Friday, January 02, 2009

Takut Polis Daripada Sayang Nyawa

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

WALAUPUN satu lagi peraturan keselamatan jalan raya, iaitu tali pinggang keselamatan untuk tempat duduk belakang dikuatkuasakan pada 1 Januari, pengguna jalan raya akan terus mati dan cedera.

Jalan raya Malaysia akan terus kekal sebagai antara yang paling tidak selamat di dunia dan pengguna jalan raya Malaysia kekal sebagai antara yang paling jahil dan tidak berdisiplin.

Bukanlah tujuan saya memperkecilkan usaha mempertingkatkan keselamatan jalan raya atau apa jua bentuk keselamatan. Tidak sekali-kali.

Saya sudah hidup lama dan sudah tengok banyak usaha murni macam ini dibuat. Tetapi sikap rakyat jelata Malaysia sehingga kini belum meyakinkan saya bahawa perubahan positif telah dan akan berlaku.

Sebabnya mudah sahaja. Pengguna jalan raya Malaysia lebih takutkan polis daripada takutkan kematian dan kecederaan.

Majoriti pakai tali pinggang keledar hanya bila nampak polis atau bila ada isyarat daripada kereta yang datang dari hadapan bahawa ada sekatan jalan raya atau perangkap laju.

Kadang-kadang berlaku pelanggaran kerana tergesa-gesa hendak pakai tali pinggang keledar bila terserempak dengan polis.

Penunggang dan pembonceng motosikal pula pakai topi keledar tetapi tidak diikat betul-betul. Cukup untuk tunjuk kepada polis yang mereka pakai topi keledar. Bila berlanggar atau jatuh sendiri, topi keledar tercampak, otak bertaburan di jalan raya.

Bawa bini dan anak kecil dalam kereta Kancil baru duduk di depan. Kereta berlanggar bini yang terlebih berat badan kerana tak jaga makan himpit anak di dashboard. Laki cedera, bini cedera, anak mati tersepit.

Maka media massa arus perdana pun mengisytiharkannya sebagai satu tragedi dan pembesar tertentu pun menyuarakan rasa kecewa. Tragedi? Mungkin bukan tragedi tetapi bala yang datang akibat kekebalan sendiri.

Sayang anak dan bini pun janganlah ajak duduk bersama di depan. Duduklah di belakang dan pakai tali pinggang keledar. Bila dak sampai destinasi, berpeluk ciumlah sepuas-puasnya tanda kasih sayang dan kesyukuran.

Laburlah sikit membeli kerusi keselamatan untuk anak kecil dan bayi. Bukan mudah isteri mengandung sembilan bulan. Kalau berlaku kecelakaan, air mata darah pun tak berguna lagi.

Tapi saya tak yakin undang-undang baru ini akan memberi banyak kesan kalau kefahaman dan sikap tak berubah. Kena faham dulu. Pakai topi dan tali pinggang keledar adalah untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya. Bukan kerana takut disaman oleh polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan.

Malah kerana takutkan polis dan JPJlah ramai pemandu kereta dan penunggang motosikal yang tidak teragak-agak menawarkan rasuah apabila ditahan.

Kita harap janganlah pula kerana peraturan baru ini ada orang yang cuba mencari rezeki haram dengan menahan pemandu dan penunggang bukan kerana tujuan keselamatan tetapi untuk mencari habuan.

Apatah lagi selepas Parlimen baru saja meluluskan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang tujuannya memesatkan lagi pengawalan dan penghapusan rasuah.

Masa peraturan tali pinggang keledar tempat duduk depan dilaksanakan dulu pun memang hebat operasinya. Tetapi ibarat tahi ayam, tak lama lepas itu hilanglah hangatnya. Macam itu jugalah bila telefon selular diperkenalkan.

Tak boleh silap sikit polis kejar, tahan dan saman. Sekarang tidak ada siapa peduli lagi, termasuk polis. Hatta penunggang motosikal pun guna telefon bimbit sambil menunggang. Hebat!

Kalau nak diikutkan, negara kita ini cukup banyak undang-undang dan peraturan. Meludah di merata tempat pun kesalahan. Membuang sampah pun kesalahan. Menyeberang jalan bukan di tempatnya pun kesalahan.

Tapi disiplin, kesopanan, akhlak dan sikap timbang rasa orang kita di khalayak tak sampai ke mana pun. Kalau kita ke kedai kopi atau gerai makan, budak-budak dari India, Myanmar dan Nepal lebih sopan santun daripada orang kita sendiri.

Bila sudah jadi amalan, tak pakai tali pinggang keledar rasa tak selesa dan tak meyakinkan untuk memandu.

28 comments:

SHAZ said...

Salam Dato',

Apa pun jenis peraturan keselamatan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan tidak akan nampak hasilnya jikalau manusia itu sediri tidak menghiraukan keselamatan orang lain dan tidak menghargai nyawa sendiri.

Dari perhatian, pemandu-pemandu yang ber-cc kecil dan majority kereta Proton itu lah selalunya akan menunjuk lagak ala F1 driver.Apatah lagi jika musim Hari Raya. Samada berlumba balik ke kampung menunjuk kereta yang baru dibeli, atau mungkin nak menolong mak masak lemang dan dodol. Apapun mereka mereka itulah antara penyebab banyaknya kematian musim perayaan (tidak kiralah hari raya mereka sendiri atau pun hari raya orang lain).

Kerajaan buatlah Ops itu ini setiap tahun setiap Raya, tetapi selagi manusia yang tidak sedar diri ini masih di jalanan, kita haruslah sentiasa amalkan sikap 'defensive driving' dan 'expect the unexpected' from all the driving monkeys.

mekyam said...

memang betul, tok scribe.

di eropah dan di AS, selain drp amalan memakai tali pinggang dan topi keledar mengikut peraturan sudah menjadi amalan yang selesa oleh kerana kebiasaan, satu lagi perkara yg mendorong pematuhan ialah pembayaran insurans kemalangan dan insurans nyawa. pihak insurans tidak akan membayar jika didapati mangsa telah tidak mematuhi undang2 dan peraturan memandu.

tapi seperti tok scribe kata, pematuhan kerana kesedaran adalah lebih menjamin sikap ini akan menjadi sebati. denda hanya merupakan langkah2 awal untuk memastikan amalan keselamatan dipatuhi. begitu juga ganjaran insurans harus dianggap sebagai alasan kedua, selepas kesalamatan diri, penumpang dan pengguna jalanraya lain. pengabaian yang berterusan menunjukkan kesedaran masih belum ada.

Jed Yoong said...

Datuk

Blessed New Year to you + family.
I think this is a really erm, annoying new peraturan.
Statistics show more lives would be saved by regulating the express buses.
Sekian.

Mesin Taip Buruk said...

Nampaknya pandangan Dato' senada dengan post saya beberapa hari lepas. Baca http://mesintaipburuk.blogspot.com/2008/12/tali-pinggang-belakang-apa-masalahnya.html

Ya, kita mewah dengan peraturan dan undang2 tetapi mereka berpegang kepada pendapat undang2 dicipta untuk dilanggar...

dollah yankee said...

ada 3,4 kes kereta jatuh dalam taliair di kedah,pemandu dan penumpang maut lemas sebab tidak mampu membuka talipinggang keselamatan yang dipakai.

berasiam said...

Salam Dato' AKJ

Sememangnya tali keledar mampu mengurangkan risiko kecederaan serta kehilangan nyawa jika berlaku kemalangan. Walau bagaimanapun, tali keledar juga meningkatkan risiko mangsa terperangkap di dalam kereta dalam kes kebakaran atau terhumban ke dalam air. Oleh yang demikian, harus juga dipertimbangkan supaya setiap kereta menyimpan alat pemotong tali keledar bagi memudahkan pemakainya melepaskan diri dalam keadaan kecemasan. Kita tidak mahu alat yang diharapkan membantu menjadi perangkap maut jika penggunaannya tidak disertai dengan langkah keselamatan yang mencukupi.

SUKJ said...

Datuk,

1. Mungkin rupa Polis Malaysia lebih bergerun dari Malaikat Maut kot?

2. Macam mana rakyat nak patuh kepada undang kerana undang-undang itu sendiri tidak mantap@goyang.

3. Jika penumpang belakang 4 orang, hanya 3 orang sahaja mesti pakai tali pinggang keledar. Habis yang satu lagi macam mana? Ambulan kena ikut belakang siap-siap..!

4. Jangan hanya pandai buat undang-undang sahaja tetapi tidak tahu hendak selesaikan masalah.

5. Kalau macam tu saya cadangkan mulai sekarang setiap pasangan yang baru berkahwin, jumlah anak dihadkan 3 orang sahaja.

Singgah abbebakar said...

Datuk,
Assalamualaikum.

Pelik juga bila rakyat Malaysia ni, kalau pergi Singapura boleh berdisiplin. Jumpa 'zebra crossing' boleh berhenti, kalau kat negara sendiri agaknya renyuk pejalan kaki dirempuhnya.

Teringat cerita jaman Jepun. Melayu banyak mendapat pengajaran daripada penampar Jepun. Sekurang-kurangnya mereka tersedar daripada lena yang panjang.

Lihat budak-budak sekolah yang makin kurang asam. Bukan degil sangat dia orang ni, dah nak jentik tak boleh, pakai kiasan seperti dalam Sejarah Melayu tak jalan. Hati mereka dah berkarat dengan cerita-cerita kartun. Nak harap motivator, perangai dan kerenah motivator di sekolah hampir serupa dengan anggota polis di tepi jalan.

Anonymous said...

Datuk, Shaz is correct. It’s the Kancil, the Kenaris and the Sagas that caused more accidents and carnage on our roads.

The Star today reported that 10 people were killed and a baby seriously injured in a three-car accident involving a Perodua Kenari, a Perodua Kancil and a Nissan Murano four-wheel drive.

Those killed were all five people in the Kenari and five of six people in the Kancil. The four people in the four-wheel drive escaped with minor injuries.

How can passenger seat belts save lives when six people traveled in a Kancil? How many passenger seat seat belts can a Kancil have?

Slow traveling cars and fast driving buses are also the main cause of accidents. No buses follow the 90KPH speed limit on the highway. I had seen them traveling at 150kPH.

I think the police and JPJ are hand in gloves with bus and lorry operators.

Private Highwayman

Heical said...

Salam Datuk

Maaf lari dari tajuk.
Dulu sadam mangsa dendam bush.Hancur sebuah negara .
Hari ini.
Dendam Bush kerana kasut lebih 400 nyawa nyawa Pelestine terkorban.Hancur Sebuah Negara lagi kerana dendam Bush.Betapa baik hati orang Putih ini konon Human rightlah,sayang binatang lah tapi tersorok jauh kesetanan.
Kita masih sanjung lagi barangan mereka konon branded.
Kiblat Ekonomi perlu pindahkan jangan bergantung pada mereka ini.
Suatu hari nanti kita pula jadi mangsa.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

SUKJ kata, "5. Kalau macam tu saya cadangkan mulai sekarang setiap pasangan yang baru berkahwin, jumlah anak dihadkan 3 orang sahaja."

Anak saya 4 orang. Dari 3 tahun sehingga ke 13 tahun.

Saya anggap saiz keluarga saya ini saiz sederhana.

Di Malaysia, saya percaya, keluarga dengan 3 anak atau kurang adalah jarang-jarang/kadang-kadang (pinjam nada ungkapan P. Ramlee).

Adakah keluarga macam keluarga saya tidak layak kemana-mana dengan kereta sedan?

Pada hari raya yang lepas, kami cuba dengan pulang berhari raya dengan 2 kereta. Isteri saya pulak serik sebab katanya, banyak kali dia kena potong dengan "pelesit".

Sebelum Dato' gunakan nada "Sayang anak dan bini pun janganlah ajak duduk bersama di depan. Duduklah di belakang dan pakai tali pinggang keledar. Bila dak sampai destinasi, berpeluk ciumlah sepuas-puasnya tanda kasih sayang dan kesyukuran." harap Dato', harap timbangkan jika peraturan itu praktikal atau tidak? Malah adakah ia sebenarnya merujuk kepada punca kemalangan?

Kenapakah MP kita tidak pernah terfikir untuk memperkenalkan sistem demerit kepada pemandu yang MENYEBABKAN kecederaan (dan kerosakan harta benda?) dan halangan memandu kepada mereka yang MENYEBABKAN kematian?

Rasanya ini lebih adil dan menyakinkan walaupun terhadap pemandu komersial yang cari makan dengan kerja memandu, bukan begitu?

p/s
1.Saya tidak pernah melanggar kereta orang.
2.Sejak ada anak, saya tidak pernah memandu lebih dari 10% dari had laju yang ditetapkan.
3.Dah dua kali saya dilanggar orang; dilanggar orang dari belakang semasa berhenti di lampu isyarat merah dan semasa saya dalam keadaan parking di perkarangan sekolah anak saya.

Pematuhan undang-undang bukan soal sayang nyawa atau takut polis, tapi soal hormat undang-undang.

Malangnya kita melantik lawmaker (MP) yang kebanyakannya adalah YESMAN.

Tambah lagi malang apabila amalan double standard dalam penguatkuasaan (saya bukan hadkan kepada polis semata-mata) agak berleluasa.

Cuba Dato' semak undang-undang dan perlaksanaan tentang kotak hitam pada bas ekspress, kelulusan binaan jalan pada cerun bukit, kelulusan pintu tol yang hampir pada selekoh, pelan lebuh raya yang diluluskan walaupun tanpa lampu jalan, kualiti tar jalan terlalu nipis/rata/licin dan lain-lain.

Itu belum masuk cerita tanda jalan yang tidak masuk akal.

Kebanyakannya adalah dibawah naungan kerajaan/GLC.

Paling tidak, cuba tanya budak despatch di pejabat Dato', apa kualiti lorong motorsikal di Federal Highway. Setahu saya, masih lagi ada banjir kilat dan lubang sana-sini, sama seperti 15 tahun yang lepas.

Maaf saya Dato'.

Pemandu langgar lari yang menyebabkan kematian abang ipar saya yang bermotorsikal dahulu, hanya memerlukan 1,2 tahun sahaja untuk memiliki lesen memandu (masa kejadian, dia memang tak ada lesen). Sekarang, dia masih memandu, membayar cukai jalan, bayar tol dan lain-lain.

Dan setelah dekat 15 tahun, dia tidak pernah dihadap ke mahkamah sebab dia dari kaum keluarga orang politik.

Sejak itu, saya sudah bosan dengan kempen keselamatan jalanraya yang asyik salah sasar.

kluangman said...

Kita banyakkan peraturan dan akta malangnya kita lupakan dan terlupa aspek 'sikap' yang lebih penting. Ia dibentuk dari didikan dan tauladan dari pihak kerajaan sendiri.

Iklan iklan yang menunjukkan 'power' dan 'vrooommm...' dibenarkan.

Pak pak menteri dibenarkan 'laju' dengan bantuan polis bermotor.

Saman lalulintas ada diskaun.

Jalanraya tidak diselenggara dengan baik, air bertakung, berlubang dan bertampal macam 'orang tak mahir' buat jalan.

Kerja kerja pembinaan tidak di pantau dengan baik oleh pihak JKR, tanpa amaran keselamatan atau arahan papantanda yang jelas.

Kenderaan tidak mempunyai ciri ciri keselamatan yang maksima.

Sebelum kita berbalik dan menuduh rakyat dan pemandu kenderaan,banyak faktor lain yang mendorong kemalangan, kerajaan elok periksa diri mereka sendiri.

mfbakar said...

Rakyat kita dikenali peramah dan bersopan santun hingga pelancong-pelancong asing pun iktiraf. Tetapi rakyat yang sama bertukar sekelip mata menjadi 'dare-devil' apabila memegang steering motorkar. Mungkinkah ini kerana sekarang ramai yang mampu membeli kereta lantaran ego telah meresap pada kepala mereka.

Kadang-kadang dijalan-jalan yang ada divider kerap kali pemandu menentang arus terafik kerana mahu menjimat sedikit masa dari mencari 'u-turn' yang disediakan. Sikap bebal ini mengundang celaka bukan sahaja pada diri sendiri, tetapi juga pada yang tidak berdosa. Kesimpulannya, peraturan hanya berkesan kepada mereka yang patuh.

amoker said...

Actually, i agree on this new safety regulation. There is just too many cases of death of talented malaysians, especially young ones due to the lack of personal safety at the back of the seat. Even there is a need to educate on proper safety for toddlers and childen. This is a good direction for the nation.
And... of course enforcement on motocyclists need to dipertingkatkan.

Anonymous said...

Datuk,
saya simpati kepada mereka yang ada kereta kancil dan ada anak 6 orang. Macam mana agaknye nak bawa anak-anak cuti sekolah.
Apakah kerajaan memikirakan masalah kecil ini...saya percaya ramai polis dan orag JPJ ada kereta proton dan perodua tapi ada anak ramai. Kalau gitu tak adil bagi saman orang felda tapi polis sendiri tidak..orang kaya kereta banyak tapi orang kampong ada satu saja fikir-fikirlah sendiri

Org Felda Sg Behrang

zulkefli81 said...

Dato,

Faktor utama kemalangan jalan raya ialah kecuaian manusia.

Kecuaian manusia termasuk pandu laju, mengantuk, ego ketika memandu, tergesa-gesa, dan lain-lain

Dalam akhbar Cina,banyak gambar-gambar kemalangan jalan raya yang mengerikan ditunjukkan. Mengapa tidak di akhbar Melayu dan Inggeris.? Ini salah satu cara meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dan betapa kita perlu menghargai nyawa.

Anonymous said...

Salam Dato',
Kadar kematian akibat kemalangan jalanraya Malsyaia adalah antara yg tinggi di dunia..nampaknya globallah kita dlm bab tu. Undang2 negara kita memang banyak dan dahsyat bunyinya tapi penguatkuasaannnya masih bayak yg perlu ditingkatkan. Tindakan yg diambil oleh kerajaan kekadang mcm tak difikirkan secara masak DAN tidak ada penilaian semula menentukan keberkesanannya. Ambil contoh peraturan menghidupkan lampu motosikal siang hari, adakah amalan itu berkesan mengurangkan kematian penunggang motosikal atau tidak? Mana statistiknya (t-test ke, chi-square test ke, bla bla..)? Kenapa sampai sekarang tak ada matapelajaran sivik wajib (i mean a subject on its own) tentang keselamatan jalanraya di sekolah? Bukankah melentur buluh tu semasa masih rebung? Apa cerita dgn cakap2 nak dakwa ibu bapa jika anak menunggang motosikal tanpa lesen atau merempit? Saya setuju dgn ramai pembahas disini yg berpendapat sikap buruk pemandu kita adalah punca utama nahas jalanraya.
Dato',
Kita ni hangat2 tahi ayam saja, baik fasal tanah runtuh, fasal penebat banjir, fasal kemalangan jalanraya. Tup-tup keluar undang2 pakai talipinggang keledar penumpang belakang. Baiknya utk penumpang memang ada tapi baiknya utk pembekal tali keledar pasti ada DAN utk pegawai polis/JPJ yg berminda korup memang ada (maaf cakap dato').
Dato' (maaf, melencong sikit),
Sekejap td saya terbaca berita DS Najib nak tingkatkan kemudahan tertentu SM Sri Pekan ke taraf SBP. Sekolah2 lain terpulanglah kpd Kementerian Pelajaran kata beliau..."untuk pelajar mendapat pelajaran bermutu.." Ini satu perkara yg menarik yg boleh menguntungkan ramai orang...mcm2 peluang ada..
Pak Hj JB

ana abdullah said...

saya rasa undang undang yang dibuat oleh kerajaan negara ini bukan atas niat kerana Allah.

kebanyakannya atas nama desakan dan nafsu belaka sebab itu hasilnya kosong.

kedua, perlaksanaannya jelas tidak adil. Orang berpangkat tidak diambil tindakan.

Lihat undang undang rasuah. Jerung lepas bebas. Ikan bilis kena penjara.

Demikian juga undang undang jalan raya mengenai tali pinggang yang baru kuatkuasa.

Walaupun dendanya terlalu tinggi berbanding undang undang lain tenguklah nanti kecelakaan jalanraya berlaku juga dan nyawa melayang juga.

itulah bala menandakan perlaksanaanya selalu tidak adil. pilihkasih bermaharajalela.

clean said...

Undang2 dan peraturan baru dikuatkuasakan serta merta, tetapi peraturan lama dibiarkan begitu sahaja.

1. Penunggang motosikal di kawasan luar bandar/kampung masih jarang-jarang pakai topi keledar.

2. Budak bawah umur tunggang motosikal.

3. Mat rempit bermaharajalela di jalanraya.

4. 'Queue Jumping' dah biasa.

5. Memandu kereta dengan perlahan di lorong kanan lebuhraya.

6. Mat motor menunggang di lorong kanan lebuhraya (walaupun tak bayar tol), siap 'overtake' kereta lagi.

7. Ber 'SMS' semasa memandu kereta/bas/lori dan menunggang motosikal.

8. Pemandu bas hisap rokok semasa memandu.

9. Penggunaan cermin gelap

10. Penggunaan lampu HID 'xenon'

11. Semua alat yang digunakan untuk mengukur sesuatu perlu ada 'calibration' setahun sekali, termasuk alat yang digunakan oleh pihak polis untuk menyaman pemandu yang melebihi had laju. Lama tak nampak polis guna alat ini yang menyebabkan pemandu di "saman ekor", yang kelihatan sekarang (bawah jambatan di lebuhraya) hanya gambar polis memegang alat tersebut.

12. Menara pemerhati yang dibina ditepi lebuhraya yang untuk kegunaan polis, sekarang kosong dan ditinggalkan untuk karat dan reput . Ini mungkin ekoran salah satu menara itu jatuh (dengan polis sekali) dan mencederakan polis tersebut. Nasib baik tak mati. Siapa dapat kontrak buat menara ini?

13. Pondok polis (beat base) depan wisma central dan depam Menara Public Bank 'hilang'. Kalau tak silap saya, beat base ini didirikan untuk mencegah kes2 ragut yang sering berlaku dikawasan tersebut. Mula2 adalah polis jaga, lepas 2~3 bulan sekali sekala polis ada, lepas setahun full time polis tak ada, sekarang pondok polis pon dah hilang entah kemana. Minggu lepas saya nampak seorang pelancong arab (wanita) kena ragut depan wisma central.

Indigo said...

Scribe,

Dengan Izin, Datuk!
(oleh kerana semena-mena
Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan
bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada
tajuk tidak akan diberi keutamaan

bukan terkenamengena

- your copy pak kadir jasin)

Puteramaya
Salaam Siber!

Setelah membaca kedua-dua berita di atas, rakyat Malaysia wajar menghayati mesej yang tersirat di sebaliknya.

Berita:
1. Israeli ground forces enter Gaza in escalation
By IBRAHIM BARZAK and JASON KEYSER, Associated Press Writers Ibrahim Barzak And Jason Keyser, Associated Press Writers
12 mins ago

JERUSALEM – The Israeli government says tens of thousands of reserve soldiers are being mobilized as the offensive in Gaza widens with the launching of a ground invasion that Defense Minister Ehud Barak says "won't be short" or easy.

The military did not give out specific numbers. But it says it has expanded a call-up of some 9,000 reserves soldiers that began earlier this week.

Some of these reservists are being mobilized as a warning to Palestinian militants in the West Bank and Hezbollah guerrillas in Lebanon who fought a monthlong war with Israel in the summer of 2006.

Israeli ground troops began pouring into Gaza earlier Saturday. The incursion expanded an 8-day-old operation that had been conducted almost exclusively from the air.


2. Ukraine: Serious gas shortages possible
By MARIA DANILOVA, Associated Press Writer Maria Danilova, Associated Press Writer
2 hrs 50 mins ago

KIEV, Ukraine – A top Ukrainian official warned Saturday that European customers could see serious natural gas disruptions in about two weeks if the energy dispute between Russia and Ukraine is not resolved, and the Russian gas monopoly Gazprom accused Ukraine of boycotting contract negotiations.

As Russia and Ukraine traded accusations in their bitter dispute over energy prices, four European nations — Romania, Hungary, Poland and Bulgaria — all reported some supply drops in natural gas Saturday.

Gazprom cut off gas shipments to Ukraine on Thursday. Then Gazprom and Ukraine embarked on dueling charm offensives, both trying to assure western European nations that they were reliable energy partners and the fault lay with their rival.

The Russian delegation hoped to convince investors in Prague, Paris, Berlin and London that Kiev is to blame for any gas shortages, saying Ukraine is siphoning off natural gas from Russian shipments, as well as refusing to pay $600 million in fines or negotiate a new price contract for 2009.

Russia supplies Ukraine with natural gas and also sends 80 percent of its gas supplies to Europe through pipelines in Ukraine. The stakes in the dispute are high because Europe relies on Russia for a quarter of its gas needs — and because heat is crucial in the biting northern European winter.

Meanwhile, Bohdan Sokolovsky, an economic aide to Ukrainian President Viktor Yushchenko, warned that serious disruptions could hit Russia's European customers, if Russia continues to refuse to ship gas allocated for Ukraine to Ukraine. Sokolovsky said even though Ukraine continued to pump Russian gas destined for Europe, European countries could see major shortfalls in 10 to 15 days.

Without Ukraine's share of gas in the shipment from Russia, the overall gas levels in the pipeline transit system begin to fall. Sokolovsky said if that continues, an automatic shutdown will be triggered because the system requires a minimum amount of gas to maintain pipeline pressure.

"It is obvious that this is political pressure on Ukraine," Sokolovsky said of Russia's gas cutoff. "This is pure politics."

Speaking in Prague on Saturday, Gazprom Deputy Chairman Alexander Medvedev said Ukraine's position was "absolutely unacceptable."

"We're not negotiating. There's nobody from Naftogaz to negotiate" with, he said, referring to Ukraine's state gas company.

Despite the gas cutoff to Ukraine, Gazprom says it has continued pumping the gas meant for Europe. Medvedev said Gazprom has been using alternative routes that don't cross Ukraine — pipelines in Belarus and Turkey — but those don't have the capacity to make up the shortfall. As a result, some European countries were seeing a reduction in supplies.

"We try to do our utmost to compensate for what Ukraine is doing ... but the capacity to compensate has its limits," Medvedev said.

Gazprom Alexei Miller later suggested at a televised company meeting in Moscow that European consumers should sue Ukraine for allegedly stealing their gas.

Ukraine, meanwhile, disputes the fines and contends that Gazprom is unfairly refusing to accept a rise in transit fees while asking for higher gas prices for 2009.

Gazprom CEO Alexei Miller said in a statement late Saturday that the company would file a lawsuit with the Court of Arbitration in Stockholm, Sweden, against Naftogaz over the transit issue.

The two nations also are at odds over the price Ukraine will pay for natural gas in 2009. Gazprom has proposed a price jump from $179.50 to $418 per thousand cubic meters.

Valentyn Zemlyansky, a Naftogaz spokesman, said Saturday the company is ready to negotiate in Moscow but called Gazprom's behavior "energy blackmail." He rejected the claim that Ukraine was siphoning gas, saying the country had been sacrificing its own reserves to maintain minimum pressure levels in the pipes.

Zemlyansky said by noon Friday, Naftogaz had received a request from Gazprom to pump 305 million cubic meters, but it had to pump 319.3 million just to keep the gas flowing.

"Ukraine is fulfilling all the obligations of the energy charter, in comparison to our Russian partners," Zemlyansky told The Associated Press.

Ukraine itself has enough reserves to last until early April, Naftogaz says.

Outside observers said the ramifications of gas shortages across Europe were so great that they should not be allowed to occur. Chris Weafer, chief strategist at Uralsib bank, said the dispute was mainly political and would likely be resolved to avoid serious disruptions to both Russia's and Ukraine's reputations.

The European Union has urged the two former Soviet republics to find an "urgent solution" to the dispute and announced it will host a Jan. 9 meeting with Russian and Ukrainian experts to discuss natural gas shipments to the 27-nation bloc.

Still, the EU warned it would not play mediator.

"We reject being part of the dispute," Czech Deputy Prime Minister Alexandr Vondra said Saturday. The Czech Republic currently holds the bloc's rotating presidency.

Konsumerisma Patriotisma
(dunia neo-mukazhibeuun dunia muslim)

apatah kesanya, pengaruhnya, impaknya,
terhadap harga minyak mentah, gas, tenaga nuklear dan ekonomi sejagat termasuklah ekonomi negara?

apatah yang tersurat

berita yang manatah menarik perhatian?

jangan dibilang angka mangsa -
apakah halal nyawa yang dirampas

siapakah yang zalim dan menzalim
jangan ditanya apakah tindakan
yang wajar si-muslim tegakkan

apatah yang tersirat

luruh
luruh
luruh
daun dauh kering
di dekat siddratul-munthaha

Halimsaleh said...

Saya tidak setuju dengan tulisan saudara SHAZ & Private Highwayman yang nampak lebih menghina pengguna kereta CC kecil.
Benar risiko lebih besar pada kereta CC kecil atas faktor kereta tersebut yang tidak diperlengkapkan ciri ciri keselamatan terkini sebagai mana NISSAN MURANO.
Sepatutnya aspek keselamatan pada peringkat pembinaan dan pengeluaran kereta menjadi ASAS kereta, bukan nya aksesori tambahan yang hanya mampu dimilki oleh mereka yang benar benar ada WANG lebih.
Cuba senaraikan AKSESORI tambahan keselamatan pada kereta mewah ? Mampukah ia di pasang pada kereta NASIONAL dan PERODUA ?
Ia boleh dilaksanakan tanpa perlu menaikkan harga kereta tersebut melalui pelbagai INSENTIVE kerajaan dan pengeluar. Fikirlah demi rakyat jelata .
Wassalam

Anonymous said...

Datuk,

If Halimsaleh read my comment carefully and understood it, I was not belittling drivers and owners of small CC cars.

I was talking about they way they drove their cars and loaded them to the brim.

I agree with Datuk Malaysian drivers lack civic mindness and some are plain stupid and selfish. Only this morning on LDP, a driver of a Toyota Corolla drove on the right (fast) lane at very slow speed causing a long Q behind him.

Also when motorcyclists became drivers they drove their cars like they rode their motorcycles, tha Mat Rempit way, no turning signal, cutting in and out and hogging the road.

These people deserve to die but they also cause death to civic-minded and law-abiding motorists.

Private Highwayman

Q33NY said...

salam.

memakai tali pianggang keledar adalah salah satu ciri keselamatan dalam memandu.ada banyak lagi ciri keselamatan yang perlu dititik beratkan.

sebenarnya kemalangan boleh dielakkan.tapi manusia sentiasa lalai.ada saja benda yang diambil mudah.bila disuruh jangan memecut,tetap memecut.bila disuruh periksa keadaan agar berada dalam keadaan baik,diperiksa ala kadar dengan tayar yang hampir botak dan brek yang tak makan sangat.

jika keadaan kenderaan sudah ok,jadi terpulang pula pada pemandu untuk memastikan mereka memandu dengan selamat.ada tu yang tak sabar-sabar dan membawa dengan laju.macam dia sahaja yang bayar cukai jalan.

ikut sajalah saranan terbaru dari kerajaan.takde rugi apapun.sudah semestinya kajian telah dilakukan dan pastinya ia memberi kebaikan.

SHAZ said...

Salam Dato',

Minta laluan.

Saudara Halimsaleh dan umum; maaf jika komen saya 'nampak lebih menghina pengguna kereta ber-CC kecil'.
Tidak ada niat menghina pemandu ber-cc kecil dan pemilik kereta Proton, akan tetapi dari pemerhatian terhadap kes kemalangan meragut nyawa, kebanyakannya melibatkan pemadu kereta nasional tersebut.

Saya setuju risiko lebih besar pada kereta CC kecil kerana kereta tersebut yang tidak diperlengkapkan ciri ciri keselamatan terkini dan kedua; nisbah pemandu kereta nasional itu lebih tinggi dari kereta import lain.

Betul,hidup dan mati itu kuasa Allah swt, akan tetapi,kemungkinan untuk kita mati adalah lebih jika;

1)membawa kereta ala hantu jalanan

2)memandu kereta yang ber-cc rendah tetapi nak memotong kereta ber-cc tinggi

3)kereta nasional yang kita banggakan itu diperbuat 'supaya' apabila berlaku perlanggaran kecil sekalipun, kemeknya bak di gelek steamroller.

4)oleh kerana sesiapun mampu membeli kereta buatan Malaysia, jadi sesiapun termasuklah kutu-kutu mampu memiliki kereta tersebut.

Secara keseluruhanya, saya rasa kerajaan Malaysia tidak hirau akan kadar kematian yang tinggi para pemandu Proton, dan tidak fikir perlu untuknya melihat kembali apa punca kereta Proton menyebabkan kematian yang tinggi.

Di sini, kerajaan perlulah memastikan Proton ditambah dengan ciri keselamatan kerana aksesori boleh dibeli pasang dimana mana kedai yang melata disekitar tempat.

Ops yang dijalankan oleh kerajaan bagi pemantauan jalanraya sekadar 'memenuhi' sahaja. Kadar kematian tetap melonjak.

Akhir sekali, saya rasa pemansuhan lesen pemandu yang terlibat dalam kemalangan jiwa lebih dari dua kali adalah perlu, dan pemandu yang lebih 50 tahun perlu mengambil lesen sekali lagi untuk memandu, disamping menyaman pemandu yang menjadi kura-kura di jalanraya;mereka juga penyebab kemarahan pemandu lain dan mungkin penyebab kemalangan.

keris panjang said...

dato,
negara ni negara demokrasi..individu sepatutnya bebas membuat pilihan..tidak perlu paksaan..yg penting ditanamkan adalah kesedaran keatas setiap individu..individu pula perlu sedar akan hakikat ini..kempen perlu diteruskan dari masa kemasa..jika mereka masih berdegil, biarlah risikonya mereka yang tanggung..apa yg kerajaan nak sebokkan sangat..mustahil setiap orang tidak menyedari perkara ini..adalah lebih baik kerajaan memberi tumpuan terhadap kekalutan ekonomi yg melanda skg...lainlah jika kerajaan cuma untuk menjadikan isu ini bagi mengalihkan perhatian rakyat atau mana tahu jika kerajaan mahu menjadikan bayaran kompaun tersebut sebagai salah satu sumber pendapatan kerajaan lebih2 lg ketika ekonomi merudum ni..tolong jgn susahkan rakyat..kerajaan tidak sepatutnya membebankan rakyat dgn berbagai kesulitan..sedangkan fikiran kami masih lg dirundung masaalah penswastaan IJN yg masih belum selesai..

delara said...

Salam Dato’ dan pembaca-pembaca sekalian,

1. Saya tersangatlah setuju dengan tajuk Dato’ kali ini – takut polis dari sayang nyawa. Sebab itu adalah sikap kebanyakan dari kita dalam banyak hal yang melibatkan pihak berkuasa seperti polis, JPJ, kastam dsb. Kepada pembaca yang tidak bersikap demikian tahniah kepada anda, tetapi saya percaya rata-rata dari kita mempunyai sikap begitu atau menjadi begitu pada waktu-waktu tertentu termasuklah diri sendiri. Soalnya bagaimanakah cara untuk kita (yang begitu atau pun tidak) dapat membuang sikap tersebut?

2. Saya pasti tidak ada niat di kalangan penulis komen di sini untuk menghina sesiapa samada pemandu kereta cc kecil tidak kiralah kereta nasional atau kereta Jepun atau sesiapa yang mempunyai anak yang ramai (kerana ada yang ‘implied’ terpaksalah lepas ini menghadkan bilangan anak pula) kerana pada dasarnya bukanlah jenis atau saiz kereta/cc atau bilangan anak yang menjadi persoalan tetapi sikap pemandu itu sendiri.

3. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Ada yang boleh diubah, ada yang tidak dapat diubah, ada yang susah hendak diubah dan ada yang tidak mahu berubah. Memang kita boleh menunding jari kepada kerajaan, kerana faktor jalanraya yang tidak elok, tidak rata, tidak diluruskan, tidak cukup lampu jalan, air yang lambat mengalir dan bertakung menyebabkan lopak (jangan salahkan tuhan sebabkan hujan atau musim tengkujuh cukuplah…), tidak dibuat ‘upgrading’ dari satu lorong kepada dua dsb. Kita boleh juga menunding jari kepada polis kerana tidak bertimbang rasa kerana mereka juga ada yang memandu kereta jenis kecil/bercc kecil atau mempunyai anak lebih dari 3 walaupun saya percaya sekiranya mereka (polis sendirilah) membuat kesalahan yang sama, mereka juga akan disaman sama seperti kita. Kita mungkin juga boleh menunding jari kepada majikan, tidak kiralah kerajaan atau swasta kerana tidak menaikkan gaji atau bonus kita supaya kita boleh membeli kereta yang lebih “selamat” yang kebiasaannya tentunya lebih mahal.

4. Kebanyakan yang saya nyatakan di atas itu susah untuk diselesaikan dalam masa yang singkat (tidak mustahil tetapi payahlah sedikit). Satu-satunya yang rakyat marhaen seperti saya dan saya rasa kebanyakan pembaca blog ini boleh buat ialah untuk berubah sikap. Saya pernah dengar ungkapan ‘bila kita menunding jari (biasanya jari telunjuklah) kepada seseorang/sesuatu lagi 3 jari akan menunding ke arah kita sendiri’.

5. Kita sepatutnya bertanya diri sendiri apakah yang kita sebagai pengguna jalanraya dapat lakukan untuk lebih selamat di jalan raya? Tidak kiralah untuk kita seorang atau seisi keluarga, malah untuk pengguna jalanraya yang lain juga.

6. Jawapan yang paling ketara ialah ubah sikap supaya kita mematuhi dan menghormati setiap peraturan lalu lintas. Tidak ada peraturan yang ‘annoying’ sebenarnya. Kebanyakan peraturan lalu lintas dibuat setelah banyak kajian dilakukan bukan sewenang-wenangnya kerana hendak memberi kekayaan kepada taukeh tali pinggang keselamatan (pandangan sayalah…). Sekecil-kecil peraturan yang mungkin tidak dikuatkuasa kan lagi, seperti memeriksa cermin belakang umpamanya ada kegunaanya. Pada pandangan saya semuanya sangat basic sekiranya memandu kereta yang hanya mempunyai 5 tali pinggang keledar, pastikan yang berada di dalam kereta jugalah 5lah. Kalau mempunyai anak/penumpang lebih terpaksalah seorang lagi menggunakan kenderaan lain. Duit boleh dicari, nyawa tidak dapat bertukar ganti. Kadang-kadang anak kecil yang berada di hadapan di pangkuan ibu/sesiapa sahajalah berada di situ kerana anak kecil itu yang beriya-iya mahu duduk di hadapan (tidak semua kes kerana kendak mengeratkan kasih sayang Dato’ :-)) jadi kita yang seharusnya mengajar anak itu yang perbuatan itu salah. Saya juga selalu bersalah, mengalah kerana malas hendak mendengar tangisan dan pekikan mereka dan selalunya saya berkata bukan hendak pergi jauh pun dekat sahaja. Tetapi nyawa kalau hendak melayang tidak bertempat. Syukur tidak pernah jadi perkara yang tidak diingini lagi.

7. Kalau kita memandu kereta tahulah tahap kemahiran masing-masing, memandu memang mudah tetapi memandu hendak pergi pasar dengan memandu ‘long distance’ lain. Kalau tidak berapa pandai ambillah langkah berjaga-jaga, memandu di siang hari misalnya di mana penglihatan lebih baik. Hanya memotong di tempat selamat dengan jarak yang selamat. Jangan tunjuk “terror” tidak tentu pasal bila di jalan.

8. Tahulah juga tahap kemampuan kereta masing-masing, kereta kecil pastinya melayang-layang sekiranya dipandu laju, bayangkan sahaja kalau hendak membrek ketika melayang-layang. Kalau kita tidak biasa memandu kereta berkuasa tinggi jangan cuba-cuba bereksperimen. Tidak bermakna juga kereta berkuasa tinggi boleh memandu lebih dari had laju. Macam saya cuba tegaskan ada sebab untuk setiap peraturan walaupun ada yang pada pandangan kita tidak masuk akal sekalipun.

9. Sebenarnya ada banyak lagi, satu buku tebal jugaklah, saya pasti Dato’ dan para pembaca sekalian pun sudah tahu, tetapi peraturan tinggal peraturanlah dan tidak dapat memberi perubahan sekiranya kita sendiri tidak mahu berubah sikap. Kalau kita semua mematuhi peraturan lalulintas/jalanraya tidak perlulah polis/JPJ membuat sekatan jalanraya sebaliknya dapatlah mereka menumpu perhatian kepada perkara-perkara lain yang di luar kawalan kita seperti perompak, perogol, mereka yang tidak membayar cukai jalan/insuran kereta.

10. Terimakasih Dato’ dan pembaca sekalian, “pakailah tali pinggang keledar dan selamat memandu di tahun baru 2009”.

Anonymous said...

Datuk,

Perihal keselamatan jalan raya ini pun ada orang nak kaitkan dengan politik. Gila betul.

Nasib baik tidak ada orang buat perbandingan diantara negeri Pakatan Rakyat dan negeri BN, mana yang lebih banyak kemalangan jalan raya.

Ikut pendapat saya, orang politik ini sekadar jadi ketua pentadbir. Orang yang betul-betul buat kerja tu sebenarnya kakitangan awam dan sesiapa yang dibayar kerajaan untuk buat kerja.

Orang politik boleh jadi orang BN, DAP, PKR, PAS dan lain-lain. Orang politik manapun yang memerintah, kemalangan jalan raya akan tetap berlaku. Jadi janganlah dipolitikkan perihal keselamatan jalan raya ini.

Pakar-pakar yg dipertanggungjawab memikirkan jalan untuk mengatasi atau mengurangkan kes kemalangan jalanraya seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)adalah sebenarnya punca terbit undang-undang keselamatan jalan raya.

Cadangan dan pandangan dari merekalah yang digunapakai oleh pihak kerajaan (tidak kira BN, PR, Democrat, Republican) untuk diketengahkan dan diterap menjadi undang-undang bagi mengatasi atau mengurangkan masalah (dalam hal ini, kadar kemalangan jalan raya).

Ini adalah perkara biasa dalam proses pentadbiran sesebuah kerajaan.

Tak perlulah nak dilibatkan dengan politik. Kalau semua benda asyik-asyik nak dipolitikan, lagi butalah mata hati kita dalam mencari jalan penyelesaian.


-sinbad-

Moshe said...

Asmkm Dato',

Tepat sekali posting ini. Confirmed Dato', pasti peraturan ini tak akan memberi kesan, sebab pakai talipinggang bila nampak polis, jauh dari polis atau jpj tanggalkan dan lepas itu "buuum" acccident daah..

Saya pernah tenguk penunggang dan pembonceng motosikal sangkut topi keledar dan yg si pembonceng pegang topi di tangan, bila nampak polis cepat2 pakai.

Sebenarnya sikap inilah yg menyumbang kepada kemalangan disamping faktor kecuaian pemandu samada di jalanraya atau mempastikan kenderaan selamat digunakan. Yang amat ketara tiada bertimbang rasa di jalanraya juga punca nahas. Pengalaman dua tahun berada di Thailand tidak pernah terserempak dgn kemalangan jalanraya (mungkin tak kebetulan dgn saya), tapi jika di negara kita dlm satu bulan dah beberapa kali boleh jumpa orang kemalangan jalanraya. Itulah BEZANYA.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).