Tuesday, July 02, 2013

Lima Puluh Tahun Tabung Haji

A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

TAHUN ini - 2013 - gelaplah 50 tahun usia Lembaga Tabung Haji (LTH). Kita bersyukur kepada Allah kerana membuka hati dan minda pemimpin dan cendekiawan negara seawal tahun 1963 untuk menubuhkan perbadanan ini.

Alhamdulillah, berkat keikhlasan dan pandangan jauh mereka serta dedikasi dan profesionalisme peneraju LTH sejak itu, kita, umat Islam Malaysia mempunyai badan pengurusan dan pelaburan haji terbesar dan terbaik di dunia.

Hari ini, dalam usaha memudahkan ibadat haji rakyat Malaysia dan memperkasakan ekonomi umat Islam Malaysia, LTH telah berjaya mengumpul dan menjanakan dana melebihi RM36 bilion (baca di sini).

Demi Allah dan demi masa depan umat Islam Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab dan perjuangan kita bersama mempertahankan LTH dan mengelak daripada berulang episod durjana yang beberapa kali menimpanya akibat perbuatan orang yang tidak amanah dan tidak cekap (baca di sini).

Dengan dana yang begitu besar dan pelaburan yang mencakupi berbagai bidang dan tersebar di seluruh pelosok dunia, tentulah banyak orang dan pihak yang menitis air liur untuk menguasainya.

Alhamdulillah, dalam dunia teknologi yang serba canggih ini, kita sebagai umat Islam dan penabung LTH yang peka boleh melakukan kawalan jarak jauh ke atas Lembaga Pengarah dan pengurusan LTH (lawat di sini) kerana nama dan wajah mereka tertera dan mereka tidak boleh lari, tidak boleh mencuri dan tidak boleh buat sesuka hati, insya-Allah.

40 comments:

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Scribe
Salam Sejahtera

Logo 50 tahun tabung haji menarik.

Terima kasih dan salam hormat

Hj manaf said...

Dato.
Tabong Haji merupakan satu Pertubohan yang berkat.

Sejak ia ditubohkan sahingga hari ini,ianya telah berkembang dengan pesat dan ramai orang Islam telah menyimpan wang dengan nya.
Tabong Haji juga telah menjadi contoh untoke negara negara Islam lain meniru tapi yang sedehnya tidak adavusaha untok follow up oleh Pehak Tabonh Haji.
Kerajaan Saudi juga amat senang dengan Tabonh Haji kerana kita menjaga jemaah haji dengan sempurna di Tanah Suci.

Ramai perompak dan penyamun cuba untok mengambil kesempatan untok memperdayai Tabonh Haji.Mereka bukan menipu tapi memaksa Tabonh Haji membeli tanah dan bangunan yang mereka bena dengan harga yang mahal.
Contohnya bangunan Tabong Haji di Maju junction,Tabong Haji di paksa membeli bangunan itu dengan harga yang amat tinggi.
Bagitu juga dengan Tanah Estatenya saluas 100,000 hk di Riau.
Bagitu juga dengan pembelian Tanah Estate Kelapa Sawit di Kalimtan Tengah,yang di beli dengan harga yang tinggi.


Nasib baik lah harga kelapa sawit naik melonjak bagitu tinggi.Jadi sunggoh pun Tabong Haji membayar dengan harga yang tinggi,ianya maseh boleh membuat keuntongan yang banyak.

Oleh kerana wang Tabong Haji yang bagitu banyak,,baru baru ini ia jugabtelahnpergimka bandar London untok membeli dua bangunan dengan harga £350 juta.
Mengikut Tabong Haji ia nya berupaya memberimpulangan sabanyak 6.5% satahun.

Tapi yang hairannya,Tabong Haji setiap tahun membayar sewa hotel dan apartment di Mekah dan Madinah hampir $200 juta satahun.Kenapa sahingga hai ini Tabong Haji tidak membeli apartment dan Hotel di Mekah/Madinah.
Tabong Haji ada membeli hotel mewah di Mekah yang diuruskan oleh MovenPic.Tapi ini untok menampong jemaah yang kaya .Orang orang kampong yangnperginka Mekah tidak akan boleh menekmati tinhggal di hotel ini.Merekanterpaksa lah tinggal di apartment yang jauhbdari Mesjid dan dalam bilek yang sempit.

Kita amat berharap lah Dato Azez yang baru menjadi Chairman akan lebeh perhatin dengan nasib jemaah haji kita yang perlu tempatbtinggal yang selesa di Mekahndan Madinah.

Dalam pembelian saham pula,Tabong Haji mengalami kerugian yang banyak dalam pembelian sahan Silver bird yang membuat roti kerana ada penipuan dalam accountnya.Nasib baik lah Tabonh Haji tidak membuat GO kaatas saham ini kerana iantidak jadi membeli saham milek Vincent Tan.

Sama lah juga dengan Saham Rumania.?Dato Azizul yang menjual saham nya di pasaran terbuka dengan harga yang tinggi,sekarang ini tinggal di istana yang besar di Taman Duta dan menaiki kereta Bently.
Saya tidak tahu sama ada ia tahu yang membeli saham itu di pasaran ialah Tabong Haji oleh kerana pembelian ini di buat dimpasaran terbuka dan bukan married deal.

Yang sah nya dato Azizul membuat declaration penjualan sahamnya dan tabong Haji membuat pengumuman penambahan sahamnya dalam Rumania.

Tapi saperti yang saya kata kan Tabong Haji ini merupakan pertubohan yang berkat.Sekarangnini pun Rumanian pun telah mula membuat untong.

Sama lah kita mendoakan semoga Tabong Haji lebeh maju.
Satu yang saya tidak faham.Pak UngkunAziz merupakan orang yang mula mengasaskan Tabong Haji, maseh tidak pergi Haji.Tak boleh kah beri dia tambang percuma untok menunaikan haji.

rahimlpp@yahoo.com said...

Dato'@ Mengapa Dato tidak komen langsung mengenai perlantikan Pengerusi baru. Agaknya Dato' bersetuju dengan perlantikan tersebut ?. Cuma saya berpendapat Pengerusi Tabong Haji mesti lah dilantik dari kalangan yang dihormati kerana ianya sabuah Badan yang menjaga kepentingan Umat Islam di Negara ini. Lebih sesuai dari kalangan anggota perkhidmatan awam yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik tetapi boleh menjaga sabuah amanah yang besar.

Iklas,
Rahim

Urang Awak said...

Tajuk pada kali ini amat menarik perhatian saya dan saya anggap tajuk kali ini adalah merupakan satu urutan dalam siri tulisan Dato yang berhubung kait dengan syarikat2 GLC selepas fiasco Bank Pembangunan yang ditulis sebelum ini.

Saya pernah berbual dengan seorang pemandu teksi didalam perjalanan dari Pudu menuju ke Hotel De Palma Jalan Ampang beberapa tahun lepas. Untuk mengelakkan dari kebosanan akibat kesesakan lalu lintas kami cuba berbual2 secara casual tentang kehidupan seharian dan secara kebetulan beliau merupakan bekas kontraktor yang terpaksa gulung tikar semasa kemesetan ekonomi pada awal 1997. Apabila disaat kami melintasi dihadapan bangunan LUTH di Jalan Tun Razak beliau secara berseloroh mengesyorkan supaya tulisan kalimah "ALLAH" diturunkan dari bangunan tersebut kerana ianya amat memalukan. Bila saya bertanya kenapa beliau secara sinis menjawab bahawa LUTH merupakan syurga segala rasuah. Berbeza dengan jabatan2 lain yang meminta rasuah secara berkias, pegawai2 LUTH tidak segan silu meminta rasuah secara terang2an. Kalau tak percaya encik boleh tanya pada semua contractors yang pernah berurusan dengan LUTH tambah beliau dengan nada yang agak tinggi.

Saya hanya mampu tersenyum kerana cerita beliau telah mengingatkan saya sewaktu mula berjinak2 dengan bidang construction di awal tahun 90an. Pada waktu itu saya pernah terlibat didalam kerja2 tanah di projek KLIA yang di sub-con dari Gopeng Berhad manakala rakan saya pula terlibat didalam kerja2 dari TH Construction (Tabung Haji Construction)

Kini agak lama saya tak dengar cerita-ceriti tentang LUTH serta anak2 syarikat subsidiarynya. Adakah mereka telah bebas dari "r....h" atau keadaan telah menjadi lebih teruk lagi..?

Wallahualam

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sedikit pertanyaan

1. Atas pertimbangan apa Azeez mamak jadi pengerusi LTH.

2. Semasa krisis krwangan asia 1998 bukankah duit tabung haji disalah guna oleh kerajaan waktu tu utk bail out kroni bernama MAJU HOLDING?

3. Adakah akaun LTH di audit oleh firma audit 4 terbesar sebelum LTH buat bayaran dividen?

4. Adakah parlimen dan ketua audit negara punya bidang kuasa keatas akaun LTH?

Saya tak mau rakyat Melayu syok sendiri. Aps sebenarnya yg Dakj maksudkan dgn LTH afa dana RM36B?

Jangan sekali2 LTH dipaksa menolong kroni atas apa nama sekali pun.

Kalau bijak pandai Melayu di LTH dibiar membuat tugas mereka secara telus dan profesional tanpa arahan politik mungkin dana tu dah jadi 100b

safiai saad said...

Tahniah sdr Kadir kerana menyiarkan perihal tabong haji yang telah mencecah 50 tahuin .Semuga Allah akan memilihara kejayaan tabong haji ini.
Berbagai kecelaruan kewangan tabung haji yang terbit oeh akhbar tempatan dan mahkamah ada disiarkan,semuga perkara -kecelaruan kewangan ini tidak berulang.
Namun sebagai rakyat malaysia, kita mesti memikul tanggong jawap untuk memantau perjalanan tabong haji. bagi orang Islam yang berkamahiran dalam bidang ekonomi,pelaburan,akauntan harus menoropong supaya kewangan tabong haji akan lebih mantap.
Apa yang telah dipapar oleh akhbar hendaklah pengurusan tabong haji megambil iktibar.Orang Islam diMalaysia amat berbangga dengan Tabong Haji.

TOOLBOX said...

Sebagai rakyat marhaen saya berpendapat bahawa pelantikan menteri, timbalan menteri, senator, pengerusi GLC dan sebagainya tak boleh dibuat secara tangkap muat kerana individu tersebut penyokong setia yang kerap mencium tangan ketika bersalam.

Mungkin yang melantik berpandangan jauh yang tak terjangkau oleh pemikiran saya, tidak mabuk dan telah mengenepikan kriteria yang disebut di atas semasa melakukan pelantikan.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Masih selamatkah LTH maupun ASB dan BanK RAKYAT bila kita diberi tau rakyat Indon di hutan pun boleh dpt ic biru?

Masih ada masa depankah badan kerajaan spt LTH bila BUNG MOHTAR dgn bongkak suruh Melayu lain spt CEO AIR ASIA X keluar Malaysia gara2 kritik Utusan.

Kalau diajak berdebat kan lebih baik dan bermaruah.

Din Melaka fikir jika Abu Jahal dan Firaun masih hidup beliau pun angkat topi dgn kerakusan dan keloyar burukan sesetengah pemimpin UMNO hari ini.

Ya Allah selamatkan Melayu dan Islam.

Lahuma said...

Dato.

50 tahun LTH.
----------------------

Ramai tak yakin dengan PM Najib lantik Pengerusi LTH yang baru.
Semua orang risau dan runsing dengan perlantikan itu.
LTH berada dalam keadaan tidak selamat lagi.

PM Najib pun sudah tak ada pronsip lagi.Asal MT UMNO,EXCO Pemuda/Wanita.Ketua bahagian UMNO jalan sahajalah.

Maka ramailah tukang kasut jadi tukang besi.Malaysia sudah makin serabut dan macam bubur kacang.

Semua penyimpan LTH kena rajin rajin ambil kisah perihal LTH mulai sekarang.

Takut Tabung Haji macam naik haji masa main DAM
Nak dapat haji dam kena makan kawan dulu.

Terima kasih.

TST said...

Din melaka,

Allah selamatkan Islam, utk selamatkan Melayu, kaum Melayu itu sendiri yg perlu buat.Ini bukan kosong, ada sokongan dari hadis dan quran. Good Luck Melayus.

ab said...

Salam Dato,




Saya menharapkan tabung haji lebih besar,lebih maju dan lebih handal berniaga.



Masih menuunggu tabung haji ada kapal terbang sendiri,ada hotel sendiri dijedah,madinah dan mekah.



Masih menunggu tabung haji ada rumah penyejuk saiz gudang di jedah,madinah dan mekah untuk pelbagai bahan mentah makanan dan sayuran.


Semuga tabung haji terus maju.



Abu Bakar Ab Rahman

zainal abidin awang kechik said...

Tok..SAYA pernah berkata kepada DATUK SERI DR Mahathir .. Ketika SAYA mewakili Pemuda UMNO Batu gajah ..

" DATUK SERI.. JIKA UEM LINGKUP.. RAKYAT MASIH LAGI MAMPU TERIMA... TETAPI JIKA TABUNG HAJI LINGKUP.. MAKA RANAP LAH POLITIK MALAYSIA DAN HANCURLAH NEGARA NI" dr Mahathir Ketika itu sebagai Perdana menteri terdiam."

azeez Putra azeez baling... Tahniah,! SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN SUBJEK NI KERANA RAJIN DAN MAMPU BERKEMAH DENGAN JAMMAAH DI PADANG ARAFAH..( haji itu ARAFAH )

TABUNG haji LEMAH ... Perlu orang MUDA .. SAYA YAKIN BAHAWA bila mana manusia itu takut kepada ZAT ALLAH .. MAKA TABUNG haji Akan SELAMAT .

TABUNG Haji perli sukarelawan Islam UNTUK memajukan TABUNG haji.. DAN Bukan guna wang TABUNG haji UNTUK berjoli di mekah DAN madinah..

INGAT TABUNG HAJI WANG KERAMAT.. BONDA SAYA SIMPAN DUIT YANG MANA BELIAU TANAM SERAI 30 TAHUN DULU DAN MENJUAL SERAI ITU DI PASAR.. SEHINGGA BELIAU KE MEKAH DENGAN HASIL JUALAN SERAI NYA..

MAHA SUCI ALLAH YANG MELINDUNGI TABUNG HAJI TABUNG KERAMAT..

abdullahngah said...

Haji Manaf,

Jika benar Tabung Haji tidak pelawa Engku Aziz tunai haji secara percuma, bolehlah kita simpulkan itu adalah suatu yang sangat melampau. Sangat tidak patut.

Akan tetapi saya sudah lama dengar cerita Tabung haji sudah lama mepelawa Profesor di Raja Engku Abdul Aziz menunaikan haji secara percuma akan tetapi tiada respon.

Ini hanya cerita. mungkin benar mungkin tak benar.Orang Tabung haji pasti tahu akan perkara tersebut.

Mustahil Tabung Haji tak kenang jasa yang sangat besar itu.

Jika JKKK dan iman masjid kerajaan boleh beri percuma masakan Ungku Suami isteri.

Usah RM 10,000, malah pakej RM 80,000 pun boleh sebagai kenang jasa.

mungkin masih ada yang tidak kenal siapakah sebenarnya Ungku Aziz, walaupun beliau seorang pengasas penubuhan Tabung Haji.





An Economist said...

Datuk Kadir,

It is an open secret that TH and other Bumi/Muslim trust agencies (TH is not a GLC) have been and will continue to be used for the non-governmental rescue of crony companies and individuals.

TH was used for soft-rescue of Abu Sahid's Maju Junction when a building built by Maju was sold to TH for a good profit at the time when property market in Malaysia yang soft. TH got instant asset and Abu Sahid got instant return plus profits.

Before the GE, Boustead, an English company bought by LTAT for the soldiers was used to rescue Umno Wanita Raja Ropiah from being sued by Deepak (carpet trader) and embarass Putrajaya because both are close to Seri Perdana.

EPF was used to rescue MRCB and RHB when Anwar's controlled MRCB could not pay EPF loans to buy RHB, but that was a lucky rescue because RHB is a strong bank and MRCB has a lot of land. But it is not EPF role to rescue or own companies.

TH can generate a lot of commission incomes and consultancy fees to unscrupulous dealers as it is one of the active players in the property players in Malaysia and abroad. They can buy low and sell high to TH.

Datuk you and I were there during the Chinese TDC crisis in the 1980s. How the DTC directors bought properties cheaply on their own and sold to DTC at high prices. Because of that there was a run on DTC and because they belonged to MCA, Daim Minister of Finance had to compensate DTC depositors before outlawing the DTC. But we don't have Daim now. We don't even have a proper Finance Minister. Behind the finance minister now is the wife and Nor Md Yakcop.

May Allah save TH and like Datuk say, we must all be the accountants and auditors of TH.

Kampong man said...

Salam Dato dan sdra semua,

1.Tabung Haji(TH) adalah satu satunya kejayaan dan kebangaan umat islam Malaysia.Kini kewujudannya genap 50 tahun.Ramai yang tidak tahu bahawaTH adalah hasil ilham dari Professor Diraja Engku Aziz.Sebelum kewujudannya ramai mereka di kampong yang bercadang menunaikan haji telah menyimpan wang mereka dibawah tilam,bantal, gerobok atau dimana mana ceruk rumah.Kini mereka tidak lagi perlu menyimpan cara lama. Mereka boleh menyimpan dalam TH tanpa ragu dan perolehi pulangan pelaburan yang kompetitif dan bersih satelah ditolak zakat.

2.Maka pastinya ia menjadi satu tanggungjawab besar pengurusan LTH dengan AMANAH yang diberikan penyimpn bagi menentukan ianya terus berjaya tanpa penyelewengan.

3.Didalam pengurusan haji LTH mendapat pengikhtirafan dan kepujian tinggi dunia islam dari segi pengendalian dan pengurusan jemaah haji.

4.Apa yang kita harapkan dengan kepelbagaian pelaburan dari dana yang sangat besar ini ia tidak disalahgunakan pihak tertentu atau dipengaruhi kuasa politik.Yang penting dananya mestilah dilaburkan secara 'syariah-compliance' dan yang tidak berisiko tinggi.Tidak hairan kini umat islam Malaysia memilih TH selain PUNB sebagai tempat terbaik bagi menabong dan melabur wang selain dari institusi bank sebagai alternatif.

5.TH sangat istimewa dan unik.TH tidak perlu pengiklanan dan marketing yang hebat hebat bagi menarik pelanggan saperti bank komersial lain.Penyimpan dan penabong dengan RELA HATI membuat simpanan kerana kesucian dan keyakinan tinggi mereka pada pengurusan LTH.Kita mahukan pengurusan LTH yang jujur,amanah dan bertanggungjawab dan mempunyai pakar pakar dalam bidang pelaburan yang dicebur yang proffesional.

6.Kini LTH mempunyai pengerusi baru Datuk Haji Abdul Azeez bermula 1 july semalam.Kita harap beliau dapat memperkasakan lagi TH,insyaallah.

7.Bagi tahun ini peruntukan 28,000 jemaah haji di kurangkan 20% atas arahn kerajaan Arab Saudi disebabkan penambahbaikan pembangunan kota Mekah sekarang.Ini pasti merumitkan ramai bakal haji yang ada.

Kepada TH selamat menyambut Jubli Emas.Syabas.Semoga semua usha TH mendapat keberkatan Allah.Ameen.

Salam hormat,terima kasih.

vagrant said...

Hi Dato,

Good artitle on Tabung Haji

On seperate note, can you write about car prices in Malaysia.

From the pre election BN manifesto to reduce price.

To the recent tone by most government official that even with reduction of excise duties, does not mean car price will go down.

It is really that difficult to reduce car price to reduce the burden of all malaysian.

A promise is a promise.

Din Klang said...

din melaka

apa beza Selangor lantik anwar jadi punahsihat ekonomi negeri Selangor ?

apa beza pkr selangor lantik badrul amin jadi exco agama ?

apa beza pas undi mat sabu jadi itmbalan presiden pas?

Tak payah la kutuk lebih lebih, dia orang ni satu spesis je....semua jenis melayu malas berfikir.

baik ambik gang mamak tadbir Malaysia, depa ni lebih ligat kepala hotak.

Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

Gambar Azeez mencium tangan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menjadi topik perbualan paling hangat seolah-olah perlantikan beliau itu lebih bersandarkan kepada kekerapannya mencium tangan Rosmah dan bukannya berdasarkan kelayakan ataupun pengalaman yang dimilikinya. -- Shahbudindotcom

drlangitbiru penang said...

50 tahun Tabung Haji

Itu sahaja tajuknya.....TAPI para pembahas lebih cenderung kepada hujah hujah berkaitan politik-perniagaan.

Ada seorang "ulama" dari Kor Angkatan Tentera, diamanah jaga pusat Urus Zakat, entah macammana dia pun layak "terima" zakat!!

Pendek kata, asalkan NAMANYA UMNO, sukar untuk saya percaya depa ni betul-betul bersih,cekap dan AMANAH...!!!!

Lagi besar GLC/Badan Kerajaan lagi bernafsu mereka nak jadi Presiden/Pengerusi/Pengarah...Khazanah,MAS,KWSP, apa apa saja lah..

Hemmm..kalau Ungku aziz jadi pengasanya, sepatutnya pengendali pentadbir,pengurus,pengarah tu semuanya patut sama macam dengan ungku aziz...

Ni tidak, ASALKAN namanya UMNO, latarbelakang SPM saja pun boleh jadi Pengarah,Pengerusi etc...

Pasal Azeez "Si-PENCIUM TANGAN"...hangpa cakap apapun saya tetap tolak...

Dlm PRU, kita sebut macammanapun pasal kes kes rasuah,penyalahgunaan kuasa bailout sana sini, bukan jutaan ringgit tapi billion ringgit, orang kampung tetap tak percaya...itu pasal UMNO masih menang

Kalau nak cakap pasal penyelewengan dalam TH...lagi orang kampung tak percaya.....sebab penyamun ni pandai sembunyi dan pandai berlakon...

Pasca PRU , saya guna tag "UMNO PENYAMUN" pula lah...

Memang benar pun, "UMNO PENYAMUN"

Lembah Tasnim said...

Salam Datuk..

Sekalung penghargaan kepada Ungku Aziz pencetus idea tertubuhnya LTH.

Ucapan tahniah kepada LTH diatas sambutan Jubli Emasnya, dan ucapan tahniah juga kepada para penyimpan kerana sama-sama terlibat dalam kejayaan LTH.

Sejak mula ditubuhkan dulu LTH memang mendapat tempat dihati ummat Islam kerana itulah satu-satunya cara ummat Islam hendak menunaikan ibadat haji selain tempat untuk menyimpan duit.

Perkara yang baik kita patut puji, perkara yang salah kita patut tegur, kerana itu juga ajaran agama kita. Cuma kadang -kadang ada yang salah tafsir.

Saya harap LTH dapat menaikkan dividen tiap-tiap tahun.


TQ Datuk.

azhar said...

salam Dakj

melihat kepada statistik Tabong Haji Pendapatan,bilangan penyimpan dan wang simpanan penyimpan semuanya naik mendadak dari tahun 2010 hingga 2012.

ini bermakna lebih ramai umat islam telah yakin dengan kemampuan tabung haji menguruskan wang dan urusan haji.

ini juga bermakna ekonomi umat islam semakin baik dimana mereka semakin mampu menyimpan wang dengan lebih banyak.

harapan saya pengurusan tabung haji dapat memperhebatkan lagi menguruskan tabung haji sehingga dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada penyimpan.


cilipadi said...

Mungkin Dato perlu tanya pada TDZ kenapa semua anak buah Nmy ini untouchable...

Apa sebenarnya disebalik Nmy ini hingga TDM TDZ Pak Lah Najib dan termasuk Anwar tiada seorang pun yg berani mencuit dua.

Kampong man said...

Salam Dato dan sdra semua,

1.Di dalam kita membincangkan LTH penabongan dan pelaburan saya amat tertarik baru baru ini dengan isu hutang PTPTN.Mengikut laporan terkini,lebih 400,000 bekas peminjam PTPTN di negara ini belum melangsaikan hutang mereka berjumlah RM2.8 billiom.Faktor kewangan menjadi kekangan utama kebanyakan peminjam PTPTN tidak dapat membayar hutang mereka.

2.Yang pasti kewajipan melunaskan hutang itu tidak terlepas bagi setiap individu apatah lagi ianya melibatkan wang rakyat.

3.Oleh itu saya setiasa menggalakan graduan yang telah mendapat pekerjaan dapat menanam sifat disiplin diri menabong atau melabur, didalam skim ASB umpamanya antara lain yang dapat memberi pulangn baik anggaran 8% ke 9% setiap tahun.Sekira kita bijak menabong, simpanan kita akan membesar menerusi masa sekira kita sedar "The Power of Compounding" dengan disiplin menabong dalam pelaburan jangka panjang.

4.Satu teknik mudah bagi tujuan ini ialah dengan memahami "RULE 72".
Izinkan penerangan saya dalam bahasa inggeris di bawah.

Mathematically and Realistically PROVEN viz:

Rule 72 says you double your money in time T if you know your yearly retun R(%). i.e

72/R =T where R =Yearly Return %
T =Time in Years.
Assuming ASB return is R=8% then T=72/8=9 years,Your money that you save will double in 9 years.

Assuming you start saving 30K (Take a bank loan at affordable repayment) at age 25 it means you will arrive at :

Age 25(30K)....Age 34(60K)...... Age 43(120K)...Age 51(240K).....
Age 60 (480K)..and so on..

Imagine,if you start big say 100k by self discipline you can achieve FINANCIAL FREEDOM early.

Read Azizi Ali,Read Puan Rohani books and as well start with "Rich Dad ,poor Dad"-Robert Kiyosaki and many other books on Financial Freedom in the book stores.

As for me at this age,the stage now is on MANAGING WEALTH and enjoy the money with minimal debt.You will have to start early though to realise this power of compounding by SAVINGS with lots of self discipline..

PNB ASB savings will give you the compound effect.BTW,Bank Rakyat give an average 20% returns yearly if you can secure the shares.

"LET YOUR MONEY(Savings and investment) WORKS FOR FOR YOU."

Semoga mendapat manafaat.Selamat menabong.Salam hormat dan terima kasih.

Wallahwuaallam.

abdullahngah said...

Ramai yang kutuk Datuk Seri Najib kerana melantik Datuk Azeez ahli parlimen Balin Kedah sebagai pengerusi Tabung Haji dengan alasan Azeez Rahim tiada pengalaman bidang korporat.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang ucap tahniah kepada Datuk Azeez Rahim.

Bermakna Azeez Rahim bukan calang calang tokoh untuk melakukan sesutu yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Pada saya, Najib mahu supaya Azeez jadi jutawan disamping memberi peluang kepada orang umno jadi pelabur di Afrika sepertimana telah umumkan sebelum Azeez diulantik sebagai pengerusi Tabung haji.

Bayangkan gaji pengerusi Tabung dikatakan sebanyak RM 80, satu bulan dismpingkan dapat guna dana Tabung Haji untuk buat pelaburan sepertimana pernah dilakukan sebelum ini punca Bank bumiputera mampus.

Pendeposit Tabung Haji said...

Salam Datuk,

Dengar khabar Pengerusi baru Azeez Mashook telah mengarahkan Jabatan Komunikasi Tabung Haji untuk menjemput pihak akhbar, media dan bloggers jemputan untuk aktiviti tahunan ke Mekah dan Madinah pada bulan Ramadhan dan musim Haji. Senarai pendek akan diumumkan dalam jangka masa terdekat. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Ketua Jabatan Komunikasi Tabung Haji. Seperti biasa, tujuan utama lawatan adalah untuk memberi gambaran yang tepat betapa hebatnya mutu perkhidmatan Tabung Haji di persada antarabangsa.

Dengar khabar Pengerusi baru Azeez Mashook akan menjemput pihak media melihat operasi anak syarikat TH di Arab Saudi iaitu TH Real Estate Company (TH RE) yang telah ditubuhkan pada 2009. Pasti pihak media ingin tahu mengapa TH Real Estate Company yang masih tidak mampu memberi sebarang pendapatan (zero revenue) perlu menghabiskan SR2.5 juta setahun untuk kos gaji dan elaun pekerja yang hanya 5 orang sahaja (1 CEO, 2 orang pekerja Malaysia dan 2 pekerja Arab)? Pihak media pasti ingin tahu benarkah gaji CEO TH Real Estate telah dinaikkan dari RM30k sebulan ke RM70k sebulan? Azeez Mashook yang juga selaku Pengerusi TH Real Estate Company pasti akan mengambil kesempatan yang terbaik ini untuk mejelaskan kepada pihak media bahawa CEO TH Real Estate Company bukanlah kawan karib Jasmi Ismail, iaitu abang dengan CEO Tabung Haji seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Azeez Mashook akan menerangkan kepada pihak media matlamat utama Tabung Haji adalah untuk terus mencatat keuntungan tahunan melebihi RM2 billion dan mampu memberi dividen yang kompetif >8% setahun kepada para pelabur. Maka itu, tidak perlu pihak media mempersonalkan jarak hotel penempatan jemaah Muasasah di Mekah yang amat jauh (sekitar 1 km) dari Masjidil Haram dan isu sarapan pagi yang masih tidak mampu disediakan oleh Tabung Haji. Pihak media perlu sedia maklum, Tabung Haji telah sekian lama menyediakan pakej2 mewah (yang berharga >RM30k) kepada jemaah2 yang cerewet tentang isu remeh temeh seperti jarak penginapan dan sarapan pagi.

Selepas lawatan ke Mekah dan Madinah, dengar khabar Azeez Mashook akan menjemput pihak media melawat 2 bangunan yang baru dibeli Tabung Haji di London dengan jumlah pelaburan £370 (RM1.8 billion). Azeez Mashook juga akan menjelaskan kepada pihak media mengapa Tabung Haji perlu aggresif membuat pelaburan di bidang hartanah di London walaupun operasi haji hanya bertumpu di Mekah dan Madinah sahaja. Azeez Mashook juga akan menerangkan kepada pihak media keputusan Tabung Haji untuk membeli bangunan di 151 Buckingham Palace Road pada harga yang lebih tinggi (£205 juta) dari harga pasaran (<£190 juta).

Azeez Mashook akan mengesahkan kepada pihak media sama ada penyewa (Little Ship Sailing Club) di 10 Queen Street Place London hanya menyediakan minuman keras dan makanan tidak halal kepada semua pelanggan atau hanya kepada pelanggan yang bukan Islam. Kenyataan Azeez Mashook adalah amat penting kerana ada desas desus bangunan di 10 Queen Street Place London mempunyai penyewa (Little Ship Sailing Club) yang menyediakan minuman keras dan makanan tidak halal kepada pelanggan (laman web: http://littleshipclub.co.uk/). Azeez Mashook selaku Pengerusi Tabung Haji yang baru dan semestinya berwibawa dan berpandangan jauh akan memastikan semua pelaburan Tabung Haji terumanya di London adalah 100% berteraskan prinsip syariah

Setelah penat dengan sesi lawatan dan soal jawab, pihak media juga akan dijemput untuk menjamu selera di rumah baru CEO Ismee Raja Lanun di Notting Hills yang berharga 5 juta (tolong jangan tanya mana CEO dapat duit sebanyak itu). Pada keesokan hari, pihak media akan dibawa membeli belah di Harrods dan melawat kedai Louis Vuitton di New Bond Street di mana Pak Menteri, Jamil Keldai baru sahaja mengambil tempahan kasutnya pada 2 minggu yang lalu.

bersambung.

Pendeposit Tabung Haji said...

bersambung...

Untuk acara tempatan, di ibu negara, Azeez Mashook juga akan menjemput pihak media untuk sesi dialogue di bangunan 13-tingkat di Bangsar South yang baru dibeli Tabung Haji pada 2012 dengan harga RM102 juta. Yang menarik tentang bangunan di Bangsar South ini ialah keputusan Tabung Haji untuk membeli hartanas itu walaupun penyewa utama akan tamat kontrak menyewa pada 2014. Mungkin pada masa sesi soal jawab dengan pihak media nanti, Azeez Mashook akan mendapat ilham untuk menjawab segala teka teki yang tersurat dan tersirat. Azeez Mashook juga akan berkongsi dengan pihak media segala pulangan pelaburan dari kesemua pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji dari ekuiti, pendapatan tetap, perladangan, IT dan hartanah. Pada sesi ini, pihak media akan dapat melihat betapa hebatnya Tabung Haji dalam memastikan semua pelaburan berjaya memberi pulangan yang memberangsangkan.

Pada acara kemuncak, Azeez Mashook juga akan menjelaskan keputusan Tabung Haji untuk memberi kontrak baik pulih (renovation) 3 tingkat di Bangunan HQ Jalan Tun Razak kepada anak syarikatnya (Seri Libana Sdn Bhd) tidak ada kena mengena dengan jawatan beliau sebagai ahli Pengarah. Tetapi kerana kelulusan MBA beliau yang begitu prestij dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Maka itu, tidak hairan jika segala perbelanjaan untuk melobby kontrak tersebut akan ditanggung 100% oleh Tabung Haji.

Untuk membuktikan ketelusan Tabung Haji dan komitmen penuh beliau sebagai Pengerusi yang berwibawa dan prihatin, Azeez Mashook akan mengumumkan wakil-wakil pendeposit Tabung Haji akan diberi beberapa kerusi tetap di ahli lembaga pengarah dan panel pelaburan. Jika syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia akan mengadakan AGM setiap tahun, Tabung Haji akan mengada sesi “AGM” dengan pendeposit-pemdeposit Tabung Haji pada setiap penggal untuk memberi maklumat terkini operasi dan untuk mendapat maklum balas dari pendeposit-pendeposit dari masa ke semasa.

Azeez Mashook akan juga mengesahkan bahawa ahli perniagaan tersohor, Shaik Akmal Shaikh Alaudin (rakan karib Kalimullah Hassan dan Nor Mohamed Yakcop) tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi CEO Ismee Raja Lanun bagi mendapatkan projek2 lukratif dan pelaburan yang akan dibuat oleh Tabung Haji di dalam dan luar negara.

Lawatan ke Arab Saudi, London dan sesi dialog di Bangsar South ternyata akan memberi peluang kepada Tabung Haji untuk berkongsi idea, strategi dan rancangan masa depan pihak pengurusan yang begitu professional demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pendeposit2 dan bakal2 jemaah sekalian. Pasti pihak akhbar, media dan bloggers jemputan tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.

Sekian Terima Kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Tinta Hitam,

Saya tidak akan siarkan komen Sdr. Abdul Azeez LTH bukan Abdul Aziz Sheik Fadzir.

Sdr Pendeposit Tabung Haji, Terima kasih atas maklumat. Saya cuba buat susulan.

Terima kasih.

mad said...

isu azeez dilantik menjadi pengerusi lth ini mengesahkan lagi bahawa umno itu pembawa dalil tanda-tanda kecil hari kiamat, iaitu org yg bukan ahli dilantik menjadi ketua. betulkan kalau saya silap.

MAT KAMPAU said...

Salam DAKJ,

Adalah dicadangkan suatu Suruhunjaya ditubuhkan khas untuk peranan"watch dog" terhadap GLCs dan statutory bodies.Internal audit dan perlunya auditing dijalankan setiap tahun tidak mencukupi bagi mengelakkan penyelewengan.

Kalau kita boleh control SPRM begitu ketat sekali, kenapa tidak strategy yang sama digunakan terhadap GLCs dan badan berkanun yang diamanahkan dengan duit rakyat berbillion ringgit ?

MAT KAMPAU

Lahuma said...

Dato.

50 tahun LTH merupakan detik yang paling hitam dalam sejarah wujudnya LTH.

Bila pendeposit hilang keyakinan serta keraguan maka LTH juga akan hilang nilainya.

Bukan kerana faktor politik.Masa yang lalu tak panas begini.
Faktor tak kena tokoh diletakkan disitu untuk menjadi payung LTH yang dihormati.

Atau pun Tokoh Islam yang ada diMalaysia sudah kering kontang dengan tokoh yang sesuai untuk menjadi payung LTH.

Dalam UMNO pun tak ada orang lain lagikah.

Tokoh UMNO yang sokong pun ada yang bukan ikhlas.Pak Turut yang banyak.Sokong bawa tersungkur yang ramai.

Faham-faham sahajalah yang sokong itu.Mereka juga penuh harapan untuk dapat habuan yang sama.

Yes man dan yes women.


Terima kasih.

dinoscots said...

Sdra pendeposit tabung haji,

Anda amat istimewa kerana mengetahui isu dalaman TH dengan amat mendalam sekali sedangkan Azeez baru sahaja mula sebagai pengerusi LTH.Belum pun sampai seminggu.

Banyak kenyataan anda adalah 'Dengar khabar sahaja (hearsay) dan sungguh tidak etika sedangkan Azeez masih baru.Ingat pengerusi adalah pengerusi dan terserah pada reccommendation dari board of directors dan pengurusan dan GM, Managers dan pakar pakar.Kenapa mesti berperasangka buruk?.I am not impressed.I think it is more of sour grape.

Walaubagaimana pun nama Azeez sebenar bukan Azeez Mashook.Sekisn , harap maklum.

maae said...

Salam Datuk,

1. Tabung Haji milik Melayu. Sebahagian kekayaan Melayu sebagai pendeposit dan tambah nilai dari muamalat TH sendiri dalam bentuk apa pelaburan halal menguntungkan.

2. Segala perolehan di zakatkan. Kita nampak. Demi itu Allah SWT memberkati.

3. Jika ada yang tegar menyeleweng, musibah akan segera turun. Kita semua hanya perlu menadah tangan beramai-ramai. Tidakkah kita tidak percaya dengan janji Allah? Wang pendeposit untuk apa? Wang ini halal di sisi Allah SWT.

4. Fasal Pengerusi TH, kita serah pada Allah SWT. Bergantung niat beliau dan cara ketegasan memantau. Jika ada tangan ghaib, tugas beliau memusnahkan nya. Jika benar, kita harap kan beliau jadi yang terbaik. Semoga kita tidak berburuk sangka. Rasul kita sentiasa berhemah dalam apa jua keadaan.

5. Yang jujur di atas, teropong- teropong lah....

antisyaitan said...


Alhamdulillah, dalam dunia teknologi yang serba canggih ini, kita sebagai umat Islam dan penabung LTH yang peka boleh melakukan kawalan jarak jauh ke atas Lembaga Pengarah dan pengurusan LTH (lawat di sini) kerana nama dan wajah mereka tertera dan mereka tidak boleh lari, tidak boleh mencuri dan tidak boleh buat sesuka hati, insya-Allah.

Salam Dato,

Sesungguhnya "syaitan yang dikenali" sangat licik dan boleh menjelma dengan berbagai wajah termasuk menjelma sebagai orang warak dan lebai. Yang haram boleh diolah dan dikaburi supaya 47% rakyat melihatnya sebagai halal dan bersih. Lihatlah apa yang terjadi keatas Presiden M.Morsi yang dipilih majoriti pengundi Mesir sekarang.

Walau apapun saya doakan agar harapan Dato dimakbulkan oleh Allah SWT.

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Scribe
Salaams

KUALA LUMPUR 7 Mac – Lembaga Tabung Haji (TH) didesak supaya melantik sebuah badan akauntan bebas yang berwibawa dan profesional untuk menyiasat secara terperinci segala aktiviti pelaburannya dan anak-anak syarikat.

Bekas Pengerusi dan Pengarah Besar TH, Tan Sri Hanafiah Ahmad berkata, siasatan itu perlu disegerakan kerana terdapat banyak aktiviti pelaburan lembaga itu yang dipersoalkan oleh para pendeposit yang kini berjumlah 5.1 juta...


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm#ixzz2Y9ZOXcmB
© Utusan Melayu (M) Bhd

Komen:
Saya setuju dengan kenyataan beliau;
dan terimakasih untuk http://mole.my/content/still-looking-answers

Ramadhan ini rasanya saya akan banyak 'slow-down' Maaf, The Scribe; dan saya mengucapkan semua muslimin dan muslimah selamat menjalani ibadat Puasa Ramadhan.

Terima Kasih

Lembah Tasnim said...

Salam Datuk..

Kerana pernah berlaku di LTH mereka yang tidak amanah, tentulah kita curiga kalau perkara itu berulang lagi.

Tidak salah kalau kita menyuarakan kebimbangan dan berhati-hati akan episod durjana, Jangan terlalu percaya kepada yang diatas.

Kenapa sekarang LTH tak dapat memberi dividen tinggi seperti dulu.


TQ Datuk..












Competente said...

Datuk,

LTH adalah agensi kebanggaan orang Islam tanahair. Ia adalah diantara organisasi terawal yang mengamalkan kaedah kewangan Islam di dunia, selain dari Mit Ghamr Savings Bank yang dibuka sekitar tahun yang sama di Mesir.

Demi menjaga statusnya, LTH memang perlu mempunyai pegawai-pegawai yang cemerlang dari segi kelayakan akademik, pengalaman dan keperibadian. Penekanan yang lebih tinggi hendaklah diletakkan kepada Pengerusinya agar menjadi contoh kepada pegawai-pegawai bawahan.

Sebelum Datuk Abdul Azeez, Pengerusi LTH adalah Tan Sri Abi Musa As'ari yang mempunyai kelayakan MBA dari University of Birmingham, UK.

Namun, menurut Bloomberg BusinessWeek, profil Datuk Haji Abdul Azeez Bin Abdul Rahim yang boleh didapati secara online menerusi http://investing.businessweek.com/research/stocks/people/person.asp?personId=26634846&capId=8080508&previousCapId=8080508&previousTitle=THETA%20EDGE%20BHD adalah seperti berikut;
Datuk Hj. Abdul Azeez Bin Abdul Rahim .... Datuk Hj. Bin Abdul Rahim holds a degree in Master of Business Administration from the University of Preston, USA."

Beliau dikatakan mempunyai kelulusan MBA dari University of Preston, USA. Namun, maklumat mengenai University Preston menunjukkan bahawa ia adalah sebuah universiti virtual di Wyoming, Amerika Syarikat yang tidak pernah diiktiraf yang dipunyai oleh seorang warga Pakistan yang bernama Abdul Basit. Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Preston_University

Jika Pengerusi mendapat kelayakan akademik sebegitu, dari mana pula datangnya ijazah pegawai-pegawai LTH dimasa akan datang?

Beliau hanya akan menambah senarai http://www.therocket.com.my/en/bn-candidates-certs-from-bogus-universities/ yang dimalukan oleh pemimpin pembangkang...


-Competente-

Rawa Lanun-Bahasa said...

The Scribe
Salaam

Tabung Haji mengingatkan saya
bertapa susahnya masa dulu nak dapat izin tok arab mekkah buat sheikh haji orang Malaysia secara teratur.

Kalau sheikh tengok tabung haji goyang, apatah perlu bimbang kerana kita jadi teman bakal dari indonlah

MAAF. Saya ada bikin kerja lanunbahasa sama Tuan The Scribe.
Singkek nak tarik harga saya tolak pada The Scribe. Mahaguru harap tengok-tengok nasib Ahmad Said. Saya pun serupa tak sama. Nyawa-nyawa ikan.

Dengan izin.

Untuk Sdr mulia kita Langitbiru,
Salam Hormat

kalaulah tuanku berbisik di hati kecil yang mulia tentunya
siapalah yang dapat bersuara royalti minyak dinaikan dan siapa yang pandai teruskan selidik sistem mahkamah Riyadh dan selesaikan perungangan islam di Darul Iman siapalah yang berani
walaupun kerja itu kerja mustahil - siapalah pandai bersuara macam di mb kedah mahu tarik sungai kemarau hilir.

Maaf.

The Scribe,

Kalau perjalanan selesa ke geneva patutkah tanya siapa ada fulus mahu kampen UMNO?

yelek! semua Mohd Najib pegang.
Maka KJ jadi jaguh awal.

Next PAU?

Betulkah KP Penang akan kena transfer? Saya amat hormat kerja KP tetapi kepala cina gemuk tanjung bungah kata cukuplah di kdn.

Wallahualam

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

KEBIMBANGAN DIN MELAKA.

DANA Melayu Bumi yg ada pd PNB , LTH dan FELDA dahlah kacang putih dibanding dgn harta bukan Melayu, sedang dihendap pulak oleh gerombolan penyamun tarbus UMNO.

Sewaktu skim ASN dan kemudian ASB, peringkat awal meteka menjadi anak emas sebab matlamat kerajaan waktu itu jelas hendak melipatgandakan kekayaan Melsyu secepat mungkin. Sekarang ni dgn div dan bonus cuma sekitar 8% tak akan mungkin ekonomi Melsyu krjar ekonomi bukan Melayu.

Pernah dengar skin cepat kaya dan labu peram dsbnya? Tindakan PNB tubuh pelbagai akim baru mirip macam skim cepat kaya. Apakah tak mungkin duit pelabur baru diguna utk bayar div pelabur lama?

Sangat bimbang terutama dalam keadaan kerajaan UBN tak cukup duit gara2 hutang keliling pinggang dan salah guna duit rakyat berterusan dgn aman tenteramnya.

Kampong man said...

Salam Dato,

Izinkan saya turunkan satu komen menarik juga dari sdra Panglima Talang diatas tajok yang sama dari blog bro Outsyedthebox bertarikh 5 July untuk kita kongsi disini.


Much as I am not averse to disagreeing with his appointment as the Chairman, why make him a scapegoat before he even starts his tenure?

Maybe people should realize that there are quite a handful of pakatan haram supporters in Tabung Haji, yet these same people are as corrupt and rotten as an animal carcass. Heck, I even know of a senior officer who has 4 expensive cars and even had an Audi R8 which was registered under a "friend's" name yet these are the same wanke#s whom slag UMNO.

So people, Azeez may not be a saint and I for one do not have confidence that his time as Chairman shall be a "clean" one. But before we lump all the sins of Tabung Haji on him why not do some checking on the real scoundrels in Tabung Haji eh?

Panglima Talang

Much as I am not averse to disagreeing with his appointment as the Chairman, why make him a scapegoat before he even starts his tenure?

Maybe people should realize that there are quite a handful of pakatan haram supporters in Tabung Haji, yet these same people are as corrupt and rotten as an animal carcass. Heck, I even know of a senior officer who has 4 expensive cars and even had an Audi R8 which was registered under a "friend's" name yet these are the same wanke#s whom slag UMNO.

So people, Azeez may not be a saint and I for one do not have confidence that his time as Chairman shall be a "clean" one. But before we lump all the sins of Tabung Haji on him why not do some checking on the real scoundrels in Tabung Haji eh?

Panglima Talang

Much as I am not averse to disagreeing with his appointment as the Chairman, why make him a scapegoat before he even starts his tenure?

Maybe people should realize that there are quite a handful of pakatan haram supporters in Tabung Haji, yet these same people are as corrupt and rotten as an animal carcass. Heck, I even know of a senior officer who has 4 expensive cars and even had an Audi R8 which was registered under a "friend's" name yet these are the same wanke#s whom slag UMNO.

So people, Azeez may not be a saint and I for one do not have confidence that his time as Chairman shall be a "clean" one. But before we lump all the sins of Tabung Haji on him why not do some checking on the real scoundrels in Tabung Haji eh?

Panglima Talang
Much as I am not averse to disagreeing with his appointment as the Chairman, why make him a scapegoat before he even starts his tenure?

Maybe people should realize that there are quite a handful of pakatan haram supporters in Tabung Haji, yet these same people are as corrupt and rotten as an animal carcass. Heck, I even know of a senior officer who has 4 expensive cars and even had an Audi R8 which was registered under a "friend's" name yet these are the same wanke#s whom slag UMNO.

So people, Azeez may not be a saint and I for one do not have confidence that his time as Chairman shall be a "clean" one. But before we lump all the sins of Tabung Haji on him why not do some checking on the real scoundrels in Tabung Haji eh?

Panglima Talang "

Sekian, terima kasih.

din Setiawangsa said...

Din Melaka kata dan bimbang.

"Pernah dengar skin cepat kaya dan labu peram dsbnya? Tindakan PNB tubuh pelbagai akim baru mirip macam skim cepat kaya. Apakah tak mungkin duit pelabur baru diguna utk bayar div pelabur lama? "

Hanya orang bodoh macanm din Melaka saja tak faham pelaburan dan hanya pandai menyalahkan orang atau apa juga organisasi kecuali PR.PNB gunakan pelaburan baru untuk bayar dividen?.Salah tu bro ..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).