Sunday, October 31, 2010

Hayati Titah Raja-Raja Melayu

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Mukadimah – Saya mohon para pembahas berhati-hati dan menghormati Institusi Raja dan undang-undang berkaitan, khasnya Akta Hasutan. Terima kasih.]

RAJA-RAJA Melayu telah menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan kontrak sosial.

Kontrak sosial, titah para Baginda, adalah hasil semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum serta dengan dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

Alhamdulillah dan junjung kasih kepada Raja-Raja Melayu kerana akhirnya bangun bertitah memerintahkan para pencabar dan pembenci Perlembagaan, termasuklah segelintir Melayu yang buta sejarah dan lupa daratan, agar memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) melaporkan hari ini yang “Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.”

Titah Keramat

TITAH Raja-Raja Melayu ini sangat penting dalam suasana di mana kontrak sosial semakin dipertikaikan, hatta oleh orang Melayu dan Bumiputera sama ada kerana mereka buta sejarah atau terbawa-bawa oleh liberalisme Judio-Christian Barat.

Lapor Bernama lagi: "Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui ini merupakan watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil.

"Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini."

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini hari ini (Ahad).

Bagi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengeluarkan kenyataan itu, memperakukan dengan jelas bahawa Raja-Raja Melayu sangat bimbang dan prihatin dengan cabaran terhadap kontrak sosial dan Perlembagaan yang semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar itu, mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Oktober lalu memandang berat trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.

Syabas Tuanku

TIDAK siapa dapat menafikan bahawa trend politik semasa, khasnya selepas kemerosotan teruk kuasa Barisan Nasional dan kemaraan parti-parti DAP, PKR dan Pas dalam pilihan raya umum 2008 serta kemunculan badan-badan bukan kerajaan yang ekstrem, sedang meniupkan angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan.

Menurut laporan Bernama lagi, mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara-perkara menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.

Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan itu juga, menyuarakan kebimbangan rakyat jelata terhadap keselamatan mereka memandangkan meningkatnya jumlah jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat.

Dalam konteks ini, kita mahu melihat bagaimana Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara yang baru, Ismail Omar, akan membuktikan kepada kita dan Raja-Raja kita bahawa mereka mengambil berat keselamatan kita dan KPI serta NKEA bukanlah kehambaran semata-mata.

Menurut kenyataan itu lagi, Raja-Raja Melayu bersama Yang Dipertua-Yang Dipertua negeri memahami serta menghargai usaha-usaha Kerajaan Persekutuan menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi sebagai rakyat jelata, kita wajib meminta kerajaan kita – Persekutuan dan negeri-negeri -- khasnya Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, memikirkan sedalam-dalamnya kemungkinan dasar-dasar, rancangan-rancangan, slogan-slogan dan pendekatan yang mereka lakukan adalah punca tercetusnya debat perkauman sekarang.

Menurut kenyataan itu lagi, Raja-Raja Melayu menitahkan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kerana setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara.

Setiap rakyat hendaklah terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan mengelakkan tindak-tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara, titah Raja-raja Melayu.

"Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara," menurut kenyataan itu.

Melayu Bersatu

RAJA-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu supaya bersatu padu dan tidak bertelingkah sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan negara.

"Pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermuafakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu," menurut kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika para pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung untuk bertelagah dan memilih untuk berselisih faham.

Itulah yang kita katakan selama ini. Orang Melayu wajib bersatu padu, berfikir serta bertindak di luar kerangka politik parti.

Namun ini tidak menafikan hakikat bahawa bangsa-bangsa lain -- Cina, India, Iban, Kadazan dan lebih 40 suku kuam yang tercatat dalam Perlembagaan – wajib juga dipertanggungjawabkan. Mereka juga wajib memikul titah Raja-Raja Melayu ini.

Keresahan orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera serta tindak balas mereka hari ini sebahagiannya berpunca daripada tindak-tanduk bangsa-bangsa lain yang cuba menuntut hak di luar Perlembagaan dan melanggar konvensyen.

Bernama seterusnya melaporkan: "Raja-Raja Melayu berdoa agar Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya yang berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera.

"Semoga Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala."

Peranan Media

SYABAS kepada akhbar New Sunday Times kerana menjadikan titah Raja-Raja Meleyu ini sebagai tajuk utamanya. Saya rasa kalau ada media massa yang tidak memberi keutamaan kepada titah Raja-Raja Melayu ini, ia berpunca daripada agenda sendiri atau kerana kepemimpinan mereka kurang peka mengenai sejarah.

Mungkin mereka tidak tahu bahawa perjanjian-perjanjian yang dibuat yang membawa kepada kemerdekaan negara dan lahirnya Perlembagaan Persekutuan adalah atas nama Raja-Raja Melayu.

Para Baginda kemudian mengamanahkan kuasa itu kepada kita selaras dengan sistem Raja Berperlembagaan. Maka jika kepemimpinan politik kita gagal melaksanakan tugas, kita dan Raja-Raja kita berhak mencuit bahu mereka dan berkata, kamu telah gagal melaksanakan amanah dan mandat kami.

Di Malaysia, macam-macam ada. Jadi marilah kita fikirkan bersama dan bertindak seperti yang dititahkan oleh Raja-Raja kita.

Kita tidak boleh serah bulat-bulat kuasa dan mandat kepada kepemimpinan politik kerana di mana-mana pun ada pagar yang makan padi dan Si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya.

Tetapi bila pemuka politik terjun sungai, ingatlah labu-labu yang dibawa bersamanya itu adalah milik kita bersama. Janganlah kita menyokong membuta-tuli kerana sokongan seperti itu akan membuat pembesar kita naik tocang dan akhirnya membawa rebah.

51 comments:

Anonymous said...

Daulat Tuanku!!

Yang peliknya, nak mengaku Malaysian, tapi tak reti nak bertolak ansur. Sesiapa yang sibuk-sibuk memperikaikan hak istimewa Melayu dan jika tak suka, dipersilakan migrate ke negara lain. Ini MALAYsia.

Lagi kurang orang sebegini, lagi aman Malaysia. I guess if you migrate, Malaysia does not miss you at all.

Thibbs Kid

NGINAP SRENGENGE said...

salam dato'

payah dato' , perintah tuhan pun depa bubuh di belakang.

rakyat dan pemimpin pun sama.

abdullahngah said...

Siapakah yang resah dan bimbang dengan perkembangan politik akhir akhir ini?

Sudah tentu para pemimpin Melayu yang berada didalam umno.

Mereka resah dan bimbang dengan isu bahawa puterajaya akan diduduki Pakatan Rakyat (PR) selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Oleh itu raja raja telah menitahkan agar orang Melayu bersatu padu berdasar persaudaraan islam.

Yang saya nampak bukan Melayu akan hilang kuasa apabila PR memerintah negara, kerana berasas demokrasi yang diamalkan sejak sekian lama.

Jika kerajaan yang akan memerintah negara ini selain dari UMNO/BN menjadi realistik Perdana menteri dan pasti orang bukan Melayu.

Inilah yang membuat perdana menteri dan raja raja Melayu resah gelisah lantas menitahkan agar orang melayu mesti bersatu padu, terutama sekali dtujukan kepada orang melayu dalam umno,PAS dan parti Keadilan rakyat.

Apa yang boleh kita lakukan sedangkan negara ini adalah sebuah negara yang berasaskan demokrasi beparlimen yang mana majoriti menjadi penentu sesebuah parti menjadi pemerintah.

Perlembagaan negara tidak ada sebarang akta atau seksyen menghlang mana mana parti menjadi kerajaan jika menang dalam satu satu pilihanraya umum yang ditetapkan.

Kita percaya dan yakin orang china yang berpecah menubuhkan gerakan, DAP dan parti China baru yang ditubuhkan baru baru ini selepas MCA sebagai strategi yang startegik untuk memnerintah negara ini.

Keresahan dan kebimbangan yang begitu ketara bahawa orang China di negara ini sudah berubah angin dari memberi sokongan pada UMNO/BN kepada PR bukitnya dalam pilihanraya umum ke 12 lepas.

Peratusan daftar mengundi yang berlaku sekarang ini menunjukkan orang china lebih agresif berbanding orang Melayu yang menjadi punca kebimbangan datuk Seri Shafie Afdal Naib Presisen UMNO diluahkan sewaktu menggulung perhimpunan agung umno ke 63 lalu.

Perkembangan ini suatu yang sahih bahawa puterjaya akan diduduki oleh parti lain bukan lagi UMNO/BN. Jadi senjata yang besar untuk menyelamatkan Umno ialah raja raja Melayu dan naungannya.

ab said...

Salam dato,




Titah Raja Raja Melayu itu adalah sebaik baik titah, yang perlu di ikuti semua yang waras....




Lebih baik jika Raja Raja Melayu mempertitahkan secara KHUSUS PERKARA INI kepada SEMUA AHLI AHLI POLITIK di negara ini.....



SETIAP KALI PEMIMPIN POLITIK BUAT HAI..mesti ada haru biru olih pengikut/ahli ahli parti politik....kerana BILA PEMIMPIN POLITIK JADI BATU API, ahli ahli jadi tukang kipas,rakyat melatah, semua mengelabah!....



Takat ni takat cakap macam tu macam ni,torak sana sini,demo sana sini..., dah tu simbah cat sana simbah cat sini,sat lagi cucuh rumah tu rumah ni, lepas tu tikam orang tu tikam orang ni,lepas tu ramai ramai bunuh sesama sendiri.......YANG PEMIMPIN POLITIK CABUT PI KAT KEDUTAAN ASING KA,KAT NEGARA LAIN KA.. minta suaka politik... kata gomen nak bunuh dia ka,nak jil dia ka, dll!.. ota sampai mampuih...


YANG TERSEKSA IDUP nanti ialah kita semua rakyat biasa.....!



INGAT LA SEMUA... belum ada lagi kisah bangun pagi kita tak bolih pi kerja,jalanraya kena tutup,kena ada permit nak pi mana mana, kena ada pas beli beras pas beli gula pas beli garam dll, takdak gaji cuma kopon beli tu kopon beli ni,
sekolah pakai cikgu askar,tampaq muka kalu tak ikut arahan,ada yang tak makan, duit tak laku dll.....


WALAU APA PUN, ekonomi rumah tangga rakyat terbanyak masih elok juga,(kecuali yang baloq liat sangat atawa kaki utang keliling pinggang), kemudahan cari rezeki, penjagaan kesihatan kita, keselamatan rumah tangga dan masyarakat,kemudahan untuk idup sederhana MASIH TERBAIK TAKAT INI!



BELUM SAMPAI KITA NAK TIDOQ TAK LINA TAKUT ORANG MAI bunuh ahli keluarga,rompak rumah,bakaq rumah...kena giliaq berjaga malam kat rumah...kena sorok barang makanan takut kena romapak dsb....



ELOK SUNGGUH kalu melapangkan dada sat,meluaskan fikiran sat ni....dok diam diam sat, ingat macam mana kalu rumah kita ni kat tepi gunung merapi atau kat kepulauan marawai.......!!



BERSYUKOQLA DENGAN YANG ADA, yang DIJANJIKAN TU ADALAH ILUSI...ilusi selalu tinggai ilusi... jangan ligan ilusi..




PALING PENTING jangan sentiasa berdelusi dengan berbagai ilusi!...


RAMAI YANG AKAN MATI BERAGHAAN.....


Abu Bakar Ab Rahman

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

Mereka akan cakap Singapura pun ada Perkara 152.

Lagi satu, susah kalau mereka rasa titah Raja kita tidak cukup keramat. Mereka tunggu Ken Arok dari Tumapel. Sapa Ken Arok ni? Anak Raja yang lalu celah kengkang gundik ka?

langitbiru said...

Tok,

Kalau Pemimpin UMNO hayati betui-betui TITAH DULI, takkan terjadilah Brikfeilds BERTUKAR jadi Little India! Tak gitu Dato'?

DAH la tu, panggil Mahmohan Singh lagi pi "rasmi" Little India!!!

Saya dok pikiaq lah, kalau Kerajaan PR buat gitu, "PECAH" satu Malaya dibuatnya!!!

Anonymous said...

Dato',

Kegusaran raja-raja melayu tulah sebenarnya kegusaran orang-orang melayu sekarang. Kegusaran tentang kedudukan generasi kita pada masa akan datang. Saya rasa kita tidak boleh mempersalahkan orang bukan melayu semata-mata. Pada saya masalah ini timbul kerana masalah pembesar melayu yang rasuah. Dari zaman penjajah dulu sampailah sekarang ianya masih tetap tidak berubah.

Saya kadang-kadang tidak faham dengan cendikiawan melayu yang terus memutar belit fakta bagi menyokong pemuka-pemuka melayu yang rasuah tersebut kononnya tanpa mereka hak-hak keistimewaan melayu akan pupus ataupun terus mempertahankan parti yang diwakili pemuka berkenaan dengan alasan parti tak salah yang salah adalah pemuka tersebut. Alasan ini yang menjadi candu kepada orang-orang melayu yang terus mempertahankan perasuah-perasuah ini, yang pada hakikatnya terus menggadaikan kepentingan orang-orang melayu yang semakin hari semakin susut. Sebab apa perkara seperti ini terjadi? Kerana secara keseluruhan semua bijak pandai melayu yang ada kesedaran terus dibuai dengan kepentingan perut mereka sahaja tanpa memikirkan apa akan terjadi kepada jenerasi melayu pada masa akan datang.

Orang yang betul-betul sedar dan tidak mempunyai kepentingan diri tidak ramai, jadi sukarlah bagi mereka untuk mengubah lanskap politik negara. Jika mereka menyokong pembangkang, mereka dikatakan pengkhianat kepada orang-orang melayu. Betulkah begitu dato'?

Keadaan terbaru Dato' banyak kawan-kawan saya yang menjadi consultant sekarang ini sukar untuk
mendapat projek-projek bagi syarikat mereka kerana kebanyakan projek sekarang diberikan kepada syarikat-syarikat bukan melayu dengan sokongan kuat isteri pemuka melayu - mungkin ada udang disebalik mee dato'. Jadi bagaimana
orang melayu nak bergantung kepada mereka-mereka ini. Harapkan pagar, pagar makan padi. Laungan untuk menegakkan hak ketuanan melayu hanya hadir dalam perhimpunan saja dato'! Yang lain semua hancur dek ketamakan perut sendiri tanpa memikirkan kepentingan bangsa melayu pada masa akan datang.

Boleh dato' ulas sikit mengenai perkara?


Malayu Sejati.

ORANGUTAN PENANG said...

TOK KADIAQ

WHEN THE GOING GETS TOUGH,THE TOUGH GETS GOING.

Lets keep up the pressure Tok.Biaq cakap jadi bikin.

tq

bat8 said...

DAKJ

Tempat paling ideal untuk memulakan perpaduan melayu adala di Kelantan. langkah yang pertama adalah mengembalikan duit royalti minyak kepada rakyat kelantan. Soal keadilan membahagi-bahagi bantuan kerajaan seperti baja, rumah PPRT dsb perlu juga dibuat tanpa mengira parti.

Kedua, bawa pembangunan kepada negeri kelantan, kerana 98% rakyat kelantan adalah orang melayu.kOrang kelantan juga orang melayu rakyat malaysia, bukan orang melayu rakyat Thailand.

Ketiga, pemimpin UMNO(Baru) pusat atau negeri, hentikan politik balas dendam. Sebaliknya hulurlah salam silaturrahim. Orang melayu kelantan bukannya jenis pendendam. Jika kita berlembut, bersikap ikhlas, depa 10 kali lagi lembut dan ikhlas.

Kalau kita bersikap gedebe, samseng, depa 10 kali lagi samseng dan gedebe. kalau nak bermusuh, depa xkan berundur. Susah xpe..mengalah tidak sekali!

Kalau setakat kerana tersepit, tiba-tiba sedar akan kehilangan kuasa, maka cuba menghulur salam perpaduan olok-olok, rasanya seruan itu tidak laku di kelantan.


bat8

Anonymous said...

Sistem apa sekalipun bukanlah jaminan sesebuah negara akan aman, rakyat mendapat keadilan dan pembangunannya adalah pesat.

Komunis Soviet juga akhirnya tidak lagi digemari rakyat kerana tidak mampu memenuhi cita-cita dan janji yang asal itu.

ATAS PAGAR

Anonymous said...

Salam Datok KJ
Sepanjang pengamatan dan pembacaan saya, tidak ada pun bangsa selain bangsa melayu yang pertikai hak dan kedudukan raja-raja melayu. Entah apa yg tak kena dengan kumpulan melayu yg buta sejarah memainkan isu2 sebegini dek kerana takut hilang kuasa mengurus harta negara dengan caranya. 53 tahun merdeka, belum berhasil menyatukan melayu, apatah lagi nak menyatukan semua kaum. Cina, India dan lain2 bangsa migran tak berniat pun untuk mengganggu gugat kedudukan raja2 melayu dan apa2 yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan, malah mereka akan lebih menjaga insitusi2 ini. Yg pernah berkuasa sahaja akan takut kehilangan dan bimbang kesusahan yg dibayangkan anak cucu mereka yg terpaksa ulang alik beli ubat nyamuk, pikul sekerap dan hidup seperti marhaen lain. Kalau boleh mahukan generasi mereka hidup seperti mereka, sambil berjawatan dan memberi khidmat secara potfolio, sambil menelan khazanah negara secara profesional.
Datok sendiri tahu, tapi buat2 tak tahu kerana tak banyak pun sikit datok KJ juga punyai sedikit kepentingan dan saham sebagai upah mengadu domba isu dendangan sendiri. Buat pengisian perutcukup untuk tidak perlu motong getah seperti rakyat di Pendang. Kalaulah 18 tahun dulu Datok KJ peka, nescaya Tun M akan kecut perut dan ampunya parti sure buat egm pecat Tun Mahathir kalau betulnya ikhlas melayu nak jaga raja. Dimana Datok KJ ketika itu. Manusia Generasi Y dan Z lebih berfikiran dan bergeliga daripada gengerasi emas. Datok KJ bercakap la atas rasional, ikhlas.
Kadang2 saya pening dengan sikap hipokrit, Calun Batu Sapi yg tak reti melayu pun nak dipilih. Kalau rasa melayu tergugat, pilihlah calun melayu dan isi dalam Parlimen.
Walaupun saya miskin, teringin juga jadi kaya cara cepat, tapi saya benci hipokrit, begitulah raka2 saya yang lain dari kalangan bukan melayu. Kembalilah kepada realiti hidup. Jangan hipokrit, jgn tipu, jgn ugut kaum sendiri.

MAD Baling

Haji Salim said...

Dato Kadir,

Saya baru habis minum teh tarek dengan orang kuat PAS dan PKR.Bagi mereka Titah Raja Melayu in merupakan satu tindakan desperate UMNO.Mereka berkata yang UMNO ini bagitu takut akan kehilangan kuasa sahingga sanggup mengununakan Raja2 Melayu untok mengukohkan sokongan orang Melayu kapada UMNO.

Saya setuju dengan pendapat itu.Saya rasa titah Raja raja ini memang tidak perlu.Kedudokan raja Raja Melayu sudak termaktub dalam Perlembagaan.Jika PAS dan PKR memenang dalam Pilehan raya kedudokan merekatidak boleh di persoalkan..

Jika ada orang mempersoalkan kedudokan hak istimiwa Melayu dan ugama Islam undang2 kita sudah jelas.Saya tidak percaya pergadohan antara kaum akan berlaku sebab apa yang di tuntut oleh mereka ia lah keadilan.Kenapa Kerajaan Panic.

Orang Cina dan India memang bertekat untok menjatohkan Kerajaan UMNO.Orang PAS marah kapada Kerajaan UMNO kerana soal corruption,salah guna kuasa,pembaziran dan Ria.

Apa yang berlaku di Perak dan campor tangan Sultan untok menegakkan kerajaan BN memang tidak bagus.Bagitu juga dengan Selangor.Di Kedah nasib baik kita mempunyai Sultan yang waras.

saji said...

Sdr Melayu Sejati

"Keadaan terbaru Dato' banyak kawan-kawan saya yang menjadi consultant sekarang ini sukar untuk
mendapat projek-projek bagi syarikat mereka kerana kebanyakan projek sekarang diberikan kepada syarikat-syarikat bukan melayu dengan sokongan kuat isteri pemuka melayu - mungkin ada udang disebalik mee dato'. Jadi bagaimana
orang melayu nak bergantung kepada mereka-mereka ini. "

Komen:

Yang saya tahu, projek kerajaan dimestikan melantik consultant milik 100% Melayu atau status bumiputra iaitu 55% Melayu dengan 45% bukan Melayu, bagi projek mega, setidak-tidaknya.

Sdr dan kawan2 consultant mungkin tidak menyedari bahawa penggunaan kontrak pembinaan Design and Build atau Islamnya jenis bentuk al-Istisnaa'/Tempahan merupakan satu 'lubang ketirisan' dalam pelaksanaan dasar kerajaan (oleh kerajaan UMNO/BN) dari segi menjaga kepentingan hak orang Melayu tentang bagaimana sistem kontrak pembinaan yang dipilih oleh agensi pelaksana kerajaan dan GLC memberi ruang pakej consultantnya tertiris kepada consultant bukan Melayu.

Percaya atau tidak, itulah sistem kontrak pembinaan yang akan digunakan bagi pelaksanaan projek2 mega di bawah Program Transformasi Kerajaan UMNO/BN.

Bukan Merapi said...

Bapak Kadir
Saya kira antara yang paling banyak menimbulkan isu perkauman yang di beri label atau brand perpaduan dan berbilang kaum adalah mereka yang menerajui DAP. Sudah sekian lama mereka mempertikaikan kewibawaan institusi yang rata-rata diterajui Melayu contohnya kepolisan, dan perkhidmatan awam.
Umno pula dijadikan puaka. Apakah ini yang dimaksudkan Inggeris sebagai "demonisation" saya kurang pasti.
Saya melihat akhbar New Straits Times yang suatu masa diterajui Bapak Kadir terus dengan sifat persaudaraan mengajak watak-watak seperti Lim Kit Siang membicarakan dengan ikhlas isu-isu yang menghimpit negara. Kenapakah DAP terlalu asyik menuduh siapa saja yang beri pendapat mengenai Melayu sebagai "racist"?
Saya paling sedih sifat Melayu yang menyokong DAP dan PKR. Mereka boleh menyokong mungkin ingin menjatuhkan Umno dengan apa cara sekalipun. Tetapi mereka harus berani dan lantang menegur kerakusan tokoh-tokoh politik dalam membantai Melayu; sebenarnya tidak perlu dan tidak ada pun isu perkauman jika tidak di dendangkan oleh ahli politik sebegini.
Saya yakin sekiranya UMNO kukuh, dan akhbar seperti Utusan Malaysia dan New Straits Times menjadi sandaran kita, makanya kendur lah bahang perkauman.
Mereka yang menyokong DAP dan Tian Chu serta Teresa Kok harus bertanya pula siapa yang menaja Malaysian Insider dan Malaysia Kini.
Inilah punca permasalahan negara. Agenda yang di reka cipta DAP dan konco2 mereka dicanang oleh Insider dan MalaysiaKini; biarpun penipu dan pembelit, newsportal mereka harus dibenarkan hidup dan segar memberikan pendapat dan berita yang taksub pembangkang dan DAP.
Inilah nilai tolak ansur yang kita harus semai. Tetapi jangan sesekali terpengaruh dengan agenda mereka.

saji said...

Salam Dato' dan rakan pembahas

"Tetapi sebagai rakyat jelata, kita wajib meminta kerajaan kita – Persekutuan dan negeri-negeri -- khasnya Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, memikirkan sedalam-dalamnya kemungkinan dasar-dasar, rancangan-rancangan, slogan-slogan dan pendekatan yang mereka lakukan adalah punca tercetusnya debat perkauman sekarang."

Komen:

Dalam Islam, masalah hanya boleh diatasi jika si penyelesai masalah dapat mengenali pasti punca yang menyebabkan sesuatu masalah berlaku.

Kalau kita, sebagai penyelesai masalah, begitu pasti dasar 1 Malaysia DS Najib sebagai punca yang menyebabkan bertiupnya angin perkauman yang mencabar kedaulatan Perlembagaan hingga menjadikan Raja-Raja kita begitu bimbang sekali terhadap keselamatan negara akhir2 ini, kita hanya perlu memberitahu Raja-Raja kita supaya segera mendesak DS Najib memberhentikan dasar 1Malaysianya itu dan bukannya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara yang baru, Ismail Omar, bertindak terhadap orang2 yang disyaki meniup angin perkauman itu.

zainal abidin awang kechik said...

TAHNIAH TOK..tepat,padat dan berilmu..

'YA ALAH SEJAHTERAKAN LAH A KADIR JASIN DAN KELUARGANYA..DEMI KESUCIAN KOTA MEKAH INI..KABULKAN DOA KU"

Amin

Tinta Hitam said...

Raja Raja Melayu adalah neutral dan diatas fahaman politik.Tuanku Tuanku bukan shj neutral tetapi perlu dilihat sebagai neutral

Anonymous said...

DAKJ,

Kontrak sosial nampaknya tidak menghalang mana-mana kaum untuk berjaya dan menongkah arus globalisasi. Sebaliknya negara yang tidak memetrai apa jua kontrak sosial (negara-nagara jiran contohnya) tidak juga mendapt jaminan yang mereka akan berada dalam keadaan aman dan progressif.

Tindakan afirmatif yang diterima oleh sesuatu kaum bukanlah penghalang untuk kaum itu berjaya setanding dengan kejayaan mereka yang tidak menerima program afirmatif. Contohnya, Melayu PKR yang menolak skim afirmatif tidak juga nampak lebih berjaya dari Melayu yang menerima pakej afirmatif.

Begitu juga mereka yang telah memiliki kelebihan itu dan ini, tidak akan terhalang pencapaiannya waima tanpa adanya pakej affirmatif tadi. Contohnya DAP yang tidak menerima faedah langsung dari tindakan afirmatif tidak pula tercicir di belakang mereka yang menerima faedah dari tindakan afirmatif (MCA).

Dulu-dulunya feudalisma mutlak dihentikan dan digantikan dengan lain-lain sistem kerana terdapatnya 'kambing hitam' dalam kalangan negara yang mengamalkannya hinggakan 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. Namun, feudalisma tidak pupus sebaliknya ada negara feudal yang berada jauh di depan dari segi kemakmuran berbanding negara yang telah menamatkan sistem berkenaan.

ALPASIKU

pakbelalang said...

Bangsa lain bukan "pekak, buta dan bisu" tapi sengaja buat "pekak, buta dan bisu" tentang perlembagaan negara.

Sebenarnya mereka sedang mencari jalan bagaimana nak buat orang Melayu "pekak, buta dan bisu"!!

Apabila orang Melayu dah "pekak, buta dan bisu" dan dah tak tahu kemana arah mereka nak tuju, terombang ambeng tanpa pedoman kerana dah berpecah-belah maka itulah masanya nanti mereka akan meraih segala keuntungan untuk bangsa mereka.

Orang Melayu akan terlopong dan melopong akibat dari kebodohan dan kesombongan mereka.

La talila tam plong !! Tipah tertipu lagi !!!

puaka said...

Kena ada pendekatan drastik untuk menoktahkan hal 'mencabar kedaulatan' ni..

Saranan saya...sumbat ke ISA..jgn lepas lagi dia tak serik!

Anonymous said...

Bukan tujuan saya hendak merendahkan taraf Raja-Raja Melayu tetapi saya rasa kebanyakan rakyat Malaysia tidak pernah (dan tidak akan) peduli tentang titah RRM. Pada mereka RRM hanyalah institusi yang menghabiskan duit rakyat, yang tiada kena mengena dengan mereka kecuali untuk mendapat cuti umum sempena hari keputeraan. Jadi saya rasa perpaduan Melayu tidak mungkin akan berlaku.. PAS, UMNO, PKR tidak mungkin bersatu hanya kerana RRM menitahkannya.

Malaysian Malay..

Anonymous said...

A very poignant and a moot point Dato'. But there will not be results as you have wished for. This is simply because even the Malay political leadership do not know and do not understand history. The Chinese like me and other non-Malays, though we understand history, have little role here.

They Malays and their political leaders must first understand that the real power is with the Malay Rulers. It was to the Malay Rulers that the British returned the country. As you rightly pointed out, that power is shared with the people through their leaders.

But with the Malay leadership seen as failing, and the sanctity of the Constitution challenged, the Malay Rulers have no choice but to speak up. I think the Malay masses who support the Malay political leadership will shift their support to the Malay Rulers if the mass media reports and discusses the words of the Malay Rulers. But they will be stop by the political leaders who have control over them.

Sad, but it is true that we Malaysians will continue to repeat past mistakes because we ignore history.

Historian
Kuala Lumpur

mack said...

ASSALAMUALAIKUM DATO AKJ SEMOGA SENTIASA DI KASIHI ALLAH..Titah RAJA2 melayu kepada semua orang2 melayu soal nya siapa yang ambil tahu titah ucapan tersebut cuba dato fikirkan nya.Orang2 melayu secara majoriti nya tidak mengindahkan titah ucapan tersebut kerana sudah muak dan jemu dengan pertelingkahan politik yang tidak ada penghujung nya semenjak kes DATO SRI ANWAR IBRAHIM pada tahun 1998 hingga kini bagaikan tiada kesudahan nya.Apakah perubahan lanskap politik akan membawa kehancuran bangsa melayu atau pun sengaja perkara ini hanya momokan dari parti politik yang pasti akan di tolak oleh rakyat dalam PRU 13 nanti.UMNO perlu jujur dan ikhlas dan jangan jadi talam dua muka macam2 dalam era umno yang dilakukan menjurus kepada merugikan orang2 melayu akta kanun tanah negara...kekebalan raja2... dan macam2 lagi akhir nya memang benar kalau orang melayu merempat di bumi sendiri adalah kerana UMNO..Maka titah ucapan tersebut juga hendaklah di hayati oleh para pemimpin umno dan bn juga...sekian dato wassalam...

A KADIR JASIN said...

KATA PUTUS

1. Minta maaf dan minta faham. Kita nak bincang dan bahas titah Raja-Raja Melayu, bukan nak kutuk Umno, Pas, PKR, DAP atau mana-mana parti;

2. Saya mintalah, jangan fanatik sangat pasal parti;

3. Saya akan buang komen daripada sesetengah pembahas yang tak langsung peduli tajuk, sebaliknya mereka ini mengambil peluang menggunakan semua posting untuk menghentam parti lawan dan memuji perti sendiri;

4. Mintalah bincang ikut tajuk. Kurangkan potong dan tampal propaganda parti;

5. Macam mana nak perkayakan minda kalau terikat dan tertambat dengan politik kepartian yang sempit dan taasub.

6. Saya pun dah fed-up. Maaf cakap.

Terima kasih

Anonymous said...

Ybhg Datuk A Kadir jasin,

Saya ingin memberi pandangan sedikit tentang penggunaan istilah RAJA- RAJA Melayu. Istilah ini telah digunakan sejak dari dahulu lagi.

Istilah ini menjadi terlalu khusus seolah-olah raja-raja itu untuk orang melayu sahaja. Sedangkan raja sesebuah negeri itu adalah raja kepada seluruh rakyat negeri berkenaan. Daulat Tuanku.

Kita mahu satu raja sahaja. Tidak ada raja Cina atau raja India atau raja Kadazan. Mohon perkenan. Daulat Tuanku.

Melayu Lama

Anonymous said...

Sdr Saji,

Terima kasih diatas info yang diberikan. Tapi projek yang saya maksudkan adalah projek-projek PFI yang besar-besar. Kebanyakan konsultansi diberikan kepada kaum mereka.

Dalam keadaan kedudukan kewangan kerajaan sekarang projek macam inilah yang banyak dilaksanakan. Adakah mungkin orang melayu tak mampu melaksanakan projek sebegini? Bagi saya ada orang melayu yang mampu, tapi orang yang akan meluluskannya sukar untuk mendapat manafaat peribadi masing-masing daripada mereka.

Melayu Sejati.

mack said...

Orang melayu kaya budi bahasa kaya pula dengan tatasusila nya saya memohon maaf kepada dato sekira nya komen saya ada yang menyinggung perasaan dato....bukan maksud saya hendak melibatkan parti tetapi apa yang berlaku adalah dimulakan oleh parti2 politik di negara kita sehingga gagal melindungi kedudukan instiusi yang paling di hormati de negara kita....harap2 para pemimpin sedar dan toleh balik kebelakang sebelum menjadi hancur apabila sampai ke PRU 13 nasi sudah jadi masih boleh dimakan tapi jika sudah menjadi pasir....sudah tidak berguna lagi..wassalam..

ORANGUTAN PENANG said...

Penyokong tegar BN/PR,

HABIS LAH PADI DITELAN PAGAQ,
MARAH NYAMUK KELAMBU DIBAKAQ,
CUKUP LAH TU JANGAN KETEGAQ,
TAKSUB PARTI MEMANG MANGKAQ.

TQ

pakbelalang said...

Historian,

It is easy to pin-point at others and blame the Malay political leaders. Reflect yourself and look around your Chinese political leaders who are shrewed to continue whispering, clamouring, harping and instigate their race on the Constitution. Whatever being enshrined in the Constitution is being manipulated by the Chinese leadership particularly the DAP in the name of equality, human rights, rule of law blah, blah, blah.......

That is a fact. Keep on harping to get what you want!!!

abdullahngah said...

Maaf dato'

Ada beberapa orang kawan lama saya bertanya pasal Dato'.

soalannya berbunyi" Dato' Kadir Jasin ni orang apa?"

Kenapa? yalah tulisannya kadang kadang hentam umno.

Dato' Kadir tak hentam umno. Dia kritik.

Kena ingat hentam lain kritik lain.

Saya tengok dia cukup marah orang hentam umno dia suka jika mengkritik umno.

Kesimpulannya, Dato' Kadir Jasin syah orang umno. Sama jadi ahli atau tidak saya tak tahu.

Ooo Ya ke...

Bagi saya dia adalah seorang orang umno gemar mengkritik agar umno jangan lupa dengan dasar yang diperjuangkan selama ini.

Kawan saya belum boleh menerima bulat bulat akan cop saya pada Dato' Kadir kerana kebanyakan tulisannya tidak mengambarkan yang dia adalah umno.

affendi hussain said...

Dato AKJ..

Ceritanya Raja-Raja..tetapi keluar jugak gambar keris, bulan & mata..

Dato' kena byk bersabar melayan kerenah OKU & SPASTIK...kalau darah muda mcm saya tak boleh ikut, agak mudah menggelegak..skali cakap tak faham, 2x masih lagu tu, 3x cakap dok berkokok tinggi lagi walhal ekor penuh tahi..

memang kena punggai kepala sampai melambung ke pucuk petai lah akhirnya...taksublah katakan..otak dah flush lubang jamban..ikut saja doktrin ketua hatta yg perangai syaitan atau kawan dgn syaitan..

Dato' kena faham tahap intelek puak2 ini..itu saja modal mereka..di kitar semula berkali-kali..mana ada idea sendiri..zombie! celik mata jer kepala bedengung berasap hal lawan punya parti..bukan soal hakikat dunia nyata, fakta & realiti..

ini rumah Dato'..selagi mana mereka belum kurang ajar boleh jadi tetamu..kalau lebih Dato' sepak saje keluar biar dia menyalak di blog lain..

tak perlu rasa bersalah atau serba salah..salakan mereka takkan buat blog ini rebah..

wasalam

("/)

Shaharudin said...

Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, mungkin slogan "Muhibah" adalah lebih baik dari "1Malaysia". Bagaimana hendak menyatukan pelbagai kaum, sedangkan Allah telah menjadikan manusia ini berkaum-kaum. Maka lebih baiklah kita kenal-mengenali, hormat-menghormati akan peranan dan kedudukan masing-masing. Itulah yang dimaksudkan dengan sebutan 'Muhibah'. Raja-Raja Melayu adalah penaung utama bagi negara ini dan mesti memainkan peranan agar rakyat Malaysia hidup secara Muhibah.

wan persie said...

As Salam,

saya setuju dgn peringatan Raja2 Melayu itu, tapi ingin menambah beberapa perkara yg saya rasa perlu diambil berat oleh Majlis Mesyuarat Raja2 juga:

1. Badan Kehakiman negara yang kelihatannya lesu, tidak adil dan dipandang rendah oleh warga Malaysia and masyarakat dunia.

2. Badan-badan penting kerajaan sepeti PDRM, SPRM, SPR, JPN, Jabatan Peguam Negara dan lain-lain yang tidak effisyen dan terpalit dengan korupsi, salahgunakuasa, penyelewengan dan sebagainya.

3. Wang rakyat yang dibazirkan dan tidak diuruskan dengan amanah, berhemah dan cekap sebagaimana yang dilaporkan oleh Laporan Jabatan Audit Negara sejak bertahun-tahun lagi.

4. Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pemimpin2 yang korup, rasuah, salahguna kuasa, pecah amanah yang kesannya dirasakan oleh rakyat keseluruhannya dan mampu memusnahkan negara kita..

sekian

mtgbertam said...

Dato',

Kot2 dato' tak dan baca, saya paste di sini artikel Dr Aziz Bari, rencana dalam akhbar Sinar edisi Selangor 011110 )1/11/2010). Untuk makluman dato', umat muda melayu amat menyetujui pendapat ini, bukan kerana tidak faham sejarah tetapi dah meluat dengan UMNO/BN.

Perlu yakinkan rakyat 'atas pagar'
Oleh - Abdul Aziz Bari


Setelah lebih 10 tahun menjelaskan bahawa peruntukan mengenai Islam dan Melayu tidak boleh dipadam oleh Parlimen kerana kuncinya terletak di tangan Majlis Raja-Raja, saya tidaklah terlalu gembira apabila ia akhirnya disebut Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, dalam perhimpunan agung parti itu bulan lalu. Hal tersebut disebut dengan jelas oleh Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan. Ketidakbolehan itu juga boleh dikaitkan dengan Perkara 38 (4). Jadi pada saya tidak ada yang baru atau menarik dengan kenyataan Najib yang disambut dengan riuh-rendah oleh akhbar-akhbar perdana.

Malah dengan segala ketakutan apa yang dibawa UMNO dan Perkasa sejak Mac 2008, apa yang disebut oleh Najib itu semacam pengakuan bahawa mereka telah mengelirukan rakyat selama ini. Dalam tempoh itu mereka cuba menakut-nakutkan orang Melayu bahawa peruntukan yang melindungi mereka dalam perlembagaan terancam sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengalahkan Barisan Nasional.

Faktanya ialah kedua-dua peruntukan yang disebutkan tadi telah berada di situ sejak 1957 lagi: ia bukan benda baru. Apabila pentadbiran Mahathir terpaksa bergelut dengan Raja-Raja yang menentang pindaan perlembagaan mengenai kuasa perkenan pada 1983 dan keistimewaan imuniti pada 1993, dua peruntukan tadilah yang menjadi penghalang kepada cubaan meminda itu. Adakah UMNO sudah lupa dengan kedua-dua krisis itu? Atau mereka tidak tahu? Saya dimaklumkan, selepas bersara Tun Dr Mahathir Mohamad ada bertanya tentang sifat dan cara pindaan perlembagaan. Saya berasa aneh kerana zaman beliaulah terjadinya krisis ekoran pindaan perlembagaan tadi meskipun itulah antara isu yang menjadi kritikan beliau terhadap pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Kita boleh baca kritikan ini dalam bukunya The Malay Dilemma.

Saya sebenarnya terpinga-pinga dengan ucapan Najib itu. Sebagaimana disebutkan tadi secara tidak langsung ia merupakan pengakuan bersalah oleh UMNO. Ia juga menempelak Perkasa yang selama ini menjaja isu itu ke sana ke mari. Penyokong tegar UMNO dan Barisan Nasional memang tidak peduli hal ini. Tetapi untuk kekal berkuasa UMNO perlu meyakinkan mereka yang berada di atas pagar, dan golongan ini bukan sedikit jumlahnya.

Dalam rangka usia kemerdekaan negara sudah melepasi 53 tahun, hal-hal yang dikipas oleh UMNO dan Perkasa itu sepatutnya sudah selesai. Soal kedudukan Melayu dan Islam sepatutnya sudah kukuh. Jika ini masih menjadi isu dan masalah yang bersalah tidak lain dan tidak bukan UMNO kerana parti inilah selama ini memimpin negara. Jika soal Melayu dan Islam masih belum selesai, UMNO mesti bertanggungjawab kerana itulah prinsip demokrasi yang menjadi tunjang perlembagaan. Sama seperti UMNO menyalahkan Pas di Kelantan dalam soal tanah dalam Pilihan Raya Kecil Galas sekarang kerana perkara itu berada dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri yang diterajui Pas sejak Pilihan Raya Umum 1990.

Raja-Raja memang ada peranan dalam soal Melayu dan Islam. Tetapi ia lebih kepada memastikan peruntukan-peruntukan yang berkenaan seperti Perkara 153 - melindungi kedudukan istimewa Melayu tidak dimansuhkan. Raja-Raja boleh memantau dan menegur. Tetapi peranan dan fungsi mengisi peruntukan tadi adalah tanggungjawab parti memerintah. Sebab itu saya katakan tadi kenyataan Najib itu adalah sebuah pengakuan bersalah secara tidak langsung.

Saya sudah banyak kali mengatakan, adalah lebih baik mempunyai Perdana Menteri bukan Melayu dan bukan Islam yang jujur dan mengikut perlembagaan. Dan memang ini yang dihasratkan oleh perlembagaan.

(bersambung)

saji said...

Sdr Melayu sejati

"Terima kasih diatas info yang diberikan. Tapi projek yang saya maksudkan adalah projek-projek PFI yang besar-besar. Kebanyakan konsultansi diberikan kepada kaum mereka.

Dalam keadaan kedudukan kewangan kerajaan sekarang projek macam inilah yang banyak dilaksanakan. Adakah mungkin orang melayu tak mampu melaksanakan projek sebegini? Bagi saya ada orang melayu yang mampu, tapi orang yang akan meluluskannya sukar untuk mendapat manafaat peribadi masing-masing daripada mereka."

Komen:

1.Terima kasih kerana memberi perhatian pandnagan saya berkenaan.

2.Zaman Dr M dipanggil projek penswastaan, zaman Pak Lah diubah menjadi projek PFI (Public Fund Initiatives)yang diwarisi oleh DS Najib sekarang.

Bezanya,a) PFI gunakan wang GOC seperti PETRONAS (contoh, projek Pak Lah koridor timur)dan KWSP (contoh, projek Pak Lah koridor selatanb)b) daya maju /viabiliti projek kurang meyakiankan pihak bank perdagangan atau risikonya agak tinggi, tetapi potensi keuntungan berlipat ganda sekiranya dapat diatasi, dan c)Penggunan Wang PFI lebih kepada penyediaan pasarana2/infrastruktur awam termasuk pengwujudan projek anchour yang mampu menarik minat pelabur masuk,di samping penyediaan tanah2 lot kosong untuk dijual kepada pelabur dalam dan luar.

3. Jika tanah2 lot kosong itu dijual kepada pelabur luar, biasanya mereka membawa masuk bersama2 consultant bangsanya sendiri atau sama warna kulitnya, setidak-tidaknya, atas hujah yang sering dikaitan dengan arus globalisasi,khasnya. Begitulah dengan pelabur bukan Melayu tempatan.

Peluang consultant Melayu tetap ada. Tetapi dikecilkan kepada kerja2 penyediaan prasarana awam diatas, sebagai submission consultants kepada perunding luar to meet local authority reqirements, dan pembangunan yang diberikan kepada GLC, tetapi, seperti yang saya timbukan sebelum ini, tertiris kepada consultant bukan Melayu kerana penggunaan sistem kontrak pembinaan Design and Build atau sepetinya.

saji said...

Sdr ATAS PAGAR

Sdr, antara lain, berkata "Sistem apa sekalipun bukanlah jaminan sesebuah negara akan aman, rakyat mendapat keadilan dan pembangunannya adalah pesat.

Komunis Soviet juga akhirnya tidak lagi digemari rakyat kerana tidak mampu memenuhi cita-cita dan janji yang asal itu."

Saya boleh bersetuju jika sdr dapat jelaskan kelemahan sistem pemerintahan Islam di zaman Nabi yang terkenal dengan Piagam Madinah itu dan sistem Raja Berperlembagaan di UK yang negara kita warisi itu?

Anonymous said...

Datuk,

Saya rasa Raja-Raja sindir kepimpinan negara yg tidak tahu menggunakan kuasa dan membiarkan keadaan berlarutan yg membuatkan org Melayu bertambah resah.
Jika semasa berkuasa kita tidak berani mengubah maka bila kehilangan kuasa kita akan diubah.
Dulu sejarah kita ketepikan utk tidak melukakan perasaan org lain.
Harap-harap sekarang sejarah tidak diubah utk menjaga hati org lain.
Terutama rentetan peristiwa-peristiwa kebiadapan kaum pendatang yg telah menjadi warga negara bermula dari tahun 1957 membawa kpd rusuhan kaum pada Mei 1969.
Nampaknya DAP dan MCA dah mula menentang kerana kenyataan sejarah tidak akan berpihak kpd perjuangan mereka.
Kita tidak akan mempertikaikan dan tetap akan menghargai sumbangan mereka terutama terhadap kemajuan ekonomi negara.
Hakikat kemerdekaan kpd kebanyakan mereka hanya kerana mahu jadi warga negara dan menjaga kepentingan serta dominasi ekonomi mereka kerana lambat laun kuasa ekonomi akan mendatangkan kuasa politik.
Adakah mereka menerima Perlembagaan dan kontrak sosial?
Yang penting pada mereka ketika itu adalah taraf kewarganegaraan sama saperti LKY yg mahu merdeka dpd British tapi bukan utk diperintah olih orang Melayu.
Saya tidak pasti samada kepimpinan Melayu mengamalkan sikap tolak ansur atau mereka tidak berani menegakan kenyataan kerana perut dah kenyang.
Kita patut puji DAP kerana berani menggunakan kuasa diPP dgn mengenepikan DEB,agenda-agenda pembangunan yg bakal merugikan org Melayu dan yg terbaru cadangan Race Relations Act.
Nampaknya Mohd Najib Abd Razak tidak lebih tegas atau lebih cerdik dpd orang yg digantikannya.
Saya amat memahami kesukaran utk mentadbir negara yg berbilang kaum saperti negara kita tetapi saya kira rakyat mahu melihat pemimpin yg memimpin dan bukan pemimpin yg dipimpin.
Rakyatjuga mahukan pemimpin yg berani dan kepimpinan yg berteraskan kpd Perlembagaan bukan buka sana buka sini,longgar sana longgar sini,tolak sana tolak sini,ansur sana ansur sini seolah-olah tidak menghormati Perlembagaan.
Contoh yg terbaik penggunaan Bahasa Kebangsaan.Di mana selepas 53 tahun?
Maka tidak menghairankan jika ada yg tidak percaya bahawa negara ini ada kepimpinan.


Mat Sabun

A KADIR JASIN said...

Pembahas Abdullahngah,

Terima kasih kepada Saudara dan rakan anda kerana peduli dan berasa perlu membuat psycho-analysis pegangan politik saya berasaskan tulisan-tulisan saya.

Saya yakin ramai pembahas dan pembaca tahu atau boleh mengagak afiliasi dan kecenderungan politik saya. Bagi saya, politik adalah kemestian kepada sesiapa juga yang berasa dirinya ada tempat dan berhak dalam masyarakat serta bertanggungjawab.

Sama ada dia berparti atau tidak, dia perlu mengambil tahu dan mengambil bahagian, sekurangnya dalam pilihan raya. Dia boleh mengundi mana-mana parti atau calon yang dipercayainya atau merosakkan undi sebagai protes. Atas alasan itulah saya menganggap undi rosak yang melebihi paras tertentu sebagai penting kerana ia membuktikan protes pengundi.

Bagi saya, berparti tidak bermakna kita patuh dan taat kepada ketua sehingga hilang hak bersuara atau kita puji dan puja ketua kerana mahukan sesuatu. Bagi saya, pengikut beginilah yang menjadi punca kerosakan sesebuah parti politik. Pengikut yang membuta tuli akan melahirkan pemimpin yang buta dan tuli juga. Dalam persekitaran politik Malaysia hari ini, menjadi ahli parti dan bersikap kritikal sering disamakan dengan memantang parti. Ini adalah kerana pemikiran kritikan tidak lagi menjadi amalan parti-parti politik.

Mungkin beban saya adalah saya lahir dan membesar dalam keluarga dan persekitaran yang amat cergas dalam politik. Dari awal lagi, saya didedahkan kepada dikotomi politik Melayu (Umno/Pas) dalam keluarga besar (extended family) saya di mana penyokong Umno adalah minoriti. Tetapi dalam berkeluarga, pembahagian ideologi tidak memecahbelahkan kami.

Terima kasih.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hortmati.Bersyukur kita kepada Allah kerana Majlis Raja-Raja Melayu telah mengeluarkan kenyataan mengenai bahayanya kita tidak bersatu padu dan menghormati Perlembagaan Negara. Memang dijangka tidak semua orang percaya keberkesanan kenyataan ini sebab ianya bukan satu perkara sepontan diatas usaha Majlis itu sendiri tetapi telah digerakkan pihak tertentu yang mahu menyelamatkan keadaan yang sudah menjadi agak kucar kacir kerana kesilapan teknik memerintah.

Jika soal menjaga perlembagaan adalah isu pokok mengapa tiada tindakan konkrit berlaku apabila perlembagaan negara dikhianati semasa Bahasa Melayu disekat dari mengajar mata pelajaran sains dan matematik walaupun beribu rayat telah menentangnya.

Walau macam mana pun kita misti maju kehadapan. Ambillah kenyataan ini sebagi tiket kita untuk mempertahankan perlembagaan kita dari dicerobohi.Kita mahu melihat Majlis Raja-Raja lebih aktif pada masa hadapan untuk meyakinkan rakyat kehadiran mereka.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

langitbiru said...

TIADA apa sangat yang nak dibahaskan TITAH RAJA-RAJA MELAYU, kerana itu yang sebenar-benarnya TEPAT dan BENAR. Perlembagaan dengan jelas mengangkat kedudukan Raja-Raja YANG sebenarnya bukan mudah atau tidak boleh dicabar oleh Parlimen Dewan Rakyat. Raja Berperlembagaan menjadi TUNJANG utama Perlembagaan Persekutuan yang samasekali pada bila-bila masa tidak boleh dipertikaikan apatah lagi dicabar oleh mana-mana kumpulan/organisasi di Malaysia. ITU AMAT JELAS.

Maka, apabila Dato’ menulis “para pencabar dan pembenci Perlembagaan”, saya tertanya-tanya, apakah ianya benar-benar wujud? Jika wujud, WAJIB bagi Pasukan Polis dan pihak yang berwajib mengenalpasti individu/kumpulan ini dan DIHARAMKAN kakinya berpijak di bumi Malaysia. Saya yakin tiada siapa yang berani “jadi pencabar dan/atau pembenci Kedaulatan Raja Dan Perlembagaan Persekutuan” kerana ianya adalah perkara kedua Rukun Negara Malaysia, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara yang wajib bagi setiap rakyat Malaysia.

Pun begitu, sebagaimana Dato’ membahaskan Titah Raja-Raja, tidak boleh tidak, terpaksa menyentuh Kepimpinan Negara. Bila menyentuh Kepimpinan Negara, juga tidak boleh tidak, terpaksa menyentuh Kepimpinan Barisan Nasional. Dan tentu sekali tidak boleh tidak, terpaksa menyentuh Kepimpinan UMNO sebagai tunjang BN.

Maka, saya juga membahas hujah Dato’, “Tetapi sebagai rakyat jelata, kita wajib meminta kerajaan kita – Persekutuan dan negeri-negeri -- khasnya Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, memikirkan sedalam-dalamnya kemungkinan dasar-dasar, rancangan-rancangan, slogan-slogan dan pendekatan yang mereka lakukan adalah punca tercetusnya debat perkauman sekarang”.

Disini salah satu puncanya. Penentangan Rakyat kepada kerajaan berlaku dimana-mana dalam Sejarah Dunia. Yang berkuasa, Yang memimpin, Yang memegang amanah kekayaan Negara, Yang menyusun dan mengatur kehidupan sosial masyarakat, Yang mempertahankan Agama Islam, tidak lain tidak bukan adalah PEMERINTAH. “Bila Raja Adil, Raja disembah, Bila Raja Zalim, Raja disanggah”. (Raja disini bermaksud Pemerintah, yang memerintah Negara secara langsung, BUKAN bermaksud Raja-Raja Melayu).

Penentangan kepada Pemerintah, sama sekali tidak boleh diertikan penentangan kepada Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Raja Berperlembagaan. INI sesuatu yang jelas.

Adalah jelas, UMNOBN perlu bermuhasabah diri mengapa gelombang penentangan rakyat kepada Kerajaan BN semakin meningkat, mana yang tak kena?

Kalau ditanya kepada saya, kenapa saya menentang UMNOBN, bagi saya HANYA 2 jawapan.

1. UMNOBN gagal mempertahankan Islam dan akidah rakyat Muslim.
2.UMNOBN gagal menangani RASUAH dan membolot kekayaan Negara.

Persepsi saya, Dimana ada UMNOBN, disitu ada RASUAH,Dimana ada RASUAH, disitu ada UMNOBN.

Maka BENARLAH konklusi Dato’, “Para Baginda kemudian mengamanahkan kuasa itu kepada kita selaras dengan sistem Raja Berperlembagaan. Maka jika kepemimpinan politik kita gagal melaksanakan tugas, kita dan Raja-Raja kita berhak mencuit bahu mereka dan berkata, kamu telah gagal melaksanakan amanah dan mandat kami”.

DAULAT TUANKU

Anonymous said...

saji said...
Sdr ATAS PAGAR

"Saya boleh bersetuju jika sdr dapat jelaskan kelemahan sistem pemerintahan Islam di zaman Nabi yang terkenal dengan Piagam Madinah itu dan sistem Raja Berperlembagaan di UK yang negara kita warisi itu?"

5:54 PM

Komen saya:

Perkataan, perbuatan dan tunjuk ajar seorang insan yang maksum sudah tentu tidak ada cacat celanya. Apakah kamu (Saji) dapat tunjukkan seorang insan, pada hari ini, yang mana dalam pengamatan kamu adalah insan yang kalau berkata-kata, bertindak-tanduk dan menunjuk-ajar adalah saling tidak tumpah seperti seorang yang maksum? Kalau ada, ayuh kita sertai dia tetapi kalau tidak ada makanya tak payahlah kamu bernostalgia tidak tentu pasal. Ok, bro.

ATAS PAGAR

kala malam bulan mengambang said...

ok sudah terang lagi bersuluh. Kenapa keadaan sekarang ini jadi caca marba, busuk di sana sini. Busuk sangat tok. Sudahlah busuk lagi membusukkan.

Kalau tetiba terbau benda busuk kita boleh mengagak punca benda busuk ni. contoh kentut. Dari baunya kita tau pengentut makan telur pindang Johor ke atau telur rebus biasa. Kalau telur pindang Johor baunya ada terbit dari rempah ratus. Jadi kita tau asal masalah. Bunyi sama tok bedebuss... tapi aroma berbeza. Dan kita tau aroma tadi berasal dari makanan apa yg kita makan.

Kepada yg menghayati titah
Raja2 Melayu toksahlah penin2 kepala nak cari punca. Sungguh pun apa yg berlaku adalah tindakan para pemimpin yg terdesak, tapi sebagai rakyat yg bukan penderhaka kpd pemimpin saya tetap nak sokong pemimpin kita. Saya berharap sngt pada perhimpunan agung UMNO yg baru berlalu. Masih terasa gegak gempitanya para perwakilan memukul gendong kosong. Tawar hambar bosan lagi membosankan.

Tok, org ketawa sebenarnya tok!!! Dah 50 tahun merdeka & memerintah negara dan dah sepanjang itulah mereka bersidang tak ada citer lain nak menyatu padukan org Melayu.

Nampak sngt otak pemikiran mereka yg terpenjara sekian lama.

Dgn gegak gempita beria2 sungguh nak meyakinkan kita semua rakyat Malaysia yg cintakan keamanan ini.

Tapi masih gagal meraih sokongan padu sebenarnya. Kerana masih banyak perkara yg tak terjawab. Kalau nak sokongan padu dari akar umbi hingga ke peringkat tertinggi dari semua lapisan setiap persoalan juga perlu jelas. Kalau x jelas cari korek puncanya hingga ke akar umbi juga. Air mani atas tilam pun boleh jumpa tok. Betapa hebat kepakaran yg kita ada. Takkan org tak sokong kita kita tak boleh nak cari puncanya...

Sekarang nak gunakan Institusi Raja2 Melayu utnuk meraih sokongan pula.

Tok org Melayu seluruhnya akan kembali sokong Najib, UMNO dan seluruh gagasanya hanya bila persoalan2 yg membuatkan org tertanya2 selama ini terjawab.

Tak payahlah guna Raja2 Melayu kita. Dato ingat para perwakilan tempuhhari semuanya sokong Najib dan UMNOnya sekali ke?

Kenapa tak ada sorg perwakilan pun yg bangun membentangkan usul membela maruh Najib yg tercemar? Sepatutnya secara terbuka perwakilan meminta DS Najib menjawab tentang isu altantuya. Inilah pkok persoalan Tok yg menyebabkan kredibiliti Najib dipersoalkan. Perkara ini kena jelas tok. Kalau tak org tak percaya.

Di pehimpunan itulah sepatutnya menjadi wadah, ruang yg paling afdhal untuk dia menjawab segala persoalan yg menjadi persoalan sejagat untuk Najib membersihkan nama baiknya. Altantuya satu cerita. Masalahnya bnyak pokok persoalan menjadi pertikaian umum.

Satu dunia bukan setakat memperhatikan kita malah mempersoalkan segala perkara yg berbangkit. Waktu itulah masa yg paling tepat dan menonjolkan karisma sebenar beliau sebagai seorg pemimpin yg di hurmati disanjungi rakyat sampai ke persada dunia.

Jadi tok tak yahlah guna Raja2 melayu untuk mengembalikan sokongan dan kuasa org2 melayu. Dgn menjawab isu2 utama dgn secara telus & jujur UMNO kembali di yakini.

Isu utamanya bukan Melayu di cabar kedudukannya tapi kita org Melayu sendirilah puncanya. Selama ini suasana terkawal. Tapi kalau dah semakin tak terkawal adalah yg tak kena dgn kita.

Kalau dulu org suka kenapa sekarang org tak suka. Kalau dulu org sokong kenapa sekarang tak sokong? Kena cari Tok punca masalahnya. Kerana bukan semua org yg tak sokong kita boleh beli atau bayar dgn $$$. Duit bukan segala2nya tok.

Kalau suami isteri bergaduh pun memang saling tuduh menuduh. masalah tak akan selesai. Selesainya bila masing2 muhasabah diri. Mencari kesalahan diri & membetulkanya. Pengorbanan inilah yg perlu untuk mengembalikan kepercayaan & sokongan org pada kita.

Jangan ingat kita ada kuasa kita boleh buat apa yg kita suka. Nak tau kuasa rakyat tok?

Ha tunggulah PRU 13 nanti. baru kita nampak kuasa sebenarnya.

A KADIR JASIN said...

Pembalas Kala Malam Bulan Mengambang, antara lain, berkata: "Jadi tok tak yahlah guna Raja2 melayu untuk mengembalikan sokongan dan kuasa org2 melayu. Dgn menjawab isu2 utama dgn secara telus & jujur UMNO kembali di yakini."

1. Saya tidak menjangkan Raja-Raja Melayu mengeluarkan titah ini atas desakan Umno atau bagi pihak Umno;

2. Malah kalau dibaca baik-baik dan difahami apa yang tersirat, kepemimpinan politik yang ditegur termasuklah kepemimpinan Umno;

3. Kalau ini kenyataan Umno atau Kerajaan, tentulah dikeluarkan sebaik saja habis persidangan Majlis Raja-Raja seperti biasa dilakukan; dan

4. Titah Raja-Raja Melayu ini dibuat selepasa persidangan Majlis Raja-Raja dan dikeluarkan bukan oleh kerajaan, tetapi oleh Penyimpan Mohar Besar Majlis Raja-Raja;

5. Kalau dalam persidangan Majlis Raja-Raja, kita bolehlah rasa syak wasangka kerana Perdana Menteri, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri turut hadir.

Terima kasih.

langitbiru said...

Andaikata aku jadi Raja Melayu, akan beta titahkan dan ingatkan kepada pemimpin Islam Malaysia, dengan kalimah mukjizat dari luh Mahfuz, yang disampaikan melalui lisan Nabi Muhammad saw. Kerana beta fikir, hanya ayat-ayat mukjizat mampu menyuluh pemimpin Islam Malaysia ke arah kebenaran. Bukan buah fikiran otai-otai manusia yang berkepentingan sendiri.

Andaikata aku jadi Raja Melayu, akan beta nasihatkan pemimpin Islam, jangan berbuat kekuasaan itu ikut apa yang kamu suka yang melampaui batas kemanusian dan agama. Akan beta ingatkan Perjanjian kita dengan Allah swt, kita merancang, Allah juga merancang, sepertimana tercanang dalam ayat 121-122 Surah Hud,

11:121"Dan katakanlah kepada orang-orang yang TIDAK BERIMAN: ""Berbuatlah menurut kemampuanmu; sesungguhnya kami-pun berbuat (pula)."""
11:122"Dan tunggulah (akibat perbuatanmu); sesungguhnya kami pun menunggu (pula)."""

Andaikata aku jadi Raja Melayu, akan beta ingatkan mereka, janji Allah maha benar, yang menunggu pemimpin dan semua rakyat jelata disana, bukan UMNO,bukan PAs,bukan PKR tetapi Allah Rabbul Jalil.

Andaikata aku jadi Raja Melayu, akan beta ingatkan kepada pemimpin Islam Malaysia, jihad,jihad,jihad. Akan beta baca ayat 41 Surah AT-Taubah kepada mereka, ayat yang diturunkan kepada Para Sahabat bagi menghadapi Peperangan Tabuk menentang Rom,sebagai satu renungan dan peringatan.

9:41 Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Jihad untuk memisahkan hak dan batil yang sememangnya TIADA TITIK pertemuan bagi yang mahu berfikir.

Andaikata aku jadi Raja Melayu, akan beta ingatkan mereka, jangan sampai rakyat memanjat doa sebagaimana nabi Musa as dan Nabi Harun as berdoa kepada Allah memusnahkan Firaun dan tenteranya seperti ayat 88 Surah Yunus,

10:88 "Musa berkata: ""Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya Tuhan kami akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih.""" (Surah Yunus 88)

Andaikata aku jadi Raja Melayu, akan beta ingatkan mereka, Firaun dan tenteranya musnah diLautan Merah selepas 40 tahun doa Nabi Musa as dan Harun as dimakbulkan Allah swt.

10:89 "Allah berfirman: ""Sesungguhnya telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua pada jalan yang lurus dan janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui""."( Surah Yunus 89)

Apakan daya aku rakyat biasa, suara hati naluri ku tidak kemana, kalau sudi disiarkan dalam The Scribe, harap 1 undi aku mampu mengubah kezaliman khalifah!

TQ dan maaf Dato'

saji said...

Salam Dato'

Antara Raja Berperlembagaan dengan Kontrak Design and Build ada banyak persamaannya, kalau pun tidak serupa.

1. Dalam sistem kontrak pembinaan Design and Build ciptaan British yang diamalkan di negara ini, pihak kontraktor melantik kumpulan juruperunding reka bentuk untuk menghasilkan reka bentuk design and bulid yang dicadangkannya dengan bayaran upah dalam bentuk fe.

Kebanyakan juruperunding di negara ini tidak menyukainya (sistemkontrak Design and Bulid) atas sebab2 seperti mereka kena ikut telunjuk kontraktor yang menjadi majikannyanya dan sesetengah juruperunding menggelar rakannya yang terlibat dengan sistem kontrak tersebut sebagai pelacur yang menjahanamkan ilmu2 reka bnetuk yang mereka miliki.

2. Hal yang sama berlaku dalam sistem Raja Berperlembagaan ciptaan British itu jika Dato' setuju Kerajaan British yang memerintah yang membayar upah/gaji kepada rajanya.

ehbiwa said...

Salam buat semua pembahas,

Pada hemat saya dua para akhir pada tulisan dato inilah yang PATUT dijadikan panduan kepada semua orang-orang kuat/taksub berpolitik. Syabas dato.

mo said...

Asalam pak kadir,,,Semenjak kita merderka, belbagai kresis yg telah ditempohi, namun hakikat rakyat jelata masih dapat minum dan makan bersama.? Yg menjadi persoalan yg mungkin harus di fikir bersama, mengapa kian hari terdengar suara yg sumbang ini, hingga terpaksa majlis raja raja memberi peringatan kepada semua rakyat. Nampak kedamaian kita bena selama ini seolah akan menjadi begitu rapoh ?? Berbalik kepada sistem yg kita pegang, demokrasi, bererti mmberi kebebas kepada semua rakyat memberi pandangan ??? Namun tidak di nafikan ada suara yg lebih hebat dari hang jebat, seperti perkasa, yg sangat perkauman...Persoalan mengapa sebelum ini perkara tidak timbol,,,mengapa hanya selepas ge12 hanya isu2 yg telah di setujui selama ini menjadi isu hangat,, ada kemungkinan tangan2 gaib yg sengaja membuat angkara ini??? Siapa agak, sudah tentu orang yg mempunyai kuasa selama ini, takut kehilangan kuasa yg masih mengunakan tempo usang??? Yang sepatut di beri peringatan bukan rakyat, tapi pemimpin yg ada dan sedang berkuasa kini... Permasaalah yg timbul memang ada udang sebalik batu...Inilah akibatnya bila mana kerajaan yg terlalu di beri kuasa ,,hampir menjadi dictator??? Keadilan untuk rakyat adalah utama,,bukan sekadar laongan dan di lelong sahaja,. Persoalan yg timbul bukan sebab rakyat,,,segalanya berpusat kepada pemimpin,,, Rakyat hanya menutut keadilan, ketelusan, kejujuran,amanah,terang dan jelas...bukan sperti sekarang terlalu banyak yg menjadi tanda tanya yg belun terjawab oleh kerajaan??? Apakah sangup rakyat untuk di persalahkan...tq

Anonymous said...

Dear Dato’
Is there any well written Kontrak Social in the Perlembagaan Malaysia?
I don’t know much about The Kontrak Social of Malaysia. I am interested to know the details of Kontrak Social in Malaysia. Would you please give me any references regarding the kontrak social in Malaysia?

I am so scared reading many opinions here. It is parallel to 1Malaysia?

TQVM

KerisTopper

Anonymous said...

to keristopper 11.39am

i) if there is a social contract, such contract is to ensure that the poor are to be given assistance to enable them to be on-par (at least) with the rest to enjoy the riches of the our country.
ii) no non-malays are questioning this thing about helping the poor (read: poor malays and bumiputras).

so, pls do not be the shit-stirrer and provide ammunitions for that evil party and that evil ngo to hentam us. stop it, for god's sake.

we dont question nep. we shouldnt. however, we can question its manager and its implementation. this same manager for the past 53 years. yes, that evil party. nep can stay. but that evil party has to go. let pakatan rakyat take over. be it that the ideals set forth in the nep will be achieved sooner.

and now, we the rakyat will berganding bahu, and bangkit, to KUBURKAN UMNO and SELAMATKAN MALAYSIA.

u want this? u wanna take back the country from the clutches of this evil party? then do not be stupid and dwelve into semantics about the existence or otherwise of a physical object in the form of that so-called social contract. this is cliche. and this is exactly the ammunition that that evil party and that evil ngo is relying on people like you to provide.

are u a trojan horse from the other side?

4RAKYAT

ali ahmad said...

Salam Dato',

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

wan said...

Macam mana orang melayu nak pertahankan titah sekiranya orang melayu sendiri dan panji-panji di Raja seperti PDRM tak hormati institusi Raja? Ini jelas dilihat apabila unit UTK serang hendap Sultan Kelantan dahulu dengan mengacu senjata automatik kepada Tuanku dan Raja Perempuan? Kalau pemegang panji yang merupakan orang melayu sendiri pun tak hormat Sultan, apakah rakyat biasa masih boleh memberi berat kepada titah? Titah Sultan dalam kereta ALphard dan sewaktu di wad USM meronta-ronta boleh dihiraukan membuka ruang untuk memikirkan sendiri kemanakah orang melayu dan rakyat MAlaysia meletakkan kedaulatan? Bagus YB Karpal dan YB anaknya yang menampakkan lebih jati memegang kontrak sosial dari YB-YB Melayu lain yang sepi jadi pemegang panji institusi Raja menyoal YB Menteri KDN sampai senyap tak terjawab...
SPB YDPA harus memanggil tiap YB Melayu dan menyoal kenapa kamu semua senyap?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).