A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh
guna nama samaran.]
SAYA tidak kenal Ibdillah Ishak.
Saya mengenali beliau hanya daripada portal berita dan blog. Dikhabarkan yang
beliau adalah Pengerusi Biro Media Baru, Pemuda UMNO Malaysia.
Saya kenal Khairy Jamaluddin
sejak beliau pelajar universiti lagi dan juga kerana saya kenal ibu dan bapa mentuanya. Sudah bertahun-tahun tidak berjumpa
belia. Hanya mengikuti jejak beliau melalui media massa.
Ketika saya di New Straits Times, kita membantu kumpulan beliau (Ethos) mencetak beberapa keluaran majalah mereka. Saya turut menjadi penceramah kursus "Students for Vision 2020" yang melibatkan kumpulan beliau (termasuk Haji Omar Ong) pada awal 1990-an. Mereka dimentorkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Allahyarham Tan Sri Dr Nordin Sopiee.
Ketika saya di New Straits Times, kita membantu kumpulan beliau (Ethos) mencetak beberapa keluaran majalah mereka. Saya turut menjadi penceramah kursus "Students for Vision 2020" yang melibatkan kumpulan beliau (termasuk Haji Omar Ong) pada awal 1990-an. Mereka dimentorkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Allahyarham Tan Sri Dr Nordin Sopiee.
Berkenaan Ibdillah, daripada apa
yang saya baca (dan sekiranya berita itu benar dan tepat) maka bolehlah saya
katakan yang beliau nampaknya faham peranan media baru dan kaedah yang wajar
digunakan bagi menarik sokongan. Begitu juga Khairy.
Saya membaca tulisan seorang
penulis yang memakai nom de plume Wenger Khairy dalam posting pada 10 Januari
bertajuk “Ibdillah dan PMO Harus Melawan Balik Serangan Blogger” dalam blog The
Rembau Times.
Antara lain Wenger Khairy
berkata:
“Kami juga bersetuju dengan
pandangan YBhg Sdr Ibdillah yang melahirkan rasa kurang senangnya dengan
gelagat bloggers pro UMNO yang suka meminta upah untuk menjatuhkan pemimpin dan
personaliti awam. Bloggers pro UMNO juga tiada pernah merasa bertanggung jawab
terhadap kesan posting-posting mereka yang dipenuhi dengan adegan lucah, seks
dan pekara-pekara (sic) yang tidak sehonoh
(sic).” (Baca laporan penuh di sini).
Pemerhatian penulis tepat. Ada
blogger pro-Umno atau yang bekerja untuk Umno atau pemuka-pemuka Umno yang sangat
peribadi (personal) dan keterlaluan serangan mereka. Malah ada yang boleh dikategorikan sebagai lucah.
Ia mesti ada kebenaran kerana
beberapa hari selepas itu, Khairy menyuarakan sentimen yang serupa dalam temu
ramah dengan Berita Harian Ahad 12 Januari.
Antara lain beliau berkata:
“.....itu membuktikan strategi media sosial yang kita gunakan selama ini
membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok sendiri, masih syok
sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran mendekati masyarakat umum.
Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan.” (Baca di sini).
Mengapa Hal Ini Berlaku?
Pertama, sebagai blogger yang
bekerja untuk parti, ketua-ketua parti dan isteri mereka, tugas utama adalah
menyokong parti dan ketua-ketua parti yang menggunakan khidmat mereka.
Kedua, bukan semua blogger
politik ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan
komunikasi. Majoriti adalah aktivis parti yang bukan wartawan atau penulis.
Ketiga, oleh kerana mereka tidak
berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan
komunikasi maka mereka kurang arif mengenai undang-undang, etika dan psikologi
komunikasi.
Keempat, bukan semua blogger
yang khidmat mereka digunakan oleh parti-parti politik terdiri daripada orang
berpendidikan tinggi atau berpengetahuan luas dalam bidang politik, ekonomi, pengurusan dan pentadbiran.
Bukan Mudah Jadi Blogger Bartanggungjawab
Sebenarnya bukanlah mudah
menjadi blogger makan gaji yang baik dan bertanggungjawab. Bebannya boleh
dikira berat.
Pertama, kebebasannya terhad.
Dia hanya boleh menulis rencana (posting) menyokong majikannya. Kedua, rencana
yang ditulis hendaklah cukup baik untuk menarik minat pelayar Internet dan diyakini.
Ketiga, dia kena baca
komen-komen yang dihantar sebelum disiarkan. Dan keempat, dia perlu berbahas
dengan para pengulas bagi menjawab hujah yang tidak positif terhadap
majikannya.
Tetapi tidak adil menyalahkan
blogger saja. Turut menjadikan sfera blog kita tidak sihat adalah pembaca yang
menghantar komen. Sebenarnya merekalah yang lebih banyak menyebabkan unsur
negatif membanjiri dunia blog kita.
Mereka ini terdiri daripada tiga
kelompok utama. Pertama pembahas bebas tanpa afiliasi politik. Kedua pembahas
bebas yang pro parti-parti politik tertentu. Dan ketiga pembahas yang
ditugaskan oleh pihak-pihak tertentu, khasnya parti politik, untuk berbahas
dalam blog. Di kalangan mereka ada kakitangan awam, pengamal perhubungan awam,
petugas parti politik dan orang yang diupah khusus untuk berbahas yang kerap disebut sebagai cybertrooper atau laskar siber.
Dalam konteks inilah saya
melihat saranan Ibdillah dan Khairy sebagai penting dan wajar diberi perhatian.
Blogger Perlu Diberi Peluang
Belajar
Kalau saya boleh menambah, saya
sarankan agar Umno dan mana-mana parti politik juga yang ingin menggunakan
khidmat blogger secara berhemah, bermaruah
dan membina selaras dengan cita-cita kita menjadi negara maju dan bertamadun
tinggi agar mengambil langkah berikut:
Pertama, menaja blogger-blogger
bukan wartawan untuk menghadiri kursus asas penulisan, undang-undang dan etika;
Kedua, blogger-blogger politik
hendaklah menjawab hujah-hujah lawan dan bukan menyerang peribadi mereka,
apatah lagi memfitnah; dan
Ketiga, blogger politik tidak
akan dapat meyakinkan khalayak dan menarik sokongan kepada parti atau majikan
mereka kalau mereka gagal mematahkan hujah lawan mereka dengan mengemukakan
hujah yang kukuh dan bernas.
Kaedah membunuh pembawa khabar
(messenger) tidak akan berkesan kalau khabar (message) yang dibawanya tidak
dipatahkan. Pembawa khabar mungkin terkorban, tetapi khabar yang dibawanya akan
terus tersebar.
Saya harap berita Ibdillah
hendak “engage” (berbincang) dengan blogger bukan sekadar indah khabar daripada
rupa. Kalau Pemuda Umno dan Puteri Umno yang mewakili generasi celik ICT dalam
Umno tidak berani menjalin saringan dengan blogger dan pengamal media baru,
mereka dan parti mereka akan ketinggalan.
Sejak saya membuka blog ini pada
tahun bulan Mac 2006, saya boleh bilang dengan jari orang politik, wakil
kerajaan, kementerian dan agensi yang membuat jaringan dengan saya sebagai
blogger.
Seingat saya, hanya
dua orang menteri, iaitu Mustapa Mohamed dan Ahmad Shabery Chik yang menjemput
saya berbincang dalam kapasiti saya sebagai blogger.
Manakala di kalangan
agensi kerajaan pula, hanya Khazanah Nasional Berhad (mengenai TPPA) dan
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) yang mengiktiraf saya sebagai
blogger. Hanya Mustapa dan MACC sahaja mengadakan
pertemuan terancang dan berkala dengan blogger.
Khusus mengenai blogger Umno,
sama ada yang mendapat upahan atau yang menyokong parti secara sukarela, kini
muncul trend di mana ada antara mereka yang saling serang-menyerang dan
sabotaj-mensabotaj.
Ramai blogger wartawan dan bukan
wartawan menyedari bahawa pada akhir-akhir ini ada pihak yang membuka blog
tanpa nama (anonymous) yang nampak seakan-akan blog Pakatan Rakyat, tetapi
kandungannya adalah memburuk-burukkan Umno dan orang Umno sendiri. Kegiatan ini
lebih rancak ketika pemilihan parti.
Jika benar sangkaan bahawa ini
adalah kerja beberapa orang “handler” pemimpin Umno sendiri maka aliran ini
sangat berbahaya kepada Umno dan kerajaan.
Pentingnya Latihan dan Etika
Selama 24 tahun saya di New
Straits Times Press (1976-2000) latihan dan “mentoring” adalah antara keutamaan
saya. Alhamdulillah, hari ini ramai penggiat media adalah mereka yang saya
anggap sebagai anak buah dan anak didik.
Kita ada dua modul latihan. Satu
dipanggil Pre-Entry Training Scheme (PETS) yang berupa versi kita untuk Program Graduan
Menganggur yang dilancarkan oleh kerajaan ketika krisis ekonomi pertengahan
1980-an.
Kita memberi latihan
kewartawanan kepada lulusan sekolah menengah, pemegang diploma dan graduan.
Mereka diberikan elaun bulanan. Selepas tiga bulan, yang cemerlang diambil
bekerja dengan NSTP dan STMB (TV3) manakala yang lain menggunakan sijil yang
kami keluarkan untuk mencari kerja. Boleh dikatakan semua mendapat kerja.
Ramai pelatih PETS kini mendudiki tempat penting dan kerusi panas dalam banyak pertubuhan media massa, pejabat menteri, kementerian dan syarikat swasta.
Ramai pelatih PETS kini mendudiki tempat penting dan kerusi panas dalam banyak pertubuhan media massa, pejabat menteri, kementerian dan syarikat swasta.
Program kedua dikenali sebagai
Writers’ Blog. Melaluinya kami melatih remaja semuda 12 atau 13 tahun menulis.
Saya amat bangga dengan kejayaan ramai daripada mereka.
Hari ini, ada yang menjadi
penulis dan penerbit filem, personaliti TV, filem, muzik dan
pengiklanan seperti Amir Mohamad, Nadiah Hamzah, Syarifah Aleya, Kassandra
Kassim, Syarifah Armani, Angeline Ong, Joe Flizzow, Rina Omar, Fariz Azlan dan
banyak lagi.
Malah yang menjadi profesional bidang lain pun terus menulis seperti Dr M Murali. Kemudian Tan Eng Seng yang khabarnya menjadi salah seorang Vice President di Sime Darby, Ariff Salman (Agensi Angkasa Lepas Amerika, NASA) dan Johan Rozali Watooth (akauntan).
Malah yang menjadi profesional bidang lain pun terus menulis seperti Dr M Murali. Kemudian Tan Eng Seng yang khabarnya menjadi salah seorang Vice President di Sime Darby, Ariff Salman (Agensi Angkasa Lepas Amerika, NASA) dan Johan Rozali Watooth (akauntan).
Malangnya program dan projek
tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dimatikan atau dibekukan apabila Abdullah Ahmad Badawi
menghantar pasukannya untuk mengendalikan NSTP/TV3 ketika beliau menjadi
Perdana Menteri.
Dalam konteks latihan dan etika
inilah saya menaruh harapan kepada orang seperti Khairy dan Ibdillah untuk
mengembalikan kewarasan, etika dan ketamadunan kepada dunia penulisan dan
pemikiran, khususnya dalam sfera blog Umno dan pro-Umno.
Hanya dengan itu sahaja saluran
baru ini dapat dimanfaatkan demi agama, bangsa dan negara. Kebimbangan saya ialah mungkin bukan dalam penggunaan blog saja Umno dan kerajaan bermasalah. Percubaan menggunakan
Facebook dan Twitter pun mungkin belum mencapai matlamat yang diharapkan sebaliknya membawa padah menjadi senjata makan tuan.
Wallahuaklam.
59 comments:
Datuk
1. Pada pendapat saya kewujudan blog seperti parpukari, papagomo dan seumpamanya sebenarnya membuat khalayak (seperti saya dan rakan-rakan) bertambah meluat kepada UMNO.
2. Strategi menggunakan bahan lucah sebenarnya sudah tidak relevan tidak kira samada blogger PR atau BN.
3. Blogger pro BN masih jauh ketinggalan di belakang dalam penggunaan media baru.
Toolbox
Saranan yg bagus Dato.
Laskar siber tu macam din melaka aka lembah tasnim
Aslkum Dakj.
1. Di blog Dakj ni pun ada beberapa org mungkin yg sama, tapi cari atau curi makan hantar komen satu dua perenggan asal hemtam.
2. Nasib baik Dakj blogger budiman tak bakul sampahkan.
3. Mereka datangkanlah yg hamdal2. Macam mana nak pertahan toke UMNO mereka kalau dosa dah banyak sangat. Jalan terbaik mereka pun serang peribadi atau tabur fitnah. Kalau tidak macam mana Dato nak explain hujah yg langsung tak masuk akal oleh sesetengah pembahas .
Dato AKJ,` pembaca penghantar komen menyebabkan banyak unsue negatif membanjiri dunia blog kita`
Terkejut saya menbaca persepsi dato diatas. Kalaulah tidak kerana keramaian( ramai nya )penghantar komen tidaklah terkenal si blog writer(termasuk dato juga) tersebut. Kalau hendak yang berhemah dan baik saja tulisan penghantar komen kelak dato hanya akan mendapat kaki puji dan kaki ampu saja. Yang komen negatif pun baik juga sebab mereka meluahkan perasaan hati mereka supaya dato dan semua pembaca blog (seperti saya juga) dapat tahu senario yang sebenar disebalik tabir/situasi/cerita.
Jika kita berjiwa besar maka kita seharusnya bolih menerima komen komen yang positif dan negatif bahkan yang lucah sekali untuk perbandingan dan kajian kerana itulah DUNIA BLOGSHERES yang dimeriahi olih pembaca dan penkomen.
1. Saya rasa Din Pekan tersilap mengerti tukisan saya.
2. Saya tak kata pun saya mahu orang yang setuju dengan saya atau, ikut hujah Din Pekan, ampu saya saja yang dialukukan dalam perbasan blog ini.
3. Bukan saja komen yang tak setuju dengan saya disiarkan malah yang kutuk, caci dan fitnah saya pun disiarkan juga.
4. Sdr Din Klang, laskar siber pun dialu-akukan juga, lebih-lebih lagi kalau berhujah dengan padat dan berhemah menyanggah hujah saya dan hujah pembahas lain, termasuk sesama cybertrooper.
Terima kasih.
T. Kasih atas komen Dato. Bukan saya tidak mengerti tulisan Dato tetapi saya merujuk kepada persepsi BUKAN MUDAH JADI BLOGGER BERTANGGUNG JAWAB pada bahagian no.3. perenggan kedua dimana Dato menulis: `Turut menjadikan sfera blog kita tidak sihat adalah.........membanjiri dunia blog kita.`
Saya mempertikaikan penyataan ini tetapi tidak mempertikaikan yang Dato membenarkan komen komen negatif disiarkan di blog Dato.
Penulis -- tak kira blog atau media memerlukan latihan dan pengalaman.
Paling penting hujah perlu dibalas dengan hujah, bukan cacacian.
Saya pernah berceramah untuk PETS yang Datuk Kadir sebutkan. Antara soalan menarik yang ditanyakan oleh bakal wartawan; Kenapa media perdana memihak?
Saya rasa media baru harus ada kualiti. Jangan bantai saja. Banyak blogger UMNO yang kecundang selepas tak dapat wang apabila pilihan raya berlalu
Dato'
Apakah nak diharapkan jika Big Boss DS Najib sendiri sering sekali mempraktik 'Putting his Foot in his Mouth" saperti Cerita Kangkung yang sedang melanda Blogosphere.
Sayangnya apa pun yang telah diajar juga bolih diterbalikkan untuk dipakaiguna sebagai senjata untuk propaganda bermotif jahat.
Ini sering berlaku dikalangan black sheep bekas anak buah Dato'.
Yang sebenarnya saya dah mangli dan cemuih melihat modus operandi tauke-tauke cyber trooper ni. Ibarat tuan Hanturaya membela Hanturaya. Yang nak jadi tauke membayar untuk diangkat dan dibodek. Kalau lambat bayar Hanturaya simpang keleweng hantam tuan dan makan tuan.
Blog mereka tidak konsisten. Hangat-hangat taik ayam dan bahan-bahan tulisan hanya hentam kromo.
Baru-baru ini saya menyokong tulisan Dr Ahmad Merican bahawa Jabatan Penerangan gagal menerang isu-isu kepada rakyat. Apabila ditegur sedikit pegawai melenting 'very defensive'.
Bayangkan FB Ketua Pengarah Penerangan sendiri hanya posting lawatan beliau, apa yang beliau makan 'very ceremonial' dan terikut-ikut trend anak muda. Pada mulanya tidak ada langsung kenyataan-kenyatan bernas.(Walaubagaimanapun setelah ditegur nampak sedikit perubahan).
Wasallam.
Bagi Din Melaka.UMNO saja yang tak betul.
Itulah perintah majikannya.
Datuk AKJ,
Selain berasal dari Rembau, saya tidak ada apa-apa yang hendak dikaitkan dengan YB Rembau khususnya dalam keyakinan politik.
Saya kini menetap di Selangor. Andainya saya menetap di Rembau sekalipun, besar kemungkinan saya tidak mengundi beliau kerana 'kebencian' saya kepada parti yang diwakilinya.
Bagaimanapun, 'kebencian' itu sehingga enggan mengundinya bukanlah sesuatu yang mutlak. Saya mungkin MENGUNDINYA kerana aura anak muda ini.
Tidak dinafikan bahawa masih ramai rakan-rakan saya yang tidak menyokong parti YB KJ masih curiga dengan beliau dan tidak tergoda langsung dengan keterbukaan dan sifat 'gentleman' yang diperaganya.
Namun, bukan sedikit jumlahnya mereka yang tidak menyokong parti YB KJ mula memberi perhatian kepadanya. Kalau pun mereka 'benci' kepada UMNO, mereka tidak benci kepada YB KJ secara membabi buta.(Namun, musuh YB KJ dari dalam tubuh UMNO sepatutnya lebih merungsingkan beliau).
Perlu diingat, bahawa bagaimana hebatnya sekalipun pemimpin UMNO yang disanjung oleh pengikutnya, tidak bernilai satu sen pun di sudut mata penyokong parti lawan.
(Begitulah juga bencinya penyokong UMNO kepada pemimpin parti lawan).
Justeru itu, seorang pemimpin yang dihormati oleh penyokong parti lawan adalah seorang yang benar-benar hebat.
Pendedahan YB KJ mengenai media milik atau Pro UMNO dan pemimpin UMNO hanya bercakap kepada kelompok sendiri, kepada pengikut sahaja, bukannya nak bercakap kepada orang luar, golongan berkecuali atau nak tarik golongan atas pagar adalah umpama menjumpai harta karun yang tidak ternilai harganya.
'Penemuan' YB KJ itu jika disantuni dengan baik akan mampu menjinakkan sebilangan 'pembenci'UMNO. Bagi golongan atas pagar pula bukan sahaja dijinakkan tetapi sehingga ke peringkat boleh dikasi.
Media pro UMNO yang melampau wajib sedar dari tidur bahawa pendekatan anda selama ini bukan sahaja membuatkan orang luar dan orang berkecuali menjauhkan diri bahkan meluat!
Aslkum Dakj
Saya setuju dan suka sangat dgn poin Dakj yg mengalu2kan sesiapa termasuk laskar upahan.
Walau pun kita tiada jalan untuk buktikan seseorang pengomen tu laskar upahan atau bodohlah kita kalau asyik sibuk tuduh si polan dan si polan tu laskar upahan tapi di pihak sendiri tak punya komen langsung atau hanya komen macam org tak lulus PMR ..
Tapi Din Melaka tak akan berminat lagi bersama blog Dakj jika komen2 lucah dan mencarut Dato siarkan.
Sebab bagi saya org yg guna bahasa2 ni, mereka sebenarnya samseng tidak berakhlak manusia.
Aslkum Dakj
Dulu saya org kewangan, pernah kerja dgn org . Dengan sedikit ilmu kewangan syukur pd Allah sekarang dah hidup dgn pencen, bukan dari kerajaan tapi dari pelaburan dan hartanah yg berkerja untuk saya. Kalau tidak mana mungkin saya mampu menghantar anak2 sekolah di sekolah antara bangsa dan luar negara dgn biaya sendiri.
Moral cerita ialah rezeki dtg dari Allah. Bererti bukan dari manusia. Jadi dalam membodek manusia spt ketua2 UMNO jangan sampai peringkat membelakangkan Allah.
Itu ajaran agama yg saya paham dan pegang dan alhamdulillah dah terbukti pun berkat percaya pd kuasa Allah
Dengan masa dan kesihatan badan yg Allah masih pinjamkan, lebih baik saya habiskan masa sejam dua di blog Dakj dgn niat menegakkan kebenaran.
Bukankah itu wajib?
Terima kasih saya kpd pencipta internet dan Dakj.
Kalau nak harap utusan dan berita harian keluarkan keluhan apalagi kritikan, jangan mimpi.
Kepada laskar siber , org kenal anda siapa......melalui tulisan ngok anda sendiri.
Tapi saya yakin OKJ dan kg man bukan. Mereka cuma penyokong tegar penguasa yg menurut mereka tak zalim.
A bolih buat! Hati belum terbuka.
YBhg Datuk,
Terima kasih kerana sudi memuatkan pandangan hamba didalam blog tuan. Diharap Datuk dapat memaafkan pihak kami jikalau pernah tersilap kata.
Terima Kasih
WJK
Din Pekan,
Just liek I hantam Kadir for being too supportive of Mahathir & his son Mukriz. Me admirer of Hisham Rais knoew that Kadir is Dr M No 1 fan. Hahahaha!
Din Melaka,
It's good to see fight between Dr M's supporters & Najib supporters. What goes around comes around
Assalamualaikum Dato'
Sangat menarik artikel Dato' kali ini.
Cerita mengenai ETIKA blogger.......
Samada blogger, atau apa jua pekerjaan, yang penting adalah NIAT dan MATLAMAT.
NIAT dan MATLAMAT perlulah menuju kepada Keredhaan Illahi.
HADIS PERTAMA, dari Hadis 40, Kitab Imam Nawawi, menyebut segala amal itu bergantung kepada niatnya.
Jika NIATnya kerana Allah swt, matlamatnya kerana Allah swt, InsyaAllah, Allah akan membantunya. Ayat Quran ada menyebut sesiapa yang bantu Agama Allah, nescaya Allah akan membantunya.
Saya tidak fikir wujudnya (ramai) laskar siber upahan dari parti PAS. Saya yakin, majoriti laskar siber PAS itu adalah atas kapasiti masing-masing.
Begitu juga laskar siber dari PKR! Mungkin ada yang diupah, tetapi saya fikir tidak ramai........
SATU lagi perkara penting, sesuatu kerja tu mesti datang dari hati sanubari, akal fikiran yang sihat. Maka barulah kerjanya dilakukan sepenuh hati, beliau menghayati sepenuhnya kerja-kerjanya.
Berbalik kepada blogger UMNO, mereka majoritinya tiada HUJAH, balik balik cerita ANWAR.....
DAN bila mereka gagal berhujah, mereka mengambil pendekatan EMOSI, maki hamun, mencerca, dan "MEMBUNUH" pembawanya.
ITULAH HAKIKAT MELAYU-UMNO.......
MAKA, benarlah rintihan Wenger Khairy tu,
"Bloggers pro UMNO juga tiada pernah merasa bertanggung jawab terhadap kesan posting-posting mereka yang dipenuhi dengan adegan lucah, seks dan pekara-pekara (sic) yang tidak sehonoh (sic).”
ITU SAJA KUALITI BLOGGER UMNO.....
BUDAYA FITNAH MENJADI-JADI…..TAK TAKUTKAH AZAB ALLAH SWT NANTI!!!
APA nak heran, SIFU @ TOK GURU mereka, UTUSAN MALAYSIA pun dah beberapa kali kalah di mahkamah kerana memfitnah……tak kurang juga diselesaikan diluar Mahkamah…….
APA NIAT MEREKA?
MATLAMAT MEREKA?
PENDEKATAN mereka……..MATLAMAT MENGHALALKAN CARA….
67:2 Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk :2)
Salam Dato,
apakata otai macam Dato dan wartawan buka bengkel, seminar penulisan dan sebagainya utk bantu blogger pro-UMNO?
Tengok gaya PR banyak meniru stail Obama yang sarat dengan Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan nampak mereka lebih berjaya dan berkesan serta kelihatan profesional. Takder lah "Kankung" sangat ... hehehe
Laskar siber umno macam tu lah dato....dia main hentam saja memberi komen tanpa memahami tujuan dan maksud tulisan tuan punya blog. Din pekan jelas lah seorang yang hanya membaca tapi tidak menghayati apatah lagi memahami. Malanglah bagi mana-mana pemimpin parti yang mengambil din pekan sebagai laskar siber mereka.
Salam Datuk
Semoga dirahmati, saya melihat pencacai blog upahan mula menyerang segala sudut peribadi datuk dek kepanasan artikel datuk yang bernas dan bijaksana. Sebagai pemerhati dan rakyat Malaysia yang berkecuali saya yakin rakyat pada masa kini sudah pandai menilai yang mana baik dan buruk didalam sesuatu blog. Ini mungkin juga jasa Kerajaan BN yang menyediakan ratusan Universiti untuk keperluan rakyat. Sejak kebelakangan ini saya melihat perang cyber semakin menjadi jadi dan belum pernah dalam Sejarah Malaysia seorang PM dimalukan, diperlekeh, dilondehkan sebegitu rupa kerana isu KANGKUNG. Agak pelik juga Jemaah Menteri yang lain diam seribu bahasa melihat Big Bos diluku dalam laman blog dan media sosial. Apa maksud ini semua?.... Maksudnya hayat PM sekarang tidak akan kekal lama. Pengaruh media sosial pada hari ini amat besar sekali dan saya yakin PM yang dikatakan kangkung boleh menilai sendiri penolakan besar- besaran rakyat Malaysia terhadap beliau sehinggakan wujud begitu banyak karektor berkaitan kangkung. Sebagai seorang Pengikut dan Pembaca Blog saya mendapati rakyat sekarang tidak berpuas hati dengan tindak tanduk pemimpin hari ini yang terlalu angkuh dan media arus perdana pula hanya menyiarkan yang baik2 sahaja untuk santapan pemimpin. Seperti yang saya tegaskan sekali lagi gelombang kebencian rakyat semakin membuak buak terhadap PM , isyarat telah dihantar jelas melalui media sosial dan perkara ini perlu segera difahami oleh PM dan segera melaksanakan pembetulan dengan strategi yang betul. Sekali lagi saya ingin tegaskan ISYARAT GELOMBANG KANGKUNG melalui media sosial sekarang ini adalah merupakan satu petanda yang jelas sebelum Pemimpin sedia ada dikangkungkan. Isu kaum , agama dan sebagainya tidak lagi menjadi perhatian rakyat sebaliknya Perut yang kelaparan boleh menghancurkan sebuah Kerjaan. Kesimpulanya isyarat yang dihantar oleh Pembahas di mana-mana blog dan media sosial perlu diambil kira dan dianalisis segera oleh Pemimpin.
Saya setuju seratus perarus hujah Datuk bahawa banyak bloger pro UMNO tidak beretika. Mereka menjadi bloger untuk menyapu duit UMNO padahal jangan kata orang bukan UMNO nak percaya, nak baca pun tak selera. Sebabnya mereka ini diibaratkan kaki pukul yang membelasah pemimpin pembangkang secara bukan sahaja tak berhemah malah bodoh. Mereka inilah yang sekutukan UMNO dengan skandal seluar dalam dan macam macam lagi di mana akhirnya akhbar yang petik blog bodoh ini kena saman.
UMNO pun satu, alang alang nak bayar bloger carilah yang ada otak sikit. Kita boleh kenal antara orang otak di kepala dengan otak di kepala lutut. Kalau kita siasat rekod bloger pro UMNO atau hantu raya yang UMNO pelihara ini sesetengahnya agak teruk. Ada yang kena buang kerja kerana masalah disiplin dan sebagainya. Orang begini lah yang menambahkan kerosakan kepada UMNO.
Kalau saya jadi orang yang boleh bersuara dalam UMNO, jangankan nak bayar, disekutukan dengan bloger macam inii pun saya akan halang.
Tetapi sejak akhir akhir ini sudah ada kecenderungan sesetengah akhbar yang menjadikan blogger sebagai sumber berita. Boleh dipetik tetapi bukan semua blog hantu raja boleh dijadikan sumber berita. Mentang mentang nak belasah pihak yang satu lagi, segala umpat keji dan fitnah blog pro UMNO kita jadikan bahan berita. Saya fikir ini bukan etika kewartawanan yang baik. Kalau macam blog Dr Mahathir atau blog Datuk Kadir (ini bukan nak puji) memang wajar dipetik. Tapi maaflah Datuk Kadir saya tak nampak lagi media utama memetik blog Datuk.
Balik balik blog hantu raya yang dipelihara yang dipetik. Rasanya daripada memetik dari blog hantu raya lebih baik kita kutip suara rakyat marhaen di tepi jalan itu lebih jujur.
MissPassat, betul ke Din Pekan tak menghayati tulisan AKJ atau kamu yang dunggu. Baca balik dengan cermat apa yang Din Pekan tulis dan apa yang AKJ tulis.
Anyway dari kebanyakan komen komen Din Pekan sebelum ni aku tak nampak pun yang dia berpihak pada siapa. Nampak sangat MissPassat main hentam keromo macam Anwar Ibrahim.
Din pekan salah baca tulisan Dato Kadir?. Alahai Mis Passat,nampak sanggat kebodohan kamu menafsir tulisan Din Pekan dan Dato Kadir.
Sdr, Sdri Para Pembahas sekalian,
(Sekalian datangnya daripada 'kali" (sungai dalam bahasa Jawa). Sekalian ertinya orang yang berkongsi sebatang sungai. Sama dengan sekampungan).
1.Apabila saya menulis, saya mengambil risiko. Sdr dan sdri pun begitu juga. Kita menghadapi risiko hujah kita disanggah. Itu adalah risiko umum. Tetapi kita juga menghadapi diserang secara peribadi.
2.Benarlah seperti kata beberapa pembahas iaitu ada blog (dan “bukuwajah” (Facebook) dan twitter) yang mencemuh saya dan menuduh saya dengan perbagai tuduhan. Cuma, kalau tuduhan itu benar, saya sudah lama masuk penjara.
3.Sampai cerita isteri-isteri saya pun dah diblogkan. Tapi hal peribadi saya, termasuk rumah tangga saya, saya maklumkan sendiri kepada semua PM Malaysia, bermula Tun Dr Mahathir Mohamad.
4.Seorang menteri kanan (kini bekas) pernah sindir saya kerananya. Dia berpegang kepada konsep “one man one woman”. Dia kata, kalau ada lelaki kahwin lebih daripada satu, akan ada seorang lelaki yang tak ada pasangan. Tapi saya kata, andaian dia mungkin tak tepat kerana (dengan izin) bukan semua lelaki suka kepada perempuan. Dia ketawa besar. Dia kata, “You should write a book about it.” Saya kata boleh dengan syarat dia bagi kata pengantar. Dia ketawa lagi besar.
5.Saya kata lagi, di kalangan member dia dalam kabinet pun diam-diam, curi-curi dan lari-lari buat juga.
6.Jadi tak perlulah kita ungkit hal-hal peribadi yang tak salah pun di sisi agama. Yang kita kena tahu dan kena ambil maklum ialah bila ada orang dapat jadi menteri, menteri besar, ketua menteri dan exco pasal dia tolong bos-bos dia kahwin diam-diam, curi-curi dan lari-lari. Jangan sangka tak ada orang macam itu.
7.Yang Ku Seman kata ada media arus perdana kena saman kerana petik maklumat karut-marut dari blog, saya kata patut sangatlah mereka kena hukum dan diaibkan. Mana nak sama saya seorang yang tulis blog dengan surat khabar, stesen radio dan TV arus perdana yang ada ratusan pemberita. Tapi kalau mereka petik juga cerita karut-marut dari blogs half past six yang bukan dikendalikan oleh wartawan berpengalaman, patut sangatlah mereka kena saman.
8.Berkenaan bahas kangkung, saya belum berniat nak ulas. Saya sedang fikir kalau kangkung boleh dijadikan asas bagi satu lagi indeks tunjuk harga, sama ada bagi mengukur inflasi, kuasa memberi (purchasing power) atau pariti mata wang seperti The Big Mac Index.
9.Saya sudah sebut mengenai kejatuhan nilai ringgit sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Berikut adalah ukuran nilai tinggi bagi tahun 2012 mengikut Indeks Big Mac
"In 2012, the price of a McDonald's Big Mac in Malaysia cost 7.35 Ringgits. With an exchange rate of 3.14, this was equivalent to $2.34 US Dollars. However, the purchasing power of the Ringgits (7.35 Ringgits ÷ $4.20) was 1.75. Therefore, Ringgits were -44% (under valued) in 2012 according to the Big Mac Index."
Terima kasih.
Thank you Dato, the content you have provided is pretty interesting and useful and I really hope that UMNO bloggers out there will take note of your point. As I’ve always said in my previous comments, we are living in IT world where APPLE, BLACKBERRY & PINEAPPLE are no longer a fruits.
Today I would like to share some of the best quotes relate to in some way of what you have written in this blog.
“I read blogs every day, for all sorts of reasons, but I turn to blogs especially when I want to hear alternative viewpoints — for example, information on a particular medical treatment from the viewpoint of patients receiving it, rather than doctors administering it; reports from the battlefield seen through the eyes of soldiers rather than politicians; thoughts on a particular technology from the standpoint of engineers rather than executives.” ~ Jim Buckmaster
“The bottom line is that blogging is like sex. You can’t fake it. You can’t fake passion. You can’t fake wanting to engage with the public. If you do, it will ultimately be an unsatisfying experience for both the blogger and their readers.” ~ Kevin Anderson.
Salam.
Salam Dato,
1.Kewartawanan adalah satu satunya bidang hebat.Saya pun baru baru belajar menulis memberanikan diri memberi pandangan di blogsphere. Sebelum itu saya lebih sibuk menguruskan BUSINESS sendiri dan hanya membaca secara rambang blogger kiri dan kanan.
2.Pandangan saya ialah mudah dan sama saperti ramai pandangan rakan baik kita disini. Benar 'Blogging come with a heavy responsibility' kerana ia akan sedikit sebanyak mencorakan pemikiran pembaca dalam berbagai isu saperti dalam isu ekonomi ,ugama,politik dan sosial yang sentiasa bersifat dynamik.Maka pentingnya juga perlu adanya sifat tanggung jawab bagi semua blogger .It is mind bongling (not blogging or mind blocking) when we have so much to digest these days Dato.But we can only do so much but we have to be PERSISTENT on issues that we feel strongly about.
3.However,I will still believe in the good 'Yesterday' where peace and harnony is prevalent despite all 'The long and Winding Road' ahead where we all need 'Help' to rationalise issues at hand by being objective through reasonings from sensible bloggers like your goodself and of course my MAN Che Det, Jebat Must Die and many others for I am for a fair comment however different all in one breath.Huh...
4.Agreed with some here that some bloggers and commentators tend to get carried away with their strong extremist views especially as regards to political issues like nothing else matters.We know who they are.Is it really worth it to engage tbem.The best is just go on and ignore them when they get personal by name calling.To them it is ABU all the way.So 'Let It Be' .
4.Nonetheless, I believe ramai yang menulis 'Bukan Kerana Nama'.It is their convictions to what they strongly believe.It is because 'The Pen is Mightier than The Sword 'Dato kan.To some bloggers it is/was their 'Bread' and butter.Yang salah kita perbetulkan walaupun pahit di terima.Tak salah pun.Semuanya sematamata untuk kebaikan.Yang berjanggut dan berserban tebal pun boleh mengelirukan ummah demi kuasa politik.Saya yakin dengan MUZAKARAH as a way forward demi perpaduan Islam dan bangsa.
5.Dato, your blog is still among the best because you carry that RESPONSIBILITY reporting that many other bloggers failed.Because you allow that freedom of expression even for naughty people here asalkan tidak lucah. Keep up the good work Dato and congratulations sir.
Terima Kasih.
Terima kasih CB dan Anak Bentan kerana memberi respons kepada komen saya.
Tidak syak lagi Dato' tepatlah andaian saya bahawa laskar siber, tidak kiralah parti pemerintah atau pembangkang main hentam saja memberi komen tanpa memahami tujuan dan maksud tulisan tuan punya blog.
Sebab?
Bacalah komen CB dan Anak Bentan yang langsung tidak mematahkan pandangan saya yang mengatakan Din Pekan adalah seorang yang hanya membaca tapi tidak menghayati apatah lagi memahami. CB dan Amak Bentan gagal memberikan alasan kukuh berhubung bantahan mereka terhadap pandangan saya itu, tapi caci pulak saya seorang dunggu dan bodoh!
Alahai....mudahnya mencerca orang. Saya cuma kata Din Pekan tidak memahami dan menghayati, tapi CB dan Anak Bentan terus guna bahasa kesat untuk membalas. Mudahnya menyerang lawan...!
So macam mana nak diupah untuk melawan tentang isu ekonomi dan politik?
Mungkin Din Pekan, CB dan Anak Bentan adalah orang yang sama but whoever you are I would say these: "Fight! Be somebody! If you have lost confidence in yourself, make believe you are somebody else that got brains"
Datuk,
1. Saya letakkan link etika menegur cara RasuluLLAH SAW oleh Sheikh Muhammad Sallih Al Munajjid
http://www.slideshare.net/firdauswhwong/the-prophet-muhammad-saw-methods-for-correcting-peoples-mistakes
Mudahan ada kebaikan.
2. Komen Datuk yang ini ... "6.Jadi tak perlulah kita ungkit hal-hal peribadi yang tak salah pun di sisi agama. Yang kita kena tahu dan kena ambil maklum ialah bila ada orang dapat jadi menteri, menteri besar, ketua menteri dan exco pasal dia tolong bos-bos dia kahwin diam-diam, curi-curi dan lari-lari. Jangan sangka tak ada orang macam itu." ... buat saya sedih ... these are cowards that will always say "what they don't know won't hurt them." ... begitulah juga orang yang sama apabila dalam kelompok meraju negara akan menyembunyikan banyak perkara dari rakyat demi kepentingan diri sendiri ...
May Allah SWT save us from untruths ...
Terima Kasih
Aslkum Dakj
Misspassat.
Bila 2 pengomen hentam misspassat pada waktu yg tepat sama gara2 sdri/i sanggah din pekan maka tak susahkan nak kenal siapa pengambil upah kebas duit UMNO di blog Dakj.
Bak kata Dakj, bila kita menulis maka kita terdedah kpd risiko yg hujah kita di sanggah kembali.
Disanggah balik itu perkara biasa dalam adab berdebat.
Di balas dgn seayat dua oleh pengomen yg ambil upah dari ketua2 UMNO dgn kadar upah budak tak lulus PMR juga semakin biasa dan berleluasa.
Selamat datang pd misspassat Kalau nak berundur pun biarlah kerana Allah.
Cuma saya teringat pesan penceramah acara maulidul rasul semalam. Katanya bagi setiap kebaikan yg di buat oleh umat baginda nabi Muhammad saw yg tak sempat hidup bersama beliau maka ganjarannya pahalanya boleh ditambah hingga 50 kali ganda.
Misspassat.
Kita ada perkara2 lebih besar yg perlu dilayan berbanding bertekak dgn yg tak akan mau atau tiada kemampuan berdebat.
terima kasih din melaka kerana mengingatkan kita hidup hanya pinjaman. bila-bila masa kita akan dipanggil mengadap Yang Maha Esa. oleh itu gunakanlah waktu hidup yg singkat ini utk membuat perkara2 yg baik dan sama2 mengingatkan kearah kebaikan.
waktu ini kita lihat di dunia barat org2 kafir berlumba2 mendekati islam dan ramai yg sudah masuk islam. antara sebabnya adalah kemudahan internet yg membolehkan mereka menyelidik apa sebenarnya ajaran islam. betullah kita patut berterima kasih kpd pencipta internet walaupun mereka bukan org islam. semoga kita semua diberkati Allah.
.Sampai cerita isteri-isteri saya pun dah diblogkan. -- Tak tau plak DAKJ berpoligami..
Dato.
Diakui bukan mudah nak orang media termasuk tukang blog macam Dato sendiri.
Nak harap blog pro UMNO hambar saja.Ada yang sudah jadi al mayat tak kemaskini berbulan-bulan dan bertahun.
Media UMNO 100% bergantung media kerajaan dan Utusan.Semua bahan berita bagus dan baik belaka.Tak ada langsung buah busuk atau yang berbangkai.
Katanya ramia juga tukang blog hari ini yang makan upah.Dibayar ikut produk.
Apa pun saya angkat topi pada Dato kerana memberi ruang untuk kongsi ilmu.
Berguru pada yang berilmu.
Jangan beguru pada yang jahil.
Terima kasih Dato.
1. Sdr Wan Kamarul, cerita lama. Dah dekat suku abad. Takkan kita nak iklankan.
2. Sdr Lahuma, tentang berguru, pantun klasik berkata:
Pergi berburu di padang datar
Dapat rusa belang kaki
Kalau berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
3. Mengenai Indeks Kangkung, seorang ekonomis Melayu lulusan Perancis kata, boleh dicipta cuma aplikasinya mungkin terhad.
4. Adakah sesiapa yang masih ingat "the sarong index" ciptaan Pak Ungku?
5. Sdr Wenger Khairy, tidak ada masalah. Saya alu-akukan semua pendapat asalkan berhemah. Yang mendukacitakan saya adalah apabila ada pembahas yang membuat serangan peribadi, maki-hamum dan mencarut.
Terima kasih.
Aslkum Dakj
TANGANI BERITA. BUKAN BUNUH PEMBAWANYA.
Dah bagus lagi tepat tajuk yg Dakj pilih kalau yg membaca menerimanya dgn hati yg lapang bahwa ini teguran ikhlas dari org yg sayang UMNO dan ada hubungan sejarah jelas dgn mantan pimpinan besar UMNO.
Kalau yg menegur tu jelas kecenderungan nya menyebelahi pembangkang atau tidak suka bodek UMNO boleh kita fahami tindak balas ketua2 UMNO.
Saya rasa ketua2 UMNO pening kepala dgn suara2 membantah atau suara tak sebulu walaupun sesama UMNO.
Sejak penubuhan UMNO BARU oleh Mahathir, ketua2 UMNO, dari peringkat cawangan lagi tak biasa dgn suara bantahan atau tak sebulu.
Hatta suara berkecuali pun tak cukup. Either u r wt me or against me.
Itulah yg di ajar. Yg menentang akan dititik lumat2 hingga tak bangun dalam hiraki pimpinan UMNO.
Tapi apa kan daya. Dah terlalu bergantung pd UMNO, terpaksalah merungut dibelakang je. Takut kalau2 projek kena jam.
Ada pulak samseng samada keturunan atau upahan yg berani langgar undang2 hingga berani usir orang masuk kawasan nak beri ceramah.
Tak hairanlah sana sini ada samseng. Cuma besar kecil saja. Polis jujur tentu pening.
Saya benar2 berdoa agar lebih ramai wartawan berani macam DAKJ.
Bukan berani buat fitnah tapi berhujah macam jantan sejati.
Kami bukan bodoh. Apalagi kalau mau cuba diperbodoh oleh penguasa zalim yg mengupah laskar siber tangkap muat melalui peruntukan PMO.
Din Melaka lah yng membuat blog Kadir Jasin ni menjadi blog murahan.Di Medinah pun dia sempat beri komen.Punyalah tak khusuq pada ibadah. Sekarang dia berlagak alim pulak jadi macam ustaz politik.Bahasa yng din Melaka guna pun agak kasar.Hormatlah sikit blog Kadir Jasin ni .Berlagak pulak hantar anak international school dan luar negeri.Orang lain hantar juga anak overseas tapi tak heboh pun.Tu lah percaya sangat dengan parti sonsang dan mengarut PKR anjuran Pak Nuar tu. Semoga tuhan ubahkan hati nya bertukar pada UMNO kesayangan Melayu.
Salam Dato’ Kadir
Bila YAB Dato’ Seri Presiden suruh semua menteri turun padang, saya sebagai ahli UMNO cabuk pun kenalah juga turun padang membantu serba sedikit melalui blog Dato’. Cuma pendekatan saya berbeza sedikit.
Masih bercakap tentang lifestyle ni, saya baru dapat hobi baru iaitu memasak. Sekarang bolehlah masak nasi, gulai, kari, kurma, tom yam, sup ayam dan sup ikan, daging goreng,ikan dan ayam goreng, juga ayam goreng halia ala Thai. Rasanya OK juga, cuma potongan protein tu masih comot lagi. Jadi, saya beli pisau seramic utk memastikan ianya betul-betul tajam.
Masa saya buat muffin chocolate chips, kosnya cuma RM9 untuk 12 biji muffin saiz besar menggunakan 125 mg buttercup (bukan margerin), telur 3 biji, tepung, gula caster dan brown sugar, chocolate chips 200 mg dan susu satu gelas. Sebiji jatuh 0.75 sen jen. Rasa pun sedap, Disiapkan dlm masa 15 min sebelum bakar . Tapi kalau dibeli dekat kedai, kosnya RM 3 hingga 6 ringgit sebiji.
Begitu juga dgn classic cheese cake. Modalnya dgn 2 ketul Philadelphia cheese, caster sugar, telur, cookies untuk buat base, buttercup juga tak sampai RM 30 untuk sebiji kek 1 kg. Cukup gebu dgn syarat pukul telur putih sampai kembang. Tapi kalau dibeli dekat luar, harganya mencecah RM 60 hingga RM80. Masa penyiapan cuma 20 minit, bakar 180C selama sejam.
Sebenarnya, kalau kita rajin sikit, banyak benda boleh jimat. Bukannya lama sangat nak menyediakan makanan pun. Lagipun, kangkung pun dah turun harga. Bak kata YAB Dato’ Seri Presiden, kenapa pula kita perlu salahkan UMNO dan Kerajaan BN bila harga barang naik. Banyak cara kita boleh buat sebenarnya. Elok juga kalau kerajaan mula mengedarkan resepi DIY dan buka kelas memasak.
Tentang kangkang pula, bila dah ada video & dah disahkan sendiri oleh ketua polis Negara, nak kata apa lagi. Inlah fakta yg perlu diketahui utk bersama mencari jam Omega yg hilang tu, bukannya semata mata video lucah (dgn syarat, tengok utk mencari kebenaran saje, OK). Sekian TQ.
MissPassat, saya tak mencerca tetapi hanya oreang dunggu saja yang senang senang melabel orang lain sebagai laskar siber tanpa periksa. How do you know that I am laskar siber? How often/frequent did I commented in AKJ blog that served me to be known as siber trooper. Well you started the ball rolling and be ready to get the taste of it in your future appearance in AJK blog!
Assalamualaikum Dato'
Saya membaca dalam MalaysianInsider satu tajuk , "Cry for Dr M’s return to Putrajaya a sign of desperation for leadership, says veteran journalist"
Teknik penulisan tersebut menggambarkan Dato' sangat kritikal terhadap kepimpinan PM yang sangat lemah, "desperation for leadership".
Itu teknik orang surat khabar lah, orang wartawan!
DAN sememangnya segala apa yang dicakap oleh orang kenamaan "VVIP" macam Dato', akan dikutip dan dikitar lagi dan lagi …….. apatah lagi orang kenamaan "VVVIP"…… silap ambil contoh Kangkung…tuudiaaa…heboh seluruh Malaya!
Ya, membaca artikel tersebut, nampak Dato' "sangat tidak suka" dengan kepimpinan Najib hari ini.
MATI AKAL DATO' bloggers UPAHAN UMNO nak jawab ni…….
Apa yang saya boleh jangkakan, jika Dato' berterusan mengkritik Kepimpinan Najib sama seperti Pak Lah dulu, saya fikir UMUR UMNO semakin PENDEKLAH….
HARAP-HARAP berlaku Pilihanraya Kecil di Perak…. ZAHID HAMIDI masih tidur lena ka???
Jika berlaku PRK pada masa ini, sangat sesuailah untuk menguji "INDEKS KANGKUNG"
"It is not a ridiculous suggestion. It just reflects the desperation of people with the current situation".
"I don't think they are serious about Dr M coming back but what they are trying to say is that Malaysia needs a strong leader like him at this time," NAJIB ADA KESAH?
"In the past, pro-BN bloggers have been critical of the Tun Abdullah Ahmad Badawi administration. In a way, they contributed to BN's shocking performance in the 2008 general election.
"When Najib took over, they were confident and hopeful that he would do better. But it quickly became clear to them that not only is he not any better, but he is weaker in many aspects."
YANG NI LAGI KAWWW….TENTU RAMAI YG SAKIT HATI DENGAN DATO'
"It was Najib and his advisers during the general election who promised the people that prices will not be raised. So, who is going back on their word?" KENA TEPAT ATAS BATANG HIDUNG……
"When Abdullah used to stay silent, we called it the 'elegant silence'. But at least at that time, he had his political and media machinery running at full speed and answering criticisms against him.
"But Najib is just silent. Even the Umno machinery is not defending him stridently. We have also not heard a single minister coming forward to give any serious statements regarding these issues.” KALAU "SILENT" LEBIH TERUK DARI "ELEGANT SILENCE", APA NAMA SILENCE PULAK DATO?
Hemmmm…berapa banyak Dato' terima sms dari orang UMNO?……. Mungkin kali ini antara yang paling banyak Dato' terima….
MATI AKAL BLOGGERS UMNO NAK BALAS NI…..LIKE+++
Salam Dato and Sir Wenger Khairy,
1.I enjoyed Sir Wenger blog 'Pirates Of Putrajaya' (POP) in early 2012 till about middle 2013 after the election because the blog was participated by many sensible commentators. In fact in one particular article Pirates received about 500 responses.This is a feat for a blogger anytime.
2.Unfortunately, POP was disbanded.It opened and close many times due to mutiny in the pirates ship .Remember like that old classic 'Mutiny On The Bounty ' 1962 with Marlon Brando and 'The Godfather '1972 movies.Now Sir Wenger has two other blogs 'The Shadow Banker' and 'Rembau Times'.Of course I know this blogger well enough because Kampong man was heavily involved in POP then.You write well on that FGVH issues and share markets because you are essentially a finance man !right ?.Tell Sakmongkol that FGVH is still doing good to this day. How is Singapore?.
3.The problem lies when you (Sir Wenger) change your stance many times and of course readers know that you are toying with them.To me you are a partisan blogger promoting PR then.That is fine with me.So you get that old man Walla and my buddy bruno both belong to Sakmongkol fan Club continue writing in your Rembau Times till today ehh.They articulated well but campaigning gila gila for PR.Sorry,BN prevailed because they are better say what you want.
3.Admittedly some pro gomen bloggers like that man Papagomo is a bit 'OVERDOSE' and not sensible so are some of the anti gomen bloggers.They too are OVERDOSE depending on what kind of perceptions they wish to create.Now that the election is over who cares about political campaign anymore.Only fools will continue and you find them some here. Anyway..
4.Tun Dr M wrote well and so are you Dato despite the age but both have wisdom.Each time I was at Taman Tun Dr Ismail at my favourite mamak restaurant (Ismail Restoran) I don't miss reading the daily quotation on their billboard.Yesterday it was this one:
"AGE IS AN ISSUE OF MIND OVER MATTER, IF YOU DON'T MIND IT DOESN'T MATTER ".
Your blog is doing fine alright.Not all people can agree with us always, right ?.Fascinating alam maya !.I am slowly zzzzz.....Good night.Salam and Cheers Dato.
Thank you.
@ Oppsss...VANNAKAM and NANDRI Sir Wenger Khairy to you too.
Dato,.
Saya membaca tulisan dalam Blog BigDog."Son not like the father"
Big Dog merupakan blogger pro UMNO,Tulisan nya mengenai Najib dan Nizam amat tajam tapi tepat,
Tidak ada unsor fitnah.ia memaparkan keadaan sabenar yang berlaku oleh kedua kedua anak Tun Razak ini.
Nizam pernah berucapkan dalam satu majelis MCA di Ibu Pejabat MCA dan menyatakan kapada masyarakat CINA "Awak dan saya sama sahaja.Kida ini pendatang yang datang ka malaya/ Malaysia.Keluarga saya datang dari Makasar dan Awak datang dari Cina.
Ucapannya disiarkan sacara meluas oleh akhbar Cina dan STAR.
Mungkin Nizam bagitu kechil lagi dalam Tahun 60 han sawaktu Singapora dalam Malaysia.Ini lah ucapan yang di buat oleh Lee Kuan Yew dalam kempen pilehan raya Malaysia waktu itu.yang orang Melayu bukan lah bangsa asal Malaya/Malaysia.
nizam merupakan CEO CIMB Bank,Bank yang kedua terbesar di Malaysia.Asal CIMB bank ialah bank of Commerce,sabuah bank yang kechil di Serawak tang di beli oleh Fleet group.
Bank ini menjadi besar apabila ia bergabong dengan UAB bank dan bank Bumiputra.Bank Bumiputra di tubohkan oleh Tun Razak pada tahun 1970salepas kongress ekonomi Bumiputra .
Sekarang ini CIMB sudah tidak peduli lagi bumiputra dan jika kita lihat executivenya salain dari Nazir,dibawahnya semuanua Cina.
Tun Razak sawaktu terbang ka London untok mendapatkan rawatan Lukemia hanya pergi dengan Doktor nya.Ia tidah membawa Tun Rahah kerana hendak menjimatkan belanja kerajaan.
Sekarang ini kerajaan mempunyai 9 Private Jet dan bini Najib terbang kesana sini dengan Private Jet tampa mempedulikan kos perbelanjaannya.
Najib dan Nizam dari kechil belajar di England,Mereka mempunyai amah dan Driver.Tidak pernah keputusan belanja/wang.
Tidor dalam bilek aircorn dan mandi ayar paip.Mereka tahu apa itu kemiskinan tapi tidak tahu bagaimana susahnya menjadi orang Miskin.
Sebab itu ia tidak bagitu sensitive lansong dengan penderitaan raayat kerana kenaikan harga barang.
Salam Tok..
Untuk perhatian Kepada yang selalu tak puas hati dengan DAKJ.. Datuk seorang lelaki yang jujur sebabnya banyak lelaki yang tak mengaku mempunyai isteri lebih dari satu..
Rosiah Ismail jangan terlalu lama ambil "cuti"..
Gurau Tok nak hilangkan ketegangan TQ..
Dear readers and bloggers aligned to DAKJ,
I have known Datuk AKJ since the 80s whom I regard as a true friend, that does not mince his words and hide his feelings, good or bad, offensive or defensive. That's why his contribution in the world of journalism had been recognised with a few national journalism awards by the media industry.
In the context of this interesting topic raised by saudara Kadier, I certainly shared his views which are very vocal most of the times, notwithstanding the fact that he may hurt the feelings of his friends and enhanced the recognition by his enemies in the social and media circle.
To me I have never felt offended by his criticism towards me and my family, but sometimes he does hit below the belt. He is spotty right that the message that journalists and bloggers are trying to convey in any issues of national and public interest should not be blamed or dragged into the persecution of the law in the name of press freedom, though there may be confine to some limitation in our presentation. The contents of the issue are important but not the writers, who are the conveyer of information, protected by the law under the UN chapter of the Freedom of Expression and Human Right, which Malaysia is a signatory in UN Charter of International Relations.
MissPassat, mungkin anda silap tentang saya. Saya memberitahu Dato AKJ yang saya tidak bersetuju dengan satu penyataan tulisannya dan saya memberikan pendapat/hujah saya kenapa saya tidak bersetuju. Saya tidak menyerang tulisan atau diri Dato AKJ. Saya tidak mewakili mana mana ketua UMNO tetapi saya sayang dengan ketua UMNO (bukan Najib aka Ah Jib Gor) tempat saya kerana beliau perihatin dengan masyarakat setempat.
Anda sebenarnya yang menyerang saya tanpa sebab dah menuduh saya sebagai laskar siber. Itu adalah satu fitnah yang tidak baik.
Nota: Harap saudara CB tidak menyerang mana mana komentar dari MissPassat kerana kita semua dilaluan sungai (`Kali` kata Dato AKJ) yang sama and every body is entitles to their opinion. Wassallam
Aslkum Dakj
Kelmarin Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman bersalah menfitnah Anwaryg diputuskan terdahulu oleh Mahkamah Tinggi.
Saya dah lost count dah berapa kali Utusan dan NST kalah gara2 menfitnah.
Nasib baik hakim2 tu nampak murah hati. Walaupun ganti rugi yg diminta oleh plantif adalah rm50jt tapi yg di beri cuma rm25,000 saja.
Kita buatlah andaian sendiri tentang tahap keadilan atau sebaliknya mahkamah boleh land.
Dulu setiap hari saya melangan berita harian dan the star setiap hari.
Dah bertahun tak langgan media kepunyaan UMNO dan MCA.
Prinsip hidup saya kenapa harus saya tolong gemukkan mereka2 yg merapu di kedua2 akhbar dgn melanggan?
Lebih baik saya ketepikan duit untuk tujuan lebih baik drpd bantu Utusan asyik bayar ganti rugi.
Nasib baik ada internet dan anak saya yg langgan the star di pejabatnya, sebuah bank.
Kita sebagai org Islam seharusnya berhati2 agar tidak fitnah. Macam mana ketua2 pengarang akhbar macam utusan tak tau, malah di ulang2 pulak.
Bersilatlah dan berloyar buruklah mereka dgn jawapan mirip tegak benang basah.
Tapi sebenarnya gara2 habuan dunia mereka lebih takut pd manusia berbanding Allah.
Nasib baik Allah dah biaskan Din Melaka drpd jadi hamba manusia.
Kalau tidak tergiur jugak..
Kalau tidak bagaimana bapa Saiful kes liwat 2 boleh tukar2 pendirian macam lalang!
Agaknya mungkin inilah maksud hadis nab sawi bahawa umat Islam akhir zaman tak berkualiti, banyak tapi mscam buih saja.
Aslkum Dakj
Din Corner.
Berapa banyak nama din haaaaaa!
Percayalah kalau din corner hantar satu dozen anak ke luar negeri atas biayai sendiri, bukan ihsan harta org Melayu, Din Melaka tumpang gembira malah bangga.
Berkenaan doa tu sepatutnya berbunyi Ya Allah berilah aku kekuatan untuk meninggalkan parti UMNO yg selama ni aku fikir menolong Melayu tapi......
Jangan marah.
ooo..ok..he3
Salam Sdra drlangitbiru,
"MATI AKAL BLOGGERS UMNO NAK BALAS NI.LIKE +++"
"Teknik penulisan tersebut menggambarkan Dato' sangat kritikal terhadap kepimpinan PM yang sangat lemah, "desperation for leadership".
Hebat nampaknya sdra berkempen.Jelas parti pilihan sdra macam tidak lemah saperti UMNO/BN kan ?.Komen kempen begini boleh kita terima sebelum pilihanraya tetapi amat tidak baik apabila PRU masih ada empat tahun lagi.Mana ada kelasnya bagi ustaz berjanggut sprti sdra berkempen cara begini. Saya akan mengundi Pas sekira mereka betul betul jujur, kuat dan boleh memperjuangkan agama dan bangsa saperti parti UMNO. Sayang yang paling LEMAH masih Pas juga(21 kerusi).Kenapa ?. Ahli Pas saperti saudara harus perkuatkan parti bagi menghadapi cabaran pilihanraya akan datang secara lebih meyakinkan pengundi. Sama sama tolong selesaikan isu kalimah Allah dulu dan perbaiki kedudukan Pas di Pulau Pinang bukan memperkecilkan parti lawan.Tak gitu?.Yang bersorak siapa lagi kalau tidak apek DAP yang amat suka melihat perpecahan orang Melayu Islam. Saya sudah perkatakan MUZAKARAH is the way forward bukan bercakaran.Percayalah dengan big brother Kampong man.Kita berbeza tapi bersatu.Hebat DAP, Gerakan dan MCA kan ?.
2.Saya cuba mengikuti profile dan blog sdra nampak berdiri segak handsome belakang bendera Pas dengan janggut sunnah nabi.Saya cukur hari hari cuba juga simpan taetapi keras macam dawai dan tak handsome macam sdra. Itu bagus dan teringat saya balik satu cerita kambing dan ayam yang pernah saya tulis di blog lain dulu dulu.Ceritanya begini:
CERITA AYAM DAN KAMBING
Alkisah , maka pernah diceritakan oleh Tok Ki saya dulu bahawa kambing dan ayam ni adalah dua ekor binatang rakan karib yang sangat rapat walaupun keduanya adalah dari specis yang berlainan.Persahabatan mereka amat baik bertahun tahun sentiasa jalan bersama sama dan masing masing menjaga hati dan menghormati erti persahabatan. Maklumlah kawan karib lah dikatakan.!!
Pada satu hari maka si kambing telah bercakap salah, celupar dan menyindir rakannya ayam lalu berkata " Yam yam kau ni baju cantik (Bulu ayam yang cantik) TETAPI alahai KAKI AYAM !!!.
Ayam sangat kechewa dengan teguran rakan baik nya si kambing ni dan nampak yang ayam terlalu sedih dan terasa terhina.
Maka satelah memendam rasa membawa diri sehari maka si ayam pun berjumpa kambing lalu berkata " Kau ni Bing apa kurang nya.Aku lihat janggut kau panjang , alim konon TAPI nampak TELOR !!!" Huh...
Moral of the story kita tak perlulah sakiti hati kawan walaupun kita punyai pendirian berbeza (political specis berbeza ).Tak perlu cabar mencabar tuduh orang ini zalim orang itu korup memperkotak katik dan perkecilkan orang lain, cara personal lagi.Fokus pada isu sudahlah.
Cerita diatas bukan untuk sdra drlangitbiru tetapi hanya lah ditujukan pada semua yang inginkan membuat blog DAKJ terbaik dari segi perbahasan nya.Boleh kan ?.
Maaf semua, terima kasih .Wallahwuallam.
Datok
For certain, no one can control Mahathir. But Najib can’t control his Ministers, his party, or even Utusan. He can’t even enforce his own policies, like the 10-point solution.
Machiavelli asked in “The Prince” whether it is better for a ruler to be feared or loved. Mahathir certainly was feared. Badawi was loved but not feared. And now it seems that Najib is neither feared nor loved.
Din Pekan, bro.
Tq dan saya respect saranan anda. Tapi macam you kata. `everybody is entitle to their own opinion` jadi saya pun berhak keatas opinion saya terhadap Miss Passat.
DEBAT DENGAN WAN KAMARUL, BLOGGER UMNO, DALAM BLOG THE SCRIBE A KADIR JASIN
-- Tak sangka plak drlangitbiru penang post saya tulis kat sini gi post blog dia.. Relax la bro. Perangat skit tak boleh.. hahaha...
AKJ, since I am already inside your blogsphere might as well give sedikit ulasan iaitu: Si pembawa berita tu lah yang patut dihapuskan kerana menjadi punca kepada segala berita yang tak masuk akal/palsu/ fitnah/bohong/tipu/melagakan dsb. Kalau kita asyik menangani/menangkis berita yang tak betul yang memporak perandakan tetapi sipembawanya masih lagi berleluasa kesana kesini dengan berita barunya yang palsu maka sampai kiamat pun kita tak ada kerja lain kerana asyik menangkis dan menangani. Itukan kerja buang masa, kos bertambah dan kemudian terpaksa pula berulang alik ke Mahkamah untuk menegakkan benang basah masing masing.
Sorry, I do not agree with you.
Salam Sdr OKJ
"Lagipun, kangkung pun dah turun harga. Bak kata YAB Dato’ Seri Presiden, kenapa pula kita perlu salahkan UMNO dan Kerajaan BN bila harga barang naik. "
Kalau tak boleh salahkan UMNO dan kerajaan hendak salahkan siapa?
Atau, atas alasan UMNO sedang berusaha mengambil alih pejuangan Islam PAS di negara ini, sdr setuju dengan komen saya berikut;
PUNCA harga barang naik yang sedang hangat dibincangkan ketika ini ialah, amalan beberapa sistem ekonomi kapitalis (dalam melakukan aktiviti ekonomi di dunia ini) dengan cara yang ditegah Islam seperti membabitkan unsur riba, manipulasi, spekulasi, monopoli dan mengambil keuntungan berlebihan demi kepentingan diri, keluarga, kroni dan kumpulan.
SAJI
Assalamualaikum.
Wan Kamarul....LIKE3x
Debat dgn kasyaf tinggi perlu diabadikan dlm blog....he he he...
Assalamualaikum.
Wan Kamarul....LIKE3x
Debat dgn kasyaf tinggi perlu diabadikan dlm blog....he he he...
Assalamualaikum Dato',
Assalamualaikum Sdr Kampong Man,
Terimakasih buat Sdr Kampong Man. Terimakasih kerana sudi membaca coretan saya. Terimakasih atas teguran dan nasihat dari Big Brother Kampong Man.
Terkedu seketika bila membaca tulisan seorang yang hebat, Sdr Big Brother Kampong Man memberi komen terhadap tulisan tak seberapa drlangitbirupenang.
Sejujurnya, drlangitbirupenang tidak setaraf dengan Sdr Kampong man. Sdr Kampong man selayak dan setaraf dengan tuan punya blog, Dato' Kadir Jasin. Atau setaraf Sdr Aspan Alias, Sakmangkol AK47, RockyBru, OutsyedTheBox, Khairy Wenger. Setidak tidaknya setaraf dengan DrDzulkifli atau Khalid Samad dari PAS.
MAKA, drlangitbirupenang fikir tidak layak rasanya untuk berdebat dengan Sdr big brother Kampong man. Bagaimanapun, bilamana nama drlangitbirupenang disebut secara spesifik, maka izinkan saya memberi sedikit maklumbalas.
Akhir-akhir ini, penulisan saya lebih mirip kepada "bahasa" dalam Twitter, atau FB yang ringkas, sempoi, santai bersahaja atau mencelah hujah hujah orang lain. Kesibukan kerja menyebabkan masa terbatas untuk menekuni dan menulis dalam blog.
Berbalik kepada coretan saya kepada article dari MalaysianInsider, "Cry for Dr M’s return to Putrajaya a sign of desperation for leadership, says veteran journalist".
Seperti mukaddimah saya,
"Teknik penulisan tersebut menggambarkan Dato' sangat kritikal terhadap kepimpinan PM yang sangat lemah, "desperation for leadership".
Itu teknik orang surat khabar lah, orang wartawan!"
Saya menulis "menggambarkan Dato'" dan "teknik orang surat khabar", kerana saya tidak tahu dan tidak pasti apakah itu benar-benar kata-kata dari Dato' A Kadir Jasin atau dari "Spin" dari orang surat khabar.
Saya mengandaikan ianya benar datang dari Dato A Kadir Jasin! Saya tidak pula mengulas secara ilmiah atau selaras dengan cara ulasan para wartawan, hanya sekadar melontar idea secara santai, sempoi dan bersahaja intipati artikel tersebut.
Jika drlangitbirupenang yang MENULIS article tersebut, maka layaklah Sdr big brother Kampong man menuduh drlangitbirupenang hebat berkempen, "Hebat nampaknya sdra berkempen". Saya hanya mengiakan apa yang ditulis dengan tambahan "perasa" "sarcastic" atau sinis sedikit.
Bagi drlangitbirupenang, article tersebut "Cry for Dr M’s return to Putrajaya a sign of desperation for leadership, says veteran journalist", secara KHUSUS MENGKRITIK kepimpinan Perdana Menteri. Satu kritikan yang sangat pedas, keras dan terbuka. Satu kritikan yang membina, satu kritikan kepimpinan untuk kebaikan Negara, bukan kritikan untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri sekarang.
1. "Sayang yang paling LEMAH masih Pas juga(21 kerusi).Kenapa ?" (Kampong man).
Terimakasih kerana mengingatkan PAS MASIH LEMAH. Saya akui PAS MASIH LEMAH. 21 berbanding 88. YA, BENAR. KENAPA? ADAKAH SDR KAMPONG MAN BENAR-BENAR YAKIN TANPA RAGU SEBESAR ZARAH, BAHAWASANYA SISTEM PILIHANRAYA MALAYSIA BENAR-BENAR ADIL, BERSIH, DAN BEBAS?
Alasan 21 kerusi itu juga menjadi bahan MODAL bekas ahli PAS, bekas penceramah tersohor PAS, bekas aktivis PAS, Ustaz Kazim yang menyatakan perjuangan HUDUD Pas mustahil menjadi kenyataan.
Maklumbalas saya, sayugialah kita sama sama merenungi Kisah Burung Pipit dengan Nabi Ibrahim. Sewaktu Nabi Ibrahim dicampak ke dalam kawah api yang menyala oleh Namrud, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?
Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawanya TIDAK MAMPU MEMADAMKAN API YANG GANAS ITU. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.
"Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ". (Al-Anbiyaa' 21:69)
Moralnya, samada PAS berjaya atau tidak menegakkan dan melaksanakan HUDUD, itu bukan urusan ahli PAS, itu urusan Allah swt. SEKURANG-KURANGNYA, kami yang LEMAH ini sudah menjalankan tanggungjawab kami sebagai Muslim, (sebagaimana Pipit berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim), berusaha menegakkan Hukum Allah di bumi Malaysia.
2. "Sama sama tolong selesaikan isu kalimah Allah dulu dan perbaiki kedudukan Pas di Pulau Pinang bukan memperkecilkan parti lawan.Tak gitu?" (Kampong man)
Isu Kalimah Allah. Nak selesaikan? Jangan kita LUPA, semua ini adalah kerana tindakan KDN (Kementerian Dalam Negeri), yang Menterinya orang UMNO, yang meluluskan KITAB BIBLE dicetak dalam BAHASA MELAYU, meluluskan permohonan penggunaan "Kalimah Allah" bagi Kristian di Borneo. Apabila The Herald Tribune mencabar KDN di Mahkamah, UMNO menjadi tersepit.
Propagandis UMNO berjaya menepis isu itu kepada PAS, wal hal, PAS asalnya tiada kena mengena langsung soal BIBLE BAHASA MELAYU dan KALIMAH ALLAH. Amat jelas, terang lagi bersuluh, UMNO berjaya mendapat "Political mileage" (terbukti dalam PRU13) yang sangat baik melalui manipulasi Isu Kalimah Allah.
UMNO yang "mencipta" masalah tersebut, maka UMNO perlu bertanggungjawab ke atasnya. UMNO yang berkuasa, UMNO mampu menyelesaikannya.
APA KATA NAJIB selaku Presiden UMNO? "SuperDuper Elegant Silence"?
Memperkecilkan Parti lawan? Siapa PAS untuk memperkecilkan UMNO yang BERKUASA? Kita PAS bukan memperkecilkan UMNO, TETAPI MELAWAN UMNO, MENENTANG UMNO.
3. "Saya sudah perkatakan MUZAKARAH is the way forward bukan bercakaran". (Kampong man). Siapa saya ahli parti cabuk ini untuk bermuzakarah? SIAPA KITA UNTUK BERMUZAKARAH? Dah puluh-puluh kali kita dengar Muzakarah.
2 perkara yang saya selalu perasan BILA MENJELANG PRU…….. 1. Hukum Hudud dan 2. Muzakarah.
Perangkap dan jerangkap samar UMNO terhadap PAS. UMNO tak pernah BERNIAT untuk bermuzakarah. UMNO tak pernah IKHLAS untuk bermuzakarah.
Saya SETUJU 100% dengan Sdr Kampong man, "MUZAKARAH is the way forward…"
TAPI MUZAKARAH WAJIB DIMULAKAN OLEH UMNO YANG BERKUASA
BUKAN PAS YANG 21 KERUSI…….TAK GITU?
4. "CERITA AYAM DAN KAMBING. Moral of the story kita tak perlulah sakiti hati kawan walaupun kita punyai pendirian berbeza (political specis berbeza ).Tak perlu cabar mencabar tuduh orang ini zalim orang itu korup memperkotak katik dan perkecilkan orang lain, cara personal lagi". (Kampong man)
Apabila drlangitbirupenang menyebut;
UMNO PENYAMUN, saya benar-benar bermaksud sedemikian.
Apabila drlangitbirupenang menyebut;
UMNO KORUP,saya benar-benar bermaksud sedemikian.
Apabila drlangitbirupenang menyebut;
UMNO ZALIM, saya benar-benar bermaksud sedemikian.
PERLUKAH SAYA MENGEMUKAKAN HUJAH?
Saya fikir, sudah berbakul-bakul hujah saya disini sejak 2006 lagi!!!
Meskipun saya Ahli PAS, TETAPI pemikiran saya adalah saya, pendapat saya adalah saya, BUKAN pemikiran dan pendapat PARTISAN, bukan pemikiran dan pendapat yang kaku dibelenggu oleh ideologi politik.
"Tak perlu cabar mencabar ,memperkotak katik dan perkecilkan orang lain, cara personal lagi".
Seingat-ingat drlangitbirupenang, saya tidak ingat bila saya cabar mencabar, memperkotak katik dan perkecilkan orang lain, cara personal lagi, SESAMA PEMBAHAS DI SINI, lebih lebih lagi pembahas yang hebat macam Sdr big brother Kampong man.
Seingat saya tidak pernah. Sindiran sinis "senipis kulit bawang" tu mungkin adalah……CARA PERSONAL saya fikir tidak lah.
Dan bukan kaedah saya "membunuh pembawa berita" dengan CARA PERSONAL, atau cuba menyakiti hati sesiapa.
JIKA ITU BERLAKU kepada big brother Sdr Kampong man atau sesiapa saja, drlangitbirupenang memohon maaf.
Maaf semua, terima kasih .Wallahwuallam.
Salam sdra drlangitbiru,
1.Terima kasih memberi pandangan.Dalam isu Kalimah Allah ini saya mengikutinya secara mendalam dan ilmiah kerana ianya menyentuh sensitiviti ugama dan kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia.
2.Isu ini bukan lagi isu politik.Keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oct 2013 amat jelas dan Paderi Lawrence Andrew, editor akhbar mingguan Katolik, Herald, dalam artikel yang disiarkan sebuah portal berita, berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah 'Allah' dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Malaysia.Kita akan gunakan enakmen dan undang undang yang ada bagi menyelesaikan isu ini secara baik.
Antara keratan pendapat izinkan saya turunkan pandangan dibawah ini yang difikirkan relevan.
"Selama ini, kita tak pernah berbalah tentang perkara ini kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah itu, jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain, tidak menggunakan kalimah 'Allah', tidak akan memudaratkan mereka.
"Sebelum ini, mereka tidak pernah menggunakannya pun. Yang menggunakan nya ialah (orang) Sabah dan Sarawak. Tak ada bantahan, tapi di Semenanjung ni, kenapa kita nak jadikannya alasan untuk bergaduh pula,"
Ini adalah satu cabaran baru umat Islam di Semenanjong Tanah Melayu.
3.Kita harap penganut Kristian Semenanjong dapat menghormati keputusan Mahkamah. Antara lain Tun berkata "Yang merujuk kes ini ke mahkamah adalah mereka dan apabila mahkamah buat keputusan mereka tidak peduli.Apa jadi kalau masyarakat tidak menghormati keputusan mahkamah "
4.Begitu juga dengan keputusan pilihanraya.Satelah keputusan dibuat maka kita semua patut akur pada keputusan itu.Kita hormati kemenangan PR di Selangor dan Pulau Pinang dan kita juga mahu mereka menghormati keputusan disemia negeri lain.Kita cuba LAIN KALI LAH!!
5.Usha MUZAKARAH ini sebenarnya telah banyak diushakan melalu orang kuat Pas saperti Ustaz Nassaruddin dan Sdra Hasan Ai dan ramai lagi.Tetapi parti Pas terutama dari pengikut Anwarinas terus menentang.
6.Saya masih melihat parti Pas hanyalah satu parti politik sama saperti UMNO.Orang Islam bebas memilih Pas dan UMNO.Mudah sekali.Wallahwualam.Maaf dan terima kasih.
mereka tidak kaji kepada golongan mana sasaran mereka.golongan itu perlu dikaji kecerdasan dalam menerima fakta,,,kalau golongan berpendidikan dan memegang jawatan tinggi lain cara ,,,kalau golongan rakyat kelas menengah yang paling ramai berpaling lain caranya untuk menarik minat mereka berfikir,,,secara asasnya media baru umno banyak salah dalam memilih pasukan tempur...
mereka tidak kaji kepada golongan mana sasaran mereka.golongan itu perlu dikaji kecerdasan dalam menerima fakta,,,kalau golongan berpendidikan dan memegang jawatan tinggi lain cara ,,,kalau golongan rakyat kelas menengah yang paling ramai berpaling lain caranya untuk menarik minat mereka berfikir,,,secara asasnya media baru umno banyak salah dalam memilih pasukan tempur...
Post a Comment