Sunday, January 11, 2009

Palestin: Antara Emosi dan Realiti

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

RAMAI daripada kita sudah bersembahyang hajat, menunjuk perasaan, menderma, menulis puisi dan membuat deklarasi.

Semuanya atas nama kemanusiaan dan simpati dengan rakyat Palestin yang dibom, ditembak dan diletupkan. Berlinang dan bercurahanlah air mata kita.

Jadi pastinyalah kita marah kalau saya unjurkan bahawa perjuangan Palestin adalah perjuangan sia-sia, perjuangan yang kecewa dan perjuangan yang penuh pura-pura.

Pedih dan menyakitkan hati. Tetapi itulah realitinya sejak penubuhan negara Israel – Medinat Yisra’el – melalui rampasan ke atas British Mandated Palestine oleh pengganas Yahudi pada 14 Mei, 1948.

Sejak itu jugalah jentera propaganda dan peperangan Yahudi bekerja lebih masa mencuba menghalalkan rampasan mereka ke atas Palestin.

Pada mulanya mereka mendakwa kononnya mereka membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Inggeris dan Liga Bangsa-Bangsa.

Izinkan saya sedikit ruang dan masa untuk mengemukakan fakta-fakta berikut untuk pertimbangan pembaca sekalian:

1. Negara-Negara Arab yang berjiran dengan Israel serta merta melanggar negara itu dan mengulanginya beberapa kali dengan mengalami kekalahan teruk;

2. Akhirnya semakin banyak negara Arab sama ada mengiktiraf Israel dan menandatangani perjanjian damai dengannya atau tidak lagi memberi keutamaan kepada isu Palestin;

3. Melalui perang psikologi, Israel dan penyokong Yahudinya dari seluruh dunia menyusup masuk dan menguasai politik, ekonomi serta media massa Amerika Syarikat (AS);

4. Israel dan gerakan Yahudi antarabangsa berjaya menjadikan Amerika boneka, pelindung dan pembiayanya;

5. Menurut John J. Mearsheimer dan Stephen M. Waltdalam tulisan mereka berjudul “The Israel Lobby and U. S. Foreign Policy” (Lobi Israel dan Dasar Luar Amerika Syarikat), Israel menerima bantuan langsung bernilai AS$3 bilion (RM10.62 bilion) setiap tahun atau 20 peratus daripada bantuan luar AS;

6. Setiap orang penduduk Israel menerima subsidi daripada AS bernilai AS$500 (RM1,770) setahun walaupun Israel adalah negara perindustrian yang sama pendapatan per kapitanya dengan Korea Selatan dan Sepanyol;

7. Menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika, bantuan kepada Israel bagi tahun 2007 berjumlah tidak kurang daripada AS$2.5 bilion (RM8.85 bilion). Ini tidak termasuk AS$138 juta (488.5 juta) bagi projek pertahanan bersama peluru berpandu dan jaminan hutang sebanyak AS$$1.4 bilion (RM4.95 bilion);

8. Purata AS memberikan AS$6.8 juta (RM24 juta) kepada Israel setiap hari berbanding AS$300,000 (RM1.06 juta) kepada Palestin pada tahun 2007;

9. Janji Amerika membantu Palestin adalah janji kosong sejak daripada tertubuhnya Medinat Yisra’el pada tahun 1948;
10. President Truman dalam ucapannya pada 28 Oktober, 1948 – lima bulan selepas rampasan bumi Palestin oleh Yahudi -- antara lain, berkata: “Adalah tanggungjawab saya memastikan dasar kita di Israel menepati dasar kita di seluruh dunia; kedua adalah hasrat saya membantu membina negara Palestin yang kuat, makmur, bebas, merdeka dan demokratik. Ia perlu cukup luas, cukup bebas dan cukup kuat untuk membolehkan rakyatnya berdikari dan selamat.”

[ “It is my responsibility to see that our policy in Israel fits in with our policy throughout the world; second, it is my desire to help build in Palestine a strong, prosperous, free and independent democratic state. It must be large enough, free enough, and strong enough to make its people self-supporting and secure.”]

11. Dan bolehkah Barack Obama diharap untuk mengatasi pembohongan AS selama ini? Pertimbangkan kenyataan beliau ketika kempen pilihan raya Presiden baru lalu yang berbunyi: “Kita jangan sekali-kali mencuba mengatakan apa yang terbaik untuk orang Israel dan keselamatan mereka dan tidak seorang pun Perdana Menteri Israel yang patut diseret ke meja perundingan...”

[We should never seek to dictate what is best for the Israelis and their security interests" and that no Israeli prime minister should ever feel "dragged" to the negotiating table...];

12. Yahudi mempunyai perwakilan yang kuat dalam politik nasional AS. Pada bulan Jun tahun lalu (2008), 7.8 peratus Ahli Kongres adalah Yahudi walaupun penganut agama Yahudi di AS dianggarkan hanya 1.4 peratus daripada penduduknya;

13. Kalau AS menjadi boneka, pelindung dan pembiaya Israel, banyak negara Islam, khasnya negara-negara Arab, menjadi boneka dan pak turut AS;

14. Dari mula lagi banyak negara Arab tidak mahu Hamas berjaya di Palestin. Hamas adalah singkatan kepada Harakat al-Muqāwamat al-Islāmiyyah atau Pergerakan Penentangan Islam yang terdiri daripada pengikut Sunnah. Ia ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Sheikh Ahmed Yassin, Abdel Aziz al-Rantisi dan Mohammad Taha yang berupa penggiat Ikhwanul Muslimin cawangan Palestin pada permulaan gerakan Intifadah pertama;

15. Oleh sebab Hamas diasaskan atas landasan Ikhwanul Muslimin maka ia dicurigai dan ditolak oleh banyak negara Arab. Ikhwanul Muslimin diharamkan atau dikawal kegiatannya di banyak negara Arab;

16. Ikhwanul Muslimin atau Persaudaraan Muslim adalah organisasi Muslim yang diasaskan oleh Hassan al Banna di Mesir pada tahun 1928 berikutan keruntuhan Empayar Ottoman;

17. Pada mulanya Ikhwanul Muslimin menyokong kerajaan sekular Presiden Gamal Abdel Nasser tetapi apabila seorang anggotanya dituduh membunuh Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi Nokrashi, pada 28 Dis. 1948, pertubuhan itu diharamkan dan Al Banna sendiri dibubuh oleh agen-agen perisik kerajaan pada bulan Februari tahun berikutnya;

18. Majoriti negara-negara Arab tidak demokratik. Mereka bimbang jika kerajaan Hamas berjaya di Palestin mereka akan menghadapi tekanan daripada rakyat jelata mereka sendiri agar memperkenalkan demokrasi;

19. Negara-negara Arab sendiri terus bercakaran dan serentak itu menjadi tali barut kepada hegemoni AS di Asia Barat seperti yang terserlah dengan sokongan mereka terhadap serangan dan penaklukan AS ke atas Iraq;

20. Akhir sekali, politik Palestin sendiri kucar-kacir akibat ketidaksepaduan sokongan negara-negara Arab dan persengketaan di kalangan pelbagai kelompok agama di Asia Barat, khasnya pergeseran antara pengikut Sunnah dan Syiah.

Bukan tujuan saya melemahkan semangat juang, sokongan dan simpati kita kepada rakyat Palestin. Tetapi fakta-fakta di atas tidak memberikan keyakinan bahawa masalah negara dan rakyat Palestin boleh diselesaikan dengan mudah dan segera.

Untuk mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata pun susah. Bayangkan untuk mencapai keamanan yang berkekalan.

Malah, setiap kali bom Israel membunuh orang Palestin dan pengebom berani mati Hamas membunuh orang Yahudi, setiap kali itu jugalah satu generasi baru pejuang di lahirkan.

66 comments:

abdullah ngah said...

Baru baru ini Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mengeluarkan fatwa kepada penduduk Muslim di seluruh dunia supaya mempertahankan Palestin daripada serangan Israel di Gaza.

Itu Fatwa yang dikeluarkan, tetapi Islam ajar kita dengan perkataan “Wajib” bukan “harus” berdamai dengan Yahudi sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin Palestin sejak 1948.

Menerima nenerapa perjanjian sebelum ini termasuk perjanjian Oslo 1993 antara punca segala angkara.Inilah kesilapan semua pejuang Palestin dan semua orang Islam yang mengaku beriman di seluruh dunia.

Allah menyatakan Yahudi MusuhNYA, tetapi para pemimpin Palestin berkata Yahudi bukan musuhnya.Yahudi tidak akan redha dengan Islam sehingga Islam mengikut dan patuh padanya.

Atas sebab itulah mereka anjurkan supaya berdamai dengan Yahudi Laknatullah itu. Akibat percaya kepada kafir musuh Allah, maka berlakulah yang pernah berlaku, termasuk dibunuh dan disembelash dengan sewenng-wenangnya.

Disebabkan abai dengan perintah Allah dan tidak percaya dengan kata kata dan perintah Allah maka terima akibatnya.

Syed Qutub pernah berkata selagi kamu tidak kembali kepada islam selama itu kamu akan menerima akibatnya sepertimana yang pernah berlaku itu.

Yahudi tidak akan berhenti membunuh umat Islam dan rakyat palestin selagi umat islam tidak ikut jadi macam Yahudi.

Peringatan Allah didalam Al Quran tidak pernah jadikan pengiktibaran oleh para pemimpin umat Islam seluruh dunia.

Demikian juga para pemimpin palestin golongan "Fatah", malah ada yang lawan Allah secara terang terangan.

Allah perintah wajib mereka kata tidak wajib dan harus berdamai kerana inilah satu satu kaedah untuk menyelematakan palestin.

Sejak 1948 dahulu lagi apa sudah jadi dengan rakyat Palestin. Yang kita dengar mereka hidup menderita di bumi sendiri sehingga hari ini dibom dan dibunuh.

Itulah tindakan yang dilakukan oleh musuh Allah terhadap umat Islam di palestin.

Allah berkata perlu mempertahankan wanita yang tidak dapat mempertahankan diri mereka, kanak-kanak dan rakyat Gaza dengan apa cara sekali pun.Tetapi kata pemimpin palestin tak apa. Sabar dan jadi talibarut Yahudi kerana mahu kuasa memerintah.

Tidak dinafikan Sesiapa yang terkorban dalam perjuangan ini adalah dianggap sebagai mati syahid.

Haruslah kita biarkan Israel meneruskan serangan udara terhadap Gaza bagi hari kedua minggu semalam dan mengorbankan 800 orang dalam konflik paling buruk berpunca daripada keganasan negara Yahudi berkenaan.

kita juga tidak nafi, serangan itu adalah tindakan balas kepada bedilan roket hamas hampir setiap hari oleh pejuang Palestin di Gaza yang diperhebatkan selepas gencatan senjata selama enam bulan tamat.

Tahniah Iran membekalkan senjata kepada Hamas dan memberi sokongan moral kepada kumpulan berkenaan.

terima kasih kerana berani mengecam beberapa kerajaan Arab yang bersikap mendiamkan diri berhubung serangan udara Israel terhadap Gaza. Itulah Negara yang berkiblat kepada Amerika Syarikat.

Tahniah Hamas kerana melakukan serangan roket agar dapat membatalkan perjanjian damai Oslo 1993, yang dikatakan memberi sedikit autonomi kepada rakyat Palestin menerusi pembentukan Pihak Berkuasa Palestin.

Jangan percaya dengan Israel, Amerika Syarikat dan kuasa dunia lain menyifatkan Hamas sebagai kumpulan pengganas. Sebaliknya merekalah pengganas dunia yang perlu dihapuskan diatas muka bumi Allah ini.

Nazri Awang said...

there's no such thing that is useless..nothing..Everything that is happening has the causes and the effects....

whatever we're trying to do, praying, donating, demonstrating, ...The effect is there,..However slight it is, even if you can't see it, even if you can't feel it...You'd understand this if you believe in the Chaos Theory as I do..

Everyone has their very own responsibility, and together, by a concerted effort, we can make a difference...Insya Allah

Nazri Awang said...

Abdullah Ngah, boleh tak sediakan surah2 Al-quran yang mana dengan jelasnya untuk support argument anda....Supaya, setiap orang boleh membuat rujukan dengan jelasnya...Anda asyik mengatakan Allah menyatakan begitu begini tetapi tidak memberikan dari ayat mana anda mendapat perkara itu..

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Hanya baru-baru ini sahaja saya memahami sedikit sebanyak isu konflik Israel-Palestine ini. Dengan kemudahan internet, dapatlah saya mengorek dan membaca sejarah dan asal usul penduduk sebenar Land of Can’an dari zaman sekitar tahun 2000 Sebelum Masehi sehingglah ke isu-isu semasa. Sebelum ini, perspektif saya terhadap konflik Israel-Palestine, saya kira sangat cetek.

Sekarang, saya sudah ada ‘time line’ terhadap sejarah Bani Israel ini dan di dalam hati kecil saya, muncul satu harapan untuk berjumpa semula dengan seorang mak cik tua yang bertanya kepada saya di sebuah kedai makan dua minggu lepas -- “siapa tu Hamas?”, “Siapa pulak Fatah?”, “Apa pasal jiran-jiran Palestine tak nak tolong?”, dan beberapa soalan lain yang kesemuanya saya jawab ‘unconvincingly’.

Agak mengejutkan juga apabila mengetahui punca-punca sebenar terhadap perkara-perkara seperti; kenapa Jordan menghalau PLO, kenapa massacre Sabra-Shatila berlaku, kenapa Mesir tidak menyokong Hamas, dan lain-lain lagi.

Posting Datuk kali ini pula membuka versi baru terhadap perspektif saya melihat konflik tersebut. Terdapat banyak sudut-sudut yang perlu difahami sebelum saya boleh mengkategorikan diri saya ini seorang yang “agak faham” terhadap permasalahan sebenar konflik Israel-Palestine ini.

Dengan segala macam strategi yang ada pada Israel dan segala macam sokongan yang diberikan kepada mereka, saya rasa umat Islam terlebih dahulu wajib memahami permasalahan sebenar konflik tersebut sebelum apa-apa penyelesaian konkrit dapat diusahakan.

Semalam, saya bertanya soalan yang sama seperti mak cik tua tempohari bertanya kepada saya, kepada beberapa orang pemuda yang kelihatan begitu berkobar-kobar melaung-laungkan slogan mengutuk Israel di Stadium Shah Alam – “Tak tahu lah Bang”, jawab mereka.

Terima kasih Datuk.

Azman Mohd Isa

antubiul said...

A. Kadir Jasin,

You are 100% correct and I have the same opinion as yours.Minda al Islam has to change to think 'outside the box' rather than confining to what inside the box.Palestin will never be free unless Muslim free themselves from orthodok way of thinking. Basuh berak istinjak dengan tissu tandas dulu then baru guna air dan tangan kiri.

~ Al-Farabi said...

Kebanyakan muda-mudi kita tak faham dan tak tahu apakah makna disebalik peristiwa yang berlaku ke atas saudara kita di Palestin. Bagi mereka cukup sekadar memberi sokongan laungan suara yang kuat mengecam dan menghina Israel. Tahniah diucapkan kepada mereka, tetapi sewajibnya mereka faham apakah yang sebenarnya berlaku.

Seorang hukama' pernah berkata "SUARA YANG KUAT DAN TEGAS TIDAK ADA GUNANYA DAN ROHNYA MELAINKAN DISERTAI DENGAN IKHTIAR DAN USAHA ZAHIR YANG LAIN". Usaha yang zahir boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan metod seperti boikot produk mereka (Israel dan sekutunya), menyerang dan memusnahkan data-data dalam mana-mana alat ICT mereka (seperti blog, website, CMS, search engine), beri sumbangan derma untuk umat Islam di Palestin dan beri sumbangan derma kepada pejuang-pejuang Palestin kerana setiap derma itu ada natijahnya kepada kita diakhirat nanti. InsyaAllah. Last sekali kalau kita tak mampu, kita berdoalah kepada Allah s.w.t. Meminta kepada Allah semoga Allah mengampunkan kita, saudara2 kita di Palestin, minta diselamatkan dan dilindungi dari bahaya dan malapetaka, minta dikalahkan dan diremukkan hati2 dan semangat Yahudi dan sekutu2nya. Jangan risau! jangan bimbang dan jangan bersedih. Kata Dr. Aidh Qarni - "JANGAN BIMBANG, JANGAN RISAU, JANGAN BERSEDIH".

Umat Islam seharusnya gembira dan sentiasa tenang dalam apa juga keadaan. Kerana Islam itu sudah membawa makna selamat.

Sekumpulan komuniti hacker Islam sudah mengumpulkan tenaga manusia dari umat Islam di seluruh dunia untuk menggodam dan memusnahkan laman-laman web Israel dan sekutu2nya. Percaya tak? Kenalah percaya sebab perkara itu memang berlaku. Tunggulah sekejap lagi, kemungkinan besar Company search engine terbesar dunia GOOGLE juga akan mengalami failure. InsyaAllah. Untuk pengetahuan kita semua, GOOGLE merupakan syarikat besar Yahudi. Tak percaya??? Tunggu dan lihat sahaja. InsyaAllah.

Ida Hariati Hashim said...

Salam,

Saya banyak menerima sms dan mesej e-mail yang mengutuk kekejaman Isreal terhadap Palestine. Ada yang mengajak kita memulaukan barangan atau produk syarikat-syarikat yang pro-Yahudi.

PM kita juga ada mengutuk kekejaman ini. Boleh dikatakan semua orang menyumpah-seranah Israel lah.

Hakikatnya, saya merasakan ini sia-sia saja kerana sudah berdekad lamanya regime Zionis dikutuk tetapi tak meninggalkan kesan buruk pun.

Jika negara Arab sudah menjadi boneka AS, mengapa kita Malaysia tidak memainkan peranan lebih berani? Selain asyik mengutuk Israel, rasanya berani kah kerajaan kita memulaukan sepenuhnya produk Yahudi?

Langkah pertama bagi cadangan saya ialah dengan membatalkan Concert Disney Princesses on Ice yang akan diadakan pada March ini. You see sir, Israel is slaughtering our Palestinian children and women indiscriminately, but at the same time they, through their agents in entertainment, are intoxicating the minds of our youth with worldly happiness.

Sekarang baru saya benar-benar nampak kebaikan sebenar membeli barangan keluaran Malaysia (seperti yang telah disarankan oleh the Great Tun Mahathir), kita mahu mengelakkan pergantungan terhadap produk luar yang kebanyakkannya agen Israel. Tengoklah apa dah jadi dengan kita sekarang, rata-rata barangan keperluan harian adalah produk import. Secara tidak langsung dalam kita dok emosi mengutuk Israel, duit kita habis 'menyokong' kekejaman mereka.

famia said...

salam.

Dari Khuraim bin Fatik ia berkata, Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa mengeluarkan suatu derma di jalan Allah, maka akan ditulis 700 kali ganda."

(HR: Tarmizi dan dihasankan oleh Nasa'i serta disahkan oleh Ibnu Hiban dan Ibnu Hakim)

Penjelasan:
Seorang Muslim yang turut membiayai pertempuran kaum muslimin di dalam melawan musuh-musuh agamanya, maka Allah menjadikan mereka mendapatkan pahala 700 kali dari jumlah yang mereka belanjakan untuk kepentingan perang. Oleh sebab itu, kaum Muslimin yang tidak mampu untuk berangkat sendiri ke medan tempur, maka ia dapat menyumbangkan harta-hartanya bagi keperluan pembelian pensenjataan dan alat-alat perang.

Kalau itu pun tak mampu.. kita masih ada senjata terakhir.

DOA.

Razak Badewi said...

Dato Kadir.

Sabelum kita membahaskan berhubongan pertelingkahan Yahudi dan Palestine,perlu kita fahami dahulu siapa itu kaum bani Isreail.Mereka itu maklok Allah sama saperti kita.Mereka ini merupakan satu maklok yang di jadikan ALLAH MERUKAPAKAN SATU BANGSA YANG PINTAR,KAYA,DEGIL,dan banyak lagi sifat2 yang jijik.

Mereka terlalu pandai sahingga Allah pun dia hendak tipu.Ini jelas dalam cerita Didalam Al Quran surat Al Bakarah."Satu kaum Yahudi yang tinggal di tepi pantai.Allah berkata jagan kamu menagkap ikan di hari sabtu kerana hari Saabath.Apa yang mereka lakukan mereka memasang pukat pada hari Jumaat dan menangkap ikat di dalam pukat pada hari Ahad.Allah berkara kamu hendak menipunya maka di sumpahnya kaum yahudi tadi menjadi Binatang Babi(bagi yang Tua)dan menjadi Kera bagi kanak2.

Sebab itu organ babi dan kera hampir 90% sama dengan organ manusia.Sekarang ada pembedahan di baut mengantikan injab jantong manusia dengan jantong babi.

Kaum bani Isreail ini melakukan berbagai ankara di dunia ini sahingga apabila kita membaca Al Quran setiap Juzu dalamnya ada di sebut tentang Bani Isreal.

Bunga(interest) memeng di larang dengan keras didalam Quran.Sistem bank berdasarkan bunga ini di asaskan oleh Orang Yahudi.Sistem ini telah berkembang bagitu pesat sahingga sekarang ini kita hanya berniaga atas bunga boleh untong berjuta ringgit.Akibatnya berlakulah Financial meltdown sekarang ini.Bermula di Amerika dan merebak ka Europa dan UK.Banyak bank dan Hedge Fund rugi beratus billion.Yang mengalami kerugian yang paling terok ialah kaum Yahudi.Negara2 Arab yang menumpang dengan sistem ini juga kerugan besar.bagitu juga dengan Prince Walid pemilek terbesar CITIBank.Ia juga mengalami kerugian yang besar.Ini semua bala yang Allah turunkan.

Kemudian tinbul pula cerita Mandoff.Saorang Yahudi New York yang menipu clientnya hampir 50 Billion.Semua clientnya orang Yahudi New York.Saorang telah bunoh diri.Bukan sebarangan orang boleh melabor dengan nya.Ia perlu introducer,Ia perlu ada status dan nama.dan ia mesti Yahudi.Ini satu lagi bala yang Allah turunkan.

Billionair Michel yang bunoh diri di Jerman juga saorang Yahudi.Ia rugi hampir 5 billion kerana cuba manipulate saham VW.

Orang Yahudi ini ratanya baik orang nya.Jika kita berbincang dengan Rabbainya ia tak setuju dengan penubohan negara Isreail.Mereka berkata Tuhan jadikan kaum mereka tiada Negara.Yang Menubohkan negara Yahudi itu ialah Zionist,pergerakan terrorist.Mereka ini yang umat Islam sedang hadapi sekarang ini.

Mengikut Hadith Rasuallah,di akhir zamam ini orang Islam akan dapat mengalahkan bangsa Yahudi ini.Sahingga pokok dan batu boleh bercakap,memberitahu kita yang orang Yahudi ada bersembunyi di belakangnya.Kechuali ada satu Pokok namanya Looth Tree,di Isreail di panggil Jurusalem Pine.Pokok ini akan menyelamatkan kaum Yahudi.Orang Yahudi percaya akan hadith ini.Jika kita pergi Melawat Rumah orang Yahudi di Isreail,mereka memanam pokok ini di keliling rumahnya.

Akhir sekali Nasehat saya kapada Unat Islam.Jangan lah marah dan susah hati sangat dengan apa yang terjadi di Gaza.Kanak2,orang perempuan orang2 tua yang tak berdosa mati terbunoh akan masok syuarga.Mereka sahid.Umat Islam tak akan meneng dengan Yahudi Zionost ini sampai hari Kiamat.

Anonymous said...

Sudah 60 tahun berlalu, jelasnya strategi perjuangan Palestin tak berkesan. Mereka masih ditindas dan dibunuh dengan kejam dan tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang boleh menghalang.

Pelestin perlukan strategi baru. Tidak salah kalau mereka belajar caranya dari orang2 Yahudi. Orang Yahudi pernah satu ketika tidak lama dahulu menjadi bangsa yang ditindas, tapi mereka bangun dan sekarang berjaya menguasai dunia.

Sampai sekarang saya masih kurang faham kenapa manusia masih bermusuhan dan berbunuh2an kerana agama. Bukankah Kristian, Yahudi & Islam menyembah Tuhan yang sama? Tuhan yang Satu & Esa?

Sha Khalid

chemat said...

selain dari boikot, harap para ulama dapat memberi pandangan berhubung zakat kepada fisabilillah. Disitu mungkin menampakkan kekuatan dan penyatuan umat islam..

Ahmad Sanusi said...

Seringkali kita merungut, marah dan meluahkan protes apabila Israel melakukan kekejaman kepada rakyat Palestin, apabila reda serangan, maka semangat kita pun reda. Hilang sudah rasa protes, rasa marah terhadap segala kekejaman yang telah dilakukan oleh rejim Israel sejak dulu lagi hingga kini.

Apa yang kita perlu tahu dan ingat Allah swt telah memberi peringatan dan amaran bahawa kaum Yahudi tidak akan tunduk kepada mana-mana kaum di dunia ini kerana mereka beranggapan merekalah bangsa yang terbaik, bangsa terpilih lagi mulia, bangsa lain adalah 'goyim' atau lembu dan halal darahnya jika dibunuh. Ini sudah menjadi pegangan dan kepercayaan kepada bangsa Yahudi. Bagi mereka kekejaman kepada Palestin adalah ibadah dan mendapat pahala kebaikan pada kepercayaan mereka.

Kalau kita sorot lagi pengaruh serta sejarah yang menjadikan mereka begitu teguh dan kuat, kerana semua kekejaman serta penindasan yang dilakukan adalah sebahagian daripada rancangan Kumpulan Iluminati Antarabangsa yang terselindung gerakannya untuk menjadikan Israel sebagai Israel Raya yang mencakupi jordan, sebagahian Mesir, Syiria, serta Lubnan.

Mereka telah merancang dari dulu lagi dan rancangan mereka ini telah terbongkar apabila pembawa maklumat rahsia ini telah mati dipanah petir di Bavaria, Jerman (ia boleh dirujuk dalam Buku Bidak-Bidak Catur Iblis terbitan Yayasan Islam Terengganu)

Bukan sahaja umat Islam akan dimusuhi, malah semua bangsa lain yang tidak setaraf dengan bangsa Yahudi akan dijajahnya dengan pengaruh politik, ekonomi serta doktrin-doktrin yang tersebar ke serata dunia.

Kalau dilihat kepada apa yang berlaku hari ini adalah sebahagian daripada rancangan besar Yahudi untuk menguasai dunia melalui rangkaian Iluminati Antarabangsa. Banyak perkara yang perlu kita ambil tahu tentang bangsa Yahudi.

Apa yang pasti kekejaman, kejahatan, kelicikan Yahudi adalah negitu terancang, tersusun dan teratur sekali, bukan dilakukan mengikut emosi atau tindakan yang melulu.

Terima kasih...(sisnanuc@yahoo.com)

bujai said...

Periystiharan Balfour 1917 adalah titik tolak kepada penubuhan sebuah negara Israel pada 1948. Dengan pembunuhan beramai-ramai oleh Hitler ke atas orang Yahudi, England memulakan langkah mendapatkan sokongan Liga Yahudi agar pelarian Yahudi ini dibenarkan mencari perlindungan di tanah Palestin. Kebencian Hitler terhadap Yahudi mungkin berputik daripada kebimbangannya terhadap kepintaran bani Israel ini yang ditakuti akan mempengaruhi sosio-politik Jerman pada waktu itu. Oleh kerana Yahudi bukan dari kalangan Aryan yang diterajui Hitler, Yahudi dituduh sebagai penghasut kepada negara lain yang ingin bersekongkol dengan Hitler, agar membatalkan niat itu.

Periystiharan Balfour, bagaimanapun, memberi izin kepada pelarian Yahudi ini agar membentuk sebuah penempatan yang 'sah' di bumi Palestin walaupun ia tidak diiktiraf oleh Palestin dan negara lain.

Daripada jumlah penduduk asalnya kira-kira 50,000 orang pada 1917, mereka menjadi 600,000 pada 1947 dan ini mendorong Liga Yahudi mendapatkan taraf sebuah negara merdeka setahun kemudian.

Maka bermulalah zaman kepahitan Palestin yang terpaksa membenarkan sebuah negara Yahudi diwujudkan di tanahair sendiri, sedangkan kedudukan mereka untuk membentuk sebuah negara merdeka dikotak-katikkan oleh England, Amerika dan sekutu mereka yang lain.

Bagaikan 'Belanda mendapat tanah', begitu jugalah Israel yang terus lapar merampas tanah Palestin sedikit demi sedikit bagi memperluaskan penempatannya. Banyak tentangan Palestin sejak 1948 dipatahkan dengan mudah oleh tentera bersama Israel-British, hinggalah peperangan tiga hari pada 1967 yang menyaksikan Israel merampas Tebing Barat dari Jordan, Semenanjung Gaza dari Jordan dan Sinai dan Bukit Golan dari Mesir. Ketiga-tiga kerajaan ini, dalam memprotes kebiadaban Yahudi, tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak wujudnya perpaduan Arab.

Sebagai cara untuk tidak dilihat memusuhi Israel, Presiden Mesir Anwar Sadat yang rapat dengan Washington ketika itu terus menandatangani Perjanjian Damai Kem David di tengah-tengah tentangan dan bantahan dunia Arab dan Islam. Hasilnya, beliau mati dibunuh.

Isu Palestin tidak dapat diselesaikan melalui air mata, simpati, sumbangan dan doa semata-mata. Usaha diplomat juga tidak menampak kesan langsung. Kedudukan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai sebuah pertubuhan keamanan dunia juga tidak boleh dijadikan sandaran selagi selagi setiap ketetapan atau resolusi mengenai Israel-Palestin dibatalkan hanya kerana satu kuasa veto Amerika Syarikat.

Beberapa pemimpin dunia seperti Gaddafi, Lech Wales dan Robert Mugabe (lihat posting saya) pernah menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan PBB akan terjerat dalam medan permainan diplomatik Washington dan tidak menolak kemungkinan konflik Israel-Palestin tidak akan ada penghujungnya, kecuali selepas semua rakyat Palestin dibunuh Israel.

Mereka turut mencadangkan agar ibu pejabat PBB dipindahkan ke sebuah negara bebas dan tidak tertakluk kepada mana-mana kuasa besar kerana ini akan merevolusikan kuasa dan tanggungjawab sebenar PBB.

Malangnya, syor yang dianggap baik ini sukar dilaksanakan kerana Amerika adalah penyumbang terbesar kepada kewangan PBB di segi pembiayaan pentadbiran, program dan sebagainya. Kerana itulah Washington merasakan PBB adalah milik Amerika. Menempatkannya di New York pula ada simbol 'kedaulatan' bandaraya itu di mata dunia.

Begitupun, bekas presiden Korea Selatan Kim Young-sam pula berkata jika PBB dipindahkan ke tempat lain, banyak lagi negara kaya dan membangun mampu menaja kos pentadbirannya. Ini memang benar. Selama ini pun banyak negara tidak melunaskan hutang mereka dengan PBB kerana meluat dengan penguasaan Amerika.

Ada juga yang menyalahkan ketidakserasian negara Arab dan Islam dalam menangani isu Palestin.

Perlu diingat bahawa isu Israel-Palestin tidak harus dilihat khusus dari sudut agama dan bangsa. Ia lebih membabitkan perlanggaran hak asasi manusia, pencabulan wilayah dan pendudukan haram wilayah asing.

Mungkin ada benarnya pendapat yang mengatakan jika semua negara Arab bergabung memerangi Israel, negara Yahudi itu boleh hancur dalam 2 atau tiga hari. Amerika mungkin campur tangan. Begitu juga Britain dan negara Barat yang menyebelahi Israel. Perang Timur Tengah mungkin meletus. Yang buruknya ialah perang Kristian-Yahudi-Islam. Kita tidak mahu melihat ini terjadi.

Mungkin ada cara lain. Kedudukan negara Arab sebagai pengeluar dan pembekal utama petroleum serta gas dunia boleh dijadikan senjata untuk menjejaskan, jika tidak pun melumpuhkan ekonomi negara terbabit. Catuan bekalan minyak juga boleh menjejaskan banyak industri di Amerika dan Barat dan sudah tentulah mereka akhirnya akan terpaksa menekan Israel agar berdamai jika itulah antara syarat utama yang dikemukakan oleh pengeksport minyak utama dunia.

Satu lagi keadaan di Palestin ialah, puak-puak Palestin sendiri tidak sehaluan. Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza tidak sebulu dengan Fatah di Tebing Barat. Sebab itulah sejak Israel meratah Gaza sejak 27 Disember lalu, pejuang Fatah di Tebing Barat hanya berdiam diri. Hamaslah yang mengusir Fatah dari Gaza dua tahun lalu, menyebabkan kerajaan Palestin pimpinan Mahmoud Abbas tidak ada tempat berpaut. Di tempat lain pula, termasuk Lebanon, puak Palestin dari mazhad Syiah Murabitoun juga tidak mencampuri urusan rakan-rakan mereka di Gaza dan Tebing Barat.
Kelemahan inilah yang diambil kesempatan oleh Israel oleh membenam terus gerakan anti-Yahudi di Palestin. Di Israel sendiri, bukan semua rakyatnya adalah Yahudi. Ramai juga penduduk Kristian yang antipeperangan. Begitu juga sebilangan penduduk Yahudi yang selama ini tidak henti-henti mendesak Tel Aviv agar menghentikan peperangan dan mengiktiraf kewujudan sebuah negara Palestin yang bebas dan merdeka. Apa pun, hasrat mereka tidak dihiraukan oleh pemimpin mereka yang menggunakan peperangan ke atas Palestin sebagai platfom politik masing-masing.

Begitulah serba sedikit...

T kasih Dtk

BudakMalaysia said...

Hai Razak Badewi,
Maybank & CIMBank etc semua tu guna sistem perbankan Islam SAHAJA kah?
Kalau tidak, semua keuntungan yg mrk gaut selama ini haram & berdosa lah? Ada Credit Card sistem halal? Bunga 18.5%!! Kita kena boikot semua bank ini yg masih menggunakan sistem bunga Yahudi!!!!!

ab said...

Salam semua,

SELAGI ada AMERIKA selagi itulah ada ISRAEL..

Sebelum ini, semua kutuk dan setuju fatah dilenyapkan dan sokong hamas habis-habisan.

Selepas musnahkan fatah, musnahkan hamas pulak habis-habisn...


Yang terbaik ialah sebagaimana yang dilakukan hitler keatas yahudi.....

Abu Bakar Ab Rahman

Peacedude said...

Saudara Ahmad Sanusi,
Tentang kenyatan berikut:

Apa yang kita perlu tahu dan ingat Allah swt telah memberi peringatan dan amaran bahawa kaum Yahudi tidak akan tunduk kepada mana-mana kaum di dunia ini kerana mereka beranggapan merekalah bangsa yang terbaik, bangsa terpilih lagi mulia, bangsa lain adalah 'goyim' atau lembu dan halal darahnya jika dibunuh. Ini sudah menjadi pegangan dan kepercayaan kepada bangsa Yahudi. Bagi mereka kekejaman kepada Palestin adalah ibadah dan mendapat pahala kebaikan pada kepercayaan mereka.

Boleh saudara beri bukti-bukti yg menyokong kenyataan tersebut? Aku tak percaya ada Tuhan yg begitu benci dgn makluk ciptaan Nya. Atau kenyataan yg terakhir tu ciptaan saudara semata-mata? Mana ada org yg membuat kelakuaan seperti in"kekejaman kepada Palestin adalah ibadah dan mendapat pahala kebaikan pada kepercayaan mereka" seperti tu. Kalaulah Yahudi nak menbasmikan kaum Palestine dr muka bumi (seperti yg saudara nyatakan)dan ini adalah "Kepercayaan" agama mereka, kenapa mereka belum selesaikan arahan agama mereka sampai hari ini?? Tak masuk akal? Mereka sudah ada senjata & kemampuaan utk mencapai arahan agama mereka sebagai org Yahudi. Kenapa mereka masih menunggu? Menunggu sampai musuh mereka peroleh senjata nuklear? Oi saudara, kalaulah ada org yg percaya 1% kenyataan tu, saya harap itu hanya imiginasi saudara.
Saya hanya akan percaya pada Tuhan yg sayangkan ciptaan Nya. Jangan jadikan kekeliruaan saudara sebagai pesanan Tuhan. Kamu bukannya Tuhan? Bukan?

aNaK BaPaK said...

kepada Peacedude ....

eloklah anda belajar dahulu ilmu perbandingan agama..anda akan tahu betapa jahatnya manusia yahudi..betapa mereka telah meminda kitab yang allah turunkan kepada mereka dan di utuskan nabi dan rasul namun mereka bunuh kebanyakkannya sehingga ada riwayat yg menyebut bahawa kaum yahudi pernah membunuh hingga 200orang nabi ddalam satu hari ( sauadara kena beza jugak antara nabi dan rasul) benarlah apa yang ditulis ttg yahudi dan allah sebutkan perangai dan sikap mereka di dalam al-quran sauadar boleh rujuk sendiri kitab2 tafsir..( lainlah kalau saudara al-quran pun tak pernah baca !!) memanglah allah sebut perangau yahudi itu bukan kita nak jadu suara tuhan ..tapi nak manusia tahu bahawa ada manusia yang berperangai yahudi di atas muka bumi ini dulu kini dan selamanya!!!!

ayeharis said...

Y.Bhg Dato,

Memang saya terasa marah bila Dato katakan perjuangan rakyat Palestin itu satu yang sia sia.Ini kerana dari apa yang saya sikerdil ini faham kemenangan atau kekalahan dalam peperangan itu bukan atas asbab kita sebagai makhluk.Semuanya atas kehendak dan izin ALLAH S.W.T.Maknusia menang dalam peperangan bukan kerana senjata tetapi kerana ALLAH S.W.T. atau perut kita kenyang selepas makan bukan kerana nasi tetapi kerana ALLAH S.W.T.Kalau nak ikut lojik akal dengan kecanggihan senjata ,kekuatan Israel dan bantuan Amerika Bumi Palestin dan orang Palestin itu mungkin sekarang sudah lenyap tetapi kenapa bila peperangan sudah hari ke 15 rocket masih dapat dilancarkan lagi ke Wilayah Israel,dalam kesengsaraan rakyat Palestin masih bolih bersembahyang.Saya sangat yakin penghujung cerita yang Hak tetap menang dan yang batil akan lenyap dan inilah janji ALLAH dan janji ini benar dan pasti berlaku.Janganlah kita berputus asa dan menganggap perjuangan itu sia sia sedangkan yang terkorban dalam menegakkan ugama ALLAH adalah mati shahid.....ayeharis

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Pada awal tahun lepas, usul untuk mengubah tambatan harga minyak dari USD ke matawang lain telah gagal di OIC.

Pada masa itu, nilai USD turun dengan kadar ekstrem. Maka berebut-rebutlah kartel minyak barat yang membeli minyak sebagai stok - merujuk kepada kenaikan harga minyak yang naik sehingga USD146/tong tahun lepas.

Dari situ pun kita sudah dapat gambaran tentang cengkaman US terhadap dunia arab khususnya dan lain-lain negara amnya.

Dan Zionis lah yang mencengkam US.

rocky said...

dakj,

totally agree with your views.

if only i can add is the status of the Palestine president whose term should be over soon. he has decided to extend his stay. If there is an election, Hamas candidate will win. Thus having an election is not good many people. Local elections are also to happen this year if i'm not wrong. That means there is a need to get rid of Hamas or make the people hate Hamas. an a war before Bush leaves is always a good move cos he is after all the War President who did wonders to escape being sent to Vietnam War.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas,

Mohon izin untuk beri sedikit komen terhadap Saudara Razak Bedawi.

Saya musykil terhadap kontradiksi kenyataan Sdr yang pada satu pihak mengaitkan Hadith Rasulullah dengan kemenangan umat Islam ke atas bangsa Yahudi tetapi pada satu kenyataan lain mengatakan pula bahawa umat Islam tidak akan menang dgn Yahudi Zionist sampai hari Kiamat.

Mana satu yang sebenarnya?

Apapun, saya lebih cenderung untuk percaya bahawa umat Islam berupaya mengalahkan Yahudi berdasarkan:-

1. Pada asalnya, kaum Bani Israel ini merupakan satu kaum yang “merempat” di padang pasir selama 40 tahun walaupun selepas Nabi Musa membawa mereka menyeberangi Laut Merah. Mereka bukanlah penduduk asal bumi Palestine.

Umat Islam mesti berupaya menggunakan alasan ini jika mahu menyanggah kenyataan-kenyataan Israel yang mengatakan mereka adalah penduduk asal bumi tersebut.

2. Walaupun sejarah telah membuktikan bahawa kaum Bani Israel ini berjaya “menakluk” bumi Palestine dari penduduk asalnya, dan Nabi Daud serta Nabi Sulaiman diturunkan oleh Allah untuk memimpin mereka; tetapi sejarah juga telah membuktikan bahawa Bani Israel ini pernah beberapa kali berjaya dihalau keluar dari bumi Palestine oleh kuasa-kuasa besar selepas kewafatan kedua-dua Nabi tersebut.

Mereka pernah dihalau oleh “The Babylonians”, dan beberapa kurun selepas itu oleh Roman Empire, keluar dari Judea (sekarang Palestine).

Istilah “merempat” (the Jewish Diaspora) seolah sudah menjadi sinonim kepada kaum ini sejak dari zaman sebelum masehi lagi.

Ini boleh dijadikan satu faktor motivasi kepada umat Islam untuk bersatu padu dan menyusun strategi konkrit agar menjadi satu kuasa besar menakluk semula bumi Palestine.

3. Khalifah Umar Al Khatab juga pernah menakluk Judea ini apabila beliau mengalahkan Kerajaan Byzantine yang berpusat di Constantinople.

Saya tidak berniat untuk menuduh kenyataan Sdr bahawa umat Islam tidak akan berjaya mengalahkan Yahudi Zionist sampai kiamat sebagai satu kenyataan tidak berasas, tetapi saya musykil mengapa pula Khalifah Umar tidak “menghiraukan” kenyataan tersebut jika ianya berasas?

4. Salehudin Al Ayubi juga telah berjaya menakluk semula bumi Palestine dari Christian Crusaders.

Jika bumi Palestine ini tidak akan dapat dikuasai oleh umat Islam seperti mana Sdr katakan, mengapa Selehudin bersusah payah berperang untuk menakluknya?

5. Kerajaan Islam pernah memerintah bumi Palestine selama lebih kurang 1300 tahun sehinggalah kekalahan Ottoman Empire di dalam perang dunia pertama dahulu. Umat Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman makmur di bumi Palestine itu sepanjang zaman tersebut.

Seandainyalah negara-negara Islam ‘tidak mahu’ atau ‘tidak boleh’ menakluk semula bumi Palestine (di atas alasan seperti yang Sdr kemukakan), ianya menjadi satu fardhu kifayah pula bagi umat Islam memastikan ketiga-tiga kaum tersebut (dan kaum-kaum lain) hidup dalam harmoni. Kesemua umat Islam akan berdosa ‘sampai hari Kiamat’ jika membiarkan pembunuhan sesama sendiri antara rakyat Palestine dan Israel berterusan.

Saya sedar bahawa perkara-perkara yang saya sebutkan adalah sukar untuk dilakukan. Tetapi sepertimana yang Sdr katakan, kita mesti memahami sejarah Bani Israel ini untuk kita berupaya mengemukakan penyelesaian konkrit terhadap isu konflik tersebut.

Saya sedia untuk diperbetulkan.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Ahmad Tengganu. said...

Dato.

Saya menyokong sapenohnya tindakan Isreail menyerang GAZA.Pejuang2 Hamas memang kurang ajar dan tak ada otak.

Dato,jika rumah you di baliang rekat tiap hari oleh jiran you,apa yang harus you buat.Hari pertama mungkin you cuba berunding dengan jran kita,dan memberi amaran kapada nya jangan buat lagi.Hari kedua mungkin kita cari jalan berdamai.Salepas berdamai ia terus lagi membaling roket kapada you apa yang harus di buat.Sudah tentu Dato akan mengambil tindakan menyerang jiran kita,kerana ia degil,dan mencari pasal.

Ini sabenarnya yang berlaku di GAZA.Umat Islam sekarang ini telah tidak lagi pandai berfikir.Lebeh mengunakan emosi.Lihat lah apa yang di buat oleh pemimpin PAS di Malaysia.Sudah menang dan menawan lima negeri telah berlagak sombong.Bercakao besar dan tak tahu perasaan orang lain.

Saya berharap,tentera Isreail dapat membunoh semua pemimpin HAMAS,baru lah orang palestine dapat hidup dengan aman.

Jairo said...

org di semenanjung gaza teruk kena bom sana - sini... mawi dan astro plak tak abis2 buat kenduri 4 - 5 kali tak abis2. terbaru.. drg buat parti kawin ala arabin night lagi isk... kempen dorang ke ni???

Farah Fadhil said...

Salam wrt...

I do not really feel qualified posting this, however i think it is necessary to.
If we look back at history, Saladin Al-Ayyubi didn't free Baitul Maqdis in a blink of an eye. It took hundreds of years to produce a knight like him and an army which is loyal to him.
and if we want to free palestin, we should start changing ourselves and not wait for the world to change.
yes, i agree... it is not easy, it will not be accomplished in a few months or years.
yet, it is not impossible.

"Janji Allah itu pasti."

i'd like to refer you to an article, which has somehow opened my eyes. and i hope it will open more too.

Click here

wallahu'alam.

a humble servant of Allah.

kamal said...

o you who believe, take not the jews and christians for protecting friends (awliyaa'). they are friends one to another. he among you who taketh them for friends is [one] of them... sura5 v51.

thats israel and us/eu union etc etc.

let not the believers take disbelievers for their friends in preference to believers... sura3 v28.

so now we should know who our friends are?

and the jews wil not be pleased with u, nor will the christians, till u follow their creed...sura2 v120.

you will find the most vehement of mankind in hostility to the believers, the jews and idolaters, and you will find the nearest of them in affection to those who believe, to be those who say; lo we are christians...sura5 v82.

gaza bombings of civilians.

o children of israel, remember my favour wherewith i favoured you and how i preferred you [faddhaltu] above all creatures [al aalamin]. s2 v47.

thats how much our lives now revolves around their handy work.

and you will find them greediest of mankind for life and [greedier] than the idolators. [each] one of them would like to be allowed to live a thousand years... s2 v96.

in everything you touch, see, eat, talk, cry or even laugh you know its their business to make money.

Anonymous said...

Dato'

Syabas kerana berani memberi keterangan yang benar tentang kemelut di Timur Tengah.

Adakah rakyat Malaysia sedar tentang Kekayaan di Dubai, Abu Dhabi, dan Bandar bandar Arab (termasuk Saudi)lain di timur tengah. Lihat lah kekayaan yang dikagumi olih kerajaan kerajaan barat dan kawan kawan mereka di Amerika Syarikat!! Adakah Arab Arab Islam ini ambil tahu tentang Palestin? Kini kita lihat rakyat miskin Indonesia sanggup pergi mati berperang di Palestin sedang kan arab arab lain lihat sambil buat tak tahu!!


Politikus Bandar

mardhiah said...

Abdullah ngah,

"Itu Fatwa yang dikeluarkan, tetapi Islam ajar kita dengan perkataan “Wajib” bukan “harus” berdamai dengan Yahudi sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin Palestin sejak 1948"

Betulka Ayatollah Ali cakap macam tu. Ya Allah seronoknya. Gembiranya hati saya, sebab lepas ni tak salahlah kalau kita nak mengorat/bercinta dengan orang yahudi, macam yang dibuat oleh icon pujaan hati saya Saha Riza tu ye.

Dulu saya sekolah pun ayah ada cakap, hukum nikah dengan Ahli Kitab harus. Kita aje la ni pepandai merasakan meruntuhkan percintaan tahap suruh orang lain rampas-merampas (contoh kes Erra Fazira dan Hans Isac) dapat pahala besar agaknya kut?

Logiknya kalau kita tak de contact yang baik dan mesra dengan mereka macam mana kita nak tunjukkan keindahan Islam dan nak bagi mereka faham bahawa perangai kera sumbang, mengagung-agungkan bangsa itu sangat primitif lagi ketinggalan zaman?

fital said...

Saya bersetuju dengan pandangan Datio' bahawa perjuangan Palestin adalah perjuangan yang sia-sia dan membuang masa.

Apa yang dapat kita lakukan selain dari berdemontrasi, terjerit terlolong ibarat anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh. Yahudi@ Amerika tak makan kutuk. Kita seru agar pulaukan produk mereka tatapi dalam masa yang sama kitalah pengguna terbesar produk mereka.Bagaimana kita nak lawan mereka sedangkan kita tak boleh lari dari cengkaman mereka.tanpa disedari rupanya kita makan sepinggan dan tidur sebantal dengan mereka. Seluruh kehidupan kita telah lama dijajah oleh mereka tanpa dipaksa kita terima. Kita terima sistem ekonomi mereka, kita sanjung dan ikut budaya mereka dan kita pun terlena dalam dunia hiburan mereka. Seluruh pemimpin negara Islam tangan telah diikat dan mulut telah disuap peluru. Maka jadilah mereka kelu.

selangi hidup kitapun masih berpecah dan berpuak. Selagi kita belum bersatu menjadi umat yang satu dan selagi ekonomi kita masih bergantung kepada mereka maka selagi itulah seluruh dunia Islam akan diinjak-injak, diperkotak katik, ditindas , dirobek dan diratah.

Maka tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kita mestilah menjadi Yahudi baharulah kiata dapat kalahkan Yahudi.

Anonymous said...

I agree with you Datuk. Too many of us the Malaysian Muslims are too emotional. We are because we don't understand the issue and we don't care to understand history, geopolitics and global economy.

This business of boycoot can work only if we're willing to lose our jobs, our income and sacrifice our wellbeing.

Let's say we boycott Coca Cola. Yes, if the whole Muslim world stop drinking Coca Cola, then the Coca Cola Company will suffer. But it will not close down. Other people will still drink it.

But if we shop drinking Coca Cola, the Malaysia bottler of Coca Cola i.e. F&NCC Sdn Bhd, a local company, will suffer. If it closes down, its workers who are mostly Malays will lose jobs.

Its distributors will lose jobs. Its suppliers will lose jobs. The coffee shops selling Coca Cola will lose income.

This is the chain reaction of us boycotting Coca Cola. Are we ready for this? The same things will happen if we boycott McDonald, KFC, Starbuck and Pizza Hut.

These American licensed outlets employs many Malaysians especially the lowly educated Malay boys and girls and the students working part time.

They farmers who supply chicken and vegetables to them.

They are also among the biggest user of the Malaysian Halal Certificates

Unless we can produce and sell a similar amount of locally made products to replace Coca Cola, McDonald, KFC, Pizza Hut, Starbuck and other American brands, our economy will suffer much more than the American and the Israel economy.

It will be more effective if the big Arab investors stop investing in the US and invest in Palestine and other Muslim countries instead.

Now I hear the Arabs are even withdrawing from Iskandar Development Region or are holding back their investments but continue to invest heavily in Singapore where Israel has a big embassy from where it spies on the Muslim countries of South East Asia.

I think Arabs are the biggest hypocrites among the Muslims.

The richer the Muslims, the stronger they become and only then they will be able to arm themselves and be respected.

If the Arabs want, they can immediately reduce their oil production like they successfully did in 1973. If the Jews can use the US as their weapon, the Arabs can use oil as their weapon against the US and the Jews.

Sadly I have to agree with Datuk that Arab don't want a democratic and successful Palestine.

So I see no point why we should be so emotional. I am not a regular Coca Cola drinker because it's not a healthy drink. It has too much sugar. But I think boycott will harm us more than it harms the Coca Cola Co. or the US.

Ex-Banker

bungaraya said...

Penulisan dan komentar dalam blog ini memang okey. Tapi selain percambahan minda, yang lain apa tu takda. Rakyat Palestine terus terusan disembelih. PBB yang begitu gah dan mewakili semua negara atas muka bumi inipun layu bila bertembung USA dan Israel. Inikan kita.
Lalu saya pening kepala. Tak tahu nak buat apa-apa. Akhirnya duduk saja merenung nasib yang seagama dengan ku.
Apa guna ku baca semua itu?
Yang utama Israel ku bunuh jua. Bukan sekadar kutuk dan meludah mereka.
Siapa dikalangan kita yg berani.
Jawapnya TIADA.
Hanya cakap sahaja.
Tiada guna.

ini ahmad pelstin!!! said...

benarkah kerana hamas yg menyerang isreal dahulu sedangakan rakyat palestin dah lebih 700 orang terkorban orang isreal tak samapi 20..takkanlah yang kena serang dulu mati sikit dan kena balas erang mati banyak...

eloklah sauadar yg menyokong agar yahudi membunub hamas bertaubat nasuha kepada allah..mahmoud abas buat apa kat luar negara sebagai seorang presiden...kenapa kita salahkan hamas sedangkan merekalh yang bermati-matian mempertahankan gaza dengan kemampuan yang ada..Fatah buat apa? sebelum hamas dan fatah wujud pun itulah perangai yahudi bahkan ada rekod pun mereka pernah bunuh mencapai 200 orang nabi dalam masa satu hari..maka apakah boleh kita katakan eloklah yahudi bunub semua nabi tu kerana nabi2 itulah punca orang2 lain dibunuh? bolehkah kita kata begitu? apakah kerana rakyat palestin berjuang menentang israel lantas kita hukum mereka itu emosi maka adakah isreal bertindak dalam batas kemanusiaan tanpa emosi? bagi saya suadara ahmad tengganu ini yang patut di pancung dahulu..dihapuskan saja di atas muka bumi ini kerana menjadi lebih yahudi dari yahudi!!!

banjar sg manik said...

ada jugak orang nak jadi yahudi dan nak jadi penyokong yahudi..saya nak pesanlah kepada anda berdua ( ahmad tangganu dan encik fital ) jangan golongkan diri anda di dalam golongan yang dilaknat allah..sekarang memanglah tak nampak dosa pahala..dah mati besok kot tak terjawab soalan kubur..di padang mahsyar besok kot mnyesal tak sudah..dah masuk neraka besok jangan nak mintak pada allah nak ke dunia balik nak bertaubat..bertaubatlah segara..allah maha menerima taubat insya-allah!!!

Anonymous said...

Datuk AKJ,

1) Bagi saya, pemimpin dunia & pemimpin negara2 Islam perlu mencari jalan penyelesaian sewajarnya dan menghukum Israel.

2) Dalam konteks Muslim & Rakyat Malaysia, saya menyeru teruskan MENDERMA ke TABUNG2 yang SAH bagi tujuan ini dan sertailah apa jua aktiviti, seperti memboikot, perhimpunan dsb asalkan MEMATUHI UNDANG - UNDANG NEGARA.

3) Jangan lupa disertai dengan DOA. Usaha tanpa doa, tidak diberkati dan Doa tanpa usaha, sia-sia. Hanya ALLAH SWT sahaja mengetahuinya. Mungkin usaha & doa kita tidak cukup. Mungkin juga ada rahmat disebiliknya.

4)Saya setuju dengan saranan Tun Dr Mahathir, untuk tidak membeli US Dolar dan saranan beliau yang lain. serta insiatif pertubuhan NGO yg lain.

Salam

Rohaizat Zainal
Bandar Baru Bangi

Hanezam said...

Salam Dato',

Kekejaman Yahudi ini pada saya adalah satu sunnah Allah. Saya melaluinya sebagai satu tanda besar bahawa ayat-ayat Allah itu benar. Apa yang Allah janjikan pasti akan terjadi dan ia sedang terjadi. Yahudi sendiri susun strategi mengikut ayat-ayat Allah. Malang sekali, ayat-ayat Allah sudah lama hilang dari dada-dada orang Islam. Tidak perlu komen lebih panjang lagi berjela.

Marah sungguh kita tengok darah anak kecil Palestin yang tumpah. Demonstrasi, pulau produk, sembahyang hajat...Alahai..
Tidakkah kita sendiri selama ini begitu selesa sistem perbankan Yahudi? the root of all evil? Dan apa-apa lagilah yang tunjangnya Yahudi...Dengar dangdut rasa jijik, tapi kalau dengar Boney M's The River of Babylon, boleh goyang-goyang jari kat steering wheel. Baru pagi tadi saya dengar lagu tu kat Litefm. Tengoklah tu, macam ni ka orang yang nak marah sangat ngan Yahudi? Ohh.. saya hanya mengingatkan diri saya sendiri.

Dan wow ! semua ulasan yang Dato' siarkan setakat 10.15am hari ini sungguh menarik. Something I want to read (except for one, of course, he he he.

Cheers Dato'
Hanez

budak_kg said...

Bekas Pemimpin UMNO & Mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohammad ajak kita boikot barangan Amerika...
bolehkah kita tak makan kentucky fried chicken, McD, Pizza dan sebagainya. Mereka yang merokok terpaksa tinggalkan rokok.

Pemimpin Pemuda PAS pula,YB. Salehuddin Ayob ajak kita berdemo anti israel. & amerika.
Pemimpin pemuda UMNO, YB. Dato Hishamuddin Tun Hussein juga ajak murid sekolah demonstarasi di KT.

Bagus juga kalau kita ikut serta tetapi kalau difikirkan 'ponek badan' dan mengabehkan boreh jo!
Kalau Tuhan nak beri pahalapun cuma sedikit - yahudi ketawa juga.

Tetapi tahukah anda
Setakat ini tidak ada pemimpin negara menyeru kita yang beragama Islam menunaikan solat subuh berjamaah melebihi jemaah solat fardu jumaat.
Sekiranya ada satu mesjid didalam dunia ini yang boleh melaksanakannya barulah yahudi boleh kalah, kalau tidak jangan mimpilah.

Mengikut teori sebenarnya kita mampu buat sebab solat jumaat untuk kaum lelaki saja tetapi solat subuh boleh disertai kaum wanita(muslimat). Dengan itu bilangan jemaah tentu lebih ramai.

Kalau kita boleh buat yang ni barulah yahudi boleh kalah...
kita pun dapat banyak pahala sebab solat subuh berjamaah..! Umpama beribadat sepanjang malam. Betul tak?

Akan menjadi sunahtullah bahawa peperangan yang terakhir didunia ini adalah peperangan antara Islam dan yahudi, dimana kemenangan untuk umat Islam membunuh
Orang yahudi. Sehinggakan diriwayatkan rimbunan pokok-pokok dan batu-batu akan berkata kepada orang –orang Islam bahawa disini ada yahudi bersembunyi.

Umat yahudi memang mengetahui perkara ini. Bayangkanlah mereka mengenali Rasul
akhir zaman (Muhammad SAW.) dan Al’Quran seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Tetapi telah menjadi sunahtullah juga bahawa mereka golongan yang ingkar. Nabi-nabi pun mereka bunuh inikan pula orang Palestin.

Oleh yang demikian kita tunggu mana-mana pemimpin negara khususnya, pemimpin UMNO, PAS atau PKR yang terbuka hati menganjurkan solat subuh berjemaah ini eloklah kita turut serta. Seharusnya kita solat dulu barulah memboikot barangan yahudi & amerika, berhenti merokok dan berdemonstrasi jalanan..

abdullah ngah said...

Barangkali 90 peratsus orang yang mengaku beragama islam salahfaham dengan Islam, terutama sekali bagi mereka yang "sengaja tinggal solat lima kali sehari semalam" yang pernah disebut oleh Rasulullah dalam hadis yang bermaksud: "sesiapa yang tinggal solat dengan sengaja ia adalah kafir". Ini pun masih ada ulama mengatakan ia belum jadi kafir.Tidak hairan kerana ulama ada yang baik dan ada yang "jahat" Umar RA pernah berkata "suatu masa nanti ulama pun guna hawa nafsu" Tidak hairan jika orang awam berhujah begitu.

Bagaimana ada pro dan kontra?sedangkan hadis itu jelas dan nyata.

Ini Seolah olah ulama yang berpandangan itu lebih mulia berbanding dengan Rasulullah.

Saya tidak hairan, kerana Rasulullah pernah berkata bahawa ulama ada yang "baik" dan ada yang "jahat"

orang islam yang mengaku beragama islam juga salah faham dengan Islam terhadap Yahudi(Kafir).

Mereka salah faham mengenai ayat120 surah al Baqarah yang bermaksud: "Orang orang yahudi dan Nasrani tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)sesungguhnya pertunjuk Allah (agama islam) itulah pertunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepada kamu (tentang kebenaran), maka tidaklah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupu) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu" (surah Al-Baqarah Ayat 120.

Ayat ini memberi pengajaran kepada umat islam bahawa orang orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedayaupaya untuk memperdaya orang orang islam supaya mengikut kehendak mereka.

Berbagai cara dan jalan yang mereka lakukan termasuk perjanjian "damai" untuk merosakkan kepercayaan (akidah)dan keperibadian orang orang Islam.

Oleh kerana banyak yang tidak menyedari hakikat ini maka mereka setuju dan percaya dengan apa apa cadangan yang dibuat oleh Yahudi.

Bukan sedikit umat islam yang terikut ikut adat dan cara hidup mereka semata mata dengan alasan untuk menurut peredaran zaman.

Ada juga yang mengatakan kalau tidak setuju dengan cadangan yang dibuat bagaimana kita hendak memperkenalkan agama islam kepada mereka. Wahl hal Allah telah jelas pada ayat diatas dengan sejelas jelasnya.

Mereka ini tidak sedar sekalipun apa yang umat Islam ikut itu bertentangan dengan islam, akhlak dan budi pekerti mulia.

Hakikat ini wajib disedari dan mana yang telah terlanjur wajib kembali kepada jalan yang benar.

Silap besar mengatakan Yahudi tidak tahu kebenaran islam, kerana Allah telah menyetakan dalam ayat 146-147 surah Al Baqarah yang bermaksud:

" orang orang yahdui dan Nasrani yang kami berikan kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad) dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)" kebenaran yang datangnya kepadamu dan disembumnyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani itu (wahai Muhammad) adalah datangnya dari Tuhamu, oleh itu jangan sekali kali engkau termasuk dalam golongan orang orang yang ragu ragu" (surah Al Baqarah ayat 146-147)

Kalau ulama ada yang jahat, apatah lagi orang awam yang tidak solat lima kali sehari semalam.

Kalau solat pun solat orang yang lalai dan neraka waai bagi mereka.

sebab itu mereka percaya dengan orang kafir, sebab mereka juga tiada beza gaya hidupnya dengan Yahudi.

sekian.

Fikir Tajam said...

Salam Datuk AKJ,

Janganlah dihairankan sangat sekiranya terdapat ramai di kalangan belia kita yang tidak tahu menahu langsung sejarah bumi anbia Palestin ini. Rata-rata di kalangan kita ternyata buta sejarah. Hanya sebok membesarkan perut saja. Cepat berpuas hati dengan apa yg telah dan akan dimilikki.

Lihatlah ramai yg obes di sana sini. Yg berserban PAS, Arqam dan Tabligh pun perut boroi membusung. Yg melalak mendayu mengalun nasyid macam Ustaz Rabbani tu pun perut memboyak. Hadi Awang pun perut besar. Itu sebab akal jadi pendek. Itu tak masuk yg sebok menyalak konon berdakwah tapi rambut mengurai macam Yasin dan Haiy itu. Mana nak dibawa anak muda Malaysia ini pun tak ketahuan nampaknya.

Seorang rakan saya yg juga perutnya besar belajar di Amerika sekarang dah dapat Prof Madya walau PhD ntah ke mana pernah melontarkan soalan aras 'kangkong'. Soalnya, "dia orang ni tak sekolah ke? asyik baling batu ramai-ramai aje?" bila melihat anak-anak muda palestin bertempur dengan tentera Israel tak lama dulu.

Apa nak kata? Mamat ni gelap2 dah bangun wirid bukan main. Tapi sejarah Islam dan umat Islam KOSONG LOMPONG.

Ras Raka said...

Salam kepada Dato' dan pengunjung-pengunjung blog;

Yahudi ini adalah satu bangsa yang terpilih, berfikiran cerdas, berwajah menarik, bersemangat waja, cekap berniaga dll,kreatif, pandai merancang sepertimana yang diakui oleh Al-Quran.

Olehkan kerana ini, ia menjadi sombong dan ingkar dengan suruhan-suruhan Allah, dan sering tersesat. Namun Allah sayangkan mereka, lalu diutuskan nabi dan rasul sebagai peringatan, malangnya Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul ini didustakan, dibunuh, dan dihina. Contohnya banyak, lihatkan peringatan Allah akan perihal Nabi Luth, Musa, Noh, Isa, Ilyas, Ilyasa' didalam Al-Quran.

Walaupun mereka dikatakan bangsa terpilih, tetapi Al-Quran juga ada menyebut, walaupun mereka itu nampaknya bersatu, teguh dan membina benteng-benteng yang tinggi, namun percayalah hati-hati mereka tidak terjalin utuh sepertimana umat Islam.

Palestine pernah bebas dua kali oleh Saidina Umar dan Salehuddin el-ayubbi. Untuk kita menang, dikatakan kita juga perlu ada qualiti umat yang ada pada zaman Umar dan Salehuddin.

Soalnya; adakah kita walaupun seorang akan kualiti itu?

Tepuk dada tanya akal.

Orang utara said...

Sudah banyak demonstrasi dan laungan yang dibuat setiap kali regim zionis mengganas. Sudah banyak air-mata dan tangisan terkeluar apabila mengenangkan nasib orang islam-arab-palestin. Namun, sengsara demi sengsara terus menimpa masyarakat ini yang nampaknya bertali arus, tiada penghujungnya. Sesungguhnynya Allah berpesan bahawa tiada sesiapa boleh mengubah nasib sesebuah masyarakat melainkan mereka sendiri mengubahnya. Hakikat yang perlu diterima oleh dunia islam, walau pahit sekali mana pun, penubuhan negara palestin tidak lebih dari angan-angan Mat Jenin. Orang arab yang sebangsa dan seagama dengan orang palestin tidak merestuinya, masakan pula orang barat yang berlainan ras dan agama. Hakikatnya dari segi ketenteraan ialah 10 juta rakyat israel bukanlah lawan kepada 1.4 billion umat islam. Dari orang palestin terus menderita, disiksa dan dihina, maka, eloklah mereka dipindahkan ke negara-negara lain supaya mereka boleh boleh hidup dengan aman dan bebas. Kehadiran mereka di Palestin tidak lebih sebagai alat kepada pihak-pihak yang telah kehilangan kuasa tetapi masih mersakan diri mereka berkuasa. Demi kemanusiaan dan kesejahteraan, maka, kosongkan Gaza dan Tebing Barat walaupun untuk sementara waktu.

TaminDhari said...

Ada seekor anak harimau dikelilingan oleh anak-anak kambing. Anak-anak kambing telah menzalimi anak-anak harimau ni. Anak harimau ketakutan.

Anak harimau perhatikan anak-anak kambing mempunyai kelebihan, adanya tanduk sedngkan dia tak ada tanduk. Anak harimau merasakan dirinya begitu lemah kerana kekurangan dirinya tiada tanduk. Anak harimau pun berdoalah pada Allah s.w.t "Ya Allah, berilah aku tanduk seperti mana yang ada pada anak-anak kambing itu agar dapat aku melawan mereka"

Sebenarnya anak harimau ini silap. Dia tidak perlu meminta tanduk, kerana kekuatannya bukan pada tanduk, sebaliknya Allah s.w.t telah beri kekutannya ada pada suaranya. Tetapi anak harimau tak menyedari kekuatan dirinya.

Sekiranya anak harimau ni tahu kekuatan yang ada pada suaranya, sekali dia MENGAUM, pasti anak-anak kambing akan lari, bahkan bapak-bapak kambing dan tuan-tuan kambing sendiri akan lari.

Begitulah kita, umat Islam hari ini. Kita tidak sedar kekuatan yang ada pada diri kita, kita hanya perhatikan kekuatan yang ada pada orang-orang kafir. Fikirkanlah sendiri...

Republican Reds said...

I believe in what you say but being pessismestic without action is not going to bring us anywhere. There are few things mention on the blog so let me adress it one by one. Firstly, is the US support for Isreal, the US citizens must be made to understand to the consequances of the US foreign policy towards Isreal that is effecting US moral standing in the world and not only that, economically the US is also suffering so that their will support a politician that is going to change the US foreign policy towards a country that is not biased towards Israel. Then there is the issue of neighbouring Arab states keeping a blind eyes towards the Palestinian conflict. The only way to settle this issue is we the non-Arab nation must persuade them to have a united stand in the palestinian issue that is their are going to pull back their recognition of the Isreal state and boycott Isreal economically. Then there is the disunity in the Palestinian camp namely Fatah and Hamas. Well, effort arte ongoing to unite them as can be seen by the meeting brookered by the Egyptian government and the assault on Palestinian is a great opportunity for them to close rank and unite against Isreal. By executing the steps outline above we will se a at the very least an independent Palestinian state and Isreal state, however an independent Palestinian state without Isreal is more ideal but we must be realistic first.

Razak badewi said...

Kapada Sdr Azman Mohd.

Kenyataan saya sampai khaimat baru umat Islam menang dengan yahudi bermaana akhirnya umat Islam akan meneng dnegan Yahudi sahingga pokok dan batu pn boleh bercakap memberitahu yang orang yahudi berlindong di belakang nya.

Ini berlaku bila dekat nak Khaimat dan bukan dah khaimat.Sebab itu jika kita pergi ka Isreail sekarang boleh dikatakan hampir semua ruimah orang Yahudi di tanam dengan pokok loothy atau pun Juresellen Pine.Sebab dalam hadfith rasuallah pokok ini sahaya yang melindongi orang yahud.

Waallah wu alam.

Anonymous said...

Brother,

Siapakah bekas Menteri yang sibuk nak bertanding untuk jawatan naib presiden Umno, tetapi sedang bercuti di Bahamas sekarang ni?

Pemimpin-pemimpin Umno lain sedang sibuk berkempen untuk Calon Barisan Nasional menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, tetapi bekas Menteri ni sedang bersantai dengan ahli-ahli keluarganya di Kepulauan Bahamas yang memang terkenal sebagai destinasi pelancongan.

Yang lain sibuk berkempen siang-malam, sipolan ini sedang menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai. Alangkah bahagianya hidup.

Perwakilan Umno patut menolak pemimpin seperti ini. Sudah banyak sangat kes sipolan ini. Batu dan kayu sahaja yang sipolan ini tak makan, yang lain habis dimentedarah...

Pantun untuk Dato' Seri Najib:

Bercerai sudah bertalak sudah
kasih sayang ditelan waktu
Mencuri sudah, meraba sudah
Takkan nak simpan sipolan begitu.

Pian Gombak.

TPJ said...

Datuk,

Sudah hampir 50 tahun saya dengar fasal perkara Palestine ini.

Berpuluh2 tahun umat Islam seluruh dunia telah berdoa dan sembahyang hajat untuk keselamatan dan kesejahteraan Palestine termasuk Doa di dalam Masjidil Haram dan khutbahnya setiap Jumaat. Beratus billion Dollar telah dicurahkan kepada mereka bertahun2 ini.

Kemana duit itu pergi? Arafat almarhum pun kahwin perempuan orang putih yang dikalau tak silap ada darah Yahudi. Beliau terbang merata dunia dengan private jet dan sehingga beliau matipun, masalah Palestine tidak berkesudahan.

Ini adalah kerana tabiat angkuh pemimpin2nya. Dia sama dia pun tidak bersatu dan bunuh membunnuh satu sama lain. Tengok sahaja tabiat jijik Duta Besarnya di sini. Sudahl;ah mengemiskan sokongan, dia hendak memberi syarat pula bagaimana kita harus memberi sokongan dengan cara menengking. Harami punya pemimpin.

Ini bukan firman, bukan sabda tetapi kata-kata pujangga Arab dari Wadi Hassan di Johor, "Bangsa Arab ini, kalau boloeh bersatu, Kiamatlah dunia!"

Saya ingin mengesyorkan kepada penderma2, kalaupun hendak menderma utk membantu yang tiada rumah atau didalam kecederaan, jangan menderma kepada pemimpin2nya. Jangan dilayan Harami yang tak sedar diri yang berjawatan Duta disini.

Hulurkanlah bantuan melalui Yayasan Salam atau mana2 yang menghantar ubat dan barangan. Insh'Allah ianya akan sampai kesasarannya.

GOMO said...

BETUL TU SAUDARA...BOIKOT MESTI BOIKOT!!!
BAGAIMANA PULA JIKA KITA MENGHANTAR SUKARELAWAN BAGI BERPERANG MENENTANG ISRAEL DI BUMI PALESTIN???
KITA MENDESAK KERAJAAN AGAR BANTUAN KENTENTERAAN DI HANTAR DALAM MEMPERTAHANKAN BUMI PALESTIN INI.http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/hantar-pejuang-kita-ke-tanah-palestin.html

dinderaman said...

apa yg saya pelajari dari kisah palestin
1. Umat Yahudi berpegang teguh kepada Doktrinnya manakala sebahagian besar Umat Islam pula acuh tak acuh dengan Doktrin Islam. Zionis mempunyai perancangan rapi dan teliti serta pelan jangka panjang untuk memperluaskan tanah jajahannya di Gaza dan Tebing Barat. Adakah Umat Islam juga mempunyai pelan jangka pendek dan panjang bagaimana hendak menghalau zionis dari bumi Palestin?

2. Umat Yahudi amat bersatu padu sesama mereka manakala umat arab Islam pula asyik bergaduh sesama sendiri. Orang arab sejak zaman jahilliyah hinggalah kezaman moden kini masih tebal dengan sikap berpuak-puak mereka. OIC pula lebih dikenali sebagai Oh i See ? Umat Yahudi cuma 30 juta orang manakala umat islam 1.3 billion . Tepatlah Sabda Rasulullah : " umat islam walaupun ramai tapi cuma macam buih ajer....."

3. Umat Yahudi telah menguasai ekonomi Amerika sehingga Amerika yang terkenal sebagai polis dunia pun tidak berani menjentik telinga Israil. Kuasa Ekonomi mereka telah menjadi senjata yang hebat. Obama nak menang jawatan Presiden terpaksa juga ke israil minta undi dari kaum yahudi ....

4. Bumi Arab di kurniakan kekayaan telaga minyak yang melimpahruah. Tok-tok arab yang kayaraya pula suka berpoya-poya. Harta kekayaan mereka di simpan dan dilaburkan di Amerika atau Negara Eropah yang lain. Pemimpin-peminpin pula asyik di buai mimpi dan berlena-lenaan tidur dikatil emas. Amerika guna duit pak arab untuk buat senjata dan bekal kat israil dan bunuh saudaramara pak arab.... Apa nak jadi dengan saudagar-saudagar minyak (pak-pak arab) ni....?

5. Umat Islam mungkin sedang leka menunggu kedatangan Imam Mahadi dengan Bala tenteranya sebagaimana yang dijanjikan untuk menyelamatkan Islam dan umatnya di zaman mutakhir ini?

6. Umat Islam kini hanya sekadar berbangga dengan kegemilangan Islam dizaman silam, di zaman Rasulullah dan para sahabatnya, di zaman Salahuddin Al Ayubbi. Hanya sekadar berbangga?. Sambutan Maal Hijrah sudah tidak mempunyai nilai dan roh hijrah yang sebenar-benarnya?

7. Tidak memadai dengan hanya sekadar Solat Hajat, Membaca Yasin dan BerDoa beramai-ramai di masjid-masjid bila menghadapi sesuatu musibah., bila zionis mengebom dan membedil bumi Palestin. Tidak juga memadai hanya dengan semangat berkobar-kobar membaca kutbah di mimbar-mimbar masjid. Tidak juga memadai dengan berarak atau berdemotrasi di jalan-jalan raya dengan membawa sepanduk yang membakar semangat. Sedangkan umat Palestin hanya mampu membaling batu-batu kerikir melawan ledakan bom atom dan peluru dari tentera zionis?
dinderaman@ sdp5157.blogspot.com

tentera_kambing said...



GOMO said...
BETUL TU SAUDARA...BOIKOT MESTI BOIKOT!!!
BAGAIMANA PULA JIKA KITA MENGHANTAR SUKARELAWAN BAGI BERPERANG MENENTANG ISRAEL DI BUMI PALESTIN???
KITA MENDESAK KERAJAAN AGAR BANTUAN KENTENTERAAN DI HANTAR DALAM MEMPERTAHANKAN BUMI PALESTIN INI.http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/hantar-pejuang-kita-ke-tanah-palestin.html

5:38 AM



Nak hantar sukarelawan, nak hantar tentera, engkau nak pergi tak?

Quick Draw Botak said...

Sdr. A Kadir Jasin,

I cannot but agree with your "saya unjurkan bahawa perjuangan Palestin adalah perjuangan sia-sia, perjuangan yang kecewa dan perjuangan yang penuh pura-pura"!

Not all Palestinians are Muslims and, at the core of it, their fight is not about Islam. It is about territory and Islam in their struggle is "incidental".

Islam would once again rise and rule the earth justly but it would not be from among us, Malays. We shout rhetorics and as quickly as it started, it ends.

Until and unless we fully appreciate the need to work towards being economically and technologically strong, we are nothing but people that shouts rhetorics only, highly dependent on others and the crutches provided by the government!

Sekian.

Annas said...

Ampunkan lah segala kata2 saya yang jahil ini. Kalau dulu, setiap kali masuk waktu solat, saya memohon kepada Allah agar , Kau bukakan lah hati anak2 ku, kasihanilah mereka seperti mana ibubapa ku mengasihani ku, ampuni lah mereka , dan beri rahmatlah kepada anak2 ku.

Tapi sekarang, dengan air wudhu sblm solat, saya merayu kepada Allah SWT, dengan sebaknya, ya Allah, kasihanilah kaum2 Palestine dibumi anbiya ini, kasihani lah mereka, ampuni lah mereka, hentikanlah siksa keatas mereka. Kau tunjuklah Keajaiban Mu dibumi Palestine ini. Hentikanlah siksaan keatas orang2 yang tak berdosa ini.

Saya rasa amat sedih dengan penderitaan mereka. Sehingga sekarang, saya masih sedih. Walau apa pun hujjah2 tuan2, pucuk pangkalnya ialah penderitaan, siksaan dan kezaliman yg tak dapat diterima akal moden ini.

Sama2 lah kita memohon kepada Allah yang Maha Kuasa, kasihanilah pada mereka2 yg tersiksa dan menderita. Hentikanlah penderitaan mereka.

Bagaimana kah dapat kita bantu? Hanya doa yang mustajab dari orang2 yang benar2 ikhlas, yakin dan jujur.

zulkefli81 said...

Bekas PM Israel, Golda Mier pernah berkata kepada orang Arab
" Kami boleh memaafkan anda kerana membunuh anak-anak kami tetapi kami tidak boleh maafkan anda kerana memaksa kami membunuh anak-anak anda"

Bagi Zionist, telah menjadi taktik mereka sejak dahulu menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa mereka.

Selain kezaliman mereka, ini dapat meningkatkan kebencian masyarakt dunia kepada Yahudi dan menekan Yahudi di negara-negara lain supaya aliyah (kepulangan)ke Israel.(kerana tidak selamat berada di negara lain). Zionist memberi mesej ini kepada kumpulan Yahudi yang tidak menyokong Zionist.

Krisis di Palastine berpunca dari sikap nasionalis Arab yang sanggup bekerjasama dengan British menentang Turki Ottmaniah.

Hasilnya British mendapatkan tanah-tanah Arab dan membahagikannya mengikut dasar pecah dan perintah yang sememangnya British sangat pakar dalam dasar ini.

Negara-negara di semenanjung tanah arab terhasil dari dasar pecah dan perintah British. Di Palestine, British memang berhasrat untuk menwujudkan sebuah negara bagi orang Yahudi bagi menyelesaikan masalah Yahudi di Eropah. Kerana Yahudi ini tidak bernegara. Disitulah terjadinya Pemerintahan Mandate British.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas,

Di dalam konteks membicarakan konflik Israel-Palestine ini, saya merasakan semalam adalah merupakan satu hari yang menarik kerana terdapat tiga siaran langsung di TV1; (1) Usul PM di Parlimen di antaranya mengecam tindakan Israel, di sebelah petang, (2) Hujah balas Menteri Luar terhadap perbahasan YB-YB, di sebelah malam, dan (3) rancangan Di Luar Lingkungan – yang membicarakan hal ehwal tanah, sejurus selepas siaran hujah balas Menteri Luar tamat.

Apa yang menarik perhatian saya terhadap siaran (1) di atas ialah:

i. Temu bual pengacara rancangan dengan dua orang YB; Khairi Jamaludin dari BN dan Salehudin Ayub dari PAS, yang dikendalikan selama lebih kurang satu jam sebelum usul PM berlangsung.

KJ nampaknya begitu ‘petah’ memberikan pendapat mengenai beberapa ‘significance’ terhadap usul PM itu. Di antaranya ialah dengan mengatakan bahawa “walaupun negara kita kecil, tetapi dari dahulu lagi kita sentiasa menyuarakan dengan lantang isu-isu ummah di arena antarabangsa….” (lebih kurang begitulah maksud cakapnya).

Siapakah yang “menyuarakan dengan lantang” seperti apa yang dimaksudkan oleh KJ itu? Dan adakah negara kita ini dianggap masih lagi lantang bersuara?

ii. YB Salehudin Ayub mencadangkan satu pasukan tentera negara-negara Islam (KJ menamakannya sebagai “the coalition of the willing”) diwujudkan.

Jika kita mengambil kira retorik (seperti Sdr Quick Draw Botak sebutkan), serta corak kedegilan Israel sejak tahun 1948 lagi, cadangan YB Salehudin itu adalah satu cadangan yang bernas dan mestilah diambil perhatian serius oleh Kerajaan Malaysia.

Bukanlah niat saya untuk mencadangkan supaya umat Islam berperang dengan Israel, tetapi lebih kepada mengubah sedikit kaedah ‘democratic channel’ yang diamalkan selama ini yang jelas tidak membawa kesan apa-apa (Datuk AKJ kata sia-sia) terhadap konflik tersebut.

Keadah melaui saluran demokratik ini dilihat sebagai “appeasement method” yang hanya akan membuat pihak yang agresif bertindak lebih agresif.

Jika YB-YB tersebut boleh ‘bersatu suara’ semalam, umat Islam di Malaysia juga boleh bersatu di dalam hal ini. Kita boleh menyokong cadangan tersebut dengan meminta Kerajaan Malaysia menjadi pelopor berbincang dengan beberapa negara-negara Islam terhadap cadangan mewujudkan ‘tentera Islam’ ini.

Setidak-tidaknya, jika cadangan tersebut tidak dapat memenangi hati negara-negara Islam nanti, ianya akan dapat menjadi satu titik tolak kepada satu ‘strategic change’ terhadap kaedah ‘democratic channel’ yang sentiasa membawa kegagalan selama ini.

Mengenai siaran nombor (2) pula:

Menteri Luar dengan ‘petah’ juga menjawab dan memberi respon terhadap perbahasan-perbahasan YB-YB.

Melalui respon-respon tersebut dapatlah saya simpulkan bahawa Kerajaan Malaysia begitu peka terhadap konflik Israel-Palestine yang berlaku selama ini. Semua ‘antecendence’ terhadap konflik Israel-Palestine ini telah diterangkan dengan agak jelas dan tindakan-tindakan susulan akan diambil dari perbahasan YB-YB tersebut.

Tetapi, penekanannya nampak masih mahu mengekalkan corak ‘democratic channel’. Resolusi yang telah diluluskan oleh Parlimen itu akan dibawa ke UN dan akan ‘dijaja’ ke beberapa negara yang menyokong Israel.

Ironisnya, walupun kesemua antecedence konflik tersebut sudah difahami, mengapa masih mengambil langkah yang ‘sia-sia’?


Mengenai siaran nombor (3) pula:

Rancangan ini membicarakan hal ehwal perundangan di antara kuasa kerajaan Persekutuan (Kanun Tanah Negara) dengan kuasa kerajaan Negeri.

Saya tidak mahu menyentuh hal politik domestik, tetapi saya tertarik dengan salah satu ungkapan yang disebutkan oleh Mantan KSN Kementerian Tanah dan Koperasi (kalau tidak silap saya), yang mengatakan isu tanah adalah berkait rapat dengan isu politik, sosial dan ekonomi.

Isu tanah inilah yang berlaku di Palestine sehingga menyebabkan politiknya bergolak dan tidak stabil dari dahulu sampai sekarang. Keadaan sosial penduduknya berkecamuk dan ekonomi negara itu tidak dapat dibangunkan dengan sempurna.

Walaupun konflik tersebut bukanlah merupakan satu isu agama, tetapi ketidakstabilan ketiga-tiga elemen politik, sosial dan ekonomi yang berpunca dari isu rampasan tanah oleh Israel, telah menggugat kedaulatan sebuah Negara Islam Palestine yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Tidak dapat tidak, imej agama Islam terjejas walau bagaimana bijak sekalipun kita mengsegmentasikan punca permasalahan tersebut.

Saya mohon maaf kerana bagi komen yang panjang, tetapi saya berpendapat sudah sampai masanya paradigma pemikiran dan kefahaman kita terhadap kemelut konflik Israel-Palestine ini diubah supaya segala ‘rhetoric’ yang kita benci selama ini berubah juga.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Sulaiman Badewi said...

Dato K Jasin.


Saya baru sahaja terima SMS yang bermulanya di hantar oleh Tan Sri Borhan.Katanya masjid Al Aqsa sedang di kepong oleh tentera Yahudi dan minta kita baca doa untok menyelamatkan mesjid itu.

Saya jawab kapada penghantar sms tadi bahawa ini satu pembohongan.Mesjid Al Aqsa tidak di kepong dan umat Islam bebas bersembahayang.Yang di serang ia lah Gaza dan tentera Isreail hendak membunoh Pemimpin Hamas yang pada pandangan saya patut di bunoh.saya sokong tindakan tentera Yahudi itu.

Sya juga ada menerima sms dari London,kononya di hantar oleh sanusi Junid dan meminta kita memboikot Starbuck,Mc Donald dan barang Amerika yang lain.Saya jawab itu perbuatan bodoh dan saya tak percaya sanusi bagitu bodoh.Saya tahu sanusi ini amat pro Hitler dan ia amat menyokong Hitleh menbunoh yahudi dalam peperangan ke2.

Kebenyakan Barang dan Jenama Terkenal Amerika saperti KFC dan Pepsi di mileki oleh orang Islam.meraka hanya bayar royalty.Apa kita harus menghukom mereka.

Yang paling jahat ia lah Shiah Iran.Mereka lebeh zalim dan membunoh banyak Islam sunni di Iraq.Mereka ini musoh kita yang utama.

Orang Yahudi Zionist memang telah di laknati Allah.Dalam Quran boleh di katakan setiap surah ada di sebut pasal angkara mereka.

Manusia boleh merancang tapi perancangan Allah lebeh baik.Salam.

TaminDhari said...

Hari ini ramai yang marahkan Amerika. Ramai yang membuat demonstrasi menunjukkan penentangan terhadap Amerika dan sekutunya. Bagus. Alhamdulillah Syukur. Tetapi bagaimana pula dengan amalan AMERIKA yang berada dalam diri kita. Apakah kehidupan kita hari ini lebih menyamai kehidupan Amerika atau kehidupan suci murni nabi s.a.w. Adakah fikir kita menyamai fikir Amerika atau fikir nabi s.a.w. Apakah usaha kita menyamai usaha orang-orang Amerika atau menyamai usaha nabi s.a.w dan usaha para sahabat? Apakah kerisauan kita menyamai seperti kerisauan orang-orang Amerika atau menyamai kerisauan nabi s.a.w. Sekiranya kehidupan kita lebih mirip kepada kehidupan Amerika, bagaimana harus kita membuat demontrasi dan Boikot barangan Amerika!

Hari ini kita mengatakan benci dan penentangan terhadap Amerika, tetapi kehidupan Amerika itu kita ambil! Orang-orang Barat (Amerika khasnya) menjadikan dunia sebagai hala tuju kehidupa mereka, kita juga menjadikan dunia sebagai hala tuju kehidupan kita. Dalam masa yang sama, kita mengatakan kita menyayangi Baginda nabi saw, tetapi sejauh mana hala tuju kehidupan nabi menjadi hala tuju kehidupan kita? Sejauh mana kita telah ambil kerisauan nabi sebagai kerisauan kita. Di saat wafat nabi saw hanya risaukan ummati dan solat, sejauh mana kita hari ini menjadikan ummat ini dan kepentingan solat sebagai keutamaan fikir risau bimbang kita?

Sesungguhnya, Amerika atau Israel tidaklah sehebat mana. Sebaliknya kita hari inilah yang telah lemah. Amerika tidak kuat tetapi kitalah yang lemah. Kita lemah kerana kita telah jauh dari pertolongan Allah. Pertolongan Allah akan datang hanya apabila ummat ini kembali kepada maksud kehidupan mereka yang sebenar. Apabila AMAL ummat ini menepati piawaian amalan agama, nusrah (bantuan) Allah akan mengiringi ummat ini.

tamindhari@blogspot.com

berasiam said...

Salam Dato' AKJ

Dalam keadaan ekonomi yang semakin parah, dan segala langkah pemulihan yang diambil tidak menampakkan kesan yang diharapkan, perang merupakan satu-satunya usaha mengalih perhatian yang berkesan. Pencerobohan Israel ke atas Gaza memang tanpa sebab munasabah tetapi hanya atas alasan menutup kegawatan ekonomi yang melanda US semata-mata. Matlamat mereka mahu mencetuskan perang yang lebih besar melalui penglibatan tentera negara Islam membela Palestin yang sedang dicerobohi.

Sebahagian penduduk Gaza adalah saudara seagama kita dan wajarlah untuk kita menunjukkan sokongan, sama ada secara terang-terangan atau melalui doa dan sembahyang hajat. Itu suruhan yang tidak seharusnya kita sanggah. Untuk memungkinkan doa dimakbulkan, sumber rezeki kita hendaklah terjaga daripada yang haram dan meragukan. Pra-syaratnya itu perlu sentiasa dipatuhi tetapi Yahudi telah meletakkan sistem riba begitu meluas cengkamannya hingga sukar untuk kita mendapatkan seorang yang bebas sepenuhnya dari terbabit dengan riba pada hari ini. Dalam keadaan sumber rezeki terbabit dengan yang diharamkan, bagaimana mahu mengharapkan doa dimakbulkan.

Peristiwa di Palestin juga harus menjadi pengajaran berguna kepada kita, khususnya tentang penaklukan tanah air Arab oleh bangsa pendatang. Janganlah keselesaan menjadikan kita mangsa yang serupa dengan nasib penduduk Palestin yang tergadai tanah kepada bangsa pendatang. Nasib yang serupa mungkin menimpa kita di Malaysia sekiranya kita terleka dalam kedamaian yang kita nikmati kini.

fairs said...

You are one of my favourite blogger as I admire on how you think and
criticize an issue. However your pessimistic article on the meaning of 'perjuangan' Palestine is a total letdown.If everyone thinks like you then who will actually care for them? It is not for your or me to decide the outcome but God will evaluate our deeds and what we have done for our brothers and sisters there. I hope one day Malaysia is brave enough so we can side by side with them when they are facing this genocide

Anonymous said...

Dato' Sri Najib Tun Razak,

Call off the LCCT project (KLIA@EAST) immediately or we will vote for PAS in the Jan 17 Kuala Terengganu by-election. This is not a threat, it's a promise!

Musa

clean said...

Israel (dengan sokongan US dan Bush) akan berusaha sedaya upaya untuk me'nuetral'kan Gaza sebelum Bush berambus 20hb Januari ini.

Inilah hadiah untuk Israeel sebelum dia berambus dan balas dendam yang terakhir Bush keatas lemparan kasut yang diterimanya tempohari di Iraq.

Ini akan memudahkan Obama melaksanakan 'perjanjian damai' dengan pihak yang tunduk kepada kehendak dan kemahuan Israel (mcm Mahmud Abas Patah tu).

Semua orang tahu Mahmood Abbas (Patah) tidak mewakili Hamas, dan apa gunanya perjanjian damai tanpa perwakilan Hamas?

Hamas is running a parallel Palestinian government in Gaza apart from the one run by Mahmoud Abbas in West Bank.

Mahmoud Abbas (or Abu Mazen, the 'Palestinian' President, whose term has already expired) has been sidelined in the latest conflict in Gaza and he is not bothered because he is being 'cushioned' by the US and the Isrealis, though he is politically weakened by Israel's war in Gaza. Time seems to be running out for him.

Whatever aid given to the 'corrupted' Mahmood Abbas government would not likely reach the Gazans.

wondering to whom will the donations (collected from Malaysians) will go?

and a popular SMS circulating in the West Bank:

"Available in the market, a U.S.-made product whose date has expired — Abu Mazen"

CT said...

Salam. Palestin dah lama menderita. Kita hanya memerhati dan memandang dari jauh, bahu mereka yang memikul bebanan yang begitu berat. Mengapa isu ini tak pernah selesai dan tiada bibik-bibik penyelesaian yang nampak untuk menutup peristiwa berdarah ini. Badan berkuasa dunia pun tak dapat memainkan pernannya yang hanya mampu kita minta pertolongan adalah dari Yang Maha Kuasa. Sama2 lah kita berdoa agar sekutu Israel dan Amerika mendapat balasan yang setimpal dari Allah SWT.

http://www.jutawansenyap12.blogspot.com

JMK said...

Iktibar dari Al-Quran
mengenai
kekejaman haiwan yang bernama ISRAEL
kepada penduduk palestin terhadap tanah air tercinta mereka.

Dialah yang mengajar Manusia.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Mahasuci Allah tiada tuhan selainnya..

Dialah yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu, raja sekalian Alam.
DaripadaNya terjadinya sesuatu yang baik dan dengan izinNya berlaku sesuatu yang buruk juga. Sesungguhnya Allah tidak pernah zalim pada hambanya, tetapi hambalah yang selalu menzalimi diri mereka sendiri.

Kita manusia tidak punyai ilmu apatah lagi ingin mengajar. Tetapi sebagai manusia kita dikurniakan akal fikiran yang membolehkan kita mampu berpesan, menyampai ilmu yang datang dari Allah S.W.T. sebagaimana firmannya;

“Dia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.” (Al-Alaq: 1-5)

Pada hari ini pada tahun baru 1430 Hijrah kita disambut dengan satu kejadian besar, iaitu kejadian luka lama yang tak pernah sembuh berdarah kembali. Kisah mengenai kezaliman Yahudi terhadap manusia umumnya sememangnya telah lama diketahui planet yang bernama bumi ini.

Apa yang berlaku pada hari ini adalah sama dengan kisah tsunami yang melanda Asia tidak lama dahulu yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, kesinambungan pula dengan kejadian Amerika menakluk Iraq, Keganasan Amerika terhadap puak Taliban di Afganistan, kezaliman pemimpin di Thailand terhadap umat islam diselatan Thai, Filipina, gempa bumi di Iran, Indonesia dan bermacam-macam lagi kejadian malapetaka yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Kita di Malaysia boleh dikatakan amat bertuah, kerana bumi Malaysia ini masih aman tenteram dari kejadian-kejadian malapetaka besar tadi.

Tetapi adakah keamanan ini bermaksud berkekalan? Adakah kita masih terlena dibuai mimpi indah sedangkan jiran kita telah dikejutkan Allah dengan kejutan yang amat memeranjatkan siapa sahaja yang melaluinya. Maka, kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan. Celikkan mata, buka telinga adanya akal ini untuk berfikir tentang kejadian yang menimpa hari ini, bukan lagi masa untuk beragan-angan didalam mimpi-mimpi indah.

Kalau kita perhatikan semula kejadian malapetaka dibumi ini berlaku secara umum. Tetapi sedarkah kita dari kebanyakan malapetaka yang berlaku ini, Allah tujukan kepada Negara yang majoritinya adalah penduduk yang beragama Islam. Atau secara lebih tepat sekali, malapetaka tadi diturunkan buat umat Islam. Apakah maksud yang tersirat yang ingin disampaikan Allah kepada umat Islam seluruh dunia?

Jawapannya ialah kerana umat islam hari ini hanya islam pada nama. Islam pada syiarnya sahaja, islam pada ibadah perbuatannya, islam pada pakaiannya, islam pada kitab-kitab, pengajian, pelajaran, adab, tutur bahasa dan sebagainya, tetapi sebenarnya tidak islam dihati atau tidak beriman.

Apa yang dimaksudkan dengan “Tidak islam dihati itu?”
Maksudnya ialah sebagaimana firman Allah didalam Al-Quran :

“Katakanlah, ‘Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut kerugiannya, dan rumah tempat tinggal adalah lebih kamu cintai daripada Allah, Rasul-Nya, dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (QS. At-Taubah: 24)

Bermakna siap sedialah terhadap malapetaka Allah sekiranya kamu tidak mengutamakan cinta pada Allah dan Rasulullah tetapi mencintai anak bini, harta kekayaan, mencintai tanah air, mencintakan kedamaian, keindahan banggunan-banggunan, mencintakan pendapatan yang lumayan, kereta mewah, kehidupan mewah, hiburan, keseronokan, perniagaan dan pekerjaan melebihi cinta pada Allah dan Rasullullah serta tidak sanggup bekorban kepada jalan Allah.

Kita sebagai manusia, adalah fitrah dijadikan Allah mencintakan setiap perkara diatas. Tidak dinafikan didalam agama juga menyuruh kita agar mencintai perkara-perkara diatas.

Rasullullah tidak mengajar umatnya melupakan dunia dan mengingat akhirat semata-mata. Tetapi cinta yang bagaimana? Iaitu dengan meletakkan cinta pada Allah dan Rasullulah itu yang utama.

Kemudian diikuti dengan jihad kejalan Allah dan seterusnya barulah mencintai apa yang Allah jadikan dimuka bumi ini. Itupun tidak boleh terlepas mencintai sesuatu masih diatas dasar “ Kerana Allah” semata-mata.

Itulah yang diajar oleh Al-quran, ditunjukkan pula oleh Rasullullah S.A.W dan para sahabat tetapi sampai kepada kita hari ini, cintanya telah terlari sedikit kiblatnya. Tujuan cinta itu sudah terpesong sedikit menyebabkan Allah turunkan malapetaka-malapetaka tersebut tidak lain tidak bukan semata-mata untuk memberi iktibar, memberi gambaran, mengajar manusia yang menggunakan akal fikiran untuk memikirkan kejadian-kejadian takdir Allah itu.

Manusia yang mengambil iktibar itulah yang dinamakan manusia yang menerima hidayah Allah. Kerana Allah berfirman;

“Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui kalam” (Al-Alaq: 3-4).

kejadian-kejadian yang menimpa itulah kalam Allah kerana Allah itu pemurah. Kalam Allah adalah tulisan yang cuma difahami oleh segelintir manusia yang ada perasaan ingin menerima petunjuk Allah sebagaimana firmannya pula:

“Sebaliknya orang yang mahu menerima petunjuk (ke jalan yang benar) allah tambah hidayah kepada mereka dan memberi dorongan kepada mereka untuk bertaqwa” (Muhammad : 17)

Apakah iktibar, pengajaran atau hidayah yang cuba ditonjolkan oleh Allah terhadap keganasan Israel tersebut?

Haiwan yang bernama ISRAEL
Israel juga makhluk Allah. Israel menerima kekuatan juga dari Allah. Firman Allah ;

“Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat Yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk Yang bergerak; akan tetapi ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa Yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing Dengan adilnya), kerana Sesungguhnya Allah sentiasa melihat keadaan hamba-hambanya.(Al-Fatir:45)

Sekiranya kehendak Allah untuk menghancurkan Israel, dalam masa tidak sampai sesaat pun lenyaplah seluruh kaum tersebut. Tetapi disebabkan Allah itu sayang pada hambanya, perkara dan kejadian buruk itulah yang akan membuatkan orang-orang yang beriman, semakin teguh keyakinannya pada Allah. Dan supaya orang yang tidak beriman itu sedar lalu beriman kepada Allah.

“Bacalah Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan, Ia menciptakan manusia dari segumpal darah, (Al-Alaq: 1-2)

Apa yang dimaksudkan oleh Allah didalam ayat diatas, manusia itu tercipta dari segumpal darah. Iaitu yang diterangkan oleh Rasullullah itulah hati. Manusia yang sebenar-benar manusia terciptanya dari hati bukan dari air mani atau tanah. Iaitu apabila hati telah bersih jadilah manusia yang jasadnya tadi dari tanah dan air mani.

Sekiranya hati tidak bersih, maka pada Allah, itu bukan manusia. Itulah yang disebut syaitan bertopengkan manusia. Atau yang mudah disebut agar dapat kita melihat, iaitu haiwan yang bertopengkan manusia. Kerana nafsu yang mengawal hati yang kotor itu ialah nafsu haiwan iaitu nafsu amarah. Nafsu yang cintakan kerosakan, kemaksiatan kezaliman dan sebagainya.

Itulah yang dikenali sebagai Haiwan yang bernama ISRAEL.

National Geographic Versi Allah

Cuba kita perhatikan perbezakan perangai haiwan dengan haiwan yang bernama Israel nampak tak bezanya? Kedua-duanya meletakkan nafsu binatang sebagai pedoman. Membunuh anak-anak kecil tanpa perasaan belas kasihan, membunuh orang tua-tua yang lemah. Bukankah ini sama dengan yang kita lihat di National Geographic di tv? Singa yang ingin menyerang pasti akan mencari mangsa yang lemah sebagai mangsa. Yang kuat-kuat dibiarkan dahulu kerana haiwan jenis ini tidak ada perasaan belas dihatinya. Haiwan itu tidak berakal, tetapi haiwan yang bernama Israel ini berakal. Jadilah dia sebagai haiwan yang bijak pandai dapat mencipta senjata untuk membunuh mangsa dengan lebih mudah. Itulah sebenarnya yang hendak disampaikan oleh National Geographic versi Allah.

Maka kezalamin Israel yang disampaikan oleh Allah itu bolehlah diberi tajuk sebagai :

“Manusia yang tidak menyucikan hati itu samalah dengan haiwan.”

Siarannya dipancarkan keseluruh dunia agar semua manusia dapat melihat tayangan filem dokumentari yang ditulis Allah sendiri. Agar manusia kembali kepada Al-Quran supaya faham tentang kejadian manusia dan alam seperti ahli sejarah yang mencari buku-buku lama untuk mengkaji kembali kejadian-kejadian yang dapat disamakan dengan kejadian hari ini. Supaya manusia Nampak maksud yang tersirat dari pada cerita tadi kerana apa yang terjadi telah ditulis didalam Al-Quran.

Tetapi ramai manusia atau umat Islam khususnya masih tidak faham dengan penerangan yang yang sampaikan itu. Masih ada yang sekadar Nampak perbuatan buruk itu kejahatan Israel tetapi tidak nampak ianya adalah kuasa Allah agar manusia dapat memperbetulkan apa yang salah. Atau dengan kata lain, tidak beriman terhadap Qada dan Qadar Allah.

Maka terjadilah tunjuk perasaan disana-sini, boikot barangan itu ini, ada yang sampai bermati-matian semata mata nak menunjukkan perasaan kepada siapa? Kepada Amerika, Israel atau dunia? Untuk apa? Mengharapkan belas ihsan Amerika yang juga haiwan sejenis dengan Israel? Mengharapkan bantuan Negara Islam, yang suku-sakatnya juga tidak jauh beza jenis haiwannya.

Adakah kita berpendapat haiwan-haiwan yang digambarkan oleh Al-Quran ini boleh menolong memperbetulkan keadaan? Tidak lain dan tidak bukan setiap apa yang datang dari Allah, maka kembalinya juga kepada Allah. Itulah yang sebetulnya.

Datang dan kembalinya setiap sesuatu dari Allah

Maka kembalilah kita kepada Allah didalam apa jua keadaan yang berlaku. Perhatikan pada diri ini, dimana silapnya umat Islam hari ini sehingga begitu besar laknat Allah kepada umat Islam sehingga hancur disana sini bagai tidak berdaya, lemah, berpecah belah.

Perhatikan diri kita dahulu sebelum kita menyalahkan Israel, Amerika, atau lain-lain malapetaka yang Allah izinkan kepada sesuatu kaum untuk melakukannya.

Kembali kita kepada ayat diatas dari surah At-taubah ayat 24 adakah kita meletakkan cinta pada Allah dan Rasulnya ditempat yang utama atau meletakkan cinta kepada dunia melebihi cinta kepada Allah dan rasulnya. Firman Allah ;

“Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) Yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; Dalam pada itu, apa jua Yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang Yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?”(Al-Qasas : 60)

Maka telah digambarkan sesuatu yang lebih baik kepada kita dari perhiasan dunia semata tetapi kenapa masih kita tidak memahaminya. Dimintanya kita manusia agar beriman kepadanya dengan taat iaitu beriman dihati kepada Allah, kepada Malaikat, Kitab, Rasul serta Qada dan Qadarnya. Bukan beriman dimulut.
Diwajibkan kepada kita memandang setiap sesuatu yang berlaku itu dengan kuasa Allah semata-mata. Mengisbatkan sifat-sifat Allah, Asma Allah dan Afalnya.

Jangan sampai Allah kunci hati kita

Saya ingin membawa kesatu perkara yang kita anggap kecil tetapi mampu meletakkan diri kita didalam laknatullah boleh membawa kita kepada malapetaka yang sama seperti Allah turunkan kepada Negara palestin.

Satu hari saya ke Masjid disuatu kawasan berhampiran ketika awal pagi, ketika itu belum waktu subuh jadi pak imam atau bilal masih belum tiba dimasjid. Tujuan untuk beribadah dirumah Allah. Apa yang peliknya pintu masjid dikunci. Maka saya pun tidak dapat masuk jadi saya solat sahaja dikawasan luar masjid tersebut.
Masyaalah. Kenapa rumah Allah ini dikunci? Bukankan rumah Allah ini didirikan untuk manusia yang ingin beribadah kepada Allah tidak kira waktu. Dimana letaknya iman kepada Allah? Bukankah kita mengaku beriman kepada Allah dan para Malaikat. Rumah Allah pasti Allah sebaik yang menjaganya. Mengapa dikunci? Jangan sampai Allah kunci hati kita sebagai mana kita kunci rumah Allah. Apakah alasan kita mengunci masjid? Takut radio masjid dicuri? Takut berlaku kerosakan terhadap harta-harta masjid? Mana yang kita lebih takut hilang radiokah atau hilang iman?

Hilang radio boleh diganti. Hilang iman gantinya neraka Allah. Hilang radio, Insyaalah rezki itu Allah telah janjikan pasti ada sahaja jalannya. Hilang iman, maka jadilah kita seperti apa yang disebut didalam Al-Quran ;

“Dan kami periksa semua amal perbuatan mereka, lalu kami jadikan debu yang berterbangan” (Al-Furqan:23)

Iaitu orang-orang yang mengerjakan ibadah yang pada zahirnya cukup cantik, tetapi ibadah yang tanpa disertakan iman dihati Allah jadikan debu yang langsung tiada gunanya.

Maka takutlah kita kepada hilang iman dari pada kehilangan harta benda, perniagaan, sanak saudara, rumah tempat tinggal, rumah tempat ibadah dan sebagainya kerana semua itu boleh diganti.

Mulut mengaku beriman kepada Allah, tetapi didalam hati masih percaya kunci itu dapat menyelamatkan pencuri dari mencuri. Sedangkan kalau pencuri ingin mencuri bukan kata dinding kayu, dinding besi pun dipecahnya ddengan izin allah
.
Sedarlah diri kita betapa kerdilnya kita disisi Allah. Lihat pada hati kita adakah kita masih bertaraf haiwan atau sudah diiktiraf sebagai manusia kemudian beriman kepada nya.

Jangan kita sekadar mengutuk Israel dengan kekejamannya, sedangkan diri kita masih lagi haiwan yang bertopengkan manusia samalah kita dengan Israel tadi.

Perjuangan kerana cintakan tanah air semata-mata

Apakah yang sebernarnya terjadi kepada kaum palestin kenapa perjuangan mereka seperti tidak mendapat bantuan Allah.

Cuba perhatikan apa yang selalu disebut oleh orang-orang palestin ini di tv? Mereka melaungkan agar tanah mereka dikembalikan, tidak dijajah oleh Israel sehingga mereka sanggup mati demi menjaga kedaulatan tanah air.

Perjuangan mereka semata-mata untuk menjaga tanah air mereka bukan memperjuangkan agama Allah.

Bukan berjuang kerana cinta mereka kepada Allah dan Rasullulah, tetapi kerana cinta mereka kepada tanah air, cinta pada harta pusaka dan sebagainya.
Maka dengan kuasa Allah, ditutupnya bantuan dari segala pelusuk dunia.

Tiada satu pun Negara Islam yang tampil membantu dengan bala tentera apatah lagi Negara yang bukan Islam. Sehingga semua negara mengaku politik dunia sudah gagal mengawal kekejaman Israel.

Itulah kuasa Allah dia yang maha perkasa dan dialah yang menentukan segala sesuatu.

Kezaliman yang telah berlaku lebih dari 50 tahun tidak akan terhenti sehinggalah sampai satu masa kaum yang dizalimi tersebut sedar dan redha dengan kehendak Allah.

Mereka akan bangkit bukan kerana rintihan mengenai mencintai tanah air mereka, bukan kerana hendak menegakkan hak keatas tanah air lagi, tetapi sehingga mereka menyatakan ya Allah, kami redha apa yang engkau redha terhadap tanah air kami.

Ya Allah kami pohon keredhaan Mu untuk berjuang menentang Israel kerana mencintai agama mu ya Allah.
Firman Allah

“dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri Yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur Dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang)” (Al-Qasas : 58)

Kaum yang tidak bersyukur (tidak sedar) yang nikmat kesenangan itu hanyalah kurnian Allah bukan disebabkan pemerintah, atau kerajaan.Kesenangan bukan kerana Negara mereka bernama Palestin atau Israel, Keamanan itu bukan kerana mempunyai polis atau tentera yang menjaga dengan baik, tetapi kerana kurnian Allah maka hendaklah kita menjadi orang yang bersyukur iaitu dengan kembali beriman kepada Allah.

Maka sekiranya perjuangan itu semata-mata kerana Allah, barulah Allah akan memberikan bantuan dari sumber yang tidak diduga sebagaimana firman Allah ;

“dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang mukmin.” (Al-Ruum :47)

Orang mukmin itu ialah orang yang beriman dengan teguh. Iman yang tidak mungkin goyah lagi walau dihempap dengan batu besar ditengah panas. Iman yang telah akrab dengan diri manusia yang bernama Insan kerana nafsunya adalah nafsu Mutmainnah iaitu nafsu yang mencintai kebaikan dan tidak terdaya melakukan kejahatan.

Golongan ini hatinya telah musyadah mengingati Allah setiap masa maka digolongkan kedalam golongan yang berbahagia dunia dan akhirat.

Golongan ini tidak mampu dikesan menggunakan satelit Amerika, perisik yang serba canggih, tidak berdaya untuk ditembak oleh peluru berpandu, walaupun seorang diri, tetapi ditakuti oleh sebuah Negara yang amat maju teknologinya.

Golongan inilah yang diiktiraf oleh Allah sebagai hambanya. Apa yang diajar oleh Rasullullah S.A.W terhadap umatnya supaya umatnya memuliakan diri mereka sendiri agar mereka menjadi insan.

Kita tidak dilatih untuk beriman

Hari ini, amat susah untuk kita bertemu dengan orang mukmin ini. Yang banyaknya dikalangan kita hanyalah umat islam semata-mata.
Umat islam yang tidak beriman. Atau yang beriman yang imannya amat rapuh. Umat islam yang masih haiwan yang bertopengkan manusia, kerana nafsunya masih bertaraf nafsu haiwan.

Kenapa ini terjadi?
Kerana kita tidak dilatih untuk menjadi orang yang beriman. Mungkin ada diantara kita yang dilatih menjadi orang yang beribadah atau beramal, tetapi ibadah dan amal tanpa iman itu tergolonglah kedalam golongan fasiq dan munafik. Golongan yang rugi sebagaimana firman Allah ;

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri solat, mereka berdiri Dengan malas. Mereka bertujuan riak (memperlihatkan solat) kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah (didalam solat) melainkan sedikit sekali.”(An-Nisaa:142)

Latihan untuk menjadi orang beriman ini telah diajar oleh Rasullullah selama 13 tahun terhadap sahabat-sahabat baginda.

Diajar memperbetulkan diri secara zahir dan batinnya dahulu. Setelah iman para sahabat benar-benar kukuh, barulah diseru untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat, puasa dan seterusnya.

Kerana orang yang beriman sahaja layak untuk beribadah kepada Allah. Sekadar menjadi orang islam, belum layak untuk beribadah kerana jika diteruskan juga jadilah ibadah yang dijadikan debu yang berterbangan iaitu tidak diterima oleh Allah kerana mereka ini masih belum menjadi manusia.

Maka tidak hairanlah didalam Al-Quran mana-mana ayat seruan melakukan ibadah dimulakan dengan “Wahai Orang yang beriman” bukan “wahai orang islam”.

Pendapat masyarakat kita hari ini, cukuplah anak-anak kita menjadi orang islam, mempunyai pelajaran dan pekerjaan yang bagus tanpa diajar supaya beriman kepada Allah dan Rasullullah. Maka sebab itu, jadilah anak-anak keturunan kita meletakkan cintakan dunia semata-mata. Belum tentu mencintai Allah dan rasulnya. Firman Allah;

“Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang dan wanita islam dan beriman dan taat dan benar dan sabar dan merendah diri dan bersedekah dan berpuasa dan memelihara kehormatannya dan menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala Yang besar.”(Al-ahzab:35)

Inilah yang dianjurkan oleh Al-Quran supaya kita ikuti. Melengkapkan kesemua diatas didalam diri barulah kita dijanjikan keampunan dan pahala yang besar. Erti keampunan bermaksud, selamatlah orang-orang ini dari segala macam siksaan yang Allah janjikan kepada kaum kufur dan musyrik.

Jadi, bukanlah sekadar menjadi orang islam, tetapi islam yang beriman, islam yang taat, benar, sabar, merendah diri, bersedekah, berpuasa, memelihara kehormatan dan akhir sekali setiap ibadah dan amalan diatas disertakan dengan mengingati dan menyebut nama Allah dengan banyaknya, maka selamatlah golongan ini dunia dan akhirat.

Inilah yang patutnya dijadikan ukuran kepada orang-orang yang Berjaya. Bukannya kekayaan, harta, kepandaian, pangkat dan sebagainya.
Begitulah yang telah ditetapkan oleh Allah.

Terlalu sedikit hamba Allah yang beriman dengan sebenarnya berjalan diatas jalan Allah, tetapi lebih ramai yang kecundang, terpesong dari jalan yang lurus tetapi masih memakai pakaian orang beriman padahal mereka telah jauh tersesat.

Ilmu yang telah hilang dari Umat Islam hari ini

Firman Allah ;

“ Wahai orang-orang Yang beriman ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan sebutan Yang sebanyak-banyaknya. dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang.”(al-Ahzab:41-42)

Hukum mengingati Allah setiap saat dihati adalah WAJIB. Hukum melupakan Allah walau satu saat adalah HARAM. Tanyalah diri kamu sendiri adakah kamu menghalalkan iblis mengotori hati mu walau sesaat?

"Celakalah orang-orang yang dihatinya tidak berzikir kepada Allah"(Al-Zumar:22)

Inilah yang diminta didalam Al-Quran. Diulangi ayat tersebut berkali-kali didalam Al-Quran supaya kita sentiasa sebut nama Allah dan bertasbih kepadanya pagi petang siang malam, ketika duduk, berdiri berbaring malah ketika tidur tanpa lupa walau satu saat kepadanya. Tujuannya ialah supaya kita tidak lalai bila beribadah kepada Allah.

Bagaimana cara menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya? Firman Allah ;

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut, dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai. (al-A`raaf : 205)

Iaitu dengan berzikir didalam hati dengan perasaan merendah dan takut. Bukan dimulut, kerana mulut itu untuk bertasbih mengingati Allah. Bertasbih dengan nama-nama Allah, puji-pujian dan selawat.

Tetapi menyebut nama Allah didalam hati itu adalah dengan menyebut Allah. Bukan lailhaillalah, subhanallah atau Ar-Rahman. Kerana Kalimah Allah itu adalah kalimah keagungan lengkap dengan segala sifat, asma dan afal telah terkandung didalam satu kalimah.

Maka inilah yang dinamakan Amalah Syahadah. Iaitu amalan bagi rukun Islam yang pertama, mengucap dua kalimah syahadah yang selama ini hanyalah lafaz. Tidak diajar amalannya kepada kita maka menyebabkan kita sampai bila pun kita hanya sekadar menjadi orang islam. Belum tentu menjadi manusia apatah lagi orang yang beriman dan mukmin.

Tujuan amalan tersebut supaya kita setiap saat sedar diri kita siapa dan setiap saat takut pada janji Allah dan akhirnya supaya terpupuklah dihati kita perasaan cinta pada Allah dan rasulnya.

Amalan tersebut adalah nur yang dapat mencuci hati dari sifat-sifat keji. Amalan itu juga menghindarkan bisikan iblis dihati kita sebagai mana firman Allah ;

“Sesungguhnya hamba-hamba ku (yang beriman dengan ikhlas*) tiadalah engkau (iblis) mempunyai kuasa terhadap mereka. Cukuplah tuhanmu menjadi pelindung (al-Isra:65)

*Beriman dengan ikhlas – Mengingati Allah setiap saat. Bermaksud pekerjaan yang dilakukan dengan mengingati Allah setiap masa itulah ikhlas kerana Allah. Sesaat lupa pada Allah berkemungkinan ibadah itu kerana selainnya samada datangnya sifat riak, bangga, merasakan diri berdaya melakukan ibadah dan lainnya kerana setiap saat yang lupa itu, iblislah yang membisikkan arahannya.

Maka janganlah kita melupa dari berzikir kepada Allah setiap saat dihati dengan perasaan takut dan merendah supaya kita tergolong dikalangan orang islam yang beriman. Bukan islam munafik seperti firman Allah;

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.” (An-Nisa:103)

Doakan kemenangan kepada orang-orang yang beriman.

Maka sama-samalah kita ambil iktibar dari malapetaka yang Allah turunkan kepada Umat Islam dipalestin. Perbetulkan diri dahulu sambil kita sedekah, berdoa kepada saudara kita di Palestin agar Allah perkuatkan keimanan mereka dan memberi kemenangan kepada mereka. Kalau pun bukan kemenangan dari segi zahiriah, kemenangan dari segi rohani iaitu matinya mereka sebagai orang beriman pun lebih baik kerana dunia ini hanyalah persinggahan sementara kepada kita.

Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Orang islam belum tentu bersaudara lagi itulah yang disebut didalam Al-Quran. Kerana itulah kita lihat tiada negara Islam yang membantu dari segi ketenteraan apabila sebuah negara Islam yang lain didalam keadaan memerlukan bantuan ketenteraan.

Jadi marilah kita menjadikan diri kita orang beriman dihati. Bukan orang islam sahaja. Berpesanlah kepada saudara islam kita supaya menjadi orang yang beriman dan menuju kepada mukmin. Kalau ada 10 orang mukmin didalam Malaysia, itu pun sudah amat besar anugerah Allah. Insyaalah selamat lah Negara kita dari malapetaka besar.

Perbanyakkan doa minta diberikan hidayah Allah kepada kita, jiran-jiran, saudara mara dan seluruh penduduk islam Malaysia dan dunia.

Taubatlah, kemudian perbetulkan diri, banyak ingat Allah dihati dengan perasaan takut dan merendah setiap masa, pagi petang malam.insyaalah kita berjalan diatas jalan Allah.

Allahlah yang akan buka pintu hidayah kepada kita malah dia sentiasa membimbing orang yang bertaubat. Disamping itu kita berpesan-pesan sesama muslim mengenai ilmu Allah supaya kita sama-sama menjadi Manusia yang Allah janjikan sejahtera dunia dan akhirat.

Ingatlah, tiada satu tempat didunia ini yang mampu menerima cinta Allah melainkan hati manusia.

Sampaikan kepada rakan-rakan, Photocopy atau email dan sebarkan semoga bertambah ramai umat islam yang beriman dikalangan kita. Origanl copy boleh didapati di mukminblog.blogspot.com


Wallahualam.
Z.Z
mukminblog.blogspot.com
Gambar-gambar keganasan Israel di mukminblog.blogspot.com
- Mukmin – Jalan menuju kesejahteraan
- Dua kalimah syahadah dan amalannya.

Patriot Selatan said...

dato.. kita cadangkan menteri yang buat cadangan tubuh pasukan pengaman OIC tu menjadi ketua medan perangnya... nak ke dia?

budak-kom said...

satu2nya penjajah yang dapat nama hasil temapat d jajah ialah penjajah yahudi yang mengelarkan mereka israel...banyak negara termasuk malaysia yang tidak iktiraf kewjuduan negara tersebut telah memadam negara palestin dari peta tersebut dengan menggantikan dengan penjajah israel..british menjajah tanah melayu berpuluh tahun lamanya tapi takde jadi nama kita england ke britain ke...palestin je yang bertukat kepada israel...penjajah israel bukannya negara...negara tetap palestin...kena ingat semua tu

Anonymous said...

salam DSAKJ n Bloggers,

Al Fatihah, semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada mangsa korban regim zionis

boycott barangan tidak menyekat atau mengurangkan kekayaan israel, ianya hanya akan memberi set back kpd peniaga2 atau pekerja2 di Malaysia ini sahaja!!
marilah kita berjihad, jihad bukan semata-mata berperang!! jihadlah dari sudut ekonomi,sosial dan politik, kita perbanyakkan sekolah2, IPT2, pusat2 akademik, pusat2 ilmu
pemimpin2 negara islam perlu sedar dan muhasabah diri supaya jangan sekat rakyat untuk menjadi pandai, inilah hasilnya kalau pemimpin hanya mementingkan diri sendiri, takut rakyat menjadi pandai, bangkit melawan KERAjaan yg korup dan failed!!
semua ini mengambil masa mungkin 10, mungkin 20 tahun!! tapi kalau pemimpin islam masih dgn sindrom denail, nasib org islam dari golongan rakyat mahean akan terus ditindas di bunuh saban hari!!

HAMBA ALLAH

Anonymous said...

jangan putus asa.

-Ahmad KL-

Ibn Arifin said...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.

Amma ba’du.

Israel perlu menyerang Gaza kerana Dajjal al-Masih perlu memasuki fasanya yang ketiga, iaitu “satu hari seperti seminggu”.

Itulah jawapan yang sebenarnya. Namun, hanya segelintir yang benar-benar mengetahuinya.

Wallahu'alam.

http://ibnarifin.blogspot.com

Anonymous said...

salam..

hmm tak berapa pasti apa nak di tanya..
tapi cuba je la sedirect yg boleh..

ada tak kisah tentang palestine di dalam Al-Quran atau yg kena-mengena dgn palestine?

pernah terdgr org2 bercerita, ada kisah di dalam Al-Quran yg menytakan bumi palestine nie sampai ke hari kiamat tetap bukan milik islam..

kalau ada, surah & ayat yg mana?
& kalau takde tu, abai kan je lah ye this lame, lame Q.. tq

-W45t3D-
fakeplasticlife

Ibn Arifin said...

Salam -W45t3D-fakeplasticlife.

Teruskan membaca http://ibnarifin.blogspot.com.

Dari masa ke semasa, di situ akan terhurai persolan-persoalan tuan hamba. Insya Allah.

Ikhlas.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).