Wednesday, October 15, 2008

Utamakan Usaha Lindungi Ekonomi Negara

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DALAM kita terus beraya, bersuka-suka menjamu selera, kita lupa sedih dan duka buat sementara. Kita suka berjumpa sanak saudara, jiran tetangga.

Tapi bukan semua orang sedih dan semua duka. Kadang-kadang jadi orang jahil pun ada baiknya.

Apa yang kita tak tahu, tak akan membuatkan kita sedih dan pilu. Orang putih kata, ignorant is bliss. Dalam bahasa kita maksudnya, orang yang jahil atau tidak tahu apa-apa sentiasa dalam kedamaian.

Tapi oleh kerana orang tahu saya tahu (kalau tak banyak sikit) atau mereka anggap saya tahu, maka ke rumah atau tempat siapa pun saya pergi untuk beraya, ramailah yang hendak berbincang fasal politik dan ekonomi.

Mengenai ekonomi, saya kata jangan sekali-kali pandang ringan dan buat remeh. Krisis ekonomi dunia sekarang adalah lebih global daripada krisis kewangan Asia 1997/98.

Ekonomi Amerika sudah pun mula mempamerkan ciri-ciri kemelesetan (recession). Bukan kata saya, tapi kata orang yang tahu macam bekas pengerusi Bank Pusat Amerika, Alan Greenspan.

Dalam dunia kewangan global, Greenspan dianggap macam ‘tuhan’ sebab selama dia jadi Pengerusi Bank Pusat, kalau dia kata jadi, maka jadilah.

Dalam temu ramah dengan akhbar Jerman Die Zeit baru-baru ini, dia kurang yakin langkah Bank Pusat dan Pentadbiran Bush membelanjakan US$700 bilion boleh menyekat kemelesetan.

Kalau Amerika meleset, hukumnya dunia juga akan meleset. Sebab itulah negara-negara di Eropah sudah ikut macam Amerika menyelamatkan bank-bank mereka, macam kita buat pada tahun 1997/98 melalui Danamodal.

Dulu mereka kutuk Tun Dr Mahathir Mohamad kerana selamatkan bank-bank dan badan-badan korporat. Mereka kata, bailout tidak akan berjaya kerana bercanggah dengan ekonomi bebas. Anwar Ibrahim setuju dengan mereka.

Dr Mahathir buat juga dan berjaya. Sekarang giliran mereka buat bailout beratus bilion dolar.

Kalau ekonomi Amerika dan negara-negara maju lain merosot, kita akan rasa kesannya. Hukumnya kita akan rasa lebih teruk daripada banyak negara membangun fasal ekonomi kita sangat bergantung kepada perdagangan luar.

Kita adalah antara 20 atau 30 negara perdagangan terbesar di dunia. Kalau tak salah saya, kita adalah satu-satunya negara Islam dalam kategori itu.

Kalau orang Amerika dan Eropah tak beli komputer baru, telefon baru, televisyen baru dan perabot baru kerana ekonomi mereka merosot, kita akan rasa kesannya.

Itulah kerja budak-budak kita di Bayan Lepas dan tempat-tempat lain yang mengeluarkan mikrocip, radio, televisyen, perabot dan bermacam-macam barangan eksport lagi.

Begitu jugalah dengan petani kita yang mengeluarkan getah dan minyak kelapa sawit – semua ini adalah untuk dieksport. Yang kita guna dalam negeri tak banyak.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa harga getah dan kepala sawit pun dah banyak turun. Macam itu jugalah dengan harga minyak mentah.

Jadi bila pemerintah dan Bank Negara kata ekonomi kita kuat dan stabil, saya rasa kita kenalah bandingkan dengan apa yang sedang berlaku kepada ekonomi global sekarang. Kita tak boleh kata kita ok bila rakan niaga kita tak ok.

Dalam pada kita beraya dan bersembur-sembur air liur bercakap fasal politik, fasal Anwar nak tubuh Kerajaan, fasal Pak Lah nak bersara, fasal Najib bakal jadi PM dan fasal pemilihan Umno, kita jangan lupa bahawa yang lebih penting dan afdal adalah pengurusan ekonomi.

Krisis Pelaburan Maybank

Sebenarnya, dengan tidak ada krisis ekonomi dunia pun, ekonomi kita ada masalah. Macam-macam cerita kita dengar. Syarikat kita dijual kepada orang asing macam Pantai Holdings. Lepas itu kena kerah Khazanah supaya beli balik.

Sekarang ini kita dengar pula cerita Malayan Banking akan rugi besar kerana buat silap beli Bank International Indonesia (BII) dengan harga yang sangat-sangat mahal.

Kalau Malayan Banking rugi, ramailah rakyat Malaysia khasnya orang Melayu yang akan rugi sebab Malayan Banking milik mereka melalui pelaburan PNB.

Macam mana benda ini boleh berlaku? Macam mana Maybank boleh beli BII begitu mahal, khabarnya empat kali ganda daripada nilai buku?

Kita pun tak tahu siapa dalam Maybank, PNB dan Kementerian Kewangan yang begitu beria-ia hendak beli saham BII sedangkan bank-bank lain, termasuk CIMB sudah lama beli pada waktu saham-saham Bank Indonesia murah. Fasal apa tiba-tiba hendak beli sekarang?

Yang sedihnya, saham-saham BII yang Maybank beli itu dimiliki sebelumnya oleh Temasek. Temasek ini adalah syarikat pelaburan negara Singapura.

Jadi seolah-olah Maybank masuk perangkap. Temasek untung besar dan selesai masalahnya di Indonesia. Maybank yang teruk. Harga sahamnya di Bursa Malaysia dah banyak jatuh. Dari segi nilai pasaran dah jatuh bawah Public Bank. Malu.

BII ini cerita lama. Sebuah firma perbankan antarabangsa yang berkaitan dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pernah pegang saham syarikat ini, tapi dijual sebab dia dah ada satu lagi bank di Indonesia, iaitu Bank Bumiputera.

Khabarnya dia beli saham BII dengan harga R89 sesaham dan empat tahun lepas itu jual dengan harga R280 sesaham kepada Temasek.

Jadi sekarang, Daim jual mahal kepada Temasek empat tahun lalu, Maybank pula beli lebih mahal daripada Temasek. Apa cerita?

Nampak-nampaknya Maybank sudah masuk perangkap. Kalau tak beli, duit taruhan AS$150 juta (kira-kira RM495 juta) akan hilang. Tapi ada juga orang kata, Maybank akan rugi sampai RM700 juta.

Kalau Maybank nak terus juga beli saham-saham BII, Maybank khabarnya kena pinjam sampai RM11 bilion. Khabarnya sampai waktu ini Maybank sudah pun pinjam RM6 bilion.

Jadi saya rasa inilah antara tugas awal Mohd Najib Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan. Dia kena siasat skandal ini. Apatah lagi kalau keputusan membenarkan atau memaksa Maybank membeli saham-saham BII itu tidak dibawa kepada Kabinet sebelum ini.

Mohd Najib kena berjaga-jaga. Bukan sahaja jual-beli ini akan melemahkan Maybank, PNB dan para pelabur unit saham PNB, tapi boleh menjadi masalah kepada Mohd Najib dan negara kemudian hari.

Kalau dia tak tahu, dia mesti siasat dan pastikan siapa yang membuat keputusan yang nampak-nampaknya merugikan ini.

Kita tidak boleh tutup mata dan biarkan orang atau pihak yang bertanggungjawab itu lepas tangan dan lari begitu saja. Apatah lagi mereka yang mewakili Kerajaan, Kementerian Kewangan dan mereka yang menjadi commission agent, kalau ada.

Kita tidak mahu skandal camam Bank Negara yang rugi berbilion ringgit akibat spekulasi mata wang terjadi kepada Maybank dan orang yang bersalah tidak dihukum.

Kalau Najib tidak pisahkan dirinya daripada fiasco ini, dia juga mungkin akan dituduh dan disalahkan suatu hari nanti.

Jadi dalam keghairahan kita semua berpolitik dan makan ketupat raya, kita kenalah berfikir panjang dan mendalam mengenai krisis ekonomi dunia dan macam mana kita hendak melindungi negara dan rakyat jelata daripada kesannya.

Kita tahu, Najib seorang tak boleh buat, tapi kalau dia pandai dan sedia dengar nasihat, saya yakin kita boleh setidak-tidaknya mengurangkan kesan krisis ekonomi dunia terhadap negara kita.

Dalam Semangat Raya Mereka Berjumpa

Semalam saya pergi dua rumah terbuka. Satu di Putrajaya yang diadakan oleh Menteri Luar, Mohd Rais Yatim dan terserempak dengan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Dah jadi hukumlah, bila waktu raya ni kita bermaaf-maafan.

Sebelah malam, ada member ajak pergi ke rumah seorang penggiat Umno di Ampang. Meriah majlis rumah terbuka dia. Datuk K dan Siti Nurhaliza pun ada.

Tapi ramai hadirin lebih excited sebab turut duduk semeja adalah Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, Mohd Najib, MuhyiddinYassin, Syed Hamid Albar, Shafie Apdal, Mustapha Mohamad dan beberapa pembesar Umno yang lain.

Itulah raya. Kawan-kawan yang lama tak berjumpa atau takut nak berjumpa, pun berjumpa. Eloklah. Itulah semangat raya. Saya tumpang sekaki saja.

75 comments:

nobisha said...

Dato,

Depa memang nak jumpa atau terjumpa?

Duduk semeja ni biasalah. Dulu sewaktu majlis santapan di Istana Negara, saya tengok Tun Dr Mahathir dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pun duduk semeja, tapi tak jadi apa2 pun.

Apa pun, permulaan yang baik bermula dengan cara yang baik. Macam orang bercinta juga. Mula-mula malu. Jeling-jeling, pandang-pandang. Selepas tu tukar-tukar nombor telefon. Kemudian lawan sms. Bila dah rasa mesra, mula telefon dan keluar dating.

Lama jugak nak ambil masa. Tapi, bila dah boleh pegang tangan dan belai rambut, baru terasa "dunia ini ana yang ampunya ....."

Isk, apa pula merapu ni. Takkanlah Mahathir dan Najib nak dating pulak! :)

Kak Jayn said...

Assalammualaikum Datuk AKJ.
Saya bukannya nak menuding jari, tapi bila Dato sebut ja Fiasco Pembelian BII oleh Maybank yang menguntungkan Temasek, maka terbayanglah wajah-wajah yang sinonim ada kepentingan dengan Temasik @ Singapura. Sayang sekali wajah itu sepatutnya penjaga hak rakyat Malaysia bukan negara jiran.

nawawidahalan said...

Selamat Raya Datuk maaf zahir batin terkasar bahasa selama ini.

Terima kasih pendedahan berhubung siu ekonomi. Semoga ada pihak yang benar-benar perihatin dan bertindak berani menyelesaikan kemelut ini.

moga terus memberi sumbangan bermakna, dari saya;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

Letting the time pass me by said...

Assalamualaikum Dato'...

Elok juga Dato' menegaskan kembali isu ekonomi ini... Almaklumlah,s ekarang nie tengah nak bertanding dan memancing undi, maka ade kemungkinan isu-isu nie di"cold storagekan" sementara kerana nak membeli hati orang-orang..

Tetapi apa yang telah Dato' kemukan isu-isu itu adalah tepat sekali... Dahla kita akan rugi disebabkan kemelesatan dunia yang sukar nak diduga, ditambah lagi kerugian oleh kecuaian dan kelalaian atau ketamakan pihak-pihak tertentu...

Sebenarnya saya tidak faham bagaimana sesebuah syarikat Awam (public limited) boleh terdedah kepada masalah "ketelusan" nie..

mereka mempunyai Lembaga Pengarah yang bebas, yang mempunyai integriti tersendiri, ,mempunyai jawatankuasa pelaburan yang profesional, tetapi apakah yang menyebabkan mereka boleh terdedah dengan krisis transperancy yang sebegitu ketara sehingga boleh diragui kredibiliti mereka...

Bukankah syarikat-syarikat ini mempunyai kod of ethic mereka sendiri, dan bukankah BOD dan Top management terikat dengan kod-kod ini... Amat menakjubkan sekali apabila berlakunya "transaksi" yang diragukan dalam jumlah yang "luarbiasa" tanpa sebarang "domestic investigation"...

Kita sedia maklum, sesiapa yang mahu duduk dikerusi BOD sesebuah syarikat perlu menghadiri pelbagai kursus kecekapan dan kompetensi.. Tetapi kenapa perkara-perkara pelik yang meragukan ini masih berleluasa... Tidakkah ade satu garis panduan yang tegas didalam hal ini, atau kita sengaja mengikut sistem kapitalis US yang kadangkala sampai ketahap "ridiculus"...

Saya mungkin tidak memahami konsep "pemilikan" sesebuah syarikat, tetapi jika terdapat sebuah syarikat lebih kecil A, yang dibenarkan membeli sebuah syarikat yang lebih besar B, dan kemudiannya membuat co-lateral dengan bank bersandarkan asset-asset syarikat B, maka tentunya terdapat kepincangan didalam sistem ekonomi tersebut...

Apa pun, saya seperti Dato mengharapkan agar Menteri Kewangan yang baru akan mampu untuk menangani kemelut isu-isu "keraguan" ini...

Mungkin keadaan ekonomi dunia kini tidak berada pada tahap yang memuaskan, tetapi saya rasa, mengambil iktibar dari krisis 97, Malaysia mampu menghadapinya... Kalau negara sentiasa mengamalkan sikap bijaksana didalam mengurus hal ehwal ekonomi dan berusaha untuk membina suatu sistem pengurusan ekonomi yang jimat dan berhemah, saya tidak nampak kenapa negara perlu bimbang...

Saya lihat, masih ramai orang makan satey, dan ramai orang terus sibuk me"renovate" rumah mereka... Ini menunjukkan mereka masih banyak duit dan mampu....

Apapun Dato' saya rasa masih belum lambat untuk terus mengucapkan Selamat Hari Raya ... kunjungila blog saya di
http://inspirasi-aliff.blogspot.com/

ultramalay said...

Salam Dato',

Saya sangat setuju dengan pandangan Dato' terutamanya tentang skandal Maybank.

Namun sebagai rakyat biasa dan bukan pakar perbankan atau pun ekonomi, saya berpendapat apa yang berlaku dalam skandal Maybank ini harus dipertanggungjawabkan kepada pihak kerajaan (Menteri Kewangan ketika itu) dan pengurusan tertinggi Maybank.

Kesan dari skandal ini dan banyak lagi skandal-skandal lain yang masih belum terjawab, maka saya berpendirian bahawa kerajaan Malaysia yang memerintah sekarang ini tidak lagi relevan dan Malaysia memerlukan sebuah kerajaan baru yang lebih bertanggunjawab.

Oleh yang demikian, perkembangan politik masa kini yang menjurus kepada perubahan kerajaan dan penambahbaikan pentadbiran kerajaan adalah sangat relevan!

Jangan salahkan rakyat!!

dinamo said...

saya kurang arif tentang selok belok ekononi.pada saya sudah memadai jika ada kerja dan gaji yang sesuai dengan diri saya untuk meneruskan kehidupan seharian.saya bukan jenis yang berbelanja mewah.

namun pelik kenapa Maybank boleh terlibat dalam hal BII.mungkin ini kerja "sesetengah orang" dalam kerajaan atau Maybank.

harga minyak pula dah turun.berita baik buat pengguna dan nightmare buat peniaga-peniaga.sudah tentunya pengguna mahukan harga barangan untuk turun sama dan sudah semestinya peniaga akan kata mereka tak dapat turunkan harga barangan dalam masa terdekat kerana untuk menampung kos yang dtelah dikeluarkan sebelum harga minyak turun.

peniaga boleh menurunkan harga jika mereka telah dapat dapat semula kos yang telah dikeluarkan.jangan ambil kesempatan letak harga mahal walaupun harga barangan sudah boleh diturunkan.

My Raison D'etre said...

Datuk,

Spot on. Tapi macam tak pernah di endah (atau diremeh temehkan) oleh semua Pembesar negara.

Kalau ada masa jengoklah nukilan saya mengenai Bail Out US700 billion dan Hutang yang melimpah . cuma suara hati yang pastinya Pembesar-Pembesar tidak ambil pot (if I may: to coin a Kedahan phrase) sangat.

Wasalam.

nisha said...

sikit komen tentang Najib.

diatas kertas memanglah nampak mudah perjalanan Najib menjadi PM kerana yang diperlukan hanya Abdullah untuk meletak jawatan dan dia untuk menjadi PM seterusnya.

namun off the record,pelbagai hal yang terjadi terhadap dia kini boleh membantutkan kenginan dia untuk menjadi PM.Atlantuya,isterinya Rosmah,skandal kapal selam dan yang terbaru sekali adalah Eurocopter.

siapakah dalang yang mahu mengenakan Najib?saya tidak mahu meneka siapa tapi sememangnya orang itu mahu Najib untuk berundur dan jatuh macam cempedak busuk.

untuk baca serba sedikit tentang hal eurocopter,klik di Shady hell deal.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Saya ambil kiraan mudah untuk membandingkan turun naik harga minyak tempatan dan dunia.

Apabila light sweet crude mencecah USD70, harga petrol tempatan dinaikkan dari RM1.62 kepada RM1.92.

Apabila light sweet crude mencecah USD125, harga petrol tempatan dinaikkan dari RM1.92 kepada RM2.70.

Saya abaikan kenaikan light sweet crude selepas itu kerana tiada kenaikan dalam harga petrol tempatan.

Dalam tempoh seminggu ini, harga light sweet crude bergerak antara USD77 dan USD84. Kita ambil nilai tengahnya USD80.5.

Pada hari ini pula petrol tempatan di turunkan kepada harga baru iaitu RM2.30.

Antara USD70 dan USD125, USD80.5 berada pada paras 19% (atau turun 81%).

Antara RM1.92 dan RM2.70, RM2.30 berada pada paras 49% (atau turun 51%).

Kenapa tidak selari pergerakan kedua-duanya? Banyak bezanya antara turun 81% dan turun 51%. Apatah lagi apabila perbezaan ini ditanggung oleh pengguna langsung dan tidak langsung.

Baru dua hari lepas, diumumkan dikaca TV, jika harga light sweet crude mencecah USD72, petrol tempatan akan dikembalikan ke harga RM1.92.

Tiba-tiba semalam diumumkan penurunan 15 sen. Siapa yang flip flop ni, Menteri Kewangan lama ke baru?

Kurangnya perancangan (dalam kes ini, kurangnya pematuhan kepada perancangan) menjadikan keadaan lebih buruk.

Tentunya pengeluar dan peruncit sukar untuk menurunkan harga kerana tidak yakin dengan usaha kerajaan. Kejatuhan seterusnya dalam indeks komposit menjadi bukti tak langsung tentang tahap keyakinan dunia perniagaan terhadap ekonomi negara.

Semalam juga Utusan Malaysia mewartakan, sebagai berita utama di halaman depan, Anwar yang kembali ke dewan parlimen selepas 11 tahun di boikot apabila sebahagian besar MP dari BN yang menghilangkan diri.

Dalam situasi lain, ini adalah biasa. Malangnya ia berlaku semasa usul belanjawan 2009 sedang didebatkan.

Ini berbeza sama sekali dengan kehadiran semasa usul tidak percaya terhadap PM dibawa ke dewan tempoh hari. (Bertentangan dengan kenyataan PM yang mengatakan Anwar suka bercakap kosong).

Ini meyakinkan saya, situasi politik lebih mengambil tempat berbanding isu ekonomi. Sekurang-kurangnya di Parlimen.

fendy_ahmad said...

Salam Dato' dan pelayar semuanya,

Saya gusar juga diwaktu para penggiat UMNO berusaha sedaya upaya 'berpolitik' di musim-musim pemilihan / pencalonan ini, maka masing-masing yang berjawatan di dalam Kabinet juga di peringkat negeri "TERALPA" pada tugas mentadbir negara / negeri ...

Dato' ....

Terima kasih pada Berita Publishing sebab terbitkan CHE DET dot COM dalam bentuk buku...

Saya dah membelinya...

Buku Dato' PRU 2008: Rakyat Sahut Cabaran juga dah lama saya dapatkan..

Walaupun di Internet boleh dibaca percuma, tapi baca dalam bentuk buku lagi puas nikmatnya :)

Salam !

-WADAH- said...

Apabila politik dipolitikkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramai yang mengatakan bahawa kalau nak buat apa pun kena ada kabel. Nak menang tender kena ada orang dalam. Hatta nak minta kerja tak kira sektor apa pun kalau boleh kena ada kabel. Budaya politik mempolitikan ini telah menjadi weltenschuung rakyat Malaysia.

Sebab itulah, pernah penulis tulis ketika Ramadhan dahulu, bulan puasa tahun ini paling pelik. Politik mengatasi segala-galanya. Orang berbicara tentang politik selepas tarawih atau ketika mengeteh di kedai mamak, atau sedang menyantap moreh. Itu yang sampai tengah bulan puasa pun boleh pergi melawat Taiwan nak "belajar pertanian" atau yang tunggu detik 12 tengah malam buta nak menyambut hari Malaysia. Itu bulan puasa. Bulan yang dulunya pemimpin PAS pernah tegaskan "jangan ngumpat jangan mengata orang!"

Masa raya tak payah ceritalah. Tak ada cerita politik nak cerita apa? Isu semasa terlalu menarik untuk dibincang sampai semua rumah yang diserbu, ada sahaja cerita isu semasa yang hendak disembangkan. Politik juga yang jadi penyeri raya.

Tetapi, penulis akui, memanglah politik yang kita senang dan seronok bincang. Seronok dok hentam orang sini, hentam orang sana. Tak gitu? Orang ini dikata Pak Mentua, orang ini dikata Pak Turut, orang ini dikata bakal PM, orang ini dikata bakal TPM, orang ini dikata PM menunggu...

Kadang kala kita buat-buat tak ingat yang ekonomi, hubungan antara kaum, pendidikan juga main peranan dalam kestabilan negara. Penulis kira, memang tepat kalau kita sekarang berusaha untuk lindungi ekonomi negara.
Wassalam

abikhsan said...

Ekonomi Malaysia memang teruk kerana diurus oleh orang yang tidak telus dan jujur atau dalam bahasa kasarnya 'bangang'.

Banyak statement yang dinyatakan oleh pemerintah ialah pasal DSAI menyebabkan pelabur takut dan juga krisis ekonomi US.

Para pemimpin/ pembesar sibuk dengan pemilihan Timbalan Presiden dan Naib Presiden, manakala kem satu lagi sibuk untuk form new government.

Maka rakyat marhaen macam saya inilah yang terkial-kial dan terkangkang untuk meneruskan hidup.

Berbalik kes Eurocopter, walaupun surat tersebut telah dimajukan kepada BPR dan Audit Negara, namun tiada pula statement dari BPR kata akan menyiasat dan sebagainya.

Contoh klasik di sekolah anak saya (sekolah kebangsaan je), apabila setiap kelas dilengkapkan dengan built in LCD projector untuk memudahkan pengajaran Math dan Sains dalam BI. Rasa bilik darjah macam setaraf dengan dewan kuliah U. Tapi tak boleh digunakan walaupun lebih setahun dipasang. Alasan dari pihak sekolah ialah kabel pendek dan kontraktor utama telah habis kontrak.

Equipement jadi gajah putih. E-mail telah dihantar ke pihak sekolah dan isu ini telah dihighlight dalam mesyuarat PIBG namun tiada tindakan. Saya tidak menyalak dari luar dan guna saluran betul untuk maklumkan kepada pihak sekolah.

Saya 'berpesan' kepada Guru Besar sekolah berkenaan agar maklumkan kepada pejabat pendidikan atau saya akan laporkan kepada pihak berkusa. Saya tak mahu ia macam kes pemasangan ASTRO di sekolah tapi tak digunakan sepenuhnya. Saya terkilah as a tax payor, duit kita telah di'longkang' kan.

Ini adalah contoh klasik bagaimana isu seremah di atas tidak boleh diselesaikan apatah lagi isu makro dan global.

kluangman said...

Di sinilah kepintaran Dolah mewariskan negara kepada Najib untuk menanggung segala skandal dan bebanan ekonomi dan ketidakstabilan politik kesan dari pentadbirannya yang kononnya lebih terbuka dan telus.

Menjadi pelik pula, apabila semua ini dikatakan diwariskan oleh Mahathir seolah olah Dolah itu suci dari kesilapan dan kesalahan.

Bercakap tentang kegawatan ekonomi dunia yang sudah melanda tetapi dikatakan 'masih selamat pada tahun 2008' ini oleh Najib menyebabkan kita merasa gerun kerana seolah olah gambarannya Najib masih menerima nasihat dari pihak yang 'sama' menasihati Dolah yang selalu menjanjikan kepada rakyat, ekonomi kita ok.

Dalam keadaan harga petrol yang turun tetapi tidak diikuti dengan harga barang dan tidak ada pelan2 besar dan ketara seolah olah kita memang tidak akan dilanda kemelesetan. Kerajaan dikatakan akan hanya meneruskan dasar belanjawan yang telah dibentangkan baru baru ini tanpa pelan alternatif lain untuk menghadapi kemelesetan ekonomi 3F.

Kerajaan lebih menggunakan perkataan dan tindakan 'memantau' dan bukannya mencegah. Dan rakyat perlu gunakan 'tunggu dan lihat' sebelum melopong dan bermasalah.

Kerajaan lebih suka merawat apabila ada masalah untuk menampakkan kerajaan perihatin dan bertindak, semuanya akan digunakan dan dieksploitasi untuk political mileage.

pekan dun said...

Salam dato' saya dah tak hairan dah dato! apa sahaja yang melibatkan antara kita dengan singapura kita pasti tewas di era ni... hm pantai holding,pembatalan jambatan bengkok,ambik wartawan singapura,pulau batu putih..dan macam2 lagi lah..itu yang kita tahu je la....macam saling berkait je

Hartini Omar said...

dato',

-isu ekonomi negara ni dah jadi macam rendang yg diulam dengan ketupat dalam rumah2 terbuka. pergi la mana pun, mesti orh heboh duk cerita. itu tandanya org malaysia ambil tahu pasal negara. malah mungkin lebih alert dr sebahagian pembesarnya

ekonomi negara nampak mcm ok (mentri kewangan pun ckp ok), sebab kesan kejatuhan ekonomi dunia tu lambat dirasakan di negara kita. nanti time2 ekonomi amerika dah nak pulih semula, barulah kita terasa tempiasnya

isu maybank beli atau 'terbeli' atau 'terpaksa' beli BII pun dah jadi mcm cerita cerekarama dlm open2 house di musim perayaan ni. seronok dgr org bercakap itu ini. kurang2nya, dapatlah lupakan sekejap isu politik yang berakar umbi..

bercerita tentang politik saja lah org boleh melupakan musuh2nya dan duduk semeja. nah Dato', itulah rahmatnya rumah2 terbuka

Sukj said...

Datuk,

Selepas ini kita boleh lihat:

1) CIMB take over Maybank
2) AirAsia take over MAS(Mana ada sistem)
3) DRB take over Proton

Maka selepas itu kita akan lihat Pakatan Rakyat(PR) take over BN.

http://suarasukj.blogspot.com

mad said...

saya amat bersetuju dengan pendapat ultramalay. saya bukanlah penyokong pembangkang ataupun bn tetapi melihat prestasi kerajaan 2 dekad ini dan lebih-lebih lagi akhir2 ini, kita sememangnya perlu memilih kerajaan baru. terlalu banyak korupsi dan salahguna kuasa diperingkat tertinggi kerajaan. ada pula kes-kes mahkamah berprofil tinggi yg dibuang kes. bagaimana pula kesudahan hasil siasatan suruhanjaya diraja terhadap kes video lingam yg sehingga kini belum ada individu yg dihadapkan ke mahkamah. kita perlukan kerajaan baru dan bersih untuk menangani krisis ekonomi negara sekarang. selagi kerajaan yg ada sekarang memerintah saya tak dapat melihat ekonomi negara akan pulih dalam masa yg terdekat. nasib baiklah majoriti rakyat condong kearah perubahan tampuk pemerintahan seperti yg dapat dibaca dalam blog2 dan dalam keputusan pr12 lalu.

Brahimnyior said...

Dato' sembang apa dengan kenalan lama di sana, tulislah, dan buat rumusan berdasarkan pandangan Dato'. Tentu banyak cerita menarik untuk dikongsi bersama kami pula.

ChengHo said...

tolong tanya Dsai mengapa USA and Europe mengikut model Malaysia 'bail out'

Damansara said...

Dato', pemilihan pemimpin yang betul juga dapat membantu secara langsung keatas kestabilan ekonomi negara kita.

Kestabilan politik terutamanya didalam parti pemerintah amat kritikal terhadap keyakinan pelabur dsgnya.

Masyarakat Barisan Nasional mempunyai peluang untuk membantu negara melalui pelbagai pemilihan parti di peringkat nasional.

Terpulanglah kepada mereka samada nyawa negara kita cukup penting dan kritikal didalam keputusan mereka.

Atau mereka masih membuta hati dan terus berpolitik.

Anonymous said...

Dato'

Dari pengamatan saya orang Malaysia tak yakin dengan kemampuan sendiri. Sebagaimana krisis 1997/98 dulu kita menghadapi saat yang getir dimana berlaku 'capital plight', rakyat-rakyat Malaysia mengeluarkan simpanan mereka untuk simpan di luar negara termasuk di Singapura. Ini disebabkan dasar Menteri Kewangan ketika itu memendekkan tempoh NPL bank kepada 3 bulan (jika tak silap) menyebabkan hutang ragu bank meningkat dengan mendadak. Inilah akibatnya apabila menerima nasihat daripada pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas kejatuhan ekonomi Malayisa.

Tetapi keadaan sekarang (capital plight) ini mana berlaku, sebagaimana dakwaan bekas Menteri Kewangan. Apa yang berlaku sekarang ini kerajaan negara-negara maju dalam usaha untuk menangani krisis kewangan dunia terpaksa memilikan negara (nationalise) bank-bank bermasalah, sedangkan sebahagian besar institusi kewangan Malaysia adalah merupakan GLC.

Ia jelas menunjukkan Kerajaan telah mengamalkan dasar-dasar yang praktikal dan jitu. Kita mempunyai kepakaran yang cukup untuk menghadapi kemelesetan ini jika ianya berlaku.

kmn

anak UMNO baru. said...

Dato K.

Saya amat tertarek sekali ulasan Dato tentang pembelian BII oleh Maybank.Khabar angi amat kuat sekali di Singapora dan Jakarta bahawa dalam Pembelian BII ini ,kaum kerabat Menteri kita .terlibat dan mendapat commission besar dari Temasek.Saya tidak percaya kerana Temasek tidak akan terlibat dengan rasuah.Ini syarikat Kerajaan Singapora.

Sabenarnya,salain dari block saham Temasek ada beberapa blok saham lagi yang di beli oleh Maybank.Ini termasok blok saham sabanyak 16.5% yang di beli

salepas oleh Maybank dengan harga 1.35 billion ringgit.

Harga saham BII sabelum di ambil aleh oleh Maybank hanya lah sekitar 150 rupiah dan kita boleh beli saberapa banyak yang kita mampu kerana modalnya besar sekali.Pada pandangan saya ada orang yang mahu mengunakan Maybank untok membeli saham ini telah membeli saham BII di pasaran dengan harga yang murah dan kemudian menjualnya kapada May Bank dengar harga 500 rupia.Dengar khabar ramai kawan kita di bank negara pun ada tumpang sekaki.Sekarang ini terjawab lah soalah kenapa Tan Sri Amir Sham,bekas CEO MayBank di lantek menjadi menteri.

Sawaktu Pak Lah menjadi PM dua transaksi telah di buat yang melibatkan harta milek PNB,ia itu pengabongan Syarikat Guthrie dengan Sime Darby dan pembelian Maybank di Indonesia.Kedua2 tramsaksi ini,melibatkan nilai berbillion ringgit dan kedua2 transaksi ini tidak menguntongkan PNB.Rakan saya di PNB mengeloh besar.Ia amat bibbank yang PNB mungkin sudak tidak ada wang untok membayar dividen.

Waktu Mahathir menjadi perdana menterio dan Daim menteri kewangan,dua institusi yang Daim tak berani sentoh.ia itu Petronas dan PNB.Waktu Pak Lah menjadi PM,orang2nya dana kaum kerabatnya tidak mempunyai had dan limit.

Dato.satu lagi transaksi yang Dato tidak timbulkan di sisi ia lah pembelian Heli ,EuroCopter oleh MINDF.Dalam Malaysia kini ada di siarkan bantahan yang keras di buat olek Kapten Zahar berhubong dengan pembelian itu yang banyak tanda tanya.Pembelian ini juga dibuat secara terburu buru.Dengar khabar syarikat yang mendapat kontrek ini ada hubongan dengan keluarga Menteri kita.Ia nya merupakan salah satu golden handshake.

Dato,saya setuju bahawa Najib perlu membuat banyak keputusan yang tidak popular jika ia mahu mebaiki image kerajaan,UMNO dan BN.Tahi yang di tinggalkan untok Najib mencuci amat lah banyak dan busok.

Singapora merupakan Negara yang amat sensitive dengan meltdown Pasaran Kewangan Dunia.Ia mempunyai data yang detail akan bencana yang akan datang.Ia tak malu mengakui bahawa Singapora akan mengalami Recession.Greenspan,Willian Buffet,Soro semua mengakui yang Dunia mengalami recession.Pak Lah dengan lantang mengatakan yang kita Malaysia tidak mengalami Recession.Kita akan mencapai kadar pertumbohan yang di predicted.Dengan kenyataan ini,sudah sah yang Pak Lah memang lah Bengong kata orang Kedah.

Dalam Bugget kita harga minyak kita assume 100 US per barrel.Sekarang harga minyak US 80.Harga Kelapa sawit jaotk kapada RM1700 dan Getak tinggal RM3 rgt sakilo.Ini bermaana tahun 2009 kita akan menghadapi shotfall dalam revenue dan kutipan cukai.Bagaimana nak membangun koridor koridar pembangunan.

Dato,keadaan Ekonomi Malaysia amat kerital.Najib perlu mengambil aleh Kerajaan salewatnya Jan ini dan melantek ahli2 kabinet baru.Ia tak akan boleh tunggu sahingga Mac.

Saya harap Najib tahu prority yang ia perlu tumpukan.Saya ingat tak payah lah kita rush sangat nak jalankan refomasi Kehakiman,Polis dan ACA.Kaji betul,kenapa kita harus serahkan kuasa Perdana Menteri kapada orang lain.ini kerja bodoh.

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

kesan dijangkakan lbh teruk dr krisis 10thn dulu tapi dsn dan regim be end kata "kita ok"!!! mmg la depa yg ok..duit anak cucu 7 keturunan pun tak habis!!!ini nak tambah lagi dengan skandal heli dll

skandal maybank dan skandal lain2 akan hanya org yg mcm kita shj yg tahu dan mahu ambil tahu, pembangkang terjerit terlolong kat dewan pun rakyat kebanyakan tidak akan dpt dengar inilah dasar regim be end...memperbodohkan rakyat, menyekat selagi boleh

kalau pun cara tdm dulu itu berjaya, beliau pun sekadar try and error..alhamdullilah kita berjaya, tapi kalau tidak berjaya tempoh hari bagaimana!!!siapa yg menanggung kesannya,tentulah rakyat yg dibwh2 ini tdm tak rasa apa2 pun, so jgn la DAKJ taksub sangat..ini semua ketentuan A L L A H

harapan rakyat hanya ingin melihat malaysia ini bangkit dan setanding dgn negara2 maju yg lain, tidak lagi mahu mendengar pemimpin2 yg rakus merompak menindas memijak kepala2 rakyat dibawah ni...

berpijaklah dibumi yg nyata jgn menipu dan mengula2kan kami lagi

HAMBA ALLAH

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas.

Sejak kebelakangan ini, kerusi PM boleh dikatakan/dilihat sebagai ‘hot seat’. Tetapi apa yang membuatkan saya pelik adalah mengenai terdapat ramai pihak yang mengidam untuk duduk atas kerusi itu walaupun ianya “panas”.

Samada dari dalam UMNO mahupun dari parti-parti komponen, malah dari pihak pembangkang sekalipun – ramai yang mengejar atau menyimpan cita-cita untuk duduk atas kerusi panas ini.

Yang menariknya juga, apabila terdapat nama-nama yang dikatakan/dilihat sebagai “berpontensi” untuk menduduki kerusi tersebut, belum pernah saya dengar nama-nama tersebut menolaknya. Semuanya rasa semacam layak dan seolah-olah mempunyai “punggung besi” untuk menahan kepanasan kerusi tersebut.

Apakah yang menarik sangat di sebalik “kerusi panas” ini?

Mungkin bagi mereka-mereka yang pernah menduduki kerusi panas itu dapat menjawab soalan ini, kerana mereka arif dan paham mengenai tanggungjawab serta “risk and return” nya. Tetapi bagi mereka-mereka yang belum pernah, apakah jawaban mereka pula? Sebagai rakyat biasa, saya rasa kita berhak hendak tahu juga.

Majority rakyat di negara kita ini tidak mendapat “privilege information” mengenai latar belakang calon-calon atau pun polisi-polisi yang bakal dilaksanakan oleh calon-calon tersebut. Tidak seperti di Amerika Syarikat mengenai kempen President mereka, kita di sini banyak bergantung kepada recommendations Perdana Menteri di dalam memilih the next candidate yang berkaliber sebagai pemimpin. Jika pilihan PM tersebut tepat, maka akan prosper lah negara ini tetapi jika tidak, kacau bilau nanti.

Soalannya sekarang, apakah justifikasi the outgoing PM memilih de facto PM sekarang? Sebab terdapat ramai ahli UMNO mengatakan demikian kah atau ada sebab-sebab lain? Atau adakah ianya disebabkan TDM dahulu pernah mengesyorkan demikian? Apa pula justifikasi TDM?

Sebab itulah agaknya terdapat banyak pihak cuba memberi nasihat kepada de facto PM sekarang ini. Ada nasihat yang baik tetapi tidak kurang juga yang seakan ingin jadi “nujum pak belalang”. Yang “sour grapes” pun ramai juga mengemukakan alasan yang “too far fetched” – menyalahkan pihak itu dan ini lah sehingga menggunakan alasan yang tidak masuk akal.

Disamping itu, “character assassinations” juga sudah mula tersebar dengan meluas. Seakan-akan cuba membuka semula ruang untuk menduduki kerusi panas tersebut. Macam-macam.

Ini semua menunjukkan bahawa expectations rakyat terhadap criteria the next PM telah berganda-ganda tingginya sekarang ini. The next PM simply cannot fail anymore. The “long gone” benchmark needs to be met if cannot be surpassed. There are too much at stake especially at times of economic uncertainties now. The people are watching and judging.

As for scandals, whether sex or whatever...please just leave no stones unturned. Big fish, small fish....kalau ada kes, semua kasi tangkap. Dah muak nak dengar dah. Tak jadi kerja dibuatnya.

Saya hanya boleh berharap dan berdoa agar pilihan yang dibuat oleh “the privilege few” ini tidak menjadi pilihan yang salah. We need to pick up all pieces and move on at faster rate.

Azman Mohd Isa
Shah Alam

Roti Planta said...

Dato'

Orang kampung dah tak macam dulu2. Kalau dulu kalau kerajaan rugi puluhan juta (seleweng atau lemah atau songlap) meraka kata tak apa ler, bukannya duit aku. Tapi sekarang mereka faham kesan kerugian tersebut kepada mereka. Jadi pemerintah tak boleh dok bermarajalela lagi. Dok buat propoganda dalam media pun orang kampung dah tak berapa percaya.

Harga minyak naik mereka marah, barang naik mereka marah tapi bila minyak turun kenapa mereka tetap marah?... kerana barang tetap tidak turun dan kehidupan susah akan berterusan.

Jadi skandal Maybank ke, skandal Pantai Holding ke, skandal Eurokopter ke....buat ler sementara anda ada kuasa tapi ingat rakyat akan 'mengajar' pemerintah di PRU akan datang!. Pengajarannya bukan hanya tukar pemimpin tapi tukar tempat tidur pemimpin ke bilik 8x8 bertirai besi.

Bye/roti planta

ain said...

Dato' AKJ,
Terima kasih atas 'kuliah' Dato' tentang ekonomi semasa. Terbukalah sikit pandangan warga kampung macam saya ni. Biasanya bagi saya dan rakan sekampung 'ekonomi' bermaksud 'berjimat'. Ada nasi ekonomi, ada coach keretapi kelas ekonomi dan benda-benda lain yang berkaitan dengan berjimat. Hingga ada yang berjimat menyebut nak 'ekonomi' sikit.

Sekarang ni memang terasa sangat tentang peritnya mengawal wang. Kalau keluar rumah membawa sekeping wang RM50 belum pun cukup benda yang nak dibeli, wang dah habis. Tertanya-tanya juga di hati; wang jadi kecil kah atau barang terlalu mahal. Ternyata bahang kenaikan harga barang paling terik selepas kerajaan KITA semak harga minyak. Sekali dah naik janganlah HAIRAN (wahai PM, teringat pada Sdr Azizi Abdullah) jika harga barang tak turun. Yang pasti turun hanya hujan dan pemanjat kelapa sahaja.

Zainal Ariffin Ashari said...

Datuk,
1.Mungkin penyiasatan terhadap Maybank boleh dijawap Senator Amir Sham sebagai permulaan.
2. DSAAB telah mula sedar kealpaan beliau semasa memerintah, banyak yang ingin beliau lakukan didalam masa yang singkat ini.
3. Saya mendengar tentang Tabung Azan, ada cara tak untuk menyumbang? Ada sesiapakah yang tahu?
Salam

anakbuah said...

Dato' dan Sdr/i,

Pelaburan yg strategik dan berdaya maju seperti Pantai Holdings atau M.V. Agusta dahulu, kita jual. Yg untung berlipat ganda, "orang tengah". BII yg bakal merugikan, kita beli. Yg untung berlipat ganda, ironiknya, Temasik Holdings.

Pihak Maybank tahu diperangkap tetapi seolah-olah sengaja menjerumuskan diri! Seperti kata Sdr ultramalay, para eksekutif tertinggi Bank Negara, Maybank dan Kem. Kewangan (Menteri Kewangan sendiri) ini bijak2 tetapi dlm bab fiasco (korupsi?) seperti BII ini, mereka seperti badut, digelak sambil menelanjangkan diri - bahlul (mengambil kata lawak arwah P.Ramlee dlm filem2 beliau). Maaf Dato' kerana tidak jumpa perkataan lain yg lebih sesuai. (Dengar juga khabarnya Zeti mahu meletakkan jawatan sebagai Gabenor BN baru-baru ini.)

Dan korupsi, bailout dan salahguna kuasa bernilai bejuta malah berbilion begini bukan suatu yg lawak. Lihat saja list "Corruption Scandal in Malaysia" dan bayangkan berapa banyak wang yg telah melayang dan hangus. Itu tidak termasuk skandal Scorpene, Sukhoi dan yg terbaru, BII serta Eurocopter.

Kita bertanggungjawap merubah semua ini dan tidak boleh tunggu-dan-lihat lagi. Sudah sampai masanya kita memerlukan kerajaan baru yg lebih baik.

Anonymous said...

Salam dato',
Episod Maybank-BII adalah manifestasi kelemahan kepimpinan melayu dalam mengahrungi kerencaman dan kecanggihan ekonomi dunia hari ini. nampak gayanya kepimpinan melayu terus menerus diayam2kan oleh singapura dari kemerdekaan singapura sampilah isu BII. Otak kita masih otak kampungan sebab malas belajar (spt terbukti dlm dean's list di ipta). Satu lepas satu setiap kekayaan dan pusaka bangsa kita gadaikan ala pak kadok yg menang sorak tapi kampung tergadai sambil kain terlondeh. Hanya satu saja lagi bastion org melayu... kembali kepada islam. Org melayu kena tolak pemimpin yg tidak cenderung kpd islam. Pemimpin yg cenderung kpd budaya lagho akan membawa melayu menjadi bangsa melarat, mengemis di tanahair sendiri...ramai tapi macam buih aja.. Sedikit demi sedikit bangsa melayu terpinggir dlm arus ekonomi malaysia (segan nak sebut arus ekonomi global) akibat kelekaan/apathy akibat dodoian yg dibackup kerajaan pemimpin lagho. Wujud kelas menengah dan atasan melayu yg sebenarnya parasit bangsa. Baca cara bodoh saja kita boleh agak tentu ada org (baca barua) melayu yg dapat untung dlm episod Maybank-BII tu. Bolehkah kes ini disiasat hingga ke akar umbi dan petualangnya diambil tindakan? Boleh kalau kita bertindak cara islam; tak boleh kalau ikut cara UMNO..begitulah biasanya. UMNO tak mampu melakukan rektifikasi kerana udah parah dengan kanser rasuah politik...
Kepada allah berserah...
Pak Hj JB

slyderrose said...

Nak tahu sikit bail out yg US nak buat itu untuk syarikat kroni Bush ke? atau sebaliknya?. Apa yg saya tahu mahathir bailed-out syarikat kroni. Dan itu yg Anwar tentang, bukan gitu?

Bung Karno said...

Sebelum umum pengunduran Paklah dah dapat komitmen dpd Najib :

1) jangan ungkit pasal Maybank beli BII ;
2) sign setuju projek Eurocopter ;
3) tolong jaga KJ.

Najib kata yes, yes, yes..

Penasehat Pak Pandir said...

Dato Kadir,

Saya amat tertarek sekali dengan nasehat yang Tuan berikan kapada najib.Najib akan menghadapi cabaran yang besar salepas mengambil aleh dari Pak Lah kerana keadaan Ekonomi dunia turun menjunan.Pak lah memang saorang yang betul bodoh sombong dan nanpak sangat yang ia memang tak faham soal ekonomi bila ia mengatakan Ekonomi Malaysia maseh sehat.

Najib perlulah bersikap tegas dan bersedia untok menjadi Pemimpin yang tidak popular jika ia mahu membaiki imega UMNO dan BN dan mengukohkan lagi kerajaan.

Nasehat2 saya untok Najib ada lah saperti berikut;

1-Ia mestilah memulakan perbersehan dari rumahnya dahulu.Dala bilek isteri tersayang ada banyak benda2 yang boleh membawa syarik.Semua patong2 Budda,Hindu,Hindu Bali,Dayak dari Pontianak perlulah di buangkan.Dan Tolong lah jangan lagi percara dengan Bomoh,Sami,Pawang,Fungsui Master.Allah itu maha Berkuasa can cukup saja kita menyerahkan diri kapada nya.Mengikut nasehat Nabi Ibrahim kada anaknya,"jikalau pintu rumah kita dah rosak gantilah ddengan pintu baru"Semua orang tahu yang Najib tak dapat mengawal isterinya.Jangan takut bini najib kalau tidak susah nak jadi PM yang effective.

2-Kabinet perlulah di rombak dengan segera.Tak boleh menanti sahingga bulan Mac kerana keadaan ekonomi dan Negara yang merunching.Jangan takut mana2 menteri yang dah jadi deadwood gantikan dengansegera.Menteri yang perlu diganti dengan segera ialah Menteri Kewangan Kedua and mamak gangs.

3-AG Perlu diganti dengan segera untok mengembalikan kredibility dalam kerajaan.AG yang baru mesti lah di pileh deagan teliti.Dengan kata Dato Shafiee telah mula melobi untok menjadi AG.Mintak simpang lah Najib.ianya juga termasok dalam mamak gang.

4-Ketua polis perlu diganti dengan segera jika kita mahu pasokan polis lebeh effective dan di hormati.Sunggoh pun kontrek nya sahingga tahun hadapan,ia perlulah di tamatkan dengan segera.Kita mesti mempunyai IGP yang mempunyai kululusan yang tulin dan buka degree yang di celup.Barisab pengurus pelapis juga perlu di nilai samula.

5-Ketua Perhubongan UMNO di lima negeri,Kelantan,Penang,Perak Selangor,N.Sembilan,W>P.perlu di tukar deagan segera.Jika kita serioys untok menawan samula dalam pilehan raya ke 13.

6-Ketua ekesitive GLC perlu diganti samula terutamanya dalam syarikat berikut,Malayan Banking,Tenaga,PNB,Khazanah,Proton.Telekom dan Media Prima.Kalimulah perlu di berhenti dengan segera dari NST.Saya cadangkandi lantek Kadir jasin atau Johan Jaafas sabagai pengantinya.Kebankan CEO GLC di lantek oleh Tan Sri Noor dan kebanyakannya substandard.Head bigger than Brain.

7-Hubongan dengan Singapura,kita perlu lebeh realistik.saya tak setuju jika kita hendak berkeras nak bina jambatan bengkon.bagi saya langkah yang paling baik ia lah kita berhentikan terus perkhidmatan railway ka Singapura.Tanah railways yang 200 ekar itu kita joint ventura deagan Temasek untok di bangunkan.

6-Dalam menghadapi kawan kita dari Sabah dan Serawak kita mestilah berani dan berterus terang.Jika ada yang cakap banyak kita hantar lah mereka kaPeti Sejuk.Saya maseh ingat bagaimana Tun Razak yang bertangung jawab menganti Donald Stephen di Sabah dan temenggong Jugah di Serawak.Ini kerana mereka cubaberlagak lebeh pandai dari PM.

Jika Najib berjaya melaksanakan apa yang saya cadangkan di atas saya kira next election sukar lah bagi PKR,PAS danDAP nak cakap besar.

Salam

Anonymous said...

Abdullah kesal peniaga enggan turun harga
15/10/2008 3:52pm


KUALA LUMPUR 15 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa kesal dengan para peniaga kerana masih tidak menurunkan harga barangan walaupun kerajaan sudah menurunkan harga minyak sebanyak tiga kali.

Perdana Menteri berkata, sepatutnya para peniaga mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi setelah kenaikan harga barangan sebelum ini dikaitkan dengan harga minyak.
...................................

Inilah kekesalan bekas Menteri Kewangan dan masih tak malu pegang jawatan PM terhadap sikap peniaga. Sikap terburu buru kerajaan menaikkan harga petrol adalah sebenarnya punca harga barang naik dan pasti tidak akan turun.

Apa punya bahalol ?? - kluangman

Hang Jebat said...

Salam Dato',

Pembelian saham BII di Indonesia memang sudah lama. Sebelum ekonomi US merudum lagi. Soalannya ialah sebelum keputusan itu dibuat, tidak adakah mana-mana pihak membuat kajian terlebih dahulu? Tidak adakah petunjuk-petunjuk tentang kemungkinan ekonomi global akan merudum?

Saya percaya dan yakin ini semua tidak dibuat. Usul pembelian saham BII tidak pernah dibawa ke kabinet untuk dibincangkan. Keputusan dibuat oleh beberapa 'orang bodoh' yang mempunyai kepentingan peribadi. 'Orang-orang bodoh' ini memang tersangat bodoh!

DS Najib tak boleh tunggu lama lepas ambil alih jawatan nanti. Dia kena terus korek hingga ke akar umbi. DS Najib kena ketepikan perasaan 'terhutang budi', 'kasihan', 'tak sampai hati' atau 'tak tergamak' terhadap kelompok 'orang bodoh' ini. DS Najib kena robust dalam semua tindakan. Cari mereka sampai dapat. Rasanya tak susah pun nak dapatkan kelompok 'orang bodoh' ini. Mereka ada di kawasan berdekatan.

Akhir sekali, berikan mereka hukuman yang seberat-beratnya kerana telah merugikan negara dan seluruh wang rakyat!

cucupakkasim said...

Dato'
sebagai pengulas masalah ekonomi pada masa ini, ingin saya bertanya..,apakah malaysia juga bakal menghadapi situasi yang sama sedikit waktu lagi?? ini kerana iklan-iklan diTV yang kerap bersiaran, menyarankan pendeposit-pendeposit agar mengINSURED deposit kita..,saya okey.., sebab, yang saya ada cuma IC dengan nyawa saja..yang lain-lain laa,kesian kat depa nanti..

berasiam said...

salam Dato' AKJ

Kalau dahulu sekadar ramalan, sekarang ini sudah hampir menjadi kenyataan bahawa tamadun Amerika semakin runtuh dalam tempoh tidak sampai satu generasi selepas Soviet Union menjadi sejarah pada tahun 1990. Surah Ar-Rum mengisahkan bagaimana orang-orang Islam bergembira dengan kemenangan Rom ke atas Parsi dan kemudian empayar Rom sendiri turut kecundang, diikuti dengan kebangkitan Islam. Mungkinkah sejarah itu sedang berulang dan kita berpeluang untuk menyaksi dan sama-sama merasai serta menyertai kebangkita semula Islam sebagaimana yang diharapkan? Sememangnya menjadi kelaziman bahawa keperitan menjadi asam garam sebelum kenikmatan dapat dikecapi. Jika Alan Greenspan sendiri pun tidak yakin dengan pelan pemulihan ekonomi Amerika sekarang, maka kita dapat menjangkakan bahawa ekonomi mereka akan terus tidak stabil dan kesannya akan menular ke seluruh dunia. Maka kita perlulah membuat apa sahaja persediaan yang perlu di peringkat diri sendiri bagi menghadapi situasi yang tidak menentu sambil berharap pemimpin kita juga akan turut berikhtiar perkara yang serupa di peringkat negara.

A KADIR JASIN said...

Sdra Berasiam dan para pembahas yang dimuliakan sekalian,

1. Saya benar-benar berharap para pemimpin kita yang faham ekonomi, kewangan dan pembankan bersatu untuk menangani masalah ini;

2. Jika ditakdirkan Mohd Najib naik menjadi PM, dia wajib melantik seorang yang berkaliber dan berpengalaman menjadi Menteri Kewangan;

3. Mohd Najib sendiri mungkin layak, tatapi PM tidak boleh jadi Menteri Kewangan kerana dia perlu memainkan peranan sebagai orang tengah dan kata pemutus;

4. Hal yang sama saya katakan mengenai Abdullah pada tahun 2003. Sekarang lihatlah masalah yang tercetus akibat PM juga jadi Menteri Kewangan;

5. Mengenai ekonomi AS (Barat), ia tidak akan hancur dan tidak akan dibiarkan hancur.

Ia akhirnya akan dibailout oleh negara-negara yang banyak simpanan asing seperti Jepun, China dan negara-negara pengeluar minyak Arab.

6.Kalau Amerika muflis, mereka akan teruk terjejas kerana mereka memegang banyak bon-bon kerajaan Amerika. Jadi mereka tidak akan biarkan Amerika muflis.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri Pembahas dan pembaca sekalian,

Saya dalam dilema. Saya serba salah. Ramai yang hendak komen. Ramai yang ikhlas hendak beri nasihat dan petunjuk kepada Mohd Najib.

Tetapi bila saya siar, sayalah yang tanggung risikonya. Sayalah yang bertanggungjawab.

Tetapi demi menasihati Mohd Najib dan demi kebaikan majoriti, saya akan pikul risiko itu.

Saya berharap Mohd Najib mengambil yang baik sebagai teladan, yang salah sebagai sempadan. Kalau betul bertindaklah, kalau tidak sayalah yang pertama memohon maaf.

No malice intended.

Mohon simpati dan mohon persefahaman.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdra Slyderrose,

1. Danamodal bailout semua bank -- Melayu, Cina, india tak kira siapa, kecuali Sime Bank yang tak boleh diselamatkan lagi.

2. Danaharta selamatkan bank daripada muflis kerana pinjaman hartanah dan banyak syarikat hartanah Melayu, Cina, India dan GLC akhirnya dapat dipulihkan.

3. Dalam proses itu, banyak juga syarikat yang rapat dengan Anwar dapat diselamatkan.

Terima kasih.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Dato' dan pembahas sekelian,

Sebagai bekas banker, saya boleh jamin yang keputusan besar macam Maybank beli BII, Parkway beli Pantai Holdings, Khazanah beli balik Pantai, beli submarine, kapalterbang dan helicopter tentera, semuanya kena pass through Finance Minister. Siapa Finance Minister masa isu ini semua jadi skandal? Masa zaman Pak Lah.

Bukan Pak Lah saja. Kalau isu perbankan dan pelaboran asing macam Maybank-BII, ECM Libra-Avenue Capital, Parkway-Pantai, Bank Negara pun ada tanggungjawab. Jadi Bank Negara tak nasihatkan Pak Lah ka?

Najib kena siasat balik semua deal yang besar, berat sebelah dan merugikan ini macam di atas itu, busuk-busuk pun for the record agar orang atau pihak yang buat tahi itu tidak lagi dibagi tempat.

Dalam Kabinet ada orang yang tahu hal ekonomi, finance dan banking macam Mustapha dan Muhyiddin atau orang luar politik yang berintegriti macam Tan Sri Mohd Noor Yusuf yang bangunkan CIMB (Bumiputera Commerce) dengan Tan Sri desa Pachee atau Datuk Raja Arshad, bekas partner PWC.

Kita tiru sikit macam PAP di Singapura yang guna kepakaran teknokrat untuk jawatan Kabinet yang teknikal macam finance, science dan technology. Tapi janganlah pilih yang dah tak laku lantik jadi senator lepas itu naik jadi Menteri. Malulah kita

Ex-Banker

kluangman said...

Sebusuk busuk paklah dia umpama daging yang busuk, jika di basuh basuh, direbus semula, cicah dengan air asam, ok lagi.

Itulah peralihan kuasa namanya, Najib diberi seolah olah laluan dan Paklah berundur seolah olah memahami hati rakyat.

Paklah hanya beri laluan apabila 'bangkai gajah' di Kementerian Kewangan sudah tidak dapat ditudung lagi, segala projek lulusan dia dan anak menantunya kini bermasalah dan Najib kena terima semua itu dan 'lindungi' sebagai satu syarat pertukaran dan sebagai habuan Dolah juga akan cuba tutup mana yang patut apa apa jua hal dan kes di kementerian Pertahanan, cuma paklah tidak menjanjikan bahawa segala 'maklumat' itu akan bocor untuk memburukkan Najib dalam laluan berdurinya sebagai Presiden dan PM.

Nasihat BNM terhadap beberapa projek mega kena 'overuled' oleh pakar penasihat ekonomi lulusan darjah 4.

Najib adalah pilihan dan dinamakan Mahathir sebelum bersara merupakan punca segala galanya Dolah tidak berpuashati dan merasakan kebebasannya memilih TPM sebagai PM pada masa itu dibayangi Mahathir. Di peringkat awal lagi Dolah bertindak atas nasihat anak menantunya tanpa memberi keutamaan kepada negara, semuanya bermula dengan marah dan dendam pada Mahathir.

Jika hal hal dalaman seperti masalah politik, rasuah dan perpaduan yang kembali rapuh gagal di tangani kerajaan lembek warisan Dolah. Apakah kerajaan sekarang mampu menangani kegawatan global ekonomi faktor luaran diluar kawalan.

Kita tunggu sahaja kemusnahan kita atas kegagalan kerajaan dan rakyat menunaikan tanggungjawab.

kawan2 said...

Abdullah kesal peniaga enggan turun harga
15/10/2008 3:52pm


KUALA LUMPUR 15 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa kesal dengan para peniaga kerana masih tidak menurunkan harga barangan walaupun kerajaan sudah menurunkan harga minyak sebanyak tiga kali.

Perdana Menteri berkata, sepatutnya para peniaga mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi setelah kenaikan harga barangan sebelum ini dikaitkan dengan harga minyak.


nak naikkan harga senang le, nak turunkan harga bukan mudah,

masalah kat peniaga - produk yang sampai kat diorang stok lama - harga lama, kalau jual harga rendah - rugi laa

masalah kat pembekal, ambik barang dari kilang - harga lama (yang tinggi dulu, macamana nak kurangkan, dah affect margin, nak bayar kos pekerja, transportation dan sebagainya

masalah kat pekilang, ambik bahan mentah dari vendor/supplier harga lama jugak, same story

masalah kat vendor pun sama jugak

perhubungan di antara level-level ni memerlukan transportation, yang dah pasti menentukan perubahan dari segi kos pengeluaran kerana ia adalah salah-satu daripada komponen kos sesuatu produk

the list goes on and on, bukan senang nak suruh orang turunkan harga macam tu je, Pak Lah cuba nak jadi hero dengan buat statement yang shallow tanpa memahami situasi-situasi yang berlaku di bawah.

kementerian yang bertanggungjawab (i.e. Shahrir Samad) perlu buat lebih kerja daripada banyak buat statement sahaja.

mungkin perubahan harga minyak secara bulanan tidak sesuai kerana ia menyusahkan peniaga-peniaga bertaraf SME yang mana turun-naik kos pengeluaran mempunyai impak yang besar ke atas margin mereka. pengeluar besar seperti Bernas dan sebagainya masih boleh menyerap kenaikan kos pengeluaran kerana margin mereka besar dan production volume juga begitu besar.

Anonymous said...

Dato'

Berlakunya krisis kewangan global sekarang ini menunjukkan kelemahan struktur ( structural weakness) sistem kewangan dunia yang 'berat sebelah'(lopsided) iaitu pergantungan kepada kekuatan ekonomi AS. Dengan kemunculan ekonomi China dan negara-negara Asia yang lain, ekonomi dunia tidak perlu lagi bergantung kepada AS.

Saya percaya kesan daripada krisis ini, satu 'new economic order' akan wujud dimana Asia seperti yang diramal akan menjadi pengerak kepada pertumbuhan ekonomi dunia. Persoalan sekarang samada kuasa-kuasa ekonomi Asia bersedia untuk 'dump' dolar AS kepada matawang dunia yang lain. Jika ini berlaku, pusat kewangan utama dunia akan beralih kepada dunia sebelah sini. Peranan Wall Street dan London tak lagi menerima 'weighted' yang tinggi seperti sebelum ini. Ini akan memberi kestabilan kepada sistem kewangan dunia.

kmn

wanzaim said...

Salam Dato AKJ,


Malam tadi ada tengok berita BERNAMA, bakal PM ada sebut kalau kita tak jual saham Augusta, kita akan rugi 1 billion ... mana satu yang betul ni Dato'??

Anonymous said...

Salam Dato', seronok baca komen kali ini Tok! Macam iklan Astro ... macam-macam ada.

Tok dah jolok sarang tabuan Tok. Jaga-jaga, ibu tabuan kalau dah hambat, terjun sungai pun dia kejar Tok. Bahaya. Orang kata Mat Najib bela ibu tebuan.

Tapi saya tabik kat Penasehat Pak Pandir. Dia ni mesti orang lama dan orang dalam pasai dalam bilik Datin Seri Rosmah poun dia tahu. Ini mesti orang dalam yang boleh keluar masuk rumah Mat Najib dan ada ekses kepada Umno dan Kerajaan pasai dia tahu semua pasai AG, IGP, Mohd Shaffie Abdullah.

Masuk akai kalu Shaffie dok lobby nak jadi AG. Bukan ka dia yang bela Rosmah dalam kes saman malu ke atas RPK? Ada udang di sebalik batu.

Pasai Umno saya setuju. Pengerusi perhungan saya Mahdzir Khalid tok sah la dok hemoi. Berenti saja la. Dah kalah malu la sikit. Bahagian pun tok sah la dok calon dia. Kami Umno Kedah dak tolak.

Orang macam Annuar Musa (kelantan), Pak Lah (pengerusi perhubungan Penang), Tajul Rosli (perak) buat malu UMno saja. Busuk2 Khir Toyo pon dia mengaku salah dan letak jawatan. Yang lain tu bukan saja muka tak malu, tapi dok ampu Pak Lah saja. Tu la bala derhaka kepada orang tua.

Ahli Umno Nami

Quick Draw Botak said...

Sdr. A Kadir Jasin & para pengomen sekalian,

Seperti yang diutarakan serta dijelaskan olih Sdr. Kadir, banyak syarikat serta bank-bank yang kena bailout semasa krisis 97/98.

Ini termasuklah syarikat-syarikat kroni-kroni Dr. M dan Anwar Ibrahim! [Mengikut definasi, kroni adalah kawan-kawan. Dan mengikut lumrah, sesiapa yang kita kenal adalah kawan kita! So macamana?]

Ramai kekawan Anwar diselamatkan masa krisis tersebut. Sampai mati pun Anwar tidak akan "acknowledge" tentang bailout untuk kroni-kroni dia!

Inilah Anwar Ibrahim yang dipuja-puja olih segelintir rakyat Malaysia!

Semasa krisis 97/98:

(1) Bailout adalah perlu/wajib untuk memastikan penderitaan rakyat tidak keterlaluan dan negara tidak terjerumus kearah kehancuran.

(2) Bailout tidak memilih bangsa! Samada Melayu, Cina atau India, kerajaan masa itu menolong semua. Cuma media massa yang suka fokus terhadap syarikat Melayu untuk tujuan-tujuan yang hanya diketahui olih mereka.

(3) Syarikat bukan Melayu ditonjolkan seperti YTL "bernasib baik" kerana mendapat banyak "cash" dari divestment yang dibuat sebelum krisis. Bukan kerana mereka teramat bijak tetapi kerana timing divestment mereka (yang tidak disengajakan) adalah perfect.

(4) Ekonomi Amerika dan rakan dagang kita yang lain tidak mengalami krisis. Maka mereka masih membeli barangan dari Malaysia yang murah kerana tukaran wang RM-USD agak rendah. Dengan itu maka, "sumber" pendapatan negara agak "intact". Malah (kalau tidak silap) ekspot barangan termasuk sawit, getah dan minyak banyak membantu Malaysia pulih dari kegawatan.

Sekarang sinario agak berlainan:

(1) Fundamental Malaysia kukuh mengikut para ahli politik. Akan tetapi banyak rakan niaga kita tengah gawat.

(2) Untuk memastikan penjanaan ekonomi kekal, maka fokus beralih kepada domestic consumption. Tapi purchasing power rakyat agak berkurangan kerana inflasi yang tinggi. Maka generation of domestic economy has to come from government projects. Jikalau kerajaan tidak berbelanja untuk menjana ekonomi, siapa lagi yang berkemampuan?

Saya amat berharap agar negara serta rakyat jelata diberi perhatian yang sewajarnya olih para ahli politik. Janganlah (dan sudahlah) ikut NATO! NATO - No Action, Talk Only!

Sekian.

I and Me said...

Scribe,

interesting report: 4% growth
(according to zeti, 5%! said najib, and there is no problem said amirsham?)

Analysts warn of investment slump
By Xin Zhiming (China Daily)
Updated: 2008-10-15 10:54

As the Chinese economy slows, its fixed-asset investment has also weakened, and analysts said it may not pick up in the near term despite the potentially favorable fiscal policies the country has vowed to adopt.

The ongoing global financial turmoil will dampen China's export-related fixed-asset investment, analysts said..

Nominal fixed-asset investment growth in urban areas was 27.4 percent year-on-year in the January-August period, up from 26.7 percent in the same period last year. But deducting the factor of the rapidly rising producer price index (PPI), which gauges ex-factory prices, real growth in fixed-asset investment has slumped.

PPI rose 10.1 percent, an all-time high, in August, meaning the real rate of fixed-asset investment growth could be around 15 percent, analysts said. In August 2007, however, the country's PPI rose by only 2.6 percent.

The Chinese Academy of Social Sciences (CASS) forecast in a book published on Sunday that the country's nominal overall fixed-asset investment growth could be 24 percent for the whole of this year, or about 15 percent in real terms. Last year, real growth exceeded 20 percent.

Moreover, analysts said the slowdown in the global and Chinese economies, coupled with falling prices, may have made people anticipate a "deflationary" cycle.

Many analysts have expressed concern that economic growth could fall below 8 percent next year and the situation may worsen in 2010. And they are now forecasting that inflationary growth may further weaken to about 4 percent by the year's end and it could fall further next year if the current economic growth trend continues.

The "dual fall" in both economic growth and prices may mean the advent of a deflationary cycle, said Dong Xian'an, a macroeconomic analyst with China Southwest Securities.

"If people have the general view that the Chinese economy will continue to slow, it will be difficult to attract investment," Dong said.

The nation's top leadership has become well aware of the situation, with the recently concluded 3rd Plenary Session of the 17th Central Committee of the Communist Party of China pledging to stimulate domestic demand and give more support to tap rural economic potential.

"But it is not an easy job to boost domestic demand in the short term," said Chen Xingdong, chief economist of BNP Paribas Peregrine Securities in Beijing. "Therefore, China still needs to rely heavily on fixed-asset investment to maintain stable economic growth."

Increased rural investment would help shore up the country's investment drive. Given the supportive tone of the CPC Central Committee meeting, the government is expected to raise fiscal investment in both urban and rural areas.

"But I'm not sure how long it would take for this well-meaning policy to be fully implemented," Dong said.

Even if the government would like to pump more capital into big construction projects, it may not be financially capable of doing so.

"As economic growth weakens, the fiscal income of local governments, which rely heavily on the real estate sector, will decrease substantially next year," Chen said.

and

15-10-2008:- Some Gulf syariah banks at peril, says CIMB Islamic

SINGAPORE: Some Gulf Islamic banks could fail as frozen credit markets and slumping property prices take a toll, but government aid should save the industry from a prolonged slowdown, a leading syariah lender said yesterday.

Islamic banks have hardly felt the chill of the credit crisis so far. But some industry experts warn that the US$1 trillion (RM3.5 trillion) industry will not be spared from the fallout as prices of commodities, property and oil slide. All are core drivers of the Islamic financing sector.

Syariah lenders in the Gulf, unlike their peers in Asia, would be harder hit by the credit rout due to their greater direct exposure to the property market, said Badlisyah Abdul Ghani, chief executive of CIMB Islamic Bank.

“The sovereign-backed Islamic banks are very safe and they will be supported by the sovereign if they have problems in liquidity,” Badlisyah told the Reuters Wealth Management Summit in Singapore.

“But for privately owned banks, they would feel some difficulty. Whether or not they’re going to fail is anybody’s guess but the expectation is that some will.”

Sales of syariah bonds, or sukuk, would also be hit, with global new issuance this year seen easing from over US$20 billion in 2007, Badlisyah said.

“You’d probably be lucky to close the year with US$16-$17 billion,” he said, referring to new sukuk issuance in 2008. CIMB Islamic is the world’s top arranger of syariah bonds. — Reuters

nota:

you do not want to read a horror story, Scribe


indigo

Anonymous said...

Dato',

Saranan untuk Najib membersihkan kotoran dan najis yang akan diwarisi dari Pak Lah memang baik. Lebih baik lagi jika terlebih dahulu Najib membersihkan kotoran yang ada pada diri beliau - Altantuya, Saiful The Leewat Boy etc..

-buzz lightmoon-

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Saya jangkakan, jika tiada urus-kerja yang konstruktif dalam isu ekonomi pada tahun ini, tahun depan kita semua akan merana.

Sepatutnya semasa isu sub-prime mula meletus di US dulu lagi kita telah ambil tindakan.

Bagi yang berpendapat kita masih boleh ambil sikap tunggu dan lihat, saya tidak dapat bersetuju dengan anda.

Data terkini:
DJIA (semalam) - 8,577 mata (jatuh 733.08 mata atau 7.87%)

DJIA futures (terkini) - 8,504 mata (jatuh 858 mata atau 9.16%)

BSKL (terkini) - 914.92 mata (jatuh 34.96 mata atau 3.68%)

Sweet Light Crude (terkini) - USD73.24 (Sila semak, baru semalam baru saya berikan data yang harganya di sekitar USD78 ke USD85)

Sawit futures (terkini) - RM1,648 (jatuh RM103 atau 5.89%).

Nota :
1.DJIA adalah indeks bagi saham di US. Pergerakannya mempengaruhi SEMUA pergerakan indeks saham utama diseluruh dunia (termasuk Malaysia).

2.DJIA futures adalah pasaran hadapan bagi DJIA. Pasaran ini berjalan semasa pasaran US ditutup dan bermakna ia bergerak pada malam hari di sana (siang di Malaysia). Ia menggambarkan sentimen pasaran saham US selepas bursa saham US ditutup. Memandangkan ia berjalan semasa BSKL berjalan, ia juga rujukan utama.

3.BSKL adalah bursa saham di Malaysia. Nama sebenarnya terkini adalah Bursa Derivatives Securities Berhad (diniagakan di pasaran saham) tetapi BSKL adalah lebih sinonim. Pergerakkannya menunjukkan reaksi komuniti perniagaan kepada prospek perniagaan di Malaysia.

4.Sweet Light Crude adalah merujuk kepada pasaran minyak dunia (diniagakan di US). Permintaan dan penawarannya adalah bergantung kepada kepenggunaan dalam sektor pengilangan dan konsumer di seluruh dunia sekaligus menjadi satu lagi indikasi kepada prospek ekonomi di seluruh dunia.

5.Sawit futures mempunyai penawaran dan permintaan yang sama dengan pasaran sawit fizikal. Justeru pergerakan harga sawit futures dan sawit yang sebenar adalah seiring. Sebagai antara komoditi yang memberikan sumber pendapatan yang besar, baik kepada kerajaan, sektor perladangan t(ladang dan pengekspor) mahupun pekebun kecil, pergerakan harganya memberi impak yang ketara kepada ekonomi negara.

Pemerhatian kepada 5 indikator ini adalah pemerhatian mudah dan ringkas bagi membaca suasana ekonomi negara. Maklumatnya banyak terdapat di internet untuk semakan dari masa ke semasa. Banyak lagi indikator lain tetapi yang disenaraikan ini sudah mencukupi sebagai asas.

Tidak perlu belajar ekonomi untuk "membaca" situasi sebenar ekonomi negara. Yang penting hanya sikap ingin tahu dan ambil tahu.

Diharap, pembaca semua dapat berhujah dengan lebih baik dengan debat yang lebih berisi. Tidak perlu retorik.

painah said...

Dato',
apabenda yang najib nak siasat mende2 yg Dato' tulis ni ... taklama lagi dia jadi pm dan skrng ni dah jadi menteri kewangan. Semua yg dia idamkan dah dapat. Apabarang dia nak fikir hal2 yg sebelum ni pun dia tak nak amik tahu.

Lagi baik dia fikir bagaimana nak faraidkan harta negara ni pd kroni dia dan kroni bik mama.

Dato', hal rakyat ni hanya layak difikirkan lima tahun sekali. Masa kempen ... Masa ni mintak apa pun pasti dia akan ingat dalam benak dia.

Dato', Ini Malaysia la. Politik Malaysia akan terus macam ni. Bagi mereka fikir bagaimana nak dpt kuasa itu lebih utama drpd menyakitkan kepala fikir pasal rakyat.

Mereka apa nak risau, semua tv dan surat khabar akan terus menjadi lidah pembohong mereka.

APa nak susah susah fikir pasal rakyat ... buat sakit kepala jer.

Anonymous said...

Salam DKJ dan pembaca sekalian.
1. Saya sangat bersetuju agar kerajaan tidak memandang remeh kemelesetan ekonomi yang sedang berlaku.
2. PM dan TPM tidak perlu bersikap menyembunyikan fakta sebenar tentang ekonomi negara dan perkembangan ekonomi dunia daripada rakyat.
3. Kerajaan tidak perlu "berlagak" yakin bahawa ekonomi negara kita kukuh, kental kerana faundationnya kukuh dan tidak akan mengalami kesan buruk @ kesan langsung akaibat kemelesetan ekonomi dunia.
4. Kerajaan seharusnya sentiasa memberi peringatan dan memandu rakyat cara dan langkah berhati-hati yang perlu rakyat lakukan dalam situasi untuk mengurangkan kesan kemelesetan yang bakal dihadapi.
5. Kerajaan wajib bertanggungjawab untuk berusaha mencari dan mengambil langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk membendung negara dari terjejas teruk akibat kemelesetan ekonomi.
6. Sebagai rakyat, saya menyeru pemimpin yang diberi amanah melalui demokrasi untuk memberi tumpuan, kesungguhan, perhatian dalam menangani masalah ekonomi yang melanda.Jagan asyik, kusyuk dengan perancangan dan gerak-kerja pemilihan parti.Kami melihat anda dan kami tidak akan membiarkannya...
afja02.

Anonymous said...

Dato',

Ini hanya kemungkinan.

1. MIC jadi juara pembebasan 5 orang Hindraf dr tahanan ISA. Media utama kerajaan sedang rancak menjalankan peranan. Helah terbaik nak raih sokongan kaum India.

2. Najib Razak akan didakwa berkenaan kes SMS dan pembelian Helikopter. Pak Lah tak jadi resign kerana tiada pemimpin layak untuk jawatan no1. KJ kembali gembira dan berpeluang jadi ketua pemuda.

3. Harga minyak dunia turun tapi harga barang di Malaysia tetap naik. Mana pak menteri yg sepatutnya jaga harga barang? senyap aje.

4. Ali Rustam menang kerusi no2. Ali kata dia mahu parti yg perintah kerajaan dan bukannya kerajaan yg perintah parti. Lepas ni habis la pegawai kerajaan kena terlibat secara langsung program2 UMNO seperti yg berlaku di Melaka sekarang ni. Kesian org gomen di Melaka.

Ini cuma lawak kemungkinan aje. Di Malaysia ni perkara tak masuk akal boleh berlaku dan Kita kata MALAYSIA BOLEH. hehehehe

- Anthony Russel -

sayadahbosan ULTRA said...

Assalamulaikum Datuk

Saya bersyukur kerana diberikan keizinanNya untuk melihat bukti kekuasaan Allah dengan tertimpanya malapetaka kewangan Amerika Syarikat.

Hanya manusia yang buta hati sahaja yang tidak nampak kebenaran yang terbentang di hadapan mata sendiri.

Lihat bagaimana pemimpin SEBENAR menangani masalah negara.

Bukannya pemimpin retorik yang hanya bijak mengapi-apikan isu-isu goblok tanpa ada kesudahannya.

Manusia merancang tetapi Allah yang menentukan.

kluangman said...

Dato', saya dah tatap beberapa gambar menarik TDM beraya di beberapa tempat terutama di rumah bekas setiausaha Pemuda di ampang. Kurus dan mungkin kurang sihat tetapi ceria.

Orang tua tu (Tun) bukanlah hendak apa sangat, sebagai seorang tua dan bertaraf atok, hanya perlu diberi sedikit perhatian dan layanan sewajarnya sudah memadai buat tidak 'berasa' hati. Apa punya bahlol si Dolah hinggakan dia kini berseorangan walau masih berkuasa, apalagi kalau tidak nanti...apapun janganlah kita lakukan kepada Dolah sepertimana dia lakukan kepada Tun.

Kalau Dolah bersalah, heret sajalah dia ke mahkamah secara sopan santun.

donmny said...

TUAN

1. entahlah apa akan jadi dengan negara kita, mungkinkah ini namanya fitrah kehidupan. mungkin hukum alam, setiap abad dan zaman dengan masalah yang tak akan habis-habis.

2. selain masalah ekonomi, agak sangat membimbangkan di mutakhir ini ialah masalah ALAM SEKITAR.

3. pemimpin sibuk berpolitik, tanah digondolkan dengan sewenang-wenangnya di merata tempat.

4. biasanya ekonomi yang merudum akan pulih semula akhirnya, tapi tanah hutan yang digondolkan usianya beratus dan beribu tahun. mana mungkin dipulihkan.

5. kerajaan perlu SANGAT PRIHATIN tentang perkara ini. perlu kementerian yang khusus tentang hutan sahaja. kuasa atas hutan oleh kerajaan negeri perlu difikirkan semula. mungkin ada caranya.

6. ...dan berbagai lagi tentang hutan. kita perlu sangat teliti tentang hal ini. sekiranya tidak, segala dan semuanya hanya dalam lipatan sejarah suatu hari nanti.

Anonymous said...

ASM Dato AKJ,

Mungkin secara kebetulan mereka ni semua sampai pada masa yang sama. Tapi saya gumbira melihat mereka semua yang hebat-hebat duduk semeja. Nanti kita tunggu pula rumah terbuka yang lain.....:) Kesian Pak Lah, dia PM tapi kena raya sorang.

Dorothy

Anonymous said...

Datuk,

Nak tambah sikit komen Penasehat Pak Pandir dan Ahli Umno Mani pasal patung-patung dalam rumah. Saya tengok banyak rumah Melayu-Islam sekarang ini banyak patung hiasan.

Ada yang ada unsur-unsur berhala atau ugama yang sembah berhala. Kalau saya tak silap, semua patong Bali tu berkenaan agama Hindu tak kiralah Ramayana atau sebagainya.

Tapi saya tak percaya atau fitnah kata ada patong dan berhala dalam rumah DS Najib. Ini mesti fitnah tapi kalau betul kenalah buang cepat-cepat dan bertaubat.

Tapi saya pun ingat lagi macam mana seorang Ahli politik Pahang Datuk Mazlan kena pancung tengkok oleh Mona Fendy pasal percaya ilmu hitam atau ibu duit.

Jadi kita jangahlah fitnah dan jangan sekali-kali amal amalam shirik macam simpan berhala atau patong-patong, percaya kepada bomoh, sami, fungsui master,nujum dan ahli sihir. Itu mungkar namanya.

Nahi Mungkar

-WADAH- said...

Isu perkauman tak henti sudah

Assalamualaikum semua

I am proud to be black. I am black. There is nothing wrong to be black. Agaknya, itulah frasa-rasa atau ayat-ayat yang diperkatakan oleh orang-orang berkulit hitam di Amerika. Disebalik status mereka yang pada suatu ketika dahulu dipandang rendah oleh masyarakat kulit putih, pada ketika ini (16 Oktober 2008) salah seorang daripada golongan mereka yang sedang bertanding untuk menjadi Presiden Amerika. Barack Hossein Obama. Kalau beliau berjaya memenangi pilihan raya presiden, beliau mencatatkan sejarah sebagai presiden yang pertama yang berkulit hitam.

Pastilah cabaran yang bakal beliau hadapi andai menang bukannya calang-calang. Ekonomi Amerika sedang menuju keruduman dengan krisis gadai-janji sub-prima yang menjadi pendulu (precursor) sehingga menimbulkan masalah besar terhadap syarikat-syarikat besar seperti Bear & Stearns dan AIG. Syarikat-syarikat ini terpaksa diberi suntikan kewangan daripada kerajaan Amerika (sebagaimana Malaysia memberi bantuan terhadap syarikatnya ketika krisis 1998/1999). Apa kebenda tu krisis gadai-janji subprima dan bagaimanakah krisis ini mencetuskan kegoncangan terhadap ekonomi dunia? Hal ini, lain hari boleh bincang....

Berbalik pada persoalan asal. Itulah situasi di Amerika. Hanya sekitar tahun 2000-an sahaja barulah terdengar orang kulit hitam pertama untuk jawatan itu dan ini di Amerika. Selama ini, tidak banyak mereka-mereka yang berkulit hitam yang sampai ke puncak organisasi. Tetapi dek “usaha” yang mereka lakukan, ada juga yang dapat menjadi setiausaha negara pertama yang kulit hitam, atau kalau bintang Obama cerah, mungkin beliau akan menjadi presiden pertama berkulit hitam.

Punyalah racistnya manusia. Walaupun ajaran samawi mengatakan bahawa manusia berasal daripada usul yang sama iaitu Adam dan Hawa, dan lebih penting lagi adalah betapa majoriti penduduk yang beragama di dunia menganut ajaran samawi, masyarakat dunia di sana sini masih lagi racist dengan membincangkan asal usul bangsa ini dari mana, bangsa itu dari mana.

Kalau ditinjau daripada perspektif Malaysia, apa yang lebih membimbangkan adalah apabila zaman Pak Lah menjadi PM; apabila keterbukaan yang satu ketika dahulu lebih mempunyai limitasi berbanding zaman Pak Lah menjadi PM; hal-hal perkauman ini semakin membuak buak. Dicampur pula dengan blog-blog daripada pelbagai pihak; individu, parti politik, NGO dan sebagainya. Kadangkala, komen pembahas yang terlalu berbaur perkauman tetap disiarkan.
Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang unik dan asas kepada keamanan sekarang adalah tolak ansur, toleransi. Penulis bukanlah orang yang merasai 13 Mei namun perkhabaran yang dahsyat sering penulis dengar mengenai 13 Mei. Mohon dijauhkan daqripada peristiwa itu.Yang sudah tu sudah lah. Mengapakah ahli politik kita masih tak geti-geti bahasa. Tak faham-faham. Isu perkauman tak perlu dibincang. Lebih-lebih lagi dengan pendemokrasian bahasa. Orang Cina dah tentulah faham bahasa Melayu. Tetapi tak bermaksud semua orang Melayu tak faham bahasa Cina. Dok cerita pasal kaum ini dan kaum itu tu pasal apa?

Orang ini asal ini, orang itu asal itu. Seronok sangat kah berbicara tentang isu ini. Penulis rimas dengan situasi ini kerana keadaan ekonomi tak berapa baik, politik Malaysia pun sedang lintang-pukang. Mengapa isu perkauman pula yang hendak dibincangkan sewenang-wenangnya? Banyak isu lain yang bermanfaat untuk dibincangkan tetapi isu perkauman juga yang sedap dan menjadi rencah bumbu dalam perbincangan.

Kalau hendak bincang pasal hak ini dan itu, tidak perlu serbu rumah terbuka dengan satu kumpulan; jadikan budak-budak sebagai perisai untuk menyampaikan hasrat perjuangan kaum. Atau jadikan parlimen sebagai tempat sambutan hari jadi. Sekali lagi menggunakan kanak-kanak untuk menagih simpati. Penulis kira, sudah-sudahlah membabitkan kanak-kanak. Buruk benar perangai itu. Silap haribulan, bangsa-bangsa bersatu atau pertubuhan kanak-kanak antarabangsa buat laporan bukan-bukan pula pasal Malaysia.

Sometimes, we are more racist then we think we are. Jangan jadikan sejarah Malaysia berulang lagi. Fikirkanlah tentang generasi akan datang. Wallahu a’lam.
Wassalam

Heical said...

Salam Dato'
Nampak-nampaknya Maybank sudah masuk perangkap. Kalau tak beli, duit taruhan AS$150 juta (kira-kira RM495 juta) akan hilang. Tapi ada juga orang kata, Maybank akan rugi sampai RM700 juta.

Kalau Maybank nak terus juga beli saham-saham BII, Maybank khabarnya kena pinjam sampai RM11 bilion. Khabarnya sampai waktu ini Maybank sudah pun pinjam RM6 bilion.

Banyaknya rugi ,siapa sebenarnya buat keputusan merugikan rakyat Malaysia ? . Kerajaan jangan simpan dalam fail sulit sahaja ,Tampilkan mereka ini supaya kami sebagai rakyat bolih buat pengadilan.
Duit sebanyak itu kalau kita labur diMalaysia pun ,rakyat kita akan untung kenapa hendak labur Luar Negara.
Pekara ini betul betul memalukan dan menjahanamkan Maybank. Pecat segera org.yg buat keputusan ini.
Bawa kemuka pengadilan macamana beli dengan harga mahal.Semacam ganjil orang pandai buat keputusan lagi pandai .Ada apa apa yg tak kena ke .

Salahuddin said...

Dato,

marilah kita lihat bersama2 tentang ekonomi dunia yang melanda sekrg ini.. buat apa kita masih bincangkan tentang masalah politik.. sedangkan ekonomi adalah penting untuk rakyat sejagat.. sepatutnya lah.. kita tak kira politik mana sekalipun kita hendaklah duduk bersama-sama selesaikan masalah yang melanda ekonomi kita... mengapa menteri kewangan yang baru mengatakan yang kita tidak mengalami kemelesetan ekonomi. sedangkan kita dihimpit oleh masalah ini. diharapkan dato' dapat memberi komen tentang masalah ekonomi yang melanda negara kita masa kini..

Heical said...

Salam Dato'
Betulah cakap nobisha "Dulu sewaktu majlis santapan di Istana Negara, saya tengok Tun Dr Mahathir dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pun duduk semeja, tapi tak jadi apa2 pun.

Bukan tak jadi apa apa luar saja ok dalam dalam meletup letup tak percaya tanyalah Tun.
Mana tak meletup dulu boss dia sekarang lawan taukeh.Taukeh pun berasap dalam ,balik rumah jumpa bini baru keluarkan asap.

Penasehat Pak Pandir said...

Dato Kadir,

Kapada tulisan Quick Draw Botak,saudara kata Anwar ada menolong bail out Syarikat kroni2nya.Ingin saya tahu syarikat apa yang Anwar tolong dan syarikat apa yang saudara ingat merupakan kroni Anwar.Sila nama kan/?

Saudara Kata YTL selamat kerana ia sempat menjual pelaborannya.Nama kan syarikat dan Pelaboran apa yang ia jual.

Saya ingat pada krisis 1997/8 saudara baru lepas sekolah/college.Saudara mungkin mengagaknya satelah dengar cerita2 di coffe house.

Keadaan sabenarnya,YTL menjadi kaya raya kerana TUN Mahathir memberikan kapadanya projek IPP tenaga dengan kadar bayaran yang tinggi sekali dan Tenaga Mesti Gurenti membeli kesemua power yang di keluarkan.Ia juga membeli gas dari Petronas dengan kadar subsidi.
Ia untong berseh hampir 50 juta satu bulan.Ia menjADI tAMAK DAN HENDAK MENJUAL LEBEHAN tENAGA KAPADA Singapura.Tan Sri Hasan dan Tan Sri rashid menasihati Mahathir jagan melulukan,kalau tidak Singapura akan mendapat Tenega Letrik yang menguna Gas Petronas yang di subsidise.

Menyedari hal yang tak betul ini,Anwar telah meminta mahathir meluluskan satu lagi IPP Di Segari Perak,untok Bumiputra.Kalau tidak silap mereka ini rakan kongsi dengan Dato Kadir J.Sekarang ini pojek itu di mileki oleh Syed Mokhtar atas nama Malakof.

Sabenarnya tidak ada satu pun syarikat Bumiputra yang di Selamatkan baik oleh Anwar atau mahathir.Halim Saad dan Renong di ambil aleh oleh Khazanah,Tajudin dengan TRI di biarkan mampus,Syarikatnya NALURI di jual kapada Cina,George LIM.Naluri waktu itu mempunyai asset wang tunai 1 billion hasil jualan saham MAS.

Dato Shamsuddin Hasan juga lingkop.Tan Sri rashid terpaksa jual RHB Bank kapada Taib Mahmud,Tan Sri razali terpaksa menjual Landmark kapada Cina Serawak,Wan Hasni dan ABRA benkrup,Tan Sri Azman terpaksa jual Arab bank kapada ANZ Bank Australia.Dato Sulaiman terpaksa menjual Lot 10 dan Star hill kapada YTL.Amin Shar gulong tikar dan jadi fugitive,SYARIKAT nya di ambil aleh oleh LTAT.

Yang Selamat Tun Daim sahaja.

Anonymous said...

ASM Dato AKJ,

Sebelum kita semua meluahkan perasaan amarah akibat kedangkalan para pemimpin kerajaan, lihatlah website di bawah ini berserta komen-komen yang diutarakan:-
http://anchorbabes.blogspot.com/2008/06/staring-at-michelle-caruso-cabrera-on.html

Ya, itu salah satu cara untuk menambahkan minat dalam isu-isu berkaitan ekonomi dunia.

Kita semua berharap gandingan Najip, Mahyidin, Mokhriz dan Razeli dapat menguatkan ekonomi negara dan UMNO.

Tulus,
Siti Hasmah

Anonymous said...

Datuk,

Awal tahun ni saya dah balun cukup2 buat pinjaman dengan bank. Kalau 2-3 tahun business jadi "kaku" pun, insya-Allah boleh selamat lagi.

Bukan senang nak dapat pinjaman dari bank-bank kat Malaysia ni, Datuk. Habis semua benda dia orang nak check. Kalau ada saja nombor "3" dalam CCRIS report Bank Negara tu, jawabnya bye-bye la.

Itu sebab saya berpendapat, krisis ekonomi dunia sekarang ni, tidak akan banyak menjejaskan Malaysia. Kita semestinya akan terkena tempias tapi saya jangka ia tidak akan seteruk sepertimana yang berlaku 10 tahun dahulu.

Selepas krisis matawang Asia 1997, bank2 Malaysia lebih berdisiplin dalam memberi pinjaman dan credit kepada perniaga. Mereka tidak terlalu tamak dalam memberi pinjaman dalam sektor berisiko tinggi dan berunsur spekulatif. Kalau 10 tahun dulu, seorang yang bergaji RM1,000 sebulan boleh ada 10 kad kredit, sekarang perkara begitu tidak mungkin berlaku. Kalau 10 tahun dahulu, ada bank yang boleh bagi "share financing" hingga 10 kali ganda harga pegangan saham, sekarang ini ia dah jadi mustahil.

Pengalaman "ngeri" tahun 1997 itu telah banyak mengajar kita. Pada orang yang terlibat atau terjerat secara langsung, perkara utama yang menjadi teladan ialah jauhi sikap tamak. Bagi saya pula, apa yang berlaku 10 tahun dulu telah mengajar saya agar yakin pada diri sendiri. Dengan niat yang ikhlas dan usaha yang berterusan, insya-Allah kita akan berjaya.

Dr Mahathir telah membuktikan yang kita ni bukannya bodoh sangat dan "orang putih" tu pula bukannya pandai sangat. Yang jadi bodoh tu kalau kita buta tuli ikut apa saja yang "orang putih" tu kata walaupun akibatnya negara bakal jahanam!

Kita dah lalui perkara ini. Kita tahu apa ubat yang perlu diambil. Bank2 di Amerika dan Eropah sekarang ini menjadi terlalu "rigid" dalam memberi pinjaman hinggakan perniaga2 tulen pun sukar untuk mendapatkan pinjaman. Tanpa pinjaman dari bank, peniaga akan mengalami kesukaran dan ada yang akan jatuh bangkrap. Pasaran saham merundum. Pengangguran akan meningkat mendadak. Ekonomi menguncup.

Perkara yang sama berlaku pada kita dahulu hingga ke satu peringkat Dr Mahathir mengugut untuk menarik balik lesen2 bank yang terlalu "liat" dalam memberi pinjaman kepada peniaga2 tulen. Kerajaan terpaksa menggunakan dana2 awam untuk "stimulate" ekonomi.

Datuk,

Tidak keterlaluan jika saya kata, pakar2 ekonomi Amerika dan Eropah tidak akan rugi jika mereka belajar dari kaedah Malaysia dalam menanggani masalah ekonomi ini. Segala mantra ekonomi kapitalis mereka telah gugur satu persatu. Mula2 banned "short selling", lepas tu "bailout", kemudian kerajaan terpaksa memiliki saham2 syarikat kewangan pula. Sudah lenyap pegangan "let the market force decide", "free and open economy", transparency dan lain-lain.

---------------------------

Datuk,

Sepanjang Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, ada 2 perkara paling kontroversi yg beliau lakukan:

1. Mengatasi krisis matawang 1997 dengan mengguna pendekatan yang lain dari yang lain.

2. Menuduh Anwar sebagai seorang peliwat.

Kedua2 tindakan kontroversi ini mengundang kecaman dari segenap pihak dalam dan luar negara.

Setelah apa yang berlaku, ternyata tindakan Dr Mahathir dalam menanggani krisis matawang 1997 itu ada kebenarannya.

Apakah ada perkara yang bakal berlaku di masa depan akan membuktikan tindakan Dr Mahathir menuduh Anwar sebagai peliwat itu ada kebenarannya?

--------------------------

Datuk,

Bila jumpa Pak Lah masa open house kat Putrajaya tempoh hari, Datuk bermaaf-maafan ikut gaya Melayu/Islam ke atau ikut gaya Hindraf?


-sinbad-

azienmat said...

Saya ingat isu pembelian BII oleh Maybank perlu diterangkan rasionalnya secara lebih jelas lagi. Kerana ia melibatkan syarikat gergasi negara dan berkait rapat kebanyakan rakyat juga.
Saya bersangka baik dalam hal ini walaupun risau, kerana pinjaman 200,000 dari Maybank untuk ASB yang kedua2nya berkaitan dalam isu ini.

Indigo said...

Scribe,

Dengan izin.

Isyarat Warna
(lampu kuning makna apa)

October 16, 2008 22:35 PM
Conference Of Rulers Issues Special Statement

KUALA TERENGGANU, Oct 16 (Bernama) -- The 215th meeting of the Conference of Rulers, held at the Istana Maziah here, issued a special press statement on several matters enshrined in the Federal Constitution.

Following is the press statement in full issued by the Keeper of the Rulers' Seal, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

"Press Statement issued by the Keeper of the Rulers' Seal on the role of the Yang di-Pertuan Agong and the Malay Rulers regarding the special privileges, position, eminence or greatness of the Malay Rulers, Islam, Malay as the national language, the special position of the Malays, and genuine interests of the other communities in accordance with the Federal Constitution.

"The Malay Rulers who attended the meeting of the Conference of Rulers conferred on the issuing of this special joint press statement Thursday.

"The Malay Rulers hold the constitutional role to safeguard the special privileges, position, eminence and greatness of the Malay Rulers, safeguard Islam, Malay as the National Language, and the genuine interests of the other communities in Malaysia.

"The actions of certain quarters in disputing and questioning these matters, which formed the primary basis for the formation of Malaysia and are enshrined in the Federal Constitution, had caused provocation and uneasiness among the people.

In retaliation, several quarters particularly Malay leaders whether in the government or non-governmental organisations as well as individuals had expressed their dissatisfaction and anger against those who had made the statements and reports and organised the forums.

"Among the reasons identified for these to have occurred is the cursory knowledge of those concerned regarding the historical background as to why these provisions were enshrined in the Federal Constitution and the influence of their attempts to implicate the principles of impartiality and justice without regard for the historical background and social condition of this country. Narrow political interests are also a cause.

"Unless this phenomenon is arrested immediately, it can lead to disunity and racial strife that can undermine the peace and harmony which has all this while brought progress, development and success to the nation.

"As such, it is necessary for the Conference of Rulers to emphasise and remind all quarters of these constitutional provisions besides giving emphasis to the assurance of safeguarding the genuine rights of other communities.

It has to be emphasised that each provision in the Federal Constitution has undergone the process of discussion, consideration, consultancy, sacrifice and compromise of the highest degree for what has been championed, discussed, considered, benefited from as well as agreed to by all quarters concerned, until the realisation of the provisions in the Federal Constitution which are known as the Social Contract.

It is not proper to dispute and question this Social Contract and more so to subject it to a review or change because it is the primary basis of the formation of Malaysia.

Therefore, it is appropriate for the Malay Rulers to remind that there should never be any attempt ever to test and challenge issues related to the Social Contract.

"Truly, the leaders of the pre-independence era were insightful -- far-sighted. They brought along with them the Malay Rulers for the negotiations to claim independence. The Institution of the Rulers was retained and legally enshrined in the constitution of an independent Malaysia.

The Institution of the Rulers was accorded eminence, was positioned at the apex of Government, as the head of the country and the states, as a protective umbrella, ensuring impartiality among the citizens.

The Institution of Rulers takes on the role of being a check-and-balance factor to untangle complications, if any.

"The Conference of Rulers also calls on the Malays to be united to safeguard the privileges, position, eminence and greatness of the Malay Rulers, safeguard Islam, Malay as the national language, and the genuine interests of the other communities in Malaysia as enshrined in the Federal Constitution. It has to be emphasised that this agenda is more important and foremost than political or factional interests.

"Non-Malays should not harbour any apprehension or worry over their genuine rights because these rights are guaranteed under the Federal Constitution and provisions of the state constitutions of Malaysia contained in Article 153 of the Federal Constitution.

"It is hoped that with this emphasis, all confusion among the people regarding these matters can be contained and an atmosphere of peace, harmony and mutual respect can continue to exist among the people for the maintenance of order in the country."

The Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, attended the meeting Thursday. His Majesty was accompanied by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

The two-day meeting, which ended Thursday, was chaired by the Sultan of Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

All the Rulers and Yang Dipertuas Negeri attended the meeting except the Rulers of Pahang, Johor, Terengganu, Perlis and Negeri Sembilan.

The Sultan of Pahang was represented by the Regent of Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; the Sultan of Johor by the Tunku Mahkota of Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar; the Sultan of Terengganu by the President of the Regency Advisory Council Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

The Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan by the Regent of Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar; and the Raja of Perlis by the Raja Muda of Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Also present were the menteris besar and chief ministers except the Sarawak chief minister who was represented by State Planning and Resource Management Minister II Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

The Keeper of the Rulers' Seal, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, said matters related to defence, security, the national economy, the Yang di-Pertuan Agong scholarships, and proposals on the appointment of the Chief Justice, President of the Court of Appeal and Chief Judge of Malaya were discussed at the meeting.
-- BERNAMA

Nota:

Kalau dalam bahasa warna isyarat ala National Security Threat -(whatever)- Amerika Syarikat, do you think umur YABhg Tun Dr Mahathir masih panjang lagi?

Apakah a bad buy and an even worse management of a diffult company MV Agusta in a very challenging, competitive industry a harder task or is it the good managing of the Sovereign Wealth Funds in a modern economy, Scribe?

Mohon diperpanjangkan pertanyaan saya in kepada YABhg Tun Dr. Mahathir.

Terima Kasih.

ps Siapa SeLepas Tun Mahathir?
(matters related to defence, security, the national economy, the Yang di-Pertuan Agong scholarships: oleh sebab saya kurang pintar saya pilih yang susah supaya senang kerja kalau diizinkan allah maha pemurah lagi maha penyayang)

Quick Draw Botak said...

Sdr. Penasehat Pak Pandir,

Saya mohon maaf kiranya tulisan saya berpunca dari maklumat dari kedai kopi seperti yang diperkatakan saudara.

Jelas sekali, saudara adalah "orang lama" yang begitu berpengalaman serta berpengatahuan dalam begitu banyak bidang sehingga tahu akan perkara-perkara dalam kamar orang lain seperti yang ditulis olih seorang pengomen disini.

Saya tabik dan akur akan keluasan pemikiran serta ilmu pengatahuan saudara. Jelas sekali jika saya bandingkan diri saya dan saudara, ia ibarat langit dan bumi! Saudara di langit dan saya di bumi.

Untuk makluman saudara, saya tidak ada bukti dan tidak mungkin akan ingat secara terperinci nama-nama orang perseorangan serta bisnes-bisnes mereka dimasa lampau. Di sini saya nak tabik sekali dengan daya ingatan saudara yang begitu kuat!

Walaubagaimanapun, untuk makluman saudara, semasa krisis 1997/98 dulu, saya telah dipinjam ke salahsatu "institusi" yang telah ditubuhkan sebagai seorang peon/orang bawahan.

Sebagai seorang peon, saya telah diarah untuk meneliti documen-documen syarikat-syarikat yang nak di"bailout".

Setelah penelitian dibuat, saya diarah membuat ringkasan untuk pegawai-pegawai "tinggi". Biasanya arahan seterusnya membabitkan "constucting of cash flows" dan "suggestions" untuk mengatasi masalah-masalah "at hand".

Jika terdapat mana-mana solutions yang bolih digunapakai pegawai "tinggi" akan menyalurkan ke Daim atau Dr. M. Jika cadangan pegawai "tinggi" dianggap bernas olih Daim atau Dr. M, mereka akan dianggap sebagai bijak! Jika tidak "bernas", ia adalah kerana ia datang dari "peon/orang bawahan".

Saya tidak kisah akan keadaan ini, asalkan saya tahu saya telah lakukan kerja yang diarah dengan sebaik mungkin dan gaji masuk dihujung bulan.

Dari ingatan saya yang makin samar-samar, saya tidak mungkin dapat menjawab soalan-soalan saudara. Kekadang saya mengalami masaalah "selected memory lapses" jadi ada kemungkinan yang ingatan saya serta tulisan yang dibuat adalah hasil daripada mimpi ngeri yang pernah saya lalui lebihkurang 10 tahun yang lampau.

Jesteru itu saya ingin mohom maaf jika saya menyinggung perasaan saudara serta rakan-rakan saudara dengan tulisan tanpa bukti.

Sekian.

anakbuah said...

Salam Dato',

"Kalau Amerika muflis, mereka akan teruk terjejas kerana mereka memegang banyak bon-bon kerajaan Amerika. Jadi mereka tidak akan biarkan Amerika muflis."

# Saya percaya dgn point ke-5 dan 6 Dato' itu - ironinya, byk negara terutamanya negara2 Arab tidak akan biarkan kapitalism hancur. Amerika sudah terlalu lama menjadi rakan ekonomi dan pinjaman yg klasik.

# Memang sudah ramai yg meramalkan kapitalism ini bakal musnah. Kalau kita fikirkan, inilah bencana amalan riba dan interest yg menjadi asas perbankan dan ekonomi kapitalism. Inilah rahsia umat Islam dilarang amalkan riba yg zalim dan tidak adil dalam perniagaan dan ekonomi. Matawang Dollar Amerika pun dah mcm duit cap pisang zaman Jepun nanti.

# Saya tidak pandai dlm bidang ekonomi ini tapi tahu "sesak" bilamana poket kosong dan tak mampu nak beli air suam bila makan.

Anonymous said...

salam dato,

"Kalau Amerika muflis, mereka akan teruk terjejas kerana mereka memegang banyak bon-bon kerajaan Amerika. Jadi mereka tidak akan biarkan Amerika muflis."

If America chose to invoke force majeure clause in contract law to say that in view of the uncontrollable event of *global economic collapse*, America would have chosen the easy way out of NOT PAYING for its debts to its CREDITORS / bond holders.

http://en.wikipedia.org/wiki/Force_majeure

"Force Majeure (French for "superior force") is a common clause in contracts which essentially frees both parties from liability or obligation when an extraordinary event or circumstance beyond the control of the parties, such as war, strike, riot, crime, act of God (e.g., flooding, earthquake, volcano), prevents one or both parties from fulfilling their obligations under the contract. However, force majeure is not intended to excuse negligence or other malfeasance of a party, as where non-performance is caused by the usual and natural consequences of external forces (e.g., predicted rain stops an outdoor event), or where the intervening circumstances are specifically contemplated."

creative

mansid said...

Skaldal Maybank membeli Bank International Indonesia (BII)adalah refleksi terhadap ketiadaan integriti Kerajaan selaku pemilik Maybank dan kelemahan Bank Negara sebagai pengawal Kewangan dalam menjaga kewibawaan pengurusan kewangan negara.

Apa maknanya pematuhan Kod Tadbir Urus Korporat (corporate governance) yang laungkan oleh kerajaan kepada syarikat GLC khususnya Maybank selama ini? Ia ibarat ketam menyuruh anaknya berjalan betuk...

AlKundangi said...

Satu pendedahan menarik.Dan kerana saya rasa ia perlu dibaca oleh orang Malaysia,khasnya orang Melayu kerana membabitkan kepentingan mereka, saya angkat tulisan Dato' (copy/paste) ke blog saya. Maaf tak sempat minta izin.
Terima kasih.

alkundangi@yahoo.com
http://alkundangi.blogspot.com

Eh said...

POLITIC above ALL
heran tu heran la jugak macam mana finance specialists dalam MBB takleh nak kesan rugi yg bakal menimpa...

baik pi ambik alih Iceland punya konglomerat yang nak runtuh... at least Malaysia dapat jadi pengusaha Ikan Tuna dan Ikan Hering terbesar di dunia...

ChengHo said...

orang china pandai mengatur;

MCA- rightist
Gerakan-middle
DAP -leftist

kalau mengenai issue issue budaya ,bahasa dan pelajaran china ketiga tiga parti ini mempunyai satu suara .

Tom Pell said...

Selepas skandal Maybank membeli Bank International Indonesia, dilaporkan ada satu lagi skandal terbaharu iaitu apabila Kerajaan meminjam wang KWSP sebanyak RM5 bilion bagi membantu ValueCap Sdn Bhd membeli saham-saham yang 'undervalued' di Bursa Saham Malaysia. Persoalannya ialah adakah wajar Kerajaan menggunakan wang pencarum RM5 bilion bagi menyelamatkan syarikat-syarikat di Bursa Saham? Apa akan terjadi jika pasaran saham terus merosot?

Saya rasa ada yang tidak betul terhadap pengurusan sistem kewangan negara. Apakah peranan sebenar Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti (SC), Jabatan Audit Negara dan PAC dalam hal ini?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).