Monday, May 19, 2014

Dyana A New Political Phenomena


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

Even Tuan Guru is clearly smitten by her - Pic Malaysian Insider

ALTHOUGH I am 9989.2 km away from home on my annual extraterritorial grandfather duty and will be missing the Bukit Gelugor and Telok Intan parliamentary by-elections, it is hard for me to escape Dyana Sofya craze.

When I woke up this morning, I saw five messages from a former Umno divisional secretary on my cellular telephone.

One reads: “Dyana is said to be the latest state of the art Samsung 5s (sic) while Mah is Nokia. Sigh!”

My friend, the Nokia bit is an insult. I am a user of the pre-smart phone era Nokia E52. It’s good enough to roam the world and for you to send me SMS.

Nokia E52

 He was comparing the Barisan Nasional’s canditate for the Teluk Intan parliamentary by-election, Mah Siew Keong, and his DAP’s challenger, Dyana Sofya Mohd Daud.

Dyana Sofya A Phenomena
Mah Has Testicular Gumption
Mah is the Gerakan President and an incumbent BN candidate while Dyana Sofya is Lim Kit Siang’s Political Secretary.

Bravo Gerakan

After chickening out from a similar poll in Bukit Gelugor, thanks to the koro syndrome of the MCA, the BN is back in the running. For more on koro syndrome, read here.

Bravo Gerakan for not running away from responsibility and for not shaming the grand old coalition (GOC).

Encik Mah, I salute you for having testicular fortitude! Itulah anak jantan. Unlike the sulking MCA, you are not abandoning your supporters.

In the May 5, 2013 General Elections, Mah polled 20,086 votes against 27,399 by the late DAP’s rep, Seah Leong Peng, giving the latter a majority of 7,313.

By not contesting in the ongoing Bukit Gelugor by-election, the BN is given the impression that it is no longer a national coalition and from now on will contest only in places where it stands a fair chance of winning.

Or is the MCA, despite being rejected by the Chinese, is still mightily influential in the BN that its every wish is fulfilled by the leadership of the GOC?

In the Internet age where images can be a powerful tool, Dyana Sofya youthfulness and look, is advantage. Even an old timer Umno activist like my friend is fascinated by her.

In another SMS, he wrote: “But can we blame the papers & the people for their interest in Dyana? She’s young pretty thing. She’s news.”

More Than Just Look

But it has to be something deeper than her look. The fact that she is a young Malay woman representing a Chinese-dominated opposition party is, to me, the real fascination.

Just days ago, a former female deputy minister from Umno noted with alarm that the DAP’s internship programmes were attracting many young Malay participants, most of whom are well educated.

There be must something particularly strong by way of push and pull factors to encourage a young Malay like Dyana Sofya, who hailed from an Umno family, to join the DAP and be an active member.

While the BN campaigners and their cyber troopers are having a field day maligning her, they should perhaps spare some time to understand why this sort of things are happening. Why young educated Malays are joining the DAP?

Instead of blaming others for their woes, leaders of the GOC parties should look at themselves and not treat the rakyat with disdain.

As for by-elections, they are an early indicator of the things to come four years down the road. Wallahuaklam.

56 comments:

Timbangtara said...

Salam Tok..

Perubahan sedang berlaku dikalangan anak muda yang berpelajaran.. bagaimana mereka berfikir dan juga apa mereka inginkan dari pemimpin..

Mereka tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh pemimpin..

Trend masa kini pula ibu bapa melayu banyak yang memilih sekolah beraliran agama.. anak muda berpendidikkan agama pula lebih cenderung kapada PAS..

T kasih Tok..

berasiam said...

Salam DAKJ

Bagi yang biasa berfikir, tidak sukar untuk mencerna dan memperakui apa yang Datuk sampaikan di sini. Memang kita memuji langkah Gerakan bertanding di kawasan yang calonnya telah kalah dua kali berturut-turut. DAP yang over confident dengan meletakkan calon muda Melayu pun tahu risiko yang mereka perlu hadapi. Bukan semua penyokong DAP boleh menerima sewenang-wenangnya keputusan meletakkan calon Melayu di situ. Yang lebih mudah termakan umpan ialah orang Melayu yang akan cenderung untuk mengundi calon Melayu-Islam berbanding dengan bukan Melayu dan kafir. Itulah yang berlaku di Lumut dan Bandar Tun Razak, sekurang-kurangnya. Orang Cina pun bukan semua yang suka untuk mengundi calon bukan Cina hatta mewakili DAP. Inilah yang menjadikan PRK Teluk Intan lebih menarik untuk diikuti, politik perkauman atau politik kepartian yang lebih unggul.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Hah! Barulah nampak Dato’ ceria sikit bila anak menantu bawa berjalan ke Jerman. Pesan saya, Dato’ jangan terlupa beli pisau seramic dekat sana sebab murah.

Tentang calon DAP yg muda & cantik ni, apa yg saya nampaklah, w/pun, Dato’ di Eropah tapi rindu dgn politik Malaysia memang tak dapat dipisahkan.

Dah nak masuk Maghrib dekat sini. Jadi, saya stop dulu dan sambung kemudian. Sekian TQ.

Sumiriyi said...

"While the BN campaigners and their cyber troopers are having a field day maligning her, they should perhaps spare some time to understand why this sort of things are happening. Why young educated Malays are joining the DAP?.."

Aku sangat setuju dengan statement ni. Kenapa kita nak salahkan DAP dalam usaha mereka mengetengahkan bakat muda dan terpelajar seperti Dyana? Kenapa Umno tidak beri peluang kepada orang muda macam mereka buat?
Umno right now is an ageing party bereft of young talents. Umno sudah menjadi parti yang elitist. Bila Umno terus-menerus dalam keadaan sebegini, makin ramai anak Melayu yang berbakat akan lari menyertai pembangkang.
Bekas Hakim Tun Abdul Hamid sendiri berkata Umno mengalami krisis kepimpinan. Keadaan ini amat merugikan Umno katanya. Tun Dr. Mahathir pun pernah tegur Umno pasal benda ni. Perihal Umno tak bagi peluang kepada kepimpinan muda baik di peingkat bahagian mahupun pusat akan menyebabkan parti tidak dinamik dan kekal di takuk lama.
Cuba kita lihat barisan kepimpinan Umno yang ada sekarang? berapa kerat sahaja di antara mereka yang muda belia. Kalau pembngkang boleh beri peluang kepada orang muda untuk tunjuk bakat with the likes of Dyana, Nurul, Yusmadi, Rafizi, Surendran, Nik Abduh kenapa Umno tak boleh? puncuk pimpinan yang ada dalam Umno sekarang rata-ratanya dah ada cucu dengan uban memutih dan perut yang makin membuncit.
Bagilah peluang kepada orang muda untuk menonjolkan diri khususnya mereka yang bukan dari golongan kelas atasan. Kepimpinan yang dinamik biasanya datang dari golongan sebegini.
Ni tidak, balik-balik muka yang tu juga. Di pilih dari kalangan mereka juga. The same tired looking old faces. Dinasti dan keturunan aristokrasi silih berganti dalam parti. Kalau tak anak, sepupu. Kalau tak sepupu, menantu. Dah jadi macam House of Saud where leaders have to come within that circle. Bagilah peluang kepada anak-anak orang kampung untuk menunjukkan berbakat. Umno menang banyak kerusi kerana undi dari golongan mereka juga.
Hatta pemimpin muda seperti KJ pun terpaksa buat sedikit 'political monouvre' in the PMO pada awal kemuculan beliau. Seterusnya menjadi menantu bekas PM and then slowly planted himself in the inner circle sebelum dapat menempatkan dirinya di kalangan the next generation of Umno leaders ready to take over. Kalau kita take KJ out of picture, memang tidak ada orang muda dalam barisan kepimpinan Umno sekarang.

budak kilang said...

As salam..
Di teluk anson..

Melayu dap lawan cina gerakan..

Kepada mereka2 yang memperjuangkan ketuanan melayu.. anda pilih siapa?

Dua2 calon secara berterus terang menolak hudud..

Kepada cina2 cauvinis.. anda pilih siapa?

Di bukit gelugor..

Taktikal bn sgt hebat..

Dia tau susah nk menang.. yg penting skang kurangkn majoriti..

pcm utk undi cina..
Calon bebas utk undi melayu..
Tv3 duk kempen utk mereka2 ni..
Calon mesra bn.. mungkin?

Nnti leh gebang majoriti kurang.. tahniah..

Sekian.. terima kasih..

TOOLBOX said...

Datuk

1. Pada saya (sehingga kini) hanya komen YB KJ sahaja yang nampak matang (walaupun usianya muda) -- "We need to re-calibrate our campaign in Teluk Intan to promote OUR candidate and quit this obession with our opponent"

2. Yang lain-lain dari kem BN tak kira samada di alam maya atau nyata masih dengan cara lama menggunakan isu lucah. Apakah mereka ni tiada idea dan berfikir lucah sahaja 24/7.

Toolbox

jumbeaux said...

Salam Datuk,

I really hope that she loses. She is either misguided or corrupted in her apparent believe that DAP would bring any good to Malaysia with their veiled racism.

BN would do well in bringing failed Malay ex-DAPs to talk to Teluk Intan Malays and warn them of this deception.

Having said that I hope this will open UMNO's eyes that they should have allowed Putri to develop in its own way instead of influencing the kids into the Wanita culture. Embrace the fact that the old way is outdated and no longer acceptable.

red said...

salam datuk..

kalau dyana join puteri umno dah tentu awal2 lagi kena cantas...biasalah umno..mana boleh orang yang pandai dan energetic ganggu gugat kedudukan orang di atas...sebab itu muda mudi yang berpelajaran mencari alternatif lain untuk menyampaikan suara meraka...fikir fikirkanlah...

Zed-85 said...

Dato,

Nampaknya satu langkah strategik bijak yang dibuat oleh DAP.

Meletakkan calon orang melayu dan juga graduan muda.

Ini sesuai dengan demografik Malaysia, pengundi muda semakin bertambah.

Dalam UMNO banyak yang tua-tua, yang muda dan berpelajaran tinggi tidak dapat tempat untuk ke atas.

Puteri UMNO lebih banyak menyumbang kepada menyerikan majlis.

Sebenarnya DAP tidak banyak beza dengan kebanyakkan parti politik di negara moden seperti Australia, Britain dan Amerika. Tidak menjadi kesalahan dalam undang-undang orang melayu masuk parti DAP.

Trend dalam dunia sekarang, parti politik di negara maju lebih fokus kepada tema pentadbiran yang baik (“Good Governance”) daripada tema perkauman.

Dengan peredaran masa, persepsi kepada bangsa akan berubah. Semakin lama, ramai akan sedar orang melayu ada yang baik dan ada yang tidak baik. Ada juga yang menjahanamkan bangsa sendiri dan yang lain. Sama juga orang Cina dan India.

Golongan muda lebih terbuka fikiran dan lebih peka kepada isu-isu yang lebih relevan seperti kos sarahidup yang tinggi, ekonomi, rasuah, peluang pekerjaan, kadar jenayah dan lain-lain.

Saya rasa analogi handphone sangat tepat.

Zaman sekarang smartphone dilengkapkan dengan GPS (yang boleh terima isyarat satelit), Bluetooth, WIFI (untuk internet), kamera dan mempunyai applikasi social network seperti facebook dan Twitter dan berbagai applikasi (content rich) daripada syarikat Google dan Apple.

Zaman sekarang Samsung S5 lebih releven daripada Nokia lama.

Kalau dibuang pun Nokia yang lama tu, saya rasa orang muda zaman sekarang pun tidak mahu kutip.

Mael Hashim said...

1. Dyana, DAP, Mah, Gerakan. Dyana nampaknya "the least of the evils" terhadap orang Melayu. Saya sokong kalau pengundi melayu mengundi Dyana.

2. Jarang atau hampir tiada kempen umno mengambil ahli baru. seolah-olah bagi umno keahlian sekarang sudah mencukupi. jadi bagi orang melayu yang tak dapat masuk umno, masuklah parti lain asalkan niat dan tujuan untuk membela orang melayu.

safiai saad said...

Well,this Dyna stuff is an extraordinary event. I think the issues here is whether UMNO has indeed changed in forms and subtance. or just sheer cosmetic
Yes UMNO has created political reform interm of party election,key performance index,continous political education. But by and large the same tired olds faces are leading UMNO,even the young leaders that are brought in the party were more interested in projects rather than political struggle.
They drive in continental car,or high end Japanese car but intellectually left much to be desired. Except for KJ (luckily he from Oxbridge)others seemed to lose in the political jungle where difficult to distinguish between uncivilised political animals and civil political animals.
The fact tha Dyana come from UMNO parents are indeed the stab at the back for the Umno. What have you done to this asset that lead to be your current liablity.Hasn't UMNO done enough for you and your family or you are just tired of the system where no fresh air is given to the youngster.
We must remember that there was 3 classes of UMNO member.
1. With government post (reads Minister,exco,YB....etc
2.With Political post (reads state liason committee,ketua bahagian,Ketua Cawangan, kemas,penerangan....BTN...etc
3. No post members who just follow the directive from Puchok Pimpinan Party.. (reads thay akur that is why they are called burung terkukur)
With that antecedent, then so called rejuvenation of UMNO will not be materialised,since the young and creative Malays will be sidelined.
Thus Dyana could be the impetus for UMNO to make a real change and face the future with more confident.
Otherwise come 2018, UMNO will be in the Museum,... Hari ini dalam Sejarah.....Sdr Kadir, I rest my case..

safiai saad said...

Sdr Zed and jumbeaux, Your ideas are indeed excellent. Keep writing please..

Oldtimer said...

Ybhg Datuk, allow me. As I have said before, I am of the old school. Like you, I was born and partly educated in English during colonial days; days of the Tuans and Mems. I was lucky being born in an estate. I grew up in a mixed Malay and Indian environment. Later in English school it became multiracial.

And like you, I grew up loyal and dedicated to Umno. Then it was led by men and women of great principle and sacrifice. They were English by education but Malay by conviction. They were ladies and gentlemen.

So to me Dyana, younger than my youngest, is a example of the new Malay who is from Umno background but sees no merits in the party as it stands today. I feel the same way. It is not the party of which I was active in and committed to. It is a pseudo compared to old Umno.

Be mindful Datuk that there are more like Dyana out there; young educated and independent-minded Malays who no longer feel compelled flock around their UiTM or Ansara Malay circles. My children are like that too; successful, proud to be Malays but distrust the types that now monopolize Umno, except perhaps for a few like Khairy and Mukhriz.

Agree with your commentator that Umno Puteri can be an asset if they stop acting like Mak Chik Gemok at the kenduri and behave like the fiery Pemudi of our time.

Salaam.

zainal abidin awang kechik said...

Salam tok..

Anak gadis ini lahir dari didikan dan besisiwa tengku razalight hamzah, ibu beliau terbanyak jasa kepada Umno-Perikatan-BN .. Saya suka calon ini kerana jika dia duduk di dalam Umno atau pun gerakan.. Sampai ke tua berliau tak mampu untuk dapat allaun MP.
DAP PUN.. berpecah juga sepatutnya kok meng famili..
Tapi kena palam dengan lim guan eng ..

Lepas ni jangan ada skandal DAP DENGAN ANAK MALAYU

Si Buncit said...

A phenomenon indeed, and with a pretty face to boot. Sweet sweet Dyana. Kalau I kat Teluk Anson, I pun nak pangkah Dyana lah !

Macam ni, Shahrizat kena pakai sarung muka kalau nak pi mengempen di sana. Apa kata bagi mengembalikan keyakinan rakyat, Shahrizat dan pengikut-pengikutnya pakai sarung kepala lembu ? Barulah penyokong wanita UMNO syahdu dan terharu.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ambrose Sute said...

I hope a win for Dyana is not just a new political phenomena but also a political awakening for Malaysia that there should be no racial barrier in politics. Due recognition must given to those who deserve..!!

azhar said...

salam Dakj

calon melayu itu strategi DAP sahaja.

apakah kedua -dua parti dan calon menyokong undang-undang jenayah islam?

kalau ikut fatwa-fatwa dari parti Pas dulu bagaimana jawabnya?

jika merujuk kepada agama islam yang sebenar bagaimana pula?

rasanya keadaan ini mencabar kesabaran dan keimanan pengundi Islam.kira Dap berjaya meletakan satu delima/konplek serta masalah dalam minda orang melayu/islam

bagi orang melayu nak kenal DAP tengoklah keseluruhannya. organasasinya ,dasarnya, tindakannya serta sejarahnya.

BN pula terlalu terikat dengan budayanya.Kawasan pengundi campuran aja calonnya dari gerakan atau MCA macam tak ada strategi lain lagi.hinggakan gerakan, cara dan matlamat nya mudah dibaca.









din klang said...

memang dalam setiap generasi baru, sudah pasti akan ada golongan young rebel yang cepat terpengaruh dengan ideologi yang boleh merangsangkan minda mereka yang masih segar itu.

Dyana sepatut nya menjadi satu kes yang patut di kaji oleh Umno tentang bagaimana seorang gadis yang mempunyai keluarga penyokong Umno serta belajar di UITM akhirnya menjadi ahli parti DAP yang terang begitu chauvinist.

Umno harus faham bahawa golongan anak muda zaman internet yang segar ini sentiasa mahu di lihat lebih menonjol dari yang lain berbanding rakan sebaya mereka.

Itu lah trend hari ini.

Kita ambil sahaja contoh life style mereka hari ini.

Apa saja yang terkini yang di iklankan di media mahupun internet menjadi rujukan mereka sehingga sanggup berhabis wang dan juga kad kredit asal kan tidak di label sebagai old school atau ketinggalan zaman.

sebab itu jangan hairan bila dyana melihat umno dan pas sebagai parti ber konsep kan Melayu yang old school manakala pkr pula tidak lebih dari bayang bayang umno.

dyana melihat Melayu tidak dinamik dan ketinggalan zaman baik dari segi pemikiran mahupun tindakan...Melayu tidak dinamik berbanding dengan orang cina terutamanya dap.

dia melihat tiada pemimpin Melayu yang begitu dinamik ( baik dari umno, pkr atau pun pas )bagi memimpin Malaysia...dan dia mengambil lim kit siang sebagai contoh pemimpin yang lantang dinamik dan berani dan itulah yang menjadi hero nya.

jadi, fikir lah sndiri di mana silap nya kita yang tidak mempunyai seorang pemimpin Melayu yang tegas, berani dan dinamik bagi memacu arah negara, bangsa dan juga golongan muda.

Wallahualam.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Bercakap tentang calon Melayu di dlm DAP, bagi sayalah, pertamanya, ia menunjukkan kekuatan org Melayu tu sendiri. Kawasan Cina, Parti Cina tapi calonnya orang Melayu. Dan saya rasa beliau akan menang mengalahkan Gerakan iaitu satu lagi parti cina dan calonnya orang cina juga. Jadinya, pemimpin kawasan tersebut akan menjadi milik Melayu. Tahniah UMNO kerana satu permainan yg begitu halus & licik, yg menunjukkan siapa Tuan Besar sekarang di Malaysia ni.

Keduanya, kesan kepada parti PAS yg menusuk kalbu, bak kata pepatah “bagai ditelan mati mak, diluah mati bapak”. Dyana terang-terang kata beliau akan mengikut kehendak parti dan tidak akan menyokong usul hudud jika dibentangkan di dlm parlimen nanti. Tapi macam biasalah, PAS tetap akan sokong calon DAP ni. Jadinya, di satu pihak, PAS beria-ria nak bentang hudud, tapi pada masa yg sama mereka sokong puak yg terang-terang tolak hudud. Apalah standard PAS ni, Teruk betul dan memalukan umat Islam je. Bila saya nasihat secara keras sikit, terus melenting penyokongya. Tak boleh nak ditegur langsung……..

Akhir kata, saya akan outstation beberapa minggu ni. Jadinya, saya ingin meminta ampun dan maaf daripada Dato’ dan juga pengunjung blog ini jika terdapat komen-komen saya yg menyinggung perasaan sesiapa. Anggaplah ia sebahagian dari perbahasan dan jangan disimpan di dlm hati dan jangan kekecewaan itu dibawa keluar dari blog the scribe Dato’ Kadir Jasin. Sekian TQ.

buah kerdas said...

Sesungguhnya DAP telah mencapai keududukan politik yang mantap dan kukuh sehingga yakin untuk melakukan satu eksperimen strategi politik dengan meletakkan seorang wanita Melayu yang muda lagi bujang sebagai calonnya dalam PRK kerusi parlimen Telok Intan. Tepat seperti yang Dato' tulis, ini adalah satu fenomenon politik yang baru lagi menarik memandangkan Dyana Sofea adalah anak seorang aktivis UMNO dan belajar pula di UITM.

Berdasarkan video Youtube, saya dapati Dyana Sofea belum lagi mahir berpidato. Tentulah beliau berkempen sambil belajar mendapatkan kemahiran berpidato. Mungkin menjelang 31 Mei nanti beliau cekap dengan pelbagai elemen kemahiran pidato seperti pempelbagaian nada suara @ intonasi suara, penekanan, pemfokusan, kelajuan penyempaian dan penggunaan "gesture".

buah kerdas said...
This comment has been removed by a blog administrator.
lilan idris said...

why are young Malay professionals shying away from UMNO? Don't blame the because UMNO doesn't want to admit them. They like having fools in the party so that they can have control & enrich themselves. The younger Malays feels that they are deprived of opportunity to serve & play a bigger role with the fools holding tight to their powers & new found wealth. so when somebody offer them that opportunity albeit a false pretext, what do you do? UMNO got to re-brand & change with times not just slogans.

A KADIR JASIN said...

Terima kasih para pembahas.

1. Saya tertarik dengan jawapan balas ibu Dyana Sofya, Yammy Samad, kepada Tun Dr Mahathir.

Beliau dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata: “"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz‎, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina.

"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya.”

2. Bunyi macam pulang paku buah keras. Realitinya Marina sering amat kritikal terhadap kerajaan BN cuma beliau tidak menyertai mana-mana parti pembangkang. Itu realiti yang Dr Mahathir terpaksa akui. Saya tidak pasti sama ada beliau ahli Umno.

3. Dr Mahathir sendiri terkenal dengan tindakan luar kotak sejak memasuki politik. Paling baru beliau keluar Umno kerana “meluat” dengan Umno dan kerajaan pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jadi apakah keanihannya kalau ada orang Melayu lain bertindak radikal macam Dr Mahathir?

4. Saya kerap ditanya bilakah orang Melayu akan berubah dan bersatu padu?

5. Saya kata, apabila DAP berkuasa. Kalau DAP berpeluang memerintah, eloklah ada perwakilan Melayu macam Dyana di dalamnya.

6. Realitinya DAP tidak ada harapan memerintah melainkan dengan sokongan majoriti orang Melayu.

7. Jadi adalah logik apabila DAP berusaha mencari sokongan orang Melayu dengan menampilkan calon muda Melayu macam Dyana Sofya.

8. Kalau DAP bertindak futuristik, itu adalah kewajaran.

9. Jangan salahkan DAP atau Pakatan Rakyat kalau Umno dan BN masih terperangkap dalam kebekuan masa dan bergantung kepada kepemimpinan yang tidak mengilhamkan generasi muda.

10. Baru-baru ini saya mengherdik seorang pemimpin Puteri Umno apabila beliau berkata gerakannya akan "mengadap" PM. Inilah contoh bagaimana secara tidak sedar dan tanpa berfikir panjang, feudalisme dan taat membabi buta semakin menjadi darah daging Umno.Tidak ada lagi pemikiran kritis, kerakanan dan kesamaan.

Terima kasih.
Terima kasih.

ingo said...

As UMNO continues to shun meritocracy and stick with patronage politics,this shouldn't be puzzling.

So instead of campaigning for development and progress, UMNO is busy malignant her, no doubt using personal and race angle. Pandailah tu.

borhan said...

Bebuih-buih mulut pemimpin UMNO menyeru orang Melayu supaya berubah.mengarapi dunia baru abad ke-21 dengan wacana baru bersifat global.sayang itu dimulut saja sedangkan otak mereka masih dalam mindset feudal lama abad ke-15 - pantang melayu merdeka kepada tuan.mereka masih berfikir mereka tuan dengan rakyat jelata melata seperti debu ditepi capal.
itulah bila seorang gadis melayu menjadi calon dap mereka tidak dapat menerimanya samasekali apatah lagi si gadis mendapat pendidikan di UITM.Paling melucukan ialah ada yang berhujah bahawa gadis ini tidak menpunyai pengalaman.mereka lupa apakah najib dalam usia 22 tahun terjun ke kancah politik umno telah dewasa dengan pengalaman ketika itu. demikian juga dengan hishamuddin dan khairi - adakah mereka masuk ke arena politik penuh berbekal pengalaman...dalam pada gah untuk masuk ke dunia pertama nampaknya orang umno ini masih lagi dengan tahap mentaliti dunia ketiga.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Borhan, antara lain, berkata:

"Paling melucukan ialah ada yang berhujah bahawa gadis ini tidak menpunyai pengalaman.mereka lupa apakah najib dalam usia 22 tahun terjun ke kancah politik umno telah dewasa dengan pengalaman ketika itu."

1. Terima kasih. Saudara mengembali dan memulihkan ingatan saya ke tahun 1977.

2. Pada tahun itulah saya pertama kali berjumpa dan seterusnya menemuramah Mohd Najib yang masih bujang di kediaman peribadi keluarganya di Jalan Eaton, Kuala Lumpur.

3. Ia sempena satahun beliau menjadi Ahli Perlimen Pekan. Beliau menang tanpa bertanding bagi mengambil alih kerusi ayahandanya.

4. Rasa saya, Dyana lebih matang pada usia 27 tahun berbanding Mohd Najib pada usia 21 tahun jadi MP.

5. Lagipun bukan sahaja Dyana lebih dewasa, tetapi dia juga seorang wanita yang terpaksa berkempen melawan calon BN.

6. Sekiranya dia memang, jelaslah dia mengatasi Mohd Najib yang menang tanpa bertanding.

7. Lagi pun dia bukan anak mana-mana PM dan kerusi yang ditandinginya bukan kerusi yang dikosongkan oleh bapanya.

8. Rasanya lebih bermanfaat dan matang kalau BN memainkan isu pokok,seperti ekonomi, daripada menyerang peribadi seorang wanita muda.

Terima kasih.

Lahuma said...

Dato.

Begitulah cara DAP sebuah parti kaum Cina bertindak cepat dengan meletak calaon anak muda,gadis rupawan,terpelajar dari UiTM,emak bapa warisan UMNO.

Inilah blue print DAP.
Cuma UMNO dan Pas yang masih beku atau statik.Tolak tangga hayun kaki.
Tak tahu hala tuju politik meteka.
UMNO sudah lemas dengan Ketuanan Melayu.
Pas pun tenggelam dengan hudud dan negara Islamnya.

Ini adalah percubaan menarik politik DAP di Teluk Intan.

Khabarnya dalam PRU 14 nanti DAP lebih berani dari di Teluk Intan.
DAP akan letakkan lebih ramai calon anak muda Melayu bertanding atas lambang DAP di kawasan majoriti Cina.

Pas pun nampak macam budak suruhan DAP dan PKR kerana kebendaan dan kuasa yang tempang.

UMNO pula lagi teruk dengan mimpi yang sudah-sudah.

Dap main politik macam berniaga hari ini.Tarik pun untung .Tolak pun untung.

MCA,Gerakan sudah bungkus kini.Ada pada nama sahaja.Ahlinya pun banyak yang cabut lari.

Teluk Intan memang DAP punya.

UMNO Bahgaian teluk Intan sendiri pun katanya bergolak
Itulah nasib UMNO.Ahlinya 4 juta orang itu adakah berkualiti atau berkuantiti.Dua-dua perlu.

Dyana anak warisan UMNO.Didikan UiTm
Dap sambar ditengah jalan.

Eloklah mana -mana pemimpin UMNO yang ada kudis buta,kurap panau undurlah diri daripada menjadi bahan sampel beburukan UMNO itu sendsiri.

Begitu juga pada pemimpin Pas yang tidak ada pendirian undurlah.Jangan jadikan Islam bahan dagangan politik.

Pas bukan Islam lagi.Pas lebih teruk dari UMNO.

Akhirnya yang rugi perjuangan Melayu dan Islam.

Terima kasih Dato.\.
.

XERONINE said...

Salam Datuk,

Luar topik, tetapi masih dalam negeri ... tentang KLIA2 yang muda juga ... untuk diambil perhatian mereka yang bertanggung jawab ...

http://worldjourneysdiscover.wordpress.com/2014/05/10/airport-review-klia2/

analogi politik tanah air ... mas dan air asia

terima kasih

anti syaitan said...

Tuan OKJ,

Kalau tak salah ingatan saya sejak merdeka 31 Ogos 1957, UMNO-MCA-MIC sudah menentang usaha untuk menegakkan undang2 syariah-hudud dan qisas di Malaysia..
Adalah tidak adil untuk mengatakan DAP sahaja yg menentang usaha2 tersebut.

Wallahualam...mungkin ingatan saya tidak tepat.o

Pencinta kedamaian said...

Salam apa yang saya nampak di PRK Teluk Intan kali ni strategi DAP lebih pada nak menunjukkan kebodohan dan kelemaha berfikir orang melayu je.Di sajikan dengan pemimpin muda ,cantik dan berpendidikan tinggi kira genius(byk lagi budak melayu graduate oversea or IPTA awam lain) berfikiran terbuka. Tapi setelah 2-3 hari berkempen nampak si dyana tak lah berapa menyerlah dari aspek interpersonal dan kualiti penyampaian dia.80 peratus bergantung pada LKS untuk menjawap soalan dan kadang kala nampak ketara dia tak berapa matang seperti puppet dan bimbo untuk LKS.Persoalan nye sini ada kita memilih pemimpin berdasarkan kecantikan bukan berdasarkan tahap pemikiran,kematangan dan pengalaman.Kalau gitu cara pemikiran kita lebih baik kita buat PRK menguna sms penonton mcm rancangan maharaja lawak. sape hensem dan cantik dia menang.

Pencinta kedamaian said...
This comment has been removed by a blog administrator.
PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

Mungkin tahap kemarahan sesetengah golongan UMNO naif terhadap orang Melayu yang 'mendapat segala kemudahan' daripada kerajaan tetapi menyokong PAS/PKR mula berkurangan apabila seorang anak Melayu (gadis pula) menjadi calun DAP dalam PRK Teluk Intan.

Tentunya anak gadis itu lebih 'derhaka' dari Melayu-Melayu yang lain kerana bersekongkol dengan DAP.

Bertambah-tambah 'derhaka' lagi anak gadis itu kerana beliau graduan UITM. Graduan UITM kononnya 'wajib' di sebelah UMNO.

Begitulah lenanya UMNO tidur.UMNO masih bermain-main dengan permainan kunu. UMNO juga pura-pura buat tidak tahu bahawa bukan semua graduan UITM yang bekerja dengan kerajaan/GLC. Ramai yang bekerja dengan syarikat-syarikat milik kaum Cina. Dan ramai lagi yang menganggur.

Semoga golongan-golongan dalam UMNO berhujah secara lebih cerdik, meyakinkan dan dihormati khususnya mengenai isu yang dikatakan mewujudkan fenomena ini.

A KADIR JASIN said...

Tadi seorang Exco Puteri Umno telefon saya "ajak" ikut mereka berkempen di Telul Intan.

Saya beri pesanan berikut kepada beliau:-

1. Utamakan visi dan misi;

2. (Utamakan) rancangan dan projek;

3. (Utamakan) Bangsa dan negara; dan

4. Elak caci mencaci peribadi.

Saya masih di luar negara dan lagi pun saya secara peribadi tidak pernah berkempen.

Terima kasih.

Zed-85 said...

Dato’

Ada yang mengatakan bahawa kalau orang melayu masuk DAP seperti Dyanna maka dianggap derhaka.

Kepada siapa yang dia derhaka?

Kalau rujuk kitab hukum Islam, adalah berdosa besar menderhaka kepada ibu-bapa. Dalam kes Dyana, tidak pula dia derhaka.

Adakah dia menderhaka kepada Raja?. Sekarang ini bukan lagi zaman Hang Tuah.

Kebanyakkan isu-isu yang dibawak DAP ada berhubung kait dengan kelemahan pentadbiran, kos harga barang yang naik dan hal-hal yang juga bersangkut paut dengan hidup rakyat termasuk orang melayu.

Ada juga yang mengatakan DAP menentang hak istimewa orang melayu.

Realitinya, bagi orang melayu yang merupakan majority rakyat kurang berada di Malaysia, haknya adalah rumahnya (bagi yang miskin, rumah murahnya), motor kapcainya, keretanya dan tanahnya di kampong kalau ada. Yang lain-lain bukan haknya.

Tidak dinafikan ramai orang melayu yang dapat pekerjaan dengan kerajaan dan juga GLC melayu. Cuma masalahnya, ramai yang gajinya setakat cukup makan. Di negara maju yang lain, rakyat pribumi tidak ada hak istimewa tetapi disebabkan negara ditadbir dengan baik, pekerjaan mencukupi, tempat di university lebih dari cukup dan masalah kemiskinan dapat diatasi.

Sekarang ini ramai yang hidup semakin tertekan dengan keadaan ekonomi, termasuk orang melayu. Siapa yang nak tolong orang melayu?

Kalau UMNO tidak peduli , pemimpin asyik makan angin luar negeri pada akhir tahun dan hidup mewah “makan tak habis tujuh keturunan” macam raja. Orang Melayu buat keputusan tidak lagi bersama dengan UMNO, adakah itu dikira sebagai derhaka?

Lahuma said...

Dato.

Saya amat tidak setuju cara ADUN DAP Pulau Pinang gunakan perkataan Celaka pada UMNO dalam sidang DUN baru-baru ini.

Seteruk-teruk UMNO pun itu juga orang Melayu dalamnya.Istilah yang sama juga boleh digunakan pada DAP.

Politik Malaysia sudah makin teruk dan tak ada nilai yang perlu dicontohi.

Istilah yang cukup buruk itu layak juga dihadiah pada bebarapa parti lain.DAP pun bukan betul sangat.

Yang syok pemimpin Pas tersengeh dan tanpa rasa malu bila ada orang lain bukan sebangsa atau seagama kata celaka pada bangsa dan seagama dengannya.

Itulah hebatnya politik kini.Istilah celaka dan lain-lain istilah yang mungkin akan keluar nanti dari manusia yang gila kuasa.

Melayu termasuk UMNO,Pas,PKR ,Dap dan lain-lainnya sudah hilang arah hidup sebenarnya.

Merekalah perosak bangsa agama dan nagara.

Terima kasih Dato.

jebat said...


Salam hormat DAKJ,

Saya pernah terbaca ibu DYNA SOFYA mengakui anak nya pernah TRLNJUR dengan seorang lelaki keturunan Cina.

Tertanya dalam benak saya apakah Pilihan Raya ini akan dijadikan sebagai MONEY LOUNDRY untuk mencuci duit haram.

Wahai pengundi pengundi TELUK INTAN !!

Apakah anda rela jadi WASHING MACHINE untuk tujuan itu ??


Fikirlah !!

KIta ada akal !!


Gunakan akal fikiran kita !!



Terima kasih.



Zed-85 said...

Dato'

Maaf saya beri contoh mengkritik pemimpin bercuti di luar negeri.

Terlupa Dato' berada di Germany.

Maksud saya, merujuk kepada pemimpin tidak beri perhatian yang secukupnya kepada orang melayu.

Kalau pemimpin buat kerja dengan betul, pemimpin bercuti ke mana pun rakyat tak persoalkan. Tapi sebaliknya berlaku.

Selamat Bercuti bersama keluarga.

Sallam

budak kilang said...

As salam..

Sekarang timbul isu uitm.. deklarasi shah alam pun muncul dalam satu malam..

Individu-individu berbangsa melayu di anggap pengkhianat sekiranya mempertikai keistimewaan uitm..

Boleh dato ulas mengenai hal ni?

Isu lama.. tapi makin panas.. dengan pergolakan politik rasis yang mewarnai malaysia sekarang ini..

Mintak tak perlu siar komentar saya ini..

Terima kasih

Mat said...

Dyana macamana pun orang Melayu. Hati dia akan ingatkan orang Melayu. Kalau Zairil Khir Johari tu memang Cina. Jadi tak hairanlah dia tak bawa suara orang Melayu dalam DAP.

Dyana boleh perjuangkan apa yang Tunku Aziz gagal perjuangkan dalam DAP, iaitu usaha membawa lebih ramai suara Melayu ke dalam parti yang dakwa diri sebagai parti pelbagai bangsa.

Jangan lupa, ibunya ahli (atau bekas ahli?) UMNO dan Perkasa. Mana mungkin dibuang bangsa sendiri.

Syabas Dyana! Jangan lupakan bangsamu! Kita perlu masukkan lebih ramai orang Melayu dalam DAP!

A KADIR JASIN said...

Sdr Zed-85, antara lain, berkata: "Maaf saya beri contoh mengkritik pemimpin bercuti di luar negeri.

Terlupa Dato' berada di Germany."

Tak apa. Saya tak rasa apa-apa.

Pertama saya bukan pemimpin. Kedua saya guna duit sendiri dan anak-menantu belanja. Ketiga bukan cuti, tapi melawat anak-anak, menantu dan cucu.

Kalau tak kenara anak-anak, cucu dan menantu, rasa-rasa tak terdaya lagi di segi kewangan, fizikal dan emosi. Sini tak ada teh tarik dan rotiu canai!

Terima kasih.

Nur Aleeya said...

Tuan

Apa kaitannya melayu- melayu didalam PAS dan PKR dalam isu UMNO dituduh celaka oleh ADUN DAP dari Pulau Pinang.

UMNO menuduh parti-parti lawan termasuk PAS dan PKR dengan pelbagai tuduhkan yang jauh lebih terok dari ini. Tan Sri Muhyiddin menuduh PAS PARTI SESAT. Ini satu tuduhan yang berat. Ada PAS naik sasau dan memnta tolong kepada semua orang melayu dalam PKR dan UMNO. PAS hadapi sendirian.

Ceritanya senang je. Jika kita boleh tuduh orang macam-macam, kita juga bersediauntuk menerima apabila orang menuduh kita macam-macam. Kalau kita tak boleh terima, jangan gatai-gatai mulut naktuduh orang dengan macam-macam tuduhan yang kita tak suka kita dituduh.

Apa sangatlah tuduhan " UMNO CELAKA" berbanding dengan tuduhan Muhyidin " PAS PARTI SESAT".

Btw, orang melayu didalam UMNO adalah kelompok majoriti di dalam UMNO. Di dalam Umno hari ini terdapat kaum-kaum lain juga: mamak ( kaum India berugama Islam berdasarkan gene biologi dan DNA), Bumiputra bukan melayu dan bukan Islam di Sabah, pati-pati dari Filipina yqng diberi kerakyatan dibawah projek IC di Sabah( mengikut saksi dalam RCI baru-baru ini), orqng-orang siam di Kedah,mat-mat Indon dan pelbagai warga asing yang mendapat. IC biru melalui pelbagai cara .


Melayu UMNO bukan majoriti orang melayu. 15.5 juta orang melayu tidak menjadi ahli UMNO. Melayu UMNO secara umumnya adalah golongan melayu minoriti. Jumlah ini semakin mengecil apabila golongan tua semakin kurang dwn golongan muda semakin meningkat.

azman said...

Assalamualaikum wbt pak Kadir..

Kepada kita yang suka menyanjung kelebihan orang, akan selalunya merasakan diri sendiri tak ada apa apa,& akan selalu merasakan diri ini tak berupaya.

Tidakah ada nama nama baru dalam UMNO dan parti komponennya yang lebih cerdik dan muda dari Dyana?.
Dyana adalah 1 dalam berjuta, yang untuk dijadikan alat kosmetik mereka yang ketandusan pelapis, & perlu diuar uarkan kepada khalayak, hanya untuk mencapai maksud yang tersirat saja bukanya yang tersurat...

Pak Kadir selalu termakan umpan yang jelas berpihak, kenapa ye?
Jika saya salah tingkah harap dimaaf jua.

Tak dapat tiada penulis harus memilih antara banyaknya kebaikkan dari tulisannya untuk masyarakatnya atau banyaknya hasil tuaian dari hasil tulisannya..wallahualam.

azman said...

Assalamualaikum wbt pak Kadir.

Ramai yang perlu dinilai kebolehan mereka dalam UMNO, itu yang sebabkan yang tak mampu bersaing merasa UMNO tak mesra orang muda,bak kata pepatah Ingeris"when going get tough, tough get going" itu yang muncul dalam UMNO, dia telah diuji oleh masa & keadaan, hanya mereka, yang akan bertahan..

Orked said...

Salam Datuk dan pembaca.

Dyana ini contoh anak Melayu yg merdeka jiwa dan minda. Generasi muda yg berpelajaran serta berpendirian spt ini mampu berfikir dan yakin mereka adalah agen perubahan. Bukan setakat tunggu dan lihat, berpeluk tubuh di dlm `comfort zone' masing2.

UmnoBN perlu sensitif dgn tahap kematangan dan kebijaksanaan rakyat skrg. Rakyat tidak lg bodoh dan pak turut spt dulu. Kami membaca, ramai yg sudah ke luar negara dan melihat sendiri kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat di negara lain.

Kami boleh menerima berita dua hala menerusi internet dan mencerna fakta. Dunia hari ini tidak sama lagi spt dulu.

Bertandinglah dgn menawarkan idea2 yg bernas dan dasar2 parti yg bagus utk rakyat fikir dan pilih. Hapuskan kempen politik kuno ala samseng,menyerang peribadi dan memfitnah pihak lawan.

Sejak bermulanya kempen di Teluk Intan, yg paling teruk menyerang Dyana adalah Melayu Umno, bukannya dr Gerakan atau MCA. Pelik sungguh org kita nih..

Berhentilah menyajikan cerita seram Umno turun temurun~ hantu cina, hak Melayu, raja Melayu. Mengapi-apikan sentimen perkauman/agama supaya Melayu kekal bodoh dan takut dgn bayang2 sendiri. Supaya Melayu tak mampu berdikari dan bergantung sepenuhnya dgn bantuan kerajaan.

DEB sbg dasar untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat Melayu juga gagal di bawah Umno bkn kerana bangsa lain.

UITM itu dibina hasil dari duit cukai rakyat bukannya duit pemimpin2 Umno. Gaji pemimpin dan pak menteri pun dibayar oleh rakyat. Mrk bekerja utk kita bkn sebaliknya. Org2 Melayu di kampung sewajarnya diberi penjelasan yg betul.

Sudah tiba masanya kekayaan dan khazanah negara diurus dengan adil dan bijaksana.

Pilihlah kerajaan yg amanah, telus dan berdaya saing dlm mentadbir negeri @ good governance.

Akhir sekali, pemimpin2 UmnoBN wajib sedar, negara ini adalah kurniaan Allah dan milik rakyat jelata, bukan hak milik mak bapak mereka.

Terima kasih.

Yangretibase said...

Assalamualaikum DAKJ dan semua,

Mengapa Lahuma marah sangat apabila DAP melabelkan UMNO sebagai 'celaka'? Apalah sangat 'celaka' itu berbanding dengan label yang Allah SWT sendiri berikan kepada manusia seperti orang UMNO?

Lagipun, apalah sangat implikasinya kepada UMNO sekiranya hanya orang kafir yang mengutuk UMNO itu? Tak menjadi kudis gatal pun! Namun, sekiranya Allah SWT yang mengutuk mana-mana manusia, maka implikasinya adalah bahawa manusia itu sah akan ke neraka jahanam!

Tidakkah Lahuma tahu bahawa pengertian daripada maksud QS: al-Maidah: 44, 45 dan 47 menunjukkan yang pemimpin UMNO (dan penyokong totok UMNO) semuanya sama ada kafir (44), zalim (45) atau paling minimum pun, fasiq (47).

Tolong ingat bahawa tempat kembali orang fasiq ialah neraka.

Saya minta Lahuma perhatikan juga Ayat 2 dan 3 daripada Surah Ibrahim. Saya yakin, kalau semua pemimpin dan penyokong tegar UMNO ada memiliki iman yang kental, pasti UMNO berkubur dalam sekelip mata!

Wassalam. Maafkan saya, wahai Lahuma. Saya ikhlas.

awang batuburok said...

Salam sejahtera dan selamat bermusafir Dato,

Setelah meneliti perkembangan PRK Teluk Intan saya sangat hairan kenapa ahli UMNO-Perkasa menjadi begitu sasau dan hilang pertimbangan dlm kempen memburok-burokkan calun DAP, gadis Melayu Dyana Yusof ...apakah kerana menjadi calun DAP maka Dyana sudah hilang kemelayuan dan keislaman beliau?
Terimakasih juga kpd pengulas yg memberi peringatan bahawa ahliahli UMNO-PERKASA perlu ingat bahawa negara, Malaysia ini bukan bapak mereka yg punya....rakyat berhak memilih halatuju negara ini supaya tidak terus menerus dirosakkan oleh Umno Baru - Perkasa dgn politik penipuan perkauman mereka....

msh said...

Salam Dato.

Memang benar....ini merupakan suatu fenomena apabila seorg wanita muda berbangsa Melayu diletakan sebagai calun oleh parti chauvinis Cina...Dap.

Segala tohmahan atau kutukan peribadi oleh puak Umno......menguatkan lagi persepsi dan pandangan bahawa Parti Umno telah hilang arah tuju...dan mungkin tidak lagi relevan pd Gen Y saoertu Dyana.

Sebenarnya....ketua2 Umno yg juga merangkap Pemimpin Negara.....WAJIB MEMBUAT POST-MORTEM....
....kerana ini baru permulaan sahaja....dan sy tidak terperanjat bahawa ramai lagi org Melayu yg akan mengikut jejak langkah Dyana.dimasa hadapan kelak.

Jika Anwar...Sabu...Hadi...Rafizi...Samad Said...Mohd Taib.....dan ramai lagi org Melayu yg kuat menghentam dan mengutuk apa saja Umno....dan baru2 ini yg bukan Melayu dari Dap mcm Rayer terus....MENCELAKAKAN UMNO...kenapa kita mesti marah sngat pd hamba Allah bernama Dyana ini?

Sy pun kecewa pd Dyana...malah sy lebih kecewa terhadap ketua2 Melayu yg mewakili parti Pembangkang atau mana2 Ngo yg ramai dari bekas ahli Umno....yg saban hari dan waktu asyik menghentam apa saja yg kerajaan lakukan.

Sy bertanya...adakah kerana kerajaan ini dipimpin oleh org Melayu.....maka semua yg dilakukan adalah tidak betul?

Atau....memang org Melayu sudah tiada lagi berkebolehan memerintah?....
...hingga ramai Melayu yg hilang kerpecayaan perlu berganding bahu dgn Parti bukan Melayu untuk menjatuhkannya?

Tetapi disebabkan Politik...perkara2 yg ajaib...pelik dan mustahil...kerap terjadi.....
Tetapi .sy masih percaya dan perpandangan bahawa....org Melayu memang berkebolehan dan juga berwibawa didlm Permerintahan....cuma yg menjadi masaalahnya.....ialah apabila berlakunya PENYALAH GUNAAN KUASA DAN RASUAH YG TERLAMPAU2 OLEH SEGELINTIR DARI PEMIMPIN2 MELAYU YG MENJAHANAM NEGARA DAN MEMBURUKAN NAMA MELAYU.

Siapakah Peminpin Melayu yg memimpin Negara ini jika tidak dari Umno?

Sy pernah menulis dlm blog ini..dulu..apabila sy mecatat senarai nama 20 org Ketua Melayu dari Umno yg mana 70% adalah Menteri dan Timb Menteri...dan bertanya ramai sahabat2 sy dan ada yg bekas ahli politik dan Menteri.....apa yg sy dapat......CUMA 50% saja yg boleh diharap dan dipercayai mampu menjalankan tanggung jawab dgn amanah...jujur dan berkesan....selebihnya....hampeh belaka.

Ini kira cukup teruk....cuma 50% saja yg dikira ok....Tanya Najib...dia lagi tahu.

Pokoknya segala apa jawapan tentang episod Dyana ini tetap berpunca dari Umno.... dia sekarang seorg ahli politik....kenapa Dap pula yg dipilih?

Banyak pengajaran yg boleh kita rumuskan...dari episod ini;

1.Org Melayu memang 'unpredictable'...rambut sana hitam tapi hati lain2.......dan mungkin juga menjadi begitu 'predictable'..pd yg yg bukan Melayu bilamana membuat atau mengatur strategi untuk mereka berpolitik menentang Melayu.

2.Dap...tetap konsisten dgn ideologi perjuangan mereka dan bijak dlm mengatur apa2 strategi....hingga berjaya membuat persepsi yg 'solid'...bahawa org Melayu tidak layak Memimpin Negara....org Melayu tidak adil..org Cina dan India ditindas dsb.
Konsep 'thinking out of the box'...diamalkan.....bukan cakap2 saja.

3. UMNO WAJAR MALU....MEREKA2 YG BERKUDIS BUTA......BERPANAU...YG MENJADI SAMPEL KEBURUKAN UMNO SAPERTI yg dikatakan pembahas diatas perlu lah berundur dgn hormat.

4.PEMIMPIN UMNO MESTI BERUBAH..

5..GEN Y...terutama dari org Melayu perlu memahami salasilah Perjuangan Melayu dari zaman sebelum Merdeka hingga kesaat ini.....dan tidak mudah di
Pengaruhi oleh mana2 Parti untuk menentang Melayu....tetapi tidak juga menerima secara membabi buta dgn apa saja yg dilontar oleh ketua Parti....saperti yg terjadi pd Puteri Umno.

Sy juga setuju bila Shahril berkata..."Dyana perlu faham dgn perjuangan Malaysian Malaysia dan apa saja yg Dap cuba lakukan"....dan banyak kewajaran tentang apa juga Tun M katakan...'Dyana cuma sebagai Window Dressing' sahaja.

6.Ini juga ada kena mengena dgn Persoalan...Jati diri.
Antara Melayu dan bukan Melayu.....faham sajalah.


Terima kasih Dato.





gondangmas said...

Salam Datuk Kadir,

Dyana Sofea,satu nama yang saya suka.Bila tengok gambarnya,saya terus berkata memang padan.

Saya kagum Dr M,cuma komennya kepada Dyana yang saya tak berapa suka.

Dyana seorang lulusan undang undang,kerja setiausaha kepada LKS.Saya kagum pencapaian Dyana setakat ini.Beliau bukan budak hingusan.Jika dia jadi seteru,lawan ikut cara orang berlawan.Jikka membodohkan orang lain,bermakna kita pandai tapi tak boleh diikut orang.Ini bermaksud bahawa kitalah yang bodoo.

Uitm kena tengok apa kerja buat yang tak betul selama ini.Umno kena akui bahawa tak semua ahlinya ikut dan mengangguk sahaja.Apa lagi sekarang ini pemimpin Umno nampak seperti tak berapa berguna kepada bangsa melayu,berguna hanya kepada keluarga dan kroni sahaja.

Muhasabahlah,jangan asyik membodohkan orang lain wahai ketua dan orang orang kuat Umno.Kepada Datuk Najib,sila cermin diri dan beri laluan kepada orang lain pula.

Semut Api said...

awang batu buruk,

Siapa pulak kata negara ini bapak UMNO dan Perkasa punya.Batu buruk yang indah itu pun untuk semua rakyat T'ganu tahu.Majoriti rakyat T'ganu pilih UMNO.Apa salah kah ?.
GE14 mungkin bertukar.Masih benci pada kerajaan ?.Hormat sedikit keputasang rakyat dan ketetapang Allah.Ada fahang ?.

Mu gedebeh..berehh...

azman said...

Assalamualaikum wbt pak Kadir..

Yang tak reti bahasa,

Sungguh pun komen kamu ditujukan kpd sdr.Lahuma, tetapi saya merasakan ia kamu tujuksn kpd semua pembaca, oleh itu saya ingin mengingatkan bahawa kamu terlalu tidak bersopan& tidsk merujuk kepada situasi semasa bila menulis pendapat kamu.
Kenapa begitu?kerana kamu menulis dslam keadaan emosi yg terlalu,tanpa melihat kejumudan kedua belah pihak.
Perlukah saya menuliskan disini bahawa pemimpin parti yg kamu agungkan itu tidak lebih baik dari pemimpin parti yg kamu labelkan tergolong dalam golongsn ahli neraka.
Janganlah kita termakan hasutan syaitan yg sememangnya brrusaha sahingga kiamat kelak untuk memecah belahkan manudia agar mengikut seperti dia..iaitulah dilaknat Allah..
Saya tak mahu jadiksn blog pak Kadir ini sebagi medan untuk bertelagah.
*untuk kamu ingati,bahawa pemimpin kamu pernah mengatakan Allah bersemayam diatas arash..betul ke?...
& itu juga boleh menjerumuskan ia kedalam neraka jahanam..

Yangretibase said...

Assalamualaikum DAKJ dan semua,

Sasaukah kamu, wahai azman? Mengapa mencari dosa tak tentu fasal? Saya hanya tolong menyampaikan Ayat-Ayat al-Quran demi kemaslahatan bersama. Yang kamu melalut-lalut tu apa kena? Kena rasukkah?

Sesungguhnya komen balas kamu tidak relevan langsung. Mengapa sampai mendidih nafsu amarah kamu? Cubalah belajar menjadi manusia beriman yang bertaqwa murni kepada Allah SWT.

Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

awang batuburok said...

DUN Batu Burok UMNO-BN kalah dah banyak penggal Bro...Melayu Mudah Lupa.

UMNO-BN memerintah Msia dgn majoriti 47% undi dan PR Minoriti 52%...tahniah bijak matematik.

Batu Giling said...

Awang,

DSAI ketua PR awak tu bilang Malaysia menang melawan Jepun pada final atas dasar mata terbanyak dari Jepun.Tapi perkiraan perlawanan bukan begitu.Japan masih menang dan BN juga menang.Sour grape lah awak ni.Pwrgi main jauh..

Kampong man said...

1.She does has a pretty face this Dyana. Coincidently, the father was my hostel mate in school STAR, Ipoh long years ago.A good and a quiet friend.The mother ,Yammy, has thicker chinese blood than Malay blood because she is an anak angkat Cina.She is an UMNO member just like Aspan very much a Ku Li and the defunct Semangat 46 follower where perjuangan party is more for UMNO lama. Dyana was brought into DAP by Aspan along wth Ariff Sakmongkol the DAP Raub MP just about Jan 2012 in time for PRU 13 and a secretary to LKS. Unfortunately, veteran Aspan was not even nominated as a candidate last election.No thanks to Anthony Loke.

2.To me young and naive Dyana is a potential , a crap instant mee and a BONEKA for DAP as Tun has righfully said more to blind the eyes and to strategically secure votes from malay voters to prove the world that DAP practises MULTIRACIALISM when in actual fact it is NOT or at least not yet.DAP is more of a chauvanistic and extremeist chinese party unlike the more moderate MCA and Gerakan, period.

3.Having said all these she remains the favourite to win by virtue of the voters urban mix of Chinese (41%) , Malay (39%) and Indians (19% ) and that most chinese voters will be behind DAP as usual. In the last PRU more than 90% chinese were behind DAP dumping MCA /Gerakan/BN.This will not change drastically much according to my Kampung bomoh.Look at Bukit Gelugor so much is going in favour for DAP.Teluk Intan is no different.

4.Mah can pull a surprise though because he is a local Telok Intan lad.But he was beaten twice there.Depending how the Malay voters view Dyana/DAP because she, in line with party struggle and policy, will not support hudud and further she too is fighting for UITM be open to the nons.Both are very sensitive issues close to muslim Malays heart. Ungrateful Dyana who did law at UITM now is fighting hard for Malaysuan Malaysia and kesamarataan.Malaysia boleh maa..

4.Amazing , UMNO is not contesting but it got bashed all around here, poor Najib has to go ?. Thought he was given the full mandate , no ?.

Welcome to Malaysian politic from the ambitios loose coalition PR asalkan ABU !. UMNO has to buka mata who it should actually help.Kera di hutan disusui sampai hampir muntah anak di rumah mati kelaparan !!..Best of luck to worthy winner. but UITM ada lah hak bumiputra.Maaf sekira terkasar.Cheers folks. Wassallam.


azman said...

Assalamualaikum wbt pak Kadir.

Yang tk reti basa,

Adab dalam berinteraksi sesame insan,dalam apa jua hal haruslah ada perasaan hormat & tolak ansur,itulah dia yang dilakukan oleh para ulamak terdahulu, mereka berselisih pendapat tapi mereka menghormati pendapat itu sebagai hak.

Kamu sentiasa mengungkapkan perkataan "Ikhlas" faham kah kamu maksudnya yang sebenar?,jangan mudah mengungkapnya sahaja tapi pelaksanaan nya tiada "Zero".

Manusia yang ikhlas adalah manusia yang paling tinggi taraf & kedudukan disisi Allah.
Adakah kamu layak untuk mendabik dada yg kamu ikhlas?.
Kamu tidak ubahnya seperti seekor burung yang boleh berkata kata, tapi tidak memahami apa yang diperkatakan.

Saya begitu kecewa bila kamu menghukum orang UMNO adalah golongan ahli neraka.Siapa kamu? yang sewenangnya bercakap begitu?.

Kamu terlalu angkuh dan sombong, sifat itu terdapat dalam sifat syaitan yang Allah laknat, saya berdoa kehadrat Allah SWT agar tidak murka terhadap kamu..wallhualam..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).