Monday, July 15, 2013

Siapa Yang Dekati Pope Nasihatilah Wakil Beliau


A Kadir Jasin 

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

MARI kita cakap bahasa mudah. Kalau nak marah, marahlah.

Apa kita nak hairan kalau Duta Vatican, Joseph Marino “campur tangan” dalam hal yang sensitif kepada orang Islam Malaysia?

Menurut laporan media, dalam pertemuan sulungnya dengan media massa tempatan, Marino memuji hujah yang dikemukakan oleh Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia) supaya dibenarkan mengguna "Allah" dalam teks bagi merujuk kepada Tuhan. Maksudnya dia setuju dan sokonglah tuntutan itu.

Archbishop Marino serah watikah kepada Yang di-Pertuan Agong

Tapi nak marah kepada dia pun tak boleh. Dia orang agama dulu. Kemudian baru diplomat. Jadi dia wajib utamakan agama dia daripada diplomasi (baca di sini)


Periksa dulu diri kita. Tanya, siapa yang hemoi sangat nak lawat Vatican, nak jumpa Pope, nak jalin hubungan diplomatik Vatican?

Bukan soal hubungan dengan Vatican saja yang jadi masalah malah semua hal berkaitan Melayu/Bumiputera, agama Islam dan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan sedang dipertikaikan. Semuanya sedang dicabar dari dalam dan luar kerangka besar kepemimpinan Melayu-Islam.

Kerana keberbukaan dan keterangkuman, blogger lucah ini pun berani persendakan Islam.
Hanya Perkasa, Majlis Perundingan Melayu dan mereka yang seumpamanya saja terhegeh-hegeh cuba mempertahankan Melayu, Bumiputera dan Islam. Tapi, bukan semua Bumiputera Malaysia beragama Islam dan dalam isu “Allah” mereka tentulah sokong agama mereka.

Pokok pangkalnya, Pak Lah buka pintu kuala dan Mohd Najib runtuh pintu kuala atas nama keterbukaan (openess), 1Malaysia, keterangkuman (inclusiveness) dan macam-macam lagi slogan dan klise liberal.

Jadi, apalah yang peliknya kalau segala macam sampah sarap keluar masuk muara dan dibawa air pasang sampai ke hulu?

Inilah yang jadi kepada Melayu (dan secara terus kepada Islam) kalau kita bergantung sangat kepada kepemimpinan politik yang hanya hendak jadi popular, hendak dilihat liberal dan sederhana (moderate).

Siapa Beria-ia Jalin Hubungan Dengan Vatican?

Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011?

Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk “berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam.” (Baca di sini)

Perdana Menteri dengan Pope Benedict XVI di Vatican, 2011
Jadi, dengan campur tangan Morino itu, adakah Mohd Najib telah berjaya menjalin kerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam?

Kalau ada pemimpin Islam dalam kerajaan BN yang belum dijangkiti penyakit koro, mereka wajiblah memanggil Duta Vatican itu dengan segera. Setakat Jamil Khir Baharom buat kenyataan media saja tak cukup.

Tak payahlah pecat dia. Bagilah nasihat kepada dia. Boleh jadi dia tak faham keadaan di Malaysia. Bagi ingatan kepada dia yang perbuatan dia umpama mencurah minyak ke dalam api yang sudah pun membara.

Kalau begitu banyak pemimpin beragama Islam tak boleh ajar seorang Kristian, teruklah kita. Anifah Aman duduk buat apa?

Harap-harap ada lagilah pembesar Islam yang tidak menderita koro. Wallahualam.

47 comments:

Joe Black said...

Perangai Orang Melayu Memang Begitu Datuk. Kita bercakap bukan untuk mereka yang kita tujukan tetapi untuk mereka yang kita ingin dapat sokongan.

Jadi sampai bila pun message tak sampai ketempat yang patut ditujukan.

Kenalan kenalan dari Barat selalu kata Orang Melayu ni Suka Go Round in Circles atau Cakap in Circles.

Mungkin Tak Berani Beri Nasihat Kot!

Pendeposit Marhain TH said...

Salam Dato'...

Saya amat setuju dgn pendapat Dato', sudah2 la dengan konsep keterbukaan tu, tak memberi faedah kepada negara pun, campak jer konsep 1Malaysia tu dalam longkang, ingat dengan konsep tu cina2 kiasu akan sanggup korbankan SRJK dia ker, memang kerajaan ni tak boleh diharap, UMNO bukan lagi pejuang dan pelindung kepada Melayu dan Islam, mungkin Malaysia ni perlukan sekali lagi 13 MEI agar rakyat generasi muda ni tau apa erti keamanan...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
samagreen said...

Salam Datuk,

Dari satu aspek, dia 'mungkin' tak faham keadaan di Malaysia. Tapi, dari aspek lain pula mamat ni sedar yg dia sdg bawa minyak > utk dicurahkan ke dalam api yg sudah pun menyala.

Maka tu, dia sebenarnya buat2 tak faham, dan cuba test market!!

Datuk sendiri boleh nasihatkn mamat ni.

azhar said...

apa perlunya ada hubungan diplomatik dengan negara yang tak macam ada negara.

ab said...

Salam dato,






Soalan pertama yang kena tanya depa tu ialah depa punya bible kat Vatican tu tulis perkataan `allah' ka? Depa sembayang kat vatican sebut `allah' ka?




Soalan kedua, sapa suruh PM pi jumpa pope kat Vatican tu?




Soalan ketiga ialah awat kabinet PM ni buat benda benda yang macam tak pakai akai,sejak lepas PRU ni...




Tanya sapa sapa yang tau apa dia NOSTRA ATETATE, kat mana dan kenapa ada perkara ini?.








Abu Bakar Ab Rahman

Real Life in Malaysia said...

Salam Datuk and all,

hari ni belajar perkataan baru ... HEMOI

tanya google ... best explanation i found here ...

http://mycuteshoppe.blogspot.com/2013/05/jom-belajar-dialek-utara-hemoi.html

conclusion: memang hemoi tak hengat lah kita ni.

Ya Allah keep us guided, give us strength and wisdom ... Ameen.

Buyong said...

Dato, saya adalah salah seorang rakyat jelata yang merasa tertipu bulat2 oleh teriakan dan pekikan Najib di Perhimpunan Agung UMNO dan di kempen2 ceramah PRU 13 yang dulu berkenaan hak Bumiputra dan agama Islam.
Mau rasanya saya tarik 'anu'nya semasa dia bertempik kunun nak menegakkan melayu dan mempertahankan Islam.
Sah dia menderita penyakit 'KORO'.

Lahuma said...

Dato.

Awal Qalam saya sokong Dato punya pendangan.Macam naik angin pun ada.Tapi itulah kita sama rasa dala isu ini.
PM Najib dan menterinya makin lemah.
Dalam sibuk-sibuk agih jawatan dalam GLC dan penasihat timbul pula ancaman
dari kenyataan Pope yang jahil masyarakat majmuk di Malaysia.
Boleh jadi pope ini ingat semua rakyat Malaysia penganut kristian.

Sekali pandang tengok menteri Malaysia ini macam budak sekolah yang perlu diberi kursus dan kelas tambahan.

Apa pun marilah kita doakan supaya PM Najib buat pendirian yang melegakan umta Islam di Malaysia.

Amin.

Terima kasih.

The Eugenist said...

Sebenarnya dalam apa juga isu yang melibatkan sensitiviti kaum, maupun agama kita dah jarang atau lupakan terus perumpamaan Melayu lama;

"Tarik rambut dalam tepung, tepung jangan selerak, rambut jangan putus.."

Rawa Lanun-Bahasa said...



http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/its-official-pakatan-goes-to-court-to-dismiss-all-ge13-results/

...The EC aided and abetted voters to vote more than once.

In addition to wanting the High Court to nullify GE13 and call for fresh elections, it also sought that:

* all the EC members be removed from office because of their fraudulent behaviour.

* that until the results of a fresh general election are known, the Federal Government shall remain in office as a caretaker government.


Notakaki:

Harapnya akan berlakulah PRU sekali lagi dalam masa terdekat - ini kerana akibat PM Mohd Najib memang sokong Pope buat angkara di Malaysia.

Saya tidak boleh mengatakan Mohd Najib Tun Abdul Razak bukan seorang Islam lagi dah tetapi PM suka bersekongkol dengan Vatican mahu menghancurkan Islam di Malaysia.



banggoi petai said...

salam ramadhan DAKJ, , makin lama makin rindu era TDM jd PM. .. biaq laa tak liberal , global , glokal dan macam macam lg perkataan pelik namun bangun tido rasa aman ,, masuk tidoq rasa selamat. . laa ni bangkit tidoq @ seblum tidoq kira dok pikiaq camna nak bagi puak puak harbi ni sedaq mana depa dudok. .. d negara lain yg mana Muslim minoriti takdak satu pun yg dapat layanan adil saksama. . p tgok China @ Thailand @ Myanmar @ Philipine @ Eropah. .. hatta US pun Muslim kena tindas secara langsung atau dalam diam. .. heran sangat sangat laaa bila d negara yang Muslim majoriti cam Malaysia ni pun Kerajaan sekarang buat dasar dasar yg tindas kaum Muslim. .. sapa sebenarnya depa depa yg jd pemimpin kita d Malaysia sekarang ?? nak kata bukan Muslim, ,, nama macam Muslim !!!!! Ada pulak yg p Mekah sampai tiap tiap tahun! !! .. depa ni semua dah kena picit teloq kaa sumbat telinga kaa buta mata hati kaa gamaknyaaaa. .. TDM walaupun macam2 benda org tuduh tak kira betoi ka dak ,, kurang kurangnya Negara Malaysia tercinta tak jadi huru hara. .. tgok mohd najib jd PM laa ni sampai taktau nak bagi gred apaa. .. kalau gred E pun rasanya dia tak layak. .. bagi F buleh kot nooo. .. F for FALSE ,, FAILED, ,, FILM. .. cukup cukup sudahhh. ... cukup sampai disini saja laaa mohd najib oiiiiiiiiiiiii. ..... sedaq sedaq laaa orang bawah dah meluat, loya ,, melungaiiii, ,, muntah hijauuuuu tiap tiap kali dengaq@tgok mohd najib baca skrip d media arus perdana. . kalau dah ketagih @ gian nak keluar tv mintak jaa kreja baca berita dunia jammm 10 d RTM lepaih resign nanti. ..yg tu kami akan sokong saudara mohd najib. .. sekian. ...

safiai saad said...

Salam sdr Kadir,terpancar kekecewaan sdr.Walau bagai mana pun sdr tidak keseorangan,ramai lagi umat Islam merasa kesal dan teruja kebih lagi ianya berlaku dibulan yang mulia ini.
Persoalannya bagai manakah kita umat Islam lebih-lebih lagi pemimpin kita boleh menengani issue tersebut.
Dalam kontek Hukum Islam tiga perkara yang patut dihalusi.
1.Siapa yang bercakap, orang jahil kah,orang tak tahukah....
2.Apakah niat beliau membuat demikian.Segala kerja dimulakan dengan niat.
3.Apakah kesannya pada masyarakat Islam negara ini
Soalan 1 dan 2,sdr telah huraikan dengan jelas kerana pihak Kristian akan mencari peluang untuk meruntuhkan kita saperti yang terdapat didalam Quraan.
Bagi soalan ke3,kesan nya pada orang Islam khususnya di Malaysia amat berbahaya bukan saja saperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor,ianya akan membuat kemudaratan pada umat Islam.
Jadi saya menyeru agar tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa,itu pun kalau kita ada sisa-sisa kuasa lagi.kita telah dipenghujong kuasa dan perlu bertegas.

Mohd Amin said...

assalamualaikum dato,
terlebih dahulu saya memohon maaf dengan coment saya ini,bagi saya segala gala yang ada didepan mata sedang menuju kehancuran ,pasal kes kalimah ALLAH ni ...mereka akan sentiasa timbul kan.. sehingga kita tunduk pada mereka..kalau kerajaan masih nak berhujah .. basa basi lagi ...dan kita menerima permohonan mereka .. apa akan jadi pada bangsa melayu/ islam .. dimasa akan datang ...mungkin akan jadi macam di indonesia dan singapore ...melayu tapi kristen ...saya bukan anti kristen ... tapi kita WAJIB mempertahan kan agama kita .. hingga titisan darah yang terakhir...saya cukup cukup bimbang bila mana ada sahaja manusia durjana yang cuba menjolok sarang tebuan...
wasalam

zainal abidin awang kechik said...

TOK NAJIB NI DAH TENGELAM PUNCA...

A KADIR JASIN said...

Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

"STATEMENT

The Government’s decision to establish diplomatic relations with the Vatican City was in recognition of the importance of cultural and religious dialogue to promote friendship and harmony. The Vatican, however, like any other foreign mission, is required to observe the established diplomatic protocols, which amongst others, require them not to interfere with the domestic affairs of the host country. It is regrettable that the Vatican mission head HE Joseph Marino, the Apostolic Nuncio of the Vatican to Malaysia has done otherwise.

The matter (usage of the word “ALLAH”) is currently being heard at the Court of Appeal and all parties should let the case be determined according to the rule of law of the country. As a sovereign country, Malaysia does not welcome foreign interference or influence on this sensitive issue. Such interference will only stoke religious sentiments in the country and is not helpful in contributing towards ensuring racial and religious stability and harmony in Malaysia.

Prime Minister’s Office

Putrajaya

15 July 2013"

Nota kaki: Terima kasih kepada Cik Hardev Kaur dari Pejabat Perdana Menteri kerana sudi mengemelkan kenyataan itu kepada saya.

sujini said...

Datuk,
Saya ada 1 soalan.

Adakah kenyataan akhbar daripada pejabat JPM ini merupakan surat resmi khusus ditujukan kepada HE Joseph Marino?

Kalau hanya setakat kenyataan akhbar kemunkinan HE J.Marino tidak perlu jawab pun.

Pada fahaman saya kenyataan akhbar daripada pejabat JPM itu tidak mendesak beliau untuk memberi penjelasan mahu pun meminta maaf.

Wassalam.

Kg Oren said...

Salam Dato',

Menurut pengamatan saya makin ramai rakyat yg dh mula persoal kemampuan Najib mentadbir negara. Kebanyakannya dari penyokong UMNO setempat yg bertungkus lumus masa PRU13. Kelemahan dan kesilapan membuat keputusan dan pilihan oleh Najib merupakan asas utk mereka meragui kepimpinan beliau. Namun, beliau langsung seolah olah tidak sedar akan trend ini atau adakah mungkin pagar pagar penapis yg menapis maklumat supaya perkara ini tidak sampai pada beliau.

Kita berharap agar beliau menjadi PM yg lebih tegas ttp dirasakan ianya tidak akan berlaku. Jika yg demikian, mungkin kali yg akan datang, kita UBAH.

Wassalam.

A KADIR JASIN said...

Alhamdulillah, berkat Ramadhan Mubarak, blog kita mendapat “pengiktirafan” apabila kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri mengenai kontroversi ulasan Duta Vatican diemelkan kepada saya (dan telah saya tampalkan).

Inilah kali pertama sejak blog ini dimulakan pada tahun 2006, saya menerima tindak balas rasmi daripada pihak kerajaan.

Saya tidak pasti sama ada blog kita ini telah disenaraikan secara rasmi dalam senarai komunikasi PMO/Kerajaan atau hanyalah kebetulan iaitu atas inisiatif dan ihsan bekas sahabat saya di akhbar Business Times, Cik Hardev Kaur, yang kini bertugas dengan Perdana Menteri.

Ketika isu kalimah Allah tercetus, Perdana Menteri ada memberi taklimat kepada pengarang media. Yang mendengar mengenainya dan meminta kepada Penasihat Media beliau (juga rakan saya dalam media sejak tahun 1969) agar dibenarkan turut serta walaupun saya tidak lagi mempunyai akhbar.

Setelah menunggu hampir sejam, beliau memberitahu saya lebih kurang begini: “Brother, let me try to get you to see the PM one-to-one.” (Saudara, biar saya cuba dapatkan pertemuan satu dengan satu dengan PM).

Bagi memperbetulkan tanggapan bahawa saya mempunyai akses yang luas kepada Mohd Najib, izinkan saya menyatakan iaitu selain temu ramah setengah jam yang diatur oleh Proton (kerana saya menulis buku mengenai Proton) dan oleh Pemandu (kerana majalah Malaysian Business membuat cover story mengenai transformasi), saya tidak pernah bertemu PM one-to-one sejak beliau dilantik ke jawatan itu pada tahun 2009.

Kepada Sujini, kenyataan PMO adalah kenyataan umum akhbar bukan surat khas kepada Duta Vatican.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Tahniah dan bravo kepada Menteri Belia dan Sukan, Sdr Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar Duta Vatican dikecam (censure).

Sebelum Kabinet baru ditubuhkan, saya telah cadangkan agar Khairy dilantik menjadi Menteri Luar.

Daripada beberapa kerat pemimpin generasi muda Umno, Khairy boleh berkomunikasi dan berartikulasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Dan dia ada testicular gumption.

Saya tak rapat dengan beliau dan saya adalah antara yang mengecam peranan beliau dalam kabinet dapur Pak Lah, tetapi saya mengakui kepintarannya.

Umno tidak ramai barisan pewaris yang cerdik dan pandai macam zaman Dr Mahathir ketika Tunku jadi PM atau Anwar ketika Tun Abdul Razak jadi PM. Sekarang Pakatan Rakyat mendahului dalam usaha menonjolkan pemimpin muda.

Umno ada Saifuddin Abdullah, tapi kalah pula dalam PRU. Adakah dia ditolak atau dibunuh kerana berani bersuara dan menjadi ancaman kepada segala kayu hanyut, kayu reput dan paku karat dalam Umno? Wallahualam.

Kampong man said...

Salam semua,

1.Saya tidak bermasaalah Najib berjumpa Pope di Vatican atau berjumpa Presiden Amerika di Washington atau siapa juga demi kedamaian dan kebaikan dunia sejagat.

2.Jangan hairan sekira semua ini adalah permainan dan percaturan politik DAP/PR terutama LGE dan kuncu yang terlalu ghairah mahu mengubah kerajaan pimpinanan UMNO dan asakan ABU dari semua sekutu PKR dan Pas.Terima kasihlah pada Anwar dan rakan rakan mereka yang memperjuangkan KETERBUKAAN tanpa batasan atas nama DEMOKRASI acuan mereka.

3.Dalam mana wakil asing campur tangan dalan urusan dan isu ugama Malaysia yang mengelirukan mereka harus ditentang dengan sekerasnya. Marino harus dipanggil membuat penjelasan dan istiharkan beliau 'persona non grata' dan jika perlu disingkir keluar kerana jelas campur tangan dalam urusan negara ini sebagai duta Vatican.Nipping at the bud and no compromise.

Bukankah isu kalimah ALLAH kini masih belum diputuskan mahkamah.Apa masih lupa isu ini dipermainkan PR demi kuasa politik di PRU 13 ?.Tanya Anwar dan Hadi.

4.How I wish Yang berbahagia Tun is 50 and not 88 to lead the country again with his FIRMNESS.

5.Didalam kita mengamalkan wassatiah, kerajaan perlu TEGAS dalam isu ugama, bangsa dan raja dan disinilah juga peranan pendesak NGO Islam Melayu saperti PERKASA ,yang kerap mendapat cemohan pembangkang,memainkan peranan mereka. Salam ramadhan.Terima kasih.

Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

keterbukaan makan diri sendiri.. Org bukan Islam bukan tahu apa halal haram

Lahuma said...

Dato.

UM Laporkan Isu hina Islam ke Kabinet.
----------------------------------

Eloklah walaupun agak lambat asalkan selamat agama bangsa dan tanahair.

Tekong yang nak bawa isu katanya Ahmad Sabri Chik Menteri Penerangan.

Dalam kabinet nanti jangan dia sahaja yang pulun.

Menteri lain pun kena ambil tanggung jawab juga.

TPM Mahyudin menteri jaga budak sekolah dan guru.

Khairi Jamaludin menteri jaga segala belia dan remaja yang kian tak kenal perlembagaan dan sejarah.

Zahid Hamidi menteri yang jaga keamanan dan ketenteraman rakyat jelata yang banyak kuasa.

Ismail Sabri menteri yang jaga hal hal pengguna rakyat.Bukan isu harga ayam sahaja.

Jamil Khair menteri yang jadi tunggak jaga agama Islam.

Hishamudin menteri yang jaga bala tentera .

Shafie Afdal menteri yang jaga segala rakyat tua muda diluar bandar.

Buat kepeutusan yang mantap.Jangan serah bulat bukat pada Ahmad Sabri Chik.

Kalau semua menteri ambil tanggung jawab laksana ikut relevan kementerian sudah tentu tak jadi macam ini.

Banyak menteri diMalaysia bawa hal masing-masing terlalu ikut portfolio.

Rakyat dibawah punyalah gelabah dan gelisah.Menteri nampak macam tak kisah.

Cuma nampak hebat diMedia.Tindakan belum tentu.

Selamat bersidang pada para Menteri semua.Semoga keputusan mantap.Selamatkan agama bangsa dan Malaysia yang dulunya Tanah Melayu.

Terima kasih.

Tun Umar said...

Assalamualaikum Dato'..Saya sememangnya setuju dgn pendapat Dato'.

Tambahan pula, Dato' lagi seronok "menyembur" bila dah ada peluru...

Perhimpunan Umno dah semakin dekat..
Nampak gaya dah ada tangan2 ghaib di sebalik tabir, bergerak secara halus untuk menjatuhkan kredibiliti DS Najib..

Skrip lebih kurang pasca PRU12 la pulak heheheheh

layan je lah...

Tun Umar said...


Seronok tgk Dato' dah mula "menyembur" DS Najib. Walaupun saya setuju punca dan sebab musabab "penyemburan" itu tetapi sudah mula menampakkan tujuan asal "semburan" tersebut.

Macam skrip pasca PRU12 je..lebih kurang..

Tuan Director yang sama kah Dato'?

takpa la..janji utk kemashlahatan umum.

hahahah layan betul politik malaysia

Lembah Tasnim said...

Salam Tok Kadir..


Saya tumpang gembira blog Datuk dapat "pengiktirafan" , artinya pandangan kita sebagai pembahas mungkin diambil kira juga.

Dalam masaalah agama kena ada kajujuran, yang wajib, yang haram, yang sunat, yang makruh, yang harus, yang sahih, yang batil perlu ditafsir secara ikhlas, tidak ditafsir mengikut lengguk kepentingan politik.

Mereka yang berkuasa mempunyai 'advantage' dalam hal ini kerana mereka berkuasa, mereka perlu jujur.

Isu kalimah ALLAH bukanlah isu kedai kopi, ia bersangkut paut dengan perkara pokok dalam agama kita iaitu 'AKIDAH' oleh itu jangan ambil mudah.

Saya merasa sedih dan berpandangan isu ini sudah jadi mainan politik, sebab itu kita jadi lemah.


Hayati Ramadan untuk mencari keridaan ALLAH.


TQ Tok.

wanzaim said...

Cerdik Duta Vatican ni ... buat kenyataan di bulan Ramadahan .. di mana sifat sabar sebagai orang Islam masih menjadi teras berpuasa .. tapi sampai bila kecerdikan si duta ni mampu membodohkan kita umat Islam .. cukupkah sekadar permohonan maaf Alvin dan Lim Guan Eng ????

maae said...

Salam Datuk,

Tahniah dan sokong blog Datuk. Ini lah macho dan wassatiyyah.

Bukan wassatiyah yang sudah di definisi menjadi terlalu liberal sehingga perkara paling hodoh menjengah kita di biar berlalu begitu sahaja. Menjadi gay akibat malas di belenggu kebaculan!

Husin Lempoyang said...

Dah elok-elok Anifah kasi kenyataan yang berani, dia pulak jadi jurucakap untuk Archbishop.

Archbishop cakap salah, Anifah pulak tukang umum permohonan maaf.

Tic toc tic toc ... dah half past six. Time subuh dah nak habis.

A KADIR JASIN said...

Sdr blogger lawak jenaka nombor satu Malaya, Husin Lempoyang.

1. Betul Duta Vatican "minta maaf".

2. Dia ada keluarkan kennyataan. Dia kata, dia tak bertujuan masuk campur hal ehwal dalam negara Malaysia.

3. Dia minta minta maaf atas salah faham dan masalah yang timbul akibat kenyataannya.

4. Betullah dia minta maaf, tapi isi hati dia dan sokongan dia kepada tuntutan Kristian Malaysia satu dunia sudah tahu.

5. Inilah tipu helah diplomatik dan saya yakin banyaklah Melayu/Islam yang berasa lembut hati dan maafkan Duta misi Roman Katolik itu.

6. Mudahnya kita terpedaya.

Terima kasih.

ab said...

Salam dato,





Dia minta maaf, tapi DIA TAK TARIK KENYATAAAN DIA SEBELUM TU PUN!!




Kenyataan dia sokong perkataan allah dalam bible tu IALAH SEBAHAGIAN DARI CHURCH DOCTRINE. WHY IT IS NOT RETRACTED?





APA KATA KITA BAGI TAU DIA VATICAN IS HYPOCTITE.... kalau betul tentu dah ada masjid,surau,tokong hindu, tokong budha kat Vatican, WHY THERE IS NO masjid,surau,takong hindu,tokong buddha kat sana...kononnya Vatican kata depa hormat semua ugama..!.





Tau tak depa ni dulu `pujuk' king aziz raja Saudi dulu(2007/2008) UNTUK BUAT CHURCH kat arab Saudi? dan depa `pujuk' raja tu untuk benarkan `penyebaran' ugama kristian kat arab saudi.....nasib baik raja tu tak ikut...tapi dia pun dah pi dah lama dah... raja baru ni tak tau lagi la..





Oiii melayu semua....dia ni tengah dok pebodo kita laa, pasai apa dia dibenarkan dok lagi kat KL ni, suruh da pi blah la..




Kalau kat arab saudi ka,pakistan ka,iran ka,iraq ka... dia di dah didalam bacaaan orbituary dah ni...






Saya masih MENUNGGU KENYATAAN RASMI PM sebagai ketua eksekutif Negara.





Abu Bakar Ab Rahman

A KADIR JASIN said...

Pembahas Tun Umar, antara lain menulis:

"Seronok tgk Dato' dah mula "menyembur" DS Najib. Walaupun saya setuju punca dan sebab musabab "penyemburan" itu tetapi sudah mula menampakkan tujuan asal "semburan" tersebut.

Macam skrip pasca PRU12 je..lebih kurang..

Tuan Director yang sama kah Dato'?"

1. Saya rasa saya konsisten dalam analisis dan kritikan terhadap, sama ada Mohd Najib atau Pak Lah.

2. Sebelum PRU 2008, Utusan Malaysia siarkan berita Pak Lah berkata "Jangan Cabar Saya" sebagai reaksi kepada tunjuk perasaan Bersih dan Hindraf.

3. Pak Lah kalah teruk dan saya menulis buku bertajuk "Rakyat Sahut Cabaran".

4. Sebelum PRU 2013, Mohd Najib dan para strategisnya mendakwa akan menang besar dan media arus perdana berkata BN akan dapat balik dua pertiga.

5. Mohd Najib tak dapat dua pertiga malah lebih teruk daripada Pak Lah.

6. Pada 2008 banyak blogger pro-Umno adalah anti-Pak Lah kerana meluat dengan budak-budak Tingkat 4. Mereka asak Pak Lah dengan restu Tun Dr Mahathir. Muhyiddin jadi suara Umno.

7. Selepas PRU 2013, ada blogger yang asak Mohd Najib tetapi banyak blogger yang dulu anti-Pak Lah kini menjadi penyokong dan pelindung utama Mohd Najib dan Dr Mahathir sokong Najib atau berkecuali.

8. Jadi soal "Tuan Director" tidak timbul. There is no Mr Director. We act according to our concern and conscience. We may lose, we may win, but at the end of the day the country must survive and the Malays must be respected once again. Wallahualam.

guanoni said...

Apakah orang akan kata bila Cendiakawan Islam dari negara teluk mengatakan tiada salah orang Kristian mengunakan istilah Allah ? Kutuk mereka juga kah ?

apanama said...

Periksa dulu diri kita. Tanya, siapa yang hemoi sangat nak lawat Vatican, nak jumpa Pope,

===

Kalau tak salah, "Apa Nama" ialah PM pertama Malaysia yang melawat The Vatican dan bertemu dengan mendian Paus John Paul II .

drlangitbiru penang said...

"Dan dia ada testicular gumption".

Najib pada pandangan Dato' tak ada testicular gumption ka Dato?

.....lama juga tak dengar 1Malaysia

1Malaysia tu "terbuka" ka Dato'?

Ha ha ha, terbuka untuk Melayu sahaja', orang lain dok macam tu jugak...

...sah la la ni, Najib terbuka dan terlondeh....

MARMAR said...

I must take my hat of to you Dato’ and your fellow bloggers, for doggedly and regularly trying to repair Our Indispensable Leader (OIL) without any effect. Don’t you guys ever get tired ? He’s blunderful, inert and irreparable. And you thought Pak Lah was bad ! Don’t you get the picture ? With all the s**t happening around him OIL don’t give a s**t.

Sigh ! Another 58 months to go. Hope it’s sooner. Can’t wait to him fade away from the scene.

A KADIR JASIN said...

Pembahas guanoni,

1. Negara-negara Teluk guna bahasa Arab.

2. Kalau tak silap saya, Allah di sana merujuk kepada SEMUA Tuhan, tak kira agama apa.

3. Di Malaysia kita guna bahasa Melayu dan ada banyak Tuhan, tetapi Tuhan orang Islam Allah.

4. Orang Kristian sembah "The Father, the Son and Holy Spirit", orang Hindu sembah patong-patong dewa dan devi mereka.

5. Adakah Kristian tidak berkembang di Tanah Melayu kerana tidak guna "Allah".

6. Paderi Marino datang dari Amerika. Adakah beliau sembahyang sebut nama Allah di sana?

7. Hal ini timbul kerana pemimpin Islam lemah dan hemoi kemaruk sokongan dan undi sokongan bukan Islam. Bila pemimpin Islam lemah dan nampak bertolak-ansur mengenai Islam, timbullah isu Kristian nak guna istilah Allah.

8. Bayangkan sebuah gereja yang sekarang disebut The House of OurLord atau The Church of Jesus ditukar menjadi Rumah Allah Kita atau Geraja Allah?

Mohon maaf banyak-banyak, tetapi berfikirlah. Lagi pun bukan semua Arab Islam dan bukan semua Arab Islam pandai. Terima kasih.

Abgbent said...

Salam Ybhg Datuk KJ,

Izinkan saya memaparkan persoalan yang sedang bermain di minda ketika ini. Mana sudah kepimpinan Islam Negara ini?

Seolah-olahnya kewibawaan sifat-sifat kepimpinan mereka semakin terhakis ketika ini. Makin ramai juga yang mempersoalkan kebolehupayaan mereka melaksanakan segala perkara yang berkaitan dengan tadbir-urus negara.

Mungkinkah ianya berlaku kerana penglihatan mereka semakin kabur, tidak bermisi, lalu kiblatnya tidak lagi kepada NYA?

Kerisauan saya ialah mungkinkah akan wujud lagi pasukan-pasukan yang tidak lagi berpaksikan undang2 negara ini, lalu bertindak mengikut sesuka hati mereka sendiri. Memberi kecaman rasis sentiasa, walahal sebenarnya ditatang seumpama minyak di dulang yang penuh.

Saya khuatir akan lenyap pula sebuah kerajaan Islam sebagaimana yang telah berlaku pada Kesultanan Sulu, yang suatu ketika dahulu megah berkuasa. Tetapi, dek perpecahan sesama sendiri, akhirnya pelbagai sultan Sulu dizahirkan, walhal, ada juga yang tidak berakyat, sampai kini pun, hanyalah boneka semata.

Lalu, mana halatuju sebenar negara ini? Liberalkah? Wasatiyahkah? 1Malaysiakah? Mana KITAB panduannya?

Seandainya KITAB PANDUAN ITU telah hilang, mungkinkah juga pertolongan NYA akan hilang?

"Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan." (Ali-Imran:22)


"Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya)." (At-Taubah: 123)

"Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman." (Al-Anfal: 62)

awangbatuburok said...


Salam Ramadhan Datuk,

Apa nak diherankan kalau blogger lucah berani menghina Islam kerana idola mereka berdua adalah pelakun video lucah bertaraf Presiden Parti. Pelakun video lucah juga merangkap Presiden parti dan Penasihat Perdana Menteri Malaysia...very well connected (dgn izin).

minah ronggeng said...

he is a Christian first, diplomat second, so what do you expect from him.

I for once expected this is going to happen once day when Najib met Pope and invited Vatican to open an envoys office. Now anything related to Malaysian Christian issue (whom are minority here) will be transmitted 'live' to other countries.

Look at what happened to Egypt now...painting a true Muslim as islamist and getting all the support from Israel to overthrow a legitimate government.

They will never allow you to be seen as Muslim, that's their main intention.

sebagai peringtan bersama..

1. بِسۡمِ اللّٰہِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِیۡمِ

2. قُلۡ یٰۤاَیُّہَا الۡکٰفِرُوۡنَ

3. لَاۤ اَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُوۡنَ

4. وَ لَاۤ اَنۡتُمۡ عٰبِدُوۡنَ مَاۤ اَعۡبُدُۚ

5. وَ لَاۤ اَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدۡتُّمۡ

6. وَ لَاۤ اَنۡتُمۡ عٰبِدُوۡنَ مَاۤ اَعۡبُدُؕ

7. لَکُمۡ دِیۡنُکُمۡ وَلِیَ دِیۡنِ


minah ronggeng

Ab Wahid Said said...

Dato' Di Malaysia kita nampak Orang bijak Islam tidak aggresif berdawah kepada semua insan di Negara Kita. Pada hal kita di wajibkan menyampaikan amanat dan suruhan Allah. Adakan debat dan perbincangan terbuka di TV, Gereja,Masjid dan Dewan2 konvenson supaya orang tahu agama ajaran yang betul. Jemput para pendahwah antarabangsa yang mahir comparative religion... Kita ni takut sensitif sangat.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..


Saya kurang pasti dan meminta kepastian dari Datuk, benarkah Bible dalam Bahasa Melayu untuk Sabah dan Serawak menggunakan kalimah 'ALLAH' sejak dulu lagi?


TQ Tok.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Lembah Tasmin, (rujukan)

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu.

Bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0116&sec=Dalam%5FNegeri&pg=dn_01.htm#ixzz2ZLUur9kN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Terima kasih.

Kampong man said...

Salam DAKJ dan sdra semua,

1.Sebenarnya keadaan kacaubilau dan tidak tenteram ini berlaku bermula dari perpecahan orang Melayu yang tidak bersatu lagi sejak DSAI mengetuai PR dan PKRnya dan Pas berbaik baik dengan DAP.Apakah sebenarnya orang Melayu mahu ?.Rata rata orang Melayu masih bergantung dengan kekuatan parti UMNO bagi mempertahankan bangsa dan ugama dan DNA UMNO yang berpecah juga yang cuba mahu meruntuhkanya.

Perpecahan ini akan berterusan dan berpanjangan demi kuasa politik.Parti kaum lain tidak pulak begitu.Apa lagi yang UMNO/BN tidak buat dan apa pula yang parti Melayu lain (Pas dan PKR) akan buat dan mahu buat sedangkan mereka masih LEMAH dan tidak disokong majoriti orang melayu.Ingat ,63.3% pengundi melayu menyokong UMNO/BN di Semenanjung di PRU 13, satu peningkatan dari PRU 12.

3.Setuju, Najib mesti TEGAS mengatasi isu ugama dan bangsa yang sepatutnya memanglah perjuangan UMNO dari dulu lagi.

4.Sorry Najib, the chinese don't bite your 1 Malaysia concept.They want power and not 1Malaysia and they show it last election.All thanks to PKR and PAS who are with them even in the contoversial ALLAH issue.

5.Bunga bunga biadab dan tidak menghormati ugama dan raja sudah banyak ditonjolkan dan kadang kadang sengaja mereka membuat provokasi nampaknya.The floodgate is wide open demi KETERBUKAAN. Berbagai usha sudah dan banyak dilakukan pemerintah bagi perpaduan dan kestabilan.Tidak kurang juga banyaknya usha bagi meruntuhkanya.It appear like we are continually being in the state of constant inequilibrium here in Malaysia unlike before.Issshhh...

Hayati Surah Alkafirun,Jangan compromi. Salam Ramadhan.

Terima kasih







drlangitbiru penang said...

VATICAN: SAMPAIKAN AYAT INI KEPADA NAJIB

Assalamualaikum Dato’

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Mukaddimah saya kali ini bermula dengan sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abdullah bin ‘Amr bin Al Ash. Maksud saya untuk menyampaikan satu ayat Al-Quran untuk tatapan PM Najib.

Kebarangkalian saya untuk berjumpa PM Malaysia adalah 1/28juta. Manakala kebarangkalian Dato’ sudah tentu lebih baik, mungkin 1/20 memandangkan sekarang ini kita menyambut puasa Ramadhan.

Andaikata ada kesempatan diharap sudi Dato menyampaikan bukan warkah saya ini tetapi sepotong ayat Al-Quran sebagai satu panduan dan petunjuk.

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ (2:120)

"Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ""Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)"". dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Al-Baqarah 120)

Sikap dan tabiat orang Yahudi dan Nasrani banyak sangat diperjelaskan dalam Al-Quran, menunjukkan kedua agama ini sememangnya bermusuh denga Islam.

Quran juga menceritakan Kisah Nabi Musa dengan kaumnya Bani Israel, pendukung dan penganut agama Yahudi.

Selepas terselamat dari ancaman Firaun, mereka Bani Israel melihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana Firuan ditelan Laut Merah yang terbelah dua.

Sepeninggalan Nabi Musa mengadap Illahi di Bukit Tursina, Bani Israel tadi kembali murtad dengan syirik menyembah anak lembu ciptaan Samiri. Murkanya Nabi Musa merenggut janggut saudaranya Nabi Harun mengapa boleh terjadi sedemikian.

Kedegilan mereka tidak berakhir di situ. Mereka yang panjang akal memohon Nabi Musa untuk melihat Allah swt. Lantas petir menyambar mereka membunuh kesemuanya. Allah Maha Pengasih, mengembalikan nyawa mereka hidup kembali, tetapi sikap kedegilan mereka tetap sama, tiada berubah.

drlangitbiru penang said...

Kebijaksanaan dan kedegilan mereka itu sangat bahaya kepada umat Islam. Bijaknya dan liciknya mereka hinggakan mereka berjaya meracuni Nabi SAW. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 7H di Khaibar untuk memerangi orang Yahudi. Ada ulama berpendapat kesan racun tersebut boleh dirasai oleh Rasulullah saw hingga akhir-akhir hayat baginda saw. Sahabat baginda yang memakan daging kambing beracun itu meninggal dunia.

Atas kebijaksanaan dan kelicikan Yahudi dan Nasrani, sayugia diingatkan pemimpin umat Islam agar berhati-hati, seboleh-bolehnya jangan adakan sebarang rundingan dengan kaum yang dilaknat Allah swt ini. Mereka amat dalam ilmu agama mereka bahkan mereka jauh mengenali Islam dari kebanyakan ilmuan Islam.

Mereka tahu dan yakin Islam itu agama yang benar, tetapi kerana sikap degil, angkuh dan ego mereka, berani mereka ingkar kepada Allah swt.

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. (Al-Baqarah 146)


"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidilharam itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan." (Al-baqarah 144)


drlangitbiru penang said...

HARAM MENGAMBIL YAHUDI DAN ANSRANI SEBAGAI PEMIMPIN DAN TEMAN

Atas sebab sedemikian, HARAM bagi pemimpin Islam mengambil Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin dan teman mereka.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang lalim." (Al-Maidah 51)



Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (Al-Imran 118)

Sikap dan tabiat Yahudi dan Nasrani, tidak akan membiarkan apa jua nama atas nama Islam tertegak dan berkembang. Kelicikan dan kebijaksanaan anugerah Allah kepada mereka akan dipergunakan sebaik-baiknya untuk memusnahkan Islam. Di mana-mana Negara di dunia, Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyekat malah menyumbang kepada apa jua fahaman dan agama kecuali Islam.

Dr Morsi seorang hafiz Al-Quran di Mesir, menang pilhanraya Presiden, akhirnya diguling KONONNYA OLEH RAKYAT Mesir, tetapi hakikatnya oleh Amerika yang didalangi Yahudi Nasrani.

TPPA juga satu lagi tipudaya dalam bentuk ekonomi bagi menguasai Negara-negara yang lemah. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia sendiri tidak setuju dengan Najib menandatangai TPPA. Kita juga sangat bimbang, Penasihat ekonomi Najib adalah Idris Jala seorang Kristian. DAN perunding bagi pihak kerajaan dalam TPPA, Sta Maria juga Kristian. NAJIB,SEDAR LAH….

Kewujudan APCO akhirnya dinyatakan dengan jelas dan tegas Musa Hassan, Mantan Ketua Polis Negara.

Apa yang saya mahu sampaikan, tidak perlu tidak usah berunding dengan Yahudi dan Nasrani, nescaya kita akan ditipu mereka. Bagi saya, sebuijak-bijak orang Islam, mereka masih terdedah kepada tipudaya Yahudi dan Nasrani.

Cukuplah kita ambil Kisah Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw di atas. Tragedi Syria dan Mesir adalah 2 contoh yang ssangat perlu kita mengambil pengajaran,teladan dan sempadan.

Bagi saya, tak kira siapa pemimpin Malaysia, baik Najib, baik Anwar, yang mengambil Yahudi dan Nasrani sebagai penasihat dan kawan akan saya tentang habis-habisan.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).