Tuesday, September 10, 2013

The PM, My Glass Of Water And Bumiputera


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]


UPDATE, Sept 12THE PM speech at UiTM on Saturday, Sept 14, is at 10.30am. This is according to an EPU invitation faxed to Dato' A. Kader Jasin (I assume that’s me) today.

It will be aired live by TV1, TV3, Bernama TV and Astro Awani. Also live streaming at www.epu.gov.my and at www.teraju.gov.my  and live tweet at twitter.com/terajuofficial.

ORIGINAL POSTING
 
CAN the Prime Minister be made to change?

Some Umno dreamers and the pro-Umno Malay cendekiawan think it is possible.

Fine.

But what if Mohd Najib the Prime Minister of all Malaysians does not want to change?

Or he does not see why he should change since he does not think he has done anything wrong?

I am provoked to pose these questions for two reasons. The most recent one first. This morning I received the following SMS:

“Jemputan khas dari JPM utk Majlis Pengumuman khas oleh PM berkenaan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pd 14/9 (Sabtu) jam 8.00 pagi di Dewan Agong Tuanku, UiTM, Shah Alam.”

(Special invitation from the PMO to special announcement of the Strengthening of Bumiputera Economy by the PM on 14/9 (Saturday) at 8.00am (CORRECTED) at Dewan Agong Tuanku, UiTM, Shah Alam.”)

There are still people in the bottom 40% who live like this

Before that, several people who fall into the above categories had told me that since it is difficult to change the Prime Minister, we would now endeavour to change the way he runs the country.

I said to them that I have seen enough of the Mohd Najib Abdul Razak - starting 1977 when I interviewed him on the anniversary of his first year as an MP – to think that he could be changed.

So I told them, if the PM promises me a glass of water, I would not believe in his “janji ditepati” (promise fulfilled) until I drink the water and not be poisoned by it.

It sounds harsh. I am not accusing the PM of trying to poison me. I am not worth wasting the rat’s poison on. But what I am saying is, many things that he says, promises and implements are lost in translation.

Too Many Robins and Catwomen in the PM's Entourage

This is not because Mohd Najib is a bad man with an evil heart. On the contrary, I am sure, he wants to be a hero like the Batman saving Gotham, but the problem with the PM is he has too many Robins – males and females – who are competing with each other for his love and affection, money and power.

I am more than sure that Mohd Najib is capable of delivering a glass of well-treated water, free of diesel contamination, for me to quench my thirst.

But what worries me is, along the way, despite Idris Jala’s best efforts to transform the government delivery system, my glass of water gets contaminated, part of it is lost to evaporation and part of it is spilt by the many Robins and Catwomen in his office that when I drink it, I could not fully quench my thirst and instead suffer a bad case of stomach ache.

So to the Umno dreamers, the youthful Malay idealists, the aging Mubarak faithful and the hopeful pro-Umno bloggers, I implore them not to empty the tempayan upon hearing the distant thunder and not to “pipiskan lada” upon seeing a flock of birds in the sky.

So I shall wait for Mohd Najib’s Sept 14 announcement on “Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera” (Strengthening the Bumiputera Economy) and be on the look out for my glass of water.

For now, I shall temper my scepticism and cynicism with “baik sangka” and pray that the Umno dreamers and hopeful Malay cendekiawan are correct after all – that Mohd Najib can be changed without changing the PM.

Wallahualam bi Sawab. Allah knows best.

51 comments:

kluangman said...

PEMANDU telah melakukan sesuatu yang terbaik, bukankah majlis “Pengumuman khas oleh PM berkenaan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pd 14/9 (Sabtu) jam 8.00 di Dewan Agong Tuanku, UiTM, Shah Alam.” tepat dari segi masa, tempat dan tarikh untuk survival najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri !

Siapa kata PEMANDU tak hebat..

jab sp said...

Yang Berbahgia Dato'
1-Najib,sama seperti mereka yang lain sebelumnya yang bergelar PM,tentu ingin perkara baik yang dilakukan sepanjang pemerentahannya diingati.
2-Dan menjadi kebiasaan yang dimestikan setiap PM akan ada barisan penasihat rasmi.Namun bagi Najib,ramai berfikiran bahawa beliau juga mempunyai penasihat tidak rasmi yang kuasanya mengatasi kuasa penasihat rasmi.
3-Selain Idris Jala,ada seorang lagi orang koperat yang diambil untuk menjadi Menterinya di JPM.Sewaktu tokoh koperat ini mengetuai sebuah GLC,tanyalah staff dan pengurusan dibawahnya,apa yang dia tidak jualnya supaya GLC yang diketuainya mencatatkan keuntungan berbentuk sementara.Yang dijualnya bukan idea perkhidmatan tetapi harta benda yang diwarisi dimana ia adalah hasil usaha CEO sebelumnya.Selepas meninggalkan GLC perkhidmatan ia diambil pula mengetuai GLC yang ada kaitan dengan RM($$$).Bayang betapa seronoknya bekas stafnya apabila hari dia diumumkan bertukar jawatan kepada menteri kenduri pisang tandan diadakan.Kapitalis terbesar.Apa yang marhean bolih harapkan pada seorang yang berjiwa kapitalis paling besar.
4-Menteri pembodek dan ahli politik pembodek tidak dapat dipisahkan bagi mengekalkan kedudukan.Malangnya cara ulasan mereka menyokong semua tindakan PM eolah mereka ini bercakap pada perkara yang mereka sendiri tidak tahu.
5-Kekuatan politik ada lah paling utama bagi seorang PM.Adakah Najib ada kekuatan ini.Untuk mengukuhkan kekuasaan Najib perlu "membeli" kepercayaan.Namun apalah malang nasib Najib,setiap langkah yang dibuat adalah langkah songsang.UNTUK APA DIA "MEMBELI" KESETIAAN PELARIAN DARIPADA PAS-PKR-DAP yang tidak ada kuasa menentukan kedudukannya diperingkat bahagian umno.
Akhirnya,sekali lagi saya berpendapat setiap mereka yang mahu jadi pemimpin tertinggi (PM) niat mereka memang ikhlas untuk berbakti pada rakyat.Tetapi kerenah orang disekeling gagal mereka atasi.

maae said...

PM Najib terbuka kepada pendapat dan cadangan. Minta maklumbalas dari orangramai.

Kita sudah bersuara. Majoriti Melayu sudah memilih dengan undi memihak. Datuk sudah menegur. Ahli-ahli biasa Umno sudah luah kegusaran. Apa lagi PM mahu ?

Jika kena berubah, lakukan segera. Rakyat marhaen dan akar umbi perlukan Ketua dan Pemimpin yang berjiwa rakyat. Rakyat yang lebih bernasib baik juga ingin perubahan. Cuma cara berbeza.

Sokong luahan Datuk. Kita semua menunggu saat dan ketika nya dalam tempoh terdekat ini.

Kulup Selan said...

PM Najib tiada selera melayu/bumiputra . Saya tak nampak bagaimana najib boleh tukar selera. Yang paling baik cari PM melayu yg ada selera melayu/bumi.

zainal abidin awang kechik said...

Salam tok.. Salam Dari ward 406 sjmc,
Melihat Nasib dan masa Depan melayu dan rakyat bergantung kepada pengagihan kekayaan negara.
Jika agenci kerajaan ( JAWATANKUASA TERTINGGI AWAM SWASTA) ini amanah dan Besar benar ingin membantu agama bangsa dan negara.. Ianya Akan berjaya. Tetapi jika kekayaan negara dan kemajuan ini hanya di kelola oleh ,KSN,KSP... Dan KSU lain hanya ikut kerana takut hilang kuasa.. Maka keputusan akan menuju serta mengikut nafsu mereka. Tok .. Saya dalam gelangang ini saya amat paham dan Demi Allah saya pun kena tempias..

MALAYU AKAN BERJAYA JIKA ADA PENGAWAI TINGGI JUSA A B C . DAN STAFF ONE. YANG INGIN MELIHAT RAKYAT DAN MALAYU BAHAGIA..

Jika minit dan arahan Perdana Menteri pun tak berjalan.. Maka rakyat Akan terus sengsara.
MEMBAWA HARAPAN BARU JIKA KSN BARU KSP BARU


Salam UNTUK datin tercinta .

JohorMali said...

DAKJ,
Tidak salah kalau saya sifatkan Datuk dan para pengikut blog ini, termasuk saya, sebagai outsiders apabila memperkatakan tentang UMNO.

Saya ingin membawa kepada persoalan samaada MT UMNO ( dari Tim. Pres, Naib naib nya dan ahli MT yang lain) utuh atau rapuh.

Tak kanlah ahli ahli MT tidak dapat memperkasakan apa jua objektif asal UMNO ditubuhkan, kecuali ahli ahli ini tidak berapa perkasa!

Tak taulah apa yang berlaku dalam mesyuarat MT. Adakah Presiden mengambil kira suara majority MT atau MT menelan segala saranan Presiden?

Taring siapa yang patut lebih tajam? Taring Presiden kah atau taring MT kah?

Binatang buas bertaring pun tak telan semua yang dijamah.

azman said...

Assalamualaikum wbt, pak Kadir..

1. Saya ingin bertanya, adakah jemputan itu akan dipenuhi?.

2. Setuju jika PM kita ditegur dan diperkasakan oleh kita rakyat yang sayangkan PM, (tidak setuju jika ingin menjatuhkan beliau dengan cara memfitnah)

3. Tidakkah kita boleh sehebat bangsa Cina? kerana mereka merasakan Cina adalah untuk masyarakat Cina, dan mereka bercita cita tinggi...

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

kalau Datok sendiri tak yakin janji PM nak beri segelas air, sehinggalah Datok dapat minum barulah Datok percaya.. nampaknya janji tinggal janjilah..

Rumah buruk rakyat bawahan yang jumlahnya mencecah 40% (ramai tu) akan terus buruk.. tak siapa yang ambil peduli sekalipun dia penyokong BN.. nasib-nasib..


TQ Tok..

Abgbent said...

Salam Ybhg Datuk KJ,

Saya yakin dan percaya, bahawa seandainya PM mengimplementasi pengumuman khas itu dan berlaku sebenar-benarnya, lebih-lebih lagi memperkuatkan Alif Ba Ta, semua Bangsa Malaysia akan berpaut kepadanya... Sungguh!

Keyakinan ini bersandarkan 'budi' bangsa selain bumiputra yang menginginkan seumpama pepatah "ada Udang disebalik mee" di bumi Malaysia Tercinta.

Abgbent

Frank Labu said...

Salam Dato'

Saya dari sebelum pru 13 berharap Muyidin akan ambil alih dari Najib.

Tapi saya tengok Muyidin sekarang dah lembab dan sembab. Tak mcm ketika dia minta Pak Lah letak jawatan dulu. Sepatutnya Muyidin yg jadi PM dulu bukannya Jibby.

Mungkin Muyidin akan kempunan telor temakul.

din klang said...

Dato

The keyword in becoming a millineum era leader is stability.

Stability in economic politic and social will the hopes of the subjects young and old... Rich or poor in any country. Not to mention other important matter ie education health

Poor Najib as he fails to notice the people whos shaking his boat are his most trusted
generals advisors friends and families.

Either the ship need a new captain.... Or crew ....or both

Ahoy...

Joe Black said...

Dato'

Kita Sering Mendengar siAnu bercakap Tentang Pepatah Barat "Don't Judge a Book by Its Cover"...

Kita Sudah banyak terpaksa Membaca Buku yang ditulis olih Penulis bernama Najib Razak sampai faham betul akan isi kandungnya yang tak seberapa walau pun muka Kulit nya lebih mementingkan "Galmour" Dari Isi Kandung. Dari 1Malaysia ke Transformasi Berpandukan Soup Alphabet.

Biasanya apabila kita merasa bahawa sipenulis cuma ingin menjual bukunya yang tak mempunyai isi kandung dengan menggunakan cara kulit glamournya kita terus akan memulau penulis tersebut.

Olih itu, tidak heranlah jika Datuk sebagai "Reader" yang telah masak dalam hal penulisan sudah tak ada lagi minat membaca buku yang ditulis olih penulis bernama Najib Razak....Cuma Apa kah lagi taktik Glamour yang akan ditayangkan kali ini atas nama Ekonomi Bumiputra?

Zed-85 said...

Dato’
Based on your article, looks like UMNO members are stuck with Najib for the number one post.

According to the hopeful members and thinkers, the only way to change things now is to change Najib.

Well, good luck with that.

About the Batman,

The character of Batman is interesting because he wear a mask and a nice "awesome" outfit.

Unlike other superheroes like Superman or Wonderwoman, Batman do not have any super power but he has a highly superior intelligence, he is very strong with martial art skills (karate-do) and he use state of the art science and technology to catch the bad guys.

As for Batman major values, he fights for justice and equality.

When not wearing a mask, Batman is very handsome and good looking. (Hence handsome actors like George Clooney and Christian Bale were given the job)

I really connot see all these Batman traits in Najib. Maybe some pro-UMNO people can see.

Most important of all, I do not think Najib is surrounded by Robins and Cat-women. The Jokers, the Two Faced and The Riddlers most likely. All these character-villain are notorious and popular in the Batman story.

Lahuma said...

Dato.

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputa oleh PM adalah satu tindakan yang terbaik.
Semoga egenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra kali ini mempunyai ramuan dan kaedah yang terbaik dan ada ketelusan.

Tidak juga Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra ini sekadar indah khabar dari rupa.Indah dilihat tapi tak dapat dipegang.

Kegagalan ekonomi bumiptra sedikit sebanyak kerana faktor pemimpin yang buat dasar itu sendiri cakap tidak serupa bikin.Seperti ketam ajar anaknya berjalan betul.

Pembuat dasar dan pelaksana dasar kena faham betul-betul kalau hendak perkasa bumiputra.Pembuat dasar kekanan.Manakala pelaksana dasar kekiri.

Dalam banyak hal bumiputra bukan sahaja terpaksa bersaing hebat dengan bukan bumiputra.Tetapi lebih malang bumiputra terpaksa bersaing juga dengan kerajaan bumiputra.Banyak dalilnya kalau hendak dibuktikan.

Ada menteri dan pegawai bumiputra pun cuma manis dan masin dibibir sahaja.Merekalah pendokong bukan bumiputra dan pelingkup bumiputra.

Retorik Melayu/Bumiputra masa mana.Bila ada pemilihan UMNO.Waktu itu semuanya:

Pendidikan Melayu/Bumiputra
Ekonomi Melayu/Bumiputra
Dan lain lagi.

Selepas selesai.Terus menyepi separuh bahasa.

Diharapkan PM Najib dan seluruh Kebinet Bumiputra serious agneda ini.Jangan;ah Pi mai pi mai tang tu juga.

Yang melimpah hanya bumiputra berstatus menteri,VIP,dan setaraf dengan nya.Bumiputra lain macam biasa juga.

Syabas PM Najib.

Terima kasih Dato.

ab said...

Salam dato,




Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pd 14/9...



Saya nak tunggu LANGKAH yang akan diumum PM itu ikut ketetapan perlembagaan Malaysia ATAU ikut ketetapan PM SENDIRI ..



KALAU IKUT ketetapan perlembagaan Malaysia,SAYA SETUJU dan pilih PM ni jadi Presiden UMNO dan pilih BN lagi..



Samada PM bantu Melayu/bumiputra ATAU melayu/bumiputra bantu `bungkuskan' PM..tiada pilihan lain sekarang.





Kalau ikut PM PUNYA SENDIRI...saya akan BANTAH dan TAK PILIH DAN TAK PANGKAH lagi selamanya..




PM NI PANDAI tulis dan buat ensaiklopedia slogans dan bahasa bangsawan....




Abu Bakar Ab Rahman


Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1 Najib tu bertuah kerana dia anak Tun Razak. Balik belajar cakap Melayu pun pelat, pada umur 22 tahun dah dilantik jadi anak raja dgn kedudukan ahli parlimaen.... mengambil tempat arwah ayahnya macam jawatan peribadi pulak. Menafikan mereka yg lebih layak waktu itu.

2. Pernah ke Najib mengharungi suka duka rakyat? Tentulah tidak. Sekarang Mahathir pulak nak anaknya ganti dia kerana telah ada precedent. Tradisi mengagong pemimpin secara berlebihan hingga merugikan Melayu.

3. Kata org mata tak tau menipu. Dgn Najib walaupun mungkin ramai tertipu, cuba Dakj lihat matanya ketika dia bicara......nampak benar penipunya.

4. Saya tiada isu dgn keturunan sebelah Tun Razak.Sebab itulsh kata pesanan pd anak muda, nak csri isteri lihatlah asal keturunan jugak.

5. Di kalangan anak cucu Tun Razsk, Tun Hussein Onn dan MAHATHIR ada ke benar2 sekolah di tanah air hingga tamat U? Kalau jawapannya tiada maka eloklsh UMNO cariorg lain jadi Presiden UMNO dan PM.

Shadow Banker said...

i support pm. pm is very goog. don't poison people. tq.

Kampong man said...

Salam DAKJ,

Shadow Banker,

Nallairikria !!

1.Shame on you Shadow Banker.You have no reason to be here with a liner please.You are a prolific writer.Isshh... Have promoted your blog like hell last night.But look at your flimpsy comment. Substantiate and tell us why you support Najib.Tell, tell, tell.

Once a pirate remain a pirate bro.I will buy you tosai in Brickfield.Thay too was my kampong one time.Ha..ha.

Anyway, Vannakkam and rumboo nandri Tambi.

Kampong man said...

salam Dato,

1.No worries Dato,as predicted no one dares to challange Najib premier position.Not even, yang saya hormati, Ku Li.Ku Li lack grassroot support and age is taking a toll on him.UMNO needs dynamic and energetic young blood.Ku Li even desires to relinquish his Gua Musang leadership if that is of some indicator.It looks like Najib will hold the helm and Mohy plays the deputy role for sure.I am for it(Disagree with Outsyedthebox) Under new UMNO democratic election process transformation anyone is free to contest any positions but they have to 'Ukur baju di badan sendiri lah'.DAP tak begitu kan ?.I like to see more Malays in CEC apart from that fake Malay young Chico Zairil.Prove me your CAT.

2.What need to be said has been said and i am sure Najib is listening and listening he must else he will suffer like what Pak Lah had gone through,shun away(not ostracised mind you).I respect that good man too.Najib will make a big announcement this coming 14 Sept on various critical inititives in solving Bumiputra issues to memperkasakan Agenda Bumiputra through variuos GLCs and gomen agencies.Lets hear what that inititives are will be.This time Najib MUST better be real and decisive.Dah lama dah kami dok tunggu (popular Tun expression).

3.Other political parties too shall have their election before the year end but UMNO has always been the focus now after UMNO itself win big despite all the hurrah pre PRU of a PR gomen.It is hardly five months now past election and its time for consolidation and reconcilliation. Time to work and deliver promises. We are watching else we ship you out.

4.Again,it must be said that UMNO is not just about Najib.It is about the entire UMNO leaders and BN coalition if it were to be relevent and be the party of choice.BN was mandated because PR was weak,not united in purpose with many structural problems within their 'lembik' coalition.That was why.They will not be the same coming PRUs if Anwar is stil there.Leadership TARAKK,,,and ELLEK.

By the way Dato,that scanty atap house on stilt is a bit overdose i thought.

Salam dan terima kasih.

Jh said...

We need a strong and brave leader who can make wise decisions. And of course a leader who doesn't invite malicious rumours such as his spouse who's actually governing this country.

din JB said...

Din Melaka tak habis habis mengutuk perbadi orang.Maka berdosalah Din Melaka.Tak intellectual langsong.Pergi main layang layang, go fly kite.

minah ronggeng said...

Assalam Dato,

Quote from Malaysian Insider:

"He (Kadir) also said that for the opposition here, being detained under the ISA was like a badge of honour"


Badge of honour???

You nak satu ke Dato'...hehehhe

source:
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/former-top-cops-editor-call-for-the-return-of-preventive-laws

minah ronggeng

Umar Preacher said...

Dato', Kalau subsidi minyak 1.3 Bil yg bakal dijimatkan digunakan semula utk buat highway Pantai Timur, saya rasa rakyat boleh terima sedikit sebanyak. Tapi kita tahu, kalau PM benar2 ikhlas utk buat kebajikan utk rakyat atau sebab survival masa depan politik beliau.

Resol said...

"So I told them, if the PM promises me a glass of water, I would not believe in his “janji ditepati” (promise fulfilled) until I drink the water and not be poisoned by it.
....many things that he says, promises and implements are lost in translation."

Dato', U just sum up what I think about Najib administration.

I'm a regular user of RapidKL bus, especially when going to/from work. I live in Sentul, and travel to my work place in Tmn Melati. on average I waste 2-3 hours daily just waiting for the bus.

Percayakah Dato' jika saya bagitahu saya pernah tunggu bas selama 2 jam 15 minit utk balik dari tempat kerja?

Bila dilapor kpd RapidKL Helpline, jawapan mereka sungguh mengecewakan. "Jalan jam, bas rosak masuk workshop, takde driver jadi terpaksa kurangkan trip bas..." Mcm2 alasan. Tapi kalau baca dlam w/site PEMANDU, waah..! Mcm tak percaya je. Ada buat 'transformasi' rupanya (Improving urban public transport).Tahun lepas saja ada tambah 470 bus baru. Mana pi bus2 ni? 'Transfomasi' kepala hotak apa ni?

Kadang2 saya berfikir sendirian "adakah public transport di KL ni bertambah baik brbanding 6-7 tahun lalu?" Selepas beratus juta RM dihabiskn si PEMANDU, jawapan saya "TIDAK". Saya jamin majoriti 2.5 juta pngguna harian bus bersetuju dgn saya

A KADIR JASIN said...

Sdr Din Melaka, you comment on a Malaysian leader and a GLC bank using "bomohs" from India will not be posted. I have no way of verifying your allegation. Thank you.

Rahman adil said...

Dato Kadir.

Saya membacha akhbat the strait time muka depan hari ini berhubong dengan agenda ekonomi bumiputra yang akan di lancarkan oleh Najib pada 14 sept.

Antara comment yang menarek ia lah.
1.currently bumiputra shares of commecial property transaction is only 5%.
Komen saya.

a- midvally development.
Tanah milek bandar raya.Tanah 50 acre.Ia nya di beri kapada IGB 70% dan Bumiputra 30%.
Soalan saya kenapa do beri kapada IGB syarikat milek Tan Chin Nam .kenapa tidak di beinkapada PNB atau UDA untok di bangunkan.
b-Pavilion.sekarang ini di mileki oleh Densmon dan Qatar Fund.Tanag itu asanya di beri kapada bumiputra dan telah di jual kapada Desmon Tan.Kenapa tanah itu tidak di beri kapada UDA atau PNB atau Tabong Haji.
c-Lot 10 dan StarHill complek.Asalnya di mileki oleh Sulaiman Manan.Apabila ia menghadapi kesukaran kewangan kenapa PNB atau UDA menolongnya.Kenapa ia di minta menjualnya kapada YTL dengan harga yang murah.
Ini semuanya merupakan tanah commecial yang berharga.
Siapa yang hendak di salahkan.

2-Milek equity Bumiputra yang turun mendadak sejak tamatnya DEB.Penyinaran saham bukuan bumiputra di luluskan tampa mengambil kita equity bumiputra.
Security Commision merupakan badan yang penting yang memain peranan dalam pengeluaran saham di BSKL.Ia nya sekaang ini di ketuai oleh buka. Bumiputra.
Jawatan yang penting dalam SC juga di ketuai oleh bukan bumiputra.Apa kah Menteri Kewangan Najib buta mata.Apa mereka ini bukan bumiputra yang mengetui SC dapat memahami agenda ekonomi Bumiputra.

Pada tahun 1974. Kita mengada kan Kongress Ekonomi Bumiputra.Segala keputusan Kongres Ekonomi bumiputra itu merupakan blueprint dasar yang patut di patohi oleh semua kementerian dan agensi Bumiputra.

Kenapa blueprint ini tidak lagi di ikutybdan dilaksanakan.

Antara keputusan yang penting yang perlu dilaksanakan ialah dalam tender kerajaan,syarikat bumiputra mempunyai advantages dari segi harga tendar,Jika harga tender syarikat bumiputra lebeh dari 10% dari syarikat bukan bumiputra.tender itu perlu di beri kapada syarikat bumiputra.Ada kah dasarbitu di laksanakan sekarang ini.javwabnya tiada,
Kedua.syarikat syarikat milek kerajaan tidak boleh compete dengan syarikat bumiputra.ada ini di laksanakan.
Kita ada Khazanah Malaysia.Ketuanya Azman Mokhtar tapi pegawainya semuanya bukan bumiputra.adakah mereka ini faham agenda bumiputra,

Sekarang ini jika kita hendak mendapat projek projek yang besar syarat utama ialah syarikat ini mesti mempunyai hubongan yang intim denga First lady .tidak kita syarikat itu milek bumiputra atau bukan bumiputra,dengan satu pangilan telepon dari PMO,ia nya akan mendapat projek itu.

kadir.Najib merupakan PM kita tapi ianya di kawal ketat oleh first lady.Untok menukar Najib amat lah sukar,

Jawapan saya Najib perlu di ganti dengan Pemimpin yang memahami Agenda Melayu.

Sekian.jika tidak kita hanya membuang masa sahaja.

sujini said...

Datuk,

1. Saya rasa Datuk tertinggal sebab kedua kenapa Datuk menyuarakan soalan2 dalam tampalan Datuk kali ini.

2. Adakah Datuk akan hadir Majlis tersebut? Kalau hadir boleh cerita kepada pembaca blog Datuk.

3. Saya ada beberapa tiori khayalan kenapa Mohd Najib berpendirian seperti yang Datuk laporkan.

Pertama: Pengaruh yang membuat Mohd Najib tidak berubah sejak Datuk kenali beliau sehingga sekarang munkin ada kaitan dengan pertalian darah.

Kedua : Mohd Najib berperwatakan seorang yang tak suka menghampakan hati sesiapa.Tan Sri Rafidah Aziz pun ada cakap bahwa PM Najib ini baik hati.

Ketiga : Beliau percaya yang semua orang baik hati macam dia.
Sebab itu kita lihat beliau membuat perkara2 songsang diantaranya seperti melantik Waythamoorthy sebagai Tim.Menteri.

Datuk, ketiga-tiga tiori khayalan saya ini hanya sebagai menimbul keraguan yang munasabah(within reasonable doubt) kepada pembaca-pembaca blog ini termasuk diri saya yang tidak mengenali Mohd Najib dari dekat.

Sebagai Peguam yang bijak kita harus meyakinkan Hakim bahwa terdapatnya keraguan yang munasabah sehingga Orang Kena Tuduh (OKT) pun boleh terlepas daripada hukuman tali gantung.

Akhir kata pendirian Datuk untuk berbaik sangka itu memanglah dituntut oleh Islam.
Selepas Sep 14 bagaimana Permerkasaan Ekonomi Bumiputera itu dilaksanakan sama-samalah kita saksikan.
Cuma keberhasilannya hanya akan dapat diterjemah pada PRU14 nanti...In shaa Allah.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Dalam suasana ekonomi dunia tak berapa cerah, ringgit melemah, hutang negara membengkak dah nak menanah, bnm merobah jangkaan pertumbuhan GDP lebih rendah dan kerajaan Najib masih belum tunjuk contoh tata urus tadbir yg baik maka pertanyaan saya masih adakah wang untuk bantu tingkat ekonomi Melayu yg bakal di umum Najib Sabtu ni?

99% rasanya gendang kosong. Meloponglah Melayu yg masih terharap macam tunggu kucing bertanduk.

din melaka said...

Dato Kadir

Najib ni terlalu naive untuk menjadi pemimpin.

Dia tidak pernah atau perlu fight untuk mendapatkan sesuatu jawatan.

Attitude fighter demi survival pun dia tidak pernah lalui kerana sejak sudah senang. bahkan ramai pemimpin sekarang yang tidak faham erti susah kais pagi makan pagi...

Lihat saja sikap hisham nazri dan beberapa lagi yg lain yg tidak akan faham semua yg kita bincangkan.

Yang lain pula sibuk hendak meningkatkan status.

Yang mereka faham cuma bagaimana untuk elak tidak menjadi susah...tanpa kira cara

Ps. Din melaka hang pergi main layang layang kat kedai kopi la

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sejak zaman Mahathir hingga Najib , ada dua persamaan penting yg perlu diwar2 supaya rakyat sedar atau disedarkan.

Pertama jahat. Kedua buat suruhanjaya atau guna mahkamsh untuk tutup kejahatan mereka.

Dalam kedua2 perkara, rakyat terutamanya Melayu lah yg rugi.

Terbaru dapat dilihat dalam pendengaran RCI yg membicarakan soal pendatang haram di Sabah di beri ic. Mahathir dgn selamba mengaku tak tau atau terlibat. Malah mrnyalahkan pegawai kerajaan kerana salah guna kuasa.

Mentang2 kakitangan kerajaan tak boleh buat sidang akhbar untuk bantah kerana takut kena buang kerja maka mereka jadi punching bag.

Presiden CUEPAC dan lain2 kesatuan sekerja pun menikus sebab takut dgn sistem diktator Malaysia. Majlis Professor kangkong? syok sendiri sebab dpt peruntukan kewangan selesa sambil srkali sekala keluar krnyataan puji kerajaan.


Dulu Suruhanjaya polis, dah buang duit rakyat. Suruhanraya Lingam rapat dgn ketua hakim negara pun buang duit rakyat sebab tak nampak tindakan pembaikan.

Kes rakyat rugi berbillion rgt dalsm projek PKFZ yg sedang dibicsra mahkamah pun nampsknya tak kemana.

Tektik kerajasn dulu UBN dan sekarang din melaka gelsr kerajasn UMNO ialah ...kita buat jahat? dulu. Kalau rakyat bising kita sersh kes pd mahkamah atau suruhanjay a.

Terbaru bila rakyat marah kenaikan harga ron 95, dgn cepat kerajaan UMNO cover dgn ura2 nak perkenal ron 92 pulak.

Geliga2.......otak penipu.

Bodoh2.......senang ditipu.

Bodek2.......untung selalu

zed-85 said...

Saudara Resol,

Mengenai saudara tunggu bas lama,

Saya teringat zaman dulu kita ada bas mini. Dari segi time table, bas mini boleh katakan ok. Tak delah tunggu bas lama-lama.

Cuma drebar bas mini bawak bas macam mat rempit.

Sekarang ini bas dikorparatkan supaya dapat memberikah khidmat yang lebih baik.

Alasannya biasalah jalan jem, tak de drebar, bas rosak. Kalau kita tanya pak menteri, dia akan sarankan kita pergi ke luar negeri kalau tak puas hati.

Kalau PEMANDU tidak berjaya, saya rasa mungkin akan ditukarkan kepada nama yang lain, DREBAR dan sebagainya.

Untuk tidak terlalu negatif, ada orang kata sistem komuter dan lebih baik, ikut jadual. Setakat ini dah lama tak naik.

Sistem Komuter KTM boleh katakan selesa, cuma slow, KL sentral - Port Klang, 1 jam lebih.

A KADIR JASIN said...

Khas kepada pembahas Din Melaka,

1. Saya bagi segala peluang, saya hormat dan saya tolerate komen Sdr walaupun ada kalanya melanggar batas kesopanan dan tamadun.

2. Saya yakin Sdr orang dewasa yang banyak pengalaman dan pengetahuan serta komited kepada perjuangan Sdra.

3.Jadi saya sangat kecewa apabila Sdr menjadi terlalu emosional dan personal sehingga mamaki-hamun dan menanggil orang yang Sdr kritik dengan pelbagai nama dan gelaran yang menghina dan keterlaluan.

4. Sebagai dua orang dewasa dan orang Melayu (melainkan Din Melaka penyamar) saya minta kerjasama agar Din Melaka lebih waras dan sopan.

5. Hal yang sama saya mohon kepada pembahas lain, khasnya yang tidak sehaluan dengan Din Melaka.

6. Tolonglah saya jadikan blog kita ini sebagai blog yang waras, matang dan berhemah. TOLONG!

Terima kasih

Bakh Sani said...

Dato',

Saya pernah kata dulu, seronok masuk Blog Dato'. Banyak komen komen yang berkualiti. Tuan punya Blog pula seorang yang berprofil tinggi.
Tapi bila baca komen Din Melaka, rasa macam tengok gambaq Monalisa tapi Monalisa tak senyum.

Din ooo Din, awat hang marah sangat aaa??????

Suratman said...

Bro Kadir,

Selagi sdra tidak berani dan tegas masih membenarkan komen komen yang menghina, tidak sopan, beremosi, personal dan tidak matang saperti sdra Din Melaka blog tuan akan luntur kualitinya.Tuanlah yang menentukan halatuju dan bertanggongjawab atas kerana menggalakan penulisan sumbang.

Saya harap juga Din Melaka buang sifat kebudakan dan berfikiran waras walaupan tidak bersetuju.

mokhtar bin Zainol Abidin said...

salam Dato,

setiap hari ada saja project-project perumahan mewah berbilion ringgit di Iskandar johor, Kuala lumpur dan juga Penang, bukan main gah lagi publicity nya.
mampukah orang melayu membelinya? PM najib tabik dada kerana berjaya membawa masuk berbilion-bilion pelaburan berjanakan beribu-ribu berkerjaan.
orang melayu ( graduan ) masih berbulan-bulan mengggangur? yang dapat kerja hanya orang luar (islam) dari bangladesh, india & negara islam yang lain.
orang melayu akan terus jadi mat motor, mat gian & mat PKR , mat PAS
depa kata PM najib sayang orang luar.
saya setuju dengan Dr M, orang melayu sokong UMNO/BN kerana takut bukan suka sangat.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. Pemilik blog ini adalah Dakj.

2. Din Melaka dan entah berapa ramai pelawat adalah tamu yg sokong atau bangkang.

3. Kalau Dakj tak mau siar komen sesiapa itu dalam batas hak serta budibicara Dato sebagai pemunya blog. Telah beberapa kali tulisan Din Melaka, Dakj tak siar. Dan belum pernah Din Melaka merungut.

4. Sekarang ni pun dah ada dua orang pakai nama yg sama. Yg berbeza Din diganti din oleh org yg mati kutu dgn tulisan Din Melaka.

5. Supaya berlaku adil , saya cadang Dakj keluarkan garis panduan apa ungkapan yg ditegah kerana dianggap melanggar batasan tata susila.

6. Ada perkara yg sangat subjektif. Bila terkena batang hidung sendiri mulalah kita melompat dgn ungkapan spt emo, kebudakan , tak matang, tak waras, terlalu keras, membawa dan mebanam bibit kebencian dsbnya. Sepatutnya kita mematahkan hujah dgn hujah . Bukan sweeping statement yg kosong.

7. Sekarang Din Melaka fikir beliau lebih menjiwai cara dan kemahuan Dakj.

8. Fudalistik berlebihan yg membazirkan berbillion masa org Melayu wajar dikurangkan.

PENGUNDI AMPANG said...

Dato'

Segala bentuk ulasan yang meragui PM merealisasikan hajat baik beliau 'MEMULIAKAN ORANG MELAYU/BUMIPUTERA' telah diluahkan/telanjangi.

Namun, keputusan PRU 13 mewajarkan pemerintah 'membalas budi'pihak yang memenangkannya.

Ayuh, balaslah budi pihak yang dituduh 'buta' dan 'pekak yang telah berbudi dan memenangkan pemerintah tanpa mengusik hak rakyat yang lain. Itu sahaja.

Ghab said...

I think lets be direct about it. The matter concerned is whether  Najib is a competent leader or disgruntled one. 

The  incendiary Bloggers grasp him for not foregoing his commitment in relation to the dissatisfactory condition of Malay communities. Instead, insinuating him of having "too many many Robins – males and females – who are competing with each other for his love and affection, money and power." is concealing.

Let be positive, offer an amicable and practical solution to these bellyaches. For instance, revamp Mara which is the fundamental foundation of our Nation's human resources to distinctively for excellence.

What do we expect from mind like Din Melaka?     

proton satira said...

Salam Dato

Mungkin untuk menyejuk kan hati orang Melayu terutama golongan pertengahan dan bawah akibat minyak naik harga di khabarkan atas kajian dan nasihat Pemandu, Najib di jangka kan akan mengumumkan penurunan harga kereta berkapasiti 1600 cc kebawah sebanyak 20sen

Din Kalut said...

Din Melaka bukan ada budi bahasa.Kenalah sedar tumpang blok orang.Buatlah blok sendiri.Bebas nak komen apa pun.

maae said...

Saya tergerak nak komen sedikit bila Datuk menegur.

1. Terimakasih. Ingatkan Datuk tidak prihatin. Komen Din Melaka, terutama bila di baca generasi muda, menjadi contoh yang tidak baik. Sebagai orang yang berfikiran marah itu menonjolkan satu kelemahan diri. Buah Fikiran menjadi utama.

2. Kita semua ada pendapat. Cara berfikir membezakan. Pengalaman yang lebih berumur terlalu baik di ambil iktibar. Pengalaman yang muda, merentas zaman teknologi yang tiada dulu, memberi keseimbangan. Pengalaman kanak-kanak, remaja, satu nostalgia yang ada keindahan nya, di cerita pada anak cucu kita untuk di jadikan pedoman. Jika pengalaman tidak mengajar kita menjadi baik, sia-sia sahaja menghambur hikmah kotor yang di larang Islam.

3. Semoga kita semua, lebih-lebih lagi yang cerdik pandai, mirip Ulul Al-Bab atau tergolong dalam nya boleh memberikan pendapat dan komen bernas untuk di hayati bersama. Lambat laun, semua nya di landasan yang betul. Kita inginkan Redho Allah SWT.

Mendabik dan menepuk dada di laknat Tuhan. Di pilih Menjadi Pemimpin bukan perbuatan di sengajakan. Ini ketentuan Allah SWT yang Maha Mengetahui. Lain nya bergantung kepada kebijaksanaan yang sudah di Anugerah AKAL dan Kesihatan Fizikal, melebihi purata kita ? Tanggungan nya amat berat. Ke Syurga atau Neraka ! Atau tergantung di kedua-dua nya demi AMANAH.

Zed-85 said...

Saudara Din Melaka,

Dalam forum ini ada yang pro-BN ada yang pro-PR dan ada yang macam saya tak pro siapa-siapa.

Saya teringat semasa saya belajar dulu, ada program perkhemahan ibadah musim sejuk (Birmingham, England).

Saya tumpang kereta teman,2 jam sampai dan tidur semalam.

Saya tidak tahu ini program anjuran PAS.

Di awal pagi, ada program ibadah sikit.

Kemudian depa cerca BN dan kerajaan dari pagi sampai ke petang.

Separuh jalan, saya keluar dari program. Tak tahan saya dengar.

Kebetulan ada program baca selawat dan qasidah dari negeri Pakistan dan Arab di bangunan sebelah. Saya pergi ke Majlis sebelah. Depa baca qasidah pun sedap, hati saya menjadi lebih tenang dari majlis.

Ini cerita 20 tahun lepas.

Sekarang ini, nampaknya PAS semakin matang. Ada banyak yang terpelajar dgn Master, MBA dan Phd. Cara berpolitik lebih baik dan efektif kalau banding dengan dulu.

Yang terbalik dan gostan ke belakang BN. Boleh katakan hari-hari dalam TV dan suratkhabar cerca pembangkang.

Saya ingat depa tidak akan berubah. Biarkanlah, BN masih tidak sadar yang rakyat sudah berubah.

Ahli Parlimen Nur Jazlan juga mengatakan orang sudah muak dengan UMNO.

Akhirkata, ada pepatah orang putih yang saya baca mengatakan lebih kurang, "Don't get personal and emotional, this will cloud your vision"

Maksudnya, Jangan terlampau personal dan emosi kerana ini boleh mengkaburkan pikiran kita.

Berkenaan dengan marah saudara dengan Tun Mahathir. Umur Depa itu dah begitu lanjut, biarkanlah dia.

Sallam

Lahuma said...

Dato.

Perkasa Ekonomi Bumiputra dan pelancarannya pada 13hb.09.2013.
Ramai melihat pelancaran ini merupakan produk PM Najib menjelang Pemilihan UMNO 2013.
PM Najib terpaksa tonjolkan satu produk pada orang Melayu khasnya.Masa depan PM Najib dalam politik akan ditentukan oleh perwakilan UMNO sahaja.Bukan orang lain.
PM Najib waktu ini berada dalam keadaan kurang baik.Ku Li dan sekutunya sudah nampak riak mereka.
Kaedah baru pemilihan nanti banyak memberi keuntungan pada Menteri dan Pengerusi GLC yang dilihat terlalu perkuda Agensi kerajaan dan GLC itu sendiri.
Banyak meramalkan pelancaran Perkasa Ekonomi Bumiputra mungkin adunan lama dan baru.Yang penting kena ada gimik politik baru nampak baharu.

Kegagalan ekonomi orang Melayu kerana .

1.masaalah perlaksaanan yang seleweng dari asal.

2.sikap orang Melayu sendiri terutama UMNO suka cepat nak jadi usahawan goyang kaki.Ali baba umpamanya.Para Menteri pun sedekian rupa tidak ikhlas tolong Melayu.

3.pembuat dasar pun suka salah guna kuasa.banyak buat kerja tak berhasil.Hebat masa majlis pelancaran.

Itulah 56 tahun merdeka ekonomi orang Melayu macam ombak dilautan gelora selalu.

Pembuat dasar pun kelam kabut potong Q bersama rakyat Melayu.

PM Najib mungkin terlepas dengan pemlihan UMNO 2013 kali ini.Insya Allah dia akan mudah jadi Presidem UMNO.

Yang PM Najib kena waspada dan waspada betul-betul ialah PRU 14 nanti.Seluruh pengundi rakyat Malysia akan buat perkiraan

Barisan orang kuat PM Najib pun kena mantap juga.Kalau masih kurap sana sini akan mengjangkit badan PM Najib sewndiri.

Khabarnya politik wang makin subur secara sembunyi-sembunyi.Tapu kalau busuk mana boleh tudung.

Sama samalah kita pasang seluruh panca indera kita untuk menghayati produk PM Najib ini.
Apa pun kita ada Pra Sangka baik hasrat PM Najib ini untuk membela ekonomi Melayu dan bumiputra.

Terima kasih Dato.

budak kilang said...

As Salam Dato.

Mat kata rakyat msia guna minyak petrol RM4.40 sehari.. komen skit..

Puihhh.. cakap mcm najis..

Mat mana? Mat Maslan la.. hahaha

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sdr Zed- 85

1 terima kasih atas kritikan yg iklas dan umumnya membina.

2. Saya juga bukan org UMNO, PAS atau PKR. Saya cuma kritik yg tak betul.

3. Kalau kerajaan buat kerja biasa yg memang jadi tanggungjawap mereka saya rasa yg itu understood. Tak perlu dipuji mengunung.

4. Kalau kerajaan benarkan suara2 yg tidak sehaluan dan mau berdebat secara budiman, org macam Din Melaka dan pembangkang tak perlu maki hamun atau tinggi suara. Semua yg berlaku ada sebab musabab.

5. Manusia paling pemaaf spt nabi kita pun bila tiba waktu baginda reti marah. Baginda tak kisah bila kaumnya tuduh baginda memecah belah perpaduan.

6. Ada org UMNO yg baik. Ramai jugak org PAS yg merugikan babgsa. Bercakap soal parti yg nau disokong dimana garis pemisahnya? Contoh rakyat Melayu nak percaya presiden PAS atau Najib sebagai presiden UMNO dalam urusan negara kalau hari2 media one way lanyak pembangkabg?

7.Sewaktu berkuasa kalaulah org macam Muammar Gadaffi ambil berat soal kemaknusiaan tentulah matinya tak dibunuh. dgn kejam. Tapi manusia tak mau belajardari sejarah.

affendi hussain said...

Salam Dato'..

It is so synonymous for the past 3 decades that the classical approach of our supreme leaders on the subject of bumiputera economy empowerment only revolved around the metamorphosis of a few bumiputera business tycoons becoming superheros that were supposed to spearhead the mass as what was termed as “towering malays”. The reality speaks and as we all know, till date of NEP long expiry, this approach is a catastrophic proven failure. Why only now doing the post-mortem and dig the grave when everything already disintegrated? Logically, how do we expect to erect “tower” without strong “formation/foundation”? This is the so-called myth of bumiputera superheros that ended up zeros.. bear in mind, even how strong and powerful a “superman”, he only have 2 feet and 2 hands.. in no way can he save the whole world at an instantaneous time.. acute non-sense.

Back in the old days, our current PM father had devoted much effort on building the “formation - None of the “tower” or “superheros” concept had ever came across during Tun Abd Razak time. Such example was Felda.. Empowered the kampung people at mass. Such a noble execution which yield proven result. Rationally, in terms of risk management, it is better to have fleet of small boats rather than floating a titanic vessel.. coz a hole is what needed to sink a ship regardless of its size.. the bigger the harder the deeper.. A few sank small boat is still manageable to be expense compared to a single titanic at risk. Today our beloved PM with his “big thinking” had decided to convert his father legacy of “sampans fleet” into a flagship enterprise registered as FGV to float into the open sea..

Fortunately FGV still floating, unlike NFC (sudah pun karam si luncai bersama lembu-lembunya).. PM Mohd Najib are so obsessed with big ideas or anything big indeed.. big things are always good in his mind, perhaps, his taste and pleasure are big.. these are evidences.. Big 1Malaysia, big cabinets, big FDI, big per capita, big subsidy rationalization, big China, big America, big Africa, big m... (ehemmm.. pls spare me from the crucifixion if I mention the word..)

There is no way PM Mohd Najib can be a Batman. Batman is a strategic thinker.. he got the money, the brain and he is actually a stand alone hero.. Robin and Catwoman are just optional.. both are just “gung-ho-gone-high”...(bold minus brain). Both Robin and Catwoman never give Batman any valuable advice. It seems that our current PM has more weight of extra baggage on his feet rather than his on head to revisit this bumiputera agenda. I thought the 4th Floor legacy of Tun Abdullah is already a nightmare but now we just live to see the amplification to greater stage – the appointed punahsihat, con-sultans, and YB buangan.. Dato' if you watch Batman you will find the intellectual discourse only took place in the scene when Batman & Joker talk to each other.. I think Joker is a more sensible and intellectual man despite the bad guy label, his argument do make sense that trigger logic most of the time.

Superhero transformation? I rather called it The Epitome of Transformation Deterrent.
Semoga Allah merahmati rakyat Malaysia.

Wallahualam

("/)

Din Kalut said...

Din Melaka suruh DAKJ buat garis panduan pula.Jelas Din Melaka celaru dalam hidupnya.

ab said...

Salam Dato,




Saudara affendi hussain, my kepiah off for you!..



IF ONLY YOU WERE to be GIVEN 5 minutes of the PM's time, to deliver your line, and his head is resolute enough, clever and clear enough to comprehend your line, and his spirit is high enough to capture the gist, and his `manhood' is big enough with wisdom to alter, and WITH the will to change his flocks present and future...



IF ONLY HIM listens to your line...




Islam decides loooonnggggg time ago that the earth's resources are to be used,delivered,and utilised to the maximum,with the maximal knowledge and apparatus, to benefit the SOCIETY of the stocks....BUT NEVER TO BE USED, OWNED AND MANAGED by few persons!.




EVERY things in the processes of consumption of the earth's resources link with ACTUAL WORKINGS,pakai tulang empat kerat.....SCHEMINGs,SCAMMINGs,
UNTUNG ATAS ANGIN and things as such are FORBIDDEN....



We, the rakyat melayu/bumiputra are waiting to see the act tomorrow.....




Tommorow morning will show us THE ACT OF A LEADER or the preaching of a fake monk.



Abu Bakar Ab Rahman

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Sempena majlis yg akan dihadiri Najib hari ini demi PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTRA.

Perkara maha besar ni perlu prndekatan ikhlas dan berani. Kalau berjaya tentulsh saham Najib dan UMNO naik secara tulin.

Sesen dua pendapat Din Melaka ialah:

1. Perkenalkan skim bantuan makanan dan kesihstan pd ibu mengandung yg miskin.

2. Sediakan baucer pd murid miskin agar mereka dpt beli makanan pagi dan tengah hari supaya otak lebih cergas.

3. Juruskan anak yg lemah kepada bidang vokasyenal selepas tingkatan 3. Jangsn siksa mereka yg lemah otak pergi kelas biasa tingkatan 4 dan 5. Selain menyeksa mereka, masa dan sumber sekolah atau guru juga terbazir.

Maaf akan bersambung

Labu8455 said...

Nasihat saya buat Din Melaka, perbetulkan diri dan keluarga anda dahulu sebelum menegur orang lain. Tak kan tongkol balak depan mata pun tak boleh nampak sdr Din Melaka ?

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Minta izin sambungan

4. Sediakan jugak biasiswa persekutuan dsn negeri untuk beribu2 murid Melayu yg miskin dari sekolah rendah hingga U.

5 Disamping menempatkan murid Melayu miskin di sek asrama penuh spt sekarang ini penguasaan bahasa inggeris dikalangan mereka mesti di perkasakan terutama dari sudut pertuturan.

6 Oleh kerana kerajaan telah membenarkan sekolah antarabangsa mengambil pelajar tempatan sehingga 50% drpd jumlah pengambilan apa kata kerajaan dan GLC mengantar dgn biasiswa seberapa ramsi murid Melayu yg pandai ke sekolah berkenaan. Bukankah ramai pak menteri dan vip Melayu dah lama berbuat demikian termasuk OM Najib?

6. Atau sebagai permulaan jadkan semua sekolah berasrama penuh dgn dua bahasa pengantar BM dan BI

7. Adakan pemantauan berterusan agar tiada majikan yg berani menindas pekerja Melayu secara tidak adil dari segi pengambilan, gaji dan kerja itu sendiri. Jangan di benar majikan termasuk bos Melayu tapi sering perlekeh Melayu dgn ungkapan yg menyakitkan hati spt Melayu lemah, tak tau bahasa inggeris, tak ada komitmen, malas dsbnya.


Akhir kata soal Bahasa Inggeris, Din Melaka bercakap dan bikin.

Alhamdulliah , sejak lebih 20 tahun lslu Allah dah beri ilham pd Din Melaka supaya melawsn arus dgn membiayai sendiri semua persekolahan 8 orang anak di sekolah antara bangsa dalam dan luar negara.

Din Melaka bersyukur kerana kalsu dulu Din Mekaka cuma sekolah Melayu belajar di UKM tapi kini dah 6 org anak saya mendapat kerja baik2 sebelum majlis konvo. Dan disampibg mendapat CGPA cemerlang, BI mereka rata2 lebih baik dari org Cina dan India sendiri.

Berdosalah saya kalau riak dlm perkara ini.

Suka tak suka nak hidup cemerlang dan terbilang BI pelajar Melayu wajib diperkasakan.

Tak ramai anak Melayu dari aliran sek keb yg pengusaaan Bi mereka sebaik sdr Affendi Hussain dan Zed-85... harap2 termasuk spoken English ....cuba kitadan kerajaan UMNO perbanyak lagi.org spt ini.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).