Saturday, April 23, 2011

Emel 1Malaysia: Siapa Punya, Siapa Kena Bayar?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

UPDATE, 26 April -- (Malaysiakini) - Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun Zainal Mokhtar (Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad) juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

1. Dalam bahasa yang mudah, kerajaan tidak bayar atau beri apa-apa kepada Tricubes, tetapi agensi kerajaan yang guna Emel 1Malaysia syarikat itu kena bayar 50 sen setiap satu emel; dan

2. Yang dikhuatiri ialah agensi-agensi kerajaan akan "dikerah" untuk guna perkhidmatan Tricubes dan mereka ini pula akan secara diam-diam "charge" pelanggan mereka dalam bentuk surcharge atau bayaran perkhidmatan. Kalau terpaksa guna juga,  jangan "pass" kos tambahan kepada pelanggan. Tanggung sendiri.   

 Posting Asal

APABILA Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan “Look East Policy” pada tahun 1981, pengedar tempatan satu jenama kereta Jepun menyiarkan iklan yang bunyi lebih kurang: “Pandang Ke Timur Beli Kereta Jepun”.

Adalah perkara biasa bagi kalangan perniagaan mengambil kesempatan daripada apa saja dasar, rancangan dan slogan kerajaan untuk mencari keuntungan.

Beberapa bulan sebelum Abdullah Ahmad Badawi ditekan untuk meletakkan jawatan pada awal 2009, sebuah syarikat telah membina pintu gerbang raksasa merentangi Jalan Syed Putra untuk mengiklankan Islam Hadhari.

Apabila Abdullah turun, maka iklan itu diturunkan dan kini digantikan dengan iklan mempromosikan 1Malaysia.

Beberapa hari kebelakangan ini, tercetus satu lagi kontroversi. Kali ini mengenai apa yang dijenamakan sebagai “1Malaysia E-mail”.

Sejak Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, memperkenalkan 1Malaysia, banyak papan iklan yang didirikan bagi mempromosi dan meniru slogan itu sehingga ada yang seoleh-oleh mempersendakannya.

Dengan menggunakan angka satu (1) sebagai logo, ada yang mendakwa merekalah cat nombor satu di Malaysia. Kalau tidak di Malaysia, di Jepun. Atau teh nombor satu di Negeri China dan syarikat telekomunikasi nombor 1 di merata dunia.

Dalam hal emel 1Malaysi ini, yang menjadi pertikaian adalah penjelasan yang bercanggah daripada pihak-pihak yang terbabit.

Mohd Najib menulis dalam akaun Twitternya: "Let me clarify that the 1Malaysia Email is a private sector project. No public money is involved, and it's entirely voluntary."

(Biar saya jelaskan yang Emel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Tidak ada wang awam terbabit, dan ia adalah sepenuhnya sukarela.)

Tetapi Pengarah Perkhidmatan NKEA bagi Pengisian dan Infrastruktur Komunikasi, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, pula berkata kerajaan akan membayar 50 sen bagi setiap emel kepada pemenang konsesi iaitu Tricubes Bhd.

Mohd Najib adalah Perdana Menteri dan Pemandu/NKEA bertanggungjawab kepada beliau. Jadi cakap siapa kita hendak percaya – Perdana Menteri atau budak-budak NKEA?

Kalau ikut cakap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kita kena percaya cakap Perdana Menteri kerana pada pandangan Khairy, budak Pemandu/NKEA berkenaan adalah “Little Napoleon” yang memandai-mandai.

Jadi, macam kita pegang kerbau pada cucuk hidungnya, kita akan pegang Mohd Najib pada cakapnya iaitu “Emel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Tidak ada wang awam terbabit dan adalah sepenuhnya sukarela”. Wallahualam.

Setiausaha Publisiti DAP yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menyifatkan kenyataan-kenyataan mengenai '1Malaysia E-mail' sebagai amat mengelirukan.

Bukan Kaedah Yang Jadi Masalah

YANG menjadi masalah dalam urusan dengan kerajaan bukan surat, emel atau urusan lisan, tetapi sikap kakitangan awam, termasuklah menteri.

Menukarkan surat dengan emel, walaupun didakwa lebih murah dan cepat, tidak akan menyelesaikan masalah kalau kakitangan awam terus curi tulang dan tidak amanah.

Dalam masa dua tiga bulan ini saya (atau pihak-pihak yang mewakili saya) telah mengutus tiga pucuk surat kepada pihak berkuasa – sepucuk kepada seorang menteri, sepucuk kepada pegawai Jabatan Akauntan Negara dan sepucuk kepada setiausaha akhbar seorang menteri.

Surat kepada menteri langsung tidak dilayan. Surat pengesahan penerimaan pun tidak ada. Bukan minta apa pun, sekadar memberi rujukan watak kepada seorang doktor swasta untuk satu anugerah.

Surat kepada Jabatan Akauntan Negara mengambil masa lebih dua bulan untuk dijawab. Itu pun selepas yang mengancam menulis mengenainya dalam blog.

Saya bertanya kepada Jabatan Akauntan Negara macam mana nama, nombor Mykad, nombor kad pengenalan lama dan alamat rumah saya boleh jatuh ke tangan sebuah agensi swasta yang mendakwa saya ada wang di bawah Akta Wang Tidak Dituntut (Unclaimed Monies Act) yang diuruskan oleh jabatan berkenaan.

Surat kepada Setiausaha Akhbar Menteri pula mengenai keruntuhan tapak pembinaan bangunan 10 tingkat di hadapan pejabat saya di Jalan Klang Lama.

Bila ditanya, pegawai itu kata sudah dipanjangkan kepada pegawai yang bertanggungjawab. Jawapan pihak berkuasa entah bila akan sampai (kalau ada), tetapi saya sudah pun berjaya menghubungi pemaju.

Itu saya. Tak apalah, kira bicara saya agak panjang. Kalau lain tak jalan, saya boleh tulis dalam blog atau mengadu kepada surat khabar. Tetapi apa halnya dengan rakyat biasa?

Sikap dan sifat buruk macam inilah yang menyebabkan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" menjadi bahan lawak jenaka rakyat jelata.

Takut-takut Emel 1Malaysia juga akan menjadi bahan lawak jenaka. Tetapi yang lebih saya takuti adalah manakala rakyat jelata ketawa terbahak-bahak, pemegang konsesi ketawa berdekah-dekah sepanjang jalan menuju bank dengan duit secekak.

Barang dijauhkan Allah satu lagi musibah.

78 comments:

usabukata said...

dato,

terlalu tepat tulisan dato kali ini berkenaan sebahagian besar kakitangan kerajaan termasuk menteri ataupun pegawai @ pegawai khas @ sebagainya.

usabukata

PAB said...

Salam Dato'.....
Dalam kata lain, kalau krjn BN mahu kekal memerintah, sektor awam perlu diperbaiki terlebih dahulu.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Tok Kadiq,
"Takut-takut Emel 1Malaysia juga akan menjadi bahan lawak jenaka. Tetapi yang lebih saya takuti adalah manakala rakyat jelata ketawa terbahak-bahak, pemegang konsesi ketawa berdekah-dekah sepanjang jalan menuju bank dengan duit secekak."

La ni pun depa dok ketawa sambil tidur tepuk peruk dah aih!. Pada hemat saya tak perlulah PM buat pengumuman sebegtu grand tentang email 1Mal. kan sekarang Letih mereka nak menjawab dengan rakyat. Daripada takdak isu, ditimbulkan isu. Apa, email 1 Mal satu pencapaian besar negara ka?. Saya kira Datuk, puak2 PEMANDU yg menasihati PM nie sebenarnya sedang MEMANDU KERAJAAN kea jalan MATI. Dah banyak kali dah benda tak kena mereka buat.
Sayugia diingatkan bahawa Singapore pernah mengutarakan ingin membuat perkara ini dahulu, tapi sampai la mereka tak buat2 lagi....n agak2 kenapa? Cuba2lah fikir sendiri. Apa yg penting ini bukan soal sesen dua dn populariti semata. Ikhlas.

TOOLBOX said...

Datuk

Agak-agaknya Encik Mahathir anak Tegos Tok Batin di Pos Senderut nak buat apa dengan email 1malaysia tu? RM50 juta kalau dibelanjakan untuk penambahbaikan internet lebih resional kalau benar-benar nak buat khidmat sukarela

Competente said...

E-mel telah lama dianggap sebagai suatu perkhidmatan yang percuma dan syarikat e-mel pula biasanya menjalankan perniagaan dengan mendapat hasil dari aktiviti pengiklanan. Kini e-mel semakin kurang digunakan secara spontan, ia lebih banyak digunakan dalam komunikasi rasmi. Perkhidmatan rangkaian sosial seperti facebook, linkedin, dan sebagainya lebih mesra pengguna dan lebih kerap digunakan oleh anak-anak muda. Dan e-mel selalunya digandingkan dengan rangkaian sosial sebagai komunikasi tambahan.

Suatu ketika dahulu, pada lewat tahun 90an, terdapat beberapa syarikat Malaysia yang cuba melancarkan perkhidmatan e-mel tetapi kecundang kerana tidak sempat mendapatkan pendapatan dari iklan; antaranya yang saya masih ingat 'waumail.com'.

Terus-terang, walaupun emel lebih sesuai sebagai perhubungan rasmi berbanding dengan media sosial; teknologi e-mel telah lama difahami umum dan tidak dipanggil canggih lagi. Pada hari ini e-mel telah menjadi suatu teknologi yang boleh dianggap mudah untuk dibina oleh anak-anak muda kita, terutama yang berpendidikan IT, Kejuruteraan Elektronik atau Sains Komputer. Dengan hanya sebuah desktop biasa, anak-anak kita sudah boleh membangunkan server e-mel menggunakan perisian terbuka dengan kos peralatan kira-kira RM900. Tetapi masalah menggunakan e-mel di server sendiri adalah server tersebut perlu dihidupkan sepanjang masa. Oleh itu, lebih mudah menggunakan e-mel percuma seperti gmail atau yahoo-mail.

Syarikat Tricubes amat beruntung kerana kerajaan bersedia untuk membayar 50sen, suatu harga yang amat mahal, bagi setiap e-mel yang dihantar oleh pihak kerajaan. Selama ini, jika kerajaan menghantar e-mel dari server jabatan kerajaan( sebagai contoh pegawai@mampu.gov.my atau pegawai@miti.gov.my); kosnya hanyalah 0 sen. Kerajaan hanya perlu membayar kos elektrik untuk menghidupkan server tersebut, yang mana kalau tak hantar e-mel pun memang kerajaan perlu menghidupkan server berkenaan.

Persoalannya kenapa pihak kerajaan tidak mahu terus menggunakan e-mel yang sedia ada yang kini percuma? Adakah semata-mata mahu letak lambang 1Malaysia dalam e-mel berkenaan? Kenapa pihak kerajaan tidak mahu menggunakan wang 50 sen bagi setiap e-mel bagi setiap orang untuk ditambahkan subsidi minyak?

Masyarakat antarabangsa akan hairan (dan ketawa terbahak-bahak) jika mereka tahu kita membayar kos yang lebih mahal untuk emel dari harga sekeping setem. Umumnya semua orang mengetahui bahawa matlamat e-mel adalah untuk memberi sistem komunikasi percuma berbanding dengan kaedah pos konvensional yang sepatutnya adalah lebih mahal.

Wajasetia said...

Salam Dato'
Saya masih keliru. Tentunya semua penjawat awam mempunyai emal masing-masing sekarang. Berapakah harga yang harus kerajaan bayar ketika ini untuk perkhidmatan emel tersebut? Saya rasa kalau pun ada bayaran untuk untuk kerja-kerja penyelenggaraan server, pastinya ia tidaklah sehingga ke nilai 50 sen untuk setiap emel. Jadi apakah justifikasi projek Emel 1Malaysia ini?

wadironi said...

Assallamualaikum..Isu email 1Malaysia yg digembar gemburkan dan dana RM50 juta dari poket swasta cuma agenda mengaut keuntungan semata mata .

Perdebatan samada dana awam digunakan atau tidak bukan persoalannya , kegilaan dan kekuasaan segolongan pemimpin kerajaan dan Intelektual swasta hanya memanipulasi kebodohan rakyat , sedang mereka sebenarnya mempunyai kepentingan dan memonopoli perniagaan yang tersembunyi yang menguntungkan kroni . PEMANDU bertuan PM hanya memupuk keegoan Melayu dan menghancurkan halatuju dan keutamaan Melayu seluruhnya.

Email telah sedia ada pada browser internet !!! Rakyat yang dibutakan dan diarah mengikut telunjuk mereka yg serakah kuasa , adalah suatu perkara yang amat memalukan sosiobudaya orang Melayu , sedang bangsa lain diam diam menguasai segalanya.

Birokrasi dan pelayanan kerajaan telah sebati , kerajaan sebenarnya telah gagal memperbaiki dasar dan strategi perkhidmatan dan pelayanan , cuma visi digembar gemburkan . Jika rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan sudah tentu kemajuan teknologi (IT) ini telah mampu memberikan impak , tetapi data data masih caca marba . 53 tahun merdeka tetapi kerajaan tak mampu menyediakan Data lengkap kependudukkan (Data bancian) yang menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan . Data Bancian pun tunggang langgang , JADI bagaimana kerajaan hendak merangkakan dasar dan strategi membangunkan keseimbangan ekonomi rakyat. Lebih dari itu laman dan portal kerajaan sedia ada masih kacaubilau ,jika dibandingkan milik swasta !!
Keujudan PEMANDU hanya memalukan bangsa Melayu ..Inikah pencapaian dan kemajuan kepemimpinan Melayu ?

Ikhlas said...

Salam Dato',

Jelas dan tepat.

Ikhlas.

liyas said...

Guna google Apps lagi bagus..free pulak tu. Singapore guna untuk kementerian pendidikannya.

JohorMali said...

DKAJ,
Selalunya an ideal mind is a devil's workshop. Tapi para PEMANDU atau Little Napoleon ni punya lah amat active mind!
Cerita Polis Trafik tak lagi main hide and seek belakang belukar patut di jadikan contoh apabila dilaksanakan, akan membawa keselesaan pada rakyat dan bukan keseksaan (saman ekor).
Apalah gula gula yang Tricubes bawak sampai boleh ditelan bulat bulat oleh Para Pemandu!

Abdullah Ngah said...

Saya dengar cerita emel free akan dimasuhkan dan semua emel akan berbayar tidak lama lagi.

Dengan kata lain tiada lagi emel free sepertimana yang kita nikmati hari.

Munasabahlah slogan rakyat didahulukan diketawakan kerana ia tidak menepati sasaran.

Anonymous said...

DATUK

SAYA DAPATI TERLALU BANYAK PROJEK YANG TIDAK BERFAEDAH DAN TIDAK PERLU KESEGERAAN(MACAM DATUK) KOMEN SEBELUM INI, DI UTAMAKAN.

ATAS PAGAR

@rep said...

bukan setakat secekak. tapi berkotak-kotak.

pakcik kayo

Anonymous said...

Dato', betul lah apa yang dato' tulis bahawa pemegang konsesi akan ketawa terbahak bahak menuju ke bank.
Definitely you have seen that! With your experiences and background and the people you mix around! Say no more sir! PM himself is blur even if it is declared PFI, who is he trying to bluff? At the end of the day PFI will be recovered through kerajaan juga and pi mai pi mai tang tu jugak.
This UMNO president needs to be booted out to save the party and the nation-agak nya lah Dato'sebab 'flip flop' nya lebih teruk dari Pak Lah dan tak dak tel$q kot!ANK1Melayu.

Ellie said...

Sallam Dato' yang saya hormati,

Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan peringat paling rendah saya amat bersetuju dengan kenyataan ini.

"Menukarkan surat dengan emel, walaupun didakwa lebih murah dan cepat, tidak akan menyelesaikan masalah kalau kakitangan awam terus curi tulang dan tidak amanah.

Dalam masa dua tiga bulan ini saya (atau pihak-pihak yang mewakili saya) telah mengutus tiga pucuk surat kepada pihak berkuasa – sepucuk kepada seorang menteri, sepucuk kepada pegawai Jabatan Akauntan Negara dan sepucuk kepada setiausaha akhbar seorang menteri.


Kerja seorang kakitangan bawahan mennjadi payah kerana untuk surat yang sama tajuk dan butiannya terpaksa dibuat dalam 3 @ 4 salinan.

Contoh sk - contraktor
sk - pejabat berkaitan
sk. jabatan
sk. kementerian.

Banyak betul cekadaknya.

Mana cerita dulu2.

Kerjaan tanpa kertas @ e-govenment kalau laporan2 masih perlukan surat rasmi. Apa guna email2 yang Jabatan, kementerian dan pihak berkenaan miliki.

Buat hiasan kepala surat?

darXness said...

Bila dengar cerita pasal email 1malaysia,macam-macam isu n kontroversi dgr.contoh,ada orang ckp syrikat tricubes tu dalam kegawatan ekonomi,syrikt adik orang besar la,macam2 lagi...

tp dari sudut pandangan sy,macam kurang sesuai projek ini dijalankan.kita boleh tengok sendiri,kakitangan kerajaan rata-rata dah ada email masing2.kita pun ada email percuma macam GMail dan Yahoo mail.tiada beza sangat.mungkin ada yang cakap mengenai space yang My1Email bagi,250GB kalau tak silap.tp kena fikir gak.250GB?ni bukan file server...

macam Competente katakan,kos untuk menjalankan server email sebenarnya takdelah mahal sangt.saya tak nak cerita macam mana isu nie berkait dengan MIcrosoft.sebab tu isu lain...:)

Tinta Hitam said...

Datuk,

Adalah perkara biasa bagi kroni kroni UMNO mula mereka sesuatu utk merompak wang rakyat bila akaun bank mereka susut.Jadi email 1Malaysia ini adalah salah satu cara rompakan UMNO terhadap rakyat Malaysia.kalau kita tanya mereka.Saya boleh teka dah jawapan mereka.Jawapan mereka lebih kurang begini" Kami melakukan ini demi bangsa dan Negara.Demi untuk memajukan negara agar mencapai wawasan 2020 dan bla bla bla.Semua alasan mereka adalah utk kepentingan negara kononnya.

PM kata rakyat Malaysia tak perlu bayar.Tapi kata Dr Fadhlullah dari NKEA itu jelas menunjukkan rakyat Malaysia perlu bayar melalui wng kerajaan.Wang kerajaan tu sapa punya? UMNO ke? Konsep ini yg UMNO selalu brainwash rakyat.Wang kerajaan Malaysia adalah wang UMNO.Jadi dia boleh buat apa shj yg dia suka..

Perlu diingat Tricubes adalah sykt yg didakwa mempunya hubungkait sdgn adik PM sendiri.Beginilah perangai org org UMNO.Bukannya bersifat kreatif utk memajukan negara ini.Tetapi mereka amat kreatif memikirkan bagaimana hendak merompak wang negara bila kantung mereka mula kosong.

Inilah salah sebab mengapa saya tidak menghormati org org UMNO.Mereka tidak wajar dihormati kerana merekalah lintah darat yg menghisap segala kekayaan negara ini

Anonymous said...

Salam Dato,

Betul lah kata Dato, jika Dato yg ada ruang pena pun tidak di ambil peduli oleh mereka yg berkuasa apatah kami ini.

Dato pun tahu situasi yg berlaku ini bukan perkara baru. Mungkin selepas tulisan Dato di dlm blog ini mereka akan panggil Dato, utk mententeramkan keadaan seperti mana yg PM Najib lakukan dgn bertemu mata? Mungkin hasil perjumpaan tersebut capai matlamat? Saya fikir Dato arif dgn maksud saya.

Jika dulu bekas PM mengajak rakyat pandang ke timur kini anaknya Mukhriz kata Jepun pula nak pandang ke Malaysia. Hebat tu Dato. Jepun nak belajar kat sudut mana agaknya? Mungkin Jepun nak belajar cara pembelian kapal selam dgn harga yg berganda dan disulami rasuah yg di reclassed sebagai komisen, Alanthuya, C4? PKFZ? Kapal ronda? Kapal terbang yg masih tersadai di padang pasir?Teoh Beng Hock yg didakwa melakukan penyelewengan yang melibatkan RM385 -RM3,000 atau Penolong Pengarah Kastam membunuh diri@kematian mengejut di pejabat SPRM? Mungkin juga mereka nak belajar bagaimana cara AG,Polis,SPR,SPRM mengendalikan tugas dan tanggungjawab mereka? Atau mungkin juga nak belajar bagaimana pembesar-pembesar yang sedang berebut-rebut sesama mereka utk merompak mengikut lunas undang-undang ke atas simpan rakyat melalui KWSP dan Perbendaharaan Negara dengan mewujudkan perbagai projek berjenama 1 Malaysia Rakyat didahulukan pembesar di utamakan? Seperti 1Malaysia email. Percuma tapi Jabatan Kerajaan perlu bayar dgn kadar RM0.50 satu email. Maknanya PM Najib bermaksud duit Jabatan Kerajaan bukan duit dari cukai rakyat la ye Dato. Mungkin juga Jepun nak belajar bagai mana nak buat kereta,MRT, lebuhraya tol,bangunan pencakar langit seperti Menara Warisan dan Bangunan Felda yg lebih canggih utk kegunaan warga Felda?

Utk memberi penghargaan bagi mengenang dan bersyukur dengan jasa-jasa boleh lah kita frame kan gambar pembesar-pembesar berikut untuk tatapan generasi akan datang. PM Najib, TPM Muhiyudin, Chua Soi Lek Rais Yatim, Nazri Aziz, Hishamudin keris,Rahim Thamby Chik, Jamaludin Jargis, Samy Vellu,Isa Samad, Taib Mahmud, Ibrahim Ali, Linggam, Khir Toyo, Bekas-Bekas IGP, AG, SPRM dan SPR.

Drp; zuki ahmad

Anonymous said...

Dato'

Sekarang ini email memang dah percuma, jadi tak payahlah sebut email satu malaysia percuma.

Yang pentingnya infrastruktur jalur lebar dipertingkatkan dan kadar harga jalur lebar adalah rendah supaya rakyat biasa dapat munafaat.

Itu yang maksudnya rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan. Sekadar nak glamour logo 1Malaysia dekat email tak perlulah...

Orang KL

Anonymous said...

Dear Datuk,

Hm ... hm ... hm

1. Rakyat biasa ... siapa dengar suaranya ...

2. You send feedback on matters for improvement ... you give them your name ... your tel no ... anybody has time to respond? Ana (as in saya, I) dah cuba dah.

3. Sibuk je press release here and there ... yang pentingnya my handsome face is in the air ...(paper lacks rhyme) ...

4. Rakyat biasa kalau dah meninggal masuklah paper as I said in my previous entry. So true that this April alone, as at yesterday more than 45 people have died on the road and many involving trailers, tankers. I have come across many instantances of trailer tankers running the red lights. Kalau motorist lain ikut peraturan , HIJAU makna jalan ... berapa banyak lagi agaknya tragedi ...

5. Tapi tak apa ... orang Islam tak kan putus asa InsyaALLAH. Ingat-ingatkan selalu. We are with you ...

XERONINE

Anonymous said...

Kalau dah masuk 50 sen..macam bayar kepada syarikat telko kepada nbr berbayar mcm ON TOP ke 66636.

Wak Husin

A KADIR JASIN said...

Berikut maklumat korporat Tricubes Berhad yang dipetik daripada laman wb rasminya:

Corporate Information

TRICUBES BERHAD 623442-M ( Incorporated in Malaysia )
REGISTERED OFFICE Level 7, Menara Milenium Jalan Damanlela
Pusat Bandar Damansara Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Tel : 03-2084 9000
Fax : 03-2094 9940

CORPORATE OFFICE Suite 13.1, Level 13 Menara Great Eastern
303, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur Malaysia.
Tel : 03-4264 4000
Fax : 03-4264 4100
Website : www.tricubes.com
Online Shopping: http://store.tricubes.com
Email : info@tricubes.com

BOARD OF DIRECTORS Mohd Daruis bin Zainuddin
Chairman / Independent Non-Executive Director

Khairun bin Zainal Mokhtar
Chief Executive Officer / Executive Director

Safiee bin Mohammad
Non-Independent / Non-Executive Director

Datuk Mohd Zaman Khan@Hassan bin Rahim Khan
Non-Independent / Non-Executive Director

Victor Ang
Independent / Non-Executive Director

Ahmed Reza bin Mohd Ghazali
Independent / Non-Executive Director.

Business

Tricubes is a company listed on Bursa Malaysia which provides enabling technologies to two key market segments, Enterprise Mobility and Identity Authentication. We are the market leader in Malaysia in Identity verification with over 170 organisations as customers and over 50,000 smartcard and biometrics verification devices installed. In the Enterprise Mobility segment , tricubes provides solutions to three of the largest enforcement agencies namely the Royal Malaysian Police, Kuala Lumpur City Hall and the Road Transport Department. With a dedicated team of design engineers and software developers, Tricubes believes in providing the best value to our customers whether they are in Government, Telecommunication or Financial Institution.

Terima kasih

tokman said...

Dato,
Saya kesian tengok Dato Najib dipergunakan dan diperkudakan olih kroni2nya......beliau kurang faham selok belok pasal biznis berbanding politik jadi mereka yang ada kepentingan dalam biznis guna adik2 Dato Najib untuk 'menerokai' wang rakyat melalui berbagai cara. BN akan jatuh PRU13 ini jika Dato Najib terus dipermainankan olih kroni2 dan rakan2 politiknya kerana rakyat sekarang dah bijak dan dapat maklumat2 dari dalam jabatan kerajaan......contoh terbaik ialah kes e-mel percuma yang diumumkan ini dimana Syarikat Tricubes Bhd di beri kontrak tersebut serta perlindungan istimewa kerana ditempatkan bawah Jabatan Perdana Menteri yang belum pernah berlaku dalam sejarah kita! Bolih dapat penjelasan apa beza e-mel yang ada sekarang dengan yang bawah Syarikat Tricubes?

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato'@ Ceritanya samalah macam alkisah dalam satu perhimpunan Samy Vellu, Menteri Kerjaraya mengumumunkan peruntukan membina jambatan. Orang ramai dalam Dewan terkejut dan bertanya mana ada sungai dikampong tersebut. Lantas Samy Vellu meluluskan satu peruntukan tambahan untuk mengorek sebatang sebatang sungai supaya boleh dibina jambatan tersebut. Ceritanya samalah. Rakyat tak minta pun email percuma dari Kerajaan tetapi mungkin ada kroni yang bijak cari peluang untuk merebut rezeki yang melimpah ruah. Saya tak terperanjat satu hari nanti tanah kubor pun akan ada proposal untuk bangunkan secara PFI.
2. Kerajaan harus lebih telus dalam projek secara PFI supaya keyakinan rakyat tidak hilang dan peluang ini digunakan oleh DAP untuk hentam kepimpinan Melayu. Kerja baik bermula dari niat yang betul. Sebaliknya kalau niat baik tetapi cara kerja tak telus maka hasilnya juga tak baik. Kalau niat nak kayakan kroni dan ditambah pula dengan cara tak telus maka padah besar hasilnya. Duit yang berbakul dibawa ke bank adalah duit haram dan disumpah rakyat jelata saperti merompak disiang hari.

Iklas,
Rahim

Hj Mazlan said...

Dato.

Email 1 Malaysia.Ha Ha ha.Nampaknya sekarang ini semuanya dibuat berdasarkan 1Malaysia.

Bagaimana dengan1Malaysia Invesement Fund sabayak 5 billion yang di jamin oleh kerajaan.Dengar kata semua wang tersebut telah habis di belanjakan (Dilabor) oleh J Lo.budak cina kanyak berumor 28 th(Boy friend Paris Hilton)Ini mnerupakan satu skandal yang maseh tidak di sedari oleh Najib.Juga dengar kata Auditor 1 MDB Earn n Young tidak mahu menanda tangi account nya.Saya tidak berani cerita dengan detail nanti kena saman.Tapi tunggu saja lah.masa akan menentukan sama ada saya benar atau tidak.

Juga nampaknya slogan Najib 1 malaysia ini telah menjadi bahan lawak kerana Utusan dan Perkasa mahu konsep ini di tukar menjadi 1 Melayu.

Saya ingat jika Najib betul hendak menegakkan konsep 1 Malaysia dia kena lah belajar dari DAP dengan konsepnya Malaysian Malaysia.Saya ingat jika najib pandai ia perlulah berunding dengan DAP untok menjadi rakan BN kerana GBerakan dan MCA telah hilang keperchayaan orang Cina malaysia.

Salam.

pakbelalang said...

Satu idea haprak dan HP6 !! Period.
Tak usah cerita panjang. Kill the idea, period. It is not practical at all. Don't waste time and move forward to find alternative solutions.

pakbelalang said...

Kalau ikut cakap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kita kena percaya cakap Perdana Menteri kerana pada pandangan Khairy, budak Pemandu/NKEA berkenaan adalah “Little Napoleon” yang memandai-mandai.

comment:

Alah Dato', dulu KJ pun 2x5 !! Tak ingat ke Tngkat 4? Dia mudah lupa agaknya !!!

Azam said...

Setuju!

al-Deen said...

Pertama, kalau e-mail itu usaha swasta mengapa najib istiharkan? Biar mereka buat publisiti. Ini dah announce suruh mereka jawab. Indeed, a fool is horsing around.

Kedua, masalah sangatkah keaadan komunikasi internet sekarang hendak ditambah-tambah?

Ini dia kata elakkan leakage tetapi yang berbilion leakage itu daripada najib sendiri. 1Malaysia dan ETP diputar alamkan supaya leakage tidak nampak. If he cannot control RM whatmore the country.

Anti Korupsi said...

Salam Dato',

Satu idea bernas untuk menderitakan rakyat , kroni didahulukan, rakyat di seksakan.
Baguslah PM buat idea ni, semoga ajal BN makin cepat sampai. PR tak perlu wujudkan isu, BN mencipta masalah dan isu yang mana orang yang tak tahu pasal emel pun naik gelak tak tentu pasal.
Siapkan kain kapan untuk BN....PR makin hampir ke Putrajaya.

Anti Korupsi.

Anonymous said...

Betul ka kena bayar? Apa fasal kena bayar?

Kalau PM serius nak buat email 1Malayisa, pergi jumpa syarikat Google tu.. kat Malaysia kan ada opis dia. Google ada pelaburan di Malaysia kan?

Minta satu tapak untuk email 1Malaysia, dibawah server google.

Macam tapak email ini,(anda taip untuk tengok)

mail.putera.com (powered by Google)

PM ada web 1malaysia.
buat email: mail.1malaysia.com (powered by Google).

Abis cerita..

Husin

hairulfitri said...

Aslkum DAKJ dan tahniah. Tahniah juga pada SDR ZUKI AHMAD kerana idea yg bernas.
PM Najib dan 2 PM yg sebelumnya terlalu bongkak utk belajar dari kesilapan2 lalu. Mereka bertuah sebab masih disokong oleh org Melayu(termasuk Melayu terpelajar....tapi belum terima hidayah)
Kroni2 sgt pandai rompak harta rakyat dgn idea2 gila. Contoh pengswastaan ala UMNO-BN ialah bila utg aku kebas tapi kalau rugi serah balik pd rakyat. Lihat je kes LRT, dan perwaja.Lihat juga pengendali letrik bebas(IPP). Kenapa ujudkan mereka sedangkan TNB boleh buat kerja pd harga 50% lebih murah. Akibatnya rakyat tanggung subsidi 19b ringgit setiap tahun. Bank pula kena blackmail....kalau subsidi pd IPP DITARIK BALIK ada bank akan muflis sebab mereka IPP tak mampu bayar hutang. Cuba teka siapa individu2 di belakang IPP?
Sangkaan saya ialah setelah kalah pilihan raya 2008(kalau tak campur undi hantu,pos,kerja kotor pindah nama penyokong pembangkang dll dah tentu kalah) UMNO-BN akan bertaubat. Ditambah pula dgn keadaan poket kerajaan tak cukup duit.....asyik bayar hutang zaman Mahadir...cuba lihat LAPORAN TAHUNAN AKAUNTAN NEGARA. Tau2 kerajaan masih sanggup bersekongkol dgn kroni bila menyerahkan tanah di Sri Hartamas yg punya GROSS DEVELOPMENT VALUE RM15b dgn harga cuma RM600jt......bukan dibayar tunai pun tapi kerajaan dgn murah hati bersetuju harga itu dibayar oleh kroni melalui pem binakan sebuah convesyen centerpd nilai Rm600jt utk MATRADE. Zalim pada rakyat punya arrangement. Apa pendapat Wajasetia kalau saya katakan ada pihak dlm kerajaan akan kaya sebanyak RM3b lebih iaitu perbezaan antara harga yg rakyat patut dpt (biasanya 25% drpd GDV)dgn harga yg umno-bn telah dgn murah hati persetujui.

Banyak sgt kes perompakan harta rakyat oleh org politik....oleh yg demikian jgnlah terlalu marah pd pegawai kerajaan. Marahlah pd guru mereka.

ku_seman said...

Datuk,
Amboi baiknya syarikat swasta seperti yang dikatakan Najib menggerakkan projek e-mel (saya segan nak sebut Satu Malaysia) itu. Betulkah Datuk, pihak pemegang konsesi buat projek percuma? Tapi ada pihak cakap kerajaan kena bayar. Walaupun percuma kepada rakyat, kalau kerajaan bayar, itu bukan percuma. Itu duit rakyat. Bukanlah lebih baik Najib selesai dulu masalah susah sangat nak cari tempat WIFI di Kuala Lumpur kecuali ada broadband sendiri. Kalau dapat emel percuma pun nak buat apa, nak dapat line internet dok terhegeh-hegeh?

mad said...

siang malam orang atasan berfikir bukan untuk mencari jalan meringankan beban rakyat yang ditimpakan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup tapi mereka berfikir bagaimana nak tambah pendapatan kroni dgn mengikis wang rakyat dgn cara yg kreatif. macam-macam hujah yg dikeluarkan melalui media massa milik mereka untuk menjustifikasikan rancangan/projek terbaru, namun bau busuk tembelang mereka tetap kuat dihidu. sudah lama diketahui slogan 'rakyat didahulukan' hanyalah omongan kosong saja bagai satu jenaka 'one liner' sarkastik buat rakyat.
terima kasih datuk kerana mengutarakan isu ini. kalau boleh datuk juga buat ulasan isu yg tak kurang penting iaitu berkenaan pembinaan kilang pemprosesan rare earth di pahang yg menjadi isu hangat sekarang. oleh kerana kilang memproses rare earth melibatkan bahan nuklear maka ianya jelas patut diberikan perhatian lebih-lebih lagi selepas tragedi fukushima baru-baru ini.

Unknown said...

Dato, so sorry to hear your experience.
Please allow me would like to bring all of us to this.
Despite all the mess, the government expect Malaysians who are doing ever so well outside Malaysia to come back, to help and serve the country.
As much as they want to help and contribute, but the stark reality is that, in no time, they will be hapless, and frustration will soon growing and become the way of life, the end game instead of hope to have an honest way of contributing to develop the beloved country. What a sad end...

langitbiru said...

UNDILAH UMNO !@#$%^&*()?????

umar said...

Idris jala PEMAMNDU kata subsidi akan bankcruptkan kerajaan. Maka naiklah harga beras, gula , petrol beberapa kali dalam pentadbiran Najib. TV dan media asyik puji langkah kerajaan kurangkan subsidi.

Projek diberi pada crony pula macam-macam. Jambatan benkok diberi dulu . Kemudian batal pula. Yang untung syarikat kroni dapat pampasan juta2.
Tricubes pula nanti dapat berjuta-juta walaupun projek dibatalkan.

malaysia boleh !

Letihle said...

Ape laa Datok!

Pasal Email saja yang jadi kelam-kabit, dah keluar satu artikel pasal ni. Cuba laa pulak buat ulasan pasal usaha-usaha kerajaan yang baik kepada rakyat - projek ETP ke, Iskandar, koridor ke, GTP ke. Usaha penyatuan rakyat Malaysia di bawah gagasan 1Malaysia ke. Buat laa ulasan penambah-baikan.

Takkan nak cerita benda yang tak elok je? Tapi, almaklum le, fitrah manusia suka nampak benda yang tak elok sahaja.

saji said...

Tuan Hj Mazlan

"Saya ingat jika Najib betul hendak menegakkan konsep 1 Malaysia dia kena lah belajar dari DAP dengan konsepnya Malaysian Malaysia."

Komen:

Najib tak sebodoh yang Tuan Hj sangka untuk disuruh belajar dengan DAP mengenai konsep Malaysian Malaysia itu

Bagi saya, Najib tahu kejelasan, kekuatan, kelebihan dan kesesuaian konsep Malaysian Malaysia dalam era globalisasi ini dari segi keperluan memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini khasnya yang akhir2 ini menjadi semakin renggang

Cuma konsep Malaysian Malaysia sudah siang2 dibook oleh DAP.

Dalam situasi sedemikian, apa yang Najib boleh lakukan ialah mencari slogan lain yang seakan2 sama yang mampu memenuhi kehendak dan maksud konsep Malaysian Malaysia itu juga.

Di mana pada pendapat beliau slogan 1Malaysia paling sesuai di samping mempunyai beberapa kelebihan lain seperti No. 1 yang mudah dan cantik dilogokan serta sesuai dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang sukar memahami konsep tetapi mudah memahami dan meningati logo atau logosentrik.

mtgbertam said...

Zaman Khan ada ! No wonder dapat projek di PDRM.

langitbiru said...

Email 1Malaysia, AMAT JELAS cubaan UMNOBN menyekat atau menguasai cyberspace!

Mahathir kata, Internet di Malaysia tak akan disekat, atau ditapis dsb.

Sekarang ni, dengan penangan internet, akhbar arus perdana hempehh...!

Audit Tricubes macammana Dato'?

Syarikat paling berjaya?? Atau sekarang ni dah tergolek??

anakbuah said...

Salam semua,

50 sen per email tu percuma ke!? Gmail, yahoo atau hotmail selama ni tak cukup percuma? Tolonglah jgn jadi BANGANG sangat! Ini merompak secara terancang namanya.

Bak kata Sdr Anti Korupsi, "idea yg bagus" - teruskanlah! Apa kata kita tambah lagi idea2 lain mcm:

1.TV 1M'sia - gabungan semua saluran stesen tv percuma. Sejam 20 sen.

2. Parking 1M'sia - lot2 parking tanpa meter dan tidak berbayar mana2 dlm M'sia dikendalikan oleh satu syarikat swasta. Parking 15min 10 sen.

3. Pantai 1M'sia - kesemua pantai awam sekeliling M'sia diletakkan di bawah t/jawap dan selenggaraan syarikat swasta. Sekali masuk RM5 utk dewasa. Budak bwh 12thn percuma.

4. Udara 1M'sia - Ahh....sdr/i bagi idealah pula. Bayangkan apa di dlm kepala hotak mereka2 ni! Fikir di luar kotak. Buktikan yg kita pun tak kurang kreatifnya.

Anonymous said...

Walaupun dikatakan "private sector initiative" kejayaan projek ini akan banyak bergantung kepada keputusan utama (key decisions) yang akan dibuat oleh Kerajaan;

1. Jangan hairan bila Kerajaan mewajibkan semua pegawai Kerajaan mempunyai akaun emel 1Malaysia. Sekarang ada 1 juta penjawat awam.
2. Semua kakitangan GLC juga diwajibkan mempunyai akaun emel 1Malaysia.
3. Semua Jabatan dan agensi Kerajaan diwajibkan menghantar notis saman, peringatan, bil-bil melalui emel 1Malaysia.

Isunya Kerajaan boleh paksa penjawat awam buka akaun emel 1Malaysia tapi tidak boleh paksa untuk tengok kandungan emel kerana ia keputusan individu dan tiada undang2 mewajibkan pengguna untuk lihat emel. Kalau begitu, jika pun notis saman, bil-bil, surat2, peringatan2 dihantar melalui emel dan dikenakan bayaran 50 sen setiap satu, kos ini menjadi sia-sia kerana tidak boleh dikuatkuasakan.

Durian

Anonymous said...

Dato',

Macam manalah kita nak suruh rakyat gunakan emel 1Malaysia bila mana masih ada rakyat yang tinggal tak berapa jauh dari Menara Berkembar tanya 'Waifai tu siput ke?'.

-MAKORANG-

Sufian Idrus said...

Malaysian Insider, Tuesday 26 April 2011

Tricubes admits 1 Malaysia email a financial lifeline

KUALA LUMPUR, April 26 - Tricubes Bhd admitted today that 1 Malaysia email service ia a financial lifeline for a company at risk of being delisted from Bursa Malaysia, ...

Tricubes chief executive officer Khairun Zainal Mokhtar also said the company will raise additional funds through a rights issue for the RM50 million project that was awarded on April 4 by the Malaysia Administrative Modernisation and Management Planning Unit (Mampu) in the Prime Minister's Department.

He also confirmed that an email will cost no more than 50 sen to send for those using the service.

The company had said earlier it will spend RM5.3 million first for the 1 Malaysia email project but will embark on a pension and tax notification initiative to sustain the service that many say is unnecessary.

The myemail.my service will threaten Pos Malaysia Berhad's postal services for the Employees Provident Fund (EPF) and Internal Revenue Board.

Comments:
There is a saying in the matter of natural selection, "Survival of the fittest". It means that only those who are fit will survive. Those who are not fit enough will either need to adapt or perish. When the going gets tough, the tough gets going.

If Tricubes Bhd are about to be delisted, then the CEO is not fit enough to be a CEO. If the shareholders of Tricubes can think rationally; the first person that they have to kick out of the company is its CEO. That is how major international companies survive. Kick out those incompetents.

An idea of selling something which is free at the price of even less then 50 sens is a ridiculous idea. And any person who is willing to accept such idea, either from Mampu's side or the JPM's side is indeed an incompetent too. And worst, if they are willing to fork out RM50 million; even the word incompetent is unsuitable, it should be 'stupid'.

No wonder Singaporean leaders are worry that Malaysia is being lead by incompetents. I would add 'greedy' to it.

A KADIR JASIN said...

Daripada Malaysiakini:

Tricubes Bhd has confirmed that it will charge government agencies about 50 sen for every email sent to Malaysians who are account-holders.

At a press conference in Kuala Lumpur, Tricubes chief executive Khairun Zainal Mokhtar stressed that users of the email will not be charged.

But they will be expected to pay an additional cost if they want their mails to be more "secure" and for encryption facilities, which are optional.

"But our default setting is a basic 'Secure Sockets Layer' (SSL) which is quite secure.

Terima kasih.

husin syedmohamad said...

Datuk
1/Isu Emel 1 Malaysia hanya satu kesan tindakkan - tindakkan yang dipersoalkan oleh rakyat. Tetapi hanya segelintir rakyat yang memahami. Segelintir rakyat yang tidak terdedah dengan maklumat tersebut, memahami melalui penulisan/paparan , seperti ditulis oleh Datuk Abd Kadir dan juga dalam media sosial. Majoriti rakyat kurang memahami, terutama yang setiap hari terpaksa kais pagi /petang/malam. Agak gusar jika isu tricubes dibawa sebagai satu projek ETP yang pastinya akan meningkatkan ekonomi Malaysia dan pastinya akan titis kepada rakyat.
2/ Berkaitan respons jabatan kerajaan, tiada ungkapan , kerana semua kita memahaminya. Mungkin datuk boleh ulas berkaitan GTP. Anihnya KPI telah dicapai dengan cemerlang.

saji said...

Salam Dakj

Nampaknya Dato' misi menyelamat syarikat2 kroni Melayu PM bermasalah seperti yang pernah dilakukan oleh mantan PM, Dr M dulu yang cuba dihalang oleh timbalannya, Anwar Ibrahim sudah bermula. Beranikah timbalan PM sekarang melakukan apa yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim itu?

Shaharuddin said...

Kos 50 sen itu walaupun tidak dibayar oleh rakyat tetapi dibayar oleh agensi kerajaan; agensi kerajaan itu menggunakan wang pembayar cukai juga. Dan pembayar cukai adalah rakyat. Dan nilai 50 sen itu amat tinggi berbanding dengan kos email sekarang. Ia juga adalah lebih mahal dari kos sekeping setem bagi sistem pos tradisional.

Tricubes hanya memperbodohkan pembayar cukai.

Lebih baik pihak kerajaan menggunakan wang pembayar cukai untuk meningkatkan kecekapan rangkaian internet negara yang ketinggalan kini, walaupun dibandingkan dengan Singapura.

Janganlah pihak kerajaan tertipu dengan Tricubes dan menggunakan wang pembayar cukai untuk membiaya syarikat yang tidak cekap berniaga.

Competente said...

Selain dari projek email 1 Malaysia; apa lagi perkembangan projek kerajaan terkini? Bagaimana perkembangan projek ETP ke, Iskandar, koridor ke, GTP? Di mana tahap kemajuan projek-projek berkenaan sehingga kini; bila agaknya projek-projek berkenaan dijangka akan menjana pendapatan rakyat?

Ikhlas said...

Salam Dato,'

Najib dah macam Pak lah...flip pas tu flop.
kalau dah nyata pun nak auta.. yang terselindung lagi lah payah nak kata..

Aduhai ..

Ikhlas

zainal abidin awang kechik said...

HARI SAYA BALIK DARI PEJABAT PERDANA MENTERI..

''MOGA ALLAH SEJAHTERKAN MALAYSIA'

Wajasetia said...

Salam Dato',
hairulfitri said...
"...Banyak sgt kes perompakan harta rakyat oleh org politik....oleh yg demikian jgnlah terlalu marah pd pegawai kerajaan. Marahlah pd guru mereka."

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya ada di antara komen saya yang menjurus ke arah apa yang saudara katakan itu. Memang tiada niat saya untuk memberi apa-apa komen tentang pegawai kerajaan yang berada di dalam senario yang saudara katakan. Umum faham pejawat-penjawat awam amat tertakluk kepada arahan dari pihak atasan. Tiada apa yang kita boleh komen mengenai perkara itu. Sekiranya saya sendiri di tempat mereka pun, bukan mungkin, tetapi saya pasti saya akan lakukan seperti apa yang mereka buat walaupun dengan hati yang berat kerana mahu atau tidak saya harus memikirkan tentang keperluan perbelanjaan keluarga.

Apa yang sering ada di dalam komen saya ialah kelompok yang bukan sahaja dengan rela hati membiarkan diri mereka dipergunakan oleh pihak eksekutif malah cuba untuk mempengaruhi khalayak untuk merestui segala tindakan mereka. Golongan yang selama ini akan bersetuju dengan apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh kerajaan BN tanpa mengira berapa nilai yang harus dibayar oleh rakyat baik dari segi ekonomi atau moral.

Berbalik kepada isu yang Dato' utarakan, saya ada juga cuba mencari apa-apa hujah yang dapat mengutarakan rasional projek terbaru ini. Amat malang kerana tiada langsung mana-mana hujah yang dapat menyokong projek ini. Yang ada hanyalah komen-komen yang seakan-akan tidak mahu isu ini terus diperbincangkan seperti apa yang dikemukakan oleh Letihle.

Saya rasa juga menjadi fitrah manusia bila benda-benda yang baik itu dipuji satu atau dua kali dan perkara yang salah akan terus ditegur selama mana ia tidak diperbetulkan. Sentiasa memuji tentang perkara yang sama berulangkali adalah fitrah pembodek dan pengampu.

Sekian, wasalam

A KADIR JASIN said...

Menurut laporan tahunan 2009 Tricubes Berhad, 10 pemegang saham terbesarnya adalah:

01. KHAIRUN BIN ZAINAL MOKHTAR 21,327,200 15.92%
02. COMMERCE TECHNOLOGY VENTURES SDN. BHD. 20,700,906 15.45%
03. AMBANK (M) BERHAD 19,111,834 14.26%
04. MAYBAN VENTURE CAPITAL COMPANY SDN. BHD. 12,762,200 9.52%
05. HEITECH PADU BERHAD 7,857,760 5.86%
06. KAMARUDIN BIN MERANUN 3,886,900 2.90%
07. MD ALI BIN MD DEWAL 2,606,000 1.94%
08. PERMODALAN NASIONAL BERHAD 2,000,000 1.49%
09. NOR ASHIKIN BINTI KHAMIS 1,914,100 1.43%
10. MAYBAN SECURITIES NOMINEES (TEMPATAN) SDN. BHD. 1,725,600 1.29%

Terima kasih

mazlan said...

Salam Dato,

Contoh e-mail free:
{Hai, apa khabar.....Anak kucing saya baru beranak...}

Contoh MyEmail:
{Salam 1 Malaysia,

Dilampirkan bil cukai tanah untuk tindakan tuan, sila bayar sebelum...}

Beza e-mail free, email kena bayar sebab ada attachment!

Pejabat tanah keluarkan attachment dan gunakan tricubes untuk hantar dengan kos 50sen..

Kalau kaedah konvesyenal, pejabat tanah cetak bil, beli setem dan sampul surat, maintain kos pencetak, beli dakwat...Berapakah harga kos tersebut? Pejabat tanah ambil duit kat mana untuk bayar kso ni? Mungkin dari hasil cukai tanah yang dibayar agaknya.

Pi mai, pi mai tang tu jugalah.
Cuma masalah dia,
1. kos 50 sen tu mahal ke murah?
---Kalau tricubes boleh justify kos tersebut saya tiada masalah. Tapi nampaknya agak mahal.

2. Pos Malaysia diganti Tricubes. GLC kepada swasta. Yang opurtunist adalah tricubes. Kalau ada syarikat lain yang boleh lawan kos sila lah masuk tender.

Terima Kasih.

Zulfahan said...

Dato',

Adeih.. Letih !!!

Saya dah tak tau apa nk komen. Sebab saya tak terpikir yang PM/Govt. ni bolih begini punya benak. Bukan benak sebab apa, benak sebab lih dengar cakap Tricubes nih.

Mula-mula kata percuma, lepaih tu kata pengguna tak payah bayar, lepaih tu kata "siapa" nk antar surat electronik ni di kenakan bayaran RM0.50.

Persoalan nya sekarang, agensi kerajaan tu dapat duit dari mana. ada dua cabang aje mata pencarian kerajaan ni. dari cukai rakyat jelata. cukai ni mungkin dalam dua bentuk.

1. Cukai yg kita biasa kena lah. Cukai pendapatan, GSTT, cukai impot dan sebagainya.
2. Cukai khusus untuk sesuatu perkhidmatan, seperti cukai jalan dan sebagainya.

Yang penting, kedua-dua cukai ni, duit dari rakyat. Cuma nk belit aje. Cuma nak "spin" ajer.

Yon, Yon.. udah, udah ler.. Kalau Tuan Yon sayangkan BN seperti yang saya harap. Talqin kan aje la surat elektronik tu satu malaya tu.

Yon, mengapa pihak pembangkang tak buat bising pasal buah fikiran Tricube ni ? Sebab dia orang tau, rakyat yang ataih pagar dan takde kepentingan nak bodek PM/Govt ni akan bangun bersuara. Depa tak payah kempen dah ! Tricube dah tolong kempen untuk dia orang.

Yon, Yon... sesia dapat biasiswa pergo belajar ke Amerika tu.

MDEC selalu buat kursus-kursus untuk sesiapa didalam industri IT ni. Mingkin ada baik, pergi jumpa Dato' Badlisham dan minta dia buat satu kelas untuk Tricube tentang macam mana nak berniaga dalam industri IT ni.

Kalau takde no MDEC. Ni dia - 1-800-88-8338 , atau kalau nak pakai "email" jugak, "email" la ke clic@MDeC.com.my.

Sekian.

Maaf la kalau ada yang terkasar dan salah sasaran.

Anonymous said...

Datuk and esteemed fellow debaters, Salaam. The following can be deduced from public domain info and from our discussion thus far.

1. This smells like a backdoor rescue of a corporate by the government via its agencies that may be forced to subscribe to 1Malaysia Email;

2. It smells rat when the major shareholders are venture funds of the GLC banks like CIMB and Maybank. CIMB is run by the PM's brother;

3. The government has rescued and subsidized the corporates before by giving sick companies IPP and road concessions. BUt road and power concessions are vital for infrastructure of the country, but email? I can't figure out this madness;

4. It is easy to give free email account to every Malaysian, man, woman and child, but where's the IT hardware? Who's going to install every home with a computer, land line or wifi? Yes ther's no wifi coverage in many areas in KL!

5. Its sounds like the medicine man selling the snake oil and the ubat kuat. And if this is Private venture, why should PM and FM be announcing it?

6. Datuk, it's ironic that in this digital age and free information flow, some Malaysian ketuas still think that we are fools that can be led up the garden path.

Salaam

Ex-Riong

Anonymous said...

Salam Dato',

Tahniah kerana sanggup jadikan isu emel 1Malaysia menjadi tajuk tampalan Dato' kali ini.

Rata-rata pembahas disini sama ada sangsi dengan ketulusan projek emel ni atau pun tak bersetuju sama sekali. Pakbelalang terus bubuh cop HP6 pada idea ni...(ala-ala "saya dah tau semuanya")

Sejak zaman kesultanan Melaka sampai hari ini setiap kerajaan yang memerintah tidak dapat menyisihkan diri dari parasit dedalu yang menenggek tampuk kuasa sambil menjerap kekayaan negara (dibaca metaforanya keringat dan darah rakyat). Maka amat sukar untuk tidak melihat idea emel 1Malaysia ini sebagai bukan idea parasit. Kalau dah siang-siang nak caj agensi gomen RM0.50 per emel tapi kata ini emel percuma maka sedikit sangat orang yang setuju ianya "percuma & dibiayai oleh swasta." Saya percaya ini satu cubaan swasta untuk mempastikan (secure) dapat bisnes dengan gomen. Bukankah itu yang selama ini syarikat swasta (terutama syarikat Bumi) lakukan, iaitu berebut tender gomen?

Apalah nasib, nak dibobodoh-bodohkan lagi nampaknya kita kali ini ye Labu!

Pak HJ JB

saji said...

Salam Dakj

Sdr Compentente bertanya, "Bagaimana perkembangan projek ETP ke, Iskandar, koridor ke, GTP? Di mana tahap kemajuan projek-projek berkenaan sehingga kini; bila agaknya projek-projek berkenaan dijangka akan menjana pendapatan rakyat?"

Komen:

1. Kalau sdr baca majalah2 bangunan, arkitek dsb diUK ada disediakan ruang untuk analisa projek yang meliputi perkembangan dan analisa pelan kosnya. Di Malaysia bukan sahaja tiada, bahkan rahsia.

2. Sudahlah cash flow projek kerajaan yang tulen dan diswastakan dirahsiakan, pelan kosnya pun dirahsiakan.

joeel1 said...

kenapa agensi kerajaan nak kena bayar sampai lima posen untuk satu email, padahal servis untuk hantar email tu sendiri percuma?...
lagipun, SMS lebih berkesan, dan kebanyakkan SMS gateway provider hanya charge dalam dua posen atau kurang untuk setiap message.

Anonymous said...

Dari dulu lagi, orang atas ni bukannya tau apa, mereka jugak tak sedar mereka dikelilingi oleh serigala, musang, buaya dan rimau yang lapar. Mereka ini mengeluarkan idea yang berpaksikan DUIT untuk dijayakan.

Ketirisan/kebocoran duit rakyat dah jadi amalan. Kerak yang sukar nak dibuang. Mungkinkah dengan tukar kerajaan settlekan masalah camni? Nampak macam keluar mulut rimau masuk mulut buaya. Eloknya hukuman rasuah/salahguna kuasa adalah hukuman mati aje!!


tukang perati.

Hanezam said...

My dearest Datuk Kadiag,

Saya kaitkan posting Datuk ini dengan posting Datuk pada Februari 16, mengenai Little India.

Kenapa ek projek-projek 1Malaysia Najib nampaknya tak menjadi dan makan tuan ? Sebab dibuat atas dasar memenangkan 'hati rakyat', dengan tergesa-gesa tanpa kajian lebih terperinci dahlah menelan belanja juta-juta. Projek-projek yang tak ada ruh dan semangat rakyat dalam aturcaranya sebaliknya topeng kepada keuntungan yang disalurkan kepada pihak-pihak tertentu. Kreativiti yang sepatutnya diguna untuk cari remedi permasalahan rakyat diguna untuk memanipulasi cara dan kaedah bagaimana dana awam boleh disonglap untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Lepas tu ingat rakyat tak akan tahu.

Makin didedah makin parah, kan ?

Macam ni nak kata PRU 13 dah dekat ? Rakyat nak bagi can lagi ke ? Sibuk dengan projek itu ini, tahap perkhidmatan sektor awam dok macam hampeh.

Banyak lagilah yang Najib kena betulkan sebelum PRU13 nanti.Kita nak bagi sokongan,tapi bukan untuk kerajaan yang bakal jadi hampeh lagi.

Mejar Zainal said...

kita dah tertinggal ke belakang jika caj dikenakan. Walau apa pun kenyataan bahawa ianya percuma dan tiada paksaan, lambat laun ianya akan diwajibkan dan kos akan ditanggung oleh pembayar cukai dan rakyat dibebani sekali lagi manakala penyedia perkhidmatan bertambah untung. Tolonglah hentikan semua ini, rakyat tidak boleh diperkudakan untuk menerima sesuatu yang menyusahkan kewangan mereka yang sekarang ni makin dibebani dengan harga barang yang semakin meningkat dan kuasa beli terhad. Cukup cukuplah

suhaimi said...

Salam DAKJ,
Saya yakin bahawa pandangan Dato' dan majoriti pengunjung blog ini, begitu juga majoriti rakyat, yang tidak berkepentingan dan berfikiran rasional adalah SAMA. Saya pasti juga bahawa rasional yang Dato' berikan tentu sekali dapat difikirkan juga oleh orang-orang besar yang berkenaan, baik PM, penasihat beliau, serta bijak pandai IT (baca: pandir) Tricubes Berhad. Bukan susah sangat pun untuk difikirkan, tapi langsung tak diendahkan. Memang dasar PENYAMUN, adik-beradik LANUN!
Bagaimana kita hendak menyokong mereka kalau mereka terang-terang MEROMPAK kita dan terang-terang cuba MEMPERBODOHKAN KITA. Bukan sekali, tapi berkali-kali!
Namun alahai, Dato', undi untuk mereka daripada orang-orang Melayu yang dimangsainya kekal besar juga. Entahlah Dato, hebat betul mantera ketuanan Melayu yang dihembuskan ke halwa telinga orang-orang Melayu, termasuk mereka yang berkedudukan dan berpengetahuan dan mereka yang hidupnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Terima kasih.

Tinta Hitam said...

Rakan rakan semua,

Email 1Malaysia ni bkn yg terakhir projek UMNO utk pau duit rakyat Malaysia.Tunggulah seterusnya. Aktiviti ini akan berterusan selagi mereka berkuasa..

Anonymous said...

Dear Datuk,

Appreciate Sdr Mazlan's fair feedback. Would like to add a few queries:

1. Tricube's past best work? Probably the provider and users can respond.

2. This new proposal is based upon global best practice? Please cite success stories.

3. SinarHarian Rabu 27 April msN9 quotes an IT personnel tersenyum saying that this proposed email "selesaikan masalah belum wujud". Jauh bunyi pandangan itu. Mungkin kita tak nampak apa yang mereka nampak. Baik juga dijelaskan kekaburan tersebut.

4. Apa pula agaknya cerita dari ahkbar Cina dan India. Apa pandangan mereka.

5. Benarkah target group paperless initiative ini 100% satu Malaysia? Kalau benar, boleh ke? Kalau tidak, who are the target groups and their scenarios?

6. I wish that the project proponents and solution provider are in this forum so that a fair assessment of its value may be considered by the people.

Otherwise just wishful thinking on my part ...

Terima kasih

XERONINE

saji said...

Salam Dakj

Sdr letihle, berkata, "Pasal Email saja yang jadi kelam-kabit, dah keluar satu artikel pasal ni. Cuba laa pulak buat ulasan pasal usaha-usaha kerajaan yang baik kepada rakyat - projek ETP ke, Iskandar, koridor ke, GTP ke. Usaha penyatuan rakyat Malaysia di bawah gagasan 1Malaysia ke. Buat laa ulasan penambah-baikan.

Takkan nak cerita benda yang tak elok je? Tapi, almaklum le, fitrah manusia suka nampak benda yang tak elok sahaja."

Komen:

Satu cara untuk penambah-baikan idea, dasar, konsep, wawasan, gagasan, program, rancangan, projek dsb yang diilhamkan oleh kerajaan yang memerintah dan sedang dilaksanakan ialah dengan menilai kelemahan setiapnya masing-masing.

Kerajaan UMNOBN tidak menjelaskan kelemahannya melainkan setelah kegagalan berlaku seperti DEB

Ahli akademik, badan NGO, pengkaji dan pembangkang menilai kelemahanya dari semasa ke semasa.Di mana kesemua mereka mengatakan kelemahannya adalah dari aspek pelaksanaan membabitkan sistem2 dan tatacara pelaksanaan yang dipengaruhi pemikiran kapitalis yang negatif seperti melaksanakan projek tanpa tender terbuka

Saudagar Setia Madu Khaula said...

Dato',

Perjuangkan internet percuma dan jaringan yang lebih baik.

anakbuah said...

Betul Sdr XERONINE, dalam mereka hendak "selesaikan masalah (yang) belum wujud", email 1M'sia ini bakal mewujudkan masalah yg tidak kunjung selesai - persoalan2 yg sdr/i tujukan itu juga bukan mudah utk kerajaan dan Tricubes sendiri jawap.

Tak malu ke PM nak pertahankan proposal Tricubes ni kalau dibahaskan di Parlimen? Tapi Umno/BN tahu apa malu. Umno/BN sendiri tengah bogel tapi gelakkan pihak lain yg ditelanjangkannya!

saji said...

Salam Dakj

Sdr tukang perati, antara lain berkata, "Ketirisan/kebocoran duit rakyat dah jadi amalan. Kerak yang sukar nak dibuang. Mungkinkah dengan tukar kerajaan settlekan masalah camni? Nampak macam keluar mulut rimau masuk mulut buaya. Eloknya hukuman rasuah/salahguna kuasa adalah hukuman mati aje!!"

Komen:

1. Pencuri hari ini lebih takut potong tangan daripada hukum mati

2. Seandainya PR memerintah nanti mereka terus gunakan sistem2 yang dipengaruhi pemikiran negatif kapitalis atau bercanggah dengan prinsip2 muamalat Islam dalam pengurusan ekonomi seperti seadanya di bawah pemerintahan kerajaan UMNOBN, kebimbangan sdr di atas (nampak macam keluar mulut rimau masuk mulut buaya)memang akan berlaku.

saji said...

Sdr suhaimi

"Bagaimana kita hendak menyokong mereka kalau mereka terang-terang MEROMPAK kita dan terang-terang cuba MEMPERBODOHKAN KITA. Bukan sekali, tapi berkali-kali! "

Komen:

1. Sekadar bertanya, jika ganti nama mereka di atas sdr maksudkan pemerintah UMNOBN dan kroninya, boleh sdr bagi beberapa contoh lain yang sdr kata mereka sudah berkali-kali merompak harta kita itu?

2. Juga, boleh sdr berikan contoh-contoh rompakan yang mereka lakukan secara terselindung atau tidak terang-terangan?

Atau, sdr setuju dengan contoh yang saya berikan berikut:

Memeperkenalkan dasar pensyarikatan Malaysia dan program penswastaan di bawahnya melibatkan pengwujudan peluang perniagaan dalam bentuk projek2 kerajaan yang diswastakan seperti lebuh raya bertol yang tidak dinafikan mencepatkan pertumbuhan negara, penyediaan prasarana bertaraf dunia dan memanfaatkan kebanyakan rakyat, tetapi di sebalikanya ia merupakan dasar yang dipergunakan oleh pemerintah UMNOBN mengagihkan peluang perniagaan kepada kroninya secara rundingan terus

anakbuah said...

Salam Dato',

"Barang dijauhkan Allah satu lagi musibah."

# Lari topik sikit. Dato' tak nak tulis pasal video sex yg hebat dijaja oleh media skrg ni? Dato' tak minat atau tak tahan nak muntah? Atau takutkan satu lagi musibah!?

OKJ said...

Salam DAKJ

Maaf lama tak memberi komen dan tertinggal bot. Pertamanya, tahniah diucapkan pada BN kerana menang PRN Sarawak. Bagi sayalah, orang boleh buat analisis macam-macam tapi kalah tetap kalah. Kesian, kesian!!!!

Keduanya, pakar IT kata, macam-macam data orang boleh kita dapatkan dari email seseorang dan juga boleh hantar virus dan menggodam sekali. Orang yg tak tahu memanglah akan kata email biasa free dan tak ada apa-apa risiko. Inilah masalahnya dengan orang yg TAK tahu apa yg dia tak tahu dan berbincang dengan orang yg sama-sama tak tahu. Kesimpulannya, hanya jauhari mengenal manikam.Sekian TQ.

tokman said...

Emel 1 Malaysia satu lagi tindakan 'cekap, bersih dan amanah' kerajaan 1 Malaysia....PM kata wang rakyat tak digunakan tapi CEO Tricubes kata kena juga caj 50 sen setiap satu emel, kalau ikut PM 50 sen tu bukan wang rakyat jadi wang siapa? Syarikat Tricubes pula diletak bawah MAMPU jadi 'bersionglah' syarikat senang dapat projek Kerajaan yang lain....rezeki orang nak kata pun. Macam PNBlah PM kata semua belanja aktiviti2nya daripada pelaburan wang PNB sendiri bukan wang pelabur2 jadi rakyat hairan juga macam mana PNB bagitu banyak wang kerana tak guna wang pelabur2.....cekap sungguh pihak pengurusan mengurus kewangan mereka.....betul ke ni Dato, saya bukan bijak sangat!

magsetiawangsa said...

"2. Yang dikhuatiri ialah agensi-agensi kerajaan akan "dikerah" untuk guna perkhidmatan Tricubes dan mereka ini pula akan secara diam-diam "charge" pelanggan mereka dalam bentuk surcharge atau bayaran perkhidmatan. Kalau terpaksa guna juga, jangan "pass" kos tambahan kepada pelanggan. Tanggung sendiri."
Kedua-dua bentuk "kos" akhirnya ditanggung oleh rakyat. Sama saja.

rajabogak said...

Memang betul,satu dunia akan ketawakan kita sebab E mail 1 malaysia ni.Bila susah rakyat didahulukan.

ipv6 said...

The infamous Dollah Badawi Tido, now somebody whose suppose to be better thn those silly guy obviously do no better!

And whose that guy be?

A 50 cents per mail would be a whopping super duplex's fats cost that leach out the rakyat's blood and put the blood sucker cinoman's loan shark into great shame! 5 cent pun still consider too expensive not to mention we all already got an email!Some got it from free web base mail and other from their company.NOw go and ask the students, chances are all of 'em got one alredii!

Anyway almost all gomen agency got domain name and it came wth the email server what? If somebody nak sangat the Malaysia thingy then just configure the existing server jer lah.

halim said...

saya rase memang comfirm pengendali email satu malaysia akan ketawa sepanjang jalan dengan duit secekak.


memang benar kata sesetengah orang yg 1malaysia dah jadi WANGmalaysia....

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).