Sunday, July 21, 2013

Kuala Besut Penentu Masa Depan Mohd Najib?


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


UPDATE, 25 Julai - Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dalam pilihan raya kecil semalam dan dengan itu mengekalkan penguasaannya ke atas Terengganu.

Calon BN dari Umno, Tengku Zaihan Che Ku Rahman, memperoleh 8,288 undi atau 59.26 peratus undi sah mengatasi calon Pakatan Rakyat dari PAS yang mendapat 5,696 undi atau 40.73 peratus. Undi popular BN meningkat sebanyak 1.25 peratus berbanding pilihan raya umum 5 Mei lalu.

TPM Muhyiddin Yassin dan YB baru BN Kuala Besut - The Star
 POSTING ASAL

 MENGULAS dalam tampalan yang lalu, pembahas “drlangitbiru penang” berkata: “Dato' tak berminat ke nak ulas PRK Kuala Besut?”

Berminat, tetapi oleh sebab saya tidak mengikutinya dari dekat saya hanya boleh mengulas berpandukan apa yang saya baca dalam media arus perdana (MAP) dan media alternatif.

Kalau ikut penilaian MAP, Barisan Nasional (Umno) akan mengekalkan DUN Kuala Besut dengan kemenangan besar – sama seperti yang mereka ramalkan untuk PRU 5 Mei lalu.

Tetapi kalau kita ikut sejarah pilihan raya kecil Terengganu, BN tidaklah boleh terlalu yakin. Pertama, BN pernah hilang kerusi kepada PAS dalam PRK di Terengganu dan yang kedua PAS mengukuhkan kedudukan di Terengganu dalam PRU lalu.

Tidak sampai setahun selepas PRU 2008, Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.

BN meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). MAP menguar-uarkan kemenangan besar bagi BN. Dia kalah kepada calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan defisit undi sebanyak 2,631.

Tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, adalah besar. Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434.

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Kenyataan Khairy

Apa yang menjadikan PRK Kuala Besut menggiurkan adalah kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa keputusannya kritikal bagi BN dan Perdana Menteri.

Semua sudah tahu yang Mohd Najib menghadapi tekanan hebat sebagai PM dan Presiden Umno setelah gagal memperbaiki prestasi BN dalam PRU 5 Mei lalu. Malah pencapaian beliau lebih buruk daripada Abdullah pada tahun 2008.

Walaupun Umno menang lebih banyak kerusi Parlimen, tetapi Mohd Najib tidak berjuang atas landasan nasionalisme Melayu dan Islam sebaliknya atas nama 1Malaysia dan “Sokong Saya Undi BN” serta menjulang pengundi Cina dan India sebagai penyelamat BN.

Jadi kalau ada cabaran dalam pemilihan agung Umno akhir tahun ini, kedudukan Mohd Najib terancam. Selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera pada tahun 1969, Mohd Najib adalah PM dan Presiden Umno paling lemah dalam sejarah pasca PRU.

Berbalik kepada kenyataan Khairy yang dilaporkan secara meluas oleh media alternatif tetapi tidak oleh MAP, saya menganggapnya sebagai mengandungi makna yang mendalam.

Kita tentu masih ingat bahawa Khairy berada di sisi Abdullah apabila bapa mertuanya diasak meletakkan jawatan setelah gagal mempertahankan suara dua pertiga dalam PRU 2008 dan terpaksa berundur tidak lama setelah BN kalah dalam PRK Kuala Terengganu.

Kekalahan BN dalam PRK Kuala Terengganu mengukuhkan tuntutan penentang Abdullah agar beliau meletakkan jawatan. Abdullah meletakkan jawatan pada 3 April 2009.

Dr M Sokong Tiada Pertandingan

Cuma elemen yang menyegerakan pengunduran Abdullah pada tahun 2009 mungkin tidak wujud lagi sekarang atau, kalau ada pun, tidak sekuat dulu.

Antaranya:

1. Banyak blogger Umno yang mementang Abdullah dan menuntut pengundurannya telah berubah menjadi pro-Najib;

2. Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada tahun 2009 menentang Abdullah habis-habisan dengan bantuan Muhyiddin Yassin kini berpendirian jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan;

3. Muhyiddin pula dikatakan "tidak berminat" mencabar Mohd Najib kerana “sudah penat” dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM;

4. Boleh jadi juga tindakan "menutup pintu" pertandingan itu terbit daripada kebimbangan akan muncul pencabar lain, misalnya Tengku Razaleigh. Walaupun Ku Li seangkatan dengan Dr Mahathir, beliau masih cergas dalam politik dan menjadi tempat banyak pihak meminta nasihat dan mengadu nasib;

5. Justeru itu, apa yang dua watak ini (Dr Mahathir dan Ku Li) kata di belakang tabir akan memberi kesan kepada kedudukan Mohd Najib. Cuma Dr Mahathir dan Ku Li mungkin tidak sekata untuk menyingkir Mohd Najib;

6. Banyak wakil rakyat Umno, khasnya dari Sawarak dan Sabah, diketahui telah “berunding” dengan Ku Li, cuma bekas Naib Presiden Umno itu mungkin tidak mempunyai sumber (manusia dan wang) untuk melawan jentera Mohd Najib yang kaya sumber; dan.

7. Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU. Wallahualam.

28 comments:

Unknown said...

BN menang atau kalah, percayalah Najib akan kekal duduk di atas..

Meningkatnya undian orang Melayu dalam PRU13 tempoh hari bukan kerana Najib, tetapi kerana sayangkan UMNO dan 'takutkan' Anwar..

Walaubagaimanapun, tindak-tanduk Najib kebelakangan ini amat melukakan hati orang Melayu..

Dengan menjadi Cina lebih dari orang Cina sendiri, 'terlalu menghormati' Hindraf, membiarkan penghinaan terhadap Islam (Namewee adalah perintis?..).. dan banyak lagi kalau nak diikutkan boleh buat satu post dalam blog..

Tuan sendiri boleh lihat banyak blog PRO UMNO sudah banyak mengkritik secara lantang terhadap Najib kebelakangan ini..

Saya percaya jika ada mana-mana pemimpin UMNO yang berani menentang Najib dalam pemilihan akan datang dengan menggunakan moto akan mendaulatkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan akan bertindak tegas terhadap perosak Negara, Najib akan tumbang kemungkinan besarnya..

Jika ianya tidak berlaku.. andai kata Pas keluar dari Pakatan dan kembali ke landasan perjuangan yang asal, sambil dibarisi kepimpinan Ustaz Harun Din + Ustaz Nasharuddin yang menyayangi Agama, Bangsa, Negara (perpaduan - tiada kafir-mengkafir).. saya percaya berbondong-bondong orang Melayu akan mendokong perjuangan mereka..

Dan andai kata ianya tidak berlaku juga.. harapan orang Melayu tinggal kepada JATI, Pekida dan Perkasa sahajalah..

Kalau tak juga, jadilah kita seperti saudara kita di Negeri Dilanggar Todak.. Wallahua'lam..

antisyaitan said...


Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU.

Salam Ramadhan Datuk,

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan diatas. Sememangnya telah termaktub sejak azali bahawa kumpulan makhluk yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan syaitan (samada dikenali atau tidak dikenali) tidak akan berubah dan serik dengan segala kemungkaran yang dilakukan. Walaupun mereka dirantai dalam bulan Ramadhan yang mulia, namun macai-macai dan balaci mereka tetap aktif menjalankan kerja-kerja sesat dan menyesatkan
sehingga hari kiamat.

Semuga Allah menjauhkan kita semua dari kerja-kerja jahat mereka...aminnn!

ab said...

Salam Dato,





Bukan Kuala Besut072013 dato,

TETAPI Kuala Lumpur 102013.




Kamunting,.... dah,

Simpang Renggam,....dah,

Jakarta,........ dah ,

PRU13,..........dah,





Kalau lah dato masih ingat kandungan surat terbuka Dr Mahather Muhammad kepada Tunku Abdul Rahman, dari Batu 6, Titi Gajah,Alor Star,pada17hb. Jun 1969,
scenario negara dan `kelaku' PM la ni `sebijik' seperti yang diterangkan olih TDM kepada PM masa itu.




Elok, kalau bolih, dato paparkan semula kandungan surat terbuka itu dan komen.





Yang saya paling terkilan sekali ialah bila tau PM pi dok `kawtim' dengan DSAI kat Jakarta pada hai dah 4 tahun sebelum tu geng sebelah sini dok hentam geng sebelah sana kaw kaw, dan sebelah sana macam nak rak hentam geng sebelah sini...macam mainland China dengan Taiwan!




Toward the end, the hero and the villian meet, and instead of dueling,they sit and talk on how to
bag the ransom...perrghhhh!.





Sekarang ni,tanpa ISA dan EO polis tinggai uniform saja dah ni!.Nanti punggai pi akta hasutan,polis tinggai spender....pistol dan gari pun tak tentui bolih guna,nanti kena pi kot sebab mengancam human rights...





PM nak jadi THE MAN OF PEACE, tapi dah jadi macam hippies 1960an dah ni..pakai baju dan seluag bunga bunga,takdak kasut,kaki ayam pun ok,rambut panjang, jarang/ tak mandi,isap ganja dan telan lsd dan groupies hari hari dengan 133 punya bilik lah!.




Saya harap jangan marah saya, ni bukan macam cerita bak kuh teh the original tu.....




Abu Bakar Ab Rahman

safiai saad said...

Walaupun sdr tidak mengikuti perkembangan PRK Besut dari dekat,tetapi telahan sdr didapati ada kebenaranya.
Sama ada Kesan pilihan raya ini akam memberi tekanan pada Dato Najib sukar diperkatakan. Rata -rata ahli UMno berpendapat bahawa ini adalah masa untuk consolidation.dimana jentera parti harus diperkuatkan untuk menghadapi PRU 14.
Sebarang perubahan kepimpinan akan hanya membawa ketidak consistency dalam UMNO. Amat sukar hendak mengubah UMNO menerusi pemilihan parti, kerana itu bukan lah cara nya orang Melayu menukar pemimpin.
Lihat sahaja Sulaiman Palestine,Ahmade Fuad dari bukit Gantang.Tengku Razali, Musa Hitam, mereka akhirnya tersungkor tanpa kubor akibat pertandingan.
Penukaran UMNO akan berlaku selepas pemilihan parti selesai berdasarkan issui semasa.Lihat sahaja Tenku Abdul Rahman kerana peristiwa 13 mei,Hussein Onn kerana tindak tandok ahli UMNO,Dr maharhir kerana issue Anuar,dan Pak lah kerana prestasi kerajaan yang lemah.
Tidak ada seorang perdana Menteri pun yang tewas didalam pemilihan Parti.
bagi Dato Najib saya rasa ialah kerana programnya hanya diatas kertas nampak cantik tetapi on the ground tidak begitu. Masaalah employment,hutang negara, hutang isi rumah,harga rumah yang diluar kemampuan rakyat,masalah kejituan Agama Islam dinegara ini,ketidak tegasan beliau dengan DAP,dan political appointment didalam pentadbiran awam, GLC,intitusi rakyat yang begitu meragukan kecekapan dan individu yang terlibat. Pendek kata saya ramalkan perubahan kepimpinan akan hanya berlaku setelah grace period pemilihan parti selesai. Ini pendapat saya sahaja.harap rakan blog boleh suntik idea lain

Kampong man said...

Salam DAKJ,

1.Kuala Besut punyai persamaan dengan DUN kampong saya Kuala Linggi, Melaka kerana kebanyakan mereka adalah masyarakat nelayan melayu yang memerlukan penambahbaikan asas infrastruktur(Water-breaker umpamanya) dan kemudahan lain saperti peralatan pada nelayan.

Pembangunan bagi nelayan di kampong saya Kuala Linggi ini sudah lama berlaku dan masih rancak penambahbaikannya.Harap di Besut juga begitu.Jiran saya Tan Sri Dr Yusof Noor adalah dari Besut juga.Saya kagum dengan komitmen beliau.

2.Mengikut rakan surau saya dari Besut baru baru ini berkata "Selagi Idris Jusoh ada di Besut kami tetap dibelakang UMNO/BN dan agak sukar bagi Pas memenanginya" dengan penuh yakin.Kebetulan pula Idris Jusoh adalah old boy sekolah saya STAR,Ipoh.Beliau kini adalah Timbalan Menteri Pelajaran. RLB mungkin banyak tidak setuju dengan Idris Jusoh dan BN, itu pendirian beliau.Saya berbeza.

3.Dato masih nampaknya meragui keupayaan Najib sebagai PM dan 'Insist' kepada satu pertandingan the two top post.Saya berpandangan sama saperti Tun, tidak perlulah pertandingan. UMNO perlu bersatu dan perkukuhkan parti bukan melagalagakan gandingan pemimpin. Walaupun BN menurun tetapi UMNO dan keyakinan orang Melayu pada UMNO meningkat .Apakah 88 kerusi parlimen dan 63.3 % pengundi Melayu di belakang UMNO/BN di Semenanjong bukan satu peningkatan yang baik bagi gandingan Najib dan Mohy?.If only 30% chinese voters went for BN ,2/3 majority could have been possible and achievable.No ?.
Cuma ,Najib MESTI memberi keutamaan pada orang Melayu yang ketinggalan diluar dan didalam bandar sana satelah pengundi Cina rata rata (90%) tidak menyokong BN dan kerajaan pimpinan beliau walaupun terlalu banyak ysng diberi bagi melayan kehendak kaum ini.Tidak mudah rupanya memperjuangkan hak melayu sebagai PM Malaysia yang berbagai bangsa dan ugama.Mereka cuma mahukan kuasa politik bukan BRIM BRIM BROOM..

4.Mengikut analisa saya Ku Li yang amat saya hormati walaupun berpengalaman dalam kerajaan tidak mungkin berani mencabar Najib yang lebih relevan dengan penyokong akar umbi yang ramai satelah diberi mandat penuh memerintah di PRU 13.Ku Li tidak berjuang "sapenuh hati "bagi UMNO dan BN baru ini.Ku Li juga punyai sejarah silam dari the defunct Semangat 46 yang bermulanya perpecahan dalaman UMNO.Not another one please.Ku Li will not get the support, period.

5.Mengikut ramalan bomoh kampong saya dan Feng Shui master dari Bangsar, tempat saya tinggal lama (17 tahun) dulu, Kuala Besut adalah kemenangan bagi BN dan pertandingan bagi kedua presiden dan timbalan tidak akan diadakan.Kita tunggu dan lihatlah Dato ya walaupun kedua tukang tilik ini bukan calang calang orang dengarnya.

Saya saperti juga Dato tidak akan percaya pada tukang tilik begini.Takut syirik pulak jadinya. Wallahwualam.

Terima kasih dan selamat mengerjakan ibadah puasa semua.Semoga amalan puasa kita mendapat keberkatan dan keredaannya.Amin.



Tinta Hitam said...

Datuk,

Pertama kali PM Najib tak perlu risau.Besut jika diikutkan perkembangan mutakhir akan kekal dgn BN...Susah PAS nak mengatasi UMNO..Bau wangi RM amat menggoda pengundi pengundi Besut...Lantak pi lah isu isu nasional yg tidak menyebelahi BN.

Org kampung tak peduli semua...Pd mereka sapa beri RM lebih itulah calon yg plg baik.Jadi PM Najib tak perlu risau mengenai kesinambungan karier politiknya.Dia akan tetap jadi PM.Plg kurang sepenggal lagi

Lahuma said...

Dato.

PRK Kuala Besut.

UMNO amat memerlukan kemenangan untuk manjadi kedaan 17-15.
Manakala Pas pula mengharapkan menang untuk menjadi keadaan 16-16.
UMNO kalau kalah amat malu besar.Terutama PM Najib,TPM Mahyudin.Dan yang paling malu dan hilang harga diri ialah MB Ahmad Said dan Idris Jusoh.
Pas pula kalau menang nilai moral akan naik setakok lagi bagi menjamin politiknya di Trengganu.

Bagi UMNO punca segala kelemahan sehingga berupaya sekadar 17-15 ibarat nyawa ikan kerana konflik yang amat teruk antara Ahmad Said dengan Idris Jusoh belum reda.Ibarat api dalam sekam.Walaupun ada penafian.Bangkai gajah semua tahu.Krisis UMNO Trenggan dalaman dan luaran masih wujud.

Kalau UMNO kalah maknanya imej PM Najib dan TPM Mahyudin terus junam.

Itulah UMNO hari ini.Akar umbi sudah kian reput.Masyarakat bawahan sudah bosan dengan UMNO.Pemimpin UMNO bawahan hanya masuk berpolitik kerana wang ringgit dan projek isi perut sendiri.

Pas didapati ada pelung tetapi egonya masih ada.Riak wajah air muka pun garang.Nampak kasar dan gelojoh.

Calon UMNO ok.Calon Pas ini macam tangkap muat sahaja.

Masa depan PM Najib dia kena ada orang yang berwibawa dan imej bersih dan suci dalam dan luaran.

Orang keliling PM Najib sekarang lebih banyak tokoh CARI MAKAN dan TOKOH CARI PELUANG.Bukan untuk rakyat.

Ramalan ramai katanya UMNO menang.Tetapi majoriti agak kurang sikit.Alasan kerana tarikh mengundi hari bekerja.Ramai tak dapat balik.

Kalau UMNO menang 17-15.
Kalau Pas menang 16-16.

Rakyat tak rugi.Yang rugi jawatan orang politik yang nilainya lumayan dan mewah.

Jumpa lagi.

Terima kasih.

The Eugenist said...

Salam..

Dato' AKY, apakah UMNO, yang telahpun menjadi pembangkang di 3 buah negeri (Penang, Selangor dan Kelantan) masih belum-belum sedar dan insaf?

Apakah UMNO, sebuah parti yang berkuasa membentuk kerajaan negeri di Selangor sejak tahun 1959-2004 masih merasakan yang mereka itu berada di jalan dan landasan yang benar?

Bak kata orang putih; "I doubt it.."

Hesmel Faznee Faisal

doncin cai said...

.....
hehehe kalau umno menang, yang pasti kena peluru penabo orang2 spr... dari calit udah rendam jari dalam dakwat...ini namanya penambahbaikan.. daftar pemilih, nama orang yang dah padam, tapi tak juga padam padam... penduduk pulau bidong di jemput mengundi umno..kalau nak nipu, tak perlu bangla naik air asia
bulan menang kalu, kesedaran rakyat.. rakyat dah celik...etc

... tapi, kalau keputusan prk ini boleh menurunkan najib.. harapan saya pengundi2 akan bagi bulan menang... kalau nak harapkan ahli2 umno menurunkan pemimpin deme, ketua cawangan yang dah 20 tahun pun deme tak berani, ini kan pulak presiden deme...
dengan harapan, ada perubahan ke arah yang lebih baik terutamanya berkaitan dengan hak pribumi

Din Klang said...


KJ jangan berlagak nak tegur Najib sedangkan nasib diri dia sendiri sekarang terletak di tangan ahli Umno.

Pemilihan kali yang akan datang jauh berbeza dengan pemilihan yang lepas dimana KJ menang dengan penuh misteri...

tetapi yang lebih penting najib dan KJ tidak lupa bahawa tanah yang mereka pijak ini adalah Tanah Melayu dan bukan milik mutlak keluarga dan rakan rakan mereka

A KADIR JASIN said...

Pembahas ab, antara lain, menulis:

"Kalau lah dato masih ingat kandungan surat terbuka Dr Mahather Muhammad kepada Tunku Abdul Rahman, dari Batu 6, Titi Gajah,Alor Star,pada17hb. Jun 1969,
scenario negara dan `kelaku' PM la ni `sebijik' seperti yang diterangkan olih TDM kepada PM masa itu.

"Elok, kalau bolih, dato paparkan semula kandungan surat terbuka itu dan komen."

Terima kasih Sdr. Berikut adalah surat Dr Mahathir kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman.

"Surat Terbuka Dr Mahathir kepada PM Tunku Abdul Rahman Putra
bertarikh 17 Jun 1969

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu. (BERSAMBUNG)

A KADIR JASIN said...

(SAMBUNGAN)

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari
Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku. (BERSAMBUNG)

A KADIR JASIN said...

(SAMBUNGAN)

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)"

Terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

TQ kerana paparkan surat pada Tunku Rahman pada 1969 ekoran pesta mandi darah 13 Mei iaiitu Pasca PRU waktu itu.

Hebat dan berani Dr Mahathir pada waktu itu.

Sebenarnya pun kalau boleh Dr Mahathir tulislah isi hatinya pula pada PM Najib apa yang sedang berlaku hari ini ikut fakta yang sama.

Atau pun siapa-siapa yang ingin menjadi wira dari UMNO sendiri untuk memperbetulkan ketua mereka.

Saya rasa setakat saat ini tak ada yang berani kerana takut hilang pendapatan dan wang ringgit.

Samalah segala yang berlaku kerana maklumat rakyat dari bawah tak sampai langsung.Semuanya tersangkut dan tapis rapi oleh sekelilingnya.

Rakyat nak jumpa PM jarang berlaku .Taraf rakyat di dewan atau padang sahajalah.

Jangan kata nak jumpa PM.Pengundi nak jumpa wakil rakyat pun susah.Masa nak undi sehari 10 kali jumpa.Lepas menang 10 bulan pun susah nak minta jumpa.

Inilah rungutan rakyat.

Nasib PM Najib sebagai Presiden UMNO ditangan ahli UMNO bukan orang lain.

Nasin PM Najib sebagai Perdana Menteri ditangan rakyat sebagai pengundi.Pertama di Pekan .Kedua rakyat seluruh Malaysia dengan kerusi majoriti.

Itulah masa depam PM Najib.
PM Najib bukan tranfomasi pentadbiran sahaja.Tranformasi diri nya amat mustahak.

Jumpa lagi.

Terima kasih.

tinta hitam said...

Datuk,

13 Mei berlaku bukan sbb PM Tunku dgr ckp cina sgt.Tetapi ialah kerana org2 melayu spt "ayam mati kelaparan dikepuk,itek mati kehausan diair".Mereka melihat hasil kekayaan negara diratah oleh kapitalis kapitalis yg mendapat naungan dari UMNO sendiri...Kebobrokan ini berlaku adalah kerana kebobrokan UMNO keseluruhannya, bkn hanya kesilapan atau kelemahan satu satu pemimpin..Tidak wajar meletakkan kesalahan tu mana mana PM shj.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok.


Umno sedang menghadapi persaingan samaada dari luar atau dalam parti, untuk disegani dan dihormati pemimpin Umno mestilah taat pada agama dan berpekerti mulia begitu juga dengan ahli yang dipimpinya.

Mengapa dan kenapa orang Melayu tanpa mengira PAS atau Umno dizaman Tun Abdul Razak, merasa kepentigan mereka begitu terjamin dan terbela. Jatidiri dan perpaduan Melayu sangat kukuh. Cina dan India sangat menghormati orang melayu ketika itu.

Najib sedang menghadapi tugas berat bagi menarik balik kepercayaan semua orang Melayu yang terdiri dari generasi muda masa kini dan masa depan dirinya sendiri. Andai gagal bagaimana...?

Selamat mengundi orang Kuala Besut.


Tq Tok.

Kg Oren said...

Salam Dato' AKJ,

Isi surat yg TDM tulis berpuluh tahun dahulu seolah2 berlaku semula skrg ini. Jujur saya dan ramai lagi diluat sana sebenarnya sgt gusar atas apa yg berlaku skrg.

Najib juga pentingkan populariti ttp sayang dia skrg umpama duduk dlm istana di forbidden city yg tak tahu keadaan diluar.

Sgt mendukacitakan. Sukarelawan UMNO peringkat bwhan dah ramai yg letih. Yg tinggal hanya yg masih berangan dan sibuk dengan peluang sendiri shj.

Wallahualam..

yeop kidai said...

Najib masih menjual barang yg tidal laku "Program Bazar Ramadan iM4U di Seksyen 13, Shah Alam " .......
masih tidak sedar.

MalaysianKita said...

Keputusan PRU2013 Najib, lebih teruk dari keputusan PRU2008 Pak Lah. Kuala Terengganu yang UMNO menyandang majoriti cuma 628 undi, tewas kepada PAS. Bagaimana Kuala Besut yang UMNO menyandang 2,434, tewas kepada PAS? Jika itu berlaku, berbanding pencapaian Najib dengan Pak Lah, Najib kalah 2-0 kepada Pak Lah. Apa impaknya PRK Kuala Besut kepada Najib? Kita amat sediamaklum, tahun 2013 adalah tahun pemilihan jawatan tertinggi UMNO. APAKAH SEJARAH PAK LAH BERULANG KE ATAS NAJIB?

Namun Kadir Jasin sudah pun memberi jawapan, ” Harapan UMNO berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. UMNO mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU”.

Langitbiru sangat bersetuju dengan Dato’ Kadir Jasin, UMNO tidak akan berubah kecuali bila terlucut kuasa ditangan mereka!

http://malaysianinsaf.blogspot.com/2013/07/prk-n01-kuala-besut-najib-dihujung.html

jebat said...

Salam Dato' AKJ,


Pada pendapat saya UMNO tak kan sedar.

UMNO berjalan tunduk keran kononnya melihat kebawah. Tapi jalannya laju dan tak hati-hati.

Sehingga satu masa nanti kepalanya terhantuk palang besi dan jatuh terlentang berlumuran darah, lalu pengsan/koma.


Ketika itu barulah pembantunya kelamkabut.


Tapi apa nak buat - nasi dah jadi bubur !!!

TUNGGULAH MASANYA AKAN TIBA .

INSYA ALLAH !!!

wankamarul701 said...

Idris Jusoh kemah..rasa2nya bn tetap menang di tganu..

A KADIR JASIN said...

Sekadar pemerhatian dan maklumat.

1. Perikatan pimpinan Tunku memperoleh 52 peratus undi popular dalam PRU 1969.

2. Pengundi Cina tolak Perikatan walaupun Tunku sangat akrab dengan masyarakat Cina.

3. Dr Mahathir tulis surat terbuka kepada Tunku yang menjadi punca kejatuhan Tunku.

4. Tun Abdul Razak lindungi Dr Mahathir. Surat Dr Mahathir menjatuhkan Tunku dan menaikkan Abdul Razak. Beliau laksanakan DEB.

5. Rekod BN pimpinan Mohd Najib dalam PRU 5 Mei lalu jauh lebih buruk daripada Tunku dalam tahun 1969. BN hanya mendapat 47.38 peratus undi popular. Kali pertama pembangkang atasi BN/Perikatan. Macam Tunku, Mohd Najib aka Ajib Gor sangat intim dengan orang Cina dan India.

6. Pengundi Cina tolak BN dalam gerakan "tsunami Cina" tetapi Dr Mahathir tidak menulis surat terbuka salahkan Mohd Najib. Malah Dr Mahathir setuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan. Belakang tabir itu cerita lain.

7. Kesimpulannya, nasih Mohd Najib sangat baik. Nasib Melayu dan Malaysia itu lain hal. Wallahualam.

Terima kasih.

zainal abidin awang kechik said...

BN MENNAG TOK

Kampong man said...

Salam semua,

1.24 July 2013– Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan majoriti yang lebih meningkat, sekaligus menafikan hasrat Pas untuk mencipta kemenangan 16-16 kerusi DUN Terengganu
Calon BN Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi, manakala calon Pas, Endut @ Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long memperolehi 5,696 undi.
Dengan itu, BN mengekalkan kemenangan di DUN Kuala Besut dengan majoriti 2,592 undi berbanding dengan kemenangan calon BN, Allahyarham A. Rahman Mokhtar yang mendapat 2,434 undi sebelum ini.
BN juga turut berjaya mengekalkan status quo 17:15 kedudukan kerusi DUN Terengganu.

2.Adakah trend kemenangan UMNO/BN akan berterusan hingga ke PRU 14 ?.Masih terlalu awal untuk diberi pengesahan.Yang penting Najib harus fokus pada pembangunan ekonomi orang melayu,kawasan pengundi yang menyokong UMNO/BN selama ini.Satu kemenangan moral dan keputusan yang lebih baik bagi UMNO dan BN.

Salam ramadhan.Terima kasih.

din klang said...

Dato

Peh...pedih dan tajam ulasan dato diatas.

Kalau Najib dan kuncu kuncu nya masih tak faham juga baik tutup saja Umno

merlimau9 said...

Dato
UMNO diperangi spt mana ISLAM diperangi oleh abu jahal dan kerabatnya.
UMNO yg dipimpin oleh PM Najib cuba diserang dari pelbagai sudut...namun saya YAKIN dan PERCAYA mereka mereka akan gagal.
Ini kerana PM Najib mempunyai NIAT yg murni terhadap rakyat MALAYSIA..maka saya YAKIN dan PERCAYA PM Najib akan terus memimpin.
Kepada yg berhasrat menjatuhkan PM Najib...tanyalah diri sendiri adakah ANDA mempunyai NIAT yg IKHLAS.
WASATIYYAH dan TAWADUK.

maae said...

Salam Datuk,

1. PM Najib sambut hari jadi ke 60. Insya Allah semoga beliau dapat keberkatan bulan Ramadan kali ini.

2. Selagi ada kuasa di tangan nya, kita orang-orang Melayu memohon kepada Allah agar PM kita di beri hidayah supaya bersikap jujur menjaga Melayu dan Negara tercinta ini. Kita pohonkan agar PM kita senada dengan perjuangan Arwah bapa yang sangat kita kasihi satu masa dulu.

3. Semoga PM kita juga sentiasa berpandang - dengar dan menghormati Tokoh Pemimpin kita yang masih di berkati Allah hingga kini Tun M kerana berjaya dalam pimpinan selama 22 tahun menjadikan Malaysia duduk tinggi terutama menjadi contoh Negara Islam yang progresif yang di nikai tinggi di Asia Barat, Negara maju, Negara membangun dan Negara-Nagara jiran.

Sesungguh nya yang baik kita nyatakan dan yang aib kita tolong sorokkan. Hanya Allah SWT mengetahui isi hati mereka.

Kita amat memerlukan Pemimpin yang berani, cekap, amanah yang sentiasa istiqomah berdiri dan duduk di tempat nya.

Lahuma said...

Dato.


Seperti ramalan banyak pihak sahlah PAS kalah diKuala Besut.
Namun begitu PAS dan UMNO dilihat mempunyai penyokong yang belum berganjak dari PRU 13 yang lalu.

PAS dilihat tak ada strategi yang dinamik .Banyak main sentimen anti kerajaan dengan isu remeh dan abstrak.

UMNO pila macam biasalah dengan isu pembangunan.

Yang lebih sikit bila UMNO membisikkan isu perpaduan dan ancaman Melayu/Islam diMalaysia.

PAS langsung tak sentuh isu ini.

Dato yang dihormati,

Lepas ini kemungkinan besar di Kedah pula ada satu lagi Pilihanraya Kecil .
DUN Sungai Limau yg diwakili Ust Azizan mantan MB Kedah yang uzur di Hospital P.Pinang.
DUN Sg Limau ialah kubu kuat PAS.

Orang PAS diKedah kata Mat Sabu bakal jadi calon andainya berlaku kekosongan kalau Ust Azizan undur diri kerana kesihatan dirinya.

Rancak dan panas jika jadi Oilihanraya Kecil diKedah.

Kalau kena cara dan gaya UMNO boleh menang.PAS Kedah ada konflk dalaman macam sedia maklum.

UMNO masih relek kerana sebuk soal pemilihan parti mereka.UMNO sedang makan angin kerana menikmati angin kemenangan mereka.

MB UMNO Kedah pun dilihat masih belum panas enjin jentera kerajaannya.Nampak macam kerajaan romantik pula.

Masa yang lepas semua MB Kedah UMNO/PAS jenis KAHAK-KAHAK juga.

DUN Sungai Limau dekat dengan kampung halaman Dato sendiri.

Politik orang bendang.

Terima kasih.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).