yang mana satu kita mahu? Suka tidak suka Mohd Najib kena hadapi realiti bahawa dia bakal mewarisi (dengan izin Allah) kerajaan yang lemah, BN yang lemah dan Umno yang lemah.

5. Kalau ramai dak tak peduli, dah kata "go to hell", apa erti kenaikan pangkat Mohd Najib?

6. Saya tegur dia sebab saya kenal dia dan mahu terus menyokong dia dan menaruh harapan kepada dia;

7. Kalau saya ikut hujah Sdra Jaafar Sidik yang marahkan saya dan tuduh saya nyanyuk kerana beri ingatan kepada Mohd Najib, saya pun boleh kata "go to hell."

8. Tetapi ini negara saya. Tanah tumpah dari saya. Negara 24 juta rakyat jelata yang lain.

9. Benarlah anak, menantu dan cucu saya tinggal di Swizerland. Apa nak buat memantu saya orang sana dan mereka cari makan di sana;

10.Setahun sekali bolehlah saya pergi melawat. Tapi hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri;

11. Lagi pun bukan semua 24 juta rakyat Malaysia mampu pindah ke Switzerland atau mahu pindah ke Switzerland kalau Malaysia hancur dan musnah.

12. Empat orang lagi anak-anak saya tinggal, belajar dan cari makan di Malaysia.

13. Jadi takkanlah saya tidak berhak mengharapkan masa depan yang cerah buat mereka dan buat diri saya sebelum saya nyanyuk dan mati?

14. Saya jemput Sdra Jaafar dan sesiapa saja yang hendak puji Mohd Najib silalah lakarkan puji-pujian dan sanjung-sanjungan kepada beliau, isteri beliau dan keturunan beliau dan saya akan siarkan asal jangan maki hamum, memfitnah, menghasut dan mencarut.

Terima kasih.

Sazalli said...

kpd brother anakbuah,
Saya berasa ini suatu topik yang menarik untuk kita perbincangkan. Harap Datuk boleh buat ulasan mengenai hal ini.

Berkenaan politik perkauman versus politik idiologi. Saya berpendapat memang formula perkongsian kuasa yang diamalkan BN ni memang dah perfect. Betul! Negara lain, termasuk negara-negara jiran kita seperti Singapura, Thailand, dan Indonesia pun mengamalkan politik berasaskan idiologi.

Tetapi, cuba tengok perbezaan antara negara-negara itu dengan kita. Boleh dikatakan, dominasi kaum itu hanya oleh satu bangsa, contohnya Indonesia - Melayu Muslim, Singapore - Cina, dan Thai - Siam. Amerika - majoriti kristian walaupun bangsanya ada Caucasian, Afro-american dan Hispanic. Di sini, adanya persamaan, tak kiralah dari segi agama atau bangsa itu sendiri. Dan negara-negara ini mengamalkan proses mengasimilasikan bangsa minoriti ke dalam bangsa majoriti. walaupun tak 100% berkesan, tapi boleh dikatakan hampir 100% berjaya. contohnya kita tak perlu huraikan, sesapa yang pernah pergi overseas tentu perasan tentang perkara ini.

Sebab itu kita tengok Cina di Indonesia tak reti cakap cina, dan perdana menteri thailand yang digulingkan dahulu merupakan seorang Cina dan beliau sendiri pun tak reti cakap cina lagi.

Sebaliknya, cuba lihat negara kita. Siapa di sini yang tahu bahawa sebab kita mendapat kemerdekaan adalah kerana kompromi antara 3 kaum utama di negara ini? saya rasa banyak antara kita lupa melihat sejarah.

Saya pun bukan pakar sejarah - tapi saya tahu, melayu mencapai kompromi dengan bangsa lain dalam beberapa perkara untuk diiktiraf kemerdekaannya- antaranya lah melayu mengiktiraf kerakyatan cina dan india dengan syarat kesetiaan mereka hanya pada tanah melayu a.k.a malaya. cina dan india pula meminta hak mengamalkan budaya mereka diiktiraf oleh melayu. ketiga-tiga pemimpin kaum ini telah memastikan hak-hak kaum mereka ini dipelihara melalui kompromi yang dicapai. dalam blog Tun Dr Mahathir juga, beliau pernah menyebut bahawa semua kaum tidak boleh mendapat semua benda yang mereka mahu - huru-hara negara jadinya.

Okey, mungkin itu adalah sejarah, yang dah berlalu. Tapi, tengoklah bagaimana situasi di negara kita sekarang? setiap kaum mempunyai identitinya yang tersendiri, dan kehendak yang berbeza di antara satu sama-lain. Lihat pula peratusan penduduk mengikut kaum. Melayu muslim berapa? lebih-kurang 55%, cina - 30%, selebihnya india dan lain-lain. Kita berbeza dengan negara lain. Soalnya bukan lapuk atau tidak, yang paling penting - samada formula perkongsian kuasa ini adalah relevan kepada kita atau tidak. Dalam kes kita, saya rasa MEMANG RELEVAN!!

Satu lagi lah yang saya nampak, tak tahu betul ke tidak, mungkin sebab agama. agama membentuk budaya dan cara-hidup sesuatu kaum. JANGAN SALAH FAHAM!! saya tidak menyalahkan agama dalam hal ini, tetapi ini adalah hakikat yang kita semua kena terima bahawa kita mengamalkan cara hidup berbeza, dan mempunyai kehendak yang berbeza.

Jadi, balik kepada sokongan saya kepada parti berasaskan perkauman, cara apakah yang lebih sesuai untuk memperjuangkan hak sesuatu kaum tetapi pada masa yang sama bekerjasama dengan kaum lain? saya melayu, anda nak suruh saya perjuangkan hak cina dan india, dah tentu saya tak tahu apa yang mereka mahu, kerana cara pemikiran dan sosio-budaya mereka berbeza, jadi, contohnya macam kes kuil hindu yang begitu banyak - siapa dapat menangani isu ini? kita perlukan 2 pihak - kaum india sendiri yang diwakili pemimpin mereka dan pihak kerajaan. kedua-duanya boleh mencapai kompromi tanpa penindasan ke atas 1 pihak. syaratnya - give and take lah.

last dah ni, dah panjang dah, sebab itu, saya rasa yang menggagalkan politik berasaskan kaum ini adalah pemimpin itu sendiri yang tidak sensitif terhadap kehendak rakyat. 50 tahun memerintah negara, sudah tentu ada rasa complacent. Ingat takde orang nak lawan. Ini fitrah dan naluri manusia lah. tak dapat dinafikan. tapi, jangan kita lupa akan asal-usul penubuhan negara kita. inilah sebaik-baik panduan untuk generasi yang berikutnya, yang ini paling penting.

Harap Datuk dan pembaca dapat beri ulasan.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Saya tidak pasti samada Jaafar Sidek orang Kelantan atau tidak. Walaupun beliau sebut pasal PAS, seolah-olah beliau tidak menghayati perjuangan Islam.

Apa dia qada' dan qadar? Apa dia amar maaruf nahi mungkar? Jika ada yang dipandang salah, bukankah perlu ditegur dan diperbetulkan?

Jika tidak perlu ditegur dan serah kepada Allah yang menghukum, apa gunanya dakwah? Apa gunanya tubuh PAS?

Sepanjang pergaulan saya dengan orang PAS terutama di Kelantan, tidak timbul perkara sebegini. Mereka tidak berfikiran begitu.

Tengok sahaja usaha dakwah di lorong gelap Chow Kit Road baru-baru ini. Telah ada yang meminta pertolongan SECARA SUKARELA supaya dibebaskan dari belenggu aktiviti mungkar tersebut. Ini dicapai kerana dakwah merangkumi semua orang dan tidak mengabaikan segolongan tertentu.

Buat Lembaran,

Apakah penting sangat jika Mustapha Ong itu Muslim atau tidak? Tidak cukupkah beliau sebagai seorang muslim? Berdosa sangka buruk sesama manusia apatah lagi sesama muslim.

Saudara Sazalli,

Saya tidak belajar tinggi dalam sains politik atau agama. Saya hanya menyimpulkan pendapat secara mudah.

Dalam pentadbiran Rasulullah, agama di dahulukan. Sentimen perkauman yang kuat antara puak arab yang pelbagai disatukan dengan Islam. Semua muslim diberi hak sama rata manakala hak bukan muslim tidak diabaikan.

Malah sebelum wafatnya Baginda, antara isi wasiat beliau kepada seluruh umat islam adalah kekal bersatu dalam islam.

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

peralihan kuasa dari yg lemah kpd yg lebih baik, tapi adakah dsn cukup baik cukup capable utk mengurus tadbir negara,isu moral dsn suami isteri pun tak terjwb, memenjarakan rpk bkn jalan terbaik, kes altantuya meleret2..menimbulkn persoalan kpd rakyat,keputusan mahkamah akan mencerminkan moral dsn, rakyat akan berfikir dan menganalisa sendiri fakta keputusan mahkamah nnt, zaman sekarang sumpah2 sudah tidak diterima pakai

tdm sendiri pun tidak yakin dgn dsn, pemilihan MT digelumangi dgn tahi..bdn disiplin parti mengeluh panjang!!!yg hendak dan yakin dgn dsn hanyala perwakilan umno dan sebahagian ahli bn, rakyat kebykkn lebih suka kalau ditukar shj KOLAH yg sudah berlumut dan kotor...

p/s : pelik ya dato org umno/pro bn ni...paklah depa tolak, dsn diorg tak yakin...so agak2 siapa yg depa nakkan!!mungkin depa sudah ketandusan pemimpin..pelabur2 arab lebih rela menanam modal ke kelantan dan berjmp dgn LGE, so tepuk dada tanya selera.......

HAMBA ALLAH

Lembaran said...

A'kum w.b.h.

Sdr. Sawit Futures Trader,

Kindly read my posting attentively. Saya hanya ingin mengetahui punca keimanan daripada Haji Mustapha if he's a Muslim convert as it could be used as an example for Perkim or any other Islamic body to enhance 'syiar Islam'. If he's not, tak pe lah. End of story.

I agree with your point. Unforunately tanpa membuat kajiselidik yang mendalam mengenai posting saya, don't you think you're the one yang telah bersangka buruk?

I rest my case.

Nauzu billahi min zalik.

Sazalli said...

Saudara Sazalli,

Saya tidak belajar tinggi dalam sains politik atau agama. Saya hanya menyimpulkan pendapat secara mudah.

Dalam pentadbiran Rasulullah, agama di dahulukan. Sentimen perkauman yang kuat antara puak arab yang pelbagai disatukan dengan Islam. Semua muslim diberi hak sama rata manakala hak bukan muslim tidak diabaikan.

Malah sebelum wafatnya Baginda, antara isi wasiat beliau kepada seluruh umat islam adalah kekal bersatu dalam islam.

10:52 AM

seperti saudara 'lembaran' , saya pun tak faham apa yang saudara maksudkan dan relevannya dengan komen saya, thanks

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Dari Lembaran,

"I agree with your point. Unforunately tanpa membuat kajiselidik yang mendalam mengenai posting saya, don't you think you're the one yang telah bersangka buruk?".

dari sudut itu, saya minta maaf.

Saya harap Lembaran baca balik ayat pertanyaan kepada Haji Mustapha Ong itu. Lembaran tidak langsung menyebut perkataan Perkim.

Dan sememangnya Haji Mustapha Ong lebih layak dan berhak menjawab. Saya tidak pasti samada beliau akan melenting tetapi saya tahu beberapa kawan muallaf saya akan merasa rendah diri jika ditanya 'direct' secara begitu.

Saya sekadar gusar. Kita tidak boleh mengatakan yang membaca blog ini adalah 100% melayu/muslim. Terlalu takut saya Islam disalah tafsir.

Kerana gusar, saya melatah. Maafkan saya kerana melatah.

Saudara Sazalli telah menyatakan sistem perkongsian kuasa antara kaum ini adalah perfect.

Saya tidak setuju dan saya usulkan cara pentadbiran Rasullullah yang meletakkan Islam ditempat teratas adalah perfect.

Harap Sazalli jangan keliru. Perkataan perfect atau sempurna tidak sepatutnya begitu mudah (sekurang-kurangnya bagi saya) dilabelkan kepada sesuatu.

Malah saya utarakan wasiat terakhir Rasulullah itupun ada sebabnya. Bukankah dari situ pun kita dapat memahami bagaimana sifat perkauman akan memecah-belahkan umat islam.

Dan saya fahamkan sifat perkauman yang dimaksudkan itu tidak hanya terhad kepada kaum-kaum yang menganut islam semata-mata.

Atas sebab inilah saya tidak bersetuju politik mengikut kaum (seperti amalan BN) adalah perfect.

Lembaran said...

Kelakar kelakar!

Sawit Futures Trader = Sazalli !!!!

Aduh...longlai tubuh badan!

Mohd Affendi said...

Salam semua...

tetiba ada perang saudara dlm bln Syawal?

bab darjah kebesaran apa nak heran..mmg dah sinonim dgn budaya darah daging Melayu turun temurun..(kat England cuma ada 'sir' je..sini Datuk..Dato..terutama..berseri-seru..tan tin tun etc..mcm2 ada..

lebai kampung pun nak title 'ustaz' walhal kalo kat al-azhar 'Ustaz' tu gelaran utk bertaraf Professor..guru dipanggil 'muddarris' je.. haji pula hanya Allah je yg layak (mana tau kita confirm haji mabrur?)
ada yg melatah melanting kalo tak di 'address' dgn title2 ni..

Hanya dlm kaum Melayu.. ada pangkat suka syok sendiri..tak semualah.. ttp mcm dah majoriti .. biarlah Ali Ketam nk bg Datok kat sapa pun, 'prerogative' dia sbg KM Melaka..tak salah bg org rasa syok & 'happy' pun...percuma lg.

Kenapa tetiba ada budaya tak boleh tegur-menegur ni..? Kalo rasa Islam, refer balik surah Al-Asr sebelum berhujah2 bab agama dlm bab tegur-menegur ni.. Saya tak rasa Dato AKJ nasihat & pesan benda tak elok kpd DS Najib yg menghina maruah atau reputasi beliau.

Tetiba ada schizophrenia..split personality? No comment.. pelik ni..

Mabuk ketupat masih tak hilang nampaknya.. lebih kandungan 'alkohol' dari dunia politik dunia cyber ni..

Susah nak ubah status quo.. lebih2 lg dlm kaum Melayu yg masih menggunakan parameter garam dlm membuat ukuran penilaian siapa layak beri nasihat..itulah dilema & realiti Melayu.

(",)

Sazalli said...

bro sawit,
itu lah, saya rasa patut tarik balik perkataan perfect tu, perkataan 'sesuai' lebih kena pada tempatnya. memang betul, rasulullah s.a.w. pun menyeru kita ke arah penyatuan, nasihat baginda relevan sehingga ke masa kini. saya setuju, tak nafikan langsung.

tapi, secara jujurnya bagi saya, perkara itu hanya dapat dicapai pada peringkat surface ataupun teori sahaja di kalangan manusia yang berbagai perangai dan kemahuan di sini. saya rasa, kita tak boleh hadkan definasi penyatuan ini. dan nabi s.a.w. pun tidak beri definasi penyatuan ini dengan secara spesifik. tapi, apa yang kita semua tahu - objektif penyatuan mestilah ke arah kebaikan dan kemajuan umat itu sendiri.

dan dalam konteks negara malaysia itu sendiri, tak bolehkah kita mempunyai parti berbilang-kaum yang mewakili kaum masing-masing tetapi 'bersatu', serta berkompromi dan bertolak-ansur ke arah keharmonian bersama? saya rasa ini yang terbaik, walaupun bukan perfect untuk negara kita ini.

dan apa yang lebih mustahak adalah pemimpin-pemimpin mereka ini perlu memperjuangkan hak bangsa masing-masing (tak kiralah dari segi budaya dan agama ke) TETAPI pada masa yang sama menghormati hak bangsa lain. selain itu, kepentingan diri mesti jatuh nombor 2. tak susah rasanya untuk mencari pemimpin sebegini(cuma mereka yang baik ni jarang dapat diketengahkan) - dan macam yang saya katakan, BN dah buktikan sejak 50 tahun dahulu melalui tokoh-tokoh pemimpin yang lampau. cuma sekarang lah, mungkin complacency ini dah mula berakar di dalam diri mereka yang dok kat atas sekarang ni, maklumlah, tak pernah kalah, maka terbabas lah daripada asas perjuangan.

p/s: memang saya rasa geram sampai nak pangkah parti pembangkang masa pilihan raya baru lepas ni, lama betul saya berdiri kat peti undi, tapi tak sampai hati..., tapi saya terpaksa setuju dengan kawan-kawan yang pangkah jugak pembangkang, kerana ini sahajalah caranya nak bagi wake-up call untuk orang kat atas tu.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).