Monday, October 18, 2010

Sebuah "Hiburan Murah" Untuk PAU 2010

A Kadir jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

AKHBAR Inggeris milik MCA, The Star, hari ini memetik Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada ahli parti menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) mulai esok agar berjaga-jaga terhadap agenda jahat (sinister agenda) sesetengah media alternatif.

Katanya, percubaan memecahbelahkan negara adalah nyata dengan media massa alternatif mengungkit perkara remeh untuk membakar emosi sambil menambah bahawa orang ramai tertarik kepada blog kerana menghidangkan “hiburan murah” (cheap entertainment).

Sama ada ia agenda jahat atau hiburan murah, berikut adalah Manifesto saya sebagai orang Melayu Malaysia (yang semestinya beragama Islam) yang ditujukan kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malay National Organisation/Umno) sempena persidangannya mulai esok hingga 23 Oktober.

Manifesto ini adalah penyataan umum dan terbuka mengenai prinsip dan dasar yang saya rasa wajib diperjuangkan semula oleh Umno sebagai parti induk politik kebangsaan Malaysia.

Pertama: Umno wajib kembali membulatkan tekad berjuang untuk bangsa (Melayu), Agama (Islam) dan Negara (Malaysia).

Tidak apa yang hendak dicurigakan memperjuangkan bangsa kerana Allah Taala di dalam Kitab Suci al-Quran secara jelas dan sahih menyatakan:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki (dan) seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi-sisi Allah adalah orang yang paling takwa antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal.” – surah Al-Hujarat, ayat 13.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa perjuangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu adalah perjuangan nasional yang terangkum (inclusive) yang memperjuangkan hak orang Melayu tetapi mengiktiraf hak kaum-kaum lain.

Umno yang inklusif inilah yang memberi kekuatan kepada politik Malaya dan Malaysia selama lebih 50 tahun di mana semua bangsa dan kaum boleh bernaung dalam suasana sejahtera, aman dan makmur.

Kalau Umno hari ini lemah atau dianggap lemah, ia adalah kerana Umno, buat seketika, hilang pegangan dan arah tujuan akibat kepemimpinan yang haprak. Kepemimpinan yang dilarikan (hijacked) oleh segelintir oportunis politik, perniagaan dan media massa.

Maka, daripada mandat raksasa pada pilihan raya umum 2004, Umno dan rakan-rakan Barisan Nasionalnya dihukum dengan sebatan paling hebat pada pilihan raya umum 2008.

Harap-harap era itu sudah berlalu. Harap-harap era gelap apabila pemimpin terlelap damai buaian damai abadi sudah berlalu. Harap-harap Umno dan pemerintahan yang diterajuinya tidak lagi dilarikan oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

Untuk itu, kepemimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu pada perhimpunan agung tahunannya tahun ini wajib menyatakan secara terbuka dan jelas bahawa Umno adalah daripada orang Melayu, untuk orang Melayu, agama Islam dan negara Malaysia.

Tidak mengapalah jika ada manusia yang kacau dan berbaur mindanya atau yang busuk niatnya yang menuduh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu perkauman, rasis, ultra dan segala macam caci dan cerca lagi.

Kedua: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu perlu berhenti daripada menjadi burung kakak tua yang melagukan slogan-slogan dan bahasa-bahasa berkod (coded language) yang ia sendiri tidak faham atau tidak yakin.

Mantera kontemporari seperti globalisasi, keterbukaan, meritokrasi dan padang permainan sama rata boleh melemahkan hak dan perjuangan kebangsaan Melayu serta Islam jika tidak difahami maksud tersiratnya.

Umno wajib kembali mendaulatkan perjuangan bangsa, bahasa, agama, ekonomi, sosial, keselamatan dan pertahanan yang selama lebih 50 tahun menjadikan Malaya dan Malaysia negara berbilang bangsa dan agama yang sejahtera, aman dan makmur.

Kalau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kuat dan kepemimpinan yang tegas, berani, bersih dan berkualiti, bukan sahaja orang Melayu sahaja berasa yakin bernaung di bawahnya, malah bangsa-bangsa lain juga akan berasa yakin.

Tepati Umno akan hancur dan kepemimpinan Melayu akan lenyap jika kepemimpinan Umno terus berdolak-dalik dengan orang Melayu kerana terlalu menyerah kepada tuntutan bangsa-bangsa lain.

Ketiga: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu wajib kembali memperjuangkan ekonomi nasional yang berdasarkan pertumbuhan dengan pembahagian (growth with distribution) yang menjadi matlamat suci Dasar Ekonomi Baru.

Tanpa dasar pertumbuhan dengan pembahagian (growth with distribution) ini, tidak akan wujud bangsa Melayu dan umat Islam Malaysia seperti yang ada pada hari ini.

Walaupun hanya sebahagian matlamat DEB berjaya dicapai, namun ia telah mengubah orang Melayu daripada masyarakat tani dan buruh cukup makan (subsistence) kepada masyarakat ekonomi moden yang berdaya maju.

Dasar ini telah menganjakkan ekonomi Malaysia daripada ekonomi agraria dan ekonomi tradisional kepada ekonomi perindustrian dan global.

Tetapi hari ini, kerana Pertubuhan Kebangsaan Melayu bersatu dianggap lemah dan kepemimpinan Melayu sudah hilang keberanian, maka kejayaan luar biasa ini bukan sahaja cuba dinafikan, sebaliknya kepemimpinan Melayu dituduh menjadi penghalang kepada kemajuan orang bukan Melayu.

Jika kepemimpinan Umno masih ada keberanian, mereka wajib menyanggah fitnah ini kerana pemerintahan yang diterajui Umno tidak pernah menganaktirikan mereka.

Sebaliknya, ramai orang Melayu, ahli dan penyokong Umno yang dewasa ini berasa merekalah yang sebenarnya dianaktirikan.

Interpretasi dan ekspresi 1Malaysia (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan), Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan meritokrasi belum meyakinkan mereka bahawa hak dan kepentingan mereka akan dilindungi.

Kepemimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang akan bersidang mulai esok juga wajib memberi jaminan terbuka dan tanpa syarat (inequivocal) kepada orang Melayu dan Bumiputera bahawa 1Malaysia, Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan adalah bersandarkan Perlembagaan dan berpaksikan warisan DEB iaitu perkongsian kekayaan ekonomi negara secara adil dan saksama memandangkan hakikat bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah bangsa majoriti yang kebetulan masih tertinggal jauh dalam arus pembangunan ekonomi negara.

Keempat: Untuk melaksana dan mencapai semua idealisme ini, Umno memerlukan kepemimpinan yang bersih, berani, mempunyai keanjalan minda yang tinggi, komited dan berkesinambungan.

Proses mensemasakan kepemimpinan Umno wajib dipesatkan demi mengelak Umno daripada menjadi parti orang tua, parti aristokrat dan parti orang pilihan.

Umno wajib kembali kepada sifat dan ciri asalnya iaitu keterangkuman dengan mendampingi generasi muda, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu.

Kelima dan terakhir, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu wajib mengembalikan daya fikir, daya berartikulasi, kecintaan kepada ilmu dan kemampuan untuk berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain sebagai tuan rumah yang berani dan tegas.

Tolak ansur kepartian jangan sekali-kali mengatasi dan mengkhianati hak dan kepentingan bangsa.

Berikan peringatan kepada semua iaitu di saat-saat banyak negara pasca-penjajahan sedang dikoyakrabakkan oleh perkauman dan dominasi oleh kaum induk di mana kaum-kaum minoriti dipaksa menerima asimilasi dan penyerahan, Malaysia yang diterokai oleh Umno kekal negara majmuk yang aman dan sejahtera di mana hak semua kaum dijamin di bawah Perlembagaan.

Berikan peringatan bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia, seperti didefinisikan oleh pakar undang-undang ulung Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim, adalah Kontrak Sosial dan Perjanjian Perdamaian.

Janganlah sesiapa bermain dengan api perkauman dengan cuba mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera atau menafikan hak bangsa-bangsa lain di bumi Malaysia yang istimewa ini.

Nota kaki: Kepada para pembahas serta kaki-kaki kutuk -- tidak kira bangsa, pegangan politik, ideologi, status sosial dan gaya hidup – kutuklah sesuka hati anda kerana mungkin kutukan anda itu akan membuka pintu hati anasir-anasir dalam kepemimpinan Umno yang sudah dikotorkan oleh pelbagai unsur buruk, dan memperkukuhkan iltizam kelompok yang terus berpegang kepada perjuangan bangsa, agama dan negara.

122 comments:

Anonymous said...

Yg memiskinkan org melayu skrg bukan cina.. tapi UMNO itu sendiri.

Dibawah juak2 UMNO skrg... org melayu makin lemah dari segi nilai2 kemanusian...

Sifat tamak, rakus, korup, malas, kaki belit, kaki putar, kaki subsidi, kaki sub kerja,kaki membodek/mengampu, kaki fitnah, berpuak2, bermuka2, kurang daya saing, kurang daya tahap pemikiran, melapak, buang anak, rempit & lain2...

Setelah lebih 50 tahun merdeka org2 melayu masih miskin. Rata2 org melayu berhutang 9 tahun (HP Loan) utk membeli hanya sang "Kancil"

Kami pembayar cukai bekerja hingga akhir hayat dgn bermacam2 jenis cukai yg dikenakan oleh demi juak2 UMNO.... hingga mati dlm keadaan berhutang...

Ya Allah selamatkan negara tercinta ini....

Aminn...

stongkol said...

Sebenarnya UMNO tidak perlu diubah ataupun berubah.

Yang perlu berubah atau diubah hanyalah para pemimpin parti UMNO itu sendiri. Majoriti rakyat tidak benci UMNO, tetapi mereka amat benci melihat lagak dan aksi para pemimpin UMNO yang bacul dan penuh dengan kepura-puraan dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair.

pakbelalang said...

Perjuangan parti UMNO adalah sungguh suci murni tapi malangnya telah di "lacurkan" oleh segolongan pemimpinnya yang tidak bermoral, rakus dan tidak sedar diri.

Saya memang ahli UMNO biasa dan tidak ada jawatan apa-apa pun tapi saya tetap di belakang menyokong parti UMNO. Saya masih lagi berkeyakinan dengan perjuangan dan prinsip UMNO. Hanya saya mengharapkan ahli-ahli akar umbi UMNO kesemuanya sedar bahawa sudah sampai masanya golongan pemimpin-pemimpin yang gelojoh dan tidak bertanggong jawap mestilah dihumbankan dengan segera. Tidak boleh disimpam lagi. Jika tidak hancurlah UMNO untuk selamanya dan mustahil akan kembali semula sebagai pejuang bangsa, agama dan negara!!

bodoh.pandai said...

Boleh tambah satu lagi ?

Ke6: Takpayahlah bagi diskaun rumah sampai 7 % bagi orang melayu dah yang kaya raya. Anak Tun Matathir yang pakai Porche pun dapat diskaun bila beli rumah mewah. Tapi penoreh getah india tak dapat pulak.

Sesunguhnya, dasar diskaun ni bukan dalam perlembagaan atau kontrak social tapi dicipta oleh UMNOputra.

Eljay said...

Salam Dato',

Pandangan saya, selagi ada bangsa asing dibumi Malysia ini, perjuangan orang melayu tidak akan selesai. Betul kata Dato', kalau pemimpin melayu haprak, orang melayu tidak akan berjaya dalam perjuangan mereka.

Hambali ® said...

Saya sokong penuh ulasan dato.

Kalao terus tak berubah, dan dok "p mai p mai tang tu" juga alamatnya jangan harapla orang nak pangkah lagi.

Kalao terus tak berubah, dan dok "p mai p mai tang tu" juga alamatnya PAU2010 ni dok lagu tu la. PAU2010 ni hanya jadi tempat melobi, tempat "mai dok sua" muka dan tempat beli belah kain baju di lobi pwtc. Koi nak habih persidangan, koi murah.

hmmmm

saji said...

Salam Dato'

1. Cara mudah orang Melayu memastikan UMNO kembali kepada matlamat perjuangan asalya ialah dengan mengambil langkah berani mengundi PR diPRU ke13 nanti, sambil mengharapkan PAS berjaya mendapatkan kerusi yang terbanyak mengatasi DAP dan PKR, dan menganggap PAS parti alternatif bagi orang Melayu.

2. Cara sukar orang Melayu memastikan UMNO kembali kepada matlamat perjuangan asalnya ialah dengan sentiasa mengingat dan mengutuk pemimpin dan kepimpinan UMNO seperti yang orang Melayu macam Dato' lakukan.

3. Bunyinya memang pelik. Tetapi tidak pelik jika mereka boleh menjawab dengan ikhlas bagaimana untuk ahli UMNO dan pendokongnya memulih dan memelihara semula UMNO dengan kedudukan UMNO sekarang yang saya analogikan seperti di bawah:

UMNO diibaratkan tangki air awam buatan besi yang sudah berusia yang dikesan bukan sahaja mengalami proses kekaratan bahagian dalam yang teruk, malah injab bebola loyangnya dikesan sesekali tidak berfungsi, seperti yang saya bincangkan sebelum ini.

Anonymous said...

apa nak dikutuk bang, tak ada apa apa nak dikutuk semua nampak baik ajak... belanjawan pun mampak baik ajak,
rok key

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Plagiat la tu pak Kadir oiii..
kesian menegokkan ade juga manusia yang suka dilihat hebat tapi tak dapat mencari ilham sendiri...

Hanezam said...

Datuk,
Saya suka istilah "Perjanjian Perdamaian" yang Datuk gunakan untuk merujuk kepada persepakatan yang telah dicapai antara kaum sebelum berolehnya kemerdekaan itu.

Bolehkah kita rakyat jelata ketengahkan calon-calon yang berpegangan persis yang Datuk katakan di sini, demi kelangsungan bangsa kita ? Adakah kita ada kudrat untuk memastikan pemimpin yang kita angkat dan julang ada ciri-ciri macam yang Datuk gariskan di sini ?

Datuk, bila rakyat adalah raja, kenapa kita terikat dengan calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan ?


Sekadar cuba memahami demokrasi..

Anonymous said...

Sebuah bahtera mungkin sudah lanjut usia tetapi dalam kelanjutan usia, yang akan memberikan suasana keremajaan adalah para juak dan balaci yang terdiri dari golongan muda dan belia.

Namun usia bukanlah faktor utama penarikan atau penolakan terhadap kredibiliti sesebuah bahtera. Contohnya, Bahtera A mungkin dipimpin oleh nakhoda 'berjanggut lanjut' tetapi umum masih melihatnya berupaya memimpin hingga ke hujung usia.

Bahtera B mungkin tidak pernah bertukar nakhoda sejak dilancarkan hinggalah ke hari ini, tetapi, masih ada para juak dan balaci beranggapan yang kepimpinannya masih segar dan relevan kerana sasaran yang asal masih boleh menjadi kenyataan.

Bahtera C, meskipun baru bertukar nakhoda iaitu nakhoda yang lebih moden dari segi pembelajaran dan amalannya namun tidak semua mata yang melihat nampak C sebagai lebih remaja dan kontemporari dari bahtera A dan B.

Soalnya, kenapa bahtera A dan B yang dipimpini oleh nakhoda 'penongkat langit' dan nakhoda 'dinasti' mampu menandingi tarikan bahtera C? Sedangkan kalau menurut kelaziman bahtera C yang sepatutnya memiliki daya tarikan yang jauh lebih kuat dari A dan B?

Hanya ada satu sebab yang memperlihatkan kesongsangan dalam membuat pilihan menjadi kenyataan iaitu penghijrahan. Apabila manusia membuat keputusan untuk berhijrah, mereka akan berhijrah.

Dalam konteks penghijrahan. Ke mana dan bagaimana mereka akan melakunya bukanlah faktor penghalang yang besar. Dan begitu juga kalau ada kejutan di tempat baru, tidak semestinya mendorong kesemua mereka untuk berpatah balik.

ALPASIKU

Kenn said...

Democracy - Government! Lend The Ears Please! Not Send the Fear!

“Government should look seriously into these ‘Liberal Media’. There are many good ideas. They should use this alternative media to understand the ‘feelings’ of the people”.

“Government should take heed what has been discussed and consider accordingly in their policies. Some people can be very critical.”

Tun M @BIG DOG

Oh My God! They Are Still In Denial!

ab said...

Salam Dato,



Pertamanya Presiden UMNO kena define balik apa dia UMNO...


UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION
atau
UNINTERESTED MALAYS, NOT ORGANISED?


Masa ni PM KENA DEFINE 1Malaysia, dan macamana UMNO bolih EXISTS IN
1MALAYSIA?..



Ahli ahli MT yang Malaysian first malay second, bolih lah blah dulu, yang Malay firt Malaysia second bolih lah minta sokongan,tu pun kalau dah tak habih lagi recycle warranty period..kalau dah expired bolih blah juga....


UMNO kena tambah/ubah perlembagaan SUPAYA UMNO BOLIH berniaga atau tubuh kooperasi atau kedua duanya..


UMNO kena tambah tujuan `existence' pertubuhan itu bukan saja untuk mempertahankan kepentingan politik melayu TETAPI UNTUK TAMBAH PERNIAGAAN DAN HARTA ORANG MELAYU di malaysia...


UMNO jangan MALU KATAKANLAH KUAT KUAT DAN NYARING BAHAWA UMNO ADALAH parti racist!, ya parti ethnik orang Melayu!....NO TWO WAY ABOUT THIS!...mana ada ROS rules tak bolih ada persatuan yang ahli ahli nya satu ethnik saja... MANA ADA UNDANG UNDANG negara yang kata TAK BOLIH ada persatuan dengan ahli ahli terdiri dari satu ethnik bangsa saja.....



UMNO kena tegak dan dengan nyaring beritau yang dok kat line depan tu BAHAWA UMNO ada bayangnya disiang dan malam..selagi ada matahari dan bulan, dan bayang itu ialah MELAYU!! yang kat line depan tu kalu nak cuba buang bayang tu, cuba la, cuba kuat kuat lagi...jangan takut,silakan, silakan, silakan!...



Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Salam Datok KJ

Kalau begitu Datok KJ kena tambah sikit lagi, UMNO perlu lebih ikhlas, cari jalan dan strategi agar negeri2 yang mempunyai kekuatan hampir 100% melayu seperti Trengganu & Kelantan harus dibangunkan semahu-mahunya tanpa mengira siapapun MB nya. Salurkan sebanyak2nya projek ke sana yang boleh menjana kehidupan yang lebih baik walaupun tak semewah KL dan Selangor. Kalau masih ada dalam minda 'tunggu kita ambik dulu baru kita bikin' sudah pasti persepsi dan kebencian rakyat tidak berkesudahan. Boleh kata semua rakyat kini tahu bahawa sememang begitulah sikap kepala UMNO samada di Pusat atau Negeri masih tidak berganjak 'sifatnya' iaitu suka sangat "menyelam sambil minum air". Seboleh-bolehnya biar hujan lebat yang turun itu biar banyak 'tempias' dari terus mencurah ke tanah. Harap Datok KJ faham maksud 'tempias'. Itulah yang terjadi di Kedah 2004. Sanggup menolak geran pusat, MB lebih sanggup berhutang supaya 'tempias'nya banyak tanpa ada pertikaian dan mudah dirunding terus, hasilnya 'mewah' la. Mana taknya 'projek air' kos sepatutnya 60 juta jadi 120 juta. Yang tanggungnya rakyat kedah kini. Kita jangan menganggap rakyat masih di era hitam putih, kita berada di era 'generasi Z', satu generasi yang mendahului kita, maknyanya apa yang kita fikir hari ni, generasi z ini mampu terus terjemahnya semalam. Memang susah nak 'bermain-main' dengan generasi ni, bebanding generasi 'hitam putih'. Senang cerita kalau nak teruskan kelansungan mentadbir negara selepas PRU13, maka UMNO wajib kembali ke landasan asal perjuangan 'JANGAN JADI PENGKHIANAT BANGSA SENDIRI' dengan telunjuk menuding ke pihak lain. Perlu diingat rakyat tahu bahawa selepas British berambus dari Tanah Malaya, tidak ada pihak lain selain UMNO, maka apa jadi negara sebelum dan kini disandarkan 100% kebijaksanaan atau kebejatan UMNO.
Nak tanya la sket. Boleh ke UMNO pulih dari penyakit 'suka pada tempias'.? MAD BALING

Abdul said...

Hati Datuk tetap pada UMNO, dulu, kini, selamanya, tak dinafikan lagi.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Orang kata, sedangkan hendak melakukan perubahan pun sudah sukar, inikan pula hendak ditransformkan?

Tetapi itulah yang wajib Umno lakukan – transform. Terlalu banyak perkara mesti Umno transformkan. Yang peliknya, dengan begitu ramai pemimpin-pemimpin Umno yang berkelulusan tinggi MBA, PhD, dsb; mustahil mereka tak tahu sebab musabab mengapa Umno mesti ditransformkan?

Umno sudah menjadi sebuah organisasi yang orang-orang Melayu sendiri menyampah. Samada strategi-strategi mereka sudah lapuk atau masih dibuai mimpi dengan kejayaan pemimpin-pemimpin terdahulu; menyebabkan pembesar-pembesar sekarang sombong & angkuh untuk mengakui bahawa mereka sudah melencong daripada kehendak zaman dan kehendak bangsa.Bukan semua strategi lampau masih berkesan.

Terimalah hakikat bahawa parti Umno itu sudah dibenci oleh ramai orang Melayu. Jika tidak, masakan sukar untuk Umno menambah keahlian mereka? Angka 3 juta keahlian yang dibangga-banggakan sangat itu sudah tercapai semasa zaman Dr Mahathir lagi. Mengapa tidak meningkat ke angka 5 atau 6 juta selepas Dr Mahathir bersara. Bukankah pemimpin-pemimpin sekarang hebat-hebat belaka?

Bukankah itu menunjukkan bahawa orang tidak mahu melibatkan diri mereka dengan sesuatu yang sedemikian? Saya analogikan seperti sukan – if Manchester United is a losing team, who on earth wants to support them? People only want to associate themselves with a winning team.

Kehendak orang-orang Melayu di zaman ini bukan sama seperti kehendak orang-orang Melayu di zaman Dr Mahathir dahulu. Sekarang, orang-orang Melayu berkehendakkan lebih daripada apa yang Dr Mahathir telah berikan. Bukan dengan lambakan projek-projek pembangunan mega kerana we have passed that.

Orang-orang Melayu juga bukan berkehendakan “laungan” disusuli dengan tepukan-tepukan daripada setiap ucapan yang tidak seberapa pun isinya. Itu membodek namanya. That’s a faked or forced applause. Bukan itu yang kita mahukan.

Kita dahagakan “kemenangan”. Kita mahukan kemenangan maruah. Maruah bangsa Melayu masih belum tertebus. Ratusan tahun maruah bangsa kita tergadai dan apabila kita merasa sedikit tertebus, Umno sudah lupa diri. Sudah selfish.

Pembesar-pembesar Umno, baik peringkat Pemuda mahupun Puteri, sudah semacam menjadi orang kayangan.Bila turun ke “bumi” tiada berseni. Mereka sudah lupakah adab dan pekerti? Bukankah Melayu itu tinggi bahasa dan budi? Walaupun Melayu suka dipuji, tetapi tak terpikirkah mengapa rakyat mencaci?

Jika Umno sudah dicaci dek perbuatan pembesar sendiri, bukankah itu maknanya maruah Melayu tergadai sekali lagi? Ini namanya, harapkan pagar, pagar makan padi!

Di segi Agama, mengapa rasuah tidak diperangi? Susah sangatkah nak kotakan janji menghapuskan rasuah yang jijik dan keji?

Tidak keterlaluan saya mengatakan bahawa kemenangan besar pada PRU 2004 adalah disebabkan oleh imej “clean” Pak Lah yang rata-rata masyarakat berharap dan menyangka bahawa Pak Lah dapat membersihkan pentadbiran Umno mahupun kerajaan daripada rasuah. Tapi lihatlah apa telah terjadi apabila sangkaan tersebut meleset.

Saya yakin, jika Presiden Umno sekarang benar-benar memerangi rasuah yang berleluasa di dalam Umno, beliau akan disokong bukan sahaja oleh orang-orang Melayu, malah keseluruhan rakyat Malaysia.

Andaikata beliau menghadapi pelbagai ‘konspirasi’ menjatuhkan beliau oleh pembesar-pembesar Umno yang terlibat dengan rasuah, sejarah akan tetap mengenang beliau sebagai ‘Bapa Peperangan Rasuah’. Itu lebih bermakna dari segi penebusan maruah Melayu, di samping lebih banyak pahalanya di sisi Islam.

Terima kasih

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Dato', setuju dan sokong!

Rakyat Malaysia mahukan pemimpin yg berwawasan, bersih, bijak, cekap, tegas dan yang paling penting.. amanah.

Malaysian Malay..

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya sokong 100%.

Dato' tulis: Proses mensemasakan kepemimpinan Umno wajib dipesatkan demi mengelak Umno daripada menjadi parti orang tua, parti aristokrat dan parti orang pilihan.

Ini yang sedang berlaku sekarang..UMNO kini parti orang tua, parti golongan aristokrat, golongan korporat, golongan kaum kerabat. Malahan yang tidak ada jawatan parti pun nampak macam ada kuasa menentukan halatuju parti dan kerajaan. Anak-anak muda Melayu sekarang bukan lagi macam zaman saya dulu. Sekarang mereka sudah ada baca..selalu ada dengar. UMNO hilang appeal nya pada orang muda sedangkan merekalah golongan pengundi yang paling ramai. Amalan perpindahan kuasa dalam UMNO telah hilang idealisme nya..

Apa pun kita ucapkan selamat bersidang.Hendaknya jangan ada lagi yang menghabiskan masa dengan pantun gurindam dan puja puji yang memualkan.

Pak HJ JB

Berita dari gunung said...

Saya setuju dengan catatan Dato, bahawa UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal, untuk Melayu, agama Islam dan negara Malaysia. Tidak ada apa yang nak dimalukan. 1Malaysia itu satu perkara yang lain, melihat melalui perspektif sebuah negara.

Malangnya, pegangan pemimpin UMNO kelihatan sangat longgar apabila menjawat jawatan menteri. Tidak baik untuk disebut, tetapi begitulah, kecenderungan dengan projek dan kontrak menjadikan kebanyakannya lupa apa sebenarnya perjuangan UMNO.

Kemudian bila tiba PAU selanjut mereka kembali dengan keris terhunus dan jerit memukau, akhirnya pulang dengan suara yang serak.

Keinginan untuk menjadikan diri sendiri, saudara-mara dan kawan-kawan kaya raya, seringkali melalaikan prinsip dan pegangan perjuangan.

Setiap PAU, lalu kita menggegar semula, entah untuk apa.

Kita perlukan pemimpin yang mampu mengendalikan kedua-duanya dengan baik, jadikan orang hidup senang lenang dan kekal berjuang untuk bangsa, agama dan negara.

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.

Saya tidak bersetuju jika dikatakan blog ini tidak bertanggungjawab kerana saya dapati ianya mengandungi maklumat-maklumat yang penting bagi membimgbing rakyat terutamanya orang Melayu kejalan yang benar dan tidak tertipu dengan dakyah-dakyah yang berunsur kepentingan politik semata-mata. Malah saya percaya blog ini boleh mengumpul ahli fikir orang Melayu untuk membimbing anakbangsa kemercu kejayaan dimasa hadapan.

Allah sayang kepada kita dan dengan itu diujinya kita sebelum dihukumnya jika terus tidak berakhlak mulia.Saya perturunkan maksud ayat-ayat 9 , 10 dan 11 Surah Hud Juz ke 12 yang ada berkaitan :-
9. Dan demi sesungguhnya ! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, kedapatan dia sangat-sangat berputus asa , lagi sangat-sangat tidak bersyukur.
10. Dan demi sesungguhnya ! Kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan , tentulah ia akan berkata :"Telah lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangan itu ) riang gembira , lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).
11. Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal salih, maka mereka itu akan beroleh keampumnan dan pahala yang besar.

Apa yang saya dapati dari ahli-ahli setia UMNO di kampong mereka cukup tidak suka pergaduhan besar antara pemimpin UMNO terutamanya bab hina menghina sesama sendiri. Hasilnya UMNO telah hilang banyak kerusi pada PRU 1999 termasuk jatuhnya Negeri Terengganu kepada PAS. Pak Lah telah mengubah cara dengan berlembut dan dengan itu memikat hati pengundi yang memberi BN kemenangan besar pada PRU 2004. Kemenangan besar ini malangnya membuat UMNO lupa daratan dan mula jatuh menjatuhkan sesama sendiri dan yang lebih menyedihkan melibatkan diri semula dalam hina menghina sesama Islam yang dibenci Allah. PRU 2008 menyaksikan BN kalah dan sepatutnya mencari punca sebenar kekalahan dan memperbaikinya dan tidak merombak apa yang sediada yang menyebabkan orang Melayu keliru dan mula hilang kepercayaan terhadap pemimpin yang sediada.

Ini adalah pendapat saya dan mungkin pemimpin UMNO mahu merujukkannya kepada alim ulama' dan jika didapati betul mengambil tindakan sewajarnya sebelum terlambat.Saya berdoa semoga Allah memberi pertunjuk untuk kebaikan ugama , bangsa dan negara.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

Anonymous said...

Setiausaha UMNO telah lama berpolitik dan sepatutnya sudah masak dengan gelagat pengundi2 yang juga lama mengetahui arena politik. Ada segelintir yang munkin berniat kurang sihat tetapi majoriti tidak sebegitu.

Apa yang dia takutkan kapada minoriti sebegitu sehinggakan mengecam secara rambang bahawa media alternatif sebagai "hiburan murah"? Saya tidak tahu samada dia ada blog sendiri.

Sedia maklum orang lama munkin banyak yang hendak disuruk atas apa yang dibuat atau yang tak dibuat. Inilah yang akan menghantui mereka. Takutkan bayang2
Sebelum pesatnya media alternatif, bahkan media massa ada menyiarkan persoalan beliau berkaitan pelancongan. Dalam alam Dolah Tidure ramai dilepaskan.

Najib ada pasang beberapa orang kaki pukul. Ada masanya dia melenting mencari mangsa; lagipun tak tahan kena hentam akhir2 ini.

Hidup PERKASA!

Roti Planta said...

Dato',

Apa yang nak dimalukan dengan istilah 'perkauman'. Bagi saya perkauman adalah satu sifat di dalam naluri manusia sepertimana perasaan cinta, kasih, belas dan sebagainya. Menyayangi kaum sebangsa sebangsa (perkauman) adalah seperti ibu menyayangi anak. Memang ada 'kadang-kadang' (baca dengan nada Nujum Pak Belalang) ibu yang tidak menyayangi anak seperti membuang bayi tetapi itu adalah ibu yang sekeji-keji manusia. Jadi jika ada ahli politik yang tiada sifat perkauman menyayangi bangsa maka dia juga sekeji-keji manusia.

Adalah Lim Kid Siang tidak menyayangi bangsa Cina? Adakah Kapal Sing tidak menyangi bangsa Sing? Adakah Samy Bellu tidak menyayangi bangsa India?. Jika betul mereka tidak mempunyai sifat perkauman jadi usahlah berkokok apabila ada guru Melayu yang 'jentik' sikit bangsa Cina atau India. Ianya cuma jentik sikit, tiada sempat pun nak gubah lagu menghina bangsa pendatang sepertimana Nawawee menghina bangsa tempatan.

Si Nasri pula hari ini sibuk ungkit balik pasal guru tersebut. Kononnya Nasri adalah satu-satu bangsa Melayu yang tiada sifat perkauman. Jadi bagi saya Nasri adalah tiada sifat cinta dan penyayang dalam dirinya sepertimana ibu yang membuang bayi tadi.

Tahukah anda? Sifat perkauman ini telah lama berakar umbi di industri-industri dan kilang-kilang?. Berapa ramai bangsa tempatan yang mendapat gaji lebih rendah pada kualiti kerja yang sama dengan pekerja bangsa Lim Kid Siang. Berapa ramai bangsa tempatan yang dinafikan kenaikan pangkat dan bonus samarata dengan bangsa pendatang. Malah ada yang pergi solat pun dipotong elaun. Ini bukankah perkauman dan diskriminasi? Jawab2 wahai perjuang 'padang sama rata'.

Jadi kepada pemimpin UMNO atau PAS atau PKR Melayu, usahlah 'malu' untuk bersifat perkauman kerana mereka jauh lebih perkauman daripada kamu!. Perkauman sebenar adalah sifat mulia kerana ianya mempunyai unsur penyayang, cinta dan kasih.

Ini dalah pendapat peribadi saya untuk renungan terutama ahli UMNO yang nak bersidang. Usah takut untuk berkata-kata walaupun dipesan untuk membisu oleh Setiausaha Agung.

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

If all the other races are giving such trouble to the so called son of the earth then evict them. send them all packing to wherever they want to go.. of course do it nicely lar otherwise malaysia name not nice in the world.. maybe give a time frame of 2 years.. if not gone by then, means they agree to ketuanan melayu and should forever shaddup.

since petronas still got so much money can 'sponsor' to get these people to leave eh... then the land will truly belong to the sons of the soil.

anonymous son of toil

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

Bila PM pi rasmi MCA ka,MIC ka,PPP ka, pasti ada ole ole dan buah tangan
dan berita gembira buat depa.

Apa la gamaknya hadiah buat kita orang Melayu yang banyak sokong dia akan dapat kali ni?

Kalu takat nak suruh kita berubah,
TAK PAYAH!BOLEH BLAH!SORI PI NAIK LORI!

When love change to hate,the consequences would be deadly.

tk

Anonymous said...

Salam Dato':

Kita se-angkatan.

1. Dato' masih lagi beria-ia menyokong UMNO. Saya dah lesu dengan UMNO. Berkubur pun bagus juga.

2. Dato' memetik ayat Quran tapi konteks lari jauh. Menyokong UMNO menyokong assabiyah. Islam sampai dengan hasrat memecah cinta suku kaum.

3. Islam mengajar kita takut kpd Allah SWT bukan takut kpd manusia. Mana ada ahli UMNO yang berani lantang melawan bos2 mereka pabila bos2 mereka lalai dan hanyut didalam korupsi?

Malaysia tak akan maju selagi ada suku kaum UMNO ni.

wsm

Jaha said...

"Hiburan murah" Datuk,amat mahal nilainya kepada orang melayu. Pemimpin yg ada hilang punca dan sesat dalam kemewahan. Walau pun telah dikejutkan pada pru 08 tapi berhayal kuat seperti orang kena candu! Harapan kita ada perwakilan umno yg berani merubah. Tapi malang orang umno kurang membaca apatah lagi berfikir.

Anonymous said...

Ybhg Datuk AKJ

Setuju dengan kelima-lima perkara yang Datuk cadangkan.

Wahai ahli UMNO, berbanggalah dengan tohmahan UMNO adalah parti racist. Ahli UMNO harus reframe pengetian racist. Racist adalah satu perjuangan kelangsungan bangsa Melayu. Tanpa menidak, tanpa curiga, tanpa prangsangka tanpa pesona dengan bangsa lain.

Melayu Lama.

Hj Othman Kedah said...

Dato.
UMNO tidak ada pilehan lain melainkan terpaksa bergabong dengan PAS demi untok menjaga kuasa Melayu/Islam.

PAS sabenarnay offshoot dari UMNO yang di asaskan oleh Hj Fuad di Bukit Mertajam.PAS merupakan Party yang sama tua dengan UMNO dan mempunyai ramai pemimpin agong yang lepas saperti Dr Burhanuddin dan ASRI.

UMNO akan melakukan satu kesilapan yang besar jika ia gagal memujok PAS untok bersatu dengan nya.Apa yang di minta oleh PAS hanya lah UMNO meminda perlembagaan nya menjadikan ugama Islam sabagai tunjak perjuangannya.

Saya amat berharap pemimpin UMNO akan membuka mata dan nampak kebaikan bergabong dengan PAS.

mo said...

Asalam datuk, umno semakin lama semakin kurang segantan dan bisanya. Seperti yg di kehendakan oleh setiusaha umno tku adnan, kembali kepada perjuangan asal, agama, melayu dn bangsa,dan negara. Apakah selama ini org2 umno dan pemimpin umno telah lupa perkara ini ??? Rakyat di luar sini tidak pernah lupa perkara ini. Mungkin org umno boleh lupa, sebab org kuat umno tun, cakap melayu mudah lupa... dan mungkin dah terlalu senang dgn kemewah maka segala telah menjadi kabur dan gelap. Nampak umno dan pemimpinnya masih di ambang lama dan ortodok. Melayu tak pernah hilang apa pun, melayu tetap melayu, lansung tidak dapat di persoalkan??? Yg hilang ialah umno dan pemimpinnya, hilang kuasa,hilang pengaroh, hilang undi,??? Perjuangan umno kini tidak relevan pada masa ini,, walaupun banyak tegran iklasdari kelangan rakyat kepada pemimpin namun mereka masih dgn kegoan masing2. apa ada padah rakyat biasa ini?? Inilah permasaalah umno bn, sombomg, bongkak, mengaya diri, megah dgn kekayaan, rumah besar bak istana, kerete mewah hentah berapa2 buah,. Rakyat tidak akan tertarik dgn barjet yg di lontar pm najib ? Rakyat sudah terlalu kenal dg umno bn dan pemimpin.? Yang pasti ge13 akan mendatang apakah umno bn bisa lag memnolak perubahan yg rakyat mahu dan inginkan. TQ

zainal abidin awang kechik said...

salam tok...

IZIN AKAN SAYA BERTANYA KEPADA MEREKA..KEMANA YAB DATO SERI NAJIB NAK BAWA MELAYU DAN UNMO.

UMNO NI PARTI PESAWAH,PETANI.DAN NELAYAN,...PARTI ORANG MELAYU BERLINDUNG"

ÜMNO DI BINA DENGAN KERINGAT DAN AIR MATA''MEREKA YANG BERMATI MATIAN BINA UMNO KEKAL DENGAN KEMISKINAN'

SELAMAT BERSIDANG..

TERIMA KASIH TOK.

Anonymous said...

Saya tujukan memo diatas khususnya untuk Nazri Aziz, Shahrir Samad, Khairy & Hisham amaran.

-azienmat-

Wira said...

dato',

sekarang dah tak de dah pejuang2 tulen, yang ade cume pejuang2 poket sendiri. tak kiralah ape fahaman politik perut sendiri nak dijage.

parti ade perlembagaannye sendiri tapi biasenye ahli parti yg buat2 tak nampak.

orang2 yang memperjuangkan bangse adalah orang yg berjiwa besar, sekarang yg ade berjiwa RM aje.

dalam ruangan dato' ni bagus juga dapatle kita kongsi kutuk megutuk, kata megata. harap2 orang yg kita kutuk tu faham dan suke jugak membace, kalau tidak hampes je. balik2 orang2 yg gila bace blog je yg bace.

sy memang sentiase ikut blog dato' ni. ok lah jugak.

bersatu bersetia berhidmat said...

Terima kasih Dato diatas kupasan yang pedih dan terbuka untok UMNO.Benar tetapi pahit.UMNO hak orang Melayu bukan hak bapak mereka dua tiga kerat punya.UMNO rosak kerana keracunan makan rasuah politik wang yang sudah amat parah.Hingga Allah telah menurunkan bala yang hampir menenggelamkan UMNO.Itu pun masih tidak serik lagi.Rasuah politik masih menjadi pujaan dan sanjungan UMNO.Kualiti kepimpinan UMNO pun sudah tidak ada.Jadi pemimpin bukan atas dasar ketokohan tetapi kerana beli jawatan yang bersifat rasuah.Rata-rata pemimpin UMNo tidak bersih,curang pada perjuangan parti.Berapa ramai yang jadi Ketua Bahagian hari ini adalah manusia yang curang masa PRU 12 yang lalu kerana tak jadi calon.Dari segi akhlak pun apa kurangnya.Macam-macam kita dengar.Soal amanah sudah luntor sama sekali.Amanah dari segi kuasa atau wang ringgit.Ini lah musibah pada UMNO.Ketua Bahgian lebih gila kejar projek.Jadi kaki pelobi projek.Hidup makan komisen.Bukan merancang untok kekuatan parti.Merancang untok perut sendiri.Rakyat kian meluat dan benci.Mereka pamer gaya hidup mewah selepas ada jawatan.Mereka mengejar jawatan untok diri sendiri.Kroni,nepotisme dalam UMNO masih tebal.Terutama dibahagian dan cawangan.Tak percaya turun sendiri ke kampong dan desa.Macam-macam sindiran yang kita dengar.Bagaimanakah nasib penjaja pasar malam,penjaja kecil,buroh kasar,buroh ladang,pengawal keselamatan.Rata-rata mereka ini mempunyai pendapatan tak sampai RM 1000 sebulan.Kenapa UMNO sudah tidak nampak gejala ini.Saya amat berharap PAU 2010 bukan makan angin Kuala LUmpur.Bukan tempat buat jenaka lucah dan tak kualiti.Bukan tempat bawa indon.Bukan untok berkaroeke waktu malam.Bukan tempat memperagakan pakaian mahal-mahal.Bukan juga nanti ada tempat serah sampul atau envelop minta sedekah.Sama-samalah kita ikuti nanti PUA 2010 nanti.Ngeri yang UMNO/BN kalah apa benda yang mereka nak hidangkan nanti.Selamat bersidang dan jangan makan angin.Jumpa lagi Dato.Maaf Dato kalau kasar bahasa.

saji said...

Salam Dato'

Tergelak saya dengar rakan saya, Dato',Prof Shamsul Amri, Atma, UKM, kata kat wartawan TV3 malam tadi dia pun tak faham apa itu 1Malaysia, Model Baru Ekonomi dan Trasformasi

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya amat berharap sekiranya ramai perwakilan yang akan bertanya Hishamuddin apakah tindakan beliau terhadap orang2 seperti Namewee dan si baruah dalam Hindraf yang mempersendakan Sultan Johor baru2 ni.

Saya juga amat2 berharap jika ada perwakilan menuntut Hishamuddin agar memakai skirt dan bukannya seluar lagi...

* On lighter note ingatkan si Hishamuddin ni pendek lidah (sebab tu sengau)..rupa2nya pendek akal dan singkat keberanian juga..

Jimizul

Anonymous said...

Dato'

Orang Cina berasal dari berbagai suku kaum dan bertutur dalam bahasa kedaerahan yang berbeza-beza. Namun, Negara Cina bijak untuk menyedari bahawa hanya satu bahasa saja (bahasa rasmi) yang mampu membawa mereka ke puncak penyatuan. Sukar dibayangkan di mana kedudukan mereka dalam carta kemajuan dunia kalau negara berkenaan mengiktiraf pendidikan dalam berbagai suku bahasa.

Amerika adalah contoh negara di mana rakyatnya digalakkan berfikir dan hidup secara bebas tetapi dalam bab berpolitik mereka hanya nampak satu sistem saja yang baik untuk mereka iaitu demokrasi. Malah bagi mereka demokrasi dan lain-lain sistem (seperti sosialis dan komunisme)adalah ibarat air dan minyak yakni tidak boleh bercampur meskipun diletakkan dalam satu botol.

Negara Cina mampu bergerak pantas merentasi masa kerana sistem yang dimiliki (pemerintahan satu parti) telah berjaya membentuk nilai dan persekitaran yang positif buat pemimpin dan berbilion rakyat yang sebelum itu berkabilah-belah, berdengki-mengkian, berantak-tekan dan berporak-perandaan, yakni menjadi lebih tekun, fokus dan tabah menempuh halangan dan saingan globalisasi.

Oleh kerana lain padang, lain belalang, model apa yang sesuai untuk membawa sebuah negara Islam agar dapat merentasi masa pada kadar kelajuan yang munasabah agar dapat 'berdiri sama tinggi dan bersila sama rendah' dengan negara-negara yang disebutkan itu? Inspira? Exora? Waja? Satria? Saga? Pasira? Nutputera? Daputera? Roketira atau yang mana satu?

Kah-Kah-Kah

A KADIR JASIN said...

Bekas Menteri Jepun dari parti Liberal Democratic Party (LDP), )Kotaro Tamura, menyarankan Umno dan BN belajar daripada partinya.

Katanya Umno dan BN akan roboh jika mereka tidak mendahulukan kepentingan rakyat jelata.

Akhbar The Star melaporkan: "Umno and Barisan Nasional will collapse if they put party interest before that of the people, said Yale University senior fellow Kotaro Tamura.

Tamura said Umno should take heed of the Liberal Democratic Party of Japan’s fall from grace last year, after being in power for half a century.

Like Umno, LDP enjoyed a landslide victory several years ago.

But, it suffered massive defeat in last year’s election,” he said at the international forum on “The Creation of Global Citizen: Media Liberali­sation And The New Political Realities” yesterday in conjunction with the Umno General Assembly...."

Saya sudah beberapa kali menulis mengenai kejatuhan LDP, Kuomintang (Taiwan) dan Congress Party (India).

LDP memerintah Jepun secara berterusan selama 54 tahun sejak diasaskan pada tahun 1955. Tetapi ia kalah teruk tahun lalu dan sekali selama 11 bulan pada 1993/1994.

Saya pernah menemuramah reformis parti itu, Tsutomu Hata yan jadi PM Jepun ke 80 selama 9 minggu pada tahun 1994, pada akhir tahun 1980an.

Dia memberitahu saya, salah satu punca kelemahan LDP ialah ia terlalu besar, terlalu autokratik dan dipenuhi "power brokers".

Kebanyakan kerusi Diet (Parlimen) diduduki oleh wakil rakyat generasi ketiga dan keempat. Kerusi Parlimen jadi macam harta pusaka keturunan dan LDP terpisah daripada rakyat jelata, khasnya generasi muda.

Macam pernah dengar kan? Boleh kata semua parti politik di Malaysia -- tak kira pemerintah atau pembangkang -- sudah menampakkan ciri keturunan, dinasti dan aristokrasi. Fikir-fikirkanlah!

Terima kasih.

Asam Pedas said...

Dato,

If the delegates in PAU still emphasize on rhetoric such as hand kissings, hugging and worst giving much respect to the leaders, whatever agenda for reform to strengthen the party will only remain as agenda.

The delegates must be brave or allowed to ask hard questions without berpantun or berkias-kias e.g. the new budget, economy and educations. Just say it as it is.

I think the public specially tv audience can no longer stomach all these show that everything is honky-dory when it is not.

Anonymous said...

Datuk Salaam,

In reality, we have no choice. The choices become even more limited when Pas and DAP tried to mimic the BN by forming loose coalition they called Pakatan Raayat. Today Pas sounds like Umno or worse because it tries to share the bed with its arch enemy the DAP. The Malays have the poorest choice. Pas tries to be like Umno to befriend the DAP. Umno is fearful to continue fighting for Malay rights because it's hard up for Chinese and Indian votes.

On the other hand, the MCA and DAP continue to harden their demand on Chinese rights, and the MIC and PPP are demanding for more Indian rights. But Umno and Pas are abandoning the Malays race and Muslims in order to get the support of the MCA and the DAP respectively.

What the DAP, MCA, MIC and PPP are doing is taking advantage of the growing weakness of Pan and Umno as these two Malay-based parties abandoned their Malay-Islamic struggle in favour of Judio-Christian-based western liberalism as proposed by liberal-educated Pas and Umno leaders.

I see the Malays not enjoying choices in the coming GEs resulting in more Malays boycotting the electoral process or spoiling their votes in protest.

In the coming GEs unless Umno and Pas returned to their original struggles, I foresee the MCA and DAP forming an underground electoral pact to defeat both the BN and Pakatan Raayat, and form a strong Chinese caucus in Parliament where they will wield their power in favour of their community.

Malay First

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon izin sertakan 'link' di bawah untuk tatapan pembesar-pembesar Umno. Walaupun nampak akedemik sedikit, tetapi elemen-elemen yang disebutkan adalah sama seperti yg berlaku ke atas Umno sejak beberapa tahun lepas. So, transform or demise.

http://www.youtube.com/watch?v=twPj1lDpSHE

Terima kasih

Azman Mohd Isa

Fikir Tajam said...

Melaka Maju 2010 suatu lawak bodoh - Siri 3

vii) MAIM yg mana Ali Rustam pengerusinya hanya tahu kaut sewa duit entah ke mana daripada koleksi bangunan wakaf dan barunya. Sedangkan tak upaya membuka satupun tanah perkuburan MAIM. Mana ada kita dengar MAIM punya tanah perkuburan Islam? MAIM Holdings, MAIM Travel adalah. Tapi tak mampu pun keluarkan biasiswa untuk anak-anak Melaka belajar. Kaum Cina ada Taman Peringatan Nilai, Taman Nirwana. MAIM ada apa?

viii) Nelayan Klebang dicurahkan pasir ke dalam periuk nasi mereka. Habis laut ditambak mengayakan Cina.

ix) Ali Rustam anak Benggali ini selalu kutuk Melayu. Pernah dia cela kata "Melayu ni bila susah dia bising". Yg menyalak asyik tak puas kaya ialah Hindraf dan DAP, MCA, Gerakan itu.

x) Heboh satu Malaya kata Melaka bandarnya bersih...bohong tu...tak percaya...pergilah ke Melaka Sentral...sampah merata, puntung rokok, botol minuman bersepah di lantai. Lihatlah di setiap lampu isyarat, puntung rokok merata, botol minuman di sini sana. Lagi satu berjalanlah ke Cheng, Paya Rumput, Batu Berendam, Semabok dll...iklan haram Ah Long, iklan ubat kuat berleluasa tanpa kawalan. Malah iklan Ah Long biasa sangat tergantung di lampu isyarat, papan tanda jalan, taman perumahan. Malah kad nama Ah Long bangsat bersepah di perkarangan rumah di taman perumahan. Cukai pintu pungut. Penguatkuasa MBMB hanya berani saman letak kereta saja. Iklan Ah Long langsung tak berani cabut. Dayus. Penakut!

ab said...

Salam dato',



Minta kebenaran dato' nak post hai bajet 2011 sekali lagi, kalu dibenarkan....


Kerajaan memerintah MESTI BUAT RANCANGAN BAJET TAHUNAN..kerana ini tertakluk dalam perlemba-gaan..kalau tak buat,BOLIH LA `DISSOLVE' PARLIMEN....awai sikit PRU13.


TETAPI...

Perincian rancangan bajet TU PULAK BUKANNYA LEGALLY BINDING!.... maknanya, kalau gomen tak buat macam plan tu pun,TAKDAK SAPA PUN BOLIH report polis/saman gomen ni!.....terer kan?...chong apa pun semua tepuk meja,lepas tu semua angkat tangan,dah tu badget plan tu pun diterima parlimen, SIAP SATU TUGAS!...bolih tidoq dah...



JANGAN tak nampak jumlah RM22 bilion, duit tak cukup untuk projek RM10, masuk tahun 2011?...maknanya depa tak ada duit lagi laa untuk 2010!....( walaupun dah dua kali tambah duit sampai 67 bilion kalau tak silap saya.).



NAK bina bangunan 100 tingkat,buat MRT KL,Hospital Akademi..5+40+2..dah dekat 50 bilion ringgit !!...TORAK SAJA LAA TU!... ingat sat ka nak cari tuan tanah,cari waris waris,nak buat faraid dll,nak tukaq nama,sukat balik,sukat sana sukat sini,tukaq jenis tanah,minta pelbagai permit sana sini,plan buat parit,longkang dll,arkitek buat plan,repar plan sana sini, pakat sana pakat sini kot dapat komisen sana komisen sini,dll..lip lap lip lap,dah habih 2011....JANGAN TERUJA SANGAT LAA no, depa ni penuh HOT AIR!



Hai perkerjaan pulak lagi kuat temberangnya!...TENGUK LA report SPA, dalam taun 2009,1.2 juta lebih minta MEMOHON PEKERJAAN,yang dapat TAK SAMPAI 60,000 orang pun!.



Dalam RM11 depa kata nak SEDIAKAN 3.3 juta perkerjaan baru, MAKNANYA
LEBIH DARI 600,000 perkerjaan baru SETAHUN MULAI 2011..BETUI KA DEPA NI? SEDANGKAN PENGANGGURAN SEDIA ADA HAMPIR 4 % dah ni.... punya ota lebih dahsyat dari pilem jet lee dan amitha bachan!



YANG SAYA PASTI ialah...gomen tak buat banyak projek, atau lambat buat semua projek....TAK LA BELANJA BANYAK, tak la tinggi deficit sampai 5.4%? Taun depan bulan 10 buat gazet angin baru,semua tepuk meja lagi,semua anggkat tangan ramai ramai ..jadila bajet 2012....FORGET BUDGET 2011!!



YANG KWSP ni kalau buat rumah murah juai kat rakyat tentu tak payah pi perabis duit kat `oversea'..kat singapore bayaq utang KTMB kot?, atau kat indon tebuih tanah kelapa sawit SD?..


Last sekali, lepas 100 tingat menara PNB tu siap, lingkupla ekonomi negara....kalau tuan tuan nak tau, TALLEST TOWER NI MACAM DAH JADI JINX EKONOMI, bila satu negara siap satu TALLEST TOWER, lepas tu ekonomi negara tu merudum ...kalau tak percaya semak laa...


Seronok no kalau jadi bini PM ya, dapat bajet macm petik jari saja no?...tak payah hingaq dapat lebih 100 juta..ni untuk KEMENTERIAN BINI PM...MENANTU PUNYA KEMENTERIAN ADA TAK?...




Abu Bakar Ab Rahman

zacksnake@ringgo said...

Hanya untuk UMNO...

kompang melayu kompang bertingkah
sayup beralun suasana meriah
tiada salah mengundur langkah
asal tidak tersesat arah

hidup sesat dihutan yang kelat
umpama sifat tanpa makrifat
susun barisan tekad dibulat
kembali berbakti kepada rakyat

hidup berbakti hidup yang berkat
aman damai dinaungi rahmat
biar miskin hidup merempat
demi rakyat azam kusemat

Sekian..
Selamat berhimpun...

pakbelalang said...

Datuk AKJ,

Memang tepat sekali komen Kotaro Tamura itu. BN bernasib baik tidak "tertonggeng terus" dalam pilihan raya lepas. Kini kalau pemimpin-pemimpin BN tak celik matan dan tak sedar diri lagi dan masih lagi berperangai seperti LDP Jepun, alamatnya ialah terus lingkup.

Bolehkah BN kembali semula menjadi parti komponen yang releven untuk generasi sekarang dan akan datang? Terpulanglah kepada pucuk pimpinan dibawah naungan Najib. Jika Najib gagal maka "sayonaralah" BN.

safarizohdi said...

Jawapan untuk mengembalikan keyakinan bangsa melayu kepada perjuangan UNMO hanya berpandukan kembali keperjuangan asas utama iaitu Untuk Bangsa, Agama dan Negara.Orang Melayu tidak perlu berbaik budi berbahasa kepada kaum keturunan pendatang ini.Jangan memberikan kesian melampau kepada mereka ini. Peminpin yang meneraju negara sekarang ini hendaklah bertegas membuat keputusan berlandaskan perlembagaan negara.Kawasan yang majoritinya kawasan Melayu baik mewakili Parlimen atau DUN hendaklah dikekalkan kepada melayu. Jangan ada kompromi dan membuat formula yang menyahkankuasa melayu.Peminpin yang terlalu liberal hendaklah ditendang daripada mewakili orang melayu ie. seperti Nazri Aziz.Seolah dia bukan mewakili orang melayu di dalam tindak caranya.Peringatan ini bukan saja kepada dia seorang saja.Siapa makan cili rasalah pedasnya.Sekolah vernekular yang tidak ada disebut didalam perlembagaan hendaklah dipupuskan dibumi malaysia ini.Utamakanlah Ugama Islam ,Bangsa Melayu,Institusi Melayu di bumi melayu ini supaya melayu tidak diperkotakkatikkan oleh keturunan pendatang.Kepada peminpin melayu beranilah memperjuangkan ajenda melayu kerana bumi malaysia ini asal usulnya adalah bumi melayu.Janganlah menjadi dayus dan diperkudakan oleh kerana disebabkan sesuatu.Wallahwalam.

pakbelalang said...

PM’s and DPM’s travel cost up by 75.2%
BY TEH ENG HOCK


KUALA LUMPUR: The cost of the Prime Minister and his deputy's official delegations during trips have increased by 75.2% since 2008 to more than RM9.8mil this year.

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz said that the cost of the delegations in 2008 was RM5,597,583, and rose to RM6,041,934 in 2009 and RM9,807,310 this year.

"The total number of officers involved between 2008 and Oct 12 this year was 1,102 people involving a total cost of RM21,446,828," he said in a written reply.

comment:

Why such a big increase? Does the expenses incurred include personal expenses of our First Lady?

MELAYU TULEN said...

Dato

UMNO sekarang generasi pemalas dan hanya tumpang nama UMNO generasi dahulu.

Faktanya :

1. UMNO waktu DATO ONN - bersusah payah membebaskan Tanah Melayu dari Malayan Union

2. UMNO waktu TENGKU ABDUL RAHMAN berusaha memerdekakan MALAYA dari British tanpa perlu menumpahkan darah dan juga memerangi pengaruh Komunis

3. UMNO waktu TUN ABDUL RAZAK berusaha keras menaikkan ekonomi, pendidikan dan mentaliti orang Melayu.

4. UMNO waktu TUN Mahathir berusaha memajukan minda orang Melayu dengan lebih pantas dengan projek infrastruktur mega dan lebih innovative.

Tetapi semenjak era tersebut, orang UMNO dilihat sibuk menceritakan semula usaha pemimpin terdahulu sedangkan mereka tidak membuat apa apa untuk menambah baik usaha pemimpin UMNO terdahulu.

sebaliknya orang UMNO kini lebih sibuk memenuhi poket sendiri dari memenuhi keperluan semasa orang Melayu. Kemudian pandai pula mengata orang Melayu lupa pada jasa Umno.

TANPA MELAYU, TIADA UMNO.
TANPA UMNO, MELAYU TETAP UJUD

saji said...

Sdr bersatu bersetia berkhidmat

1. Saya setuju ulasan panjang sdr mengapa UMNO rosak.

2. Persoalannya, apakah kerosakan yang sedang dialami oleh UMNO sekarang ditahap yang boleh dibaiki atau sebaliknya, atau mengambil masa untuk dibaiki sedangkan PRU ke 13 kian hampir?

3. Cara Dato' (mencari jawapannya) ialah dengan sentiasa mengingatkan pemimpin UMNO di semua peringkat tentang punca kejatuahan rakan sejawatnya, parti LDP (Jepun), Kuomintang (Taiwan) dan Congress Party (India).

4. Cara saya ialah dengan mencipta analogi yang sesuai dengan profesion saya dan konteksnya yang saya ulangi seperti di bawah:

UMNO diibaratkan tangki air awam buatan besi yang sudah berusia yang dikesan bukan sahaja mengalami proses kekaratan bahagian dalam yang teruk, malah injab bebola loyangnya dikesan sesekali tidak berfungsi.

5. Cuma mungkin lebih berkesan jika ianya ditambah dengan menjelaskan siapa dan apa bendanya yang mengkaratkan tangki air awam tersebut seperti berikut.

Pengaruh pemikiran kapitalis atau kapitalisme yang menghalalkan cara (yang salah) demi menguntungkan diri, kroni dan organisasi(UMNO)telah menebal di kalangan para pemimpin UMNO di semua peringkat yang tidak disedari oleh ahli UMNO lain yang masih setia bahawa, para pemimpin UMNO tersebut merupakan tangan2 yang secara senyap2 membuka pintu tangki air awam tersebut dan menyimbah garam ke dalamnya!

saji said...

Salam wsm

"Dato' memetik ayat Quran tapi konteks lari jauh. Menyokong UMNO menyokong assabiyah. Islam sampai dengan hasrat memecah cinta suku kaum."

Komen:

Bagaimana jika saya kata ayat 13 surah Al-Hujarat itu akan digunakan oleh DS Najib di hadapan perwakilan UMNO dan para pemimpin komponen BN nanti, demi mempertahankan gagasan 1Malayssia yang Dato' suruh buang itu!

mtgbertam said...

Dato',

Sering jugak saya pi KL dari Penang & Kedah (saya ulangalik atas tugas rasmi). Ada kalanya dgn kawan2 saya yg menjawat pos yang baik dalam UMNO bahagian, bahkan di peringkat pusat.

Dalam kenderaan, 90% yang dibincangkan ialah nak cari projek. Nego sana nego sini. Kementerian sana kementerian sini. Bincang nak pakai kereta mewah, melancong, rumah besaq. Tak kurang juga depa dok kutuk kaw-kaw orang2 tertentu yang menjadi saingan depa dalam UMNO. Bahkan, ada kalanya depa lebih respect pada pemimpin PAS daripada pemimpin mereka sendiri.

Tak sebut langsung perancangan nak memajukan orang melayu, nak pikiaq nak didik remaja Islam dengan asuhan agama, masalah dadah, pelajaran dll. Dalam perhimpunan agung, macam nak runtuh bumbung depa tempik.

Maknanya apa tu? Maknanya, depa ni hanya jadikan perjuangan membela orang melayu sebagai selling point. Perjuangan sebenar, mengkayakan diri dan keluarga.

abdullahngah said...

Barangkali apa yang berlaku dalam umno dan kepimpinannya selari dengan firman Allah yang bermaksud:

" Aku akan memalingkan (hati) orang orang yang sombong takbur dimuka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat ayatku ( yang menunjukkan kekuasaanku) dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti) mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang(membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesaatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat ayat kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya" (surah Al A'Raaf ayat 146)

Kebanyakan kita marah marah apabila menyebut kepimpinan umno mengambil jalan "kesesatan" dan menolak jalan "petunjuk hidayah" yang akan menuju kesenjahteraan dan kebahagiaan hidup rakyat.

Tetapi itu adalah realistik apabila melihat dengan apa yang berlaku sepanjang umno memerintah negara ini.

Anonymous said...

UMNO perlu lebih ramai JEBAT.
Ramai sangat TUAH telah mengersangkan perjuangan UMNO.




Mat Sabun

titi panjang merbau pulas said...

Perubahan,berubah,tranformasi.Itulah ungkapan yang disasarkan pada Ahli UMNO.Adakah ungkapan ini pun sekadar retorik juga?.Pahamkah ungkapan ini semua ahli UMNo.Terutama pemimpin atas.pemimpin pertenghan dan bawahan.Nak berubah,perubahan atau tranformasi ianya perlu kesungguhan dan ilmu.Kalau tidak jerit sekuat mana pun hasilnya tiada.Setakat hari ini respon ungkapan ini hanyalah pada bibir mulut pemimpin umno sahaja.Tindakan positif belum nampak tanda=tanda ada penghayatan ungkapan itu.Apa ada tranformasi pada pemuda UMNO.Wanita UMNO dan PU# umno.Amat hampa dan megecewakan kita.UMNO akan terlingkup lagi cepat kalau segala saranan baik tidak disambut dengan cepat oleh ahli UMNO.Lepas ini jawatan dalam UMNO sudah tidak bermakna lagi kalau kuasa jatuh pada PAS atau PKR.Fikir-fikir lah...

ehbiwa said...

MEMANG TEPAT DENGAN TAJUK YANG DATO BERI ...PAU..MEMANG SUATU PENTAS HIBURAN.

Saya telah beberapa kali diberi peluang hadir pada PAU,JIKA TAK SALAH INGATAN MASIH BANYAK HUJAH-HUJAH YANG DIBAHAS OLEH PERWAKILAN TIDAK DILAKSANAKAN OLEH PEMERINTAH KHUSUSNYA YANG BERKAITAN DENGAN HAK-HAK ORANG MELAYU TAPI JIKA HAK PARTI KOMPONEN LAIN DESAK TERUS DAPAT.

Masa bahas tu ada yang sebak, sedu, teresak-esak kenang nasib bangsa TETAPI bila selesai saja PAU semua balik asal sebab jawatan dalam parti dan kerajaan masih aku yang punya....he3

Tak payah cerita panjang la datok ooi, tahun ganti tahun PAU tu sama aje cuma tahun saja yang berbeza yang paling berbeza jika tahun ada pemilihan (khabarnya ada yang sangat kenyang)tetapi yang paling katun pembahas bukan berbahas tapi mau tunjuk hebat berucap kadang kala keluar topik.

Leni pula semua sebok nak layan orang-orang muda hinggakan yang tua tu dok di LUAR tidak ada sayap pun.Mereka tak fikir yang orang tua ni ramai anak, ada menantu ada cucu yang juga boleh beri undi.

Kalau tok tak caya esok kita pakat-pakat dengan perbahasan, lagak perwakilan dan juga pemimpin-pemimpin MELAYU UMNO, salam

bashir said...

harap dia orang baca artikel dato nie...

hang_nadim2 said...

Salam Dato

Orang Melayu ada berbagai masalah, tetapi pemimpin UMNO tidak tahu mengatasi masalah orang melayu. Akhirnya yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran.

Sekian.Terima Kasih, Harap maaf

OKJ said...

Salam DAKJ

Realitinya, dulu lain sekarang lain, dan kenalah ikut rentak semasa. Cakap mesti jujur walaupun pahit. Mana ada benda free dah sekarang ni. Nak kencing pun kena bayar 20 sen. Memanglah duit bukan segalanya. TAPi, kalau takda duit, satu benda pun tak boleh buat. Dan buat duit (berniaga) memang digalakkan pun dalam Islam tapi kenalah secara halal.

Masalah sesetengah yg cemburu tu adalah slogan apa yg boleh saya lakukan untuk parti dah ditukar kepada apa yg parti boleh lakukan untuk saya. Bila tak dapat, mulalah keji, kutuk macam-macam. Biasalah tu. Contohnya, projek menara warisan. Yg dapat akan tersengih je tapi yg tak dapat sub-con terberenyut marah. CUMA,cubalah fikir tentang peluang pekerjaan kepada anak-anak kita nanti, peluang latihan, peluang perniagaan, sektor pelancungan, pemindahan teknologi, promosi, update kepakaran tempatan, pusat rujukan serantau dan sebagainya.

Macam menara KLCC yg dah terkenal seluruh dunia. Pagi petang siang malam pelancung bergambar. Masa SONY buat sale baru-baru ni pun ramai orang luar datang dan beli. Saya sempat juga beli A mount lense SAL70400G untuk DSLR Sony α saya. Dan harganya lebih murah jika dibeli kat luar termasuk di US. So, apa lagi yg nak dibuktikan. Sekian TQ.

muhamad kamal bin mustaffa said...

Dato orang Kedah.Saya pun orang Kedah.Dalam kontek UMNO Kedah ini pun kacau juga.Muka yang ada hari ini nampak macam pemimpin murahan.Bila balik Kedah macam-macam bunyi.Orang UMNO pun kritik,orang biasa pun kondem.Apa hal jadi begini.Puncanya Ketua Bahagian yang dianggap sebagai pemimpin Di Kedah ini tidak bersih.Banyak terlibat dalam politik wang.Bukan kerana ketokohan.Kalaulah Dato Najib gatal tangan dalam pilihanraya nanti guna mereka sebagai calon.Alamat Kedah bungkus lagi dengan PAS yang walaupun lemah.Pengundi yg bebas tak berparti ramai.Mereka nak lihat calon yang bersih,amanah,akhlak baik,mesra tidak somobong dan sederhana perwatakan.Inilah cakap-cakap didua tiga tempat bila berada di Kedah.

alunbm said...

Dato'

Maaf cakap la saya begitu teringin nak tenguk umno ni terlingkup macam parti politik kat jepun tu.Saya rasa bukan saya keseorangan nak tenguk umno terlingkup tapi terlalu ramai orang diluar sana pun mengharap benda yang sama. tak percaya cuba pi tanya golongan orang biasa.

Sebenar nya terlalu ramai orang dah MELUAT kat umno sedangkan orang melayu pun dah tak hingin sokong umno apatah lagi bangsa lain.ha ha ha

Pemimpin umno yang dok ada la ni bergayut kat umno bukan untuk tulung orang melayu sangat sebenarnya tapi lebih kepada nak tulung diri sendiri dan kroni jadi kaya raya macam ramai pembahas dah tulis.Ramai dari depa ni punya sifat tamak haloba selagi depa boleh sapu depa sapu.

Minggu ini nampak nya minggu pesta untuk PAU.Macam biasa utusan dan berita akan memberi liputan seluas luas nya pasal PAU ini.Cara penulisan diolah dengan sebaik baik nya untuk memikat para pembaca.Tulisan yang memberi puji pujian bodekan dan ampuan semua nya ditulis secara pandangan positif tidak ada pandangan negative macam selalu dtulis bila pesidangan parti pembangkang diadakan.

Akhir sekali boleh belah la pemimpin umno yang dok ada la nie.Dato dah bagi lesen untuk kutuk umno apa lagi hantam saja lah. tunggu lagi...

Anonymous said...

Tok, Umno pun kena jaga-jaga juga dengan PKR. Jangan dok sangka mereka tak kuat atau parti Anwar saja. Kalau PKR balik kuat, susah umno dan Bn.

Zaid Ibrahim dah kata, PKR tak buleh jadi pari satu ajenda pertahan Anwar saja. Dia kata Anwar dah ada cukup peguam bela dia dal kes liwat 2. Jadi lebih kurang dia kata, PKR tok sah dok susah-susah nak bela Anwar saja.

Kalau Zaid menang dan Azmin kalah, habislah Anwar dan dinasti dia. Zaid sebagai timbalan presiden akan jadi ketua sebenar pasal Dr Wan Azizah lemah dan tentu tak boleh lawan dia.

Zaid disokong oleh Cina macam Tian Chua dan Joy Meng dan dia juga dipercayai olih Kit Siang sebab itu dia dilantik pengerusi penaja pakatan Rakyat.

Kalau Zaid menang, Anwar hanyut, PKR mungkin jadi lebih kuat. Pas dia ikut saja sebab tujuan dia nak jatuhkan Umno saja. Jadi Umno dan Bn kena jaga-jaga juga dengan politik PKR ni.

Kamjat Penang

Kenn said...

Datuk & pengunjung-pengunjung sekelian,

Harap-harap "terhibur" juga dgn definisi-definisi santai beberapa perkataan seperti yang dimuatkan di sini:-

KaBel In My Mind

senyum sikit, berhibur juga kita, jgn serius sentiasa...heheheh

Anonymous said...

Dato,
UMNO bukan lagi wadah tempat Orang Melayu berteduh tetapi tempat orang cari makan secara lahap. Kalau kita perhatikan hampir keseluruhan pimpinan UMNO dari cawangan, bahagian hingga pusat adalah kaya-raya,bukan untuk mempersoalkan rezeki mereka tetapi bagaimana mereka memperolehi "rezeki" yang berganda-ganda setelah menyertai UMNO. UMNO menjadi kelab "elit" yang hanya mementingkan perut dan nafsu, pangkat dan darjat. Kuasa adalah segalanya tanpa membataskan hak.
Bila hilang kuasa di 5 buah negeri, barulah macam pengemis dan pemfitnah dan menggunakan apa jua cara (matlamat menghalalkan cara) untuk menjatuhkan lawan, UMNO berhadapan dengan jenayah dan dosa masa lalu dengan cuba menutup bangkai gajah yang telah dibuat sejak 5 dekad memerintah negeri-negeri yang jatuh ketangan pembangkang. Memang terdapat kelemahan dalam negeri diperintah pembangkang , mana tidaknya bila hanya baru berkuasa 2 tahun dengan penuh gangguan dan ugutan sedangkan BN memerintah negeri-negeri tersebut 50 tahun tanpa gangguan dan ugutan.
BN menggunakan semua agensi Pusat untuk menakutkan ADUN dan MP PR dan melambakkan semua kesalahan / hutang/dosa serta noda dinegeri yang ditawan PR.
Cara berpolitik BN seperti zaman Korea di era Goryeo, saling menikam dan menfitnah dan akhirnya tumbang kepada dinasti Joseon. BN baru berusia 50 tahun sedangkan dinasti Joseon dan Goryeo mampu bertahan hampir 500 tahun.
Legasi yang di tinggalkan oleh BN/UMNO hanya kurap dan kudis yang membesar menjadi tokak dan berulat. Berubah (Transformasi) dari buruk kepada baik bukan dari baik menjadi jembalang yang hanya membawa malang.
Berubahlah.. sebelum terlambat. Letakkan Islam dihadapan bukan bangsa yang menjadi keutamaan. Islam adalah suatu cara hidup dan bukan sekadar pegangan yang pasti terlepas bila nafsu melebihi akal.
ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP. JADILAH SEORANG ISLAM YANG TAAT KEPADA PENCIPTA ALLAH SWT. KEHIDUPAN ADALAH SEMENTARA DAN AKHIRAT JUA YANG KEKAL . BERUBAHLAH, BERHIJRAHLAH...

ANAK BOTA/PARIT

Anonymous said...

Salam buat Pemlog dan Pelayar,

UMNO perlu sedar bahawa orang Melayu masih memerlukan khidmat mereka untuk mengharungi kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai halangan dan cabaran. Kalau ini dihampakan, bermakna UMNO menghampakan diri sendiri, pejuang terdahulu dan harapan majoriti rakyat Malaysia.

Tidak dinafikan orang Melayu telah memiliki nilai, ciri, upaya dan daya yang dikira cukup untuk berlumba dan besaing dalam gelanggang terbuka. Apa pun semua itu boleh menjadi lebih baik kalau sekiranya melayu mendapat prasarana dan kualiti pendidikan dan pembelajaran menyerupai apa yang di nikmati oleh orang-orang Cina atau mereka yang berada dibandar-bandar besar.

Seperkara lagi ialah, sebanyak mana iltizam, ilmu, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki seseorang, adalah tetap sukar baginya untuk melangkah masuk dalam persekitaran yang dipenuhi oleh semangat ultrakiasu, amalan yang sudah menjadi budaya turun temurun, dominasi berlebihan, pendatang baru dilihat sebagai ancaman, kartel dianggap kemestian dan bukan keperluan.

Akhir sekali, UMNO tidak seharusnya lepas tangan atau menyerahkan baton tugasan khusus terhadap Melayu dan bumiputera kepada lain-lain parti politik. Ini kerana tugasan berkenaan bukanlah untuk mereka yang lemah semangat, tidak ada kekuatan, tidak ada iltizam politik dan mudah dicucuk hidung oleh rakan-rakan yang sentiasa mendapat alahan setiap kali mendengar perkataan Melayu dan bumiputera.

JejakKaryaMaya

Anonymous said...

datuk,

sudah2 la cerita melayu ni..

meluat.. ada apa dgn bangsa?

dlm kubur malaikat nanti ada tanya ka apa bangsa kita?

saya bangsa antifa!

ehh..saya bangsa manusia!!


minah ronggeng

Yeop Kidai said...

Sokong datok 100%. PR lepas begitu marah dengan umno.Saya tidak mengudi. Kini telah menjadi benci pada umno. Akan mengudi PAS jika PAS putus kawan dengan DAP

affendi hussain said...

Salam Dato',

Kalau betul UMNO atau mana2 parti politik mahu terus relevan dgn peredaran zaman, mereka harus rekrut org2 muda berkelayakan, muka baru sbg pemimpin baru..bila dah tua atau dah tak berupaya mental + fizikal, tendanglah cara terhormat bg kami keluar.. takdelah UMNO tu hidup segan mati tak boleh penuh dgn OKU (Orang Kuat UMNO) semata-mata..lesu tak bermaya..takpun jd SPASTIK (Sokong Parti, Amarah Sentiasa, Taksub Ikut Ketua)..
ohh.. lupa SPASTIK utk PAS.. OKU utk UMNO..

bukan mengekalkan neo-feudalism, nepotisme & kroni, hegemoni, autokrasi, astistokrasi dan segala istilah2 bancau basi ini...ada brannni??

Sewajarnya sistem kuasa parti2 ini di "self-overhaul/auto-flush" 10thn sekali.. kita hanya mungkin terhutang budi kpd pemimpin..bukan anak, bini, menantu dan kroni..

Jika masih sama berentetan, memang ia suatu hiburan murahan tahap gaban..yang menjadi medan malaun2 oportunis bernafsu setan..

bila lagi nak dengar org tua2 pantun2, bodek2, kecek2, gedik-gedek atau nangis cium tangan membodek! sungguh pelik dan jelik.. lagi konon rasa bagus sangat nak mengajar budak2 kecik..apatah lagi bab2 info dunia siber & klik2..

apa nak buat Dato'.. formula kebinasaan.. takhta, harta & wanita..
power corupt mortal soul! tak kira lah firaun ka atau pak lebai ka..sama ja kalo ada NIAT & PELUANG yg hanya boleh diadun dgn KUASA utk dihidang pelbagai bentuk, rasa & perisa..


("/)

abdullahngah said...

para dajjal juga berkeliaran didalam umno dan dajal dajal itu bukan saja terdiri daripada yang jahil saja, malah ada juga yang alim dengan agama turut jadi dajjal, termasuk mendustakan ayat ayat Allah SWT.

Anonymous said...

Bajet 2011 berjumlah RM213 bilion, RM162.8 bilion untuk belanja mengurus, RM49.2 bilion untuk pembangunan. Maknanya belanja mengurus 3 kali ganda belanja pembangunan. JPM sendiri terima peruntukan sehingga RM15 bilion berbanding RM78 juta untuk parlimen.

Bajet ini satu petunjuk yang sangat jelas, pilihan raya sudah dekat. Bajet yang disasarkan untuk mendapat undi, bukan ekonomi berpendapatan tinggi. GST tak jadi dibuat, elaun pengerusi JKKK dan elaun mesyuarat JKKK naik, elaun Tok Batin naik, elaun Tok Imam naik (tapi kenapa bilal tak naik), elaun guru KAFA naik, imbuhan yang pelbagai tapi adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut? Atau imbuhan-imbuhan ini hanya perangkap. Apa perlunya dibina Menara Warisan PNB setinggi 100 tingkat dengan kos RM5 billion tetapi beban hidup rakyat tidak diringankan.

Menarik kononnya untuk menghargai kaum wanita, cuti bersalin dianjalkan 60 hari ke 90 hari, ada orang kata kerajaan pusat tiru dasar cuti bersalin 90 hari kerajaan PR Selangor. Sebenarnya tidak. Dianjalkan dari 60 hari kepada 90 hari, maknanya kakitangan awam wanita boleh tentu sendiri berapa hari mereka nak cuti bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan maksima 300 hari sepanjang perkhidmatan. Berapa puluh tahun pun seorang wanita bekerja dengan kerajaan, cuti bersalin mesti tak lebih 300 hari. Tak ada tambahan apa-apa. Maknanya boleh beranak setakat 3 orang saja. Lepas itu tak ada dah cuti. Kalau siapa nak beranak 5 tetap kena ambil cuti bersalin 60 hari sebab 60 x 5 = 300. Tak sama dengan dasar cuti bersalin 90 yang kerajaan Selangor buat. Jangan cepat rasa seronok. Kena kira betul-betul.
Jebat...

Anonymous said...

......
First Lady Rosmah bukan menteri kabinet tetapi Program TADIKA PERMATA PINTAR Rosmah seakan ambil alih dan mengecilkan peranan kementerian Shahrizat. Walaupun Rosmah tak ada sebarang jawatan rasmi, tapi program PERMATA yang dia urus dapat bajet istimewa. RM111 juta peruntukan hasil duit rakyat diberikan seorang suami kepada first lady tersayang sedangkan untuk SAR rendah dan menengah hanya RM95 juta diperuntukan. Satu lagi projek kerajaan BN. Isteri didahulukan, SAR dianak tirikan.

Duti import antara 3 hingga 5 peratus dimansuhkan untuk kira-kira 300 jenis barang-barang kegemaran pelancong dan rakyat tempatan seperti beg tangan berjenama, kasut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, pakaian dalam, seluar dalam, minyak wangi. Mampukah rakyat biasa beli beg tangan berjenama? Kalau mampu pun, apakah ini keperluan mendesak. Penyembur rambut, minyak wangi, seluar dalam import. Semua ni keperluan siapa? Keperluan orang kampung atau keperluan mak datin. Seluar dalam pun masuk bajet. Ada orang kampung pakai minyak wangi import, penyembur rambut import? Berapa ramai rakyat biasa pakai dompet berjenama? Kalau Bajet untuk rakyat, rakyat mana? Apakah rakyat dengan makna kita masyarakat bawahan atau dengan makna ahli politik dan kroni. Kalau bukan untuk rakyat biasa maknanya ia satu lagi bajet untuk kemudahan dan keselesaan warga yang berada. Mereka sebut projek mega di situ, projek mega di sini, hakikatnya berbillion ringgit akan dapat kepada kroni, rakyat hanya dapat ratusan ringgit.

Masa Najib bentang bajet kelmarin, saya tengah memandu di Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Perak, sambil mengikuti perbentangan bajet di dalam kereta. Menarik bila diumumkan, untuk pengguna-pengguna Lebuh Raya PLUS saya dengan sukacitanya mengumumkan… PM berhenti sekejap, saya menjangkakan kalau tak dimansuhkan tol mesti sekurang-kurangnya kerajaan mengurangkan kadar tol. Rupa-rupanya… dengan sukacitanya saya mengumumkan kadar tol di semua 4 lebuh raya kendalian PLUS tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun. Ingatkan nak diumumkan tol dimansuhkan atau sekurang-kurangnya diturunkan. Mungkin ada pemandu di lebuh raya PLUS yang senak perut, tergelak dengar pengumuman ini. Rupanya nak bagi tahu tol tak naik. Tak naik tak payahlah diumumkan. Saya yakin PLUS tak terjejas apa-apa ekoran kadar tol tidak dinaikkan kerana mereka mempunyai perjanjian dengan kerajaan: Sebarang kekurangan pendapatan PLUS ekoran kadar tol yang tidak dinaikkan akan ditampung pihak kerajaan. Ditampung pihak kerajaan maknanya duit rakyat akan digunakan.

Apa pula keperluan ubah suai Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri dengan kos mencecah RM65 juta. Bukankah ia baru saja diubah suai. Apakah ubah suai ini atas kehendak Rosmah? Sekiranya begini duduk perkara maka amat malang bagi rakyat Malaysia mempunyai ‘First Lady’ yang berselera dan bernafsu tinggi sehingga sang suami perlu membelanjakan puluhan juta ringgit duit rakyat demi memenuhi selera isteri tercinta.

Termasuk tahun ini telah 14 tahun berturut-turut kerajaan BN membentangkan bajet defisit. Untuk Bajet 2011, jumlah defisit kira-kira RM1 billion. Menjadi persoalan kenapa perlu kerajaan berbelanja melebihi pendapatan. Berbelanja melebihi pendapatan bermakna negara perlu berhutang. Setakat tahun ini sahaja jumlah hutang Negara telah mencapai hampir RM400 billion. Kalau kita terus berhutang tanpa mampu menjelaskannya, memang jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh Idris Jala, Negara kita menuju bankrap menjelang 2019, setahun sebelum kita mencapai status negara maju 2020.
Jebat...

saji said...

Sdr ANAKBOTA/PARIT

"Letakkan Islam dihadapan bukan bangsa yang menjadi keutamaan. Islam adalah suatu cara hidup dan bukan sekadar pegangan yang pasti terlepas bila nafsu melebihi akal."

Komen:

Buang pemikiran kapitialis dan pekakas2 kapitalis dahulu baru Islam boleh diletakkan dihadapan.

Pemikiran kapitalis, dalam konteks UMNO yang rosak, menghalalkan cara kelompok manusia bermuamalat di dunia ini, demi menjaga kepentingan diri, anak bini, kroni dan organisasi dengan cara menggunakan pekakas2 kapitalis yang ditegah dalam muamalat Islam - kuasa berlebihan,tamak, tender direct nego, kontrak design and build, monopoli,rasuah, spekuliasi, riba, alibaba dan menindas golongan lemah.

Dan buang pekakas2 kapitalis di atas dahlu baru transformasi ekonomi yang diwar-war berlaku!

Sdr pakbelalang

Saya dah baca ulasan sdr mengenai projek Menara Warisan Merdeka berkenaan.


Boleh sdr jelaskan sama ada projek pembinaan Menara Warisan Merdeka akan terhindar daripada penggunaan pekakas kapitalis di atas?

Tinta Hitam said...

Datuk,

Saya tak mau kutuk UMNO byk byk sebab buang karan aje.Bila kita kritik mereka kata kit anasir subversif,anti nasional,ingin memcah belahkan perpaduan dan mcm mcm lagi.Ramai org org melayu kena ISA sbb cuba memperbaiki UMNO.

Saranan saranan Datuk bernas.Tapi UMNO tak perlu pd saranan bernas.Saranan bernas dan memberi faedah pd UMNO adalah ibaratkan racun pd mereka.Mereka hanya perlu kepada YESMEN.

UMNO dah terlalu teruk utk dioverhaul balik.Semua reput dari kepala hingga ekor.Mereka hanya layak dibuang kelaut jadi tukun tiruan shj..

langitbiru said...

Dato fikir UMNO mampu berubah? Transformasi? Dan Najib sebagai Transformer?

UMNO ni dari dulu, macam "one man show" je. Apa kata Presiden, semua ikut, tak berani nak "lawan arus". Pembahas tu cuma ambil kesempatan untuk menonjolkan diri je!

UMNO takkan berubah, itu yang saya amat yakin dan pasti. Yg dok jadi pemain dalam UMNO ni untuk cari makan. Politik UMNO politik cari makan. Di peringkat cawangan dengan cara peringkat cawangan. Bhg dgn cara bhg. Pusat dengan cara pusat. Dulu, cawangan setakat 1-2 ribu saja, la ni cawangan pun cecah puluhan ribu!!! Pusat dulu main angka juta saja, la ni billion!!! UMNO takkan berubah, politik cari makan, nak kenyangkan perut dan nafsu, takkan habis punya!!!

BAJET ???

Rosmah dapat 111 juta tahun ni. Tahun lepas 36 juta, naik 3 kali ganda??? Dah memang pekak badak punya, tahun lepas pun ramai dah menyampah pasai apa BINI pm dapat peruntukan? Pegawai kerajaan ke? Ahli Parlimen ke? Menteri ke?

CUBA BAYANGKAN, SEMUA MENTERI BESAR, KETUA MENTERI, MENTERI-MENTERI KABINET, masing-masing memperuntukan wang BAJET NEGERI,KEMENTERIAN masing-masing kepada bini-bini TERCINTA masing-masing, kerana IKUT CARA SUNNAH PM bagi peruntukan bajet kpd BINI TERCINTA dia, apa akan jadi kpd negara????? INI ORANG UMNO TAK nampakk ke????

PERNAH TAK sapa sapa di sini dengak ROSMAH bentangkan pencapaian/audit progrsm PINTAR??? Dah berapa ramai dah budak budak jadi MAHA PINTAR???

Renovation PM's residence 65 juta???? Wau.....rosak banyak sangatkah Follah & Jaene dudok dulu???

PLUS + EPF ???

PNB and 5 billion Menara Warisan???

The 2011 Budget also says that “Private Sector Investment (PSI)” will increase to RM86 Billion.

Boleh tak Tok jelaskan sikit. SIAPA private sector ni??? Kalau syarikat BERHAD Dato' kaya raya, apa kena mengena investment syarikat Dato' dengan bajet Negara? Setahu saya, bajet Negara ni ambil duit Negara, pembayar cukai Negara. ATAU PSI ni sebenarnya GLC invesment??? Duit rakyat lagi diprabis!!!

Najib kata Nexus Karambunai nak buat RM3bil eco-nature resort, YG PERTAMA DI DUNIA!!!! DAN Kerajaan akan bagi 100juta! PASAI APA duit kerajaan nak disedekah 100 juta??

Baru-baru ni, SAHAM Karambunai tiba-tiba melonjak naik tersangat tinggi, sebab katanya Karambunai nak buat CASINO macam Singapura. Tup tup, kerajaan BN nafikan. Pokok tak goyang tok kalau tak dak angin. DAh tabiat UMNO, suka JUDI!!!!

Minta maaf lah Tok, saya rasa kesian kpd Dato' yang masih cintakan UMNO, mengharapkan UMNO, sedangkan UMNO takkan berubah!!!

UMNO macam Tok kenai, takkan berkesan kalau dikutuk bergunung pun, HANYA PUJIAN MELANGIT mampu menyegarkan UMNO!!!

langitbiru said...

Dato tengok tak "Islamic Fashion Festival" yang dijayakan oleh bini PM, Rosmah??

Malu lah Tok?? fesyen sebijik budaya barat.

DAH LAH TU, SEORANG WANITA PAKAI BAJU TANPA LENGAN DIDADANYA TERTULIS NAMA "MUHAMMAD" DALAM BAHASA ARAB TAPI TONGGANG TERBALIK KIRI KANAN ATAS BAWAH!!!!

NI DAH HINA ISLAM TOK!!!!!!

langitbiru said...

saYA BERASA cukup bangga Pemuda PAS Kelantan membeli Bangunan Umno Bahagian Kota Bharu berharga 4.5 juta.

he he he, kalau betui betui ahli UMNO Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya, benar-benar ada maruah diri dan perjuangan, mereka takkan jual kpd "musuh seteru utamanya" PAS.

TAPI, Itulah nilai UMNO!!!!! Yang penting DUIT!!! Maruah belakang kira!

Kalau Bangunan sendiri pun sanggup jual kpd "musuh" yang akan digunakan sebagai "pusat menyerang" mereka nanti, maka tak heranlah mereka jual kepentingan negara kepada "seteru" negara!!!!

Tebuan said...

Salam Datok,

Bila Datuk beri peluang mengutuk sesuka hati, ramainya yang respons. Bagus tu.

Soal asasnya ialah parti-parti utama di dalam BN adalah berasaskan kaum. Tujuan ditubuhkan ialah untuk menjaga kepentingan kaum yang diwakilinya. Maka Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malay National Organisation/UMNO) itu mesti mempertahankan tujuan asas ini pada bila-bila masa dan mesti sentiasa dilihat begitu.Jangan takut-takut walaupun kita berada di dalam BN. Set minda setiap pemimpin UMNO mesti begitu, jangan bercanggah dalam soal ini. Apabila ada pemimpin yang bercanggah pendapat, maka disitulah kelemahan yang dapat dikesan oleh musuh. Dan MCA (termasuk Gerakan ) juga MIC harus begitu. Apa yang berlaku hari ini ialah hanya MCA dan MIC tetap konsisten, sentiasa dilihat begitu. Apabila merosot juga sokongan kaum itu kepada mereka, salahnya dilemparkan kepada UMNO. Akibahnya dalam keadaan saperti orang "mamun", UMNO terlompat-lompat. UMNO tidak membuat refleksi yang cukup dalam, terus berasa bersalah. Dia tidak kembali duduk semeja dengan mereka untuk menghalusi semula mengapa mereka sanggup bersama semenjak lebih 50 tahun dahulu. Luahkan semula apakah asasnya maka kita sanggup bersama selama ini.Apakah orang Melayu tidak cukup kuat untuk menerajui negara ini ketika itu? UMNO sahajakah parti orang Melayu ketika itu. Tidakkah kami UMNO telah berkorban, meninggalkan rakan-rakan parti Melayu yang lain hanya kerana mahu membawa kamu bersama-sama berkongsi mentadbir negara ini. Dan akibatnya kita dapat hidup dengan aman sehingga beberapa lama. Kami UMNO telah menekan perasaan ramai orang Melayu yang tidak puas hati atas perkongsian ini. Kaum kami, tuan rumah ini telah terlebih dahulu terpinggir dari arus perdana politik negara. Mereka telah kita biarkan hidup melarat di pelusuk kampung-kampung hanya kerana mereka telah berada di dalam parti-parti Melayu yang lain.

Sebagai penutupnya sang presiden UMNO hendaklah berkata; "Wahai kawan-kawanku dalam BN hargailah pengorbanan orang-orang UMNO ini yang sanggup mengambil kamu sebagi rakan kongsi selama ini sehingga telah melukakan hati ramai orang Melayu. Berilah penerangan kepada generasi baru kamu supaya mereka tidak bersangka buruk terhadap peranan yang telah dimainkan oleh UMNO dalam membawa kamu ke tahap apa yang kamu sudah dapat sekarang"


TEBUAN
(Sarangnya jangan dijolok - hanya orang kampung yang faham benar akan pentingnya pesanan ini)

mack said...

UMNO parti bangunan 100 tingkat maka 100 tingkat la pemikiran nya sama juga macam DATO yang buat komen menggunakan ayat AL-QURAAN hebat la DATO....bukan kah nilai taqwa itu yang membawa maksud dari suku.berbangsa-bangsa supaya bergabung untuk menjadikan agama itu perlidung kepada manusia sejagat tanpa mengira bangsa berpandukan AL-QURAAN dan HADIS dan menjadikan islam itu sebagai panduan hidup jangan ambil sekerat sahaja...ok la dato saya tak nak komen banyak bukan faham pun orang umno ni..wasalam..

alkundangi said...

Salam,
Kelima-lima cadangan Datuk itu amat relevan dalam keadaan UMNO sekarang. seperti mana yang kita tahu, Umno sedang di peringkat yang sangat lemah.

Kelemahan ini adalah berpunca dari sikap ahli-ahli dan pemimpin UMNO yang meentingkan diri sendiri dalam soal ekonomi, membelakangkan bahasa sendiri dal soal pendidikan, membelakangkan agama sendiri akibat terlalu taksub dengan pendapat sendiri serta terikut-ikut dengan budaya Barat yang menjurus kepada falsafah nihilisme dan hedonisme.

Masyarakat Barat kembali kepada era jahiliyyah, dengan mengamalkan sikap hidup yang sama dengan sikap hidup zaman jahiliah, di mana mereka menolak agama dan moral sebagai tunjang kehidupan. Moral adalah penting dalam mengukuhkan nilai hidup dan yang penuh dengan tatasusila. Dari situlah timbul rasa hormat dengan orang lain, bangsa lain dan kepercayaan yang berbeza. Namun inilah ciri tamadun Barat yang sedang menuju keruntuhan moral yang amat dahsyat itu.

UMNO tidak akan dapat kembali memperkuatkan bangsa, agama dan negara, kerana ahli dan pemimpinnya yang korup, dan mengamalkan sikap hidup sepertimana masyarakat Barat yang disebutkan di atas.

Oleh itu, hanyalah satu mitos untuk mengharapkan UMNO membimbing Malaysia maju ke hadapan mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Maju bukan sahaja bermakna dari segi ekonomi, tetapi juga dalam akhlak, moral dan peradaban sepertimana keunggulan masyarakat Islam suatu ketika dulu.

Oleh yang demikian, saya merasakan sudah sampai masanya UMNO digantikan dengan parti lain yang lebih mampu dan lebih baik dari UMNO yang kian nyanyuk dengan korupsi dan amalan nepotisme.

Satu-satunya pilihan yang ada bagi rakyat Malaysia adalah memilih Pakatan Rakyat yang ternyata lebih berjaya dalam memperkasa bangsa, agama dan keadilan, di samping agihan ekonomi yang lebih seimbang berbanding UMNO. Kini sudah tiba masanya rakyat Malaysia berubah kepada sistem dua parti, suapaya amalan-amalan buruk itu tidak terus-menerus berlaku. Untuk memilih UMNO bukanlah jawabannya. Kita perlu bersikap lebih realistik denagn keadaan semasa yang sentiasa berubah selaras denagn era globalisasi. Mengapa kita perlu takut untuk mencuba menukar kerajaan, sedangkan Selangor, Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan lebih berdaya saing dan lebih adil dalam soal agihan ekonomi di samping mengurangkan rasuah,amalan nepotisme dan kronisme yang sedang membarah dalam kerajaan kini.

Sistem ekonomi kapitalisme juga menambahparahkan lagi keadaan rakyat, khsanya golongan bawahan. Golongan bawahan ini tidak terbela nasibnya, bahkan ditipu oleh kerajaan sendiri sepertimana yang berlaku kepada masyarakat FELDA yang akhirnya memenangi saman terhadap kerajaan. Bagaiamankah kerajaan sanggup menipu rakyat sendiri?

Saya melihat sistem dua parti dapat mengimbangi masalah-masalah yang timbul dari sistem satu parti dan terlalu lama berkuasa. Rakyat Malaysia haruslah memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membukttikan kemampuannya. Jika setelah diberi peluang, Pakatan rakyat gagal melaksanakan gagasannya, kita boleh kembali menyokong BN/UMNO. Bagaimanapun sampai bilakah baru kita berani mencuba? Sampai bilakah kita sanggup tertipu,ditipu,tertekan dan ditekan oleh keadaan hidup yang kian sempit akibat kenaikan harga barang dan pelbagai cukai. Itu belum lagi GST dilaksanakan. Bagaimana selepas GST dilaksanakan? Hanya orang-orang yang berani sahaja yang akan mendapatkan keadilan dan kesaksamaan. Sampai bila kita harus hidup dengan konsep survival for the fittest?

alkundangi,
21.10.2010

saji said...

Salam Dato'

Antara REFORMASI dengan TRANSFORMASI


TRANSFORMASI melibatkan perubahan bentuk (sifat, rupa dan keadaan dll), disamping bersifat kualitatif dan radikal,sedangkan DS Najib menekankan pendekatan kesederhanan atau pertengahan dalam tindakan.

REFORMASI tak melibatkan perubahan bentuk sedemikian, kerana ia dilakukan secara evolusi atau berdikit2. Namun perubahan ke arah kebaikan tetap berlaku.

Kembali kepada analogi saya di atas yang mengambarkan kedudukan UMNO yang rosak bagaikan tangki air awam buatan besi yang bahagian dalamnya karat teruk, kalaulah pucuk pemimpin UMNO ingin melakukan TrANSFORMASI terhadap UMNO ia melibatkan perubahan bentuk tersebut yang memerlukan tangki air awam tersebut ditukar daripada bahan buatan besi kepada bahan FRP atau stainless steel yang tahan /tak boleh karat. Tetapi memerlukan banyak masa untuk melakukannya, sedangkan PRU ke 13 kian hampir!Malah akan menimbulkan banyak masalah kepada pengguna tangki air awam tersebut seperti keputusan bekalan air.Tak percaya tanyalah kontraktor PUAS?

Maksud saya, bukankah yang diperlukan UMNO sekarang ialah perubahan secara REFORMASI berdasarkan maksud di atas yang melibatkan proses mengkonservasikan tangki air awam buatan besi tersebut? Tak faham tanya ahli konservasi bangunan bersejarah.

alunbm said...

Kita tenguk dalam PAU ini ada tak pembahas pembahas yang berani menyentuh soal peruntukan 111juta kepada PERMATA Rosmah.

Saya agak hampir pasti tidak ada yang berani mempersoalkan tentang tu.Maklumlah kebanyakan mereka bersifat YES MEN.
Sentuh tentang rosmah maka Najib pun akan terasa.
Makna nya nanti dah tak boleh nak cari lubang duit!!!.

Pak Lang said...

Datuk Kadir,

Saya nak komen sikit tenteng menara Warisan ni. DS Najib kata Menara tu menyediakan tempat berniaga dan orang-orang Melayu juga boleh berniaga di situ. Ha..ha..Dulu ketika KLCC dibangunkan ramai juga orang-orang Melayu cuba meniaga. Tapi sekarang apa dah jadi. Ramai yang bungkus kerana sewa tinggi yang tak masuk akal. Akhirnya siapa yang berniaga di situ.

Penyakit ni dah merebak ke Alamanda Putrajaya. Ramai peniaga-peniaga Melayu yang dah bungkus. Sewa naik dan berbagai faktor lagi. Kesian sungguh Melayu. Sedangkan lebih 90 peratus dari 20,000 penduduk Putrajaya terdiri dari kakitangan kerajaan; orang-orang Melayu. Setiap hari yang berbelanja di Alamanda adalah orang-orang Melayu. Khabarnya Alamanda diuruskan oleh pihak pengurusan yang sama dengan KLCC. Sayang sekali UMNO Putrajaya menyepi. Sedangkan MP Putrajaya adalah dari UMNNO.

Tidak mungkinkah perkara yang sama akan berlaku di Menara Warisan ni nanti.

PNB kalau nak tolong Melayu berniaga kenapa tidak buat shopping complex di Putrajaya. Bukankah Putrajaya satu-satunya bandar majoriti Melayu.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Hari ini saya baru paham apa yang PM Najib mahukan. Ucapan beliau penuh dengan "conviction".

Tahniah & terima kasih.

Azman Mohd Isa

mtgbertam said...

Dato',

Sudah2 la dok sokong UMNO tu. Se usia dato' elok pi masjid 5 waktu, ikut kuliah mengaji cover balik yg dato' tak dan buat masa muda.

Anonymous said...

tuan langitbiru..

IFF hina islam..so what??

bukan perkara baru untuk UMNO/BN. harap maklum..

semuanya boleh belaku dalam kejaan sekarang ini..demi pangkat dan darjat, demi wang dan harta..

hari ini dalam PAU Tok Jib cakap nak defend Putajaya at all cost..

ada ingat tuhan ka??


minah ronggeng

pakbelalang said...

Kalau orang Melayu masih lagi tak paham apa yang Najib telah ucapkan pagi tadi atau sengaja tak mahu paham memanglah jawabnya tak kemanalah perjuangan orang Melayu. Pi mai pi mai tang tu juga!

Saya tertarik dengan forum di antara Johan Jaafar dengan Prof. Shamsul dan Ezam. Kalaulah forum TV 3 ini dapat diulangi berulang kali saya rasa semangat dan sikap orang Melayu terhadap UMNO akan berubah dan akan balik kepangkal jalan kalau dulunya mereka "merajuk" dengan UMNO.

Ini pandangan ikhlas saya. Forum tersebut sungguh bermakna jika kita teliti apa yang diperkatakan oleh mereka berkaitan dengan masaalah UMNO masa kini.

pakbelalang said...

Tiap kali ada persidangan UMNO semua Presiden UMNO selalu menekankan tentang jangan dipersoalkan hak orang Melayu. Tapi depa masih tak sedar diri dan masih timbulkan perkara yang sama tiap-tiap tahun seolah-olah otak depa dah bebal. Mereka memanglah seperti orang "dah pekak, buta dan bisu".!!Mereka akan menggigit jari sampai putus pun takkan termakbul cita-cita mereka.

Jadi janganlah nak angan-angan besar. Lebih baik bersama UMNO dulu. kini dan selamanya......!!!

Mereka tak paham lagi bahawa hak orang Melayu akan terus berkekalan sampai kiamat walaupun kerajaan bertukar ganti 1000 kali. Jangan harap niat mereka nak hapuskan hak orang Melayu akan tercapai!

Anonymous said...

Dato,
Ucapan berair-air dari Presiden UMNO (Bukan Berapi) masih menyalahkan pembangkang yang kononnya pengkhianat bangsa dan agama?. Kalau dah konfirm khianat, tangkap, bicarakan dan jatuh hukum atau ISA je kan mereka.
Berpolitik secara menakutkan rakyat dan ahli UMNO adalah politik zaman FIRAUN iaitu dah tak sesuai dengan zaman siber ni.
Nampaknya ucapan Presiden masih ditakuk lama..tiada transformasi..masih dengan kutukan terhadap lawan walaupun dimulakan dengan "BISMILLAH....".
Dimulakan dengan pengucapan "BISMILLAH.........." tapi didalam ucapan penuh dengan kejian....apa ra.......tak serupa bikin..
Ahli UMNO pun bertepuk la...seronok.. kalau itu merupakan PAU terakhir untuk PM...apamacam??
Beristigfarlah..... bukan memperbanyakkan kutukan dan umpatan.. kalau dok kata perjuangkan ISLAM... tak nampak macam orang ISLAM pun..selain dari pakai songkok macam orang INDON masuk gereja.
Transformasi dari belalang jadi jembalang..

Anak Bota/Parit

abdullahngah said...

Apabila tiba saja perhimpunan agung umno perdana menteri dan timbalannya mengatakan bahawa asas penubuhan dan perjuangan umno adalah untuk membela nasib bangsa agama dan Negara.

Semua orang tahu dan faham dasar umno sejak ia ditubuhkan lagi.

Betul ke begitu? Atau betul ke umno tak lari, masih kekal menjadi wadah perjuangan orang Melayu?

Tidak dapat dinafikan memang itulah yang termaktub didalam perlembagaan parti umno yang dikatakan sedang bersiap siap untuk hilang kuasanya dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sejauh mana kebenaranya sama samalah kita tunggu.

Persoalannya mengapa ada suara dari kalangan kepimpinan umno yang tidak puas hati dengan fungsi umno, sehingga ada yang mencadangkan umno perlu dijenamakan semula.

Ini menunjukkan praktis umno tidak menjurus kearah yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin dalam ucapan dasar ketika merasmikan perhimpunan tiga sayap umno kelmarin.

Sesiapa saja boleh bercakap berapi berapi, tetapi adakah ia telah dipraktiskan atau cakap tak serupa bikin kalangan puncuk kepimpinan apabila tiba saja perhimpunan satu tahui sekali itu.

Kalau benar umno sudah mempraktikkan membela nasib Melayu mana mungkin Melayu masih terpinggir.

Malahan Wakil pemuda umno wilayah persekutuan meminta agar umno jangan pinggir Melayu ibu Negara.

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan yang umno sudah sekian lama meminggirkan Melayu ibu Negara dengan sewang wenangnya berdasar stastitik yang tidak pernah berbohong setiap wujudnya pembangunan pasti berpihak kepada bukan Melayu.

Hari ini kebanyakan orang Melayu menaruh kebimbangan yang amat sangat terhadap kuasa Melayu yang semakin hari semakin hilang.

Jadi bagaimana boleh pemimpin umno, termasuk Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri yang juga presiden umno dan Tan Sri Muhyiddin Yassin timbalan perdana menteri yang juga timbalan presiden umno, mendakwa umno tidak lari dari perjuangan asal, iaitu membela melayu,sedangkan praktiknya tidak demikian.

Saya berani mengatakan umno memang pada asal penubuhannya ialah untuk membela bangsa Melayu, tetapi puncuk kepimpinan sudah bawa lari dasar itu dan dibuang kedalam lautan membuat nasib Melayu menjadi “malang dan menderita dibumi sendiri”.

Atas_Pagar said...

Salam Dato'.

Saya seorang pensyarah kanan di sebuah IPTA tempatan. Saya bukan ahli kepada mana-mana parti politik (pernah sekali dulu saya memohon untuk masuk Pemuda UMNO di bahagian yang diketuai oleh pimpinan atasan UMNO, tapi entah macam mana sampai sekarang tiada khabar berita, khabarnya professional seperti saya tidak dialu-alukan untuk menyertai parti di kampung). Saya mengambil keputusan untuk berdiri sahaja di atas pagar, dan saya hanya akan menimbangkan siapa yang akan saya undi pada hari pilihanraya. Calon di tempat saya orangnya hebat, yang seorang tu menteri kanan dan yang seorang lagi tu pesuruhjaya PAS negeri. Anehnya bila berlaku banjir besar tahun 2006 dulu, bantuan yang pertama sampai datangnya dari Pemuda PAS Kedah yang jauhnya hampir 8-9 jam perjalanan dari tempat kami. Mana agaknya menteri kanan yang kami pilih tu? Semua orang tertanya-tanya? Dan bila bantuan tiba daripada sebuah bank terkemuka, bantuan itu disampaikan di hadapan kamera TV. Bila kamera TV balik, kami diminta serah balik barangan tu kononnya untuk audit. Esoknya kami diberi semula barang-barang bantuan itu tapi dengan packaging yang berbeza, asalnya lambang bank kemudiannya lambang dacing. Bagi saya itu satu penipuan dan rasuah. Ia memberikan gambaran yang tidak baik tentang politik yang sedang diamalkan sekarang.

Malam tadi saya tengok Dr Asri di ASTRO Awani, dia juga nampaknya berpandangan seperti saya, iaitu pilihan terbaik adalah sebagai pengundi atas pagar. Saya juga dapati ramai rakan2 saya (colleagues) yang berfikiran sama. Kami akan hanya fikir, timbang dan pilih calon yang kami rasa paling baik untuk kami apabila pilihanraya menjelang. Oleh sebab itu, semua parti yang nak bertanding kena pamerkan politik yang paling sihat, paling bersih dan paling baik. Buat masa ini saya sangat kecewa dengan berita-berita pembaziran yang sedang berleluasa. Contohnya, baiki rumah PM sampai RM65j, buat istana baru sampai RM800j, perjalanan rasmi PM naik sampai 75%, dan nak buat menara baru sampai RM5b. Saya juga sangat kecewa dengan berita-berita yang seperti tidak menampakkan rakyat banyak sebagai keutamaan kerajaan. Contohnya, tiada kenaikan tol untuk 5 tahun tapi terpaksa ambil duit rakyat banyak sebanyak RM5b untuk bayar pampasan (bukankah lebih elok siapa yang pakai lebuhraya dialah yang bayar tol, bukannya semua rakyat samada pakai atau tak pakai kena bayar tol pula), cukai dikurangkan untuk barangan kesukaan pelancong tapi barangan keperluan rakyat banyak tidak difikirkan malah subsidi keperluan rakyat banyak telah dipotong, dan macam-macam lagi. Penjawat awam yang menjadi tulang belakang kerajaan juga tidak merasa seperti dihargai apabila hanya meminta dan merayu tetapi diketepikan selama 3 tahun berturut-turut. Kalau betul kerajaan tidak ada duit, buatlah betul-betul seperti tiada duit, jangan lah pula membazir di sana sini!! Berita hari ini mengatakan kerajaan Britain memotong peruntukan awam sebab duit yang terhad, tapi yang bagusnya, peruntukan untuk Ratu Elizabeth juga dipotong sehingga 14%. Kalau kerajaan Malaysia nak rakyat berjimat cermat sebab keadaan ekonomi negara yang baru nak pulih, ia harus bermula dari atas!! Peruntukan perjalanan rasmi PM patut turut dan bukannya naik sehingga 75%!! Begitu juga dengan pembaziran-pembaziran yang lain mesti dihentikan segera!! Jadi, jika subsidi rakyat perlu dipotong, ia harus bermula daripada atas dengan peruntukan sekalian pak-pak menteri juga perlu dipotong terlebih dahulu!!

Bersambung…

Atas_Pagar said...

Sambungan...

Sewaktu keputusan PRU12 yang lalu, saya berada di kampus. Saya melihat dari jauh bagaimana ramainya siswa berkumpul di hadapan TV menyaksikan keputusan PRU diumumkan. Saya masih ingat lagi sewaktu diumumkan DS Samy Vellu kalah, semua siswa bersorak kegembiraan, demikian juga saya lihat bila diumumkan DS Shahrizat kalah kepada pembangkang. Mereka tekun berada di hadapan TV kolej menunggu-nunggu keputusan yang nampaknya sangat menggembirakan mereka apabila pemimpin kerajaan tumbang satu persatu. Itu tahun 2008, dua tahun yang lalu. PRU yang akan datang mungkin tahun depan atau mungkin juga tahun 2012. Entah-entah sebilangan besar yang bersorak itu akan mengundi buat pertama kalinya dalam PRU yang akan datang ini. Kalau rakyat banyak tidak dapat melihat perubahan yang SIGNIFIKAN, saya rasa senarionya akan tetap sama atau mungkin lebih berganda lagi. Buat masa ini, saya belum lagi merasai apa-apa perubahan yang signifikan dan mungkin rakyat banyak juga berfikiran sama dengan saya. Yang saya pasti sekarang, kebanyakan colleagues saya sependapat dengan fikiran saya ini.

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq

UMNO patut buat 'DONNO'(dont know?)bab hak yg pendatang dok hingaq.

Biaq pi depa jadi anjin dok salak bukit.

TU BARU ELEGANT SILENT.

TQ

Anonymous said...

Salam Datuk....

Tak nak komen ker pasal islamic fashion show di monte carlo yang dibuat oleh Rosmah bini Najib. Cukup menghina Islam dengan aurat yang terdedah sana sini. Adakah ini budaya baru yang cuba diterapkan oleh 'first lady' ( kononnya ) yang cuba menyesatkan masyarakat dan memberi tafsiran yang salah pada rakyat tentang aurat yang sebenar. Berani ker Najib tegur bininya yang semakin angkuh ni. Berani ker UMNO menegur pemimpin mereka ini? Berani ker IMAM MUDA UMNO menegur mereka ini? Berani ker MUFTI terutama Harussani menegur mereka ini?
Jebat....

pakbelalang said...

Sdra Saji,

Maaf, saya tak faham apa maksud sdra tentang kegunaan pekakas kapitalis. Hujah saya berasaskan apa yang saya fikir baik untuk PNB dalam sistem conventional yang diamalkan oleh negara kita sekarang ini.Fikiran saya tidak sampai jauh dari apa yang sdra fikirkan. Mungkin pengetahuan saya tidak sampai ke tahap sdra.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon laluan beri komen kpd Sdr Saji @ 9:44am.

Sdr,

Ramai orang menyangka bahawa kedua-dua transformasi dan reformasi adalah membicarakan pasal “perubahan”. Tetapi sebenarnya reformasi adalah berkenaan “pembaharuan”, bukannya “perubahan” per se. Dan, di dalam aspek pengurusan, tiada satu pun teori mengajar pasal reformasi jika kita hendak melakukan perubahan.

Apa yang dibicarakan oleh teori pengurusan adalah, pada dasarnya, perubahan mempunyai tiga jenis, i.e. ‘incremental’, ‘transitional’ & transformational’. Setiap satu mempunyai maksud yang tersendiri apabila kita hendak melakukan apa-apa perubahan. Dalam pada itu pula, terdapat kaedah-kaedah tertentu apabila apa-apa perubahan yang hendak dilakukan samada ke atas ‘organisasi’, ‘individu’, ‘kepimpinan’, ‘budaya’, dsb. Silalah semak dan selak segala teori-teori tersebut.

Manakala reformasi pula, bukan sahaja ianya adalah berkenaan pembaharuan tetapi tidak bersandarkan kepada apa-apa teori langsung.

Tidak keterlaluan saya katakan pada dasarnya, reformasi ini berpunca daripada gerakan secularisma, iaitu perpisahan di antara urusan gereja dengan urusan negara pada abad ke 15 atau 16 dahulu. Pada ketika itu, feudalisma yang zalim begitu dibenci oleh rakyat di Eropah, maka gerakan-gerakan pembaharuan mula bercambah.

Pembaharuan yang ketara ketika itu adalah di dalam konteks undang-undang di mana segala hukuman-hukuman yang berada di bawah bidang kuasa gereja (yang dilihat sebagai zalim dan kolot) dipisahkan menjadi undang-undang negara yang berada di bawah bidang kuasa pemerintah. Silalah baca sejarah Common law, Cannon law, Mosaic faith reform, reform of Judaism & Zionism, dsb.

Dicepatkan kehadapan, saya percaya, disebabkan oleh perkara-perkara yang disebutkan di atas, bidang perundangan tidak mengadaptasikan penggunaan konsep “perubahan” kerana ianya akan menampakkan kepada perubahan undang-undang per se. Jika apa-apa perubahan hendak dilakukan ke atas undang-undang, proses perubahannya memerlukan persetujuan demokrasi berparlimen.Bukan boleh dibuat oleh seorang-dua pemimpin sahaja.

Lagipun, jika konsep “perubahan” digunakan ke atas undang-undang, ianya akan menonjolkan bahawa undang-undang “lama” seolah-olah mengandungi ketidakadilan bagi mereka-mereka yang sudah dikenakan hukuman.

Jadi, apa juga “perubahan” yang hendak dilakukan ke atas apa-apa jenis undang-undang akan menggunakan konsep “pembaharuan” bersesuaian dengan peredaran masa, tempat, konteks, efisiensi, keadilan, dsb.
Sebab itulah, dari pemerhatian saya, orang-orang yang berlatar belakangkan undang-undang akan gemar menggunakan konsep reformasi apabila mereka ingin melakukan “perubahan”. Malangnya reformasi yang hendak dilakukan hanya banyak berkisar terhadap aspek-aspek perundangan. Ini adalah tidak mencukupi jika sesebuah negara atau sesebuah organisasi hendak di ubahkan.

Jadi, di dalam konteks sesebuah organisasi, konsep perubahan adalah lebih sesuai diapplikasikan kerana bukan sahaja ianya bersandarkan kepada teori dan penyelidikan, malah merangkumi dengan jelas kaedah-kaedah bagaimana hendak menangani perubahan tersebut.

Hanya yang menjadi persoalannya, mengapa perubahan itu mesti dilakukan dan jenis perubahan apakah yang hendak dilakukan.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

pakbelalang said...

Sdra Saji,

Saya fikir istilah transformasi dan reformasi itu serupa. Najib gunakan perkataan transformasi mungkin kerana dia tidak mahu mencontohi pembangkang yang terpekek, terlalak di tepi jalan melaungkan perkataan reformasi dah bertahun-tahun lamanya. Perkataan reformasi adalah perkataan "rhetoric" sinonim dengan perjuangan pembangkang yang di war-warkan oleh Anwar Ibrahim.

Perkataan transformasi adalah lebih ideal dan memperlihatkan kesederhanaan berbanding daripada perkataan reformasi.

abdullahngah said...

atas_pagar

saya sangat bimbang takut kalau kalau yang duduk atas pagar tertusuk pagar dipunggung, alamgkah deritanya hidup.

Orang duduk atas pagar memang orang yang tidak ada pendirian atau orang yang tidak tahu yang mana satu intan yang mana satu kaca.

maaf cakap.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Saya berpendapat, jika UMNO benar-benar ingin hidup selama-lamanya sebagai "Khalifah" di muka bumi Malaysia ini, UMNO mulai sekarang mestilah membuat perisytiharan bahawa UMNO berhasrat menjadikan Islam makanisme berkerajaan, berpemerintahan dan cara hidup rakyat Malaysia.

Setelah mengumumkan perisytiharan itu, UMNO mesti memperlihatkan keikhlasan dan kesungguhan hasrat itu dengan melaksanakan perintah Islam yang mudah-mudah terlebih dahulu; misalnya SEMUA Wanita UMNO, Puteri UMNO dan wanita penyokong UMNO kenalah berpakaian menutup aurat.

Kalau keadaan UMNO sebagaimana pada waktu ini yang tidak pun memperlihatkan kecintaannya yang menyeluruh dan sepenuhnya kepada Islam, saya cukup yakin UMNO akan kecundang besar, tak lama lagipun.
Rakyat, khususnya Melayu dan Muslim sudah meluat dan muak sangat dengan pemimpin UMNO yang "gila dunia".

Wassalam.

Anonymous said...

Yangertibase,

UMNO bukan parti komunis. Itu bukan caranya. Kalau difikir UMNO tak sesuai dengan jiwa kita sebagai orang Islam maka carilah pilihan lain. Memaksa bukan amalan yang terbaik. Buat masa kini hampir kesemua ahli wanita UMNO dan putri dah bertudung. Leading by example is the best but not to dictate others.

Ada agenda yang lebih besar lagi yang UMNO patut beri perhatian supaya umat Melayu teguh keimanan dan ketakwaannya. Iaitu kedaifan ilmu orang Melayu dan kemiskinan.

Tok Jantan.

affendi hussain said...

Salam Dato'

Gegak gempita gema suara mendengar mantra bersastra luahan kepala pendeta Presiden UMNO yang menenun bicaranya, menyulam gula2 perjuangan hak bangsa, yang konon kemas terkunci kukuh terpelihara di dalam rahim Perlembagaan Negara..

hmm..apa epilog kesudahannya dgn nakhoda sebegini punya etika..adakah seperti biasa?? Kapal agama, bangsa dan negara bakal karam terkubur hilang tak bernama..

Mana pendekar pencak silat penghunus keris saka bangsa? Panggilan untuk Menteri Amaran Malaysia.. kali ini kepala pendatanng bacul HINDRAF dalam pelarian di UK telah menemplak Raja..Ya! Raja Melayu negeri saudara wahai anak Tun Hussein Onn..Johor!

Apa kali ini masih lagi amaran sahaja? Kalau pelakunya Melayu nescaya pantas saja menonong disula disita..

Ayuh Hishamuddin, Muhiyddin, Hamid Albar malah Perkasa... inilah pencak perjuangan sebenar jika hendak menebus maruah bangsa..lebih2 lg penghinaan si celaka kpd salah seorg drpd 9 pemegang kunci keramat penjaga hak bangsa..tak boleh ekstradisi dan humban dlm ISA ka?

Apa guna kuasa jika hanya seperti pondan garangnya bersuara bergema dalam dewan saja..sesama bangsa bukan main ganasnya..musuh sebenar hanya dapat amaran dan masih boleh menjentik telur anda..

Ingatlah UMNO punya kepala..
Beberapa ribu perwakilan bukan mewakili Melayu berjuta-juta,
Jangan sekadar syok sendiri dihembus kipas para balaci & barua,
Kami Melayu semua ada otak ada mata,
Antara kata-kata dan realiti nyata,
Buktikan diri kalian masih bermaruah berbicara soal maruah bangsa..
bukan menjadi pelacur menjual diri dihadapan pelanggan pelbagai bangsa,
telanjang diri, londeh maruah buat hiburan mata mereka,
Tetapi masih berasa diri suci murni belum ternoda?
Demi meraih sekelumit habuan yang belum teraqad urusniaga?
53thn.. mereka tetap mereka yg sama,
Nadanya serupa gemanya makin berganda,
Yang dikejar tak dapat, dikendong tercicir..tengok2lah sapa nak kena.


wasalam

("/)

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
Datuk AKJ
Izinkan,

Yangretibase said...12.08PM
...
... SEMUA Wanita UMNO, Puteri UMNO dan wanita penyokong UMNO kenalah berpakaian menutup aurat.

Kami sokong...dan SEMUA laki-laki UMNO berpakaian Jubah dan simpan janggut baru lah sempurna 'ISLAM' parti UMNO.

Sekurang2 nya penapilan tersebut dapat mengecutkan perut orang macam Juan Williams kalau ditakdirkan bersebelah dalam kapal terbang...ha ha.

Sebuah hiburan murah untuk 'Yangretibase' sempena PAU 2010

ALFATIHAH

affendi hussain said...

Dato'

Masih ada yang mabuk dalam membicarakan soal mana dulu, bangsa atau agama..seperti teka teki telur dan ayam peningnya mereka..

Mana dulu? mana dia ? Mari2 kita tengok sapa nak kena..

firman Allah s.w.t:
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (An-Nahl:78)

Itulah kita asalnya bangsa manusia keluar dari perut ibu kita..berbangsa-bangsa adalah kretiviti Al-Khaliq Maha Pencipta..Islam itu bukan milik warisan mutlak kita tetapi perlu diusaha..

Nah..lahir2 dah terus jadi ulamak pendeta? Iman tak dapat diwarisilah saudara..walau dari seorang ayah yang bertaqwa..

Mereka ini gamaknya menyangka Islam lahirnya seperti bangsa...kepala berdengung ttp hujahnya angkuh dijunjung, bicara bersiung, terasa dirinya sgt agung, sebab itu org lain dikutuk semua tak kena..teruk buruk belaka jika menyebut bangsa..

mengutuk parti perkauman bangsa menyala-nyala, bila nama Allah taala diguna gereja, boleh pulak direstu syirik disokong ulama-pendeta mereka..?
Itu Allah Tuhan yg Esa..
bukan sekadar nama Najib, Rosmah, Hishamudin atau Altantuya,
yg korang dok jaja cerita sama smp dengar pun meloya!
Ini apa kejadah punya cerita?
Apa Surah Al-Ikhlas tak mampu menelanjangkan keikhlasan anda??
Kafir baca loghat arab surah Quran bersorak riuh gegak gempita..
Oportunis politaik..tengik busuknya serupa saja, hanya pakaian saja berbeza-beza..kalau dah buta taksub pun jgn lah ingat org lain takda otak takda mata..

Hakikatnya, kita semua lahir sebagai seorang bangsa..dariNya kita berusaha memperoleh ilmu & hidayahNya..dengan mata, telinga & kepala.. bukan lidah sesedap bicara..bersyukurlah kalau lahir didalam bangsa yg dah bertunjangkan agamaNya..kalau pohonnya layu, apa ke bodoh nak dicabut tunjang akarnya? gemburlah tanah, siramlah air dan bagilah baja, cantas yg lama, naik segarlah pucuk2 barunya..

Ikutlah sunnah Nabi kita, bukan main sondol nak cepat semua mcm mi segera..hakikatnya perjuangan Rasulullah sendiri bermula menyatukan bangsanya..ada peringkat ada fasa, baru mampu mentakluk seantero negara & bangsa manusia..

Kalau tak reti tertib meredah,
Cubalah makan ikut hidung atau guna kaki mengkedarah..
tak ke terasa susah?
itulah namanya melawan fitrah,
Pejuang agama kejadah..lansung tak ikut Nabi punya sunnah?
Sebab itu usahanya bagai nak lelah,
tetapi realiti tetap tak berubah,
dah tu buat apa nak melatah?
Diri sendiri yang pening terantuk tetapi masih tak tergadah-gadah
tenggelam dalam jiwa dan minda bermasalah..
Susah, susah....Ya Allah hambamu rakyat marhain hanya mampu berdoa & pasrah..
Selamatkanlah rohku sebelum bangsaku rebah & negaraku musnah..

wasalam

("/)

saji said...

Salam pakbelalang

Untuk pengetahuan sdr, saya jelaskan maksud TRANSFORMASI dan REFORMASI tersebut setelah merujuk Kamus Dewan yang dicipta oleh DBP supaya orang UMNO tidak keliru. Juga, fikirkan dengan anak2 kita disekolah yang akan keliru dengan dua kata berkod itu selepas PRU itu.

Siapa yang tubuhkan DBP kalau bukan orang UMNO? Pengerusinya dan board membernya orang UMNO. Apa tujuan penubuhan DBP? Kalau taknak guna pengistilahan Kamus Dewan tutup sahaja DBP?

mtgbertam said...

Sdra atas pagar,

Tidak salah menjadi pengundi atas pagar. Cuma dalam gelombang perjuangan Islam, saudara atas pagar tidak akan dapat nikmat pahala menegakkan Islam.

Perlukah perjuangan Islam itu menang baru bererti ia benar dan diredhai Allah?

Tinta Hitam said...

Saya ingin bertanya kepada semua komentator.Belanjawan Negara yang memperuntukkan 8.5 billion utk Menara Warisan,Baik pulih Sri Perdana 65juta;Pusara Negara baru 70juta;peruntukan mesjid-surau JPM 14.3juta.

Ini apa halnya? Tak cukup ke lagi UMNO merompak negara ini? Siapa kata UMNO berubah.Malahan kita perhatikan mereka semakin rakus menghancurkan kewangan negara ini

saji said...

Salam sdr Azman

1. Terima kasih kerana sudi membaca nukilan pendek saya berkenaan REFORMASI dan TRANSFORMASI.

2. Mengenai persoalan yang sdr tinggalkan berbunyi, mengapa perubahan itu mesti dilakukan dan jenis perubahan apakah yang hendak dilakukan, mungkin ada baiknya saya bincangkan apa yang saya kaji yang saya rasa ada kaitan dengan bidang yang sdr bincangkan iaitu undang2.

3. Setelah saya habis belajar di UK dan berkerja di UK, saya mengkaji masalah rasuah, kronisme dan ali-baba kontrak projek kerajaan yang menyebabkan matlamat DEB terhakis sehingga sekarang, walaupun ia boleh dikatakan tidak berlaku di UK berbanding dengan di Malaysia, khasnya masalah ali-baba yang dilarang dalam kontrak pembinaan British di bawah clause - assignment atau total-sub-letting, tetapi diubah di Malaysia dengan meletakkan kondisi2, seperti melainkan mendapat kelulusan Ketua Jabatan atau Menteri.

4. Dipendekan cerita, semasa saya belajar di UK, saya sebenarnya tertarik dengan sistem kontrak pembinaan British yang dikeluarkan oleh CIDB, UK yang dinamakan Management Contract yang menggunakan dokumen kontrak JCT Management Contract 1987 (kini direformkan menjadi JCT Management building Contract 2009)itu.Mengapa saya tertarik?

5. Kerana konsep, strategi dan tatacara pelaksanaannya begitu menjelaskan bagaimana sistem kontrak menagani masalah rasuah, ali-baba dan kronisme tersebut secara profesional, berbanding dengan cara yang digunakan oleh kerajaan kita iaitu cara menyenari-hitamkan, memberi wang pendahuluan 25% dll.

6) Sekembali saya ke tanah air saya mengkajinya dari sudut muamalat Islam dengan memfokuskan kepada pandagan 4 mazhab mengenai hukum jual beli bagi transaksi barangan yang tidak wujud ketika majlis akad melibatkan 2 kontrak pembinaan Islam al-Istisnaa' (Tempahan) dan al-Ijarah (Upahan).
Kemudian saya membuat analisa perbandingan sinaktiks dengan sistem kontrak pembinaan British berdasarkan kajian saya di UK tersebut.

7) Hasilnya,saya bukan sahaja dapat menyamakan sistem kontrak pembinaan British, Price- in- advance contract dengan al-Istisnaa' tersebut dan Cost Reimbursement dengan al-Ijarah tersebut, malah mendorong saya mengandaikan bahawa British telah meminjam dua sistem kontrak pembinaan tersebut.

8) Kembali kepada persolaan yang sdr tinggalkan di atas, mengapa perubahan itu mesti dilakukan dan jenis perubahan apakah yang hendak dilakukan jawapan kajian saya adalah seperti berikut:

Jenis perubahan yang hendak dilakukan ialah perubahan aspek teknikal (rujuk perbincngan saya mengenai konsep dan ciri2 pengurusan organisasi moden) dalam bentuk ciri 'sistem' yang berperanan sebagai makanisme pelaksanaan yang diperlukan oleh golongan profesional teknikal -arkitek, jurutera , jurukur bahan dll bagi menterjemahkan dasar kerajaan UMNO/BN seperti DEB dalam bentuk projek membabitkan perubahan oleh agensi2 pelaksana kerajaan dan GLC daripada menggunakan sistem kontrak pembinaan British, Price-in-advance bentuk Lum Sum, Bills of Quantities dan Design and Build atau sepertinya kepada menggunakan sistem kontrak pembinaan British, Cost Reimbursement bentuk Management Contract seperti dibincangkan di atas, atau sepertinya.

Tetapi mungkin hasil kajian saya berikut meyakinkan sdr;

Keempat-empat mazhab Islam menghruskan penggunaan kontrak al-Ijarah sebagai kontrak pembinaan. Sebaliknya, hanya mazhab Hanafi mengharuskan penggunaan kontrak al-istisnaa' sebagai kontrak pembinaan.

saji said...

Salam sdr Azman

1. Terima kasih kerana sudi membaca nukilan pendek saya berkenaan REFORMASI dan TRANSFORMASI.

2. Mengenai persoalan yang sdr tinggalkan berbunyi, mengapa perubahan itu mesti dilakukan dan jenis perubahan apakah yang hendak dilakukan, mungkin ada baiknya saya bincangkan apa yang saya kaji yang saya rasa ada kaitan dengan bidang yang sdr bincangkan iaitu undang2.

3. Setelah saya habis belajar di UK dan berkerja di UK, saya mengkaji masalah rasuah, kronisme dan ali-baba kontrak projek kerajaan yang menyebabkan matlamat DEB terhakis sehingga sekarang, walaupun ia boleh dikatakan tidak berlaku di UK berbanding dengan di Malaysia, khasnya masalah ali-baba yang dilarang dalam kontrak pembinaan British di bawah clause - assignment atau total-sub-letting, tetapi diubah di Malaysia dengan meletakkan kondisi2, seperti melainkan mendapat kelulusan Ketua Jabatan atau Menteri.

4. Dipendekan cerita, semasa saya belajar di UK, saya sebenarnya tertarik dengan sistem kontrak pembinaan British yang dikeluarkan oleh CIDB, UK yang dinamakan Management Contract yang menggunakan dokumen kontrak JCT Management Contract 1987 (kini direformkan menjadi JCT Management building Contract 2009)itu.Mengapa saya tertarik?

5. Kerana konsep, strategi dan tatacara pelaksanaannya begitu menjelaskan bagaimana sistem kontrak menagani masalah rasuah, ali-baba dan kronisme tersebut secara profesional, berbanding dengan cara yang digunakan oleh kerajaan kita iaitu cara menyenari-hitamkan, memberi wang pendahuluan 25% dll.

6) Sekembali saya ke tanah air saya mengkajinya dari sudut muamalat Islam dengan memfokuskan kepada pandagan 4 mazhab mengenai hukum jual beli bagi transaksi barangan yang tidak wujud ketika majlis akad melibatkan 2 kontrak pembinaan Islam al-Istisnaa' (Tempahan) dan al-Ijarah (Upahan).
Kemudian saya membuat analisa perbandingan sinaktiks dengan sistem kontrak pembinaan British berdasarkan kajian saya di UK tersebut.

7) Hasilnya,saya bukan sahaja dapat menyamakan sistem kontrak pembinaan British, Price- in- advance contract dengan al-Istisnaa' tersebut dan Cost Reimbursement dengan al-Ijarah tersebut, malah mendorong saya mengandaikan bahawa British telah meminjam dua sistem kontrak pembinaan tersebut.

(bersambung)

saji said...

Salam sdr Azman

1. Terima kasih kerana sudi membaca nukilan pendek saya berkenaan REFORMASI dan TRANSFORMASI.

2. Mengenai persoalan yang sdr tinggalkan berbunyi, mengapa perubahan itu mesti dilakukan dan jenis perubahan apakah yang hendak dilakukan, mungkin ada baiknya saya bincangkan apa yang saya kaji yang saya rasa ada kaitan dengan bidang yang sdr bincangkan iaitu undang2.

3. Setelah saya habis belajar di UK dan berkerja di UK, saya mengkaji masalah rasuah, kronisme dan ali-baba kontrak projek kerajaan yang menyebabkan matlamat DEB terhakis sehingga sekarang, walaupun ia boleh dikatakan tidak berlaku di UK berbanding dengan di Malaysia, khasnya masalah ali-baba yang dilarang dalam kontrak pembinaan British di bawah clause - assignment atau total-sub-letting, tetapi diubah di Malaysia dengan meletakkan kondisi2, seperti melainkan mendapat kelulusan Ketua Jabatan atau Menteri.

4. Dipendekan cerita, semasa saya belajar di UK, saya sebenarnya tertarik dengan sistem kontrak pembinaan British yang dikeluarkan oleh CIDB, UK yang dinamakan Management Contract yang menggunakan dokumen kontrak JCT Management Contract 1987 (kini direformkan menjadi JCT Management building Contract 2009)itu.Mengapa saya tertarik?

5. Kerana konsep, strategi dan tatacara pelaksanaannya begitu menjelaskan bagaimana sistem kontrak menagani masalah rasuah, ali-baba dan kronisme tersebut secara profesional, berbanding dengan cara yang digunakan oleh kerajaan kita iaitu cara menyenari-hitamkan, memberi wang pendahuluan 25% dll.

6) Sekembali saya ke tanah air saya mengkajinya dari sudut muamalat Islam dengan memfokuskan kepada pandagan 4 mazhab mengenai hukum jual beli bagi transaksi barangan yang tidak wujud ketika majlis akad melibatkan 2 kontrak pembinaan Islam al-Istisnaa' (Tempahan) dan al-Ijarah (Upahan).
Kemudian saya membuat analisa perbandingan sinaktiks dengan sistem kontrak pembinaan British berdasarkan kajian saya di UK tersebut.

7) Hasilnya,saya bukan sahaja dapat menyamakan sistem kontrak pembinaan British, Price- in- advance contract dengan al-Istisnaa' tersebut dan Cost Reimbursement dengan al-Ijarah tersebut, malah mendorong saya mengandaikan bahawa British telah meminjam dua sistem kontrak pembinaan tersebut.

(bersambung)

saji said...

Jumapa lagi sdr Azman yang dihormati.

8. Kembali kepada soalan sdr mengapa PERUBAHAN itu mesti dilakukan dan jenis PERUBAHAN apakah yang hendak dilakukan, jawapan kajian saya ialah seperti bi bawah:

Jenis PERUBAHAN yang hendak dilakukan ialah PERUBAHAN aspek teknikal (rujuk perbincangan saya mengenai konsep dan ciri pengurusan organisasi moden) melibatkan ciri 'sistem', yang mana, dalam konteks perbincangan ini, PERUBAHAN yang dikehendaki ialah, PERBAHAN yang memperlihatkan agensi2 pelaksana kerajaan seperti JKR dan GLC seperti PLUS selepas PAU ini berhenti daripada menggunakan 'sistem' kontrak pembinaan British jenis Price-in-advance atau Melayunya Tempahan membabitkan bentuk Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build kerana konsepnya dan ciri tatacara pelaksanannya bukan sahaja menggalakan gejala tidak sehat di kalangan pihak2 berkepentingan membabitkan amalan rasuah, kronisme dan alibaba yang bukan sahaja menghakis matlamat DEB, malah menyebabkan projek kerajaan bermasalah sana sini -lambat mula, lambat siap, terbengkalai dan bumbung runtuh yang, akhirnya, menjejas sokongan orang Melayu terhadap UMNO itu dan mula berpindah menggunakan 'sistem' kontrak pembinaan British, Management Contract seperti yang dibincangkan di atas.

Saya nak tahu siapa orang UMNO yang tak faham dan yang tidak setuju dengan PERUBAHAN yang saya kemukakan di atas.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Perhimpunan Agung UMNO (PAU).Kih3..Bagus nama tu.Itulah hakikatnya UMNO skg ni..Selalu pau,dimana mana pun pau dan akan berterusan pau..

Pau penting utk kesinambungan hidup mereka.Tanpa pau siapa lah UMNO

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon laluan sekali lagi.

Sdr Saji,

Pertama sekali berdasarkan kpd komen-komen balas Sdr, saya rasa Sdr sudah bersetuju bahawa transformasi adalah sesuai berbanding reformasi. Sekarang izinkan saya memberi komen terhadap "persoalan" saya yang Sdr rasa memerlukan jawapan.

Sebenarnya, ayat terakhir saya itu adalah merupakan satu "problem statement" yang tidak perlukan jawapan kerana saya percaya apa yang saya cakapkan di bahagian awalan sudah menjawab "problem statement" tersebut.

Tapi, saya mohon maaflah kerana mungkin disebabkan ayat saya berterabur membuatkan Sdr Saji tidak paham mengenai segala apa yang saya cakapkan di awalan itu.

Maksud "problem statement" tersebut adalah mengenai mengapa (why) & jenis apa (what) sesuatu perubahan itu mesti dibuat.

Ini adalah kerana ramai orang dan banyak organisasi apabila hendak melakukan perubahan telah hilang fokus terhadap kedua-dua perkara "why" & "what" ini.

Ada yang melakukan perubahan semata-mata "for the sake of change" kerana berpegang kepada konsep "the only constant in life is change". Jadi mereka pun berduyun-duyun membuat perubahan padahal perubahan yang mereka lakukan tidak membawa makna atau mencapai maksud mereka pada asalnya.

Persoalan 'why' inilah yang Umno mesti jawab dengan convincing. Janganlah membuat perubahan membuta tuli semata-mata kerana merasakan perubahan adalah perlu atau sekadar mengikut orang sahaja -- orang lain buat, Umno pun mesti buat. Kena cari alasan 'why' dengan sebenar-benarnya.

Selepas itu, fikirkan pula 'what kind of change' yang hendak mereka lakukan. Pada peringkat ini, pilihannya adalah daripada tiga -- incremental, transitional atau transformational. Setiap satu mempunyai maksud dan kaedah tersendiri untuk dilakukan.

Now, ramai orang mengatakan Umno sudah memilih 'transformational change' sebagai wadah perubahannya, jadi kita hendak tanyalah kepada pemimpin-pemimpin & ahli-ahli Umno dua soalan berikut:

1. Betulkah Umno sudah membuat keputusan untuk membuat transformasi? Apa yang saya lihat, transformasi hanya dilakukan ke atas Kerajaan, bukan ke atas Umno.

2. Mereka tahukah alasan "why" nya mereka membuat transformasi in the first place?

Dari segi teori, sememangnya saya sangat setuju Umno melakukan 'transformational change' kerana bukan sahaja alasan 'why' nya tepat, malah itu sahaja pilihan yang ada. Bukan incremental mahupun transitional lagi (apatah lagi reformasi).

Untuk mengetahui alasan 'why' nya, silalah rujuk kpd "link" yang saya berikan di dalam komen saya @ 12:31pm di atas.

Apa yang Sdr komenkan mengenai technical change itu adalah betul, cuma ianya tidak mencukupi. Spektrum transformasi bukan sekadar mencakupi aspek teknikal sahaja malah lebih dari itu. Sdr bercakap seolah-olah "ubahkan struktur/polisi mengenai teknikal maka segala-galanya akan menjadi ok".

Mana cukup.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

ali ahmad said...

Salam buat Dato' AKJ,

Semua orang apa bangsa sekalipun, perlu ada satu organisasi untuk bernaung dalam amalan demokrasi.

Jadi

apa salah UMNO?

apa salah MCA?

apa salah MIC?

apa salah Gerakan?

apa salah PPP?

apa salah DAP?

apa salah PAS?

apa salah PKR?

LUPA!!!

SIAPA PERJUANG KEMERDEKAAN?

PKR ka?
PAS ka?
DAP ka?
PAP ka? - P A rti P enipu!!- sekarang jadi JIRAN sebelah TANAH MELAYU!!
lain2 lagi ka?

LUPA!!!!

SEBELUM MENUNTUT KEMERDEKAAN, SIAPA

Kumpulan Melayu Muda?
MAPJA?

Siapa yang menuntut kemerdekaan untuk TANAH MELAYU!!!!!!

BUKAN UNTUK 1MALAYSIA
BUKAN UNTUK MALAYSIAN MALAYSIA
BUKAN UNTUK apa2 lagi

TANAH MELAYU!!!!

Anonymous said...

sdr yangretibahasa,

kalau kerajaan PAS Kelantan benar2 memperjuangkan Islam, maka benarkanlah orang2 Islam dari negeri lain membeli tanah di negeri Kelantan.

tak kan lah orang2 macam Hadi Awang, Ismail Kamus, Haron Din pun tak boleh beli tanah di Kelantan kot.

Islam pebende macam ni?


Nicki Aziz

pakbelalang said...

Sdra Saji,
Saya ambil nota komen sdra. Thank you.

saji said...

Sdr Azman yang dihormati

"Apa yang Sdr komenkan mengenai technical change itu adalah betul, cuma ianya tidak mencukupi. Spektrum transformasi bukan sekadar mencakupi aspek teknikal sahaja malah lebih dari itu. Sdr bercakap seolah-olah "ubahkan struktur/polisi mengenai teknikal maka segala-galanya akan menjadi ok. "

Komen:

1.Ajaran Islam dibahagikan kepada komponen akedah, akhlak dan syariah yang perlu diseimbangkan dengan memberi penekannan yang sama dari segi kefahaman dan penghayatannya, demi mendapat nekmat Islam di dunia dan di akhirat yang dicari2.

2.Kajian saya menganggap usaha memperbaiki kelemahan dan meningkatkan akedah dan akhlak umat Islam di negara ini dan di luar sana sudah dilakukankan dengan baik oleh golongan ulama dan ahli kemanusiaan seperti sdr,khasnya dalam membetulkan aktiviti muamalat yang songsang, hingga ada yang mengkaji dan memperkenalkan apa yang dipanggil pengurusan tauhid dan etika pengurusan Islam. Bukan begitu?

3. Apa yang saya lakukan dan bincangkan dengan sdr mengenai keperluan mendesak perubahan hukum/kontrak pembinaan Islam/Barat tersebut oleh agensi2 pelaksana dan GLC ialah membantu golongan agama dan kemanusiaan seperti sdr dari segi keperluan mendesak untuk memberi penekanan yang sama kepada kefahaman dan penghayatan terhadap syariah muamalat membabitkan hukum jual beli bagi transaksi barangan yang tidak wujud ketika majlis akad membabitkan kontrak pembinaan Islam, al Istisnaa' dan alIjarah dengan cara yang praktikal, demi kefahaman golongan umat Islam dan bukan Islam yang mempunyai kepentingan dalam industri pembinaan negara, khasnya.

Shaharudin said...

Orang Melayu bersama UMNO telah berjaya memperjuangkan kemerdekaan negara. Walau apa pun yang diperkatakan oleh orang, hakikatnya orang Melayu dan UMNO lah yang telah membina Malaysia. Namun, tidak boleh kita nafikan bahawa kaum-kaum Cina dan India, menerusi parti-parti MCA dan MIC, telah menyokong dan terlibat samada secara langsung atau tidak langsung kepada pembangunan Malaysia.

Tapi itu dulu. Apa yang kita perhatikan hari ini, iaitu kelemahan UMNO, MCA dan MIC sehingga hampir jatuhnya BN tidak boleh dipersalahkan kepada PAS, PKR atau DAP. Mereka mengambil peranan mereka sebagai pembangkang. Itu tugas mereka.

Orang-orang UMNO perlu muhasabah diri; tanya pada diri sendiri, kenapa undi berubah pihak? Jangan pandang rendah rakyat Malaysia; mengambil jalan pintas dengan berkata bahawa orang-ramai akan berubah undi semata-mata kerana dakyah. Jangan salahkan pengundi kerana mereka itulah rakyat Malaysia.

Sebaliknya, selidikilah samada undi berubah disebabkan pembangkang menjadi kuat? Ataupun. sebaliknya, BN telah menjadi lemah dan terpesong haluan?

Haluan kapal bergantung kepada pengemudinya. Jika pengemudinya tidak pandai, kapal akan hanyut dan hilang haluan. Jadi, lihatlah kepada mereka yang mengemudi UMNO dan BN. Samada mereka masih berada dalam haluan yang asal; yang telah membawa kepada kekuatan orang Melayu dan Malaysia?

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon laluan sekali lagi.

Sdr Saji,

Saya bukanlah dari golongan ulama agama ataupun ahli kemanusiaan (anthropology). Terlalu tinggi kedua bidang tersebut bagi saya.

Seperti Sdr, saya juga sedang menjalankan penyelidikan. Bidang saya adalah ekonomi/business management. Cukupah sekadar tu mukadimah untuk diri saya.

Mengenai komen terakhir Sdr yg mengaitkan pula aspek keugamaan semasa kita berbincang mengenai “reformasi vs transformasi”, saya suka memberi komen berikut:

Saya nampak Sdr begitu risau (concern) terhadap “keperluan mendesak perubahan hukum/kontrak pembinaan Islam/Barat tersebut oleh agensi2 pelaksana dan GLC” sehingga Sdr sudah berkali kali membicarakan bab Al Istisna dsb, di sini.

Saya kata ianya adalah betul tetapi tidak mencukupi untuk mentransformkan sesebuah negara hanya dengan bergantung kpd “perubahan sector pembinaan/projek” sahaja. Kita perlu melihat di dalam konteks yg lebih besar apabila hendak transformkan organisasi, apatah lagi negara. Kita kena lihat aspek politik, ekonomi, social, technology, persekitaran dan juga perundangan. Umno memasukkan elemen Agama sebagai tambahan. Sektor pembinaan adalah salah satu sector kecil daripada cabang ekonomi.

Bagaimanapun, suka saya membalas kerisauan Sdr dengan mengambil Sukuk (i.e. Islamic Bonds) sebagai jawapan kepada kerisauan aspek agama yang Sdr sebut.

Dari pemerhatian saya, bukan sahaja sector swasta malah sudah banyak juga “agensi2 pelaksana & GLC” membuat pembiyaan projek2 mereka melalui Sukuk. Sudah berbillion ringgit nilai Sukuk digunakan oleh kedua2 sektor tersebut di dalam melaksanakan projek2 mereka. Malah, sudah banyak juga syarikat2 bukan Melayu/Islam di negara kita ini yang mengambil Sukuk sebagai pembiyaan projek2 mereka.

Sudah tentu ianya Shariah compliant. Jadi di mana timbulnya “keperluan mendesak” yang Sdr sebutkan itu?

Saya hormati kajian / penyelidikan yang Sdr buat. Tetapi, tindakan Sdr mencampur adukkan perbincangan dari satu topic ke satu topic yang lain, membuatkan perbincangan kita melompat2. Trajektori tak kesampaian jadinya.

Mohon maaf.

Terima kasih

Azman Mohd Isa

saji said...

Salam sdr Azman

1. Antara sebab utama yang mendorong saya melakukan kajian terhadap sistem kontrak pembinaan Islam al Ijarah dan al Istisnaa' ialah, kemuculan Bank Islam di negara ini pada tahun 1984, yang mana antara alasan penubuhannya ialah untuk menggalakan orang Melayu terlibat dalam bidang perniagaan atau ekonomi yang meliputi bidang pembinaan atau kontraktor yang sebelumnya dihalang oleh masalah interest atau bunga atau riba yang ditegah dalam sistem ekonomi Islam. Sedangkan untuk menjadi kontraktor utama atau sub-kontraktor mereka memerlukan duit pusingan daripada bank atau institusi kewangan.

2. Cuma mungkin sdr dan golongan ulamak tidak tahu pada ketika Bank Islam Malaysia ditubuhkan dulu mengenai kedudukan sistem kontrak pembinaan konvensional/Barat yang digunakan di negara ini termasuk agensi2 pelaksana kerajaan melibatkan kontrak Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build adalah merupakan bentuk2 atau pecahan sistem kontrak jenis Tempahan/alIstsnaa'/Price-in-advance yang, pada pandangan mazhab Shafi'e, Hambali dan Maliki, bukannya kontrak tetapi hanya sekadar tanggungjawab pihak2 yang berkontrak melunaskan amanah2 masing2 ketika berkontrak yang merupakan antara hujah utama mereka tidak mengharuskan penggunaannya itu.Selain ketiadaan Hadis yang kukuh atau jelas dan nyata untuk menyokong penggunaannya, di samping nas alQuran.

3. Itu pandangan mazhab tersebut pada ketika mereka berijtihad ribu tahun dahulu.

4. Yang sdr kena fikirkan sekarang ialah, mengapa sekian lama Bank Islam Malaysia ditubuhkan dan disusuli pula dengan sistem perbankan tanpa faedah/ SPTF, orang Melayu masih ketinggalan dalam bidang perniagaan termasuk bidang pembinaan/kontraktor yang saya kaji?

Malah sekarang sdr kata,sudah ada Islamic Bonds atau Sukuk seperti. Tetapi, berdasarkan pengalaman diatas, adakah dengan adanya Sukuk sekarang kontraktor besar dan kontraktor kecil Melayu kita mampu terlibat dalam projek pembinaan tempatan, termasuk projek berbilion juta yang disenaraikan dalam Program Transformasi Kerajaan?

Maksud saya, apa jaminan sdr dengan adanya Sukuk itu kontraktor Melayu dan GLC tidak mengali-babakan projek2nya?

5. Cuma mungkin sdr dan golongan ulamak tidak tahu, pada ketika menubuhkan Bank Islam dulu, bahawa bentuk2 sistem kontrak pembinaan Islam al Istsnaa'/Tempahan /Price-in-advance itu mempunyai prinsip, konsep dan tatacara penggunaan atau maksud Islamnya rukun dan syarat sah penggunaannya yang menggalakan kontraktor Melayu kita mengali-babakan projek kerajaan dan GLC kepada kontraktor bukan Islam. Cuba bayangkan rekod JKR -60% projek kerajaan dan GLC dialibabakan!

saji said...

Salam sdr Azman

1. Antara sebab utama yang mendorong saya melakukan kajian terhadap sistem kontrak pembinaan Islam al Ijarah dan al Istisnaa' ialah, kemuculan Bank Islam di negara ini pada tahun 1984, yang mana antara alasan penubuhannya ialah untuk menggalakan orang Melayu terlibat dalam bidang perniagaan atau ekonomi yang meliputi bidang pembinaan atau kontraktor yang sebelumnya dihalang oleh masalah interest atau bunga atau riba yang ditegah dalam sistem ekonomi Islam. Sedangkan untuk menjadi kontraktor utama atau sub-kontraktor mereka memerlukan duit pusingan daripada bank atau institusi kewangan.

2. Cuma mungkin sdr dan golongan ulamak tidak tahu pada ketika Bank Islam Malaysia ditubuhkan dulu mengenai kedudukan sistem kontrak pembinaan konvensional/Barat yang digunakan di negara ini termasuk agensi2 pelaksana kerajaan melibatkan kontrak Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build adalah merupakan bentuk2 atau pecahan sistem kontrak jenis Tempahan/alIstsnaa'/Price-in-advance yang, pada pandangan mazhab Shafi'e, Hambali dan Maliki, bukannya kontrak tetapi hanya sekadar tanggungjawab pihak2 yang berkontrak melunaskan amanah2 masing2 ketika berkontrak yang merupakan antara hujah utama mereka tidak mengharuskan penggunaannya itu.Selain ketiadaan Hadis yang kukuh atau jelas dan nyata untuk menyokong penggunaannya, di samping nas alQuran.

3. Itu pandangan mazhab tersebut pada ketika mereka berijtihad ribu tahun dahulu.

4. Yang sdr kena fikirkan sekarang ialah, mengapa sekian lama Bank Islam Malaysia ditubuhkan dan disusuli pula dengan sistem perbankan tanpa faedah/ SPTF, orang Melayu masih ketinggalan dalam bidang perniagaan termasuk bidang pembinaan/kontraktor yang saya kaji?

Malah sekarang sdr kata,sudah ada Islamic Bonds atau Sukuk seperti. Tetapi, berdasarkan pengalaman diatas, adakah dengan adanya Sukuk sekarang kontraktor besar dan kontraktor kecil Melayu kita mampu terlibat dalam projek pembinaan tempatan, termasuk projek berbilion juta yang disenaraikan dalam Program Transformasi Kerajaan?

Maksud saya, apa jaminan sdr dengan adanya Sukuk itu kontraktor Melayu dan GLC tidak mengali-babakan projek2nya?

saji said...

Salam Azman

(sambungan)

5. Saya katakan lagi, cuma mungkin sdr dan golongan ulamak tidak tahu pada ketika itu (Bank Islam Malaysia ditubuhkan dulu bahawa bentuk2 sistem kontrak pembinaan al-Istisnaa'/Tempahan/Price in -advance itu mempunyai prinsip dan tatacara penggunaan atau maksud muamalat islamnya rukun dan syarat sah penggunaan yang dikesan menggalakan kontraktor Melayu dan GLC mengali-babakan projek2 pembinaannya kepada kontraktor bukan Melayu dalam sistem ekonomi yang kuat dipengaruhi pemikiran kapitalis.

Bayangkan rekod JKR-purata 80% projek kerajaan dan GLC diali-babakan!

6. Menggenai perubahan kepada penggunaan sistem kontrak pembinaan al-Ijarah/Upahan/Cost reimbursement, bentuk Management Contract yang saya cadangkan itu, ia, untuk maklumat sdr, boleh dikembangkan ke bidang-bidang ekonomi lain meliputi pertanian, SMI, perfilman dsb yang saya akan kaji kemudian. Itupun selepas cadangan pelaksanaan sistem pengurusan projek Islam diterima oleh kerajaan untuk dilaksanakan.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon laluan, ini kali terakhir lah kerana sudah banyak sangat berkomen.

Sdr Saji,

Seperti yang saya cakapkan, Sdr suka “melarikan” topic perbincangan. Daripada reformasi vs transformasi, kpd ‘keperluan mendesak’, dan sekarang kpd ‘ali baba’ pula.

Walau mcmana pun, saya layanlah juga walaupun topic sudah lari dengan melihat perbincangan ini secara keseluruhan.

Di dalam komen sebelumnya, Sdr ada mengatakan bhw terdapat “keperluan mendesak” untuk Sdr membuat kajian terhadap aspek Al Ijarah & Al Istisnaa dan menjadikan kajian Sdr sebagai jalan mengatasi “keperluan mendesak” tersebut.

Saya pula komen bahawa Sukuk boleh dilihat sebagai jalan penyelesaianya. Maksudnya, jika terdapat mana2 syarikat pembinaan hendak membuat kontrak pembinaan, maka gunakanlah Sukuk. Sudah banyak syarikat menggunakannya. Samada Al Ijarah, Al Istisnaa, Salam dsb, ada ditawarkan oleh Sukuk. Jadi, saya tak nampak “keperluan mendesak” yang dikatakan itu (nota: Sdr mengatakan keperluan mendesak adalah di dalam konteks halal/haram, dunia/akhirat, Islam/konvesional).

Sebaliknya di dalam komen terbaru, Sdr mengetengahkan pula permasalahan Ali Baba daripada menjawab apakah yang Sdr maksudkan sebagai “keperluan mendesak” tersebut? Saya tak nampak bagaimana konsep Ali Baba boleh dikategorikan sebagai mendesak kerana pada dasarnya ia adalah suatu bentuk sub contract. Sub contract tidak haram di dalam Islam.

Begitu juga dengan melantik rakan Cina sebagai pemegang saham di dalam syarikat Melayu (atau sebaliknya) pun tidak salah. Tidak haram.

Cuma di dalam konteks socio politik, Ali Baba tidak digemari oleh kerajaan kita kerana niat asal untuk menolong orang2 Melayu dengan penganugerahan kontrak telah disalah gunakan.Disebabkan nak cepat kaya, atau tidak mempunyai kepakaran membuat kerja, atau tidak mempunyai modal; orang2 Melayu suka “sub” kan kontrak yang mereka dapat kepada orang2 Cina.

Jadi, isu Ali Baba ini adalah berkaitan dengan sikap kontraktor. Ada kes2 tertentu ianya adalah berkenaan strategi perniagaan. Bukan isu mengenai kontrak Islam vs konvesional. Kontrak itu tidak salah, yang salah adalah sikap berniaga. Jika sikap kontraktor Melayu masih mahukan cepat kaya, atau kerja senang; apa juga mechanism yang kerajaan sediakan untuk mereka menjalankan perniagaan secara Shariah compliant, samada Sukuk, Bank Islam atau SPTF; akan menjadi sia sia.

Pada dasarnya, jika Sdr yang membuat sesuatu penyelidikan, Sdr lah yang sepatutnya mencadangkan jalan penyelesaiannya. Maksudnya, Sdr begitu mahir di dalam bab kontrak Al Ijarah & Al Istisnaa, maka Sdr kemukakan lah jawapan untuk menyelesaikan masalah Ali Baba ini, jika Sdr merasakan terdapat penggunaan jenis kontrak yg salah telah menyebabkan berlakunya Ali Baba. Masukkanlah di dalam repot penyelidikan Sdr bahawa Ali Baba ini boleh diselesaikan.

Itulah maksud penyelidikan, kita dikehendaki memahami & merungkaikan sesuatu permasalahan dan kita kemukakan cadangan penyelesaiannya secara tersusun, saintifik & empirikal. Jika tidak, penyelidikan kita itu akan menjadi “pure academic” shj, jika tidak “syok sendiri”.

Mohon maaf sekali lagi.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Appendix A of the report on the Constitutional Conference held in London from January-February 1956 shows that it was attended by the Alliance government of Malaya and not Umno. Also in attendance were representatives of the British government and the Malay Rulers of Malaya.

ramai yang buta sejarah kat sini...

minah ronggeng

saji said...

Salam Dato'

Terima kasih banyak2 Dato' kerana banyak kali memberi lalun kepada saya berbahas dengan sdr Azman mengenai cadangan saya supaya agensi2 pelaksana kerajaan dan GLC2 berubah menggunakan Management Contract, demi memastikan apa yang tersurat dan tersirat di sebalik pengenalan gagasan 1Malaysia, Model Baru Ekonomi dan Program Trasformasi Kerajaan oleh DS Najib akan memberi manfaat yang lebih besar kepada orang Melayu kita, berbanding dengan penggunaan kontrak Lump Sum, Bills of Quanities, Tunkey dan Design and Build atas alasan yang sudah dibincangkan dengan sdr Azman.

Saya anggap cadangan saya tersebut, banyak lebih baik daripada cadangan usul ekonomi yang dibincangkan oleh para perwakilan UMNO terbabit dalam PRU yang baru berlalu itu.Khasnya dari segi bagaimana mengembalikan semula atau mengkonservasikan dasar2 yang UMNO perjuangan dengan cara yang bukan sahaja berteraskan ilmu Islam, malah praktikal dan profesional.

Sebenarnya Dato' apa yang saya bincangkan dengan sdr Azman tersebut merupakan antara intipati dalam kertas syarahan topik implementation saya di USM pada 31 Disember depan yang merupakan syarahan penutup kajian pembentukan sistem pengurusan projek Islam di peringkat universiti diUSM.

saji said...

Sdr Azman

1. Saya cuba menghabiskan perbincangan dengan sdr ini, tetapi terdapat hujah terbaru sdr yang tergantung sana sini dan tidak dikaitan dengan hujah saya sebelumnya yang, saya anggap, perlu saya mengulasnya, kerana, sdr kena faham, perbincangan ini dibaca oleh umat Islam di negara ini dan diluar sana yang dahaga atau jarang2 dihidangkan dengan topik muamalat sedemikian.

2. Kajian saya mengatakan masalah sikap atau akhlak atau budaya, tingkah laku, perangai, tabiat (buruk) seperti ali-baba kontrak di kalangan kontraktor Melayu yang sdr kata tidak diharamkan oleh Islam itu boleh di atasi dengan cara melakukan trasformasi /perubahan sistem atau system kepada yang lebih baik atau berkesan.

Alasan saya, itulah yang dilakukan oleh cerdik pandai Barat baerkaitan yang sekular pemikirannya dari semasa ke semasa. Mengapa? Kerana mereka tidak begitu berharap sangat dengan cara perubahan akhlak yang dilakukan secara brainwashing dan punishment oleh golongan agama dan kemanusiaan -ahli sains politik atau ahli politik, sains sosial, undang2, ekonomi, antropologi dsb dan pakar motivasi. Apatah lagi, mengaitkannya dengan akedah /keimanan yang ditekankan oleh golongan agama, demi mempertahankan pemikaran sekularnya.

Antara contoh yang saya sering berikan ialah, penukaran sistem keretapi -MRT daripada yang ada pemandu kepada tiada pemandu bagi mengatasi masalah pemadu kertapi yang suka2 datang kerja dan sistem fakx kepada internet bagi mengatasi penggunaan kertas yang terlalu banyak dsb.

Ia diterima oleh Prof yang merupakan ketua pasukan kajian saya yang merupakan golongan kemanusiaan di atas.

3. Mengenai hujah sdr yang tidak mengaitkan dengan hujah saya sebelumnya yang mengatakan sistem kontrak Price-in-advance British melarang/mengharamkan gegala total-subletting atau assignment of kontrak atau ali-baba kontrak, bukankah ia contoh perkara teknikal yang baik yang dilakukan oleh Barat dalam sistem kontraknya yang harus kita pinjam,seperti mana yang dilakukan dalam pembentukan produk2 kewangan Islam yang meliputi sukuk itu.

About Me

My Photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).