Sunday, April 17, 2011

BN Kekalkan Penguasaan Ke Atas DUN Sarawak


A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEPERTI dijangka, Barisan Nasional mempertahankan penguasaan ke atas Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan kelebihan dua-pertiga.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat memperoleh lebih banyak kerusi daripada pilihan raya negeri 2006. DAP mendapat 12 kerusi dan PKR 3. Hanya seorang daripada 41 calon bebas menang.

Menurut Bernama, BN memperoleh 55 kerusi. Dalam PRN 2006, BN memenangi 63 kerusi.

Ramalan popular yang mengatakan PR mungkin menang hingga 17 kerusi hampir-hampir tepat apabila ia memperoleh 15 kerusi.

Kesimpulannya, BN semakin lemah dan PR semakin kuat di Sarawak, tetapi tidak sehebat atau sekuat yang diuar-uarkan.

Ini memberi petanda kurang baik kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang. BN bergantung besar kepada Sarawak untuk mengekalkan kuasa di peringkat pusat.

Di kalangan komponen PR, DAP kekal sebagai parti dominan di Sarawak. Manakala pendekatan angkat muat PKR tidak membawa hasil. Walaupun ia meletakkan 49 calon, hanya tiga menang. Pas terus tidak signifikan.

Parti negeri, SNAP tidak mendapat sebarang kerusi walaupun bertanding di dua puluh enam kawasan.

Majoriti pemilih Cina mengundi DAP menyebabkan parti Cina BN, SUPP kalah teruk. Ia menang hanya enam daripada 19 kerusi yang diperuntukkan kepadanya.

Majoriti undi Melayu, Bidayuh, Dayak (Iban) dan kaum-kaum Bumiputera lain terus memihak kepada BN dengan memberi kemenangan padu kepada PBB. PRS dan SPDP juga cemerlang.

Taib Mahmud telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri walaupun berjanji akan mengundurkan diri. Ramalan mengatakan dia akan meletakkan jawatan KM apabila tempoh perkhidmatan Yang Di Pertua Negeri, Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng berakhir kerana Taib diuar-uarkan mahu mengisi jawatan itu.

101 comments:

Competente said...

Ada dikalangan penyokong PR yang optimis bahawa kekurangan kerusi BN adalah disebabkan rakyat mula yakin dengan PR. Itu hanya sikap perasan dan akan merugikan diri sendiri sahaja. Hakikatnya, majoriti rakyat masih tidak ada keyakinan dengan PR atau kaedah pentadbirannya. DAP masih lagi chauvinis kaum Cina dan hanya mengutamakan kaum mereka sahaja. PKR pula, sebagaimana asalnya ramai ahli mereka adalah dari UMNO; masih lagi bersifat seperti ramai pemimpin UMNO yang hanya ingin berkuasa dan menjana kekayaan mudah.

Kehilangan kerusi BN adalah kerana BN semakin lemah. Rakyat mula gusar dengan cara pemimpin-pemimpin BN yang mengutamakan diri sendiri dari menjaga kebajikan rakyat. Namun, rakyat masih tidak mempunyai pilihan lain.

Maka, adakalanya rakyat akan mengundi pembangkang, walau siapa pun pembangkang itu hanya kerana mereka ingin memprotes pemimpin BN. Adakala pula, rakyat akan mengundi semula BN kerana PR masih tidak berwibawa dan bukan tandingan BN.

PR janganlah rasa hebat kerana anda masih tidak setanding BN. Namun, PR masih berpeluang jika dapat menunjukkan amalan pentadbiran yang amanah dan menjaga kepentingan rakyat di negeri-negeri yang berjaya mereka kuasai sehingga kini, sebagaimana PAS terus berjaya menguasai Kelantan.

Hakikatnya, PR masih tidak dapat mempengaruhi rakyat, masih belum dipercayai dan hanya memperoleh kemenangan atas kelemahan BN, bukan atas kekuatan PR itu sendiri. Jadi janganlah terlalu yakin.

BN pula hendaklah kembali ke landasan asal untuk membina negara dan menjaga kebajikan rakyat; bukan untuk menjaga kepentingan diri pemimpin dan ahli keluarga pemimpin itu sendiri sahaja.


Jangan nasi jadi bubur, tidak berguna lagi...

Sufian Idrus said...

Pergolakan politik hari ini tidak lagi melibatkan kaum Cina. Majoriti kaum Cina telah pun membuat kata-putus untuk menyokong DAP. Kalau dahulu, mereka masih berbelah-bahagi samada mahu menyokong BN ataupun DAP, kini mereka sudah pasti bahawa DAP adalah pilihan mereka. Dahulu, mereka mungkin tidak percaya bahawa DAP boleh sampai ke tahap penguasaan seperti hari ini, sehingga boleh mentadbir sebuah negeri. Kini mereka telah percaya dan yakin bahawa DAP akan menjaga kepentingan kaum Cina dan mengenepikan keutamaan kaum Bumiputera. Peluang sebegini tidak akan mereka lepaskan.

Kerana itu, BN kini semakin sukar untuk menang di kawasan majoriti Cina, dan hanya berpeluang di kawasan majoriti Bumiputera. BN beruntung dan masih mempunyai peluang yang tinggi kerana populasi Bumiputera masih lagi majoriti di Malaysia.

Namun, ia tidak memberi penguasaan yang mudah kepada BN kerana pergolakan politik kaum Bumiputera masih lagi hebat.

Dengan kehilangan sokongan kaum Cina, pemimpin BN mula memberi kelebihan kepada kaum Cina. Dari dahulu lagi, pemimpin BN tahu bahawa agak sukar bagi anak Bumiputera dari kampung untuk mendapat 9A dalam SPM dan majoriti yang mendapat 9A dalam SPM adalah anak kaum Cina di bandar. Kini biasiswa JPA diberi kepada mereka yang mendapat 9A dalam SPM, maka kuranglah peluang anak Bumiputera.

Sedikit demi sedikit keutamaan Bumiputera telah dihapuskan. Kalau dahulu ada Kementerian Pembangunan Usahawan di mana MARA bernaung, kini sudah tiada. MARA kini berkongsi peruntukan sebagai anak tiri Kementerian Luar Bandar. Kesemuanya kerana ingin mendapatkan sokongan semula kaum Cina. Namun, siapa yang menjadi mangsa?

Dengan keadaan ekonomi yang semakin mendesak, ramai kaum Bumiputera yang hilang pekerjaan dan bagi yang muda, gagal mendapat pekerjaan. Keadaan ini mendorong kaum Bumiputera untuk mula berniaga. Tanpa dorongan keluarga yang berasal dari makan gaji, tanpa modal yang mencukupi; ramai peniaga Bumiputera yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ekonomi masih lagi tidak menunjukkan peningkatan yang signifikan, harga barangan meningkat saban hari, harga minyak naik setiap bulan; namun pemimpin hanya pandai bercakap pasal video porno dan jam Omega.

Keadaan sebegini membuat sokongan kaum Bumiputera berpecah-belah. Keadaan ini tidak menguntungkan kaum Bumiputera.

Pemimpin gagal melihat keadaan rakyat kerana hanya ingin mengekalkan kuasa. Pemimpin sebegini menyangka bahawa perbuatan mereka memburukkan pemimpin parti lawan akan memberi mereka kelebihan.

Namun, jika hidup kaum Bumiputera masih tidak selesa; sokongan kaum Bumiputera akan terus berpecah. Dengan sokongan yang padu kaum Cina kepada DAP, kehilangan sokongan kaum Bumiputera akan memberi kelebihan kepada parti pembangkang.

Pemimpin BN telah tersalah langkah kerana mengenepikan kaum Bumiputera hanya untuk mendapat sokongan kaum Cina.

Jangan dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

wadi said...

Assallamualaikum Dato'

Sudah terang lagi bersuluh , orang Cina yg memonopoli ekonomi Malaysia ini makin menjauhkan diri dan berani memijak mijak minda orang melayu yang terus buta dan leka dengan kuasa , tetapi tamak dan haloba menyumbangkan minda dan kepakarannya membangunkan bangsa Melayu yang makin jauh tertinggal dan makin hilang serinya .
Harus dingat orang Cina/India dll bangsa itu tidak memikirkan halal dan haram sesuatu perkara asalkan mereka terus kayaraya dikalangan bangsanya . Sedang orang melayu yg berkuasa gagal memanipulasikan kuasa yang ada mengembangkan ekonomi bangsanya sendiri . Dasar dan strategi ekonomi bangsa melayu mesti dijadikan keutamaan jika tidak mahu kehilangan kuasa kepemimpinan dimasa hadapan. Bangkitnya melayu akan tegak dengan Islam yang memang mampu mengolah semua kebenaran dan ketelusan dinegara ini jika ada kemahuan mentauhidkan kebesaran ALLAH .Ingatlah sebelum terlambat dan dihambat untuk dikuburkan.

Shaharuddin said...

Sebagaimana yang telah diduga, BN terus kekal berkuasa di Sarawak. Sarawak akan kekal menjadi simpanan tetap BN.

Walau apapun keadaan ekonomi rakyat Bumiputera di Sarawak; mereka akan terus kekal menyokong BN. Tidak perlulah PAS hendak cuba-cuba. Peluang PAS hanyalah di Semenanjung, maka teruslah berusaha di Semenanjung.

Berbeza dengan DAP; mereka telah pun menambat hati kaum Cina di seluruh Malaysia, termasuk Sarawak.

Cuma BN diharap jangan mensia-siakan sokongan kaum Bumiputera di Sarawak. Janganlah kelebihan diberikan kepada kaum Cina pula semata-mata kerana hendak menagih sokongan mereka sehingga melupakan jasa dan sokongan kaum Bumiputera yang telah memilih mereka.

Anonymous said...

Petanda sudah jelas orang Cina tidak akan sokong BN lagi. Jadi apa strategy BN sekarang setelah jelas nampaknya bahawa Cina dah tak sokong BN lagi.

Orang Cina dah tahu bahawa orang Melayu dah lembik dari segi kuasa politik. Melayu dah bepecah dan mereka dah tak gentar lagi. Inilah caranya untuk melemahkan orang Melayu. "DIVIDE AND RULE AND TAKE ADVANTAGE OF THE POLITICAL WEAKNESS OF MALAYS.

Siapa pandai?

Melayu dah kena tong tong dak. Dah kena kentut!!

Melayu Oh Melayu !!

Che Bedah

Anonymous said...

pengundi cina di lihat memihak kepada DAP walau pun kerajaan BN begitu perihatin dan sentiasa melayan karenah mereka sehingga kan menyakiti hati orang Melayu.Mereka tidak akan menyokong BN walau macam mana hebat sekali pun di layan mereka ini.Harap lepas ni Pak Najib jangan lagi nak manja kan mereka ni.Just go by the book.They will never no how appreciate.Let's teach them how to say thank you.Jefrey

Pengundi Senior said...

Salaam Dato

Harap dapat menjawab kemushkilan saya ini.

1. bagaimana kah cara Najib & BN dapat menawan hati pengundi Urban ini, terutama kaum Cina selain dari memberi pelbagai peruntukan khas kepada mereka seperti SRJK Cina dsb nya.

Jangka panjang ini akan membuat kaum lain juga akan menuntut pelbagai peruntukan. Apakah cara lain yang ada.

2. Adakah trend "berubah" oleh DAP sebagai pembangkang di Malaysia ini akan menyebabkan PAP sebagai pemerintah di Singapura akan merasa bahangnya menjelang PRU Singapura akan datang.

Kita dpt lihat isu Tenaga Asing, Kos kehidupan kini menjadi isu hangat di kalangan penduduk dan parti pembangkang di Temasek serta penduduk mereka sudah meliat gelombang perubahan yang berlangsung di seluuruh dunia kini.

Dan jika PAP tidak bermain mengelat, dapat kah mereka mengekang gelombang tsunami yang di cetuskan oleh anak didik mereka (DAP) di sana kelak.

Terima kasih atas jawapan Dato kelak.

A KADIR JASIN said...

Reaksi saya kepada para pembaca yang menyebut mengenai penolokan Cina terhadap BN adalah seperti berikut:

1. Sokongan besar pemilih Cina terhadap DAP di Sarawak memperkukuhkan lagi penolakan mereka terhadap BN;

2. Gula-gula yang BN berikan kepada orang Cina tidak mendapat balasan kerana mereka menganggap pemberian kerajaan BN sebagai hak mutlak mereka;

3. Peranan parti-parti Cina BN, sama ada parti nasional macam MCA dan Gerakan atau parti negeri macam SUPP semakin lemah dan semakin tidak mampu membantu Umno;

4. Pengajaran daripada Sarawak? Umno akan jahanam jika ia dilihat sebagai terus mengutamakan undi bukan Melayu dan mengabaikan Melayu;

5. Pemisahan sempadan politik berasaskan bangsa yang berlaku pada PRU 2008 menjadi semakin kuat. Lihatlah penolakan PKR oleh pengundi pelbagai kaum walaupun ia rakan kongsi DAP dalam Pakatan Rakyat;

6. Spekter pemisahan bandar dan luar bandar menjadi semakin jelas. Bandar maju. Cina mengusai bandar dan ekonomi negara. DAP menguasai undi bandar. Dengan kata-kata lain, DAP kini mewakili kaum kapitalis, kelas atasan dan kelas menengah bandar;

5. Kalau Melayu dan Bumiputera luar bandar berasa mereka terus disihkan kerana BN, khadnya Umno, terlalu kamaruk undi Cina, Melayu/Bumiputera akan turut sisihkan BN/Umno. Ini secara "default" akan memberi peluang kepada Pas, PKR malah DAP. Melayu/Bumiputera terpaksa undi parti yang kuat demi masa depan mereka;

7. Mengenai kesan pendemokrasian universal ke atas Singapura, Singapura tidak akan berubah selagi Lee Kuan Yew masih hidup atau berdaya menguasai politik negara itu.

Terima kasih.

Bekas Tentera said...

Datuk Kadir,

Nampaknya orang-orang Cina Malaysia telah bersatu. Apakah matlamat jangka panjang mereka?

Soalnya kalau Cina boleh bersatu kenapa Melayu tidak?

Nampaknya kaum bumiputera Sarawak yang dikatakan terpinggir lebih bijak dari orang-orang Melayu Semenanjung. Mereka tahu membezakan antara kaca dan permata.

Anonymous said...

DAKJ

SAYA BERSETUJU SGT KOMEN DATO' TENTANG PENOLAKAN KAUM CINA KEPADA BN,RASANYA ISU KUOTA YG SELAMA INI DI PRAKTIKAN DH TK RELEVAN LGI TERUTAMA BKAN KAWASAN MAJORITI SATU-SATU KAUM BGITU JUGA UMNO BKAN KETUA BAHAGIAN SAJA YANG JADI CALUN JANJI PARTI MENANG

ATAS PAGAR

Anonymous said...

Datuk AKJ,

Keputusan PRN Sarawak dan beberapa siri PRK menyerlahkan sikap sebenar kaum Cina. Mereka akan menyokong perjuangan kaum mereka sahaja dan mementingkan diri mereka sendiri. Pada mereka semua yang dilakukan hanya untuk aku, aku, aku dan aku!

Mulai saat ini strategi BN perlu diubah dalam memenuhi keperluan rakyat. Utamakan kepentingan kemajuan dan kesejahteraan orang Melayu, kaum bumiputera lain dan mungkin juga kaum India.

Ini disebabkan golongan ini yang amat memerlukan pertolongan dan tahu berterima kasih. Bagi kaum Cina biar dicuba sedaya upaya membantu dan mengambil hati mereka, akhirnya mereka akan melakukan sesuatu hanya untuk kepentingan bangsa mereka sahaja.

Kita tidak perlu berasa 'berdosa' melakukan perkara tersebut. Kaum Cina sendiri mengaku mereka boleh 'survive' tanpa pertolongan kerajaan. Ini juga satu hakikat kerana mereka berjaya walau di pelusuk mana dunia mereka berada!

Insyaallah kalau perkara ini dilakukan majoriti orang Melayu, kaum bumiputera lain dan mungkin kaum India akan terus menyokong kerjaan BN. Mereka golongan yang tahu mengenang jasa dan tidak terlampau meletakkan kepentingan diri melebih-lebihi orang lain!

Saya semakin tertarik hati dengan idea 'all Melayu and Bumiputera goverment' yang ada dikemukakan oleh sesetengah pihak. Perkara ini boleh terjadi kerana kita kaum majoriti!

Apa yang penting, kita perlu berhati-hati dengan golongan kita yang menjadi 'gunting dalam lipatan' atau dalam bahasa sejarah Si Kitol moden. Ini musuh utama yang perlu kita tangani kerana mereka juga adalah ayam, tetapi ayam yang berbulu musang!


Warga Setia

Anonymous said...

Dato'

Pandangan saya yang tak seberapa dalam hal politik. Cina di mana-mana pun sama...hidup mati kerana wang, kecuali yang sudah dipengaruhi agama langit (khususnya, agama Kristian, dalam konteks Malaysia). Ada seorang arwah kawan, ahli perniagaan berbangsa Eropah tapi menetap di Malaysia, semasa hayatnya dah banyak kali kena tipu orang Cina dalam perniagaan.
Kata arwah, orang Cina ni "when it comes to money, they can even sell their grandmother". Marah sangat dia dengan Cina. Dia datang ke Malaysia untuk berniaga, dia bawah nilai-nilai sebuah negara maju. Memanglah tak boleh nak tangkis cara berniaga orang Cina dengan segala muslihatnya. Samalah macam orang Melayu - memang tak boleh lawan tipu muslihat peniaga dan usahawan Cina, yang tak bezakan halal haram (baik dalam hal bahan, kaedah atau jenis perniagaan). Tumpuan mereka ialah keuntungan berganda, kalau buat baik dengan kita, banyak udang di sebalik batu.

Begitu juga halnya dengan Cina Sarawak. Golongan peniaga melihat Ketua Menteri serta kaum kerabatnya sebagai pesaing dalam bidang perniagaan yang menjanjikan keuntungan besar. Dan tidak seperti mereka, KM mempunyai kelebihan kuasa politik. Dalam jangka 30 tahun, semakin banyak peluang berniaga terhakis bagi pengusaha Cina, sebaliknya mereka meliat semakin ramai ahli keluarga dan kaum kerabat Taib Mahmud yang perlu diberi peluang mengumpul kekayaan melalui pelbagai projek.

Mungkin ada di kalangan penduduk Cina yang cauvinis, tapi ramai juga yang bukan benci BN - cuma merasakan hak dan peluang mereka sebagai usahawan semakin tergugat dek nepotisme yang diamalkan oleh Taib Mahmud.

If we take away his tendency to allow family and cronies to have the upper-hand in the state's business dealings in all sectors, Taib Mahmud is the perfect man to rein in the Sarawak Chinese. But now, he just has to learn to let go and over-stay no more; and make it easier for the PM to transform the nation, and prove that he means it and does not mince his words when he talks about 1Malaysia. Taib Mahmud's departure would make it easier for the PM to attract those who have distanced themselves back into the
BN fold in the state.

Mom-o-Success

Sufian Idrus said...

Sdr Bekas Tentera,

Hilangnya penyatuan Melayu adalah hasil dari tindak-tanduk pemimpin yang berkuasa. Jangan disalahkan pemimpin pembangkang yang masih belum berkuasa lagi. Tetapi salahkan pemimpin yang telah dan sedang memegang tampuk kuasa kerajaan Persekutuan namun gagal dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka.

Hasil adalah terbitan dari tindakan, dan bukan sebaliknya.

Mungkin kaum Bumiputera yang terpinggir di Sarawak berbeza keadaan dengan kaum Bumiputera di Tanah Melayu. Kaum Bumiputera di Sarawak, kebanyakannya masih tinggal di kawasan pendalaman. Berdasarkan rencana mengenai Sarawak yang dipertontonkan oleh RTM, mereka amat berpuas hati dengan kerajaan yang hanya membekalkan mereka dengan hanya tong air berharga RM20. Mereka tidak impikan jalan bertar, bekalan elektrik terus ke rumah dan bekalan air paip. Anak-anak mereka masih berdayung sampan ke sekolah. Hakikatnya, mereka telah rasa selesa dengan keadaan mereka; mungkin kerana mereka tidak makan gaji seperti orang Melayu di Semenanjung dan mereka tidak merasa kenaikan harga barang. Siapapun yang memerintah tidak memberi kesan kepada mereka.

Keadaan ini amat berbeza dengan keadaan kaum Bumiputera di Tanah Melayu yang terpinggir di kawasan yang membangun dan kawasan yang telah maju seperti di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak. Kos hidup semakin meningkat, namun gaji tidak juga naik.

Kaum Bumiputera di Sarawak kebanyakannya beragama Kristian. Ini berbeza dengan majoriti kaum Bumiputera di Semenanjung yang beragama Islam. Kaum Melayu di Semenanjung mahukan pendekatan yang lebih mematuhi prinsip Islam dalam setiap tindak tanduk kerajaan. Terutama di kawasan majoriti kaum Melayu yang mengimpikan perlaksanaan peraturan Islam yang menyeluruh, seperti di Kedah dan Kelantan; mereka lihat pemimpin hari ini lebih bersifat sekular dan kurang mahu mengamalkan Islam.

Secara amnya, lanskap ekonomi di Malaysia lebih memihak kepada kaum bukan Bumiputera. Dengan pesatnya membangun kawasan di Semenanjung dibandingkan dengan kawasan di Sarawak; keperluan untuk berbelanja di Semenanjung adalah lebih tinggi. Tetapi malangnya, kuasa ekonomi berada ditangan bukan Bumiputera. Ini mengakibatkan keadaan menjadi lebih mencengkam kepada kaum Bumiputera di Semenanjung.

Degan terlalu kemaruknya pemimpin Melayu akan undi kaum Cina, kelebihan demi kelebihan terus diberikan kepada kaum Cina. Tindakan pengagihan bantuan berdasarkan meritrokasi adalah kurang adil bagi kaum Bumiputera kampung yang kurang berdaya saing.

Begitu juga apabila dilihat saiz bantuan kepada SRJK (Cina) berbanding kepada Sekolah Agama menggambarkan kurangnya sokongan pemimpin terhadap pendidikan umat Islam.

Jika keadaan ini berterusan, orang Melayu tidak ada pilihan selain dari mengenepikan pemimpin Melayu yang hanya mengutamakan kaum Cina.

mad said...

dalam keadaan pr diasak siang malam oleh media perdana sepanjang tempoh berkempen serta penglibatan agensi-agensi kerajaan membantu bn, mereka masih mampu menambah kerusi dun. kalau bukan kerana undi pos saya yakin banyak lagi kerusi jatuh ke tangan pr. apapun tahniah rakyat sarawak termasuk saya yg mengundi menentang fitnah dan rasuah.

Abgbent said...

Peringatan untuk BN, daripada terus menggula-gulakan mereka, seumpama melepaskan Anjing Tersepit, atau seumpama Menyusukan Kera di Hutan, barangkali sudah sampai masanya untuk memberikan pengajaran sedikit kepada mereka.

Budak berumur tujuh tahun kalau masih tak mahu solat, diizinkan untuk memukulnya agar menjadi pengajaran untuknya. Itu kaedah yang ditunjukkan Rasulullah...

Moga daripada pengajaran itu membuatkan mereka berfikir semula...

Caranya, Perdana Menteri pasti tahu kerana beliau dikelilingi oleh para bijaksana.

Moga-moga daripada pengajaran itu kelak akan menghasilkan keutuhan kerjasama yang sebenar-benarnya untuk kesejahteraan bumi Malaysia keseluruhannya.

Yang miskin harus dibantu dan yang kaya perlu dijadikan lebih kaya supaya dapat membantu yang miskin. Keadilan bukanlah bermaksud mendapat bahagian sama rata semuanya, tetapi keadilan bermakna memberikan pada tempatnya.

pakbelalang said...

The Chinese are forever not thankful. What a pity !!!

This time BN must give everything to all bumiputras. No point of giving sweets to the Chinese. They don't appreciate it. They are a selfish race. They will never like to share. The sweets they tasted are always bitter because their tonques are made of plastics!!!!

Competente said...

Atas Pagar,

Saya bersetuju dengan saudara.

Kuasa dalam tampuk pemerintahan tidak bergantung kepada suara majoriti dalam populasi, tetapi kepada suara majoriti dalam Parlimen dan DUN.

husin syedmohamad said...

Datuk,
1/ UMNO akan terus membuka ruang untuk bukan Melayu demi kesinambungan kuasa. UMNO yakin bahawa orang Melayu akan terus memilih UMNO kerana mereka tidak ada pilihan, walaupun mereka tidak mungkin hampir untuk menhampiri kekuatan ekonomi bukan Melayu.
2/ DAP , mereka pragmatik dan bijak berstrategi . PKR dan PAS , retorik mereka menunjukkan keyakinan berlebihan ( overconfident) atau sebenarnya tidak ada keyakinan, maka dilaungkan keupayan yang tidak mungkin mereka capai. Laungan keyakinan diulangi setiap PRK dan PRU.
3/ UMNO juga gembira kerana mengekalkan kemenangan di Sarawak. Enggan melihat trend pengundian yang dalam jangka panjang akan merugikan UMNO. " Popular Votes" semakin menipis jurang antara BN dengan PR. 55%- 45% sangat kecil.
4/ UMNO juga lesu dan tidak berani bersuara , kerana enggan menunjukkan bahawa mereka condong kepada orang Melayu. Mereka sendiri lihat otang Melayu sukar bersaing dalam pendidikan, jauh sekali dalam ekonomi.
5/ Keputusan oleh kerajaan , jika di asaskan kepada populariti atau bimbang tidak mendapat undi, di bimbangi akan menhancurkan mereka dan juga nagara.

pakbelalang said...

Kita sudah menduga bahawa orang Cina sememangnya tidak akan mengundi BN. Dan sikap ini akan berterusan dalam PRU13 akan datang. Hakikatnya Najib mesti menerima trend ini. Tamparan hebat akan berlaku kepada BN dimana semua kawasan majoriti Cina akan disapu habis oleh DAP. MCA dan Gerakan akan melopong tanpa satu kerusi yang akan diperolehi mereka. Orang Cina akan bertekat 100% menyokong DAP.

Saya berpendapat sudah sampai masanya UMNO sebagai majoriti dalam BN bertegas kepada MCA dan Gerakan untuk memberi ultimatum sama ada ingin bersama dengan UMNO atau dipisahkan terus untuk bersama-sama menerajui kerajaan.

Sebenarnya trend ini memang telah kita jangkakan kerana orang Cina sudah buka mata bahawa inilah masanya untuk memberi tahu kepada orang Melayu bahawa kuasa politik pun ada kepada mereka untuk menentukan pembentukkan kerajaan.

Mereka berpendapat bahawa apabila mereka bersama dengan PR mereka boleh kotak katikkan PAS dan PKR mengikut telunjuk mereka. Mereka tahu bahawa pemimpin PKR dan PAS perlukan mereka untuk memerentah kerajaan pusat. Jadi PAS dan PKR akan terus dijerat oleh mereka dengan menjanjikan segala apa yang dikehendaki oleh mereka mengikut dasar-dasar DAP.

Jadi orang Cina bukan sahaja menjerat UMNO tapi juga menjerat PAS dan PKR untuk kepentingan bangsa mereka.

Begitulah keadaan aliran politik masakini. Akhirnya, orang Melayulah yang kena tipu bulat-bulat!!

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Setelah pelbagai usaha Najib 1malaysia menjolokkan peti gula2 pada kaum cina bertuah tu tetapi mereka masih olok2kan dan tolak madu UMNO di peti undi DUN Sarawak...

Madu dan Racun...
Antara matamu dan mataku...
Menaruh Harapan... 1MALAYSIA

MAJORITI 2/3 DATANGNYA KHAS DARI KEMANISAN HATI KAUM BUMIPUTERA SARAWAK, MAKA JANGANLAH DIBALAS PULA NANTI DENGAN KEPAHITAN EMPEDU!

ALFATIHAH, AMIN.

kluangman said...

UMNO buta dan tuli pada ugama dan bangsanya sendiri, Dato pun dah ulas. Selagi itulah Melayu dan Islam jauhkan diri dari UMNO sehingga kedua duanya ditelan oleh bangsa lain.

Dasto, bila agaknya kaum lain nak jadi PM dan printah kita? Mungkin pilihanraya terdekat ini. Alangkah seronoknya melihat Melayu ditindas dan nak solat pun terhad. Tentu semua bangga bila jadi mcm tu.

Mana Anwar? Mana Najib? Mereka akan salahkan Melayu itu sendiri.

pakbelalang said...

I suggest Taib Mahmud new cabinet should exclude Chinese representative. What is the point of having Chinese representative knowing fully well that their community totally rejects BN government. Where is the logic to accommodate them. It is their doing. There is an element of hypocrisy among the Chinese community. They have the attitude of taking all and giving none. What is mine is mine and what is yours is also mine !!

samagreen said...

Adalah diharapkan Pehin Taib akn berundur sebelum PRU ke13!! Lagik cepat lagikkk bagus, krana tok udah jadi isu besar.... bukan ajak oleh pembangkang, malah rakyat jelata. Jawatan YDPN ya perkara dudi.... yg penting berik masa yg cukup kpd kepimpinan muda utk atur strategi baru dan rapatkan barisan!!

Mcm TDM madah: Berenti makan tengah sedap, baik utk kesihatan!!

abdullahngah said...

Bayangkan lima tahun. Sepanjang tempoh itu DAP mendapat kerusi sekali ganda (100 peratus) dari 6 kerusi kepada 12.

PAS walaupun tak menang tapi undinya bertambah dalam kekalahan dengan majoriti yang rendah.

sebagai Contoh di Beting Maro, pilihraya tahun 2006 PAS kalah dengan majoriti 890 undi dan kali ini kalah dengan majoriti 391 undi.

Ini menandakan sokongan pada PAS sudah meningkat sekali ganda.

Bayangkan apakah yang berlaku pada PAS jika pilihnaraya raya ke 11 diadakan lima tahun lagi?

Ada kemungkinan PAS jadi kuat dan BN terus lemah seperti yang berlaku kepada DAP pada pilihanraya semalam.

PKR kelihatan tak kuat kerana banyak kerusi yang dipertandingkan cuma tiga kerusi saja yang dimenanginya.

Tapi PKR boleh tambah dari satu kerusi kepada tiga kerusi.

Memanglah yang ura urakan tak sepadanan dengan apa yang berlaku. Tapi ini jelas dan nyata boleh mengugat BN, kerana dalam keadaan kelimut yang tak sudah sudah pun dapat tambah dua kerusi.

Kes Raja Petra juga menjadi faktor punca PKR tak mendapat sokongan ditambah pula undi dayak iban dan bumiputera sulit pada BN.

Kelemahan BN kelihatan begitu jelas dan memberi tempias yang begitu berat pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Apa pun BN tak boleh gembira dengan kemanangan dan memerintah semula sarawak ini.

Tak dinafikan kebanyakan pemimpin berbangga dengan kemenangan itu, kerana memang itulah sikap asasi yang ada jiwa mereka.

Lebih lebih jika BN gagal merealisasikan janji kepada rakyat sarawak sebelum diadakan pilihnraya umum ke 13 akan besarlah bahananya.

Masalah yang timbul adalah masa yang menjadi faktor, kerana jika diadakan pilihanraya lebih awal pasti kata tak dapat dikotakan dan memberi kesan yang tak baik kepada BN.

inilah masalah yang dihadapi oleh BN yang lemah di Sarawak dan akan lemah juga di semanjung ini.

Zakir said...

SEkarang, telah tiba masanya kerajaan BN perlu mempertimbangkan kembali konsep 'ambil hati' kepada masyarakat cina, bukan sahaja di sarawak, tetapi juga di seluruh semenanjung. Ibarat tidak mengenang budi, bunga yang kerajaan beri, najis pula yang dibaling balik kepada kerajaan. Telah terlalu banyak kemudahan khas kepada kaum cina kerajaan berikan, telah tidak tersenarai permintaan2 mereka yang telah kerajaan tunaikan termasuklah permintaan yang kelihatan amat berat sebelah dan terlalu 'perkauman', malahan kerajaan dilihat begitu ambil berat setiap hal ehwal masyarat cina di negara ini. Tetapi, mereka tidak pernah menghargai, apatah lagi membalas jasa budi kerajaan ini. PRN Sarawak baru2 ini yang menunjukkan 50% masyarakat cina terutama di bandar2 tidak menyahut seruan kerajaan tetapi semakin kuat berpihak kepada pembangkang perkauman (DAP) memberi gambaran sebenar bagaimanakan hati perasaan bangsa yang satu ini.

Justeru, kerajaan perlu lebih realistik dan seimbang dalam melaksanakan permintaan setiap kaum di negara ini dan mengutamakan dahulu rakyat yang benar2 mengenang budi. Betapa ramainya kumpulan rakyat yang menyokong kerajaan BN selama ini yang perlu diberikan pembelaan (bukan pembelaan individu semata2, tetapi membela nasib kaum tersebut secara kolektif dalam segenap segi dengan mengutamakan ekonomi, kemudahan infrasruktur tempat tinggal, pendidikan dan pemilikan harta). Jika sebelum ini, kerajaan kelihatan cuba mengambil hati pengndi2 cina dengan harapan mereka memihak kepada kerajaan sehinggalah kerajaan kelihatan seolah2 mengetepikan keperluan prasarana kaum lain yang 'totok' menyebelahi kerajaan, kini sepatutnya kerajaan melebihkan kumpulan yang berjasa ini dengan memberi keutamaan kepada mereka dahulu dalam apa jua segi. Ini kerana, dari merekalah kerajaan dapat mengekalkan kuasa memerintah sehingga hari ini, termasuk di sarawak.

Janganlah kerana terlalu ingin mengambil hati kaum yang ternyata tidak pernah mengenang jasa ini mengakibatkan kaum2 yang sejak sekian lama setia kepada kerajaan 'merajuk hati' dan kecewa. Jika perasaan kumpulan ini tidak dijaga sebaiknya, natijahnya amat besar sekali kepada pengekalan kuasa BN di masa akan datang. Pengalaman tsunami PRU 12 lepas cukup mengajar kerajaan akan berkuasanya rakyat jelata. Kerajaan perlu mengutamakan rakyat yang menyokong kerajaan dahulu, kemudian barulah kepada rakyat yang tidak mengenang budi itu. Dan biarlah kumpulan yang satu lagi itu dengan dunia mereka sendiri bersama2 parti pembangkang hingga mereka sendiri sedar kedudukan mereka dan biarlah perasaan sayangkan negara ini datang secara semulajadi dari benak hati mereka sendiri. Cinta tidak boleh dijual beli, tetapi mengajar betapa berharganya cinta itu perlu diasuh supaya manusia2 yang buta hati itu sedar di mana bumi di pijak, di situlah sepatutnya langit di junjung.

hairulfitri said...

Salam Datuk. Kita org Islam hendaklah mengajak kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Majoriti pemimpin UMNO DAN BN bukan saja tak buat suruhan di atas tapi menyuruh atau mengalak pula kejahatan. Maka majoriti orang Melayu yg mengaku Islam pun menyokong dan terikut-ikut. Mungkin kerana mereka tak tahu,keliru. atau memang lemah iman. Sebab tu la majoriti mereka terus mengagongkan UMNO/BN walaupun bermacam-macam kemungkaran yg dilakukan pemimpin mereka.Kita sepatutnya berterima kasih pd org Cina kerana walaupun mereka tu org kapir tapi dlm beberapa hal seperti dlm urusan memilih wakil rakyat mereka lebih Islamik kerana tak pilih calon yg terpalit dgn parti yg bongkak. zalim. rasuah,fitnah.tipu dll. Bayangkan kalau mentaliti mereka sama dgn kita yg mengaku Islam maka SUPP(Cina juga) akan menang dan tak adalah pembangkang langsung dlm DUN Sarawak. Adakah itu baik utk demokrasi dan masa depan anak bangsa kita. kesimpulannya ialah jangan sekali2 kita mengundi berdasarkan taksub bangsa semata2. lagi pun dah lebih 50 tahun ni sdr2 tak nak cuba2 ubah ke. selama ni sdr2 dah senang dan selesa sgt ke. Pemimpin tertinggi PAS dan PKR tu bukan Melayu ke. Mereka ke yg merampas hak istimewa org Melayu selama ni. Mereka ke yg merompak berbillion rgt harta negara melalui subsidi pd pegeluar tenaga bebas, AP kereta percuma pd kroni, pengswastaan lebohraya dll. saya rasa org Cina faham. Sdr bagaimana?

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Alhamdulillah syukur kite kepada Allah.

Tidak perlu mendabik dade dan kite perlu meningkatkan usaha bagi memperbetulkan kesilapan.

Mengape masyarakat Cina masih tidak mahu berkongsi kuasa?. Tidakkah selogan 1 Malaysia cukup untuk meyakinkan mereka?.

Kerana sikap kiasu yang ade pade diri mereka itu yang menjerat mereka.Suatu sikap tidak baik yang perlu dibuang,kerana sikap yang sebegitu tidak akan membawa masyarakat kite bersatu.

Usaha kerajaan akan terbantut jika kite asik bermusuhan antara kaum.

pakbelalang said...

SUPP should not accept any state Cabinet position
By CHRISTINA TAN


KUALA LUMPUR: SUPP should not accept any position in the Sarawak state Cabinet as the party had lost the Chinese community's support, the MCA said.

"If it takes part in the Cabinet, I feel the Chinese of Sarawak would think they (SUPP) are there only for the seats and not to serve the community," said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

comment:

Yes, I agree with Dr Cuah. Taib must not appoint any representative from the Chinese community. It is best to give the Iban, the dayak, the Malanau additional cabinet posts. Forget about the Chinese. They just want to be out from the govt. There is no logic to appoint Chinese cabinet ministers because the ministers will be ridiculed by their own community. It will embarrass them if they accept the ministerial posts.

Anonymous said...

Assamualaikum WBT DAKJ

Kemenangan BN di sarawak smmgnya sudah diduga bersandarkan banyak kerusi pendalaman di Sarawak yg merupakan kubu kuat BN yang masih dikuasai oleh parti bumiputera iaitu PBB.Kerusi PBB ini samalah kuatnya mcm kerusi UMNO di semenanjung Malaysia dimana kebanyakan penduduk kampung yg langsung tidak mahu mendgr pandangan atau hujah pihak pembangkang sebaliknya hanya mengamalkan politik satu lorong,hanya mendapat informasi hanya dari TV dan surat khabar sahaja.Mereka tidak kisah sekiranya rasuah atau kekayaan Taib Mahmud didedahkan oleh PR,atau apa sahaja isu nasional sebaliknya mereka berasa terhutang budi dan perlunya sokongan/bantuan dari kerajaan pusat dan sekiranya BN kalah di Sarawak,maka tiada lagi bantuan,tiada lagi penurapan jalanraya,tiada lagi elektrik dan pelbagai kemudahan kepada rakyat.Itu sahaja yg mereka mahu dari kerajaan.Tetapi berlainan pula dgn pengundi2 di bandar2 seperti kucing,miri,sibu maka mereka melihat dari skop yg lebih luas.
Mereka mahukan kerajaan yg tidak rasuah,mengumpul kekayaan utk kroni dan keluarga,penyalahgunaan media secara terang2,penyalahgunaan/pembaziran wang rakyat sesuka hati dalam pilihanraya,projek2 yang tiada kepentingan utk rakyat,harga barang yg semakin meningkat,cukai yang terlampau banyak,penggunaan politik kotor yang diamalkan oleh BN,campurtangan dalam sistem kehakiman negara dan sebagainya dan terlalu banyak isu yang perlu diselesaikan oleh BN,yang tak larat disenaraikan.

Mereka sebagai penduduk bandar tidak kisah sekiranya tiada pembangunan dibandar sebab tempat yg mereka tiggal sdh ada segala-galanya.Mereka mahukan ketelusan kerajaan dlm berbelanja dan menyelesaikan masalah rakyat.

Tetaoi mengapa sejak sekian lama rakyat cina menyokong BN tetapi tidak dihargai oleh kerajaan BN?
Tidak timbul pun org melayu masa itu terancam hasil penggadaian tanah2 rezab Melayu kepada cina?Tidak timbul pula org melayu Islam terancam apabila kedai2 arak/judi dan kelab2 mlm dibuka secara terbuka kepada cina?Tidak timbul pula penguasaan ekonomi dikalangan cina sejak parti perikatan memerintah Malaysia?

Tetapi mengapa ditimbulkan org cina tidak patriotik,tidak mengenang budi dan jasa,chauvinis cina dan sebagainya hanya kerana mereka menyokong DAP?Ini yg menjadi kemushkilan.
Mengapa isu diatas tidak timbul apabila seluruh cina menyokong BN walaupun anwar dizalimi dalam tahun 1998?

Jadi isu sebenarnya penolakan cina terhadap BN adalah disebabkan penolakan mereka terhadap isu2 yang saya sebutkan diatas.

Khairulrijal
Selayang
Slgr

Roti Planta said...

Dato',

Sudah tiba masanya DAP dijemput menyertai BN. PRU13 dan PR Sarawak jelas menunjukkan DAP adalah parti yang mewakili majoriti masyarakat Cina. Untuk menjadi kerajaan yang baik dan kuat, BN perlu menjalinkan kerjasama dengan kumpulan majoriti. UMNO mewakili majoriti Melayu dan DAP mewakili majoriti Cina... nah jika kedua-dua bergabung maka pasti menjadi kerajaan yang kuat. MCA dan Gerakan harus ditendang supaya menjadi pembangkang.

MCA, Gerakan dan MIC pula bergabong dengan PAS dan PKR... menarik bukan?

Tindakan menidakkan kehendak kaum Cina adalah tindakan yang silap. Kaum Cina belum puas, jadi mereka belum mengundi BN. Puaskan kehendak kaum Cina maka pasti kaum Cina akan mengundi BN. Jika manusia dipuaskan maka pasti mereka akan mengikut kita contohnya penjual bunga yang dipuaskan oleh Chua Soo Lek pasti adalah pengundi setia MCA.

Kaum Melayu terutama Bumiputra hanya diberi tong air beharga RM20 akan tersengih-sengih depan TV menyatakan sokongan kepada BN. Kaum Iban dijanjikan 1Astro bagi 1Rumah Panjang maka terus menyokong BN... Murahnya Bumiputra!

/Roti Planta

pakatan haprak-yat said...

Yang rugi cina jugak. Dalam kerajaan Sarawak, berapa wakil Cina? 6 orang sahaja.

Kaum cina tak boleh bersikap hipokrit dengan mengundi DAP, sambil mengharapkan kerajaan akan terus menjaga kepentingan kaum cina.

Semoga barisan kabinet Sarawak yang bakal dibentuk kelak mencerminkan sokongan yang perlu dibalas budinya, iaitu mereka yang mengundi kerajaan.

Cakaplah apa nak cakap pun. Demokrasi ke apa ke. Kalau anda tak bersedia nak menyokong dasar kerajaan, tak perlulah anda mengharap untuk dibantu.

Competente said...

Ruginya Melayu kerana beri kuasa kepada UMNO, tetapi UMNO bekerja untuk kepentingan kaum Cina. Pemimpin-pemimpin UMNO 'took for granted' bahawa orang Melayu akan terus mengundi mereka dan tidak pernah memikirkan kepentingan kaum Melayu. Agar mereka terus berkuasa, adalah lebih penting untuk mengutamakan kaum Cina, memberi peuntukan kepada sekolah Cina, membiayai anak-anak kaum Cina dengan biasiswa ke luar negara; dengan harapan agar orang Cina akan mengundi BN. Mereka lupa bahawa jika tiada Melayu, tiada UMNO.

Siapa yang hendak mengundi BN jika bukan orang Melayu? Adakah selama ini kaum Cina yang mengundi BN? Tetapi apa balasan UMNO apabila orang Melayu mengundi BN? Mereka beri keutamaan kepada kaum Cina.

Amat rugi orang Melayu kerana pemimpin UMNO sebenarnya hanya memikirkan kesinambungan kuasa mereka sahaja. Mereka malu untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu. Mereka lebih gemar bercerita mengenai video porno, jam Omega dan mendedahkan keaiban saudara mereka sendiri sebelum selesai siasatan. Kebajikan orang Melayu dipinggirkan, demi kepentingan sekerat dua pemimpin UMNO dan ahli-ahli keluarga mereka.

Apa akan jadi jika pemimpin begini terus berkuasa 5 tahun lagi;

- Peruntukan kepada projek isteri akan terus bertambah. Jika RM100 juta tahun 2009, RM111 juta tahun 2010. Ia akan menjadi RM150juta tahun 2011, RM200juta tahun 2012, RM300juta tahun 2013, RM500juta tahun 2014, dan RM750juta tahun 2015?

- First Ladies Summit akan diteruskan setiap tahun. Kalau perbelanjaan tahun 2009 adalah RM3 juta; ia akan menjadi RM6 juta di tahun 2010, RM9 juta di tahun 2011, RM15 juta di tahun 2012, RM30 juta di tahun 2013, RM70 juta di tahun 2014, dan RM120 juta di tahun 2015?

- Kalau dalam tahun 2010, hanya rombongan ke 5 negara di Timur Tengah; 5 tahun akan datang akan diadakan rombongan isteri Menteri ke Eropah, Amerika Utara, Asia Timur dan lain-lain?

- Festival Fesyen Islam akan diadakan terus selama 5 tahun, lagi dengan lebih 'menonjol' di tempat-tempat seperti Paris, New York, Milan dan sebagainya?

- Harga minyak akan terus meningkat setiap bulan selama 5 tahun lagi? Jika kini RON95 berharga RM1.90 seliter dan RON97 berharga RM2.70 seliter; dipenghujung 5 tahun harga minyak akan menjadi RM10 seliter untuk RON95 dan RM25 seliter untuk RON97? Ataupun lebih lagi?

- Oleh kerana JPA akan terus memberi keutamaan biasiswa kepada bukan Bumiputera, dalam 5 tahun akan datang; kakitangan awam pangkat rendah adalah 95% kaum Bumiputera dan pegawai atasan dalam Jabatan-jabatan Kerajaan adalah 95% kaum bukan Bumiputera?

- Peniaga Bumiputera akan terus 'hidup segan, mati tak mahu' dalam 5 tahun lagi?

- Pelan Transformasi akan terus dibincangkan selama 5 tahun yang akan datang?

Adakah dengan keadaan begini, ekonomi orang Melayu akan meningkat? Apa akan jadi kepada masa depan anak-anak Melayu? Menjadi penagih dadah, penuh dengan masalah sosial, hilang pedoman agama, merempit disana-sini?

Yang boleh mengubah; adalah orang Melayu sendiri.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Analisa yg baik.Mmg PR semakin kuat dan melebarkan sayapnya dari hari kehari.Kalau diplotkan pd graf ia secara umumnya semakin naik.Slow progress but sure progres is better.

Taib Mahmud boleh dianggap sebagai ajen PR atau trojan Horse PR.Dia bekerja secara tak langsung menjatuhkan BN diSarawak.Jadi PR Sarawak boleh relax sikit dan membiarkan Taib Mahmud terus menjadi Raja Sarawak.Beliau dan org orgnya tidka akan berubah.Mereka akan berterusan merompak hasil bumi Sarawak.Kali ini lebih hebat lagi sbb masa beliau pun dah semakin hampir utk meninggalkan kerusi KM.jadi sapu dan sapu.
Beliau akan dilantik jadi Gabenor? Baguslah tu.Ini adalah cara klasik BN membalas budi pemimpin pemimpin korup mereka.Tka rasa pelik pun sbb ramai pemimin UMNO yg terpalit dgn salah laku moral dan juga rasuah akhirnya dilantik menjadi pengerusi pengerusi agensi agensi kerajaan. Or putih kata'Bird with the same feathers fly together"

ab said...

Salam Dato,


PM ada 2 pilihan....

1 Teruskan beri parang kat cina,supaya depa bolih tebas tengkok dia....


2. Tambah parang kat orang melayu, supaya depa buat jalan kecil untuk PM datang kampung depa.....



KEEPING STATUS QUO is not an option......



THE FUTURE MALAYSIA is melayu vs cina in politic,economy, social, education,opportunities ,etc....


2 party system of MALAY VS CHINESE.




Abu Bakar Ab Rahman

anakbuah said...

Tak susah sebenarnya nak memangkah siapa atau parti apa pd PRU13 nanti. Ramai mcm saya tidak duduk atas pagar lagi. Saya akan pastikan akan menyumbang sesuatu utk masa depan generasi saya. Politik yg sedia kotor menjadi terlalu jijik dan menjijikkan! Kdg2 saya terfikir, lebih gentleman bertembak2 berdepan mcm cowboy drpd bertindak menelanjangkan musuh tapi lepas tu lari menyorok. Saya tidak lagi percaya dgn sistem yg ada - hampir semuanya alat memuaskan nafsu kerajaan UMNO/BN semasa terutama polis, SPRM dan badan kehakiman sendiri. Malah media perdana menjadi pelacur murahan. Rakyat dibuli dan diperbodohkan.

Nada saya mungkin seperti pembangkang tapi jangan silap, inilah sentimen kebanyakan rakyat sebenarnya. Dlm suasana politik skrg, adalah terlalu bodoh sekiranya kita tidak mempunyai apa2 pendirian. Pihak lain sudah lama bertindak dan melahap hasil2nya. Duduk atas pagar atau menjadi pemerhati senyap bukanlah pilihan yg bijak lagi. Kitalah yg bertanggungjawap atas semua kepincangan, kekejian/kejijikkan dan kebobrokkan yg berlaku skrg.

Competente said...

Sangkaan bahawa DAP masih lagi chauvinis kaum Cina (atau bermaksud terlalu memperjuangkan kepentingan kaum Cina melebihi kaum-kaum lain) terbit dari tatapan blog-blog dan tulisan-tulisan pemimpin DAP. Kalau kita halusi blog-blog DAP, selalunya perkataan "we" atau "kami" yang mereka gunakan bermaksud kaum Cina, dan bukan rakyat Malaysia. Jadi apa yang mereka perjuangkan hanyalah kepentingan kaum Cina. Malah ada juga blog-blog yang ditulis dalam bahasa Cina.

Walau secara terangnya, DAP menganggap bahawa semua kaum di Malaysia ini adalah sama, dan tiada wujud perkataan Bumiputera dalam kamus mereka; namun usaha mereka hanya menjaga kepentingan kaum Cina, sebagaimana MCA dan Gerakan juga.

Anonymous said...

Dato' AKJ

Sebagai pembayar cukai (ingat ni dah dekat akhir bulan April) saya amat-amat marah dan sakit hati apabila media massa dan media alternatif mengatakan rakyat patut berterima kasih di atas pemberian kerajaan ketika musim pilihanraya. Bukankah wang itu asalnya dari rakyat macam saya?

Kaum Cina juga merupakan pembayar cukai yang taat (ada la yang tak tapi dengan lhdn yang cekap macam sekarang I doubt anyone can run away but politician lain cerita lah...mereka memang parasit rakyat, rumah besar nak mampus tapi ada yang masih minta bantuan biasiswa untuk anak)..i digress, keep on pounding the chinese telling them off and labelling them as being ungrateful will only drive them away from BN.

BN cannot rule w/o the chinese, and w/o the chinese contributing to the economic development of our nation, the worst off our children will be in future esp. the poorly educated ones, where would they work?? Takkan semua kerajaan nak ambik jadi penjawat awam (itu pun kontrak).

GLCs you say....these are reserved for the connected saja la.

A.Z

mad said...

dengan kemenangan bn ini maka saya ramalkan minyak ron95 akan naik tak lama lagi. seluruh rakyat marhaen malaysia akan merasa kesan. dah lama kerajaan terhegeh-hegeh nak menaikkan minyak ron95 dan ini adalah masa yg sesuai nak cover balik kos prn sarawak disamping mencari dana utk pru13 tak lama lagi. bersedialah rakyat malaysia.

Anonymous said...

DAKJ hanya menyebut pengundi cina.

Bagaimana pengundi dayak. Bukankah mereka majoriti di Sarawak. Dan isu utama iaitu tanah adat adalah berkait rapat dengan mereka.

Ada orang sarawak nak bagi info (selain dari gula-gula astro)?

Fed Up

Anonymous said...

Dear Datuk,

Sdr Competente has stated many of our concerns. If i may add to the issues:

1. Masalah ilmu, kepandaian, kemahiran atau potensi masyarakat (melayu terutamanya) yang tidak ter"realize" (unrealised potentials). We have a lot of men who can't lead and a lot of women who are not allowed to lead. Lead in the true educational, caring, competent, and doing sense. Lead with their true heart and not with something else. Many men are there, in the lead, by virtue of them being born men. Check out the Malay women population who are limited by their men due to whatever reason(s). Whilst they themselves are not limited by the same reasons. Seolah-olahnya yang haram bagi wanita, tidak pula haram bagi lelaki.

2. And I have issues with Bank Islam. Wajah berubah, Logo berubah, warna berubah, beberapa kali dalam tahun-tahun kebelakangan ini. TETAPI sikap dan cara begitu juga ... tidak memudahkan the Muslim business and non-business community. My concern is that they represent our way of working and way of life. Tidak menggembirakan langsung. Still we support the bank because then what ...? I am still remembering Bank Bumiputra.

3.Media issues ... minta maaf, cubalah lebihkan hal-hal yang mencergaskan badan, minda dan ruh bukan hal-hal yang meruntuhkannya. Hal-hal rakyat, bukan asyik hal pemimpin. Lebihkan muka rakyat dari pemimpin. Muka rakyat cuma apabila sudah meninggal atau yang terlibat dengan dadah, rasuah dll. Cuba muka-muka seperti yang dituduh rasuah tersebut sebelum ini menjadi muka harian di media, boleh mereka buat seperti yang telah dipertuduhkan?

4. Bahasa. Orang kita perlu mahir pelbagai bahasa dan komunikasi. Both professionals and non-professionals ... supaya boleh menyampaikan, berbincang dan berdialog dengan anak, isteri, suami, ibubapa, rakan sekerja, majikan, pekerja, masyakat sekeliling, pemimpin, bakal pemimpin, strangers, dll dengan berhemah dan berkesan.

Professionals in the science and technical fields particularly are sidelined in the succession planning due to lack of communication and presentation skills. Someone commented ... tak reti buat kerja tapi pandai cakap jadi ketua. Kita ni yang tukang buat kerja ...

5. Pilihan raya Sarawak ... DAP menang. That's it. Yang lain-lain menumpang kasih ...

Salam

XERONINE

jebat said...

Salam takzim Dato',

Siapa kata BN menang di Serawak ?

Sebenarnya BN kalah di Serawak.
PR 2006 BN dapat 63 keuusi.
PR 2011 BN hanya dapat 55 kerusi. Macam mana kata menang ??
Budak Tadika satu pun tahu itu kalah !! 63 dengan 55 mana menang ?
Macam mana dikatakan menag ??
kalau dapat cuma 55 kerusi sahaja.
Itu KALAH namanya !!
Macamn mana Melayu nak pandai
55 drngan 63 pun tak tau mana menang mana lebeh !!

BN masih bernasib baik kerana pengundi luar bandar masih setia menyokong nya !!

Tapi pemimpin tertinggi BN masih KELABU ASAP!!

Tak nampak kenyataan.

Masih mengutamakan Orang Cina di bandar.

Pamimpin BN !!
Bangunlah daritidur kamu !!
Nyahkanlah mimpi indah kamu !!
Negara dalam situasi cemas !!
Orang orang cina mahu jadi PM !!
Malaysia mahu jadi negara Komunis !! Dengan Cina jadi PM nya,

Melayu dan Bumiputra bersatulah !! Pertahankan hak kita. Jangan tunggu sampai tertambat !!

Kalau perlu keluarlah dari UMNO dan tubuhkan parti Bumipetra yang sebenarnya..

Pemimpin melayu yang dah Nyanyok . Berundurlah !! Sebelum kamu di undurkan seperti MUBARAQ di Mesir !!

SERAWAK !!!
Menang sorak Kampung tergadai !!

ORANGUTAN PENANG said...

Tok Kadiaq,

Yang pasti BN tak perlu undi Cina untuk perintah.

Mesej penting bagi BN,depa kena jaga yang dok ada.

Jangan sampai yang di ligan tak dapat yang di kendong berteraboq.

Yang paling bahaya musuh dalam selimut.Baik ada makna.

Fokus mesti kat yang menyokong.DONT GIVE THEM SHIT!

TQ

Anonymous said...

DATO'

PRU K 11 KAUM CINA MEMBERI SOKONGAN PNUH KPD BN SEHINGGAKN CALUN2 HEAVYEIGHT DAP TUMBANG MNKIN MEREKA2 INI MELUAP TINGKAH LAKU SERTA ISU2 DLM KERJAAN BN BUKAN SAJA MEREKA2 INI TETAPI GOLONGAN KKITANGAN KRJAAN,PROFESSIONAL & TERPELAJAR DAN PADA PENDAPAT SAYA ISU PRIBUMI YANG DITIMBULKAN MKIN KAUM CINA TERASA .....

ATAS PAGAR

Anonymous said...

Datuk,
Voters are by nature selfish irregardless of race. There are still much need improvement to be done by BN as well oppositions. You cannot have 90% win all the time, where is the check & balance? At least, in Sarawak, the chinese voices have shown displeasure and provided the checks. Cannot imagine Taib win 90%, that means we, as people irregardless race, APPROVED his cronyism! Do you agree? There still hope people are not blind. It seems to me DAP & PAS in opposition are the most solid party. PKR is a budding party although small, it is "growing" phase. The seeds have been sown. The oppositions need to PROVE, they can do better in Selangor, Penang, Kedah & Kelantan. The time is NOT RIPE for Sarawak yet. It could take another 1 or 2 election but the rakyat there is watching.

Credits to BN too, but all promises made, please fulfill them. The winner must be the rakyat.

Regards
Cao Cao

Anonymous said...

Datuk Kadir YM,

1. Daripada hasil PRN Sarawak, kita nampak penerusan trend PRU 2008, di mana kita saksikan kedudukan BN yang semakin lemah. BN bukan sahaja belum pulih malah daripada hasil PRN Sarawak, nyata ia makin lemah;

2. PR, khususnya DAP, makin kuat akibat rasisme dan political oppotunism kaum Cina. Mereka kini jelas menggabungkan monopoli ekonomi dengan politik opposisi untuk berkuasa mutlak;

3. DAP muncul sebagai induk PR kerana PKR makin lemah dan Pas belum diterima oleh pengundi bukan Islam. Kalau ditakdirkan PR menang PRU nanti, DAP akan menjadi ketua;

3. Dalam BN, pengaruh Umno semakin pupus karena Melayu berpecah dan parti-parti Cina serta Indianya berpecah-belah dan ditolak oleh pengundi Cina dan India;

4. Trend ke arah sistem dua parti mungkin berterusan tetapi paradigmenya berlainan yakni pengaruh Umno dalam BN semakin kurang kerana parti-parti komponennya lemah sedangkan pengaruh DAP semakin meluas kerana kaum Cina padu menyokongnya;

5. Dalam situasi ini, senario yang bisa difikirkan ialah Malaysia yang akan diperintah oleh kaum minoriti, yakni Cina, karena mereka memonopoli ekonomi dan padu di belakang DAP;

6. Kaum majoriti (Melayu-Bumiputera) akan menjadi kaum yang diperintah kerana mereka berpecah-belah antara Umno, Pas dan PKR; dan

7. Umno perlu bertindak segara sama ada bergabung dengan Pas demi bangsa dan agama atau Umno "berpakat" dengan DAP demi kestabilan dan keselamatan Malaysia.

Profesor Pencen, Bangi

Competente said...

Orang Melayu menjadi lemah kerana:

1. Pemimpin-pemimpin Melayu yang memegang tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan hanya mementingkan diri mereka dan keluarga mereka sahaja,

2. Pemimpin-pemimpin Melayu yang berkuasa dalam mengendalikan hal kewangan negara menunjukkan gaya membazir dan bersuka-ria menggunakan wang rakyat dalam aktiviti-aktiviti dan projek-projek ahli keluarga mereka.

3. Pemimpin-pemimpin Melayu yang memegang amanah negara telah gagal dalam mengendalikan kenaikan kos hidup rakyat. Setelah harga minyak dan barangan terus meningkat; cukai perkhidmatan pula dinaikkan.

4. Orang-orang Cina, India dan lain-lain yang tidak senang dengan cara pentadbiran kerajaan Persekutuan mula mengalihkan undi mereka kepada pihak pembangkang.

5. Melihatkan peralihan sokongan kaum Cina dan India kepada parti lawan; pemimpin-pemimpin kerajaan Persekutuan membelanjakan pelbagai bantuan kepada kaum Cina dan India. Keutamaan biasiswa diberi kepada kaum Cina dan sekolah Cina diberi peruntukan yang besar. Kesemua yang dilakukan dengan harapan agar pengundi Cina mula kembali kepada MCA dan Gerakan.

6. Orang-orang Melayu yang mula gusar dengan cara pentadbiran kerajaan Persekutuan telah berbelah-bahagi; samada masih menyokong parti orang Melayu UMNO atau tidak.

7. Orang Melayu yang mengambil kata-putus untuk tidak menyokong kerajaan yang hanya menjaga kepentingan diri pemimpin mula beralih samada kepada PAS atau kepada PKR.

8. Orang Melayu yang taat-setia kepada pemimpin UMNO walau apa-pun yang telah dilakukan dan akan dilakukan oleh pemimpin UMNO terus kekal menyokong Barisan Nasional.


Hasil dari diatas:

1. Kaum Cina kebanyakannya membuat kata-putus untuk menyokong DAP,

2. Kaum India walau majoriti telah beralih kepada DAP atau PKR, namun masih ramai yang menyokong BN. Tetapi kaum India itu sendiri amat kecil di Malaysia.

3. Kaum Melayu yang majoriti di negara ini mula berpecah 4:
a) Penyokong tegar UMNO; walau apa pun terjadi, mereka akan kekal bersama UMNO,
b) Penyokong PAS kerana berpandangan bahawa Islam sahajalah tempat penyelesaian masalah,
c) Penyokong PKR yang tidak setuju dengan tindak-tanduk pemimpin UMNO tetapi tidak mahu terikat dengn PAS. Sebahagian dari mereka ini akan melompat sana-sini; hari ini PKR, esok UMNO, lusa parti KITA, tulat Bebas.
d) Kumpulan di atas pagar yang tidak tahu kendak kemana dan selalunya tidak akan melihat kepada parti; tetapi kepada peribadi calun itu sendiri.

Maka;
1. Kaum Cina akan kekal kuat kerana mereka bersatu, mempunyai populasi yang signifikan, mempunyai kawalan keatas ekonomi negara, dan kini diberi lebih banyak kemudahan, bantuan dan keutamaan oleh pemimpin kerajaan Persekutuan.
2. Kaum India akan bergantung kepada siapa yang kuat kerana mereka tidak mempunyai populasi yang signifikan dan tidak menguasai ekonomi.
3. Kaum Melayu menjadi yang paling lemah kerana mereka berpecah kepada 4 (iaitu 2 kumpulan yang statik, dan 2 lagi kumpulan yang berubah-ubah). Kaum Melayu tidak ada penguasaan ekonomi negara, tidak sampai pun 20%. Keutamaan kaum Bumiputera/ Melayu mula ditarik oleh kerajaan Persekutuan untuk memberi keutamaan kepada kaum Cina.

Apa akan jadi jika keadaan ini berterusan selama 5 tahun lagi?

Pemimpin hari ini terlalu taksub untuk kekal berkuasa. Sehinggakan apabila diisytihar saja menang, terus mangangkat sumpah sebagai Ketua Menteri. Setokin pun lupa nak pakai. Lupa langsung mengenai modal peralihan kuasa yang digunakan sebelum pilihanraya.

Shaharuddin said...

DAKJ,

Pada pandangan Datuk, adakah kemungkinan DAP akan menyertai BN, sebagaimana Gerakan menyertai BN setelah kemenangan hebat mereka sebagai parti pembangkang dalam tahun 1969?

Jika itu berlaku, mungkinkah DAP akan bersetuju dengan keputusan UMNO, atau UMNO yang mesti akur akan keputusan DAP?

Anonymous said...

ANAK BUAH

SAYA SETUJU PENDAPAT ANDA MENGENAI ATAS PAGAR TU BIARPUN MKIN SAYA NI TK BERRINSIP,POLITIK M'SIA MEMANG BEGITU KALAU DITAKDIRKAN PAKATAN MEMRINTAH (KALAU PUN MKIN SAYA SILAP AKHIR NANTI)MEDIA, POLIS KEMUDAHAN KERAJAAN CNTOHNYA DEWAN,SEKOLAH DSB NYA ANDA PERHATIKAN NEGERI PAKATAN KALAU MAJLIS PARTI PUN MEREKA PUN GUNA STADIUM BIARPUN KATANYA DISEWA MEREKA INI ADA KELEBIHAN DISEBABKAN PARTI PEMERINTAH... MACAM SUKAN DI MALAYSIA ORANG POLITIK TIDAK BOLEH DIPISAHKAN. BUDAYA POLITIK DI MALAYSIA KRONI DAN SEBAGAINYA TAK KIRA LAH PARTI MANAPUN.. ANDA KENA KENAL ORANG POLITIK PEMERINTAH BAIK PAKATAN ATAU BN...


ATAS PAGAR

Anonymous said...

Dato'

Fakta- Undi BN telah merosot. Pada saya Tiada Formula.. Tunjukan transparensi dalam Pemerintahan.

Zaman Celik IT ni, segala maklumat semakin mudah diperolehi. Semakin kerajaan meluaskan internet coverage semakin luas maklumat yg boleh dicapai..

Nowaday, Kerajaan sekonyong-konyong mengunakan jentera2 yg ada. Ingat la, rakyat bukan buta & tak pandai menilai..

Contoh yg paling ketara: 1)Penggunaan media perdana. Berilah liputan yg adil dan sama rata. Kalau betul2 berani kenapa tidak adakan hujah diantara pemerintah & pembangkang dlam membahaskan hujah masing2.. Ingatla media arus perdana juga la nanti yg akan menjatuhkan kerajaan..
Maafla ya saya dah lama boikot berita melalui media perdana. Dan ramai lagi kawan2 sy yg berbuat begitu..

Un-educated people in rural area bole la digula2.. Tapi sampai bila?

From : Transparensi
Wasalam

Anonymous said...

Orang Melayu sibuk dok sibuk buat fitnah... sibuk rakam video lucah, sibuk dengan kes tuduhan liwat... sibuk mengaibkan orang...

Melayu nak pertahankan ketuanan melayu sanggup mengaibkan orang melayu yg seagama dgnnya...

Tahniah kpd orang Cina sebab dah 'ajar' pemimpin orang melayu cara bagaimana hendak berpolitik...


bos,
Bangi

Anonymous said...

Byk juga para penganalisa politik yg berhemah disini. Tetapi adakah pilihanraya 1999 dan 2004 dikaji juga ? Jika DS Najib nak menang senang sahaja, beliau hanya perlu bersikap telus dalam pemerintahan dan perangi rasuah secara besar – besaran. Campakkan beberapa ekor perasuah – perasuah jerung besar kedalam penjara dan adakan pilihanraya ke 13. Jamin mesti menang. Apa gunanya dapat gula semasa jikalau masa hadapan negara tidak terjamin. Negara tak akan bangkrap ke jika sentiasa bocor sana – sini ?. Zaman tyrant Tun Mahathir telah berlalu, jadi orang Cina bersikap lebih berani untuk menolak BN.

Alanlee

JohorMali said...

DAKJ
Memang ketara sekali bahawa majority (90%) kaum Melayu/Pribumi/Muslim tidak akan pangkah DAP dan majority (90%)kaum Cina tidak akan pangkah UMNO (BN).

It's about time that UMNO should prepare itself for any future elections on the premise that it will garner votes only from the Malay/Pribumi/ Muslim masses.

With this in mind , UMNO can be relieved from the unenviable task of cracking their skulls on how to appease the Chinese come election day.Leave this task to PAS and other pseudo liberal Melayus.
(I still can't fathom how DAP/Chinese can be so gullible about PAS)

On that premise, it is not impossible for UMNO to wrest control of not only Selangor but Penang as well. Winning a 2/3 majority is history. Just get a simple majority.

My take on this issue boils down to my utter exasperation on the demands of the Chinese. What more do they want?

They painted themselves as the underdogs,devoid of privelages and being subjugated by the Malays.

I have always been ridiculed by my non Malaysian friends on why the non Bumis are marginalised in the area of education and religion. It was only when I drove that friend from JB to Muar (along the coastal road) that I showed him the many SRJKs' and the to'kongs dotting among the Malay kampongs.

Granted that UMNO/Malay/government servants are always in the limelight
for certain misdeeds like corruptions, do tell me that the Chinese are as white and clean as Breeze? I think your share on immoral activities like rumah urut,DVD piracy and illegal gambling are more than the Malays.

I shudder to reflect on the past efforts of the Government to unite the population through propagandas like Bulan Bahasa and Rukun Negara,Bulan Muhibah, etc, etc
which has come to naught.

Anonymous said...

Tok Kadir, bukan DAP atau Pas dan PKR kuat sangat, tapi BN lemah. DAP, Pas dan PKR pun ada kaki cabok dan otak belacan, tapi BN lagi banyak kaki cabok dan otak belacan.

Orang dok meluat lagi dengan BN.Masa Pak Lah lena, depa meluat dengan 3K+P, Kamal, Khairy, Kamilullah dan Patrick Lim. Zaman Najib ni kalu dia dok buat sadin juga, orang akan meluat dengan bini dia dan member-member dia yang dah mula naik tocang.

Di Serawak DAP boleh double dia punya kerusi bukan pasai dia bagus sangat atau kuat. DAP double dia punya kerusi pasai orang Serawak meluat dengan Taib Mahmud dengan anak, adik, adik ipar dan kuncu-kuncu Cina dia.

Tu saja Tok. Tengok di Penang ni. Lim Guan Eng bukan hebat sangat atau bagus sangat, tapi dia pandai buat supaya orang tak meluat dengan dia.

Kamjat Penang.

drrita said...

PRN sarawak beri tahu satu perkara..kita tak perlu undi cina..jika semua org melayu dan bumuputera dan org india bersatu..kerajaan kita adalah terdiri dari orng melayu dan sikit org india..! biar cina jadi pembangkang..biar melayu jadi kerajaan..biar mereka tahu org melayu pun pandai bersatu..

Bawal said...

Dato',

To control a country or a nation, there two areas that need to be firmly controlled. Economy and Political. The chinese has been working very hard to control the economy and they have done so. Whilst, in the process of the controlling the economy, they support who ever is needed to further the objective. They have done so, at this moment, whatever measure or counter-measure put in place will not shakes the chinese hold on the economy. It is gonna take a long while and a lot of effort to do just that.

Thus, the second area to conquer will be on the political power. There was an analysis that DAP has been working on Sarawak for the past 30 something years. They have tremendous achievement in the last PRN, if we look at the percentages of their success. They fielded 15 and they won 12 of those seats. It is very impressive. 80% success rate.

Will they succeed in the end ?

At this juncture, they have been dilligent in doing the work. Every issue that were raised will be about attacking the majority. The "Allah" issue, the vernacular school issue, the DEB, painting the bad image of government agencies (SPRM, KDRM, PDRM etc) because it is mostly malay dominated organisation and many more, the State constitution (as in Selangor and Perak). They are slowly and consistently doing this. Either directly or in directly.

Take the case of KSN of Selangor and MB for Perak. who is doing the dirty work. In Selangor is Khalid and for Perak is Nizar. This classic, they dont dirty their hands. Even though many know who are behind this but the one person that is in the limelight for the wrong reason is a Malay.

Slowly, the image is being tarnished. Sub-conciously the population is against the current establishment. Thus, making it easier for them to gain support from a minority of the malay. They do not need support from the majority of the malay, they only need support from minority of the malays.

Thats is why PAS and PKR is perfect. DAP knows that PKR would not last. Based on rough calculations of Sarawak PRN, PKR manage to get 30% of the vote of the constituencies. When PKR is no more, how many of these votes will actually go to BN, how many will go to DAP ?

The same goes to PAS, how many of the malay votes will actually goes back to BN if PAS is no more ?

At the end, if current trend continues, it will Malaysian Malaysia Singapore style.

hairulfitri said...

Salam Datuk.Pada zaman UMNO/BN kuasai lebih 2/3 kerusi Parlimen yg menjangkau lebih 50th apa yg mereka pd org Melayu? Biasiswa otomatik diganti pinjaman.Lepas tamat graduan Melayu tak mampu bayar pinjaman sebab tak ada kerja. Kalau ada pun gajinya terlalu rendah macam gaji graduan tahun awal 80an.Yang bukan Melayu pula makin ramai ambil tempat Melayu disektor kerajaan dan GLC.Makin tersepitlah graduan Melayu. Pada masa sama sektor swasta langsung tak hormat lagi dgn semangat DASAR EKONOMI BARU dalam memperuntukkan kuota kerja pd org Melayu. Kalau ada pun kuota tu utk anak Tan Sri dan Datuk Seri. Melayu lain seperti melukut ditepi gantang. Kalau ada pun gajinya pulak direndahkan berbanding gaji bukan Melayu walaupun pada jawatan yg sama. Pemghinaan diteruskan apabila Melayu dikatakan lemah dan malas. Akhirnya Melayu terus tersisih bila pemimpin Melayu setuju agar pekerja asing dibawa masuk. Kalau dah tak bekerja maka ramailah yg jadi mat rempit,penghisap dadah dll.Pemimpin UMNO tentu sudah tak perasan perkara ini sebab mereka terlalu khayal dgn kekayaan dan lingkungan mereka sahaja.Mereka tak sedar berapa banyak rumah Melayu telah terjual dibandar seperti Subang Jaya,Damansara,Taman Tun,dll gara2 Melayu secara umumnya menjadi semakin miskin. Kalau dulu pemimpim UMNO berani menyebut statistik pencapaian ekonomi Melayu dlm perhimpunan tahunan UMNO sekarang ni tidak kedengaran lagi......tahu takut. Pemimpin UMNO (bukan pemimpin pembangkang)juga yg bodoh yg mengurangkan kerusi Parlimen dan DUN Melayu melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya pd 2004 bila mereka yakin sokongan Melayu pd BN mulai merosot sementara mereka yakin bukan Melayu akan sentiasa menyokong mereka. UMNO/BN bernasib baik masih menang tahun 2008(walaupun tanpa majoriti 2/3 ) kerana majoriti Melayu masih setia. Adakah kerajaan berterima kasih pd Melayu? Jawabnya TIDAK!!!!!! Selepas 2008 melalui slogan 1Malaysia semakin banyak peluang ekonomi Melayu dirampas sebab UMNO asyik nak ambil hati org bukan Melayu. Saya hairan dalam memerintah negara kenapa UMNO contohi Singapura dalam menjaga kepentingan majoriti? Kepada org Melayu saya berpesan cukuplah menanti buah tak gugur. Dunia tak kiamat semata-mata kerana UMNO tewas disebabkan anda pilih parti lain dlm pilihan raya akan dtg. Siapa tahu....Melayu lain akan bawa kebaikan. Jangan pandai salahkan bukan Melayu kalau Melayu sendiri tak mau berubah. Dan jangan lah percaya 100% propaganda media perdana.

saji said...

Sdr Shaharuddin, bertanyakan Dato'," adakah kemungkinan DAP akan menyertai BN, sebagaimana Gerakan menyertai BN setelah kemenangan hebat mereka sebagai parti pembangkang dalam tahun 1969?

Jika itu berlaku, mungkinkah DAP akan bersetuju dengan keputusan UMNO, atau UMNO yang mesti akur akan keputusan DAP?"

Komen saya:

Kerana DSNajib dah pesan kepada orang UMNO dan diri dia sendiri dia akan buat apa sahaja untuk memastikan UMNO terus memerintah negara, kita kena setuju dengan Dato' DAP akan menjadi komponen BN untuk menggantikan parti Cina yang yang ditolak oleh kaum Cina seperti MCA dan GERAKAN.

Namun ia satu tindakan sementara seperti UMNO lakukan terhadap PAS dulu.

Yang pasti, DEB akan terhapus kerana,pada orang Cina dan DAP, di situ letakanya ketidak -adilan sosial di negara ini di bawah pemerintahan UMNO, berbanding dengan ketelusan pemerintahan dsb yang mereka uar-uarkan.Bahkan DEB sendiri pelaksanaannya tidak telus

Anonymous said...

HAIRULFITRI

MANA2 KERJAAN PN DLM DUNIA NI TK DAPAT MEMUASKAN HATI SEMUA RKYAT HATTA PEMBANKANG AMBIL ALIH SESEBUAH NEGARA TAPI CUBA SAUDARA FIKRKAN KALAU NEGARA KITA INI MENGAMALKAN MERITOKRASI APA AKAN JADI PADA BANGSA MELAYU , SKETOR SWASTA EKONOMI MEMNG DH KITA KALAH KINI. ITU PUN MENGHRAPKAN KERAJAAN KONTRAKTOR (BIARPUN KRONI )KRAKTOR KECIL ,PELUANG PEKERJAAN SEKTOR AWAM.KEMASUKAN KE UNIVERSTI & SUBSIDI SBGAINYA
BUKAN SYA KATAKAN KRJAAN HARI INI BAGUS.DALAM POLITK MESTI ADA ISU BIARPUN BUKAN ISU BESAR MACAM BN MENYERANG PAKATAN DI NEGERI SELANGOR, KEDAH, KELANTAN CONTOHNYA BEGITU SEBALIKNYA PAKATAN MENYERANG BN ....

ATAS PAGAR

Anonymous said...

1. UMNO parti melayu tapi telah berlaku zalim pada orang-orang melayu.

2. Nasib yang menimpa Anwar, rakyat Kelantan yang majoritinya orang melayu dan segelintir mereka yang tidak sealiran dengan UMNO telah dimenzahirkan perasaan BENCI kepada UMNO.

3. Penyakit berjangkit seperti rasuah, gila kuasa, tamak telah menular menjadi kronik kepada majority orang UMNO.

4. Kalau melayu UMNO berakhlak ISLAM tanpa perlu masuk PAS, rasanya UNMO akan manjadi parti yang benar-benar memperjuangkan MELAYU dan ISLAM.

5. DAP, MCA, GERAKAN akan bersatu dan pada waktu itu sudah terlambat utk UMNO.

6. Langkah pertama, PM NAJIB harus memperlihatkan kesungguhan untuk berubah dengan membersihkan pemimpin UMNO dari rasuah.

7. Cari PEGUAM NEGARA yang baru kerana yang ada sekarang telah menjadi liabiliti kepada kerajaan.

- Melayu Asli -

pakatan haprak-yat said...



Anonymous said...
Tok Kadir, bukan DAP atau Pas dan PKR kuat sangat, tapi BN lemah. DAP, Pas dan PKR pun ada kaki cabok dan otak belacan, tapi BN lagi banyak kaki cabok dan otak belacan.

Orang dok meluat lagi dengan BN.Masa Pak Lah lena, depa meluat dengan 3K+P, Kamal, Khairy, Kamilullah dan Patrick Lim. Zaman Najib ni kalu dia dok buat sadin juga, orang akan meluat dengan bini dia dan member-member dia yang dah mula naik tocang.

Di Serawak DAP boleh double dia punya kerusi bukan pasai dia bagus sangat atau kuat. DAP double dia punya kerusi pasai orang Serawak meluat dengan Taib Mahmud dengan anak, adik, adik ipar dan kuncu-kuncu Cina dia.

Tu saja Tok. Tengok di Penang ni. Lim Guan Eng bukan hebat sangat atau bagus sangat, tapi dia pandai buat supaya orang tak meluat dengan dia.

Kamjat Penang.

8:13 PM


Hang kata orang tak meluat kat Lim Guan Eng sebab dia bela hang.

Tanah melayu habis kena ambik buat kondo besar-besar dan tinggi-tinggi. Di tengah pekan, ada lagi ka penempatan melayu selain daripada yang dah dibina pada zaman BN? Jabatan Perancangan Bandar pun tutup mata saja. Ni realiti laa macha!!

Nak cat flat rakyat yang majoritinya melayu dengan india pun sikit punya liat nak keluar peruntukan. Tu pun nasib baik Tok Najib turun. Kalau tidak, melayu nganga saja laa.

Yang penjaja cina, sikit pun tak halau, dapat lagi gazet jadi kawasan penjaja.

Yang penjaja melayu, india, semua pakat kena halau habih.

PRU-13 dah dijangka, Khalifah Lim Guan Eng Al-Khattab (tajaan PAS) kesayangan hang tu akan sambung lagi memerintah. Sebab cina memang sayang dia. Cina bukan mau duit, ataupun pembangunan. Depa mau orang depa saja untuk jaga depa saja.

Tapi, hang jangan harap laa melayu dengan india nak bagi lagi undi kat depa. Kecuali yang dibela oleh DAP laa macam sesetengah melayu yang serupa tali-barut macam zaman jepun dulu.

Hj Munawir. said...

Dato.

Keputusan PR Serawak amat memeranjatkan BN.Sunggoh pun BN menag 2/3 kerusi tetapi ia menghantar signal yang burok kapada BN kerana pengundi Cina tetap akan mengundi pembangkang,sunggoh pun Najib memberi mereka bermacam tuntutan yang tidak menasabah sahingga orang Melayu Islam naik marah.

juga Najib perlu sensitive dengan tuntutan golongan Kristian kerana ramai orang Islam merasa apa yang di setujui oleh kabinet 10 perkara penyelesaian krisis Bible menag mengina Islan dan Raja2 Melayu yang menjadi tunggak pelindong Ugama Islam.

Najib perlu bertegas dan tidak lagi melayan tuntutan tidak menesabah Kristian yang membelakangkan Enactment Undang Islam Negeri saperti Kedah,Perlis Perak Selangor Pahang N.Sembilan dan Johore.

Taib mahmud tidak siapa yang boleh mengawalnya.Ia mengangkan sumpah menjadi Ketua Menteri terus tampa merojok kapada Najib.Ini merupaka satu petanda yang tidak baik.Kita berharap MACC akan dapat menyelesaikan kes rasuah di Serawak supaya kepercayaan orang ramai kapada kerajaan dapat di pulihkan.

Anonymous said...

Very simple. Vote for BN means maintaining the status quo. I am sick & tired of those BN politicians who keep claiming that government money is their money that they could dispense it at their own wish. So, rakyat is at their own mercy or begger! Hey, I am a tax payer too111

Nik Aziz said...

wahai PAS, adalah di sarankan jgnlah lagi bersekongkol dengan DAP & PKR kononnya atas nama PR. PAS tidak mendapat sebarang kebaikan malah ramai yg mula menjauhi pas. sebab itulah pas sukar untuk memenangi sebarang pilihan raya kecil mahu pun PRN sarawak. Bukan sahaja pas kala dgn teruk tapi undi melayu berpecah dua. jadi di sarankan terimalah tawaran UMNO agar kedua-dua parti org melayu ini bergabung demi servival bangsa dan agama islam yg suci.

Anonymous said...

minoriti sentiasa bersatu... jangan risau Chor !!!!
MAJORITI APIBILA TERDESAK

dontchinchai

Competente said...

DS Najib telah mengisytiharkan beberapa projek. Antaranya adalah e-mel 1Malaysia yang akan menelan kos RM50 juta. Kepada pakar-pakar IT, adakah perbelanjaan membina sistem e-mel boleh menelan belanja RM50 juta? Bagaimanakah rupanya sistem e-mel sehingga 50 juta ini? Adakah sistem e-mel RM50 juta ini akan membawa makanan ke meja rakyat? Apakah kesan sistem e-mel bernilai RM50 juta ini kepada rakyat kebanyakan?

Anonymous said...

afja

Semua orang akur akan kepintaran dan keberanian kaum Cina...Mereka sentiasa kehadapan dan sentiasa konsisten memperjuangkan hak mereka samada melalui NGO @ politik.

Sebelum Tusanami Politik berlaku kaum Cina majoritinya memberi undi kpd BN,(MCA, Gerakan, SUPP) Tapi kini kaum Cina berubah memberi undi kepada DAP, bukan sebab sekarang kaum Cina Rasis, tetapi mereka melihat DAP tanpa kepentingan diri melampau, konsisten memperjuangkan hak mereka.

UMNO memerintah lebih 50 tahun, soalannya mengapa Melayu masih jauh tertinggal dan tercicir dari arus kemajuan terutama ekonomi, pekerjaan (profesional) dan pendidikan bidang kritikal? Salah siapa? salah pembangkang?

50 tahun lebih UMNO berkuasa, Apa yang mereka buat terhadap bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak? Apakah pencapaian Melayu dan Bumi tadi boleh dibanggakan dan berdaya saing dengan kaum lain?

Jika kita lihat pemimpin UMNO kaya raya, gaya hidup mewah, ertinya mereka mampu membina ekonomi dan pendidikan mereka,tapi bila dilihat kehidupan Melayu dan Bumi aduhai dhaif dan kesiannya (kampung dan pedalaman)mengapa jadi begitu? Salahkah jika kita kata UMNO bukan berjuang untuk memartabatkan Bangsanya tetapi hanya memperjuangkan perut sendiri dan kroni..

Kegagalan membina dan mempertingkatkan penguasaan Melayu dan Bumi dalam ekonomi, pekerjaan , pendidikan , pembangunan, merupaka kesalahan dan kelemahan serta kegagalan UMNO, Seluruh kaum Melayu dan Bumi tidak salah jika mempersalahkan UMNO kerana selama ini 52 tahun kita diperintah oleh UMNO/BN.

afja.

Anonymous said...

Datuk,

saya sebagai pengundi muda merasakan diri lebih cenderung kepada parti pembangkang kerana merasakan yang politik Malaysia yang diterajui BN kita banyak ketirisan dalam banyak hal terutamanya dalam kewangan,legasi keluarga dan kroni yang memonopoli perniagaan.Ini belum melihat dari aspek macam mana media arus perdana ditelanjangkan dengan politik murahan yang lebih banyak memburukkan pembangkang dari menyiarkan isu-isu yang melibatkan kesusahan.Sedangkan pembangkang belum berkuasa sepenuhnya.Tekad dan undi saya dan rakan-rakan sebaya dengan saya lebih kepada mengundi kepada sesiapa sahaja selain dari pemerintah bagi melihat sendiri pemimpin BN yang selama ini memperkudakan kebanyakan kemudahan untuk kepentingan sendiri merasakan bertanpa kami sebagi rakyat bawahan adalah sebagai bos dan bukannya bos.

krik

Tinta Hitam said...

Saya perhatikan disini masih ramai komentator mengulangulang mantra jika UMNO jatuh melayu hilang kuasa.Melayu akn dipijak pijak.Masih lagi berfikiran dgn kerangka lama.Melayu yg bijak tidak bergantung kepada UMNO.Malahan mereka enggan dihubungkaitkan dgn UMNO.Sebab menjatuhkan standard mereka shj dgn segala sifat korup dan tidak berakhlak pemimpin UMNO.Hanya melayu bodoh shj dgn buta tuli bergantung kepada UMNO.

Seterusnya ussahkan DAP saya pun nak menghapuskan DEB skg ini yg hanya mengkayakan golongan tertentu dlm UMNO shj.Ianya lari dari falsafah DEB sebenar.Membantu dan membela glongan miskin dan tertinggal tanpa megira latarbelakang.

Lebih baik buat DEB lain yg memberi keadilan pd semua

Anonymous said...

Dato, saya mahu Internet 1Malaysia freelah bukan e-mel 1Malaysia free.

Alanlee

dan kajang said...

As"kum,

1. Saya setuju yang keputusan diPRN Sarawak akan memberi kesan pada PRU 13 nanti. Yang jelas di Sarawak trend kaum Cina yang tidak lagi sokong calon BN akan menular ke Semenanjung.

2. Sebagai permulaan Kerajaan Pehin Taib Mahmud perlu peka dalam perkara ini. Jangan lantik wakil SUPP jadi Timbalan Ketua Menteri. Kalau perlu lantik sebagai wakil, hanya lantik sebagai Menteri Muda sahaja. Mesti agar sikit mereka ini yang tidak tahu mengenang jasa.

3. Di peringkat Pusat pula, YAB DS Najib selaku Pengerusi BN perlu ambil iktibar keputusan PRN Sarawak itu. Jangan harap sangat calon BN yang mewakili kaum Cina seperti MCA dan Gerakan akan bantu kemenangan. Calon dari Umno pun sudah sukup kuat untuk menang PRU 13 walau majoriti tak banyak. Tapi tidak mengapa. Lepas itu jangan lagi lantik wakil MCA atau Gerakan pada porfolio Kementerian yang penting. Saya percaya kesan dari keputusan PRU 13 nanti akan mengamit Pas untuk masuk BN. Insyallah.

Tinta Hitam said...

Surprisingly PBB under Taib Mahmud chalked increase in votes from total votes 74852 (2008) to 125024(2011).It seem Sarawak malays/melanau just like their counterpart in Semenanjung couldnt care less abt corruptions.Corruption practices are khoser to most malays

Anonymous said...

DATUK,

POLITIK M'SIA MEMNG TK DAPAT LARI DARI KRONI, MENGAMPU, SERTA BAIK DENGAN MEREKA DAN ORANG POLITIK KATANYA KUMPUL HARTA (SAYA BERSETUJU) TETAPI KITA TAK BOLEH MENUDUH SEBELAH PIHAK SAJA SAYA SUKA MENUJU KEPADA MEREKA YANG BERKUASA DN MEMERINTAH DISINI MEREKA MKIN NMPAK KERAJAAN BN PAKATAN PUN SAMA SAYA AMBIK SATU CONTOH SAJA KALAU ANDA INGINKAN PROJEK DSB NYA ANDA KENA BAIK DGN PARTI PEMERINTAH(BN ATAU PAKATAN)HATTA DANA UNTUK PARTI2 MEREKA ....

ATAS PAGAR

pakatan haprak-yat said...



Tinta Hitam said...
Saya perhatikan disini masih ramai komentator mengulangulang mantra jika UMNO jatuh melayu hilang kuasa.Melayu akn dipijak pijak.Masih lagi berfikiran dgn kerangka lama.Melayu yg bijak tidak bergantung kepada UMNO.Malahan mereka enggan dihubungkaitkan dgn UMNO.Sebab menjatuhkan standard mereka shj dgn segala sifat korup dan tidak berakhlak pemimpin UMNO.Hanya melayu bodoh shj dgn buta tuli bergantung kepada UMNO.

Seterusnya ussahkan DAP saya pun nak menghapuskan DEB skg ini yg hanya mengkayakan golongan tertentu dlm UMNO shj.Ianya lari dari falsafah DEB sebenar.Membantu dan membela glongan miskin dan tertinggal tanpa megira latarbelakang.

Lebih baik buat DEB lain yg memberi keadilan pd semua

5:49 PM


hang kata komenter asyik dok kata UMNO jatuh, melayu hilang kuasa. hang lebih kurang kata pemikiran depa ni pada takok lama.

hang kata apa lagi? ohh, melayu bijak tak bergantung pada UMNO. tak pa laa. kot Anwar Ibrahim atau pun Nik Aziz boleh bela melayu ka? aku tak larat laa weyy nak dengaq ceramah kutuk kerajaan hari-hari!!

selangor pun tunggang-terbalik. penang pun dok macam tu jugak. kelantan toksah cakap laa. kedah? depa sayang MB dia, tapi dia ni macam Pak Lah jugak, kaki tidoq.

hang kena tanya diri sendiri, sebab apa ramai lagi yang masih mengundi UMNO, walaupun golongan jenis macam hang ni yang bukannya ramai sangat pun, tapi sembang paling deraih (kuat laa orang utara kata).

rakyat ni mudah saja. yang mampu, bayar cukai, tak mampu tak payah. kat taman perumahan, sampah mai kutip selang 2-3 hari. pi kerja, jalan ada. balik malam, lampu jalan menyala. kereta polis round siang-malam. nak semayang masjid ada. pi shopping kompleks cina jadi taukey pun, ada surau masjid boleh semayang. bukak tv, radio, tak dengaq ajaran agama yang pelik-pelik. jauh sikit ke sempadan, ada angkatan tentera jaga sempadan. sakit, pi hospital, bayar RM1. anak masuk sekolah, dapat pendidikan bersubsidi. belajaq baguih sikit, masuk universiti. tapi yang borderline pun dapat jugak masuk. habis belajaq, ada peluang kerja. dah kerja dapat gaji sendiri, maki kerajaan. macam hang laa! hak rakyat laa apa laa.

kamon laa brader!! memang hak rakyat laa. bayaq cukai seciput, dapat macam-macam laa. hang ingat kerajaan harap duit cukai pendapatan saja kaa nak bawak pembangunan?

geng-geng hang ni dok kata, uiiii, lama dah 50 tahun umno memerintah. nah!! yang senarai kat atas tuu laa yang UMNO sebagai kerajaan bertanggungjawab dah susun selama 50 tahun.

bukan laa kata UMNO tu perfect 100%. Ada laa kelemahan dia. Yang tu rakyat bukan buta hati atau buta perut. Ada laa jugak pembangunan yang tak seimbang di sesetengah tempat. Ada laa jugak kadar inflasi yang lebih tinggi sekarang ni berbanding dulu, dan juga masalah purchasing power rakyat yang merosot. ada jugak projek kerajaan yang jadi gajah putih. Sebab tuu laa negara kita ada SPRM, ada Polis, ada pihak berkuasa, ada badan bebas yang memantau kerajaan dan sesama sendiri. takkan laa ada 2 orang dah mati dalam kes sprm, kita nak tutup terus badan tu? habis tu, siapa nak buat pemantauan?

Tapi, takkan laa hang dengaq ceramah Anwar Ibrahim yang berdegang-degang sampai sembor ayaq liuq menafikan muka dia dalam video klip tu, hang dah naik sheikh kot? nak kondem habis UMNO, kononnya 'melayu bijak tak perlu bergantung pada UMNO'.

Kalau macam tu, aku cadang macam ni, kalau hang tak perlu bergantung pada UMNO, aku cadang hang hantar anak hang pi duduk Somalia sana. pi sekolah kat sana, kot-kot ada laa. kat sana tak ada kerajaan, hanya warlord. buat apa bergantung pada kerajaan kan? hang kan melayu bijak yang boleh bergantung pada diri sendiri.

ramai orang nampak 180 darjah saja. orang macam hang ni nampak 360 darjah. memang hero.

Wajasetia said...

Salam Dato',
Setuju dengan Tinta Hitam. Pada pandangan saya, secara dasarnya ada 2 golongan sahaja yang begitu kuat menyokong BN pada ketika ini.
1) Golongan yang berkepentingan
2) Golongan yang buta tuli (tak sampai hati nak pakai ayat bodoh)

yang mana golongan nombor 2 tadi telah dipengaruhi oleh golongan nombor 1.

lebih malang lagi majoriti rakyat Malaysia adalah terdiri daripada 2 golongan tersebut.

Faktor DSAI bukanlah menjadi keutamaan bagi kebanyakan mereka yang tidak menyokong kerajaan. Amalan kebanyakan pemimpin itu sendiri yang menyebabkan rakyat semakin menjauhkan diri daripada kerajaan sekarang.

Benar BN telah menang di Sarawak. "Kemenangan Besar" kata DSNR. Dan tak mustahil juga BN akan menang lagi pada PRU 13 nanti. Akan tetapi adakah kemenangan itu benar-benar kerana kerajaan sekarang telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemerintah? Ataupun Malaysia masih lagi dipenuhi oleh 2 golongan yang saya sebut di atas tadi?

Anonymous said...

Salam Datuk,

Tidak banyak yang boleh dikomen tentang percaturan politik kaum Cina...mereka sememangnya amat kritikal dan peka tentang apa2 yang membabitkan kepentingan kaum mereka- hatta membelakangkan kepentingan negara sekalipun. Sudah nyata yang mereka mengundi Dap untuk kelangsungan kepentingan kaum mereka dan trend ini akan terus menerus berlaku. Hanya orang buta saja yang tidak nampak akan perkara ini.

Pandangan saya amat mudah- If they think they are smart, the onus is on Umno to tell them we are smarter...enough is enough..we can't tolerate this nonsense anymore.

Umno should not be asked to do charity work for them. Bottomline is if the Mca and Gerakan don't deliver/try hard enough to get the Chinese votes, then there won't be any free post of Menteri or Timbalan Menteri for them. Umno has been very accomodating to these ungrateful lot for far too long.

Jimizul

anakbuah said...

Sdr Tinta Hitam,

Kalau tak sokong UMNO/BN mana boleh dapat projek dan kaya 7 keturunan, mana boleh pakai duit perbendaharaan dan buat buat mcm duit sendiri, mana boleh lepas drp dicekup polis atau didakwa oleh SPRM, mana boleh terlepas drp hukuman merogol budak bawah umur atau berseronok dgn partner yg high class (pelacur jugalah tu), mana boleh pegang punggung wanita dan lepas tu buat bodoh tersengih2 sampai sekarang, mana boleh buat polis jadi bodoh mcm sekarang dan byk lagilah kalau nak tulis di sini. Kenalah sokong kalau nak buat benda2 yg dikatakan pembangkang buat jugak tu. Mati dan hilang di dunialah Melayu kalau tak sokong UMNO/BN!

Anonymous said...

Dato'

Wajasetia berkata: "Setuju dengan Tinta Hitam. Pada pandangan saya, secara dasarnya ada 2 golongan sahaja yang begitu kuat menyokong BN pada ketika ini.
1) Golongan yang berkepentingan
2) Golongan yang buta tuli (tak sampai hati nak pakai ayat bodoh) yang mana golongan nombor 2 tadi telah dipengaruhi oleh golongan nombor 1. lebih malang lagi majoriti rakyat Malaysia adalah terdiri daripada 2 golongan tersebut."

Saya menganggap pandangan Wajasetia dangkal lagi cetek (err... "tak sampai hati nak pakai ayat bodoh..."). Saya tak ada kepentingan dalam politik, perniagaan atau hal-hal dunia yang lain. Oleh itu, saya bukan dalam golongan pertama. Saya rasa saya bukan juga dalam golongan kedua. Sejak saya menjadi pensyarah 22 tahun lalu, saya telah mengilmukan beribu-ribu mahasiswa yang menceburi pelbagai bidang dan sektor di dalam dan luar negara.

Namun, saya, dan saya yakin juga sebahagian besar daripada rakan sejawatan -akademik dan pentadbiran - setia menyokong perjuangan kerajaan yang ada sekarang, sejak dulu lagi, dan sentiasa menghargai usaha kerajaan BN memajukan negara, mengharumkan nama negara di seluruh dunia melalui pelbagai inisiatif oleh pemimpin-pemimpin negara daripada kerajaan BN.

One has to be blind not to notice all the developments. One has to be deaf not to hear all the praises heaped on our leadership from international bodies and peronalities. One has to be dumb (as in a mute) not to know how to express gratitude for all the good things that the BN goverment has done for the people and the country.

Kalau pun tak suka kerajaan BN, janganlah buat tohmahan sampai gitu sekali. Saya tak rasa rugi kalau ada orang panggil saya bodoh kerana sokong BN. Saya tau saya tak bodoh, malah saya sentiasa menggunakan kebijaksanan saya untuk mendidik golongan pelapis di universiti. Sebaliknya, saya rasa orang yang buat kenyataan itulah yang menampakkan kelemahannya berfikir secara kritis, matang dan bijaksana dalam memberi hujah.

Mom-o-Success

hairulfitri said...

Salam Datuk. Saya ingin berhujah dgn sdr Pakatan Haprak-Yat dan penyokong2 UMNO totok yg lain.
Australia adalah sebuah negara maju yg diperentah oleh org kafir dgn penduduk kira2 28juta iaitu lebih kurang sama dgn penduduk negara Malaysia tercinta. Sebagai negara maju bilangan purata murid dalam satu kelas adalah 25 org bukan seperti Malaysia 40 keatas. Sekolah pula cuma satu sesi. Berdasar fakta di atas kita boleh kira bahawa bilangan guru di sana 2 kali lebih ramai dan bilangan kelas pula 4 kali lebih banyak.
Bilangan murid yg kecil membolehkan membolehkan mereka belajar dgn selesa dgn tumpuan yg lebih baik. Guru pula tak perlu terjerit2 tak tentu pasal.
Murid yg cemerlang digalak ke universiti. Murid yg sederhana mahupun lemah digalak belajar kemahiran teknik seperti membaiki kereta,juruteknik letrik,kimpalan,tukang kayu,tukang paip,tukang ikat batu,tukang plaster, tukang masak dll.Setelah lulus mereka akan menjadi pekerja yg sangat mahir(tak seperti lepasan giat Mara) dan mendapat gaji atau pendapatan yg boleh melebihi para graduan universiti.Mereka bangga dengan kerjaya yg mereka pilih dan dibanggakan pula oleh masyarakat sama seperti bangganya masyarakat(di Malaysia yg tak pandai pun nak dipaksa masuk U. Kalau tak masuk U malu mak bapak).
Graduan universiti tiada masaalah membayar balik pinjaman pelajaran kerana mereka bukan saja senang mendapat pekerjaan tetapi mendapat gaji yg tinggi seperti AUD3000(RM9000) sebulan.

hairulfitri said...

Di Australia tukang angkut sampah dibayar tak kurang AUD2000 sebulan. Mekanik dan pekerja bangunan yg rajin boleh mendapat antara AUD3000 sehingga AUD5000 sebulan. Sebab itu mereka tak perlu import pekerja Indonesia.
Tahukah anda di Australia harga kereta sangat murah . Pernah harga Honda Accord dan CRV disana cuma 40% berbanding Malaysia.
Di Australia juga rakyat tak perlu bergolok bergadai kalau perlu pembedahan jantung! Paling lama pun waktu menunggu 30 hari. Hospital kerajaannya dahla free, cantik,lengkap,selesa macam hospital swasta di Malaysia.
Rumahnya pula mampu beli mengikut gaji masing2. Dari pada tukang anggkut sampah hingga pengurus ada rumah yg sesuai .
Selain itu disana juga kita tak jumpa perkara2 pelik seperti:
-Media massa asyik bodek pemerintah.
-Rakyat tak boleh langsung berdemo.
-Pembankang dinafikan hak mempunyai surat kabar sendiri.
-Rakyat boleh ditahan bertahun2 tanpa bicara.
-Helikopter tenteranya terhempas saban tahun sebab terlalu tua.

Tinta Hitam said...

Pemikiran saudara Pakatan_Haprak adalah pemikiran klasik yg UMNO terapka pada pemikiran rakyat.Dia kata kita bayar sikit income tax aje.Tapi dpt mcm mcm.Semua tu UMNO yg bagi.Kalau takda UMNO rakyat takkan dpt mcm tu.Duit yg dibagi tu adalah duit UMNO jadi kena sokong lah UMNO.Duit tu bukan duit rakyat Malaysia.Modal inilah yg tukang kempen wanita UMNO dtg berkempen pd ibu saya pd 1969 dulu.

Tak berubah mentaliti langsung.Taktik yg sama dan auta pun yg sama.Bercakap mcm orang tak bersekolah.Lagi la saya tak convince

Anonymous said...

PAKATAN HAPRAK-YAT

SAYA SOKONG PENDAPAT ANDA DIA ORANG NI TAK BOLEH KITA MAIN'DEFENCE' JE NANTI BYK ISU YANG MEREKA TIMBUL. KALU DAH 50TAHUN MEMRINTAH MESTI ADA KURANGNYA DAN KEBAIKAN ORG TAK NAMPAK BEGITU JUGA KEGAGALAN KERAJAAN PAKATAN(BN KATA)MEMERINTAH. DALAM POLITIK MESTI ADA ISU WALAUPUN BUKAN ADA ISU BESAR PUN(BERULANG KALI SAYA TULIS) ISU POLTIK .... NAK MEMENANGKAN PARTI MASING2.

ATAS PAGAR

saji said...

Sdr jimizul, antara lain berkata, "If they ( kaum Cina) think they are smart, the onus is on Umno to tell them we are smarter...enough is enough..we can't tolerate this nonsense anymore."

Komen:

UMNO sekarang tak boleh buat apa2 kat orang Cina kerana orang Cina menguasai ekonomi negara. Padahal UMNO sendiri yang menjadikan kaum Cina kaya raya dan menguasai ekonomi negara.Itupun orang Melayu yang menyokong UMNO tak sedar2!

saji said...

Salam Dakj

Sdr jimizul juga, antara lain berkata,"Tidak banyak yang boleh dikomen tentang percaturan politik kaum Cina...mereka sememangnya amat kritikal dan peka tentang apa2 yang membabitkan kepentingan kaum mereka- hatta membelakangkan kepentingan negara sekalipun. Sudah nyata yang mereka mengundi Dap untuk kelangsungan kepentingan kaum mereka dan trend ini akan terus menerus berlaku. Hanya orang buta saja yang tidak nampak akan perkara ini."

Komen:

Setuju dengan pandangan jimizul di atas.

Tetapi yang ingin dibincangkan ialah pandangan orang Cina akhir2 ini yang mengatakan, pertama, orang Cina menerima kepimpinan orang Melayu - tak kira meraka dari parti UMNO, PAS mahupun PKR, dan kedua, orang Cina menerima kemimpinan Mealyu di atas yang, pada mereka, mampu memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik dan adil daripada seadanya

saji said...

Salam Dakj,

Sdr/sdri pakatan harpak-yat, antara lain berkata, "bukan laa kata UMNO tu perfect 100%. Ada laa kelemahan dia. Yang tu rakyat bukan buta hati atau buta perut. Ada laa jugak pembangunan yang tak seimbang di sesetengah tempat. Ada laa jugak kadar inflasi yang lebih tinggi sekarang ni berbanding dulu, dan juga masalah purchasing power rakyat yang merosot. ada jugak projek kerajaan yang jadi gajah putih. Sebab tuu laa negara kita ada SPRM, ada Polis, ada pihak berkuasa, ada badan bebas yang memantau kerajaan dan sesama sendiri. takkan laa ada 2 orang dah mati dalam kes sprm, kita nak tutup terus badan tu? habis tu, siapa nak buat pemantauan?"

Komen:

Bagaimana jika saya katakan kelemahan2 UMNO yang sdr/sdri huraikan di atas berpunca daripada pemikiran politiknya dan pengurusan ekonominya yang banyak dipengaruhi pemikiran negatif kapitalis seperti membantu orang pandai menjadi lebih pandai, orang kaya menjadi lebih kaya, menolong orang miskin secara ala kadar atau menunjuk2 dan membangun/ memajukan sistem ekonomi Islam makro dan mikro secara ala kadar atau menunjuk2 atau bukannya untuk mengatasi kelemahan sistem ekonomi kapitalis.

awang samiun said...

Compente mengatakan" ..jangan nasi jadi bubur..".Bagaimana nasi jadi bubur? Lihat sahaja berapa harta negeri dirampas? Apa Pusat buat? Takkan nak tengok aja atau jom join sama..Difahamkan beberapa orang kuat umno dapat habuan tanah ladang sawit di Miri/Bintulu. PR kalah terutama diluar bandar keranqa kekuatan 3M BN ia itu money, machinery dan manpower. 3M ini tidak akan berkekalan lama. Pusat perlu berbuat sesuatu sebelum nasi Pusat jadi bubur !!

Anonymous said...

Tok

Betui ka orang Melayu makin lama makin tertinggai jauh dgn orang Cina kat Malaysia ni?

Rasa macam pelik la pulak statement tu kan. Apa yang saya nampak, skrg ni ramai jugak la orang Melayu yg hidup baguih2 dan boleh compete dgn bangsa lain. Ramai anak Melayu yg jadi doktor, lawyer, engineer, akauntan dan macam2 kerja yg canggih manggih ni. Kalau nak banding dgn 50 tahun dulu, saya kata orang yg kapla jingga saja yg anggap orang Melayu ni semakin tertinggai jauh.

Tapi saya pelik la Datuk. Yg nak kondem orang Melayu, yg nak pelingkup orang Melayu ni pun bukan orang lain, tapi orang Melayu tu jugak la. Tak tau la pasai apa. Mungkin pasai busuk hati atau dengki kot. Ada saja la dia nak kondem itu ini.

Mana2 Melayu yg berjaya & hidup senang sikit, dia mula la downplay kata depa ni makan rasuah la, kuat menyamun la, tak bayaq zakat la, macam2 la ... ada saja yg tak kena. Macam la orang Melayu ni bodoh sangat. Tak layak hidup senang dan mewah sikit. Yang peliknya, kalau bangsa lain yg hiudp mewah & senang lenang, depa tak komplen pun. Depa2 ni lagi suka kalau bangsa lain yg hidup mewah kaya raya drp bangsa depa sendiri. Pelik kan Datuk?


Mario Muzo

langitbiru said...

Najib dalam Dilemma

1. Nak suruh Taib Mahmud undur. Macammana nak undur! 2006, PBB tanding 35 kawasan, menang semua. 2011 PBB tanding 35 kawasan, menang semua, DENGAN 23 DUN meningkat undi majoriti begitu besar. Jumlah kumulatif undi majority PBB 2006, 75,000. 2011 meningkat 125,000.

MAKNAnya, MelayuMelanau bukan semakin tidak percaya kepada Taib Mahmud, tapi semakin yakin dan percaya HANYA TAIB orangnya! Jadi, apa alasan NAJIB NAK SURUH TAIB UNDUR? Sebahagian besar Bidayuh juga masih yakin dengan Taib. Kawasan Iban nampaknya menurun, dan kawasan Cina terus menjunam.
Dengan kata lain, Taib dan Alfred Jabu masih diyakini MelayuMelanau dan Bidayuh. Hanya sebahagian kecil iban dan sebahagian besar Cina yang tak sokong. JAdi, TAIB masih selamat. Partinya PBB semakin kuat sokongan rakyat. Jadi, macammana Najib nak Taib undur???

SEPATUTNYA, DALAM PERMAINAN POLITIK, NAJIB (DAN UMNO) KENA BERGURU DENGAN TAIB (DAN PBB). DAN APA HALNYA UMNO NAK MENENTUKAN PERJALANAN POLITIK PBB DAN SARAWAK???

2. Bagaimana Najib nak ‘pujuk’ Cina??? Ada 2 jalan ekstrem, ‘MENGHUKUM’ Cina atau ‘MENGGULA-GULA’ Cina. Saya katakan, kedua-duanya NajibUMNO akan gagal dan gagal. Jadi, nak buat macammana???? Ambil jalan TENGAH? Sat ‘hukum’, sat ‘gula-gula’, ugut, MAIN LAGU PERKAUMAN------ini UMNO amat cekap!!!! Najib buat apa pun, Cina takkan pangkah BN untuk PRU 13!!!!

3. Bila nak buat PRU??? Jawabnya, bila Najib mula yakin Cina kembali kpd BN! Bila??? Berapa lama masa Najib nak pujuk Cina??? 1 tahun? 2 tahun? YANG PASTI bukan 2011!!!

4. Najib suka no 1 dan no 11. Melayu kata, 1 dan 1 jadi 2 batu nesan!!!!

Anonymous said...

Tok Kadir,


Lim Kit Siang tu dah lebih 40 tahun "berkuasa" dalam DAP. Mcm mana dia boleh dok situ punya lama? Baguih sangat ka dia ni? Ataupun dia pandai main kungfu jahat & flying kick ilmu ghaib?

Kita tengok apa jadi dengan Lee Lam Thye? Cukup baguih punya ahli parlimen. Service oriented. Berkhidmat untuk masyarakat. Dulu sikit punya top ka nama dia dalam DAP. Punya la top sampai LKS pun naik gerun. Last2 kena flying kick dengan LKS. Merajuk kawan. Nasib baik kerajaan recognised service dia dan bagi platform jadi sosial activist. Satu tindakan bijak tanpa ada unsur politik yg banyak beri manfaat kepada rakyat dan negara.

Kemudian mai pulak YB Wee Choo Keong. Pun handal lain macam jugak. Popular dalam DAP. LKS naik suspen. Anak dia Lim Guan Eng pun lagi suspen. Tak boleh tahan suspen, WCK pun makan penendang sulung. Out for good. Sampai skrg dendam tak habis dengan LKS.

Sebab kuat sangat main kungfu jahat ni, LKS bungkuih general election 1999. Orang DAP suruh dia berenti jadi Sec-Gen sebab gila kuasa lebih sangat. LKS pandai. Dia tukaq kungfu, dia main kuntau pulak. Sebab Guan Eng masuk jail, tak boleh ganti dia jadi Sec-Gen.

LKS ambik Kerk Kim Hock jadi Sec-Gen. Bagi dia bertanding jadi MP kat Kota Melaka. Tempat anak dia Guan Eng. Bila LGE keluaq jail dan boleh aktif politik balik, LKS start main kuntau nak tendang KKH dari jawatan Sec-Gen dan bg pada anak dia Guan Eng.

Kuntau LKS senang saja. GE 2004, budak2 dia sabotaj KKH bg kalah kat Kota Melaka. First time Sec-Gen DAP kalah dalam GE ooo. Hohoho ...

KKH malu besar. Merajuk. Langsung pencen main politik. Nasib Pak Lah offer jadi committee member dalam National Unity Advisory Panel. Ada la kerja sosial sikit dan dapat duit pencen extra.

KKH pencen. Lim Guan Eng la ganti jadi Sec-Gen baru. LKS baru boleh senyum dan senang hati. Tapi DAP Melaka tak puas hati dengan kuntau jahat anak beranak ni sabotaj KKH. Masa DAP Melaka state election in 2005, Lim Guan Eng & bini dia, Betty kalah teruk. Dapat tempat corot & 2nd corot. Hahaha ...

Itu la pasal. Main politik kotor lagi. Kan dah dapat corot.

Tapi ada orang panggil Guan Eng ni khalifah. Wakaka ..... donniaa... donniaaa ....


Tok Kadir,

Banyak lagi yg saya boleh cerita pasai DAP ni. Tapi masa tak dak la skrg. Mungkin next time kot. Nanti lain kali saya cerita bab DAP Selangor Teng Chang Kim belasah Ronnie Liu or Sepupu Ngah & Ngeh belasah M.Kula & Thomas Su di Perak. MP Bt Gajah, Fong Poh Kuan & YB Hee Yit Fong kena gulai dan macam2 lagi la. DAP punya main sepak terajang politik ni pun hebat jugak Tok Kadir. Cuma kita orang Melayu saja tak tau cerita. Asyik2 dengaq cerita PAS, UMNO, PKR saja.


Gun & Roses

A KADIR JASIN said...

Pembahas Gun&Roses, antara lain, mengulas: "DAP punya main sepak terajang politik ni pun hebat jugak Tok Kadir. Cuma kita orang Melayu saja tak tau cerita. Asyik2 dengaq cerita PAS, UMNO, PKR saja."

1. Terima kasih. Saya setuju;

2. Sebab tu saya tak panggil LKS penasihat atau bekas Setiausaha Agung. Saya panggil di "supremo" --Supreme Leader (Ketua Agung);

3. Bukan saja DAP meneruskan legasi PAP di Malaysia, cara LKS sama saja dengan LKY -- balik-balik politik anak menantu;

4. Tapi orang Cina boleh terima sebab mereka suka ketua agong macam Mao Tze Dong dan Sheng Kai Shek. Yang mereka tak suka ketua yang lemah dan flip-flop;

5. Tapi LKS tak boleh tongkat langit. Bila dia tak ada atau tak berdaya lagi, DAP akan berubah. Kita ambil petunjuk daripada PRU Singapura yang bakal menjelang.

Terima kasih.

Wajasetia said...

Salam Dato',
Mom-o-Success berkata :Saya menganggap pandangan Wajasetia dangkal lagi cetek (err... "tak sampai hati nak pakai ayat bodoh..."). Saya tak ada kepentingan dalam politik, perniagaan atau hal-hal dunia yang lain. Oleh itu, saya bukan dalam golongan pertama. Saya rasa saya bukan juga dalam golongan kedua. Sejak saya menjadi pensyarah 22 tahun lalu, saya telah mengilmukan beribu-ribu mahasiswa yang menceburi pelbagai bidang dan sektor di dalam dan luar negara."

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas segala peranan yang telah puan dan semua golongan pendidik jalankan untuk memajukan minda dan mempertingkatkan ilmu di kalangan rakyat malaysia terutamanya bangsa melayu.

Maafkan saya kerana kenyataan yang akan saya nyatakan selepas ini. Untuk rekod saya masih menyanjung tinggi institusi perguruan di negara kita.

Berbalik kepada hujah puan tadi, pada pandangan dangkal saya puan memang mempunyai kepentingan. memang tidak di dalam politik akan tetapi puan terang-terangan mempunyai kepentingan di dalam kerjaya puan. dan ini bermakna puan termasuk di dalam kelompok pertama dalam komen yang saya utarakan sebelum ini. terima kasih kerana memberi saya bukti tentang apa yang saya utarakan sebelum ini. Cuba puan bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya puan cuba menongkah arus politik sekarang? lebih-lebih lagi jika secara terang-terangan puan menentang pihak kerajaan sekarang. Tidak mustahil puan akan kehilangan segala kemudahan yang puan nikmati selama ini. Di situlah terletaknya kepentingan puan pada pandangan saya.

Sebagai pensyarah universiti, saya agak kecewa melihat cara puan berfikir. Bagaikan puan hanya berfikir di dalam ruanglingkup yang sempit.

Secara peribadi, Saya di sini bukanlah untuk menghentam kerajaan BN. Saya di sini kerana saya masih lagi memberi peluang kepada kerajaan BN. Saya cuba mencari sesuatu yang akan mengembalikan keyakinan saya terhadap kerajaan BN seperti yang pernah saya berikan satu ketika dulu.

Saya amat setuju dengan puan, "hanya orang yang buta sahaja tidak menyedari segala pembangunan yang telah dibuat", dan saya masih lagi celik, alhamdulillah. Saya masih nampak semua itu. Akan tetapi berapakah harga yang mesti kita bayar untuk semua pembangunan tersebut? Adakah ianya setimpal dengan apa yang kita dapat?

Saya rasa Harakah atau bahan rujukan pembangkang yang lain adalah "taboo" bagi puan, dan saya tidak terkejut langsung sekiranya pendapat saya itu benar.

Ketua Audit negara melaporkan negeri Kedah telah berjaya mempertingkatkan hasil negeri. Tentunya laporan ini tidak akan puan lihat di dalam bahan-bahan rujukan harian puan. Kerajaan Selangor akan bertarung di mahkamah untuk memberikan 20 liter padu air percuma kepada rakyat. Kerajaan Kelantan sunyi sepi daripada segala kes-kes rasuah yang sebelum ini dihebahkan di dada-dada media utama.Dan Pulau Pinag... nampaknya tiada apa yang akan menarik minat puan kerana puan akan megatakan saya terlalu fanatik kepada pembangkang.

Tentunya rujukan saya adalah dari sumber pembangkang kerana pada saya mustahil berita sebegini akan dimuatkan di dalam media utama. Akan tetapi, semua laporan tersebut dibuat berdasarkan laporan rasmi kerajaan. Secara dangkal saya ambilkira sekiranya perkara ini tidak benar, mungkinkah pihak audit negara akan berdiam diri? sehingga kini tiada laporan susulan yang saya temui dari jabatan audit negara untuk menidakkan segala kejayaan yang dicanangkan oleh pihak kerajaan pakatan rakyat. terserah pada puan untuk mengkaji tentang perkara ini.

Akhir kalam sekali lagi saya ingin berterima kasih kerana puan telah secara tidak langsung memberikan bukti tentang komen saya sebelum ini dan di atas kebijaksanaan puan saya harap puan dapat memberikan saya pendapat yang lebih bernas untuk saya melihat sememangnya menyokong kerajaan yang diperintah oleh BN sekarang akan menjamin masa depan, khasnya untuk anak-anak saya dan rakyat malaysia amnya

Sekian, wasalam

Anonymous said...

Salam Tok Kadir

Ini saya Gun & Roses nak sambung balik cerita pasai politik DAP.

Terlebih dulu, saya nak perbetui balik kesilapan fakta. Minta maap la. Awai tadi saya kata Kerk Kim Hock ni Sec-Gen DAP pertama yg bungkuih dalam PRU. Itu silap saya la. Sebenaqnya ramai lagi Sec-Gen DAP yg pernah bungkuih dalam GE. Yang paling kita tak boleh lupa Lim Kit Siang sendiri pernah bungkuih masa PRU-1999.

Tapi kan Tok Kadir, bila dah kalah tu, sepatutnya silalah bersara dengan terhormat. Tapi ini dak. LKS berenti jadi Sec-Gen tapi dia tukaq jadi Pengerusi DAP pulak. Alahai, macam tukaq baju la pulak. Kuasa dok kat tangan dia la jugak. Hanya lepaih anak dia Guan Eng jadi Sec-Gen, barulah dia mau turun tapi itu pun lepaih dia dilantik jadi penasihat unit baru DAP "Policy and Strategic Planning Commission". Apa benda nih?

Elok lagi Pak Lah kita. Walaupun dia menang dalam kalah, tapi bila orang suruh dia berenti; walaupun mula2 dia ketegaq, tapi last2 dia mau jugak berenti. Taib Mahmud pun dok menang lagi. Parti dia PBB menang 100% ooo... Undi popular pun naik banyak. Macam mana pulak orang mcm Kit Siang boleh suruh Taib Mahmud pegi pencen ni? Dia sendiri macam mana? Tak sedaq kediri ka? Hahaha ...


Takpa la Tok. Itu Kit Siang punya auta. Kita layan saja laaa ...


Ini saya nak bagitau cerita terbaru dalam DAP ni. Kawan2 DAP saya dok cerita, skrg ni kuasa anak-beranak (Kit Siang-Guan Eng) akan terima cabaran dari kuasa sepupu-sepapat dari Perak (Ngah-Ngeh). Ini dah nak jadi macam perang kongsi gelap Gee Hin lawan Hai San dah Tok. Sebabnya, masing2 dok anggap depa ni ada kuasa supremo ala2 kepala samseng la.

Perang dingin yg makin lama makin dok panas antara Kit Siang dgn Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak) ni sebenarnya dah lama. Mula2 start tahun 2004 bila Kit Siang dengan muka tak malu mahu bertanding kerusi Parlimen Ipoh Timur lepaih dia kena halau keluaq dari Parlimen Tanjong tahun 1999 dulu. Ngeh Koo Ham selaku orang kuat DAP Perak buat janji la untuk sokong Kit Siang tapi dengan syarat Kit Siang jangan masuk campur dalam hal urusan DAP negeri Perak.

Inilah perbezaan paling ketara diantara DAP dengan parti2 lain. Dalam DAP, pengerusi negeri adalah sangat berpengaruh hingga ke tahap mereka boleh membelakangkan arahan Pengerusi Pusat atau Setiausaha Agung parti. Ini kerana, Pengerusi negeri adalah dilantik melalui undi dikalangan 15 pemimpin yang dipilih oleh perwakilan semasa permilihan negeri. Berbeza dengan UMNO, PAS mahupun PKR yg mana Pengerusi negeri adalah dilantik oleh Presiden parti.

OK. Berbalik pada cerita Ngeh lawan Kit Siang ni. Perang mula meletus apabila Ngeh-Nga mahu ganti Fong Poh Kuan dengan calon "orang mereka" sendiri di parlimen Batu Gajah. Tindakan Ngeh-Nga ni buat Fong Poh Kuan naik angin dan mahu tarik diri dari bertanding dalam PRU 2008. Masa tu, masing2 calon DAP berada dalam keadaan ketakutan berikutan kemenangan besar BN dalam PRU 2004. Masing2 berebut mahu bertanding di kerusi selamat dan parlimen Batu Gajah adalah dianggap kerusi selamat pada DAP. Tindakan Ngeh-Nga yg nak letak calon orang depa sendiri di Batu Gajah dan ketepi calon asal lagi popular mcm Fong Poh Kuan ni telah dianggap sebagai satu tindakan pentingkan diri sendiri. Kit Siang dan Guan Eng masuk campur dan bertelagah dengan Ngeh-Nga supaya Fong Poh Kuan dikekalkan sebagai calon bertanding di Batu Gajah. Tindakan Kit Siang ini dianggap sebagai memungkiri janjinya dahulu untuk tidak masuk campur dalam politik DAP negeri Perak. Pernah satu ketika, Ngeh bagi amaran secara terbuka pada Kit Siang supaya jangan masuk campur dan mengingatkan dia bahawa dia (Kit Siang) hanya "menumpang" di Perak.

(bersambung)

Anonymous said...

Amaran terbuka Ngeh ini amat memalukan Kit Siang. Ia dianggap sbg merendah-rendahkan maruah Kit Siang sebagai pemimpin supremo DAP. Namun Kit Siang tetap mendesak supaya YB Fong dikekalkan. Oleh kerana YB Fong juga seorang MP yang popular di Parlimen, pemimpin2 DAP yg lain turut memihak kepada Kit Siang. Oleh kerana tekanan2 ini, Ngeh-Nga terpaksa menarik balik tindakan mereka dan membenarkan YB Fong bertanding di Batu Gajah.

Tapi, ibarat kata. Nasi sudah jadi bubur. Perang sudah bermula. Api dalam sekam amat payah hendak dipadamkan.

Perang antara Ngeh dgn Kit Siang ini menjadi lebih panas apabila tanpa tidak disangka-sangka, Perak jatuh ke tangan DAP dalam PRU 2008. Ngeh-Nga yg dulu hanya mimpi nak control DAP Perak sahaja, tiba2 berdepan dengan peluang untuk control keatas satu negeri! Ngeh yg mula2 berfikir dia boleh jadi MB, terpaksa melupakan hasratnya itu apabila Undang2 Tubuh negeri hanya menetapkan bahawa MB mesti seorang Melayu-Islam.

Ngeh secara bijak akur dengan perkara ini. Tetapi Kit Siang pulak buat tunjuk pandai, mengeluarkan kenyataan bahawa DAP Perak akan memboikot upacara angkat sumpah MB dan EXCO2. Ngeh amat marah kerana tindakan Kit Siang ini boleh menyebabkan Dewan Undangan Negeri tergantung dan pilihanraya semula boleh diadakan. Sekali lagi Ngeh menganggap yg Kit Siang sudah masuk campur dalam hal ehwal dan bidang kuasa Pengerusi DAP Perak.

Pepatah Cina ada kata. Atas satu puncak gunung tak boleh ada 2 ekor harimau. Mesti gadoh punyalah!

Krisis politik Perak lagi buat perang Ngeh-Nga vs Kit Siang-Guan Eng jadi panas. Dah lah hilang jawatan EXCO dan kuasa, mari pulak Kit Siang nak tunjuk pandai sini-sana. Lagi begang la Ngeh dengan Nga ni dekat Kit Siang.

Jadi, nak kukuhkan kedudukan mereka di Perak ni, sepupu Ngeh-Nga buat konspirasi untuk singkirkan semua orang2 kuat Kit Siang/Guan Eng di Perak. Masa pemilihan DAP negeri tahun 2010, boleh kata 99% orang Kit Siang semua kalah. M.Kulasegaran (dulu Naib Pengerusi negeri), Thomas Su, Seah Long Peng, Frankie Wong semua kena tendang keluar. YB Fong, tak payah cerita la. Serupa tak wujud langsung! Ngeh-Nga masih anggap YB Fong ada pakatan dan hasut YB Hee Yit Fong untuk lompat parti supaya kerajaan PR tumbang di Perak. Kena pulak khabar angin dok kata YB Hamidah (ADUN Sg Rapat, orang Batu Gajah) yg jadi orang tengahnya.

Apa pun ceritanya. DAP Perak skrg ni milik mutlak Ngeh-Nga. Orang Kit Siang/Guan Eng lenyap langsung. Sekarang masing2 nak lebarkan pengaruh dan sokongan dari negeri2 lain pula. Itu sebab DAP Perak mengamuk sakan bila persidangan DUN Perak kena tangguh dan buat sama time dengan Pilihanraya negeri Sarawak. DAP Perak tak boleh nak berkampung kat Sarawak dan tunjuk muka kata depa tolong kempen kat Sarawak. Bukan macam gang2 Kit Siang/Guan Eng yg dok berkampung straight 1-2 minggu kat sana.

Makin hari makin panas Tok. Kita saja yang tak tau. Asyik2 dok sibuk hal UMNO, PAS & PKR sahaja. Banyak lagi la benda kawan saya dok cerita tapi saya payah nak tulih sebab tak ingat nama. Kalau nama2 famous macam Ronnie Liu, Theresa Kok tu boleh la saya ingat tapi kalau nama yg jarang2 kita dengaq, mana boleh nak ingat.

Tapi Tok. Saya respect jugak la dengan ex boss2 DAP mcm Lee Lam Thye, Kerk Kim Hock, M.Kulasegaran ni. Walaupun depa kena main, kena flying kick depan belakang, kalah bertanding, tapi depa tetap maintain cool. Tak belasah parti depa kaw-kaw. Kecuali Wee Choo Keong sorang saja la. Hahaha.

Nak dibandingkan dengan UMNO, PKR. Hahaha ... Bila kalah. Langsung buat parti KITA la, parti KAMU la, parti KUDA la, hahaha.


salam.

Gun & Roses

Wajasetia said...

Salam sekali lagi dan maaf Dato'

Untuk Mom-o-Success,
Sedikit tambahan, sebagai pendidik yang berwibawa, bayangkan sekiranya saya ini anak murid puan. Adakah puan akan cuba untuk meyakinkan saya untuk meyakini segala pegangan puan selama ini, atau puan akan tidak menghiraukan saya kerana pada hemat puan apa yang akan puan terangkan pastinya mendapat tentangan karana saya telah fanatik dengan pendapat saya sebelum ini.

Anonymous said...

Mohon beri laluan Dato'

Kepada Wajasetia, seperti saya katakan sebelum ini - saya tidak ada kepentingan kecuali lillahi ta'ala. Semoga Allah sentiasa memelihara saya (juga Saudara Wajasetia dan semua kaum Muslimin) daripada kejahilan dan kemungkaran.

I am an academic. I am not a politician. I choose to be apolitical although I do have my views on politics.

Malah, saya juga akan katakan kepada para pelajar saya, hak mereka ialah untuk menyokong mana-mana parti politik yang mereka suka, tetapi selagi mereka masih dalam kuliah, nasihat saya kepada mereka, tumpukan kepada pengajian.

Saya sayangkan semua pelajar saya, tidak kira fahaman politik mereka atau latar belakang keluarga, kerana saya insaf amanah yang saya galas di dunia, akan diperhitungkan di akhirat. Saya tidak membenci pemimpin PAS atau PKR, malahan secara peribadi, saya senang dengan penampilan wanita seperti Wan Azizah.

Walaupun saya tidak senang dengan apa yang diperjuangkan oleh DAP, saya boleh memahami "psyche" masyarakat Cina -tidak kira di Malaysia atau di mana jua - saya membesar dalam kelompok itu.

Sekali lagi Saudara Wajasetia berburuk sangka dengan membuat andaian bahawa saya berfikiran sempit. Saya pernah baca Harakah. Demi Allah sekiranya saya terus membaca hanya Harakah, saya akan percaya bulat-bulat apa yang ditulis. Sebab itu, tidak hairanlah ramai penyokong PAS yang taksub; jika itu saja sumber rujukan yang dipegang, saya juga akan taksub sama seperti mereka.

Sumber rujukan saya bukan setakat media alternatif dan media arus perdana, malah lebih daripada itu (yang saya rasa lebih baik saya tidak nyatakan di sini, atas dasar prinsip dan kerahsiaan). Tak semua yang saya baca di akhbar arus perdana, Utusan umpamanya, saya terima bulat-bulat. Sama ada media arus perdana atau media alternatif, saya sentiasa rujuk kepada sumber ketiga bagi memastikan kesahihan berita.

When one comes from a place where Malays are marginalised, like I do, one learns to appreciate all the blessings and the good things one sees in one's adopted country.

If Wajasetia says I am myopic in my view, he (?) cannot be any further from the truth. I may be a lot of other things when it comes to my views on the country's political scenario, but being myopic is certainly not one of them. As mentioned earlier, I choose to be apolitical, so I am not about to pursue any more arguments on the matter, beyond this.

Thanks for allowing me the space, dear Dato'.

Mom-o-Success

saji said...

Salam sdr langitbiru

"Bagaimana Najib nak ‘pujuk’ Cina??? Ada 2 jalan ekstrem, ‘MENGHUKUM’ Cina atau ‘MENGGULA-GULA’ Cina. Saya katakan, kedua-duanya NajibUMNO akan gagal dan gagal. Jadi, nak buat macammana???? Ambil jalan TENGAH? Sat ‘hukum’, sat ‘gula-gula’, ugut, MAIN LAGU PERKAUMAN------ini UMNO amat cekap!!!! Najib buat apa pun, Cina takkan pangkah BN untuk PRU 13!!!!"

Komen:

Lebih tepat jika sdr katakan yang gula-gula tu NajibUMNO dah buat, tetapi mereka (orang Cina) ikut kata pemimpin PR, "Kerajaan UMNOBN bagi ambek, tetapi time PRU/ PRK pangkah PR".

Sementara main lagu perkauman itu, ia sedang dimulakan termasuk melabelkan DAP sebagai parti rasis disamping mendedahkan kelemahan dalaman parti DAP

saji said...

Salam Dakj dan rakan pembahas

Sdr ATAS PAGAR, antara lain berkata, " POLITIK M'SIA MEMNG TK DAPAT LARI DARI KRONI, MENGAMPU, SERTA BAIK DENGAN MEREKA DAN ORANG POLITIK KATANYA KUMPUL HARTA (SAYA BERSETUJU) TETAPI KITA TAK BOLEH MENUDUH SEBELAH PIHAK SAJA SAYA SUKA MENUJU KEPADA MEREKA YANG BERKUASA DN MEMERINTAH DISINI MEREKA MKIN NMPAK KERAJAAN BN PAKATAN PUN SAMA SAYA AMBIK SATU CONTOH SAJA KALAU ANDA INGINKAN PROJEK DSB NYA ANDA KENA BAIK DGN PARTI PEMERINTAH(BN ATAU PAKATAN)HATTA DANA UNTUK PARTI2 MEREKA ...."

Komen:

Apa komen sdr jika ditakdirkan kerajaan PR memerintah nanti, mereka laksanakan sistem pemerolehan kontrak yang berteraskan Islam yang juga diterima oleh bukan Islam di negara ini dan diseluruh dunia yang meliputi, pertama, penawaran semua tender bagi kontrak dan projek kerajaan yang tulen dan penswastaan secara tender terbuka selaras dengan kehendak jual beli Lelong Islam, dan kedua, melaksanakan sistem kontrak pembinaan konvensional yang berteraskan Islam membabitkan management contract khasnya bagi pelaksanaan projek kerajaan yang tulen dan penswastaan yang bukan sahaja mampu menghalang kegiataan kronisme, rasuah dan alibaba dalam pelaksanaan projek kerajaan seperti seadanya, bahkan mampu menghasilkan produk projek yang ada nilai harga atau value for money

Fireman Sam said...

kita buat saja kerajaan 100% Melayu bumiputera...tengak apa depa nak buat!

tokman said...

Dengan serangan2 media massa (TV2 dan akhbar2)serta jentera2 kerajaan dan semua Menteri2 serta PM dan DPM berkampong berminggu2 diSarawak sepatutnya BN sapu semua kerusi diPRN10 Sarawak bukan hanya 55 kerusi.....jelas jika tiada undi pos dan kempen2 dijalankan secara adil dan saksama BN akan kehilangan banyak lagi kerusi.....apa pandangan Dato dalam perkara ini?

Anonymous said...

SAUDARA SAJI,

SAYA SOKONG PENDAPAT SAUDARA KALAU SISTEM ISLAM DJALANKAN SEPENUHNYA, NAMUN KALAU DIPERHATIKAN BUDAYA POLITIK M'SIA HARI INI.SISTEM BETUL TAPI PERLAKSANAAN.....

ATAS PAGAR

Anonymous said...

TOKMAN SAID

INSYALLAH KALAU DITAKDIRKAN PAKATAN DAPAT MEMRINTAH SELEPAS PRU 13 KTA TUNGGU PRU/N 14 YANG LEBIH ADIL DAN BERSIH KOT.

ATAS PAGAR

saji said...

Adr ATAS PAGAR

1. Terima kasih kerana mengambil perhatian respon saya berkenaan


2. Mengenai komen lanjut sdr berbunyi, NAMUN KALAU DIPERHATIKAN BUDAYA POLITIK M'SIA HARI INI.SISTEM BETUL TAPI PERLAKSANAAN..... saya tidak setuju untuk SIETEM2 yang dikaitkan dengan pelaksanaan projek khasnya, kerana kajian saya mengatakan bahawa SISTEM2 kontrak pembinaan konvensional yang digunakan dalam pelaksanaan projek kerajaan -yang tulen dan yang diswastakan membabitkan kontrak pembinaan Lump Sum, Bills of Quantities, Design and Bulid dan Turnkey hanya sesuai digunakan (dalam erti kata tidak menimbulkan isu kronisme, rasuah dan alibaba) dinegera2 yang index rasuahnya rendah seperti Singapura atau semua pihak yang berkepentingan dalam pelaksanaan projek kerajaan membabitkan ahli politik, juruperunding, kakitangan agensi pelaksana, kontraktor utama, pembekal, cow dll dari jenis golongan amanah dan bertanggungjawab atau tinggi intergritinya.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).