Thursday, October 28, 2010

Matinya Mbah Marijan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MBAH Marijan sudah mati

Mangsa ledakan Merapi

Serapah jampinya tidak menjadi

Gunung api tidak terkunci

Kerana yang berkuasa hanya Ilahi

Bukan tukang tilik dan bomoh jampi.


Maka matilah Mbah Marijan

(Rasminya Mas Penewu Suraksohargo)

Pemegang kunci gunung berapi

Dalam ledakan dan gegaran

Lemas terbakar debu panas

Bila Merapi mengganas

Tiada guna lagi manteranya

Meminta bantu para dewata

Menjinakkan Merapi panas menyala.


Natijahnya, janganlah percaya

Kepada bomoh entah siapa

Tukang tilik dari India

Atau yang mengaku sami Buddha

Dukun besar dari Surabaya

Bomoh pengasih Padang Jawa

Atau orang tua India

Dengan burung serinditnya.


Matinya Mbah Marijan

Kerana kuncinya hanya penyedap rasa

Serapah jampinya sekadar puji dan puja

Kepada Sang Dewata

Konon menjinakkan Merapi yang garang

Agar tidak selalu meradang

Maka apabila Merapi bangun berang

Memuntahkan api dan belerang

Maka tewaslah Mbah Marijan

Serapah jampi tidak berkesan.


Natijahnya lagi,

Wahai saudara dan saudari

Jangan amalkan ilmu begini

Serapah jampi kemenyan berguni

Lilin dibakar petang dan pagi

Konon memikat menambat suami

Mengikat erat kasih sang isteri

Atau mahu terus jadi menteri

Setidak-tidaknya seorang YB

Orang korporat dan pegawai tinggi.


Ingatlah,

Wak Marijan sudah mati

Lemas dalam debu dan api

Serapah jampi tidak menjadi

Matilah dia atas kudrat Ilahi.


Buangkan lilin dan kemenyan

Bersihkan rumahmu dari hantu

Pelesit, syaitan dan para penunggu

Jangan percaya ilmu dan buatan

Bomoh dari Utara atau Selatan

Dari Negeri Siam mahupun Bhutan

Ingatlah, Mbah Marijan sudah mati

Tidak kebal dia dek serapah dan jampi

Kerana yang berkuasa hanyalah Ilahi.

33 comments:

mrakunman said...

Hebat Datuk. Penyedar kepada sipulan bin pulan dan sipulan binti pulan yang masih terbabit dengan jampi serapah, pemujaan dan sewaktunya dengannya.

Anonymous said...

Pada sudut yang positif Mbah Marijan sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menahan gunung merapi dari memuntahkan laharnya - demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Pada sudut yang negatif, sihir dan kuasa tahyul tidak mampu melindungi bumi dan makhluknya dari kemusnahan. Ketaksuban dalam aspek ini memberikan rasa keyakinan yang palsu.

ATAS PAGAR

ds.zein said...

http://regional.kompas.com/read/2010/10/28/08340068/Arti.Merapi.bagi.Mbah.Maridjan...

zainal abidin awang kechik said...

pendik dan membina..

'NAIK TANDU DUDUK BERSILA'

HATI RINDU INGIN BERJUMPA...

Anonymous said...

Datok ,

posting ini amat cantek dan saya hargainya.tapi malang orang melayu payah nak ambil iktibar dari peristewa tersebut.mudah percaya kepada benda karut marut,nampaknya islam kurang berkesan mengubah tabiat buruk orang melayu percaya kepada mistik.perkara tak nyata lebih diyakini dari dari yang nyata.entahlah,terimakasih atas ingatan yang molek ini.

zmy

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Datuk,
Mendalam sungguh puisi tersebut!
Sememangnya wujud satu hubungan yang sembiotik antara org politik, tok bomoh dan pengikut. Lihat saja Arwah Datuk Mazlan....dll lagi....eerr...juga teringat saya akan seorang Bai yg sering mengikuti perbicaraan DSAI...apakah dia juga penjaga seperti Mbah Marijan hehehhe!

anakbukitgantang said...

Datuk, nice poetry...and a timely reminder to our politicians

kotastar said...

SATU INGATAN YG PERLU DIFAHAMI LEBIH LEBIH LAGI DALAM SAUSANA SEKARANG DIMANA BANYAK SANGAT KEPERCAYAAN KARUT. Taniah kerana melihat peristiwa ini sebagai satu ingatan kepada kita semua dan bukan sebagi sstu peristiwa sahaja di Merapi.

langitbiru said...

Paul Octopus WIRA Piala Dunia pun dah mati!

Ramai jugalah Tok pembesar UMNO mati kerana jampi serampah ni! Bukang cerita baru....Gempaq lah seketika dulu bomoh wanita Mo** Fe*** dan seorang YB.

Kerana KUASA, sanggup bersyirik kepada Allah swt. INILAH MANUSIA hari ini, mencari REDHA manusia dengan MURKA Allah swt. Hanya segelintir saja mencari REDHA Allah swt dengan MURKA manusia.

Elok sangatlah pantun Dato' ni, peringatan bagi yang mula mahu cuba-cuba. YANG dah mencuba dan 'berjaya' jangan harap pantun Dato' ni membekas berkesan kpd mereka. Ye lah, kalau hidup menongkah langit, manakan nak ingat kubur 6 x 6 x 3 kaki!

Bagaimana cadangan Pusara Kubur bertingkat RM70juta Tok? Matipun nak 'berkubur' di 'supercondo' sky residences!!!

Roti Planta said...

Dato',

Mamasang 'ancak' di tiang seri semasa mula membina rumah juga jangan dilakukan kerana syirik. Saya tunggu penjelasan Mufti Perak kerana antara tugas Mufti Negeri adalah menasihatkan Raja/Sultan dan pentadbiran negeri terutama Menteri Besar.

/Roti Planta

Anonymous said...

Dato'.
Amat menarik puisi. Paul si sotong peramal Piala Dunia pun dah mati. Si peramal dan si bomoh yang tak tahu meramal kematian mereka sendiri.
Kematian itu adalah pasti, hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu bila hambaNya akan menemuiNya.

Anak Parit/Bota

pakbelalang said...

Kat Malaysia siapa yang suka sangat main bomoh?

Orang politik dan isteri-isteri yang takut suaminya buat "rumah belakang" !!

osman bakar said...

Sinis bunyinya Dato.Dah lama dah cerita main dengan bomoh ini.Terutama orang politik.Mereka terlupa pada yang MAHA berkuasa.Nak berjaya dunia dan akhirat tapi IMaNk urang.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang dihormati.Terlebih dahulu marilah kita hadiahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa gunong berapi yang berugama Islam.

Sihir dan makhluk halus wujud dialam ini. Allah melarang kita terlibat dalam perkara sihir ini dan meminta kita berlindung dengan Allah sepenohnya.Begitu juga kita diminta tidak memuja makhluk halus kerana ia akan besar kepala yang kesudahannya menyusahkan semua orang.

Allah menjadikan sesuatu dengan tidak sia-sia. Ada hikmah dan peringatan disebalik peristiwa meletupnya gunong berapi.Tidak keterlaluanlah jika saya katakan ianya telah mencetus sanubari Dato' untuk memberi peringatan kepada yang bercita-cita untuk mendapat bantuan ghaib bagi mencapai cita-cita mereka.

Kita maklum sekarang ini musim pilihan raya maka mungkin terdapatlah orang yang mencari tarikh pilihan raya yang baik , melembutkan hati pemimpin supaya terpilih menjadi calun dan sebagainya.Minta-minta ianya tidak berlaku kali ini.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

Anonymous said...

Datuk,

Yang tersirat ialah Mbah Marijan.

Yang tersurat itu lebih dahsyat daripada Mbah Marijan.

Setidak-tidaknya Mbah Marijan berusaha untuk menyelamatkan banyak nyawa manusia walaupun hakikatnya Allah SWT lebih berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya. Pendek kata, Mbah Marijan berkorban nyawa demi jiran tetangga untuk membuktikan yang dia ada kuasa walaupun tidak sebesar Allah Pencipta Semesta.

Orang lain? Berserapah jampi untuk tembolok sendiri!

CT Tanjung Perak

Tinta Hitam said...

Datuk,

Bagus dan cantik madah Datuk tu.Betul lah tu.Tiada bangkangan dari saya.

Pengajaran pd org org yg masih lagi percaya pd perkara perkara tahyul dan khurafat.

langitbiru said...

Jampi serapah mentera apa UMNO guna sampai Melayu tak celik-celik lagi akan KERAKUSAN nafsu UMNO!

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam lapurannya mendedahkan beban hutang negara berjimlah RM362.39 BILLION BAGI TAHUN 2009.

NAJIB dalam Dewan Rakyat Jun 2010 lepas beritahu hutang NEGARA RM233.92 BILLION.

RM362.39 BILLION = 53.7% daripada KDNK.

RM233.92 BILLION = 34.3% daripada KDNK.

LAPURAN SIAPA LEBIH TEPAT?

KENAPA HUTANG NEGARA SEDEMIKIAN BANYAK?

Hanezam said...

Datuk,

Siapakah Mbah Marijan yang mencuit rasa ingin Datuk untuk berpuisi ni...

Pro said...

Salamun Alaikum,

Jika sudah jelas AyatNya
Di hadapan mata, di sebelah sana
Bukan ghaib tapi nyata
Hanya Allah wajib di PERCAYA

PERCAYA:Melayu, IMAN:Arab
Kafir:Arab, TIDAK PERCAYA:Melayu
Tetapi manusia hebat bersebab
Cari pengaruh untuk sesuatu

Bencana yang hadir cukup terkesan
Bukan untuk hati bergundah
Percaya hanya pada Qur'an
Itulah sesatunya tali Allah.

Anonymous said...

Berapa Kerat Tabib Jadi Adun di AS?

Pemilihan berupa 'cukup-cukup makan' buat sekelompok individu adalah supaya mereka membuktikan yang mereka mampu menempah kejayaan setanding mereka yang 'terlebih makan'.

Agenda lebih besar mungkin dengan pakej afirmatif seumpama itu dapat mencetekkan jurang pendidikan, kerjaya dan ekonomi antara kaum yang terus-terusan dalam.

Tentulah ada yang kesal kalau mereka yang mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman tidak menggunakan kelebihan tersebut secara optima dan secara berterusan untuk manfaat dan kebaikan manusia lain.

Kalau seorang profesional dapat melegakan permasalahan 50 orang awam per hari iaitu 1,300 orang per bulan yakni 15,600 orang per tahun, makanya dalam dua tahun 31,200 orang mempunyai akses terhadap perkhidmatan profesional.

Begitu juga sebaliknya kalau kalau seorang profesional tidak memberikan perkhidmatan untuk tempoh 2 tahun makanya 31,200 orang berdepan kesukaran mendapat perkhidmatan profesional.

Mukmin dituntut melayari kehidupan secara seimbang. Contohnya kalau menonton TV jangan tinggalkan buku; kalau beribadat jangan tinggalkan terus tugasan harian; dan bla, bla.

Bayangkan kalau ramai orang meninggalkan tugas hakiki kerana tugas sambilan membuatkannya tidak ada masa untuk tugas hakiki maka apa kesudahannya?

Dalam konteks ini jangan samakan dengan MB Kelantan dan lain-lain individu yang telah mendapat tugasan tetap dalam bidang politik (Jadi Adun dan MP). Yakni tugas yang dahulunya sambilan sudah menjadi tugas hakiki dan tugas hakiki sudah menjadi tugas sambilan. Dalam konteks ini, pengecualian adalah nampak justifikasinya.

Chinglot

affendi hussain said...

Salam Dato'

Itulah kesudahan bagi mereka yang hidup tanpa ilmu pengetahuan..
hanya didorong sentimen kepercayaan dan ketaksuban..
tanpa sebarang bukti saintifik atau fakta penjelasan..
Allah sendiri suruh berfikir kejadian langit, bintang & bulan..
diri sendirinya saja yang betul hebat empunya perasan..
Indonesia,
dengar Malaysia terus saja melenting panas membaran..
Bukan singapura, hongkong,saudi, dubai atau negara atas awan..
memaki hamun menyondol perangai macam babi hutan..
tahi sendiri dilempar ke kedutaan jiran..
bangsa bertamadun konon perangai & mentaliti kalah barbarian..
apa serumpun? babun ka atau cipan?
kristian islam tak tentu haluan..
pagi lain petang lain boleh tukar tak ikut aturan..
konon bebasnya liberal tahap gaban..
itu yg cuba diimport masuk ke Malaysia oleh politikus syaitan..
dengan para bahlul menyokong babibuta otak tinggal dlm lubang jamban..
apa2lah indon, hanya tumpang takziah & kesian..
Malaysia pun Allah nak tunjuk buat jadi pengajaran..
Esok2 10 Richter KLCC pun tersungkur reban..
Langkawi, Kedah, Perlis & Penang dah rasa tempiasan..
Esok2 tsunami plat Filipina, Laut China Selatan..
Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor boleh ranap sampai kaki banjaran..
Bala Allah turun dlm pukalan..
Bukannya ada insan & pilihan..
Selagi hidup bersamalah kita ingat mengingatkan..

(",)

Grandpa said...

Wah boleh tahan datuk berpuisi! whatever his belief or practice sedih dan pilu juga rasanya mengenangkan pergi nya seorang insan...

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

'I believe in everything until it's disproved. So I believe in fairies, the myths, dragons. It all exists, even if it's in your mind. Who's to say that dreams and nightmares aren't as real as the here and now?'
John Lennon

Well Mbah Marijan, you were dead wrong on this but at least lesson could be learned from your 'very short mind'(akal sangat pendek)

tk

A KADIR JASIN said...

Hanezam dan pembahas sekalian,

Mbah (atok) Marijan (Maridjan) adalah nama gelaran kepada Mas Penewu Surakso Hargo.

Dia lebih dikenali sebagai Mbah Marijan atau Atok Marijan.

Dia dilahirkan pada tahun 1927 dan dilantik oleh Sultan Jogjakarta Sultan Kamengko Buwono Ke-10 sebagai Penjaga atau Penunggu gunung berapi Merapi.

Dalam amalan mistik Jawa, dia adalah penjaga gunung itu dan adalah tanggungjawabnya menjinak dan menetenteramkan Merapi agar jangan meledak.

Dia terkenal kerana kisahnya banyak kali disiarkan oleh media, termasuk majalah dan TV National Geographic.

Di negara kita pun masih ada amalan begini di kalangan orang Islam seperti memuja semangat padi dan laut.

Yang amalkan "guna-guna" ni memang ramai, termasuk orang besar-besar yang berpendidikan tinggi.

Ini bukan berdoa kepada Allah, tetapi menggunakan bomoh yang mendakwa boleh bercakap dengan hantu, iblis, syaitan, makluk ghaib dan sebagainya.

Mbah Marijan adalah antara yang terbubuh dalam letupan Merapi baru-baru ini apabila debu dan belerang melanda kampunya di lereng gunung itu.

Terima kasih.

OKJ said...

Salam DAKJ

Pantun ‘biasalah tu’ pagi Sabtu

YB di Utara ada menyebut
Wujudnya satu konspirasi syaitan
Yg tak diketahui oleh pak Janggoat
Biasalah tu, dijadikan kuda tunggangan

Setakat meliwat pun tak apa
Inikan benda tak seberapa
Dikencing berkali di atas muka
Biasala tu, buat ‘do no’ saja

Dalam otak penuh nafsu
Dalam hati penuh dengki
Walaupun banyak benda yg tak tahu
Biasalah tu, buat-buat macam reti

Bini no entry, dibantainya juga
Bini tua tak mati lagi, dah kawin dua
Anak dara orang dibawanya lari
Biasalah tu, tapi mengaku akhlak terpuji

Saya stop sampai di sini
Pagi Sabtu pantun disaji
Bila makan jangan tergigit cili
Sebab rasanya pedas sekali.

Sekian TQ.

Anonymous said...

Tok, cakap pasai tukang tilik
Kita percaya habis terbalik
Burung serindit deng daun pakau
Kita yang bodoh jadi terpukau.

Dok baca dalam surat khabar
Satu Malaysia sibuk dan gempar
Orang India dalam habuan besar
Brikfields nama depa dah tukar.

Inilah kuat jampi depa
Satu tempat dan tukar nama
Dulu Brikfields untuk semua
Lan ini dah jadi little India.

Melayu di KL ada apa
Kg Baru nampak macam lama
Kita dok tengok sakit mata
Sampah sarap merata-rata.

Orang Cina bila lagi?
Mintaklah Petaling Street jadi negeri
Buat-buat nak bagi undi
Dapat Little China undi DAP/

Untung sungguh jadi India
Hindraf ada, Mic pun ada
Bila berpakat jadilah berganda
Gempar Tok Najib tak boleh bernyawa.

Brikfields dah jadi Little India
Melayu dan Cina nak minta apa?
Takkan nak mintak Little China
Kalau Little Melayu di mana pula?

Mat pun penin dok pikir la ni
Macam-macam sudah terjadi
Pasai Perdana Menteri cari Undi
Segala macam ditawar di bagi
Kita di kampung dapat taik gigi.

Minta ampun tak boleh lama
Hari ni nak pi pekan Selama
Nak Minta projek buat ASrama
Berlawan dengan india dan Cina.

Inilah konsep satu Malaysia
Nak tulung Melayu kena jaga-jaga
Takut Cina dan India tarik muka
Tak dapat undi bahis celaka.

Mat Tunjang Enterprise

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato,
comment sy tidak diapprovedkan kenapa ya? dimana halangannya?
tq

A KADIR JASIN said...

Pembahas Zabri Mokhtar, maaf tak dapat siarkan ulasan Saudara.

Menuduh si polan-si polan menggunakan bomoh import atau bomoh tempatan tanpa bukti sahih boleh dikenakan saman malu.

Kita hanya berdoa dan berharap, dengan nasihat dan amaran kita, mereka sedar perbuatan syirik mereka.

Terima kasih.

Anonymous said...

Ybhg Datuk

Tak tahulah pasal serapah jampi Mbah Mardjan. Tapi yang saya nampak kesetian dan tanggungjawab yang diberikan padanya pegang bersungguh-sungguh hingga hujung nyawa. Mbah Mardjan ditanggungjawabkan menjaga gunung Merapi. Dia mati dalam tugas.

Ada siapa yang sanggup jadi Mbah Marjan demi mempertahan nusa dan bangsa yang dipertanggungjawabkan kepada generasi kita.

Melayu Lama

Zabri Mokhtar said...

Salam Dato,
Terima Kasih atas nasihat.
Ikhlas,

nasir said...

Kalau ikut baca berita tentang Mbah nie .. tak ada pula mengatakan Mbah nie menjampi serapah @ mendakwa dirinya pemegang kunci Merapi . Ini hanya gelaran orang kepadanya kerna peristiwa dahulu di mana beliau tak mahu berpindah dan gunung merapi tak meletup ( 2006 ) sejak dari itu beliau popular .

Namun Mbah tak pernah mendakwa dia mampu menahan Merapi . Bahkan dia berpesan kepada orang yang berpindah supaya memohon kepada tuhan kerana tuhan sahaja yang mampu menghentikannya . Itu pesanan beliau .

Moga dibaca lanjut lagi kisah beliau supaya kita tak tersalah ulas dan mendakwa yang bukan2 . Apatah lagi menuduh seseorang itu pengamal sihir kerna dalam islam pengamal sihir itu besar dosanya .

Anonymous said...

Sebenarnya Datuk, saya tidak nampak seorang pun di sini, termasuk Datuk (ataupun saya), yang benar-benar kenal Mbah Marijan secara dekat dan setentang mata.

Pengenalan kita hanyalah berdasarkan sumber-sumber ke tiga, seperti tulisan "glossy travel magazine" agaknya, ataupun di depan kaca TV seperti yang Datuk telah tontoni pada NatGeo.

Apa-apa pun Mbah Marjan telah pulang ke rahmatullah dan dengan itu sudah pastilah allahyarham tiada lagi untuk berhujah untuk mempertahankan amalan-amalan beliau sama ada ianya seiring dengan syariat atau tidak.

Dalam hal ini kita perlu beri "the benefit of the doubt" atau " act on the side of caution" supaya kita tidak silap dalam andaian-andaian kita terhadap Mbah Marijan berdasarkan sumber pihak ke tiga itu untuk kita buat sebarang kesimpulan.

Kebanyakkan program-program NatGeo direncanakan supaya ikut kepada script yang mensensasikan kekelilingan, dan sudah pastilah script itu menepati "sensibility" penonton khalayaknya yang mempunyai citarasa yang berbeza daripada orang Islam.

Salam
mat royan

Anonymous said...

Belum tentu sesuatu yang baik kepada kamu, baik di sisi Allah.

Dan

Belum tentu sesuatu yang buruk kepada kamu, burok di sisi Allah.

Al Hikam

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).