Friday, August 17, 2012

Tolak Politik Tohor Demi Perpaduan Islam

A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

DALAM kita menyambut kedatangan Aidilfitri, sangat eloklah kalau kita boleh membuat satu azam baru iaitu untuk memberi makna kepada perintah Allah bahawa orang Islam adalah bersaudara.

Saya tergerak menyebut hal ini apabila membaca berita Malaysian Insider mengenai bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, menghadapi tekanan kerana daripada parti beliau sendiri kerana berselisih faham dengan DAP dan bergesel bahu dengan pemuka Umno.

Dalam laporan itu, beliau dipetik sebagai berkata yang beliau tidak akan keluar PAS atau berhasrat menyertai Umno.

Portal berita itu berkata, tekanan ke atas Nashrudin agar keluar PAS semakin meningkat kerana beliau terus mengkritik DAP dan bergesel bahu dengan pemuka Umno.

Kalaulah laporan Malaysian Insider itu benar, maka amat malanglah bagi PAS dan penyokongnya. Malah malang bagi semua umat Islam apabila pemimpin Islam dimarahi oleh orang Islam sendiri kerana berani berdepan dengan DAP dalam isu-isu berkaitan Islam.

Nampaknya ada orang Islam di Malaysia yang sanggup sisih menyisih antara sesama sendiri kerana mahu berpakat dengan orang bukan Islam atau semata-mata kerana hendak berkuasa.

Manurut Malaysian Insider lagi, tekanan ke atas Nashrudin turut meningkat apabila beliau dilihat bersama Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, di Makkah baru-baru ini.

Kalau ini betul, jelaslah ada orang Islam Malaysia yang kerana ideologi politik sanggup menolak persaudaraan Islam dan memperkecilkan semangat ibadah haji dan umrah, iaitu perpaduan, kesatuan dan kesaksamaan.

Ketika mengerjakan haji dan umrah tidak ada politik. Tidak ada merah, biru atau hijau. Yang ada ialah ihram yang putih yang menjadi simbol kesatuan dan kesaksamaan umat Islam.

Apabila Parti Atasi Agama

Malangnya inilah yang sudah terjadi kepada umat Islam Malaysia, khasnya orang Melayu, yang sanggup tolak persaudaraan Islam demi parti, ideologi dan kuasa. Mereka sudah menjadi begitu partisan sehingga hilang akal dan pegangan.

Mereka mungkin tidak sedar atau tidak mahu mengaku. Tetapi realitinya ialah perpecahan umat Islam Malaysia, khasnya di kalangan orang Melayu, sedang diraikan oleh pihak-pihak yang tidak senang hati dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan dan dalam kehidupan harian.

Mereka tidak perlu lagi bekerja kuat melemahkan orang Islam dan orang Melayu kerana politik kepartian yang melampau telah pun memecah-belah dan melemahkan orang Islam dan orang Melayu.

Sikap saya dalam hal ini mudah saja. Pedulikan cakap-cakap tohor dan hambar kelompok fanatik politik ini. Saya telah dan sedang melalui pengalaman yang sama. Misalnya, apabila gambar saya hadir majlis perkahwinan anak timbalan presiden Pas, Mohamad Sabu, terbit dalam akhbar PAS, Harakah, ada yang membuat kesimpulan yang saya telah menyertai PAS.

Begitu juga apabila rencana-rencana saya dalam blog ini dipetik atau disiarkan langsung oleh Harakah. Hatta adik-adik saya sendiri berbisik-bisik bertanya adakah benar saya telah menyertai PAS.

Jawabnya mudah saja. Haji Mohamad Sabu dan, sebelum itu, Salahuddin Ayub, naib presiden PAS, menjemput saya ke majlis kenduri kahwin anak mereka. Oleh sebab tidak ada aral melintang, saya hadir.

Ramai juga pemuka pembangkang yang saya kenal dan mereka pula menunjukkan muhibah kepada saya walaupun mereka tahu pendirian saya.

Saya pun berasa berguna menyimpan nombor telefon mereka kerana boleh kata setiap kali saya menghantar SMS, mereka akan membalasnya dan apabila mereka tahu saya dalam keadaan pilu mereka mengucapkan takziah. Itu saja. Tetapi itu jugalah inti pati persaudaraan kita sesama Islam.

Fahaman Politik Bukan Penghalang

Saya pun tidak bermusuh secara peribadi dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dengan mana-mana pemuka pembangkang. Saya memilih untuk bersikap sivil dan saya harap itulah juga sikap mereka terhadap saya.

Malah pada akhir-akhir ini, lebih ramai pemuka pembangkang yang mahu berkawan dan meminta pandangan saya, dan saya akan memberikan pandangan saya kepada sesiapa saja yang berjuang untuk Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. Itu saja.

Satu lagi mengenai persahabatan. Saya mungkin telah lama berpisah jalan dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim. Tetapi saya tidak akan menafikan yang selama 16 tahun (1982-1998) kita berpakat dalam banyak hal demi kebaikan agama, bangsa dan tanah air. Tetapi di mana saya tidak bersetuju, saya kata saya tidak setuju.

Baru-baru ini beliau menyambut hari lahirnya yang ke-65 dan saya menghantar SMS mengucapkan selamat kepada beliau. Beliau membalasnya. Saya mudah ingat tarikh lahir beliau kerana kami berbeza usia hanya 13 hari.

Jadi, janganlah kerana pemuka politik Islam/Melayu bermain politik di atas, orang Melayu dan Islam di bawah bercakaran sesama sendiri. Tak payahlah rampas-merampas pengurusan masjid dan surau atau maki-hamun dalam blog kerana perbezaan ideologi.

Orang Islam di Malaysia bukan ramai sangat – hanya 60 peratus daripada keseluruhan penduduk. Pecah dua jadi 30 peratus. Pecah tiga jadi 20 peratus. Lagipun, di segi ekonomi dan pendidikan, orang Melayu/Islam masih jauh ketinggalan. Silap-silap main politik, menang bersabung kampung tergadai, ayam jaguh jadi milik orang lain. Wallahualam.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

61 comments:

Panglima Perang said...

Saya sangat bersetuju dengan dato. ramai di kalangan rakyat yang faham perkara ini dan bosan dengan sikap kepimpinan ISLAM di tanahair yang bermain 'tarik tali' sesama Islam. Disamping pada pandangan pemimpin-pemimpin tersebut menyatakan ianya adalah strategi politik bagi memastikan ISLAM terus memerintah dan menguasai parlimen baik dari Kerajaan mahupun pembangkang, rakyat yang tidak mengerti akan terus berpecah di kesalah fahaman mereka melihat percaturan politik kepimpinan ISLAM sendiri. ISLAM lebih tinggi dari segalanya termasuk lebih tinggi berbanding PAS dan UMNO! SEKIAN.-

berasiam said...

Salam Datuk A Kadir Jasin

di penghujung Ramadan dengan kesyukuran dan harapan agar diberikan kesempatan pada Ramadan yang akan datang.

Rukun Iman menyatakan kita wajib beriman kepada enam perkara tetapi sebahagian kita telah menambahnya menjadi lebih daripada itu iaitu beriman kepada ahli politik yang menggunapakai gelaran ulamak. Apa sahaja yang dituturkan oleh ahli-ahli politik ini diterima bulat-bulat dan ditaati sepenuhnya seolah-olah mereka menerima wahyu. Dalam perkara yang jelas bertentangan dengan apa yang tercatat dalam Qur'an pun, kata-kata ahli politik ini dipercayai seolah-olah Qur'an masih belum lengkap sepenuhnya.

Memang Allah swt banyak kali menyatakan bahawa manusia sentiasa berselisihan dan Dia akan menentukan tentang apa yang manusia perselisihkan itu di sana nanti.

Semoga Allah swt terus melimpahkan rahmat untuk kita terus beada dalam ketaatan kepadaNya.

Salam Aidil Fitri untuk Datuk sekeluarga dan para pengunjung blog ini yang meraikannya.

OKJ said...

Salam DAKJ

Tahniah Dato’. Satu kupasan yg baik. Tak sangka pulak Dato’ boleh hentam PAS kali ni. Tapi secara jujurnya, artikel-artikel Dato’ sebelum ni memang berat sebelah pun, secara zahir mahupun secara tersirat. Mungkin Dato’ je yg BUAT-BUAT tak perasan.

Bagi sayalah, apa yg menimpa Ust Nasaruddin tu tak pelik pun. Dulu, Dato’ Dr Hassan Ali kena. Sebabnya, didlm Al Quran, Surah An Nisa ayat 138 & 139 secara jelas memperincikan sifat-sifat golonngan MUNAFIK. (TQ Sdr Berasim).

Spt Ust Nasaruddin kata, qiamullai dgn tahajjud 10 rokaat diakhiri dgn wtir 3 rokaat dan bacaan qunut yg panjang, dgn tangisan dan linangan air mata oleh imam dan para makmum meminta Keredo’an Allah dan mendoakan perpaduan umat Islam dalam menentang musuh-musuh Islam. Juga berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW mengharapkan syafaatnya.

Tapi sayangnya, di Malaysia, dgn adanya parasit-parasit yg MUNAFIK, dan juga FASIK dgn menyebarkan khabar fitnah (seperti kes serbuan JAIS) dan secara beraninya menyamakan Rasullulah dgn mamat kampong, selagi itulah Islam terumbang-ambing. Sekian TQ.

p/s diharap sdr langitbiru dpt membuktikan tuduhan sdr terhadap negara Arzebaijan krn ia satu tuduhan yg serius. Jika benar sila kemukan bukti, jika tidak sila memohon maaf kepada para pembaca dan seluruh warga Arzebaijan kerana Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah: ayat 191, bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya."

ab said...

Salam dato,

Selamat menyambut syawal.


SATU TULISAN yang sangat berfaeadah untuk SEMUA melayu.


`Melayu' kat dunia ni pun takramai juga dalam kurang dari 0.002% saja!.


Kalau pecah belah bunuh mati jadi footnote `as a known race in SEA some times ago'....



Abu Bakar Ab Rahman

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Istilah "bergesel bahu" dengan pemuka UMNO tu kurang tepat maksudnya.

saya fikir lebih tepat "bertepuk bahu".


......InsyaAllah menyusul lagi

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Salam 1Malaysia khusus untuk Tuan Dr Hj OKJ

Tuan dr Hj OKJ tetap seperti dulu, sama dan tidak berubah-ubah.

MASIH kekal menuduh ahli PAS sebagai KHAWARIJ, sebagai MUNAFIK, sebagai FASIK.

Jika begitu tetap pendirian Tuan Hj OKJ, biarkan saja saya dan PAS, tak perlu dihiraukan, biarkan,biarkan!

Allah swt dah bagi kita semua soalan bocor, beserta buku jawapannya sekali. Buku jawapannya tidak lain tidak bukan Al-Quran dan Hadis.

Bagaimana kita semua menjawap soalan dan tesis masing-masing, bila masuk liang lahad nanti barulah kita tahu bila Munkar_Nakir jadi panel viva nanti, tesis jawapan siapa yang bakal diterima.

"Untuk mu tesis mu, untuk aku tesis aku".

Salam 1Malysia untuk OKJ
Assalamualaikum untuk Dato AKJ

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Dah lama saya tak hantar komen ke blog Datuk ni, kerana banyak komen-komen berbentuk hentam keromo tak tentu arah. Saya tak nak peningkan kepala -- hanya baca tampalan Datuk sahaja, bahagian komen tak buka langsung.

Kali ini saya cuma nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri mohon ampun jika ada kesalahan di mana-mana, kepada Datuk dan semua pembahas-pembahas di blog Datuk ini.

Tampalan Datuk kali ini sememangnya benar dan saya harap kita akan dapat lebih lagi "neutral piece" semacam ini di masa-masa mendatang.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

abdullahngah said...

Saya nak sebut sikit bahawa kebanyakan orang Melayu "bermain emosi".

Itu sebab jadi apa yang datuk nyatakan dalam tulisan kali ini.

Kalau bermain politik mana mungkin boleh jadi macam itu.

Politik adalah ilmu yang tak mungkin tersasul jalan yang di perjuangkan.

Bermain emosilah royalti minyak hak kerajaan PAS kelantan di nafikan.

Geran perkapital dibayar ujung tahun.

Bermain eomsilah datuk pernah disebut masuk PAS.

Kalau bermain politik sudah tahu jantan betina ikan diair.

Bermain emosilah baja untuk rakyat dicop lambang dacing dan ditulis hak kerajaan BN.

Oleh itu adalah salah menyebut bermain politik.

Apa pun kebanyakan tokoh tokoh orang Melayu, terutama sekali yang duduk dalam umno "bermain emosi" sehingga bangsa sendiri terpinggir serba serbi.

Bukan setakat itu saja, malah tergamak bertindak mengkhianati bangsa, agama dan negara.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Lahuma said...

Dato.

Salam adil fitri maaf zahir batin.

UMNO dan PAS ialah parti Melayu.Tak ada beza pun.Cuma nama sahaja.Dulu PAS lain coraknya hebat.UMNO pun begitu juga berjiwa rakyat segala pemimpinnya.Sekarang dah jadi budaya koprat yg melihat laba dan untung.

PAS dulu megah dengan Islamnya.Sekarang sudah berputar belit dengan ubahsuai demi nak jaga rakan kongsinya DAP yang amat disayangi oleh PAS.

UMNO pun kurang jiwa Melayunya.UMNO diguna untuk dapat projek dan kebendaan sahaja.Kroni dan kumpulan masih menjadi amalan.

Dalam PAS ada ulamak.Dalam UMNO pun ada ulamak.Begitulah sebaliknya.Dalam UMNO ada yg jahil.Dalam PAS pun ada yg jahil.Banyak lagilah persamaan yg ada pada PAS/UMNO ini.

PKR sudah jadi parti rojak ciptaan manusia kecewa. tapi banyak idea dan mempunyai karisma yang hebat.

Politik Melayu sudah ada banyak kepala dan kapten.Ramai nak cari pengaruh untuk tunjuk kekuatan.

PAS dgn mursyidul amnya.
DAP dgn mursyidul amnya.
PKR dgn mursyidul amnya.
UMNO saja belum ada mursyidul amnya.

Bangga dgn keagungan Islam zama dulu dalam ceramah politik.Tapi tak pernah cerita dalam ceramah politik bagaimana keagungan Ialam itu punah ranah.

Melayu masih mimpi bercampur-campur.Bukan tak tahu perpecahan itu buruk akibatnya.Tapi kerana kepentingan dan tamak haloba maka tak dipedulikan akan nasib Islam dan Melayu.

Rakyat dan pengundi wajib menolak mana pemimpin yg cakap tak serupa bikin.Islam dibibir sahaja.Dalam hati lain niatnya.

Kita diberi akal dan fikiran jangan terpengaruh dengan askar upahan yg nak hancurkan Islam/Melayu di tanah air kita.

Askar upahan inilah yang menjadi paku dalam daging kita.

Daulatkan Islam dan Melayu .Melayu bersatu Islam akan terus padu.

Terima kasih.Maaf zahir batin.

langitbiru said...

"Rukun Iman menyatakan kita wajib beriman kepada enam perkara tetapi sebahagian kita telah menambahnya menjadi lebih daripada itu iaitu beriman kepada ahli politik yang menggunapakai gelaran ulamak".

Sdr berasiam perlu membuktikan kenyataan terbuka sdr ini, dan laporkan kepada pihak pihak yang berwajib.



"Dalam perkara yang jelas bertentangan dengan apa yang tercatat dalam Qur'an pun, kata-kata ahli politik ini dipercayai seolah-olah Qur'an masih belum lengkap sepenuhnya".

Ayat Al-Quran yang mana rujukan Sdr berasiam, dan siapa ahli politik yang menidakkan ayat tersebut.

Saya mahu Sdr berasiam memberi contoh-contohnya serta penjelasan yang lengkap dari segi tafsir ayat-ayat Quran yang Sdr maksudkan.

sertakan sama hadis hadis sahih dan qudsi bagi menyokong hujah sdr.

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Dekat sangat nak pilihanraya, UMNO main lagu lama dan klssik, HUKUM HUDUD.

Senjata lama yang mana UMNO fikir masih tajam untuk menikam.

Sejurus sebelum PRU2004, HUDUD dimainkan dengan sangat hebat. Karpal Singh melatah tak kurang hebat. Nik Aziz tidak dapat menahan sabarnya ke atas kata-kata Karpal, akhirnya BARISAN ALTERNATIF (BA) pada masa itu berpecah. UMNO menang dengan sangat bergaya, paling baik dalam sejarah PRU negara.

MAKA, pada hari ini, UMNO masih mahu menggunakan modus yang sama, senjata lama, HUDUD.

Saya sangat yakin, senjata itu sudah tumpul berkarat.

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Macam bolasepak la Dato'

Bila dah sarung jersi bola, jersi no 3, no 5, no 1 bertungkus lumus menyekat kemaraan jersi no 9, no 10, dan no 11 pihak lawan. ada yang rebah melayang kerana pergeseran perjuangan di padang.

bila off jersi bola, boleh pi minum sama-sama, chit chat dan sebagainya selayaknya sebagai kawan, muhibbah.

Politik pun sama lah Dato'. Dah sarung jersi politik, berpolitik lah. Tapi, tidak menolak pula untuk aktiviti seharian seperti kenduri kahwin, ucap selamat dan salam, ucap selamat harijadi dan sebagainya. itu aktiviti seharian yang tidak disekat oleh fahaman politik.

Prince of Noob said...

saya belajar satu perkataan baru hari ini iaitu tohor... tak pernah dengar pun sebelum ni. terima kasih dato. btw saya amat setuju dengan penulisan dato... ramai orang di malaysia ini yang terlalu taksub dengan politik kepartian sehingga sanggup mengenepikan perpaduan dan bergaduh sesama sendiri...

akhir kata... selamat hari raya kepada dato dan keluarga. semoga raya ini raya yang bermakna buat dato

http://buasirotak.blogspot.com/

langitbiru said...

TALI PERSAUDARAAN SE-ISLAM UMNO, TALI PERSAHABATAN UMNO.

Asslamualaikum Dato’

Bismillahirrahmanirrahim,

3:103 "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada TALI (AGAMA) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Al-Imran 103)

Mungkin ayat di atas menjadi rujukan Dato’, Alhamdulillah.

Pun begitu, saya melihat tali persaudaraan se-islam dan tali persahabatan dihulur UMNO di saat saat kapal UMNO semakin karam, UMNO semakin nazak sesuatu yang tidak ikhlas, hanya untuk perbatuan politik mereka yang semakin menghampiri noktahnya.

Najib dilihat bakal menyempurnakan TOERI RAHMAN, sudah lebih setahun paluan gong perang dimulakan Najib tetapi beliau masih keliru dan pening bila mahu bubar Parlimen.

Namun, teka-teki bila Najib mahu bubar Parlimen sudah tidak diendah oleh mana mana parti Politik khususnya pembangkang, kerana Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada April 2013. MAKA TETA TEKI yang sangat pasti, PRU sebelum April 2013, hanya beberapa bulan sahaja.

Ini mengingatkan Sejarah Agong Islam, Pembukaan Kota Mekkah. Nabi saw mengarahkan Saidina Ali ke Mekah memberitahu pembesar-pembesar Quraisy bahawa 4 bulan dari tarikh lawatan Ali itu, Rasulullah saw akan datang membebaskan Kota Mekah dari segala kezaliman dan kemungkaran.

Apakah Najib dan pembesar UMNO hanya mampu bernafas dengan baik dalam masa 4 bulan sahaja lagi?

langitbiru said...

Menyedari hakikat goncangan politik Sabah bakal menbuahkan Tsunami di negeri Di Bawah Bayu, kempen perang saraf UMNO semakin giat dan hebat termasuklah mengambil segala senjata-senjata lama mereka ke medan ‘perang’.

2 ahli Parlimen, Lajim ukin, Bumburing dan seorang Senator BN, Maijol Mahap beserta 3 orang lagi MP bakal lompat, disebut-sebut juga Kalabakan, menjadikan Najib benar-benar keliru dan pening.

Maka, disaat inilah dihulur “Tali Persaudaraan Se-Islam”, “Tali Persahabatan”. Mudah untuk kita baca tektik perang saraf UMNO.

Dalam menghulurkan Tali Persaudaraan Se-Islam, UMNO nekad bertindak “mengistiharkan” musuh politik lama mereka DAP sebagai KAFIR HARBI, dan mana-mana parti politik yang menjalin kerjasama dengan DAP, HUKUMNYA HARAM diberi undi. Alasan naïf UMNO, DAP tolak HUDUD. Inilah yang dikatakan hidup ibarat RODA, UMNO mengambil pendekatan agama untuk melawan PAS.

UMNO tidak pernah lupa senjata lama mereka, HUKUM HUDUD. Di kala kelemasan bernafas dalam lumpur ini, UMNO tiba-tiba jadi jaguh “mempertahankan” hudud, yang sebenarnya “perangkap hudud bagi Pas”. UMNO cuba mengadu domba lagi diantara DAP dan PAS. Mereka telah berjaya melakukannya sejurus PRU2004, BA berpecah belah, UMNO menang besar.

Hakikatnya, kesefahaman diantara PAS-DAP dilihat semakin mantap dan erat, penganalisis politik juga sependapat sedemikian yang mana dilihat lebih mantap berbanding DAP-PKR. Mungkin kerana keduanya mengalami sejarah susur galur politik yang lama dan lebih kurang sama, mangsa kepada ketidakadilan dan kezaliman UMNOBN, maka PAS-DAP semakin erat terjalin.

Ini melahirkan rasa cemburu bukan kepalang bagi UMNOBN.

langitbiru said...

Dengan sebab itu, tink-tank perang saraf UMNO berusaha sebaik mungkin dengan menyerang PKR secara terus, dan menyerang ikatan PAS-DAP secara berasingan.

Serangan kepada PKR dengan isu-isu peribadi kelucahan melampau.

Manakala serangan ikatan PAS-DAP adalah HUDUD dan “GUGURNYA AGENDA NEGARA ISLAM” Pas. Berjaya salah satunya, dipercayai mengkaramkan kapal PKR-DAP-PAS sejurus PRU13.

Apakah UMNO masih percaya pemikiran politik Melayu masih jumud dan terkurung di bawah tempurung, mudah disemarakkan emosi mereka dengan isu-isu perkauman dan agama yang keterlaluan? Dan mudah digula-gulakan dengan krim BRIM? Bukan sahaja Melayu, tetapi Cina, India, Kadazandusun, Murut, Bajau laut mula merasai keperitan hidup di bawah UMNOBN.

Terbaru, Jeffrey Kitingan dilihat mencapai kemajuan persefahaman dengan heavy-weight Yong Teck Lee, menyebabkan Tanda Putera 2 Aman (Musa dan Anifah) senak perut dan pening-pening. Ya, tergesa-gesalah Najib tubuh RCI PATI Sabah, walaupun ditentang keras oleh Mahathir. Mahathir berkata, RCI tidak menyelesaikan masalah malah bertambah masalah. Ya, bertambah masalah bagi UMNOBN, tetapi bukan untuk Sabahan.

Tersepit dan terkepit, UMNO mengusung Hasan Ali dan Nasharudin kesana kesini, hingga ke Mekkah Mukarramah memperlihatkan ‘Inilah cara Islam’ tetapi Sang Isteri First Lady masih tidak bertudung.

Biarkanlah kita meninggalkan UMNO dengan saki baki nyawa dan kudrat kuasa yang sangat desperado inginkan sangat tali persaudaraan se-islam dan tali persahabatannya disambut oleh Pas, dengan meninggalkan DAP.

Biarlah Pas dilabel sebagai mengamal POLITIK TOHOR, tetapi menyambut tali persaudaraan se-Islam UMNO yang penuh noda noda kezaliman dan rasuah TIDAK SEKALI KALI. Mengenang Ibrahim Ali yang melutut menagis merayu bertanding atas tiket PAS dulu, kini tak ubah seperti “Melepaskan Anjing Tersepiit”. Itu yang bakal dialami PAS jika menyambut tali UMNO.

Dan orang orang beriman sangat-sangat dingatkan agar tidak dipatuk oleh ular dari lubang yang sama sebanyak 2 kali.

Biarkanlah UMNO terkapai-kapai kelemasan dihanyut ombak nafsu dan amarahnya.

Biarkan. Biarkan.

BERPEGANG TEGUHLAH DENGAN TALI AGAMA ALLAH


BUKAN TALI PERSAUDARAAN SE-ISLAM UMNO

Sama-sama kita menempuh demensi baru Malaysia.

Amin.

langitbiru said...

Saya sangat-sangat tidak berminat untuk mengulas isu Nasharudin di Mekah bersama Najib.

Bagi kebanyakan ahli PAS, perkara itu sememangnya sudah dijangka.

Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa dua pelupor dalm PAS yang nak sangat-sangat kerajaan Perpaduan UMNO-PAS, walaupun telah diputuskan dalam Majlis Syura (beliau sendiri sebagai ahli majlis syura), Dewan Ulama, Muktamar Pas dan Jawatankuasa Pas Pusat, PAS kekal bersama kerjasama politik dengan DAP.

Beliau berdua sudah menentang keputusan tertinggi Parti. Maka, jika beliau mahu memilih jalan lain, sila kan.

Jika UMNO mahu usung kedua-duanya kesana kesini, silakan.

Wahai UMNO, Ambillah Hassan Ali.
Wahai UMNO, Ambillah Nasharudin Mat Isa.

Ambillah. Bagi kita, kedua-duanya sudah tidak relevan.

Nakhaie bekas Naib Presiden Pas pun meninggalkan PAS. Masuk UMNO. Biarkan.

Dato Asri Muda bukan sekejap, tapi lama pegang jawatan Presiden PAS, meninggalkan PAS, masuk UMNO. Biarkan.

PAS bukan berdasarkan kekuatan dan pengaruh individu, tetapi dasar perjuangannya dan mekanisma perjuangannya yang istiqamah di atas jalan kebenaran, jalan Addin Islam.


HABIS MADU SEPAH DIBUANG

Apa jadi dengan Nakhaie? Beliau ditinggalkan terkapai-kapai oleh UMNO keseorangan selepas musim pilihanraya. Sebelum pilihanraya, beliau juga diusung oleh UMNO ke sana kesini, akhirnya keseorangan!

Nasha nak hirup kopi pagi-pagi di London bersama UMNO, biarkan. biarkan.

Kepergian kamu tiada diiringi tangisan, tapi kelegaan.

Pergilah, tiada halangan.

fakhruz said...

Salam Dato,isu perpaduan melayu ni dah berbuih dah bincang...apa hasil?apa yang berlaku ialah pemimpin melayu yang berkuasa yg rakus.... Mereka konon mahukan perpaduan...rakyat bijak menilai-lihat rumah Nik Aziz dzn rumah Khir Toyo..satu perbandingan bagi jiwa pemimpin ummah. Apa yg orang melayu perlukan ialah perubahan yg menyeluruh..taqwa yang hakiki,bukan sekadar bermain dibibir...rakyat meluat

AbGJaS said...

Aslmu'alaikum Dato',

Saya sentiasa mengikuti tulisan2 dlm blog Dato'. Seringkali tulisan Dato bersifat kritikal dan bernada 'membangkang'. Adakalanya saya spt mahu menjerit 'sudah-sudah lah Dato' menghentam org kita sendiri. Remuk hati saya dibuatnya'.

Namun saya berfirasat , jauh di sudut hati Dato' menegur kerana sayang, bukan kerana benci.

Akhirnya, tulisan Dato' kali ini amat menyejukkan hati saya

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Ada kebenaran dalam komen Sdr. ab

SATU TULISAN yang sangat berfaeadah untuk SEMUA melayu...
Kalau pecah belah bunuh mati jadi footnote `as a known race in SEA some times ago'....

...dan kami merasakan jika semua orang Melayu/Islam mampu membuangkan segala 'batu' penghalang dijiwa raga 'politik' mereka, insyaallah Melayu tak hilang didunia bukan nya satu 'footnote' atau dendangan tetapi satu landasan perjuangan bagi Melayu/Islam terus perkasa, maju jaya dan dimuliakan hinggalah kejenerasi2 mendatang...

Bukan lagi Melayu Baru tetapi Melayu Besar dengan Wawasan dan Warisan nya!

Wallahualam.

ALFATIHAH, AMIN
Ps..Kami mohon izin mengucapkan Salam Kasih dan Sayang Sambutan Aidil Fitri kepada semua pembahas/pengunjung beragama Islam blog The Scribe (A Kadir Jasin yang kami muliakan).Maaf Zahir dan Batin. Amalan 'Kasih dan Sayang'.. menjunjung Zat Sifat Yang Maha Pengasih dan Penyayang Allah Swt..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ALFATIHAH(pati/paksi segala amalan/doa) AAMIIN!

siut21 said...

demokrasi itu mengatasi semuanya. demokrasi menjadikan persamaan warna kulit, anutan dan budaya tidak relevan.


itulah yang demokrasi mahukan dari penganut kurang matang untuk difahami dan dihayatibdari konsep tersebut.

namun, bagi pihak yang telah matang, demokrasi adalah ruang dan laluan untuk menuntut kebebasan beramal, berkarya, bersosial, itu ini dsbnya

dalam waktu terdekat, jurang dari segi kematangan dalam menjalani kehidupan demokrasi mungkin kecil impaknya yakni tidak banyak menimbulkan perasaan tidak senang atau tidak puas hati.

namun, ibarat api...kecil jadi kawan, besar jadi lawan, begitu jugalah perasaan iaitu apabila tidak senang hati dan tidak puas hati berubah dari kecil jadi besar...

makanya perasaan sayang, taksub dan toleransi yang selama ini diraikan semudah itu pula berubah jadi emosi yang membakar diri dan persekitaran. cumanya...bila?

tokman said...

Kalau semua orang Melayu/Islam berpegang teguh kepada Al-Quran serta ikhlas, jujur dan jauhi daripada perkara2 maksiat, tamak dan rasuah maka kita bolih bersatu secara tersendirinya dan tanpa paksaan. Masalahnya perkara ini tak berlaku dan fahaman politik menjadi pegangan mereka!

Panglima Perang said...

Sikap PAS yang fanatik menyebabkan rakyat bawahan meluat. dari banyak perkara pemimpin-pemimpin UMNO bersikap lebih terbuka dalam penerimaan perpaduan sesama Muslim. Sekadar pandangan rakyat bawahan yang sudah beralih arah - Perjuangan PAS bukan berpegang pada tali Allah, tp lebih berpegang kepada survivor politik dan mahukan kuasa. Matlamat menghalalkan apa jua cara..

abdullahngah said...

Jika dia seorang bergelar muslim mustahil berpecah.

mustahil sesama muslim menolak perpaduan.

Yang ada dalam umno bukan muslim mereka umat islam, sebab itu berlaku perpecahan.

Kita kena fahaman umat terbahagi kepada 73 puak. Satu puak saja yang diterima Keislamannya.72 puak lagi tak boleh pakai.

Oleh itu, macam mana nak berpadu, sedangkan mereka bukan muslim.

Kalau mereka muslim mustahil berlaku sepertimana yang sangat dibimbangi sesetengah kita yang buat buat tak faham.

Macam mana orang makan riba dan rasuah. Atau dengan kata lain tak kira halal haram boleh duduk semeaja.

Mustahil seorang perempuan muslim menerima lamaran seorang lelaki yang minum arak.

Mustahil, kecuali perempuan itu bukan perempuan muslim.

azhar said...

salam dakj

menang sorak kampung tergadai dah pun terjadi tapi masih ramai yang buat tak kisah .

irihati ,demdam,hasad dengki, tamak,gila jawatan dan pangkat dan kuasa dan gila wang serta harta amat kuat dalam jiwa orang melayu sekarang.

kerana bangsa ,agama dan negara dan jadi slogan out dated.

Rosiah Ismail said...

UMNO sanggup tolak islam kerana MCA.MIC.GERAKAN....dan ini berbeza dengan PAS ia tetap mahu hukum islam bagi umat islam...fikir2 la....PAS tak pernah tunduk dengan mana2 pihak pun,

Malady Melayu said...

Dato AKJ,

Selamat Eidul-Fitri dan maaf zahir dan batin.

The fight between UMNO, PAS and PKR is the root cause of the malady of the muslim world and malay race , and fast becoming the disintegration factor of the Islamic religion and Malay race within the Malay peninsular and islands into a non-existence phenomena,in the near future.

Tuan Guru Nasharudin Mat Isa memang benar menyatakan tentang keperluan untuk perpaduan Islam dan Melayu, bukan sahaja di negara ini tetapi juga di seluruh pelusuk dunia.

Mungkin agak ter"over" apabila Tuan Guru Nasharudin melabel yang senyap-senyap sebagai "syaitan bisu", tetapi yang amat saya khuatiri adalah syaitan-syaitan nyata yang berselindung di sebalik kesucian masjid dan madrasah, menghasut, memfitnah umat Islam untuk bercakaran antara sama sendiri. Itulah sumpah syaitan sejak dari azali lagi iaitu untuk memfitnah dan menyesatkan anak Adam; malangnya ramai yang termakan hasutan dan fitnah syaitan - lidah , jari, pemikiran mereka menjadi mekanisma dan modus operandi untuk kejayaan objektif utama syaitan.

Dengan itu, strategi syaitan itu menjadi kerana yang pertamanya surau dan masjid bukan dijadikan tempat memuji Allah tetapi tempat mengutuk dan menabur fitnah sesama manusia. Dan yang keduanya, manusia yang mendengar fitnah dan kutukan tersebut percaya kerana kutukan dan fitnah dibuat di dalam masjid dan yang membuat kutukan nampak soleh dan solehah. Amat menyedihkan kerana sesuatu yang amat suci mudah sangat dipengaruhi dan menjadi alat kepada syaitan yang telah bersumpah kepada Allah swt untuk menyesatkan manusia.

Kita fikir apa yang telah terjadi kepada PAS dan UMNO. Sebagai parti, PAS dan UMNO adalah bersih. Parti adalah neutral - tidak boleh membuat dosa ada tidak pernah akan ada dosa. Yang boleh membuat dosa adalah ahli-ahli yang menganggotai parti tersebut. Kerana itu - untuk melihat parti-parti ini , yang perlu dilihat adalah psikologi dan pemikiran tompok pimpinan utama di dalam parti tersebut.

Pemikiran Tuan Guru Nasharudin Mat Isa adalah terang dan nyata dan berlandaskan nas-nas Al-Quran dan hadith apabila dia inginkan umat Islam di Malaysia bersatu.

Pemikiran Nik Aziz pula adalah bersandarkan kepada emosi. Umum ingat dan pasti anak kepada Nik Aziz iaitu Nik Adli telah ditahan di bawah ISA pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir. Tetapi Nik Adli telah dibebaskan oleh Abdullah Badawi. Seterusnya, ISA telah dimansuh dan diganti oleh Najib Abdul Razak. Walau pun perubahan dari segi kepimpinan di dalam UMNO telah berlaku daripada negative kepada positive, nampaknya emosi Nik Aziz masih kuat untuk membenci UMNO. Walhal, sebenarnya sebagai parti, seperti PAS, UMNO tidak bersalah , yang mungkin boleh membuat dosa dalah ahlinya dan sekiranya kepimpinan telah diganti, saya nampak tiada sebab untuk membenci.

Najib, Hadi Awang, Muhyiddin -saya nampak amat neutral dan tidak menonjol sangat kepimpinan dan kewibawaan mereka di dalam isu perpaduan umat Islam di Malaysia walau pun pada satu ketika dulu pernah ada perbincangan dan ura-ura.

Mungkin ada yang menganggap, cara mudah adalah menunggu Nik Aziz bersara. Sebenar, anggapan ini salah - kerana terdapat barisan pelapis di dalam PAS yang mempunyai kecenderungan untuk membenci UMNO (atas hal-hal yang lepas dan ke-akraban mereka dengan kepimpinan PKR (bekas-bekas kroni)) yang kini berkuasa di dalam PAS. Penyerapan pengaruh Anwar di dalam PAS amat kuat kebelakangan ini.

Oleh kerana itu, jalan yang lebih pragmatic adalah, untuk menyedarkan manusia-manusia yang neutral ini agar lebih memainkan peranan positif untuk perpaduan umat Islam.

Sebagai manusia kerdil di dunia ini, saya cuma boleh tersenyum dengan keberanian Tuan Guru Nasharudin Mat Isa. Memang hebat. Dan janganlah kita tergelak ketawa berdekah-dekah kepada malady umat Islam di kepulauan Melayu ini kerana "Ketawa" itu adalah sifat syaitan yang nyata. Kerana itu, kegembiraan Nabi hanya berakhir dengan senyuman.

Sekian, ingin berkesempatan untuk mengucap Selamat Hari Ray dan Maaf Zahir dan Batin.

fed up said...

DAKJ dan rakan pendebat semuanya,

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan Batin.

Jangan undi parti. Undilah calun.

Lahuma said...

Dato.

Selamat hari raya puasa.
Juga pada semua rakan dialam maya ini.

Saya nak ucapakan syabas dan tahniah pada Nasharudin Md Isa diatas keberanian dan ketegasan beliau berdepan dengan mursyidul am DAP itu.

Terima kasih.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
siut21 said...

demokrasi mengajak penganutnya agar tidak membeza-bezakan antara si hitam dan si putih; antara si ateis dan si penyembah; antara si songsang dan lurus; antara si celik dan si rabun. itulah yang paling ideal.

namun, hakikatnya manusia masih berasakan dia lebih hebat, lebih cerah, lebih celik, lebih alim, lebih itu, ini dsbnya. selagi perasaan itu ujud, hasrat untuk melihat demokrasi berkembang ke tahap terbaik tidak mungkin tercapai.

Rawa Lanun-Bahasa said...

YBhg The Scribe
Salam Hormat

dan para pengunjung-wisata blog YBhg dato' A Kadir Jasin,

DAKJ dan rakan pendebat semuanya,
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan Batin.


Ramadgan DiHayati, Syawal DiRai

Terima Kasih

Alhamdulillah.
Ramadhan al-Mubarak ini
jamilatun-kariimun-latiifun-qdr

Selawat keatas Junjungan Badinda Rasul
berserta do'a dan ucapan
Selamat Menyambut Syawal Mulia
Selamat Berhari-Raya Aidil-fitr Bahagia
The Scribe Sekeluarga dan para Hadirin
maaf zahir batin



mohd paizal said...

cakap tak guna tembak tak kena, kalau betul umno nak bersatu berpisahlah dengan mca dan mic kemudian bersatu ngan pas... kalau tak boleh biarkanlah pas ngan pkr dan dap nye, dan umno kekal ngan mca dan mic nye ok...

sebab sesiapa yang memerintah dah takde bezanye yang beza cuma kita boleh pangkah yang kita suka

Tengku Azmi said...

Selamat Hari Raya Dato'.

Sekali baca memang logik coretan Dato' tapi jika direnung memang kisahnya pelik. Memang secara teori politik boleh dipisahkan dari ibadat tetapi bagi orang politik mimpi pun tetap politik - tak kira di Malaysia ke atau Mekah.

Dalam beroganisasi, kepimpinan adalah penunjuk halatuju manakala yang tak berjawatan kena patuh, walaupun sebelum itu Timbalan Presiden. Jika ada kemusykilan, bawalah kepada pengetahuan kepimpinan untuk dibincangkan.

Tanpa mau mengulas panjang kerenah Ustaz Nasha ni sebab saya berpegang sumber media boleh tersasar tetapi berhubung rapat dengan pihak "musuh" boleh menjadi ancaman kepada organisasi. Bukan tak boleh tetapi kerana tidak sama rank - kalau YDP atau mursidul yang buat OK sebab mereka membawa bersama mandat. Dato' tak boleh sama dengan majlis kenduri, semacam pulah nak sama kan dengan Mekah.

Sekian.

sani said...

Org kelante kata kalu nak tau tohor atau tak sungai, jangan terus terjun utk check dasar sungai. Itu keja bodoh & membunuh diri namanya. Ambil dulu galah buluh & pacak ke tepian gigi sungai & perlahan2 ke tgh sungai, baru brapa tohor atau brapa dalam sungai tu.
So, sama le jugak kisah politik PAS & UMNO ni. Nak tau tohor atau dalam setara mana mainsnnya, cari gunalah kayu ngukurnya. Jangan setakat main tengok2 dr atas batas saja & terus buat anggapan semberono je.
1 lg...tok ULARmak bg fatwa kapi harbi kat DAP dah dpt RM2juta, Nasha dpt apa & brapa RM????

Jaja said...

Salam Aidil Fitri, Yg Mulia DAKJ,

Saya pun risau juga berkaitan pengaruh sebilangan pemimpin-pemimpin politik pembangkang.

Agaknya kebanyakan orang Melayu Islam tidak gemar menggunakan akal dan tidak mementingkan soal berfikir.
Mentaliti pun akan bertambah lemah.
Ini bahaya.

fed up said...

Saya mungkin silap baca tulisan DAKJ. Mungkin juga saya silap baca di Malaysian Insider. Tak pasti yang mana satu.

Yang saya faham, Nasaruddin diminta keluar PAS selepas beliau sekali lagi mengulang ajakan supaya PAS meninggalkan PR untuk bergabung dengan UMNO.

Ini isu lama.

Hal gambar itu sekadar menjadi garam kepada luka lama yang belum sembuh.

Setahu saya, orang PAS tidak hairan jika Nasharuddin keluar PAS. Malah mereka sebenarnya pelik bila Nasharuddin tidak ikut Hasan Ali sedikit masa dulu.

Bagi penyokong Nasharuddin, jika mereka menyokong calun dan bukan parti, sudah tentu tidak menjadi masalah bagi mereka jika Nasharuddin ini duduk dalam PAS ke, dalam UMNO ke atau jadi calun bebas.

Kini isu hudud pula berkumandang. Selain isu "Tanda Putera" dan isu entri di facebook yang kononnya milik PEMUDA UMNO.

Saya cuma nak ulas tentang Hudud. Nak tanya sebenarnya.

Adakah selama ini Enakmen Islam (yang tertakhluk kepada perundangan Mahkamah Syariah) diluluskan diperingkat DUN/Parlimen?

Jika tidak, maka sepatutnya kebanyakan negeri di Malaysia sudah boleh melaksanakannya kerana kebanyakan kerajaan negeri, DUNnya diwakili majoriti melayu. Tidak perlu tunggu PAS dan UMNO bergabung.

Jika ya, maka malangnya kita umat islam bila sistem di Malaysia membenarkan bukan islam yang tidak faham islam pun turut mengundi semasa proses kelulusan usul.

Harap-harap ada yang boleh berikan pencerahan.

p/s apa cerita tentang usul seorang DUN BN/UMNO di Johor yang mahu mengenengahkan usul Hudud?

maae said...

Salam Datuk,

1.Catatan Datuk kali ini di rujuk sebagai panduan "KONTRAS" untuk melayu2 yang sudah "BLURR" lagi sangat menjengkelkan...Kredit untuk Ustaz Nasha kerana berani bertindak sebagai seorang Melayu Islam! Islam itu tetap kepada Yang Maha Agong. Bukan kepada SARANAN penuh kemunafikan yang segera menghancurkan persaudaraan dan perpaduan ummah.

2.Secara paparan Antarabangsa (rujuk rencana-rencana atau paparan filem) bangsa Melayu itu di 'lenyapkan' dari senario Negara Bangsa, cuma di paparkan sebagai orang-orang asli sahaja yang tinggal jauh di pendalaman,naif dan ketinggalan, manakala bangsa cina di paparkan dominan dan di tonjol kan sepenuh nya identiti pemilikan mereka kepada Malaysia... Kerana apa? Ini kerana yang di pertanggung-jawabkan bukan dari golongan Melayu berilmu mahir demi Tanahair atau Negara mereka!

3.Maka 'melayu-melayu blur'(mereka jelas dan tahu sebenar nya)tetapi tidak malu-malu bertepuk tangan, menjerit mempersendakan diri sendiri dan lain-lain kerana taksub kepada ulamak dan umarak nya berserban dan berjubah.

4.Tepuk yang memungkinkan tanah air akan tergadai, seperti kata Datuk, di akhir rencana.Patetik nya orang-orang Melayu yang sudah tiada lagi usul/pendirian Agama.

Lahuma said...

Dato.

Selamat terus beribadat dgn berpuasa enam hari.

Sedutan sembang-sembang rakyat jelata dibumi Tanah Melayu tentang politik PAS/DAP.

Sayang sekali.PAS ibarat pulut udang.Diluar balutan daun pisang.Didalamnya hanyalah pulut dan inti nyok.Udang langsung tak .

Itulah antara bicara rakyat jelata.Ulamak pun tidak.Jahil pun tidak.

Terima kasih.Sekadar sebagai pendengar bicara.



.

abdullahngah said...

jaja,

Bagaimana pula dengan para pemimpin yang telah diberi amanah, menggangap amanah yang diberi oleh Allah dan rakyat melalui undi itu "peluang" untuk mengumpal harta.

Masing masing asyik duduk kumpul harta sehingga lupa untuk memperkasa dan mempertahankan bangsa, menjaga agama dan negara.

hang_nadim2 said...

Salam Datuk dan Salam Semua

Bagi saya, selagi orang melayu tidak mempunyai pemimpin yang adil, bijaksana dan taqwa kepada Allah, selagi itulah orang melayu bermasalah.

Dan selagi itulah Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara contoh.

Sekian Terima Kasih
Harap Maaf
Wassalam

Rawa Lanun-Bahasa said...

Politik tohor!?
Sejauh mana tohornya politik di tanahair kita ini?

Politik tohor semacam di Syria?
Tohor macamana tu, Mahaguru ku?

'Jangan membunuh kecuali dengan Haq!'??

Selamat Menunaikan Sunat Syawal

Saji said...

Sdr Rosiah Ismail

"UMNO sanggup tolak islam (jika makdudnya hudud) kerana MCA.MIC.GERAKAN"

Yang ni saya tertanya2 kat Ustaz Nasa kenapa dia tak timbulkan?

Sekian, tidak terlambat untuk saya mengucap Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan pelawat amnya dan Dato' khasnya

...SAJI

12:18 AM

Saji said...

Sdr langitbiru

"Hakikatnya, kesefahaman diantara PAS-DAP dilihat semakin mantap dan erat, penganalisis politik juga sependapat sedemikian yang mana dilihat lebih mantap berbanding DAP-PKR. Mungkin kerana keduanya mengalami sejarah susur galur politik yang lama dan lebih kurang sama, mangsa kepada ketidakadilan dan kezaliman UMNOBN, maka PAS-DAP semakin erat terjalin."

Kerana Sdr timbulkan faktor sejarah di atas, maka dapat kiranya sdr berikan ulasan dari sudut sejarah Islam silam yang menceritakan bagaimana tentera2 Islam terpaksa mengambil strategi sementara berundur dahulu ketika berdepan dengan musuh yang kuat macam UMNOBN. Kemudian sdr kiaskan strategi berundur sementara di atas dengan isu yang ditimbulkan oleh musuh PR mengenai persahabatan mmantap PAS -DAP dalam menghadapi PRU ke-13 khasnya di samping strategi PAS tidak memprioritikan pelaksanaan Hukum Hudud di bawah PR?

SAJI

Md Noq said...

Dato,

Saya bersetuju dengan pandangan Dato dan sebenarnya telah mula mual dengan kedududkan/ keadaan politik kita khususnya mengenai perpaduan umat melayu. Telah keluar kampung di kedah hampir 40 tahun merantau dan bila balik kampung baru ni beraya , keadaannya tak banyak berubah khususnya mengenai hal hal perpaduan kita. TK

Jaja said...

Salam Aidil Fitri Yang Mulia DAKJ,

abdullahngah,
Apa yang saya sebutkan hanya "sebilangan" pemimpin. Tak kiralah PAS atau UMNO.

Soal "mengumpul harta" dimana-mana platform pun ada. Individu seperti ini memang patut disingkirkan.Suatu kebencian rakyat.

Orang JB said...

Langitbiru berhak memberi ulasan dan komen pendirian beliau. Tetapi beliau masih belum menjelaskan kebenaran dakwaan beiau mengenai kerajaan Azerbaijan yang mahu ubah undang-undang supaya umat Islam disana membuat sembayang Jumaat pada hari Sabtu.

Sila beri pengesahan mengenai dakwaan beliau ini.

Orang JB

berasiam said...

Salam Datuk A KAdir Jasin,

masakan orang Melayu Islam tidak terkeliru dengan propaganda politik masa kini kerana yang mengaturkannya memiliki dana minda yang bukan kepalang hebatnya. IIIT misalnya, berdiri teguh di belakang PKR sehinggakan lambang mata satu yang digunakan oleh PKR sendiri tidak dapat dilihat oleh orang Melayu Islam sebagai lambang dajjal yang begitu dingerikan oleh orang Melayu Islam. IIIT memiliki sumber, baik minda dan kewangan yang tidak boleh diperkecilkan. Dengan hasil kajian puluhan tahunnya, mereka memahami bahawa orang Melayu amat sensitif dalam perkara-perkara yang menyebabkannya berdosa, sama ada secara langsung ataupun subahat dengan pelaku dosa.

Maka orang Melayu mula dimomokkan bahawa dosa kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah turut ditanggung oleh mereka. Dengan kata lain, mereka juga bersubahat dengan pemerintah sekiranya pemerintah melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan dosa. Sekiranya pemerintah tidak melaksanakan hukum Islam, maka mereka juga turut berdosa. Apabila pemerintah melakukan rasuah, mereka turut menanggung dosa. Dan sebagai cara untuk menebus dosa mereka, mereka perlulah bertindak menukar pemerintah yang sedia ada dengan pemerintah yang lain.

Oleh sebab orang Melayu Islam cukup sensitif dengan dosa, maka mereka sanggup diperkudakan untuk menukar pemerintah yang dikuasai oleh orang Islam yang dikatakan menyeleweng dengan kumpulan lain yang jelas dikuasai oleh orang kafir demi untuk membebaskan diri mereka dari dosa bersubahat dengan pemerintah yang menyeleweng itu.

Bab subahat ini lebih ketara di kalangan kakitangan kerajaan yang majoritinya Melayu Islam kerana merekalah jentera pelaksana yang lebih tahu penyelewengan pemerintah dan mereka jugalah yang terpaksa bekerja untuk menjalankan tugas-tugas berkenaan. Tidak hairanlah tahap bangkangan kakitangan kerajaan terhadap pemerintah begitu tinggi kerana mereka ingin menebus dosa-dosa mereka dengan cara bertindak menjadi agen utama untuk menukar pemerintah yang menyeleweng, kononnya.

Dosa pemerintah biarlah pemerintah yang menanggungnya. Mereka akan menjawabnya sendiri bila disoal nanti. Tidak perlu kita mengira dosa mereka kerana Allah amat cepat hitunganNya. Apa yang lebih utama, hitunglah dosa kita sendiri yang bertimbun dan janganlah sampai kita menanggung dosa menyebabkan orang Islam kehilangan kuasa memerintah di negara ini.

Allah beri akal untuk berfikir. Kalau cuma bertanding 60 kerusi, manakan mampu menjadi watak utama sekiranya menang semua pun. Jangan mengandai-andai sampai semuanya tergadai. Dan di Akhirat nanti, bertambah soalan yang kena jawab kerana bersubahat menghilangkan satu daulah Islam di muka bumi.

Wallahua'lam.

Rosiah Ismail said...

PAS ada sejarahnya umno pun ada sejarahnya dap pun sama juga ada sejarahnya tersendiri PKR juga mempunyai sejarah yang unik sekali. Kalau diukur faktor maka PAS ibarat abang dap abang ngah dan PKR adik bungsu cuma mereka ini bukan dari kalangan 3ABDUL yang pasti mereka juga bukan labu labi kalau 3abdul 2 bodoh 1 pandai tapi kalau labu labi dua-dua bodoh jadi kesimpulan cerita 3abdul dan labu labi boleh la tuan/puan rungkaikan....Kalau kita lihat disini semangat 46 dulu pun sudah berusha menemukan dap dan pas untuk berbaik-baik menerusi KU LI bersama menteri bakar jambatan namun gagal tapi PKR berjaya menjalinkan hubungan baik antara PAS dan DAP itu unik nya PKR...bagi BN/UMNO kalau nak runtuhkan PR ini mesti salah satu diruntuhkan dulu sama ada PKR atau PAS namun cara ini telah dihidu oleh para pemimpin PR kecuali KARPAL SINGH.... pada dasar nya PR sebenar nya sudah membina tembok yang kukuh hingga sukar pihak BN untuk meruntuhkan tembok tersebut maka tak ada jalan lain lagi bagi BN terpaksa memenuhi apa sahaja yang diutarakan oleh pihak PR contoh royalti minyak kepada kelantan untuk dikaji oleh jawatankuasa perkara ini juga merebak kesabah dan mungkin juga kesarawak tanpa desakan PR perkara ini tak akan berlaku....kini ura2 harga kereta pula? mungkin hingga menjelang PRU13 macam2 lagi yang akan rakyat dapat dari kerajaan kita tunggu bajet orang macam saya mudah sahaja agar cukai pendapatan untuk pendapatan Rm 60k dapat dihapuskan...tapi agak mustahil kot....jadi rakyat sudah nampak disini jika pembakang kuat pasti kerajaan lemah pemimpin pula terpaksa tunduk pada desakan...jadi siapa yang untung adalah rakyat....sekian dato selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua....

simply said...



Saji said...
Sdr langitbiru

"Hakikatnya, kesefahaman diantara PAS-DAP dilihat semakin mantap dan erat, penganalisis politik juga sependapat sedemikian yang mana dilihat lebih mantap berbanding DAP-PKR. Mungkin kerana keduanya mengalami sejarah susur galur politik yang lama dan lebih kurang sama, mangsa kepada ketidakadilan dan kezaliman UMNOBN, maka PAS-DAP semakin erat terjalin."

Kerana Sdr timbulkan faktor sejarah di atas, maka dapat kiranya sdr berikan ulasan dari sudut sejarah Islam silam yang menceritakan bagaimana tentera2 Islam terpaksa mengambil strategi sementara berundur dahulu ketika berdepan dengan musuh yang kuat macam UMNOBN. Kemudian sdr kiaskan strategi berundur sementara di atas dengan isu yang ditimbulkan oleh musuh PR mengenai persahabatan mmantap PAS -DAP dalam menghadapi PRU ke-13 khasnya di samping strategi PAS tidak memprioritikan pelaksanaan Hukum Hudud di bawah PR?

SAJI


Beginilah adab ahlul PAS. Dia lupa yang sebenarnya musuh Islam tu ialah mereka yang mengaku mengamalkan amal-makruh-nahi-mungkar tu tetapi terus-terusan menindas umat Islam seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Musuh Islamkah UMNO kalau agama Islam diangkat tinggi kedudukannya di sisi perlembagaan?

Musuh Islamkah UMNO jikalau ada badan rasmi kerajaan yang mentadbir hal-ehwal umat Islam? Mahkamah Syariah, Pusat Zakat, JAKIM, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi.

Musuh Islamkah UMNO jikalau masjid dan surau diberi kebenaran sebebas-bebasnya untuk dibina, malahan dimasukkan sebagai syarat utama zoning oleh kerajaan tempatan/majlis perbandaran? Walhal agama lain setakat menyewa rumah kedai sahaja atau buat tokong bawah pokok?

Musuh Islamkah UMNO sekiranya badan dakwah yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan hanya Islam sahaja?

Musuh Islamkah UMNO sekiranya sistem perundangan memegang prinsip keadilan yang sudah tentunya berlandaskan kehendak Allah Taala di dalam Al-Quran? Bukannya tafsiran membabi-buta surah Al-Quran oleh tok guru sekolah pondok yang menggelar diri mereka lebih alim daripada yang lain?

Jikalau kerajaan Pulau Pinang yang diangkat oleh ahlul PAS sebagai pejuang Islam, silalah buktikan apa penambah-baikan kepada agama Islam?

Apa lebihnya sistem kerajaan Islam kerajaan Kedah berbanding dahulu jika kerjanya hanya beri balak kepada kroni dan robohkan surau demi buat pasaraya?

Apa baiknya kerajaan Perak semasa Nizar jika hanya jadi kuda tunggangan Ngeh dan Nga?

Apa beza Selangor dulu dan sekarang? Kenapa masih menggunapakai agensi kerajaan yang diasaskan BN seperti JAIS dan MAIS?

Selama 20 tahun lebih memperkudakan rakyat Kelantan, apa lebihnya Islam di Kelantan sehinggakan rumah pelacuran pun masih bersepah di Kota Bharu?

Ahlul PAS dari dahulu sampai sekarang kerjanya memecahkan umat Islam. BIAR KITA DENGAR PULA PERANAN PAS DAN PAKATAN KAFIR DAP DAN SEKULAR PKRNYA TENTANG JASA KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA. JAWABLAH SECARA BERDEPAN, JANGAN PUSING-PUSING.

fed up said...

Sdr Simply,

Dibahagian manakah bersepahnya rumah pelacuran di Kota Bharu tu? Jika perlu, saya boleh usahakan buat laporan terus ke pihak istana. Tapi kenalah ada cukup bukti.

p/s soalan-soalan anda tentang UMNO dan Islam itu, adakah anda rasa sudah sehabis ikhtiar usahanya dalam memartabatkan Islam? Sudah cukupkah bila Islam diangkat sebagai agama resmi negara? Sudah cukupkah mesjid dibina di sana-sini? Sudah cukupkah dengan adanya Mahkamah Syariah, Pusat Zakat, JAKIM, Lembaga Tabung Haji dan lain-lain itu?

Mereka yang menyaman mahukan Injil Bahasa Malaysia diluluskan itu NGO ke, Orang Perseorangan ke atau PERSATUAN BERDAFTAR yang mewakili penganut beragama kristian?

Fed Up

Saji said...

Sdr simply

"Musuh Islamkah UMNO kalau agama Islam diangkat tinggi kedudukannya di sisi perlembagaan?

Musuh Islamkah UMNO jikalau ada badan rasmi kerajaan yang mentadbir hal-ehwal umat Islam? Mahkamah Syariah, Pusat Zakat, JAKIM, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi.

Musuh Islamkah UMNO jikalau masjid dan surau diberi kebenaran sebebas-bebasnya untuk dibina, malahan dimasukkan sebagai syarat utama zoning oleh kerajaan tempatan/majlis perbandaran? Walhal agama lain setakat menyewa rumah kedai sahaja atau buat tokong bawah pokok?

Musuh Islamkah UMNO sekiranya badan dakwah yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan hanya Islam sahaja?

Musuh Islamkah UMNO sekiranya sistem perundangan memegang prinsip keadilan yang sudah tentunya berlandaskan kehendak Allah Taala di dalam Al-Quran? Bukannya tafsiran membabi-buta surah Al-Quran oleh tok guru sekolah pondok yang menggelar diri mereka lebih alim daripada yang lain?

Jikalau kerajaan Pulau Pinang yang diangkat oleh ahlul PAS sebagai pejuang Islam, silalah buktikan apa penambah-baikan kepada agama Islam?

Apa lebihnya sistem kerajaan Islam kerajaan Kedah berbanding dahulu jika kerjanya hanya beri balak kepada kroni dan robohkan surau demi buat pasaraya?

Apa baiknya kerajaan Perak semasa Nizar jika hanya jadi kuda tunggangan Ngeh dan Nga?

Apa beza Selangor dulu dan sekarang? Kenapa masih menggunapakai agensi kerajaan yang diasaskan BN seperti JAIS dan MAIS?

Selama 20 tahun lebih memperkudakan rakyat Kelantan, apa lebihnya Islam di Kelantan sehinggakan rumah pelacuran pun masih bersepah di Kota Bharu?"

1/Terima kasih kerana memberi pandangan terhadap komen saya berkenaan, meskipun jauh menyempang daripada intipati komen saya kepada komen sdr langitbiru.

2/Kerana saya tidak terlibat sedikitpun dengan semua persoalan yang sdr lontarkan di atas saya tidak perlu berikan komen berkenaan.

3/Yang saya terlibat ialah satu kajian teks bersama2 sebuah universiti di utara yang memerlukan dana kajian daripada badan kerajaan sebanyak RM 66,000.00 bertajuk: Cadangan pelaksanaan sistem kontrak pembinaan Islam (sebagai alternatif kepada sistem kontrak pembinaan konvensional ciptaan barat)-Satu keperluan industri telah terpaksa kami (pengkaji) buat trik ubah tajuknya kepada Cadangan pelaksanan sistem kontrak pembinaan yang lebih efisyen bagi memperolehi dana berkenaan daripada kerajaan UMNOBN.


...SAJI

Saji said...

Sdr fed up

"p/s soalan-soalan anda tentang UMNO dan Islam itu, adakah anda rasa sudah sehabis ikhtiar usahanya dalam memartabatkan Islam? Sudah cukupkah bila Islam diangkat sebagai agama resmi negara? Sudah cukupkah mesjid dibina di sana-sini? Sudah cukupkah dengan adanya Mahkamah Syariah, Pusat Zakat, JAKIM, Lembaga Tabung Haji dan lain-lain itu?"

Sdr kena juga tanya kat sdr Simply tu, " Tidakkah Mubarak di Mesir dan Gaddafi di Libya sudah buat seakan2 apa yang UMNO buat pasal Islam di Malaysia tu, tetapi mengapa mereka (Mubarak dan Gaddafi) serta partinya masing2 ditolak oleh rakyatnya baru2 ini?"

...SAJI

fed up said...

Sdr Saji,

Sudah adab saya diajar dalam keluarga, cakap kita kena berlapis dan berlapik.

Mudah-mudahan dia faham.

Manisan said...

Salam Aidilfitri Dato !!! boleh buat ulasan pasal melayu masuk DAP tak..??

A KADIR JASIN said...

Pembahas Manisan menulis: Salam Aidilfitri Dato !!! boleh buat ulasan pasal melayu masuk DAP tak..??"

1. Mungkin anda pengunjung/pembahas baru blog ini. Saya telah beberapa kali mengulas menngenai DAP dan Melayu.

2. Sila rujuk kepada rencana "Menarik, DAP Berjinak Semula Dengan Melayu" pada Januari 25, 2011.

Terima kasih.

Manisan said...

Tq Dato..sibuk sangat dengan kerja tak sempat nak update artikel di sini..

Abd Rahman said...

Saya teringat baru-baru ini apabila saya berusaha mengadakan program untuk Pemuda dan Qariah diMasjid di kampung saya Bayan Lepas, apabila kata putus persetujuan dibuat maka Pengerusi Qariah mengatakan kepada saya " kita usahakan cadangan baik kamu itu Man, lima tahun sekali tak apa kita lawan (Pilihanraya)". Timbalan Pengerusi pula menambah "kenapa dahulu dimasjid inilah imamnya Hj Rafei (BN) dan Kadi Hj Abd Aziz (PAS) sentiasa bertemu setiap hari tetapi bila PR mereka juga bertanding mewakili partai masing-masing, apabila selesai PR mereka kembali duduk bersama berganding bahu menjaga dan mentdbir masjid dan kampung biarpun berbeza partainya" Demi kebaikan umat Islam kenapa tidak kita berfikiran seperti mereka yang mendahului kita.

Insanmusafir said...

Salam Datuk A Kadir jasin

Setelah membaca secara pintas isi kandungan tentang perbezaan ideologi politik Malaysia. Amat malang memberi kenyataan sekira kita bercampur pihak pembangkang. Apa salahnya, bukan kita boleh menerima setiap apa dihaburkan pihak lawan atau pihak penyokong kerana. Sebagai rakyat pengundi kita bebas berkawan dengan siapa sahaja. Seperti wartawan boleh menemuramah parti kerajaan dan pembangkang. Andai undang itu bertujuan baik tidak pasti kita menolaknya. Kita harus menolak segala fahaman politik ketepi apabila kita dihendak hadir ke majlis berbentuk perkahwinan atau majlis doa selamat dan tahlil atau undangan seorang kawan, sahabat dan rakyat sesama bangsa,sesama agama atau berlainan anutan. Hakikatnya orang yang melihat harus akui kebenaran tanpa menabur fitnah melulu. Sekian

Jaja said...

Salam sejahtera Yg Dihormati DAKJ,

Nampaknya ada yang beremosi sungguh.

Agaknya sudah menjadi sikap Melayu. Kuat ikatannya dengan perumpamaan Melayu. Saperti "disebabkan nila setitik habis ranap susu sebelanga".
Tapi khuatir juga jika kurangnya sikap kemuafakatan Melayu..hancur Melayu seMalaysia.

Berpolitik jangan terlalu taksub.

ksanee7 said...

salam lebaran datuk,
saya pun hairan juga. sepatutnya semakin tinggi jawatan/ status seseorang semakin tinggilah akal dan kewarasannya. saya harap ramailah politikus bawahan dan atasan yg membaca rencana datuk ini. moga-moga allah swt memberi mereka kesedaran

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).