Saturday, November 01, 2014

Leadership Issue: The Jokowi Phenomena

A Kadir Jasin

[NO anonymous comments will be published.  Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym is accepted. Thank you]

WHILE waiting for the Federal Court to decide  on Anwar Ibrahim’s sodomy appeal, which was initially due to last two days but had since been extended to at least five, let us continue the discussion on leadership.

What will happen to Anwar next week will have an impact on the leadership of our beloved country.

The first three articles in this series were in bahasa Malaysia labelled Isu Kepemimpinan. 

Anwar and some of his lawyers facing the media

A couple of news items published by local and international newspaper as well as the online media in recent days attracted my attention.

One report in The Star, which was a reproduction of a Jakarta Post story, was headlined “Indonesian First Family shuns excessive lifestyles, won’t parade wealth”.

The other, also about President Joko Widodo aka Jokowi, it picked up from The New York Times was headlined “Jokowi in global spotlight”.

President Jokowi and PM Mohd Najib
The third was Star’s report about the wife of the Prime Minister, Rosmah Mansor, wherein she theorised that she became the target of criticism after the critics failed to get at her husband.

The Star headlined, “Rosmah: Critics can’t get at Najib, so they target me”. (Read here).

And the fourth was about the Baling BN MP and Tabung Haji Chairman, Abdul Azeez Abdul Rahim praising Rosmah’s Permata Programme, saying that it had attracted international acclaim.

Abdul Azeez said those against the programme and its patron, prime minister's wife Rosmah Mansor, do so after making "ill assumptions". He said even the Zambia president and queen of Qatar recognised the Permata's contributions. Permata is funded by the taxpayers.

Abdul Azeez Praised the PM's Wife
The Jokowi Phenomena
ABOUT the new Indonesian President, The Jakarta Post report, among other things, says while the children of President Susilo Bambang Yudhoyono might have no reservations about showing off their luxurious lifestyles, Joko “Jokowi” Widodo’s children are the opposite.

“Although they are far younger than the Yudhoyonos, there is no indication that they are fond of the latest Apple iPhone, Land Rover SUVs or high-end fashion, despite the fact that their parents can certainly afford such things.

“As a businessman, Gibran Rakabuming, Jokowi’s eldest child, could afford to take the path of luxurious living if he chooses to.

“But he opts to remain humble, driving a Mazda hatchback bought from the proceeds of his catering and wedding planning business in the family hometown of Surakarta, Central Java,” the reports reproduced from Jakarta Post says.

IN his previous life as a small-time furniture exporter and exhibitor, Joko Widodo was used to erecting stages. But in early November, just days after being sworn in as the president of Indonesia, he will be sharing a stage with the world’s most powerful leaders.
Stories about President Jokowi’s ordinariness, his distaste for opulence, his people-oriented politics and, above all, his abhorrence for corruption are abundant. So far much of superlatives used to describe him appear to be true.

Present at his inauguration in Jakarta on Oct. 20 were world and regional leaders including Mohd Najib Abdul Razak.

Rosmah Theorises About Criticism

SHE described the online “rumours” as malicious and said the public should not believe allegations that she controls her husband and that he is afraid of her.

"I am fully aware of the things said about me on social media. These people just want to topple the government but they can’t get at Najib. So, they get to me," reports The Star on Oct. 23.

"Don't believe and swallow everything you see or read online, such as on Facebook and blogs," Rosmah said at the launch of the national-level International Rural Women's Day celebration on Tuesday. (Read here)

I leave it entirely to readers to judge. As far as I am concerned, I have stated unequivocally that Rosmah is influential in my post entitled “Perdana Menteri Wanita: Mengapa Isteri PM Tak Boleh?” on Jan 16, 2011. (Read here).

Wives Of Past PMs

In the 45 years as a reporter, I came across the wives of all Malaysian Prime Ministers. Some I knew personally some I did not.

I knew the late Tun Sharifah Rodziah, the wife of Tunku Abdul Rahman Putra, because she served us tea at their Alor Star home while we waited for Tunku to wake up from his afternoon nap.

I got to know Tun Dr Siti Hasmah, the wife of Tun Dr Mahathir Mohamad in 1964 when Dr Mahathir came to contest that year’s general election in my village.

I knew Tun Endon aka Kak Endon, the wife of Tun Abdullah Ahmad Badawi. She too served me tea when we were discussing a charity project at their Kuala Lumpur residence. Abdullah was then Deputy Prime Minister.

I did not know Tun Rahah, the wife of late Tun Abdul Razak Hussein and the late Tun Suhailah, the wife of the late Tun Hussein Onn. The two sisters were rarely seen in public and hardly heard from.

I know Rosmah for many years. Once or twice she graced event organised by Berita Publishing. On several occasions I was invited for private lunch at their Taman Duta residence.

So I dare say without reservation that Rosmah is influential and the effects of her involvement in the affairs of the state surpass those of the wives of past Prime Ministers.

This is not my conclusion solely. This is what is told to me by people closest to Mohd Najib, including people those who knew him and served him before he married Rosmah. As for me, being old and having been around for a while, I also know Mohd Najib’s former wife. Once or twice I visited him in Kuantan, when he was Menteri Besar.



din klang said...

might as well umno members vote rosmah as their president .......

msh said...

Salam Dato.

Joko Widodo aka Jokowi...nmpak biasa.
...serupa org kebanyakan.

Tetapi kini dia seorg Presiden pilihan rakyat.

Mungkin itu kelebihan beliau....atau itu juga yg rakyat mahu.....seorg ketua yg serupa org biasa.

Yg sy terbaca dulu...beliau juga sanggup turun dan naik motosikal dan mengawal kesesakan lalu lintas.
Kira dia seorg yg 'hands on'.

Tetapi diMalaysia lain pula.

Ketua2 diMalaysia cukup bergaya....dlm semua segi....terutama ketua2 dari Umno...penampilan mereka cukup hebat sekali.

Tapi tak salah pun...seperti yg selalu org kata 'biar papa asalkan bergaya'.....tetapi mereka ini semua kaya2 belaka bukan nya papa.

Mungkin Jokowi rasa perlu menjadi ketua negara yg dilihat serupa seperti org biasa kerana dia faham tentang keadaan rakyat negara yg ratusan juta masih berada didlm kemiskinan dan serba kekurangan.....justeru itu... apa perlu kelihatan bergaya atau hebat.

Org Melayu...terutama ketua2 kita... mana mungkin boleh bersikap begini?

Bayangkan jika ketua2 masih boleh tidor nyenyak...dibuai mimpi indah...dlm bangalo mewah...dikelilingi kereta mewah serta dikawal rapi sedangkan rakyat hidup kais pagi makan pagi...kais petang makan petang...dan yg gelandangan dan mengemis berkeliaran.....kita pun boleh membuat seribu andaian.

Mencari rezeki yg halal dituntuti ugama...dan jika dah melebihi dan menjadi kaya raya pun tak salah tetapi kalau sudah menunjuk2 dikira riak dan berdosa.

Kalau ketua2 Melayu dari Umno faham semua ini.....ramai lah yg serupa Jokowi.

Kalau dah mewah sangat...tidak perlulah menunjuk2....lebih2 lagi rakyat dibawah pemerintahan mereka masih daif dan susah.

Pokok nya....ketua2 Melayu suka kelihatan hebat dan bergaya.....rakyat ramai yg susah dikira perkara biasa.

Sebab itu mereka mesti selalu berkata..'Rakyat Didahulukan'.....kerana mereka tahu bahawa apa yg mereka lakukan sekian lama adalah sebaliknya.

Jika tidak apa perlu dgn slogan ini?

Terima kasih.

kluangman said...

Saya tidak pasti samada Najib wajar belajar politik dengan Anwar terutama bagaimana menguruskan suara-suara desakan memintanya berundur dan kritikan keras ke atas Rosmah.

Jika Anwar di posisi dan situasi Najib, dia hanya memerlukan dua minit untuk menyelesaikannya.

Pertama: Anwar lantik Azizah sebagai Presiden
Kedua: Anwar letak jawatan
Ketiga: Azizah lantik Anwar sebagai Menteri Mentor dan Penasihat ekonomi..

Sebenarnya tdak sampai pun dua minit...

Mr Bee said...

@din klang

Yeah, why not. They did it to Anwar's wife. But of course, I think Rosmah has more balls than Azizah, so to speak.

p/s: When r u going to publish a biography, or a new book (not a compilation of your previous writings)?

ab said...

Salam dato,

Very interesting topic, but it seems you started off with Jokowi ,a man, and ended your article with Rosmah, a woman...this is a phenomena by it self!...can you end your stuff with a man, a gentleman demeanour me think...leceh la.

The phenomena that is recurring, is that most leaders,if not all WILL start of their job `clean',but and most if not all of THESE LEADERS end their job DIRTY..this is THE PHENOMENA worldwide.

Most leaders collect `dirts' in their work.

Time will tell whether Jokowi the president is a member of this club of the dirty `masqueradering' leaders.

The PM wants to be `clean', but get `dirtied' also..some `dirts' are his,some are within his family and the rest are from his `friends'..

The advisors and consultants are mostly `dirts' compilers and pilers..

Abu Bakar Ab Rahman

Hidup Melayu said...

Petikan ucapan Najib pd kepimpinan badan perhubungan umno selangor :

“Kalau kita nak memilih calon, tak boleh pilih kerana (dia) penyokong kuat dan dari kem kita, betul? Siapa patut dipilih? Kalau kawasan itu berkehendakkan pemimpin yang berwibawa, cuba kita huraikan apa maksud dan kriteria berwibawa? Malangnya semua kata mereka ‘winnable candidate’ (calon boleh menang).

Umno selangor kenalah tonjolkan jokowi2 dari sekarang. jgn recycle muka lama yg rakyat selangor menyampah.

Pemimpin umno selangor ni beri maklumat tak tepat utk halwa telinga najib.

Semua meleleh air lior tengok khazanah negeri selangor.

Kenapa aku kena berundur org lain tak?

Pak Teh Omar said...

Jangan cepat sangat puji. Bagi masa 100 hari dulu untuk Jokowi buktikan sifat dan sikap yang ditunjukkannya sekarang adalah benar dan tulen.

Dulu Pak Lah pun begitulah jugak. Kita junjung dia sebagai The Mr Clean Man kemudian alih-alih The Mr Clean bertukar watak akibat pengaruh sekeliling.

Mohd Najib pun sama. Diuar-uarkan sebagai Anak Tun Abdul Razak yang akan membawa bersamanya kepemimpinan arwah bapanya. Nah sekarang apa jadi? Bukan setakat kepemimpinannya layu dan haru, tapi dia gagal meneruskan legasi bapanya.

Semalam diberitakan oleh online The Star nnline bahawa SPAD sudah mengemukakan usul kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan persetujuan menaikkan tambang pengangkutan awam. Betul ke, Dato'?

Kalau betul lah berita itu, nampaknya yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus papa dan yang papa jadi kedana.

buah kerdas said...

Jokowi adalah sosok Presiden yang dimahukan oleh rakyat Indonesia. Beliau telah memegang jawatan penting lagi berprestij sejak dari 2005 lagi dan sewaktu dicalonkan untuk jawatan Presiden RI beliau masih seorang yang berperawakan seorang manusia Indonesia yang biasa - tidak sombong, tidak bourgeois tetapi mempunyai wawasan untuk memajukan bangsanya.

Ucapan sulung Jokowi (di hadapan Perwakilan Partinya) selepas memenangi Pilihanraya Presiden jelas menunjukkan keazamannya untuk memajukan Indonesia. Terus terang beliau membidas harga petrol yang mahal dan kelembapan birokrasi dalam menjayakan projek tebatan banjir di Jakarta. Dalam ucapan itu beliau juga turut menyatakan rasa hairan mengapa Inodonesia mesti import beras sedangkan teknologi penanaman padi tiga kali setahun sudah pun dikenalpasti. Tentunya Jokowi amat sedar bahawa ucapannya itu mengundang rasa marah pedagang yang selama ini mengambil keuntungan dari sistem pemprosesan dan poenjualan petrol. Ucapannya itu turut mengundang tindakbalas dari sekalian gabenur, walikota, bupati, Pak Lurah dan Pak Camat yang selama ini selesa tidak melakukan tanggungjawab mereka memajukan kawasan masing-masing.

Beruntunghlah rakyat Indonesia yang akhirnya mendapatkan seorang Presiden berjiwa rakyat yang melalui hidup sama seperti kebanyakan daripada mereka. Bukan itu sahaja, Jokowi turut memiliki falsafah kepimpinan yang jempolan. Ini semua berlaku kerana pilihanraya di Indonesia selepas era Suharto adalan pilihanraya yang bebas.


1. Sdr Buah Kerdas, antara lain, mengulas: "Dalam ucapan itu beliau juga turut menyatakan rasa hairan mengapa Inodonesia mesti import beras sedangkan teknologi penanaman padi tiga kali setahun sudah pun dikenalpasti."

2. Indonesia kekurangan makanan zaman Sukarno. Beliau terlalu banyak berpolitik dan perpidato.

3. Suharto rampas kuasa untuk selamatkan Indonesia daripada komunis. Dalam masa 10 tahun beliau berjaya menambah pengeluaran beras sehingga boleh dieksport.

4. Suharto mempromosikan syarikat kerjasama luar bandar dan pertanian tradisional sambil memajukan sektor perladangan.

5. Suharto dikorupkan oleh keluarga beliau dan oleh segelintir kapitalis keturunan Cina (Semua nama mereka Indon).

6. Selepas era beliau, Indonesia terlalu banyak berpolitik dan mengabaikan luar bandar. Rakyat miskin dan mereka lari cari makan di luar negara.

7. Pak Teh Omar, inilah kerajaan kita. Cakap lain bikin lain. Buat habis beras saja tubuh SPAD kalau setakat jadi agen pengusaha Pengangkutan minta naik harga.

8. Saya curiga sama ada PM faham dan tak peduli isu-isu mikro ekonomi yang jejaskan rakyat jelata seperti kenaikan tambang, sewa dan seumpamanya. Dia nampaknya mabuk dengan idea-idea atas angin seperti transformasi dan ekonomi pasaran.

9. Jaminan harga dan sewa tidak akan naik akibat GST mungkin satu lagi jaminan kosong beliau sebagai PM dan Menteri Kewangan. Penguatkuasaan harga dan bekalan standard peniaga ayam.

Terima kasih.

Zed-85 said...


Saya rasa kurang tepat bagi yang mengatakan Jokowi akhirnya akan menjadi seperti Pak Lah dan Najib.

Ada perbezaan antara proses pemilihan ketua kerajaan di Indonesia dan Malaysia.

Proses pemilihan di Indonesia lebih mirip kepada Amerika.

Terdapat pilihanraya berasingan untuk calon Presiden. Calon Presiden akan bertanding dan berkempen. Calon akan keluarkan manifesto dan berdebat dengan lawan dikhalayak ramai dan di media nasional berkenaan polisi kerajaan seperti ekonomi, perumahan, keselamatan dan kesihatan.

Setiap rakyat Indonesia berpeluang untuk memilih calon Presiden.

Mantan PM Pak Lah dan Najib tidak melalui proses sedemikian. Di Malaysia, kita pilih parti yang memerintah bukan Perdana Menteri.

Di Indonesia juga, terma atau jangka masa untuk untuk menjadi Presiden hanya 2 penggal atau lapan tahun.

Oleh itu bakal presiden lebih berjaga-jaga dari membuat perkara yang tidak baik kerana tempoh masa menjadi Presiden terhad.

Pada pandangan saya, proses pemilihan presiden di Indonesia adalah lebih baik dan demokratik.

Sistem yang ada di Indonesia (seperti juga di Amerika) menentukan calon Presiden adalah orang yang dipilih rakyat, berkemampuan dan berkelayakkan untuk menjadi kepala kerajaan.

Carl Llosso said...

Bagus lah kalau bapak Presiden Indonesia berjiwa rakyat.Memang setiap negara perlukan pemimpin yang memahami dan bijak menguruskan pentadbiran.
Tetapi sejauh manakah "self control" pemimpin menangani segala peluang dan haloba depan mata.Bodohlah manusia yang jadi pemimpin yang menolak segala peluang depan mata.Sekiranya ada 100 peluang pemimpin ambil satu atau dua untuk diri dan keluarga rakyat tidaklah akan marah tetapi sekiranya membolot semua untuk diri sendiri itu yang rakyat akan marah.Sekiranya dah senang jangan menunjuk dan lupa diri.
Kalau rakyat Indonesia meningkat ekonominya jiran pun akan menumpang senang.Maka kuranglah pencerobohan TKI masuk secara haram ke Malaysia.Pembakaran hutan di Indonesia pun akan berkurangan kerana pemerintahnya akan berupaya menangani kebakaran serta pelaksanaan undang undang yang cekap dan ini mengurangkan masalah jerebu yang sepanjang masa melemaskan Malaysia.
Dalam konteks Malaysia pula mungkin Dato AKJ ada ulasan sendiri.

MOKHTAR said...

salam dato,

saya ada berbual dengan Orang2 Indon di sini mengenai President baru mereka. apa mereka kata ' sama saja pak, mula2 baik,alim, tak kurop.. tunggu dan lihat nanti, mungkin lebeh ganas lagi..

zainal abidin awang kechik said...

Tok.. Kak Endon juga menngajar saya makan pisang dengan cara yang betul,saya teramat sayang dengan Kak Endon.. dia selau ingatkan saya "JANGAN JADIKAN ISTERI KITA ITU ISTERI SELAMA LAMA NYA"isteri hanya sampai umur 35 tahun selepas itu isteri kita perlu menjadi lady atau wanita yang dapat menghabiskan masa sebagai wanita,,

al fatehah untuk KAK Endon


1. Non, dalam bahasa orang Putih, dia kata, a woman is not necessarily a lady. Maksudnya seorang "lady" harus berperwatakan dan berhemah tinggi.

2. Berikut tajuk berita Sydney Morning Herald online: "Dutch Prime Minister Mark Rutte jets in with Malaysian Airlines for two days of work."

3. Dalam bahasa Melayu, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte terbang dengan Malaysia Airlines untuk lawatan kerja dua hari.

4. Dia naikki MAS dari negaranya ke Kuala Lumpur dan dengan MAS juga dari Malaysia ke Australia.

5. PM Australia, Tony Abbott pula dilaporkan berkata: "...there was a "nice symbolism" about Mr Rutte's decision to fly with Malaysian Airlines "given that Malaysia Airlines has a very good record and the two incidents involving Malaysia Airlines this year certainly shouldn't be taken as a reflection on the professionalism or the safety of that particular airline".

6. PM Belanda naik MAS. Abbott puji MAS.

7. PM kita naik MAS ka bila pergi ke Belanda dan Eropah baru-baru ini?

8. Kalau orang kafir tunjuk teladan yang baik, apa salahnya kita orang Islam contohi.

9. Kalau PM kita naik MAS, yang lain akan ikut naik MAS. Rombongan PM kita super big. Kalau 200 orang kira kecil. Khabarnya ada satu rombongan ke luar negara sampai 400 orang.

10. Kalau semua naik MAS, ada lah harapan nak pulihkan MAS. Dulu zaman Dr Mahathir kita naik kapal terbang "charter" MAS untuk lawatan ke luar negara.

Terima Kasih.

buah kerdas said...

Saya sememangnya sangat berharap agar Jokowi kekal bersih sepanjang tempohnuya sebagai Presiden RI. Saya amat bersetuju dengan apa yang diulas oleh Sdr Zed-85 - reformasi Indonesia telah berjaya menghadkan tempoh kepresidenan setakat dua penggal. Bukan setakat kekal bersih malah diharapkan Jokowi berjaya melaksanakan wawasannya walau pun kita tahu bahawa Jokowi bukan seorang Presiden yang berkauasa mutlak kerana parti yang mendokongnya TIDAK menguasai DPR (penggubal undang-undang). Ironisnya, DPR dikuasai oleh parti yang mendokong Capres Prabowo Subianto (menantu Almarhum Suharto) yang dikalahkannya semasa Pilpres. Sudah kita dengar cakap-cakap untuk menggagalkan sebarang usaha Jokowi.

Ahmadenejad kekal seperti orang biasa walau pun dua penggal menjadi Presiden Iran. Ini bermakna sistem demoikrasi masih belum punah seluruhnya.

Andainya Jokowi berjaya dalam misi dan visinya, RI akan menjadi lebih makmur dan rakyatnya tentu tak mahu bekerja di Malaysia lagi. Tak tahu apa akan jadi kepada ladang sawit kita masa itu kerana ketika ini tenaga buruh RI @ TKI lah yang menyumbang produksi sektor ladang sawit Malaysia, baik milik persendirian, ladang swasta, ladang peneroka Felda dan ladang Felda Plantation. Pun demikian saya tetap mengharapkan kejayaan Jokowi kertana lebih baik berjiran dengan negara makmur daripada negara yang kucar-kacir.

Kejayaan Jokowi kelak akan mengingatkan kita kepada kejayaan Arwah Tun Razak membantu memajukan bangsanya walaupun beliau datang dari kalangan aristokrat. Bangsa Melayu memerlukan pimpinan yang benar-benar memahami dan menghayati aspirasi bangsanya sendiri.

Led Zeppelin said...


Saya tak pernah tengok isteri PM2 yang sebelum ini sibuk dengan berbagai2 program dan projek jika di bandingkan dengan Datin Sri Rosmah.Liputan mengenai beliau pun sering kita tengok di siaran televisyen kerajaan.Tak pulak Datin Sri Hasmah saya tengok kerap keluar TV waktu suaminya jadi PM.

Lahuma said...


Saya masuk bebarapa kampung baru baru ini.
Papan poster zaman sebelum ini masih segar lagi.
Kepimpinan melalui teladan.
Penerapan nilai -nilai Islam.
Bersih cekap amanah.
Malaysia boleh.

Kenapa tak diperkasakan slogan begini.

Slogan ini masih relevan.

Cerita pemimpin kita banyak cakap tak serupa bikin.

Di Kedah heboh SETPOL Menteri dari JPM beli kereta mewah.Siap lambang setpol pula itu.

Lagak bermewah tak kena tempat.

Inilah puncanya rakyat semakin meluat dengan gaya hidup pemimpin UMNO.

Indah perjuangan di mulut sahaja.Matlamat ialah kaut segala kekayaan bina kemewahan diatas nama perjuangan rakyat Melayu yg berlambangkan UMNO.

Eloklah UMNO direhatkan buat selamanya.

Sudah tiba masanya UMNO menjadi pembangkang yang hipokrat pula.
Inilah yang musibah di Selangor.

Pemimpin Melayu makin rakus dengan hisap darah rakyat dengan jarum yang amat halus.

Bergayalah pemimpin UMNO.dengan apa yang ada.

Rakyat akan menjadi kuli negara.

Terima kasih Dato.

buah kerdas said...

Masih ramai lagi orang Melayu percaya nasib mereka dibela oleh pemimpin berbanding dengan orang Cina atau India. Semasa era Hindraf dan slogan Makkal Shakthi sedang hangat dulu saya pernah bertanyakan seorang siswi keturunan India pendapatnya tentang perjuangan Hindraf dan MIC - jawabnya, kedua-dua organisasi sama sahaja tidak ikhlas membantu orang India tetapi pemimpinnya berjuang untuk diri mereka sendiri. Tentulah kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa pendapat siswi itu mewakili generasi muda etnik India, namun apa yang pasti siswi itu bebas daripada dogma kesucian perjuangan ahli politik berasaskan bangsa atau pun agama.

UMNO dengan segala kelebihan dan kekurangannya telah menjadi lambang penyatuan umat Melayu negara ini. Katakan apa saja tentang UMNO, suka atau sebaliknya, hakikat yang disebutkan tadi tidak boleh disangkal. Maka amat malang bagi umat Melayu kerana parti yang menyatukan mereka dulu kini sedang mengalami sindrom orang tua, nyanyuk dan tak mampu mengawal kesatuan cucu-cicit yang semakin ramai dengan ragam yang semakin pelbagai. Hanya barisan kepimpinan yang muda dan segar sahaja yang boleh mengembalikan kerelevanan UMNO dengan cabaran dan tuntutan zaman masa kini. Ironinya, sindrom bisu yang pernah dibangkitkan Musa Hitam dulu masih lagi kukuh dalam UMNO. Sebaliknya, persembahan pantun seloka, syair gurindam yang menjadi halwa telinga pucuk pimpinan dalam PAU yang dimulakan pada era Anwar Ibrahim masih berlanjutan hingga kini.

Alahai, kemana perginya Hang Nadim dan Hang Jebat UMNO?

msh said...

Salam sdra Lahuma..

Fully agreed...ini masalah nya dgn Melayu....menunjuk terlampau...langsung tak peka dan rasa malu dgn apa yg dilakukan.

Tetapi ini lah budaya ketua2 dlm Umno yg nmpak jelas dan cukup memualkan.

Menunjuk2 sudah menjadi budaya pula.

Haprak betul...

Tapi apa nak kata lagi ketua2 teratas pun serupa saja.

Rakyat didahulukan?

'Gelembong saja'
Diri dulu kot.


otoote said...

good one datuk

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).