About Me

My Photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).

Friday, September 04, 2009

Piagam Ekuinas Jamin Penyertaan Bumiputera

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

EKUITI Nasional Berhad (Ekuinas) yang diperbadankan tiga hari lalu berharap dapat memulakan kegiatan membiayai penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi korporat dalam masa enam bulan dari sekarang.

Ekuinas yang berupa antara inisiatif ekonomi terpenting Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak adalah tabung ekuiti persendirian (private equity fund) yang bertujuan menjamin penyertaan Bumiputera secara sama rata, berterusan dan berkesan melalui operasi perniagaan yang telus dan mesra.

Secara tidak langsung tabung ini juga bertujuan mengimbangi pelonggaran garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang menggugurkan syarat pemilikan Bumiputera dalam beberapa sektor ekonomi seperti diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Antara lain, kerajaan berharap dapat mewujudkan generasi baru usahawan Bumiputera yang memiliki dan mengurus syarikat mereka sendiri, sama ada syarikat persendirian atau pun syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Tabung ekuiti persendirian ini adalah antara jawapan kepada ketirisan pemilikan Bumiputera di dalam sektor korporat dan untuk mewujudkan kapasiti modal serta pengurusan Bumiputera yang berdaya maju.

Hari ini, Ekuinas memperkenalkan dirinya kepada media massa melalui sebuah taklimat di Ibu Negara yang diketuai oleh Pengerusinya, Raja Arshad Raja Tun Uda. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rahman Ahmad dan dua ahli lembaga pengarah iaitu Azman Yahya dan Mohamad Jawhar Hassan. Seorang lagi pengarah, adalah Noriyah Ahmad (Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi JPM).

Pada 1 Julai lalu, Mohd Najib mengumumkan cadangan penubuhan Ekuinas dengan modal permulaan RM500 juta daripada kerajaan. Matlamatnya adalah menaikkan jumlah itu kepada RM10 bilion, termasuk modal persendirian. Ekuinas berharap 20 peratus daripada modalnya akan datang daripada pelabur persendirian.

Tidak seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bermatlamatkan pengagihan kekayaan korporat (melalui skim amanah saham), Ekuinas tidak mengagihkan kekayaan korporat.

Sebaliknya ia akan mewujudkan masyarakat korporat Bumiputera yang berdaya maju dan boleh bersaing dengan usahawan dan pemodal bukan Bumiputera dan pelabur asing. Dalam erti kata lain, matlamatnya adalah pembinaan kapasiti modal dan pengurusan Bumiputera dalam sektor korporat.

Sebarang unsur pengagihan kekayaan adalah dalam bentuk penyertaan terus Bumiputera dalam sektor itu. Selain membantu mereka melalui caruman modal, Ekuinas akan menjadi rakan kongsi cergas kepada usahawan Bumiputera yang terbabit.

Justeru itu, kejayaan Ekuinas bergantung kepada dua ciri utama. Pertama kemampuan mengenal pasti usahawan dan eksekutif Bumiputera yang berpotensi menjadi rakan kongsi yang berdaya maju. Kedua mengenal pasti projek dan kegiatan ekonomi yang boleh mereka sertai dengan pembiayaan dan bimbingan Ekuinas.

Tugas ini pastinya mencabar kerana modal yang dicadangkan bagi setiap satu projek atau kegiatan adalah besar – dalam lingkungan RM50 juta dengan prospek pulangan melebihi 10 peratus setahun dalam jangka masa tiga hingga tujuh tahun.

Bagi saya, frasa keramat dalam piagam Ekuinas ialah “menjamin penyertaan Bumiputera secara sama rata, berterusan dan berkesan melalui operasi perniagaan yang telus dan mesra.” Inilah ikrarnya kepada masyarakat usahawan Bumiputera khasnya dan Bumiputera amnya.

60 comments:

pakbelalang said...

1.Yang penting dalam usaha untuk menolong bumiputra dalam apa bidang pun ianya mestilah ada commitment yang berterusan disertai dengan keikhlasan dan kebijaksanaan.

2. Ketulusan dan accountibility adalah penting bagi mereka yang diberi tanggong jawab untuk menentukan bahawa segala usaha yang dilakukan berjaya dilaksanakan dan tidak ada elemen pembaziran (pilferage ie corruption and mismanagement) yang merugikan semua pihak.

3. Buatlah apa yang patut jika akhirnya menguntungkan semua bumiputra dan bukan segelintir sahaja yang dapat manfaatnya.

4. Kita tak nak dengar lagi suara sumbang yang kononnya segala usaha kerajaan untuk menolong bumiputra hanya untuk kroni-kroni sahaja.

5. Syabas, Najib. Semoga strategi baru ini dapat di terima oleh bumiputra dengan hati terbuka dan akan berjaya.

6.Pihak kerajaan mesti terus memberikan penerangan dengan sejelas-jelasnya apakah peranan Ekuinas kerana saya perhatikan bahawa ramai yang masih samar-samar tentang konsepnya.

7. Jika kerajaan gagal memberikan maklumat yang "senang dan terang" pihak pembangkang akan menggunakan kelemahan ini untuk kepentingan "kempen jalanan" mereka.

ab said...

Salam Dato,

Kuat bunyi dengung ekuinas ni...

Jangan habis bunyi kat Putrajaya & KL sudah la.


Saya cuma nak tenguk senarai nama ramai mana bumiputra/melayu yang tanpa panggkal TUN,TAN SRI DATO,DATUK dsb yang akan di TOLONG..


YOU CAN PROVE ME WRONG... tahun 1987 pun trick tu juga, 1997-98 pun trick tu juga, pakai nama lain saja tapi ENDPOINTS SAMA..CARI TUN,TAN SRI,DATUK,DATO ... yang lain tu nasib kamu orang lee..



Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

salam dato,

saya sgt bngkang kwujudan ekuinas, mrket liberalisation mohd najib.

ekuinas -
mengapa shj tdk mengesyorkan kpd PNB akan idea ekuinas itu.
boleh shj phak PNB mengmbil kira utk mewujudkan satu produk yang tidak mengagihkan kekayaan korporat.
satu produk yg kejayaannya brgantung kpd 2 ciri utama;
i. kemampuan mengenal pasti Bumiputera yang berpotensi menjadi rakan kongsi yang berdaya maju.
ii. mengenal pasti kegiatan ekonomi yang boleh disertai dengan pembiayaan dan bimbingan Ekuinas.


bole shj kerajaan mohd najib menyalurkan RM500 juta - RM 10 billion kpd produk br PNB itu.
TAPI, mungkin sukar jika mohd najib sgt kisah kemana RM500 juta - RM10 billion ini pergi.

mungkin lagi senang bg pihaknya jika mwujudkan badan baru.
mngen dalikan fund baru dgn portfolio yg baru.
senang utk dikendalikan fund itu.
kemana perginya adlah sperti yg diarahkan.
prkara tdk boleh dilakukan diPNB

adlh sgt mmntingkan diri mohd najib, oleh krn keinginan mengwal fund,
dikecilkan pula quota bumiputera di PNB, mnyalahkan prinsipal mengagihkan kekayaan korporat PNB,
utk menjustifikasikan kewujudan ekuinas.

saya sgt brharap selepas graduasi, saya msh mndpt tmpt utk mmbeli amanah saham PNB.
saya juga trtarik dgn prkataan telus didalam piagam ekuinas.
harap tidak seperti valuecap y terlampau "telus" hingga xnmpak apa lansong


market liberalisation -
bg pndapat saya, open market adlah penting, tapi bukan skrang.
its easy to love capitalsm if d capital is in our side.
we rlly need the capital to be in our side if we want to jump into an open market.

capitalism is good. its just not now.
naikkan tahap pegangan korporat bumiputera, barulah merancang utk open market.
rancang, bukan lompat terus.
takut lompat, tak bangun2.


kenaikan harga minyak -
kerajaan brtindak utk berada di dlm kesenangan.
harga minyak di pasaran naik, dinaikkan harga.
bila harga tak naik, tapi krajaan fikirkan xrelevan, dinaikkan juga.
bila harga turun, tapi krajaan fikirkan relevan utk dinaikkan, dinaikkan juga.

saya fikir, kerajaan sgt menjaga portfolio invsmentnya.
saya kira kerajaan juga perlu memberi cushion kpd rakyat.
bila harga myk naik mendadak, umumkan akan plan kenaikan, barulah dinaikkan secara brperingkat.
apbila kenaikan harga scr brantai, sukar utk mmberi cushion scr saksama kpd semua tahap rakyat.
dngn cara cushion harga myk, lama juga gaji masing2 berada dipoket2 rakyat.
dgn bantuan berita, mesej dpt dhantarkan kpt rakyat yg mereka mmpunyai krajaan yg btul.
kalau takut sgt syarikat besar mendapat manfaat cushion ini, taxkan balik mereka2 ini.

adalah sgt penting utk rakyat mmpunyai expendible income yg besar dikala krisis.
kekal sirkulasi duit dalam pasaran sgt penting.

dengan teori invsment portfolio kerajaan dikala krisis juga penting.
tetapi jika kerajaan perlu memilih utk mnyalurkan duit ke subsidi minyak atau invest in new projects.
perlu juga difikirkan projek kerajaan ini, pekerjanya adlah pkerja2 asing.
duit pkerja2 ini, hanya ditinggalkan dimalaysia utk kegunaan seharian.
lebihan duit pkerja2 asing yg akan hantar duit ini kpd keluarga mereka diluar malaysia.
duit itu akan digunakan dinegara lain.

dengan keuntungan syarikat2 yg mendapat prjek ini pula,
kita harap mereka menyalurkan juga dipasaran malaysia.
tapi comfort yg dimiliki oleh pihak2 ini xdpt dirasai oleh rakyat2 lain.
itu bezanya.
saya ingin ingatkan mohd najib (saya pasti tuan tdak memahami kehidupan susah kami rakyat bawahan)
malaysia masih belum berada didalam situasi dimana rakyat betul2 tidak mmpunyai duit utk dibelanja.
malaysia masih tidak berdemonstrasi kerana masih disibukkan dengan kerja.
bukan kerana sifat lemah lembut yg diwarisi turun temurun.
malaysia selamat dari krisis bukan kerana melayu mmg terer dlm ekonomi secara turun temurun
bukan kerana nasib

malaysia berada dalam keadaan sihat adalah kerana usaha pemimpinnya serta pasukan pemimpinnya yg mmg kisahkan akan keberadaan malaysia didalam keadaan sihat.

agil azizi
favourite PM - tun razak, tun dr mahathir.

MANTOL said...

Projek 50 juta ye? Berapa ramai usahawan bumiputera yang bukan DATUK, TAN SRI buat sendiri projek 50 juta?

50 juta. Hahaha patut-patut la kalau nak buat lawak politik pun.

/MANTOL/

Dato Tajuddin Jadi. said...

Dato Kadir,

Piagam Ekuinas.Satu langkah yang baik oleh Najib.Tapi malangnya ia akan GAGAL sabelum ia memulakan operasinya.Diantara sebab2nya.

Organisasi ini di Ketuai oleh Teknokrat yang pandai tapi tidak ada pengalaman dalam perniagaan(hand on)yang tahu selok belok perniagaan,riskonya,cabaran yang tidak di duga.

Raja Arshad saorang accountant yang berjaya tapi tidak pernah terlibat dalam Perniagaan.

Dato Rahman,bekas excutive Media Prima.Ia mengetuai orginasi Pernagaan yang Pemegang sahamnya UMNO,dan Institusi saperti EPF.Ia hanya makan gaji dan bukan pemegang saham Media Prima,jadi ia selalu play save dan tak berani mengambil risko dan tak faman apa itu risko.

Azman Yahya juga saorang bekas Banker dan teknokrat,kejayaannya kerana kedudokannya yang mempunyai banyak peluang yang datang tatang.Dia juga tidak berani mengambil risko tinggi tapi "he among the best with the rest of his board members".

Jauhar dan wakil EPU hanya mampu untok memanaskan kerusi.

Mengikut kenyataan Ekuinas,mereka akan melabor dalam syarikat yang berdaya maju,strong cash flow,mempunyai track rekord keuntongan.Mereka akan membeli sakurangnya 20 peratus saham syarikat dan mahu menjadi aktive partners.

Hallo Brother,Businessman mana mahu jual kapada you 20 peratus saham dan you mahu menjadi aktive partners.Tak masok akal.Jikalau syarikat saya maju,buat untong saya tidak perlu ekiunas.

Apa yang Ekuinan perlu buat ia lah mencari syrikat yang berpotensi maju,atau yang tak mempunyai managemant yang baik,masok ekuity baru dan manage sampai berjaya.Malangnya tidak banyak syrikat2 bagini.

Ekuinan mempunyai angan angan yang tinggi saperti Mat jenin,duit ada tapi tidak ada orang yang mahu nya menjadi partner.

Sebeb itu kita perlu melantek "Rag to rich businessman "kadalam Ekuinas jika mahu berjaya.Tak banyak yang ada kerana ramai dah mampus samasa krisis ekonomi 1998.(maksud saya Malay businessman)

Apa kata Equinas membiayai Businessman saperti HaliM Saat,Tajuddin Ramli,Samsuddin Hassan,Rashid Hussin,Razali Rahman, membeli samula syarikat mereka dari Khazanah Nasional yang di rampas dari mereka sacara kejam oleh Menteri Kewangan Kedua waktu itu.Mereka ini gagal bukan kerana tiada ada pengelaman tapi di "bunoh"bila mereka menghadapi krisis ekonomi.Hallo Ekuinan,berikan lah mereka peluang Kedua.

(Dengar Khabar Halim Saat telah menghantar satu proposal kapada EPU untok membeli samula PLUS,belum apa apa Menteri EPU,Noor Muhamad berkata PLUS not for sale)
Salam.

saji said...

Salam Dato'

Pengalaman menunjukan bahawa semua idea pemimpin UMNO yang digubal dalam bentuk dasar melibatkan peruntukan perundangan/ akta,badan khas, kewangan dan projek/ skim sememangnya baik belaka.Antaranya, MARA, FELDA,FELCRA,RISDA, LKIM, BERNAS, UDA, TABUG HAJI, PNB dan DEB.

Tetapi, pengalaman juga menunjukan bahawa idea2 tersebut kalau tidak mati ditengah jalan seperti UDA, berdepan dengan masalah penyelewengan dalam pelbagai bentuk yang meliputi ketirisan ke tangan usahawan bukan bumiputra di peringkat pelaksanannya.

Sebagai contoh, walaupun kerajaan menyediakan wang pendahuluan 25% kepada kontraktor Melayu yang berjaya mendapatkan tender projek kerajaan di bawah DEB, mengapa sekitar 80% projek kerajaan masih diali-bakakan kepada bukan Melayu?

Maksud saya,apakah punca kepada masalah penyelewengan tersebut sudah dikenal pasti dalam penubuhan EKUINAS?

labu said...

ekuinas?
Apa bende tu?
Bagamana usahawan bumiputra macam saya boleh dpt manafaat dari bende tu?

Tak jumpa pun web page ekuinas.

saji said...

Salam pakbelalang

Saya nak tanya sikit.

Kalau syarikat Melayu yang hendak dibantu oleh EQUINAS nanti terdiri daripada syarikat kontraktor dan perunding teknikal dan kajian saya pula mengatakan, sistem kontrak pembinaan konvensional yang digunakan di negara ini dan di luar negara daripada bentuk kontrak Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design & Build merupakan alat golongan kapitalis menghalalkan gejala penyelewengan yang meliputi rasuah,tender tertutup, dan ali-baba dan maszhab kita Shafiee',khasnya mengharamkannya, apa yang hendak kita harapkan daripada keikhlasan, komitmen, ketelusan, akautibiliti, kebijaksanaan dsb itu daripada pihak-pihak yang berkepentingan dengan EKUINAS nanti?

mbek said...


ab said...
Salam Dato,

Kuat bunyi dengung ekuinas ni...

Jangan habis bunyi kat Putrajaya & KL sudah la.


Saya cuma nak tenguk senarai nama ramai mana bumiputra/melayu yang tanpa panggkal TUN,TAN SRI DATO,DATUK dsb yang akan di TOLONG..


YOU CAN PROVE ME WRONG... tahun 1987 pun trick tu juga, 1997-98 pun trick tu juga, pakai nama lain saja tapi ENDPOINTS SAMA..CARI TUN,TAN SRI,DATUK,DATO ... yang lain tu nasib kamu orang lee..



Abu Bakar Ab Rahman

5:48 PM


Siapa penyamunnya? Anwar Ibrahim?

langit biru said...

..inisiatif ekonomi terpenting Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak..( Ulasan dan penerangan Dato' kpd projek ekonomi terpenting PM terlalu sedikit,tidak dapat gambaran yang lebih jelas dan terang )

Minta Dato' tolong jelaskan beberapa perkara/definasi

1."diperbadankan"
2."tabung ekuiti persendirian (private equity fund)"
3."penyertaan Bumiputera secara sama rata"
4."operasi perniagaan yang telus dan mesra"

Kunci kejayaan Ekuinas: 1.Kemampuan mengenal pasti usahawan dan eksekutif Bumiputera yang berpotensi menjadi rakan kongsi yang berdaya maju--apakah awal2 lagi sudah terdapat berjela-jela senarai pembesar-pembesar?

2.Mengenal pasti projek dan kegiatan ekonomi yang boleh mereka sertai dengan pembiayaan dan bimbingan Ekuinas--apakah awal2 lagi sudah terdapat berjela-jela senarai projek mega,Koridor Najib?

"modal yang dicadangkan bagi setiap satu projek atau kegiatan adalah besar – dalam lingkungan RM50 juta"...Melayu mana yang ada modal 50juta kalau bukan Dato',Datuk,Dato'Seri,Tan Sri....diringkaskan yang Najib sudah kenal benar!

Stadium Terengganu 300juta tak sampai 1 tahun dah runtuh, Stadium tertutup dan kolam renang Terengganu ratus juga harga bocor sana sini tak boleh guna...

Perniagaan "Telus dan Mesra" boleh lah tulis Dato' TAPI bagaimana cara pelaksanaannya untuk mencapai "telus dan mesra"?

Projek Koridor-Koridor Pak Lah dulu apa dah jadi?

Kalau betul-betul "SAMARATA" adil saksama dan BENAR-BENAR TELUS DAN MESRA dan paling penting IKHLAS baguih la.....

Tapi dengan rekod la ni, (eg PKFZ 12.8 Billion atau 12,800 Juta Najib membisu Muhyidin membisu tanpa sebarang ulasan) SUSAH Benar rakyat nak caya!!!

langit biru said...

Oops! .....ada medan terbaik nak jelaskan kpd rakyat...Bagan Pinang, Negeri 9!.

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,
.Yang penting dalam usaha untuk menolong bumiputra dalam apa bidang pun ianya mestilah ada commitment yang berterusan disertai dengan keikhlasan dan kebijaksanaan.

WE WONDERED WHY... EVERY TIME OUR SAUDARA PAKBELALANG MENTIONED SOMETHING POSITIVE ABOUT NAJIB WE HAVE TO CREATE DOUBTS OVER THE REMARKS.

BACK WHEN HE WAS DEFENCE MINISTER WE MET HIM WITH OUR FRENCH PRINCIPAL TO INTRODUCE A PRODUCT BUT TWO HOURS AFTER WE LEFT SOMEBODY CALLED OUR PRINCIPAL TO DEAL DIRECT MINUS THE LOCAL COMMISSION AGENT..

FORTUNATELY, OUR MONSIEUR IS AN HONEST MAN. HE REFUSED AND OUR AGENCY LOST A POTENTIAL DEAL.

SOMETIMES..SOME 'LOCAL' HABITS DIE HARD OR PERHAPS DIE HARDER WITH SUPREME POWERS..

BIJAK (MEMPERALATKAN)..KAMI BOLEH TERIMA.
KEIKHLASAN....KAMI??????

KAMI BERHARAP KEKUATAN IMAN NYA MAMPU MENGATASI KEMARUK NAFSU NYA...

ALFATIHAH, AMIN.

raja2u said...

YBhg Dato',

Assalamualaikum,

Saya harap semua yang diumum Kerajaan adalah satu masterplan untuk memperbaiki ekonomi negara. Kita tidak mahu ianya dilakukan secara 'haphazard' semata-mata sebagai satu 'after thought' untuk menenangkan hati bumiputra yang keloh kesah selepas pengumuman satu Malaysia dan liberalisai ekonomi dimana bumiputra merasa terancam kerana Kerajaan tiada memberi apa-apa galakan berbanding dengan pengumuman pelbagai insentif kepada bukan bumiputra.

Sementara Kerajaan terus berusaha membantu usahawan bumiputra saya syurkan bumiputra sendiri mula merancang bagaimana untuk membantu sesama sendiri untuk maju kehadapan. Kerajaan sudah memberi begitu banyak bantuan kepada bumiputra selama 52 tahun yang lalu maka masanya sudah tiba untuk bumiputra membuat rangkaian (net-working) dalam semua bidang yang mereka telah pelajari untuk maju kehadapan tanpa bergantung dengan 'hand out ' Kerajaan. Percayalah bumiputra yang bersatu mempunyai cukup kepakaran untuk maju dalam semua bidang. Cuma sebelum ini mereka tidak diberi galakkan untuk mencari peluang sendiri. Bumiputra cuma menumpukan perhatiankepada apa yang mereka boleh dapat dari Kerajaan. Kita mempunyai segala-galanya untuk maju : tanah , kuasa pembeli , kepakaran dalam semua bidang dan sebagainya.

Mudah-mudahan bulan Ramadhan ini memberi semangat baru kepada bumiputra memerdekakan diri dari bergantung sepenohnya kepada Kerajaan untuk menyara hidup. Gunalah dengan sebaiknya segala kemudahan yang disediakan Kerajaan bagi memulakan sesuatu dan selepas berjaya jangan lupa untuk membantu bumiputra lain untuk maju.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya.

Roti Planta said...

Dato',

Satu langkah baik tetapi belum layak diberi 'tahniah'.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Ekuinas adalah adalah salah satu saluran untuk melonjakkan lagi bumiputera ke depan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Persoalannya adakah peranan Ekuinas saja sudah cukup untuk merealisasikan kewujudan masyarakat perniagaan dan usahawan bumiputera yang berdaya saing dan berdaya tahan?

Di tempat saya, yang populasi bukan Melayunya hanya 10%, keghairahan orang kita dalam bidang perniagaan hanyalah bersaing sesama sendiri dalam perniagaan restoran dan kedai makan. Bayangkan bagaimana 8 buah restoran boleh berdaya maju sedangkan keperluannya hanya separuh daripada bilangan berkenaan. Walhal bidang perniagaan lain yang juga mendapat permintaan tinggi tetapi meskipun kurang persaingannya telah dipandang seolah-olah sukar untuk dijayakan.

Kawan saya yang membuka berpuluh cawangan perniagaan yang membabitkan penyediaan perkhidmatan tertentu, walaupun mendapat sambutan paling menggalakkan daripada pelanggan tunai tetapi anehnya boleh kalah dengan pesaingnya (yang jauh lebih mundur) apabila membabitkan pelanggan GLC cuma kerana beliau bukan orang politik. Meskipun isu beliau di bawa ke tengah dan ke atas, GLC nampaknya semacam tidak boleh disentuh dan dibentuk waima oleh orang politik atasan itu sendiri walhal isu pokoknya ialah berkaitan entiti bumiputera yang ada merit tetapi tersisih.

oleh itu perlu ada perubahan dari segi pemikiran, sikap, budaya dan semangat daripada yang lama kepada yang baru dan melibatkan bukan saja kalangan bakal peniaga dan peniaga sedia ada bahkan setiap individu politikawan, pemimpin atasan dan tidak terkecuali CEO dan GLC jua. Tanpa penglibatan dan komitmen semua pihak makanya impian suci berkenaan sukar dijadikan kenyataan.

Anak Bapak -- pro perniagaan

abdullahngah said...

Saya berasa hairan dan pelik sedikit pada modalnya.

Modal ekuinas sebanyak RM 500 juta sahaja sedangkan fungsinya besar.

Untuk meningkat syarikat syarikat milik bumiputera modalnya terlalu kecil.Tak munasabah.

Manakala untuk mengekal kerajaan Terengganu modalnya sampai RM 10 bilion.

Pada hal Tabung Amanah Terengganu yang bermodal RM 10 bilion hanya diperingkat negeri sahaja.

Tetapi ekuinas fungsinya besar, duduknya diperingkat persekutuan.

Macam mana boleh jadi begitu.

Adakah untuk mempertahankan kerajaan BN di peringkat pilihanraya kecil perlu suntikan modah RM 10 bilion.

Tengok gayanya, macam ada sesuatu yang tersembunyi disebalik lempar batu yang pernah dilakukan oleh para pemimpin UMNO sebelum ini.

Menolong bumi putera semacam tidak penting sangat berbanding untuk mengekalkan satu kerusi tiada kali diadakan pilihanraya kecil.

bercakap pasal ekuinas teringat saya dengan gelaran yang jadi sangat pupolar terhadap Dr Mahahtir semasa jadi perdana menteri dahulu.

Dr Mahathir digelar ten persen. Oleh itu tidak salah kalau ada orang gelar Datuk Seri Mohd Najib Razak RM 10 bilion.

Ekuinas disebut madal awal RM 500 juta dan akan ditambah RM 10 bilion lagi.

Oleh itu buatlah apa yang patut, kerana kuasa sudah ada ditangan sekarang.

zeqzeq said...

..bergegar degung..

mudahan berjaya..

IHKLAS, bijak dan IMAN..

Dato Khalid Jiwa said...

DATO k.

Piagam Ekuinas Jamin Penyertaan Bumiputra didalam ekonomi.Jawabnya..

Belum tentu Dato,sebab didalam kenyataan akhbar yang ulong oleh CEo Ekuinas,Dato Rahman,nampak sanggat percangahan banyak fakta dan ini menjadikan dengan sendirinya Ekuinas tidak akan dapat function saperti yang di hajati.

Cadangan saya,lebeh baik sahaja Ekuinas ini menjadi badan untok menyediakan modal kapada peniaga Bumiputra yang mahu mengambil aleh mana syarikat yang berpontensi dan menguntongkan.Biar lah Ahli Perniagaan ini menguruskan sendiri syarikat yang di belinya dengan pinjaman wang dari Ekuinas,dan peranan Ekuinas hanya lah mengawasi syarikat ini supaya ia berjalan dengan baik dam wamg pimjaman dibayar samula.

Jikalau Ekuinas hendak membeli saham2 syarikat dan mahu menjadi aktive partner pula,dia tiada ada kemampuan dan tidak mempunyai orang untok mengendalikan syarikat2 itu.Lagi pun Dato Rahman,Raja Arshad,Azman Yahya,Jahwar bukan lah superman dan faham selok belok semua Business.Dato Rahman mungkin pintar dan faham dengan perniagaan Media dan Iklan,tapi bila kena manage syarikat perkapalan,atau oil and gas atau Plantation,mana dia ada pengelaman.

Ekuinas boleh melantek dan mengaji manager dan pengurusan,tapi mereka ini hanya wage erner dan bukan pemegang saham,lain peranannya dan tanggong jawabnya.Back to squire one,macam syarikat dibawah Khazanah Nasional.

UEM dan renong dibawah Tan Sri halim saad dengan UEM di bawah CEO yang di lantek amat berbeza sekali.Sudah berapa CEO yang dilantek dari Dato wahid,Ahmad Pedas dan sekarang orang baru.UEM telah mengalami kerugian beratus juta ringgit sejak di ambil aleh oleh Khazanah.Who Care.Bukan duit keluar dari poket Azman Mokhtar,ini semua duit dari MOF.

Dari segi tanggong jawab dan pengambilan risko amat berbeza.Macan dato mengurus Berita Publishing sekarang.Jika maseh dibawah NST group,dato tiap malam boleh tidur dengan baik dan boleh layan isteri tersayang.Sekarang Berita Publishing Dato punya,Tiap hari rungsing takut jualan majallah tak laku atau kutipan wang iklan tidak mencukupi.Setuju tak Dato.Kadang2 isteri dan anak kita macam layan tak layan sahaja, kerana rungsing di pejabat di bawa ka rumah.

A KADIR JASIN said...

Sdr Agil Azizi,

TOLONG tulis secara penuh.

TOLONG jangan guna bahasa ringkasan -- hahasa Shorthand atau bahasa SMS.

Susah nak baca dan lagi susah nak faham.

Kepada yang lain, TOLONG jangan tulis dengan HURUF BESAR dalam keseluruhan teks!

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Langit Biru, antara lain, menulis:

"
Minta Dato' tolong jelaskan beberapa perkara/definasi

1."diperbadankan"
2."tabung ekuiti persendirian (private equity fund)"
3."penyertaan Bumiputera secara sama rata"
4."operasi perniagaan yang telus dan mesra"

1. Ditubuhkan (Didaftarkan);

2. Ekuinas akan menjemput pemodal/pelabur persendirian/bebas untuk bersama-sama melabur dengannya. Ini adalah kaedah biasa private equity fund;

3. Istilah bahasa Inggeris adalah "equitable" yang saya rasa bermaksud Ekuinas akan melayan usahawan Bumiputera yang berkongsi dengannya sebagai rakan setaraf;

4. Kegiatan Ekuinas akan berpaksikan operasi pasaran dan terbuka kepada pemantauan umum dan mengikut lunas-lunas serta amalan urus tadbir korporat yang tekus.

Itulah kefahaman saya. Saya setuju dengan para pembahas bahawa Ekuinas wajib segera membuka lawan web rasmi untuk menerangkan kepada umum siapa ia sebenarnya.

Yang saya bimbang dan saya nyatakan terus kepada TS Raja Arshad semalam ialah Ekuinas di"hijack" oleh pihak-pihak tertentu atau dimanipulasi oleh yang lain untuk mewujudkan generasi kedua Ali-Baba.

Terima kasih.

samurai melayu said...

Salam Dak
Izinkan,

A Kadir Jasin said.
...
Kepada yang lain, TOLONG jangan tulis dengan HURUF BESAR dalam keseluruhan teks!

We had to strain our 'diabetic' eyesight when writing or reading in small letters.

we have to respect the blog owner directives and will excuse ourself from this blog hereafter.

Thank you for your patience all the while.

Bye.

Alfatihah, amin.

Anonymous said...

Dato'

Saperti kata orang barat... Bullshit Baffles Brains......

PUNB dulu sudah pun di beri mandat untuk membuat apa yang baru di cadang olih DS Najib... Nampaknya cuma tukar nama saja...




Joe Black

- ORang Kampung - said...

Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional nak menyamun...

Modus operandi yang klasik.. Buat proposal nama sikit punya canggih. Letak term yang orang kampung tak faham. Lepas tu sedut duit negara..and last sekali tolong adik-beradik dan kawan-kawan...Kalau ada yang benar-benar betul qualified untuk dapat tu hanya formaliti je..

Felda nak jual, Sime Darby Nak jual.

Haha akhir sekali Orang Melayu kena jual...Siapa yang Jual? JW Birch? Bush? Saddam? Anwar? Hadi?Najib?


- ORang Kampung -

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

Yang jelas saya tak dapat apa apa secara langsung dari ekuinas.

pada depa depa yang berpeluang,ambik la kesempatan ini sebaik mungkin.

bukan senang bangsa kita nak bersaing dalam perniagaan.

cuba lah berniaga yang ada saingan
bangsa lain,terutama melibatkan pelangan bangsa asing.kalu kita 4 kali ganda lebih baguih pun,belum tentu dapat duit depa.

Tapi takpa,sekarang semakin hari semakin terserlah kemampuan kita.
ini resam dunia,kita budak baru belajaq,kalu salah tolong tunjukkan.

RM 50 million untuk 'high growth sectors' macam medical tourism,education,minyak dan gas,
teknologi tinggi yang lain bukan lah banyak sangat.

yang penting,pastikan mereka berjaya,bukan sahaja dari segi ekuiti,termasuk peluang perkerjaan
kepada orang melayu.

Jangan harap depa nak bagi peluang
kerja pada kita..

oopss maaf lupa,jadi tukang cuci,despatch rider kepakaran kita.

ada guna jugak kita noooo!

Nik said...

Dato'

Sebelum kita semua bersuka hati sambil bersorak.. cuba pandang balik komen dato' yaitu;

"Tugas ini pastinya mencabar kerana modal yang dicadangkan bagi setiap satu projek atau kegiatan adalah besar – dalam lingkungan RM50 juta dengan prospek pulangan melebihi 10 peratus setahun dalam jangka masa tiga hingga tujuh tahun."

Berapa ramai agaknya peniaga Bumiputra mempunyai bisnes yang mempunyai keperluan modal sebanyak RM50 Juta dalam jangka masa 3 tahun? Dan mendapat 10% keuntungan?

Yang pasti akan dapat...Projek Atas Angin yang selalu dibincangkan di Kedai Mamak....

Nurulamin Lana. said...

Dato Kadir.

saya cadangkan next posting Dato dapat siarkan apakah resolusi2 Kongres pertama Ekonomi Bumiputra yang di buat salepas peristiwa 13 Mei dan pada masa itu Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

Mari kita lihat sendiri resolusi2 itu dan apa ianya maseh relevant sekarang dan di manakah kita Menyeleweng.

Banyak generi2 Muda sekarang termasok lah Pak menteri yang baru di lantek tidak tahu apakah kandongan resolisi itu.Mereka buat banyak Koment mengenai Dasar ekonomi Baru untok menolong Bumiputra tetapi malang nya dibelakang mereka buat yang lain.

Saya juga berharap Tan Sri Noor Yaakop dapat membaca resolusi itu dan cuba reflek sendiri apkah yang ia lakukan untok membantu Perniaga Bumiputra.Dia lah yang mengkapan kan Renong,UEM dan TRI.

Khazanah Nasional di tubohkan untok meniru GIC dari Singapora.Tapi malangnya semua asset Knazanah Nasional terdiri dari syarikat yang di "Rampas" dari Perniaga Bumiputra terutamanya Halim Saad dan Tan Sri Tajuddin.

Kemudian mereka membeli Lippo Bank dari James Riady Indonesia dengan harga dua kali ganda harga pasaran.Mereka juga membeli bank BII denga harga yang tinggi.Yang untong ia lah Temaasek Singapora.

Bila Pantai Holding hendak di beli oleh Johore Corpration dengan harga 80 juta ringgit,Kementerian Kewangan menolak permintaan itu.Bila Pantai Holding di jual kapada Parkway Holding Singapora dengan hanga 100 juta ringgit,berlaku keributan dan Kementerian Kewangan meminta Khazanah membeli samula Pantai Holding dari Parkway dengan harga 240 juta.Ini bermaana Parkway untong sabanyak 140 juta dalam masa 3 bulan.

Ini lah sabahagian dari latar belakang dan mentelity CEO di Khazanah Malaysia.Mereka merupakan Pentabir dan bukan ahli perniagaan dan risk taker.

Sekarang ini mereka yang mempunyai latar belakang dan mentelity yang sama yang mengetuai Ekuinas.

Good luck.

Anonymous said...

Datuk,

For me it is just another venture capital scheme. We just need to look at PUNB and Mavcap's Cradle Fund to know what fate is in waiting for Ekuinas.


-sinbad-

saji said...

Salam Dato'

Banyak pembalas (termasuk saya)yang merasa sangsi dengan kemampuan Ekuinas sebelum ia memulakan operasinya pun berdasarkan hujah masing2 yang, pada saya, ada kebenarnya.

Apakah mereka ini lebih pandai daripada kerajaan? Atau suka2 mengkritik kerajaan? Ini kita kena sama2 kaji jika blog ini ingin dijadikan sebagai gelangang untuk membetulkan kerajaaan dari semasa ke semasa.

Sebenarnya,saya menunggu pihak2 yang menyokong Ekuinas serta syarikat bumiputra yang bercadang mendapatkan pembiaan Ekuinas tampil untuk menjawab kritikan yang dilemparkan terhadap Ekuinas dalam blog ini, khasnya.

Anonymous said...

Assalamualaikum Datok Kadiaq
Dah lama saya tak mai dok loklaq
Dok ulang alik Tunjang-Alor Staq
Badan kuruih habih calaq-blaq.

Ekonomi peniaga tambahlah teruk
Kerja tak ada pekan dan ceruk
Kontrak buat duit tak masuk
Pegawai dok janji tunggulah esok.

Ekinas ni pula apa bejadah
MeCD yang elok depa dah punggah
Inilah kerja tak ada faedah
Peniaga kecil lagilah susah.

La ni Mara dah tak ada fulus
Nak minta pinjam semua tak lulus
Bank pula dok asyik kata telus
Kita yang menega dah terperelus.

Kepala lembu kepada babi
Asyik dok begaduh tiap hari
Inilah bencana inilah badi
Bila Melayu orang tak hormat lagi.

Pas Umno kepala sama
Gila kuasa guna agama
Islam sini Islam sana
Kami yang dengar jadi merana.

Cukuplah wahai pemimpin Melayu
Janganlah jadi alat Cina dan Hindu
Ingatlah kepada bangsa kamu
Yang berjuang sekarang dan dulu.

Ingatlah kepada askar Melayu
Kepada polis dan homeguard dulu
Merekalah yang berperang hilir dan hulu
Tumpah darah bela Tanah Melayu.

Peniaga Melayu sampai ke mana
Monopoli gula lagi di tangan Cina
Menega kecil janganlah di kira
Di Pekan dan kampung depa yang punya.

Cakap saja pasai Melayu
Ekuinas PNB kononnya satu
Tapi Melayu tambahlah layu
Semakin hari tambahlah buntu.

Pemimpin Melayu sudah khianat
Hilang janji hilanglah amanat
Orang Melayu bertamnah tenat
Jangalah kamu jangan kami laknat.

Mat Tunjang menarik diri
Nak pi Pendang terus ke Jeneri
La ni dok tanam pisang dan ubi
Sebab kerja kontrek dah tak menjadi.

Kalu kita tak jumpa lagi
Mat minta ampun berguni-guni
Hari raya samalah dinanti
Suka duka kita harongi.

Mat Tunjang Enterprise

Anonymous said...

Dato'

Harap dapat respons terhadap Samurai Melayu.

Saudara,

Kenapa "spin" alasan: "huruf kecil sukar nampak kalau menghidapi retinopati diabetik"

Alasan dari segi penyakit secara umum adalah betul tetapi dalam konteks penulisan di komputer adalah tidak betul.

Kalau saudara menaip menggunakan komputer, bukankah boleh pergi kepada petak "view" dan tekan kursor di butang "zoom in". Nah! huruf kecil boleh jadi sebesar lengan tu. Uh-huh.

Antispin

Anonymous said...

Datuk, Askm.

This could be ploy by Najib aftder tearing down the last remaining bits of his father's NEP legacies, he and his brother at CIMB feel guilty about hoodwinking the Melayus like you and I but not all of us buy into his liberalization, meritocracy and globalization mantras.

So what did he do after disbanding the MeCD which you and I and other struggling Malay corporates know was beginning to do real good for us? As an after thought and more wool over the Malay eyes he came up with Ekuinas when PUNB, Valuecap and all other funds have failed to achieve their objectives because those bureaucrats in Putrajaya, EPU and the pseudo managers at GLCs are nothing but a bunch of traitors to the Malay economic and corporate cause.

Yes some debaters hare are right. Nor Yackop as 2nd finance minister did the most demage to the Bumi corporate when he robbed them of their corporate empires in 1997/98 and gave them to the half past six GLC managers like Wahid and Jala who stripped their assets and sold, mostly to the Chinese.

When Syed Mohktar bought Pernas he did not sell a single hotels belonging to Pernas. But the GLC boys at UEM/Renong sold all hotels to the Chinese and they were called the best managers. Best managers my foot. Jala sold all Mas assets, cut destinations and reduced frequencies and made extraordinary profit from fuel hedging and he's made a minister. Tak tahu malu dan terima. No shame these people Datuk, no shame. Under Jala Mas became a Third World airlines. Even cheap AirAsia is much batte. Or was it to give that Tengku at Mas the top job because he is a buddy of the money politics Ketua Pemuda Umno?

So Ekuinas will be another failure waiting to be jihacked by the Babas and Apus who will use the new Alis to milk its RM10 billion funds IF Raja Arshad does not put his foot down and say no to political intervention and really nurture genuine Bumis who are now struggling under Chinese and Indian corporate dominance and who are being treated like anak tiri because we refuse to give them rasuah or prostitutes from China and Urbekistan for their entertainment! Or because we cannot afford to sponsor favorite projects of certain bini-bini menteri.

We are Muslims Datuk and this is Ramadzan. So let us berdoa and let us fight an economic jihad to make sure that we benefit from every single sen of the RM10 billion as you said is promised to us by Ekuinas. Let us see RM10 billion worth of new Bumi capital and assets in the next 3 to 7 years as promised by Ekuinas. Insya-Allah.

All the best to you Datuk.

GEN2 Bumi

awe said...

salam Dato,

saya bersetuju dgn komen Dato tajudin jadi.
Sebenarnya utk menjadi usahawan tulen memerlukan masa yang panjang. Berniaga secara kecil-kecilan dari bawah, mengurus wand dgn betul, menggunakan modal secara berhemah, menggunakan keutungan dgn betul dan sebagainya. Dato, saya dari keluarga biasa, mendapat inspirasi berniaga dari abang saya. Sungguh teruja dgn komintmen, kerja kuat, dan usahanya. Saya mempunyai kedai kecil menjual telepon/barang2 elektrik dan perniagaan sudah lebih 5 tahun. Diwaktu ini, kedai saya dijaga oleh abang ipar kerana saya bekerja di luar negara sambil mencari modal. Saya bekerja sebagai engineer telekomunikasi utk Nokia, dan saya bercadang utk membesarkan perniagaan nanti bila modal yang dikumpul mencukupi. Pada saya berniaga bukan mudah, saya bermula dgn menjual kad prabayar di pasar malam. Saya dah tak sanggup nak bekerja begini( diluar negara) memandangkan sentiasa meninggalkan keluarga dan hanya sempat bersama/bercuti dua kali setahun. Walaupun kerja diluar begini mendapat gaji yang sangat lumayan.
Saya ingin menyarankan agar:-

1. Kerajaan membina rumah kedai yang agak murah- satu tingkat sudah memadai dimana para usahawan bumiputera mampu membeli (bawah RM350,000)
2. Di Bandar baru Bangi kini ramai usahawan bumiputera yang berniaga, tapi selalu terlepas peluang untuk membeli rumah kedai kerna dalam masa beberapa hari sahaja semuanya habis terjual.

sekian

dinturtle said...

Salam Dato'

+ Ada yang baru pulak ? tengoklah, kalau ada masa aku bawaklah anak2 aku pergi melawat.Lama juga tak berjalan ngan anak2..

- Laa... kau cakap apa ni ? orang cakap pasal ekuinas lah kat sini !

+ Ekuinaslah.. bukan ekuinas tu tempat orang main kuda ?

- Banyaklah kau punya kuda ...

ab said...

Salam Dato'


Thank you for responding to this Weblog (blog). We wish to maintain a high level of integrity and responsibility among our participants......


KALAU BOLIH tolong sampaikan kat
yang `cerdik dan pandai' yang tengah dok mengatur ali-babaG2 tu..

UNTUK MEMPERBAIKI peniagaan melayu:-


1.KUMPUL/SENARAIkan semua perniagaan kecil orang melayu.

2.Kategorikan jenis perniagaan tersebut.

3.Teliti semua perniagaan kategori/jenis mana yang terbesar penglibatan orang melayu.

4.Teliti untung rugi jenis-jenis perniagaan didalam kategori-kategori tersebut.

4.Teliti modal sekarang dan modal yang diperlukan lagi.

5.KUMPUL SEMUA PERNIAGA ini dan kunci mereka kat dewan 3-4 hari,sediakan makan minum dan MAKE SURE ada hasil perbincangan MENAMBAHBESAR perniagaan,tambah modal,buat konsortuim atau apa-apa yang lebih baik..

6.PERNIAGA YANG MAHU UNTUNG ATAS ANGIN BOLIH DIBERI FAREWELL SPEECH,BUKA PINTA DAN SURUH..GO FLY KITE!,tak kira tun ka,tan sri ka,datuk ka,dato ka,tunku ka...SEBAB INI ADALAH ISSU SURVIVAL MELAYU.

7.LEPAS TU PANGGIL MARA,PNB,TABUNG HAJI,LTAT dsb untuk menarik kumpulan ni kedepan...CIMB,Noor Yakup bolih rehat kat rumah.To sah menyibuk melingkup orang!.


8. KALAU TAK TAU macamana nak mulakan,elok minta TOK KADIR ORGANISE ni semua,mungkin tak sampai 5 juta ringgit kot,sebab yang paling susah ialah nak dapat maklumat semua peniaga kecil melayu ni..TO KADIR ini berpengalaman sebagai pemberita, media tulis,media cetak dan media elektronik untuk tujuan ini...


9. YOU SEE...perniaga-perniaga kecil ini sebenarnya lebih `keras' hati,keras tulang empat kerat,tak malu,dah serik kena halau olih bank,dan serik kena kelentong dengan `birokrats kat pejabat-pejabat dan dah kering mulut menerangkan model perniagaan kepada yang dok `pushing-pen-pushing-files-attend meeting-and next meeting' ...BESAR PENGALAMAN
MEREKA SEMUA NI..kat open business university ni!!.


10.YOU CAN PROVE ME WRONG IF the next generation of succesful malays
businesses and businessesmen/women
are not coming from these groups of peoples.


11. YOU CAN PROVE ME WRONG AGAIN IF you can name 5 peoples world wide that are bilionares businessmen coming from GOMEN OFFICERS, and NAME 2 persons in MALAYSIA dalam kategori tu UNLESS THEY HOARDED/TIPU/KEBAS PEOPLES MONEY AND KEEP THE MONEY IN SWISS/CAYMAN banks...


12.PERNIAGAAN bermula dari bawah...tak dari PM,TPM dan geng dia...itu dinamakan AB-G2..alibabageneraikedua!!!.

13.INI BUKAN KRITK TAPI CADANGAN.


Abu Bakar Ab Rahman

Nik said...

Dato'

Komen Saudara Awe;

"1. Kerajaan membina rumah kedai yang agak murah- satu tingkat sudah memadai dimana para usahawan bumiputera mampu membeli (bawah RM350,000)
2. Di Bandar baru Bangi kini ramai usahawan bumiputera yang berniaga, tapi selalu terlepas peluang untuk membeli rumah kedai kerna dalam masa beberapa hari sahaja semuanya habis terjual."

Harap maklum,

Saudara Awe, Nampaknya saudara tak akan mendapat apa perhatian pun dari Equinas kerana Equinas sudah mengistihar tidak akan melabur dalam hartanah terutama rumah kedai....

Dan mereka perlu Projek bermodal 50 Juta! Bukan RM300,000

Wan Ramli Wan Arfah said...

Dato Kadir.

Mari kita cuba sinaraikan nama institusi yang di tubohkan oleh kerajaan sejak belakunya 13 mei 1969 atau salepas Kongress Ekonomi Bumiputra,dan lihat apa yang terjadi kapada Institusi ini.

Antaranya.
1-Bank Bumiputra.Bankrup dan di tutop dan di ambil aleh assetnya oleh CIMB.HQ nya sekarang jadi Bank Mumalat.

2-Pernas.Di jual keselurohannya kapada Syed Mokhtar.

3-SEDC.hampir semua nya di tutop,kechuali yang berjaya di Johore.Kerajaan rugi beratus billion.Dari penyelengan dan salah guna kuasa.

4.PNB. satu satunya yang berjaya menolong Bumiputra.sebabnya tidak ada campor tangan politik.tapi masa Dolah Badewi jadi PM,ia membenarkan semua estate yang di mileki oleh PNB dijualkapada Sime darby dengan harga yang murah..Satu penipuan yang berani.PNB kerugian hampir 4 billion ringgit.Kemudian mereka memaksa Malayan banking membeli BII di Indonesi dengan harga yang tinggi.Saya tahu satu orang Melayu buat keuntongan hampir 1.5 billion ringgit dan Malayan Banking yang di mileki oleh PNB hampir bankrup.

5-UDA.di tubohkan untok membolehkan Bumiputra membeli tempat berniaga di bandar.Sudah di privitase.Sejak itu kita dapati banyak komplek Perniagaan yang besar saperti Mid velly tidak ada tempat untok bumiputra berniaga.

6-PUNB,Bank Pembangunan,SME bank,MARA semuanya ini hidup segan mati tak mahu.

7-Sekarang di tubohkan pula Equinas.Idea memang baik tapi orang yang menjadi pengarahnya mempunyai latar belakang yang meraguikan dalam usaha untok menolong Bumiputra,Dato Azman Yahya samasa ia menjadi CEO danaharta telah menjual banyak asset Melayu kapada bukan Bumiputra.Naluri Bhd syarikat milek Tan Sri tajuddin Ramli telah di jual kapada George Lim.Perlu di ingat ia di jual sacara tender dan harga Tender yang ditawarkan oleh Wan Malek(Proxy Tajuddin) lebeh tinggi dari George Lim.Sunggoh Ajaib.

Yang sedehnya Naluri mempunyai want tunai hampir 1 billion ringgit hasil jualan saham MAS.Sekarang Azman di tugaskan untok membantu Ekuinas untok menambahkan pemilekan saham Bumiputra.Poorah?

Yang sedehnya Dato,sekarang ini jika kita berjumpa dengan pegawai Melayu di Khazanah Nasional atau di bank CIMB dan bercakap mengenai usaha untok menolong Melayu,mereka lihat kita macam Jakun.(kaum sakai di Kedah)

Kasehan Najib.Ia mempunyai idea yang baik tapi penasehat2nya semua tak boleh pakai.

Anonymous said...

Persoalan yang sedang bermain dalam kepala adalah:

Adakah penubuhan EKUINAS ini menandakan PNB telah gagal melaksanakan tanggungjawab asal penubuhannya?

Atau adakah saya terlalu dipengaruhi oleh darahtuah.blogspot.com?

Sam

mtgbertam said...

Kunun ekuinas nak bantu usahawan kelas pertengahan. Saya usahawan kelas pertengahan, yang menjadi duri dalam daging ialah penganugerahan kontrak secara terus. Di beri nama yg enak2 untuk menghalalkan kaedah. Bukan modal sebab utama usahawan kelas ini, tetapi peruntun2 tamak haloba dari ahli parti pemerintah.

Bagan pinang, rakyat nk dengar pasai ekuinas atau harga minyak?

wishediwaswrong said...

Dato'

Peringatan Dato' agar commentators tidak menggunakan huruf besar bagi keseluruhan komen mereka bertepatan sekali.

Dalam perhubungan digital - email, sms,dll. - huruf-huruf besar itu bermaksud meninggikan suara. Ia hanya digunakan bagi sebahagian teks yang hendak ditekankan (highlight). Dengan demikian penggunaan huruf besar untuk keseluruhan teks adalah irritating dan kurang beretika.

The Unforgotten Cow said...

Bagi saya, ikrar keramat “menjamin penyertaan Bumiputera secara sama rata, berterusan dan berkesan melalui operasi perniagaan yang telus dan mesra.” memang tak ada dalam kamus praktikal kerajaan UMNO/BN selama saya hidup ni. Cakap berbuih-buih mula-mula memang senang, bila perlaksanaannya, sudah lupa air liur yg keluar berbuih-buih dulu. Cubalah suruh Idris Jala laksanakan beberapa index di Ekuinas ini supaya rakyat yang percayakan index boleh menilai kata-kata keramat itu dari setahun ke setahun.

org minyak said...

datuk..
org biasa macam saya ni apa kisah pasal ekuinas ni..
kami lebih kisah pasal kenaikan harga petrol baru2 ni serta kesan nya terhadap kehidupan kami seharian.
datuk tak ulas pasal kenaikan harga minyak ke....atau takda modal nak spinn

saji said...

Sdr langit biru

Saya, sebagai pengkaji kontrak pembinaan Barat dan Islam, nak tahu mengapa sdr tanpa hujung pangkal timbulkan pasal Stadium Terengganu yang runtuh dan Stadium Tertutup dan Kolam Renang yang bocor itu dan tak habiskan ceritanya?

pakbelalang said...

Saji,

Saya ingin mengulangi komen saya yang awal.

"Buatlah apa yang patut jika akhirnya menguntungkan semua bumiputra dan bukan segelintir sahaja yang dapat manfaatnya."

Nampak gayanya banyak juga komen yang negatif yang dilemparkan berkaitan dengan menubuhan Ekuinas.

Belum sempat Ekuinas menjalankan operasinya dah kedengaran suara sumbang yang memperkecilkan usaha kerajaan.

1.Soalannya adakah ini adil?

2. Apa sebenarnya yang kita harapkan dari kerajaan?

3. Segala usaha yang kerajaan anjurkan untuk memperbetulkan kelemahan-kelemahan dahulu di anggap sesia dan tidak kemana?

4. Kritikan-kritikan memang baik tetapi adakah kritikan yang dilemparkan itu di iringi dengan alternatif yang lebeh baik dan bernas lagi?

5. Pada pandangan saya adalah lebeh baik kita tunggu dan lihat sejauh mana Ekuinas ini akan berjaya melahirkan hasrat murni kerajaan untuk mencapai objektif yang telah di tetapkan.

6. Saya ambil pendirian untuk mengukur keberkesanan Ekuinas ini dalam masa setahun dan barulah kita boleh menilai sama ada usaha kerajaan ini gagal atau sebaliknya.

7. Walau apa pun, saya optimistic dengan usaha kerajaan ini tetapi dengan "bersyarat" seperti yang telah saya nyatakan pada awal komen saya.

8. Inilah pandangan peribadi saorang "layman" dan tidak ada niat untuk "membodek" Najib atau kerajaan.

Pak Lang said...

Datuk,

Setiap kali saya membaca komen-komen tentang VVIP yang kononnya membolot peluang-peluang ekonomi negara saya rasa sedih dan kesihan. Sebenarnya tidak semua Dato (dengan berbagai ejaan)yang bernaib baik. Tun atau Tan Sri tu lainlah. Mungkin kerana nilai gelaran ini lebih tinggi dari Dato lalu nilai diri mereka turut tinggi.

Sebenarnya ramai Dato/Datuk bekas pegawai-pegawai kerajaan yang tidak mempunyai apa-apa dan menghabiskan sisa-sisa hidup mereka (sebelum mati) bergantung kepada pencen yang dalam lingkungan RM3,500 hingga RM4,000 sebulan (berdasarkan kepada gred sebelum pencen). Ini yang mereka dapat setelah bertugas dalam lingkungan 33-35 tahun. Mungkin jumlah (pencen)ini dikira besar 10-15 tahun lalu tetapi hari ini ianya tidak memberi apa-apa makna terutama sekali kalau tinggal di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang. Apatah lagi kalau masih mempuyai anak-anak yang sedang belajar di sekolah atau di universiti dan ansuran rumah serta kereta.Pendapatan orang-orang kampung pekebun kecil kelapa sawit pun lebih besar dari ini.

Bukan mereka ni malas Datuk. Tapi peluang tak ada. Takkanlah seorang Datuk sesuai bekerja sebagai tukang kebun, pengawal keselamatan atau tukang sapu. Meskipun ada yang sanggup melakukan apa sahaja, tetapi ianya pasti dipandang serong oleh orang ramai dan akan menjatuhkan maruh dan nilai gelaran tersebut. Nak berniaga?. Mana nak cari modal. Nak dapatkan kredit kad pun susah. Inikan pula nak pinjam wang dari bank. Pinjam dari Mara?. He..he..

Pokok pangkalnya faktor umur dan konteks. Kalau ada konteks orang berpengaruh (lebih tinggi dari Datuk)senanglah. Biasanya pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja betul dan mengikut "buku" sukar mendapat pekerjaan selepas bersara kerana "words travel round". "Chairmanships" dan "directorships"?. Forget it. It is depending on your contacts again. Malahan hubungan rapat antara pegawai-pegawai tertentu terbawa-bawa sampai ke pencen. Jadi bila ada peluang kawan-kawan yang berpengaruh dan bernaib baik akan memberi peluang kepada kawan-kawan "clique-cliquenya" sahaja. Jadi tidak hairanlah kalau kita tengok ada antara Tan Sri/Datuk/Dato yang memegang berbagi-bagai jawatan (chairmanship/Directorship) sampai tak cukup jari nak dibilang. Hingga menimbulkan pertanyan samada mereka ini mempunyai keupayan luar biasa atau otak yang cukup bergeliga. Termasuklah Ekuinas ni.

Datuk-Dato sektor swasta, corporate atau politik tu lainlah. Mereka dapat Datuk melalui kriteria-kriteria lain dan bukan sebagaimana pegawai-pegawai kerajaan. Gelaran Datuk mereka umpama bulan jatuh keriba. Boleh menambah kekayaan dan pengaruh. Terutama sekali Datuk-datuk bukan Melayu.

Sebenarnya golongan-gologan ini yang merosakkan imej gelaran. Bayangkan ada antara Datuk/Dato malahan Datuk Seri yang terlibat dalam berbagai perbuatan jenayah. Mengikut akhbar the Star baru-baru ini ada dikalangan Datuk/Dato politik yang mendapatkan post graduate degree (Masters/Phd) tanpa belajar.

Kesian pada Dato/Datuk tulin/ikhlas tapi miskin.

awe said...

Terimakasih atas komen saudara Nik,

Saya adalah seorang peniaga dan dalam masa sama bekerja diluar negara dan azam saya satu hari nanti ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya.

saya juga bersetuju dgn komen saudara wan ramli.

saya sering mengingatkad diri saya supaya semuanya hendaklah bermula dari bawah. Macam juga berniaga, berkecil-kecilan dulu, dari situ kita akan dapat merasai kesusahan dan kepahitan dan mula merasai kemanisan sedikit demi sedikit.

Saya sekarang bekerja Di Arab saudi, rata2 peniaga disini mampu memiliki rumah kedai. Seperti yang disebutkan tadi, kerajaan perlulah membina rumah kedai mampu milik.

Satu lagi yang saya nampak supaya kerajaan melalui PNB supaya dapat membina pasar raya besar ( anchor sedia ada) dan disediakan banyak lot kedai didalamnya, dimana dgn nie perniagaan boleh maju.

kenapa syarikat besar seperti PLUS/Tan Sri Yahya Bukhari/Tan Sri kamal tidak mahu terlibat dalam bidang peruncitan dgn membina pasar raya besar dimana peniaga2 bumiputera diberi peluang berniaga didalam nya.

awe said...

salam dato,

Saya pernah berhajat membuka kedai elektrik dan satu hari tu saya pun menelefon Kilang National Panasonic bagaimana jika saya ingin membuka kedai dan membeli barang2 elektrik darinya. Pegawai bertugas memberitau order minimum endaklah 40 ribu ringgit jika ingin membeli terus dari Kilang.

Disini saya ingin mencadangkan jika kerajaan dapat membuat atau menyediakan satu tempat pemborong supaya peniaga kecil dapat membeli harga dgn agak rendah.

awe said...

Salam Dato,

Pada saya Dato, kerajaan perlulah melahirkan ramai usahawan dgn purata pendapatan sekitar katalah RM10000 sebulan bukannya HANYA melahirkan satu atau dua Usahawan Super rich.

Selama saya berniaga tak pernah ada pegawai datang (modal sendiri)dari agensi berkaitan bertanyakan keadaan perniagaan. Sepatutnya agensi berkaitan turun padang melihat sendiri lebih2 lagi di kawasan Bandar Baru Bangi yang mana ramai bumiputera berniaga.

Pendekatan begini ( membuat kunjungan dan bertanya khabar)oleh agensi berkaitan saya fikir perlulah dilalukan dan bukannya kedatangan YB ketika menjelang pelihanraya umum.

Sepatutnya kerajaan boleh menjadikan Bandar Baru bangi atau Shah Alam model kebangkitan peniaga bumiputera.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

maaf kalau terkeluar tajuk. Saya menunggu2 juga kalau2 Dato' nak keluarkan artikel tentang isu pihak Indonesia yang menuduh kita 'mencuri' tarian Pendet Bali serta pengakuan Dr. Mahathir yang Malaysia-Singapura hampir berperang tentang isu air pada tahun 1980-an dulu...

Maaf lah kalau kedua2 isu ni agak terlalu sensitif. Tapai sebagai generasi baru, saya teringin nak baca pandangan orang lama yang penuh ilmu & pengalaman macam Dato' yang sudah pasti pernah melalui zaman konfrontasi Indonesia dan penyingkiran Singapura dari Malaysia.

Terima kasih Dato'.

-Abd. Kadir Jailani-

atanjamilselamat said...

Kenapa orang Melayu yang berjuang untuk Melayu sentiasa dianggap rasis tetapi apabila orang Cina/India berjuang untuk orang Cina/India maka mereka tidak pula digelar rasis tetapi digelar HERO pula.

dan kajang said...

Assalamualaikum Dato'.

1. Pada pendapat saya tujuan kerajaan pimpinan PM DS Najib memperkenal Ekuinas adalah suatu briliant idea untuk mengimbangi penyertaan Bumiputra. Bunyinya memang sedap dan cantik. Insyallah jika ia diuruskan dengan betul dan jujur ia akan menemui kejayaan dan rakyat akan dapat nikmatnya.

2. Saya bersetuju dengan Pakbelalang bahawa pihak Kerajaan perlu memberi lebih banyak penerangan tentang mekanismenya.Rakyat masih lagi kabur tentang konsepnya.Kita khuatir jika ia lakasanakan dengan terburu-buru yangmana ia hanya difahami oleh "pihak tertentu" sahaja maka akhirnya akan berlaku hanya kroni pihak tertentu sahaja akan dapat nikmatnya.

3. Apa pun rancangan Kerajaan, ia akan berkesudahan dengan kegagalan dan kontroversi jika pelaksananya tidak ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.Kita harap PM akan sentiasa mengawasi perjananannya.Jangan terlalu percaya sangat orang2 tertentu. Jika ia kesan sebarang penyelewengan dari pihak pengurusannya maka hendaklah ia bertindak dengan tegas "without fear and favour" terhadap pesalahnya. Janganlah sudah rosak barulah nak diperbetulkan.Akhirnya rakyat juga akan menanggung kerugiannya.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Apapun nama dan skim yang diperkenalkan, orang Melayu tidak juga dapat faedah. Banyak yang tiris dan bocor.. Ada kompleks perniagaan besar-besar tapi orang lain yang berniaga.. bangga dengan Pavillion,Mid Velly, SOGO dsb.. tapi berapa kerat Melayu boleh masuk ke dalam? Kalau mahu berniaga dengan modal 50juta, nampak gaya hanya orang tertentu shj yang dibela dan dibela..

Iskandar Tiger said...

Kemana sahaja sekarang ni kalau kita pergi.....heboh dok cerita kerajaan macam tu la....macam ni la......sakit telinga aku dengar.....ha la NI dah ada EKUINAS......BAGUS teruskan USAHA tersebut......Jangan la Kroni sapu dulu.......Hang Pa semua dah kaya....kasi Bumiputra kita rampas kembali kedudukan Ekonomi Negara.......daripada tangan asing....La ni cuba tengok....Company2 perumahan duk buat rumah di pinggir2 bandar dengan harga yang tinggi.....MELAYU mana yang mampu beli pun.....kalau harga rumah samapi RM ratusan ribu....tapi DEPA boleh BELI....sebab nak halau MELAYU keluar dari BANDAR....tak mau bagi orang MELAYU tinggal dekat bandar.....SUKA ka MELIHAT ORANG MELAYU MUNDUR........aku tentang habis2 perkara nie.....biaq la sampai nak jadi 13 Mei 1969 berulang kembali.....harap KERAJAAN lihat semua nie.......

saji said...

Salam pakbelalang

1. Insyallah pada awal tahun hadapan pak belalang kajian saya bersama2 sebuah universiti tempatan akan menyiapkan satu R&D bertajuk: Ke arah Pembinaan Sistem Pengurusan Projek Islam, yang antara objektif utamanya, ialah untuk mengatasi pelbagai masalah pelaksanaan projek kerajaan dan swasta, yang antaranya, meliputi kecenderungan menawarkan tender secara rundingan terus yang banyak buruknaya dari baik, masalah kualiti reka bentuk dan pembinaan rendah, kos tambahan/VO tinggi, korapsi,kronisme,dan tidak terkecuali, masalah harga sub-kontrak yang terlalu rendah yang ditawarkan kepada sub-kontraktor domestik oleh kontraktor utama, kontraktor utama menipu tuntutan pembayaran sub-kontraktor domestiknya dalam pelbagai bentuk dan tindakan tidak bermoral kontraktor Melayu kita mengali-babakan projek, yang menurut kajian berkenaan, telah menafikan hak sub-kontraktor Melayu di bawah DEB terlibat dalam pelaksanaan projek kerajaan atau pengwujudan rangkaian sub-kontraktor Melayu dalam pelbagai bidangan dan kepakaran. Inilah pakbelalang altarnatif yang saya usahakan sejak 10 tahun lalu dan bersama2 universiti terbabit sejak 2 tahun lalu demi memenuhi satu lagi objektif utama kajian yang dianggap mempunyai kaitan dengan kajian ini iaitu mengatasi masalah meningkatkan kemajuan usahawan Melayu dalam bidang pembinaan yang saya harapkan juga dapat dipanjangkan dalam bidang2 lain yang juga.

2. Untuk lain2 pertanyaan yang pakbelalang tanyakan itu bagaimana jika saya katakan bahawa, saya tidak akan memberi komen mengenai penubuhan Ekuinus tersebut jika latar belakang penubuhannya dihebahkan secara jelas, teratur dan terperinci atau komprehensif mungkin membabitkan perbincangan yang bukan sahaja menjelaskan ciri2 aspek kemanusiaannya -falsafah, teori, konsep, resolusi konflik, nilai dsb, dari satu aspek, dan dari aspek lain, perbincangan mengenai input ciri2 aspek teknikal yang diperlukannya yang meliputi struktur organisasi Ekuinas dan saiznya, peralatan dan kemudahan, sistem dan tatacara, bahkan bagaimana aspek kemanusiaan dan teknikal tersebut dapat digabungkan bagi maksud pelaksanaan dan penterjemahannya kepada realiti atau objektif2 yang disasarkan, seperti yang dikehendaki dalam konsep dan ciri pengurusan organisasi moden.

pakbelalang said...

Saji,

Sangat baik usaha sdra itu.
Saya harap usaha sdra dapat menyumbang kepada sesuatu yang lebeh positif lagi.

Buatlah apa yang patut!! Saya beri sokongan ikhlas.

Shah said...

Dear DAKJ,
Komen Pak Lang dirujuk. Di Perak ada seorang Tan Sri Dato Seri yang dahulunya seorang usahawan perkhidmatan kenderaan dan kemudian kontraktor pakai 'title' Professor Dr. pada namanya. Dia lulus Senior Cambridge saja dan berumur lebih 70 tahun.Setahu saya nak pakai title Professor , kena mengajar di Universiti, kecualilah professor emeritus..

affendi hussain said...

Piagam (Convention) semata-mata tidak akan jamin apa-apa tanpa perlaksanaan efektif dan pemantauan serius..

Perkara dalam Perlembagaan pun org boleh pertikai dan manipulasi..inikan pula Piagam..bukannya Akta hatta Enekmen pun yang mempunyai peruntukan undang-undang...

Piagam Geneva? Israel tak kisah pun, dilanggar jua..sapa boleh halang depa habaq mai? PBB? Takyah tengok jauh2..Piagam Pelanggan di institusi perkhidmatan pun cukuplah..sapa heran sgt nak ikut 100%?

Itu sekadar gambaran kepada kita bumiputera semua..jgn dok syok sangat..bunyi memang seronok didengar..mcm guruh dilangit, belum tentu hujan turun..itulah hakikatnya..

Bagi saya ia sekadar nak menyedapkan hati org2 Melayu..'damage control'..

Agaknya suara2 dari blog Dato' yg menghentam penghapusan MEDC, polarisasi fokus kepada kehendak kaum minoriti dan dasar liberisasi sampai juga sedikit gemanya ke Putrajaya..

Kita perhati dan nilai sendiri sajalah halwa Ramadhan dari kerajaan pimpinan Tok Najib sebelum nak komen apa-apa..belum jadi lagi..baru pukul canang..

Kalau dah ada mcm mana cara org biasa mcm saya nak turut serta?

Tok Najib kena cari punca sebab apa DEB yg direncana oleh bapak dia tak tercapai sampai sekarang... jawapan saya senang saja..kek besaq, ttp beberapa orang saja dpt potongan besaq kenyang sendawa berkali-kali..yang lain-lain tinggal makan serdak..yang tak dapat lansung toksah cerita lah.. makan hati berulam jantung, dah lama dah menjeruk hati..

(",)

affendi hussain said...

EKONOMI
Pada pendapat saya,kalau org melayu nak kuasai balik ekonomi kuncinya satu saja.. balik kepada Islam..Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik kita..seorang ketua negara, ketua komuniti, ketua keluarga dan ahli perniagaan..

1)Usaha sungguh2 untuk cari rezeki tunaikan rukun Islam ke4 (zakat perniagaan, pertanian, harta, bukan zakat fitrah saja)
- kebanyakan org melayu yg mengaku islam ambil mudah perkara rukun kerana kemaruk subsidi dan kaya segera..ada yg terus tolak dunia & biar isteri cari rezeki sbb nak 24jam atas tikar sembahyang..betulkah org mcm ni ikut seperti Rasulullah? Islam ni bukan agama utk si jahil, si pemalas dan yg berjiwa murahan..tinggi piawai Allah letak pada kita..itu lah kreteria 'umat terbaik'..semua terkandung dlm 5 Rukun Islam..

2) Bersatu-padu sokong perniagaan dan produk keluaran org muslim
- Sumber kekuatan Islam adalah perpaduan..mungkin mahal pada awalnya, kalo ramai2 pakat beli, dah ada volume automatik turunlah kos pengeluarannya.. kita adalah pengguna majoriti tetapi tak pernah bersatu..mcm mana nak ada kuasa..?
Itulah pasai kat Malaysia "sellers are always right", bukan "buyer" or "customer" ,kuasa kat tangan kita tetapi tak reti guna..maka terpaksalah terus harap kerajaan selagi tiada perpaduan..bayangkan masa zaman Rasulullah bukan ramai pun Islam ttp depa kuat..yg kaya raya berkorban utk semua umat, org melayu pula yg kaya raya nak korbankan lagi semua umat utk tembolok dia..yg kaya dia bukan peduli nak bersatu..yg melarat pula bedal apa saja sebab terdesak..kemiskinan mendekatkan dgn kekufuran..ini dilema melayu..

3) Guna sistem perbankan Islam dan jauhi riba..
- sama juga mcm perniagaan..bank2 islam adalah institusi perniagaan, bukan baitulmal..itu pun tok lebai & pak aji tak paham..memang lah mahal mula2..cuba pakat2 org melayu selaku pengguna majoriti guna produk depa..turun lah kadar dia bila modal pusingan dia jd besar..ni dok tala jugak yg konvensional..benda2 haram tak berkat (seriuskah hukum riba? rujuk Al-Baqarah:275-279)

3 je..bukan byk pun..Insyaallah usaha ini akan membawa kesan berangkai kepada semua jika semua anggapnya sebagai satu tuntutan kifayah..

Masalah utama: Jenis pemimpin2 politik melayu yg menyeru pepecahan ummah, yg korupsi, yg tamak haloba (harta, takhta, keluarga) dan yg terpengaruh dgn agenda dan tawaran musuh-musuh Islam!

Halangan utama: kesedaran & sikap individu dalam masyarakat sendiri.. lebih suka ikut & taksub dari berfikir secara rasional.

wallahualam

Salam Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H..

(",)

Anonymous said...

Ybhg. Dato',
Pada pandangan saya buatlah apa yang kerajaan fikirkan patut bagi membantu Bumiputra di negeri ini selagi kuasa ada di tangan kita.
Kalau berjaya, ianya untuk semua Bumiputra dan kalau tidak sekali pun tetap akan ada Bumiputra yang kaya. Kalau tak dibelanjakan pun akan habis juga wang tu nanti. Cuma modus operandinya sahaja yang berbeza.
Pada mereka yang nak ambil kesempatan, fikir-fikirkanlah akan nasib Tuan-Tuan di akhirat nanti. Tak takut ye? Tunggulah! Sesungguhnya azab Allah itu amat dasyat sekali.

Yang Benar,
Din

Anonymous said...

Jaga-jaga penyamun besar sedang cucuk jarum!.

Zerog..

mack said...

SELAMAT PAGI KEPADA DATO DAN RAKAN2 YANG SUDAH TENTU KITA SATU MALAYSIA SATU BANGSA SATU AGAMA AWAK ISLAM SAYA PUN SAMA JUGA MACAM DATO JUGA. Bila kita bercerita berkenaan bumiputera tidak ada titik noktah nya atau penghujung nya tetap sama macam itu juga. Agensi yang bertanggungjawab untuk membantu bumiputera telah ditubuhkan sejak dari awal kemerdekaan lagi bermula dengan RIDA kemudian ditukar kepada MARA atau majlis amanah rakyat tujuan nya tidak lain hanya untuk membantu bumiputera dalam pelbagai bidan khususnya ekonomi tak cukup dengan itu ditubuhkan BANK BUMIPUTERA tapi mari kita tanya apakah kejayaan bumiputera sudah terserlah hakikat nya masih jauh ketinggalan. Kini ditubuhkan nya EKUINAS yang akan memberi tumpuan kepada penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi rakyat khususnya oranmg melayu pasti akan bertanya dengan penubuhan EKUINAS ini apakah MARA telah gagal untuk membangunkan masyarakat BUMIPUERA melayu? carilah jawapan nya sendiri pada saya masih berfikir dengan perkara ini.Saya tiada komen banyak2 dalam hal ini kerana saya mersakan dengan penubuhan EKUINAS ini maka MARA telah gagal melaksanakan tanggungjawab membangunkan masyarakat bumiputera lepas ini tak tahulah nak tubuhkan apa lagi BANK BUMIPUTERA pun bankrap kerana apa para pendokong organisasi tiada kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan dasar2 yang dirancang yang penting ialah bagi mereka kerja lepas itu rehat tanpa ada pemikiran bagaimanakah kalau kegagalan beralaku apakah yang akan terjadi kepada bangsa melayu aku semuanya pentingkan diri sendiri. Dari 100% kek ekonomi cukup ker dengan pemilikan bumiputera 18% mari kita fikirkan bersama. SEKIAN DATO WSLM