Tuesday, September 24, 2013

Sejarah Pemilihan dan Status Quo Umno


A Kadir Jasin


[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


[Versi Yang Diperbetulkan]

SEDIKIT mengenai sejarah. Kali terakhir Presiden Umno dicabar dalam pemilihan parti adalah pada tahun1987. Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Dr Mahathir Mohamad. Tengku Razaleigh kalah. Umno berpecah.

Kali terakhir Timbalan Presiden Umno dicabar pada tahun 2008 apabila Muhyiddin Mohd Yassin dicabar oleh Muhamad Muhd Taib. Muhyiddin menang.

Pertandingan sensasi Timbalan Presiden berlaku pada tahun 1993 apabila Anwar Ibrahim mencabar Abdul Ghafar Baba. Setelah Anwar mendapat pencalonan yang banyak, Abdul Ghafar menarik diri daripada bertanding. Anwar menang tanpa bertanding. Sebulan kemudian Abdul Ghafar meletakkan jawatanTimbalan Perdana Menteri dan Anwar menggantikan beliau.

Abdul Ghafar sendiri menjatuhkan Musa Hitam daripada Timbalan Presiden dalam pertandingan tahun 1987.

Sejak tahun 1987, jawatan Presiden tidak ditandingi lagi. Apabila Dr Mahathir bersara pada bulan Oktober 2003 dan digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi beliau juga mengambil alih sebagai Presiden Umno.

Apabila Abdullah dipaksa meletakkan jawatan pada bulan April 2009, Mohd Najib Abdul Razak menggantikan beliau. Untuk pemilihan 2008-2011 (yang diadakan pada 2009), Mohd Najib menang tanpa bertanding.
 
Dalam konteks itu, Muhyiddin Mohd Yassin adalah pemimpin tertinggi Umno masa ini yang mendapat mandat daripada ahli. Beliau menang pertandingan tahun 2008-2011.

Selain Dr Mahathir, hanya Tunku Abdul Rahman Putra dan Hussein Onn pernah dicabar sebagai Presiden. Tunku dicabar oleh Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang ulama dan Pengerusi Badan Agama Umno, pada pemilihan tahun 1951.

Ahmad Fuad adalah sahabat akrab Onn Jaafar. Beliau keluar Umno, mengasaskan PAS dan menjadi Yang DiPertuanya yang pertama pada tahun 1951. Pada tahun 1953 beliau keluar PAS setelah cadangannya menggabungkan PAS dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Onn gagal. Beliau  kemudian menyertai IMP dan selepas itu Parti Negara yang menggantikan IMP.

Hussein menghadapi cabaran kamikaze oleh Haji Sulaiman Palestin dalam pemilihan 1978. Beliau menang dengan mudah dengan memperoleh 898 undi berbanding Sulaiman sebanyak 250.

Kita lihat bagaimana, sejak pemilihan 1987, Umno begitu takut mempertandingkan jawatan Presiden dan sejak itu. Jawatan Perdana Menteri seolah-olah penentu kepada jawatan Presiden Umno.

Serentak itu juga, garis pemisahan antara Umno dan kerajaan menjadi semakin kabur. Maka tidak hairanlah apabila kerajaan tidak popular Umno turut tidak popular sebab orang ramai keliru antara Umno dan kerajaan, kerajaan dan Umno.

Pemilihan agung tidak lagi instrumental dalam menentukan siapa menjadi Presiden dan nasib Presiden sebagai Perdana Menteri.

Nasib Presiden Umno sebagai Perdana Menteri Malaysia ditentukan oleh pendapat umum dan oleh kebangkitan ahli seperti yang berlaku ke atas Abdullah pada tahun 2009. Hal yang sama akan menentukan kekal atau tidak Mohd Najib sebagai Perdana Menteri.

Naib Presiden Tumpuan 2013

MEMANDANGKAN jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, aksi pemilihan pucuk pimpinan Umno kali ini tertumpu kepada tiga jawatan Naib Presiden.

Penyandang - Ahmad Zahid Hamidi (berusia 60 tahun), Hishammuddin Hussein (52) dan Shafie Apdal (55) - ditentang oleh Mohd Ali Rustam (64), Mohamed Isa Abdul Samad (63) dan Mukhriz Mahathir (48 tahun).

Dalam pertandingan jawatan nombor tiga ini, apa sahaja boleh berlaku. Daripada tiga penyandang, Ahmad Zahid nampak kukuh, tetapi Hishammuddin dan Shafie boleh dicabar.

Kalau pemilih tahu dan masih ingat, Mohd Ali dan Isa pernah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin dalam pemilihan parti sebelum ini.

Dalam pemilihan 2008, Mohd Ali cuba mempertahankan jawatan Naib Presiden yang dimenanginya pada tahun 2004, tetapi dihalang setelah Lembaga Disiplin mendapati beliau melanggar peraturan pemilihan berkaitan tuduhan politik wang.

Mohd Isa memenangi kerusi Naib Presiden dalam pemilihan 2004 dengan undi terbanyak tetapi dibatalkan setelah Lembaga Disiplin mendapati beliau terbabit dengan politik wang dan digantung keahlian selama tiga tahun hingga 2008.

Satu-satunya muka baru dan termuda dalam barisan calon Naib Presiden adalah Mukhriz. Selain usia, kelebihan Mukhriz adalah beliau berjaya memimpin Umno merampas balik Kedah daripada PAS dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

Namun pengaruh Mohd Ali and Mohd Isa tidak boleh dipandang remeh. Kedua mereka mempunyai sokongan akar umbi yang kuat dan pemilihan kali ini, dengan bilangan pemilih kira-kira 150,000 orang, unsur akar umbi adalah kuat.

Khairy Mempunyai Jalan Mudah

KETUA Pemuda, Khairi Jamaluddin, dicabar oleh empat orang iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak, Ketua Cawangan Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi,  Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abdul Karim Ali.

Walaupun beliau dibebani oleh tuduhan menjadi sebahagian daripada Budak Tingkat Empat era Abdullah, beliau berjaya mengalahkan Dr Khir Toyo dan Mukhriz dalam pemilihan 2008.

Beliau baru berusia 37 tahun dan telah menjadi menteri penuh. Apa pun persepsi umum terhadapnya, prestasi beliau sebagai Ketua Pemuda, pemimpin generasi pasca-DEB dan pemikir semasa adalah memberangsangkan.

Pencabar beliau, termasuk Akhramsyah, adalah pemimpin akar umbi. Tiga persoalan timbul.

Pertama, apakah kepemimpinan Pemuda yang ada sekarang sepakat bahawa Khairy adalah ketua yang baik justeru itu tidak perlu diubah?

Kedua, adakah penyertaan ramai pemimpin akar umbi dalam percubaan merebut jawatan Ketua Pemuda mencerminkan kebangkitan generasi muda Umno?

Ketiga, adakah Khairy tidak popular dengan kepemimpinan ajar umbi?

Apa pun, kecenderungan dan keberanian mereka menawarkan diri adalah dialu-alukan.

Ketua Wanita Penuh Kontroversi

SHAHRIZAT Abdul Jalil (60 tahun) menghadapi cabaran yang tidak diduga daripada bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah, Pahang. Turut mengemukakan pencalonan adalah Raihan Sulaiman, anak Allahyarham Sulaiman Pelestin.

Dengan beberapa kontroversi di sekelilingnya, kedudukan Shahrizat boleh disifatkan sebagai “goyah” tetapi masih sukar dijatuhkan.

Beliau seorang yang diplomatik dan pandai mengambil hati. Hati terakhir yang dipikatnya ialah hati Perdana Menteri yang baru saja melantiknya sebagai Penasihat Hal Ehwal Wanita bertaraf menteri, walaupun Mohd Najib sudah ada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Rohani Abdul Karim).

Jawatan Ketua Puteri yang ditandingi oleh Ahli Parlimen muda Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, dan Ketua Puteri Umno Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman, berupa persaingan sama rata.

Dengan bilangan calon yang mendaftar sebanyak 261 orang bagi jawatan Majlis Tertinggi dan tiga sayap parti, pemilihan kali ini menjanjikan persaingan yang hebat dan terbuka.

Ia boleh menjadi permulaan kepada berakhirnya politik wang atau memburukkannya lagi gejala itu. Tugas Lembaga Disiplin menjadi bertambah berat. Kewibawaan pemilihan bergantung kepadanya.

Wallahualam.

38 comments:

wanzaim said...

Salam DAKJ,
Tidak salah saya Tan Sri Muhammad Taib pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada 2008.

Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

Presiden perlu ditukar.

Baru umno boleh menghadapi gelombang pakatan rakyat kerana lawan Anwar bukanlah Najib.

kluangman said...

Keseluruhan tertumpu kepada Mukhriz dan kalaulah Mukhriz tidak bertanding rasanya pemilihan kali ini hambar.

Untuk kalah, Mukhriz sudah pasti..untuk bertanding pun sudah banyak halangan, bagaimana pula untuk menang.

UMNO memang akan berterusan cuma berterusan yang bagaimana jika auranya lebih kepada persepsi yang negatif. Untuk memulih keseluruhan persepsi peluang itu sudah tiada apabila Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.

Matang untuk siapa?

mokhtar bin Zainol Abidin said...

dear dato,

- always sharp in your analysis of UMNO political scenario.guess you are open admire of UMNO as a political party.
- with close to 150,000 members eligible to vote, anything can happen. as for the 3 NP post, the 3holders proposed & seconded amongst themselves.showing holy cartel between them with a clear message to retain them.
with dato mukhriz's entry,the senario change, would the members
dare to accept the changes? we will wait & see.
for Pemuda, the 2008 outcome left a bad taste to the malays.critics said,there was behind the scene negotiation between PaK lah & PM Najid, and all those vested interest to accept KJ as winner.this is the time for him to prove critics wrong.his legacy during his father in law tenure as PM is scary.
- he & also the 2 challengers for
NP were accused of money politic, sadly he was off the hook because the discplinary committee has no gigi to bite.
- for wanita, the entry of Datuk maznah is a game changer for the post.
- however, just as previously, the outcome depend on how much money,rewards & remunerations in the market.
- a sadly affairs for a malay party.hopefully not a sad ending.

mokhtar bin Zainol Abidin said...

dear dato,

- always sharp in your analysis of UMNO political scenario.guess you are open admire of UMNO as a political party.
- with close to 150,000 members eligible to vote, anything can happen. as for the 3 NP post, the 3holders proposed & seconded amongst themselves.showing holy cartel between them with a clear message to retain them.
with dato mukhriz's entry,the senario change, would the members
dare to accept the changes? we will wait & see.
for Pemuda, the 2008 outcome left a bad taste to the malays.critics said,there was behind the scene negotiation between PaK lah & PM Najid, and all those vested interest to accept KJ as winner.this is the time for him to prove critics wrong.his legacy during his father in law tenure as PM is scary.
- he & also the 2 challengers for
NP were accused of money politic, sadly he was off the hook because the discplinary committee has no gigi to bite.
- for wanita, the entry of Datuk maznah is a game changer for the post.
- however, just as previously, the outcome depend on how much money,rewards & remunerations in the market.
- a sadly affairs for a malay party.hopefully not a sad ending.

A KADIR JASIN said...

Sdr Wan Zain,

Betul. Muhamad Muhd Taib lawan Muhyiddin untuk Timbalan Presiden. Muhyiddin menang. Terima kasih.

Mohd Khalid said...

Salam Dato'

Pemilihan UMNO kali ini tidak begitu segnifiken kecuali bagi jawatan Naib Presiden apabila Dtk Mukhriz turut menawarkan diri.

Pada hemat saya,kemunculan Mukhriz,lebih kepada usaha untuk meneruskan legasi Dr Mahathir sendiri. Sebab anaknda 2 orang bekas Perdana Menteri iaitu Dtk Mohd Najib kini Perdana Menteri dan Dtk Hishamuddin sebagai Menteri Pertahanan yang sedang bertarung nasib dalam pemilihan kali ini. Kini giliran Dtk Mukhriz pula menyusul melengkapkan kesinambungan tersebut.

Inilah detik masa yang terbaik Dtk Mukhriz turun kegelanggang membuktikan kredibilitinya dan tidak bergantung harap kepada ketokohan dan pengaruh Dr Mahathir.

Khairy Jamaludin juga berpotensi untuk meningkat tangga lebih tinggi jika diberi peluang sebagai Ketua Pemuda. Beliau juga dikaitkan sebagai menantu kepada bekas PM,Pak
Lah.

Cuma yang agak terkilan,pemilihan kali ini,usahawan,tokoh korporat intelektual,ulama dan professional muda Melayu (yang majoritinya dari akar umbi)tidak mengambil peluang menawarkan jwtn tertinggi dalam parti khasnya sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi

Dalam konteks ini,barangkali sudah sampai masanya UMNO memberi ruang dan peluang kepada kumpulan tersebut khasnya ulama muda yang berpotensi. Sebab UMNO dilihat ketandusan dalam melahirkan tokoh ilmuan/agamawan terbilang untuk masa depan negara.









Samad gulam said...

Dato
UMNO merupakan party yang telah rosak kerana pemimpin yang rasuah maseh ramai didalam party.

Ramai anat anak muda sudah malu untok menjadi ahli UMNO.
UMNO juga meruakan party yang memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi yang menjadi kaya orang oran CINA.

SOP dalam party UMNO sudah ketinggalam masa.

Kenapa tidak di ikut apa yang di buat oleh PAP Singapora
Cara mereka memileh pemimpin ialah mengikut carde syatem.hanya yang berseh dan pandai di pileh.

Jika SOP ,PAP sudah memang berjaya memileh pemimpin yang baik,kenapa kita tudak boleh menirunya.

Jangan lah bodoh sombong.

zainal abidin awang kechik said...

salam tok.. TUN GAFFAR hanya meletakan jawatan TIMBALAN PERDANA MENTERI(sedikit pembetulan)

UNTUK MAKLUMAN SETAKAT SEMALAM CARTA INDEX 191 BAHAGIAN UMNO SEPERTI BERIKUT,

1,DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI
2,DATUK SERI MUHKRIZ TUN MAHATHIR
3,DATUK SERI MOHD ALI RASTAM
4,DATUK SERI SHAFIE AFDAL
5,TAN SRI ISA SAMAD
6 DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSIN

selamat berjuang.. jaga jaga teknikal knot out..

maae said...

Salam Datuk,

1. Jika kita perasan, pemuda umno hampir tiada calon berwibawa. Sekurang-kurang nya wanita makin menyerlah dengan ketrampilan mencabar. Sistem otokrasi Umno sudah hampir melenyapkan tokoh-tokoh baru sandaran.

2. Untuk majlis tertinggi, mereka datang dari sayap pemuda dan wanita. Sekarang Umno tiada pilihan. Harapan perubahan besar dalam tempoh 5 + 5 tahun ini. Jika masih mengekalkan status quo yang ada, orang-orang Melayu tidak kemana. Dasar MEB yang detail nya masih dalam Belanjawan 2014 yang bakal di umumkan bulan Okt ini masih di nantikan. Signifikan pengumuman di UITM tiada apa yang luarbiasa. Penstrukturan semula dari bawah sepenuh nya.

3. Presiden dan T.Presiden bertitik tolak dari akar umbi. Sejauhmana keberkesanan demokrasi Umno perlukan penglibatan sepenuh nya, termasuk yang berada di luar negara. Tiada siapa dapat menjangka perubahan Umno dari segi luaran dan dalaman untuk kali ini. KJ terlalu gopoh sehingga publisiti melalui akbar membelakangkan nilai dan tradisi.

JANGAN lagi hanya suara-suara yang bergema berdegar hakikat nya fizikal dan perjuangan teramat lemah di hambat mengejar jawatan.

merlimau9 said...

Dato
Najib pesan..dah kritik...berilah jalan penyelesainya.
Baru pro..setakat kritik...berlambak lambak saya dengar diwarong CAFE.

Lahuma said...

Dato.

Pemilihan UMNO 2013.

Betul.Yang menarik ialah jawatan Naib Presiden.Kenapa Ali Rostam dan Isa Samad diminati.Rata-rata perawakilan kata bahawa mereka berdua sangat PEMURAH sejak dulu kini dan selamanya.

Calon Naib Presiden yang lain pun dengar cerita sudah pun amalkan amalan sedekah pada awal-awal lagi pada perwakilan mereka.Nak nafi apa lagi.

Ringkas cerita dalam UMNO kalau hendak bertanding tak ada wang ringgit sorrylah.

Penentu kemenangan dalam bertanding dalam UMNO ialah politik wang.
Banyak bukti dalam gelap.

Lembaga Disiplin pun pilih-pilih sahaja untuk doibicara.

Tanpa wang perwakilan tak akan bau sispa calon.

Perwakilan UMNO diajar dan sudah menjadi darah daging yang sukar dihapuskan.Ibarat daki liat dikulit.

Kalau tak percaya carilah jalan menysup masuk bersama perwakilan.

Bukan soal kualiti calon.Vision calon.Ilmu calon.Amanah calon dan lainnya.
Pokoknya bila NAK TURUN benda itu.

Politik wang masih menjadi darah daging dalam UMNO.

Oleh itu eloklah kalau menang dalam UMNO bukan tiket untuk mudah PRU 14 nanti.

Bab pemuda.Sudah tak ada tokoh.
Indah diatas sahaja.Sebenarnya pemuda dibawah akar umbi banyak yang sudah mati.Pemuda UMNO tak ada startegi yang berkesan dip[eringkat bawahan.Reput yang amat teruk.Inilah penyakit pemuda UMNO dibahagian dan cawangan.

Wanita pula ternyata berpecah kerana dasar Shahrizat takut bayang-bayang sendiri.Cuma macam Dato kata hebat dia pandai ampu PM Najib.Pertandingan Ketua Wanita tiga penjuru pun merupakan pertanda dalaman Wanita UMNO itu sendiri.
Shahrizat memang sukar dikalahkan.Tetapi imej wanita dizaman kepinpinannya banyak celaru dan memberi kesan busuk pada UMNO.

Puteri makin malap kerana bersaing dengan wanita.Hanya Azalina sahaja yang tahu.

Itulah UMNO.
Setiap pertandingan yang letih dan susah hati ialah calon kena sipa duit bagi banyak.Tanpa duit maknanya JALAN.
Perwakilanlah yang paling genbira kerana setiap pertandingan adalah rezeki dan suatu pendapatan sementara.

UMNO adalah parti orang kaya.

Terima kasih.



semut Api said...

Samad Gulam dari PR , parti songsang yang kalah pru 13 baru ni bilang UMNO adalah parti yang telah rosak , pemuda malu menjadi ahli, SOP yang ketinggalan zaman dan mahu UMNO meniru parti racis dan chauvanis PAP yang menindas kaum minoriti Singapura.

Syabas UMNO kerana berani tendang Singapura keluar Malaysia sebab PAP sombong bodoh sama saperti Samad gulam yang menulis hampir sama rentak macam Din Melaka yang sentiasa mengutuk UMNO .Tuii..BODOH.

Joe Black said...

Tulisan Dato' kali ini macam petikan dari Warta Kerajaan.

Yang penting bagi rakyat, adakah barisan depan UMNO penuh dengan pelakun pelakun Lawak Bodoh atau di penuhi olih yang mereka yang lebih berfikiran waras.

Kalau pemilihan UMNO kali ini dipenuhi dengan kaki kaki lawak bodoh maka nampak bodohlah Malaysia. Dan kita tak akan di ambil serius olih negara dan bangsa lain.

jebat said...

Salam Dato'

Malas nak komen.

Komen 10 bakul pun UMNO begitu juga.


Yang bertanding kebanyakkan nya:

- Kayu Lapok. Buat kayu api pon x boleh.

- BADUT BADUT YANG TAD SEDAR DIRI.

Mereka mungkin menang kerana:

- Sokongan keroni keruni.

- Kesan dari politik wang dan PENGARUH WANG.


Kalau mahu ubah UMNO mesti uabh dulu pemikiran ahli-ahli UMNO.

REVOLUSI MESTI BERMULA DARI BAWAH. ...

sujini said...

Datuk,

1. Diantara cara untuk merubah UMNO , pemikir-pemikir UMNO telah memperkenalkan '72 Jam Masa Bertenang' (72hours cooling period) selepas tempoh pendaftaran calon ditutup.

2.Peluang Masa Bertenang ini berkuatkuasa mulai 15Okt 2009.

3.Mengikut laporan dalam Utusan hari ini 25 Sep. dah ramai yang tarik balik pencalonan mereka.

4. Terdapat juga pengakuan dalam akhbar daripada seorang calon MT yang mengatakan pencalonan beliau telah disahkan oleh Ketua UMNO Negeri.

5. Namun ada juga yang berhasrat nak jadi calon telah 'dinasihatkan' jangan bertanding.

6. Kata-kata bahawa ahli UMNO dah matang dan demokrasi masih subur dalam UMNO hanya untuk menyedapkan hati ahli-ahli UMNO yang lain yang masih sayangkan parti.

7. Setelah jawatan Presiden UMNO berada didalam genggaman baru dilaporkan penubuhan Khazanah Americas Inc; di San Fransico & ada jugak pejabat Khazanah di Mumbai dan di Beijing.

8. Adalah difahamkan Syarikat Perunding Pembangunan Perniagaan Frost & Sullivan adalah Juruperunding kerajaan yang bertanggongjawab memperkasakan Khazanah.

9 Tidak hairanlah Khazanah dianugerahkan sebagai satu badan yang berwawasan inovasi diperingkat global oleh Frost &Sullivan. Untuk memetik kata2 pujian daripada Pengerusi Juruperunding F&S .." It's a dream come true...." setelah merasmikan pejabat Khazanah Americas Inc.(KAI) di San Fransico bersama-sama dengan PM Najib dan delegasi kerajaan Malaysia.

10. Kalau syarikat2 pelaburan inovasi di Silicon Valley, San Fransisco ini berjaya Alhamdulillah lah. Kalau tak berjaya mereka tidak akan didakwa. Kalau macam ni jom kita buka satu syarikat di Silicon Valley.

11.PM Najib juga telah berucap dalam B.Inggeris di Hotel penginapan beliau ketika jamuan makan malam bersama rakyat Malaysia (pekerja & pelajar; carilah gambar mereka bersama PM &delegasi Kerajaan kalau nak tahu siapa2 mereka)

12. Dalam ucapannya beliau berkata tidaklah seorang rakyat Malaysia itu dianggap kurang patriot kalau mereka belajar, bekerja dan tinggal diluar negara. Beliau juga membidas sesetengah pihak yang hanya pandai mengkritik tetapi tidak membantu dengan memberi buah fikiran untuk membangunkan negara.
Hrmmm...betul ke Datuk?

13.Saya terfikir balik apa tujuan Talent Corp itu ditubuhkan?

14. Memang betullah apa yang ditulis oleh seorang blogger ...PM berucap mengikut selera mereka yang hadir ketika itu. Sama macam Anwar.

15. Beginilah cara pemimpin/teknokrat menipu orang Melayu khasnya dan rakyat amnya.

Terima kasih.Wassalam.

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pengunjung sekalian,

Pada usia 60 tahun, Mohd Najib sudah jadi wakil rakyat (Parlimen dan DUN) selama 37 tahun dan besar kemungkinan kekal hingga PRU akan datang. Dr Mahathir menjadi MP selama lebih kurang 34 tahun.

Silap-silap Mohd Najib sudah pun jadi MP/Adun paling lama pegang jawatan di Semenanjung – dikalahkan hanya oleh Taib Mahmud di Sarawak yang sudah jadi MP/Adun selama 43 tahun. Cuma Taib 17 tahun lebih tua daripada Mohd Najib.

Hmmmmmmmm... kalau Taib pernah digesa bersara, apa pula halnya dengan Mohd Najib?

Bunyi macam mengata dulang paku serpih.

Jadi tak salahlah kalau kita kiaskan bahawa kenyataan Dr Mahathir mengenai “parti orang bodoh” hari ini merangkumi Mohd Najib.

Dr Mahathir menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh”.

Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa.

"Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa.

"Sebaliknya akan berlaku, kamu (parti) akan mempunyai lebih ramai orang bodoh dalam parti," kata Dr Mahathir dalam satu majlis di International Youth Centre (IYC) hari ini.

Wallahualam.

Terima Kasih.

zed-85 said...

Dato'

Komen Dr. Mahathir berkenaan dengan orang bodoh dalam UMNO, ...

Orang-orang bodoh kebanyakkan adalah daripada zaman beliau juga.

Di zaman beliau beliau, kalau orang-orang bodoh senang sikit nak kawal, Mr. Yes man.

Kalau diteliti sejarah, sistem "Status Quo" lebih menyerlah (prevalent) zaman Dr.M.

Kita boleh juga buat kesimpulan sistem "Status Quo" yang menyebabkan UMNO ketandusan bakat-bakat baru.

Yang mencabar Naib Presiden pun kebanyakkanya yang dah season dan juga orang daripada golongan elite.

Yang mencabar Ketua Pemuda pun nampaknya tidak memberangsangkan.

Najib sudah 60 tahun, Muhyidin 66. Muhyidin ada kewibawaan untuk menjadi PM, tetapi nampaknya tidak akan menjadi realiti.

Kalau tidak Muhyidin siapa yang boleh ganti Najib dalam senarai "Naib Presiden" ?

Pendekata parti UMNO akan menjadi parti status quo juga....

awangku said...

Mohon pencerahan ...tak salah saya dari pembacaan ..Mustapha Hussain juga pernah mencabar jawatan Presiden Umno tapi tewas hanya satu undi

din klang said...

Salam Dato

Perwakilan sepatutnya mengundi berdasar kan kepada prestasi lepas calon yg lama dalam bantu orang Melayu.

Manakala calon yg baru pula berdasarkan aspirasi mereka dalam membawa idea utk memperkasakan kedudukan org Melayu.

Jika di gabung kedua dua faktor ini sebagai asas perjuangan dan pemilihan calon mungkin umno mampu berubah.

Jika nak harap kepada air liur retorik mereka sahaja alamat nya umno akan jadi parti orang ponen dalam masa 5 tahun lagi.

Dari presiden sampai lah ke ahli nya dan segala persidangan agung umno setakat jadi macam pesta jom heboh-tempat penjual minyak buat promosi

A KADIR JASIN said...

Ya, pembahas Awangku memang ada dakwaan dan cacatan mengatakan Mustapha Hussein mencabar Tunku untuk jawatan Presiden Umno apabila Onn Jaafar keluar parti itu.

Saya pun memerlukan pencerahan (pengesahan) dalam hal ini.

Terima kasih.

merlimau9 said...

Dato
Tun Mahathir adalah ibarat Bapa kpd UMNO dan kpd org Melayu.
Tun amat layak utk mengkritik utk kebaikan UMNO dan beliau ikhlas bagi menjadikan UMNO terus berkuasa.
Tapi ramai pembahas kelihatan amat cemburu dgn kejayaan UMNO.
Dato pula terserlah tanpa penat memikirkan bagaimana hendak merendahkan kemampuan PM Najib mentadbir Malaysia sehinggakan sanggup menyangka Tun maksudkan ahli yg bodoh itu termasuk PM Najib.
Tun pernah berkata belum ada sesiapa
yg layak menganti PM Najib buat masa terdekat.
Saya menjangkakan PM Najib akan terus mentadbir Malaysia sehingga tahun 2020.
PM Najib akan berjaya dgn TRANFOMASI yg menjadi polisi penting kpf rakyat Malaysia (yg menghayati polisi beliau).
Maka bertambah penatlah Dato memikirkan nya bagi merendah rendah kan keupayaan PM Najib.
Bangunkan anak bangsa Dato dari menjatuhkan anak bangsa sendiri.

zed-85 said...

Dato’

Komen Tun Dr. M baru-baru ini di Bandar Tun Razak berkenaan dengan mengapa UMNO lemah agak menarik.

Mengikutnya, pemimpin UMNO di akar umbi disebabkan tidak mahu kedudukannya tergugat akan mengetepikan dan mencantas yang bijak pandai dan memilih calon yang lebih bodoh daripadanya. Dengan ini, kedudukannya kurang terancam dan lebih lama memegang jawatan.

Selepas pemimpin sedemikian meninggal dunia atau melepas jawatan, yang menggantikannya juga akan mengamalkan yang sama memilih orang yang lebih bodoh daripadanya.

Setelah tiga generasi, maka mengikut hukum matematik, yang tinggal akan menjadi 3 kali lagi bodoh daripada yang asal.

Ini akan menyebabkan parti menjadi lemah.

Dr.M juga menasihatkan, jawatan yang sandang jangan terlampau lama untuk member laluan kepada yang muda.

Saya berpandangan ada kebenaran daripada komen beliau.

Kita boleh membuat kesimpulan bahawa, masalah ini timbul kerana sifat lebih mementingkan diri sendiri (self centered) daripada sifat sayang kepada parti.

Kalau kita buat perbandingan dengan luar negara, saya lihat di Amerika Syarikat begitu kuat semangat dan komitmen daripada ahli parti democrat kepada parti tersebut yang akhirnya menyebabkan kemenangan Obama.

Parti politik atau mana-mana pertubuhan akan hanya menjadi kuat dengan adanya ahli atau "modal insan" yang berkualiti.

Bukan senang untuk merubah sifat dan perangai manusia, tetapi pucuk pimpinan UMNO patut memberikan contoh dan teladan supaya dapat ditikuti dan dihayati oleh ahli.

Sifat sayang dan komitmen kepada parti harus kuat. Bukan setakat “Do what I tell you but don’t do what I did”

Joe Black said...

merlimau9,

Mengkritik secara membangun atau memberi peringatan adalah satu satunya pemberian yang penting untuk menaikkan lagi taraf ummah.

Olih itu jangan menanggap tindakan tersebut berniat merendahkan martabat seseorang. Malah ianya lebih penting jika yang dinasihati itu telah jauh melencong dari kebaikan terhadap bangsa dan agama.

Banyak contoh dalam sejarah dimana tamadun bangsa dan puak telah porak peranda dan runtuh disebabkan olih seseorang ketua bangsa yang sudah lemah atau gila kuasa. (tamadun kuno Rome dan Cina seumpamanya, atau zaman moden Iraq dan Mesir).

Joe Black said...

merlimau9,

Mengkritik secara membangun atau memberi peringatan adalah satu satunya pemberian yang penting untuk menaikkan lagi taraf ummah.

Olih itu jangan menanggap tindakan tersebut berniat merendahkan martabat seseorang. Malah ianya lebih penting jika yang dinasihati itu telah jauh melencong dari kebaikan terhadap bangsa dan agama.

Banyak contoh dalam sejarah dimana tamadun bangsa dan puak telah porak peranda dan runtuh disebabkan olih seseorang ketua bangsa yang sudah lemah atau gila kuasa. (tamadun kuno Rome dan Cina seumpamanya, atau zaman moden Iraq dan Mesir).

Sobri ahmad said...

Dato.
Ini berita terkini dari Amerika.Kawan saya,yang juga ketua bahagian UMNO dab ahli MKT melaporkan bahawa dalam perbincangan dengan Najib,ia memberitahu nya bahawa ia mahu incumbent di pileh dalam pemilihan puchok pimpinan party.
Ia juga menyatakan telah memaklumkan kapada semua ketua ketua bahagian UMNO yang datang berjumpa dengan nya.Ini bermaana ia mahu Ketua Pemuda,Ketua Wanita dan Tiga orang VP UMNO di kekalkan.

Bila ditanya tidak ia takuk kemarahan Tun Mahathir jika anaknya tidak terpileh.Ia berkata Mahathir juga membuat perkara yang sama samasa ia menjadi President Party.

Nampak nya peluang Mukriz agak sulit untok menang.

Nampak nya party UNNO akan jadi Party bodoh.

ahli kecil umno said...

Assalamualaikum Dato Kadir

saya lebih berminat untuk melihat lipatan sejarah pemilihan Umno pada awal penubuhan nya di kala Umno tiada harta mahupun dana demi memperjuangkan bangsa dan tanah Melayu. Para pejuan ketika itu faham erti sebenarnya tanggung jawab dan amanah yang terpaksa di pikul serta harapan yang tinggi oleh rakyat yang dahaga kan kepimpinan yang mampu membuka lebaran baru dalam masa hadapan mereka....

Dato Onn Jaafar 1951 - sanggup meletak kan jawatan presiden apabila usul nya untuk membuka Umno kepada bangsa lain di tolak oleh majoriti ahli pada ketika itu.

Tuanku Abdul Rahman 1951 - terpaksa di pujuk berkali kali oleh Tun Razak dan rakan rakan untuk menjadi Presiden Umno setelah Dato Onn Jaafar meletak jawatan.

Tun Razak 1951 - menolak untuk mengambil alih tempat presiden Umno selepas Dato Onn berundur kerana merasakan bahawa dia yang ketika itu baru berumur awal 30an terlalu muda untuk menerajui sabuah pertubuhan yang amat hebat ketika itu.

Tun Dr Ismail lewat 1960an - pernah melepaskan jawatan kanan dalam kabinet atas sebab kesihatan di mana dia merasakan dia tidak dapat menumpukan usaha nya mememenuhi harapan rakyat ketika itu.

fast forward ke zaman sekarang, bila mana Umno mempunyai kuasa dan dana yang besar, pemimpin Umno waima hingga dari peringkat cawangan pun ada yang bergaduh dan mengugut demi mempertahankan atau merebut jawatan walaupun sudah tidak di kehendaki majoriti ahli sekalipun.

Tidak hairan bila kita lihat hari ini berpuluh calon yang tiba tiba menarik diri selepas mendaftar... Samada di ugut mahupun di bayar, entah kemana pergi semangat perjuangan mereka itu.

manakala yang di peringkat atasan pula sibuk mahu mempertahankan status quo mereka seolalh olah jawatan itu adalah hak milik keturunan keluarga mereka walaupun
majoriti ahli telah dengan terang mempertikaikan prestasi mereka di penggal yang lepas sama ada di dalam parti mahupun dalam kabinet.

Dan paling sedih apabila kita lihat kepimpinan Umno itu sendiri gagal menyemarakkan semula semangat Umno 1946 walaupun setiap tahun upacara penubuhan Umno di buat.

Apa yang ada sekarang adalah sikitol yang bertopengkan perjuangan Umno.

Yang di dahulukan adalah kepentingan peribadi mereka dahulu

Lahuma said...

Dato.

Penarikan diri ramai calon sewaktu bertenang.Bukan kerana hendak jaga UMNO ,perpaduan dan sebabainya.
Sebaliknya mereka menerima firman dari atas supaya dengan apa cara jua kena tarik diri.

Akibat penarikan ini ada dua kemungklinan.Pertama ada buah tangan.Kedua ada balasan.

Pada teori nampak macam TERBUKA tetapi rupanya ada juga pintu besi.

Cuma ditempat yang tak penting dan tak bernilai sahaja dijadikan DISPLAY untuk tuntutan ramai.

Akhirnya UMNO akan jadi sebuah parti kapitalis Melayu yang hebat masa pemilihan sahaja.

UMNO menjadi parti berebut masa pemilihan jawatan dan pemilihan bakal calon menjelang PRU.

UMNO perlu bersih .Oleh itu seluruh pemimpin UMNO juga perlu nampak bersih.Jangan cakap sahaja UMNO bersih tetapi pendokongnya kotor.

Sama-samalah kita tunggu untuk melihat barisan pemimpin yang bakal dinobatkan nanti.

1.sama ada nak berjuang untuk ahli UMNO dan rakyat.

2.atau berjuangn untuk diri,keluarga,suku sakat,sahabat handai kemudian selebihnya baru rakyat jelata.

Sebab itulah mereka akan bergadai dan bergolok untuk menang.

Tepuk dada tanyalah selera pada semua ahli dan perwakilan UMNO sekelian.

Terima kasih Dato.

Kampong man said...

Salam semua,

1.Saya amat gembira calon calon bagi pemilihan UMNO telah pun selesai dan ada juga yang telah menarik diri satelah 72 jam cooling off period. Walaubagaimanapun terdapat bangkai banfkai bernyawa yang benci pada UMNO disini tetap berperasangka buruk bahawa yang menarik diri diberi habuan dan buah tangan dan sebagainya konon. Ada bukti ke ?.Maka jika benar banyaklah habuan yang akan diperuntukan pada mereka yang menarik diri agaknya mengikut theori ini.

2.Kita menghadiahkan Al fatiha pada roh Allahyarham Tan Sri Azizan yang meninggal dunia rabu lepas.Walaupun berbeza ideologi politik kehadiran Tun Dr Mahathie, Mukhriz dan pemimpin UMNO ditanah perkuburan dan ucapan takziah pada kelurga beliau sungguh membuat saya tersedu dan mwlinangkan air mata melihat keakraban begini dan terbayang pada saya ruang dan bunga bunga MUZAKARAH pada dua parti politik ini jika diizinkan Allah satu masa nanti.I am for it.

3.Kebencian tidak harus ada pada dua parti politik Melayu Islam ini.Bukankah kita bersaudara ? Sudah mula kedengaran PAS mahu kembali pada perjuangan asal mereka kerana jelas ianya sudah lari dari sasaran penubuhan asalnya. Isu dalaman Pas biarlah mereka selesaikan sendiri terutama ikatan didalam pakatan mereka dengan DAP dan PKR.

4.Mereka yang bertanding kali ini sudah dinasihatkan bertanding secara sihat tanpa menggunakan wang dan saluran media.150K ahli tidak mungkin buta dan bodoh membuat pilihan.DAP lain. Mereka tahu siapa yang layak dan siapa tidak.Kita akan hormati keputusannya nanti.Buktikan pada parti lain diluar sana UMNO matang, telus dan mengamalkan demokrasi dan saya percaya yang menarik diri adalah kerana mereka sayangkan parti dan mereka berani berkorban kerana parti dan tidak sematamata untuk diri.
UMNO tetap akan relevan tetapi mereka yang dipilih mesti jujur, amanah dan tidak rasuah.

Selamat memilih dengan bijak dan ikhlas tanpa prejudis.Pilihlah mereka yang terbaik. Maaf dan terima kasih Dato.Wassallam.


Tok Nyang said...

DKJ

Saya rasa punca utama masalah umno adalah kualiti ahli terbanyak.

Ramai yg kurang fakta dan 'awareness' ttg banyak perkara termasuk yg asas. Jadi secara kolektif sukar utk mereka nampak dgn jelas untung-rugi/isu/ sebab musabab/kedudukan/sejarah/maruah bangsa/dsb sesuatu perkara. jika ini di atasi, baru timbul kecerdikan memimpin, menyokong dan memilih. Tak mudah digula2 atau dikeliru pihak lain dgn putar belit fakta.

Saya rasa buat permulaan radio dan surat kabar melayu boleh main peranan..Cubalah hidangkan fakta, kupasan isu semasa, soal jawab dsb berkaitan ekonomi, sejarah, isu semasa dll terutamanya masa peak time di mana ramai yg memandu boleh mendengar. Kebanyakan stesyen radio/surat kabar Melayu buat masa ini lebih banyak tertumpu kpd hiburan atau promosi ubat alternatif dan soal jawab agama diwaktu puncak.

Ini sangat berbeza dgn rancangan bahasa Inggeris.. Dengar shj contohnya BFM 89.9FM peak time..morning, noon and evening. Penuh dgn perbincagan yg bermanfaat. Selalunya diselit juga sindiran/kekeliruan kpd kerajaan dan polisi berkaitan melayu.
wallahualam

Hanezam said...

Salam,

Tidak perlu terlalu kecewa dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan. Kita kena sokong kenyataan bahawa dua jawatan teratas tidak perlu dipertandingkan kerana bila team kita sampai di situ, kita pun nak pegang 2 jawatan itu selama mana kita mahu, atau sehingga kita rasa tugas kita telah selesai. Lagipun saya fikir team itu sedang simpan strategi yang jauh lebih canggih melangkaui kefahaman saya. Saya sangat suka meneka apa yang akan berlaku berdasarkan intuisi saya. Hujah-hujah yang adverse kepada Najib sedang membumbun sekarang ini. Baggage Najib teramat sarat. Tak terangkut nanti. Takut berterabog tengah jalan pulak. Tunggu masa yang sesuai sahaja. Penturunan/pelucutan/penggulingan/pentergolekdogkan Pak Lah telah pun tinggalkan dahuluan/precedent. Demikianlah terjadi kepada pemimpin-pemimpin gantian yang juga anak cucu kepada pemimpin terdahulu yang hebat-hebat, naik tidak melalui proses demokrasi, terbongkar pula semua ketidakmampuan memikul tanggungjawab amanah berat bila diuji di mercu.

Sekurang-kurangnya Dr M yang orang selalu kutuk tu, saya sayang dia sebagai PM sebab dia PM yang berwawasan yang konsisten membayar balik hutang negara.

Lahuma said...

Dato.

Dari pertanda awal hingga saat ini ramai meramalkan bahawa mana-mana calon PEMURAH sahaja yang akan menang.Mana -mana calon yang KEDEKUT akan kalah teruk.

Ini adalah sejarah pemilihan dalam UMNO sejak ada kuasa dan laba dari kuasa.

Ini lah juga kematangan dan kepintaran perwakilan untuk cekik calon.Soal 146 000 itu bukan masaalah besar.

Perwakilan pun tahu berapa nilai dalam GLC.Berapa nilai seorang YB,Menteri,Timbalan Menteri dan sebagainya.

Ketua cawangan selaku Pengerusi JKKK pun 800 sebulan.

Inilah juga bahayanya perjalanan UMNO dimasa depan yang RM tercegat didepan.Tuntutan semasa.

Untuk berpatah balik sukar sekali.

Agaknya inilah juga status quo UMNO .
Terima kasih Dato.

awangbatuburok said...


Salam Dato,

Budaya Politik orang Melayu sekarang ini (baik dlm UMNO, PKR dan PAS) telah kembali kezaman budaya Kesultanan Melayu-Singapura di langgar todak.

Orang yang cerdik atau dilihat cerdik tetapi tidak pandai membodek, mengampu dan mencium tangan orang yang berkuasa dan isteri orang yang berkuasa akan di cantas atau diletakkan dalam "peti sejuk".

Lihatlah apa yang terjadi kapada Dato Saifuddin UMNO, Dato Husam PAS, Che Gu Bad PKR dan banyak lagi pemimpin muda yang berpotensi dan berkualiti....

Apa nak jadi dengan budaya politik bodoh orang Melayu-Islam dan kesan keatas generasi akan datang???

Harap Dato sudi beri sedikit ulasan dan pandangan keatas kebimbangan generasi muda melayu-islam di bumi tercinta ini.

awangbatuburok said...


Salam Dato,

Budaya Politik orang Melayu sekarang ini (baik dlm UMNO, PKR dan PAS) telah kembali kezaman budaya Kesultanan Melayu-Singapura di langgar todak.

Orang yang cerdik atau dilihat cerdik tetapi tidak pandai membodek, mengampu dan mencium tangan orang yang berkuasa dan isteri orang yang berkuasa akan di cantas atau diletakkan dalam "peti sejuk".

Lihatlah apa yang terjadi kapada Dato Saifuddin UMNO, Dato Husam PAS, Che Gu Bad PKR dan banyak lagi pemimpin muda yang berpotensi dan berkualiti....

Apa nak jadi dengan budaya politik bodoh orang Melayu-Islam dan kesan keatas generasi akan datang???

Harap Dato sudi beri sedikit ulasan dan pandangan keatas kebimbangan generasi muda melayu-islam di bumi tercinta ini.

marhaem said...

Dato

Wish i could ask the candidate for how long they gonna stay to their post....

zed-85 said...

Dato'

Pada pandangan saya,

Jika diteliti struktur-organisasi (organisational structure), sekiranya, jawatan di atas tidak berubah, maka jawatan dibawah tidak akan juga berubah banyak.

Di era zaman Dr.M yang agak lama (22 tahun), melainkan TPM yang berubah, terlalu ramai muka-muka lama yang dikekalkan.

Oleh kerana terlalu ramai "orang senior" yang dikekalkan, maka bakat-bakat baru tidak mendapat tempat atau peluang dalam parti.

Adakah benar jawatan tertinggi dikekalkan atas alasan perpaduan.

Adakah tahap perpaduan orang melayu semakin baik selepas era 1987.

Sekiranya bukan 150,000 orang ahli yang menentukan presiden dalam parti siapakah sebenarnya yang menentukan presiden dalam parti?

GenerasiBadutUMNO said...

Kebodohan generasi UmNO dahulu kini terdedah dengan terbongkarnya sistem subsidi minyak, gas, hutan, baja yang menguntungkan orang Cina hingga ber trillion. Bukan billion lagi tapi trillion!

Siapa jadi ketua Melayu akan menentukan kekayaan Melayu tidak jatuh kepada orang Cina.

Chu kai said...

PM Najib agak lemah sama saperti Pak Lah dalam pentadbiran dalam mengadapi Pakatan terutama DAP, dalam meletakan pegawai dalam GLC. BN akan kalah kalau Najib masih jadi PM

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).