Tuesday, September 17, 2013

Untuk Kekal Umno Perlu Pemimpin Pelapis


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


UPDATE, 19 Sept

 

1. Presiden Umno Mohd Najib Razak menangkis dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti berkenaan kini hampir di penghujung nyawa.

Najib berkata parti itu memenangi 88 kerusi pada pilihan raya umum ke-12, yang menunjukkan pertambahan berbanding 79 pada 2008. (Baca di sini).

 

2. Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden Umno. (Baca di sini)

Mukhriz Tidaklah Terlalu Muda


 

3. Setakat ini Mukhriz adalah calon Naib Presiden termuda pada usia 48 tahun. Tetapi pada usia itu, beliau tidaklah muda berbanding Tengku Razaleigh Hamzah yang menang kerusi Naib Presiden pada usia 36 tahun (1973) dan Mohd Najib 40 tahun (1993). (Tun) Dr Mahathir Mohamad menang Naib Presiden pada usia 50 tahun (1975).


Original Post

PEMILIHAN pucuk pimpinan Umno kali ini penting daripada dua sudut.

Pertama, sudut demokrasi. Bilangan perwakilan yang akan mengundi bertambah 50 kali ganda daripada 2,800 orang kepada 150,000 orang.

Lebih banyak ahli terbabit memilih pemimpin. Selain memperluaskan demokrasi, ia diharap akan mengurangkan risiko politik wang.

Tetapi sudah terdengar desas-desus bahawa amalan itu akan berterusan dan akan membabitkan jumlah yang lebih besar kerana bilangan pemilih lebih banyak.

Kedua, Majlis Tertinggi (MT) yang akan dipilih bertanggungjawab menentukan hala tuju parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Namun begitu, bilangan pemilih yang ramai tidak ada apa-apa erti kalau bilangan calon yang menawarkan diri terhad, mutunya hambar dan usianya lanjut.

Berubah atau Mati

Sejak PRU 5 Mei lalu, sebagai menjawab soalan pelbagai pihak, saya telah beberapa kali menyatakan bahawa Umno akan hanya berubah sekiranya kalah dalam PRU.

Bekas Presidennya pula, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Umno sedang menderita penyakit tua dan akan mati. Hukum alam, tegas beliau. (Baca di sini).

Walaupun petanda semasa menunjukkan tidak akan berlaku pertandingan dalam jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, kita masih boleh dikejutkan oleh kemunculan calon luar jangkaan.

Meminjam ungkapan Inggeris, Mohd Najib Abdul Razak dan Muhyiddin Mohd Yassin masih boleh diberikan “a run for their money” ertinya mungkin muncul pencabar yang boleh menyebabkan mereka menderita senak perut yang teruk.

Sebaliknya, oleh kerana beliau tidak dicabar, Mohd Najib bolehlah bersikap berkecuali dalam pemilihan Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan kerusi biasa MT.

Akhramsyah Sanusi lawan Khairy Jamaluddin

Ada pihak khuatir Mohd Najib akan berpihak dalam pemilihan jawatan nombor tiga itu kerana sepupunya, Hishammuddin Hussein terlibat, dan dalam jawatan Ketua Wanita kerana beliau amat akrab dengan penyandang, Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi jawatan Naib Presiden, lima orang telah menyatakan hasrat untuk bertanding iaitu tiga penyandang – Ahmad Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Shafie Apdal – serta bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, dan Pengerusi Felda, Mohd Isa Samad. Seorang lagi yang mungkin turut menawarkan diri ialah Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir. Kalau Mukhriz masuk bertanding, beliau akan menjadi calon termuda. Beliau berusia 48 tahun.

Sudah ada di kalangan penyandang Naib Presiden yang berasa terancam dengan kemungkinan Mukhriz masuk bertanding dan memberi alasan kononnya kalau beliau kalah beliau akan malu dan masa depan politiknya terancam. Dalam mana-mana pertandingan pun mesti ada yang menang dan yang kalah.

Pemilihan kali ini akan menentukan sama ada Umno menjadi parti seiring zaman atau parti yang terperangkap dalam kebekuan masa.

Kalau muka-muka lesu dari abad yang lalu terus memonopoli kepemimpinan, Umno akan menjadi parti orang tua dan cakap-cakap mengenai penyegaran semula adalah cakap kosong semata-mata.

Suntikan Darah Baru

Bukan tujuan saya mahu memperkecilkan atau meminggirkan peranan orang tua (saya pun dalam golongan itu juga), tetapi Umno sangat-sangat memerlukan suntikan darah baru.

Ini bukan soal sukakan seseorang dan benci kepada yang lain. Ini soal survival (kelangsungan) Umno. Kalau dibandingkan dengan parti-parti Pakatan Rakyat, usia kepemimpinan Umno nampak tua dan lesu.

Kalau kita ambil kira Naib Presiden yang ada sekarang, umur purata mereka adalah lebih sikit 53 tahun. Tidaklah terlalu tua, tetapi kalau mereka terus berada di situ dan tidak berlaku suntikan darah baru, ia lama-kelamaan akan menjadi jawatan orang tua.

Apabila kita campurkan usia Ali Rustam dan Isa Samad yang telah menawarkan diri untuk bertanding, usia purata naik kepada lebih 57 tahun – menjadi lebih tua bukan lebih muda.

Dalam barisan Naib Presiden – termasuk Ketua Wanita dan Pemuda – yang paling muda ialah Khairy Jamaluddin (37 tahun). Shahrizat berusia 60 tahun. Presiden berusia 60 tahun dan Timbalan Presiden 66 tahun.

Apakah Umno ketandusan pemimpin muda kerana perbuatan menyekat orang muda yang berpelajaran menyertai parti atau kemajuan mereka dalam hierarki parti terbantut akibat cantas-mencantas?

Di kalangan ahli biasa MT pun tidak memberangsangkan dari segi usia dan kaliber. Yang agak muda pun tidaklah “hot” dari segi kelulusan, peribadi dan perwatakan.

Inilah masanya pemimpin muda Umno yang komited kepada perjuangan parti mengemukakan pencalonan. Perkenalkan diri anda kepada khalayak. Nyatakan agenda anda.

Kalah atau menang bukan perkara utama. Yang lebih penting adalah membuktikan bahawa anda wujud dan Umno tidak ketandusan barisan pelapis yang komited dan berwibawa.



Jangan di belakang tabir saja berani dan pandai, mengeluh dan menuduh, tetapi tidak berani mengotakan kata atau boleh dibeli dengan wang dan janji.

Pemilihan Terakhir Pada 2008

Seperkara lagi yang menjadikan pemilihan kali ini sangat penting adalah kehabisan mandat Majlis Tertinggi yang ada sekarang. Mandat yang mereka pegang hari ini bukanlah mandat sah daripada ahli. 

Mereka sekadar meneruskan mandat pemilihan tahun 2008 yang disambung atas alasan parti memerlukan masa dan tenaga menghadapi PRU ke-13. Mandat mereka sebagai ahli yang dipilih tamat pada Mac atau April 2011.

Sekiranya kali ini jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ada pencabar maka Najib akan kekal sebagai Presiden yang tidak menghadapi cabaran. Dalam pemilihan 2008, Muhyiddin dicabar oleh Muhammad Muhd Taib bagi jawatan Timbalan Presiden.

Usia ahli biasa MT pun tidaklah menampakkan Umno sebagai parti yang menuju masa hadapan.

Sama ada kepemimpinan Umno akan menjadi kepemimpinan parti orang tua dan, seperti kata Dr Mahathir, akan mati kerana sakit tua atau akan mengubah arah menjadi parti sepanjang zaman, bergantung kepada siapa yang akan mendaftarkan diri pada 21 September ini untuk menjadi calon.

Kalau ada orang muda yang menawarkan diri dan seterusnya dipilih oleh perwakilan dalam mesyuarat serentak bahagian pada 19 Oktober maka harapan Umno kekal relevan sebagai parti sepanjang zaman akan menjadi lebih cerah.

Kalau tidak, masanya akan tiba apabila Umno terkubur atau menjadi parti rumput di tengah jalan - hidup segan mati tak mahu. Wallahualam.

27 comments:

mokhtar bin Zainol Abidin said...

salam dato,

topik kali ini seronok untuk diperkatakan.ulasan dato begitu
tajam & sinis.
orang tua macam dato perlu juga
kiranya sumbangan masih lagi bagus dan bernas sama saperti tun daim & Dr M, sayangnya orang tua dalam UMNO adalah kundu-kundu (kata orang India) / barua ( kata orang kedah) kepada pemimpin tertentu.
saya masih ingat era Pak Lah, semasa beliau berucap dalam kovensen UMNO, terang -terang beliau membawa agenda Malaysian.'Just cant imagine UMNO president not talking about malay agenda, when he is the president of a Malay party'.
bertepuk dan bersorak la ahli-ahli UMNO, kononya satu ucapan yang bernas & bagus.kecuali dato mukhriz yang berkata sebaliknya.
ketua pemuda masa tu, dato hishammuddin marah & meminta dato mukhriz memohon maaf.
orang macam saya kata, apa telah jadi? president UMNO tak cakap pasal Melayu, bini saya kata dia dah kahwin dengan orang bukan melayu. dia lupa jadi orang melayu.

daripada hari itu, terselak la parasit-parasit dalam UMNO yang akan sokong pemimpin walaupun terang-terang menjual maruah orang melayu.mind you dato, those parasits are still around.these people will back stabbing UMNO until they get wipe out the melayuness of UMNO.

saya suka cara DAP berpolitik, mereka terus terang kecinaan mereka.UMNO begitu takut untuk berpolitik kemelayuan UMNO terutama daripada pemimpin muda termasuk current ketua Pemuda.



sy said...

salam hormat datuk

tahniah datuk kerana dapat terus berjuang dan berkesan untuk kepentingan & manfaat ramai orang dalam beberapa issue mutakhir yang sy perasan.

moga datuk kekal dan lebih sihat,semangat, ikhlas,pehuh ilham, perihatin & ihsan.dan di barakahi tuhan.

umur lapisan pemimpin adalah salah satu faktor keberjayaan negara .Orang lebih muda lebih idea,tenaga. Disamping ramuan lainnya harus ada ; nilai & akhlak baik, bijaksana, semangat, skil tadbir yg cukup dan lainnya.jika semakin ramai rakyat yg bijak dan baik, makin tinggi kebarangkalian negara dapat pemimpin terbaik.

umno boleh jadi mati ,munkin juga tidak. suatu parti politik mungkin akan terbiar dan kemudian tertinggal & hilang diganti lain parti lain yg relevan dengan keadaan. ia akan mati lebih cepat bila ramai bumiputra berani tinggalkannya. orang yg berani biasanya org jelas minda dan keras keinginannya.

umpama berniaga makan jika menu sedia ada tidak laku, kenalah buat sesuatu
pada aspek tertentu, promosi misalnya. jika produknya ikhlas, memenuhi kehendak rakyat banyak, tentu umno tidak perlu mati dalam keadaan tidak mulia.

sy berharap malaysia baru akan muncul lepas ini.(dengan agenda berani untuk melayu dan selainnya)

salam
sy

zainal abidin awang kechik said...

salam tok..

UMNO itu partinya mulia, masalah masa ada pemimpin umno yang tidak jujur dan ikhlas.. TIMBALAN tidak mengeluarkan kenyatan terbuka untuk tidak lawan BOSS no 1, di bahagian seluruh 191 bahagian duit.. nasi goreng dan fresh oren masih lagi berjalan.. di bahagian saya BATU GAJAH.. (kawasan MP DAP) umno dah bertumbuk dan berperang kerana ketua bahagian tak mau turun dan tak izin orang lain tawar diri.. kerana JAWATAN KETUA BAHAGIAN UMNO MENJADI JAWATAN SARA HIDUP ORANG MALAYU... jadi kalau yang ada duit.. nak beri khidmat .. tak akan berjaya.. NAJIB dan Muhyiddin biaq.. sahaja.,, Zambry pun tak mau kata sesuatu dalam hal ,, UMNO akan terus mengidap penyakit KERANA UMNO DI ANGGAP PARTI BANGSAWAN DAN JAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN MENJADI JAWATAN HARTA PUSAKA DAN JIKA BUKAN WARIS.. TAK BOLEH TUNTUT..

BILA AHLI UMNO MASIH PAKAI TEORI ANWAR 1996..PRESIDEN DAN TIMBALAN JANGAN ADA PERTANDINGAN .. PUNCA TAKUT HILANG JAWATAN..

JIKA UMNO BETUL BERPEGANG KEPADA DEMOKRASI..SAMPAI HARI NI.. KITA BELUM JELAS (KAEDAH ELOCTROL COUNTING)...

MOGA ALLAH PELIHARA UMNO..DAN MALAYSIA

salam untuk tok dan datin seisi keluarga.

Amirul. said...

Pak Kadir.
Mana ada pemimpin pelapis dalam UMNO.
Kebanyakan anak anak muda Melayu malu untok menjadi ahli UMNO.
Mereka nampak party UMNO ini penoh dengan pemimpin yang berasuah.

Di Singapore pun PAP juga menghadapi masaalah yang sama,tapi berbezanya PAP mengamalkan kader syytem dama memileh pemimpin.Dasar yangsama diamalkan oleh Parti Komunist Malaysia.

Cadres ini di rekrut dan di brain wash,kemudian di lantek menjadi pemimpin.bermula di perengkat rendah dan salepas tamat ujian baru di lantek ka jawatan inggi.
Sebab itu semua pemimpin politok singapore mempunyai kelayakan yang tinggi dan berseh.

Pemimpin UMNO dahulumya terdiri dari guru sekolah dan pengulu dan ahli ahli Kemas.
Sekarang ini ramai ahli ahli perniagaan masok UMNO tapi tujuannya hanya untok memudahkan dapat kontrek.

Temberang said...

Salam Dato, barangkali dato & pembaca dah tau tapi saya habaq jugak la: 5 pemimpin tertinggi (top 5-presiden, timbalan, 3 naib presiden) dah duduk begebang sama2 depa dan buat keputusan kekalkan jawatan masing2 (barangkali termasuk ketua wanita & pemuda, ketua pu3 lepaih umoq). depa mau status quo pasei depa bagi markah lulus untuk diri sendiri, penilaian ahli umno persetankan. 3 naib presiden dah selaraskan jentera depa & dah berkempen secara rakit (bertentangan dgn etika pemilihan umno). Tentu la depa akan menang pasei jentera presiden pun dah mola kempen habaq ini kehendak presiden. Fait accompli, dato. so much for a more inclusive, democratic and open umno electoral process. Codswallop, i say!

din klang said...

Salam Dato

Mungkin didalam dewan besar PWTC perlu ditulis - tiada yang kekal mahupun kebal di dalam Umno. Apa yg terus hidup ada lah semangat perngorbanan dan perjuangan demi agama bangsa dan Tanah air.


Saya percaya ramai ahli umno yg tidak faham perlembagaan dan sejarah Umno itu sendiri.
Sejarah umno sendiri sejak 1946 telah menunjukkan waimah presiden itu sendiri tidak kekal dan kebal kerana hak dan suara majoriti mengatasi segalanya demi kebaikan agama bangsa dan tanah air.

Umno bukan milik dan hak minoriti

Dr.Shahrul Azman Bin Alang Saidi said...

Salam. Tertarik dengan penulisan sebegini. Pandangan yang sinis. Teringat kisah diri saya sendiri. Saya asal dari kampong . Dua puluh lima tahun dahulu sudah berjinak jinak dengan UMNO. Seronok selepas keluar Universiti berkobar kobar dengan semangat dan idea yang baru. Pilihanraya aktif bukan main. Bila mesyuarat, tidak ada satu jawatan pun diberi. Semuanya diberi kepada barisan ajk yang lama atas alasan tidak mahu berpecah. Saya biarkan sahaja. Fikirkan usia masih muda dan banyak lagi masa.
Tahun demi tahun, yang dipanggil Cuma pada mesyuarat tahunan, berkali kali sayapun tidak ingat tetapi yang seingat saya setiap kali mesyuarat saya Cuma dipanggil sebagai memenuhi kuota mesyuarat. Setiap kali itulah tertanya Tanya kenapa muka lama lagi , setiap kali itulah pelbagai alasan diberi, antaranya arahan dari pucuk pimpinan, yang tidak mahu perpecahan. Setiap kali kali hampir pilihanraya setiap kalilah mesyuarat tiada pemilihan, sebab takut berpecah belah.
Akibat bosan, ramai kawan kawan telah hilang minat. Ada yang ahli UMNO tetapi tidak aktif dan ada diantaranya menyertai lain lain NGO bagi memberi jasabakti malah yang sudah muak dengan organisasi ini telah menyertai parti parti politik pembangkang yang lain yang amat galak menarik orang muda profesional.
Seusia sebegini, hampir tigapuluh tahun di kotak katik , selepas berhijrah ke tempat lain bertahun tahun ingin berjasa kepada UMNO amat terkejut ditempat lain budaya gila kuasa sama sahaja. Orang tua tidak memberi laluan kepada orang muda. Alasan diberi , oh saya masih mendapat sokongan , bukan saya hendak sangat tetapi akar umbi meminta saya memimpin lagi….Malah semasa menghadiri mesyuarat cawangan di Putrajaya , saya amat terkejut…ada dikalangan Orang Tua terhegeh hegeh tanpa segan silu bangun mencalonkan diri sendiri untuk mendapatkan jawatan dan meminta untuk menjadi wakil cawangan ke bahagian.
Perasaan benci , muak dan fed up bercampur campur. Di dalam hati berkata, bilalah orang orang tua ini hendak sedar diri dan memberi laluan. Saranan pucuk pimpinan untuk memberi laluan kepada golongan muda mestilah disahut dengan ikhlas dan bertanggungjawap. Namun dengan keterbukaan sesiapa saja boleh bertanding yang saya perhatikan selagi lagi orang tua itulah yang lebih ramai mengambil borang untuk bertanding sebagai ajk bahagian dan G7.
Adalah diharapkan kepimpinan UMNO sekarang ini haruslah bersungguh sungguh mengingatkan ahli berilah laluan untuk golongan muda dalam pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pada diri saya dan rakan rakan seusia saya berdoa agar kali ini kita bagilah peluang golongan muda dan professional bersama sama mengemudi dan member nafas baru kepada perjuangan UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu yang suatu masa dahulu amat di segani di Tanah air yang kita cintai ini.

Joe Black said...

Nampaknya bukan sahaja Dato' serta para penulis disini dilamun pessimism, bahkan pengasas UMNO baru Tun M juga meyuarakan perasaan pessimis beliau terhadap masa depan UMNO.

Diambang Perhimpunan Agung UMNO yang mungkin akan dijuarai olih Status Quo yang sedia ada, semua rintihan ini tak mungkin akan membawa apa apa menafaat melainkan membawa untung kepada seorang sahaja yaitu Mukhriz Mahathir.

Semua yang terlibat seolah olah merayu supaya Najib memberi sokongan kepada Mukhriz untuk bertanding jawatan VP UMNO.

Kesiannnn

Lahuma said...

Dato.

UMNO dan Pelapis.
Kalau dilihat kekuatan UMNO dibawah sudah terbayang akan kelesuan.
Khabarnya banyak cawangan Pemuda gagal adakan mesyuarat cawangan.
Kalau berjaya pun sekadar tak lebih 10 orang ahli Pemuda yang hadir.
Pemuda UMNO cuma hebat diatas sahaja.Dibawah makin reput.
Begitu juga adik Puteri UMNO pun menerima nasib yang sama.Ada kes terpaksa katok tangga cari ahli untuk cukupkan korum.

Inilah pertanda bukan awal lagi tentang kelesuan UMNO.

Wanita terus kukuh.Cuma masalah isu Ketua Wanita nya sahaja yang masih menjadi nanh pada UMNO.
Apa nak buat antara sayang UMNO dengan sayang individi terus menjadi keliru.

Sama ada wujud pelapis atau tidak jika UMNO terus mengamalkan dasar ala kapitalis dan mengejar kebendaan serta kemewahan peribadi secara tidak baik PRU 14 lagi sekali UMNO/BN akan dihukum.

UMNO tak perlu ungkit dan dabik dada dengan 88 kerusi itu.

Dato.

Pelapis bentuk macamanakah yang perlu UMNO wujudkan.
Kalau pelapis yang ada macam hari ini tunggulah 55 bulan lagi PRU 14.

Ramai yang hendak jadi pemimpin kerana berhajat untuk perut dan poket sendiri sahaja.Inilah perbincangan orang bawahan hari ini.

Biarlah ramai pemimpin UMNO pelapis yang hebat darah juangnya.Bukan pelapis macam papan lapis.


Betul hujah Dato.Selagi UMNO tidak cedera yang sebenarnya selama itu mereka tak akan insaf.

Pemerkasa Ekonomi Bumioputra pun tentu berjaya kalau niat tak betul.

Terima kadi Dato.

Kampong man said...

Salam DAKJ,

1.Topik politik UMNO sentiasa menarik perhatian orang ramai terutama kita orang Melayu/Bumiputra sejak Persekutuan Tanah Melayu lagi sampailah ke la ni.

Perjuangan dulu lebih kepada menentang Malayan Union kemudian berjuang bagi kemerdekaan dan setetusnya dengan penyatuan kepada Malaysia dan keluarnya Singapurs dari Malaysia.

2.Transformasi politik UMNO mula drastik salepas kegagalan BN mencapai 2/3 majoriti sejak 2008.Kalau dahulunya ketua ketua bahagian dan pemimpin di kampong, daerah terdiri dari mereka yang popular dan ada yang kurang pendidikan sekarang sudah mula tidak.Di kampong saya Kuala Linggi dan Mesjid Tanah DUN adalah saorang professional Arkitek dan ketua bahagian saorang Lawyer.Ini adalah satu perubahan dan saya yakin di daerah dan negeri lain juga mula kearah itu.Apa juga perubahan ia tetap akan mengambil masa dan kali ini kita akan melihat satu proses pemilihan cara baru bagi UMNO, satu TRANSFORMASI politik yang amat menarik.Kita mengharapkan 150,000 ahli UMNO dari 191 bahagian akan membuat keputusan.They cannot be so blind and stupid sebab ia akan memberi kesan pada kelangsongan politik UMNO dan BN.Ingat, parti lain dalam BN dan PR juga punyai masaalah dan isu yang lebih besar dari UMNO.Piak pi hal depa.Kita tak mau nak campoug.

3.Kita orang Melayu banyak berpegang pada adat,bersopan santun mulia,menghormati yang tua,penuh toleransi dan berbagai nilai murni.Semua ini adalah dilihat sebagai ASSET, a binding force in itself.Asset asset begini adalah dilihat sebagai LIABILITI di sebelah barat sana.Maka itulah PR yang vocal, melaungkan demokrasi ala barat saperti full comlpliance to Freedom of expression,human rights bla bla bla masih belum dapat diterima sepenuhnya terutama yang diluar bandar sana yang masih memikirkan 'Apa keluarga aku nak makan esok !'.Dalam isu politik orang Melayu TIDAK berkompromi.Ini fakta.

4.Pada saya,saorang yang bukan politician, segala rupa rintihan dan teguran yang membina bagi UMNO adalah dihormati ,baik dan perlu didengar.Kepada yang cuma berniat bagi meruntuhkan UMNO mereka bolehlah pergi jauh main layang layang.Dalam bahasa kasar barat omputeh "You can go to neraka".

Let the UMNO members decide and make a decision, a way forward for their UMNO and then they move on.Time will tell how far can UMNO go.I am least worried for now until the next election.Surely they(the 150,000 members) know best because UMNO has gone through many WORST situations than this PAU.

My Kampong bomoh said the top two positions remains intact, Shahrizat and KJ maintain their Ketua Wanita and Ketua Pemuda respectively.Isa Samad and Ali Rastam will have a mountaian to climb. Since Musa Aman decline to contest Sabah will be for Shafie Afdal.In fact, Sabah has six(6)and Sarawak has seven (7) full ministers compare with only one (1) from NS and none from my state Melaka.A big plus for the deserved Sabah and Sarawak. Fair !

Selamat memilih yang terbaik untuk UMNO ku.

Wassallam dan terima kasih.

maae said...

Salam Datuk,

1. Umno itu tua. Itu kata Tun M. Sepatut nya makin tua makin matang. Apa saya perhati, tidak begitu. Bak kata Datuk, perlu suntikan darah baru. Saya tambah, perlu juaga terapi oksigen.

2. Saya jangkakan MB Kedah, masa keluar tonjolkan diri. Beliau, daya rasakan cukup padan dalam suasana politik melayu sekarang. Jawatan Ketua Pemuda juga mesti di cabar. Di sini letak kekuatan demi pembangunan anak-anak muda Melayu yang lebih dinamik dan progresif. Timbalan Presiden dan Presiden Umno jika tidak di pertandingkan tidak mengapa tetapi kita inginkan mereka berubah dan lebih tegas menangani sesuatu isu atau dasar. Mereka mesti MENGAKU bahawa Melayu dan Bumiputera mesti di dahulukan kemudian Islam dan akhir nya Malaysia.

3. Malaysia bermakna keseluruhan Pentadbiran untuk semua rakyat. Semua Negara di dunia mengamalkan dasar-dasar ini, tidak kira apa fahaman dan anutan. Lihat sahaja negara- negara di sekeliling kita.

4. Pelapis muda memang kurang. Jika ada tidak menonjol danberpegang kepada prinsip dan falsafah perjuangan Umno. Islam tidak lagi di hayati, cuma di bibir sahaja. Realiti nya mereka " tonggang" di belakang tabir. Terlalu ramai munafik. Bila bercakap mereka berbohong. Bila berjanji mereka mungkir. Bila memikul Amanah, pagar makan padi. Bila di sokong, sentiasa membawa rebah. Salah nya bukan ibu yang mengandung ( umpama Umno ) tetapi anak-anak ( isi dalam Umno ) yang tidak lagi pandai mengenang budi. TIDAK MAMPU MENJADI CONTOH.

sabtu awab said...

Salam Dato,

Saya tergelak baca komen-komen diatas. UMNO tak akan berubah. Mereka mahu menungkat langit.

borhan said...

selagi umno masih bersifat feudal dan croynism selama itulah semakin hari semakin ramai gulungan muda menjauhkan diri.ramai antaranya dari kalangan cucucicit ahli umno. kalau mahu berubah umno mestilah berubah dalam percakapan dan amalan.ia mestilah telus, bebas rasuah dan bukan organisasi untuk memfaraidkan harta dan projek negara dikalangan sukusakat dan sahabat handai.

Unknown said...

Salam Dato'. Terkini bekas Pemimpin Persatuan Pelajar Melayu dan Setpol menteri Melayu yg diamanahkan menjaga kebajikan rakyat ditahan SPRM untuk 'membantu' siasatan bersama 10 kereta mewah (bukan Proton saga atau kancil). Inilah yg dinamakan Memperkasa Ekonomi Bumiputera....

Ghab said...

Dato' has brought up an issue perceived of age in matter to change and someone else has projected the topic on Najib's Bumiputra game changer. The relationship of these two resumes have that urge Umno for an immediate process to be reborn as a 'young' dynamic party provided the old goats think younger.

As someone remarks, "You are only as old as you feel. Age is just a number." More importantly, an old man of 60 is matured to 60 carets gold, old in person but younger in thinking is an essence to forward Umno's endeavor. But the problem is, the aging Umno leaders have backlogged of political and identity garbages.

The take is viewed in reference to Najib new elements of change in Umno's hierarchy. A situation of younger minded leadership which is in need to support the game changer. More than that, Najib has commanded to activate the mind set of the depreciated Government bureaucracy and civil servants to bring forward the reborn Bumiputra's policy to be organized and implemented for the new order of change, a desire of positive outcomes by all.

While Mukhris is gearing up to understand his appointment of Menteri Besar which soon to be realized. The Bumiputra game changer in the State of Kedah would be a showcase of success provided Najib's younger minded administration give their fullest support.

What it means also, Najib is opened up for challenged. To those younger thinking Umno leaders regardless of age who think Najib could not carry out or fit to bring forward the reborn Bumiputra's agenda to reality could challenge him. This includes Mukhris, Ku Li, Muhyiddin, Khairy and those willing Umno leaders could take up Najib with dignity and integrity. To these leaders also, 'tepuk dada tanya selera' but 'with younger thinking minds' are the prevailing X Factor.

paduka said...

Umno adalah parti turun temurun (kata orang kedah)..lihat saja yang dok ada..kalau tak anak..menantu, sepupu... sepapat

Hamid said...

Kadir.
Pamdamgam saya dalam pemilehan UMNO akan datang.
Najib adan Mahayuddin akan menang jawatan President dan timbalan tampa bertanding.

Jika tengku Razali bertanding ia akan kalah dengan mudah.

Mukriz akan bertanding VP dan di jangka akan menang dengan mudah.

Tahun depan,Najib akan mendapat tekanannyang kuat unrok berhenti sabagai PM dan Mahayuddin akan mengambil aleh.

Ia akan melantek Mukriz sabagai timbalan PM.

Zaid Hamidi,Hishamuddin dan Shafie akan kechundang.

Malam ini Khairy sebok sms kawannya bertanya samaada ia perlu beranding VP atau Ketua Pemuda.

Ramai kawan kawan nya suroh ia beranding VP kerana mood dalam UMNO sekarang mahu pemimpin muda.

Jika ini berlakunia akan memberi tentangan yang kuat kapada Muktiz.

Lahuma said...

Dato.

Pelapis UMNO akan datang.

Untuk pelapis akan datang kalau dilihat pada selera rakyat hari ini mereka mahu kepada pemimpin yang perihatin hal isu rakyat.

Bukan satu kewajipan bakal pewaris UMNO itu mesti anak mantan PM.Menantu mantan PM.Anak bangsawan.Atau pun anak cucu cicit tokoh hartawan Ali Baba atas aliran koprat UMNO.

UMNO perlu pemimpin berani tanggani suara rakyat.Pejuang ala kapitalis yang akan merembat apa sahaja peluang sama ada hak orang msikin sudah tak ada batas lagi.

Jurang rakyat dan pemimpin perlu dirapatkan.
Hari ini pemimpin disebuah istana dan banggalo besar hebat dibandaraya.Ada juga pemimpin hidyup diistana hebat diluar bandar.

Rakyat jelata rumah usang dan seba daif.Hari ini masih terdapat semua ini.

Suara rakyat yang dilaung oleh UMNO hanya sekejap sahaja.Suara ditimbunan dengan wang ringgit sebagai tumpuan.

Dato.

Apa nak dikatakan lagi.Cakap pun susah .Tak cakap pun susah.Hangat diperkatakan segala sudut sembang-sembang kini.Isu bekas setpol bekas menteri di tahan SPRM kerana isu 1! Azam.Projek orang miskin.

Peojek orang msikin Dato.Hiba rasanya.Ramai sudah lupa pada orang msikin.Hari-hari orang miskin menadag tangan pohon doa dari Allah.

Perkasa Ekonomi Bumiputra atau Perkasa Ekonomi dan Kuasa Melayu Pemimpin.

Akbar Star muka depan.Utusan muka dalam sikit.Sinar Harian pun di pertengahan sikit.

Makin hari makin terhakis keyakinan rakyat pada UMNO.Tak payah cakaplah fasal pelapis.

Dato.

Saya rasa kalau SPRM kerja kuat dan berlipat ganda dari sekarang dengan bujur lalu melintang patah macam Op Cantas oleh PDRM maka ramai lagi akan diheret.

Kerajaan UMNO/BN sekarang adalah merupakan Kerajaan Orang Kampung.
Maka orang kampung juga yang kena tipu.

Harap pagar pagar makan tanah dan tiang pagar sekali.

UMNO terus dirundung malang.

Terima kasih.

wan k said...

Saya rasa umno perlu dibubarkan kerana sudah tidak relevan. Tukar sesiapa pun sama sahaja. Bak kata Dato' walhasil balik asal itu pasal tak jadi.. kui3

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

Setiap parti perlu pemimpin muda samaada BN atau PR kalau yang dah tua yang dah kering idea tak diganti alamatlah..

Dalam UMNO bukan Mukhriz sahaja yang perlu bertanding yang lain seperti Khairi Jamaludin dan Saifudin Abdullah pun patut diberi peluang menawarkan diri sebagi Naib Presiden.. barulah betul-betul orang muda.. barulah Umno terus segar..

Kena ada persangian untuk kebaikan Parti..

TQ Tok..

marhaem said...

Dato

Umno sekarang guna sistem kroni untuk pelapis mereka.

Siapa yg ikut cakap chief maka peluang nak naik adalah besar walaupun setakat jadi pak pandir sahaja.

Siapa yg suka melawan maka jawabnya kau duduk lah kat situ sampai pencen walaupun pengikut kau ramai.

Begitu besarnya power ketua bahagian...

zed-85 said...

Dato,

Memang baik untuk adakan pemimpin pelapis.

Sebenarnya, bukan usia sahaja yang penting tetapi kebolehan.

Ada banyak orang melayu kita yang berkebolehan, ada professor, Dr, professional, graduan lepasan sarjana dll.

Nampaknya banyak ada golongan bangsawan yang mencabar jawatan tinggi seperti ketua pemuda dan Naib presiden.

Sekiranya UMNO hendak terus releven, mestilah terbuka kepada "talent pool" yang ada.

Berkenaan dengan komen Dr.M yang sensasi baru-baru ini, kalau tidak silap saya di era dan zaman beliau yang bermulanya trend , jawatan sekian dan sekian tidak dicabar.

Komennya mungkin bersempena dengan sebab Dato. Mukhriz masuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Saya kira, contoh pemimpin UMNO golongan muda yang baik adalah seperti Saifuddin Abdullah dan Dato Nur Jazlan Mohamad.

Mereka berkebolehan untuk berdebat dengan terbuka dengan pembangkang dan lebih up-to date dengan keadaan semasa.

Ada ramai juga di dalam UMNO yang sudah expired dan perlu diganti untuk zaman menjelang 2020.

abdullahngah said...

siapa pun pemimpin yang dipilih pada perhimpunan agung umno yang diadakan itu sama sahaja.

Tiada perubahan untuk memperkasakan orang Melayu di Malaysia ini.

sebaliknya untuk membuat mereka yang naik jadi pemimpin dapat ruang untuk mengumpul harta.

Tidak lebih daripada itu.

Jika dipanjang usia dapatlah kita ketahui nanti.

abdullahngah said...

Tidak dinafikan ada pemimpin umno yang baik, tetapi mustahil pemimpin kelas ini boleh naik, miskipun dicalon dan bertanding.

affendi hussain said...

Salam Dato..

Pelapis

atau

Kesinambungan Dinasti

UMNO = neo-aristokrat

tenat & melarat.. nampak mcm calon pemimpin melayu ni hanya ada 2-3 kerat.. lawan tauke je kena lipat, yg elok2 makin pupus hilang zuriat, boss taknak dengar yg buruk2 hanya mau dengar yg hebat2, habis mcm mana org bijak pandai nk dekat.. semua hanya utk puak2 dan suku sakat..

ntahlah Dato'

Salam Talkin utk UMNO

wallahualam

(",)

Tinta Hitam said...

Datuk,

Pemimpin pelapis UMNO? Ada ramai.Tapi takda satu pun yg boleh diharap.UMNO is dying..

antisyaitan said...


Salam Dato,

Kalau mengikut riwayat yang sahih, kumpulan syaitan yang dikenali tidak akan mati malah akan diberi peluang untuk hidup sehingga hari kiamat...
untuk memujuk manusia kearah kesesatan sehingga hari kiamat.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).