A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
LEBIH satu dekad lalu, ketika Barisan Nasional masih berupa “the master of the castle” (tuan mahligai) dan pembangkang berpecah-belah, saya membuat ramalan mengenai kemungkinan BN berpakat dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Saya juga meramalkan kemungkinan DAP merampas Pulau Pinang. Ramalan itu saya buat setelah DAP mengalihkan pandangannya daripada cuba menguasai Melaka kepada menakluki Pulau Pinang.
Saya juga meramalkan kemungkinan DAP merampas Pulau Pinang. Ramalan itu saya buat setelah DAP mengalihkan pandangannya daripada cuba menguasai Melaka kepada menakluki Pulau Pinang.
Sekarang BN masih “the master of the castle”, tetapi mahligai dan kubu pertahanannya tidak sekuat dulu lagi. Sudah ada pinggir dan penjuru yang ditawan musuh. Pulau Pinang sudah jatuh ke tangan DAP dan rakan-rakan Pakatan Rakyatnya pada pilihan raya umum 2008. Begitu juga Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak. Tetapi penarikan diri beberapa Ahli Dewan Undangan PR dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menyebabkan Perak jatuh balik ke tangan BN.
Pada PRU itu, pembangkang membuktikan bagaimana perjanjian pilihan raya boleh membawa kejayaan. Tetapi sejak itu, kesepakatan antara DAP, Parti Islam se-Malaysia (Pas) dan PKR sudah tidak padu lagi. Ini diburukkan lagi oleh masalah dalaman PKR.
Ujian Pilihan Raya Sarawak
HARAPAN PKR memainkan peranan sebagai orang tengah nampaknya tambah luntur seperti yang sedang berlaku dalam rundingan pembahagian kerusi pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini. PKR dan DAP mengalami kesukaran bersetuju dengan parti sekutu mereka di Sarawak iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan antara satu sama lain.
Sebagai parti negeri, SNAP mempunyai kekuatan moral untuk membuat tuntutan walaupun ia tidaklah terlalu kuat. Manakala DAP dan PKR pula terpaksa berhati-hati agar tidak dilihat atau ditutuh membuli parti negeri. Pas tidak mempunyai masalah besar kerana peranannya di Sarawak terhad.
Ketidaksepakatan ini mencerahkan harapan BN Sarawak untuk terus menguasai negeri itu walaupun ia mempunyai masalah sendiri, khasnya pewarisan kepemimpinan BN negeri selepas Abdul Taib Mahmud.
Jika diandaikan benar bahawa BN telah mengalami pemulihan, namun ia tidaklah sekuat seperti pada PRU 2004. Apa yang akan membantu BN pada PRU akan datang adalah keretakan di kalangan parti-parti PR dan masalah dalaman PKR.
Hakikat pemulihan BN dan kelemahan PR ini paling disedari oleh DAP. Kepemimpinan DAP tahu kedudukan sebenar PR, khasnya kemampuan PKR terus menjadi orang tengah. Ini adalah kerana Pengerusi DAP, Karpal Singh terbabit membela ketua de fakto PR, Anwar Ibrahim, dalam kes liwat keduanya. Dia tentu tahu apa yang sebenarnya berlaku atau setidak-tidaknya pun dia boleh menjangka apa yang akan berlaku seterusnya.
DAP sedar tanpa PKR sebagai pemangkin, kerjasamanya dengan Pas akan terburai akibat perbezaan ideologi dan dasar yang terlalu luas. Lagipun, DAP dan Pas tidak saling bergantung untuk terus memerintah negeri-negeri yang mereka kuasai.
DAP boleh memerintah Pulau Pinang tanpa Pas kerana Pas hanya menyumbangkan satu kerusi sahaja, tetapi ia memerlukan PKR yang menguasai tujuh kerusi. Manakala Pas boleh terus memerintah Kelantan tanpa PKR, tetapi memerlukan PKR dan DAP di Kedah.
Apakah tidak mustahil DAP berpakat dengan BN untuk memerintah Pulau Pinang seperti yang dilakukan oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada tahun 1969?
Gerakan, sebagai parti pembangkang, menewaskan Perikatan di negeri itu dalam PRU 1969. Ia menubuhkan kerajaan campuran dengan Perikatan dan kemudiannya menyertai BN. Gerakan menerajui Pulau Pinang selama 39 tahun sebelum ditewaskan oleh DAP pada PRU lalu.
Kalau pengundi Pulau Pinang yang majoritinya bukan Melayu boleh memberi mandat kepada Gerakan selama hampir 40 tahun, adalah tidak mustahil mereka akan memberi mandat yang sama panjang kepada DAP.
Sebagai kaum pedagang dan profesional, orang bukan Melayu, khasnya Cina, sedar bahawa untuk mengubah keadaan dan membawa kemajuan, DAP memerlukan masa yang cukup lama.
Soalnya bolehkah pengundi menerima pakatan atau kerjasama DAP-BN setelah mereka mula merasa dan melihat kebaikan daripada mempunyai pembangkang yang kuat?
Tidak dapat dinafikan iaitu mempunyai pembangkang yang kuat memberi kesan positif kepada sistem pengawasan dan perimbangan (check and balance).
DAP Menampakkan Pragmatisme
HAL ini disedari oleh DAP. Manakala ia akan terus mengasak BN di Parlimen, tetapi ia akan melakukan apa saja demi mempertahankan angsa bertelur emas dan permata nilamnya iaitu Pulau Pinang. Ini termasuklah berjinak-jinak dengan kerajaan pusat demi menjamin negeri itu terus mendapat peruntukan pembangunan.
Jadi saya tidak hairan langsung apabila media atas talian melaporkan yang kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan kesediaannya menggugurkan Pelan Induk Pembangunannya demi “membantu Putrajaya melaksanakan Program Transformasi Wilayah Besar Pulau Pinang.”
Portal berita bebas Malaysian Insider pada 2 April melaporkan bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mengalu-alukan langkah kerajaan pusat sambil berkata kerajaan negeri bersedia menawarkan sepenuh komitmen kepada inisiatif kerajaan pusat itu.
Ini bukan cakap-cakap kedai kopi kerana Guan Eng mengeluarkan sebuah kenyataan khas mengenainya.
Tambah beliau: “Sebagi menyahut dan membuktikan keikhlasan serta komitmen kita kepada tawaran Perdana Menteri, kerajaan negeri bersedia mengenepikan Pelan Induk Perindustrian 2011-2015 yang sudah pun siap.”
DAP mengambil sikap pragmatik ini kerana kepemimpinannya sedar bahawa tanpa bekerjasama dengan kerajaan pusat, kemajuan Pulau Pinang mustahil boleh dikekalkan apatah lagi dipesatkan. Mohd Najib pula mahu menggunakan janji pembangunan itu untuk menjinakkan semula pengundi negeri itu kepada BN.
Saya mungkin silap (besar) kalau saya katakan bahawa kepemimpinan pusat yang dipelopori Umno lebih mudah atau lebih suka bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang daripada dengan PKR di Selangor dan dengan Pas di Kelantan dan Kedah.
Kalau tanggapan saya ini betul atau ada sedikit kebenaran, saya takut (amat takut) iaitu yang akan kerugian adalah orang Melayu yang berupa kaum majoriti di Kedah dan Kelantan.
Hatta di Selangor yang kaya itu pun, nasib orang Melayu mungkin tidak terbela kalau permusuhan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri menular dan merebak ke dalam arena ekonomi dan pembangunan.
Peranan Sistem Pengawasan dan Perimbangan
KESIMPULANNYA, manakala BN dikatakan semakin pulih dan PR semakin lemah, persoalan yang harus difahami adalah selera pengundi.
Apakah mereka akan terus mengekalkan pembangkang yang kuat demi menjamin pewujudan sistem pengawasan dan perimbangan (check and balance) yang mantap atau mereka akan kembali kepada monopoli kuasa oleh BN?
Saya rasa pengundi, khas di bandar dan di kalangan kelas menengah tanpa mengira bangsa atau kaum, akan terus memberi pertimbangan serius kepada peranan pembangkang yang kuat bagi menjamin kewujudan sistem pengawasan dan perimbangan (check and balance) yang mantap.
Perwatakan calon mungkin akan mendapat keutamaan yang lebih tinggi daripada pengundi berbanding parti atau janji-janji pilihan raya memandangkan ramainya para Yang Berhormat sekarang, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang, yang terbabit dengan pelbagai jenayah dan kegiatan tidak bermoral.
Dengan wujudnya persekitaran media massa yang lebih bebas dan demokratik serta terlindung daripada kawalan pemerintah, “mahkamah pendapat umum” (the court of public opinion) akan memainkan peranan penting mengadili moral, prestasi dan integriti pemimpin dan bakal pemimpin.
Era hegemoni dan pembolotan kuasa oleh BN mungkin sudah berlalu. Walaupun pada zahirnya PR nampak tidak sekuat PRU 2008, namun potensinya untuk terus menjadi pencabar kepada BN tidak boleh dinafikan.
Manakala BN dan PR boleh berikrar dan berjanji dengan manifesto yang hebat bunyinya, tetapi pengundi, khasnya di bandar dan di kalangan kelas menengah, mempunyai aspirasi dan tuntutan mereka sendiri. Politik pangkah parti mungkin tidak mutlak lagi.
60 comments:
DAKJ,
"Kalau tanggapan saya ini betul atau ada sedikit kebenaran, saya takut (amat takut) iaitu yang akan kerugian adalah orang Melayu yang berupa kaum majoriti di Kedah dan Kelantan."
Dah lama dah Kelantan dilayan bukan macam negeri dalam persekutuan.
Teringat saya, dulu-dulu ramai cina yang minat tapi takut nak pergi melancung ke Kelantan.
Berbanding dengan sekarang, cina suka makan angin kat Penang.
"Manakala BN dan PR boleh berikrar dan berjanji dengan manifesto yang hebat bunyinya, tetapi pengundi, khasnya di bandar dan di kalangan kelas menengah, mempunyai aspirasi dan tuntutan mereka sendiri. Politik pangkah parti mungkin tidak mutlak lagi."
Ini saya sokong!
p/s Saya kurang input untuk komen tentang Sarawak. Apa-apa pun, tahniah kepada orang Penang.
p/s Bila DAKJ nak komen pasal Lynas? Fakta yang saya baru tahu; rupanya Lynas yang di terima oleh Adnan Yaakob itu telahpun direject oleh Idris Jusoh pada 2007.
Fed Up
Datuk,
Jika tampuk pemerintahan kembali ke tangan BN selepas PRU 13 pada 2012 nanti, rakyat akan kehilangan manfaat pengawasan dan perimbangan daripada Pembangkang yang kuat di Dewan, tetapi keadaan masih boleh diselamatkan dengan rakyat mewujudkan sebuah Mahkamah Pendapat Umum tidak rasmi, umpamanya di blog ini.
Mahkamah Pendapat Umum ini akan memanfaatkan rakyat yang prihatin mahupun yang tidak mahu ambil tahu. Dengan membahaskan isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat di sini, rakyat akan tahu apa pilihan yang ada dan seterusnya bertindak secara kolektif. Apabila persepakatan dicapai, itu boleh diendorskan sebagai Suara Rakyat. Suara rakyat harus didengar oleh Pemerintah, sebab Pemerintah dipilih dan wujud kerana rakyat. Kalau Pemerintah tak nak dengar suara rakyat, maka suara siapa lagi ?
Mahkamah Pendapat Umum inilah forumnya untuk membambu tindakan-tindakan tak senonoh pemimpin kita, mendedahkan rasuah dan penyelewengan dalam jabatan kerajaan, dan macam-macam aneka ragam lagi. Selepas kita pilih mereka ke tampuk kuasa jangan kita terlepas pandang mereka ini. Sebaliknya kita awasi mereka sampai ke lubang cacing.
Boleh gitu ?
Dalam arena politik memang tak ada perkara mustahil.
Kadang kadang musuh jadi kawan dan kawan jadi musuh.
Orang yang diyakini sangat komented dengan perjuangan parti yang dianggotainya tiba tiba lari.
Bukan setakat lari malah jelas menjadi pengkhianat parti.
Oleh itu, tak mustahil DAP akan bergabung dengan BN.
Dulu dan sekarang ini DAP dan MCA saling bekerjasama dalam menguasai politik malaysia.
Persoalannya malaysia ini siapa yang akan memerintah suatu masa akan datang.
Jadi untung rugi dalam poltiik sangat diambilkira oleh DAP dan MCA, sebab itu GERAKAN menyertai BN semata mata untuk menjadi kerajaan Pulau Pinang.
Yang jadi mangsa sekarang ini bukan PKR tapi PAS yang kelihatan terlalu yakin dan percaya dengan DAP dan PKR.
Bukan setakat mengharapkan pertolongan DAP, malah mereka sangat yakin dengan kata kata yang diluah oleh pemimpin DAP.
Dato',
DAP mungkin boleh bekerjasama dengan kerajaan pusat namun jauh sekali bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) iaitu 'masuk BN'.
Kerajaan BN sekarang seperti bodoh, jahil, bebal dan tolol dengan tidak memahami prinsip asas pemerintahan persekutuan dan terus membuli kerajaan negeri yang ditakbir pembangkang. Kaedah membuli kerajaan-kerajaan negeri pembangkang tidak berkesan dimana kita lihat setelah 21 tahun dibuli, kerajaan Kelantan terus dan semakin utuh dan semakin ramai rakyat Kelantan membenci tindakan membuli dan membalas dendam oleh UMNO. UMNO masih menggunakan taktik 'cara orang lama/jumud' yang selama 20 tahun tidak berkesan!. Sekarang taktik yang sama juga digunakan kepada kerajaan Kedah dan Selangor. Jika ini berterusan maka keputusan dan maklumbalas rakyat pada PRU13 nanti sudah dapat dijangka.
Bye/Roti Planta
DAKJ
RASANYA BN DAPAT MEMERINTAH DI SARAWAK NAMUM MUNKIN PN KALI INI LEBIH SENGIT TERUTAMANYA CABARAN DAP SERTA ISU-ISU SEMASA CONTOHNYA ISU AGAMA KRISTIAN,KETUA MENTERI YG LAMA MEMEGANG TAMPUK KUASA TERMASUK KETUA KOMPONEN BN SARAWAK DAN ISU-ISU TEMPATAN.
-RAMLI
Pada keseluruhan pandangan yang agak menepati keadaan semasa tetapi "sama ada pengundi akan kembalikan monopoli kuasa kepada BN/UMNO" rasa saya NOT in a million years!
Tok Kadiaq
Pada saya sama saja sapa perintah Penang tanah tumpah darah ku.Walau jauh beribu batu,selalu balik gian nasi kandaq kari bawai,sotong ada teloq,limpa kuah hitam tarok lebeh.
Malah DAP lagi ok pasai senang nak kritik berbanding Gerakan.Gerenti masuk Buletin Utama.Depa pun kena juga pi bersila makan kenduri pakai tangan.Huloq rm100 dapat jugak beli rokok daun hisap setahun tak habis.
Malaysia ni pelik Tok.Kalu nak jadi YB,yg pakai serban kena jugak pi tengok tarian singa.Tapi menari poco poco,wayang kulit semua haram.
MCA nak pi protes kerajaan Kelantan,masa ni depa nak jadi hero,Karpal melenting,menyalak tapi yang nak saman doktor,patut lawyer.
Memang hebat politik Malaysia Tok.Baguih pembangkang kuat cuma yang tak berkenan bila kalah,toksah
la nak pejatuh dengan pi sana pi sini buat huru hara.
Selagi dok ada puak puak macam ni,selagi tu lagi baguih pembangkang lemah.Saya tak pernah pangkah BN pun,realiti masa kini untuk kita semua maju,BN kena serius dengaq nadi rakyat.
Kena dapat sokongan lebih 2/3.Baru senang buat kerja.Lain la kalu PM kita sehebat Nazarbayev.Kazakhtan tetap aman dan terkaya walaupun Presiden kuku besi.
Bila stabil,semua hepi,senang cari makan maa! YAM SENG TO DAP!
Salam dato,
BN ni kena berubah BANYAK, terutamanya UMNO sebagai parti utama..
Isu interlok itu telah melukai hati ramai orang melayu....saya fikir kalau keputusan `administrative' gugurkan buku itu dari senarai buku teks sekolah adalah lebih baik dari mengubah karyawan seorang penulis...
PENTADBIRAN UMNO(saya tak tau MCA,MIC dll) MESTI BERUBAH, biar MACAM mentadbir perniagaan sendiri..
SEKARANG ini dan sebelum ini,wakil rakyat,pemimpin rendah,tengah dan tinggi asyik minta duit orang persaorangan,peniaga,pengusaha,syarikat dll untuk DANA AKTIVITI persatuan...macam cerita ROBIN HOOD,tapi ASYIK DOK TIBAI/MINTA DARI ORANG/SYARIKAT YANG SAMA YANG SAMA... yang menerima habuan tak pernah puas,dan akan lupa nikmat tersebut( maklumlah dapat PERCUMA DAN SENANG!) dengan cepat,DAN AKAN MINTA LAGI,MINTA LAGI DAN LAGI,LAGI,LAGI....
Bayangkan betapa `sakitnya hati' atau `kecil hati' seorang peniaga/ syarikat /perusahaan kalau 10 orang `wakil' minta sumbangan duit untuk pelbagai aktiviti setahun...dan setiap tahun, bertahun tahun....GUNUNG PUN BOLIH HILANG,kalau macam tu!
TAK BAGI TAK BOLIH nanti macam macam di `katakan' dan di`buatkan' atau `tak dibuatkan'...
SUDAH SAMPAI MASA berubah, yang menteri,MT,wakil wakil rakyat tinggi,rendah dan tengah tengah elok KUMPUL DANA diperingkat pusat,
dan laburkan didalam syarikat syrikat dan perniagaan orang orang yang di minta sumbangan sebelum ini,GUNAKAN perolihan keuntungan, dividen dsb untuk aktiviti persatuan,terus dihantar kecawangan cawangan .....sekurangkurangnya modal tambahan tersebut dapat membantu pernigaan/perusahaan dan modal tersebut lebih murah untuk peniagaan/perusaan tersebut, DAN ADA LAH `senang hati/lembut hati/sukahati' penberi dana aktiviti persatuan ini....
TADBIR la persatuan macam perniagaan bukan macam geng robin hood...
Saya fikir robin hood pun bolih `give up' dan `fade up' kat Malaysia ni sebab yang dok minta tu tak pernah puas, asyik nak lagi,nak lagi,nak lagi..!
KALAU JABATAN KASTAM bolih `berulat',`berangau' dibawah hidung Menteri Keewangan, ini dana dana `putih' `kelabu' dan `hitam' untuk aktiviti persatuan lagi `berulat',berangau' betui betui bawah hidung presiden dan PM!...
bolih mampuih SAPA YANG BERANI SIASAT!!
Abu Bakar Ab Rahman
Datuk,
I meant, should BN regain its two-thirds majority of the House in the next GE, in my comment above.
Salam Datuk AKJ YM,
Agak lama tidak turut berdebat. Walaupun pencen, ada kala ilmu di kepala masih bisa memanfaatkan anak-anak kita di universiti. Maka bila diminta beri kuliah, hati saya melompat gembira.
Tentang PRU akan datang dan PRN Sarawak 16 April ini,saya rasa isu dan perkara berikut amat penting:
1. Pengangguran, bekalan dan harga barang, khasnya makanan, dan inflasi yang semakin teruk.
2. Korupsi dan perkhidmatan awam yang malas dan curi tulang yang hanya bekerja atau tampak bekerja apabila berlaku lawatan oleh PM dan orang besar. Masalah geran tanah, bantuan kebajikan, biasiswa dan pinjaman pelajaran. Mara kini memberi respons "tiada peruntukan" kepada ramai pemohon;
3. Korupsi oleh penjawat awam seperti terdedah dalam kes Kastam adalah pengkhianatan yang berpaksi kepada konspirasi menipu antara penjawat Melayu dan pengusaha Cina yang kaya. Pemodal Cina semakin tidak yakin kepada Malaysia justeru secara tipu helah mereka membawa keluar wang dan modal mereka. Kalau penjawat Melayu dan pesekongkol Cina mereka tidak dihukum berat, rakyat tidak akan percaya kepada perang ke atas korupsi; dan
4. Saya setuju yakni orang Cina, kelas menengah Melayu dan generasi muda yang tidak partisan akan terus mengundi pembangkang atas dasar check and balance kerana mereka tidak yakin kepada internal check and balance oleh mana-mana parti pun.
Profesor Pencen
Bangi
Assalamualaikum,
Bukan senang PR nak menang. Berhempas-pulas, bermati-matian, bergolok-bergadai dan berkorban apa sahaja pun, harapan untuk menang masih terlalu tipis. Namun, tidak mustahil, oleh sebab faktor-faktor tertentu, kejutan boleh berlaku, walaupun tokoh PR difabrikasikan sebagai berperibadi yang jelik, jijik dan kotor.
Bagi BN, segala-galanya menjadi mudah. Segala vehicle dan machinery negara milik BN. Peruntukan luar jangka pilihan raya tiada terperi banyaknya. Hambur sajalah wang yang banyak itu untuk membeli undi. Projek-projek instant digolongkan ke dalam kategori projek halal, bukan rasuah. Kalau rasuah pun, siapa peduli?
Penyokong tegar BN akan berpesta bersuka ria meraikan penubuhan kerajaan haram BN.
Saya yakin, PR mampu mencapai kemenangan yang besar sekiranya pilihan raya yang adil seadil-adilnya diadakan.
Wassalam.
Assalamualaikum Datuk,
Pada pandangan saya, banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk mewujudkan pembangkang yang kuat dinegara ini. Semasa PRU 11, rakyat menzahirkan pengharapan yang sangat besar kepada BN dengan memberi kemenangan dengan majoriti yang sangat besar. Namun harapan rakyat dikhianati dengan gelagat pemimpin yang angkuh dan tidak buat kerja. Dalam PRU 12 pula, majoriti 2/3 BN berjaya ditiadakan dan kita lihat pimpinan Datuk Najib sibuk buat kerja. Daripada GTP ke ETP, Juara Rakyat ke tinjauan mesra. Barulah kerajaan "prihatin" dengan keadaan rakyat. Oleh sebab itu, pada saya cabaran sekarang bagaimana membentuk pembangkang yang elok "pakatan"nya, jelas ideologinya, dipimpin oleh pimpinan yang kurang "kontroversi" dan lebih fokus ke arah kesejahteraan rakyat daripada sibuk nak ke Putrajaya.
*Saya Datuk hari2 ke Putrajaya, mak ai jauhnye. Nak buat camner, dah rumah kat situ.
Memang elok pun DAP gugurkan 'Pelan Induk Pembangunan' Pulau Pinang tuu. Sememangnya hanya retorik, seumpama tong kosong yang dipalu hanya berbunyi kuat, tetapi isinya tiada. Dah 3 tahun memerintah, apa yang dibawa DAP selaku kerajaan? Nak kata cara pemerintahan yang setara dengan Lee Kuan Yew yang amat diagung-agungkan mereka itu juga adalah amat jauh sekali!!
Tanyalah kerajaan Pulau Pinang, dalam 3 tahun, berapa banyak kilang yang dibawa masuk melalui anak syarikat milik kerajaan PDC? Jawapannya tak ada langsung. Itupun tak malu mengaku FDI dibawa masuk oleh MIDA selaku anak syarikat milik kerajaan negeri. Tertanya-tanya pulak saya, MIDA ni bukankah di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri? Pulau tu, dibuat pula konsert 'Pulau Pinang Juara Pelaburan' seperti masuk bakul angkat sendiri. Kasihan, tak ada sambutan. Rakyat Pulau Pinang tidak akan terus tertipu oleh mainan politik sebegini.
Pulau Pinang harus kembali diperintah oleh BN. Kerana melalui BN sahajalah kepentingan orang Melayu, dan juga bangsa lain dapat dipelihara.
Tak dapat dinafikan, sikap pemimpin BN yang 'complacent' dan berlagak, yang antara lain telah menyumbang kepada BN dihukum secara teruk dalam PRU-12.
Datuk dan juga kalangan pembahas lain mungkin bertepuk-tangan dan puas hati dengan pembalasan yang tuhan turunkan kepada BN di Pulau Pinang.
Tetapi, melihatkan kepada perbuatan kerajaan Pulau Pinang yang bersikap pilih bulu dalam menjalankan tugas, sangat-sangat menyedihkan rata-rata penduduk Melayu Pulau Pinang yang menjadi majoriti di negeri ini (dari segi pengundi 54% adalah Cina).
Kenapa penjaja kecil melayu dan india dihalau, sementara penjaja cina diberi keistimewaan dengan tempat menjaga mereka tidak diganggu, malahan dijadikan kawasan penjaja dan jalan yang terlibat diwartakan sebagai jalan satu hala?
Amalan mewakafkan tanah sekolah agama oleh kerajaan BN juga telah ditamatkan dengan tanah-tanah yang bersebelahan masjid dan surau diletakkan di bawah suatu jawatankuasa tadbir yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri sendiri. Tak ada orang Islam yang layakkah?
Pembinaan rumah-rumah mewah terlalu banyak yang sudah tentunya tidak mengambil-kira kepentingan untuk menyeimbangkan pembangunan supaya rakyat bawahan dapat bersama-sama mengecapi pembangunan di negeri Pulau Pinang.
Kalangan aparat-aparat Pakatan Rakyat mungkin berasa bangga kerajaan negeri menyumbangkan RM100 kepada setiap orang warga emas. Hakikatnya, majoriti penduduk lebih jelak dengan perangai mereka ini yang seumpama ayam bertelur sebiji, riuh sekampung. Tolonglah, jangan memperbodohkan rakyat.
Dimanakah wakil-wakil Melayu dalam kerajaan Pulau Pinang yang sepatutnya memperjuangkan hak rakyat?
Hakikat kerjasama DAP dengan BN adalah amat mustahil sama-sekali... selagi DAP terus dipimpin oleh orang-orang yang kononnya memperjuangkan kebajikan rakyat, tetapi hakikatnya berhati lebih jahat daripada syaitan.
Pembahas Hanezam, antara lain, berkata: "Jika tampuk pemerintahan kembali ke tangan BN selepas PRU 13 pada 2012 nanti, rakyat akan kehilangan manfaat pengawasan dan perimbangan daripada Pembangkang yang kuat di Dewan, tetapi keadaan masih boleh diselamatkan dengan rakyat mewujudkan sebuah Mahkamah Pendapat Umum tidak rasmi, umpamanya di blog ini."
1. Saya setuju. Tetapi pemerintahan yang kuat mungkin tidak begitu "tolerance" terhadap perbezaan pendapat;
2. Namun saya yakin gerakan masyarakat, khasnya melalui alam siber, masih boleh memainkan peranan check and balance. Tetapi penggiat dan pesertanya hauslah berwibawa dan ada integriti;
3. Saya yakin Pas dan DAP akan terus menjadi parti-parti pembangkang yang kuat. PKR masih mempunyai harapan untuk kekal sebagai pemain penting dalam arena politik nasional kalau ia bertukar daripada parti personaliti kepada parti yang berideologi.
4. Saya komited kepada kebaikan kepelbagaian suara, khasnya di kalangan orang Melayu dan Bumiputera. Kepelbagaian suara sudah pun menjadi ciri masyarakat Cina dan India.
Terima kasih.
Salam Dato’ A Kadir
Pendapat umum hari ini:- Nah!!!!! Sedutan 1.47 min intro video seks ‘main pelacur’ dah tersebar. Diingatkan juga bahawa video dibuktikan TULEN oleh ketua polis Negara. Bagi saya game dah over. Sekarang bolehlah kita tengok siapa cakap benar dan siapa menipu. Siapa ulama dan siapa alamak . Siapa menyanjung kebenaran dan siapa menyanjung peliwat dan penzina. Depan belakang ditibainya (maaf kasar sikit bahasa tetapi itulah hakikatnya).
Walaupun saya bukan ustaz, tapi terdapat pengecalian di dalam Islam dimana dibolehkan untuk membuka aib seseorang dengan niat untuk mencegah kerosakan umum terhadap masyarakat. Saya rasa intro video itu disaji sebab ada yg lebih percaya kepada konspirasi dari kebenaran. So sekarang, apa lagi yg nak dikata. Sesungguhnya Allah menutup pintu hati hambanya dari menerima kebenaran jika hambanya mendustakan kebenaran. Sekian TQ.
Datuk,
Kepimpinan BN akan kekal menguasai Sarawak, dan amat sukar bagi SNAP, DAP ataupun PKR untuk mendapat kemenangan signifikan pada PRN nanti. Rakyat Sarawak secara umumnya telah lama berpuas-hati akan keadaan mereka kini. Walaupun pendapatan mereka amat rendah; mereka tidak mempunyai keperluan perbelanjaan yang tinggi.
Tiada harga minyak yang tinggi kerana mereka kurang menggunakan kenderaan berpetrol, tiada kenaikan harga beras dan barangan makanan kerana mereka mengusahakan sumber makanan mereka sendiri. Jadi tidak timbul rasa tidak puas-hati yang boleh diambil peluang oleh pihak pembangkang.
Petang semalam, RTM1 menayangkan kedhaifan penduduk Tanjung Manis yang hanya dibekalkan tong-tong besar untuk mengisi air (bukan air menerusi pili seperti rakyat Semenanjung); namun wawancara dengan penduduk membuktikan mereka amat berpuashati dengan ahli Parlimen mereka yang menetap di Damansara Height.
Murid-murid sekolah Tanjung Manis perlu mengembara jauh untuk kesekolah, namun tidak sejauh anak-anak Ahli Parlimen mereka yang terpaksa bersekolah menengah di Australia.
Justeru, sokongan padu terus diberikan kepada pimpinan hari ini kerana SNAP, PKR, DAP dan juga PAS bukanlah pilihan orang Sarawak.
Walaubagaimanapun, sistem 'check and balance' adalah perlu dalam mana-mana kaedah pentadbiran pun. Impian 'zero opposition' atau 'tanpa pembangkang' akan hanya merugikan pengundi kerana tiada orang yang akan menyemak dan menegur jika terdapat tindak-tanduk pemimpin yang kurang menjaga kepentingan rakyat.
tok..TAHNIAH di atas kejayaan BUKU BARU TOK.
SERAWAK PERTAMA KALI DALAM SEJARAH TIMBALAN PRASIDEN BN JADI PENGURUSI PILIHARAYA BN NEGERI,ANAK MALAYU MATI KENA PUKUL DGN CIKGU.(MUNGKIN ADA SURUHANJAYA DI PUTRAJAYA)
KAWAN SAYA DARI SERAWAK BARU DAPAT MENJADI CALON ..YANG MENARIKNYA BELIAU KENA TEBUS DAN NAIK MEJORITI YANG HANYA 900 UNDI.
''TOK DI MALAYA NI MENARIK POLITIKNYA. TUN.... PUN KENA MASUK MAHKAMAH KERANA ANGOTA KERAJAAN BUAT KESILAPAN,
ada dua muka baru yang bertanding DR KARDIOLOGI.. moga mereka dapat merubah dan membaiki sistem kardio.politik. negeri
salam untuk datin1 tercinta.
Assallamualaikum....natijahnya majoriti melayu telah ditelanjangkan dan kini menunggu kepupusan tujahan . Kekuatan melayu telah hilang , dan ekonomi melayu akan terus dipinggirkan . Percayalah jika kepemimpinan melayu gagal kembali memulangkan tongkat sakti, demokrasi dan hak asasi yang tersembunyi pasti akan menguburkan bangsanya sendiri .
DAKJ, your silence on the alleged Anwar Ibraham's video is deafening. What's holding you back. We in the former NSTP staff during your time are all aware of your inside information about Anwar. We know you were involved in advising Anwar and containing and managing the surat layang by Ummi Hufilda. We on the news desk were aware of your late night and early morming meetings with Anwar together with other MSM editors of that time.. Nazri, Johan, Ahmad Sebi and Rejal.
We were aware then of the things you guys did to save Anwar and patched him up with Dr M and Daim. You guys kept telling us to great Ummi's letter to Dr M as surat layang. Even Dr M went along with it until Anwar himself decided to make the letter official by lodging police report. It was that police report many months after the letter was made public that trapped Anwar. His good friend, and we believe, your good friend to, Said Awang of the SB turned state witness in the Anwar corruption (abuse of power) trial.
What about your attempts and the attempts of your MSM cohorts like Ahmad Sebi and Rejal to knock some sense into Anwar to resign from the Cabinet in 1998 and not to fight Dr M? Haha...alas Anwar spurned you guys. Instead of going into exile as you guys proposed, he stayed back and fought Dr M. I think you as a blogger now should come out clean on this Anwar chap. We know you know the real Anwar but you holding back. BTW is that the book that you are supposed to be penning now? Good luck.
Ex-Riong
Tengok apa BN buat di negeri kelahiran dato'?
ALOR SETAR, 5 April: Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah telah membelanjakan RM8 juta untuk membiayai program politik Umno menjelang pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (gambar) mendedahkan di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang berlangsung semalam ketika menjawab soalan tambahan Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) berkaitan sumbangan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) berjumlah RM1.2 juta.
Antara perbelanjaan yang didedahkan ialah perbelanjaan persiapan mesyuarat perwakilan Umno, membiayai program Perdana Menteri di Padang Terap, sumbangan wang tunai kepada Umno Kedah dan bahagian-bahagian Umno untuk menghadapi PRU 12 lalu.
Amiruddin berkata, perbelanjaan yang tidak menepati objektif penubuhan syarikat itu telah mengundang 'teguran keras' Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunannya.
Susulan dari itu, syarikat terbabit terpaksa menanggung cukai korporat ekoran permohonan kemudahan pengecualian cukai telah ditolak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akibat perbelanjaan yang bermotifkan politik Umno itu.
Amiruddin turut memaklumkan prestasi kewangan STDC yang berjaya dipulihkan sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri dan pengurusan GLC Kedah.
STDC masih mencatatkan kerugian berjumlah RM144,000 pada 2008 tapi prestasi syarikat telah berjaya dipulihkan sehingga mencatatkan keuntungan RM334,000 (2009) dan RM826,000 (2010).
Salam Dato’ A Kadir Jasin
I don’t know whether what Mr. Ex Riong said is true or not. It is quite skeptical but reasonable. I follow this blog for the past three years and what I can conclude is, most of your articles always condemn either UMNO, BN, YAB Dato’ Seri President or his wife, and sometimes you abase them.
So far, I haven’t come across anything about Anwar Ibrahim either positively or negatively in your articles. Although there are a lot of controversial issues regarding Anwar, but you just keep quiet. Your injurious PAS and some of the ex PKR leader occasionally but you never unearth anything about Anwar. Today, I want to know why and please rectify the doubtfully inkling. TQ.
Assalamualaikum,
Video memanglah tulen; tetapi mestikah watak pelaku itu tulen juga? Tak mungkinkah watak itu "dicipta" supaya kelihatan serupa dengan seseorang. Kalau benar begitu, maka watak pelaku sex itu ialah seseorang yang lain. Dengan demikian, berlakulah satu fabrikasi. Apakah hal sedemikian mustahil sengaja dilakukan oleh mereka yang kurang sifat taqwanya kepada Allah SWT?
Sangatlah besar dosanya bagi sesiapa yang apabila menerima "berita" seumpama ini lantas terus percaya, semata-mata kerana dia sangat membenci mangsa fitnah yang menjadi musuh besarnya, padahal belum tentu "berita" itu benar.
Kalau "berita" itu benar sekalipun, dia tetap juga berdosa, kerana prasangka buruknya sudah mendahului hakikat kebenaran. Tetapi, kalau "berita" itu sekadar fitnah, maka berganda-gandalah dosanya.
Dalam kes DSAI, saya berpendapat, DSAI sedang mengumpul pahala mereka yang menuduhnya, mereka yang percaya yang dia itu peliwat dan penzina, mereka yang membencinya dan mereka yang memusuhinya; dan pada waktu yang sama mengagih-agihkan dosanya kepada mereka.
Oleh yang demikian, semua yang memusuhi DSAI di dunia ini akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Bagi saya, dalam kes begini, kita tidak perlu bertepuk tangan mengiakan "berita" yang dibawa oleh orang, lebih-lebih lagi kita tahu orang itu musuh DSAI. Nampak sangat, kita berhati busuk.
Supaya terselamat daripada dosa, amat bijak sekali bagi kita untuk tidak mempercayai "berita" berkenaan, meskipun, katakan, pada akhirnya memang sah "berita" itu didapati benar.
Wassalam.
Tok Kadiaq
Betui kata OKJ, mata saya pun nampak sebijik mcm Anwar.Masa kecik dulu pernah jugak mai kampung saya.
Dia YB saya Tok,pernah la jugak panjat pokok pelekat bendera BN bila dia mula lawan dulu.
Bukan pasai kami pi sekolah sama rendah dan menengah,tapi arwah ayah yang suruh dan dapat rm50.
Saya ingat kan Tok,betui la teori 'Parallel Universe'ni.video tu bukan Anwar,sini dia baguih apa!
Yang di Universe satu lagi tu,dia pun baik jugak.Mana tau kot kot tu bini no 2 ka,4 ka.Silap silap dah jadi PM.
WHAT SAY YOU TOK!
Salam Datuk,
Sesuatu yang baik untuk perkembangan ekonomi negara. Semua boleh berubah sekelip mata mengikut sejarah lampau untuk masa depan negara. Pasti nanti dengan usaha gigih, tidak mustahil akan bersatu untuk menjadi 1Malaysia yang cemerlang.
Assalamualaikum Dato'
Saya perhatikan , tulisan Dato' kali ini lebih kepada persepsi dan andaian kerana tidak disertakan bukti-bukti yang jelas dan kukuh.
"Tetapi sejak itu ( PRU 2008), kesepakatan antara DAP, Parti Islam se-Malaysia (Pas) dan PKR sudah tidak padu lagi. Ini diburukkan lagi oleh masalah dalaman PKR".
Bagi saya pula, kesepakatan PR semakin kukuh, ikatan semakin kuat, dengan pelbagai serangan bertali arus BN termasuk menidakkan hak rakyat di negeri-negeri di bawah PR, secara tak langsung memperteguhkan ikatan PR.
Saya nampak, kes Sodomy 2 tidak menyebelahi Saiful dan Gani Patail. Dan saya nampak, susulan dari itu amat perlu bagi BN mengenengahkan 'satu isu' yang mampu membunuh secara TKO politik Anwar.
Kalau Mahathir dalam Memoirnya menuduh Anwar melanggan 4 pelacur, maka langsung tidak terkejut kalau kuncu-kuncu nya mengikut sunnah Mahathir, bahkan lebih berani dari itu! Inilah permaianan politik secular Machiavellianism yang diamalkan oleh UMNO yang halal haram tiada sempadan, matlamat diutamakan!!!
Objektif Video Seks tak sama dengan objektif Sodomy 2!
Objektif video seks adalah untuk menjahanamkan nama Anwar, sekaligus melumpuhkan PR. Video seks tidak akan masuk mahkamah sebagaimana sodomy 2, tetapi untuk diputar lagi dan lagi oleh media massa BN untuk memburukkan nama Anwar, melahirkan dan menguatkan persepsi kepada rakyat bahawa Anwar tak bermoral. Itu saja.
Matlamatnya seperti memukul kepala ular!!!
NAMUN saya yakin, isu video seks ini akan menjadi senjata makan tuan.
Isu Kalimah Allah dan Al-Kitab yang direkacipta oleh UMNOBN, bakal melihat musibabnya di Sarawak!
DAN saya cukup yakin, PR sudah bersedia dan ikatan semakin kukuh HATTA tanpa peranan Anwar. Anwar telah berjaya 'mengikat kuat' komponen PR yang tanpanya, akan terus terikat.
PR sudah bersedia tanpa Anwar!
Namun, saya amat yakin, tamat PR Sarawak, Anwar akan memulakan atur gerak yang lebih agresif, bukan lagi taktik bertahan tapi taktik menyerang!
DAN SEMEMANGNYA, INILAH MASA TERBAIK UNTUK ANWAR, MEMERAH 100% TENAGA DAN AKAL YANG ADA!!! INILAH MASANYA, ANWAR!
Acid splashed on another victim
KUALA LUMPUR: Acid splashers have claimed another victim: a woman in Mantin, Seremban, in what could be a copycat case.
It was learnt that the 27-year-old woman and her 18-year-old niece were on a motorcycle returning home to Batu Lima from Jalan Mantin around 9pm on Saturday when two men on another motorcycle splashed the burning liquid on them and sped off.
comment:
Orang yang melakukan perbuatan ini jika dapat di tangkap hukumannya mesti digantung sampai mati. Pihak kerajaan patut mengambil perhatian serious tentang hal ini dan perlu melihat semula undang-undang yang sedia ada.
Xriong
Pembahas OKJ dan Ex-Riong,
1. Saya kenal secara peribadi dengan Anwar sebaik saja dia masuk Umno pada tahun 1982. Secara peribadi saya masih bersahabat dengan beliau. Itu pendirian saya. Tak tahulah kalau Anwar berasa yang sama. Memang betul, saya dan kawan-kawan yang disebutkan oleh Ex-Riong kerap berjumpa Anwar. Tetapi ini adalah kerana kedudukan Anwar dalam Umno dan kerajaan;
2. Saya tidak mahu mengadili sesiapa. Siapalah saya. Tetapi apabila Anwar dibicarakan pada kali pertama dan didapati bersalah, saya terpaksa menerima keputusan mahkamah sebagai mutakhir. Lagipun Anwar diberi peluang membela diri dengan bantuan para peguam yang ternama. Namun saya berbeza pendapat dengan kepemimpinan Umno dan kerajaan mengenai apa yang perlu dilakukan dengan Anwar setelah dia dipenjarakan. Saya berpegang kepada pendapat Anwar dibicarakan dan didapati bersalah. I would like to leave it at that;
3. Saya tidak menafikan yang ketika Anwar dan Dr Mahathir intim, saya juga rapat dengan Anwar. Saya melihat betapa “smooth” Anwar mengambil hati Dr Mahathir dan sesiapa sahaja yang pada pandangannya berguna kepada kerjaya politiknya. Saya ada memberi “nasihat” kepada beliau mengenai perhubungannya dengan Dr Mahathir dan saya juga “mengingatkan” Dr Mahathir mengenai tindak-tanduk para penyokong Anwar. Tetapi rasa-rasanya tidak dihiraukan oleh mereka kerana bulan madu mereka terlalu manis;
4. Tetapi saya bukanlah dalam kelompok atau dari kalangan yang terlalu mesra atau diyakini oleh Anwar hingga terbabit dengan kegiatan atau urusan peribadi beliau. Saya rasa perhubungan saya dengannya lebih “rasmi/official” dan profesional. Ini mungkin kerana saya seusia dengannya dan dia berasa saya terlalu rapat dengan Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.
5. Di kalangan wartawan dan penggiat media, Anwar lebih rapat dengan Nazri Abdullah (Berita Harian), Johan Jaaffar (Utusan) dan Yunus Said (TV3). Pendirian saya adalah saya tidak akan mengambil atau menerima arahan Anwar jika tidak selari dengan arahan dan pendirian Dr Mahathir;
6. Tetapi selepas Anwar dibebaskan, saya berpendirian bahawa beliau masih mempunyai pengaruh dan boleh memikat penyokong baru yang masih muda ketika kes liwat pertama dibicarakan. Di Malaysia, fanatisme politik kepartian dan ketaasuban kepada personaliti masih mendalam. Inilah yang diperalatkan oleh Anwar untuk terus berguna.
7. Mengenai kritikan saya terhadap pemerintah, saya rasa adalah hak dan kewajipan kita mengingatkan para pembesar yang kita undi tentang tanggungjawab, tingkah laku dan tindak-tanduk mereka. Saya tidak benci dan saya tidak cinta kepada sesiapa. Demokrasi bukan mengenai cinta dan benci, tetapi mengenai hak kita memilih kepemimpinan yang terbaik, yang peka kepada kebajikan kita semua.
8. Terima kasih.
Sdr OKJ (Orang Kampung Je) tapi cukup arif hal perubatan. Rasa saya, Sdr OKJ adalah Orang Kampung Je yang berpendidikan perubatan.
Seorang profesor psikologi dari Amerika Syarikat yang saya temui dalam lawatannya ke Kuala Lumpur sepelas Anwar dibebaskan beberapa tahun lalu berkata Anwar mempamerkan ciri "narcissist".
Dia ke sini untuk membuat psychological profile beberapa orang penting di Malaysia. Saya tidak pasti kalau Anwar di antaranya.
Saya harap Sdr (Dr?) OKJ boleh memberi penjalan mengenai "narcissism" dan ciri-ciri psikologi lain yang membuatkan seseorang itu sesuai atau tidak sesuai memimpin.
Terima kasih.
saya pengundi sarawak sudah sedia meluahkan geram saya pada kerajaan bn (barang naik..lagi...dan lagi...dan lagi..)memang benar undi saya cuma satu dan tak mungkin akan memberi perubahan, tapi saya berpuas hati dgn undian menentang kerajaan zalim
Datuk,
Saya amat bersetuju dengan pendirian Datuk.
Menegur dan memberi komen bukan bermakna benci. Apabila seorang bapa menegur anak kerana kesilapan anaknya; adakah bermakna bapa itu bencikan anaknya? Dalam kes kita hari ini, apabila rakyat nampak ada perkara yang tidak berapa kena yang dilakukan oleh para pemimpin, adakah rakyat itu salah? Saya umpamakan rakyat sebagai bapa kerana rakyat yang mengundi pemimpin (bukan pemimpin mengundi rakyat).
Masa depan negara ini adalah masa depan kita dan anak-anak kita. Jika kita lihat ada pemimpin yang lebih menjaga kepentingan diri dari menjaga kepentingan rakyat; adalah menjadi kewajipan kita untuk menegur agar kesinambungan negara ini berterusan.
Kita tidak mahu di suatu masa nanti, ada pihak luar yang akan mengambil peluang diatas kesusahan rakyat dan masuk untuk menghancurkan negara ini.
Apabila pemimpin Libya tidak pandai menjaga rakyatnya, rakyat memberontak dan terjadi kekecohan. Hasilnya Amerika dan Nato datang dan membedal kedua-duanya.
Apabila pemimpin Iraq tidak pandai menjaga hati rakyat, rakyat memberontak dan membantu Amerika untuk menjajah negara mereka sendiri.
Salam Dato,
Ni saya nak komen bab video `lucah'......tak lucah punnnn!
HUKUM,HAKIM dan HOOHAAHOOHAA
HUKUM...
Hakim dunia nak periksa `bukti' dari kedua pihak,kena tuduh dan yang menuduh...
Penghakiman islam untuk kesahihan kejadian, seperti didalam isu ini ialah mengenai pengunaan bahan images,audio,data,tulisan dll...
ISLAM semasa rasulullah dulu tiada teknologi imaging,audio, data dan teks seperti sekarang, TETAPI ISLAM itu ugama sepanjang zaman dan tetap tujuannya didalam kehidupan manusia didunia dan akhirat.....
Terdapat ramai ahli fikir,ahli hukum,ahli ugama dll dalam hal ehwal islam...
TETAPI,
SAYA MUSKYIL kenapa masih tiada
fatwa khusus tentang pengunaan teknologi teknologi baru ini didalam menentukan kesahihan maklumat/bukti sebarang kejadian yang melibatkan kecurian, pembunuhan ,khalwat,zina,penderaan dll...
APAKATA NANTI kalau orang dok `beromen sakan' kat angkasa,orang buang manusia hidup hidup dari kapal angkasa (hukum buang luar bumi!),menikah kat stesyen angkasa,hantar embryo sejuk dan dibesarkan diplanet lain 10-20 tahun kemudian, dll.... MESTI TIADA HUKUM dalam islam dulu kala, tetapi kena lah buat hukum macam cara sembahyang di angkasa lepas....
ITU semua tanggungjawap ahli ahli ugama yang arif dibidang tersebut...
HAKIM...
Hakim adalah dikalangan manusia yang tiggi darjatnya,dan juga tanggungjawapnya.
Perihal cerita video clip lucah ni (yang SAYA TENGUK TAK LUCAH pun!),
apa kata kita semua tunggu keputusan hakim kerana mereka lebih baik dari kita... JANGAN IKUT MACAM orang itali, dah berpuah puak teruk, tapi dia punya bos puas rasa sedap sedap punya..hampa keriau pi laa, dia dok sedaaaapppp....
HOOHAHOHA...
Videoclip tu di tunjukan adalah hampir 2 minit.
Mana punya video ni?,samaka video yang kat polis tu?,macamana kandungan lain lain?, ada kah video ni cuma had 1 minit 47 saat tu saja?, dan macam macam soalan lagi....
YANG SAYA HERAN betui ialah kenapa rioh rendah repot sana repor sini kata itu bukan DSAI?? kalau dah bukan DSAI rilex laa bros!!
SETAKAT INI ada tak ada pulak repot kata itu DSAI lelaki dalam videoclip itu?
LEBIH BAIK REPOT jam hilang...
MASS HYTERIA ini betul betul sedang berlaku sekarang dimalaysia
Abu Bakar Ab Rahman
Salam DAKJ
Terima kasih kerana Dato’ dapat berterus terang secara jujur kepada semua pembaca blog Dato’. Inilah sifat terpuji yg patut dicontohi. Janganlah Dato’ ambil hati sebab sedangkan sepandai-pandai Tun Dr Mahathir pun, boleh tertipu dan ditipu selama 18 tahun, inikan pula kita insan biasa. Tahniah Dato’. Cuma yg sedihnya, masih ada lagi yang kena tipu sampai hari ini dan masih tak tahu dirinya ditipu. Sedih ! Sedih! Sedih betul rasanya!!!!
Berkenaan, personality disorder, kalau mengikut DSM IV-TR, ia boleh dibahagi kepada 3 kluster iaitu bahasa melayunya 3P - kluster pelik, kluster perasan dan kluster penakut. Narcissistic ini dimasukkan dalam kluster B iaitu jenis orang PERASAN.
Bila didiagnosed seseorang sebagai mempunyai personality disorder, maksudnya beliau bukan lagi normal dan memerlukan rawatan doktor pakar sakit jiwalah tu. Nak jaga ‘barang’ sendiri pun tak boleh dan tak berdisiplin, inikan nak pimpin orang lain. Adakah itu maksud tersirat yg nak diberitahu oleh Professor tu ke Dato’? Sama-sama kita renungkan. Sekian TQ.
Tak ada yang pick-up berita SPRM vs orang terjun bangunan part 2?
Nama MAlaysia masyhur lagi...
Fed Up
Salam Dakj
"Saya (Dakj)mungkin silap (besar) kalau saya katakan bahawa kepemimpinan pusat yang dipelopori Umno lebih mudah atau lebih suka bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang daripada dengan PKR di Selangor dan dengan Pas di Kelantan dan Kedah.
Kalau tanggapan saya ini betul atau ada sedikit kebenaran, saya takut (amat takut) iaitu yang akan kerugian adalah orang Melayu yang berupa kaum majoriti di Kedah dan Kelantan.
Hatta di Selangor yang kaya itu pun, nasib orang Melayu mungkin tidak terbela kalau permusuhan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri menular dan merebak ke dalam arena ekonomi dan pembangunan."
Bagi saya, bukan sangat pemimpinan pusat yang dipelopori Umno lebih mudah atau lebih suka bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang daripada dengan PKR di Selangor dan dengan Pas di Kelantan dan Kedah seperti yang Dato' katakan di atas, tetapi para pemimin UMNO tahu sangat orang Melayu mudah mereka gula2kan, perbodoh2kan dan perdayakan diambang PRU nanti. Sebaliknya tidak bagi kaum Cina, khasnya. Kesian Melayu
Sdr Fedup, berkata: "Tak ada yang pick-up berita SPRM vs orang terjun bangunan part 2?
Nama MAlaysia masyhur lagi.."
Saya cadangkan agar diadakan Suruhanjaya atau badan khas menyiasat semua kes mati dalam tahanan, termasuk mati jatuh bangunan ketika disiasat.
Mengapa harus dihadkan dan diberi keistimewaan kepada mendiang Teoh Beng Huat saja?
Nyawa orang lain -- Melayu, India, Orang Asli, Iban dan Kadazan -- yang mati dalam tahanan atau jatuh bangunan ketika disiasat juga berharga.
Selective investigation by a Royal Commission is unfair and goes against the very foundation of justice and equality before the law.
Kalau betul-betul amalkan 1Malaysia, ayuh kita berlaku adil dan seksama kepada semua tak kira bangsa, pangkat dan kedudukan.
Terima kasih.
Apa yang menjadi tanda-tanya pada saya ialah adakah kita cukup memahami apa itu perubahan yang sedang berlaku di sekeliling kita ini? Kalau masih kelabu bagaimana hendak diuruskan perubahan, inilah yang sebenarnya menyulitkan keadaan dan membuatkan kita tidak terarah.
Mungkin saya salah pada tafsiran ini. Nampaknya mengapa harus kita takut pada diri kita sehingga seolah-olah kita sampai pada satu ketika yang membuat kita keterlaluan atau overprotecting over the Malay. Kita yang menghambat kepada kebangunan Melayu bukannya orang lain. Secara tidak sedar kita yang menjumudkan semula Melayu itu.
Kita rasakan seolah dinamisme Melayu yang sedang digelorakan itu seperti satu resipi vogue sedangkan ianya tidak. Janganlah kita terlalu bersandarkan kepada nostalgia sedangkan kita di depani pada sesuatu yang kita masih kelabu dan teraba-raba.
Inilah akibatnya apabila tamadun kita yang lebih bercirikan cut and phase. Perlu di dalam keadaan segera pada politik era moden ini perkara yang memual disanggah sama sekali. Katun-katun politik yang menyusahkan rakyat tanpa mengira parti dinyahkan terus. Mengapa rakyat masih memaksa diri mereka untuk melayani kerenah yang sama sekali tidak menguntung semua.
Dah sampai masa untuk rakyat memilih mereka yang beretika. Cukuplah dengan wayang-wayang politik, enough is enough from the elderly sehingga ketermuda politicians, yang membebankan kita, its time for your exit......
Tok, saya setuju dengan media massa, khasnya yang bebas macam blog Datuk ini, jadi mahkamah pendapat umum (court of public opinion) untuk siasat dan bicara pemimpin dan orang-orang yang berangan-angan nak jadi pemimpin.
Saya baca dalam Internet di negeri kafir yang tak akui peranan ugama dalam pentadbiran pun depa tangkap orang yang cari jalang.
By JAYMES SONG, Associated Press Jaymes Song, Associated Press – 2 hrs 1 min ago
HONOLULU – One of President Barack Obama's close friends has been arrested in Honolulu on suspicion of soliciting a prostitute.
Robert "Bobby" Titcomb was one of four men arrested in an undercover sting operation late Monday and later released on $500 bail, according to Honolulu police.
Honolulu ni dalam Amerika yang tak akui peranan agama, tapi di situ pun kalau pi dok cari jalang kena tangkap juga.
Di Italy PM dia Silvio Berlusconi kena charge pasai beli seks dari gadis bawah umur.
Milan, April 6 (IANS/AKI) Italian Prime Minister Silvio Berlusconi's trial on charges that he paid for sex with an underage Moroccon dancer was adjourned shortly after it opened in a court here Wednesday.
The court proceedings lasted for about 10 minutes. The three presiding judges had just enough time to hear Berlusconi's legal team request that the case be transferred to a special tribunal for ministers. Berlusconi did not attend it.
The trial is scheduled to resume May 31.
Berlusconi is accused of paying for sex last year with Moroccan exotic dancer Karima el Mahroug, nicknamed 'Ruby the Heart-Stealer', when she was 17 years old.
Tok,kalu di negari kafir yang amalkan sistem moral yang berlainan dengan kita pun cekop geng-geng rayap ni Tok, takkan kita di "Negera Islam" nak diam? Lawak la tok. Jadi tak kiralah sapa dalam video tu, kita kena siasat dan ambil tindakan pasai pelacoran di Malaysia haram Tok. Tak payahlah buang duit buat RCI. Polis boleh siasat bawah akta cegah maksiat dan pelacoran. Orang politik ka, peniaga ayam ka, sama saja. Jangan dok fikir konspirasi politik saja.
Kamjat Penang.
Datuk,
1/ Betul pandangan Datuk , ramai pengundi bandar/sub bandar akan mengundi PR bukan kerana percaya kepada PR tetapi mengharapkan ada pembangkang untuk " check and balance". Mereka kurang yakin kepada BN atau PR untuk mentadbir negara dengan telus dan adil. Mereka juga percaya dalam masa terdkat BN akan terus memerintah.
2/ Sebagai parti yang memrintah, wajar perhatian lebih diberikan kepada BN , khususnya UMNO kerana dasar dan pelaksanaan dasar memberi kesan kepada kita dan anak cucu kita nanti.
3/ Artikel Datuk dalam Malaysian Business , banyak merungkaikan apa yang berlaku. Ia menakutkan saya sebagai orang Melayu. Artikel dalam keluaran April 1st, satu artikel yang menarik. Adakah dalam artikel itu satu " exception" atau sebenarnya adalah " rules" .
Dato,
Saya merujuk kepada artikel Dato ini,
Mandat 2/3 layak diterima oleh BN sekiranya kadar korupsi adalah terkawal (rendah) dan pemerintahan yang ditunjukkan adalah baik (compentant)yang boleh membawa rakyat hidup dengan lebih baik.
Saya rasa pengundi terutamanya di bandar semakin matang, ramai pengundi yang bukannya semata-mata hendak menyokong pembangkang tapi hendak mewujudkan "check and balance" supaya apa-apa yang tidak kena dalam pemerintahan dapat disuarakan dengan lebih berkesan.
Parti pembangkang yang kuat di negara kita adalah DAP dan PAS. PKR masih lemah dan baru.
Kesediaan parti pembangkang untuk perintah negara kita boleh disoalkan terumanya PKR.
Saya tidak berapa yakin parti pembangkang bersedia untuk perintah negara, mungkin baik diperingkat negeri.
Sebaik-baiknya BN dapat diperintah tetapi pembangkang ditambahkan lagi di Parlimen. Sekarang ini 2/3 majoriti tidak sesuai lagi melihat kepada keadaan semasa.
Orang KL
DAKJ,
Bila forwarding agent mengamuk bila dapat tahu pegawai berkenaan meninggal, ini bagi saya menunjukkan arwah Sarbani adalah seorang yang jujur.
Jika makan duit, tentunya forwarding agent tidak akan kesah kerana mereka hanya perlu cari kaki yang baru.
DAKJ, jangan nanti jika sekalipun ada suruhanjaya, tup tup keluar rumusan "bunuh diri tidak, dibunuh pun tidak".
Tenat dah negara kita ni.
Fed Up
negara ini akan benar-benar makmur dan maju apabila parti pr dan bn bergilir-gilir menjadi pemerintah. kalau tak percaya bagilah peluang kepada pr untuk memerintah satu atau dua penggal dan kita tengok perubahan drastik, terutama isu membasmi rasuah. bukan seperti omongan kosong seperti sekarang ini yg nyata ikan-ikan kecil saja yg ditangkap. tapi adakah pemimpin-pemimpin (bn khasnya) berani menghadapi perubahan ini, saya rasa para pembahas tahu jawapannya. inilah yg paling ditakuti mereka. rakyat harus berani membuat perubahan kerana rakyat tiada apa yg perlu ditakutkan, tidak seperti pemimpin-pemimpin atasan yg ada sekarang. beranilah berubah demi masa depan anak-anak kita.
Salam Dato,
Nampak tajuk macam fair enough, namun jika di kaji adalah di ragui kerana rakyat atau pengundi tidak di benarkan mendapat maklumat secukupnya dari media cetak mahu pun elektronik. Kedua-dua medium ini di monopoli oleh media perdana yang di kuasai oleh umnobn.
Ini yang dikatakan peratuan dan undang-undang yang memihak kepada satu pihak sahaja.
Mana keadilannya Dato?
Drp; Mie
Tuan2 yg dihormati
sejak akhir-akhir ni saya kalo boleh tak mau sibuk2 masuk campoq hal2 berkaitan video ni.
yelah, walaupun video tu tulin orangnya belom tentu lagi. nak keluar video muka saya ka, muka tuan ka bukan mustahil. masa saya sekolah dulu ada sorang senior tu muka sebijik cam muka saya. bentuk badan pun sama, cuma saiz jer lain sebab saya muda 2 tahun dari dia.
bagi sayalah, kalaulah betul2 nak 'amar makruf nahi munkar' kan ke elok masa depa tengah projek tu kita serbu. tangkap. ala tangkap basah macam yg kita duk buat kat orang kebanyakan tu, sasah sangat ka?
haaa, masa tu memang tak boleh nak kata apa lagi. kan ker bagus.
tak perlulah nak tubuh RCI ker, nak sumpah junjung quran ker, nak apa2 ker.
ada saksi 4 mata labih senang, lagi bagus. bawak la imam masjid negara ka, tok mudfti ka masa serbuan.
la ni, semua org kata dia betui, org lain tak betui.
saya tak berani nak campoq. nanti tak pasal2 kalau tuduhan tak betul kita kena timpa gempa bumi ka, tsunami ka.
awat?tak percaya? Allah punya kuasa semua boleh jadi. KUN FA YAKUN
JJ
Terciptakah “Fenomena Tsunami Politik Sarawak 2011” ? Itukah kegusaran PRU13?
Rakyat Sarawak sudah merdika 48 tahun .... takkanlah tahap kematangan politik demokrasi masih rendah seperti rakyat negara2 diperintah oleh diktator dunia... boleh dijual beli / dirasuahkan dengan harga yang murah melalui budaya POLITIK WANG BN?
Siapakah yang menjadikan mereka melarat & terpinggir dari arus kemajuan selama 48 tahun? Sedangkan kekayaan Bumi Kenyalang amat besar.. kemana perginya hasil mahsul komoditi balak, perladangan, perdagangan, industry, perlombongan termasuk royalti minyak negeri Sarawak?
Sudah tiba rakyat Sarawak buka mata dan minda merdika..... kembalikan hak milik rakyat asal ... jangan biarkan diri kita' ditipu berkali2 oleh orang yang sama, TAIB MAhMUD & the BN gang. ... inilah peluang & masa untuk buat PERUBAHAN POLITIK ... wahai rakyat Sarawak yang tercinta!
UBAH!... rakyat Sarawak buktikan TSUNAMI POLITIK SARAWAK pada PRN Sarawak ke 10 pada 16 April 2011 ini! Undilah Calun2 PR untuk PERUBAHAN secara demokratik dan bermaruah!
“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH NASIB DIRI MEREKA SENDIRI”
[ Surah Ar-R’ad: 11]
Kenyalang
Manifesto untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai negeri yang terkaya di Malaysia adalah tidak perlu sama sekali. Manifesto sepatutnya meletakkan perancangan masa hadapan, dan bukan kenyataan sedia ada. Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia, pengeluar minyak dan gas yang utama dan mempunyai kawasan pembalakan yang terbesar. Dengan penduduk yang kurang dari satu juta; Sarawak adalah kini negeri yang terkaya di Malaysia walaupun tanpa perlu apa-apa manifesto.
Berapa negeri dalam Malaysia yang ada minyak di daratan atau berdekatan pantai? Berapa negeri dalam Malaysia yang ada sumber gas asli yang amat tinggi? Berapa negeri dalam Malaysia yang ada simpanan balak yang terbesar? Berapa negeri dalam Malaysia yang ada sumber pertanian seperti lada hitam dan lain-lain? Berapa negeri dalam Malaysia yang mempunyai pendapatan yang tinggi dari pelancungan? Berapa negeri dalam Malaysia yang mempunyai pendapatan yang tinggi bagi kesemua sumber diatas? Hanya satu, iaitu Sarawak.
Bagi pendapatan setinggi di atas, negeri mana yang ada penduduk kurang satu juta berbanding 26 juta rakyat Malaysia?
Yang miskin bukanlah negeri Sarawak, tetapi setengah juta rakyat Sarawak. Namun, majoriti rakyat Sarawak tetap merasa selesa dengan keadaan mereka hari ini. Setiap pintu rumah panjang diberikan tong air berharga RM20 dan setiap rumah panjang diberikan generator. Walau apa pun, rakyat Sarawak amat berbesar hati dan berterima kasih dengan kerajaan kini.
Cuma orang Malaya yang tidak tahu berterima kasih walaupun telah ada "air dalam bosi, api dalam kaco". Masih mahu yang lebih baik, kenapa?
Mungkin keselesaan bagi orang Malaya dan keselesaan orang Sarawak membawa takrif yang berbeza.
Para penyokong BN masih amat tinggi berbanding dengan penyokong PKR, PAS atau DAP. Tidak mungkin BN kalah dengan para penyokong PKR, PAS atau DAP.
Tapi jangan lupa, golongan terbesar adalah golongan yang bukan menyokong mana-mana parti politik; iaitu golongan atas pagar. Mereka tidak kisah hal-hal bodoh seperti video porno, kutuk mengutuk dan lain-lain tindakan yang hanya menampakkan kehinaan pemain politik.
Yang penting ialah keselesaan hidup, pendapatan terjamin, kualiti kesihatan dan pendidikan yang baik. Jika hidup tidak selesa, harga barang amat mahal, kos minyak naik hampir setiap bulan; sedangkan isteri menteri dapat beratus juta, melancong dengan rombongan kesana-sini, adakah golongan ini akan masih menyokong kerajaan sebegini?
PKR, PAS atau DAP tidak ada kena-mengena; yang penting, adakah kerajaan memberi keselesaan dan mengutamakan rakyat?
Nampaknya pihak kerajaan lebih banyak menyebut hal-hal Anwar Ibrahim, PKR, dan DAP dari isu-isu rakyat. Perhatian kepada Anwar lebih tinggi dari perhatian terhadap rakyat. Adakah pada kaca-mata kerajaan; Anwar Ibrahim lebih penting dari rakyat?
Isu-isu keselesaan rakyat hendaklah diberi perhatian yang lebih dari isu-isu Anwar Ibrahim.
Top jobs only for those who know the language well
By HARIATI AZIZAN and LEE YEN MUN
sunday@thestar.com.my
PETALING JAYA: It does not matter if you are top of your class or have a string of degrees, that dream job will not be yours unless you can speak and write well in English.
Feedback from local and international employers shows that verbal and written communication skills in English remain the most sought-after attribute in prospective employees.
comment:
It goes without saying. That is the reality. So our children and grand children must get ready to develop their skill in the language at the early stage of their schooling in order to be employable and the chance of going up the ladder in their career development.
Salam Dato',
Bagi saya kombinasi yang ada skrg di Parlimen adalah yg terbaik utk equlibrium iklim politik Malaysia..
Dulu zaman majoriti besar BN begitu angkuh seolah-olah mereka jaguh 'undisputed' dan rakyat terhutang budi dgn mereka.. bukankah dalam sistem demokrasi ia patut sebaliknya? mereka itu dipilih sebagai pengurus negara berbayar oleh rakyat, bukan pemilik negara..itulah yg terjadi skrg..rakyat ibarat 'board of director'..ini dah dilayan mcm macai hamba & kuli.. ni yg kata kaduk naik junjung..
Keangkuhan BN itu dah diajar pd tahun 2008..kali pertama pemimpin UMNO/BN yg ego terbeliak mata melihat kebangkitan rakyat yg dah bengang..kita bukan hidup ala zaman khmer rouge yg mana org boleh berfikir dipupuskan..
Jika tidak kerana fenomena 2008 ini, takkan adalah sebarang usaha oleh penyandang skrg utk mengambil hati rakyat dgn NKRA & pelan transformasi sebagainya.. kalimah keramat "ubah gaya hidup" pun tak tak kedengaran lagi tatkala kenaikan harga barang oleh inflasi. Baguslah kalau ambil peringatan..
Pakatan pembangkang masih jauh utk memerintah..dari segi keupayaan mereka masih kekal dgn mentaliti pembangkang..hanya tahu mengkritik & mengutuk..
Bukan menyumbang idea atau usaha.. mentaliti sebegitu masih terbawa-bawa ketika dah jadi kerajaan negeri pun..bila dikritik, pandai melenting & mereka hanya pandai 'tai-chi' masalah dan cari salah org lain..bukan nak selesai masalah dgn kuasa yg dah ada..itu baru skala negeri, belum lagi ke skala putrajaya..
Sebab itulah Barisan Alternatif gagal - mana ada bg cadangan/idea alternatif utk setiap kutukan & kritikan atas dasar & cadangan pemerintah di Parlimen..ibarat ayam jantan lantang berkokok..ekor bergelumang tahi..
Pakatan Rakyat akan hanya tinggal nama kerana tak nampak mereka boleh berpakat..banyangkan kalau jadi kerajaan..sarkas jadinya kalau satu kapal 3 kapten berbeza halatuju..
Sebenarnya, Malaysia belum ada pilihan.. tiada alternatif..tiada pakatan.. jadi gunalah segala 'resources' sedia ada utk kebaikan kita semua..2008 dah ajar kita.. kalau dalam bisnes itu dipanggil pendekatan "lean management" .. manage our votes in a lean way.. itu namanya pengundi bijak..tiru mcm org Cina..tunggulah sehingga pakatan pembangkang capai akil baligh utk jadi pemerintah dulu..
Kesimpulannya, bglah BN memerintah tetapi biar dgn majoriti mudah.. itu saja yg kita mampu..
Tetapi kalau UMNO + PAS boleh bersatu...itu lain cerita..negara Islam bukan sesuatu yg mustahil..Perlembagaan boleh diubah dgn majoriti 2/3..tetapi dgn perpecahan skrg..ia adalah suatu terowong yg panjang yg belum ada nampak cahaya penghujung..
wasalam
("/)
Insyallah Tuan, melalui pengamatan saya, rasanya akan berlaku Tsunami 2008 pd kali ini, setidak2nya menafikan maj 2/3..
SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,
A KADIR JASIN said...
...
Kalau betul-betul amalkan 1Malaysia, ayuh kita berlaku adil dan seksama kepada semua tak kira bangsa, pangkat dan kedudukan..
Datuk,
Macam mana nak berlaku adil dan saksama kalau undang2 lampu trafik (hijau, kuning, merah) ada ORANG2 yang KEBAL.. konsep 2Malaysia.. VVIP didahulukan, RAKYAT.. biasa je lak.
" 'KOORR' dalam saman kalu itu MERAH lampu pun hantam juga! "
SEKSAMA ISTERI WAJIB, tapi la ni SEKSA..AAAAGH
ALFATIHAH, AMIN.
Ps. ...seksama semua tak kira bangsa, pangkat dan kedudukan.. harem lah. Our vocabulary is of a Scribe ONLY in Word Challenge..hehe
malam tadi di kpg boyan, kuching, ada dua ceramah jarak 15 kaki jer antara satu. ceramah bn sebelah dan ceramah pkr sebelah. ezam kotak ada sebelah bn dan ds anwar sebelah pkr. pembesar suara dihalakan antara keduanya. nyata sekali penonton di sebelah pr yg berjumlah lebih kurang 2000 mengatasi penonton sebelah bn yg lebih kurang 100 org jer, itupun dah dikira masuk fru dan polis yg berdiri depan kem bn. yg menariknya rumah tempat ds anwar berceramah adalah rumah penyokong kuat bn sebelum ini. aku diberitahu ada beberapa org lagi penyokong veteran bn telah beralih arah menyokong pr di kpg boyan. apakah ini disebabkan simpati atas keluarnya video fitnah seks anwar? setelah tamat ceramah pr, ds anwar bersalaman dgn penduduk kpg dan terpaksa dikawal ketat kerana org ramai yg bersesak ingin bersalam. beberapa buah motosikal yg dinaiki pemuda yg mengibarkan bendera bn membuat kecoh dgn menekan minyak motsikal membuat bising sedang anwar berjalan dihadapan mereka. ini membuat penyokong pkr naik angin dan menendang motosikal pemuda bn. pergelutan berlaku dan pemuda2 bn dikejar dan dipukul beberapa kali sehinggalah dapat dileraikan oleh polis dan penduduk kpg. syabas diucapkan kepada pengawal peribadi ds anwar dan polis yg berjaya mengawal keadaan dan menyelamatkan pemuda bn itu dari dikerjakan dgn lebih teruk lagi.
DAKJ
KALAU DAH JADI PARTI PEMERINTAH MEMANG DAH GITU TGOK LAH NANTI KALAU PAKATAN DITAKDIRKAN MEMERINTAH , MEREKA INI AKAN HANYUT DENGAN KUASA DAN WANG KECUALI MEREKA2 INI MEMPUNYAI IMAN YANG KUAT ..... FIKIR2 KAN LAH
ATAS PAGAR
Salam Dato,
Ada yang seronok benar bila KPN mengatakan Video Seks itu tulen.
Tapi KPN tak kata pulak siapa pelakon sebenar dalam video itu samada rupa macam Anwar, lenggok macam Anwar, suara macam Anwar, bak kata Linggam correct! Correct.
Mereka ini juga di kalangan 'apanama' yang mudah lupa apabila bekas KPN Rahim Nor juga pernah membuat kenyataan bahawa Anwar selamat di penjara tapi dengan mata lebam.
Be fair; sebelum RCI keatas Video Seks tersebut RCI dulu C4 Alanthuya.
Drp; zuki ahmad
SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,
Sarawak PRU 10 special edition..
A KADIR JASIN said...
...
Kalau betul-betul amalkan 1Malaysia, ayuh kita berlaku adil dan seksama kepada semua tak kira bangsa, pangkat dan kedudukan..
SAMURAI MELAYU said…
Macam mana nak berlaku adil dan saksama kalau undang2 lampu trafik (hijau, kuning, merah) ada ORANG2 yang KEBAL… amalkan konsep 2Malaysia.. VVIP didahulukan, RAKYAT.. biasa je lak.
THE ROCKET BAR-RIS-TER may say…
" 'KOORR' dalam saman kalu itu MERAH lampu pun hantam jugak! "
THE ROCKET LIM-ER-ICK may say…
"SEKSAMA ISTELI WAJIB, tapi sekalang manyak SEKSA..MA?"
Pesanan BUAT Pengundi,
Jangan dipinta 'TSUNAMI'... huru hara DIBUATNYA nanti..
JANGAN SAMPAI MENANGIS DALAM KETAWA!
ALFATIHAH, AMIN.
Ps.…antara yang tersurat dan tersirat..mohon maaf Datuk dan 'bloggers' yang budiman.
Salam
Pembahas Affendi Hussein menutup komennya dgn ungkapan yg berbunyi; “Tetapi kalau UMNO + PAS boleh bersatu...itu lain cerita..negara Islam bukan sesuatu yg mustahil..Perlembagaan boleh diubah dgn majoriti 2/3..”
Rasanya itulah impian sebahagian besar umat Islam di Malaysia. Itu melihat 2 parti orang Islam terbesar bersatu dan yg lebih utama ialah Negara Islam yg sebenar-benarnya didirikan dan hukum Islam dilaksanakan.
Namun, saya berpendapat utk tujuan tersebut diatas PAS hendaklah dominan dalam penyatuan ini. Kerana saya tak yakin UMNO boleh memacu kesatuan UMNO/PAS ini kearah sepertimana yang kita kehendaki (Negara Islam dan perlaksanaan hukum-hukum Islam). Mungkin pisang akan berbuah 2x sekiranya UMNO yg mendominasi kesatuan UMNO/PAS. Kecuali muka-muka yang mengepalai UMNO terdiri daripada 40 orang Ulama Muda bukannya muka-muka yg ada sekarang ni.
P
ersoalan? Sekiranya Hukum Islam dilaksanakan & neGARAa Islam didirikan adakah:
1. rakyat kebanyakan sanggup hidup tanpa hiburan melampau (hendonisme) yg saya rasa disuapkan kepada rakyat oleh pihak berkenaan utk terus melalikan dan melekakan kita (inilah antara sebab pihak pemerintah masa kini tidak menjadi pilihan saya kerana mereka ini umpama para ibubapa yang memberikan anak mereka makanan yg mengenyangkan tapi tak berkhasiat ataupun mereka ini bolehlah diibaratkan sebagai pemandu - yg mana mereka ni pemandu yg cekap, tahu selok-belok arah ke destinasi tujuan kita tapi cara pemanduan mereka sangat bahaya, banyak pusing-pusing, banyak konar-konar, banyak langgar undang2 jalanraya dan sebagainya. Kita boleh sampai ke destinasi tujuan ataupun kita boleh terlibat dlm ‘eksiden’ yg dahsyat yg akan mengorbankan kita semua)
2. golongan pedagang/peniaga /kontraktor/(kapitalis) sanggup hidup tanpa ‘under table’ untuk mendapatkan kontrak/peluang-peluang perniagaan.
3. Golongan atasan sanggup berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang kebanyakan (tawaduk)
Wassalam
JJ
Saudara Affendi Husein,
Saya sangat setuju dengan komen anda yang nisbah pembangkang dan pemerintah sekarang adalah sesuai dalam iklim politik sekarang.
Cuma komen anda, sekiranya "UMNO dan PAS bergabung"...... saya rasa kalau terjadi maka dinamik politik akan berubah dengan ketara kerana PAS adalah pembangkang yang kuat dan matang kalau hendak dibandingkan dengan PKR.
Mengenai UMNO dan PAS boleh melaksanakan negara Islam setelah bergabung......perlu diambilkira parti komponen lain di BN iaitu MCA dan MIC. 2 parti ini dari realitinya sangat berpengaruh dalam negara kita disebabkan demographic penduduk (nisbah kaum di Malaysia). Saya tidak yakin yang UMNO akan ambil PAS dan tendang keluar MCA dan MIC.
Sebenarnya, pada awalnya Tun Dr.M sendiri tidak setuju PAS bergabung dengan BN antara sebabnya saya rasa perti komponen lain tidak akan selari dengan PAS.
Orang KL
Untuk mengamalkan Islam secara menyeluruh di Malaysia tidak memerlukan deklarasi sebuah negara Islam; ia hanya memerlukan penerapan amalan Islam dalam setiap bidang dan transaksi.
Benar PAS perlu lebih kuat jika mahu menerapkan amalan Islam dalam negara Malaysia kerana UMNO tidak mungkin mampu untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dengan ikatan rasminya bersama komponen-komponen lain bukan Islam (dalam BN). Berbeza dengan PAS dimana ikatan Pakatan Rakyat (bersama PKR dan DAP) adalah hanya ikatan budi-bicara. PAS masih mempunyai daya untuk bertindak berasingan berbanding dengan UMNO yang terpaksa menurut kata kaum lain.
Namun jika ada gabungan PAS dan UMNO pun; tidak mungkin Islam dapat diterapkan secara menyeluruh jika laungan negara Islam terus menyengat telinga kaum bukan Islam. Sebutan 'Islam' sahaja boleh menakutkan kaum bukan Islam; sebahagian disebabkan oleh kekeliruan mengenai Islam dan sebahagian lagi disebabkan propaganda UMNO yang menakutkan orang bukan Islam akan peraturan Islam.
Islam bukan terletak pada nama; Islam adalah pada amalan. Malaysia masih boleh menjadi negara Islam yang mengamalkan Islam 100% tanpa mengisytiharkannya sebagai negara Islam. Islam membawa amalan yang baik, tanpa diskriminasi terhadap mana-mana kaum. Tiada kaum yang akan mendapat lebih, tiada kaum yang mendapat kurang. Amalan Islam tanpa mengisytiharkannya sebagai Islam akan lebih mudah diterima oleh kaum lain.
Kini kaum bukan Islam mengatakan orang Islam mendapat kelebihan atas sebab keutamaan Bumiputera. Orang Islam pula berasa dapat kurang kerana 'bagaimana 60% penduduk mendapat penguasaan ekonomi kurang 20%?'.
Jadi, jika tiada laungan negara "Islam" dari PAS, sebaliknya hanya menekankan amalan Islam; ia akan lebih mudah diterima oleh kaum lain.
Sdr Sufian Idrus
"Namun jika ada gabungan PAS dan UMNO pun; tidak mungkin Islam dapat diterapkan secara menyeluruh jika laungan negara Islam terus menyengat telinga kaum bukan Islam. Sebutan 'Islam' sahaja boleh menakutkan kaum bukan Islam; sebahagian disebabkan oleh kekeliruan mengenai Islam dan sebahagian lagi disebabkan propaganda UMNO yang menakutkan orang bukan Islam akan peraturan Islam."
Komen:
Bagi saya, bukan sahaja propaganda UMNO menakutkan kalangan bukan Islam terhadap peraturan Islam, malah pemimpin UMNO sendiri yang takutkan peraturan2 Islam itu.
Ini, khasnya, perturan2 Islam yang berkaitan dengan sistem perundangan syariah Islam yang sama ada tidak sejajar dengan pemikiran sekular dan kapitalisnya yang menghalalkan cara yang haram atau peraturan2 yang tidak menggalakan akar umbi partinya terus menyokongnya menerajui pimpinan UMNO.
Salam semua,
Dari segi tuntutan 5 RUKUN ISLAM pun kita tak mampu bersatu, apatah lagi nak bersatu di platform politik atas nama Islam..?
Melayu Islam di Malaysia majoritinya dalam dilema dan syok diri semata..
Lafaz syahadah hanya dibibir,
tiada penyaksian nyata dengan ilmu & berfikir..
Solat hanya rutin ritual semata,
Ada yg tinggalkan krn tak sempat, atau dunianya solat2 sunat, tinggal yg lain 4 & rasa dah cukup ke syurga..
Puasa hanya lapar dahaga..
Bukan untuk perkasa jasmani, rohani & minda..
Zakat ikut kemampuan ekonomi pilihan peribadi, bukan wajib usaha mencari..
Sebab itu perbankan Islam dicerca dicaci dan banyak hanya merintih tagihkan zakat & subsidi..
Haji hanya pasang niat, pasang azam tak payah risau sangat, bila dah ada duit & masa baru boleh pergi..
Yg ekonomi melarat tersekat, yang buru gelaran haji pula buat pangkat, lupa yg simulasi kt arafah begitulah manusia kat mahsyar nanti..
bagi saya, marilah sama2 kita kembali bersatu atas platform RUKUN ISLAM formula umat terhebat yg kita dah jauh walau dirasa dekat..
Mulakan dengan penguasaan ILMU (segala alam dilangit & dibumi) & penyatuan EKONOMI (sistem kewangan Islam) serta kukuhkan fardu ain diri & kifayah dlm komuniti..
..org politik biarkan mereka dgn labu labi sendiri..umur dah ambang senja masih kemaruk kuasa, pecah belahkan umah, cipta aristokrasi berkasta, hidup tak segan tak sedar diri..
wasalam
(",)
Salam Dakj
"Dengan wujudnya persekitaran media massa yang lebih bebas dan demokratik serta terlindung daripada kawalan pemerintah, “mahkamah pendapat umum” (the court of public opinion) akan memainkan peranan penting mengadili moral, prestasi dan integriti pemimpin dan bakal pemimpin."
Komen:
Lebih setuju jika mahkamah pendapat umum kita tumpukan kepada sistem pemerintahan kerajaan BN dan bakal kerajaan PR yang tidak ada unsur2 sistem keadilan sejagat atau tidak Islamik, berbanding dengan membicarakan soal moral pemimpin dan bakal pemimpin
Post a Comment