Tuesday, January 28, 2014

Satu Kejutan Kalau Anwar Jadi MB Selangor


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


MUTAKHIR - Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan hari ini yang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang.

Ini mengukuhkan lagi ramalan beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor (sekiranya menang). Abdul Khalid berkata, buat sementara waktu ini beliau akan terus menjalankan tugas MB.

POSTING ASAL

SEKIRANYA tepat ramalan media massa mengatakan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, akan bertanding pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Kajang dan seterusnya mengambil alih jawatan Menteri besar Selangor, implikasinya sangat menarik.

Hal ini menjadi bahan spekulasi hangat berikutan pertemuan panjang (dikatakan empat jam) antara Anwar dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, dan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan PKR Kajang, Lee Chin Cheh.

Saya menganggapnya sebagai sesuatu yang memeranjatkan dan mungkin tidak semestinnya baik bagi Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat. Pandangan lanjut saya seperti berikut:

1. Akhirnya Anwar terpaksa mengaku bahawa krisis kepemimpinan Kerajaan Selangor yang berpunca daripada perebutan kuasa antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Mohd Azmin Ali, sudah sampai ke peringkat hidup mati.

2. Krisis itu mungkin tidak meruntuhkan kerajaan PR Selangor, tetapi akan melemahkannya.

3. Ia akan melemahkan kedudukan PKR sebagai perantara PR dan menyebabkan DAP dan PAS memikirkan semula pergantungan mereka kepada PKR sebagai perunding.

4. Walaupun Anwar sangat akrab dengan Azmin dan percaya kepadanya, namun beliau tidak dapat memberikan jawatan MB kepada Azmin selagi Abdul Khalid ada dalam DUN.

5. Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden yang telah bersama Anwar hampir tiga dekad, namun dalam parti beliau mempunyai musuh dan Abdul Khalid ada pengikutnya sendiri.

6. Di kalangan Adun dari PKR, DAP dan PAS, sokongan terhadap Azmin berbelah bagi. Mungkin lebih ramai memihak kepada Abdul Khalid, khasnya di kalangan Adun DAP.

7. Bagi Anwar pula, sekiranya beliau mengambil langkah luar biasa itu, matlamatnya tentulah bagi menyelamatkan kerajaan PR Selangor dan menyekat perebutan kuasa antara Abdul Khalid dan Azmin di Selangor daripada merebak ke peringkat nasional.

8. Di segi imej, Anwar membuat pengorbanan besar kerana matlamat beliau selama ini – bermula dengan penyertaannya dalam Umno pada tahun 1982 – adalah menjadi Perdana Menteri.

9. Antara menjadi PM dengan MB Selangor, bezanya sangat besar dan mungkin mencetuskan banyak reaksi negatif. Antaranya ialah beliau bukan kelahiran Selangor dan usianya (66 tahun) adalah agak lanjut bagi seorang MB.

10. Beliau pasti dituduh oleh musuh-musuhnya sebagai telah mengaku kalah dan tidak yakin lagi boleh menjadi PM.

11. Sebaliknya, dengan pilihan raya umum (PRU) masih jauh (kira-kira empat tahun setengah), Anwar mempunyai masa bagi membuktikan kemampuannya mentadbir dan ini boleh menjadi modal untuk PRU.

12. Dan Anwar tentu sedar bahawa ada seakan-akan satu sumpahan ke atas jawatan MB Selangor. Boleh kata tidak ada MB Selangor yang tidak dilanda masalah, kontroversi dan penghinaan.

Wallahuaklam.

133 comments:

Wan Kamarul said...

Kalau ikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, orang bukan kelahiran Selangor boleh ke jadi MB?

Kalau macam Perak tak silap saya selain melayu Islam tak boleh jadi MB. Sebab tu DAP tak boleh dicalonkan pada 2009.

ab said...

Salam dato,




Saya teka ni..


Anwar jadi adun/speaker
Azmin jadi MB

Khalid jadi menteri
Nuru jadi menteri


PM kena godam...KALAU DIA TERIMA SEMUA NI...EGM UMNO KENA DIADAKAN...

Halau presiden dari dewan EGM teruuussss.


DAN ramai ramai kita tinggalkan UMNO selamanya!!.






Melayu tertipu lagii...




Abu Bakar Ab Rahman

din melaka said...

Salam Dato

Ini lag jadi nya apabila niat asal menubuh parti hanya demi berebut jawatan dan kuasa serta gila perhatian seperti budak tadika.

PKR @ Parti Kuasa Rebut

Din melaka...take your time to answer this... This time it will a very tough entry for you to counter...and dont blame other people just like the japan and nurul fiasco... Clean up your own mess

Ibnu Din Assingkiri said...

Salam Datuk,

Menarik sungguh kalau sang penglipur lara / tuakang karut politik Malaysia jadi MB S'ngor. Cerita2 politik yg dibawa beliau begitu menginspirasikan. Best gila kut!

Persepsi Tu Menatang Apa?
(Pantun Dialek Kedah)

Tali tangsi panjang sedepa,
Kunun nak mengai ikan todak;
Persepsi tu menatang apa,
Lagu mana, dia tokak ka dak?

Sakit lutut sampai mengerang,
Hingaq sungguh bukan nak kata;
Persepsi tu tanggapan oghang,
Bila teghima ceghita-beghita.

Jangan beghebut kena beratoq,
Kalau tak cukup kita kongsi;
Ghamai dok main politik kotoq,
Pandai depa pusin persepsi.

Tanam padi naik meneghong,
Takdak rezeki apa nak kata;
Makalu tau depa pemuhong,
Awat pi percaya buta-buta?

Ajak marka tengok wayang,
Takkanlah nak ajak main tui;
Kalau seluloi dok ulang tayang,
Had pemuhong pun jadi betui.

11-12-13
Batu Kawan, Pulau Pinang.
©Ibnu Din Assingkiri

maae said...

Salam Datuk,

1. Sah ke jadi MB kalau menang ? Anuar bukan lahir di Selangor. Syarat nya mesti anak negeri dan bergantung juga kelulusan Sultan Selangor.

2. Tapi ada yang juga pelik. CEC Dap tidak rasmi, tapi boleh berkuasa memerintah dan jadi Ketua di PPinang. Boleh bersuara dan menghadiri mesyuarat pusat. LKS boleh sahaja kemana selera hendak menjadi calon. Tidak di ketahui bagaiman SPR boleh benarkan. Mustahil tidak pengundi-pengundi boleh suka-suka punyai dua/tiga alamat ? Strategi ini sudah bermanfaat untuk Dap dalam PRU 13 dulu. Jika tidak silap. Ini hanya borak kedai kopi.

3. Berbalik Anuar - politikus licik memang tiada platfom. Saya tidak tahu apa kebaikan nya untuk Melayu. MB sekarang juga sudah banyak meletihkan tanpa kesudahan. Ada kah keluar kandang rimau, masuk pula kawasan buaya ?

Datuk mampu beritahu pergolakan nya....

rahimlpp@yahoo.com said...

Dato' Kadir@ Anwar akan tersungkur di bumi Selangor. Semuanya kerana gila kuasa dan untuk memenangi puak sendiri.

Negeri Selangor ada Sultan dan tradisinya yang tersendiri. Betul kuasa rakyat boleh menentukan segalanya tetapi tradisi pemerentahan Beraja di Selangor mempunyai kekuatannya sendiri.

Anwar telah nampak masa depanya yang gelap untuk menguasai Putrajya.Mungkin ini taktik politiknya untuk berdepan dengan kes mahkamah yang belum selesai.

Selangor sabuah negeri kaya. Bekas Menteri Kewangan sudah pasti licik untuk menguruskan kroninya.Khalid telah memperkukuh kewangan Negeri dengan rezab yang banyak.Inilah masa untuk berbelanja secara rakus atas nama kepentingan rakyat.

Setiap perbelanjaan Kerajaan akan ada yang mendapat labanya.Sudah pasti kroni-kroni bersiap sedia berbaris menunggu habuan masing-masing.

Najib harus memperbetulkan langkahnya untuk berdepan dengan Anwar sebagai MB Selangor. Silap langkah kedua-dua hancur! Paling kecewa Parti PAS. Mengigit jari kerana terlepas peluang yang sudah sampai kekerongkong tetapi termuntah keluar kerana tak cukup kunyahan. Gigi sudah tinggal sebatang dua saja bagaimana nak kunyah.

Paling gembira DAP.Terpekik terlolong kegembiraan.

UMNO dibawah Noh Omar hanya jadi tukang karut.Masa depan gelap di Selangor kerana membiarkan PAS bermaharajalela di Masjid dan surau.

Orang Melayu kebingungan berpecah kepada tiga puak untuk berdepan dengan satu puak Cina dalam DAP.

Pemimpin politik dari semua parti terus berkuasa dan bila berpencen boleh menikmati kekayaan dan elaun pencen bulanan yang tidak habis tujuh keturunan.Rakyat seramai lebih 7 juta berbaris panjang menunggu BRIM.

Itulah catatan seorang tua di tengah kesibukan KL.

safiai saad said...

Salam sdr Kadir, that is why the learned person will tell us that politics is the art of impossible.
Who couls believe that this thing will happen one day.Surely if indeed Anuar is the MB,then the Sultan will be dealing with him every Wednesday before the exco meeting......interesting...interesting.
2.Sultan avered that Allah is exclusive to the Muslim but Anwar said other wise.....interesting
3.Anuar court case will be proceeded in February and as MB he has to face the appeal court judges.What kind of awkward position would be....interesting
4.How is Anwar going to satisfy the reformist (read agen reformasi movement who has sacrificed their lifes)earthly needs.Is umno net working culture will be prevailed during his tenureship....interesting
5.Will UMNO members will at last accept Anuar leadership and welcome him to UMNO, bury all the ill feelings.....interesting
6.UMNO will be forever buried in Selangor or vanished from the voters of Selangor...

tupingera said...

Satu pembaziran besar jika seorang "Anugerah Tuhan" hanya menjadi Menter Besar.
Jawatan yang layak disandang oleh seorang "Anugerah Tuhan" ialah Perdana Menteri i.e. THE ALPHA-MALE

Kampong man said...

Salam Dato,

1.Artikal Dato yang ini sangat tepat pada masa nya dan isu perletakan jawatan DUN Kajang Lee Chin Cheh (PKR) adalah satu yang amat mengejutkan selepas perbalahan dalam parti PKR antara MB Khalid dan orang kuat merangkap timbalan Presiden PKR sdra Azmin Ali dipecat sebagai direktor di PKNS yang telah menjadi satu isu BESAR.

2.DUN Kajang ini memang amat menarik.Ia melihatkan Lee Chin Cheh menang besar (19571 undi) dengan majoriti 6823 undi mengalahkan calon BN sdra Lee Ban Seng (12,747 undi).Tempat ini adalah tempat selamat PKR dimana dulunya pada tahun 2008 telah dimenagi calon PKR Lee Kim Sin dari dinasti Lee juga.Dalam erti kata lain Kajang ialah PKR stronghold.

3.Terdapat berbagai spekulasi berikutan perletakan luar biasa kali ini dan angin berkencang kuat mahukan Anwar mengambil alih jawatan MB Selangor dari Khalid.Anwar menyatakan "orang ramai suka membuat spekulasi dan ini sudah kedengaran sejak 2008" katanya menepis spekulasi.Meletak jawatan tanpa menyatakan alasan kukuh amat sukar diterima oleh rakyat yang memilih Lee Chin Cheh baru sahaja tidak sampai pun lapan bulan lepas.

4.Ramai yang berpendapat ianya bertujuan atau satu usha bagi menyingkirkan MB Khalid, satu konspirasi dan krisis dalaman besar parti PKR dan yang menjadi kambing hitam dan yang berKORBAN adalah Lee sendiri demi partinya.Ini hebat.

Yang pasti penduduk kawasan Kajang tentu kecewa dengan tindakan mengejut beliau dan menyifatkan tindakan nya sebagai :

a.Lee TIDAK AMANAH dan SELFISH kerana mereka terpaksa mengundi semula tanpa sebab yang yang boleh diterima.Keuzuran atau kematian umpamanya yang dapat dan boleh diterima.

b.PEMBAZIRAN. Jutaan wang dan masa akan terbuang bagi tujuan pengundian semula ini.Ini tidak baik.

c.Yakin berlakunya KONFLIK dalaman bagi merebut pucuk pimpinan Selangor, negeri terkaya dalam Malaysia.

5.Saya yakin pada pimpinan Khalid kerana beliau adalah orang korporat sejati dan orang baik baik.Anwar dan Azmin entahlah.Saya ragu pada mereka(din Melaka mungkin tidak).Cuma pandangan saya.Orang ramai yang lain mungkin tidak begitu.

6.Bukankah ini masa terbaik bagi Pas pula menerajui Selangor kerana Pas punyai kerusi DUN (15) lebih banyak dari PKR(14).Apakah Pas TIDAK YAKIN boleh memerintah Selangor.? .Come on.Mana tahu mungkin Pas boleh berjaya membawa Selangor sebagai negeri yang lebih Islamik dari Kedah dan Kelantan.Ingat, undang undang tubuh negeri Selangor mewajibkan mestilah orang Melayu yang berugama Islam dan perlu mendapat perkenan DYMM Sultan selain mendapat persetujuan penuh dari tiga parti dalam PR sebagai 'prerequisite'.

7.Dengan jumlah pengundi DUN Kajang hampir 39,000 orang dan pecahan mengikut kaum anggaran Melayu 48.48% , Cina 40.46%, India 10.15% dan lain lain 0.91% ia akan menyaksikan satu pertarungan yang bolehlah dikatakan menarik (tidak sengit) walaupun ianya tidak akan memberi kesan besar pada pemerintahan PR di Selangor. Should be no sweat to PR pada analisis saya.No thanks to Khir Toyo for the penyapu incident.BN pays for it.All thanks to "Tsunami Cina" last election.

8.Kepada semua kaum Tionghua KONG HEE FATT CHOY May the year of the HORSE 2014 brings more joy, happiness , prosperity and PEACE to all of us good Malaysians.

Don't be fooled again by Anwar and his promises.Many have given up on him.The result of this reelection shall form the basis of our Chinese support either for or against the ruling BN government.Either you are with Najib or Anwar.You decide.

Agree with Alang for taking the road less travelled.

"Political divisions should not mar the innocent friendships of Malaysians."

Cheerio....

Thank you Dato.

looes74 said...

Wan,
Theoretically, one doesn't have to be a selangor born to be MB. It's by convention in which it can be broken. In fact, Sultan can even appoint DAP man or woman as MB so long that that person commands the confidence of the state assembly.

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Setahu kami, hanya kelahiran Selangor SAHAJA dibenarkan menerajui kerajaan negeri..

Pernah seketika dahulu, UMNO menghadapi masaalah melantik MB baru mengantikan YAB Datuk Ahmad Razali(arwah). Satu Jawatankuasa dipengerusi Encik Ghaffar Baba ingin melantik YB Abdul Rahaman (Kelompang)daripada 4 nama yang dicalonkan.

Walaupun beliau dilihat sebagai calon yang paling layak namun terpaksa digugurkan kerana tempat kelahiran nya adalah diJempol, NS.

Akhirnya Muhammad Taib (who?)yg dicadangkan oleh seorang 'pemerhati' diterima mengantikan Ahmad Razali..

Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor?..Mimpi yg tak sudah,kata Ibnor Reza.

ALFATIHAH, AAMIIN
Ps. Mungkin Anwar boleh diterima jikalau beliau berketurunan Jawa, Minangkabau, Mendiling atau Kerinchi, kot?

Nurul said...

Dato Kadir.

Khalid Ibrahim hanya mengumumkan yang Anwar akan bertanding kerusi dewan undangan Negeri Kajang.

Tidak ada pengumuman dibuat yangbia akan menjadi MB Selangor dan Khalid akan meletak jawatan.

Kenapa kita perlu membuat spekulasi yang bukan bukan.

Relax lah Dato.

Najib dan Mahayuddin pun pernah menjadi MB,Pahang dan Johore.

Jika Anwar menjadi Mb Selangor,apa salahnya.

Mungkin ini untok menyelesaikan kemelut PKR di Selangor.

Setahu saya,DAP dan Pas tidak mahu azmin menggantikan khalid sunggohpun PKR berasa jika ada pengantian MB,Azmin merupakan calon yang paling sesuai.

Orang politik ini ,baik dari UMNO,atau Pas atau PKR atau DAP semuanya mempunyai otak yang tidak betul.

Jadi kita jangan lah ikut mereka,jika tidak kita pun jadi gila macam mereka.l

zainal abidin awang kechik said...

SALAM TOK.. JIKA ANWAR JA MB, MAKA UNDANG UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PERLU DI PINDA MEMBOLEHKAN ORANG LUAR DARI KELAHIRAN DI BUMI SELANGOR UNTUK MENJADI MB,

"NOTA: BEKAS MENTERI JKR UMNO ZAIN SEPANG .. TIDAK MAU BERTANDING STATE SEBAB BELIUA ORANG MELEKA,


MAMPU KAH ANWAR TUKAR PERLEMBAGAAN TUBUH KERAJAAN NEGERI.

..


SALAM

MARMAR said...

Adinda Kadir,

I don't really have a great affection or admiration for Anwar from Day 1 - too slippery, too artificial, too treacherous, closely mirrored by his inner evil and accurately potrayed by his outer features.

But I must admit that his latest gambit is a brilliant political move.

I'm waiting anxiously for Najib's next move. Which of 48 directions would he take (from his 48 mélange of advisors, consultants, instructors, coaches and therapists). Or he would sequester himself back to his comfort zone and do what he does best - nothing.

In your earlier posting you envisioned three scenarios. The first is that Najib must change himself. How can one be more intelligent than what one is or have a greater ability than what one already possesses. Some of us may have the notion that Najib is a complex, reflective or cerebrating person. In reality he isn't. He seems to me a fairly simple (minded?) person and is capable of thinking no deeper than a puddle with a charisma to match. Only a person who is capable and knows that he's capable would not need a motley of disparate personalities to back him up. Even his great predecessor did not have that many. All that was required then was an ability to climb four flights of stairs and a name beginning with the letter K. But at the rate Najib is going now he will easily wrest the title from the sleep-meister, an honour long thought to be undeniably and exclusively the right of the country's 5th PM.

Your next scenario is to change Najib. Also implausible, though there's hope that the UMNO rats will start scrambling and re-aligning themselves as the political plot thickens. One can only hope.

You third and last scenario is that a new political order and mosaic will manifest itself come mid-2018. Today's news is a significant measure towards that eventuality. And all we have to look forward to for the next five years is exactly what we've got for the last five, only much more and much worse.

We all deserve what we get and get what we deserve.

Ibnu Din Assingkiri said...

Wayang Di Balik Kajang
(Sebuah Kisah Pengkhianatan)

Bukan sedikit majoriti
namun dia tetap pergi
demi memberi laluan
sang penglipur lara itu,
ke panggung eksklusif.

Bukan sekali bergendang
tentang ketirisan pemerintah,
“mengata dulang paku serpih,
mengata orang aku yang lebih!”
: Dalang dan pelakon wayang.

Redakah marah jika dijamu
bertih jagung disira madu,
di tempat duduk termahal?
Di manakah amanah rakyat,
wahai pemimpin khianat?

28-01-2014
Batu Kawan, Pulau Pinang.
© Ibnu Din Assingkiri

din kolot said...

Din melaka dan rakan rakan askar siber upahan nya sedang berdiam diri kerana boss mereka sedang menjadi sasaran kali ni

patsy wanabe said...

99% chinese in kajang will vote for DAP's patsy aka anwar ... DAP will rule Malaysia eventually. Patience is a virtue. LOL

cheers

Saji said...

Salam Dakj,

Bagi saya, tidak banyak bezanya antara DSAnwar jadi MB Selangor dengan bekas2 MB UMNO dan Menteri penuh UMNO dilantik menjadi pengerusi GLC dsb sana sini.

SAJI

Din Kalut said...

Sudah pasti Din Melaka akan salahkan UMNO .Angkara UMNO lah PKR jadi huru hara.Kalau tidak salah UMNO gaji kena potong bulan ini.

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

Permainan YB DSAI & Rakan-Rakannya sangat menghiburkan.

Di antara pemain yang menarik perhatian penonton ialah pemain yang dikatakan akan dilelong, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau dilihat begitu 'cool' persis seorang isteri yang sanggup meminang bakal madunya.

Namun, kesudahan permainan ini akan diketahui juga akhirnya. Pesan seorang ahli falsafah yang disampaikan oleh Prof Rahman Shaari dalam kolumnya, " Hanya yang mustahil sahaja yang mustahil".

Episod ini sekurang-kurangnya adalah terapi untuk melalaikan seketika rakyat yang letih lesu dan lunyai dengan kemelut kenaikan kos sara hidup yang melampau.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

Memang sungguh menarik cerita di Salangor ni Tok, Berlaku pulak hampir nak sambut Tahun Baru Cina..
apa kesudahannya kita tunggu dan lihat.. tapi sebagai rakyat Selangor saya tunggu yang terbaik..

Hidup ini memang banyak perkara yang tidak disangka-sangka berlaku..

Siapa sangka watak Anwar yang kelihatan tidak secocok dengan Umno, tiba-tiba masuk Umno, yang kemudian di pecat, mungkin nak jadi MB pulak.. Siapa sangka Isa Samad yang bersalah kerana rasuah tiba-tiba jadi Pengurusi Felda.. Siapa Sangka Nasarudin Mat Isa yang biasa berjubah dan berketayap, entah kemana hilang ketayapnya sekarang.. pendek kata banyak lagi..

Nampaknya suasana politik semakin hari semakin hangat..

Moga ALLAH lindungi Negara kita dari perkara yang tak disangka yang merugikan kita semua..

TQ Tok..

TenteraMaya said...

Apa pula akan jadi pada Malaysia jika Najib mahu dijatuhkan oleh blogger Pro-Daim?

Hafiz Azmi said...

Saya dan kawan2 saja berasa terhina dgn kenyataan Dato yg mengatakan kami, bloggers Pro UMNO tidak membantu kemenangan BN semasa pru ke 13.

Apa Dato ingat, blog Dato ni terlalu hebat hingga bole menghina blogger lain?

Cakap siang pandang2 dato, cakap malam dengar2.. kerana mulut badan binasa.

TenteraMaya said...

Kenapa cakap bloggers/cybertroopers UMNO tak menyumbang kepada parti? Kalau macam tu, berhentilah menulis blog.

Aril la ni said...

Kata-kata anda mencerminkan minda anda masih seperti di zaman typewriter .. zaman purbakala ... masuk zaman kami sekarang anda akan faham bagaimana kami berjuang 24 jam , bukan hanya di maya tapi dunia nyata , UNTUK APA ??? Untuk mempertahankan Agama kita , Bangsa kita ... kamu tidak pernah rasa bagaimana kami berlapar dan bertarung nyawa !! kata-kata anda menghina kami sebagai pejuang maya umno generasi baru !! ANDA HARUS MINTA MAAF

Peluru Utara said...

Anda berani bersumpah tidak pernah di bayar untuk menulis sesebuah artikel baik menghentam kerajaan atau memuji kerajaan ??? jangan menipu , saya tidak nampak tapi ALLAH Maha Melihat Lagi Maha Mengetahui !! mohon MAAF PADA BLOGGER ZAMAN SEKARANG !!!!

joe black said...

Dato'

Ramalan kebanyakan pemerhati bahawa Anwar Ibrahim mengambil tindakan untuk bertanding untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar adalah pandangan "In the Box".

Tak mustahil tindakan Anwar adalah untuk megukuhkan lagi kuasa beliau di dalam PKR bagi menyelesaikan masaalh PKR di Selangor serta juga untuk memberi beliau legimitasi untuk merebut jawatan Perdana Menteri apabila tiba masanya nanti.

Lahuma said...

Dato.

Itulah Anwar yang sebenarnya.Graduan UM dalam bidang Pengajian Melayu satu masa dulu.

Hebat mempunyai cita-cita tinggi sehingga kejawatan PM melalui platform UMNO.Hampir tercapai hanya sebiji padi lagi saja TPM.

Di Selangor Anwar punya matlamat ialah hendak selamatkan Azmin dari terus padam.Azmin adalah nyawa bagi Anwar.MB Khalid langsung tak ada sentimen sayang pada Azmin macam Anwar.

Lagi pula Azmin adalah Timbalan Presiden PKR.Maruah PKR serta Azmin lebih penting dari Kerajaan PR serta rakan PAS/DAP di Selangor.

Rahsia Anwar banyak dalam poket Azmin.Setia Azmin jiga 200% berbanding dengan orang lain.

Kalau Anwar jadi MB Selangor adalah perkara biasa dalam politik.Bila dia jadi MB Selangor makna kata dia sudah mula langkah yang tajam kearah PRU 14 nanti.

Dia sudah boleh iring Sultan dalam msesyuarat Raja-Raja Melayu.Kedua dia akan bersama dalam persidangan MB-MB selaku ketua kerajaan Negeri.

Dalam Parlimen dia Ketua Pembangkang.Di Selangor dia Ketua Kerajaan.Hebatlah jadinya.

Mengenai mantan ADUN Kajang yang katanya di PAKSARELA letak jawatan akan di beri jawatan Senator nanti.Lagi baik dari ADUN.

Kalau Anwar bertanding di DUN Kajang dia yakin boleh menang walaupun dengan majoriti paling kecil.Bijak dia pilih kawasan.

Pengundi Cina tetap beri undi pada PKR/PR.UMNO/BN kena fikir banyak kali kalau hasrat hendak menang disitu.

Persepsi rakyat pada UMNO/BN waktu ini kurang baik sikit.Bukan pada UMNO/BN tetapi pada batang tubuh pemimpin UMNO sendiri.Seperti sedia maklum.

Maka jika benar nanti Anwar juga akan menjadi YAB MB Selangor.Negeri kaya diMalaysia.

Percayalah PAS/DAP akan tunduk saja hasrat Anwar ini.Meraka tidak berani lawan arus Anwar punya perancangan.

Lim Guan Eng pun dalam kenyataannya lembut dan slow saja.Begitulah juag pemimpin PAS yang lain.Lemah saja kenyataan meraka.Ertinya setujulah .

Pokoknya UMNO masih berlenggang kangkong setelah tujuh bulan jadi kerajaan.Barisan kabinetnya pun longgar.Barisan MT UMNO nya pun tak bermaya.Hebat sesama mereka sahaja.

Anwar sudah nampak ini semua.

Terima kasih Dato.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Izinkan saya memberi sedikit komen yg agak keras. Pertamanya, kalau betullah Dato’ seorang yg KONONNYA pendokong naluri rakyat yg didalam keresahan & kesempitan, Dato’ sepatutnya mengutuk dan mengeji ADUN Kajang dan PKR. Yg mengkianati amanah yg diberikan kepadanya, yg mempermainkan sistem demokrasi dan juga yg membazirkan wang rakyat yg membayar cukai secara tidak bertanggungjawab. Tetapi, Dato’ buat-buat “terkejut beruk” bila Anwar yg nak bertanding. Sepatah harampun tak tegur. Setujukah Dato’ jika saya katakan ini adalah contoh yg terbaik sikap HIPOKRIT Dato’ terhadap UMNO dan kerajaan BN? Dato’ sepi membisu bila kena pada PKR & DAP tetapi keras terhadap UMNO & BN. Inikah nilai seorang yg kononnya memperjuangakan hak rakyat? Cakap tak serupa bikin.

Keduanya, saya berasa cukup kesian dekat MB Kalid yg dipermalukan sedemikian rupa. Malunya terhadap sanak saudara, sahabat, rakan dan lawan. Malu diperlakukan seperti dicucuk hidung setiap tindakannya, malu kerana tiada nilai diri dan kekuatan sebagai MB dan malu kepada penyokongnya dan rakyat Selangor. Kalau MB pun boleh diperlakukan seperti ini, bayangkan apalah sangat yg ada pada Sdr Din Melaka dan kawan-kawannya di dlm PKR. Saya berharap ianya akan memberi kesederan pd Din Melaka supaya mendapat hidayat dan “buka mata hati” selepas balik dr Umrah.

Kepada PAS pula, inilah masanya jika PAS betul-betul nak mengantikan gergasi UMNO dgn menjadikan MB Selangor milik PAS seperti yg dilakukan oleh UMNO sebelum-sebelum ini. Seluruh rakyat Melayu Malaysia memerhatikan keberanian PAS sekarang. Jika penakut, tak payah cakap besarlah dan simpanlah telur tu baik-baik. Saya berharap PAS mempunyai keberanian dan tidak dilabel sebagai parti BIKO iaitu Bising tapi kosong. Sekian TQ.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. Syabas sekali lagi kpd Dakj kerana ulasan yg jujur adil.

2. Sudah lebih 5 tahun terbukti KHALID IBRAHIM MB yg Selangor terbaik menurut kacamata agama bukan manusia.

3. bila masa depan PR yg lebih besar mula tergugat kerana gara2 kelemahan Khalid sebagai manusia biasa maka Khalid wajib berundur.

4. jangan ada sesiapa pun merasa diri gah sangat hingga lupa bahawa PR lah yg meletakkan kepercayaan kpd mereka bukan kerana kehebatan diri semata2.

5. Oleh kerana sewaktu jadi menteri kewangan dan TPM pun Anwar cemerlang ditambsh dgn tiada rekod curi wang rskyat maka ssya yakin Anwar, figur terbaik selepas Khalid yg WAJIB diketengah.

Ini peluang rakyat Selangor pantau kehebatan Anwar mentadbir pulak.

Jangan hanya pandai berpidato.

6. Saya yakin Sultan Selangor faham batas kuasa beliau sebagai raja berpelembagaan , bukan raja mutlak.

Tapi pada saat begini, tentu ketua2 UMNO sibuk jadi batu api.

Di situlah masaalah sebenarnya.

A KADIR JASIN said...

Maaf kalau lambat menyiarkan komen. Di perantauan.

Terima kasih.

johan5150 said...

salam,
anwar dah lama register mykad di selangor ie 6 bulan lepas.kedua,khalid teruk sebab tak dengar cakap parti.dia gila nak bagi BN balik isu air,nak naikkan lesen penjaja dan dera mereka,nak naik kan premium tanah,nak naikkan gaji 300%,hantar balik bible ke church,hina MAIS bila buat begitu dan tak nak upgrade capacity kolam air kat setiawangsa.ni GILA.

azmin okay tetapi orang off dengan dia sebab sombong agaknya.kak wan pun off dgn dia so all this buat anwar pening.

anwar predator.he is a conqueror.lepas ni,sure dia attack sabah.

u think?

Kampong man said...

Salam Dato,

Sdra MARMAR among others said:

"I don't really have a great affection or admiration for Anwar from Day 1 - too slippery, too artificial, too treacherous, closely mirrored by his inner evil and accurately potrayed by his outer features."

1.There is a lot of truth in what he said.The DUBIOUS Anwar always have many tricks under his sleeve with failed promises.He is a great guy when you give him the mike.His ability to pull the crowd is like magnetic Sukarno and Hitler, impressive.Many believed him BUT Anwar "Cakap tak serupa bikin" kata orang Tionghua pelat.

2.His manoeuvre is too obvious and can be predictable.Just watch his next move when he win DUN Kajang.The front page NST today speak volumes of this PM wannabe man strategy.Contrary to what he publicly said that his Pakatan partners were actually kept out of the loop .It was a unilateral PKR decision actually.It was as though Selangor is no one else but PKR.No wonder PAS youth movement plan to boycott PKR by-election campaign .Man, even the DAP Lim dynasty was not aware of Anwar manoeuvre.It is indeed slippery and treacherous. I couldn't have agreed more (fully agreed lah...takut din Melaka tak faham omputeh.he..he.. )

3.Watched Bernama news last night where DAKJ views on same has a special mention with Dato golden hair and handsome photo on the screen lagi.Dato 12 points political analysis has basis and holds water.It will be interesting to see what develop next.

4.See, I told you this article is timely ,current and relevent (Sorry bro Kawanlama Hussein, isu Melayu Mokhzani kaya should not be overblown and be a BIG issue that we have to korek sampai ke lubang cacing just because dia anak Mahathir.Shahril of Sapura too is just slightly below Mokhzani at $500 million and he is not the son of Mahathir.They both are partners in SapuraKencana.I lived all my professional career life in O&G and nothing else with no political connection and not even a sen of political money and most importantly with ZERO corruption.Let me tell you we, a tiny and wee outfit , makes an average 10% monthly margin for the services we rendered. Welcome to O&G.Maaf cakap lah,I am not being arrogant but I am stating facts.I cannot agree with your (Kawanlama Hussein) calculation, sorry.You must be from UMNO lama dan bukan UMNO BARU right?.

4. Anwar will win the election , no problem .Many believe he can make a mess of Selangor coffers but you know where my vote goes given the chance.Interesting, interesting and sexciting oopsss..pardon, it is exciting.

Penat dan exhausting juga memikirkan telatah si Anwar ni.Tak habis habis but COLORFUL with endless possibilities kan?. That makes it challenging. Wallahwuallam.

Thank you Dato

din kajang said...

1. Sudah tentu ianya dianggap "gila" seperti mana yang tulis oleh Azmin Ali dalam Twitternya "Zaman Kegilaan" pada jam 12.24 tengahari, 28 Januari 2014.

2. Pengerusi PKR Negeri Selangor adalah Azmin Ali, mengapa Khalid Ibrahim yang dibiarkan untuk umumkan calon di DUN Kajang?

din semenyih said...

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda 'politik egois' dan 'besar kepala' dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor.

PKR Selangor berlagak seperti 'boss besar' yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah 'pemegang saham minoriti' di dalam Kerajaan PR Selangor.

din serdang said...

1.Edmund Bon: Kajang voters should punish #PKR by voting any candidate but PKR's.

2.Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali.

Kumpulan Azmin sendiri, yang digambarkan sangat ghairah ingin mengambil tampuk kekuasaan di Selangor, dikhabarkan terperanjat dengan gerakan mengejut semalam.

Tindakan ini bertujuan "menyelesaikan" persaingan antara PKR Selangor, yang diketuai Azmin, dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Walaupun PKR negeri masih utuh di belakang Azmin, mereka tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak pengumuman pengunduran CC Lee, bekas pemimpin Gerakan yang dikaitkan dengan Azmin.

Pak Malau kena lipat said...

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang terkejut dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran.

Menurutnya keputusan untuk meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.

Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.

“Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung, kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

“Pilihan raya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

“Pilihan raya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda,” katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.....

dagang Pak Malau dagang bertempat,
dagang anwar musafir merempat

lembah tasnim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
merlimau9 said...

Dato
Tiada kejutan jikalau kritikan tidak tertumpu kpd PM Najib dan BN saja!.
Pengritik UMNO masih terus dgn sangkaan buruk...tahap Abu Jahal.

din pkr said...

Jika Anwar seorang ‘statesman’ yang matang, seharusnyalah dia melakukan perkara yang lebih baik berbanding meletakkan dirinya sendiri di Kajang. Antara yang boleh dilakukan oleh seorang ‘statesman’ tulin yang matang:-

Kalaupun Lee perlu letak jawatan sebagai ADUN; dia perlu diganti oleh orang yang lebih muda dan berpendidikan. Barulah ada wajah dan sentuhan reformasi. Ini tidak. Muka lama. Muka yang tercalar hodoh dengan macam-macam cerita peribadi.

Sebagai statesman, Anwar patut beri amaran kepada PKR, jika tak selesai isu dalaman – PKR akan beri MB kepada PAS, atas nama pakatan politik sebenar. Mesti ada pembetulan dalaman.

Jika Anwar seorang ‘statesman’, inilah peluang nak beri tempat kepada orang baru. Ramai orang muda dalam PKR. Anas Alam Faizli, Nurul Nuha.

Anwar akan dapat markah politik lebih tinggi jika meletakkan Ambiga sebagai ADUN Kajang. Beri dia tempat. Letakkan sebagai EXCO Negeri dan kaji semula undang-undang yang dirasakan problematik.
Anwar patut buat pendirian sama sekali tidak mahu jadi MB. Tugas sebagai Ketua Pembangkang cukup berat.

Anwar patut beri Khalid Ibrahim lebih masa. Setahun untuk buat pembetulan. Barulah adil.
Sebagai ‘statesman’, tak patut Anwar telanjangkan Azmin sampai begini sekali. Timbalan Presiden tertanggal maruah dan harga diri.

Apa yang Anwar buat di DUN Kajang adalah satu usaha menjahanam semangat reformasi yang tertulis dalam Deklarasi Permatang Pauh pada tahun 1998.

Kamal said...

Dato Kadir,

Jika kita pergi Indonesia,bila kita bertanya siapa calum President yang anda mahu,jawabnya Jokarwi,Gabernor Jakarta.
Jokarwi hanya baru jadi Gabenor Jakarta dalam masa tiga tahun.Ia tidak perlu menjalankan kempen iklah di TV untok menawarkan diri calun President saperti yang di lakukan oleh abu Rizal Bakhrie dan Purbowo.

Ini ada kerana Jokorwi merupakan Pemimpin raayat yang simple.Diampergi pejabatnya naik Bajaj,bukannofficial car.
Dia menyelesaikan banyak masaalah raayat biasa terutamanya di kota Jakarta.
Soal kesihatan,kebersehan,soal tempat berniaga untok penjaja kechil,soal bajaj dan banyak lagi problem yang nampak kechil tapi bagi orang susah ianya amat penting.

Jadi apa salahnya jika Anwar menjadi MB.ianya banyak bercakap.mari kita lihat sama ada ia dapat menjadi MB yang baik saperti Jokarwi.Jika performancenya baik mungkin peluang nya untok menjadi PM lebeh mudah.

din klang said...


hmm...nampaknya rakyat selangor telah di LEMBU kan oleh anwar dan tak lama lagi pengundi Kajang pula akan di KANGKUNG kan pula oleh anwar dan pencacai nya...

fed up said...

DAKJ,

Kini ada yang beri kenyataan kesiankan Khalid, rakyat suka kepada Khalid yang telus dan sebagainya.

Bagi yang dulunya suka gelar Khalid sebagai MB gagap, jangan ingat orang tak lupa siapa kamu. Jadi jangan ingat orang tak perasan yang kamu tu lalang.

OKJ,

Di manakah anda, bila tempohari saya kata, "undilah calun dan bukan parti"?

p/s Saya lebih senang kalau orang seperti Dr Dzul atau Khalid Samad jadi MB baru (Sebenarnya pilihan pertama saya adalah MB yang sekarang). Tetapi saya faham kenapa MB Selangor perlu datang dari PKR. Kerana setiap parti dalam PR perlu ada rekod prestasi kerajaan negeri sebelum nak jadi kerajaan persekutuan, tak gitu?

p/s Wah! Isu kos sara hidup dan isu antara agama kini sudah "ringan" timbangannya bila ada isu MB Selangor ini.....

Masih Fed Up

Saji said...

Sdr TentraMaya

"Apa pula akan jadi pada Malaysia jika Najib mahu dijatuhkan oleh blogger Pro-Daim? "

Ramalan saya DSAnwar penyelamat DSNajib

SAJI

Saji said...

Sdr Kampong Man

"b.PEMBAZIRAN. Jutaan wang dan masa akan terbuang bagi tujuan pengundian semula ini.Ini tidak baik."

Sejak bila orang UMNObaru sedar PEMBAZIRAN tidak baik




SAJI

Saji said...

Sdr OKJ

"Kepada PAS pula, inilah masanya jika PAS betul-betul nak mengantikan gergasi UMNO dgn menjadikan MB Selangor milik PAS seperti yg dilakukan oleh UMNO sebelum-sebelum ini. Seluruh rakyat Melayu Malaysia memerhatikan keberanian PAS sekarang. Jika penakut, tak payah cakap besarlah dan simpanlah telur tu baik-baik. Saya berharap PAS mempunyai keberanian dan tidak dilabel sebagai parti BIKO iaitu Bising tapi kosong. Sekian TQ."


Berdasarkan 3 pengalaman menerajui negeri2 yang mencabar iaitu KEDAH, PERAK (sekejap) dan TERENGGANU orang PAS tidak mempunyai kemampuan untuk mentadbir negeri2 sedemikian. Setakat ada title Dr di belakang tak mencukupi.

Antara ketidakmampuannya ialah tidak mempunyai ilmu dan pengalaman yang diperlukan untuk menterjemah dasar kerajaan kepada realiti.

Tak percaya, jika orang PAS ditakdirkan jadi MB Selangor, orang UMNOlah yang paling hadapan mencari dan mencipta kelemahannya.

SAJI

maae said...

ha..ha.. kan dah kata...macam-macm din ada... buka lagi ruang, kedai kopi, laman Datuk, tambah kerusi meja bersantai, kita layan jer....

tak dengar pula din Pas Sg Chua, din Bangi lagi ni... jawatan MB - mereka layak isi jika Khalid undur...

Silap mata nya, Khalid tidak akan undur.... Parti Kangkong Rakyat ada tiga kem dan batas-batas juang tanaman kangkong....

Cerite kedai kopi lagi Tuk.

Wan Kamarul said...

DAKJ sokong tak penubuhan Polis Islam?

zed-85 said...

Dato’
According to PKR strategist, the recent move is to ensure that Pakatan will be one step ahead of the game once Najib had been removed. They want Selangor to be politically sound and governed as a model Pakatan state

According to them, the move to topple Najib had begun.

I believe them, as I do not think pro-UMNO bloggers (excluding you of course) had a surge of conscience and make a 180 degree turn to attack Najib. Even Perkasa started to attack Najib. I believe someone had directed them to do so.

There are a lot of talk that there are two groups in UMNO, one who sided with Najib and one to Dr. Mahathir.

Out of curiosity, Dr. Mahathir is 88 years old of age. Even Lee Kuan Yew who hold a cabinet post as Senior Minister in Singapore is not very active nowadays. Why is Dr. Mahathir now at 88 years of age have so much influence in Malaysian politics?

What is Dr. Mahathir worried about,is it us the Malaysian people or something else?

Kawanlama said...

Yg Bhg Datuk AKJ,

Adakah apa-apa peruntukan dalam undang-undang negara ketika ini yang boleh dikuatkuasakan agar pihak seperti PKR diwajibkan membiayai kos pengendalian “by-election” ini?

Saudara KgMan,

Just to seek your clarification on whether the following combination of your own statements may indicate that you are suffering from a set of internal contradictions.

Your advice that “isu Melayu Mokhzani kaya should not be overblown and be a BIG issue that we have to korek sampai ke lubang cacing just because dia anak Mahathir.”

But your last sentence, “You must be from UMNO lama dan bukan UMNO BARU right?” appears to be “nak korek personaliti orang lain pula.

Maaf Sdra KgMan, ini sedikit nasihat dari saya, hentikan apajua niat/cubaan untuk memecahbelahkan manusia Melayu ini, yang sudah pun kecil lagi hendak dipisahkan dengan pelbagai panggilan.

Could you also clarify your disagreement on my earlier calculation by giving your figures please, so that I would be very much clear and be fully aware of the true state of the issue at hand and no longer under no illusions.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. dengan izin Allah PR melalui Anwar akan pertahan kerusi ADUN Kajang.

2. peluang sangat cerah terutama ketua2 PAS dan DAP dah sokong padu.

3. ketua2 dan pembodek UMNO meroyan sebab marah, dengki, cemburu, matlamat meteka nak jahanamkan PKR macam mereka tipu dan permain parti nyamok lain spt SEMANGAT 46 dll tak kesampaian.

4. pandai betul mereka bermain kata2.......buang duit dan masa rakyatlah, tipu rakyat, penting diri, ketepikan Khalid Ibrahim dll.

Biasalah ucapan burung kakak tua.

5. mereka masih main lsgi lama yg di dendang RTM, TV 3, ASTRO dll perburuk PR. Suara ZULKIFLI NORDIN, EZAM, CHANDRA MUZAFAR, HASAN JATI, NALA semakin sayup2. Maklum minyak pelincir semakin lama tak berganti dek hutang negara.

6. si KJ pun nak tunjuklah semsngat pemuda UMNOnya bila tuntut agar kerusi tu di tanding oleh UMNO.

Ketua MCA pun tak mau kalah join sekaki.

InshaAllah UBN akan kalah lebih teruk.

7. daripadaUBN bertanding tapi kalah lebih baik duit beli undi tu di guna, untuk biayai jom belanja ibu tunggal yg layak di Kajang.

8. kpd kg man. ......kurang idea tak pe tapi jangan ku..... ajar. Belajar hormat org lain kalau mau dihormati.

9. dalam PRU lepas , lawan PR ber MB kan Khalid pun UMNO/ NAJIB kalah inikan pulak jika MB nya Anwar. Ada ke UBN punya kekuatan nak tambah rasuah BRIM?

di sanalah terserlah kekecewaan UMNO dan pembodek termasuk OKJ dan kg man.

Jsngan marah

azhar said...

Salam dakj

khalid ibrahim kekal MB

Anwar akan menguasai glc selangor seperti PKNS.

tapi jika anwar kalah jawapannya havoc,havoc,havoc havoc seluruh selangor dan seantaro dunia.

rakyat selangor relakah MB nya adalah masalah moral dan bekas banduan.?

Din Pekan said...

Dato AKJ, Anwar Ibrahim seorang yang sangat licik dalam percaturan politiknya.

Saya rasa MB Selangor bukanlah matlamat pertamanya.Pada pandangan saya, matlamat utamanya ialah 1. Memberi persepsi baru rakyat tentang kelemahan BN dan Najib. Jika beliau menang besar di prk Kajang maka BN bolih tinggal sejarah pada PRU14. 2. Beliau akan menjadi ADUN dan bertindak sebagai `exco mentor` kepada MB dan para Exco Selangor bagi menghebatkan pentadbiran Selangor berbanding Putrajaya untuk perbandingan rakyat di PRU14 nanti.

Kesilapan UMNO dan Najib ialah terlalu lambat bertindak dalam menangani isu semasa dan boros dalam mengurus kewangan negara sehingga menyebabkan kesejahteraan `ekonomi` rakyat dipercaturkan.

din dol said...

Orang kajang dah kena kangkung oleh pkr

din Corner said...

din Melaka dah mengelabah gunakan ugama dan nama Allah tapi fitnah tetap fitnah .DAP jauhkan diri dari kemelut PKR di Selangor. Anu-war nak jadi MB dan PM .din Melaka dan Anu-war cuba nak alih isu kes liwatnya tak lama lagi.Boss PKR ni ada agenda peribadi. Apa macam din Melaka dah pening Satu Malaya dah tahu.Semua surat khabar dan TV dedah kemelut PKR.Kenapa din Melaka berjuang untuk Anu-war..Masok umno dulu pun nak jadi PM ...apalah punya manusia.

tenteramaya said...

Adakah benar Tun Daim biayai you? Jangan berdalih lagi. Semua berita sudah sampai. Patutlah tanpa segan silu you mengkritik DS Najib dan mengatakan bloggers pro-umno tak membantu BN. Sila minta maaf pada mereka semua.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

Ada tukang komen cuba gunakan nama saya (lembah tasnim) dalam komen yang berbunyi..

kajang pak malau kajang berlipat
kajang hamba sengkuang layu
dagang pak malau dagang bertempat
dagang Anwar dagang merempat

DEMI ALLAH..
PERLU SAYA TEGASKAN DISINI TOK, SAYA TIDAK BERTANGGUNG JAWAB DENGAN KOMEN TERSEBUT..

BUKAN DARI SAYA

TQ Tok..

looes74 said...

Din PKR,
Hahahahaha! Beri MB kepada PAS. Hahahahaha! To whom? Iskandar, a good friend of Hassan Ali who is a good friend of UMNO. Hahahahaha! Ok, why not ask PAS SELANGOR to appoint Saari Sungip as senior EXCO replacing Iskandar Abdul Samad. Apa macam? Come on, PAS screwed up in Kedah & Terengganu. Time to lay PAS's hand off any state governance. Serrle PAS issues in Kedah & Terengganu issues first.

Din Pekan,
Ask Kadir Jasin what the hell his friends doing with Najib.....Giving Najib a stick about. Najib, jump, hump. Hahahahaha! Kadir Jasin's ultimate aim is to see Mukriz, another mamak become PM. Wanna bet?

Zed-85,
LKY relinquished his PMship in 1990. He relinquished his Mentor Minister post in 2011. He's no longer in Istana minding business. Istana located in Orchard Road.

Saji,
Plus PAS got plenty other opportunities to stuck their hands on MBship. I believe in GE14, if everything goes well, PAS may stand to have at least 7 out of 11 MB on Malaya. Wanna bet? Of course, Fauzi, PKR Pahang chairman would disagree with me. So I strongly suggest to lay his hand off the MB Selangor post. Furthermore, I don't trust Iskandar. I suspect he's one of the UG folk. He's too close to Hasan Ali, a despicable fella.

Saji,
Like I have suggested to Din PKR, wanna be MB Selangor, appoint Saari Sungip. Why Saari not appointed? PAS internal rift. Just like those in NS.......That Taufek lost its seat because of melayu PAS members again........Hahahaha

Dol Jalan Reko said...

TOK,

1. Kalau PRK buang duit, saya kata lebih baiklah kita buang duit untuk bagi peluang pada pengundi Kajang buat pilihan mereka mahu Anwar atau tidak.

2. Cuba bayangkan Anwar kalah atau dapat majoriti kurang dari masa PRU 2013. Malu dia!

3. Adakah membazir duit rakyat kalau ditakdirkan calun BN dari MCA berjaya kalahkan PKR dan kuburkan Anwar?

4. BN mesti positif kalau nak menang. Jangan perbesar sangat soal perhabis duit rakyat buat PRK takut nanti PkR dan PR ungkit belanja beratus juta duit rakyat untuk kesenangan PM dan isteri guna jet eksikutif.

5. BN, terutama MCA, patut positif guna peluang keemasan ini uji kekuatan sepelas 9 bulan menang PRU 2013.

6. BN wajib pegang kepada mentaliti pemenang bukan underdog. Inilah peluang war room baru PMO uji kebolehan.

Saji said...

Sdr Pak Malau kena lipat

"Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang terkejut dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran.

Menurutnya keputusan untuk meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.

Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.

“Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung, kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

“Pilihan raya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

“Pilihan raya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda,” katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi....."

Kerana sdr percaya sangat kat si Nasrudin tu, tolong tanyakan kat dia, tahukah dia UMNO pernah lakukan apa yang DSAnwar lakukan di DUN Kajang sekarang, iaitu arah wakil rakyat DUNnya letak jawatan bagi maksud pilihan raya kecil untuk membolehkan calun baru MB (macam kedudukan DSAnwar sekarang) bertanding ?




SAJI

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Hebat betul penangan tulisan Dakj tentang kemungkinan Anwar jadi MB Selangor.

Tiba2 ketua2 UMNO terpaksa mengerahkan pasukan laskar siber upahan mereka.

org yg sama tapi menulis pakai nama 7 nama berlainan iaitu

din kajang

din semenyih

Pak malau kena lipat

lembah tasnim

din pkr

din klang.

Yakin 99.999% kerana tulisan yg tak berkualiti dan dibuat berturut2 dalam tempuh sejam lebih.

Durian runtuhlah nampaknya kpd org ni.

Beliau kena terimakasih pd PKR dan PR.

Tanpa PRK KAJANG, wang masuk pun kurang.

din seloka said...


Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba sengkuang layu,
dagang Pak Malau dagang bertempat,
dagang Anwar semua dia rembat

PKR - Partai Kangkung Rakyat

AHLI PKR KAJANG SEJAK 1998 said...

Ulasan ini khas untuk di jawap oleh din melaka dengan fakta....

sebenar nya semua kekecohan akhir ini seperti isu

1. bible
2. gantung banner di gereja
3. guna perkataan Allah

sengaja di timbul kan oleh anwar serta funder oversea nya secara baling batu sorok tangan bagi menimbulkan keadaan tidak aman di Malaysia supaya jika terjadi sebarang kekecohan dalam negara ( seperti yg hampir berlaku di Penang dalam 1 minggu lepas ) anwar berharap dapat menghalang dia menghadapi perbicaraan kes liwat II yang akan bermula tidak lama lagi.

Nota - kenapa ia sengaja di jadi kan di penang dan selangor sahaja? anda kena faham polar demographic penduduk di negeri ini terutama kawasan bandar. dan siapa yg berkuasa di 2 negeri ini.

sila baca juga blog Lim Kit siang akhir ini yang kerap me nonjol kan perkataan 13 May. kenapa ya ?

Malangnya umpan anwar tidak di sambut oleh orang ramai mahupun pentadbiran Najib dan polis yang amat arif dengan trick anwar

Jadi dengan harapan untuk menambah kekusutan fikiran orang ramai dengan keadaan sekarang di tambah pula dengan sikap Najib yg lembap, maka anwar mengambil "kesempatan"
di dalam kekecohan dalam pkr selangor untuk mengadakan prk kajang.

di samping itu ia juga di harap dapat mengurang tumpuan keatas nurul izzah dan masalah keluarga nya.


saudara din melaka, correct me if I am wrong.

Kampong man said...

Salam sdra Kawanlama,

1.There is no big deal about UMNO lama and UMNO BARU as you have preferred to use(UMNO BARU).They are the same people; same party , same constitution except that UMNO telah distiharkan satu pertubuhan yang tidak sah pada feb1988 dulu disebabkan pertelingkahan dalam kepimpinan parti. Saya faham kenapa sdra tidak banyak bersetuju dengan Tun mungkin maka perlu disebut UMNO BARU berkali kali.Pada saya tidak ada bezanya pun malah puak yang bertelagah (Puak Semangat 46) telah kembali ke pangkuan UMNO (Baik yang lama juga yang baru) Kenapa perlu dilagakan yang lama dan yang baru ?Tak salah sekadar gunakan UMNO sahaja kecuali sdra benci sangat pada UMNO maka gunakanlah apa yang membuatkan sdra gembira (Happy).Harap maklum.Saya pula ingin menasihatkan saudara gunakanlah sahaja UMNO atau UBN kan lebih mudah. Tidak setuju tak mengapa.

2.Saya berpendapat perkiraan margin yang sdra bentangkan bagi sdra Mokhzani terlalu conservatif dan too simple.Perlu dingatkan Mokhzani juga punyai business yang lain dan bukan sekadar O&G sahaja.Salah ke beliau dikedudukan TOP 15 terkaya dalam Malaysia. Bukankah patut kita orang Melayu bangga kecuali sdra berperasangka tidak baik(buruk).

Pernah disatu masa dulu saya dapat berjaya menjual syarikat saya melalui Reverse Takeover kepada Crest Petroleum. Bayangkan dengan paid up capital yang hanya sekadar RM200k kami mendapat share swap bernilai RM10Million.The rest is history.The game the big boys are playing are not the same as us/ ours..I am far from them in terms of comany achievement.

Sdra din Melaka,

Rasanya tidak perlu saya berbalas pantun dengan sdra kerana jelas DSAI idola sdra dan saya juga boleh memahami.Cuma saya hilang kepercayaan pada DSAI sebagai pemimpin. Itu sahaja.Beliau tidak layak.Saya rasa saya tidak kesaorangan (Sila baca komen komen dari pembahas diatas).

Terdapat banyak perbezaan antara sdra din Melaka dan Kampong man.Mungkin berbagai 'din' telah terlalu banyak memberi pandangan mereka.Saya tidak pernah gunakan bahasa sumbang saperti bodoh, kurang ajar bagi mematahkan hujah.Selaunya komen din Melaka saya skip sahaja kerana ianya lebih kepada personal attack daripada membincangkan isu.Itu sahaja.Perlu diingatkan din Melaka pernah mendapat kad kuning dari blog owner kerana penggunaan bahasa sumbang dan ada juga yang berunsur fitnah pada ketua2 UMNO dan apa juga UMNO yang agak "Over" sikit. Bye.

Terima kas8h Dato.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

sdr Lembah Tasnim

sdr adalah pelawat asal yg guna nama tu.

Tapi si pengacau yg dibayar tentunya, ubah nama sdr dgn membuang huruf besar L dan T menjadi lembah tasnim bukan Lembah Tasnim..

Pengambil upah yg tak berapa sekolah ni memang kering idea.

Itulah yg terbaik boleh mereka persembah pd ketua2 UMNO mereka..

Nama Din Melaka pun mereka ubah jadi din melaka atau din malacca.

Tentulah matlamat mereka untuk mengeliru dan menipu.

Mereka ni GST iaitu geng samseng tegar.

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pelasat,

1. Ada pembahas (baru) tuduh saya dapat upah daripada Tun Daim untuk kritik PM. Kalau betul saya diupah oleh Daim dan jadi orang suruhan Tun Dr Mahathir, mungkin kritikan saya lebih teruk dan keadaan PM lebih gawat.

2. Tapi macam saya tulis dalam buku terbaru saya, Dr M tidak bertindak ke atas Mohd Najib macam dia bertindak ke atas Abdullah selepas PRU 2008. Masa itu, Dr M mahu Abdullah berundur dan boleh kata semua blogger pro-Umno sokong saranan beliau. Tapi dalam kes Mohd Najib, ada di kalangan blogger pro-Umno yang dulu menghambat Abdullah, kini menjadi pelindung tegar beliau.

3. Lagi pun Dr M tidak berkata Mohd Najib perlu disingkirkan atau meletak jawatan. Dia sekadar mengkritik cara Mohd Najib mentadbir (atau tidak mentadbir) negara, bangsa dan agama. Tengok saja silap lembik beliau terhadap isu kalimah Allah. Saya takut membayangkan apa kesusahan isu ini.

4. Kalau benar saya menjadi orang upahan Daim atau/dan Dr M, tentulah kritikan saya lebih menikam kerana Dr M dan Daim kenal (luar dan dalam) siapa Mohd Najib sebenarnya.

5. Dalam buku saya, saya katakan Mohd Najib akan kekal PM dan Presiden Umno (kalau beliau mahu) hingga PRU akan datang. Hanya kalau beliau tidak berubah menjadi lebih baik, Umno dan BN mungkin ditolak pada PRU nanti.

6. Berkenaan kritikan bahawa blogger Umno tidak membantu parti dengan kaedah penulisan mereka, itu bukan dakwaan saya. Saya hanya memetik hujah Khairy Jamaluddin dan komen penulis blog Wenger Khairy.

7. Satu lagi, tidak macam zaman Abdullah, pada era Mohd Najib ramai kawan, kontemporari dan anak buah saya bekerja dengan PMO. Rasa-rasanya lebih daripada 10 orang. Kalau saya keterlaluan atau silap mengkritik bos mereka maka merekalah yang wajib belasah dan “ronyeh” saya dengan hujah yang profesional dan berkualiti. Tak tahulah saya kalau ada yang tak baca tulisan saya dan komen pembahas dalam blog kita ini atau mereka jawab guna nama samaran.

8. Sdr Lembah Tasnim, pantun oleh peserta yang mencuri identiti Sdr telah saya padamkan.

Terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

Melayu di Malaysia ada problem nak cari pemimpin hari ini.
Banyak pemimpin tak suci .Cuma nampak bersih saja.

Banyak terdapat pemimpin atasan dalam UMNO,PAS,PKR terlibat dalam isu liwat,zina,khalwat,perempuan,rasuah,tak amanah,dan berpura-pura.

Masa depan Melayu lingkup jika mana-mana pemimpin Melayu yang bermaasalah diangkat memimpin kita nanti.

Jangan taksub atau fanatik pada mereka sangat.Mereka ini adalah pelakon dipentas dunia kerana nafsu dan syahwat.

Pilihlah pemimpin yang baik sederhana ikut panduan Islam.Tapi kita tak ikut.Yang bagus pun ada dalam UMNO.PAS,PKR.Tapi mereka ini tak menonjol.

Melayu suka berebut-rebut.Terima bantuan pun berebut.Tak sabar.Naik bas pun berebut.Masuk stadium pun berebut.Semua berebut.Dalam politik amat memalukan.Dimana akhlak dan maruah Melayu.
Lebih memalukan kalau yang pakai serban pun berebut.Melayu kini ramai sudah yang pakai serban sama ada dalam PAS,UMNO,PKR.
Dalam DAP belum ada lagi yang pakai serban.

Melayu makin serabut kerana amalan suka berebut.

Terima kasih Dato.









Kampong man said...

Salam sdra Saji,

1.Pada saya dari segi kontek re-election tanpa sebab munasabah kerana kematian atau keuzuran saperti lumpuh umpamanya yang membuatkan wakil rakyat itu tidak dapat menjalankan tugas dan berfungsi dengan baik mewakili rakyat kawasan nya, saya anggap PEMBAZIRAN wang, masa dan resources..Ya saya ulangi,dari segi kontek mengadakan re-election ( PRK semula).Yang pasti re-election ini dirancang oleh idola sdra pak Anwar kita bagi melangsongkan agenda peribadi beliau pada pandangan saya.Itu sahaja. Kebijaksanaan yang Anwar ada yang tidak atau jarang jarang (Mengikut kata P.Ramli) berlaku atau orang lain tidak ada.Beliau sangat hebat.Sehingga kini ini adalah kali kedua dari PKR (Pertama dulu Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi memberu laluan kepada idola tuan.Ingat kan ?.) Harap maklum.

2.Tidak salah sdra Saji memihak mana mana parti politik kerana kita mengamalkan demokrasi di Malaysia ini.Saya lebih berminat pada analisis bukan idea one liner.Maaf ya.

3.Saya meramalkan kemenangan bagi Anwar kerana beliau punyai leadeership kualiti dan membawa orang ramai (moving the masses) terutama dalan penglibatan beliau dalam"Street rallies" yang lebih memporak perandakan ketenanganan , keharnonian dan memecahbelahkan ummah orang Melayu Islam dalam banyak isu termasok dalam isu kakimah Allah versi beliau dengan parti multiracial beliau PKR.Bukankah kemasokan beliau kedalam UMNO dulu mahukan kedudukan PM ?.Tun dalam buku beliau "Doctor in The House" antara lain kurang lebih berkata begini:

"....I may have made many mistakes during my tenure, SACKING Anwar is not one of it.."

Wallahwulam.

Arunzab said...

Dato,
This is an opportunity for Barisan to send in their top Ayam Sabong to take on Annuar in Kajang and proof once for all mama yang JANTAN dan mana yang BETINA. I always admired MCAs then President Lee San Choon who took on DAPs Dr Chen Man Heng in his own back yard of Seremban and trashed him. Ini yang kata Pahlawan Gagah Berani. So what say the PM and DPM here is your opportunity to send Annuar to the bins of history once for all . Jangan leaps peluang ini . Let the contest begin, Salam tangan and come out fighting.

Lembah Tasnim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
RD. said...

Salam Dato A.Kadir dan pengomen sekalian.

Lama saya tak komen dan hanya membaca saja. Jika Kampung Man skip komen Din Melaka, saya pun lebih kurang sama. Saya hanya pandang sepintas lalu saja. Kalau baca pun, tak ada input langsung. Asyik menuduh dan menyindir orang dibayar atau diupah, tidak membantu berhujah dan membahas.

Tapi, bila Din Melaka tulis, "dengan izin Allah PR melalui Anwar akan pertahan kerusi ADUN Kajang", saya terpanggil untuk turut serta.
Nampaknya Din Melaka sudah mendapat wahyu dari 'Allah' yang direbut kata-namanya oleh orang Islam dan Christian di Malaysia. Saya rasa pelik, jika Allah izinkan Anwar bertanding ADUN Kajang, sudah pasti Allah juga akan memenangkannya. May Allah bless him.

Saya harap Najib dan Cabinet beliau tidak terikut ‘Parti Kangkung Rakyat’ memperbodohkan rakyat dengan membuang masa berpolitik tanpa henti dan membahayakan perhubungan kaum.
Di PRK Sg.Limau pun saya tak setuju UMNO bertanding. Menghabihkan boreh je.

Najib harus mengambil kira masaalah yang akan dihadapi jika mahu ikut rentak Anwar. Nak pacak bendera, gantung banting (akan jadi sampah-sarap lepas PRK), beri T-shirt percuma, sediakan makan-minum dan lain-lain, semuanya perlu WANG, beri rasuah/peruntukan kepada SRJK (akan menaikkan kemarahan Melayu), beri tender atau pelincir kepada kroni dan lain-lain. Yang tak dapat habuan pula akan merajuk dan sabotaj parti. Nanti ada pula pergaduhan antara penyokong BN & PR. Buat bertambah tegang perhubungan kaum saja. Masa kempen, timbul pula issue Allah. Lebih memalukan jika Melayu sama Melayu yang berkelahi macam orang Islam di Negara-negara Arab.
Kalau MCA bertegas nak bertanding juga, biarkan mereka berkempen sendiri. (Ahli MCA pun ramai yang undi PR, PRU13). UMNO jangan masuk campur. UMNO dah banyak tolong mereka, PRU yang lepas-lepas. Malah kubu kuat UMNO pun diberi pada mereka untuk bertanding. Elok saja UMNO boikot PRK ini. Baru rakyat sedar UMNO/Najib ikhlas memperjuangkan kesejahteraan rakyat. Bukan untuk kepentingan jadi pemimpin saja.

Biarkan Anwar menang tanpa bertanding, jika itu sudah diizinkan oleh Allah, seperti kata Din Melaka. Jimat sikit kewangan Negara tanpa perlu buang masa rakyat, keluar buang undi dan meniupkan lagi ketegangan kaum. Kalau Anwar menang tanpa bertanding pun, belum tentu dia boleh jadi MB Selangor.

Perlu diingat:-
1. Rayuan pendakwaan Kes liwat belum selesai.
2. Sebagai MP Permatang Pauh di Pulau Pinang dan ADUN Selangor, perkenan kah Sultan melantiknya sebagai MB? Banyak beban kerja, nak hadir mahkamah, berceramah, dalam dan luar Negara. Bukan kelahiran Selangor pula tu. Anak saya dapat 7A (SPM 2012) pun tak layak dapat bantuan kerajaan Selangor kerana kelahiran Kedah.
3. Bekas banduan yang disabitkan jenayah salah-guna kuasa sebagai TPM, layakkah memegang jawatan MB? (Bliau telah disabitkan kesalahan mengarah Polis menangkap dan mengertak Ummi Hafilda untuk menarik-balik surat kepada Dr.M, 1998 dan mohon maaf kepada beliau). Sebab itu Jepun tidak menerima bekas banduan ini masuk ke Negara mereka. Selama ini rakyat Malaysia, terutamanya anak muda, dikaburi bahawa beliau dianaiya oleh Dr.M dan beliau dipenjarakan atas konspirasi liwat yang bermotifkan politik.
4. Seorang yang mempunyai kekayaan yang mencurigai. Kerap keluar negara dan memburukkan negara sendiri. Seorang yang disokong oleh pertubuhan dan negara asing dan menerima dana-asing untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah, tidak layak untuk memimpin kerajaan negeri atau pun negara.

Pada saya pemimpin sebegini sanggup mengadai agama, bangsa dan negara demi WANG dan Harta. Untuk menutup masalah moral, kepincangan keluarga anak dan rebut kuasa dalam parti anak-beranaknya, beliau tersalah langkah kali ini. Sepatunya Anwar lebih berani mengadakan ‘Permilihan Agong Parti Kangkong Rakyat’ untuk menyelesaikan perebutan jawatan MB Selangor. Dah lama overdue, rasanya.

Tak gitu Din Melaka dan Looes 74?


OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Rasanya semua org lama yg mengikuti blog Dato’ tahu Dato’ menulis blog bukan diupah oleh sesiapa. Dan Dato’ tak perlu pun upah tersebut. Sebabnya, saya yg memberi komen ini pun hanyalah utk memenuhi t/j sebagai ahli UMNO saja. Bukannya diupah sesiapa pun dan saya pun tak memerlukannya, cukup makan, pakai dan sesekali pergi berehat. Cuma Dato’ menjadi berlagak akhir-akhir ini bilamana pendapat Tun Daim sebiji macam pendapat Dato’. Ituje.

Lagi satu,saya juga berpendapat Tun Dr Mahathir tidak ada kena mengena dgn pendapat Dato’ sekarang kerana cara pemikiran Tun dan Dato’ jauh berbeza. Tun menghormati & ada “Empathy” w/pun terhadap musuhnya, tetapi tidak Dato’. Itulah bezanya.

Saya juga ingin bergurau & mengusik Dato’ dan Tun Daim je tentang para penasihat PM. Ini kerana saya tahu Tun Daim & Dato’ Kadir cukup berbulu dgn mereka. Dato’ pun tahu saya langsung tidak ada kepentingan pun dgn para penasihat tersebut. Bagi sayalah, mereka telah cuba melakukan yg terbaik utk Negara. Cuma propaganda jahat pihak lawan amat melampau sehingga dapat mempengaruhi kebanyakan rakyat, contoh mudah isu VAT/GST. Itulah sebenarnya.

Cuma Dato’ masih tidak menjawab kenapa Dato’ tak sentuh Anwar langsung? Kalau kata beliau bijik, habis lingkup ekonomi Malaysia tahun 1998 dulu sblm diselamatkan oleh Tun Mahathir, kalau kata baik, Jepun pun tak benarkan beliau masuk sebab bekas banduan, dan kalau kata bersih, sampai sekarang pun turun naik court membertahankan kes liwatnya. Cuma ramai berandaian bahawa “hutang budi dibawa mati”. Betulke Dato’ Kadir?

Akhir kata, sekurang-kurangnya Dato’ eloklah menegur sedikit & menyatakan tidak setuju pembaziran berjuta duit kerajaan utk PRK nanti. Bagi sesetengah org, memanglah nampak kecil je, tapi bagi saya, ianya amat banyak. Siang malam saya membanting tulang empat kerat dan membayar cukai dan zakat sebagai rasa t/j kpd masyarakat sehinggakan terpaksa berpuasa daripada Porshe Panamera. Kalau macam inilah ianya dibelanjakan, perlukah saya “berpuasa” lagi?. Sekian TQ.

Saji said...

Salam Dakj dan pembahas

Apa yang DSAnwar lakukan yang Dato' anggap sesuatu yang mengejutkan itu merupakan contoh tempatan, pedekatan dalam seni politik (the art of making thing possible)yang cuba dilakar oleh Anwar, yang menyerupai pendekatan rekabentuk seni bina arkitek Rezo Piano yang dipanggil " stretch to the limit " iaitu pendekatan rekabentuk senibina yang menghasilkan bentuk/style seni bina kontemporari yang dinamakan tekno organik yang bukan sahaja luarbiasa malah inovatif.

Ia suatu pendekatan yang sukar yang untuk mana2 arkitek melakukannya kerana di samping arkitek perlu 'memikir sekuat2nya' mereka juga perlu memiliki ilmu kejuruteraan struktur sekali gus.

Jika tidak, itulah yang terjadi kepada bangunan Stadium Sulatan Zainal Abidin di Gong Badak.

Apakah Anwar mampu melakukan apa yang telah dilakukan oleh Piano?



SAJI

Kampong man said...

Salam Dato,

1.Welcome back RD dengan perbahasan yang baik.OKJ walaupun kini lebih kritikal dalam perbahasan saya lihat beliau berani dan amat jujur sekali dan berkakta.Tidak kurang juga dengan beberapa pandangan ikhlas dari Ghab,Pengundi Ampang , Saji , Lahuma , Zed-85, Urang Awak Mustapha Ong (Not necessary in order of preference.Hanya yang teringat di kepala saja ) DAN ramai yang lain dari penyokong pemerintah dan pembangkang juga non -partisan walaupun tidak sehaluan tetapi dapat diterima pada kita yang berfikiran terbuka demi pencerahan dan kebaikan perbahasan dan kualiti blog DAKJ.

Syabas anda semua.Pandangan yang berhemah pasti dialukan.Terima kasih.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

Terima kasih diatas keperihatinan Datuk memadam pantun yang menggunakan identiti saya.. sangat saya hargai..

Terima kasih juga kepada Din Melaka diatas komen kepada pelawat berkenaan..

Kepada yang lain biarlah kita berbahas dengan cara yang sihat untuk kebaikkan bersama di Blog Datuk ini..

Maaf dan terima kasih Tok..

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Lain kali sebelum Dakj kritik Najib atau penasihat beliau Dato kena dapat clearance dulu dari haji OKJ.

Malah lebih baik kalau Dakj mintak je OKJ yg buatkan draf dan Dakj hanya perlu siarkan.

Blog ni sejak dua menjak ni kan kepunyaan OKJ

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

RD..... yg menjengkilkan

RD boleh ulang beribu kali kes2 mahkamah Anwar.

Kalau diandai Din Melaka tak pandai pun, Din Melaka hanya perlu tanya pendapat ulamak dan cerdik pandai yg hanya memihak kpd Allah.

Kalau rata2 mereka berkata ketua2 UMNO guna undang2 rimba ciptaan manusia bersifat binatang untuk mengadili sdr se Islam bernama Anwar maka RD tak perlu brain wash kami untuk percaya.

Apatah lagi Din Melaka tidak bodoh dan inshaAllah dipelihara daripada fikiran songsang macam RD.....OKJ dan Kg Man.

Zaman sekarang, gara2 kesongsangan sistem pelajaran yg bermula zaman Najib/ Mahathir 1997 , RD janganlah perasan anak dapat SPM 7A tu dah baik sangat.

Dengan tuisyen pagi petang, dengan markah A direndahkan berbanding zaman sebelum 1997 kualiti pelajar kita di kaca mata dunia low klass.

Tak baca laporan PISA ke.

Cuba RD jelaskan bagaimana PRK KAJANG boleh timbulkan perbalahan kaum?

Kalau bukan ada batu apinya!


Nasihat saya berkenaan tuduhan RD terhadap Anwar, sdr diam dan bertaubat.

ab said...

Salam dato,





Saya fikir elok betui BN letak calun MCA kat Kajang ni.



Kalau calun MCA menang, dalam keadaan rakyat sekarang ni tengah`bengang' dengan BN, ada la sikit petanda pru 14 CINA SOKONG BALIK BN kut ni.




Tetapi kalau kalah calun MCA, OK la , dah confirm cina dah TOLAK BN bulat bulat, mana tak nya,kat tempat dulu wakil rakyat cina pun cina kalah.... bolih lah bye,bye BN dalam PRU 14 kut ni. MCA dan Gerakan bolih la `bubar' kut...ganti dengan wakil melayu pulak kut la..




Anwar ni pulak, kalau menang, bagus juga, sebab dia bolih lah `decides' dengan tegas `allah for islam'...bolih kata PKR does not need DAP, PKR plus PAS bolih jadi `the boss master kat selangor' .... bagus juga untuk PKR plus PAS menang PRU14. Lagi pun baik sungguh Selangor banyak duit ni, bolih `pakai' untuk PRU 14....



Kalau dia kalah pun, dia akan tuduh UMNO buat dia kalah kut ni, `kacau' Khalid, sampai khalid pencen pilihan sendiri, sebab masaalah kesihatan ka,problem keluarga dsb...!.





Alahai.., tak kan PRK kajang ni pun depa takut PM nanti belanja besaq lagi ...bolih la dia tambah 2-3 con-sultant lagi,bayaq 1-2 billion lagi untuk `MAKMAL PRK' pulak, apa salah nya, tak gitu dato?..





Yang PASTI DAP tak letak calun,sebab takut malu,mana tahu kena reject olih SPR..sebab parti tak tau sahih ka tak lagi, PAS macam biasa laa, tengah `jenoh' dapat makan dapat gaji dan elaun, tok sah `cari pasai' dengan
anwar, nanti dia buat `kacau' lagi, mana tau nanti ada pulak kerusi PAS kena dikosongkan!.



PSRM tu, masuk saja la..



NI saya nak cadang, jangan letak wakil UMNO..dua dua melayu!.Letak wakil cina, lagi berfaedah dari penilaian rakyat setempat...mau wakil cina bolih lawan isu allah, atau pilih melayu..tak tentu dia tolak isu ini..dia ni kan bos ABIM dulu?.





La ni,SATU MALAYSIA lupa kes allah,kes nurul cerai,kes PKNS,kes gaji exco,kes air,kes cukai pintu,kes barang naik,dlll....erection,erection,
erection!





Eeh eeh, saya silap ni, election,election ,election la, ha ha.




Abu Bakar Ab Rahman

Kawanlama said...

Maaf Datuk AKJ, tulisan ini tiada kaitan dengan tajuk forum ini tetapi sekadar memberikan makluma balas kepada Sdra KgMan jika diizinlkan.

1. Berdasarkan cara “conservative & too simple calculation”, kadar pulangan biasa 10% setahun atas modal Sdra sebanyak RM200k itu, maka ia perlu lebih dari 100 tahun untuk mencapai pulangan sebesar RM10juta itu. Tahniah Sdra KgMan atas pencapaian luarbiasa itu.

2. Elok juga diingatkan bahawa jikalau transeksi sebegini melibatkan kaedah pengiraan “value for money” dan unsur-unsur “expected future earnings”, ianya belum terlambat untuk Sdra rujuk kepada pakar agama dalam bab mualamat oleh kerana difahmakan bahawa terdapat beberapa pantang larang dalam urusan “forward transaction” sebegini.

3. Nasihat Sdra “Salah ke beliau dikedudukan TOP 15 terkaya dalam Malaysia. Bukankah patut kita orang Melayu bangga kecuali sdra berperasangka tidak baik (buruk)”. Kalau begitu tanggapan Sdra, adakah berkemungkinan yang kenyataan saya adalah sama martabatnya dengan kenyataan Tun Mahathir yang turut bersangka sedemikian terhadap keluarga PakLah? Maaf, sekadar bertanya sahaja, mungkin tanggapan saya ini juga salah?.

4. Fakta yang tidak boleh diubah, UMNO Baru adalah menurut daftar Registrar of Society, baru berumur 26 tahun dan masih belum terlalu lama dan boleh terus wujud, releven dan berkuasa. Ahli dan badan adalah dua legal entity yang berasingan. Allahyarham Tengku dan Tun Hussein adalah bukan ahli UMNO Baru. Is it too difficult to understand Sir?

Terima kasih.

MissPassat said...

Dato',

Salam.

Mohon laluan.

Sdr OKJ,

Tidak perlulah bersusah payah cuba hendak mengalih perhatian daripada isu Mohd Najib Razak kepada Anwar Ibrahim. Siapa Perdana Menteri Malaysia? Mohd Najib Razak atau Anwar Ibrahim? Siapa mengurus pentadbiran negara? Mohd Najib Razak atau Anwar Ibrahim? Siapa memimpin Barisan Nasional yang menjadi parti pemerintah kerajaan sekarang? Mohd Najib Razak atau Anwar Ibrahim?

Mengenai PRK, mengapa pula minta Dato' tegur dan menyatakan tidak setuju pembaziran berjuta duit kerajaan? Bukankah dalam tulisan sdr menyatakan "Rasanya semua org lama yg mengikuti blog Dato’ tahu Dato’ menulis blog bukan diupah oleh sesiapa." Jadi kalau sdr dah minta Dato ikut cakap sdr serupalah mcm upah Dato' tulis apa yang sdr mahu...

Bukankah sudah berbilion wang rakyat dibazirkan selama ini walaupun tanpa PRK? Sepatutnya kita mainkan isu porak peranda PKR sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang telah memilih Lee Chin Cheh sebagai wakil rakyat dalam pilihanraya lalu.

Di pihak kerajaan, kalau tak mahu membazir tak perlu berkempen habis-habisan. Kalau BN sudah cukup bagus dan yakin menang, tak perlu belanja banyak pun...Dan insya-Allah BN menang.


Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. sdr kg man......sdr tak nak baca tulisan Din Melaka tak masaalah.

Tapi walaupun Din Melaka dah bosan dgn tulisan siaran ulangan kg man spt kisah Anwar bersalah, kisan reverse take over, kisah Edinburg, kisah dia kenal org tu dan ini, kisah formula pelaburan yg tak praktikal sebab Melayu dah miskin macam mana nak tiru kg man. Bla bla. Tapi Din Melaka tetap baca. Mana tau kalau2 kalau dah hujung2 umur kg man mau pulak berhijrah pulang ke pangkal jalan. Amin.

2. sdr kg man pusing sana pusing sini cuba elak soalan sdr Kawanlama.....iaitu muda saja. Boleh tak dalam keadaan biasa perniagaan O & G anak mantan PM memberikan pulangan kompounded 53% setahun.

Dan kalau boleh bagaimana caranya.

Perniagaan lain yg tak kong kalikong nak dapat pulangan 12% setahun pun perit.

3. oleh kerana kg man dah banyak kali sebut beliau untung besar melalui deal RTO dan rupa2nya terbaru kita di beri tau berbekal modal berbayar rm200,000 , kg man dapat pembeli yg sanggup beli saham syarikat beliau pd harga rm10 juta. Banyak untung tu.

Setahu saya yg boleh dpt utg banyak spt itu hanya org berpengaruh , yg untung atas angin kerana jual hak, jual permit, jual AP, jual projek kerajaan dll.

Kecuali kg man ada penjelasan lain tentang punca rezeki tu, Din Melaka tak hairan pun.

Bila org lain pertikai jangan terus tuduh org Melayu dengki.

Cuma nak belajar.

Budak jawa said...

Assalam DAKJ,

saya tak mahu komen pasal anwar sebab dia ni, nothing impossible.

Saya cuma nak minta kepada penyokong najib dan bn supaya sedar bahawa parti umno/bn dan kerajaan di bawah pimpinannya sedang menghadapi krisis kepimpinan. Rakyat tak percaya dan susah nak terima apa yang pemimpin cakap, sebab apa yang dicakap tu tak serupa bikin. Suruh rakyat berjimat, tetapi pemimpin boros, persepsi kerajaan yang korup juga masih kelihatan dengan adanya projek yang melampau harganya, projek bermasalah dan juga pemimpin-pemimpin muda umno yang mewah gaya hidupnya walau kita tahu tahap pendidikan dan pekerjaan mereka, sekadar menyatakan sebahagian perkara.

Soal bagus ada segelintir pemimpin melayu yang kaya juga tidaklah boleh digunakan secara umum dan sewenang-wenangnya untuk justify special treatment kepada ahli keluarga terdekat pemimpin "UNLESS" mereka memang di dalam bidang tersebut dan memang ada kepakaran dan merit. Bukan asal melayu dan ada bau bacang dengan pemimpin je, dibolehkan dapat special treatment, macam mana dengan mereka yang layak tetapi tiada hubungan dengan pemimpin? And enough is enough for me to listen to all sorts of slogan memperkasa ekonomi bumiputera yang dijadikan alasan oleh segelintir manusia yang rakus dan tamak haloba yang mendahulukan kepentingan diri berbanding kepentingan bangsa, you know well who you are and besides, Allah know much more than you.

Pemimpin umno kena jadi rakyat biasa untuk menyelami kepayahan hidup rakyat. Jangan menafikan keluh kesah rakyat. Engage dengan rakyat, bersikap lebih prihatin dan jangan bersikap elitis. Ini yang rakyat menyampah. Ini zaman letusan maklumat, rakyat mempunyai input yang banyak apa yang berlaku di sekeliling mereka. Betul atau tidak input tersebut bukanlah isunya tetapi bagaimana pemimpin jujur di dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka. We are no longer in feudal era.

Tiada bumi yang tidak ditimpa hujan. Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan. Untuk menjadi lebih baik, kita perlu mengaku kesilapan dan perbetulkan serta jangan mngulang kesilapan tersebut. Pemimpin bn jangan bersikap terlalu defensif. Ingat, kuasa yang ada itu hanyalah kuasa yang diberikan oleh rakyat untuk pemimpin menjaga kebajikan rakyat. At the current rate, no wonder dakj dan lain-lain blogger pro kerajaan hentam najib and kerajaan kow2. Saya tak nampak apa transformasi yang kerajaan bawa dari segi integriti dan ketelusan. What more on isu kenegaraan, hubungan antara etnik, antara agama dan macam-macam lagi. Tak nampak ke mana hala tuju negara dan apa nasib rakyat. Saya setuju bukan mudah untuk mentadbir negara majmuk seperti malaysia, but then, kamu yang mencalonkan diri kamu untuk menjadi pemimpin. Bukan ada orang paksa.

Berkenaan dengan penyokong pr yang selalu guna hujah bn pun pernah buat perkara yang sama untuk justify tindakan mereka. Dont ever dream to get my vote, you are no better than the current government. Period. What a stupid point.

Saya fikir ada baik kiranya dakj boleh memulakan inisiatif untuk mencadangkan beberapa resolusi untuk digunapakai oleh orang melayu bagi mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara tanpa mengira pendirian politik dan tanpa mendiskriminasi kaum lain (hat ni kena sebut, sat lagi orang lain tuduh orang melayu ni rasis, walaupun yang ramai kaya senang lenang di malaysia ni bukan orang melayu pun).

Kalau tiada resolusi, takut orang melayu ni pi mai pi mai tang tu juga. Menang sorak kampung tergadai. Berperang sesama sendiri, yang kaya dan senang bangsa lain yang kurang sifat pemurahnya.

Resolusi pertama, berkaitan kepentingan agama, kedua bangsa, ketiga negara, keempat soal rasuah dan ketelusan, kelima perpaduan kaum atau whatever name you want to call it, keenam keselamatan termasuk isu pendatang, baik dengan izin atau tanpa izin, ketujuh peranan dan tanggungjawab glc.....

Wallahualam

bukanmangkuk said...

Salam Datuk,

Orang yang makan upah, selalunya akan menyangka semua orang lain pun makan upah macam dia juga...

Itu antara rumusan yang saya boleh buat berhubung dakwaan 'askar-askar upahan siber' yg seakan mendakwa Datuk diupah untuk menghentam (mereka tak boleh bezakan kritik dan hentam) PM.

Saya tak mau kata bloggers tidak membantu parti; tetapi saya bersetuju mereka TIDAK BANYAK membantu. Awal-awal munculnya blog dulu, keadaan berbeza. Tapi sekarang, kebanyakan blog dah jadi macam tong sampah.

Saya faham, untuk ber'blog' sesiapa pun boleh. Tak perlu faham tentang rukun dan etika. Itu sebab menelurusi kebanyakan blog samalah dengan duduk menganga dengar orang bersembang dan bercerita di kedai kopi. Mula-mula mungkin seronok, tapi lama-lama jadi meluat dan menyampah. Sebab itu kebanyakan blog terpaksa hidup dengan mensensasikan tajuk posting semata-mata kerana nak 'panggil' hit.

Datuk teruskanlah kerja Datuk. Tak payah layan salakan-salakan dari sekeliling tu. Yang mana tak betul, tegur; yang patut puji, pujilah. Tapi tak payah puji berlebihan. Kita hidup pada zaman di mana pujian yang melampau selalunya mudah bertukar menjadi racun; dan begitu pulalah sebaliknya.

Fendy Ahmad said...

Saya ada 2 pandangan ikhlas:

1) datuk kelihatan terlalu kritikal pada BN. Kalau BN, datuk hentam najib dan rosmah perli tahap agong. Tapi bila melibatkan PR datuk cuba melembutkan tona dan gaya ayat.

2) blogger2 BN yang nak marah datuk buat apa? Memang nyata anda semua gagal dan ketinggalan zaman dalam mempertahankan BN. Ahmad Maslan adalah ketua penerangan yang gagal dan gagal dan gagal. Mana BN ada org macam Rafizi yang bijak dan boleh buat masyarakat yakin pada apa jua penerangannya.

bat8 said...

Kawanlama,

Maafkan kgman masih mempertahankan perhal umno baru=umno lama. Kami sparing partner lama dalam isu ini dan isu-isu yang dibangkitkan.

Cerita dsai dll adalah wayang lama yang diulang tayang dari dulu hingga kini. Gud luck tuan

Saji said...

Sdr Budak jawa

"Saya fikir ada baik kiranya dakj boleh memulakan inisiatif untuk mencadangkan beberapa resolusi untuk digunapakai oleh orang melayu bagi mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara tanpa mengira pendirian politik dan tanpa mendiskriminasi kaum lain (hat ni kena sebut, sat lagi orang lain tuduh orang melayu ni rasis, walaupun yang ramai kaya senang lenang di malaysia ni bukan orang melayu pun).

Kalau tiada resolusi, takut orang melayu ni pi mai pi mai tang tu juga. Menang sorak kampung tergadai. Berperang sesama sendiri, yang kaya dan senang bangsa lain yang kurang sifat pemurahnya."

Berdasarkan pengalaman saya membuat kajian bagi mengatasi masalah meningkatkan kemajuan kontraktor Melayu dalam industri pembinaan negara dengan memfokuskan kepada penyelesaian masalah alibaba, ia ( untuk menjaga kepentingan orang Melayu dari pelbagai sudut termasuk agamanya tanpa unsur mendiskriminasi kaum lain) memerlukan kajian bertaraf global dan hasilnya diterima oleh masyarakat antarabangsa berkenaan.

Maksud saya, ia bukan kerja mudah.

SAJI

Lembah Tasnim said...

Salam..

Datuk.. Sekali lagi ada pembahas guna nama saya untuk buat komen..

Komen berbunyi:

Terima kasih En Din Melaka

bak kata orang tua, Asal selamat keseberang biar bergantung pada ekor buaya

Jika tiada simpati saudara, tentu teruk saya kena

akhir kata tong berbunyi tandanya kosong


Ulasan saya:

Sekali saya TEGASKAN komen tersebut bukan dari Lembah Tasnim yang ORI.. ini satu contoh fitnah..

Maaf Tok.. Mulai hari ini saya BERHENTI menggunakan nama Lembah Tasnim diBlog Datuk ini.. kalau ada pembahas menggunakan nama Lembah Tasnim selepas ini bukan dari saya..


TQ Tok..



Din Melaka said...

Aslkum Dakj

1. Setuju sangat dgn sdr bukanmangkuk soal puji.

Berhati2 dgn pujian berlebihan terutama kalau dari org fasik.Iaitu tak hormat agama Islam.

2. sdr Lembah Tasnim.

Puas hati saya setelah perasan terdapat perbezaan ejaan sebenar nama sdr berbanding dgn yg palsu.

3. Ssya baru habis baca wawancara Khalid Ibrahim yg disiar di Selangorkini.

Kalau benar apa yg dilapur dan kalau tak berubah hati Khalid Ibrahim terhadap prinsip perjuangan beliau bukan saja sokong Anwar tanding PRK KAJANG tetapi jugak sokong Anwar ganti beliau jadi MB Selangor.

Meroyan lagilah ketua2 UMNO dan pencacai merrka yg yakin benar PKR akan diratah sampat mampus macam parti SEMANGAT 46.

InshaAllah dgn Anwar, Mahathir n the geng silap orang.

Lakonan skrip sodomi dan salah guna kuasa yg dihidabg pd rakyat hanya 46% yg percaya.

Itu pun kalau tolak undi pos dan undi dari langit mungkin angka tu mungkin tinggal 30%

4. Soal kes sodomi 2, mahkamah rayuan tau kerajaan kalau nak berdrama dalam mahkamah pun kenalah nampak real.

Mahkamah rayuan sendiri sedang di perhatikan oleh dunia.

Demi drama sangkupkah diri sendiri dicemuh.

After all beza gaji hakim mahkamah rayuan dgn hakim mahkamah persekutuan bukanlah banyak sangat.

Percayalah masih ada hakim yg tak macam hakim gula2 hacks dan anak Jaka, yg ternyata tak menongkat langit pun.

Lahuma said...

Dato.

Kehadziran Anwar di Kajang kerana PKR Selangor ada masalah yang teruk.Semua kita tahu yang Azmin dan Khalid Ibrahim sedang bergomoi sakan.
Kesan nya nanti kalau tak diatasi secara apa yang sedang berlaku ini besar kemungkinan UMNO/BN akan ambil alih tampuk kerajaan Selangor.
Mungkin terjadilah macam di Perak dahulu.Politik macam itulah.Siapa rebah orang lain pijak sahajalah.
DAP dan PAS pun akan terima tempias kesan politik dalaman PKR ini.
Maka Anwar lah satu-satunya tokoh yang mampu selamatkan kerajaan PR di Selangor.

Faham sahaja lah bila hilang kuasa maka gaji lumayan oleh MB.Speaker.EXCO yang cukup banyak itu akan berpindah masuk poket orang lain pula.

Kemudian segala projek-projek yang sedia ada pun akan turut hanyut sama.

Gaji dan elaun MB,Speaker dan EXCO Selangor cukup lumayan.Kalah gaji dan elaun PM dan Menteri.

Rakyat kena faham inilah faktor utama yang menghantui sanubari ahli politik di Selangor dan tempat lain amnya.

Rakyat dibawah tak ada fasal berkecamuk fasal politik mereka.Yang buncit dan kenyang ialah khadam dan kroni politik mereka.

Bukan kerana untuk rakyat.Sebab utama kerana kepentingan perut mereka.

Jangan ingat mereka berjuang secara ikhlas.Rakyat kena buka mata dan fikir panjang dan jangan gelojoh.Kita yang masuk angin keluar asap.

Terima kasih Dato.

shamal66 said...

Najib amat lembab bertindak..percaturan politik, isu pakatan medahlui BN yg masaih lena dan syok sendiri dgn tranfomasai dan 1 malayaia yg rakyat xa terima pakai pun.. Kes bicara liwat berautan dari 2008 hingga skg..Pasport peliwat mahkamah x tahan..rakyat yg undi B. Pasport d tahan jika libat kes yg sama dgn nuar..najib kata rakyat di dahulukan.? Rakyat yg mana satu..Nuar atau 29 juta rakyat malaysia

PAK MALAU said...

elok la tu,

Melayu bodoh sama melayu tak sedar diri tak habis bertekak dalam blog dan di pentas ceramah atau kedai mamak mengutuk orang umpama Buruk muka cermin dibelah...... last sekali Akar tak berpijak di bumi, pucuk tak sampai ke langit

bangsa asing yg tukang cocok senyum saja sambil curi lagi dua tiga puluh tapak ke hadapan.

ada nampak bangsa asing yg datang ke Tanah Melayu sejak dahulu jadi semakin mundur seperti orang Melayu dan bumiputera / asli.


Bak kata Stanford Raffles perangai orang Melayu ni "Agak lebih dari Agih".

sanggup berjam-jam mengadap komputer membebel politik macam anjing menyalak bukit.

Last sekali bila haus nak minum kopi pun nak kena pi bungkus kat kedai mamak atau kopitiam cina.

Memang hina dan bahlol betul la bangsa Melayu ni. itu pun masih tak sedar diri lagi

Let it be....





Din Kalut said...

Din Melaka punya target dia UMNO saja yang tak betul.Tokoh pujaan dia semua betul.Itulah pegawai upahan yang setia.

A KADIR JASIN said...

1. Sdr Lembah Tasnim (ORI), terima kasih. Saya padamkan sekali lagi komen pencuri identiti Sdr itu.

2. Terima kasih kerana akan terus berbahas,tetapi menggunakan nama lain.

3. Saya cadangkan Sdr dan semua pembahas bebas, berani dan ikhlas (bukan upahan) buka akaun blogger Google (macam Din Melaka, dan ramai lagi) yang nama mereka keluar warna biru. Dengan itu pencuri identiti atau mereka yang dayus tidak boleh mencuri identiti Sdr lagi.

4. Saya malu dan dukacita ada orang yang bukan saja baling batu sembunyi tangan bernafsu berbahas dalam blog kita ini, malah mereka curi identiti orang lain. Saya hairan siapa guru mereka.

5. Sdr Faisal Zakaria, berikan email atau telefon saudara melalui blog ini (saya tidak akan siarkan)supaya boleh saya hubugi untuk sesi KKA.

Terima kasih.

Kampong man said...

Salam Sdra Kawanlama,

1.Maaf , saya tidak dapat berbincang lebih dalam dalam isu RTO syarikat kami kerana ianya melibatkan IPO pada satu syarikat (Renong) yang mahu melupuri O&G ketika itu..Walaupun dengan paid up capital nya hanya RM200K tetapi kami punyai turnover tahunan sebelumnya anggaran 25Million.Satu angka yang besar bagi syarikat kami yang kecil bagi peniaga O&G 100% Bumiputra berpengalam technically tetapi mengalami masaalah cashflow financially disebabkan tidak punyai bank facilities yang mencukupi. Masaalah timbul apabila kami perolehi kontrak baru bernilai RM60Million.Disebabkan ia nya melibatkan Crest Petroleum yang mahu ke Bursa kami tidak punyai pilihan 'terpaksa' melepaskan semua saham kami yang melibatkan IPO mereka.Ini adalah satu korporat manoeuvre dimana kami tidak punyai sophistication dan amat naive pada masa itu (akhir 80 dan awal 90han).

3.On the hind side had we were able to proceed on our own we could have been a bigger player and a direct competitor to Dialog.FYI, we even started before KNM, a public listed company exist.By RTO, Crest Petroleum was listed in Bursa and Renong started involvement in O&G, a business where not many people were in the know then, not even bankers.Many banks were reluctant to provide financing unless you have 'cable' and they don't even understand the business to finance us for RM60Million.As for HL Engineering (Now under Kencana) they were doing almost a similar business but financilly supported by 'Ah Long' .We didn't have that network that they had as we were 100% self a operator and almost self financing and never an 'Alibaba 'and the 40 thieves company,

Too bad we had to make do with the share swap with moratorium.The lesson learned was:

"Management of a company is about management of cashlow "

Poor or no cashflow you are as good as gone.We decided to exit and cash out reluctantly since Halim Saad of Renong was cash rich then.A painfull decision we have to make.

Nowdays , many wish to jump into the O&G bandwagon BUT be forwarned it will be like mining industry, slowly becoming into a sunset industry,as the blackgold slowly now depleting and even Petronas has to venture out.

All are not bed of roses for this industry If you have no 'muscle'and the experience don't dream of making it big.Many Bumi companies 'Bungkus' due certain Petronas policies to award contracts to big players .See,Out of 77 companies that were involved in Petronas VDP(Vendor Develipment Programme ) hardly a dozen survive now and the rest bungkus with big debt with the bank .It is about the survival of the fittest.

Maaflah,Kawanlama you may not understand this.It is something we left more than 20 years ago.Your calculation remain too simple to me unless you understand all this corporate moves.I was not clever but practical .I was so naive like din Melaka now.

Perhaps you can tell us your background and experience .May be we Malays can learn something usefull there .Have a good long holiday bro.Maaf, for being too frank , blunt and too straight forward.It is an asset to be a successful businessman.I am doing small and simple and take what i can chew with little headache. Cheers.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

YAB PM kata lepas raya cina akan ditentukan samada BN bertanding ke tidak. Kalau bertanding pun, wakil MCA seperti biasa, nak test power presiden baru mereka.

Bagi sayalah, BN tak perlu bertanding pun di Kajang ni. jadi tak perlulah berjanji itu dan ini terutamannya Bandar Kajang yg kotor, penuh sampah, jam teruk, parking tiada, jalan teruk, banyak anjing liar, dah beberapa kali banjir kilat, banyak Indon dan Bangla dan kadar jenayah pun tinggi. Biar org Kajang tengok sendiri prestasi Anwar hebat setara mana.

Lepas tu, konfik dlm PKR pulak. Nak jadi MB takut tak diperkenankan je sebab rekod amat kotor. Nak jadi ADUN biasa, malu pulak ke Khalid Ibrahim dan ahli2 PKR sehingga org pun tak pasti siapa boss dan siapa kuli. Jadinya, konflik dgn pihak istana dan konflik dgn pengikut Khalid akan berterusan. He! He! He !!!!!!!!!!!! Kita tengok je.

Lepas tu conflict dgn PAS pula. PAS kata mereka mahukan kerusi MB jika Khalid turun. Tapi saya percaya, parti BIKO ini bising je, lepas tu senyap dan ikut je. Tapi ahli-ahli yg bijak dan rakyat Melayu Malaysia khasnya akan lihat dgn mata kepala sendiri siapa PAS yg sebenarnya seperti pemberian undi Melayu pd PRU 13 baru-baru ini. Ini akan menguntungkan UMNO. DAP pula akan ketawa besar bila tengok org Melayu berlawan sesama sendiri jika PRK diadakan.

Jadi kesimpulannya, kerajaan BN tak perlu bertanding pun. dan ini akan meningkatkan lagi konflik dalaman mereka dan org Kajang bolehlah menilai sendiri prestasi Anwar. Adakah sehebat cakapnya ataupun sebaliknya? Rata-rata org lama dah tahu dah kegagalan teruk Anwar pada tahun 1998 sampai negara sikit lagi nak digadaikan kpd IMF. Biarlah anak-anak muda pula lihat dgn mata kepala sendiri. Inilah strategi yg dinamakan diam ubi berisi. Sekian TQ.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

sdr Fendy Ahmad.

Umumnya saya bersetuju sangat dgn kedua2 pandangan sdr.

Melihat track rekod Dakj yg bebas utarakan pandangan ikhlas, saya rasa Dakj TIDAK ADA SEBAB SOLID UNTUK HENTAM PEMBANGKANG terutamanya kerajaan negeri PR.

Walaubagaimanapun jangan gaduh2.

Apakata sdr Fendy ambil peranan itu kalau memang pembangkang WAJIB DIKRITIK PADA TAHAP KAW2.

Pada pendapat saya, sehingga ini Dakj masih kenal halal haram dalam berblog.

Berkenaan dgn pandangan sdr yg kedua tu. Untuk berhujah tentang kebenaran berdasar hukum Allah, pembangkang tak perlu pun org macam Rafizi.

Bila ada, lagilah pasukan penerangan pembangkang menjadi lebih kukuh.

Bukan Rafizi saja. Lihatlah latar belakang akademik panglima2 pembangkang bukan saja di Selangor tapi seluruh Malaysia hebat2.

Yang paling penting kalaupun ketua2 UMNO tu upah lulussn Harvard atau Oxford untuk berhujah secara ilmiah dalam debat lawan panglima pembangkang, mereka tak akan menang kerana bukti angka tsk boleh menipu.

Sebab tu lah GENG SAMSENG TEGAR NI NAK BERDEBAT PUN TAKUT.

Sebab akan memalukan diri sendiri.

Sebab itu mereka debat sebelah pihak melalui tv, radio, bernama, utusan dsb.

Dan mereka suka sangat kalau rakyat
tak adaatau tak mampu internet.

Yg penting pembangkang harus berusaha menjadi lebih baik terutama dalam mengendali dana rakyat.

Dgn pasukan polis, SPRM dan pendakwa dibawah PMO, anda fikir ketua UMNO akan maaf jika memang benar ada penyelewengan wang rakyat di negeri2 yg diperintah PR?


x PKR said...

Salaam Dato Kadir

Mengapa Dato tidak join sekali perjumpaan NGO Melayu dengan PM di Putrajaya tempoh hari?

Pendapat saya Dato kena hakikat jika ada pembahas yang mengatakan Dato adalah proxy Tun Daim dalam menyuarakan pendapat di blog milik Dato ini.

Ramai orang lama yang tahu bahawa Dato amat rapat dengan Tun Daim sewaktu di NSTP dahulu.

Tetapi saya tidak mahu komen pula tentang konspirasi yang melibatkan Tun Mahathir.

Apa yang saya lihat ada baik dan kurang baik nya dalam komen yang di luahkan dan berharap semua yang membaca komen komen dalam blog Dato membaca dan menerima dengan hati yang terbuka dan faham akan keluhan orang di bawah.

Di harap Najib sentiasa peka dengan nadi rakyat di bawah yang menyokong beliau dan tidak lagi membuat keputusan sendiri yang menggila seperti mana anwar ibrahim.

abeng said...

Melayu manyak pandai ohh...

semua dia boleh bagi sama olang luar ohh...

janjii dia boleh dapat pegang itu kuasa ohh...

Tapi lu punya kuasa kalau tak ada gua punya duit pun serupa tak ada kuasa ohh...

Nanti sikit hari gua datang lagi beli lu punya kuasa ohh..

Masa itu lu punya kuasa sama duit pun sudah tak ada ohh..

Time mau lawan tapi tarak kuat terus mau amok guling guling atas jalan ohhh..

Mau lawan guna akai talak pandai pasai malas mau baca dan fikir ohhh...

Melayu manyak pandai ohh...

OK.. gua mauu sambung makan besar ohhh

jumbeaux said...

Salam Datuk,

Saya mencelah lagi.

Bagi pendapat saya, masalah PKR dan Anwar di Selangor akan banyak membantu mengalih pandangan rakyat dari masalah sebenar negara - ekonomi dan inflasi.

Orang politik sudah ada permainan baru iaitu PRK Kajang. Tahap keterujaan mereka akan lebih dari semangat untuk membantu rakyat daripada menghadapi kesempitan hidup. Sebab kemahiran yang mereka ada adalah hanya untuk berpolitik. Ini adalah situasi yang amat menyedihkan.

Malaysia needs less politics, not more.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj.

PAK MALAU.

kalau sdr Melayu, sdr sebenarnya tak kurang hina bila borong kutuk bangsa sendiri.

memang naluri manusia sejagat akan bangun lawan penguasa zalim termasuk ada yg mati.

penentangan ni tak kenal batas agama dan bangsa.

Bila pemerintah zalim, akan ada penentangan. tenguklah bangsa Arab. Tak de org Cina dan India pun yg nak di persalah jadi tukang ketawa atau batu api.

Jangan sekali2 kehaditan Cina dan India dijadikan alasan mudah untuk kita peluk tubuh biarkan penguasa merosakkan harta dan kesejahteraan rakyat.

Allah cipta manusia dgn pelbagai bakat guna untuk menyembah Allah. Terang2 mengiakan maksiat ketua2 UMNO tentunya bertentangan dgn tanggungjawab menyembah HANYA ALLAH.

Bakat tu bukan untuk mencuri, menindas atau memesong pegangan akidah.

Rosaklah akidah jika kita fikir ketua2 UMNO tu atau sesiapa juga lebih besar stau penting dari Allah.

Zed-85 said...

Saudara Pak Malau,

Komen Saudara,

Melayu bodoh sama melayu tak sedar diri tak habis bertekak dalam blog dan di pentas ceramah atau kedai mamak mengutuk orang umpama Buruk muka cermin dibelah...... last sekali Akar tak berpijak di bumi, pucuk tak sampai ke langit

sanggup berjam-jam mengadap komputer membebel politik macam anjing menyalak bukit.

Last sekali bila haus nak minum kopi pun nak kena pi bungkus kat kedai mamak atau kopitiam cina.

Komen Saya,

Kalau kita berbahas tidak ada masalah, terutamanya dengan ilmiah dan fakta-fakta sahih, boleh mendatangkan faedah. Bukan bertekak.

Zaman sekarang ini, selain dari kedai mamak dan kopitiam, kita ada Starbucks. Dulu ada kopi dan kopi O termasuk kopi O ping dan kopi kaw (juga kopi jantan dan betina) sekarang ada Espresso, Capucino, Frapucino, Americano,Latte dan macam-macam. (Pilihan saya Americano.)

Baru-baru ini saya terbaca komen dari Dato Paduka Marina Mahathir di Star yang agak menarik. Katanya, zaman sekarang kita banyak pilihan, nak minum kopi macam-macam ada (Espresso, capucino dll), nak beli talipon pun macam-macam citarasa.

Talipon bimbit umpamanya, sebelum kita beli biasanya kita akan baca “review” talipon tersebut samada “processor”, “ram”, “skrin saiz”, “OS” adalah yang terbaik dan memberikan pulangan nilai yang tinggi “Value for money”.

Parti politik pun sekarang kita ada pilihan, kalau dulu kita ada “UMNO lama” dan “UMNO baru” tetapi sekarang kita ada Pakatan Rakyat yang sekarang perintah di Penang, Selangor dan Kelantan.

Pendekkan cerita, zaman sekarang ini kita sudah banyak “pilihan”.
Cuma persoalannya, apabila kita hendak beli talipon bimbit, minum kopi atau beli barangan lain, kita akan menilai dan berfikir apa yang terbaik untuk kita tetapi dalam memilih kerajaan yang perintah negara, ramai yang penilaiannya “seragam” dan banyak mengikut pandangan media massa yang berat sebelah daripada berpikir sendiri. Walhal, memilih kerajaan adalah lebih penting.

Disebabkan adanya “pilihan” maka banyaklah perbahasan sepertimana di blog ini. Perbahasan yang baik akan memperbaikkan lagi pilihan kita. Bukan kita hendak bertekak.

Mengenai komen saudara, orang melayu berjam-jam mengadap computer, zaman sekarang orang berjam-jam mengadap handphone dan tablet untuk blogging. Tak lama lagi, ada rekaan “Google Glass”, yang mana fungsi computer dimasukkan di cermin mata, jadi dari pagi sampai tidur kita boleh “online”.

RD. said...

Beberapa hari lepas keluar keputusan SPM 2012, isteri saya, melalui guru anak, memberi tahu bahawa anak saya tidak dapat bantuan kerana kelahiran Kedah, walaupun dalam IC beralamat Selangor. Saya tak bangga pun anak dapat 7A. Saya tak pergi pun ambil keputusan anak. Emaknya yang terhegeh-hegeh nak pergi sama ambil keputusan. Tujuan saya beritahu adalah untuk menyampaikan message bahawa setiap Kerajaan Negeri, terutama yang berRaja, mempunyai kesedaran untuk memelihara kepentingan ‘anak negeri’ sendiri. Semangat ‘kenegerian’ ini boleh ditafsirkan dengan perkauman, jika rakyat berbeza negara dan agama.
Kerajaan Kelantan juga memberi kelebihan kepada anak-negeri mereka. Orang Melayu dari negeri lain tidak dibenarkan memiliki tanah, atas nama sendiri, di Kelantan. Sepupu saya terpaksa letak nama isterinya yang berasal dari Kelantan, apabila beliau membeli tanah disana. Yang pelik, bagaimana Nga dan sepupu, Ngeh boleh memperolehi tanah balak beribyu hektar di Kelantan? Mungkin orang Politik ada kelebihan, saya tidak tahu.
Maklumlah orang politik tiada istilah ‘pencen’ atau bersara, seperti rakyat yang berkerja makan gaji macam saya.
Din Melaka, aka Ah Din nampaknya sangat memandang rendah dan memperlekeh sistem sekolah Kebangsaan atau lebih tepat lagi, Sekolah aliran Melayu. Memang inilah pendapat kebanyakan orang Cina di Malaysia dan saya pun terpaksa setuju kerana anak yang mendapat 7A itu bersekolah SRJK(C). Malangnya tak dapat masuk SMJK(C) kerana tiada kabel atau ‘pelincir’. Pada tafsiran saya, pentadbiran sekolah Cina hanya mementingkan ibu-bapa pelajar yang mampu dan rajin ‘menderma’ kepada sekolah. Anak taukeh dan saudagar kaya ada kelebihan.
Orang seperti Ah Din mungkin mampu hantar anak belajar di Singapura atau Hong kong. Melayu macam saya, disinilah sajalah pilihan yang ada, baik ataupun buruk. Ahli politik dan orang kaya macam Ah Din, lain lah. Apa yang saya tahu, ramai Cina Malaysia di Johore Bahru, hantar anak bersekolah di Singapura kerana Bahasa Melayu tiada bawa ‘untung’ atau kelebihan di dunia antarabangsa. Juga kerana sekolah kebangsaan terlalu banyak unsur keagamaan Islam. Memang betul pun, sehingga di pintu tandas pun ada bacaan doa untuk keluar masuk dengan kaki kiri. Malang lah bagi mereka yang cacat, tiada kaki kiri.
“Zaman sekarang, gara2 kesongsangan sistem pelajaran yg bermula zaman Najib/ Mahathir 1997”
Biar betul, Ah Din. Mengapa “kualiti pelajar kita di kaca mata dunia low klass” sejak 1997 saja? Kerana 1997 adalah tahun ‘malapetaka’ buat Anwar Ibrahin sebagai TPM? Tahun Karpal Singh menuduh Anwar seorang peliwat di Parliament? Tahun Mat Sabu memperkenalkan istilah Al-J……, kerana membawa watak warak?

Dasar utama pembelajaran adalah ‘integrasi national’. Sebab itu Bahasa Melayu diutamakan di Sekolah Kebangsaan..
Najib, Menteri Pelajaran, 1995~99. Kalau nak salahkan Dr.M, saya setujulah, kerana MCE dimansuhkan pada 1977, semasa Dr.M jadi Menteri Pelajaran, 1974~78. (Tahun 1976, tahun terakhir MCE diduduki dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Tahun berikutnya Geography dan History mula dalam BM).
Mungkin Tun Dr.M menyesal, sebab itu beliau memperkenalkan PPSMI pada 2003, sebelum letak jawatan.
Ah Din juga tidak sebut bahawa Dr.M ketika menjadi PM, pernah melantik ‘Ketua Umum PKR’ sebagai Menteri pelajaran, 1986~91. Ketika inilah sokongan orang Melayu terhadap PAS paling mengecewakan. Mungkin sebagai penyokong kuat DAP, Ah Din tidak sokong PAS ketika itu, kerana PAS membawaan fahaman radikal dan amat memusuhi DAP. Jika sekarang Din Melaka ‘memakai’ pakaian PAS, saya faham.
Apabila dibawa masuk ke UMNO oleh Dr.M, Anwar Ibrahim adalah ahli PAS dan bergiat aktif dalam ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Sebagai Menteri Pelajaran, beliaulah yang mula menerapkan nilai-nilai Islam dalam sistem persekolahan. Oleh kerana sokongan orang Melayu kepada UMNO telah bertambah, Dr.M nampaknya seolah-olah mempersetujui langkah ini.

Jika kegiatan keagamaan di sekolah Kebangsaan dikurangkan atau dihapuskan, kualiti pembelajaran di kacamata PISA akan meningkat? Ah Din Melaka setuju dengan pendapat ini?

part time said...

Klise

Din Klang said...

Dato Kadir tak perlu defensive bila ada pembahas yg menuduh Dato di upah orang.

Kami tahu, Dato tahu dan Allah lebih tahu yang Dato tidak di upah sepertimana din melaka kerana Dato menegur ikhlas demi agama bangsa dan tanah air.

Cheers Dato.

A KADIR JASIN said...

Pembahas x PKR, antara lain, berkata: "Mengapa Dato tidak join sekali perjumpaan NGO Melayu dengan PM di Putrajaya tempoh hari?"

1. Saya tidak tahu-menahu mengenai pertemuan itu.

2. Pastinya saya tidak layak hadir kerana tidak dijemput dan tidak diajak oleh mana-mana NGO.

3. Lagi pun, saya di luar negara. Saya hanya tahu mengenai pertemuan itu apabila seorang wartawan The Star menalifon bertanya kalau saya hadir majlis itu.

Terima kasih.

Din Melaka said...

Asklkum Dakj


sdr RD

Saya yakin sdr tak tau apa yg di uji oleh pasukan PISA dari WORLD BANK tu.Buang masa aku je.

Tahun ini kerajaan Selangor melalui YAYASAN SELANGOR berusaha menambah lagi bantuan pelajaran kpd anak Selangor kepada 5000 org....jumlah tertinggi dalam sejarah.

Sejak zaman saya belajar, kalau nak biasiswa kerajaan negeri , mereka akan siasat jugak ibu bapa asal mana.

Kalau dah berani hantar anak kesekolah CINA, bersedialah dgn risiko seterusnya. Takkan nak salah kerajaan PR Selangor.

Mungkin kerajaan UMNO KEDAH pun tak boleh tolong.

Org macam RD pun pandai komplain. Tanyalah diri sendiri berapa banyak je SMJK CINA yg ada diseluruh negara.

lain kali kalau kail panjang sejengkal......

Cuba RD tanya Mahathir dalam pada dia hapus sekolsh Inggeris kenapa pulak semua anak2 beliau tak sekolah keb tapi sekolah luar negara?

RD tak tanya pun. Kan ke Mshathir terang2 hipokrit.

Cuba RD tanya lagi anak dan anak tiri Najib sekolah kebangsaan ke..

Ada saja fitnah yg RD buat.

Betul ke Anwar keluar PAS sebelum masuk UMNO pd 1982?

Terakhir kalsu anak kita dapat 11A+, MARA dan JPA akan cari mereka.

Tapi kalau anak kita tulis berkajang berjela tapi buang masa pemeriksa jawapnya kosong, kosong. Mekihat pd prestasi bapak, tahniah pd anak.

Ketua2 UMNO pujaan RD, OKJ dan kg man hanya berani dera sekolah Melayu dan sek agama.

RD cuba nasihat mereka halang Cina JB hantar anak sekolah ke Singapura.!

Ada branikah mereka.?

Kalau tak brani bererti mereka gempak je.

Belakang kita ketua2 UMNO dan MCA ketawakan pencacai mereka.

Zed-85 said...

Saudara RD,

Komen Saudara,

Pada tafsiran saya, pentadbiran sekolah Cina hanya mementingkan ibu-bapa pelajar yang mampu dan rajin ‘menderma’ kepada sekolah.

Komen saya,

Saya orang melayu tetapi saya bersekolah di SKRJ(C).

Ada lebih kurang 7 orang melayu yang sama umur dengan saya. Disebabkan saya orang melayu, saya tidak perlu bayar 1 sen pun yuran sekolah tetapi orang cina kena bayar.

Sekolah Menengah saya masuk semula sekolah menengah aliran melayu.

Antara sebab mengapa orang cina hantar anak mereka sekolah di Singapura kerana ramai yang seberang tambak bekerja di Singapura. Lagipun mereka tidak mengharapkan sangat dengan sijil SPM untuk bekerja dengan kerajaan.
Apa gunanya kalau ada sijil pendidikan tetapi tidak ada peluang pekerjaan.

Berkenaan dengan tahap pencapaian pelajaran nasional. Kalau saudara rujuk buku Tun Dr.M "Dr. In the House" ada nyatakan masalah kemasukkan universiti tempatan yang mana nisbah lelaki dengan perempuan adalah 3:7.'

Ini bermakna graduan perempuan adalah jauh lebih banyak daripada lelaki. Ini ternyata kerana disekolah rendah dan menengah, bilangan guru perempuan terlalu ketara lebih ramai daripada orang lelaki.

Ini adalah satu "kegagalan" yang besar "gross failure" UMNO yang pada saya sekiranya tidak dapat membawa orang melayu ketahap pendidikan yang baik, masadepan orang melayu tidak ke mana.

Mengenai pendidikan agama, saya pernah bersekolah di sekolah agama negeri di Johor. Waktu itu memang terkenal di Johor pengajian sekolah agama yang baik.

Sekarang ini walaupun banyak suasana yang mencabar di dunia ini, digubalkan semula silibus yang lama dan digantikan dengan silibis baru yang dipermudahkan dan disenangkan. Ini semua adalah yang dibuat oleh kerajaan BN.

Apa yang saya belajar dulu di sekolah agama di Johor, kita tidak boleh pergi menceroboh ke tempat ibadah orang bukan Islam dan merampas kitab mereka.

Dalam surah al-ikhlas sudah menyatakan daripada dulu orang kristian sudah menyekutukan tuhan. Tetapi nak mengeledah tempat orang bukan Islam, Nabi tidak ajar. Ini adalah ajaran golongan pelampau yang hendak buat hura-hara negara sekarang ini disebabkan agenda politik.

Boss din melaka said...

Din melaka. Elok jugak la hang matikan saja watak Lembah Tasnim hang yg merapu tu.

Hang sendiri pun kena ingat yang watak hang aka din melaka badut sarkas nanti kalau I nak matikan pun senang saja.... Sekupang duit pun I tak bayar kat hang. Alamat tak berasap lah dapur hang....... Jangan pulak nak sembah kat I

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pengunjung dihormati,

1. Saya sangat dukacita dengan komen-komen tak bertamadun yang dihantar ke blog ini. Nampaknya semakian menjadi-jadi pada akhir-akhir ini.

2. Ada pembahas menasihatkan saya agar tidak melayan komen seperti itu. Saya sudah lakukan. Komen mencarut, kesat, maki-hamun dan menghina seseorang kena susuk badannya, tidak saya siarkan.

3. Inilah dilema saya. Kalau boleh saya hanya mahu menyiarkan bahas yang bertamadun, berfakta, waras dan berwibawa.

4. Tetapi bukan semua orang kita, khasnya yang berorientasi politik, mengamalkan tamadun yang tinggi. Saya tidaklah mahu mengatakan mereka tidak bertamadun atau tidak intelektual, tetapi cara mereka sangat personal dan keterlaluan.

5. Dari sudut lain pula, inilah agaknya rupa dan bentuk kepelbagaian politik dan minbda orang kita. Ada yang waras dan intelektual dan ada yang masih di peringkat maki-hamun.

6. Saya minta kerjasama dan saya mohon maaf kalau tidak berdaya melayan semua komen, namun saya ambil maklum.

Terima kasih.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Dato' pernah secara spesifik menegur saya Din Melaka kerana kritikan yg menurut penilaian Dakj keras dan terdedah kpd unsur fitnah.

Walaupun dalam hati saya protes, saya akur demi menghormati tuan punya blog serta bertindak atas sifat bertindak secara bijaksana.

Kalau tulisan Din Melaka , pada garis panduan Dakj masih tidak di penuhi silalah tegur.

Berhadapan dgn komen2 kasar, kesat, lucah, fitnah seperenggan dan kosong isi, Dakj memang pening kepala

Apa ke tidaknya.

Kalau Dakj benar2 kuatkuasakan etika
berbahas di blog ni, di pihak penyokong UBN , hanya komen OKJ, KG MAN , LAHUMA dan RD yg mungkin boleh disiarkan. Soal ada isi atau tidak itu soal lain.

Nak tanya Dakj sejujurnya komen Bos din Melaka 12.13 am yg macam samseng layak ke disiarkan?


Dilema Dakj ialah jika beliau mau lebih strict tapi mesra maka takut tak cukup masa 24 jam sehari.

Tapi itulah harga yg perlu dibayar.

Dakj mungkin boleh mula dgn bakul sampah komen seperenggan tak punya isi kecuali kutuk pembawa mesej.

Percayalah lepas ni blog ini akan lebih tamadun

Demi menjaga nama baik blog Dakj sendiri, dan supaya peminat Dakj yg pasif diluar sana tak hilang selera maka Dakj WAJIB batalkan dasar longgar dan murah hati Dato selama ini.

Hatta kalau tulisan Din Melaka merapu maka sila bakul sampahkan.

Awang said...

Salam dato.

i think BN falls into a trap. What is BN to gain from agreeing to PR's call for reconcliation talks? PR exploit every issue, abet anti govt groups on Allah, rising prices,stand wth chinese chauvinists. For DAP esp,the stongest to call for such talks, it is to show to the Chinese that they can still influence direction of the Govt and defend and fight for Chinese interests.The isolation of Chinese voice in Govt foll the Tsunami will be overcomed.At 14 GE, they can tell the community to vote them as the can be aggressive fighting for them yet have access to govt thru such unity talks.BN hopes winning back Chinese vote dashed again. Not that clever after all.

Saji said...

Sdr OKJ

"YAB PM kata lepas raya cina akan ditentukan samada BN bertanding ke tidak. Kalau bertanding pun, wakil MCA seperti biasa, nak test power presiden baru mereka.

Bagi sayalah, BN tak perlu bertanding pun di Kajang ni. jadi tak perlulah berjanji itu dan ini terutamannya Bandar Kajang yg kotor, penuh sampah, jam teruk, parking tiada, jalan teruk, banyak anjing liar, dah beberapa kali banjir kilat, banyak Indon dan Bangla dan kadar jenayah pun tinggi. Biar org Kajang tengok sendiri prestasi Anwar hebat setara mana................................................"

Pandangan sdr mengapa BN tak perlu bertanding seperti diatas masuk akal.

Tetapi itu yang tersurat. Yang tersiratnya mana?

Maksud saya, mengapa TSMahyuddin awal2 lagi kata suruh bertanding? Mengapa Tun Mahathir suruh bertanding juga dan letak calun MCA?

Dan,mengapa awal2 lagi juga DSAnwar buat kenyataan, BN jangan bertanding jika mengaggap PRK Kajang itu mubazir?


SAJI

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

Siapa pun yang mewakili BN (UMNO,MCA & MIC)di PRK Kajang akan kalah.

Saya terkesan dengan satu pendapat yang bunyinya agak kasar tetapi itulah kenyataannya. Pendapat itu berbunyi, " Pakatan Rakyat Khususnya di Lembah Klang Telah 'Mengusir' UMNO-BN Ke Kampung dan Pedalaman". UMNO dan sekutunya kalah di semua kerusi di Lembah Klang.

Kalau diamati kenyataan itu ada benarnya. Dua DUN di kawasan bandar/pinggir bandar yang dimenangi oleh BN Selangor adalah disebabkan masalah 'ketamakan' di kalangan sekutu Pakatan Rakyat.

Majoriti ahli UMNO adalah Melayu. PAS juga parti orang Melayu/Islam. PKR juga ditunjangi oleh orang Melayu. Masing-masing sayangkan Melayu.

UMNO yang kini menghuni kampung, bukit-bukau, dusun, paya, lubuk dan pedalaman gunakanlah kuasa yang ada untuk memajukan penduduk di mana parti itu dilindungi dan mendapat belas kasihan. Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu NGO dan Melayu-Melayu yang lain merestuinya.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Dua hari sudah Pengerusi SPR dalam temu bual dgn wartawan memberitau kos kepada SPR untuk melaksanakan sesuatu PRK spt PRK KAJANG tak lebih Rm1.4 jt.

Tak le banyak. Kacang putih kalau dibanding dgn pembaziran berbillion dalam kes lembu kondo, AP terbuka pd kroni, hospital shah alam , dll .

Tugas PR sekarang adalah memberi penerangan kenapa wang rm1.4 juta tu berbaloi untuk penduduk Kajang dan Selangor.

Kepada yg tak setuju macam OKJ dan rakan2 soalan saya cuma satu.....sila komen jugak pembaziran yg saya sebut di atas.

Bukan apa. Jangan dituduh hipokrit tahap maksimum pulak.

Din Kalut said...

Din Melaka sudah naik tocang.Dah nadi penasihat DAKJ pula.Sebiji macam DSAI.Pelakon tersohor.

drlangitbiru penang said...

Assalamualaikum Dato' dan Para Pelayar,


PRK N25, Kajang.

SIAPA SEBENARNYA RESAH GELISAH MENGHADAPI PRK KAJANG?

Secara logiknya, PKR lah yang resah gelisah! Apatah lagi mereka meletakkan Ketua Umum nya ke dalam resiko politik yang sangat tinggi. Anwar MESTI mendapat undi majoriti yang jauh lebih tinggi berbanding dengan mantan ADUNnya. Jika Anwar menang dengan majoriti yang kecil dan lebih rendah dari sebelumnya, imejnya sebagai PEMIMPIN UTAMA PR akan tercalar. Yang tercalar sama, bukan sahaja PKR, tetapi PAS dan DAP sebagai rakan sekutu utama. BERMAKNA, N25 Kajang, PR umumnya dan PKR khususnya terasa resah gelisah.

Secara realitinya, UMNOBN mula senak perut, loya-loya dan resah gelisah. Najib, dari zaman teramat muda, menongkah hierarki Kepimpinan UMNO dengan sangat mudah, sentiasa mengambil pendekatan "playsafe". Bagaimanapun, beliau sebenarnya mempunyai pemikiran politik yang biasa, bukan luar biasa sangat pun! Kerana laluannya ke puncak kepimpinan UMNO sangat mudah, beliau tidaklah "berguru" atau mendapat tunjuk ajar yang khusus daripada Presiden UMNO atau pemimpin lama UMNO. Adakah Najib anak didik Mahathir? Dari segi pendekatan politik yang diambilnya, tidak mencerminkan beliau bekas anak didik Mahathir!

Anwar, di zaman awalnya sangat rapat dengan Fadhil Noor, terutamanya semasa dalam ABIM. Keakraban itu memberi pengajaran dan pelajaran yang sangat bermakna kepada Anwar. Dalam UMNO, Anwar mendapat bimbingan yang cukup baik dari Mentornya, Mahathir. Fadhil Noor, satu-satunya pemimpin utama PAS yang berjaya membaca pemikiran politik Mahathir. Fadhil Noor berjaya mewujudkan asas yang kuat kepada PAS, menjadi sebuah parti masa depan.

Ramai yang berfikir, Anwar sudah nampak permainan politik Mahathir dalam era Najib. Mahathir "menyerang" Pak Lah dari segenap penjuru, menggunakan kekuatan dan pengalamannya sepenuhnya untuk menekan Pak Lah supaya berundur. Maka, tidak terperanjat, Muhyiddin secara jelas mahukan Pak Lah berundur. BAGAIMANAPUN, Mahathir sangat sedar dan arif, natijah serangannya bertali arus kepada Pak Lah, bukan sahaja Pak Lah "tersungkur", bahkan UMNO juga turut "tersungkur"!

MAKA, berdasarkan pengalamannya itu, Mahathir tidak boleh "menyerang" Najib, sebagaimana beliau menyerang Pak Lah. KERANA, jika Mahathir berbuat sedemikian, akan melengkapkan 2 batu nesan untuk UMNO! Bagaimanapun, KELEMBIKKAN NAJIB dalam menerajui UMNO dan Negara, sangat sangat tidak disenangi oleh MAhathir. Mahathir juga ada agenda untuk Puteranya, Mukhriz. Nak tak nak, demi kelangsungan karier Politk puteranya, Mahathir tidak boleh membedal Najib secara keterlaluan!

Selain Mahathir, Daim dan Putera Raja dari Kelantan, Tengku Razaliegh juga tidak bersetuju dengan langkah-langkah Kerajaan Najib, khususnya dalam bidang Ekonomi. Seperti Mahathir, DAIM juga tidak bertindak secara aggresif, KERANA itu sahaja (Najib), pemimpin yang layak dalam UMNO. Mahathir pernah menyebut sebelum PAU baru-baru ini, kita tiada pilihan lain, Najib sahaja yang ada!! Jangan lupa juga, tekanan dari Zainudin maidin@zamkata.

Anwar memahami dan menyedari tekanan yang sangat kuat dari dalaman UMNO ke atas Najib. Najib berada pada posisi paling lemah dalam karier politiknya. Berkuasa, tetapi sokongan parti beransur-ansur longgar. Kerap kali, Najib sentiasa bersendirian dalam beberapa isu besar, pemimpin UMNO tidak mengeluarkan kenyataan intelek untuk menyokong Najib.

Isu semasa, terutama soal kos sara hidup yang membebankan rakyat, kadar inflasi yang sentiasa naik, tidak pernah turun, tapi naik dan naik sejak Disember 2012 serta kemuncaknya soal "Kangkung", membuatkan UMNOBN tersangat takut, resah gelisah untuk menghadapi PRK.

drlangitbiru penang said...

CARA MUDAH BAGI UMNOBN adalah MEREMEHKAN PRK N25, KAJANG. Kerana UMNOBN berada pada posisi defensif !!!! UMNOBN tiba-tiba bersifat seperti tok lebai yang sangat alim. PRK satu pembaziran! Tiada yang membazirkan duit rakyat dalam PRK ini sebenarnya. Kerana yang bertanding adalah 2 parti politik. JANGAN AMBIL DUIT RAKYAT untuk menghadapi PRK! Itu yang sewajibnya. MEMBAZIR, bilamana UMNOBN ambil dan guna duit rakyat, untuk gula-gulakan pengundi!

YANG PALING RESAH GELISAH adalah UMNO. Mudah sahaja UMNO nak melepaskan diri, HANTAR MCA masuk bertanding.

SEJARAH Perak 2008 masih segar. DEMI KUASA, UMNO sanggup lakukan apa saja, Prinsip Macheavelli sudah sebati dengan UMNO. Di Selangor, UMNO sangat bijak mengumpan pemimpin pertengahan PKR yang bertelagah. Mereka ini mendapat "inspirasi" untuk mensabotaj Kerajaan Selangor. Khir Toyo cuma tinggal RM600juta duit Kerajaan Selangor kepada Khalid. TAPI Khalid sudah berjaya mengumpul billion ringgit untuk rakyat Selangor. Selangor negeri terkaya di Malaysia. NAJIB PERLUKAN SELANGOR! Apa cara sekalipun, NAJIB MAHUKAN SELANGOR.

Memahami senario ini, Anwar "Mengorbankan "Pawnnya"", untuk menyerang balas gerakan catur Najib. Seorang rakan memberi komen mudah, "Well planned and calculated move to checkmate Najib".

APA LANGKAH NAJIB SETERUSNYA?

Tinta Hitam said...

Datuk,

Satu petanda tindakan kita betul ialah jika pihak lawan terperanjat dan panik .Tak tau nak buat apa dan sehingga kini masih teraba raba mencari strategi utk menghadapinya...

Langkah terbaru DSAI jauh sekali melemahkan PKR dan PR..Saya kesian pd UMNO kali ini..Nak masuk bertanding skg ni mereka mereda didlm keadaan defensif disebabkan kenaikkan harga barang.Tak masuk lagi malu.Nanti org kata pengecut.Kih3

merlimau9 said...

Dato
Rakyat Malaysia ( ahli PAS N PKR) bukan saja tidak bersyukur...malah hipokrit dan apalagi DAP pastinya munafik.
PRK ciptaan anwar/azmin ini adalah sesuatu ilham kelas rendah dlm mendepani krisis politik ciptaan mereka.
Motif anwar/azmin tak lain ingin menguasai kewangan kerajaan Selangor.RM3b brother.
Tindakan ini akan membuat anwar/azmin (badan/nyawa) terperangkap jerat ciptaan mereka sendiri.
BN pasti meletak calon MCA kerana semangat Hubaidiyah yg diamal oleh pemimpin BN/UMNO.
Meraikan perbezaan pendapat dikalangan parti komponen adalah asas kpd PM Najib dan setiap pendapat yg boleh membawa keuntungan kpd Malaysia tentu akan beliau pertimbangkan.
Berbeza dgn anwar/azmin hanya menimbangan keuntungan kroni mereka yg telah kehabisan dana sama spt rakan meteka PAS.
Kita tunggu apakah anwar/azmin dpt merealisasikan hasrat mereka utk mengawal kewangan negeri Selangor.
Malaysia negara yg diberkati..maka sesiapa yg tidak Benar pasti tersungkur.

RD. said...

Saya amat menyokong pendapat OKJ pada 10:12AM.
BN tak perlu buang masa dan WANG di PRK Kajang.


"Org macam RD pun pandai komplain". Kata Din Melaka.

Bukanlah tujuan saya untuk complain, tak dapat bantuan dari Kerajaan Selangor. Saya tak minta pun. Guru sekolah yang beritahu isteri saya. Mungkin Cikgu telah berusaha bagi pihak anak saya. Kalau isteri tak bagi tahu, saya pun tak tahu ada insentif sedemikian.

Saya beritahu kisah ini dan kisah Nga & Ngeh dapat tanah balak beribu ekar, hanya untuk menyampaikan 'message' bahawa, seperti hak Kerajaan Jepun menghalau sesiapa, DYMM Sultan berhak menolak dan menerima Anwar sebagai MB kerana pernah dipenjarakan setelah disabit kesalahan menyalah-guna kuasa (abuse of power)mengarah polis menangkap Ummi Hafilda Ali (Adik Azmin Ali) ketika menjadi TPM. Dijatuhi hukuman 9 tahun penjara. Selepas 5 tahun dalam penjara Sg.Buloh, di lepaskan oleh Pak Lah untuk memalukan dan merendahkan credibility Dr.M.

"Ketua2 UMNO pujaan RD, OKJ dan kg man hanya berani dera sekolah Melayu dan sek agama".

Cuba citer lebih lanjut 'Ketua UMNO dera' lagu mana. DAP, kebanyakan orang Cina dan Dong Zong tuduh BN anak-tirikan SRJK, Ah Din Melaka kata Sek. Keb. dan Sek. Agama pula kena dera. Merapu, hang ni. Kalau berbahas bertentang mata, sudah pasti Din dah kena maki-hamun dengan penyokong BN.

"RD cuba nasihat mereka halang Cina JB hantar anak sekolah ke Singapura.!
Ada branikah mereka.?"

Bila bercerita tentang Anwar dan Singapura, saya terus teringat, Anwar pernah mempamirkan kemarahan dalam TV dengan mata terbeliak memekik, seolah-olah mahu berperang dan menyerang Singapura, sekitar awal 1990an. Saya sudah lupa issue apa, tetapi ketika itu JB dilanda banjir, kalau tak silap.

Din Melaka seolah-olah mahu kerajaan Malaysia bertindak secara tidak democratic? Menghalang kehendak rakyat Malaysia untuk belajar mengikut apa yang mereka mahu? Tidakkah tindakan ini akan menyebabkan kerajaan dituduh pula menindas orang Cina.
Sebaliknya, jika ahli politik Pakatan brani menghalang rakyat JB hantar anak belajar di Singapura, saya akan pangkah, PAS PRU14, kerana DAP tak berani tanding Parlimen atau DUN tempat saya tingal.
Ah Din tolong nasihatkan Kit Siang. Gelang Patah dah dekat JB.

Zed-85 said...

Saudara Merlimau,

Komen saudara,

BN pasti meletak calon MCA kerana semangat Hubaidiyah yg diamal oleh pemimpin BN/UMNO.

Komen Saya,

Boleh sedara cerita sikit apa itu semangat Hubaidiyah.

Hubaidiyah ke Hudaibiyah?

Sebenarnya Rafizi yamg menjadi arkitek kepada PRK Kajang bukan Anwar/Azmin.

Kalau dipikirkan logik, pilihanraya ke 14 sekitar 2017/2018, dijangkakan perang politik adalah paling sengit di Selangor. Selangor adalah negeri terkaya dan semakin lama PR pegang Selangor, semakin kuat kedudukan PR.

Oleh itu meletakkan Anwar sebagai menteri besar adalah langkah strategik yang bijak oleh PR.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Pakar perlembagaan Dr Aziz Bari berpendapat sultan terikat melantik org yg di ketengahkan oleh parti yg menang pilihan raya untuk jadi menteri besar.

Bekas hakim mahkamah rayuan( bukan mahkamah agong pun) sibuk canang sultan ada kuasa lantik adun yg dia suka.

pendapat mana yg betul?

Pendapat kedua jelas tak betul. Tapi oleh kerana UMNO suka dengar pendapat yg songsang dan yg boleh mensia2kan proses demokrasi tu maka media pembodek canang pendapat bekas hakim kangkung ni ke merata Malaya.

Hakim2 terbilang spt Tun Sufian, Tun Raja Azlan dan Tun Azmi terkenal dgn kompilasi penghakinan mereka yg jadi bahan rujukan.

Saya teruja jugak nak baca kompilasi hujah penghakiman bekas hakim selibriti ni.

Hakim ni semasa dalam petkhidmatan tak pulak menonjol. Samada kena cantas oleh yg lebih kanan atau memang tak layak jadi hakim lebih tinggi.

Bagaimana pun di boleh land macam2 ada.

Kalau peguam kanan disebut2 akan masuk sektor awam terus jadi AG, membelakangkan pendakwa2 kanan sedia ada maka jangan hairan tiba2 bekas hakim ni masuk balik jadi hakim ketua..

Ada tak badan dunia buat ranking badan kehakiman kita.?

Macam tahap kangkung je selepas Mahathir pecat Tun Saleh

Allah selamatkan kita semua drpd pen tarbus.yamun.

Kampong man said...

Salam semua pembahas,

1.Komen sdra Saji:

"Berdasarkan 3 pengalaman menerajui negeri2 yang mencabar iaitu KEDAH, PERAK (sekejap) dan TERENGGANU orang PAS tidak mempunyai kemampuan untuk mentadbir negeri2 sedemikian. Setakat ada title Dr di belakang tak mencukupi.

Antara ketidakmampuannya ialah tidak mempunyai ilmu dan pengalaman yang diperlukan untuk menterjemah dasar kerajaan kepada realiti. "

Pas tidak seharusnya membuatkan ini satu alasan untuk lari dari tanggughjawab memegang tampuk kerajaan negeri Selangor.Bukan kah mereka punyai kerusi DUN tertinggi (15) melebihi PKR kini tinggal 13 satelah Lee Chin Cheh meletak jawatan ?. Pas harus berani menyahut cabaran kedudukan MB Selangor .Sekira tidak orang Melayu akan terus meyakini UMNO lebih dari Pas di PRU 14 nanti.UMNO perolehi 88 kerusi dan Pas hanya 21 di PRU lepas.Harus juga diingatkan PKR hanya punyai 15 kerusi yang dimenangi calin Melayu daripada 30 kerusi kemenangan parti multiracial PKR yang lepas.Majoriti kerusi PKR adalah di Selangor (9).

2.Sdra Din Melaka antara lain berkata:

" 5. Oleh kerana sewaktu jadi menteri kewangan dan TPM pun Anwar cemerlang ditambsh dgn tiada rekod curi wang rskyat maka ssya yakin Anwar, figur terbaik selepas Khalid yg WAJIB diketengah."

Ini perlu pembetulan dan salah.Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah diatas kes RASUAH pada April 1999.Anwar didapati bersalah atas empat (4) tuduhan kes rasuah dan dihukum penjara enam (6) tagun setiap kes dan hukuman dilakun serentak Ini terbukti dan FAKTA.

Anwar gagal mengatasi masaalah ketika negara di landa krisis mata wang dunia dulu.Masih ingat nama Geoorge Soro ?.Tun succeeded in not following the World Bank recommendation by pegging US dollar to Malaysian Ringgit at RM3.80 to 1USD for a good six years.It has benefitted the country.Renember?.

Rakyat masih menunggu dalam kes lain sdra Anwar.Harap maklum.


Terima kadih Dato

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

sdr RD

1. Susah berhujah dgn org mental bukan SPM 10A.

Lihatlah jumlah murid dalam satu kelad ada yg sampai 50 org.

Sekolah pulak dua sesi.

Kelengkapan belajar masih kuno.

Jarak sekolah dari rumah jauh2 tak boleh jalan kaki.

Tak cukup belajar di sekolah, anak2 kena pulak pergi kelas agama.

Dan kelas tambahan .Tuisyen lain pulak lagi.

Itu bukan dera ke.

Anak menteri belajar sekolah inggeris dalam dan luar negeri. Bila balik terus pegang jawatan tinggi.

Anak Melayu lain kalau dapat jadi pegawai bank setakat dicawangan dgn gaji permulaan dah di kira bagus.

Bersyukur. Siap menangis lagi.

Ketua2 UMNO jual peruntukan AP kereta pafa Cina berjuta rgt sebulan.

RD nak minta bantuan sekolah anak pun habok pun tak de

Itu bukan kena dera ke.

Bila org cakap ketua2 UMNO suka tenguk Melayu miskin atau dah baik kalau cukup makan , RD akan melenting.

Ada org buta mata tapi tak buta hati.

Tetap terhegeh2 sokong UBN walaupun anak tak dpt bantuan pelajaran.

Nak sedapkan hati cuba pulak nak salahkan kerajaan negeri.

Nanti kalaupenceroboh serang Selangor RD akan salahkan kerajaan PR kenapa tak ada askar dan polis sendiri.

Tabiat RD ,bila kena batang hidung elak beri jawapan.

Tabisat RD juga suka fitnah. Mana bukti Anwar ahli PAS sebelum masuk UMNO.

Mana bukti Kelantan beri tanah pd Cina bernama NGEH bukti.

Yg betul ialah kerajjan Kelantan membeti hak guna tanah kepada peniaga Cina . Salah ke.

UMNO bukan setakat beri hak guna tapi lelong tanah Melayu pd Cina .

Sila RD pertikaikan.

Semut Api said...

Asalam Dato'

Saya melihat Din Melaka tidak dapat mengawal hati dan perasaan beliau dan banyak isu yang dibangkitkan adalah ulangan beberapa cerita basi.

Ada baiknya Din Melaka cool sikit dan tidak perlu melayan semua kritikan dan ignore saja.Kenapa terlalu defensif dan offensif ?.satu lagi bahasa Din Melaja gunakan sama saperti murid tingkatan 3.Tak nampak inteelectual nya.Point banyak tapi persembahan bahasa banyak kelemahan.Buat berihat dulu Din Melaka.

RD. said...

Pada pendapat saya, daripada menyusahkan dan membahayakan keselamatan rakyat, pasukan keselamatan dan juga demi mententeramkan atau meredakan ketegangan kaum, elok saja Ketua Umum PKR mengadakan Pemilihan Party Sendiri untuk menentukan siapa yang patut menerajui Negeri Selangor sebagai MB. Sudah pasti kita tak perlu mengaitkan dan mencemar kewibawaan Mahkamah atau institusi Raja-Raja untuk melindungi najis yang bertaburan di dalam party sendiri.

DAP telah dua kali, adakan CEC nya, tapi masih ramai ahlinya tidak puas hati. Ada yang report Polis. Ada yang mengadu pada ROS.
PAS pun sudah adakan Muktamar.
MCA sudah buat konvensyen dan dapat President baru.

PKR bila lagi.? Dah lama overdue, saya rasa. Buatla. Kenapa tak berani nak adakan Pemilihan Party sendiri ?

Mana letak 'Keadilan' jika semua rakyat yang tidak menjadi ahli PKR diheret untuk menyelesaikan masaalah dalaman Party.

Pasal itu saya syorkan BN tidak meletakan calon. Biarkan PR menang tanpa bertanding. Tiada kempen dan ceramah politik yang hanya akan merenggangkan lagi perpaduan kaum. Jangan terikut seorang yang terbukti pernah menyalah-guna kuasa Polis sebagai TPM, menyalah-guna pula process democracy untuk tujuan peribadi.

Din Melaka.
Mungkin kamu mahu menaikkan kemarahan orang Cina dan India terhadap BN dengan melontarkan idea, kerajaan membina lebih banyak sekolah dipendalaman untuk membolehkan orang Melayu dan pribumi tidak perlu berjalan jauh kesekolah.
Murid kurang dari 50 satu class. (Satu class, 10~20 orang?)
Kelengkapan class tidak kuno, mesti canggih.
Tiada lagi 2 sesi seperti di bandar-bandar?

Saya tak pernah pun minta bantuan kerajaan Malaysia atau Selangor . Orang yang nak tolong mintakan tanpa pengetahuan saya, nak buat macam mana. Saya jenis yang jarang minta tolong dari orang.

Kalau yang sudah menjadi pengetahuan umum pun, semuanya mahu di tunjukan bukti di dalam bahagian komen Dato A.Kadir, susah lah saya dan empunya blog. Mahukah Dato siarkan semua bukti yang saya hantar kepadanya? Mengapa perlu menyusakan orang lain untuk menjaga nama baik sendiri? Semua masalah sendiri–bikin mahu disandarkan atas orang bahu orang lain. Inilah tabiat Pakatan dan penyokong mereka.

Saji said...

Sdr Kampong man


Yang tersirat yang saya sengaja tak tulis yang Sdr tak faham atau buat2 tak faham ialah, lebih mudah Negeri Selangor jatuh semula ke tangan UMNObn di bawah PAS (berbanding di bawah PKR) jika PAS mengikut telunjuk orang2 UMNO seperti Sdr - mendesak PAS mengambil alih pemerintahan Negeri Selengor daripada PKR.


SAJI

Kawanlama said...

Yg Bhg Datuk AKJ,

Mungkin cerita biskut yang baru saya terima boleh juga dikongsikan jika difikirkan perlu.

Read this story posted by friend of mine;

When I was a kid, Mum liked to make food for dinner & I remember one night in particular when she had made dinner after a long, hard day at work. On that evening, Mum placed a plate of bread, jam and extremely burned biscuits in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet, all my dad did was reach for his biscuit, smiled at my Mum and asked me how my day was at school.

I don't remember what I told him that night, but I do remember hearing my Mum apologize to my dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: "Honey, I love burned biscuits." Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, "Your mum had a long hard day at work today and she's really tired.

And besides, a burnt biscuit never hurt anyone but harsh words do!" You know, life is full of imperfect things and imperfect people. I'm not the best. What I've learned over the years is that learning to accept each other faults and choosing to celebrate each other differences, is one of the most important keys to creating a healthy, growing and lasting relationship. So...please pass me a biscuit. And yes, the burnt one will do just fine! And please pass this along to someone who has enriched your life, I just did! Life is too short to wake up with regrets.

Love the people who treat you right and have compassion for the ones who don't.

ENJOY LIFE NOW - IT HAS AN EXPIRY DATE"

Kampong man said...

Salam Dato,

1.Kesimpulannya pada saya PKR telah mempermainkan DEMOKRASI dan satu lagi episod drama lakunan bagi menghalalkan cara.Meletakan Anwar pula pastilah mengundang kontroversi.

2.Rafizi tidak perlu gusar sebab Anwar diramalkan akan berjaya menang saperti juga berjayanya Lim Kit Siang di Gelang Patah dulu atas sokongan majoriti pengundi Cina di Kajang dan berpecahnya pengundi Melayu. (Pecahan pengundi mengikut kaum telah saya uraikan diatas).Api Blackout 505 masih menyala dan ini adalah masa terbaik Lee Chin Cheh menjadi kambing korban bagi mengisi nafsu dan kelangsongan saorang pejuang hebat saperti Anwar.

3.Apa yang penting keputusan akhir nanti boleh dibuat kajian bagi mengukur semula penerimaan pengundi/rakyat kepada pemerintah sebagai satu random sampling.

4.Kehadiran Anwar di Selangor akan memberi dua kesan atau impak ia itu bagi memperkuatkan PKR /PR Selangor dan juga berkemungkinan melemahkan kerajaan PKR/PR Selangor. Ramai yang melihat kejujuran dan kebolehan Khalid sebagai MB Selangor dan Khalid punyai penyokongnya sendiri, juga dari rakan rakan Pas.Anwar pula berbeza.Tidak semua rakan dalam PR yang mahukan beliau memimpin kerana beliau punyai rekod peribadi (RASUAH) yang tidak di senangi (Yang lain saya tidak berani sebut, takut fitnah ).Yang nyata Anwar mahukan jawatan MB Selangor, negeri yang terkaya di Malaysia disebabkan perbalahan dalam parti antara Azmin dan Khalid yang tidak dapat di kawal lagi.Saya meramalkan kepincangan sekira Anwar masih berkeras mahukan jawatan MB dan tini tidak baik bagi PR di Selangor.Kita tunggu dan lihat saja lah.Kuasa MUTLAK adalah dari DYMM Sultan juga akhirnya sekira Baginda perkenankan. (Din Melaka, sila ambil perhatian).

5.It is obvious that MCA will have the right of refusal for DUN Kajang, her traditional constituency.The consistent BN coalition spirit of sharing power as usual will prevail.It has to be a candidate from MCA without doubt.It will be interesting to see how MCA perform now that it has a new leadership. Equally important is to look at the Chinese voters trend.Will 90% chinese voters go for Anwar or will Kajang voters punish PKR for toying with DWMOCRACY ?.It is left to be seen.You decide.

Thank you Dato.

Din Melaka said...

Aslkum Dakj

Lagi kuat Amhad Maslan nak beri malu Anwar pasal kes Sodomi 2 lagi ramai org simpati pd Anwar dan PR.

Dan bila rakyat dengar nama Ahmad Maslan lagi kami ingat kangkung busuk.

zh5003 said...

Aslkm...Dto Kadiak...ulas dato ni pasai Anuak ni ikhlaas betoi ka...tu nak pun!!

zh5003 said...

mat mslan ni timing badak..berasa@prasan dia pandai dari orang lain...

Unknown said...

Salam dato,

Sudah kah Dato membaca Mental Bondage diwww.aididsafar.com

saya berharap Dato dapat membacanya dan minta ulasan dari pakar bahasa arab tentang penulisan ini. Keran ianya lebih bahaya dari Pak Kassim Ahmad kalau ianya bathil, tapi ianya benar apah kah ini Islam yang sebenar.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).