Thursday, August 23, 2012

Bo Xilai: Daripada Bintang Terang Kepada Tahi Bintang

A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

DALAM hierarki kepemimpinan Parti Komunis China (PKC/CCP), Bo Xilai adalah salah seorang daripada “putera kecil” (princeling) iaitu pewaris kepada kepemimpinan silam.

Beliau adalah anak kepada Bo Yibo, salah seorang daripada lapan “orang tua” (elders) PKC. Jadi tidak hairanlah kemaraannya dalam hierarki PKC pantas.

Menjelang penggantungannya daripada Biro Politik Pusat (Politburo) PKC, iaitu badan pembuat dasar tertinggi parti, pada 10 April lalu, beliau sudah mencapai kedudukan sebagai Setiausaha PKC Chongqing dan pernah menjadi Gabenor Wilayah serta Menteri Perdagangan.

Selain dikaitkan dengan jenayah dan rasuah, punca utama kejatuhan Bo ialah taktik beliau menggunakan kaedah yang seakan-akan Revolusi Kebudayaan yang dilancarkan oleh Mao Zedong pada tahun 1960an bagi mendapatkan sokongan.

Kepemimpinan China pasca-Mao tidak mahu legasi beliau, khasnya Revolusi Kebudayaan, diagung-agungkan. Selepas kematian Mao, isteri beliau, Jiang Qing, bersama tiga orang lain yang digelar “Gang of Four” dibicarakan. Jiang Qing dan seorang lagi, Zhang Chunqiao, dijatuhi hukuman mati, tetapi kemudiannya dikurangkan menjadi penjara seumur hidup.

Wanita Di Belakang Lelaki Berjaya

Kalau Mao ada Jiang Qing, Bo ada Gu Kailai. Manakala Bo diuar-uarkan sebagai bakal pengganti kepemimpinan teratas Negeri China, Gu diraikan sebagai seorang peguam dan ahli perniagaan yang berprofil tinggi.

Kecelakaan yang menimpa Mao kerana mengikut telunjuk Jiang Qing kini menimpa Bo kerana tindak tanduk isterinya. Sebaik saja Bo digantung jawatan, Gu dibabitkan dengan pembunuhan peniaga British, Neil Heywood November lalu.

Beberapa hari lalu, pada 20 Ogos, Gu dijatuhi hukuman mati yang digantung iaitu hukuman matinya tidak akan dilaksanakan dan dikurangkan menjadi penjara seumur hidup, tetapi boleh dibebaskan selepas sembilan tahun kalau kesihatannya tidak mengizinkan. Dalam perbicaraan sehari itu, Gu memilih untuk tidak membela diri.

Ada sebuah ungkapan yang mengatakan, di belakang setiap lelaki yang berjaya, ada seorang wanita. Tetapi sejarah juga padat dengan kisah lelaki yang berjaya dan berkuasa jatuh kerana wanita.

Kisah Maharani Perancis, Marie Antoinette, adalah contoh klasik ungkapan di atas. Dia amat berpengaruh ke atas suaminya Raja Louis XVI. Kemewahan dan keborosan hidup beliau menambahkan kebencian rakyat Perancis terhadap Raja mereka.

Pada tahun 1792, rakyat Perancis memberontak dan pada 21 September tahun itu menghapuskan pemerintahan beraja. Keluarga di raja dipenjarakan. Sembilan bulan selepas Louis XVI dijatuhi hukuman pancung, Marie Antoinette dibicarakan atas tuduhan khianat, didapati bersalah dan dipancung pada 16 Oktober tahun berikutnya.

Demikianlah cerita Bo Xilai, bintang terang PKC yang tiba-tiba meledak dan akhirnya jatuh ke bumi sebagai tahi bintang. Wallahualam.

51 comments:

XERONINE said...

Benar, peranan wanita yang menguat dan melemahkan ... Dan...Tidak kurang juga di belakang wanita yang berjaya, juga ada lelaki bijaksana yang mengukuhkannya, dan lelaki durjana yang meruntuhkan nya ... contohnya ... ada di mana-mana ...

Terima kasih

XERONINE

Unknown said...

Salam dato, Bintang adalah suatu yang ternag dan nyata....tahi bintang hanyalah ketulan yang jatuh kebumi itu adalah hakikat nya. Dalam politik semuanya menggunakan abzad bermula dengan A akhir nya Z apa yang tersirat akan jelas dan nampak oleh pihak lawan yang sekelambu tetapi tidak kelihatan oleh pihak lawan diluar sana sebab ianya hanyalah seketul tahi bintang yang gelap dan hitam......begitulah reality nya tak kira dimana jua kisah nya sama sahaja. Politik umpama memandu kereta salah lorong salah jalan maka akan jatuh kalau tak kelaut akan jatuh kesungai berapa banyak yang sudah jatuh.Tetapi elok juga kita bermuasabah diri disini apakah politik melayu warisan umno juga akan lingkup seperti tahi bintang jatuh kebumi atau politik PAS akan juga hancur kerana ada segelintir dari mereka tidak cerdik macam LABU dan LABI yang patuh pada suruhan sahaja sehingga kerja yang orang gila sahaja buat tapi dia juga buat....mungkin juga jadi 3abdul 2 orang tak ada akal yang satu cerdik agak2 siapa yang cerdik dalam hal ini...fikirkan la ya...bintang nun jauh disana tak boleh dikejar dengan tenaga tahi bintang boleh di gemgam dengan tangan...begitu la politik yang membuatkan semua hilang pertimbangan.....sanggup membunuh kerana nya...tanpa takut akan hukum ALLAH...

Rawa Lanun-Bahasa said...

Apabila membaca posting Dato tidak teringat kita akan Skandal Scopene; tetapi bertanya mengenai pertukran kepimpinan PRC:


Politburo Possibilities: The Contenders for China’s New Generation of Leaders


Posted: July 2, 2012

This fall, the Chinese Communist Party will hold its 18th Party Congress and select a new generation of leaders who will face some of the greatest challenges seen yet in the PRC’s 63 years. Inflation is growing, wealth inequality is widening, the population is aging, the environment is degrading, the new-generation of internet-savvy youth is becoming more cynical, and the threat of a major economic crisis hangs over everything – threatening to unravel the “Beijing Consensus” of economic growth in exchange for authoritarianism. Hu Jintao has led for the past decade with a “stability at all costs” attitude – which in many ways has allowed these problems to fester. The question now is whether these problems will be addressed with greater authoritarianism or greater democracy.

The most important group to focus on in the leadership turnover is the nine-man Politburo Standing Committee (PBSC) – which is part of the greater 25-man Politburo. These nine men (and they’ve always been men) have the lion’s share of control in how China is governed. This post will break down who the contenders are for the PBSC and how they may proceed in shaping China...The top contenders still mostly hover around either the Jiang Zemin or Hu Jintao factions...

Siapakah akan memimpim PRC?
Wang Yang’s “Guangdong Model” ???


Di Pulau Pinang, ADUN Teluk Air Tawar mengundur diri dan begitu juga MP dari Miri tidak mahu jadi calun BN bertanding di PRU13.

Sekian

Unknown said...

Satu ingatan kepada pera pemimpin di semua lapisan agar lebih bertanggung jawab dan beramanah. Kuasa bukan hak mutlak kepada seseorang. Hanya Allah yang maha kuasa.

Lahuma said...

Dato.

Tutntutlah ilmu sampai negeri Cina.

Apa yg ada disana.Apa yg tidak ada disana.

DiCina katanya tidak ada PATI-Pendatang Asing Tanpa Izin.
Yang masuk kesana adalah PADI--Pendatang Asing Dengan Izin.

Negara Cina amal sistem satu parti-Parti Komunis Cina.Ahli PKC katanya hanya 70 juta.Rakyat dia 1300 juta.Kongres PKC diadakan lima tahun sekali.

Dulu kala Cina pun ada Maharaja dgn berbagai dinasti.Isu gila kuasa,rebut tahta nak jadi orang berkuasa sudah belaku sekian lama.

Bila ada kuasa kena simpan gundek banyak-banyak.

Dato punya simbolik ialah Pemimpin,Kuasa ,harta dan pompuan.

Dato selit kes di Perancis dan Cina.Seluruh dunia pun ada.

Ramai yg kecundang terus jadi tahi bintang tersembam kebumi.Kemudian hura-hara dunia ini kerana ada pro dan tak pro.

Apa pun Cina kuasa besar dunia.Dia berubah nak jadi kuasa dunia.Itulah hala tuju dia.
Sistem satu parti dan ideologi komunis dia di Cina ada buruk baiknya.

Apa kata kalau Cina negara demokrasi berbilang parti dgn 1300 juta rakyat jika dibanding dgn India penduduk beratus juta juga.Pengamal demokrasi.

Cabaran penganut Ialam di sana cukup mencabar dan hebat disebuah negara komunis.

Terima kasih.
.

Unknown said...

Salam jumaat, Hari ini kita mimpi bintang jatuh keriba wooo itu lagu melayu zaman P.RAMLEE nah sekarang zaman guna jari tekan disini keluar disana bayar bil pun tak perlu beratur klik nah beres semua nya. jadi kita kena fikirkan apakah politik dendam kata mengata masih sesuaikah untuk diamalkan dalam era globalisasi ini....matangkan fikiran buka minda agar bintang terus berkelip dan tahi bintang boleh jadi kilat. dari sikap pemimpin yang baik dan bertanggungjawab rakyat yang akan dapat menfaatnya.. TK.

liyas said...

Dato', ini ada kena mengena dengan Najib dan Rosmah ke? Dengar-dengar khabar angin ramai yang tidak suka dengan tindak-tanduk 'beliau'.

ab said...

Salam dato,


Jangan lupa satu lagi pompuan yang `qeroh' laki laki sampai `mampuih'...


Semak balik sejarah kerajaan othoman, ada seorang pompuan perancis,sepupu nepoleon bonaparte,
kahwin dengan satu sultan, lepas tu beranak,anak dia jadi sultan jugak...


Masa `bapak' dia jadi sultan, bini dia jadi `emperess'...buka luas `pendatang halal' tentera dan kakitangan kerajaan dari peranchis.....


Bila anak dia jadi sultan, `semua
urusan' pentadbiran di `buat olih pompuan ni jugak'...sultan tu joli sakan dan `raya hindu' sepanjang pemerintahan dia, dan biarkan tentera pangkat tertinngi dan kaki tangan awam pangkat tertinggi dari `pendatang halal' orang perancis...


Cerita seterusnya udah di ketahui dunia, `bungkus' la empire othoman
lepas beberapa sultan lagi selepas itu.....


Perempuan ni dato, sangat `creative' punya spesis, kalau tak dak perempuan ekonomi dunia dah lama hancoq,sapa nak beli itu ini,pi sana sini kalau tak ada perempuan perempuan...

Kalau tak percaya,hari ni pi shopping mall,tenguk berapa ramai perempuan `queue' kat kaunter pembayaran dibandingkan dengan lelaki..eheh.


Abu Bakar Ab Rahman

OKJ said...

Salam DAKJ

Bagi sayalah, manusia diciptakan berpasangan, saling menyayangi dan saling memerlukan antara satu sama lain. Macam Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah, saya juga memang sangat sayang dekat isteri saya. Kalau nak pergi ke mana, mesti berkepit je. Rasa tak seronok kalau pergi seorang saje terutama bila nak tidur. W/pun umur dah naik sikit, tapi saya nampak isteri saya masih macam bidadari lagi. Makin cantik, makin manja, makin ayu dan makin mempersona.

Sebagai ganjarannya, saya dgn seikhlas hati menghadiahkannya sebentuk cincin permata 1.0ct, D, VVS1, GIA tanpa diminta. Sebabnya, wanita dgn permata memang tak boleh dipisahkan. Katanya, bila permata dipakai, rasa lebih anggun dan terpancarnya kepuasan didalam hati si isteri dgn jelingan manja dan senyuman ayu mempersona dan penuh bermakna.

Akhir kata, saya rasa kebanyakan pasangan suami isteri pun begitu termasuklah pengantin baru & pengantin lama. Rasanya begitulah juga YAB Dato’ Seri Presiden dan Datin’ Seri. Sekian TQ.

Jaja said...

Salam Aidil Fitri Yg Bahagia DAKJ,

Biasalah Dato,kadang kala First lady boleh terarah ke "stardom"..tapi bila ada the second lady langsung meruDUM..
ahaha gurau-gurau pagi Jumaat.

berasiam said...

Salam Datuk A Kadir Jasin

wanita di belakang lelaki, sama ada menyebabkan naik atau jatuhnya, sememangnya lumrah alam sejak azali. Terkeluarnya Adam as dari syurga pun disebabkan Hawa yang terpedaya oleh tipu daya Iblis dengan melanggar larangan menghampiri sebatang pohon. Melalui Hawa, Iblis berjaya memperdayakan Adam, dulu kini dan selamanya perkara yang serupa berulang. Sehingga zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir, isteri Perdana Menteri kekal dengan peranan yang terbatas sebagai pengerusi Bakti dan sebagainya. Tidak pernah pula mereka melangkaui sempadan untuk bergerak seiring atau terkehadapan daripada suami masing-masing. Semasa Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan, kedua-dua mereka suami isteri dikurniakan gelaran Tun.

Perdana Menteri selepasnya memulakan budaya yang jauh berbeza daripada penjawat sebelumnya dengan isteri dan kaum keluarga khususnya menantu dikatakan banyak campur tangan dalam urusan pentadbiran. Yang sekarang ini, kita tidak tahu sejauh mana benarnya kata-kata orang yang mengatakan isteri memainkan peranan besar hingga campur tangan dalam membuat keputusan pentadbiran. Daripada apa yang berlaku di China, semua penjawat perlu mengambil iktibar.

awang batuburok said...


Salam EidulFitri Dato dan Keluarga,

Memang benar Dato, membiarkan wanita menguasai keputusan seseorang pemimpin negara sangatlah merbahaya seperti yang tercatat dalam sejarah tamadun manusia dulu dan terkini.

Apa lagi kalau wanita tersebut sangat bernafsu besar dengan kemewahan dan lupa diri akan asal usul kejadian wanita itu sendiri yang di ciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusok Nabi Adam AS.

Anonymous said...

bila wanita lembut, sabar dan percaya pada lelaki, silap hari bulan lelaki ambil kesempatan.

bila wanita kurangkan sedikit kelembutan, kesabaran dan kepercayaan, difitnahkan pula rumahtangga wanita sebegini.

bila wanita hilang sifat lembut, sabar dan percaya mulalah lelaki lain buka mulut..."remote controllah dsbnya"

maae said...

Salam Datuk,

1.Semua permasaalahan tersedia panduan dan cara penyelesaian nya merujuk Al Quran dan Hadith dan di kuatkan kepada orang(pewaris Nabi yang di anugerah ilmu laduni-rujuk Nabi Hidhir) yang pakar dalam bidang nya. Allah SWT tidak menjadikan manusia, makhluk lain dan segala apa yang kita lihat dan ketahui dengan sia-sia.Sejarah Islam itu terpelihara sehingga ke saat ini.

2.Sejarah China juga bermula dari Nabi Adam dan Hawa.China bukan wujud dari tamaddun tersendiri, tetapi melalui proses pengaruh agama samawi dan juga Islam.Maka kita baca kisah Genghis Khan dan Kublai Khan.Kisah negeri-negeri di di dalam dan sempadan Rusia.Puak yakjuj/makjuj. Kisah bermula nya tamadun sama seperti di benua-benua lain termasuk Malaysia.Jepun juga tidak terkecuali kerana masih terdapat ritual asli dari Asia Barat yang sudah di ubahsuai dengan fahaman dan keadaan tempatan. Tidak ada sejarah manusia sebelum Adam kecuali dari kalangan malaikat yang ingkar.

3.Kenapa di zaman dinasti-dinasti, semua mereka berjubah,menutup aurat(lelaki dan wanita) malah mengamalkan budaya dan peraturan ketat seperti kehendak Islam setelah penyempurnan Islam dari amanat/kutbah terakhir Rasul SAW (Rasul kita memakai jubah)Malah ilmu-ilmu yang mereka perolehi datang dari ilmu Penganut rakyat China Islam sendiri seperti dalam bidang perubatan,pembinaan, perdagangan dan pemerintahan.Cuma beza nya rakyat China kuat berusaha dan berinovasi dengan sumber bermanfaat,memudahkan hidup yang melarat(contoh mereka di angkut menjadi kuli/buruh kasar ke Tanah Melayu)Berdekad lama nya kita tertipu bahawa L.Cheng Ho itu bukan Islam.

4.Jahat nya lelaki menjadikan perempuan sebagai 'hamba' berhibur. Yang berketurunan baik,cantik dan suci di jadikan isteri.Akhir nya lelaki menjadi 'hamba'(suami) kepada si jelita pilihan...Ini kenapa tangan yang menggoncang buaian itu boleh memporak-peranda dunia...

5.Sebalik nya jika lelaki/si suami itu tahu 'ilmu',dengan mudah dia merungkai bebanan berat yang di tanggung pikul, maka si isteri akan akur jadi pengurus urusan ekonomi, penjagaan,mewujud harmoni rumahtangga dengan cara bijak lagi berhemah, menghormati kehendak dan kedudukan dan taraf si suami.TIDAK sekali mencampuri urusan suami sebagai pentadbir dan peneraju, kecuali dalam memberi ide. Ia sama dengan keadaan Pentadbiran Negara.

6.Datuk,kita ini manusia.Sentiasa di ganggu syaitan dan mudah lupa. Allah SWT beri kita 'syifaa'(Al Quran) untuk di baca setiap hari dan moga di serap ilmu-ilmu NYA ke dalam kalbu(QALB/hati) supaya kita tidak terputus hubungan dengan NYA (habluminallah)yang sentiasa segera memberi hidayah dan syafaat jika kita benar- benar hampir denga NYA.

7.Bo Xilai itu boleh di rujuk kepada kepuraan,gila,salah guna kuasa dan bertuhankan hawa nafsu ...

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Berulang kali saya membaca tulisan Dato' kali ini untuk menghayati maksud tersirat atau tujuan sebenar tiba-tiba Dato' mengemukakan sesuatu yang di luar dari isu-isu semasa yang lebih relevan.

Setelah berfikir , saya rasa isu ini sangat penting yang saya simpulkan saperti berikut: Bagaimana nak mengawal pengaruh dan peranan isteri dalam setiap peringkat pengurusan.

Dalam Jabatan dan agensi Kerajaan pun ada cerita bila suami berpangkat koperal, lagak isteri saperti Sarjan.

Eloklah pemimpin-pemimpin politik atau pegawai tinggi Kerajaan ambil iktibar dari kejatuhan sesaorang pemimpin kerana orang ramai benci dengan peranan sesaorang isteri.

Kita benci melihat lagak si isteri sehingga orang lain terlalu tunduk dan hormat seolah-olah dia yang lebih berkuasa. Lebih memualkan melihat si isteri naik ke pentas bersama si suami untuk menyempurnakan sesuatu istiadat walhal kehadiran si isteri sekadar tetamu jemputan.

Saya hairan mengapa sesetengah pihak sengaja tidak mahu memahami perasaan orang lain apabila berada diatas, atau terlalu selesa di bodek oleh kaki pencacai di sekeliling mereka.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Iklas,
Rahim

A KADIR JASIN said...

Pembahas Liyas berkata: "Dato', ini ada kena mengena dengan Najib dan Rosmah ke? Dengar-dengar khabar angin ramai yang tidak suka dengan tindak-tanduk 'beliau'."

Iktibar daripada apa yang menimpa Bo Xilai adalah untuk kita semua, khasnya pasangan suami isteri politik.

Terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

Seloka orang tua-tua.

BULAN BERSINAR KERANA CAHAYA MATAHARI,
REBAH LALANG KERANA ANGIN,
REBAH PADI KERANA TERLALU BERISI,
REBAH SANG SUAMI/PEMIMPIN KERANA ANGKARA ISTERI.

Terima kasih.

Unknown said...

Politik umpama rempah ratus enak dan harum buat campuran masakan namun tanpa garam masakan akan hancur maknanya rempah ratus ibarat isteri garam ibarat suami saling memerlukan antara satu dengan yang lain....tapi jika rempah terlalu banyak maka kelazatan nya hilang dan makanan tersebut akan dibuang kedalam longkang buat hidangan semut...tetapi kalau terlebih garam apa jadi pulak ia.....tambah air pasti kurang la masin nya.....begitula kalau peranan isteri berlebihan dalam urus tadbir politik maka rosaklah peranan suami sebagai pemimpin...fikirkan la dan lihat la apa yang berlaku sewaktu marcos berkuasa diphilipina dan juga dibeberapa negara amerika selatang seperti argentina...ia ambil la pengajaran nya dari peristiwa tersebut...sekian..

Orang JB said...

Bagaimana pula dengan keadaan dimana isteri jadi Presiden parti politik tetapi semua urusan dikendalikan oleh si suami, penasihat parti.

orang JB

Lahuma said...

Dato.

Lelaki dan wanita.


Ada harta tanpa wanita dalam kehidupan seorang lelaki tak ada ertinya.

Ada rupa tapi tak ada wanita pun tak ada maknanya bagi lelaki.

Wanita yg macamanakah yg lelaki perlukan untuk selamat dalam mengharungi penghidupan.

Sebab lelaki tanpa wanita adalah lelaki yg adalah bersifat kekurangan dalam hidupnya.

Pesan orang baik-baik berhati mulia katanya.

Semua lelaki dan suami yg berstatus pemimpin agung,pemimpin separuh agung atau pemimpin bukan agung mestilah juga berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang baik terhadap isteri mereka .
Jangan lupa dan lalai serta waspadalah dengan pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dengan lenggang lenggoknya,pujuk rayunya ,perancangan NAFSU nya lagi halus gerak gerinya.


Itulah hebatnya lelaki dan wanita.

Terima kasih.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

A Kadir Jasin said,
...
Iktibar daripada apa yang menimpa Bo Xilai adalah untuk kita semua, khasnya pasangan suami isteri politik.

Rasanya kami dan Sdrku RL-B pernah mengeluarkan buah kata tentang Najib/Rosmah suatu ketika dahulu tetapi kali ini kami terima sahaja nasihat DAKJ yang kami muliakan.
Lagipun kami dinasihati Sdrku RL-B supaya 'take it easy'

This Samuraimelayu has changed from a 'sword-brandishing' man to a 'sitting on the dock of the bay watching the tide roll away' fellow

Selamat berhari raya, maaf zahir batin.

ALFATIHAH, AMIN.

fed up said...

Ramai yang tersasar.

Isteri bukan disasarkan momokan kerana dia nya perempuan atau isteri tetapi kerana bukan dia yang dipilih dalam PRU. Malah tidak ada jawatan pun dalam kerajaan.

Gu Kailai seorang peguam dan ahli perniagaan. Manakala yang pegawai kerajaannya adalah Bo Xilai.

Kita harus faham, isu ini adalah isu nepotism.

Jika nak samakan dengan kes di Malaysia, samakan lah dengan isu nepotism di Malaysia.

p/s Sedih bila "Perutusan Hari Raya Aidil Fitri dari Perdana Menteri" kini diganti dengan "Perutusan Hari Raya Aidil Fitri dari Seri Perdana".

Fed Up

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas "Orang JB" berkata: "Bagaimana pula dengan keadaan dimana isteri jadi Presiden parti politik tetapi semua urusan dikendalikan oleh si suami, penasihat parti."

2. Keadaan macam itulah yang saya cadangkab untuk semua pasangan suami isteri yang hendak masuk campur dalam politik dan pemerintahan.

3. Pasangan itu hendaklah masuk politik dan dapatkan mandat daripada ahli parti dan seterusnya pengundi.

4. Jadi, tak salah Dr Wan Azizah pegang jawatan Presiden PKR dan suaminya jadi penasihat atau Ketua Umumu.

5. Pun tak salah kalau Anwar nampak lebih berkuasa daripada isterinya.

6. Yang kita TAK MAHU ialah isteri (atau suami) tak ada jawatan dalam parti atau kerajaan dan tak dipilih oleh rakyat jelata, tetapi berkuasa dan campur tangan dalam hal-hal rasmi.

7. Macam saya dah kata sampai berbuih mulut, kalau nak tunjuk kuasa, nak campur tangan dan nak peruntukan rasmi, sila masuk bertanding pilihan raya. Apa nak takut orang tuduh? Bukankah kita sudah ada Anwar-Azizah-Nurul Izzah, Lim Kit Siang-Lim Guan Eng-Betty, Karpal Singh dan anak-anak?

Terima kasih.

XERONINE said...

Tak ramai isteri seperti DS Dr Wan Azizah ...

Apa pun yang melanda ...

Bertanding pun dia ... sentiasa mendahulukan suami ... whether we agree with the husband or not ... itu issue lain ...

Isteri lain ... silap haribulan ... dia pula mendahului suami ... macam mana tu Datuk ...

Personally ... biarlah isteri itu isteri ... excelling separately in her own profession and domain ...

Nak masuk politik juga ... tunggulah seperti the Ghandis, Aquino, Clinton ...

A politician in her own right sans politician husband ... itu issue lain ...

Terima kasih

XERONINE

langitbiru said...

1. Pembahas "Orang JB" berkata: "Bagaimana pula dengan keadaan dimana isteri jadi Presiden parti politik tetapi semua urusan dikendalikan oleh si suami, penasihat parti."

Satu jawapan yang sangat cermat dan berhemah dari Dato’ kepada soalan di atas.

Bila dah terjun ke dalam kancah politik, maka berpolitiklah samada suami-isteri, anak-beranak, anak-menantu. Dapat mandate daripada ahli parti,dari rakyat pengundi, berkuasalah, layak lah dia terima apa-apa peruntukan yang selayaknya.

Yang kita sangat-sangat tidak setuju, tiada terima mandate dari mana-mana ahli parti, dan rakyat pengundi, tapi siap ada jabatan FLOM dan terima ratusan juta ringgit dari kerajaan. Projek PERMATA??

Mungkin yang ini Orang JB boleh lah tolong-tolong fikirkan jawapannya.

Nak goreng, goreng lah tapi biarlah nampak hebat ye!!!

Ya, dalam posting lepas, saya nyatakan timbulnya ISU HUDUD bila hampir sangat menjelang PRU.

Dalam minggu ini, bermula di akhir Ramadhan, begitu hebatlah isu hudud dibincangkan oleh Utusan Malaysia, surat khabar UMNO.

Utusan Malaysia@UMNO nak sangat-sangat DAP jelaskan pendirian isu HUDUD.

Apa nak pelik sangat???

DAP tu dah jelas kafir yang tak percaya kepada Allah swt dan Muhammad saw. Mereka tak percaya kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Nak minta jelas buat apa lagi? Dah terang lagi bersuluh mereka memang tak nak Hudud. Dah jelas.

Sekurang-kurangnya DAP jelaskan kenapa mereka tak nak HUDUD. Sebab katanya hudud tak ada dalam Perlembagaan, bercanggah dengan Perlembagaan, kerana dakwa DAP Perlembagaan dan Undang-Undang Malaysia bersifat SEKULAR bukan ISLAMIC.

TAPI MCA tentang HUDUD dengan cara MENGHINA HUKUM HUDUD.

Yang ni Utusan Malaysia@UMNO tak tanya MCA? Tak Tanya diam seribu bahasa tanda setuju ye? Tak dak rasa nak marah ke bila hudud dihina dipersendakan MCA/Chua Soi Lek???

Awat UtusanMalaysia@UMNO tak pi minta FATWA Tuan Guru Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, MCA ni kafir HARBI tak???

Yang lebih pelik lagi, Utusan Malaysia@UMNO tak pula jelaskan pendirian mereka (UMNO) mengapa tak nak sangat-sangat HUDUD ni!!!

Kata nak junjung tinggi ISLAM, pertahankan ISLAM, pertahankan AKIDAH Islam. Kalau DAP tu tak nak, kita faham, yang ni orang ISLAM sendiri tak nak, sangat-sangat KITA tak paham.

(Saya yakin Sdr OKJ, SamuraiMelayu, Orang JB ada jawapannya!!!)

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Minta maaf lari topik sikit dato'

Mohon pandangan dato'

1. MMC cadang ambil alih KTMB.

Apa rasionalnya Dato'? Lepas buat keretapi berkembar, nak serah KTMB kpd Sdn Bhd???

Semua kroni-kroni nak ambil ke Dato'?

Dah habis benda nak ambil, termasuk lembu-lembu pun ambil, sekarang nak ambil KTMB pulak ke Dato'?

2. "Lebih baik Syaitan yang dikenali dari malaikat yang tak dikenali"

Kalau Dato' lah, agak-agak Dato' guna tak perumpamaan seperti ini???

OKJ said...

Salam DAKJ

Dan akhirnya Dato’ ‘declare’ juga sebagai pejuang tegar Anwar-Azizah anak beranak. Macamtulah anak jantan. Tak payah nak berselindung-selindung lagi. Sebenarnya, ramai org dah tahu dah, cuma nakkan kepastiaan je. Sebab sepandai-pandai nak di sorok-sorok, dan akan ternampak juga akhirnya.

Juga bagi sayalah, siapa yg nak sokong sesiapa tak salah pun. Cuma, yg salahnya bila jadi MUSANG BERBULU AYAM.

Akhir kata, saya juga cukup bersetuju dgn pendapat Sdr langitbiru dimana soalan bocor dan jawapannya sekali telah diberikan oleh Allah kepada kita semua untuk viva tesis kita nanti di padang mahsyar. Maka saya ulang sekali lagi, surah Al Mumtahanah ayat yg 13 mengatakan “wahai orang beriman, janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yg dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang kafir yg ada di dalam kubur.” Sekian TQ.

fed up said...

Saya terfikir, OKJ tahu ke siapa yang dimaksudkan dengan "kaum yang dimurkai Allah" yang disebut dalam Al-Quran tu?

Fed Up

Lahuma said...

Dato.

Tergerak dihati nak tumpang sekaki.pasal Hudud ini.Terkeluar topik.Kalau periksa sudah pasti markah 0.

Isu Hudud.diMalaysia dan Tanah Melayu.

Hudud hanyalah isu politik PRU 13.
Modal sampingan PAS dan UMNO.
Asalnya modal PAS.
Kini UMNO tumpang sekaki.
DAP pun amat takut dgn Hudud ini.
PKR langsung tak berani sentuh isu Hudud ini.Faham-faham sahaja lah.
Secara adat jangan harap dan tak nampak jalan Hudud akan jadi kenyataan dan dilaksanakan di Malaysia atas faktor-faktor diatas dan drama sandiwara sesama sendiri.
Bila PAS jolok Hudud UMNO lompat.Bila UMNO main isu Huduh PAS pun bersilat.
DAP tukang sorak.
MCA/Gerakan pun tukang pukul gendang naga.
PKR pula pukul gendang.

Itulah sandiwara,drama,mimpi,impian,skrip dan dailog yang menjadi pementasan menjelang PRU `13 nanti.

Rakyat pun sudah cerdik walaupun tak bodoh sangat.Celik huruf itulah
panduan semua.

Yang lega dan lapang dada ialah askar upahan yang hidup selalu.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

1. Saya hormati semua pandangan dan pendapat para pembahas. Sama ada saya setuju atau tidak, itu perkara lain.

2. Tetapi apabila OKJ berkata saya "declare" (isytihar) diri saya sebagai penyokong tegar Anwar Ibrahim, saya rasa beliau sengaja memutar-belitkan hujah saya.

3. Tak baik macam tu Sdr OKJ. Maybe you are a man rich in imagination and harbour suspicion against people who do not think like you, but there is nowhere in my comment that I "declare" myself to be "penyokong tegar Anwar."

4. Sebagai seorang yang bunyinya terpelajar, saya rasa propaganda Sdr terhadap saya bukan sahaja tidak adil, tetapi tersasar terus. If indeed you are a medical doctor, your diagnosis is totally wrong and if I am your patient, I would have been long dead.

5. So what if I speak in favour of Anwar or anybody else. Maybe in doing so, I am basing my argument on my personal and intimate knowledge of these people. I had known Anwar personally since 1982 and PM Mohd Najib since 1977.

6. And I am old enough to chide them when they do wrong and to praise them when they do the right things. For a very long time I "served" both of them. They were occasions that I defied them when they tried to do each other's in.

7. So I dare you. I am inviting you (OKJ) to have teh tarik with me at my favourite kopitiam in Damansara Uptown. The shop does not belong to Anwar Ibrahim, PKR, PAS or DAP. It belongs to a group of Umno boys and they are doing pretty well. OKJ can indicate his/her (or something in between) willingness to meet me through this blog. Let's face each other man to man, man to woman or man to something in between. (Dalam loghat Utara, the in between tu dipanggil pondan, darai atau ponen)

Thank you.

fed up said...

DAKJ,

Menteri dah mula buka meja, sembang pasal bajet. DAKJ bila nak mula?

Nak juga tahu wish list DAKJ bagi Bajet 2013.

p/s dengan ketibaan bajet, saya jadi tertunggu-tunggu pula dengan penerbitan Laporan Audit Negara yang seterusnya.

Fed Up

ab said...

Salam dato,



whoaa! your challenge tu macam kat dalam movie the expandable 2 laa...masa kat babak terakhir hero lawan villain tu!.


Bagus begitu, OKJ terpelajar, dato juga terpelajar..saya yakin bila dua orang terpelajar bertemu,tentu hasil pemikiran dapat lebih baik lagi... mana tahu kafe itu nanti jadi `new college/faculty' in the origin of a new political and social wisdoms in malaysia.



Kat barat, hampir semua `pemikiran/aktiviti' yang mengubah masyarakat bermula dikafe atau tea house..bolih semak Karl max,french revolution,keynene, stalin dll..


Royal colleges pun `start' kat kedai kopi jugak betui tak OKJ?....


Abu Bakar Ab Rahman

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato@ Peminat-Peminat blog Dato ingin juga nak tahu apa justifikasi saudara OKJ sehingga membuat declaration yang Dato sebagai penyokong tegar DSAI.
Dato' sudah membuat pelawaan untuk bersemuka dengan OKJ tetapi janganlah biarkan Peminat-Peminat lain dalam keadaan suspense. Elok rasanya OKJ membuat penjelasan diruangan ini secepat mungkin.

Iklas,
Rahim

doncin cai said...

...setakat OKJ tu, kenapa ngelabah Dato'... mun sayangkan anwar, rasa saya, kenapa pulak nak getik kan najib.....

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir dan para pembahas

Pertamanya, sebagai penumpang di blog ini, saya ingin memohon maaf jika Dato’ rasa tersinggung dgn kenyataan saya. Bagaimanapun, saya juga berharap kita dapat membudayakan sikap tegur-menegur demi kebaikan di dalam blog Dato’ni.

Keduanya, saya akui standard Dato’ dan saya jauh berbeza macam pipit dan enggang. Cuma, kadang-kadang kita terlepas pandang sehinggalah diingatkan oleh sahabat lain. Spt komen Dato’ satu ketika dulu, biarlah perdebatan siber saje supaya tidak timbulnya ‘bias’ nanti.

Ketiganya, saya cukup menghormati Tun Dr Mahathir yg melarang anak-anaknya berpolitik semasa kemuncak kerjayanya. Pun begitu, beliau masih dituduh kronisme dan nepotisme. TETAPI bila ada org yg memperjuangkan pemimpin yg terang-terang mengamalkan kronisme dan nepotisme secara TERBUKA & TANPA sekumit rasa bersalah, siap mencadangkan supaya dijadi contoh ikutan bagi pemimpin lain, bukanke ini dipanggil pejuang tegar pemimpin tersebut.

Akhir kalam, diharap Dato’ dpt menerima penjelasan ringkas saya. Marilah kita bersama-sama berani mengatakan salah kepada sesuatu yg salah tanpa ada double standard. Sekian TQ.

langitbiru said...

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum Dato’

Saya perhatikan ada keperluan urgensi untuk menerang dan mengupas beberapa ‘fatwa’ yang terburu-buru dari kalangan PENYOKONG UMNO iaitu pakatan, atau ikatan, atau kerjasama dengan non-muslim demi ke arah mencapai lebih banyak kebaikan-kebaikan dan mengurangkan kezaliman-kejahatan.

Penyokong tegar UMNO dalam blog Dato’ di sini mengambil beberapa ayat-ayat Al-Quran yang MELARANG MENGAMBIL ORANG KAFIR SEBAGAI PENOLONG,TEMAN SETIA kepada orang Islam.

Mereka “MENGHARAMKAN” bergabung dan bekerjasama dengan non-muslim dalam kuasa pemerintahan. Dan mereka meMUNAFIKkan orang Islam yang bekerjasama dengan non-muslim.

Tafsiran ayat Al-Quran secara superficial tidak lebih dari sekadar terjemahan, tetapi dimaksudkan dengan apa yang tidak sepatutnya, semata-mata sebagai jalan hujah kepada majoriti rakyat yang tidak begitu arif dan faham akan maksud sebenarnya ayat boleh mengelirukan rakyat dan boleh memecah-belahkan rakyat beragama Islam.

Perkara ini sangat bahaya, kerana boleh jadi sahaja difahami oleh masyarakat umum, mengharamkan yang halal, menghalalkan yang haram, menggugurkan yang wajib, mengangkat yang sunat jadi wajib, atau mengangkat yang makruh jadi haram.

Bukankah tindakan sedemikian itu telah menyulitkan apa yang dimudahkan Allah, membatasi apa yang dilapangkan syariat, menyempitkan apa yang diluaskan Allah?

Kita bimbang jikalau kita terjerumus ke dalam kesesatan sebagaimana Kaum Khawarij “berijtihad” menafsirkan ayat 57 surah Al-An’am:

“Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah” (Al-An’am:57)

Ali menyatakan kepada Khawarij, “Kata-kata yang benar dimaksudkan dengan batil”. Al-Quran itu benar, menafsirkan dengan maksud yang salah itu yang batil.

Kemuncak emosi api kemarahan nafsu amarah Khawarij, mereka mengkafirkan Ali, menghunus pedang terhadap Ali, dan akhirnya membunuh Ali sejurus selepas Peristiwa Tahkim Ali-Muawwiyah.

langitbiru said...

Sdr berasiam memetik ayat 138-139 Surah An-Nisa, manakala Sdr OKJ memetik beberapa ayat dari Surah Al-Mumtahinah.

Ayat-ayat Al-Quran selari, kuat menguatkan satu dengan lain, bahkan dalam ilmu tafsir Ayat Al-Quran, ayat menafsirkan ayat yang lain lebih utama.

InsyaAllah saya ambil ayat-ayat dari Surah Al-Mumtahinah, ayat rujukan Sdr OKJ.

60:1 "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang;

padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu.

Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan mencari keridaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barang siapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus." (Al-Mumtahinah 1)

Ayat ini diturunkan selepas seorang sahabat Rasulullah saw, Hatib seorang Pejuang Badar, mengkhabarkan keberangkatan Rasulullah saw berjihad menuju Mekkah (Mengikut hierarki kedudukan para sahabat ialah Khulafa Ar- Rasyiddin, 10 para sahabat dijanjikan syurga dan ahli Badar Al-Kubra) kepada ahli keluarganya di Mekkah yang masih Musyrik, kerana kasih sayangnya kpd ahli keluarganya, bukan berniat mensabotaj Angkatan Jihad Rasulullah saw.

Maka, maksud “musuhKu(Allah) dan musuhmu menjadi teman setia” disini merujuk kepada Kafir Musyrikin Mekkah, yang menentang,mengusir,memerangi Rasulullah saw, mempunyai kekuatan perang melawan Negara Islam Madinah. Inilah “KAFIR HARBI”.

“Musuh” di sini langsung tidak merujuk kepada kafir-kafir di Madinah yang tunduk patuh serta mengadakan akujanji setia bersama Kerajaan Islam Madinah. Bahkan di dalam Perlembagaan Negara Islam Madinah (Piagam Muhammad saw@ Piagam Madinah), disebut satu persatu janji setia serta hak-hak minoriti kaum kafir termasuklah Kaum Yahudi yang patuh kepada Kerajaan Islam.

langitbiru said...

Ayat 8-9 Surah Mumtahinah menjelaskan siapa orang kafir MUSUH Islam, dan kafir yang tunduk patuh kepada Pemerintahan Islam.

60:8 Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (Al-Mumtahinah 8)

Bererti orang-orang kafir yang tiada kekuatan memerangi kaum Mukmin kerana agama mereka dan tiada kekuatan untuk mengusir kaum Mukmin, iaitu kaum kafir yang berada di bawah kekuasaan Islam dan patuh kepadanya. Bahkan pemimpin Islam wajib berlaku adil dan memenuhi hak-hak mereka.


60:9 Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Mumtahinah 9)

Hujah “kafir musuh” ini diperjelaskan lagi dalam Ayat 22 Al-Mujadilah.

58:22 Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka. (Al-Mujadilah 22)

langitbiru said...

Dan beberapa ayat-ayat Al-Quran seterusnya yang melarang mengambil musuh Allah sebagai penolong, teman setia.

• 60:13 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah, sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur berputus asa. (Al-Mumtahinah 13)

• 3:28 Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu). (Al-Imran 28)

4:138 Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. (An-Nisa 138-139)

langitbiru said...

SIAPA PENOLONG SEBENAR BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN

Jadi, kepada siapa kesetiaan wajib kita orang-orang yang beriman berikan?

5:55 Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan salat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah).(Al-Maidah 55)



5:56 Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. (Al-Maidah 56)

kuda hitam said...

Harap najib baca article ni.

fed up said...

Terima kasih kepada Langit Biru kerana menjawab persoalan yang saya lontarkan kehadapan muka OKJ.

Harap Langit Biru dapat seterusnya menjelaskan, silapnya bila mahu mentafsir KALAM ALLAH secara bicara akal semata-mata.

Bagi yang berkenaan, silalah berguru dengan orang yang selayaknya. Walaupun anda sudah ada nama Haji. Walaupun anda sudah bergulung ijazah; atau berjilid tesis. Jangan jadi PLACEBO!

Soalan baru untuk OKJ, betul ke tahu maksud kronisme dan nepotism tu? Adakah Shahrir Samad-Khalid Samad boleh menerbitkan syak nepotism dan kronism?

Bo Xilai dan Gu Kailai, bukan kedua-duanya yang jadi politikus, hanya si suami sahaja.

Fed Up

ab said...

Salam dato,


Saudara langitbiru,

Apa ringkasan hujah saudara on muslim into `pakatan, atau ikatan, atau kerjasama dengan non-muslim demi ke arah mencapai lebih banyak kebaikan-kebaikan dan mengurangkan kezaliman-kejahatan`''''


Ringkasana selepas hujah tersebut,please.

Abu Bakar Ab Rahman

berasiam said...

mengusir dari negeri bukan bermakna menghalau keluar dari negara atau dengan kekuatan tentera semata-mata. buat projek dengan menambak tanah di tepi kg orang Islam di Balik Pulau dan sebagainya pun satu bentuk pengusiran. Kafir DAP buat macam itu sekarang dan dijangka berterusan serta lebih berleluasa jika kuasa sepenuhnya di tangan mereka. PAS yang cuma bertanding maksimum di 60 kerusi, takkan membentuk majoriti dalam Parlimen. Amalan demokrasi memberikan kuasa mutlak kepada pihak yang dikira majoriti. Gunakanlah akal yang Allah kurniakan untuk berfikir di mana logiknya PAS mampu membendung kehendak DAP. Berbeza dengan UMNO. Kalau UMNO berdosa pun, PM dan barisan pimpinannya yang akan ditanya di akhirat. Kita rakyat biasa, tidak terbabit dengan soal jawab dosa pemimpin yang buat salah melainkan kita mengikut secara membuta tuli. Peranan ulamak menasihat, terpulang kepada umarak untuk menerima pakai nasihat atau mengabaikannya. sekiranya ulamak pun sedemikian peranannya, apatah lagi rakyat. Sejarah kemenangan Monggol ke atas empayar Islam patut dijadikan iktibar. Sekarang bukan kempen bersenjata tetapi kempen secara demokrasi. Kemuncaknya tetap sama. Menjatuhkan kerajaan pimpinan orang Islam, walau bagaimana zalimnya sekalipun, pada pandangan PAS dapat pahala. PAS sendiri cuma bertanding di 60 daripada 200 lebih kerusi. Siapa yang akan menang sebenarnya tentulah orang kafir. Yang sebenarnya langit yang bitu cuma pandangan di bumi sahaja. Jika di angkasa, langitnya gelap gelita....

mohd paizal said...

itulah kesilapan tun mahathir, cakap malaysia sebuah negara islam.

kenapa tak cakap macam tunku abdul rahman yang malaysia sebuah negara islam sekular......

dah tentu umno menang besar balik
tapi itu kalau takde pkr la ye...sebab pkr ngan umno lebih kurang samaje penyokongnye..

OKJ said...

Maaf Dato’. Diminta kebenaran utk respon kpd Sdr langitbiru.

Salam Sdr langitbiru

Saya cukup berbangga bila perdebatan kita masuk ke tahap ilmiah sebegini. Kerana ayat Al Quran yg pertama ialah menyuruh kita membaca dan menambah ilmu pengetahuan. Cuma, kita juga perlu beramal dgn ilmu tersebut. Dalam bahasa modennya ‘theory and practical’. Imam Ghazali ada berkata; “Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia”. Jadi, eloklah kita terjemahkan theory ke dalam bentuk practical pula.

Dari segi ilmunya, Surah An Nisaa’ 138 – 146 secara theorynya menerangkan siapakah golongan munafik, kafir dan org alim. Jadi dari segi amal @ practicalnya pula, kita ambil contoh kes Ustaz Nasha vs Karpal Singh. Diharap sdr dapat menjawab siapakah yg dimaksudkan kafir, orang alim dan golongan munafik seperti yg dimaksudkan di dalam Al Quran.

Akhir kalam, Insyallah, jika kita terus berdiskusi berpandukan ilmu sebegini, saya mendoakan agar Allah melembutkan hati Sdr langitbiru terhadap kebenaran. Sekian TQ.

Rawa Lanun-Bahasa said...

YBhg The Scribe
Salam Hormat

Dengan Izin

I M P-O!
(mishari and al-insan)

i m p-o! mika angle-0
he paused, remembering sdra fed up
he's p-o 2!

dear bro fed up
when you are into budgeting 2013
remember pekan is sinking
sailing into his sunset with lady
rosmah d beautiful is no fool
da sinking dollar and loose carats
o but for kj slim and small
what would the budget be like?

and mishari sings
i m p-o! mika angel-0 is!

finance o chuck the chauffeur
will take you there in a jiffy
chuck d transporter and see stars
my bro langitbiru intervening
he's p-o 2 n 3

beautiful proses and poses
as thicj as rosmah's middle
lovely and full

o bosom bottoms!
i m p-o!
what care i 4 a mahaguru's wrath
how dare he offer me a contract 4 peanuts
and butter the scones waiter
an umno chump
these days ameno goons rules

and the morkery that is the anti-corruption
carrying a picture of the lord's house bright
nd avatar no less as per the evidence act

but these are child's toys
and the mahaguru rephrased

tell pekan i m p-o 2
finance riding on an empty dollar
a cracked euro
and non for rachel corrie says the jews!

still i m p-o! mika angel-0
as linda from intel will testify
the star/news malaysia search!!

One more escapes jail
Property
Search for Property

Nation
Sarawak
World Updates
Courts
Parliament
Columnists
Opinion
Honours List

Wednesday August 29, 2012
One more escapes jail

..Sessions judge Sitarun Nisa Abdul Aziz ordered Chuah Guan Jiu,
now 22, to be bound over for three
years on a RM25,000 good behaviour bond.

She said the court took into
consideration that Chuah
was a young, first time offender...


i m p-o!

please mahaguru
when you meet okj
Salam Hormat Buat SPRM

the judge and the the ag gang
are they above the law
of moral stupidity?



Maaf dan Salam Teramat Takzim
4 all my brothers and sisters in islam

fed up said...

Rawa Lanun Bahasa,

Putting words into somebody's teeth is not my style.

That is why my triger is in question forms.

But I am thinking your line of thinking. Weathermen says pitch black cloud over Pekan.

Typical expectation from a budget.

Ecpecting inserts ala NFC too from Auditors General.

Fed Up

Wali Selipar said...

Hehehehe Salam Datuk, saya rasa mcm ada suatu sindiran yg paling tajam tapi paling berhemah. Kaedah terbaik menegur pemimpin tertinggi. Cara politik org lama yg penuh bunga2 adab dan sopan. Tahniah Datuk...

langitbiru said...

“Apa ringkasan hujah saudara on muslim into `pakatan, atau ikatan, atau kerjasama dengan non-muslim demi ke arah mencapai lebih banyak kebaikan-kebaikan dan mengurangkan kezaliman-kejahatan`''''


Ringkasana selepas hujah tersebut,please”.

Abu Bakar Ab Rahman


Assalamualaikum Sdr ku, Abu Bakar Ab Rahman yang dihormati

Sukar untuk menerangkan tetapi saya amat yakin Sdr Ab sediamaklum maksudnya berdasarkan perkembangan politik semasa.

Perkara ini perlu dijelaskan maksud “tahaluf-siyasi” iaitu pakatan, atau ikatan, atau kerjasama dengan non-muslim dalam system pemerintahan Negara.

Tahaluf-Siyasi dalam Islam ini sebenarnya menggariskan disiplin dan syarat-syarat yang sangat ketat terutamanya ciri-ciri kumpulan non-muslim tersebut dan matlamat pakatan atau kerjasama.(Ayat-ayat tersebut diperhalusi dan dibahas)

Diringkaskan, Tahaluf-Siyasi UMNO-BN adalah tahaluf-siyasi dibawah Tarbiah British, pada kacamata, kehendak dan nasihat British, inilah yang TERBAIK untuk RAKYAT Persekutuan Tanah Melayu.

Atas nasihat British, mereka mengenepikan Orang-orang Islam, mengambil bukan Islam sebagai penolong, teman setia!.

Dulunya, tahaluf-siyasi ini diberi nama Parti Perikatan berlambangkan Kapal Layar. Selepas bergabung dengan PAS membentuk Kerajaan Perpaduan, nama Perikatan diminta ganti oleh PAS kepada nama Barisan Nasional, dan lambang kapal layar dimintaganti oleh PAS kepada lambang dacing. Kerana tersepit, dan terkepit UMNO sanggup membuang identity asal mereka!!!

Tahaluf-siyasi UMNO-BN juga bermatlamatkan mencapai kebaikan untuk rakyat Malaysia. Akhirnya matlamat tersebut mulai terpesong kerana kecintaan UMNO kepada duniawi. Kerjasama ini digunakan sebagai tiket untuk mencapai kepentingan peribadi dan kemewahan dunia, bukan lagi untuk rakyat.

PAS menawarkan tahaluf-siyasi dengan non-muslim dalam bidang politik untuk “mencapai lebih banyak kebaikan-kebaikan dan mengurangkan kezaliman-kejahatan” MELALUI KUASA POLITIK/PEMERINTAHAN.

Antara kebaikan adalah berlaku adil kepada semua rakyat, seperti mengembalikan tunggakan royalty minyak Kelantan berjumlah RM7.5Billion. Tahaluf-siyasi UMNO-BN menyekat wang ini menyebabkan pembangunan Kelantan lembab, masalah air belum dapat diatasi sepenuhnya. Ini satu kezaliman-kejahatan.

Tahaluf-siyasi UMNO-BN bina sekolah, baik, TAPI kos sebenar sekolah RM12juta, dibayar RM18juta. Bocor,tiris dan runtuh itu maksudnya kezaliman-kejahatan.

Tahaluf-siyasi UMNO-BN bina Lebuhraya, baik, TAPI Lebuhraya Pantai Timur kos asal RM2Biliion, sekarang 5biliion masih belum siap, DAN dihentikan lebuhraya tersebut di sempadan Terengganu-Kelantan di Bukit Yong, kawasan DUN Idris Jusuh. Keciciran 3 billion itu satu kezaliman-kejahatan.

Tahaluf-siyasi UMNO-BN hilang 52billion saham-saham bumiputera, itu satu kezaliman-kejahatan.

Tahaluf-siyasi UMNO-BN menyusut tanah-tanah Rizab Melayu, satu kezaliman-kejahatan.

DAN banyak lagi tahaluf-siyasi UMNO yang membawa pembangunan kepada rakyat pada masa yang sama merompak duit rakyat, bererti kebaikannya diiringi kezaliman-kejahatan.

MAKA matlamat tahaluf-siyasi PAS-DAP bukan lagi meletakkan matlamat utamanya HUDUD , tetapi mengambil cabang-cabang utama pemerintahan Islam seperti pentadbiran dan pengurusan yang adil tanpa elemen korupsi dan meyempitkan jurang-jurang kezaliman-kejahatan, dan mengembalikan dan memelihara hak-hak rakyat dengan adil.

Pemerintahan Islam bukan SEMATA-MATA TERTEGAK dengan Hukum Hudud, tetapi cabang-cabang ISLAM juga WAJIB ditegakkan, semuanya DEMI KEADILAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, bukan kroni!

p/s tahaluf-siyasi telah mula dipelopori oleh parti-parti Islam seperti Tunisia, Algeria, Turki dan Mesir. Semua mendapat kemenangan yang memberangsangkan. DENGAN KUASA POLITIK itu, akan dipergunakan kearah amal-maaruf nahi mungkar dengan lebih berkesan, menambahkan kebaikan dan mengecilkan kezaliman-kejahatan.

Amin.InsyaAllah.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdrku. langitbiru dgn p/s nya; ...DENGAN KUASA POLITIK itu, akan dipergunakan kearah amal-maaruf nahi mungkar dengan lebih berkesan, menambahkan kebaikan dan mengecilkan kezaliman-kejahatan.

Benar kata2 sdrku dan izinkan kami menceritakan pengalaman kami dgn YB berkuasa politik BN dan PAS suatu ketika dahulu (kami tidak menyatakan ADUN kawasan dan Negeri mana untuk mengelakkan spekulasi.. mohon maaf)

Ceritanya begini,
Berberapa bulan sebelum PRU, kami dapat 'offer' sebuah kawasan industri agak besar dan bedekatan jalan besar, katakan harganya RM100.0 juta tidak termasuk 'the so-called campaign funds' berjumlah RM5.0 juta... Kami tolak (not viable)

Kuasa bertukar tangan selepas PRU.. dan didatangi sekali lagi broker yg sama buat 'offer' (sedikit murah dari yg dulu) dengan 'under-counter' hanya RM1.0juta.. Kali ini ia nampak 'viable' tapi kami tolak kerna takut dimurkai oleh menteri 'cabinet' pula nanti..

Mohon kepada sdrku langitbiru dan sdrku pembahas2 lain yg kami hormati dgn kasih sayang menilai kedua2 'offer' tersebut ie.from the devil in the 'tux' and/or the angel in the 'robe'...

Wallahualam.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Samuraimelayu now spends more of his time sitting on the dock of the bay watching the tide roll away...dgn angin sepoi2 bahasa

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).