Saturday, October 24, 2009

EGM MCA Jadi Ilham Nik Abdul Aziz

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEORANG pembahas dalam tampalan lalu yang menggunakan nama pena Mtgbertam, antara lain, berkata:

“Ni Tok Guru Nik Aziz ada keluaq kan cadangan supaya PAS ada EGM. Nampaknya ada lagi tajuk dato nk (nak) hentam PAS.”

Bertindak ke atas maklumat Sdr Mtgbertam, saya membaca laporan Malaysiakini dan melayari blog Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya amat tertarik dengan hujah dan saranan beliau.

Oleh kerana implikasi kenyataan Tok Guru itu penting kepada masa depan politik nasional, saya memerlukan ruang yang agak panjang untuk membuat analisis.

Mula-mula mari kita baca apa yang Nik Aziz kata. Menulis dengan tajuk “Pas: Keperluan Muktamar Khas Luar Biasa”, Nik Abdul Aziz , antara lain, berkata:

“Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

“....Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah.

“Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

“Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

“Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

“Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihan raya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.”

Singkir Haji Abdul Hadi

Inti pati cadangan Nik Abdul Aziz itu adalah apa yang beliau labelkan sebagai “dua tiga kerat pemimpin bermasalah” dalam Pas.

Siapakah dua tiga kerat pemimpin bermasalah yang Nik Abdul Aziz maksudkan?

Secara langsung beliau menyebut nama Hassan Ali dan Mustafa Ali yang menurut beliau “tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG.” (UG adalah singkatan Unity Government).

Tetapi apa yang tersirat dan lebih berat adalah presiden parti, Abdul Hadi Awang. Tanpa menyebut nama beliau, Nik Abdul Aziz menulis: “Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.”

Edisi bahasa Melayu Malaysiakini dalam laporannya membuat kesimpulan bahawa Nik Abdul Aziz mahu Abdul Hadi disingkirkan. Portal berita itu melaporkan:

“Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.”

Saranan Nik Abdul Aziz itu boleh memberi kesan besar kepada politik nasional kerana secara efektifnya Pas adalah parti politik kedua terbesar selepas Umno. Apa jua yang berlaku kepada parti itu akan mempengaruhi politik nasional.

MCA dan MIC Penanda Aras?

Selama ini umum didedahkan kepada masalah dan krisis yang dihadapi oleh parti-parti BN. Kepemimpinan parti-parti Pakatan Rakyat dilihat sebagai padu dan mantap.

Tetapi apakah implikasinya apabila Nik Abdul Aziz berasa sesuai dan perlu untuk merujuk kepada krisis yang dihadapi oleh MCA dan MIC bagi menyokong cadangan mesyuarat agung luar biasa Pas?

Pertama, apakah krisis kepemimpinan Pas sama teruk dengan krisis MCA dan MIC?

Kedua, adakah MCA dan MIC – dua parti bukan Islam dan bukan Melayu dalam BN – boleh dijadikan penanda aras bagi Pas yang mendakwa dirinya parti Islam, yang majoriti ahlinya adalah orang Melayu?

Ketiga, adakah masalah Pas dengan Abdul Hadi sama dengan masalah MCA dengan Ong Tee Kiat dan MIC dengan Samy Vellu? Atau

Keempat, adakah Nik Abdul Aziz berharap mesyuarat agung luar biasa Pas akan singkir Abdul Hadi seperti EGM MCA singkir Ong? Dan

Kelima, adakah ini sebenarnya manifestasi perbezaan ideologi dan pendekatan di kalangan pelbagai feksyen di dalam Pas?

Pas Jurucakap Melayu/Islam

Apa pun kesudahannya, satu perkara yang tidak boleh diabaikan adalah peranan Pas sebagai jurucakap orang Melayu/Islam.

Jika ditakdirkan PR menubuhkan kerajaan pusat, Pas secara langsung menjadi wakil dan jurucakap orang Melayu/Islam menggantikan Umno dalam kerajaan.

Pada masa itu, jika Pas tidak mempunyai perwakilan yang besar dalam Parlimen atau tidak mempunyai kecekapan berunding, kepentingan orang Melayu/Islam mungkin terjejas.

Sedangkan pada masa itu harapan dan ekspektasi orang Melayu/Islam kepada Pas pasti sangat tinggi. Apa tidaknya, mereka tentu tidak menaikkan Pas dengan menjatuhkan Umno jika mereka tidak mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap Pas.

Tetapi rundingan dan tolak ansur antara Pas dengan rakan-rakan PRnya pasti tidak sama dengan rundingan dan tolak ansur antara Umno dengan rakan-rakan BNnya.

Ini adalah kerana Pas bukan parti kebangsaan Melayu. Tentulah janggal bagi Pas berunding dan bertolak ansur atas landasan bangsa sedangkan Pas menolak kebangsaan atas alasan ia assabiyah.

Pas hanya boleh menyuarakan aspirasi orang Melayu secara pintu belakang dengan menggunakan landasan Islam. Ini bermakna rundingan dan tolak ansur antara Pas dengan PKR dan DAP akan berlandaskan Islam.

Saya rasa sebagai orang Islam, orang Melayu tidak ada masalah jika Pas menggunakan Islam sebagai pemangkin rundingan dan tolak ansur dengan DAP dan PKR.

Soalnya, adakah DAP dan PKR, dua parti sekular, bersedia menerima Islam sebagai asas rundingan dan tolak ansur dalam PR?

Bagi saya, senario ini menjanjikan eksperimen politik yang sangat menarik, yang memerlukan pemain hebat dari segi kecerdikan, kecerdasan fikiran, perancangan dan pelaksanaan.

Manakala Pas melandaskan tindak-tanduknya kepada Islam, DAP akan melandaskannya kepada sosialisme dan PKR kepada liberalisme Anglo-Saxon Barat.

Politik nasional kita akan berpindah daripada perundingan dan tolak ansur berasaskan kaum kepada perundingan dan tolak ansur berasaskan agama (Pas), ideologi (DAP) dan hak asasi manusia (PKR).

Soalnya, apakah pemanggilan mesyuarat agung luar biasa Pas seperti dicadangkan oleh Nik Abdul Aziz itu akan melahirkan kepemimpinan yang mesra PR atau konservatif yang mirip kepada Pas bergerak bersendirian dan mengutamakan perpaduan Melayu?

Kita tunggu dan lihat.

88 comments:

zol dabat said...

and i thought the ulama's never split.....

EditorSemasa.Net said...

Semua parti di Malaysia bermasalah. Bermakna secara umumnya orang politik semuanya bermasalah. Masalah kita adalah terpaksa menerima semua masalah ini melalui peti undi.

kluangman said...

Ini merupakan serangan kedua yang terang dan besar besaran oleh Nik Aziz terhadap Hadi Awang setelah gagal dalam serangan pertama di muktamar yang lepas.

Muktamar yang lepas sepatutnya jadi iktibar kepada Nik aziz bahawa cakapnya tidak berapa laku sangat dan pemimpin PAS Kelantan ditolak kerana perwakilan 'jengkel' dengan kerenah Nik Aziz.

Hadi Awang dan Nasharuddin bertindak bagai diam ubi berisi manakala Nik Aziz lebih kepada ayam berak sebiji riuh sekampung.

Nik Aziz tanpa mengambil iktibar tersebut bertindak atas sokongan merasa dirinya boleh mempengaruhi dan dalam masa yang sama mendapat desakan kuat bisikan Husam pro Anuar untuk berbuat sesuatu sebelum terlambat mentelahan PKR berada dalam kedudukan yang goyah sejauk dua menjak ini.

Suara Nik Aziz tidak begitu kuat mewakili suara akar umbi PAS sepertimana kuatnya suara Tun M mewakili ahli UMNO yang mahu Paklah disingkir.

Bagi saya, Nik aziz terlalu awal mengorek lubang kuburnya sendiri, terlalu awal memasang jerat yang mungkin akan masuk sendiri.

PAS Selangor awal awal lagi sudah kata 'tak kebuloq' dengan EGM dan ini agak pasti disusuli PAS Terengganu.

Satu satunya yang menjadi pengimbang dalam masalah PAS hari ini ialah Cikgu Zizan dan samada EGM jadi atau tidak bergantung kepada PAS Kedah yang nampak lebih berwibawa setakat ini.

Anonymous said...

Ulasan datuk kali ini sangat menarik perhatian saya. Kajian yang lebih mendalam diperlukan untuk isu ini

kereta kebal

Anonymous said...

dato

mca dan mic nak bersihkan parti dari pemimpin rasuah, gila kuasa

pas pulak nak bersihkan parti dari pemimpin tak pandai, lembab dan anasir nak bercinta dgn umno....tu aje

kaka

Arethenone said...

Perjuangan PAS yang tidak mahu diasosisasi dengan perjuangan berasaskan kaum (assabiyah) adalah satu yang mengganggu (disturbing). Walaupun secara terbuka (overt) PAS menolak assabiyah tetapi dasar yang diperjuangkan UMNO untuk orang Melayu, DEB misalnya, di`nikmati' oleh pengikut dan pemimpin PAS secara covert. Kemasukan ke UiTM, MRSM, biasiswa JPA, dan macam-macam lain, direbut oleh PAS atas alasan itu hak orang Melayu. Saya lihat di MRSM, misalnya, berapa ramai anak-anak orang PAS yang dapat belajar di situ dan tidak pernah kenang (attribute) perjuangan UMNO.

PAS harus sedar bahawa mereka menolak assabiyah, kaum-kaum lain masih lain bersifat assabiyah, malahn lebih tebal daripada orang Melayu. Kaum cina mempunyai MCA, DAP dan Gerakan (DAP dan Gerakan kononnya bersifat multi-kaum), kaum India ada MIC, PPP, IPF dan kini Makkal Sakhti, dan kaum-kaum lain di Sabah dan Sarawak. Siapakah yang akan menjadi jurucakap kepada Bangsa Melayu. Desakan supaya PAS membuka pintunya kepada bukan beragama Islam semakin kuat, dan sampai bila PAS boleh bertahan.

Jika dilihat kepada telatah PAS, kewibawaan pemimpin, kebolehan untuk berunding, saya tidak yakin PAS mampu menjadi peneraju Bangsa Melayu. Dan kita boleh ramal apa yang akan terjadi kepada agama Islam itu sendiri akhirnya di bumi Melayu ini.

ab said...

Salam dato,

Saya ni kelabu sikit tentang hal ni...

Adakah yang menjadi isu ahli politik PAS atau Islam atau tak setuju dengan persatuan?.

Mesyuarat tu bagus, tapi tak bolih selesai semua isu kalau tak ditentukan lebih dulu isu...

Saya tidak mahu dilahirkan ketika kebanyakan orang melayu bersatu, hidup dengan orang melayu bersatu sekejap, masa tua orang melayu bergaduh,bercakaran dan mati dengan keadaan orang melayu betul-betul tidak bolih bersatu lagi....

Setiap hari membaca dan melihat images orang plaestin bercakaran
berbunuhan hamas vs fatah,orang pakistan berbunuhan,orang afghanistan berbunuhan,orang iraq berbunuhan tanpa tanda tamat pergaduhan dan pembunuhan....

Membaca dan melihat orang amerika, eropah,australia dll bersungguh-sungguh berusaha cari ikhtiar berbagai cara untuk hidup lebih baik lagi, timbul rasa iri hati tentang kecekalan mereka.....


Saya fikir banyak sifat orang melayu islam sekarang macam orang arab sebelum nabi muhammad didalam banyak perkara...

Dato', ADAKAH ADA PEMIMPIN- PEMIMPIN MELAYU YANG MEMANG TIDAK MAHU MELAYU BERSATU?..sebab musabab bolih dibuat 1001 perkara..



ATAU orang melayu memang tidak mahu SEORANG PEMIMPIN tapi RAMAI PEMIMPIN?? pelik ni..tuhan mau satu,ugama mau satu,quran mau satu, isteri lebih satu,peminpin lebih satu...

Adakalanya saya fikir kalau tak ada orang melayu, tak ada problem ni!.


Abu Bakar Ab Rahman

Rausyanfikir said...

Salaam Dato'

“Problems cannot be solved by the same level of thinking that created them.” ~ Albert Einstein

Saya rasa, dalam masalah PAS ini, mereka perlu fahami kembali akar masalah dan falsafah perjuangan 'political Islam' yang dari dulu sentiasa bergolak.

Tak boleh terus macam ni kerana kekeliruan Melayu/Islam itu makin menjadi-jadi dan PAS memang tak mampu lagi nak bawa wacana wavelength sebegini dalam PR.

mtgbertam said...

Sambungan dari ulasan saya, ada saya sebut ` Hentam pi hentam mai, yg sihat dato jugak (pak kadiaq). Kroni sana kroni sini sapa pun tak tau, yg tau manager bank pasai duit belambak (duit org yg jadi proksi).

Tun Daim apa habaq tok?

affuan said...

Saya lebih suka hanya ada PAS dan UMNO sahaja di dalam politik tanah air. UMNO memerintah, tanpa tidak menghiraukan teguran PAS tentang hal2 yang berkaitan agama Islam. Kan Malaysia ini dulunya diakui sebagai Negara ISLAM? So, act like one la. Hm..

kembara putih said...

Tiada masalahnya rundingan antara PAS dengan PKR dan DAP dengan bermodalkan Islam. Tuntutan untuk tidak mengamalkan rasuah tu Islam, tuntutan supaya badan kehakiman berlaku adil tu menurut Islam, tuntutan membantu golongan miskin (majoriti Melayu) tu pun tidak lari dari Islam. Apatah lagi Islam tu agama rasmi Malaysia dan majoriti penduduknya beragama Islam.

Bila berkata PR menguasai Malaysia bermakna PAS berjaya mengalahkan UMNO di banyak kerusi. Dengan DAP berapa sangatlah kerusi yang ditandinginya. Persoalan PAS tidak mampu demand tertolak sama sekali kerana pada masa itu PAS parti yang majoriti.

Ron said...

Saya rasa NA memberi hint beliau mahukan keputusannya sama seperti EGM MCA...

Dato' Wan Nawawi said...

Kepimpinan PAS yang lebih mesra Pakatan Rakyat (PR) adalah jalan terbaik ke hadapan. Ini kerana selagi PR tidak kuat, BN akan terus berkuasa dan sistem kuasa elit yang sudah menjadi darah daging BN akan terus memakan harta rakyat. PAS yang mengikut perjuangan 'Ketuanan Melayu' cara UMNO tidak membawa manfaat kepada masa depan negara, malah mungkin akan membawa bencana kenapa negara. Ini adalah kerana:

1. Ini hanya akan merenggangkan PR dan menguatkan pakatan antara PAS dan UMNO, sesuatu yang amat parah kerana PAS tidak boleh mengubah UMNO, apa lagi rakyat dalam Pilihanraya Umum lepas pun tidak boleh mengubah UMNO

2. PAS dan UMNO yang berkerjasama atas landasan 'Ketuanan Melayu' akan terus melemahkan semangat dan hakikat kepelbagaian dan multikulturisma sebenar di Malaysia. Benteng yang telah terbina antara 'Melayu' dan 'Bukan Melayu', yang telah memisahkan kaum-kaum di Malaysia daripada bercampur gaul dengan sebaiknya adalah kerana cara pemerintahan UMNO ala British (divide and conquer). Ini harus dielak, dan PAS yang lebih rapat dengan Pakatan Rakyatlah satu-satunya cara untuk memecahkan benteng perpisahan antara 'Melayu' dan 'Bukan Melayu' demi mencapai satu Malaysia yang sebenarnya, bukan cara 1Malaysia yang lebih mirip gimik.

3. Peluang mereformasi negara, untuk menukar halatuju negara, untuk menyelamatkan negara, jelas tidak lagi berada di tangan BN. BN-UMNO tidak mampu melepaskan kekayaan yang telah mereka rasai (misalnya, Zakaria Deros + Khir Toyo + ramai lagi ADUN dan sebagainya yang menyalahgunakan wang rakyat; skandal PKFZ yang mempunyai bukan sahaja penglibatan pemimpin MCA tapi UMNO juga, tapi ini belum kita ketahui lagi kerana PKFZ belum disiasat lagi oleh Suruhanjaya DiRaja yang bebas; tapi takkan UMNO tidak membaham kalau MCA dapat sekerat daging). Maka PAS sebagai satu parti penting di Malaysia, sekiranya benar-benar sayangkan Malaysia, harus bersungguh-sungguh menyokong Pakatan Rakyat untuk mengubah nasib negara dan rakyat.

Dato' Wan Nawawi said...

Kenyataan Kadir Jasin bahawa bahawa dialog negara yang akan berubah dari 'bangsa' kepada 'sistem pemikiran yang belandaskan dasar' (Islamism-PAS/demokratik socialism-DAP/centrist-PKR) adalah AMAT BAIK. Kita tahu bangsa itu adalah sesuatu yang telah mencetuskan tumpahan darah di negara kita (1969). Warna kulit dan keturunan adalah satu asas polisi negara yang lemah dan tidak relevan. Ini kerana pentadbiran negara adalah demi manusia, dan asasnya adalah untuk membela KEBAJIKAN rakyat seluruhnya. Di sinilah timbul kebaikan sistem DAP/PAS/PKR. Mereka berdialog atas soal DASAR, seperti yang selalu disarankan Tok Guru Nik Aziz sendiri. Mereka semua berkongsi wawasan SAMA, tidak kira Islam/Demokratik Sosialisma/Centrist, iaitu:

1. Kebajikan rakyat
2. Menghapuskan rasuah mendalam (yang wujud dalam BN)
3. Mengutamakan sistem pentadbiran yang 'transparent'/terbuka dan 'accountable'/bertanggungjawab
4. Mesra rakyat Inilah asas dasar atau polisi DAP/PAS/PKR.

Inilah sebabnya kenapa cara Pakatan Rakyat (PR) lebih baik kerana ianya berdasarkan polisi dulu -- perkara yang terus-menerus tentang hal ehwal rakyat yang penting. PR juga berkongsi prinsip amanah dan anti-rasuah yang sama. Perbezaan antara mereka ialah kecil sebenarnya, dan terutamanya berkait dengan PAS dan impian Negara Islamnya, padahal Perlembagaan Malaysia jelas suatu yang sekular dan dipertahankan oleh Tengku Razaleigh baru-baru ini. Maka, PAS perlulah mengubah pendiriannya agar ia lebih sama dengan pendirian sekular DAP dan PKR. Itu saja yang diperlukan. Satu perubahan yang adalah berasaskan PRINSIP, bukan PERKAUMAN. Bukankah ini satu kemajuan untuk Malaysia? Sudah tiba masa kita tinggalkan cara Barisan Nasional yang sudah tidak mengikut masa dan diwarnai kolonialisma penjajah. Rakyat harus beranikan diri dan membuka mata untuk realiti baru. Hak setiap kaum terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, maka retorik Ketuanan Melayu adalah retorik yang tidak perlu. Kenapa dalam 50 tahun UMNO berkuasa cuma elit Melayu sahaja yang kaya masakan Melayu biasa ramai yang masih miskin? Cukuplah dengan cara BN. Mari kita basmi kemiskinan seluruhnya dengan serious di kalangan Melayu DAN bukan Melayu. Adakah kelaparan perut seorang Melayu lebih serious dari seksa kelaparan seorang India misalnya? Inilah asas Ketuanan Rakyat. Semua yang miskin terbela dan dengan itu tiadalah lagi geseran dan rasa tidak puas hati di antara kaum. Cukuplah politik perkauman, demi tanahair.

Anonymous said...

Datuk

Nampaknya PAS pun sudah kena penyakit selsema H1N1 (Hadi1NikAziz1)

Agak mengejutkan apabila Nik Aziz membuat serangan secara terbuka terhadap Hadi Awang. Tidak ada selindung-selindung lagi. Sebelum ini hanya Nasharuddin, Mustafa Ali dan Hassan Ali yang menjadi sasaran. Apa tidaknya, mereka ini "easy target" kerana tidak berperwatakan ulama dan "dressing" pun dah macam orang UMNO. hehe...
Ada orang PAS sendiri yang gelar mereka tali barut UMNO dan barua UMNO. Tidak mengapa...

Tapi kalau pemimpin berperwatakan ulama seperti Hadi Awang, Haron Din dan Taib Azamuddin pun jadi sasaran serangan Nik Aziz ...

Pening kepala penyokong PAS.

Apa-apa pun saya berharap PAS dapat menghadapi krisis kepimpinan mereka ini dengan tenang dan berhemah. PAS yang lemah akan menjadikan ramai pembesar-pembesar UMNO lupa diri. Itu lagilah saya benci.


-sinbad-

saji said...

Salam Dato'

Bagi saya, apa yang diwar2kan diluar sana dan apa yang Dato' ulas dalam posting ini mengenai apa yang boleh disebutkan sebagai masalah muktahir politik fraksi dalam parti PAS hanya apa yang tersurat atau bukanya isu sebenar.

Percaya atau tidak, EGM yang TGNA cadangkan tak akan terjadi. Atau, kalau pun terjadi jalan ceritanya dan peneyelesaiannya akan sama (kalau tak serupa) dengan apa yang dilakukan oleh ahli dan pemimpin MCA dalam menagani masalah yang lebih kurang sama - dua kumpulan dalam MCA yang sama kuat yang bertekad untuk menjatuhkan antara satu sama lain yang tidak menjadi yang diakhiri dengan bermaafan. Kalau orang Cina boleh bermaafan, mengapa tidak orang Melayu-PAS?

Bagi saya, isu sebanarnya ialah, PAS sebagai sebuah parti yang terang2 mendakwa memperjuang dan mempetahankan prinsip Islam masih 'terfikir2' atau 'kelabu' mengenai 'bentuk' negara Islam yang ingin ditubuhnya (jika berjaya memerintah nanti) dalam keadaan masyarakat di negara ini yang berbilang kaum,agama dan budaya yang seadanya, termasuk ketiadaan negara Islam lain yang sesuai untuk dijadikan contoh.

Sedangkan mereka (pemimpin PAS,khasnya) melihat UMNO semakin hari semakin 'Islamik' atau 'ke arah Islamik', dan menerima hakikat bahawa sebilangan prinsip Islam yang mereka perjuangkan melibatkan prinsip syariah, khasnya sudah dilaksanakan oleh pemerintah UMNO/BN di peringkat pengubalan undang2, setidak-tidaknya.

Atau, jika kita kaji prinsip2 Islam yang diperjuangkan oleh UMNO dari sudut ilmu konservasi bangunan bersejarah dan menganalogikannya dengan usaha ahli konservasi tempatan melakukan usaha konservasi terhadap bangunan lama Central Market di KL untuk dijadikan bangunan Pasar Seni yang seadanya itu(sudah dibincangakan dalam posting lalu)para pemimpin PAS seolah-olah bersetuju dengan 'darjah intervesi' dan 'strukur nilai' yang mempengaruhi ahli konservasi terbabit bertindak mengkonservasi bangunan lama Central Market tersbut.

-Orang Kampong - said...

horey...Pas sudah gaduh sesama sendiri...

UMNO masih ada harapan...

Masih ada harapan dan masa nak menyamun harta negara...

Horey......

-Orang Kampong -

askar melayu said...

Kalau gitu feksyen yang kalah tak dapatlah masuk syurga! Kalau Nik Aziz kalah .....

Roti Planta said...

Dato',

Sudahlah Dato' baik Dato' tulis dan puji belanjawan Najib yang 1Malaysia tu dari dok menyibuk pasal Pas.

Bye/Roti Planta

saji said...

Salam Dato'

Dato' kata, "Ini adalah kerana Pas bukan parti kebangsaan Melayu. Tentulah janggal bagi Pas berunding dan bertolak ansur atas landasan bangsa sedangkan Pas menolak kebangsaan atas alasan ia assabiyah.

Pas hanya boleh menyuarakan aspirasi orang Melayu secara pintu belakang dengan menggunakan landasan Islam. Ini bermakna rundingan dan tolak ansur antara Pas dengan PKR dan DAP akan berlandaskan Islam.

Saya rasa sebagai orang Islam, orang Melayu tidak ada masalah jika Pas menggunakan Islam sebagai pemangkin rundingan dan tolak ansur dengan DAP dan PKR."

Respon saya,saya bukan sahaja setuju pandangan dengan Dato' di atas, malah ingin mengatakan bahawa, itulah landasan yang saya telah gunakan dalam kajian saya dalam bidang pembinaan/kontraktor melibatkan usaha mengatasi masalah pelaksanaan projek kerajaan - lamabt mula/siap, terbengkalai, kualiti rendah atau tak ikut spec yang dikaitkan dengan perlakukan tidak sihat di kalangan pihak2 berkepentingan dalam industri pembinaan negara melibatkan gejala korapsi, kronisme, nepotisme, ali-baba dsb dalam pelaksanaan projek kerajaan,khasnya (sudah dibincangkan dalam posting yang lalu).

Di mana, landasan (Islam) yang saya maksudkan ialah, menggunakan hujah dasar perundangan -muamalat Islam yang berkaitan dengan kontrak bagi transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad melibatkan kontrak pembinaan Tempahan/ al Istisnaa' dan Upahan/al Ijarah (sudah dibincangkan dalam posting yang lalu) bagi menjawab dua persoalan pokok berikut: Mengapa perlakuan tidak sihat di atas berlaku dan berleluasa? Dan bagaimana muamalat Islam mengatasinya?

Mengenai sama ada, DAP dan PKR, dua parti sekular, bersedia menerima Islam sebagai asas rundingan dan tolak ansur dalam PR seperti yang Dato' tanyakan, jawapan saya begini bunyinya:

Berdasarkan pengalaman kajian saya diatas, ia bergantung kepada bidangan dan sektor, dengan setidak-tidaknya mempunyai ciri2 berikut: Keadialan sejagat, diterima oleh masyarakat Barat, golongan hak asasi dan sekular, menyelesaikan pelbagai masalah lain yang mereka tidak fikirkan, lebih baik daripada sistem/pendekatan peneyelesaian sebelumnya.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

Rasa sayu betui bila Tok Guru kata dia rasa tak sedap hati buat kali kedua dalam seumur hidup berpolitik

Macam nak tekeluaq ayaq mata bila ingat saudara mara di Gajah Mati,Pondok Chegaq dan Sg Jagung pasai jauh tetinggai.Masih perlu tongkat.

Depa dari dulu sokong PAS pasai Negara Islam yg dijanjikan.Depa akan pangkah PR walau tak paham apa itu Liberalisme,Sosialisme.

Dah la masa BN depa dapat kerak saja pasai isi semua anak, bini, menantu rakan taulan orang BN sapu,takut bila PR mai,Negara Islam pun tarak,tongkat pun tarak.

Saya cukup syok BERSORAK bila tengok BN hampir kecundang malah berharap 16 september 2008 menjadi kenyataan.Tapi lani keliru pasai KAMPUNG TELAH TERGADAI.

TOYOTA ALTIS
MOTOR YAMAHA
DAH BAGI BETIS
DIA MAU PAHA

Anonymous said...

Dato',

Kalau alasan untuk mengadakan "EGM" adalah disebabkan timbul semula isu UG dengan UMNO, bukankah itu satu bentuk pengakuan bahawa resolusi bagi menolak UG dalam muktamar yang baru berlalu tidak mencapai kata sepakat dan tidak muktamad?

Kalau tidak dimuktamadkan ketika itu, apakah sentimen sebenarnya yang berlegar dalam kalangan majoriti perwakilan di muktar Pas tempoh hari? Makanya kalau isu UG ini ditimbulkan kembali, apakah kerana ianya bertambah marak dalam Pas atau ianya tidak berubah; sebaliknya perasaan Mursyidul Am Pas yang masih dibayangi dengan isu berkenaan?

Kalau isu UG hanya melibatkan perasaan seorang individu, makanya tak perlulah menanyakan pandangan ahli dengan mengadakan Muktamar tergempar. Memadailah dengan pihak yang terlibat menyelesaikan rasa tidak senang di dalam hatinya dengan pihak yang menyebabkannya berasa sedemikian itu. Ringkasnya, tak perlulah membabitkan orang lain yang tidak terlibat.

Alpasiku

pakbelalang said...

Nik Aziz is suffering from inferiority complex. As Tok Guru he is irrelevent. Time will tell that he will soon be sidelined by his own party leaders who are more pragmatic and down to earth.

Below is what Tun Mahathir said with a simple message full of wisdom to remind the ummah.

""Today, there isn't a single Islamic country that can be said to be a developed nation. And again there some who hold the view that progress of Islamic countries is not important.

"But we have witnessed the fate of many Islamic nations because of their backwardness. They are forced to beg, ask for help from others and as a result are often manipulated by their benefactors who might in reality be their enemies," he said.

He said Islamic countries and Islam will only be respected if they were progressive, like in the Golden Age of Islam." (Bernama)

Bersatulah dan fikir-fikirkan lah !!!

HUSIN PAKTONGKO said...

"Jika ditakdirkan PR menubuhkan kerajaan pusat, Pas secara langsung menjadi wakil dan jurucakap orang Melayu/Islam menggantikan Umno dalam kerajaan."
Pernyataan Datuk tentang hal ini memberansangkan sekali.
Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.Kalau tak ribut pun pasti ada gegaran dalaman. Macam gunung berapi .Mungkin tunggu masa nak meletus. Betul macam kata tok guru "nguk ngak-nguk ngak" balik cerita lama.Ini menunjukkan dalam p
pemimpin PAS pun dah tak menghayati rukun haraki.Sifat wala kepada qiadah dah tak dak.Sikap patuh kepada musyawarah dah tak menjadi perkara yang utama lagi dalamPAS. Dah berapa kali dah diambil ketetapan yang ikatan denga UMNO buat masa ini pangkahhabis. "No more".Habis apa pasal ada pemimpin PAS dok terhegeh-hegeh nak rujuk balik. UMNO dah tak kebulog kat hampa pun hampa dok kelapag juga.Apa niiiii.Ni yang susah bila ada yang terlebih pandai(pinjam kata-kata Datuk Harus Sani mufti Perak)nak tunjuk dia saja pandai, orang lain tak boleh pakai.sikap macam askar pencen dah. Orang kalau macam ini ambillah peribahasa Melayu ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.Ni nampak macam nak ronyeh semua.

adi_fimiyun said...

Sisi lain,

PAS sebenarnya cuba menjengah dalam berita politik negara.

Tiada isu, tiada publisiti.

Kepentingan pembersihan parti sepatutnya dilakukan secara teratur dan bijaksana, dan mungkin proses ini sebenarnya sudah berjalan, cuma persoalannya, kenapa hal in timbul ketika pembentangan belanjawan 2010? kenapa isu ini timbul waktu 1Malaysia Najib dibingitkan?

For me,this is just the other ways of diverting the main issue on the ground?TGNA personally has diverted a mainstream media not to give a week of publicity for Najib's budget and enough publicity for 1Malaysia.

A task which is really hard for us to read, isn't it?

Iskandar Zulkarnain said...

Assalamualaikum Dato' dan rakan-rakan yang lain.

Saya setuju dengan pendapat saudara rausyanfikir.PAS kena kembali kepada falsafah dan matlamat perjuangan mereka.PAS berbeda ideologi mereka dan tidak keterlaluan untuk mengatakan dasar Islam PAS perjuangkan lebih jelas dari dasar Islam UMNO.

Hakikat yang perlu kita terima hari ini ialah semua parti politik akan mempunyai masalah dan tidak terkecuali PAS.PAS harus cepat membaiki diri mereka sebelum menjelang pilihanraya umum ke-13.

Kepada pemimpin-pemimpin PAS yang nak "bercinta" dengan UMNO lebih baik anda keluar dari PAS.Apakah anda fikir kalau bergabung dengan UMNO maka syiar Islam yang sebenar dapat ditegakkan?UMNO menolak mentah-mentah hukum hudud,Dr Mahathir hina janggut Nabi,hentikan bantuan perkapita terhadap sekolah agama,pecat mufti,letak kalungan bunga di tugu negara,mereka-reka Islam Hadhari,bolehkah dikatakan UMNO ikhlas nak Islam?

UMNO hanya guna isu hukum hudud sebagai modal politik untuk berlawan dengan PAS.

Harap Dato' Kadir Jasin dapat membuat ulasan yang adil terhadap mana-mana parti sekalipun.Janganlah kalau ada isu yang melibatkan DAP,PAS dan PKR Dato' membuat ulasan yang kebanyakannya negatif tetapi untuk UMNO dan balaci mereka dalam BN semuanya "maksum".

Saya juga kritik PAS,DAP dan PKR dalam PR serta UMNO dan rakan-rakan mereka dlm BN.Kritikan biarlah rasional.

AsyMok_ambo said...

Be Rasional Beb...
EGM tu Hak Ahli.....
Kalau MCA buat Benda yang BETUL... Adalah Tidak SALAH Kita Ikut.....
Selagi BERLEMBUT dengan puak DACING... RAKYAT MALAYSIA akan Hancur... walaupun KES TERPENCIL... Logikkah sebuah laptop biasa berharga kurang lebih RM18 000. Bukan Salah PENJAWAT AWAM apatah IBU YANG MENGANDUNG dan MELAHIRKAN namun inilah PENANGAN KEPEMIMPINAN MELALUI TELADAN. Ambo pun PENJAWAT AWAM, ambo tahu betapa Orang Putih pun 'Lebih ISLAM' daripada Kita bab PENTADBIRAN CIVIL SERVANT. Jadi, Jangan Bertolak Ansur Denagn DACING. Lagipun, Ambo amat YAKIN dan PERCAYA, TokGuru Abdul Hadi Awang nie INSAN BERJIWA BESAR. Andai UNDI TAK PERCAYA kepada TokGuru Abdul Awang menjadi Realiti, TokGuru Abdul Hadi Awang dengan RENDAH HATI akan turun kerana AMANAH ALLAH SWT ini bukan CALANG-CALANG.
Sekali lagi, EGM hak ahli...
TANYALAH PENDAFTAR PERTUBUHAN!
Tak salah adakan EGM apatah jika ada yang TERLALU BERLEMBUT dengan PUAK YANG DAH DITOLAK SECARA TOTAL OLEH RAKYAT MALAYSIA.
EGM bukan tanda Kita nak BERMEGAH namun inilah KETERBUKAAN ISLAM.
ISLAM ITU INDAH.
DENGAN PENUH HIKMAH, KEBIJAKSAAN DAN FATANAH.

MANTOL said...

Cara pemimpin PAS berfikiran mudah sahaja Dato'.

Asalkan pemimpin PAS di atas itu jadi MB, Menteri dan PM, cukuplah. Isu negara yang lain tidak penting bagi mereka.

Bila dapat jadi MB di tempat majoriti pemimpin Melayu. Senyaplah. Cukup bulan ambil gaji. Belum setahun dah kaya-raya. Masalah serah pada kerajaan pusat. Macam di Kedah dan Kelantan.

Kalau tempat mereka minoriti, macam di Perak, Selangor dan PP macamana?? Contoh dah ada. Kalau PAS kalah berunding, mereka akan baring tengah jalan. Heret kepala lembu dengan orang UMNO.

PKR/DAP tahu bahawa PAS ini paling kuat pun memberontak cuma sekadar berjalan jerit takbir dan baring atas jalan saja.

Ditakdirkan kalau sampai tahap Islam ditindas di negara ini, pemimpin PAS masih tidak kisah. Sebab pemimpin PAS ada satu lagi taktik.

Boleh isytihar JIHAD. Yang mati pengikut2 dan rakyat. Pemimpin PAS ke luar negara berunding dan dapat duit berbillion macam di Palestin.

/MANTOL/
BN masih baik. Anda masih ada hak mengundi.

Bumiputera said...

Kalau orang Melayu hendak preview bagaimana keadaan orang Melayu jika Pakatan Rakyat memerintah negara lihat saja lah bagaimana Kerajaan Perak semasa Nizar menjadi Menteri Besar. Nama saja Menteri Besar tetapi kuasa berada dengan DAP yang chauvanis Cina sehingga Nizar diperlakukan saperti boneka Nge dan Nga. Segala polisi baru negeri hanya untuk kepentingan bangsa Cina.

Bayangkan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, akan terjaminkah kedudukan orang Melayu di Malaysia? Sedangkan semasa Tanah Melayu hendak merdeka dahulu , MCA dan MIC bersetuju akan hak keistimewaan hak orang Melayu sebagai galang ganti pemberian hak kerakyatan kepada bangsa Cina dan India yang semasa itu bukan rakyat Tanah Melayu, tetapi kini waris waris mereka lupa akan penjanjian yang buat oleh tok mereka dengan mempertikaikan hak orang Melayu sebagai Bumiputera negera ini.

Tidak mustahil nanti Perdana Menteri keturunan Melayu hanya boneka DAP yang akan menghancurkan segala yang berteraskan Islam/Melayu. DEB akan dibubarkan,laungan azan melalui mikrophone tidak akan dibenarkan atas alasan hak asasi manusia,rancangan agama Islam tidak dibenarkan atas alasan perbuatan diskriminitori dan berbagai-bagai lagi langkah yang akan merugikan umat Islam/Melayu.

Jangan jadi Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai.

Anonymous said...

Salam DAKJ,

EGM (Mesyuarat agung tergempar) bukanlah satu kerja yang kecil sifatnya. Banyak wang yang perlu dibelanjakan dan mungkin juga ada yang akan bertukar tangan. Silap-silap hari bulan ia mengundang gejala negatif termasuk sogok menyogok.

Rasuah akan berlaku kalau ada ruang dan peluang. Dalam konteks EGM yang dilaung-laungkan oleh Mursyidul Am, alasan di sebalik kewajaran untuk ianya diadakan adalah masih kabur. Kekaburan akan mengundang pelbagai tafsiran dan 'taktik kotor' untuk menjelaskannya.

Kumpulan yang mahukan pemimpin ditendang keluar akan cuba 'jolok dan huloq' para perwakilan agar menyokong cadangan berkenaan. Sementara pihak yang bertahan agar tidak ditendang dari parti pastinya tidak akan berdiam diri. Untuk bertahan, setakat bermodalkan 'air liur' pastilah tidak cukup! Kalau satu pihak boleh jolok dan huloq, apa lagi pihak yang bertahan boleh lakukan selain menggunakan saluran yang sama.

Satu lagi keburukan kalau EGM dibuat untuk kepentingan individu dan mengukur populariti seseorang ialah ia akan turut mengundang perhatian dan keterujaan melampau di pihak luar terutama mereka yang suka memperjudikan semua perkara.

Ia adalah satu kemungkinan yang besar memandangkan pucuk kepimpinan parti ummah sedikit sebanyak menentukan dan mempengaruhi hala tuju politik nasional. Kalau boleh, sudah tentu rakan bukan ummah dalam pembangkang mahukan ciri-ciri kepimpinan parti ummah yang boleh diselarikan dengan kemahuan dan kepentingan mereka.

Dari sudut yang negatif, melihat kepada gambaran-gambaran di atas, kemungkinan gelanggang EGM parti ummah bertukar menjadi gelanggang 'ayam bersabung' sukar dielakkan.

Kalau itulah yang akan berlaku, harapannya ialah agar mana-mana pihak yang muncul sebagai pemenang, akan juga membawa parti ummah dan agama muncul sebagai pemenang mutlak.

Apa yang tidak dimahukan ialah kalau 'ayam sabung' (individu dan puak tertentu) muncul sebagai pemenang tetapi 'kampung' (parti dan agama) tergadai secara tanpa sedar. Ringkasnya: Elakkan ayam sabung menang tetapi kampung tergadai!

Antihipokrit

Anonymous said...

Dato'Kadir,
Saya sungguh bimbang sekiranya Nik Aziz berjaya mempengaruhi gulongan muda yang kurang faham sejarah UMNO membangunkan tamadun Melayu di negara ini sehingga bangsa yang sebelum merdeka merempat di tanah air sendiri sudah sedikit sebanyak boleh bersaing dengan bangsa lain. Kejayaan orang melayu masih rapoh kerana ekonomi negara dimonopoli oleh kaum Cina. Melayu hanya menguasai sektor Kerajaan atau aktiviti yang ditaja oleh Kerajaan. Nik Aziz lupa fakta ini. Kemiskinan akan membawa kepada kekufuran. Orang arab kalah kepada bangsa Yahudi kerana orang Yahudi menguasai ekonomi dan berupaya membangunkan senjata nukliar. Nik Aziz akan menyesal suatu hari nanti betapa silap perjuangannya yang melupai kepentingan untuk membangunkan bangsa MELAYU SUPAYA BOLEH BERSAING DENGAN KAUM LAIN. Ugama Islam akan kukoh sekiranya orang Melayu memiliki kekayaan saperti bangsa lain. Contoh yang mudah banyak kemerosotan akhlak berlaku dikalangan masyarakat yang miskin berbanding dengan masyarakat yang kaya. Orang melayu akan lebih baik dari segi amalan islam sekiranya taraf hidup mereka lebih baik dan tidak papa kedana. semoga Nik Aziz segera bertaubat demi kepentingan melayu dan Islam.

Rahim

langit biru said...

Tugas utama pemimpin negara adalah 2 perkara, iaitu 1.Menjaga Umat/Rakyat dan 2.Menjaga Agama. Dalam bab Menjaga Umat/Rakyat ( HANYA dari segi pembangunan negara dan memajukan negara ke tahap yang lebih baik), saya fikir orangnya adalah Mahathir Mohamad. Dalam bab Menjaga Agama, orangnya tentu sekali adalah Nik Aziz.

Berbalik kepada kemelut dalam kepimpinan PAS, apakah benar Nik Aziz menerima nasihat dari pihak-pihak yang berkepentingan? Apakah benar ini rentetan Bagan Pinang? Saya katakan adalah MUSTAHIL sama sekali Nik Aziz mengikut telunjuk orang-orang tertentu. Nik Aziz sudah lama dalam politik tanah air, bahkan semasa kewujudan Kerajaan Perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969, Nik Aziz adalah Ketua Pemuda PAS pada masa itu, dan keperitan dipermainkan oleh UMNO selepas itu masih terasa hinggakan ke tulang hitam sampai kini. Bukan dendam kesumat terhadap UMNO, tetapi pengalaman “tidur sebantal” dengan UMNO meyakinkan bahawa orang UMNO tidak berpegang kepada janji. Janji ini adalah bukan di antara seorang individu dengan individu, tetapi satu kelompok manusia dengan kelompok manusia yang lain. Janji UMNO menjaga Agama diketepikan begitu saja setelah mendapat lebih kuasa dan lebih kuat. Natijahnya, PAS berpecah-belah kepada 2 kumpulan dan berakhir dengan penyingkiran Allahyarham Asri.

Bertitik tolak dari pengalaman permainan UMNO yang berlandaskan pemikiran Machiavelli, bukannya pemikiran Islam yang dasarnya TAQWA, Nik Aziz bermati-matian untuk menghambat keluar 2-3 kerat pemimpin PAS yang tak habis-habis mencanangkan kerjasama dengan UMNO melalui Kerajaan Perpaduan. Nik Aziz sudah nampak, implikasi momentum gerakan ini yang boleh memecahbelahkan PAS kali ke 2. Ini hakikatnya matlamat UMNO yang sememangnya terdesak buat masa ini, dan mereka kembali ketawa besar bilamana lebih berkuasa dan lebih kuat nanti. Nik Aziz sudah nampak dan rasa resapan “virus kemunafikan” ini. Jadi ini bukan soal Nik Aziz ikut nasihat dari pihak-pihak yang berkepentingan atau rentetan kekalahan di Bagan Pinang.

langit biru said...

Soal teguran berlapik bagaikan menarik rambut dalam tepung kepada Presiden Pas, Haji Hadi, adalah peringatan Nik Aziz kepada Presiden supaya mengambil tindakan segera kepada kumpulan yang condong ke arah kewujudan Kerajaan Perpaduan. Tindakan perlu diambil dan ditangani segera sebelum terlambat, nanti tergadah. Nik Aziz mempunyai alasan yang cukup kuat sebagaimana ketetapan Muktamar PAS di Ipoh yang menolak idea Kerajaan Perpaduan dan menyokong memperkemaskan dan memantapkan kerjasama dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Ini resolusi yang telah diputuskan oleh semua perwakilan, semua ahli PAS, boleh di sebut sebagai “Resolusi Ipoh”. Bertitik tolak dari itu, sebarang nada yang masih kedengaran untuk bekerjasama dengan UMNO perlu dihapuskan sama sekali, sebelum ia bertukar menjadi gelombang besar. Jadi gesaan EGM ini lebih kepada gimik Nik Aziz memberi pukulan TKO kepada kumpulan yang tidak mahu tunduk kepada Resolusi Ipoh, dan pandangan Nik aziz agar Haji Hadi perlu ambil langkah segera. Diringkaskan bahawa kepimpinan Haji Hadi menangani kumpulan pro-umno ini terlalu lembut dan terlalu perlahan. Perlu ketegasan dalam hal ini.

Jadi, hakikatnya tidak timbul soal krisis kepimpinan yang teruk, atau krisis ketidakyakinan kepada kepimpinan Presiden Haji Hadi, tetapi hanya krisis soal 2-3 kerat pemimpin ini yang amat perlu didisiplinkan dan ditarbiyahkan. Sekiranya saya menjadi 2-3 kerat pemimpin yang bermasalah ini, saya akan memohon maaf secara terbuka kepada semua ahli PAS, dan sekaligus meletak jawatan dalam parti yang sekaligus menamatkan “konflik” ini dari menjadi lebih rumit. Ini adalah jalan terbaik sekiranya mereka masih sayangkan parti dan perjuangan Islam. Berundurlah secara sukarela wahai Timbalan Presiden Nasharudin, wahai Pesuruhjaya Selangor Hassan Ali, dan wahai Setiausaha Mustafa Ali. Berundurlah seketika bagi meredakan keadaan, dan kiranya kamu dipihak yang benar, InsyaAllah kamu pasti akan kembali.

Mengadakan kerjasama dengan UMNO melalui Kerajaan Perpaduan adalah satu kesilapan yang besar. UMNO sudah terbukti GAGAL menjaga Umat/Rakyat dan terbukti GAGAL menjaga Agama. UMNO terbukti BERJAYA membuncitkan perut masing-masing yang disandarkan kepada kononnya pembangunan untuk Rakyat dan Negara.

http://langitbiru3.wordpress.com

Anonymous said...

Dato,
PAS pernah menyertai UMNO dalam Barisan Nasional dizaman Dato Asri dahulu.
Tetapi ramai juga pengikut-pengikut PAS yang beranggapan bahawa hanya Asri yang masuk BN bukan PAS.
Mungkinkah keadaan yang sama akan berulang?

PakChak

Anonymous said...

Dato'

Nampak orang Pas ni pelek dan desperate. Nak kritik TGNA dia taku berdosa. Nak sokong Tuan Guru Haji Hadi dia takut TGNA lakanat dia.

Jadi dia bantai Umno. Apa kena mengena Umno dengan cadangan TGNA adakan EGM dan singkir Tuan Guru Haji Hadi dengan Umno?

Yang cadang kerajaan perpaduan itu geng dalam Pas bukan Umno. Kalau Umno cadang, tolak saja la. Apa sebab nak singkir Tuan Guru Haji Hadi. Awat TGNA nak jadi diktator Pas?

Saya rasa pun kalau ada EGM dan ada resolusi buang Tuan Guru Haji Hadi, yang akan malu dan disisih ialah TGNA. Ini dia dan badut-badut dia kena ingat.

Sepatbenua,
Kedah.

saji said...

Salam Dato'

Lagi respon saya terhadap pandangan Dato'

Pandangan Dato', " Pada masa itu (PR ditakdirkan berjaya menubuhkan kerajaan pusat), jika Pas tidak mempunyai perwakilan yang besar dalam Parlimen atau tidak mempunyai kecekapan berunding, kepentingan orang Melayu/Islam mungkin terjejas.

Sedangkan pada masa itu harapan dan ekspektasi orang Melayu/Islam kepada Pas pasti sangat tinggi. Apa tidaknya, mereka tentu tidak menaikkan Pas dengan menjatuhkan Umno jika mereka tidak mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap Pas.

Ini adalah kerana Pas bukan parti kebangsaan Melayu. Tentulah janggal bagi Pas berunding dan bertolak ansur atas landasan bangsa sedangkan Pas menolak kebangsaan atas alasan ia assabiyah."

Betul, PAS tidak mempunyai 'kecekapan berunding' bagi memastikan kepentingan orang Melayu/Islam dalam rundingan dan tolak ansur antara Pas dengan rakan-rakan PRnya, berbanding dengan rundingan dan tolak ansur antara Umno dengan rakan-rakan BNnya.

Tetapi, jika kita perhalusi gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DSN sebaik beliau mengambil alih pemerintahan daripada Pak Lah, tidakkah asas2gagasan tersebut serta tindakan susulan yang telah diambilkan oleh DSN menengenainya yang dilihat lebih memihak kepada bukan Melayu, berbanding dengan Melayu sendiri itu, memperlihatkan bahawa 'kecekapan berunding' UMNO yang Dato' maksudkan itu bukan sahaja sudah terhakis, malah, dari sudut pemikiran, sudah over stretched atau jika diibaratkan seutas tali yang ditarik sudah menegang menati putus? Bahkan mungkin ada orang Melayu yang mengatakan ia sudah pun putus!

abdullahngah said...

Singkir haji Hadi?

Dalam muktamar PAS tiga tahun lepas (dikota Baharu) Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berkata yang dia tidak kisah sama ada jadi presiden atau sebaliknya.

Bermakna dia rela lepas jawatan yang disandang jika ada orang yang lebih layak daripadanya.

Memang itulah kehendak Islam.Tidak macam UMNO macam usaha telah dilakukan untuk dapat sebarang jawatan, termasuk terbabit dengan rasuah yang jelas boleh rosak akidah.

Juga makan riba yang boleh menjejaskan sistem ekonomi negara.

Demikian pegangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan konsepsi kepimpinan.

Oleh itu tidak jadi masalah besar jika Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik mahu PAS mengadakan EGM.

Dr Ibrahim Gaffar kawan lama saya call saya berkata macam mana boleh jadi begitu.

Katanya lagi, dua pemimpin Terengganu tidak setuju dengan cadangan itu.

Saya tidak tahu siapa dua pemimpin PAS Terengganu yang tidak setuju itu.

Kalau ada cadangan hendak tukar presiden mengapa tidak setuju.PAS akan adakan jika syura putuskan ia diadakan.

Bermakna bukan isu besar apa yang sedang berlaku sekarang.

Bukan macam UMNO ketika tidak setuju dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu.

Mengapa mesti takut. Kan lebih baik berbuat begitu jika ada pihak yang tidak puas hati dengan apa yang sedia ada, lebih lebih lagi musyidul Am PAS sendiri yang menyuarakannya.

Apa yang berlaku sekarang ini dilihat tidak baik berlaku dalam PAS. tetapi yang sebenarnya itulah suatu yang baik untuk selesai masalah. Jika ada masalah.

Datuk Seri haji Abdul Hadi Awang tidak pernah bimbang hatta ada usaha untuk menyingkirnya.

Demikian juga sewaktu PAS hendak lantik dia menjadi menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 dahulu.

Dia tolak. Oleh kerana beliau lebih layak berbanding dengan tokoh lain maka dia pasrah dan terima jawatan itu.

Inilah sikap yang pernah ditunjukkan oleh semua sahabat nabi SAW. Umar RA pernah menolak cadangan Abu Bakar dan berkata kamu lebih layak wahai Abu Bakar RA.

Demikian juga Uthman RA. Inilah pemimpin Islam sejati.

Anonymous said...

askum dato..

nak buat mcm mana.. pas ni dr dulu suka mengikut org saja.

org tua tu dah nyanyok dah. dulu terlampau dok mengata kat TUN M sgt... kan allah dah balas cash. sebab tu org2 lama berpesan, jgn meludah ke langit akhirnya air ludah kena kat muka sendiri.

saya nak nasihat sikit kat tok guru nik aziz,

"tok guru pada dok buat dosa dok mengata kat org adalah lebih baik duduk kat rumah main dgn cucu & buat ibadat lagi bagus".

HANYA ALLAH SAJA YG BOLEH MENILAI SESEORANG..

HASRI

Anonymous said...

askum dato,

saya amat hairan kenapa nik aziz perlu memberi kenyataan yg boleh memecahbelahkan umat islam.

apakah dlm dunia ni dia saja ka berhak buat segala keputusan..

sedangkan nabi muhammad pun hormat pada musuhnya.. inikan pulak kita manusia di akhir zaman. selalunya nik aziz bila berceramah mesti mengaitkan dgn al-quran & hadis. bila tang bab mengatakan org lupa nak pakai kot @ buat2 lupa.

dato,

saya rasa ada somebody dok advice nik aziz ni.. saya yakin nik aziz terlalu ikut ckp anwar ibrahim ni.. sebab tu dia tak mau pemimpin mcm nasarudin & hassan ali. both of this person kan boleh duduk berunding & berbincang dgn org UMNO. anwar mesti tak suka dia org.

nik aziz lupa, nasarudin tu menang bertanding tau bukan di lantik. so tak semudah itu nak buang dia.

so fikir-fikirkan.

HASNUL

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum. Ini adalah satu perkembangan yang sangat menarik.Nyata sekali terdapat perbezaan antara tindakan yang diambil olih ahli-ahli MCA dan MIC berbanding dengan ahli PAS bila timbul tidak persefahaman diantara pucuk pimpinan parti.Bagi MCA dan MIC telah wujud kumpulan yang menyokong secara terbuka pemimpin yang mereka kehendaki.Bagi ahli PAS pula pada ketika ini rela menunggu pehak-pehak tertentu membincangkan masalah ini sebelum mengambil sebarang tindakan.

Kemungkinan PAS terbahgi kepada dua kelompok. Satu mahu berusaha mendirikan Kerajaan dengan apa cara pun. Satu lagi berhati-hati tidak mahu berlaku keadaan dimana negara ,terutamanya dalam bidang ugama Islam lebih teruk dari apa yang terdapat sekarang bila kerajaan bertukar tangan.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya

pakbelalang said...

Dasr Islam PAS tidak perfect. Serupa juga dasar Islam UMNO pun tidak perfect. Jadi kalau nak perfect bersama-samalah bersatu buat Islam lebeh perfect lagi.

Kita ambil jalan tengah berusaha merapatkan silaturrahim bersama-sama menyemarakkan agama Islam.

Ummat Islam di Malaysia kurang dari 1% dari jumlah 1 billion umat Islam di dunia. Itu pun bercakaran sama sendiri. Apa daaaah !!Malu !!

kadiology said...

hehe.

kalau hadi awang, hassan ali, ustaz nash, stopa ali di tuduh talibarut UMNO,

husam musa, kamarudin jaafar, khalid samad plak talibarut sapa? anwar?

bagus la pas. dah jadi parti talibarut lawan talibarut. ahli pas yang sebenar hanya tinggal kat akar umbi.

kadiology said...

lagi satu, nak buat EGM sesungguh ni apahal. muktamar parti PAS hari tu pon dah berlalu, pemimpin sudah di pilih, walau pon pemilihan kepimpinan parti yang melibatkan 2000 perwakilan pun ambek masa 1 hari nak habis kira.

UMNO pon kalah la camni.

jamilah said...

Tok Kadir, Dalam AGM PAS dulu sebenarnya golongan pro UG berselindung di balik selogan kepimpinan ulama, sebab itulah mereka boleh menang sebab orang PAS tidak sampai hati nak jatuhkan ulama.Soal UG tidak dibincangkan pun secala telus dan tulus dan ditinggalkan sebegitu rupa umpama duri dalam daging ...

Hang Jebat said...

Datuk,

1. Kalau PR memerintah negara, PAS tak akan dapat menjadi juara Melayu hanya bermodalkan isu-isu agama sahaja. Saya yakin kalau PR menang pun, kerusi bagi PAS di parlimen tidak banyak. PKR akan jadi juaranya dan jadi PM dan TPM. PAS akan jadi tukang angguk sahaja.

2. Tak kisahlah semua itu. Bagi saya yang penting orang Melayu mesti kekal jadi PM dan TPM. Harap-harap syarat ini ada terkandung dalam Perlembagaan Negara. Saya tak tahu.

3. Jangan sampai Tian Chua jadi PM Malaysia sudahlah...

devilmaycare said...

Saya rasa bagus juga Nik Aziz nak ikut contoh MCA dan MIC. Saya bukan penyokong pas tapi saya rasa senang bila pemimpin parti "islam ekstremis" boleh celikkan mata dan sanggup mengikut contoh orang "jahil" sekiranya ia adalah contoh yang baik dan berkesan.

Anonymous said...

Dato'

Ini penyakit politik tok. Dia macam wabak penyakit hawar yang bunuh ayam kita di kg dulu Tok. Seekor kena semua keok. Mula-mula mulut berbuih, lepas tu pusing-pusing, lepas tu terduduk, lepas tu keok. Kita nak semeleh makan pun tak lalu. Banbuih buat baja saja. Lepas tu pi pekan sari (sehari) beli anak ayam. Yang senang Cina yang jual anak ayam juga.

MCA dah kena Sawan Babi. Patut la tu. MIC kena penyakit anjing gila. Nampak ayar dia penin. Tok ingat ka kedai todi di Stesen Kereta apa Alor Star? PKR kena kudis buta jenis Zaid Ibrahim. Macam-macam ada Tok. Umno pun silap-silap kena angin ahmar terus lumpoh.

La Nik Aziz pula nak kena penyakit MCA. Dia nak suntek pula kuman sawan babi MCA ke dalam Pas. Inilah bila Tok Guru gila politik dan cakap banyak sangat. Bila cakap banyak silap-silap jadi merapu, gila isin dan cakap sendiri.

Saya tengok Tok Guru ni macam kena demam panas. Kalau tak jelom dan tak jaram, otak boleh cair dan jadi sasau. Jadi mai la kita tulong Tok Guru kita ni jaram dan jelom. La ni dok nampak macam dia nampak bayang dan takut hantu. Nampak macam dia takut dengan Tuan Guru Haji Hadi. Tuan Guru tak kata apa pun. Dia dok diam saja. Lama dah tak sebut UG tapi Tok Guru dok ngiang-ngiang dengar mecam orang demam panas.

Susah tok bila Tok Guru pun kena sawan, dengar suara ghaib dan takut hantu. Nasib baik Ustad Azizan kita di Kedah nampak ok dan steady. Salah-salah dia jadi MB Pas lebih baguih dari Tok Guru. Ni yang buat Tok Guru penin ni, takut orang banding dia dengan Ustad Azizan.

Sepatbenua,
Kedah.

Anonymous said...

Betul la org kata. ulamak elok panggil masa nak wat kenduri doa selamat, tahlil dan ada kematian je. time politik hancur sumer pecah belah. patutlah islam byk mazhab. saya sokong islam hanya utk kenduri shj bab politik bg org yg arif.


nikpoknik

Paksooyon said...

EGM Pas? Storm over tea cup? Definitely it's more than that. But obviously not a political tsunami. It's no big deal though.

This issued was not brewed overnight. It commenced the very instant UMNO/BN got hammered in 2008 GE.

On March 9th and 10th, I received a few calls from my former colleagues in UMNO, urging me to talk to PAS leaders at Federal and Kedah level. I told them I was nobody and not keen to be in the midst of unfamiliar territories. Let the tide take its course. Pas had their leaders and let them decide.

One old UMNO associates in Perak called and expressed his fear of DAP ruling Perak. I told him that his fear was misplaced because DAP has been wrongly labeled as communal whereas MCA is more a communal party.

He even suggested I call on Ustaz Ahmad Awang to discuss the possibility of PAS-UMNO coalition.
I instead asked him to call his boss Dato' Tajul Rusli to go ahead forming the minority government because BN as an entity has the biggest slice of cake than any other parties individually namely PAS, PKR and DAP. To date, PR is not registered yet.

This oversight might have been the turning point that led to political turmoil in Perak. Otherwise Dato Tajol might still be in power and more exodus from the frogs-like Assemblymen would have materialised to enhance his position,

So. The issue has been there since March 9th. 2008. As a small fry in PAS Kedah leadership, I had been approached by many small UMNO desperados.

Obviously big-time PAS leaders had to select which calls to entertain and which calls were time-wasters.

UMNO desperados never gave up. So UMNO must have made numerous attempts to get PAS leaders to be on their sides in the name of Malay unity. The rest is history.

In this issue, the are two sides of a coin.

One that sees some cooperation need to be initiated between PAS and UMNO for sake of Malays.

I personally do not subscribe to this. I would agree if we can cooperate for the sake of Islam. There is a big difference between the Malays and Islam. I think this is the utmost importance because all of us will meet again hereafter when there are no Malays, Chinese or Indians there.

The other is to see the cooperation for the sake of Malay unity which is narrower than the aforesaid.. Maybe this could be the stepping stone to the other. In this, if we cannot be certain of UMNO’s sincerity , we might as well forget about it. Usually a drowning man will clutch at a straw. Once bitten twice shy. That is Tok Guru’s stand.

The gap that existed in PAS is UMNO-created. By bringing the predicaments back to Syura or EGM , the delegates simply choose to go ahead with cooperation with UMNO or otherwise. If majority agrees, the rest will just follow suit. That’s all. We at the grassroots level are not perturbed.. When truth prevails, the truth will rule.

saji said...

Salam Dato'

KAH...KAH...KAH... saya dah kata EGM tak jadi

pakbelalang said...

1.Saya baru saja menyaksikan di kaca TV upacara gilang gembilang pertabalan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

2. Saya penyokong kuat institusi raja perlembagaan.

3. Adat pepateh sungguh unik sekali dalam upacara pertabalan tersebut.

4, Namun begitu saya rasa dalam upacara tersebut ada adat yang bertentangan dengan agama Islam.

5. Saya rasa adat tersebut patut diubah suai supaya tidak bercanggah dengan agama Islam terutama sekali cara menyembah raja.

6. Adat tentunya boleh diubah mengikut aliran zaman tapi hukum agama mesti diambil berat supaya tidak menjejaskan keimanan dan akidah kita.

7. Orang yang bertanggong jawab tentang adat pepateh ini harus mengkaji semula dengan teliti untuk membuat sedikit "adjustment" tentang perkara-perkara adat pepateh ini supaya tidak menyeleweng dari hukum Islam.

8. Adat pepateh adalah adat turun menurun dan ada kemungkinan elemen agama lain dicampur adukkan hinggakan ianya nampak ketara bertentangan dengan agama Islam terutama sekali tentang adat penyebahan keatas raja. Saya perhatikan penyebahan tersebut boleh disesuaikan supaya ianya tidak dilihat ada unsur "penghambaan" yang keterlaluan dan tidak masuk akal pada zaman moden hari ini.

9. Fikir-fikirkanlah !!!

Daulat Tuanku!!

- ORang Kampong - said...

hehehe...

Sejak bila Orang UMNO berminat sangat dengan hal ehwal perpaduan ahli PAS? hehehe siap suruh Orang PAS bersatu.. Kalau buat EGM sure PAS berpecah belah.. hehehehe

52 tahun pedajalkan PAS... tetiba je nak bersatu..hairan bin ajaib?

Oh patut lah...nyawa UMNO dah sampai Halkum...

Lagi satu.. penghalang utama UMNO nak belasah PAS ialah Nik Aziz.
Asyik nak belasah je.. walau apa macam pon isu dia bawak sure kantoi dgn Nik Aziz.

Jadi kena la cari jalan supaya PAS sendiri pinggirkan Nik Aziz. Lebih kurang cara pecah dah perintah...

Cepatlah jalankan usaha.. orang-orang PAS bangang dan bingai.. mana diorang tahu..umpan dengan kertas gambar Agung sure kelabu bijik mata...

Biar diorang buangkan Nik Aziz.. lepas tu siap la PAS kita belasah cukup-cukup... hahahhaa

kelas gitu...

Anonymous said...

Salam Dato'

You were sooooooo hammered by the all-outers when you touched on Zaid.

Whatever we say about you "yang tidak mempunyai prinsip" or your writing yang "hampas", we are definitely not refraining ourselves from continuously reading and commenting on whatever "fitnah" you are writing. There were loads of name calling but very, very little serious and factual negations of whatever you were saying on our part.

Guess most of us here can easily maki hamun and act in a holier-than-thou manner under the cloak of anonymity. After all, we don't reveal our names, our workplace, our life achievements and failures. Some of the writers write in a very religious manner here but kat blog-blog lain maki hamun sapa-sapa mereka tak suka.

Salute to those who use their real names with their mug shots sekali and at the same time can criticize and contribute ideas constructively.

Salute to you too who talk openly about yourself, family, aspirations, frustrations, success and failures. Thus, making yourself vulnerable and open to maki hamun and holier-than-thou advice from cowards like us who cannot even pen our real names here.

Salute!

Melati

Qaseh Bonda said...

Salam Datuk yang saya hormati,

Mahathir kata Nik Aziz patut berenti macam dia jugak...kira2 dah masuk golongan nyanyuk...

Ish noo...sedapnya bahasa dia..dah tu pakat2 dok mintak apa lagi komen dia...dia pun dah ada unsur2 kesitu jugak lah..

Umur yang 60 ke atas dah dikira subsidi dari Tuhan...berlumba2lah mencari keuntungan berniaga dengan Allah pulak...orang bila dah sampai umur ni dok kira nak buat baik ja...buat jahat, cakap macam orang jahat tu kita kira buang2 lah sama...

Kita bukan nak tungkat langit...dok2 tu kena muhasabah diri...aku ni balik esok nak bawak apa pi jumpa Tuhan...duit2 belambak pun akan kita tinggai...biarlah mati nanti di kenang kebaikan dan rakyat berdoa supaya roh aman tenteram...

Awat pakat2 ingat ada ilmu kebai ka...semuanya tak kena..awat dia tu kena sangat kaa...

Orang sanjung kita bukan kerana kita hebat sangat tapi Allah tutup keaiban kita...

Sekurang2nya tok guru berdoa agar rakyat miskin dapat tumpang di negeri dia...biarlah tak membangun pun asalkan depa bahagia cara depa...

Sabit negara ciput macam Malaysia ni nak maju sangat di mata dunia, nak yang tertinggilah..yang terpanjanglah...yang tu lah yang ni lah...bertambah roboh akhlak rakyat ada hampa kesah...


Bersumpahlah dengan nama Allah kata puak2 UMNO tak makan rasuah...
Cuba suruh Nik Aziz dengan Mahathir bersumpah...sapa berani...


AllahuAkbar!

matyeh_jitra said...

Datuk,
'Iskandar Zulkarnain' tu buta perut ka apa? Takkan dia tak nampak sebelum ni pun datuk ada kasi 'bom' sama BN, time tu bukan main lagi dia tumpang sekaki.

La ni, datuk kasi kentut sikit sama PAS, dia dah naik hangin kata datuk komen tak adil lah apa lah.

Harap-harap mamat ni tak mabuk minum todi semasa buat posting dia tu.

saji said...

Salam pakbelalang

Sdr kata, "Dasar Islam PAS tidak perfect. Serupa juga dasar Islam UMNO pun tidak perfect. Jadi kalau nak perfect bersama-samalah bersatu buat Islam lebeh perfect lagi."

Adakah sdr maksudkan kalau nak perfect bersama-sama bersatu buat Islam lebih perfect itu PAS kena join UMNO? Soalan saya, kalau YA jawapannya, PAS pernah join UMNO dulu, tetapi produk dasar Islam yang dihasilkan tak perfect pun!

Bagi saya, prasayarat menghasilkan perfection perlu ada unsur competition di tahap stretch to the limit. Seperti perlumbaan kereta Formula 1 yang menyeksikan setiap team selepas habis musim perlumbaan masing-masing berusaha meningkatkan performance pemandu dan injin serta reka bentuk aerodinamika kereta lumba team masing-masing.

Maksud saya, sistem dua parti BN dengan UMNO menerajui dasar Islam dan PR dengan PAS menerajui dasar Islam merupakan cara yang sistematik, saintifik dan praktikal yang belum dicuba dinegara ini untuk ke arah memperfectkan pelaksanaan dasar Islam di negara ini.

Bagi saya, inilah yang dilihat berdasarkan pandagan mata hati TGNA, berbanding dengan apa yang sdr lihat berdasarkan pandangan mata dan akal atau logik akal dan kumpulan Kerajaan Perpaduan /UG dalam PAS yang menolak EGM.

pakbelalang said...

Orang Melayu (baik PAS,UMNO dan PKR) tentang main politik memang tak pandai. Akhirnya makan diri bangsanya sendiri. Berpecah belah kononnya masing-masing anggap diri mereka lebeh bijak dari orang lain.

Bangsa lain berpolitik ada muslihatnya. Mereka fokus tentang apa yang hendak diperjuangkan tapi orang Melayu berpolitik tidak ada arah tuju kemana mereka hendak bawa bangsanya.

AKHIRNYA MASUK "LOBOK".

Itulah keadaannya sekarang kalau hendak pendekkan cerita. Wal hasil balik asal. Pi mai, pi mai tang tu je !! Habiskan boghas je!!

Orang Melayu hanya pandai main sepak takraw je. Itu sebab mereka tak dapat fikir panjang dan dengan bijak. Sebabnya kepala orang Melayu dihentak bertubi-tubi dikepala dengan bola takraw yang keras hingga otak jadi "mereng dan kelabu"!! Ini hanya teori saya sahaja. Mungkin tidak ada kebenarannya sama sekali.

Just an exaggerated example to express my frustration as a Malay!!

How I wish we could sit down and unite in order to move forward as a truly bangsa Melayu that stands above all others!!

I think I am a dreamer!!

Aimar said...

I smelt racist here..

pakbelalang said...

SHAH ALAM, Oct 26 (Bernama) -- The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, on Monday advised Muslims to unite.

comment:

A very simple message we hear from the Sultan again and again.

Bersatulah !! Also a simple message from a simple person like me.

A KADIR JASIN said...

Qaseh Bonda, antara lain, mengulas:

"Umur yang 60 ke atas dah dikira subsidi dari Tuhan...berlumba2lah mencari keuntungan berniaga dengan Allah pulak...orang bila dah sampai umur ni dok kira nak buat baik ja...buat jahat, cakap macam orang jahat tu kita kira buang2 lah sama..."

1. Saya tidak pernah diajar menganggap beridat dan beramal sebagai perniagaan;

2. Tak tahulah kalau sekarang Tok-Tok Guru ajar orang muda bahawa Allah Taala adalah "Peniaga".

3. Saya pun dah lebih 60 tahun. Kalau ikut nasihat Tuan/Puan saya dah kena tutup blog ini dan "berniaga" dengan Allah;

4. Tapi saya kerja lagi. Saya ada dekat 70 kakitangan. Saya bayar cukai. Saya sedekah, korban dan derma. Saya jaga anak-anak dan cucu. Saya bagi makan emak dan tolong adik-adik yang jaga emak;

5. Allah bagi kita aqal. Kalau tak guna, rugi besar. Aqallah yang memisahkan manusia daripada haiwan;

6. Saya berpegang bahawa dalam Islam tidak ada sisa-sisa hidup. Allah Taala tidak kejam. Dia tidak anggap kita sisa semata-mata kerana kita tua dan terlantar. Allah tidak kejam menganggap makluk ciptaannya sisa;

7. Sehingga kita menghembuskan nafas terakhir dan selepasnya kita tetap hamba Tuhan kita. Kita bukan sisa. Sehingga kita menghembuskan nafas terakhir, kita diwajibkan mengingati Allah, bersalawat kepada Nabi dan akhir sekali pengucap dua kalimah syahadat;

8. Minta ampun saya tidak boleh terima bahawa amal ibadat adalah perniagaan dan Allah berniaga dengan kita;

9. Yang Indah itu bahasa. Yang mulia itu budi. Tok-Tok Guru juga boleh buat kekhilafan. Mereka tidak maksum.

10. Terima kasih.

dahalmi said...

Assalamualaikum Datuk KJ,

Nik Aziz sudah lali sangat membuat kenyataan yang pelik lagi menggemparkan.

Di Zaman pemerintahan Tun Mahathir dahulu, Nik Aziz kata Tuhan Samseng, mencarut dan takbur, itu semua orang agama politik kata betul.

Apa peliknya jika beliau mendesak menggugurkan Pemimpin Pas yang tidak sehaluan dengan nya.

Cuma kali ini nampaknya beliau menggali kuburnya sendiri.

Sila jemput ke artikel lengkap 'Nik Aziz dan Muktamar Agung Khas Pas'
di DAH IKHWAN Weblog alamat http://dahalmi.wordpress.com

zol dabat said...

kepada orang kampong,
agak betol nampak mcm umno tiba2 nak berbaik dgn pas sbb dia dah x power mcm dulu
tapi kalaw ada yg hairan umno tetarik dgn isu perpaduan PAS dan EGM Pas, itulah yg pelik bin ajaib. nak heghan pa?
awat slama nie kalau umno bergolak, adakah pemimpin pas membisu???
bila dr m kluaq UMNO thun 2008, nik aziz kata dialah orang paling gembira. awat hat nie kita x maw nak heghan?
adakah ini muslihat umno nak control pas dgn mnyingkir nik aziz
atau
adakah ini muslihat PKR nak conrol Pas dgn mnyingkir Hj Hadi dan campnya serta mnyokong puak Erdogan????

Anonymous said...

"Umur yang 60 ke atas dah dikira subsidi dari Tuhan...berlumba2lah mencari keuntungan berniaga dengan Allah pulak...orang bila dah sampai umur ni dok kira nak buat baik ja...buat jahat, cakap macam orang jahat tu kita kira buang2 lah sama..."

Takkan orang lama suratkhabat pandai bersatira tentang Rose Chan tapi tak biasa berkias kot!

Orang tua saya biasa kata, dosa seseorang itu akan dibayar tunai atau kredit bergantung kepada setakat mana Allah sayang padanya.

Jika Allah sayang, kejahatannya dibayar tunai (di dunia). Pintu taubat masih terbuka semasa hidup.

Jika sebaliknya, kejahatan seseorang itu akan dibayar secara kredit (secara terkumpul di akhirat). Pintu taubat telah ditutup dan hanya menunggu hari di hisab.

Kiasan Qaseh Bonda tu tak ada lah tinggi sangat bahasanya.

Bakar kelambu jangan sebab marahkan nyamuk.

Fed up

Qaseh Bonda said...

Salam Datuk yang saya sanjungi...

Terima kasih di atas kesudian Datuk mengulas komen saya...

Persepsi saya dengan Datuk tentang berniaga munkin berbeza....

Itu adalah hak individu untuk mentafsirkan mengikut kacamata masing2...

Umur 60 keatas adalah umur subsidi dari Tuhan...modal yang di beri adalah nyawa...maaf bukan duit...

Rasullullah yang maksum tu pun mohon ampun pada Allah lebih dari 70 kali sehari bahkan adakalanya
sampai 100 kali sehari...

Kenapa mesti di jelaskan dengan bilangan?

Rasullullah juga memujuk Fatimah yang bersungut kerana penat bekerja seharian tanpa pembantu...
Diajarkan Fatimah amalan harian 33 kali Subhanallah...33 kali Alhamdulillah...33 kali AllahuAkbar...

Kenapa mesti dinyatakan jumlah yang perlu di baca...

Memberikan kekuatan dalaman pada sesiapa saja yang rajin mengamalkannya..

Imam Ghazali juga ada meninggalkan zikir2 harian buat amalan...
Bacalah kalau mampu lebih dari 1000 kali sehari...
Pasti akan menemui jawapan bilamana bilangannya bertambah dari hari ke hari...

Dalam perniagaan masing2 berebut untuk menambahkan bilangan dari masa kesemasa...

Bagi menebus kedua ibu bapa untuk ke syurga juga ada di nyatakan jumlah amalan...


Beruntunglah orang2 yang kaya didunia bahkan bertambah muliana di akhirat...

Rugi juga jadinya pada manusia2 yang kaya muliana didunia tapi miskin kelana di akhirat...

Yang pastinya bagi yang miskin hina didunia masih berkesempatan kaya di akhirat bilamana dia bijak mengendalikan perniagaan dengan bermodalkan nyawa...

Kalau tidak masa kan rumput2 liar masih kuat mencengkam bumi...

Jalan kita munkin berbeza...perjalanannya tetap sama...

Kelainan dicipta Impak ditempa

pakbelalang said...

Sdra Saji,

1. Saya tak kira sama ada UMNO masuk PAS atau PAS masuk UMNO asal objectivenya satu, iaitu penyatuan ummah dan bersama-sama memertabatkan agama Islam.

2. Competition antara UMNO dengan PAS memang baik tapi patutkah kita ada "competition" demi untuk memperjuangkan agama Islam?

3. Saya lihat competition yang sedia ada tidak memperlihatkan kearah kebaikan malahan memudharatkan perpaduan ummah.

4. Ianya semakin kusutkan lagi ikatan silaturrahim antara ummah.

5.Pemimpin masing-masing cuba mempegaruhi rakyat untuk menegakkan siapa yang lebeh memperjuangkan dasar Islam.

6. Akhirnya bercelaru pemikiran rakyat hinggakan tidak dapat memastikan yang mana dasar Islam yang patut diikuti antara dua parti ini.

7. I think there should be a win-win situation for both parties to compromise their principles and ideologies for the sake of Muslim unity.

8. Unity is strength !!It is very simple word of wisdom to follow if really we want to sincerely commit ourselves.

pak mat tempe said...

Salam hormat Dato' semoga sehat selalu .

Depa nak EGM ke apa ke bukan isu bagi umat melayu, apa yang mereka harapkan adalah orang melayu islam boleh bersatu supaya apa sahaja peruntukan perlembagaan yang ada sekarang ini dipertahankan terutamanya Perkara 3,152,dan 153. Ini satu amanah dari pemimpin terdahulu yang bijak dan berpandangan jauh walau pun orang melayu pada masa itu lemah dan daif dari segala segi. Walaupun tidak sempurna 100% terutama perkara 3, tetapi mereka telah berjaya meletakanya dan tugas melayu islam sekarang memperelok lagi bukan mengutuk, tetapi dengan syarat kita menguasai lebih 2/3 parlimen. Jika dengan perpecahan seperti sekarang apa yang boleh kita harapkan.

Orang politik ni nampaknya suka kepada isu , Politik dan isu tidak boleh dipisahkan. Tapi kalau pentas politik senyap sunyi dari isu tak kena juga. Surat kabar nak tulis pasal apa pulak. Orang pollitik suka publicity.

Apa pun yang amat menyedihkan kita sebagai orang melayu, parti politik melayu berkerat rotan nampaknya sekarang sehingga mereka yang ingin berbaik dengan sebelah sana pun nak dibuang. Kalau nak dikira jasa parti pemerintah banyak jasanya kepada melayu terutama dlm perkara DEB yang hasilnya kita sama2 saksikan. Berlainan fahaman dan cara boleh tetapi jangan sampai merugikan bangsa. Lambat laun menang sorak kampong tergadai.

Tidak kah mereka ingin mengambil iktibar dari apa yang dialami oleh rakyat Pelestin atas pertelingkahan HAMAS dan FATAH dengan ego masing2. Siapa yang mendapat keuntungan atas perbalahan tersebut. Sedarlah orang melayu masih ketinggalan dalam semua segi kehidupan, penganguran, pembuangan pekerja ditambah pulak dengan masalah dadah dan keruntuhan moral. Sepatunya mereka pakat sama2berbincang untuk mengatasi masalah ini bukan berpolitik sepanjang masa. Jika kita terlalu banyak bercakap kurang bekerja lah jadinya dan satu benda tak dapat buat.

Elok ikut cara Mat saleh sikit lah berpolitik dan berkempen masa pilihanraya lepas tu tumpu pada kerja.

Maaf jika ada yang terasa tetapi tujuannya untuk ingat mengingat sesama islam demi anak cucu kita nanti.

Wassalam

Man Memali said...

Kasihan Dato' tak faham cakap majaz. Kena mengaji banyak-banyak lagi. TGNA kata kita kena buat pahala-pahala banyak kerana di akhirat kelak RM, USD atau Euros tak laku. Perniagaan yang menjamin ada foreign exchange yang sah di perlakukan di akhirat kelak ialah pahala. Yang macam ni pun tak pernah dengaq ke. Cakap pun kena fikiaq dulu. Kalau tidak nanti nampak sangat jahilun murakabun kita Dato'. KENA FAHAM DATO APA ERTI CAKAP MAJAZ, DATO' OI.

Al-Johari said...

Kalau syarat untuk memanggil EGM pun tidak dapat dipenuhi oleh Dato Nik Aziz tak hairanlah dia mudah dipermain oleh orang di bawahnya seperti Husam.

Yang pelik bin hairan ialah bagaimana Dato Nik Aziz boleh terpengaruh dengan DSAI sedangkan dia tentu tahu mengenai moral Pengerusi Parti Keadilan kerana yang mula membangkitkannya ialah orangnya sendiri iaitu Mohd Sabu dan Mahfuz Omar.

Difahamkan Dato Nik Aziz tak dapat hadir kerana persidangan DUN Kelantan sedang berjalan. Pelik kalau dia tak hadir sebab dia yang mencadangkannya.

Nampaknya apa juga langkah Dato Nik Aziz serba tak kena, semuanya sumbang. Jalan yang terbaik ialah lepaskanlah jawatan seperti yang disyorkan oleh Tun Dr. Mahathir.

saji said...

Dato' AKJ dan Saudara/saudari Qaseh Bonda yang saya hormati

Allah SWT berfirman dalam surahtul al Mujadilah yang maksudnya berbunyi:

"Aku meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan pengetahuan dengan beberapa darjat."

Mungkin ada berdua tahu mengapa saya kemukakan firman di atas yang merupakan ayat al Quran yang digunakan oleh Perdana Menteri, DSN dalam mukadimah ucapan pembentangan bajet hari Jumaat lalu.

BENGAH @ SERLING said...

SALAH PANDANG ?

Jikalau sekali pandang
Nik aziz nampak terang
Lihat apa yang bentang
EGM untuk Pas cadang

Hasrat atasan Pas beza
Kawan atau lawan gaya
Ala dua kelompok ada
Ingin berkawan dicerca

Musuhi UMNO kepalai
Nik Aziz tak sorang diri
Geng sebalik, dia namai
Tersenarai presiden parti

Rasanya anwar amat suka
Kata nik aziz jelas senada
Musuhi UMNO usah reda
UMNO kuat,sekat agenda

Ukhuwah Pas mesti julang
Semua ahli Pas arah juang
Nik aziz dan hadi ditenang
Agenda anwar jauh buang

serling
[27.10.09]
selasa
….

saji said...

Salam Dato'

Mungkin petikan daripada perenggan terakhir bahagian Prakta buku Islam dan Pembangunan Sosial oleh Profesor Muhsin Abd Al-Hamid di bawah mampu menyokong respon Dato' terhadap ulasan Qesah Bonda (19:19AM)

" Sebenarnya semua Muslim jika memahami bahawa usaha yang terus menerus adalah ibadah kepada Allah SWT dan mereka menurut agama yang diperintahkan akan beraktiviti dan akan dihisab jika lalai dan bermalasan, maka mereka akan bergegas melangkah cepat dengan semangat yang agung untuk menyampurnakan tugas dan mengulang pembangunan yang baru melalui pembangunan yang universal dalam semua bidang kehidupan."

saji said...

Sdr Fed up

Bagaimana jika saya kata ada empat jenis kiasan/analogi seperti di bawah:

Pertama, kiasan yang boleh dilihat melalui pandnagan mata dan akal atau logik akal/sains

Kedua, kiasan ynag boleh dilihat melalui pandangan mata hati

Ketiga, kiasan khayalan

Keempat, kiasan berdasarkan pengalaman lalu atau ada prcedentnya.

Kan lebih mudah difahami jika kiasan Qesah Bunda tersebut diletakkan sebagai kiasan mata hati di atas.

-Orang Kampong- said...

kekekekeke..

Apa korang orang UMNO ingat korang leh buat-buat isu kerajaan perpaduan?

Korang kena ingat team mana yang nak sangat berpadu-padu nie?

Geng Terengganu lah... Korang ingat si Mat Said tu asyik kena belasah dengan Derih Jusuh nak diam diri je ke... ke diorang dah pakat dgn Hadi nak perintah Terengganu... kekehehe...

Apa kata kalau PAS setuju nak bergabung dan perintah Terengganu? hehehe

Dan Geng PAS Kelantan plak bangkang.. so Awang Adik dengan Mustapa kena tunggulah hahhaa

Last-last sekali UMNO kena main sekali lagi dengan Nik Aziz.. hahhaa cayalah...

Anonymous said...

Qaseh Bonda,

Islam adalah agama yang luas tafsirannya, lengkap, tuntas dan seimbang serba serbinya. Melihat angka dalam konteks yang saudara sebutkan hanya memperlihatkan betapa sempitnya pemikiran saudara.

Melihat kekayaan menerusi kaca mata saudara yang hanya terbayangkan unsur-unsur negatif, hanya menampakkan betapa sempitnya pemahaman saudara berhubung tuntutan agama dalam soal ini: 'seolah-olah manusia itu hidup selama-lamanya'.

Saudara,

Seorang Mukmin perlu kenal angka bukan sekadar untuk tujuan yang anda sebut di atas. Mukmin perlu kenal angka agar mereka faham tentang matematik, sains, biologi, teknologi, ICT dsbnya. Secara ringkasnya: angka tiada hadnya.

Kalau itupun tidak terfikirkan oleh saudara, macam mana mukmin mampu menjadi khalifah di atas muka bumi? Bagaimana mahu memakmurkan bumi? Bagaimana mahu memperbaiki kerosakan yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia? Bagaimana mahu mencegah kemungkaran? bagaimana mahu menghasilkan air yang suci lagi menyucikan? Bagaiman mahu menghasilkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam persekitaran tanah yang kering dan tidak subur?

Mukmin yang sengaja tidak mahu berusaha menjadi kaya (miskin) seolah-olah mengharapkan ehsan Tuhan di dunia dan di akhirat apakah digalakan dalam agama?

Nampaknya anda menggunakan pandangan peribadi bagi menjustifikasikan tanggapan negatif anda terhadap mereka yang berusaha untuk menjadi kaya seolah-olah ia hanya membawa kepada kekufuran. Kalau tidak betul harap saudara nafikan.

Bukalah mata saudara dan ayuh bandingkan perbezaan antara orang Islam yang beriman yang beranggapan lebih selesa memilih jalan kemiskinan dan mereka yang berusaha mencari kekayaan didunia agar dengan itu mendapat kekayaan di akhirat jua:

Asas kepada kekayaan adalah ilmu. Dan asas kepada ilmu adalah membaca. Hakikatnya tidak ada ilmu yang boleh didapatkan dengan percuma waima mengaji agama perlukan fulus untuk membeli itu dan ini. Apakah anda boleh sujud dan rukuk hanya dengan memakai cawat?

Saudara,

Manusia perlu ada ilmu, kemahiran, iltizam, kekuatan dan kekayaan untuk melayari bahtera kehidupan dan meneruskan kelangsungan diri dan generasi yang akan datang. Bagaimana manusia dapat mengembangkan ajaran agama untuk waktu kini dan pada masa hadapan kalau kelangsungan mereka tidak menjadi sebahagian dari isu yang perlu difikirkan?

Untuk mengekalkan kelangsungan, manusia perlu berusaha kerana nasib setiap individu dan puak tidak akan berubah dengan sendirinya melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya.

Persoalannya, apa yang perlu diubah? Putaran ganas kehidupanlah yang perlu diubah! Putaran ganas kehidupan adalah seperti berikut:

Miskin ---> tidak mendapat pendidikan sepenuhnya ---> miskin--> kufur ---> miskin

Kalau kemiskinan digantikan dengan kekayaan putaran berkenaan akan menjadi:

Kaya ---> dapat menuntut ilmu sampai ke Mesir dan Cina ----> kaya ---> dapat membantu manusia keluar dari kekufuran (menerusi amal jariah dsbnya) ---> lebih ramai yang menjadi kaya ---> bertambah ramailah ummah yang dapat menjadi khalifah dalam erti kata yang sebenarnya.

Kesimpulannya: Tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah. Sedarkah anda bahawa dalam konteks laman web ini saja menampakkan yang kita di sini adalah ibarat tangan yang dibawah? Tak payah ceritalah bab yang lain itu...malu bro.

Antihipokrit

abdullahngah said...

Qaseh bonda dan Kadir Jasin

Saya ada dengar satu hadis sama sama dia hadis atau tidak kena rujuk Dr Asri Zainal Abidin.

Hadis itu maksudnya: "Semua perniaga masuk neraka kecuali yang beriman dan bertakwa"

Barangkali semua perniaga marah dan tidak setuju.

Anonymous said...

Datuk, maaf nak jawab golongan taksub nik aziz dan pas.

Qasehbonda,

sikap hang menepati pepatah ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Hang dok mintak datuk kadiaq banyakkan pahala, jauhi dosa tapi hang pa sendiri buat dosa!

Nak tanya sikit, hang ada buat sedekah? hang ada perlu nak gaji 70 pekerja? hang ada kolum dan blog berwibawa macam datuk kadiaq?

Kalau hang tak dak semua tu, hang dok diam2 saja dan bagi ulasan yang lebih bernas. Jangan dok pandai tibai oghang saja. Kalau setakat blog yang macam hang ada tu tok sah dok eksyen lah!

Qasehayahanda

saji said...

Salam pakbelalang

Terima kasih kerana mengambil perhatian komen saya. Namun saya ingin ulas lanjut

1. Sdr kata, "Saya tak kira sama ada UMNO masuk PAS atau PAS masuk UMNO asal objectivenya satu, iaitu penyatuan ummah dan bersama-sama memertabatkan agama Islam."

Saya kata, dalam memberikan pandangan kita cuba elak suruh orang buat tafsiran itu ini dan suruh buat pilihan sendiri macam orang politik lakukan. Tentukkan yang terbaik dan sokong dengan justifikasi yang sesuai dan wajar di samping buat perbandingan mengapa ia lebih baik dari yang satu lagi.

2. Sdr kata, "Competition antara UMNO dengan PAS memang baik tapi patutkah kita ada "competition" demi untuk memperjuangkan agama Islam?"

Saya kata, gemilangnya tamdaun Islam silam kerana adanya compitition di kalangan ilmuan Islam ketika itu dari segi tuntutan agama melakukan ijtihad dalam komponen syariah,khasnya yang akhirnya membentuk 4 mazhab utama -Hanbali, Maliki, Shafie' dan Hanfi yang menjadi ikutan umat Islam yang ditinggalkannya hingga skarang.

Dan saya kata, perjuangan mempertahankan dasar Islam di nagara ini membabitkan kuasa melaksanakanya, khasnya dimonopoli oleh UMNO iaitu lawan compitition yang banyak kelemahannnya seperti bertentangan dengan amalan demokrasi Islam dari segi kebebasan melakukan ijtihad misalnya dan dibelenggu masalah produktiviti, kualiti dan inovasi. Begitulah negara2 Islam lain yang dikuasai oleh satu parti atau mengamalkan sistem beraja

3. Sdr kata, "Saya lihat competition yang sedia ada tidak memperlihatkan kearah kebaikan malahan memudharatkan perpaduan ummah."

Saya kata, compitition yang berkesan hanya akan berlaku sekiranya sistem dua parti tempatan berlaku nanti berdasarkan hujah saya di bawah perkara 2 di atas.

4. Sdr kata, "Ianya semakin kusutkan lagi ikatan silaturrahim antara ummah."

Betul. Tetapi tidakkah ia kesan daripada perjuangan mempertahankan dasar Islam tempatan yang dimonopoli oleh UMNO seperti dibincangkan diatas?

5. Sdr kata, "Pemimpin masing-masing cuba mempegaruhi rakyat untuk menegakkan siapa yang lebeh memperjuangkan dasar Islam."

Betul.

6. Sdr kata, "Akhirnya bercelaru pemikiran rakyat hinggakan tidak dapat memastikan yang mana dasar Islam yang patut diikuti antara dua parti ini."

Saya kata, antara sebab pemikiran rakyat bercelaru kerana UMNO dan PAS dari awal tidak menyediakan master plan yang menggambarkan rupa bentuk dasar Islam yang masing2 perjuangkan. Atau mereka terikat dengan gaya perancangan cara piece meal atau bahagian2 atau adhock.

7. Sdr kata, "I think there should be a win-win situation for both parties to compromise their principles and ideologies for the sake of Muslim unity."

Saya kata, penghalang utama kompromi ialah soal tuntutan pelaksanan hukum jenayah Islam -hudud. Kerana syariah Islam tidak ada kompromi dalam hal ini atas alasan ia berdasarkan nas al Quran.

Anonymous said...

Salam semua.Komen saya sebelum ini kena delete ke dato?.Tak kisahlah tu asalkan niat kita baikkan dato.Ingat mengingati sesama saudara amalan mulia.
Apa pun, semoga yang baik itu dijadikan tauladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan.
Tepuk dada tanyalah iman.Jangan pula tanya Aiman.Nanti dia kata Aiman tak kisah.

rakyat tak bodoh.

pakbelalang said...

Saji,

Hujah saudara ada substance. I respect your views.

I cannot elaborate further my view as I must admit I am not really competent in this subject and I do not want to ridicule myself something that I am not qualified to have serious intellectual discourse about Islamic issues.

My argument is based on my general perception and how I view the current political development which I don't expect others to agree or disagree with me.

It is my personal view. I might be wrong and I leave it to others free to interpret it.

Salam.

pakbelalang said...

Tun Mahathir kata membangkang amat mudah daripada mentadbir negara dan baru kini, pakatan berkenaan mula terasa kebenaran kenyataan itu.

''Mungkin 100 tahun lagi baru mereka faham bagaimana untuk mentadbir sebuah negara,'' jelasnya

comment:

Memang benar kata Tun M. Sudah nampak bahawa mereka memang tak pandai mentadbir negara.

Tapi ramai juga yang tidak dapat terima hakikat ini. Mereka maseh lagi cuba nak menafikannya dengan memberikan bermacam hujah.

HUSIN PAKTONGKO said...

Asm... Datuk
PAS pula dilanda krisis. Cukup dan lengkaplah parti-pasti politik di Malaysia ini menghadapi marhalah-marhalah yang sudah pasti akan diuji dengan mehnah-mehnah yang kelak akan mematangkan parti itu kelak. Harap-harapkan begitulah. Cakap TGNA ada betulnya. Kalau disemak kembali senario yang terjadi sebelum-sebelum ini, jelas perkara berunding dengan UMNO ini sudah tutup buku.Malah sudah dua kali dihebahkan yang tidak ada lagi perundingan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Hari ini dalam Berita Harian (28.10.09) sekali lagi dimuatkan yang Ustaz Hadi mengumumkan bahawa tidak ada lagi perundingan dengan UMNO atas isu Kerajaan Perpaduan.
Pimpinan PAS seharusnya faham bahawa isu kerajaan perpaduan ini sudah menjadi "kudis" yang kian merobok tubuh dan jasad PAS. Mungkin kekecohan di Selangor turut menjadi penyebab (kalau tak banyak pun, sedikitnya ada) kekalahan PAS di Bagan Pinang. PAS tidak perlulah berselindung menyatakan bahawa kawasan Bagan Pinang itu umpama Permatang Pauh
dengan Anwar Ibrahim. Itu alasan 'escapism" namanya. PAS perlu selidik kenapa pengundi India boleh "swing" semula kepada BN. Tidakkah isu kuil di Selangor ada sahamnya. Berapa kerat pimpinan PAS yang menyokong Ir. Khalid Samat menanngani isu ini. Terkial-kiallah YB itu seorang mempertahankan dasar Kerajaan Pakatan.
Berbalik kepada isu beberapa kerat pemimpin PAS yang kemaruk sangat hendak jadi menteri atau menteri besar. Kalau betul nak sangat ambil langkah umumkan pemindahan parti senang cakap. Macam UStaz Nakaie. Taklah kecoh jadi sampai bergegar jasad PAS.
Lagi satu hari ini kita lihat penyakit "hubbun dunya" dah mula melanda pimpinan PAS. Gaya hidup sesetengah pimpinan PAS dah ada gaya pemimpin-pemimpin UMNO. Mau ada kelas, rumah mau besar, bersikap apologitik tidak kena gaya dengan niat yang .... Tidak ada lagi gaya hidup kesedeharnaan, sikap tawaduk dan memikul amanah ALLAH.
Kalau beginilah gayanya suasana politiking dalam PAS,elok benarlah ALLAH datangkan satu kaum atau puak lain yang betul-betul ikhlas dalam menegakkan kalimahNYA. Lagi pun PAS sekadar satu wadah yang memperjuangkan Islam. Boleh jadi ibarat ular. Sementara hendak membesar dan matang ular akan bersalin kulit beberapa kali. Jadi tidak salah kalau pejuang-pejuang PAS boleh bertukar wadah kelak. Biarlah kapal PAS tenggelam kerana PAS tak mampu lagi untuk membawa muatan Islamnya, nakhodanya kian mabuk laut akibat lama belayar. Namun muatan Islam dan anak-anak kapalnya perlu diselamatkan.Ibarat kata salah seorang pimpinan PAS kalau betul hendak bersama UMNO, teruskan. Tentang diri "aku" biarlah "aku" bawa diri. Mungkin "aku" hendak cari bahtera penyelamat yang dimaksudkan itu

Yangretibase said...

Assalamualaikum Datuk AKJ dan semua,

Saya berpandangan bahawa 'faham agama' QasehBonda berada pada tahap yang cukup baik. Memang pendapatnya benar, Datuk. Manusia dicipta oleh Allah SWT untuk beribadat kepada-Nya. Dan
sesungguhnya, seluruh amal ibadat orang beriman itu merupakan perniagaan antara makhluq dengan Khaliq.

Sesungguhnya, Allah SWT sendiri yang telah menunjuk ajar kepada mereka yang beriman akan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan mereka daripada azab yang pedih. Sila lihat al-Quran: as-Sof: 10 - 13.

Bertambah lengkaplah pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Allah SWT kepada orang yang beriman apabila Allah SWT membeli diri orang yang beriman itu dan harta bendanya dengan bayaran syurga. Sila rujuk al-Quran: at-Taubah: 111.

Maha Suci Allah SWT. Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah SWT.

Wassalam. Tolong maafkan saya.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Dengan penuh keharuan, saya menyatakan rasa simpati saya yang amat sangat terhadap mereka yang membenci TG Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga tergamak menyumpah, mengutuk, mencerca, menghina, mencaci maki dan melabelnya sebagai haprak dan nyanyuk.
Saya hulurkan rasa kasihan belas saya terhadap anda kerana saya takut anda 'dianugerahi' dosa besar oleh Allah SWT dan mendapat kecelakaan di dunia yang fana ini.

Sebenarnya, tak kenal maka tak cinta. Saya cukup yakin, anda yang membenci TG Nik Aziz tidak kenal akan TG Nik Aziz dengan erti kata kenal sekenal-kenalnya. Oleh sebab itu, terlalu mudahlah anda membuat andaian yang melulu dan kesimpulan yang tersasar jauh. Anda tersalah
"baca" siapa TG Nik Aziz, lantas sewenang-wenang "menghukum" beliau.

Pada "bacaan" saya, TG Nik Aziz ialah seorang manusia yang menepati Firman Allah SWT dalam al-Quran, Surah al-Baqarah: Ayat 207 yang bermaksud "Dan ada sesetengah manusia yang menjual (mengorbankan) dirinya kerana mengharapkan keredhaan Allah, dan Allah pengasih kepada hamba-Nya".

Menurut "bacaan" saya lagi, TG Nik Aziz merupakan seorang ulama Rabbani yang setiap gerak-gerinya ditumpukan kepada Allah. Beliau pasrah dan berserah diri serta jiwa raganya kepada perjuangan membela Islam.

Beliau seorang insan mulia yang tiada berkepentingan peribadi. Kepentingan Islam itulah keutamaannya. Malunya hanya kepada Allah; beliau tidak malu kepada manusia. 'Marahnya' kerana Allah.
'sukanya' kerana Allah. Setiap 'pendirian' dan 'keputusannya' semata-mata kerana sayang dan cinta beliau akan Islam.

Dan oleh sebab saya juga mengasihi anda semua, maka saya dengan ikhlasnya menasihati anda supaya memohon maaf kepada TG Nik Aziz kerana keterlanjuran anda menyumpah maki TG Nik Aziz.

Wassalam. Tolong maafkan saya.

langitbiru said...

Bicara AKJ,Qaseh Bonda sedikit sebanyak telah dijelaskan oleh Yangretibasa.

Saya cuma tokok tambah Yangretibasa.

Perniagaan adalah salah satu sumber rezeki yang paling banyak dan paling menguntungkan. Kebanyakan orang-orang kaya, hartawan,jutawan , baik dari dulu mahupun sekarang adalah terdiri dari peniaga-peniaga. Ada yang membina empayar perniagaan yang cukup besar yang mampu membeli dunia dan seisinya dengan kuasa perniagaan mereka. Inilah kehebatan dan kekuatan perniagaan. Maka, beruntunglah mereka yang diberi kelebihan oleh Allah swt sebagai ahli perniagaan yang berjaya.
Allah swt juga mengambil ibarat perbandingan keuntungan perniagaan didunia ini dengan keuntungan perniagaan atau kejayaan di akhirat. Keuntungan perniagaan diakhirat ini diperolehi melalui “perniagaan didunia” yang telah mereka yang beriman usahakan semasa hayat berada di mukabumi Allah swt. “Perniagaan dengan Allah s.w.t” ini boleh kita faham janji-janji Allah s.w.t dalam beberapa ayat Al-Quran.

35:29 Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. (Surah Al-Fatir Ayat 29)

35:30 Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (Surah Al-Fatir Ayat 30)

langitbiru said...

Perniagaan yang dimaksudkan Allah swt adalah orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki kurniaan Allah swt. Keuntungan yang diperolehi diakhirat adalah pahala dan karunia Allah swt. Karunia siapakah yang lebih baik dari karunia Allah swt!

Allah swt bertanya kepada orang-orang yang beriman melalui ayat 10 Surah As-Saff,

61:10 Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Surah As-Saff ayat 10)

Perniagaan yang dimaksudkan Allah swt adalah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu sepertimana jawaban Allah swt kepada pertanyaanNya diatas dalam Surah As-Saff ayat 11.

61:11 (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, (Surah As-Saff ayat 11)

Seterusnya, Allah swt menjelaskan dalam Surah At-Taubah ayat 111 jualbeli Allah swt dengan orang-orang yang beriman yang mana keuntungannya adalah Syurga Allah swt.

إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (9:111)
• 9:111 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."

Jadi, bagi orang-orang yang beriman, mereka percaya yaitu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwaraga, beramal dan beribadat kepada Allah swt, selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Allah swt anugerahkan, dan berperang pada jalan Allah adalah “satu perniagaan” atau “jualbeli” dengan Allah swt yang sekali-kali tidak akan rugi dan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kita dari azab Allah yang pedih.

“Berniaga dengan Allah swt” ini tak perlu untuk kita tutup blog atau berhenti berniaga yang halal didunia ini, tetapi “berniaga” dengan Allah swt ini adalah amal ibadat semata-mata kerana Allah swt. Segala apa jua pekerjaan atau perniagaan yang didasari ketaqwaan kita kerana Allah swt adalah amal ibadat atau perniagaan kita dengan Allah swt. Perkara ini perlu kita lakukan secara berterusan atau istiqamah hinggalah degup jantung kita berhenti menemui Illahi.

Anonymous said...

DAKJ,

Nik Aziz: Alim, MB
Tetapi Bukan "Pakar"

Dalam bidang perubatan, kalau mukmin perlukan nasihat tentang kesihatan, pihak yang paling afdal untuk dirujuk bagi mendapatkan pandangan ialah doktor perubatan dan kalau melibatkan masalah yang lebih rumit maka ia akan melibatkan pakar itu dan ini tetapi bukan pak menteri kesihatan. Pak menteri ada peranannya tersendiri.

Dalam bidang pendidikan, kalau ibu bapa muslim mahukan pandangan mengenai apa yang terbaik untuk pendidikan anaknya maka pihak yang paling afdal di dengari nasihatnya ialah guru kaunseling bertauliah dan kalau perlukan nasihat yang lebih mendalam dan terperinci, berjumpalah dengan pakar kaunseling pendidikan bertauliah tetapi bukan menteri pendidikan. Menteri pendidikan ada peranannya tersendiri.

Dalam bidang politik, kalau mukmin ingin mendapatkan pandangan berhubung sistem demokrasi sesebuah negara makanya pihak yang paling afdal dirujuk adalah pegawai penerangan dan kalau perlukan penerangan yang lebih jelas dan berwibawa kenalah berjumpa dengan pakar perlembagaan atau perundangan negara tetapi bukannya pakar perlembagaan parti (politikawan). Politikawan ada peranan mereka tersendiri.

Dalam bidang agama, kalau ummah mahukan pandangan mengenai sesuatu perkara, menambah pengetahuan, meleraikan keraguan atau pengesahan, pihak yang paling afdal untuk dirujuk sepatutnya ikutlah tertib seperti yang di atas. Betulkan? Persoalannya apakah itu yang berlaku? Yang melata sekarang ini ialah masing-masing pihak mahu mengikut cara mereka sendiri.

Ini menampakkan, dalam konteks agama, mukmin tidak mencontohi trend sejagat walhal itulah trend yang terbaik. Kenapa? Ya, adakah kerana ketaksuban, kefanatikan dan semangat assobiyah berlebihan? Adakah kerana ummah terlalu mengambil mudah dalam mendapatkan pandangan dari segi agama hingga mereka berasakan sesiapa saja layak membicarakan aspek khusus lagi kompleks; ummah melihat sesiapa saja yang banyak memberikan ceramah makanya dia adalah pakar; dan mereka melihat sesiapa saja dari kalangan mereka yang menjadi ketua maka ia secara tidak langsung adalah pakar rujukan untuk segala-galanya?

Bukannya apa Dato, kalau melihat perkembangan yang menjurus kepada kekeliruan dan perpecahan sekarang ini punca sebenarnya perlu dikenalpasti dan itupun kalau kita berasakan yang kekeliruan berkenaan mahu rungkaikan dan ummah dapat terus bertaut. Cuba difikirkan sejenak apa yang ada di negara lain. Nah, mereka juga ada lebih daripada satu parti ummah tetapi apakah mereka berpecah begitu sekali?

Anak Bapak -- sering jumpa pakar

affendi hussain said...

Salam Dato'..

Berikut adalah beberapa fakta2 mudah kehidupan yg banyak manusia tak boleh cerna kerana minda serabut...

1) Taksub pemimpin adalah punca perpecahan ummah.. sedangkan Islam itu datangnya satu dari 1Tuhan 1Kitab & 1Nabi..lengkap & sempurna.. peliknya Islam zaman skrg ada banyak model & versi ikut kreativiti seolah2 produk asal itu cacat & tidak lengkap! Who reset those standards?

2) Umur tua subsidi bukan bermakna kena dok rumah gedegung-gedegang hentam dahi solat sunat byk.. Allah tetap tak subsidi tuntutan2 rukun2 lain mcm Zakat & Haji! Mana yg utama? Mana yg dahulu? Rukun atau sunat?

3) Tiada manusia yg maksum (perfect)..hanya "manusia contoh" saja sempurna untuk menjadi 'standard' yg disebut dlm al-Quran (Al-Ahzab:21) iaitu Rasulullah s.a.w..

if you follow someone you can never be ahead of that person....if you follow Allah s.w.t, then only you can 'mencarut'..but we are only mortal, which is which do we follow?

Jadi tak payah nak taksub kat 'ulamak' ..tiada yg 100% sempurna..whatever remaining product left in this 'akhir zaman' is just 50% or even less in terms of 'efficiency' (output/input) dah hampir 15 abad jauh kita dgn Rasulullah s.a.w

4) "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. " (An-Nahl:78)

- kita keluar kedunia sama saja..bukan kat dahi dah ada cap "ulamak" mcm birth right..apa kalian ingat org biasa luar sana tak mampu jadi setaraf atau lebih dari Nik Aziz?
Apakah al-Quran itu untuk bacaan, fahaman & fikiran "org2 terpilih" saja mcm agama Hindu khas utk si Brahmin dan org lain hanya ikut saja membabi buta?

Islam is not an entitled birth right.. there are standard to be complied called Rukun Islam i.e. something that got nothing to do with physical appearance, flag or branding whatsoever. Its the religion that practice knowledge & wisdom.

Mcm tagline IBM: Think!

Tagline kita pun sepatutnya:
1Tuhan, 1Quran, 1Islam..

p/s: Sesetengah manusia tgk perawakan mcm pijak semut pun tak mati tetapi lidah & lain2..Masyaallah! tetapi kalau dah 'cinta' tu racun pun jadi penawar, bara api digenggam rasa sejuk..itulah menifestasi taksub! ..no mortal is perfect unless you're an immortal..

Wallahualam


(",)

mardhiah said...

Salam Dato'

Lama tak menyibuk di sini. Busy & buat-buat busy. Went back to school.

Suka dengan idea Datuk Agama-Islam (PAS), Ideology-sosialisme (DAP) Liberalisme-hak Asasi(PKR). BN patut cilok idea ini jika mereka nak menjadi the longest serving parti in the world.


Sudah ada bayangkah pemain yang hebat dari segi kecerdikan, kecerdasan fikiran perancangan & pelaksanaan untuk merealisasikan pelan di atas? Dia bukan saja perlu cerdik dan cerdas, yang paling penting dia perlulah juga disenangi dan boleh diterima semua, macam Anwar Ibrahim. Datuk dah ada nampak orang yang sehebat Anwar?


Sebenarnya, I nak tergolek-telentang juga bila Datuk tugaskan DAP menganut sosialisme. Yang saya nampaklah aura kapitalis DAP lebih kuat dari UMNO.

Apapun I sinceraly hope (from the bottom of my heart) that PKR tak end-up macam parti Semangat 46. Saya ini tidaklah jahat dan nak sangat tengok bulan terbelah dua, Bulan ditodak roket ka. Tidaklah jahat dan busuk hati saya mau lihat kehancuran dan perpecahan sesama mereka.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).