Monday, May 12, 2014

Rang Undang-Undang Hudud Uji Keikhlasan Umno dan PAS


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

ADA pembahas bertanya pendapat saya mengenai perbahasan Hudud yang sedang berjalan sekarang. Sejak hal ini dibangkitkan berdekad-dekad lalu, saya telah banyak kali mengulas mengenainya.

Isu pokoknya sama. Hudud dan Qisas adalah asas kanun  jenayah Islam. Itulah kefahaman umum mengenainya. Daripada sudut politik ia adalah antara perjuangan pokok Parti Islam se Malaysia (PAS). PAS juga mengidamkan penubuhan negara Islam.

Namun ada beberapa perbezaan dalam pusingan terbaru perbahasan isu ini. Antaranya:-

1. Ia adalah tindak balas langsung kepada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 dan perkembangan-perkembangan yang berkaitan dengannya.

2. Semua parti politik nasional yang dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mengalami kejutan besar dalam PRU 5 Mei tahun lalu akibat isu-isu agama dan kaum yang dimainkan.

3. Kepemimpinan politik hilang kawalan ke atas isu-isu berkenaan, termasuk yang mereka sendiri ketengahkan, akibat kebanjiran media dan penyertaan cergas badan-badan bukan kerajaan (NGO).

4. Umno terkejut besar, marah dan kecewa apabila BN ditolak oleh pengundi bukan Melayu, khususnya Cina, yang diberikan dan dijanjikan pelbagai habuan dan peruntukan. Akhirnya orang Melayu luar bandar yang menyelamatkan Umno dan BN daripada dihanyutkan oleh tsunami Cina. Parti-parti Cina dan India BN ditolak oleh kaum mereka sendiri. Kalau tidak kerana Melayu kampung dan anak negeri Sarawak dan Sabah, BN telah kecundang.

5. PAS pula telah mula menyedari bahawa persekongkolan dengan DAP dan PKR telah membawa padah kepadanya. Ia terpaksa menyampingkan agenda-agenda Islamnya demi mendapatkan penerimaan DAP dan PKR, tetapi keputusan PRU 2013 tidak memihak kepadanya. PAS muncul sebagai parti paling lemah dalam PR di segi bilangan kerusi Parlimen.

6. Jadi PAS terpaksa memikirkan semula pendiriannya mengenai Hudud. Pelaksanaan Hudud di Kelantan adalah agenda yang boleh menyegarkan semula parti itu tanpa bergantung kepada DAP dan PKR. Kelantan telah pun meluluskan Rang Undang-Undang Hudud dan sudah pun mewartakannya. Cuma ia tidak boleh dilaksanakan kerana bercanggah – ultra vires - dengan Perlembagaan Persekutuan.

7. Sebelum ini, pendirian Umno menjadi penghalang kepada pelaksanaan enakmen itu. Tetapi selepas PRU 2013 dan akibat apa yang dilihat sebagai cabaran terhadap kedudukan istimewa agama Islam, khususnya tuntutan aktivis Kristian untuk menggunakan kalimah Allah, pendirian Umno mengenai Hudud dan terhadap PAS menjadi bertambah lembut.


NGO Melayu/Islam Cabar Kuasa Umno dan PAS
8. Umno dan PAS turut menghadapi cabaran yang semakin kuat daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu/Islam yang mempertikaikan komitmen kedua-dua buah parti Melayu/Islam itu terdapat hal-hal berkaitan agama dan bangsa. Badan-badan bukan kerajaan ini boleh melemahkan keyakinan dan sokongan orang Melayu terhadap Unmo dan PAS.

9. Kita tunggu dan lihat sama ada Umno akan benar-benar menyokong pelaksanaan Hudud di Kelantan dengan tidak menghalang cadangan Pas membentangkan rang undang-undang bukan kerajaan (private member’s bill) di Parlimen dan seterusnya mengundi menyokong rang undang-undang itu.

10. Perdana Menteri dan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan berkata Umno akan mendengar penerangan PAS tetapi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohammed, pula berkata Ahli Parlimen Umno dari Kelantan akan menyokong rang undang-undang itu.

11. PAS perlu bersedia menjawab hujah Ahli Parlimen, khususnya yang bukan Islam, dengan memastikan semua isu teknikal (seperti siapa akan kerat tangan si pencuri) diatasi kerana inilah modal penentang Hudud dan Qisas.

12. Akhir sekali, isu ini menguji sama ada Umno dan PAS boleh berfikir dan bertindak di luar kerangka politik kepartian dan sebaliknya mengutamakan kepentingan agama dan bangsa yang mereka wakili. Wallahuaklam.

13 comments:

Loyar Buruk said...

Wonder why Pas President Hadi Awang took so long to react to Jamil Khir Baharom's proffer in setting up technical committee to study Hudud bills. Is this some kind of attempt to buy time? Whatever it is just make sure the bills are pitch perfect by the time they arrive in Parliament.
As for me, Pas Hudud bills already failed miserably from the beginning when they say it is only applicable to Muslims. There are not even precedents being put forth by them in which such laws(two rulings for the same offense) even practiced in other Muslim majority countries around the world.
The bills also failed rigorous tests to achieve its overall objective, above all, in bigger scheme of things as the laws only giving heavy penalties to Muslim criminals and there is no guarantee people at large will be safe and secure if the crimes are committed by non-Muslims. So the objective to ensure peace and harmony encompassing every sphere and corner of the society will not be achieved.

kiasfansuri said...

apa yang saya faham hudud ialah isu politik kerana pas ialah parti politik. setelah sekian lama parti pas dibuli oleh pkr dan dap, isu hudud ini ialah suatu cara untuk menarik keluar pas dari pakatan rakyat. dan untuk memulakan kerjasama dengan umno. untuk keluar begitu sahaja adalah sukar kerana pas kini dikuasai oleh golongan anwarinas dan golongan ulama disingkirkan inilah satu cara pas niatnya untuk kebaikan melayu dan islam. adakah salah tindakan itu? Apakah masalah saudara dengan umno sedangkan saudara dulu adalah bekas ketua pengarang straits times? Cubalah beristighfar sama dan fikirkan tentang melayu dan islam.

azhar said...

salam DAKJ

Rang undang undang hudud ini telah memperlihatkan kepada kita belang dan rupa diri parti parti tertentu dan kaum kaum tertentu serta individu-individu tertentu terhadap islam dan orang melayu.

megenali musuh/penentang islam yang sebenar diantara kita dalah satu maklumat baik/penting.

terlalu malang rasanya apabila sesorang muslim yang ingin mengamalkan agamanya dengan sebaik dan sesempurna nya di kehidupan bernegara halang.

golongan majoriti yang mencorakan sistem perundangan didalam sesabuah negara/negeri adalah normal.

undang -undang boleh ujud disebabkan keadaan,budaya dan agama dan mungkin lain lain sebab.

undang -undang juga adakalanya tidak ditulis tapi diamalkan.
tidak dikuatkuasakan tapi diikuti.

harapan saya hudud dapat dilaksanakan dan dan ia perlu dilaksanakan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama didalam sesabuah negara/negeri.
bagi yang bukan beragama islam ia perlu menerima hakikat bahawa itu adalah undang negeri itu dan ia perlu ikut undang negeri itu jika ia tinggal dinegeri/negara itu.

undang-undang yang berbeza antara rakyat untuk satu kesalahan yang sama mengundang kezaliman.


Zed-85 said...

Dato’

Sebenarnya terdapat banyak forum yang boleh dilihat dalam internet yang baik ditaja oleh berbagai pihak untuk memberi penerangan kepada ramai berkenaan hudud.

Perbincangan dibuat di sudut politik, agama, dan perlembagaan.

Ramai yang tidak faham mengenai perlembagaan yang ada digunapakai di Malaysia.

Sebelum Tanah Melayu menggunakan perlembagaan. Pentadbiran yang digunakan adalah sistem feudal beraja.

Sistem ini sangat zalim dan kejam. Apabila pesalah dikenakan hukuman bunuh, hukuman bukan sahaja kepada pesalah tetapi kepada kesemua anggota keluarga. Tun Mutahir, bendahara Melaka selepas Tun Perak dihukum bunuh bersama dengan kesemua anggota (kecuali Tun Fatimah yang mana Sultan berhajat untuk mengahwininya). Setelah dihukum barulah disedari sultan bahawa Bendahara tidak bersalah.

Di Johor, isteri Laksaman Bentan telah dihukum bunuh kerana mengidam dan memakan nangka dari istana.

Setelah merdeka, sistem negara berpelembagaan diguna di Malaysia. Perlembagaan dari British adalah 1000 kali ganda lebih baik dari sistem feudal. Perlembagaan memberikan hak kepada orang melayu untuk memilih pemerintah dan menentukan masadepan rakyat dan juga hak bersuara.

Di dalam sistem perlembagaan yang sedia ada, mengikut artikel 8, menyebut antaranya,

“(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.”

Oleh itu adalah bercanggah disisi perlembagaan hukuman yang berlainan untuk rakyat.

Contohnya, sekiranya sekumpulan perompak 1Malaysia dalam kereta merompak bank.(Orang Melayu, cina dan india). Tidak dibenarkan dalam perlembagaan untuk hukuman yang berbeza, iaitu orang melayu dikenakan potong tangan manakala orang cina dan india dijel dua bulan).

Langkah PAS untuk menangguhkan bil hukuman Hudud adalah baik kerana MCA dari BN sudah sediakan 100 orang peguam yang handal untuk membawa ke mahkaman dan disebabkan tindakan yang bakal dilakukan MCA, Perkasa yang dibiayai oleh UMNO dan Isma pada pandangan saya juga bersedia untuk menjadi batu-api dan menghuru-harakan keadaan.

Penangmari said...

Salam Dato',
Isu Hudud maupun perkataan 'Hudud' itu sendiri telah menjadi 'phobia' kepada orangramai.
Ini adalah kerana,setiap kali hudud disebut ianya akan menyelinap hormon'adrenaline' kalangan bukan-Islam. Hormon 'adrenaline' akan menyebabkan manusia berada di dalam keadaan sensasi yg ekstrim buat seketika. Sejurus, ianya boleh mendorong mereka terus mengiakan hudud sebagai satu hukum ekstrim dan amalan kuno (draconian).Dan di dalam kotak fikiran mereka telah pun digambarkan tentang tingkahlaku kepimpinan dan umat Islam yang begitu agresif dewasa ini.Hatta, terdapat pula di sini segelintir umat Islam sendiri yg melahirkan rasa kurang yakin dengan pelaksanaan hudud itu oleh segelintir yg lain.

Pada fikiran saya, hudud telah terperangkap atau diperangkapkan sebelum dilaksanakan.Ini berlaku kerana pihak-pihak yg diberi tanggungjawab dalam hal agama terpaksa merelakan atau membiarkan ianya di'hijack'oleh pihak-pihak yg lain. Seorang profesor kanan dari Universiti Malaya pernah berkata bahawa Islam di negara ini boleh hancur sekiranya dibiarkan sebegitu rupa.
Sebenarnya, halangan terhadap hudud bukanlah oleh kalangan bukan-Islam tetapi adalah di kalangan umat Islam itu sendiri, terutama sekali diperingkat kepimpinan.Sesungguhnya, hudud akan subur sekiranya kepimpinan dan umat bersepakat,ikhlas dan berbaik-sangka. Hudud adalah garisan sempadan yg amat lebar untuk manusia. Terima kasih.

wankamarul701 said...


Tq Dakj. Rasanya susah Umno dan Pas bertindak mengutamakan agama dan bangsa melebihi parti masing-masing kerana masing-masing ingin menjaga sokongan parti politik masing-masing.

Dapat dilihat bahawa isu hudud pada kali ini memberi kelebihan kepada Umno kerana Umno ingin membantu Pas. Sedangkan Pas terperangkap dengan Dap dan PKR.

Dok Perati said...

Tok Kadir, Dok perati isu Hudud pusingan kali ni buat semua orang kacau. Punya kalau, MCA merajok tak mau lawan DAP di Bkt Gelugor. Kalau tanding pun, gerenti kalah.

Jadi tak mau lawan DAP kunun pasai Umno tak mau buat kenyataan tolak Hudud bulat2.

Yang pelek, Najib pun ikut dengar cakap MCA yang dah bankrup. Cina pun dah tak mau MCA, tapi Najib dan mahyuddin terhegeh-hegeh pujuk MCA. Tengok la apa yang jadi dalam PRK Dun Kajang. Cina dan India menang tak sokong. Melayu pun ramai tak keluar mengundi.

Jadi nampak2 Umno tak buleh harap lagi kepada MCA, tapi Najib ni kalu dengan Cina dia lemah. Dengan Cina lemah macam MCA pun dia lemah juga.

Kalau MCA, Gerakan dan MIC anak jantan dan setia kepada BN, mereka wajib lawan DAP di Bkt Gelugor.

Awat Umno P Pinang tak masuk lawan DAP kalau MCA, Gerakan dan MIC tak berani? Ni la masa pasai Umno PP selalu tuntut nak bertanding di belah pulau. Adakah Umno PP takut Melayu Bkt Gelugor pun tak sokong UMno-BN?

Kalau macam ni, serah saja la Penang kpd PR selama-lamanya. Tak ada BN pun PP maju juga. Kerajaan pusat pun tulung PP bawa masuk modal tempatan dan asing. Cina PP dan rugi MCA perentak ka, Gerakan ka atau DAP. Jadi pasai apa MCA nak sebok2. Salam

Lahuma said...

Dato.

Sah lah yang Pas sedang sandiwara wayang tongkoi.
Dia ada kaitan Pilihanraya Kcil Bt Glogor dan Telok Intan.
Permintaan Dap telah di tunaikan agar undi Cina tidak lari.Manakala undi penyokong Pas juga tidak susut.
Dap mahu majorotinya tidak susut walaupun mereka menang.

UMNO pula tersentak juga bila Pas tangguh .

Itulah kekauatan parti Melayu sama ada UMNO atau Pas hebatnya macam kerak nasi sahaja.

Indahnya Pas /UMNO macam roti bneggali bila kena kopi o panas.

Apa lagi modal Pas.Nak tegak Neara Islam.Retorik sahaja.

PKR yang dipimpin Anwar Ibrahim sudah pasti jauh dari semanggang.PKR adalah parti rojak dan majmuk.

Soal keikhlasan Pas dan UMNO tak adalah.Semua demi undi dan politik.

Sudah terang lagi bersuluh Pas tidak serious bila pintu gawang terbuka luas.Alasan seribu alasan.

Sekali pandang Pas cuba mahu pekena UMNO.Begitu juga UMNO pun mahu pekena Pas dalam isu Hudud ini.

Dua-dua parti UMNO/Pas pekena orang Melayu.
PKR pekena Pas pula.

Yang rugi dan sentaiasa dalam kerugian ialah orang Melayu yang selalu jadi mangsa pekena pemimpin melayu sendiri.

Saya ramalkan isu hudud ini tak kemana mana.

Terima kasih Dato.

maae said...

Salam Datuk,

1.Hukum Hudud boleh menjadi penghubung terbaik Umno dan Pas. Dari segi dasar nya kedua-dua parti ingin memertabatkan Islam dalam perspektif masing-masing. Berbeza dari segi cara tetapi apa yang kita mahu memperolehi hasil yang sama dengan hubungan rapat saf Islam. Politik dan perbezaan luaran tidak mengapa

2. Jawatankuasa teknikal hudud yang di cadangkan Umno boleh sahaja di ketemukan dengan Jawatankuasa teknikal pihak Pas. Jawatan kuasa perlu wujud dari pihak masing-masing. Biar perkara dapat di sekesaikan cara terperinci. Makan masa tidak mengapa, paling penting pertemuan dan bermuzakarah secara ilmiah. Tiada politik kecuali lah kedua-dua nya bersikap talam dua muka memperlekehkan antara satu yang lain yang sering terjadi. Ayam dan Itik.

3. Menyempurnakan hukum hudud banyak cabaran dan tentangan nya. Apa yang hendak di pastikan, kita sebagai Islam Malaysia wajib menyambut seruan Allah SWT. Setelah berusaha, semua yang bakal berlaku hanya di atas Izin Nya. Cuma apabila kita menolak hudud, sama lah kita dengan kafirun musuh Allah. Manusia yang berkepelbagaian kehendak akan mengikut hawa nafsu nya semata-mata umpama syaitan yang di jelmakan.

Betul lah Datuk. Kita lihat sahaja permainan pihak atasan. Bertujuan politik atau sebalik nya. Dosa bukan kepada kita yang menyokong, tetapi kepada mereka yang terlibat dan bersandiwara akan di pertanggung-jawabkan kelak. Sekurang-kurang nya Sultan Brunei sudah mula duduk di atas platfom hudud nya. Lain nya tawakallAllah. Itu yang di tuntut.

Ada yang mencebik dan berkats 'club of doom' dan 'boko haram'. Ini lah jenis-jenis haramjadah yang mencemarkesucian dan kebenaran Islam dengan memaparkan cara kezaliman ekstrim pihak lain yang sebenar nya amat bercanggah dan tiada dalam fisabilillah Islam. Apa yang mereka lakukan adalah kezaliman 'survival' semata-mata melalui adat dan budaya bangsa mereka, secara kebetulan asal nya penganut Islam.

Bangsa Melayu tidak begitu. Kekerasan dan paksaan bukan amalan. Melayu berpegang kapada konsep Sunnah Wal Jamaah. Bulat air dek pomotong, bulat kato dek muafakat. Insya Allah.

Zed-85 said...

Dato’

Brunei telah menjalankan Hukum Hudud pada 1 Mei 2014.

Rupa-rupanya Sultan Brunei dikecualikan daripada hukum hudud.

Hukum hudud hanya khas kepada rakyat sahaja.

Mengikut, perlembagaan Brunei,
84(B).(1)Kebawah duli yang maha mulia paduka seri baginda Sultan Brunei dan Yang dipertuan tidak pandai buat salah samada atas sifat peribadi atau rasmi baginda. Kebawah duli yang maha mulia paduka seri baginda Sultan Brunei dan yang dipertuan tidak boleh dibicarakan dimana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh baginda dalam masa atau selepas pemerintahan baginda samada atas sifat peribadi atau rasmi baginda.

(Sumber: Perlaksanaan Hudud di Brunei:Perbezaan antara Malaysia dan Brunei, oleh Tun Abdul Hamid Mohamad)

Perlembagaan Malaysia artikel 8 menyebut,
“(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.”

Yang mana lebih adil?

Kenyataan Dr. Asri bekas mufti Perlis sangat baik iaitu Hukum Hudud perlu dilaksanakan pada keadaaan semasa yang optimum dimana tidak ada berlakunya masalah ketidakadilan dalam masyarakat.

Situasi keadaan di negara kini dengan gejala rasuah yang begitu tinggi menunjukkan terdapatnya berat sebelah dalam pengadilan.

Ini menimbulkan soalan sepertimana di Brunei dan di Arab Saudi iaitu adakah ada golongan yang diatas bebas dari hudud?

Pembahagian zakat pun sekarang menjadi cacamarba, ditambahkan pula keadaan ekonomi orang melayu yang mengikut statistic kadar hutang jauh meningkat terlampau tinggi. Mengenakan hukum hudud ketika ini tidak mencapai tujuan asalnya.

Saya juga amat setuju dengan forum semasa yang ada baru-baru ini supaya Hukum Hudud harus dilaksanakan dahulu tempoh percubaan (pilot run) untuk pihak berkuasa, ahli parlimen, menteri kabinet, kerabat-kerabat, Yang Berhormat dan juga VVIP termasuk juga pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat. Terutamanya dalam hal minuman keras, perempuan, mencuri dana rakyat dan lain-lain jenis dosa yang berkenaan.

ab said...

Salam Dato,





Saya lebih gembira jika ahli ahli ugama islam , peguam islam/ahli hukuman islam,di dalam parti UMNO,Parti PAS,didalam pentadbiran awam,didalam swasta,di universiti awam dan swasta berbincang dan mengeluarkan satu PERUNDANGAN ISLAM berdasarkan alquran dan hadith..bukan ikut sedap mulut ostad ostad segera..




Segalanya, dari konsep,sebab musabab,pentadbiran,applikasi,penyiasatan,pendakwaan,penghakiman dan hukum serta perlaksanaan dll..




ISLAM itu adil dan saksama.Tiada
penindasan dan kekejaman keatas sesiapa.




BUAT SAJA LAH...kalau elok pasti orang setuju,kalau tak betui, itu pasti bukan islam lah.




Islam tu pun dinamik lah, tenguklah dulukala macam mana `pentadbiran'nya bolih berpindah dari mekah,ke madinah,ke damsyik,ke bagdad dan ke Istanbul sehingga `pentadbiran' islam hilang punca dan luput....



Manalah tahu, negara ini dapat menggubal satu perundangan berdasarkan semua yang ada didalam alquran minus cerita cerita mulut tok nadhoq ostad ostad segera yang karut marut...


Why not?.


P/s dalam islam ada ka lokap dan jail?


Macamana hai hamba abdi?..dah merdeka ka semuanya?!


Abu Bakar Ab Rahman






ab said...
This comment has been removed by a blog administrator.
A KADIR JASIN said...

Dari sudut mana pun kita melihat isu Hudud, ia adalah rumit dan kompleks.

Pelaksanaan Hudud dan keberkesanannya satu hal. Tetapi sebelum sampai ke peringkat itu pun, kita sudah berdepan dengan pertelingkahan dan perpecahan.

Dalam PR, PAS sudah dianggap "outcast" oleh DAP dan PKR. PAS terpaksa bersandiwara dengan menangguhkan pembentangan bil bukan kerajaan mengenai Hudud kerana PRK Bukit Gelugor.

Dalam BN ia sudah mencapai tahap krisis semata-mata kerana Umno berkata ia bersedia menimbang kemungkinan menyokong rang undang-undang yang dicadangkan oleh PAS itu.

Buktinya adalah keengganan MCA mewakili BN dalam PRK Bukit Gelugor. Apa pun alasan tersurat MCA, yang tersirat ialah ia tidak senang hati dengan pendirian terbaru Umno mengenai Hudud.

Yang mengejudkan ialah Mohd Najib bersetuju dan akur dengan keputusan bacul MCA itu. Mungkin dia tidak nampak atau sengaja buat-buat tidak nampak bahawa ini adalah cara MCA tunjuk perasaan.

Keputusan Mohd Najib bersetuju dengan MCA sehingga mengaku kalah sebelum bertanding di Bkt Gelugor adalah aneh dan mengelirukan.

1. Adakah MCA begitu penting dan berkuasa dalam BN sehingga boleh memaksa Mohd Najib dan BN lari daripada tanggungjawab kepada penyokong mereka, khususnya di Bkt Gelugor?

2. Atau ia menandakan bahawa BN mengaku bahawa ia tidak ada harapan lagi untuk memang di kerusi majoriti Cina dan India?

3. Kalau begitulah, apa relevannya MCA, Gerakan dan MIC kepada BN?

4. Apakah ini pengakuan MCA bahawa walaupun ia tidak bertanding, kepentingan orang Cina di Bkt Gelugor khususnya dan Pulau Pinang amnya, tetap terjamin di bawah panji-panji DAP/PR?

5. Apakah ini strategi baru MCA iaitu menyerahkan kuasa politik kepada DAP/PR tetapi kekal dalam BN untuk memerah dan memeras dari Kerajaan BN yang dipimpin oleh Melayu dan Bumiputera?

6. Apakah Presiden Umno khususnya dan Umno amnya mendengar dan bersetuju dengan apa saja yang dikehendaki MCA, MIC dan Gerakan sedangkan mereka tidak menyumbang kepada BN pada PRU 2013 lalu?

7. Kalau MCA tidak lagi relevan kepada BN kerana telah ditolak oleh orang Cina, adakah perlu MCA terus hemoi, bermuka-muka dan kekal dalam BN?

8. Atau Mohd Najib sebagai PM dan Pengerusi BN takut kalah lagi dalam PRK maka menarik diri dari Bkt Gelugor?

Wallahuaklam. Terima kasih.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).