Sunday, October 26, 2008

Pemisahan Politik Melayu Semakin Kabur

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[BERIKUT adalah temu ramah yang saya berikan kepada wartawan Harakah, Saudara IRWAN MUHAMMAD ZAIN. Ia disiarkan dalam sisipan Fikrah akhbar Harakah keluaran 17-19 Oktober lalu dengan tajuk "Perangkap Politik Melayu". Saya ucapkan terima kasih kepada Harakah kerana membenarkan saya menyiarkannya semula dalam blog ini.]

ORANG Melayu jauh ketinggalan dari pelbagai segi dan ini dikatakan berpunca daripada sikap pemimpin dan orang Melayu sendiri, juga bagaimana bentuk mereka berpolitik.

Ketua Pengarang Berita Publishing yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Abdul Kadir Jasin sudi berkongsi pandangan dengan pembaca Harakah berhubung perkara ini, 10 Oktober lalu. Ikuti wawancara IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama beliau.

HARAKAH: Selepas 20 tahun, jawatan Presiden Umno akan dipertandingkan. Boleh Dato' beri komen mengenai pertandingan jawatan utama Umno kali ini?

KADIR: Kita belum boleh membuat kesimpulan akan ada pertandingan. Setakat ini ada penawaran diri oleh dua tokoh iaitu Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Sama ada akan berlaku pertandingan yang sebenarnya kita terpaksa tunggu sehingga bahagian-bahagian Umno habis bersidang. Atau mungkin, dalam tempoh itu mungkin Tengku Razaleigh atau sesiapa saja yang berfikir untuk bertanding jawatan itu mungkin mereka menimbang semula dan menarik diri.

Jika berlaku pertandingan adakah ini akan memberikan kesan kepada Umno?

Saya rasa, khasnya selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu, ramai ahli-ahli Umno yang mahu ada pertandingan iaitu mereka mahu diberi peluang untuk memilih pemimpin Umno daripada peringkat paling rendah ke peringkat paling atas. Sebab sebelum ini jawatan presiden dan timbalan presiden itu sekadar disahkan tanpa pertandingan.

Adakah pemimpin-pemimpin Umno mendengar suara akar umbi yang mahukan perubahan berlaku dalam parti tersebut?

Saya tidak mahu meneka, saya tidak mahu cuba membaca pemikiran pemimpin-pemimpin Umno sama ada mereka akan mendengar atau tidak mahu mendengar tapi ahli-ahli Umno telah pun memberikan isyarat yang sangat kuat, sangat ketara pada 8 Mac bahawa mereka tidak mahu lagi diperkotak-katikkan atau mereka tidak mahu lagi menjadi 'rubber stamp'.

Jadi kalau pemimpin-pemimpin Umno masih tidak faham, masih tidak dapat menerima mesej itu saya rasa perhubungan yang tidak intim, yang tidak akrab antara kepimpinan Umno dengan ahli Umno akan menjadi semakin teruk.

Apabila dikatakan bahawa akar umbi atau ahli Umno sudah menghantar mesej adakah ini bermaksud Umno sudah tidak lagi relevan?

Adakah itu menunjukkan Umno sudah tidak relevan lagi. Jawapan saya tidak. Umno masih relevan.

Dalam konteks apa Umno ini masih relevan sedangkan ramai pihak berpendapat ia sudah tidak lagi relevan?

Dalam konteks dikotomi, pemisahan politik Melayu. Ini lebih menarik daripada Umno. Ini lebih luas iaitu dikotomi politik Melayu.

Boleh Dato' perincikan lagi tentang dikotomi itu?

Kalau dulu politik Melayu cuma dua, belah dua, Umno dan PAS. Orang Umno akan hidup dan mati dengan Umno dan orang PAS akan hidup dan mati dengan PAS.

Tapi kita lihat keputusan pilihan raya atau kita lihat perkembangan pilihan raya pada 8 Mac lalu, keputusan itu jelas menunjukkan bahawa sudah berlaku rombakan dalam dikotomi ini.

Iaitu orang Melayu yang dulu mengundi Umno, dia sama ada tidak keluar mengundi, membuat undi rosak atau dia mengundi parti-parti lain selain Umno.

Ini menarik sebab sekarang sudah pecah pemisahan yang begitu rigid antara Umno dan PAS. Ada yang mengundi calon daripada KeADILan, ada yang mengundi calon daripada PAS, ada yang mengundi calon daripada DAP.

Jadi bagi saya, 'trend' ini menarik. Umno ke, PAS ke, KeADILan ke, DAP ke kalau dia (mereka) tidak lihat trend ini mereka akan hadapi masalah.

Maksud Dato' trend ini juga harus dilihat oleh parti-parti lain selain Umno?

Kalau pengundi Melayu sudah sanggup berpindah dari satu khemah ke khemah yang lain, kali ini dia berpindah daripada khemah Umno dan Barisan Nasional (BN) ke khemah PAS dan Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya akan datang dia boleh berubah daripada Pakatan Rakyat kepada BN semula. Jadi dia tidak lagi rigid. Ini saya rasa sangat penting. Bagi saya, dikotomi atau pilihan yang makin kabur ini akan memberikan kesan kepada politik Melayu Islam.

Kesan yang macam mana?

Tidak terbayang di fikiran kita sebelum penamaan calon 24 Februari lalu (pilihan raya 8 Mac) bahawa PAS dan DAP boleh berpakat.

Tetapi PAS dan DAP pernah melakukan persefahaman politik dalam pilihan raya sebelum ini?

Tidak dalam struktur yang begitu jelas seperti dalam pilihan raya yang lalu. Saya tidak begitu hairan dengan peranan KeADILan kerana KeADILan ini peranannya adalah 'match maker'.

Jadi yang lebih menarik bagi saya hakikat bahawa PAS dan DAP boleh duduk dalam satu pakatan walaupun dilihat dalam konteks itu KeADILan dilihat sebagai orang tengah tapi ini menunjukkan bahawa perubahan sedang berlaku.
Akhirnya, kita akan bertanya apa akan berlaku kepada politik Melayu Islam. Kerana sebelum ini Umno sentiasa berunding, berpakat dan bertolak ansur dengan parti-parti komponen BN yang lain dalam isu-isu Melayu, isu-isu agama, isu-isu bahasa dan isu-isu kebudayaan.

Jadi, apakah kita akan lihat unsur-unsur dan ciri-ciri yang sama di antara PAS dan DAP?

Saya tidak merujuk KeADILan sebagai ada konflik dalam hal ini. KeADILan menampilkan dirinya sebagai parti pelbagai kaum.

Jadi sudah pasti isu bahasa, isu bangsa, isu agama sudah pun mereka fikirkan sebelum mereka menubuhkan parti pelbagai kaum, pelbagai agama.

Tapi, bagaimana PAS dan DAP boleh bertolak ansur dalam konteks Pakatan Rakyat mengenai isu-isu yang fundamental kepada orang Melayu dan Islam, orang Cina dan India dan agama-agama lain?

Apa akan berlaku jika pemimpin Melayu masih tidak sedar keadaan ini?

Saya rasa kalau pemimpin Melayu masih tidak sedar, saya bimbang apabila politik pelbagai kaum ini berakar umbi, mungkin kemampuan orang Melayu untuk berartikulasi, untuk membuat pendirian, untuk membuat tuntutan dan untuk mempertahankan hak mungkin terjejas.

Adakah politik perkauman masih lagi relevan?

Saya rasa politik perkauman sama ada dalam konteks BN atau Pakatan Rakyat akan berterusan untuk satu jangka masa yang kita tak tahu sampai bila.

Bagaimana dengan sesetengah pendapat yang mengatakan politik perkauman sudah tidak lagi diperlukan?

Begini, saya melihat percubaan dan kita kata sedikit sebanyak kejayaan ke arah kepelbagaian kaum dalam politik ini dia telah berlaku tapi akhirnya dia akan balik kepada perkauman.

Bukan perkauman dalam erti kata yang negatif, bukan dalam erti kata persengketaan. Tapi orang Melayu akan bertanya dan mempertahankan kepentingan mereka.

Orang Cina akan bertanya dan mempertahankan kepentingan mereka. Orang India pun begitu. Orang Iban, Kadazan dan lain-lain pun begitu juga.

Kalau perkara ini berlaku adakah Melayu akan hilang dunianya?

Saya berbalik kepada kemampuan kita berartikulasi, maksudnya kemampuan kita berfikir dan menyatakan pandangan kita dalam konteks mempertahankan hak orang Melayu, orang Islam dalam konteks Malaysia.

Berbalik kepada perlembagaan. Sebab hari ini kalau kita tengok kenapa orang-orang Melayu, parti-parti politik Melayu, pemimpin-pemimpin Melayu tiba-tiba menderita perasaan bersalah. Menjadi apologetik.

Jadi cepat rasa bersalah. Cepat memohon maaf. Kerana kaum-kaum lain walaupun mereka minoriti tetapi mereka mempunyai kemampuan dan berjaya mengemukakan 'argument' dan hujah-hujah mereka dengan lebih jelas.

Adakah orang Melayu pada masa ini tidak berkemampuan untuk mengemukakan 'argument' mereka?

Bagi saya untuk beberapa waktu, orang Melayu terperangkap dalam satu dunia yang agak sempit. Dia berasa lega dengan kerukunan perlembagaan.
Dia berasa lega dan cukup selesa dengan apa yang diperoleh dengan dasar-dasar yang menguntungkan mereka kerana mereka kaum majoriti seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Tapi yang mereka tak sedari ialah biarpun mereka mendapat faedah dan perlindungan dengan dasar-dasar ini, di sebalik itu kaum-kaum lain mendapat faedah yang lebih banyak, yang lebih tinggi, yang lebih kekal.

Tapi orang Melayu oleh kerana mereka tidak fasih dan peka mengenai ekonomi, mereka berasa selesa. Mereka dapat biasiswa, mereka bekerja dengan kerajaan, bekerja alam bidang pengurusan pertengahan dalam sektor swasta, mereka rasa dah cukup berjaya dan rasa cukup selesa.

Mereka tak lihat sebenarnya kekayaan kaum-kaum lain lebih besar hari ini dari segi peratusan berbanding dengan tahun 70-an sebelum diperkenalkan DEB.

Berlakunya perkara sebegini adakah disebabkan oleh kegagalan pemimpin Umno atau sikap orang Melayu itu sendiri?

Saya tidak menganggap ini sebagai kegagalan tapi saya menganggap sebagai (kesan tidak dijangka iaitu) apabila kita memberi sesuatu tanpa kita memberitahu dari mana datangnya benda itu dan tanpa kita bertanya adakah awak berhak menerima benda ini, mereka jadi lupa.

Mereka menganggap benda itu bukan lagi keistimewaan, tapi hak. Di masa yang sama ada satu masalah, masalahnya kita orang Melayu kita terlalu 'party centric'. Ini berbalik kepada dikotomi tadi. Orang Melayu sama ada dia Umno atau PAS.

Tindak tanduk pemikiran mereka terlalu dipengaruhi oleh kaitan politiknya. Berbeza dengan kaum-kaum lain. Mereka mempunyai kepelbagaian parti, DAP, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan di Sabah dan Sarawak juga begitu.

Tapi kita orang Melayu terikat dengan Umno dan PAS. Umno dan PAS pula ada satu masalah.

Ini saya rasa satu masalah, satu penyakit yang menjangkiti Umno dan PAS, mungkin dia merebak daripada Umno kepada PAS iaitu Umno dan PAS tidak cerdik, tidak pandai atau tidak bersedia mendengar suara orang Melayu yang tidak sekutu dengan mereka.

Sedangkan kalau kita lihat dalam masyarakat Cina khasnya, mereka ada MCA, mereka ada DAP dan mereka ada Gerakan tetapi mereka juga mempunyai beratus-ratus NGO, beratus-ratus kongsi, beratus-ratus persatuan keluarga, dewan-dewan perniagaan, bermacam-macam dewan. Mereka menggunakan ini semua untuk memperkukuhkan perjuangan mereka.

Ambil contoh dalam BN, MCA akan kata kalau BN tidak bagi A,B,C,D kita mungkin tidak akan undi masyarakat Cina dalam pilihan raya akan datang.
Tapi dalam Umno khasnya, begitu juga dengan PAS, semua suara orang Melayu hendak dimonopoli oleh orang Umno atau PAS. Bila ada orang Melayu dari luar
Umno atau PAS cuba memberi pandangan, mereka akan bertanya kamu siapa?

Apa punca berlaku perkara ini?

Kita balik kepada sejarah. Sebelum ada Umno atau PAS, siapakah Umno? Apakah makhluk yang diberi nama Umno ini. Pada mulanya tidak ada Umno. Pada mulanya ada persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan, gabungan-gabungan Melayu. Belum ada Umno.

Tapi pada tahun 1946, mereka ini semua bersidang dan menubuhkan sebuah parti politik. Secara automatik dan berperingkat mereka itu disedut ke dalam Umno lalu hilanglah. Persatuan guru pun dikaitkan dengan Umno, kelab belia pun dikaitkan dengan Umno. Jadi akhirnya suara mereka pun jadi sama dengan Umno atau suara mereka yang berlainan dengan Umno ditapis oleh Umno.

Begitu juga dengan PAS, sebab PAS ini serpihan Umno, sedikit sebanyak budaya Umno ada dalam PAS. Seperti sedikit sebanyak budaya Umno ada dalam KeADILan. Jadi bagi saya begini, tidak kira Umno, PAS atau KeADILan kalau mereka mahu 'survive', kalau mereka mahu kelangsungan, mereka mesti menghormati kepelbagaian suara orang Melayu.

Adakah hanya pemimpin Melayu yang perlu berbuat begini atau semua orang Melayu perlu berani untuk melakukan ini semua?

Aliran ini sudah bermula dengan orang Melayu pada pilihan raya lalu. Sudah ramai orang Melayu yang dulu kala mereka mengundi Umno, tiba-tiba mereka tidak keluar mengundi atau mengundi parti lain.

Bagi saya di peringkat bawah sudah bermula kepelbagaian suara sudah bermula. Kalau pemimpin masih tidak sedar, mereka akan hilang kemampuan untuk memimpin.

Selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu, pemimpin Umno berpendapat bahawa yang ditolak oleh rakyat adalah parti komponen BN bukan Umno. Apa pendapat Dato'?

Saya boleh bersetuju dengan pendapat itu kalau dasar Umno adalah hendak menubuh kerajaan secara bersendirian. Maksudnya di mana MCA bertanding, Umno pun bertanding. Kalau Umno masih mahu jadi parti induk dalam BN, mereka mesti memikirkan kekuatan dan kelemahan parti-parti yang bergabung dengan mereka.

Mengapa kaum lain menolak MCA, MIC dan Gerakan?

Salah satu sebabnya mereka lihat ada pilihan selain BN. Mereka melihat Umno tidak lagi memberi kepimpinan yang meyakinkan mereka.

Mereka menyokong Pakatan Rakyat bukan kerana DAP semata-mata atau PAS semata-mata tetapi kerana peranan orang tengah yang dimainkan oleh KeADILan. Dan orang tengah itu asal usulnya adalah Umno juga.

Kenapa pemimpin Umno bersikap begini?

Ada beberapa sebab. Satunya sebab pemimpin Umno begitu selesa dengan kuasa. Kedua pemimpin Umno terlalu besar. Apabila benda itu besar, mereka terpaksa diri mereka dulu sebelum fikirkan orang lain.

Pemimpin Umno terlalu banyak habiskan masa untuk fikirkan strukturnya yang terlalu besar. Ketiga pemimpin Umno sebenarnya lemah pada persepsi orang Umno sendiri dan apatah lagi pada persepsi parti komponen BN.

Adakah perkara ini sudah lama bersarang dalam Umno atau baru saja berlaku?

Tempoh ini tidak lebih daripada lima tahun. Pada 2004, parti yang sama, gabungan yang sama menang begitu besar.

Adakah ini disebabkan oleh kelemahan pemimpin utama Umno?

Itu adalah kesimpulan semua orang.

Sesetengah pendapat mengatakan jangka hayat Umno tidak akan lama. Adakah Dato' bersetuju dengan pendapat ini?

Saya tidak menjangka Umno akan mati. Malah Umno boleh dipulihkan. Cuma saya rasa ia tidak boleh lagi dipulihkan macam Umno yang dulu. Iaitu Umno yang seronok dengan ahli yang ramai, Umno yang seronok dengan wang yang banyak, Umno yang seronok dengan pemimpin yang popular. Umno itu sudah berlalu.

Keputusan pilihan raya 8 Mac menunjukkan bahawa Umno yang sebegitu tidak akan wujud lagi. Dalam erti kata ahli-ahli Umno dan penyokong-penyokong Umno bukan lagi generasi yang kini memimpin Umno.

Hari ini Umno banyak bergantung kepada generasi muda dan generasi muda ini kononnya tidak berminat untuk berpersatuan atau berparti tetapi mereka akan menyokong atau mengundi mana-mana parti yang boleh memenuhi cita rasa mereka dan boleh menjamin masa depan mereka.

Krisis apa yang dihadapi oleh Umno?

Umno dan kerajaan menghadapi krisis keyakinan. Itu saja.

Apakah Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan?

Perkara itu tidak mustahil kerana kita lihat di luar dugaan mereka sudah menguasai lima negeri dan satu wilayah. Dan bagaimana daripada tidak sampai 30 kerusi Parlimen mereka sekarang mempunyai lebih dari 80 kerusi.

Kalau kita tengok dari segi ini, mereka ada momentum dan momentum ini boleh berterusan. Saya tidak akan menolak kemungkinan BN boleh bertahan dan saya juga tidak menolak Pakatan Rakyat boleh menumbangkan BN. - mks. _

35 comments:

Brahimnyior said...

Datuk KJ,

Dalam politik, apa juga boleh berlaku.

Melayu mungkin perlukan peristiwa 13 Mei sekali lagi untuk bersatu?

Harap-harap, tidaklah sampai terjadi sejarah hitam seumpama itu. Tetapi mutakhir ini, hak Melayu sebagai pemilik tanah di negara ini mula dipertikaikan oleh ahli politik, termasuk dalam BN sendiri. Momentum ghairah HINDRAF masih belum reda.

Tindakan-tindakan NGO seperti Majlis Peguam boleh menambahkan lagi rasa tidak aman antara kaum.

Barangkali, meletusnya rusuhan kaum sahaja yang mampu menyatukan UMNO, PAS dan masyarakat Melayu keseluruhannya.

Saya setuju bahawa orang Cina melalui MCA, DAP dan seumpamanya, tetap dapat apa yang mereka mahukan, berbanding dengan Melayu yang taksub dengan politik kepartian yang sempit. Yang rugi akhirnya ialah kita sendiri.

Sebenarnya, Melayu tak pandai berpolitik. Begitukah Datuk?

Anonymous said...

Datuk,

Interesting point of view.

Dr.Mahathir kata BN tewas byk kerusi di PRU12 oleh sebab kepimpinan Pak Lah yg lemah dan faktor "KJ".

Anwar kata BN tewas byk kerusi di PRU12 oleh sebab rakyat Malaysia semakin terbuka dan sudah bosan dgn salah guna kuasa dan rasuah di kalangan pemimpin kerajaan.

Nak tentukan siapa yg LEBIH betul, kita kenalah tunggu PRU13. Yang pasti, setelah Pak Lah bersara dari menjadi PM, undi saya akan kembali kepada UMNO/BN.


-sinbad-

Roti Planta said...

Dato',
Bagi saya jika pemimpin Umno berterusan begini maka Umno akan terus dipinggirkan oleh rakyat dan tidak mustahil PM BN akan jadi pembangkang selepas ini.
Strategi takutkan Cina pada Pas dan takutkan Melayu pada DAP sudah tidak berkesan. Malah generasi muda amat terbuka dalam perkara ini. DAP akan makin diterima oleh Melayu apabila pelampau mereka seperti Karpal Singh dan Kit Siang bersara atau dibersarakan (Karpal hampir ditolak oleh perwakilan pada pemilihan lalu).
Saya tertarik Bena Hari Raya DAP di Penang yang memaparkan gambar KM (Cina) dan ADUN (Cina) dan tertulis 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, bersama Amal Maaruf dan Nahi Mungkar'. Kalau dulu nak sebut perkataan arab pun DAP takut, tapi sekarang 'penerapan nilai2 Islam' yang diperkenal oleh BN (tapi tak buat) dipratikkan oleh DAP.

Bye/Roti Planta

Razman said...

masanya dah tiba untuk reengineer UMNO demi survival umat Islam! MP Kulim pun hairan kenapa orang melayu Islam tak boleh bersatu (PAS dan UMNO) dalam mempertahankan hak sendiri. Kalau tengok MCA dan DAP bersama dalam isu Theresa Kok, dan MIC dan PKR bersama dalam isu Hindraf. Kita je yang asyik gaduh.

Sarfarizmal Bin Md Saad said...

Salam Semua...

Datuk A Kadir Jasin,

Kita melihat suasana tsunami politik sekarang memang telah memihak kepada Pakatan Rakyat atau lebih tepat Parti Keadilan Rakyat.

Dalam masa yang sama kita melihat semangat dan keberanian bukan melayu bangun untuk mempertikaikan beberapa hal dalam hak istimewa orang melayu.

Ditambah pula UMNO dan PAS iaitu parti orang melayu ini semakin lemah dan memiliki barah dalam diri masing-masing.

Maknanya disini mungkinkah melayu semakin lemah?

Saya rasa dengan berpaksikan ISLAM, melayu dalam UMNO dan PAS malah PKR perlu bangun dan bersatu kerana Agama.

Jika cina dan india boleh bersatu kerana bangsanya dan melayu dilihat tidak boleh bersatu kerana bangsa, kenapakah kita tidak boleh bersatu kerana agama kita? Kita semua dalam melayu hanya ada 1 Tuhan! Hanya ada 1 agama! Tapi kenapa yang 'hanya ada 1' inilah sukar untuk kita bersatu?

Saya merasakan suatu hari nanti melayu akan bersatu juga tetapi pada masa itu mungkin Lim Guan Eng telah menjadi Perdana Menteri atau Lio Tiong Lai menjadi Timb.Perdana Menteri. Dan pada masa itu melayu akan menjadi minoriti dalam majoriti.


TERIMA KASIH

kluangman said...

Ini bukanlah kali pertama UMNO samada UMNO lama atau UMNO baru menghadapi masalah dalaman dan yang lebih buruk diharamkan. Tetapi setiap kali lemah dan berkrisis ia bangun kembali dengan segar dan bertenaga. UMNO cuma kerugian masa yang banyak dihabiskan dengan meruntuh dan membina semula, tetapi UMNO tidak kurang idea dan tenaga yang banyak untuk bangun sebagai gergasi semula.

Rakyat jangan disalahtafsirkan kerana mereka mampu menerima semula BN jika diberi cukup penerangan dan selesa dengan status ekonomi yang adil. Berilah hak orang Melayu dan berilah hak kaum kaum lain, kita sebenarnya tidak saling merebut hak sesama sendiri. Persaolannya siapakah orang itu, tentulah PM, yang mampu berbuat demikian.

Kemelut dan ketidakstabilan Malaysia dalam perlbagai segi hari ini lebih bersandarkan kepada seorang PM yang gagal (kita sudah jemu untuk menyenaraikannya semula)secara kebetulan ia adalah Abdullah bin Ahmad dan dengan pengundurannya ia akan menyelesaikan lebih 50% punca masalah dan bakinya terpulanglah kepada penggantinya untuk tangani.

Najib hanya akan jadi PM dan Presiden yang berjaya jika ia mampu menghentikan sebarang tuduhan dan sabitan skandal, apakah kaedah yang akan digunakan?! . Jika langkah pertama itu tidak ditangani, lain lain urusan akan hilang krebiliti dan ditertawakan.

Tidak salah kita menunggu seorang lagi 'mahathir' versi baru untuk kesejahteraan bangsa Malaysia, dan najib bukanlah orang yang dimaksudkan itu.

Anonymous said...

Yang tersurat dan tersirat?
Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang ini tidak menunjukkan sebarang kesedaran di peringkat pimpinan. Orang Melayu UMNO masih tidak berupaya untuk berubah, cara pemilihan yang berlaku masih menunjukan bahawa yang berkuasa masih dan akan terus berkuasa. TPM yang di penuhi berbagai scandal sama ada benar ataupun tohmahan fitnah masih lagi popular dikalangan Melayu UMNO walaupun dia amat dicurigai dan tidak diyakini oleh ramai rakyat Malaysia.
Selagi pemimpin UMNO terus begini dan masih tidak mahu mengaku kesilapan mereka dan terus berlagak seolah olah negara ini hanya kepunyaan mereka, maka tunggu lah saat kehancuran mereka.
Saya juga melihat ketandusan pemimpin dalam UMNO, apakah Datuk percaya sekira nya tiga nama yang mendahului pencalunan sebagai calun Naib presiden UMNO adalah mereka yang berwibawa dan cemerlang? Zahid Hamidi, Hishamuddun dan Shafie Afdal? Mereka ini pasti gagal menawan hati orang Melayu apalagi dikalangan bukan Melayu. Hendak dikatakan mereka ini pejuang Melayu pun susah dan hendak di katakan mereka ini pejuang rakyat jauh panggang dari api, kerana tidak ada apa yang bolih dikaitkan kepada mereka tetapi hendak di katakan mereka hanya mementingkan diri sendiri mungkin itu lebih tepat.
Apa pun wawasan yang Datuk tulis amat sukar menembusi minda orang orang UMNO yang berkuasa, hanya masa yang akan menentukan sama ada UMNO akan terus relevan.
Saya rasa Datuk harus cuba meniup angin perubahan kepada rakyat jelata kerana dikalangan pembesar UMNO terlalu ramai yang besar kepala, Apakah sebelum menutup mata Datuk sanggup melihat terkubur nya UMNO atau kita biarkan seperti luncai terjun dengan labu nya. Atau mahu kah Datuk bersetuju dengan pandangan akan berlaku nya "Barrack Obama menuju ke Putra Jaya? dh9753

vijaykanth08 said...

Tuan KJ,

Saya seorang Hindu dan amat menghargai teks anda dan berani menyatakan bahawa orang melayu harus bersatu demi gama,bansa dan kuasa, tapi satu saja soalan saya, adalah orang yang benar-benar mempraktikan agama akan wujudkan 'race supremacy' dan menindas orang lain yang haknya termaktub dalam perlembagaan? Soalan tambahan: siapa yang mempersoalan kedaulatan dan kerajaan pimpinan orang melayu?? Siapa yang dudk ditampuk kuasa dam melakukan pelbagai jenis rasuah dan menghalalkan apa yang haram? SAtu cara untuk memajukan negara ialah berpeganglah kepada prinsip agama seperti parti PAS dan nescaya kesamarataan kaum wujud dan hidup akan aman dan harmoni. Harap belajar dari sejarah bahawa ' God is Very Kind' dan setiap makluk ciptaannya ada hak dimana dia ditakdirkan untuk hidup. Cuma manuasia yang wujudkan racism tetapi menuduh orang lain demi untuk survival. All the best.

Anonymous said...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

pada zaman Onn jaafar, Tunku dan tun Razak...UMNO dikelilingi oleh melayu2 yang patriot/nasionalisme.mereka berkorban apa saja utk mempertahankan UMNO dan menjadikan UMNO instrumen terbaik mempertahankan nasib org melayu/ISLAM...INGAT!!! MEREKA BERIKAN APA SAHAJA UTK MEMPERTAHANKAN UMNO/MELAYU/ISLAM..british pon tunduk pada UMNO....hari ini mereka adalah veteran2/atuk2,nenek2 yang mencarut2 membaca cerita pembesar2 UMNO hari ini...jelek..

pada zaman Tun mahathir,UMNO dikelilingi org bijak pandai,patriot dan opportunist..mereka menjadikan UMNO sbg instrumen utk memajukan negara dan DIRI SENDIRI..ramai antara mereka yang berasa tanggungjawab ke atas apa yg berlaku pada negara dan berusaha sebaik mungkin menjadikan malaysia sbg yg terbaik dan ada juga (boleh tahan ramai jugak) yang buta dan tuli terhadap apa yg terjadi pada agama,bangsa dan tanah air.mereka ini PENTING DIRI SENDIRI .

pada zaman paklah..golongan yg ada adalah yang bijak dan kurang ajar atau yang tak bijak jugak kurang ajar..mereka inilah yg bkuasa.mereka inilah yg menjadi playmaker, matchmaker dan sbg nya. mereka ini boleh dilihat dengan karakter2 pentingkan diri, sembrono, tidak hormat org tua, perasan, BODO SOMBONG dan cintakan kekayaan mahupun kuasa...mereka inilah anomali/barah/BANGSAT dalam UMNO hari ini...mereka ini sanggup MNGORBANKAN UMNO demi diri, keluarga mahuun kerabat...yup!!

UMNO tak bersalah.UMNO tidak lemah.yang bersalah adalah org2 UMNO,yang lemah adalah org2 UMNO..mereka inilah yg tidak relevan..untuk UMNO atau pon untuk KEHIDUPAN ini..wassalam

-bukan YANG BERHORMAT-

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ

Satu wawancara yang sangat bagus. Saya berterima kasih kerana Datuk menyiarkannya semula di sini kerana orang macam saya ini amat jarang membaca akhbar-akhbar pembangkang ini.

Usaha akhbar Harakah ini juga harus diberi pujian kerana mempamirkan elemen-elemen keterbukaan di dalam membicarakan isu-isu semasa.

Namun, saya ada beberapa soalan:

1. Mengapa tajuk wawancara di akhbar tersebut tidak sama dengan tajuk posting Datuk?

2. Bukankah dikotomi yang menyebabkan pemisahan politik Melayu semakin kabur seperti mana yang Datuk huraikan, lebih tertumpu kepada konteks politik perjuangan PR daripada konteks politik Melayu secara keseluruhannya; khasnya Umno?

Umno masih lagi satu parti politik yang dominant dan paksi di dalam BN. Walaupun ada yang berpendapat ianya sudah tidak relevan, tetapi usaha-usaha me’relevan’kan semula Umno sedang berlaku sekarang ini.

Walaupun perjuangan Umno itu jelas berteraskan Melayu dan Islam, tetapi percaturan diplomasi dan toleransi sesama parti-parti komponen yang lain kelihatan begitu jelas juga. Kecuali di zaman pemerintahan Pak Lah, Umno sentiasa berjaya mengartikulasikan argument mereka di dalam melaksanakan polisi-polisi kerajaan.

Sebaliknya, PR masih lagi mempunyai kesamaran di dalam aspek ini. Parti-parti ‘komponen’ mereka mempunyai agenda yang begitu menyimpang di antara satu dengan yang lain, kecuali di dalam usaha mereka hendak menumbangkan kerajaan BN.

Saya tidak nampak dengan jelas daripada mana-mana parti ‘komponen’ PR yang mahu / sudi memperjuangkan politik ‘keMelayuan’. Bukankah ini yang dikatakan sebagai pemisahan politik Melayu yang kabur?

3. Adakah Datuk merasakan kita memerlukan satu bentuk polisi yang menekankan aspek “absolute terms” pula berbanding “relative terms” di dalam mengukur aspek “kejayaan dan/atau keselesaan” orang-orang Melayu?

Memang saya akui bahawa orang-orang Melayu kebanyakanya mudah merasa selesa dengan kejayaan yang mereka kecapi. Tetapi, di dalam konteks perjuangan politik Melayu, benchmark apakah yang hendak kita gunakan untuk mengukur tahap “kejayaan dan/atau keselesaan” orang-orang Melayu ini?

4. Struktur Umno yang terlalu besar – tidakkah sudah sampai masanya Akta Pertubuhan 1966 dibuat sedikit rombakan, terutamanya di dalam aspek “transparency on sources of fund” ke atas semua parti-parti politik?

Umno dan parti-parti politik yang lain mempunyai pelbagai syarikat-syarikat perniagaan yang ‘bernaung’ di bawah ‘patronage’ mereka. Walaupun syarikat-syarikat ini tertakluk di bawah akta syarikat dan/atau akta sekuriti, tetapi ‘sources of fund’ parti-parti politik itu sendiri masih menjadi ‘grey area’ akibat tiada peruntukan di dalam Akta Pertubuhan yang mewajibkan mana-mana parti politik transparent di dalam hal ini.

Ketiadaan peruntukan di dalam Akta Pertubuhan ini boleh dilihat sebagai ketiadaan “anti-corruption measures”. Ini merupakan “loopholes” yang membolehkan mana-mana parti-parti politik (dan ahli-ahli mereka) melencong daripada undang-undang, terutama apabila politik wang dibincangkan.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa
Shah Alam

Indigo said...

Scribe,

Jadi bagi saya, 'trend' ini menarik. Umno ke, PAS ke, KeADILan ke, DAP ke kalau dia (mereka) tidak lihat trend ini mereka akan hadapi masalah...Hari ini Umno banyak bergantung kepada generasi muda dan generasi muda ini kononnya tidak berminat untuk berpersatuan atau berparti tetapi mereka akan menyokong atau mengundi mana-mana parti yang boleh memenuhi cita rasa mereka dan boleh menjamin masa depan mereka...Kalau kita tengok dari segi ini, mereka ada momentum dan momentum ini boleh berterusan...


Nota:

Bagaimana keadaan sekiranya terjadi perbalahan antara pemimpin-pemimpin dalam parti dan antara parti dlam keadaan ekonomi yang sangat tidak selesa, Scribe?

Adakah percikan kebencian ini semesti dari kalangan kita sendiri dan tiada campurtangan luar?

Maaf kerana berandaian yang bukan-bukan, Scribe.

berasiam said...

Salam Dato AKJ

Sememangnya Umno perlu melakukan adaptasi dengan pantas sekiranya mahu memulihkan diri dan kembali sebagai pilihan rakyat pada masa akan datang. Pemergian Pak Lah dari kedudukan tertinggi parti hanyalah salah satu harapan yang dipenuhi. Walau bagaimanapun, penolakan terhadap Umno dalam PRU-12 juga disebabkan oleh sikap kepimpinan di peringkat pertengahan Umno. Oleh yang demikian, sekiranya kepimpinan peringkat bahagian tidak berusaha mengubah sikap dan cara hidup mereka, pemulihan yang diharapkan oleh Umno hanya akan menjadi angan-angan.

Dalam keadaan Umno dikatakan dalam peringkat pemulihan sekarang pun, kita tidak nampak sesuatu yang benar-benar jitu berlaku di perigkat bahagian. Salah satu bahagian di Selangor yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi ketua bahagiannya boleh dijadikan contoh yang jelas. Selain penyandang, dua lagi calon yang layak terdiri daripada mereka yang mempunyai kes tersendiri, seorang pernah menghadapi ditangkap atas kesalahan jenayah dan seorang lagi baru sahaja terlepas daripada penggantungan tiga tahun kerana politik wang. Amatlah mendukacitakan kerana perwakilan cawangan tidak diberikan satu pilihan yang lebih baik untuk memimpin parti di peringkat bahagian berkenaan. Perkara sebegini menjadi kelaziman bagi Umno di peringkat bahagian.

Seharusnya Umno memperkenalkan garis panduan tertentu dalam penentuan calon dan pemegang-pemegang jawatannya di semua peringkat. Walaupun secara prinsipnya, demokrasi membenarkan sesiapa pun bertanding, Umno perlu mengubahsuai perkara itu dengan menentukan ciri-ciri tertentu yang perlu dipenuhi oleh mereka yang menawarkan diri untuk mana-mana jawatan. Apakah orang Melayu masih kekurangan lulusan IPT maka ketua pemuda bahagian pun sebahagian besarnya masih disandang oleh bukan graduan sedangkan merekalah yang bakal mewarisi kepimpinan bahagian pada masa hadapan. Kualiti sebegini perlu diambil kira oleh Umno dalam membentuk barisan kepimpinannya sekurang-kurangnya di peringkat bahagian ke atas. Dalam keadaan sekarang, hanya wang yang banyak berperanan, maka tidak hairanlah kepimpinan yang terhasil pun boleh didagangkan dengan harga yang tertentu. Sayangnya Umno tidak ada daya upaya menahan kemusnahan dirinya jika manusia di dalamnya masih terleka dengan mimpi indah masa lalu mereka.

Rahmah Rahmat said...

Dato Kadir.

Saya membaca pendapat saudara dalam teruramah dengan Harakah.Dato sabagai saorang yang hidup bangun wartawan,pemilek akhbar NST,banyak pendapat Dato berdasarkan hubongan Dato denga pemimpin Kerajaan,baik UMNO dan BN.

Saya,ingin menyatakan pendapat Dato itu hanya lah berdasarkan feeling sahaja.Saya sabagai ahli UMNO,hidup mati dalam UMNO dan bergelomang dengan ahli2 UMNO salama hampir 40 tahun ,berpendapat yang UMNO sekarang ini sudah hampir mati.Usaha untok memulehkan nya susah kerana cancer politik wang amat mendalam sekali memasoki sanaburi pemimpin UMNO,baik di perengkat cawangan,bahagian dan Pusat.

UMNO telah membentok alam fantasi kapada orang Melayu,memberi gambaran yang salah dan harapan yang salah.UMNO salepas pilehan raya 08,sudah hancur.BN hanya dapat membentok kerajaan kerana bantuaan rakan dari Sabah dan Serawak.

Ada kah Najib dan Mahayuddin,atau Hishamuddin dan Zaid dan Khairy salepas ini boleh membebaskan UMNO dari politik wang dan memulihkan image UMNO.Saya tak yakin.Jika Tengku berkata ia dapet memulehkan UMNo juga saya tak yakin.Ini kerana politik wang bermula sawaktu Tengku melawan Musa Hitam untok jawatan Timbalan.

Anwar yang memasoki UMNO tahun 1981 sahingga tahun 1998,nampak akan kelemahan dan kekuatan UMNO dan ia telah dapat menguji apa UMNO dan BN dengan andaian dan toerinya sendiri pada pilehan raya yang lepas.Sunggohpun dari segi resourses dan mechinary mereka tak dapat menandingi UMNO dan BN,tapi mereka boleh meporak perana UMNO dan BN dengan mengunakan blog,SMS dan internet.

Kesimpulannya,Dato,apa yang awak tulis dan beri pendapat itu,ada yang saya setuju dan ada yang saya tak setuju.Sama sama lah kita tengo nanti.

Kejayaan Najib bergantong kapada nya,sama ada ia boleh mengawal isterinya yang tersayang.Kejayaan Mahayuddin bergantong sama ada ia boleh mengawal Johore.Kejayaan Hishamuddin dan zaid bergantong sama ada ia boleh mengawal Tong dan Lim .

Salam.

Belacak said...

Ybhg Dato'

Saya adalah peminat tulisan dato' sejak dulu sehingga mengikuti jejak menjadi blogger. Harap mendapat keizinan dato' untuk link kan blog ini ke blog saya di http://belacakbaroh.blogspot.com. T.k.

dahalmi said...

Datuk KJ,

Terlebih dahulu ma’afkan saya kerana tulisan saya ini akan menyangkal banyak premis yang di terima oleh Y.Bhg. Datuk. Peremis premis Dato’ saya nampak berasaskan kepada popular opinion yang diterima oleh masyarakat Melayu selepas pilihanraya.

Premis yang akan saya kemukakan berasas kepada analisis data pilihanraya secara multiple regression. Data ini meliputi keputusan dalam 110 kawasan pilihanraya parlimen yang ditandingi umno pada tahun ini. Kesemua 4.5 juta undi yang telah dibuang dalam kawasan tersebut telah dianalis secara saintifik meggunakan model computer.

Hasil kajian saya menunjukkan 54% undi Melayu di beri kepada UMNO, dan hanya 43% untuk parti lawan. Ini sebenarnya tidak begitu banyak merosot berbanding pilihanraya 2004. Angkatunjuk kesetiaan pengundi Melayu juga di dapati masih amat signifikan( dalam istilah ilmu statistic).

Penemuan kajian ini sesungguhnya menyangkal sepenuhnya pandangan masa kini yang mempersoal relevan kah tidak UMNO. Jawapan sebenarnya, UMNO sesungguhnya masih relevan untuk Melayu. Tetapi sokongan kaum Cina untuk calon UMNO merosot banyak dan kaum India pula hanya tinggal 5% daripada mereka mengundi calon UMNO. Dalam perkara ini saya setuju dengan pendapat Dato’ yang UMNO perlu berubah untuk menarik kembali sokongan kaum bukan Melayu.

Saya sungguh terkilan dengan sikap ramai orang Melayu terhadap kaum India sekarang. Kita jangan terlalu emosional dan jangan lupa kaum Indialah kaum yang paling setia kepada UMNO dan BN sejak merdeka sehinggalah keputusan yang amat mengejutkan pada pilihanraya tahun Ini. Sebelumnya peratusan undi kaum India untuk UMNO dan Barisan malah melebihi sokongan pengundi Melayu sendiri yang lazimnya di kongsi dengan PAS, Semangat 46 dan kini PKR.

Oleh itu, BN harus memberi focus utama kepada inisiatif membantu dan menarik hati kaum India. Untuk kaum Cina, tidak dapat apa kita nak buat, kerana undi Mereka sememangnya berubah mengikut arus. Jadi yang penting UMNO perlu memberi perhatian supaya arus memihak kepada BN diwaktu pilihanraya.

Premis yang Dato’ gunapakai tentang merosotnya sokongan Melayu kepada BN saya dapati betul. Dalam pilihanraya tahun ini hanya 52% undi Melayu di beri kepada BN dalam 165 Kawasan Parlimen yang ditandinginya di Semenanjung, berbanding 62% dalam tahun 2004. Secara tidak langsung ini menunjukkan kurangnya sokongan Melayu kepada MIC dan MCA. Oleh itu BN perlu merangka strategi yang betul untuk mengatasi masalah ini.

Sekian, di harap mendapat perhatian daripada orang orang UMNO, Dato’ KJ dan pembaca sekalian.

Untuk makluman lanjut silalah ke artikel tentang ‘Analisis undi UMNO dalam pilihanraya 2008’ dalam Blog saya DAH IKHWAN dialamat: dahalmi.wordpress.com


Salam hormat,

DAH IKHWAN

abe MIE 'TERJAH' said...

98% saya sokong datuk tapi

Pilihanraya lepas orang tak sokong BN dan UMNO sebab takut harga minyak dan taraf hidup meningkat..itu saja.

kedua- pengaruh luar negara- orang lihat dua parti bukan mono parti baik untuk semua sedangkan apa yang berlaku kini meleset sekali.

satu lagi, saya kagum dengan datuk tapi ada hujahan datuk berkata seperti adakah BN tidak menjadi seperti 2004? Apa berlaku di kelantan, PAS gagal memerintah dan saya percaya PAS akan tertumbang sendiri atas kegagalan mereka ...

TiCo said...

Soalan

Tetapi PAS dan DAP pernah melakukan persefahaman politik dalam pilihan raya sebelum ini?

Kalau saya jawab, saya bagi jawapan piawai saja.

Itu bukan persefahman namanya. Itu hanyalah pakatan. Kudua-dua parti hanya berpakat untuk menumbangkan BN. Namun demikian , dalam pakatan itu tidak ada persefahaman.

Anonymous said...

Datuk,

Jika nak pancing ikan, kita kena letak umpan, baru ikan boleh sangkut pada mata pancing. Umpan ini boleh jadi cengkerik, boleh jadi cacing tanah, boleh jadi lipas, boleh jadi anak katak dan lain-lain.

DAP Penang kata, "Amal Maaruf Nahi Mungkar". Dia faham ke apa maknanya tu? Saya tengok berlambak-lambak kedai judi, kedai arak, rumah urut dan lain2 tempat maksiat masih wujud di Penang tu. Amal Maaruf Nahi Mungkar apa macam ni?

Saya rasa tindakan DAP Penang ini hanyalah satu permainan politik yang hanya bertujuan untuk pikat pengundi2 Melayu semata2. Bagi orang2 yg memahami secara "rohnya" apa pengertian sebenar "Amal Maaruf Nahi Mungkar" itu, tindakan DAP ini dilihat sebagai hanya mempersenda-sendakan kalimah suci itu. Bagi yang buta hati pula, mereka tak ubah seperti ikan yg sudah termakan umpan kaki pancing.


-sinbad-

Anonymous said...

En Vijaykanth08,

Masyarakat kaum India tidak pernah ditindas hak mereka sepertimana termaktub dalam perlembagaan.

Saudara mesti kaji semula sejarah dan fahami konsep perkongsian kuasa. Kerajaan yg memerintah dan berkuasa bukan hanya terdiri dari satu golongan bangsa sahaja tetapi turut terdiri dari pemimpin2 dari bangsa2 utama di Malaysia. Pemimpin2 ini dipertanggungjawab kan untuk menjaga hak dan kepentingan bangsa2 mereka.

Saya bersetuju dengan andaian bahawa salahguna kuasa banyak menindas hak2 rakyat. Namun begitu salahguna kuasa ini bukan hanya dilakukan oleh pemimpin satu golongan bangsa sahaja. Ia turut diamalkan oleh pemimpin masyarakat kaum India. Sepertimana masyarakat Melayu yg sering menjadi mangsa salahguna kuasa dikalangan pemimpin2 UMNO dan PAS, masyarakat kaum India juga menjadi mangsa pemimpin2 MIC.

Saya tidak faham, mengapa pemimpin2 UMNO pula dipersalahkan oleh sebab salahguna kuasa yang berlaku dikalangan pemimpin2 masyarakat kaum India ini. Presiden UMNO selaku Perdana Menteri Malaysia tidak ada kuasa untuk memecat pemimpin yang masyarakat kaum India sendiri telah pilih untuk mewakili mereka.

Untuk singkir pemimpin yang umpama "Raja" ini memanglah amat sukar. Semangat yg jitu dan perjuangan yang berterusan mesti ada. Orang2 Melayu dalam UMNO telah buktikan yg ianya boleh dilakukan. Kami menanti masyarakat kaum India pula melakukannya didalam MIC.

Mengenai prinsip agama yg dipegang PAS pula, saya nasihatkan saudara janganlah jadi ikan yang termakan umpan.

Selamat Deepavali.


-sinbad-

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri Pembahas dimuliakan,

1. Selamat menyambut dan bercuti Deepavali;

2. Saya pernah merayakan Deepavali di Bangalore, India. Perayaannya, pada pandangan saya, tidak semeriah di Malaysia;

3. Sdra Brahimnyior, saya rasa tidak ada kaum di negara kita ini, khasnya orang Melayu "perlukan peristiwa 13 Mei sekali lagi untuk bersatu?" seperti Sdra katakan.

Janganlah kita minta atau doakan perkara yang tidak baik seperti itu biar semarah manapun kita dengan suasana sekarang;

4. Sdr Dah Ikhwan, terima kasih kerana berkongsi analisis saintifik Sdra dengan kita semua. Inilah yang kita mahukan -- penghujahan yang saintifik;

5.Sdr Roti Planta dan Sdra Sinbad (Anon), mengenai ucapan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, bersama Amal Maaruf dan Nahi Mungkar' oleh DAP itu, saya akan tunggu dan lihat.

Mungkin gimmick mungkin serius.

Semalam saya lalu di Bandar Tun Razak. Pas buat rumah terbuka di kawasan Cina. Kain rentangnya bertulisan Jawi, Melayu (Rumi) dan Cina.

6. Sdr Sinbad, tidak semua ikan perlu dipancing dengan umpan. Ada ikan yang kerana "bodoh" makan kail tanpa umpan. Ada yang agresif ia telan semua yang terjatuh ke air, macam trout dan sebarau.

7. Sdr Vijaytanth, saya jumpa DS Samy Vellu di rumah terbuka raya baru-baru ini. Dia kata dia akan kekal Presiden MIC keraba banyak lagi hendak dilakukan.

Terima kasih.

dan kajang said...

As'kum Datuk,

1. Sama ada Umno akan menjadi relavan atau tidak akan ditentukan selepas PAU bulan Mac 2009 ini.

2. Rakyat dan penyokong Umno sebenarnya sedang memerthati tentang trend dan keputusan pemilihan semasa PAU Macc 2009.Rata2 rakyat tahu mana pemimpin yang rasuah dan akan menggunakan apa sahaja cara,termasuk menabur berjuta2 RM untuk menentukan kemenang.Jika dilihat keputusan peringkat pemilihan Ketua Bahagian,Wanita, Pemuda dan Puteri, kita sudah mampak berlaku rasuah politik.Namum demikian jumlah RM yang mengalir dan bertukar tangan dari calon ke perwakilan mungkin tidak banyak.

3. Begitu juga semasa memilih calon untuk jawatan2 di peringkat MT,Wanita,Pemuda dan Puteri.Saya percaya tidak seorang pun bakal-bakal calon itu yang berani "Bersumpah Laknat" mengaku bahawa mereka tidak terlibat dalam sogokan (walaupun sedikit mana) bagi mendapat pencalonan.Namun oleh kerana pemilihan calon2 ini melibatkan undian oleh seluruh perwakilan di Bahagian maka trend pemilihan calon2 ini sedikit sebanyak mencerminkan kehendak ahli akar umbi.Pada logiknya mana2 calon yang mendapat pencalonan tertinggi sepatutnya mendapat undian terbanyak yang mencermin hasrat dan kehendak ahli2 akar umbi di Bahagian dan seterusnya kan menang dalam pemilihan di PAU.

4. Tapi apa yang akan berlaku semasa pemilihan diPAU Mac 2009 ini besar kemungkinan tidak mencerminkan langsung hasrat dan cita rasa ahli akar umbi di Bahagian.Masa yang diperuntuk untuk calon2 ini berkempen adalah terlalu panjang.Banyak masa dan wang akan digunakan oleh calon2 yang berkemampuan, khususnya mereka yang 'desperado' dan dalam keadaan hidup mati,akan menguna apa cara sekali pun untuk mamasti kemenangan.Berbillion RM akan mengalir dan bertukar tangan dalam tempoh yang panjang ini.Calon2 yang tidak bermaruah dan rasuah ini tidak perduli apa yang terjadi pada Umno selepas ini asalkan cita2mereka tercapai.

5. Bagi perwakilan pula saya percaya iman mereka tidaklah begitu kental untuk menangkis sebarang sogokan yang mendatang.Soal amanah dari Bahagian akan ditolak ketepi demi untuk poket sendiri.

6. Jika ini berlaku maka tidak hairanlah jika kita akan lihat calon2 yang 'sememangnya dibenci oleh ahli dan rakyat'dan termasuklah calon2 desperado akan memenangi pemilihan dengan bergaya dan sombong sekali.Sebaliknya calon2 yang diharap untuk melakukan perubahan dalam Umno akan tewas.

7. Sebenarnya ahli dan rakyat sedang memerhati lakonan ini.Jika trend dan tanggapan yang saya nyatakan di atas menjadi realiti,maka sudah pasti Umno selepas ini tidak menjadi relevan lagi dan Umno akan terkubur sebagai sebuah parti yang rasuah.

Indigo said...

Scribe,

Sekiranya kita menerima analisa Sdr Dah Ikhwan maka seperti yang telah diperkatakan orang Melayu -penyokong UMNO- tidak senang dengan prestasi parti-parti komponen BN di Semenanjung yang lain.

Lebih penting, sentimen perkauman meningkat dan menular di kalangan raykat Malaysia. Dan kaum India pun sudah turut mempertikaikan keikhlasan orang Melayu berlaku adil walaupun mereka berlaku adil.

Elok sahaja BN di bubarkan!

Terima Kasih.

kluangman said...

Di Malaysia yang unik dengan 3 kaum yang besar hari ini satu lagi perayaan Deepavali sedang dirayakan oleh kaum India yang berugama Hindu. Rakyat biasa yang kurang berpolitik tentulah merayakannya secara meriah mengikut kemampuan masing masing dengan kehadiran sanak saudara termasuk kunjungan dari kaum kaum lain.

Tetapi yang terlibat dengan politik, walaupun dirayakan, salam bersalaman mereka tentulah tidaklah seikhlas dan seharmoni seperti rakyat bawahan yang cintakan keamanan dan tidak bercita cita tinggi dalam kuasa dan pemerintahan.

Semua perayaan di Malaysia samada perayaan dari sudut adat resam, kebudayaan atau ugama mengajar kita semua perkara yang baik kepada keluarga, jiran, masyarakat dan negara. Alangkah indahnya kalau suasana perayaan yang harmoni dan hormat menghormati berterusan dan menjadi semangat suasana harian.

Kita menyeru pemimpin di atas sana samada yang halal atau haram supaya melihat keamanan sebagai satu tajuk besar, agenda utama perjuangan mereka yang bertujuan memakmurkan rakyat dan negara Malaysia. Di bawah perlembagaan persekutuan sudah termaktub dengan jelas hak setiap kaum yang perlu di agihkan dan hari ini kita masih berkrisis bukan kerana perlembagaan tersebut tetapi lebih kepada perlaksanaan dan tafsiran masing masing. Pemimpin berada di pentas masing masing untuk menyuarakan pendapat dan bukannya di meja rundingan. Permimpin menggunakan pentas sendiri untuk lebih meraih sokongan dan popular dari tujuan asal iaitu memakmurkan semua rakyat tanpa mengaira kaum.

Sebab itulah hari ini, ramai pemimpin yang menjuarai kaum sendiri kerana mereka membangkitkan rasa tidak cukup dan kurang dan menuduh satu lagi kaum mengambil hak dan menindas mereka.

Sebab itulah hari ini, ramai pemimpin yang menjuarai kaum sendiri kerana mereka melaungkan slogan samarata tanpa menghormati perlembagaan persekutuan dan mentasirkannya secara putarbelit.

Sebab itulah hari ini, ramai pemimpin yang menjuarai kaum sendiri kerana mereka sengaja mencari peluang dan menjadikan isu perkauman dari kes kes terpencil, diperbesar dan disensasikan. Isu peribadi di nasionaliskan.

Pemimpin jenis ini terdiri dari golongan politik terutamanya atau pemimpin NGO serta individu berpengaruh yang mirip dan menyokong golongan politik tertentu, mereka gunakan isu perkauman untuk menunjukkan satu pihak lagi khususnya 'kerajaan semasa' bersikap perkauman dan menindas mengikut ras.


Kurang sekali pemimpin menenangkan kaumnya atau memberi penjelasan kepada kaumnya bahawa mengikut perlembagaan persekutuan ini adalah hak hak mereka dan ini adalah hak kaum kaum lain.

Kurang sekali pemimpin menganjurkan kepada kaumnya supaya menghormati hak kaum kaum lain.

Kurang sekali pemimpin menyedarkan kaumnya bahawa mereka lebih bernasib baik dan beruntung tinggal di bumi bertuah Malaysia ini berbanding dengan kaum lain atau pribumi lain di negara mereka sendiri.

Kurang sekali pemimpin membangkitkan kesedaran dan kenyataan kepada kaumnya bahawa mundur atau majunya sesuatu bangsa itu bergantung kepada bangsa itu sendiri dan bukannya kerana ditindas atau ditolong oleh bangsa lain.

Kepada pemimpin kita menyeru, lihatlah kebaikan, persamaan dan semua yang positif ketika berhadapan dengan kaum masing masing kerna tidak ada titik tolak yang akan kita temui jika kita sebok mencari perbezaan dan keburukan.

Kepada pemimpin kita menyeru, jika mereka adalah pejuang bangsa Malaysia yang tulin, meja rundingan adalah pentas terbaik, selain dari itu mereka lebih kepada kepentingan peribadi dan agenda tersembunyi.

Roti Planta said...

Dato',

Re: "Bersama Amal Maarof Nahi Mungkar"

Kurang buruk kalau faham tapi tak mampu nak buat - PAS,
Buruk kalau tak faham tapi nak buat - DAP,
Sangat buruk kalau faham tapi tak nak buat - Ulama dalam UMNO,
Tersangatlah buruk kalau cakap nak buat (penerapan nilai2 Islam) tapi tak buat-buat (cakap tak seupa bikin)- UMNO

Maarof dan Mungkar dalam pandangan agama dan bangsa yang berbeza adalah mungkin tidak sama. Bagi Cina minuman keras tu boleh diminum tapi bagi Islam tak boleh (kan?). Jadi kalau Pakatan Rakyat nak membuat amal maarof (perpaduan, tolak ansur, hormat-menghormati dsb) dan Nahi Mungkar
(anti rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dsb) apa salahnya?. Takutkah kalau mereka mentadbir lebih menepati ciri-ciri kelislaman daripada Gerakan atau MCA... atau pun UMNO!

Mohon tuan2 yang cerdik pandai memikirkan antara bahasa arab dan agama Islam... jangan sampai kita terlalu jumud sehingga nak menghalang orang bukan Islam mempelajari dan melaksanakan perkara2 yang positif yang dituntut oleh Islam.

Takut bila mendengar peribahasa nakal... "Nak tengok Islam, pergi ke negara kafir tapi nak tengok kafir, pergi ke negara Islam!"....

Bye/Roti Planta

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Isu ekonomi yang dilihat tidak dapat ditangani oleh kuasa politik. Ini, bagi saya, yang menjatuhkan BN dalam PRU12.

Selepas 7 bulan, kuasa politik BN dan UMNO masih lagi samar-samar sekaligus isu ekonomi terus terabai.

Maaf saya Dato', saya tidak nampak adanya isu antara kaum. Bagi saya isu melayu-islam-bukan melayu ini hanya spin media semata-mata.

p/s Masa PRU12, kita biasa melihat senario 1 : orang melayu pakai t-shirt DAP dan senario 2 : orang bukan melayu pakai t-shirt PAS. Secara tidak langsung Dato' telah mengulas senario 1 dalam artikel di Harakah ini. Harap Dato' sudi beri sedikit ulasan berkenaan senario 2 pula.

Anonymous said...

Salam Dato',
Keputusan PRU12 yg memeranjatkan itu pada faham saya adalah amat dipengaruhi oleh swing undi bukan melayu drp BN ke PR terutama undi Cina. Saya rasa swing itu macam yoyo aja. Org cina nak ajar umno tapi terlebih ajar aja sebab tak sangka. Kalau ekonomi semakin kucar kacir saya fikir cina akan swing balik ke bn. Bangsa cina ni bangsa yg memang mampu outclass kan melayu. Mcm dato kata, kita cukup selesa jadi middle management (tapi rasa mcm kompeni tu kita punya). Saya fikir mmg mungkin satu ari nanti org cina jadi pm malaysia ni..tengok aja david teoh jadi produser filem melayu paling berjaya tanpa ada secebis pun cerita skandal yg dikaitkan dgn nya. Tengok siri amazing race, siri survival, siri apperantice...yg akhirnya menang adalah yg paling smart strateginya (bukan yg paling kuat atau paling tinggi degreenya atau paling cantik atau seksi). UMNO jgnlah tanam fikiran ketuanan melayu..ini faham yg melemahkan bangsa.Tanamlah faham survival melayu mcm org2 cina ajarkan pd anak2 mereka. Soalnya, mampukah umno articulate survival bangsa tanpa menyebut ketuanan melayu? Soal yg lebih sukar lagi, mampukah umno survival tanpa memainkan isu ketuanan melayu? Kalau ada org yg boleh jwb soalan tu dlm keadaan hari ini, saya rasa org itu boleh jd presiden umno.
Pak Hj JB

Deepavali Nadvattakal said...

Datuk,
Semalam deepavali saya ada pergi rumah satu kawan india ni dekat Selayang. Ada laa, dia kerja kerajaan. Saya amat terkejut, dia cakap pada saya. Apa yang kerajaan tak tolong rakyat india? semua dia tolong. dia hairan macamana orang india boleh cakap kerajaan tade tolong? contohnya di kementerian pertanian dia kerja, macam-macam program sudah diatur untuk semua rakyat, termasuk india, cina dan melayu. bagi paip dan baja percuma. banyak lagi.

Yang baru sekali adalah mengajar orang muda menjadi nelayan mahir. ramai kaum melayu yang masuk tatapi kaum india tak masuk. kawan saya ni sangat marah, kenapa hindraf cakap tipu pada kaum india. kalau kerajaan tipu, kawan saya orang india ni pun tipu kaum india juga laa. dia juga marah pada MIC kerana tidak ajak orang muda India masuk program kerajaan.

banyak program usahawan kerajaan sudah buat untuk orang muda, banyak juga di kementerian lain. contohnya, ajar bawak kren, pasang elektrik dan lain-lain. kalau mintak geran dan lepas cukai, kaum cina banyak pandai buat dengan kerajaan. mereka juga selalu dapat. selalu melayu juga minta tolong dengan agent cina mintak geran dan lepas cukai dari kerajaan.

kawan saya juga marah dengan orang politik kerana buat susah pada rakyat india. tipu mereka juga. kawan saya ajak semua kaum datang kementerian untuk tahu macam-macam program kerajaan. dia tak mahu cakap nama, nanti susah bos panggil.

Anonymous said...

YBhg dato,
yang dapat dilihat pada jamuan Deepavali kurang sambutan dari kaum Melayu....kenapa? mungkin Hindraf sahaja yang dapat menjawap.....
Helang79

A KADIR JASIN said...

Sdr Rafieq,

1. Debat (drp bahasa Indonesia dari Inggeris debate. Orang Indon banyak Indonkan bahasa Inggeris)boleh. Bukan tak boleh;

2. Tapi bahas saja belum jamin yang pandai cakap itu boleh buat kerja atau berani;

3. Dalam minda Melayu, diam-diam ubi tu lebih baki. Atau resmi padi, lagi berisi, lagi tunduk;

4. Gendang kosong kuat bunyinya. Tapi tak ada guna. Gendang raya itu yang kita hendak dengar tanda masuk waktu solat;

5. Antara tiga calon pemuda:-

(a) Mukhriz hantar surat minta Abdullah letak jawatan. Kerja orang berani;

(b) Dr Khir Toyo letak jawatan parti kerana mengaku bertanggungjawab terhadap kekalahan Umno/BN di Selangor. Kerja orang yang realistik dan berhemah;

(C) JK bersumpah hendak kuburkan kerjaya politik Anwar di Permatang Pauh 26 Ogos lalu. Apa yang terjadi adalah di sebalikkanya.

Terima kasih.

kluangman said...

(C) JK bersumpah hendak kuburkan kerjaya politik Anwar di Permatang Pauh 26 Ogos lalu. Apa yang terjadi adalah di sebalikkanya.
...................................

Dato'.. yang bersumpah tu siapa? Khairi(KJ) ke Jamaludin (JK)..

Lembu punya susu, sapi dapat nama...hehehehehe

anakbuah said...

Salam Pak Hj JB & Sdr/i,

Gendang ketuanan Melayu sebenarnya dipalu oleh mereka2 yg rasa diri/kumpulannya insecure dan rasa terancam. Tak ada salahnya kita berwaspada tapi jgnlah desperate sampai, secara tidak sedar, menjatuhkan maruah Melayu sendiri apalagi menggadaikan kesucian Islam.

Pandangan Pak Hj JB tentang survival Melayu memang baik. Kita bukan sahaja patut belajar drp bangsa Cina tetapi lihat survival bangsa Yahudi. Kita tidak boleh selamanya bergantung kpd ketuanan utk maju. Betul, ketuanan Melayu inilah yg menyebabkan bangsa Melayu rasa terlalu selesa dan cepat berpuas hati.

Melayu sepatutnya bersedia utk dikritik sama seperti kita membuka mulut mengutuk perbuatan bangsa lain. Jgnlah setiap kali ditegur atau diajar, org Melayu melatah seolah2 tiada ruang langsung utk memperbaikinya. Kalau disentuh mengenai agama sekali pun, kita perlu tanganinya secara berhemah dan memberi penerangan secukupnya.

Malangnya, teladan yg ada pada Umno skrg membuatkan pemimpin2nya tidak mempunyai kapasiti dan kredibiliti utk menangkis cemuhan serta kritikan drp semua pihak. Seperti kata Dato' Scribe, Umno sedang mengalami krisis keyakinan - cakap tidak serupa bikin, kata org biasa.

anak parit said...

Salam Dato AKJ,

Dari sembang kedai kopi, saya mendapati politik wang atau rasuah untuk pemilihan UMNO amat berleluasa, dari peringkat cawangan hingga bahagian. Bermula untuk pencalonan hingga pengundian. Bermula dari ketua cawangan hingga ketua bahagian. Para perwakilan boleh 'demand'. Dari ratusan hingga ke ribuan.
Itu baru diperingkat bahagian belum lagi di peringkat nasional.

Rasuah yang berlaku berleluasa dan BPR hanya pekakkan telinga dan butakan mata bila ia melibatkan isu UMNO. Seolah-olah rasuah dalam UMNO hanya masalah remeh sedangkan pemimpin UMNO adalah pemimpin BN dan kerajaan. Terdapat unsur pendakwaan terpilih dan hanya biarkan J/Kuasa Tatatertib UMNO ambil tindakan dan ia akan dikenakan hukuman. J/Kuasa Tatatertib UMNO hanya gantung dan pecat dan bukan memenjarakan pesalah rasuah UMNO.
Rasuah dalam UMNO akan menjahanamkan negara kerana pelaku rasuah sanggup buat apa sahaja untuk mencapai matlamat.

Anak_Parit

Mohd Affendi said...

POLITIK, IBLIS, SYAITAN, HANTU & JEMBALANG SERTA "PAINKILLER" RAKYAT -EKONOMI

1) Sistem politik ciptaan manusia yg bukan diasas drpd konsep politik Ad-din adalah domain yang dikuasai syaitan, hantu & jembalang... tak dapat dibezakan dari ciri2 triat antara satu sama lain w/pun berbeza nama.

2) Dalam domain 'underworld' ini, ia memerlukan satu iblis yakni syaitan terkuat untuk menguasai semua syaitan, hantu & jembalang lain supaya 'behave' & tak buat kacau tanpa izin.

3) Iblis yg kuat dapat mengekalkan "equilibrium" domain ini dan mengelakkan syaitan, hantu & jembalang daripada bebas bermaharajalela mengganggu dan merasuk di dlm domain manusia.. atau dgn istilah lain "preventing hell from break loose"

4) Apa yg telah berlaku di Malaysia dlm o.5 dekad ini adalah kesan yang sebaliknya. "Hell already broke loose"... maka isi kandungan domain ini yg terlepas amatlah sukar dikawal.

5) Model2 'Iblis' terhebat: Marcos (Filipina) & Saddam (Iraq) ? LKY (S'pore),...... (Malaysia)? Manusia pun hidup lebih bahagia dibawah 'iblis' yg kuat kerana kurang 'disturbance'. Manusia & syaitan ada ciri2 'built in' yg sama - objektif utama tamak & dengki... jika masing2 dpt habuan maka mereka gembira & takkan buat kacau.

6) Kesejahteraan ekonomi mikro adalah ibarat "painkiller" (Paracetemol) dlm kestabilan ekosistem sosio-politik..

7) Apabila "painkiller" habis atau memerlukan dos yg lebih kuat mcm 'morphine', maka kestabilan ekosistem ini terjejas. Tak semua rakyat mampu tahan sakit.. Org sakit melampau boleh hilang pertimbangan akal dan ambil tindakan tak sepatutnya.

8) Rasuah, kronisma & nepotisma hanya sinonim dgn imej UMNO & BN selepas krisis matawang Asia 1998.. ditambah oleh kelahiran hero 'neo-underworld' bernama Anwar.

9) Dan kesan-kesan kumulatif ini semakin serius dibawah pemerintahan & pengurusan lemah setengah dekad dibawah PM ke5. Ekonomi lemah & syaitan, hantu, jembalang yg tak terkawal.
-- Ini ekstrak drpd point Dato' yg paling penting: "kesimpulan semua orang."

p/s: sedutan dialog filem P.Ramlee : "anak bapak.. bukan.... anak setan!"
(",)

mardhiah said...

Saya amat takut jika pada PRU akan datang BN kalah. Selama ini bangsa kita telah dicacatkan oleh penjajah dengan dasar pecah dan perintah. Mungkin pemerintah tidak peka, tidak serius untuk meuar-uarkan akan usaha merawat kecacatan ini.

Kita makmur dan mencapai keseimbangan melalui penguasaan politik oleh Melayu dan ekonomi oleh non-bumi. Bayangkan kuasa politik dan ekonomi beralih pada mereka. Mau tak mau Melayu perlu dikejutkan agar memberi keutamaan pada ekonomi dan pelajaran, agar bila perkara 153 dicabar, dirombak atau ditarik balik kita tidak terkujat sehingga akidah pun terpelanting sama.

Saya pun tak faham rukun Islam ada Lima, hanya mengucap sahaja yang tak perlu keluar wang, tapi ramai orang Melayu fikir kegigihan mencari wang sebagai non-islamik. Walhal sama cari wang pun tidak ada halangan untuk berzikir. Bangsa luar bentang tikar tepi jalan pun boleh solat, tapi kita dah sediakan wakaf di lebuh-lebuh raya dan shopping kompleks pun, lebih rela keluputan waktu, dari solat on time atas alasan tak bawa telekung. Telekung yang ada kotor.

Indigo said...

is there such a thing as 'Old Malays' and 'New Malays', Scribe?

or just old Malays and Malaysian, Malaysian Chinese, Malaysian Indians, Malaysian Other Races?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).